Anda di halaman 1dari 4

Khotamun Nubuwwah.

KHOTAMUN NUBUWWAH.
Menurut Mafhum Hadis yang dipindahkan daripada Imam At-
Tirmidzi ra. katanya:

“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan


berwudhu’;

1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga


ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke
pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang
perjalanannya berkat dan selamat, Insya'ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan
dalam iman."

Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri


sendiri semasa mengamalkannya.

Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW


menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi
dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.

Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling


masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk
gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas,
memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW


ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan
terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak,
terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi
SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra.
di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku


perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit
taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan
dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Annas


ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku


di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada
kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak
dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh
ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya."

Amalan Khotamun Nubuwwah.

Antara Fadhilat yang dapat diperolehi hasil dari pengamalan


Khotamun Nubuwwah ini adalah sebagai Pendinding Diri, selain
1001 Khasiat yang lain. Kaedah beramal adalah pada waktu pagi
dan petang serta sewaktu ingin keluar dari rumah.
Petuanya adalah (Mula Dengan
BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM) :

(1) Ma'rifatkan Ayat di bawah di atas kening kita.

ُ‫هللاُ َو ْح َد ُه الَ ش َِـر ْي َك لَه‬


ALLAH jualah Tuhan yang tiada sekutu baginya.

(2) Ma'rifatkan Ayat di bawah di atas dada kita.

‫س ْـو ُل‬
ُ ‫ع ْب ُدهُ َو َر‬
َ ‫محم ٌد‬
Muhammad itu hambaNya dan utusanNya.

(3) Ma'rifatkan Ayat di bawah di atas bahu kanan.

‫شـئْت‬ ُ ‫ت َ َو َّجهُ َح ْي‬


ِ ‫ث‬
Berhadaplah engkau ke mana sahaja yang engkau kehendaki.

(4) Ma'rifatkan Ayat di bawah di atas bahu kiri.

ُ ‫فَ ِإنَّ َك َم ْن‬


‫ص ْـو ُر‬
Maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan
(kemenangan).

ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA MUHAMMAD, WA 'ALAA ALI MUHAMMAD.


ALHAMDULILLAAH.

Anda mungkin juga menyukai