Anda di halaman 1dari 3

Mengenal Diri Sendiri sebagai kunci untuk mengenal

ALLAH S.W.T.
Sebagaimana yang diketahui,bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan
maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki
akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti
mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat
sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat
ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus
ditempuh secara bertingkat tingkat.Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu
Marifat,berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu
dengan cara bersungguh sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya
dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan
ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barang siapa yang mengenal
dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.

MENGENAL DIRI SENDIRI

Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun
dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan bentuk-bentuk bathin (yang disebut
qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging
yang berada disebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci
dan berpengaruh di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan.
Dialah Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang
bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.

Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu
kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani
adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan
jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap
tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib,
maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas
oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka
setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri.
Sungguh benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa Manusia itu adalah mikromos atau
dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara
memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali
peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya
(dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang
hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Didalam
Quran Allah berfirman: Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh,
katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit
saja .(S. Isra 85) . Apabila seseorang bertafakur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat
mengetahui bahawa dirinya itu pada masa dahulunya, tidaknya pernah ada. Firman Allah:
Tidaklah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu
apapun. Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air
(mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki,
tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata,
bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai
rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka manusia itu dapat menemukan dirinya di
dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-Sayangnya
Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata didalam
kehidupan ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, perumahan dan
sebagainya ,yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap didalam muka bumi ini. Disini manusia
akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu besar dan luasnya.
Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban keajaiban. Rangka jasad
adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh pula dengan berbagai-bagai alat
kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia,
maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ADA. Oleh kerana itu benar-
benar bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan
Allah.

MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan perbuatan kita bagi
mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kepada kita
kekuatan,kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat sifat manusia, bukan hanya menjadi
gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan
kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH
adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan
tidak berukuran.

Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, Tetapi kesukaran kesukaran
itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti perasaan marah,sakit ,gembira
dan cinta.Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan
oleh bentuk-dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak
dapat mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan kenyataan pokok yakni
Tuhan dan Roh, Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas batas yang dapat dicapai oleh akal
fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirkannya sebegitu jauh.
Betapapun juga ,kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia
adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah
segenap perkara demikian keadaannya.Sebagaimana yang telah dihuraikan,, ROH tidak
mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah,tidak mengenal
bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah JASAD. Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang
dan masa,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah
Tuhan Yang Esa,Maha Kuasa,Maha Besar dan Maha Agung.

Anda mungkin juga menyukai