Anda di halaman 1dari 11

ANAK KUNCI MENGENAL ALLAH

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada
mengatakan;

'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

Firman Allah Taala;

"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan
dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka"
(Al-Fusilat:53)

Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika anda tidak kenal diri
sendiri,  bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang
dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, 
badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota anda itu.  Kerana mengenal
semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah.  Dan bukan pula
mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan,  bila
dahaga anda minum,  bila marah anda memukul dan sebagainya.  Jika anada
bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan anda.  Yang
dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;

 Apakah ada dalam diri anda itu?


 Dari mana anda datang?
 Kemana anda pergi?
 Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
 Apakah sebenarnya bahagian dan apakah sebenarnya derita?

Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan.  Sebahagian


pula bersifat Iblis dan sebahgian pula bersifat Malaikat.  Anda hendaklah tahu sifat
yang mana perlu ada;  dan yang tidak perlu.   Jika anda tidak tahu,  maka tidaklah
anda tahu di mana letaknya kebahagian anda itu.

Kerja binatang ialah makan,  tidur dan berkelahi.  Jika anda hendak jadi binatang, 
buatlah itu sahaja.  Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, 
pandai menipu dan berpura-pura.  Kalau anda hendak menurut mereka itu,  buatlah
sebagaimana kerja-kerja mereka itu.  Malaikat sibuk dengan memikir dan
memandang Keindahan Ilahi.  Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan.  Jika
anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan,  maka berusahalah menuju
asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha
Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu.  anda hendaklah tahu kenapa
anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu.  Adakah sifat-sifat
kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?. 
Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu,  anda akan gunakan
mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.
Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari
bentuk yang zhohir,  iaitu badan;  dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh.  Yang
dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam
sebelah kiri badan.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara
yang menggunakan semua keupayaan;   yang lain itu hanyalah sebagai alat
dan kakitangannya.  Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam
Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib.  Ia datang ke
Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan
berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. 
Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak
Kunci" untuk mengenal Allah.
Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan
memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. 
Dengan cara ini,  dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak
terbatas itu".  Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. 
Dalam Al-Quran ada diterang;

Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh.  Katakanlah Ruh itu adalah dari
Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)

Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang
tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam
Amar".  Ianya bukanlah tidak ada permulaan.  Ia ada permulaan dan diciptakan
oleh Allah.  Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah
permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama,  tetapi adalah hasil dari
disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu;  seperti tersebut di dalam Al-
Quran;

"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami,  nescaya Kami akan


pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini,  bagi mencapai pengenalan kepada


diri dan Tuhan,  maka

 badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,


 Ruh itu ibarat Raja.
 Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu
ketumbukan tentera,
 Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
 Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil.
 Marah itu ibarat Pegawai Polis.  Dengan pakaian Pemungut Hasil, 
perasaan itu berterusan ingin hendak merampas dan merabuk.  dan
marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekasaran.
Kedua-dua mereka ini perlu ditundukkan ke bawaah perintah Raja.  Bukan
dibunuh atau dimusnahkan kerana mereka ada tugas yang perlu mereka
jalankan,  tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal,  maka tentulah Ruh
akan hancur.

Ruh yang membiarkan keupayaan-keupayaan yang bawahnya menguasai


keupayaan-keupayaan yang atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan
malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan
orang Kafir yang zalim.  Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau
binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den
dengannya iaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu.  Dan semua sifat-sifat atau ciri-
ciri ini akan dizhohirkan dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

 Orang yang menurut hawa nafsu terzhohir seperti babi,


 orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
 dan orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa
nafsu dan marah,  sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan
membalikkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala.

Mungkin ada orang bertanya;

"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang,  Iblis
dan juga Malaikat,  bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat
itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan
bukan sengaja?"

Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang
paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya.  Misalnya keldai dan kuda
adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang,  tetapi kuda itu dianggap lebih
tinggi darjatnya dari keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan.  Jika ia
tidak boleh digunakan dalam peperangan,  maka turunlah ke bawah darjatnya
kepada darjat binatang pembawa barang-barang. sahaja.

Begitu juga dengan manusia;  keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh
berfikir iaitu ia ada Aqal.  Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara
Ketuhanan.  Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya,  maka bila ia
mati(bercerai nyawa dari badan),  ia akan meninggalkan di belakang semua
kecenderungan pada hawa nafsu dan marah,  dan layak duduk bersama dengan
Malaikat.  Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan,  maka manusia itu lebih
rendah tarafnya dari binatang,  tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi
tarafnya,  kerana Al-Quran ada amenerangkan bahawa;

"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia"


(Luqman:20)

Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia,  maka setelah mati,  ia akan
memandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia
sahaja.
 Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan
pengetahuan yang sangat menakjubkan.
 Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang
ilmu dan Sains;
 dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam
sekelip mata,
 dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.
 Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan
burung-burung dari udara,  dan
 menundukkan binatang-binatang untuk berkhidmat kepadanya seperti
gajah,  unta dan kuda. 

Lima deria(pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka
menghadap ke Alam Nyata(Alam Syahadah) ini.  Lebih ajaib dari itu lagi ialah ia
ada Hati.  Hatinya itu ada sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam
Arwah(Ruh-ruh) yang ghaib.  Dalam keadaan tidur,  apabila pintu-pintu deria
tertutup,  pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan
dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan
datang.  Maka hatinya adalah ibarat cermin yang membalikkan(bayangan) apa yang
tergambar di Luh Mahfuz.  Tetapi meskipun dalam tidur,  fikiran tentang perkara
keduniaan akan menggelapkan cermin ini.  Dan dengan itu gambaran yang
diterimanya tidaklah terang.  Selepas bercerai nyawa dengan badan(mati),  fikiran-
fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang
sebenar.  Betullah firman Allah dalam Al-Quran;

"Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah
terang dan nyata". (Surah Qaf:22).

Bersambung dalam tajuk Pembukaan Hati ke Alam Ghaib


MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH

Pengenalan
Mengenal Diri
Ingin Belajar
 
ILMU MENGENAL "DIRI"

PENGENALAN

Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa


"Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan,
bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad
kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan
mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah
kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah
benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan
sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi
benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia
ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk
dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila
hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana


dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan
sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah
yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan
jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu
atau cuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu,
dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan
kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan
lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang
penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI"
kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA


KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan


mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang
dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan
bertanya kepada sekelian Roh " siapa kah Tuhan kamu "
dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang
membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang
esa.:

Kisah Roh memasukki jasad Adam

Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah


memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi
sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku
masukki, ya ALLAH " dan ALLAH pun menjawab " masuk lah
mana mana yang kamu senangi " Maka masuk lah Roh
melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui
hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan,


maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan
terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup
kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar
apabila sampai ajal nya.

Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:

1. Dihidupkan

Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang


dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh
""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad
semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan
sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup
di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan
terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.

2. Menghidupkan

Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan)


dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh
ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak
langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar
hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh
meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di
tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD

Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad


kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.

Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak


dipedulikan semasa hidup nya

Perlukah roh di kenali?

Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"

"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA


KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA"

APA KAH "DIRI" ITU"

Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang


kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini
berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan


cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan
nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa saperti
jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..

Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang
harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)

BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal


"DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru
mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul
dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu
untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:

1. Terbuka dengan sendiri nya


2. Ushakan sendiri untuk membukanya
3. Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)

Apakah yang di maksudkan “dibuka”

Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran


cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah
cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan
dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa
ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang
mempelajari ilmu ini.

Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan
jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal
dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi
banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana
dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat


mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus
belajar dari "DIRI" ini:
 
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA
mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini
mendatang kemudian

Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar
benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita
di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi,
kerana dia kekal kerana di kekalkan.

Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus


di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia
membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah
penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa
mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir
datang menjemput baru kita sedar yang dia akan
meninggalkan kita

Mengenal Diri Sebenar "Diri."

Untuk pengetahuan semua, yang di katakan "Diri" itu sebenarnya mendatang kemudian dari
Roh, atau dengan lain perkataan  "Diri" ialah perkembangan Roh di dalam jasad.
Ini membawa erti bahawa setelah Roh memasukki jasad, perkembangan nya yang berupa cahaya
memenuhi seluruh dalaman jasad,  dan ini lah dia "Diri" sebenar "Diri" dan "Diri" ini lah yang harus di
kenal, bagaimana kah dia dan terdiri dari apa kah dia.

Perumpamaan yang mudah, ibaratkan satu bulb lampu di dalam bilik, bulb itu Roh dan cahaya yang
menerangi bilik itu lah dia "Diri". Dan tentu nya cahaya  tadi memenuhi ruang bilik tersebut dan
bentuk cahaya itu pasti nya sama dengan bentuk bilik tersebut. Sekira nya ia empat segi nescaya
cahaya tadi akan juga membentuk empat segi dan begitu lah sekiranya pada bentuk bentuk yang
lain.

Jadi disini faham lah kita bahawa cahaya yang terhasil dari Roh tadi telah berkembang ke seluruh
anggota dalam jasad kita hingga ia membentuk rupa dan keadaan yang sama dengan jasad cuma
beza nya ialah jasad terdiri dari daging dan tulang dan Diri dari asalnya cahaya Roh. Cahaya ini
berupa aliran letrik yang mengaliri di setiap urat dan saraf jasad kasar kita ini.

Untuk mengenalnya kita harus lah lahirkan cahaya diri ini keluar kerana batas nya dengan
dunia luar hanyalah kulit kita ini.

Bagaimana harus melahirkan nya dan merasakan akan aliran cahaya itu di setiap bahagian
tubuh kita.

Pada dasarnya ada 3 cara ia nya lahir:

1. Terlahir dengan sendirinya, (selalunya pada mereka yang  mengamalkan zikir yang berterusan)

2. Mencuba melahirkan nya sendiri

3. Dilahirkan oleh Guru atau mereka mereka yang telah banyak pengalaman.

Melahirkan nya bermakna melahirkan cahaya itu keluar dari dalam jasad kita sendiri dan kita akan
dapat merasakan nya, dengan nya akan lahir nya cahaya itu. (Ini perkara benar yang tidak dapat
dinafikan oleh mereka mereka yang telah di bukakan Diri mereka itu)

Apabila terbuka Diri sebenar Diri ini maka akan ternyatalah akan rahsia Dia dan dia lah akan kita
kemukakan dalam apa juga tindakan dan perbuatan,  dia tahu kerana dia datang dari yang Maha
Tahu, Dia kuat kerana Dia datang dari yang Maha Kuat, Beriman dengan Iman yang tidak Goyah,
dll.............

BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS

MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH

Untuk memahami dan mendalami Ilmu ini harus lah berguru, dan disini saya menerangkan nya
secara kasar sahaja dan tujuan saya iklas untuk memberitahu bahawa ilmu ini ialah salah satu
cabang ilmu yang perlu di ketahui dan di kaji untuk memperkuatkan keimanan kita dan juga dapat
mengelakkan  kita dari terjerumus kedalam kesesatan aqidah dan dapat meletak ALLAH sebagai
tempat pengharapan dalam segala tindak tanduk kita. Dan ini lah salah satu jalan untuk mencari
keredhaan ALLAH.

Disamping itu kita juga boleh mempergunakan akan kelebihan ilmu yang ada pada diri kita ini untuk
bermacam macam tujuan dalam mengharunggi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan
dugaan ini. Memperkuatkan ketabahan kita dalam hidup ini.

Ia nya mempunyai banyak kelebihan kelebihan dan salah satu dari kelebihan ilmu ini ialah insyaallah
dapat menolong orang lain dalam mengatasi masaalah mereka. Terutama dalam bidang Perubatan.

Untuk Mengetahui Tentang Bidang Perubatan Ini Klik dibawah:


 

MENGENAL DIRI SENDIRI


(Ma’rifatul Insan)
SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA? Sebuah pertanyaan singkat yang banyak
diremehkan orang. Seseorang akan cenderung menjawab dengan kalimat
singkat sesingkat pertanyaannya. “Saya adalah seorang pekerja, saya adalah
seorang laki-laki, saya adalah ……” dan banyak contoh jawaban yang akan
terlontar dengan nada yang hampir sama yaitu hanya mengungkapkan ciri-ciri
lahiriah saja, ciri-ciri yang tampak oleh mata.
Maksud dari pengenalan diri sendiri sebenarnya mempunyai makna yang dalam
dan luas, mempunyai segi-segi yang perlu dikenali dan direnungkan secara
seksama. Segi-segi atau hal-hal yang harus kita kenali dan direnungkan agar kita
bisa mengenal diri kita adalah :
1. Kedudukan Diri Seseorang Di Hadapan Allah
Sesuai dengan hakikat penciptaan manusia bahwa manusia dilahirkan di
muka bumi ini adalah untuk beribadah,mengabdi kepada Sang Khaliq, Allah
swt. Inilah hal pertama yang harus kita kenal pada diri kita sebab semua kunci
diri manusia, baik buruknya ada di tangan-Nya. Jika Allah memandang baik
seorang hamba maka pandangan sesama makhluk akan baik pula, begitu
pula sebaliknya. Oleh karena itu coba renungkan dan intospeksi diri
bagaimana kedudukan kita di hadapan Allah. Memang hal itu adalah hal gaib,
tapi paling tidak kita bisa merasakan seberapa dekat kita dengan Allah
dengan melihat : Seajauh mana kita telah beribadah ditinjau dari kualitas dan
kuantitasnya, fenomena terkabul tidaknya doa, semangat untuk mendalami
ilmu agama, keikhlasan untuk mengorbankan waktu, tenaga, harta bahkan
nyawa untuk tegaknya dienul Islam.
• Sebaik-baiknya orang di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. (Al
Quran)
• Jika Allah menghendaki kabaikan pada diri seseorang maka Allah akan
memberikan kepahaman terhadap agama. (Al Hadist)
Fitrah yang ada pada diri manusia adalah manusia diciptakan dalam keadaan
suci tanpa membawa dosa keturunan. Dan seharusnya hal itulah yang
seharusnya dipertahankan di hadapan penciptanya yaitu menjaga diri agar
tetap suci dengan tidak mengerjakan dosa dan kemaksiatan dan dengan
selalu memperbaharui tobat kepada Allah swt agar kedudukan di hadapan
Nya tetap mulia, sampai-sampai lebih mulia dari para malaikat, dan jangan
sampai meletakkan diri kita lebih rendah dibanding hewan ternak karena kita
tidak bisa menjaga kesucian fitrah sebagai manusia.
2. Kedudukan Diri Di Mata Sesama Manusia
Manusia selain sebagai makhluk individu adalah juga sebagai makhluk sosial.
Manusia tak akan bisa hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia akan selalu
berhubungan dan berkomunikasi dengan masyarakat. Melihat begitu
pentingnya masyarakat atau orang lain maka seorang individu harus bisa
menempatkan diri di dalam masyarakat. Kemulian akhlaq, kepandaian
seseorang menempatkan diri menjadikan dirinya mempunyai harga di mata
Ma’rifatul Insan

Anda mungkin juga menyukai