Anda di halaman 1dari 12

Mentauhidkan Yang ESA TAUHID : Kita bergantung kepada Allah secara mutlaq tanpa ada sedikit pun rasa

syak wasangka dan was-was terhadap Allah. Ertinya : Kita bertauhid kepada Dzat, pada Sifat, pada Asma dan pada Afal Allah semata. Tauhid pada Dzat ialah : Kita mutlaq yakin bahawa Dzat Allah-lah yang memerintah alam maya ini (dunia dan isinya) dan tidak menyekutukan- Nya dengan yang lain. "Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan." [QS. A-li-Imran : 109] Tauhid pada Sifat ialah : Kita bergantung sepenuhnya pada Allah. Manusia tidak berhak atas segala sesuatu kecuali dengan izin Allah. Ertinya : Kita menafikan diri zahir kita dan mengisbatkan diri kita hanya kepada Allah semata. Tauhid pada Asma ialah : Kita memandang bahawa setiap yang ada dan wujud kita adalah membawa nama Allah di mana pun kita berada di situ ada Allah. Tauhid pada Afal ialah : Kelakuan kita adalah kelakuan Allah S.W.T. semata. Ertinya : Kita menafikan kelakuan diri zahir kita dengan mengisbatkan diri batin kita itu ialah kelakuan Dzat Allah semata.

1. Syuhudul Kasrah fil wahdah. Ertinya : Saksikanlah pada yang banyak itu, kepada yang satu. 2. Syuhudul wahdah fil Kasrah. Ertinya : Saksikanlah pada yang satu itu, kepada yang banyak.

PENGERTIAN Islam : Islam itu mengandung 4 Huruf Alif = Allah Sin = Salamun Lam Alif = Syahadat Tauhid Mim = Syahadat Rasul Jadi bila dirangkaikan Islam itu berbunyi : Allahu Salamun Laa Ilaaha Illallah Muhammadarrasulullah... Iman ialah : Memancarnya Nur Ilahi di dalam jantung atau rohani yang bercahaya, menerbitkan suatu kekuatan dan kekuatan tersebut menimbulkan suatu keyakinan terhadap suatu perkara yang ghaib dan mereka meyakininya tanpa sedikit pun ada rasa ragu-ragu. Martabat Iman : 1. Alif = Diri Batin 2. Ya = Hati 3. Mim = Mata Hati 4. Alif = Haqiqat Insan 5. Nun = Cahaya Hati

MARIFAT ialah : Mengenal Allah S.W.T. pada Dzat-Nya, pada Sifat-Nya, pada Asma-Nya dan pada Afal-Nya. 1. AWALUDIN MARIFATULLAH Awal agama mengenal Allah. 2. LAYASUL SOLAT ILLA BIN MARIFAT 'Tidak sah solat tanpa mengenal Allah.' 3. MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Barangsiapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya. 4. ALASTUBIRABBIKUM QOLU BALA SYAHIDENA 'Bukankah Aku ini Tuhanmu? Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi.' [QS. Al-Araaf 172]

5. AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU 'Manusia itu rahsia-Ku dan Akulah rahsianya.' 6. WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN 'Aku ada di dalam jiwa mu, mengapa kamu tidak melihat?' 7. WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ 'Aku lebih dekat dari urat nadi leher mu.' 8. LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH 'Aku tidak akan menyembah Allah bila aku tidak melihatnya lebih dahulu.'

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH Pada Alam Ghaibul Ruyub iaitu dalam keadaan antah-berantah pada Dzat, sematamata, pada belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatu. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, diri yang punya Dzat tersebut ialah mentajallikan Diri-Nya untuk memuji Diri-Nya. Lantas Tajalli-nyalah Nur Allah dan kemudian ditajalli-nya pula Nur Muhammad, iaitu Insan Kamil, yang pada peringkat ini dinamakan 'Anta Ana, Ana Anta'. Maka yang punya Dzat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekelian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba. Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, aku ini Tuhanmu? Maka jawablah Nur Muhammad yang mewakili seluruh Roh, 'Ya Engkau Tuhanku.' Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Quran surah Al-Araaf : 172. ALASTUBIRABBIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA. 'Bukan Aku ini Tuhanmu? Betul Engkau Tuhan kami! Kami menjadi Saksi!' Selepas pengakuan atau persumpahan Roh ini dilaksanakan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah S.W.T. seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi mafhumnya :

'Aku suka mengenal diri-Ku, lalu Aku jadikan makhluk ini dan Aku perkenalkan diri-Ku.' Apa yang dimaksud dengan makhluk ini ialah : Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan daripada Nur Muhammad. Tujuan yang punya Dzat mentajallikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diri-Nya sendiri dengan diri Rahsia-Nya sendiri. Maka diri Rahsia-Nya itu adalah ditanggung dan diakui Amanah-Nya oleh suatu kejadian yang bernama : Insan yang bertubuh diri batin (Roh) dan diri batin itulah diri manusia, atau Rohani. FIRMAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI : AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU 'Manusia itu Rahsia-Ku dan Akulah yang menjadi Rahsia-Nya.' Jadi yang dinamakan manusia itu ialah : Kerana IA MENGANDUNGI RAHSIA. Dengan perkataan lain manusia itu mengandung Rahsia Allah. Kerana manusia menanggung Rahsia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada yang punya diri pada waktu dipanggil oleh Allah S.W.T. iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad. Firman Allah S.W.T., mafhumnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaikbaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." [QS. An-Nisa' : 58] Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh Allah dalam Hadis Qudsi : MAN ARAFA NAFSAHU, FAQAT ARAFA RABBAHU 'Barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya.' Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahsia-Nya itu

kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi semuanya tidak sanggup menerimanya. Seperti firman Allah S.W.T., mafhumnya : "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [QS. Al-Ahzaab : 72] Oleh kerana amanah (Rahsia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menunaikan janjinya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahsia. Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujuan inilah maka Adam a.s. dilahirkan untuk memperbanyak diri, diri penanggung rahsia dan berkembang dari satu dekad ke satu dekad, diri satu generasi ke generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT DAN RAHSIA DIKUMPUL KEMBALI. INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN 'Kita berasal dari Allah, kembali kepada Allah.' 'Asyahadualla ilaaha illallah', ini merupakan Syahadat Tauhid atau haqiqat ketuhanan iaitu diri batin manusia (Rohani). 'Wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah', ini merupakan Syahadat Rasul atau haqiqat kerasulan iaitu diri zahir manusia (Jasmani). Diri batin (rohani) adalah sebenar-benarnya diri yang menyatakan : Rahsia Allah. Untuk menyatakan diri Rahsia Allah. Adalah diri zahir manusia. Sedangkan, kata Muhammad pada Syahadat Rasul mengandungi erti iaitu diri zahir manusia yang menanggung Rahsia Allah. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya/paling rapi)." [QS. Attin :

4] "Kemuliaan manusia kerana manusialah yang sanggup menanggung Rahsia Allah." [QS. Al-Ahzaab : 72] Dan kerana firman Allah dalam surat Al-Ahzaab : 72 inilah kita mengucapkan : 'Asyahadualla ilaaha illallah. Wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah'. Yang bererti : Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah Semata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama-lamanya. Catatan : Jumlah dalam kalimat tauhid itu ada 24 huruf. 'La Ilaha Illa Allah. Muhammadur Rasulullah' Hal ini mengisyaratkan kehidupan manusia adalah 24 jam sehari semalam. 'La Ilaha Illa Allah' pada Marifat ertinya, Tiada ada Ujud sesuatu pun melainkan Allah jualah yang Maujud.'

HAQIQAT SOLAT Berdiri menyaksikan diri sendiri, kita bersaksi dengan diri kita sendiri, bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) adalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah S.W.T. Hal ini terkandung dalam surat Al-Faatihah iaitu : Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal) Kalimat Alhamdu ini diterima ketika Rasulullah s.a.w. Isra dan Miraj dan mengambil pengertian akan haqiqat manusia pertama yang diciptakan Allah S.W.T. Iaitu : Adam a.s. tatkala Roh (diri batin) Adam a.s. sampai ketahap dada, Adam a.s. pun bersin dan berkata Alhamdulillah ertinya : Segala puji bagi Allah! Apa yang di puji. Adalah : Dzat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma (Adam) dan Afal (Manusia) :

Jadi solat itu bukan sekali-kali bererti : Menyembah, tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita itu adalah diri Allah semata. Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah S.W.T. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata serta tiada sesuatu yang kita punya : kecuali Haq Allah semata. Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzaab : 72, mafhumnya : "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap : 'Asyahadualla ilaaha illallah. Wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah'. Yang bererti : "Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah Semata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya sampai dengan tanggal yang telah ditentukan." Manusia akan berguna di sisi Allah jika ia dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan berusaha mengenal dirinya sendiri. Kerana bila manusia dapat mengenal dirinya, maka dengan itu pulalah ia dapat mengenal Allah. Hadis Qudsi. "MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU" Mafhumnya : Barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah. ALIF ITU ERTINYA : NIAT SOLAT LAM ITU ERTINYA : BERDIRI HA ITU ERTINYA : RUKU

MIM ITU ERTINYA : DUDUK Perkataan pertama dalam solat itu adalah : Allahu Akbar (Allah Maha Besar) Perkataan ini diambil dari peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahsia Allah itu dimasukkan ke dalam tubuh Adam a.s. Adam a.s. pun berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan berkata : Allahu Akbar (Allah Maha Besar). Dalam solat harus memenuhi 3 syarat : Fiqli (perbuatan) Qauli (bacaan) Qalbi (Hati atau roh atau qalbu)

Mengapa kita solat sehari semalam 17 rakaat? Adalah mengambil pengertian sebagai berikut : Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan 'Ah' 1. 'Ah' Itu Menandakan Solat Subuh 2 rakaat iaitu : Dzat Dan Sifat. 2. Allah Itu Menandakan Solat Dzohor 4 rakaat iaitu : Wujud, Ilmu, Nur Dan Syuhud. 3. Muhammad Itu Menandakan Solat Asar 4 rakaat iaitu : Tanah, Air, Api, Dan Angin. 4. Adam Itu Menandakan Solat Maghrib 3 rakaat iaitu : Ahdat, Wahdat, Dan Wahdiat. 5. Hawa Itu Menandakan Solat Isya 3 rakaat iaitu : Mani, Manikam, Madi, Dan Di.

Mengapa kita mengucap dua kalimah syahadah 9 kali dalam 5 waktu solat? Sebab diri batin manusia mempunyai 9 wajah. Dua kalimah syahadat pada :

Solat SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRUSIRR (Rahsia di dalam Rahsia). Solat DZOHOR 2 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRR dan AHDAH. Solat ASAR 2 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDAH dan WAHDIAH. Solat MAGHRIB 2 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD. Solat ISYA 2 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD. Mengapa Kita Harus Berniat Dalam Solat? Kerana : Niat itu merupakan kepala solat. Haqiqat niat letaknya pada martabat Alif dan ataupun qalbu manusia di dalam solat itu kita lafazkan di dalam hati : Sebutan Niat : "Aku hendak solat menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata." Dalilnya : LA SHALATAN ILLA BI HUDURIL QALBI Ertinya : 'Tidak Sah Solatnya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya).' LAYASUL SHALAT ILLA BIN MARIFATULLAH Ertinya : 'Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah.' WAKALBUL MUMININ BAITULLAH Ertinya : 'Jiwa Orang Mumin Itu Rumahnya Allah.' WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ Ertinya : 'Aku (Allah) Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu.'

IN NAMAS SHALATU TAMAS KUNU TAWADUU Ertinya : 'Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta. Cintailah Allah Yang Kerana Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali.' [HR.Tarmizi] AKI MIS SHALATA LI ZIKRI Ertinya : 'Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah.' [QS. Taha : 145] Sedangkan : Al-Faatihah ialah merupakan tubuh solat. Tahiyat ialah merupakan hati solat. Salam ialah merupakan kaki tangan solat.

HAQIQAT AL-FAATIHAH DALAM SOLAT Membersihkan hati dari syirik kepada Allah S.W.T. Mengingat kita bahawa tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iaitu : Bulu, Kulit, Daging, Darah, Tulang, Lemak, Lendir 7 ayat dalam Al-Faatihah merupakan Tawaf 7 kali keliling Kabah.

HAQIQAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT IALAH : Mengambil makna ucapan Nabi Adam a.s. ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri dan Nabi Adam a.s. mengucap kalimah Allahu Akbar. Peristiwa ini merupakan tajalli (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat ditanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu : 1. Wujud 2. Ilmu 3. Nur 4. Syuhud Perkataan "Allah" pada Allahu Akbar mengandungi makna atau Martabat Dzat sedangkan perkataan "Akbar" pada Allahu Akbar mengandungi makna atau Martabat Sifat.

Jadi Dzat dan Sifat itu tidak boleh berpisah, Dzat dan Sifat sama-sama saling pujimemuji.

DALAM SOLAT ITU JUGA MENGANDUNGI HAQIQAT ZAKAT Haqiqat zakat dalam solat ialah : Mengandungi makna, "Pembersih hati" dari pada syirik kepada Allah S.W.T. "Iiya Kanak Budu Wa Iiya Kanastain". 'Hanya kepada Allah lah aku menyembah dan hanya kepada Allah lah aku mohon pertolongan.'

HAQIQAT PUASA DALAM SOLAT Tidak Boleh Makan Dan Minum Mata Berpuasa, Telinga Berpuasa, Kulit Berpuasa, Hati Berpuasa.

HAQIQAT TAKBIR Bermula haqiqat takbir itu, hendaklah kita hadirkan mata hati dengan Musyahadah kepada Dzat Allah terlebih dahulu/sebelum mengangkat Takbiratul Ihram, maka hendaklah kita tetapkan segala kehendak hati, Roh dan perasaan kita untuk tawajjuh (menghadap) dan liqa (menemui) Allah S.W.T. Bila sudah demikian, baru kita kata Usalli dan sudah mengembalikan/menyerahkan amanat Allah Taala yang ada pada kita, yakni wujud kita yang kasar ini (baharu) dan yang menanggung amanat iaitu diri kita yang batin. Adapun amanat itu kita serahkan kepada pemilik amanah yakni Allah S.W.T. Itulah sebabnya kita disebut Ummat Muhammad s.a.w. yang ditanyai mengenai amanat Allah Taala itu seperti firman-Nya, mafhumnya : "Bahwasanya Allah Taala memerintah kepadamu sekelian untuk mengembalikan amanat itu kepada pemiliknya." Dengan dikembalikan/diserahkannya amanat Allah itu kepada pemiliknya iaitu Allah Taala itu sendiri, maka jadilah fana/lebur/hilang/karam sekelian sifat tubuh kita di dalam laut "Roh Bahrul Qadim" adapun yang tinggal ketika itu hanya sifat Roh semata-mata, dan itulah Roh ilmu Allah, kemudian, kita katakan 'Allahu

Akbar'. Itulah yang dinamakan lebur/karam kehambaan diri kita (Fana Fillah) ke dalam ke-Baqaan Allah, di mana nyata keadaan Dzat Allah semata-mata. Inilah yang harus kita syuhudkan sampai kepada salam. Maka janganlah kita lalai dari penjelasan ini yang ertinya syuhud itu, dipandang dengan mata hati itulah pengetahuan dzat dan ilmunya dan sebenar-benar ilmunya itu, iman kepada kita dan sebenar-benar Sirr-Allah itu, cahaya kalam Allah yang tidak berhuruf, tidak bersuara iaitu Wujud Dzat Yang Mutlaq, seperti yang tersebut dalam Hadis Qudsi : Mafhumnya : 'Tidak bersuara, tidak berhuruf dan tiada bertempat/berbekas.' Firman Allah dalam Al-Quran, mafhumnya : "Apakah mereka itu dijadikan bukan dari sesuatu atau mereka yang menjadikan mereka, dan bukanlah Aku yang menjadikan mereka?" Hendaklah takbir kita itu, dengan sah lagi jazam yakni yaqin hati kita hadir dengan Allah Taala, yakni ingat kepada Allah maka takbir kita serta membesarkan Allah Taala pada waktu mengangkat takbir itu, menjadi tempat perhimpunan pada kalimah La Ilaha Illa Allah : yang kita pandang hanya Allah semata-mata ertinya kita fana sekali-kali tidak ada, yang ada hanya Wujud Allah semata. Caranya adalah, sebelum mengangkat Takbiratul Ihram kita tarik nafas dengan 'Hu' haqiqatnya 'Aku Allah Akbar' yang lain semua kecil. Sesudah itu diangkat Takbiratul Ihram "Allahu Akbar" dengan qasad, taaradh, taayyin (Tubuh, Hati, Roh). Yang dinamakan hamba itu, oleh Allah S.W.T. adalah Muhammad, kerana Muhammad itulah yang menpunyai : Tubuh Hati Nyawa Rahsia. Wallahu ta'ala a'lam... al-faqir ilallah - abd jamil lam al-qadiri

Anda mungkin juga menyukai