Anda di halaman 1dari 19

Rahsia Hakikat Kehidupan &

Takdir Ditinjau dari Sudut


Sains & al-Qur’an
(RHKT)

1/19
Relativiti Masa & Hakikat Takdir
• Masa Relatif terhadap Peristiwa (Persepsi)

Masa merupakan suatu bentuk Persepsi di dalam Minda. Ia adalah suatu


konsep yang bergantung sepenuhnya kepada penerima.

Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walaupun
apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam,
tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin
juga hanya beberapa saat.

Masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara


beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak


akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak
mungkin terbentuk. Sekiranya memorinya tidak wujud dia hanya akan
mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini.
2/19
Relativiti Masa & Hakikat Takdir
• Di Alam Kosmos yang Luas, Masa hanyalah Relatif

Di bumi masa diukur berdasarkan putaran bumi pada paksinya (hari)


dan mengelilingi matahari sebagai orbitnya (tahun); atau putaran
bulan mengelilingi bumi (kalender lunar).

Unit-unit masa yang lain seperti bulan-bulan matahari, Jam, Minit dan
saat adalah “Konventional” atau adat kebiasaan/lazim yang dicipta
oleh manusia untuk membahagi-bahagi hari & tahun kepada unit-unit
praktikal. Walaubagaimanapun kesemua ukuran unit ini hanya sesuai
digunapakai di planet BUMI kita, tetapi secara fizikal tidak ada
maknanya digunapakai ditempat lain.

Contohnya, satu hari di planet Venus sama dengan 118 hari


berdasarkan kiraan 24 jam di planet bumi. Manakala di planet Jupiter
pula satu hari bersamaan dengan 9 jam, 55 minit. Di alam Kosmos
yang luas masa hanyalah Relatif.

“Why Islam? Proofs of Modern Science”


by Dr. Nabil Abdel-Salam Haroun
3/19
Relativiti Masa & Hakikat Takdir
• Penjelasan Saintifik Ruang Kosong

Sebagaimana ruang kosong yang merupakan aturan objek-objek


kebendaan, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa.

Segala peristiwa yang kita lalui disepanjang hayat hanyalah apa yang kita
persepsikan di dalam minda.

Sebagaimana tidak bermakna warna & keindahan alam tanpa mata, bunyi-

?
bunyian tanpa telinga untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam
atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya /
diingati.

4/19 Jarak Jarak


masa masa
yang dapat diukur
yang tidak / diingati
dapat diukur… Masa tidak wujud
Relativiti Masa & Hakikat Takdir
• Relativiti Masa adalah Fakta Sains

Relativiti masa adalah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains.
Teori asas Relativiti Dr. Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah
berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat
graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat;
menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti".

Relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau


mempercepatkannya, tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period
seluruh sistem jisim sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dalam sebuah
latar yang masa menjadi singkat, degupan jantung, pereplikaan sel, dan fungsi
otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan
manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa
sama sekali menyedari kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas
sehingga perbandingan dilakukan.

5/19
Relativiti Masa & Hakikat Takdir
• Relativiti Masa Di Dalam Al-Qur’an

Walaupun baru 100 tahun yang lalu ahli sains mula menjelaskan tentang
relativiti masa namun konsep relativiti masa sudahpun disebutkan Allah
dalam al-Qur’an lebih 1400 tahun yang lampau:

Allah bertanya: “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka


menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka
tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.” (Qur’an, Al-Mu’minun,
23: 112-113)

“Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak),
dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-
kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah
mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak
mendapat petunjuk (ke jalan ke jalan yang benar semasa hidup di dunia)”
(Qur’an, Yunus 10: 45)

6/19
Kita Hidup Dalam Dunia Yang
Dipersembahkan Oleh Persepsi-
Persepsi Kita
“Rahsia Di Sebalik Jisim”
Dokumentari video ini merangkumi :
• Bagaimanakah Kita Melihat ?
• Dunia Luar Di Dalam Otak Kita
• Alam Mimpi
• Siapakah Yang Melihat
• Makhluk Mutlak Yang Sebenar adalah ROH
7/19
Rujukan dari al-Qur’an:

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah


permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-
megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya
harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya
mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di
akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta
keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Qur’an, Al-Hadid
57, 20)

Kehidupan dunia ini adalah suatu yang tidak wujud dalam


erti kata kewujudan mutlak, sebaliknya ia hanya
dicipta Allah untuk menguji kita.
8/19
Tanya diri ANDA….?
Apakah ANDA masih yakin hidup dalam
dunia yang real lagi mutlak. Tidakkah
mungkin ANDA akan dibangkitkan dari
kehidupan di bumi seperti kita
dibangkitkan dari mimpi ?

Siapa yang dapat membuktikan bahawa pada


masa kini dia tidak hidup dalam alam mimpi ?
9/19
Mahu Bukti Lebih Lanjut ?
“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar
dengan segera (menuju) kepada Tuhan mereka.

Mereka berkata: "Aduh celakalah kami! Siapakah yang


membangkitkan kami dari tempat tidur kami ?" Inilah
yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan
benarlah Rasul-rasul (Nya)” (Qur’an, Yasin, 36: 51-52)

“...pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan


merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah
tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat,
supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami
menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul
itu….” (Qur’an, Ibrahim, 14: 44)
10/19
Persoalan “Di mana Allah ?”

Walaupun sebahagian kita pernah mendengar


bahawa di dalam Al-Qur'an telah tertulis Allah berada
'di mana-mana', tetapi mereka tidak dapat memahami
maksud sebenarnya. Disebabkan pemikiran yang
silap di dalam pemahaman mereka, mereka
menganggap bahawa Tuhan berada di sekeliling-
seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar.

11/19
Persoalan “Di mana Allah ?”

Mereka berpegang kepada satu perasaan prejudis


tanpa sebarang asas dan kemudian menghasilkan
pandangan yang menyeleweng terhadap Allah.
Apakah prejudis ini?

12/19
Persoalan “Di mana Allah ?”

Prejudis ini adalah berkaitan dengan kesemulajadian


dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dibiasakan dengan
andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita
tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud
atau hanya sekadar bayangan. Sains moden kini telah
memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan
satu hakikat yang sangat penting dan amat
diperlukan.

13/19
Persoalan “Di mana Allah ?”
• Hakikat Takdir
Allah tidak terikat dengan ruang dan masa yang merupakan
takdir sebaliknya takdir hanyalah salah satu ciptaan-Nya

Mustahil Allah ada di dalam takdir anda kerana seluruh kehidupan dunia adalah apa
yang anda persepsi dalam minda. Bolehkah Allah ada di dlm dunia persepsi anda ???
14/19
Kita Sedang Diuji
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya).
Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan” (Quran 21:35)

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan


baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik
perbuatannya” (Qur'an 18: 7)

“...Dia (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan
hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik
amalnya” (Qur'an 67: 1-2)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami


mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar
Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu” (Quran 47: 31)

15/19
Kesimpulan

Tidak diragukan, sekalipun seseorang tidak mengetahui


tentang subjek yang dibincangkan sejauh ini, orang
tersebut masih tetap dapat hidup dengan iman yang
sempurna. Dia dapat memiliki iman, dengan sepenuh
hatinya dan tidak merasa ragu, atas apa yang diwahyukan
Allah di dalam al-Qur’an. Walaupundemikian, kita tetap
harus menjelaskan bahawa sebuah kesedaran tentang tajuk
pembahasan ini memungkinkan orang semacam itu untuk
memperdalam keimanan dan demi suatu kepastian.

16/19
Kesimpulan
Jika anda faham fakta-fakta sains yang dijelaskan sejauh
ini, maka kita akan sampai kepada suatu rumusan bahawa:
Perkhabaran berita-berita keimanan dan ghaib yang
dijelaskan oleh al-Qur’an seperti mukjizat, azab kubur,
hari kiamat, kebangkitan semula, hari pengadilan, syurga
& neraka tidak lagi dilihat sebagai ‘kepercayaan’ semata
sebaliknya adalah fakta sains abad ke-21 yang tidak dapat
disangkal lagi.
Mereka yang tidak dapat memahami dan mengabaikan
fakta ini akan terus bersikap prajudis bahawa sains tidak
mungkin menjelaskan perkara-perkara ghaib & keimanan
sedangkan Allah menjelaskan Ilmu-Nya tidak terbatas….
17/19
Rujukan:
The Evolution Deceit, Chapter 18 & 19

Matter: The Other Name for Illusion

Idealism, The Philosophy of The Matrix and The True Nature Of Matter

Eternity Has Already Begun

Timelessness and The Reality of Fate

Knowing The Truth

The Little Man In The Tower

Allah Is Known Through Reason, Chapter 10 & 11

Atlas Of Creation, Volume I, Chapter 17 & 18

A Historical Lie: The Stone Age, Chapter Conclusion

Muat turun percuma semua buku-buku ini di, www.smartebooklibrary.com


18/19
Rahsia Hakikat Kehidupan &
Takdir Ditinjau dari Sudut Sains
& al-Qur’an (RHKT)
Maklumat ini dipersembahkan pada slot kedua hari pelancaran laman web
untuk projek perisian Smart eBook Library (SEL) :

www.smartebooklibrary.com
Anda dijemput ke laman web kami untuk muat turun ratusan eBook percuma

Jika anda memerlukan persembahan ini untuk pemahaman lanjut di tempat anda sila
hubungi Smart eBook Library foundation atau email ke
admin@smartebooklibrary.com

19/19
~ Terima Kasih ~

Anda mungkin juga menyukai