Anda di halaman 1dari 12

1.

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

MENGENAL ALLAH MAKSUDNYA MENGENAL DIRI

Sabda Baginda Rasul :-

Awaluddin Makrifatullah
Awal awal agama ialah Mengenal Allah.

Firman Allah :-

Al insanu sirri wa ana sirruhu


Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya.

Sabda Baginda Rasul seterusnya :-

Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya..................


Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sunnguh ia telah mengenal
Tuhannya. Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya
dan Nyatalah Tuhannya.

Apakah yang dikatakan DIRI itu ? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan ?

Ketahuilah saudaraku bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-
Quran dan Hadith Qudsi dan juga Hadith yang membawa kepada faham dalam
perkara perkara yang cangan menjadi pokok utama perbincangan kita. Antaranya
ialah :-

Allah lebih hampir kepada manusia itu daripada urat leher manusia itu
Malah aku beserta kamu ...tidakkah kamu nampak ?
Kemana sahaja kamu hadapkan wajah kamu disitu ada wajah Allah
Allah itu meliputi sekalian manusia
Apabila telah sempurna kejadian Adam...maka Aku tiupkan ruhKu

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH

Saudaraku,

Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ) ,geraklaku kamu
adalah lebihkurang begini :-

Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan


menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak
mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga
terdengar oleh telingamu.
Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati
walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat
tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau
gelombang yang dihantar oleh mata. Lidah dan halkom sudah tidak boleh
bergerak lagi. Malah tiada satu anngota orang mati yang boleh berfungsi kerana
semuanya sudah MATI.

Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA
SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah
meninggal.

Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD
atau TUBUH BADAN kita. Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak
nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya.

Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat
alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD
atau TUBUH ialah NYAWA.

NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH

Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah
Ruh itu ialah Ruh Allah.

Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku
Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU. Hanya penterjemah yang
menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan
penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah.

Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah
dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu
bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita
secara khusus. 

Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta
kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang
bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ?

Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua
perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI
bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai
NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD /
RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah .

Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan
didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi
dinamakan Muhammad. 

Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya


manusia.

Maka bersabda pula Nabi kita : 

Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada


Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang
kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah.

DATANG & KEMBALI SE – JASAD & SE-RUH

Nyatalah kepada kita jika kita terus mahu hidup kita tidaklah boleh memisahkan
Jasad dengan Ruh / Nyawa. Maka bolehkah dipisahkan Muhammad dengan
Allah ?

Sebaliknya jika hendak dipisahkan juga, maka akan hilanglah HIDUP MANUSIA
itu atau matilah. Ruhnya telah hilang kerana KEMBALI ketempat asalnya yaitu
kepada Yang Empunya Hak. Jasadnya ditanam juga kembali keasalnya yaitu
tanah.

Firman Allah :-

Dari Allah engkau datang kepadaNya-lah engkau kembali.

Jika kita yakin Ruh kembali kepada Allah dan Jasad kembali kepada
tanah...tidakkah kita terfikir bahawa kenyataan yang biasa kita lihat itu
bertentangan dengan kenyataan Allah saperti disebut ayat diatas ?

Salahkah keyakinan kita ...atau ada lagi yang belum kita ketahui ?

Kita datang kedunia atau keluar dari perut ibu kita secara hidup. Maksudnya kita
lahir sejasad dan senyawa dalam keadaan bersatu jasad dan nyawa menjadi kita
saorang bayi.

Maka pada akal kita sahlah kita datang dari Allah melalui ibu bapa kita dengan SE
dan BERSEPADU . Kenapa pula bila kita mati atau kembali, hanya Ruh yang
kembali kepada Allah. Tubuh pula tidak kembali kepada Allah tetapi dikembalikan
kepada bumi. Bumi atau tanah kubur bukan Allah tetapi makhluk Allah .

KITA PERLU CARI ILMUNYA 

Maka perlulah kita mencari jalan agar kita kembali sapertimana kembali yang
dikehendakki Allah didalam FirmanNya diatas. Kembali SE yaitu kembali dengan
Jasad dan Ruh – kedua-duanya kembali kepada Allah SWT.
Benarkah kemahuan kita itu ?

Jikalau benar, bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan agar kita kembali SE-
jasad dan SE-ruh ?

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI 

Allah berfirman yang terdahulu telah disebutkan didalam rencana ini bahawa kita
diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah. 

Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali


SEJASAD dan SENYAWA.

Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang. 

Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni
asal dan maksud kedatanga kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas
ini. 

Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU
USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal
kita. Asal kita dari Allah atau lebih dari itu. Inilah yang kita perlu pelajari.

Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga
manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa
dan Nabi Isa .as

Dari manakah datangnya mani itu ?

Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum
baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada
lelaki.

Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah


boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ? 

Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu
masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia
tertentu , umpamanya jika suami isteri itu melayu, anaknya pun menjadi melayu.
Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat
mengetahui secara terperinci akan prosesnya.

Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang
proses kejadian manusia ini.
Iman, Islam, dan Ihsan
Iman, Islam, dan Ihsan

‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َذاتَ يَوْ ٍم إِ ْذ طَلَ َع َعلَ ْينَا َر ُج ٌل َش ِد ْي ُد‬ َ ِ‫ بَ ْينَ َما نَحْ نُ ُجلُوْ سٌ ِع ْن َد َرسُوْ ِل هللا‬: ‫ض َي هللاُ َع ْنهُ أَيْضا ً قَا َل‬ ِ ‫ع َْن ُع َم َر َر‬
‫س إِلَى النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم فَأ َ ْسنَ َد‬ َ َ َ ‫ل‬ ‫ج‬ ‫ى‬ َّ ‫ت‬ ‫ح‬ ، ٌ
‫د‬ ‫ح‬ َ
َ َ ِ ِ َ َ ِ‫أ‬ ‫ا‬ َّ ‫ن‬ ‫م‬ ُ ‫ه‬ ُ ‫ف‬‫ْر‬ ‫ع‬ ‫ي‬ َ ‫ال‬ ‫و‬ ، ‫ر‬ َ ‫ف‬ َّ
‫س‬ ‫ال‬ ‫ر‬
ُ َ ‫ث‬َ ‫أ‬ ‫ه‬
ِ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫ى‬ ‫ر‬
َ ُ ‫ي‬ َ ‫ال‬ ،‫ْر‬ِ ‫ع‬‫ش‬َّ ‫ال‬ ‫د‬
ِ ََ ِ ‫ب‬
‫ا‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫د‬ُ ْ
‫ي‬ ‫د‬‫ش‬َ ِ ‫اض الثِّيَا‬
ِ َ‫بَي‬
ْ َ َ ْ ْ
‫ ا ِإل ِسالَ ُم‬: ‫ فقا َل َرسُوْ ُل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬،‫ يَا ُم َح َّمد أخبِرْ نِي َع ِن ا ِإل ْسالَ ِم‬:‫ض َع َكف ْي ِه َعلى ف ِخذ ْي ِه َوقا َل‬َ َ َ َ َ َّ َ ‫ُر ْكبَتَ ْي ِه إِلى ُركبَتَ ْي ِه َو َو‬
ْ َ
ً‫ضانَ َوتَ ُح َّج ْالبَيْتَ إِ ِن ا ْستَطَعْتَ إِلَ ْي ِه َسبِ ْيال‬ َ ‫صالَةَ َوتُ ْؤتِ َي ال َّزكاَةَ َوتَصُوْ َم َر َم‬ َّ ‫أَ ْن تَ ْشهَ َد أَ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ هللاُ َوأَ َّن ُم َح َّمدًا َرسُوْ ُل هللاِ َوتُقِ ْي َم ال‬
ْ ُ ُ َ َ
‫ أن تؤ ِمنَ بِاهللِ َو َمالئِكتِ ِه َوكتبِ ِه َو ُر ُسلِ ِه َواليَوْ ِم اآل ِخ ِر‬: ‫ان قا َل‬ ْ ُ ْ َ َ ِ ‫ فَأ َ ْخبِرْ نِي َع ِن ا ِإل ْي َم‬:‫ قَا َل‬،ُ‫ص ِّدقُه‬
ْ َ ُ‫ فَ َع ِج ْبنَا لَهُ يَسْأَلُهُ َوي‬، َ‫ص َد ْقت‬ َ : ‫قَا َل‬
:‫ال‬ َ َ‫ ق‬. َ‫ك تَ َراهُ فَإ ِ ْن لَ ْم تَ ُك ْن ت ََراهُ فَإِنَّهُ يَ َراك‬ َ َ ْ
َ َّ‫ أ ْن تَ ْعبُ َد هللاَ َكأن‬:‫ قَا َل‬،‫ قَا َل فَأ ْخبِرْ نِي ع َِن ا ِإلحْ َسا ِن‬، َ‫ص َد ْقت‬ َ َ ‫ال‬ ِ ‫َوتُ ْؤ ِمنَ بِ ْالقَد‬
َ َ‫ ق‬.‫َر خَ ي ِْر ِه َو َش ِّر ِه‬
‫ال أَ ْن تَلِ َد ْاألَ َمةُ َربَّتَهَا َوأَ ْن ت ََرى‬ َ َ‫ ق‬،‫ال فَأ َ ْخبِرْ نِي ع َْن أَ َما َراتِهَا‬ َ َ‫ ق‬.‫ َما ْال َم ْس ُؤوْ ُل َع ْنهَا بِأ َ ْعلَ َم ِمنَ السَّائِ ِل‬:‫ قَا َل‬،‫فَأ َ ْخبِرْ نِي ع َِن السَّا َع ِة‬
ُ‫ هللا‬: ‫ت‬ ْ َ
ُ ‫ يَا ُع َم َر أتَ ْد ِري َم ِن السَّائِ ِل ؟ قُل‬: ‫ ث َّم قَا َل‬،‫ت َملِيًّا‬ ُ ْ
ُ ‫ق فَلَبِث‬ َ َ‫ ثُ َّم ا ْنطَل‬،‫ان‬ ِ َ‫اولُوْ نَ فِي ْالبُ ْني‬ َ َ‫ْال ُحفَاةَ ْالع َُراةَ ْال َعالَةَ ِرعَا َء ال َّشا ِء يَتَط‬
]‫ قَا َل فَإِنَّهُ ِجب ِْر ْي ُل أَتـَا ُك ْم يُ َعلِّ ُم ُك ْم ِد ْينَ ُك ْم[رواه مسلم‬. ‫َو َرسُوْ لُهُ أَ ْعلَ َم‬

Arti hadits / ‫ ترجمة الحديث‬:Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk
disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang
mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-
bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga
kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya
(Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku
tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah
engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi
Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan
dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang
bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang
Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-
kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun
yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan
aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-
akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian
dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “
Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang
tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau
melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)
berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam
sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku
berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang
datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.(Riwayat Muslim)
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada
(sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
MEMATIKAN DIRI

MEMATIKAN DIRI

SYARIAT = membuang dosa dan kehendak nafsu

TARIQAT = menghapuskan kelakuan yang keji & memakai akhlak terpuji

HAKIKAT =

Menghapuskan ke-AKU-an diri sendiri yaitu kenal Zat anda sebagai Zat Allah,
wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal anda sebagai Kenal Allah. Tiada yang
wujud hanya Allah. Hanya Allah yang boleh berkata AKU. Tidak ada yang lain.

FIKIR

Fikir ada 3 jenis :-

Pertama fikir tentang hal hal dunia


Kedua fikir tentang Syurga & Neraka
Ketiga fikir tentang Zat & Sifat Sifat Allah

ISLAM

ISLAM KULIT = mematuhi hukum hukum Syariat sahaja tanpa memandang .


kepada HAKIKAT ZAT. SIFAT, ASMA’ & AF’AL ALLAH.

MUSLIM KULIT = Sibuk dengan pembersehan zahir sahaja.

Yang Memberi & menerima itu Allah sebab hanya Dia Yang Wujud dan Dia itu
AKU.

AMALAN MAKRIFAH

Anda hendaklah menganggap pelbagai objek ( benda ) sebagai ZAT ALLAH.


Sifat Sifat benda sebagai Sifat Sifat Allah. Perbuatan benda sebagai Af’al Allah

Yang lainnya hilang dari pandangan ( ini dinamakan wahdat ) . Cara Caranya
saperti dibawah :-

CARA MENURUN / NUZUL

Anggaplah diri anda sebagai HAKIKAT ZAT


Zat Aku adalah Zat Allah
Sifat aku adalah Sifat Allah
Perbuatanku adalah Af’al Allah

CARA MENAIK / URUJ

Zat Allah adalah Zat Aku


Sifat Allah adalah Sifat Aku
Af’al Allah adalah Perbuatan Aku

NUZUL DENGAN ALLAH

Zat Aku dengan Zat Allah


Sifat Aku dengan Sifat Allah
Perbuatan aku dengan Af’al Allah

Al-Khasas : 88

Tiap tiap sesuatu ( ghayr ) adalah kosong sahaja kecuali ZatNya.

IRSHADAT = Kata Kata Mutiara Ulamak

Daula Samnani

Tidak ada dosa yang lebeh besar dari mengatakan diri sendiri berdosa.

Tauhid ialah memebaskan fikiran dari semua khatrat ghayr.

TAMAT.
MENGENAL DIRI

SULUK – KURSUS LATIHAN

SIFAT dizahirkan melalui kebolehan ( fakulti ) yaitu RUH. Dunia ialah


penzahiran Sifat Sifat Allah. Tiap tiap Sifat mempunyai kebolehan dan
kebolehan disalurkan kepada anggota yang nampak. 

Kebolehan ini ialah dalam Alam Malakut dan Sifat dalam Alam Jabarut.
Semua anggota badan ialah penzahiran Sifat.

LA ILAHA ILLALLAH. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang wujud


melainkan wujud salik. Wujud ini ialah Wujud Haq. Tiada ada sekutu
dengan Aku yaitu tiada yang wujud melainkan Aku.

Surah Yusof : 106

Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga
MUSYRIK.

Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hambamu, adalah terlibat dalam


SYIRIK-i KHAFI. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada
maka segala perbuatan dan gerak gerinya adalah Perbuatan & Gerakgeri
Allah.
Surah Al-Anfal : 17

Bukan engkau yang melontar apabila engkau melontar, tetapi Allah-lah


yang melontar.

Hendaklah dianggap Zat / Sifat / Af’alnya sebagai Zat / Sifat / Af’al Allah.
Tidak ada yang lain. Tidak ada wujud selain Allah.

Aku Allah tiada Tuhan selain Aku.

Siapakah yang boleh berkata AKU selain Allah sendiri ?

Siapa yang kenal DIRI-nya maka kenallah akan Tuhannya.

- Kenal Zat anda sebagai Zat Allah


- Wujud anda sebagai Wujud Allah
- Kenal anda sebagai Kenal Allah

Tidak ada bezanya jika anda katakan AKU ALLAH dan DIA ALLAH.

Berbilang-bilang atau banyak adalah pada Sifat dan Kesannya. WUJUD


tidak lebeh daripada SATU.

Berkenaan dengan ZAT :-

- Ia berkata AKU
- Apabila Ia keluar daripada ghaib ia berkata KAMU
- Apabila Ia kembali kepada ghaib Ia mengenang DiriNya sebagai DIA
- Apabila Ia memandang pada hakikatNya secara perkumpulan Ia
menggelar DiriNya sebagai KAMI

Surah Al-Khaf : 16

Kami lebeh hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri.

Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan Wujud Allah, anda
jadi MUSRIK. Jika ada wujud lain selain Wujud Allah pada pendapat
anda, maka anda mempunyai Tuhan selain Allah. Dia yang keluar dari
BATIN kepada ZAHIR bukan yang lain.
Surah Yusof : 106

Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga
musyrik.

Surah Yusof : 108

Katakanlah inilah jalanku, Aku ajak kamu menuju Allah dengan


pandangan batin.

Wali wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan Yang Haq. Mereka
tidak peduli tentang dosa. Wilayat ialah melihat Allah dengan Allah.

Al-Anfal : 17

Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni semua dosa
yang lain jika dikehendakkiNya.

Al-Thaqabin : 01

Apa sahaja dilangit dan dibumi memuji Allah.

Hadith :-

Semua makhluk diperanakkan dalam keadaan islam.

Anda mungkin juga menyukai