Anda di halaman 1dari 34

Inilah sebuah risalah yang sangat kecil yang dinamakan dia

TAZKIRAH
Li zawi al-afkar fima yamurru al-insan min al-amar

Pada menyatakan barang yang lalu ia dengan manusia daripada beberapa umur mudah-mudahan dapat kita mengambil itibar

Menghimpunkan dia oleh

Abdul Kadir Wangah


Wakaf Budi, Sekam, Mayo, Jalan Palas-Rakok

Dipungutkan kebanyakannya dariapada Sabil al-Azkar wa al-Itibar

1 (Wazikkir Fa Inna Zikra Tanfau al-Muminin) Bismillah.. Alhamdulillah.. Puji-puji bagi Allah Taala Tuhan yang satu lagi yang amat mengerasi lagi yang menang lagi yang sangat mengampuni. Mitalah Tuhan membanyakkan beri rahmat dan selamat di atas seorang hambanya dan Rasulnya pengulu kita Nabi Muhammad SAW yang dipilihi dan juga di atas ahli-ahili rumahnya yang baik-baik yang suci-suci dan juga di atas sekelian sahabatnya sekelian yang berpindah mereka itu turut sama Nabi ke Madinah dan juga segala ahli Madinah dan juga di atas sekelian yang mengikutkan akan mereka itu dengan beriman hingga hari terbahagi manusia kepada dua puak, satu puak di dalam syurga dan satu puak di dalam neraka. Adapun kemudian daripada itu maka telah bertahun-tahun hamba melihat serta perati akan kebanyakan kawan-kawan hamba yang di keliling kelala kampung kampung tempat hamba dan juga pada kebanyakan tempat-tempat yang hamba pergi berjalan meziarah dan menunaikan hajat-hajat hamba dan lain-lain lagi maka hamba mendapatkan orang-orang awam pada tempat-tempat itu nampaknya sangat-sangat kasih kepada negeri dunia ini, seolah-olahnya pada bawakan mereka itu di sinilah kampung tempat mereka yang sejati, yang sudah dan yang kekal mereka itu padanya daripada perkerijaan-perkerijaan mereka itu dan cakapan-cakapan mereka itu dan lain-lainnya, sehingga tidak sedar mereka itu apakah perkerijaan orang-orang Islam berkerija di dalam waktu Zuhur, Asar, Maghrib, Isya, Subuh dan lain-lain lagi daripada perkerijaan ugama yang dibuat bekal beberapa tempat lagi yang lain daripada negeri dunia ini. Maka dari sinilah hamba pun telah bertahun-tahun juga menaruh rusin dan berasa kesiang belas kepada mereka itu dengan ditilikan 2 kepada akhir dan hujung jatuh bagi mereka itu daripada janji-janji Tuhan nak mengazabkan akan mereka-mereka yang lupa kepada Dia dan derhaka kepada Dia dengan mengerijakan perkara-perkara yang ditegahkan mereka itu dan dengan

meninggalkan perkara-perkara yang wajib di atas mereka itu maka hamba pun sukalah pada menuliskan Risalah ini pada menyatakan hal manusia daripada awal hingga akhir. Memudah-mudahan (mudah-mudahan) dengan dia menjadikan satu sebab bagi sedar mereka-mereka yang tersebut insya Allah. Maka berkata hamba, hendaklah kita tahu bahawasanya segala umur yang lalu di atas kita anak Adam itu ialah lima umur. Bagi tia-tiap satu daripadanya masa yang tertentu. Dan sabit bagi kita pada tiap-tiap satunya itu beberapa kelakuan yang bersalah-salahan dan yang serupa. (Yang pertama) dariapada lima umur itu ialah daripada ketika menjadi Tuhan akan nenek kita Adam dan menghimpunkan padabelakangnya beberapa benih anak-anak cucunya yang betuah dan yang celaka. Maka sentiasalah berpindah-pindah daripa hujung-hujung sulbi bapak-bapakkepada rahim-rahim ibu-ibu dan daripada rahimrahim ibukepada sulbi-sulbi bapak, hingga bahawa keluar satu-satu daripada mereka itu di antara bapak-bapak mereka itu dan ibu-ibu mereka itu. (Yang kedua) daripada lima umur itu ialah daripada keluar kita manusia di antara dua ibu bapa kita hingga sampai waktu mati kita masing-masing dan kelaur daripada dunia ini. (Yang ketiga) daripadanya itu ialah daripada keluar kita manusia daripada dunia dengan mati masing-masing hingga bakit pula Allah Taala akan kita dengan rupa kita yang dihancurkan itu. (Yang ke empat) daripadanya itu ialah daripada keluar manusia kita daripada kubur masing-masing atau daripada tempat yang mehendaki Allah bagi hari bakit dan himpun pada satu tempat kerana timbang menimbang amalan dan periksanya dan menanti sirat (Yang kelima) daripadanya ialah daripada waktu masuk kita yang baik ke dalam syurga hingga tidak berkesudahan duduk di dalamnya dengan senang lendang dan dengan suka ria atau daripada waktu masuk orang-orang celaka ke dalam neraka dengan masing-masing kelakuan yang amat-amat takut medengar, apatah lagi terkena, nauzubillah min zalik. Maka dari sini kita kesemua telah yakin bahawasanya kita

sekarang ini ialah di dalam umur yang kedua jua. Janganlah sekali-kali kita lupa daripada melalui kita kepada tiga umur lagi sebelah hadapan ini. Dan adalah tiap-tiap daripada lima umur itu hamba huraikan dengan kadar jahil hamba dengan 3 Tafsil satu-satu hingga akhir insya Allah Taala. Memudah-mudahan (mudahmudahan, pentrasnkrip) dapat kaum-kaum hamba yang daif-daif mengambil pikir, sehingga terang dan yakin pada hati masing-masing, bahawasanya kita kesemua ini telah mendapatkan sebenar-benar senang, melainkan dengan masuk kita ke dalam umur yang ke lima ke dalam syurga. Bicaraan Umur yang Pertama Adalah kita yang dikatakan di dalam umur yang pertama itu ialah dari semenjak menjadi Allah Ta ala akan Tok Adam Alaihissalam dan menaruhkan benih-benih anak-anak cucunya daripada sulbi dia yang diberkati itu ialah kita manusia inilah. Maka setengahnya ahli betuah dan setengahnya ahli celaka. Dan pada satu masa berlalu satu perkara pada tempat yang bernama Wadi al-Numan, dekat padang Arafah, tempat orang hadir kerija haji, iaitu Tuhan mengeluarkan benih-benih itu kesemuanyanya daripada belakang Adam supaya meikatkan janji di atas mereka itu dengan bertuhan mereka itu kepada Allah Taala yang satunya, sebagaimana firmanNya Taala : () ertinya dan pada ketika mengambil oleh Tuhan engkau hai Muhammad daripada anak-anak Adam dari belakang-belakang mereka itu akan anak cucu (c-c-u) mereka itu dan persaksi ia akan mereka itu di atas diri-diri mereka itu adakah bukan aku Tuhan kamu? Berkata mereka itu, nyatalah menyaksi kami, hingga akhir ayat itu. Dan adalah segala benih anak-anak cucu (c-c-u) Adam itu ada belaka pada ketika itu, serta mendengar dan boleh bercakap dan lainnya. Tetapinya, rupanya kecil-kecil seperti semut yang kecil. Dan kemudian daripada itu Allah Taala permasukkan pula ke dalam badan Tok Adam dan keluar daripadanya kepada anakanaknya. Demikianlah bertali-tali hingga selesai umur itu masing-masing maka benih-benih itu ialah yang dinamakan dia dengan alam zurr, maka adalah ia di dalam hal baertuhan kepada Allah Ta ala yang lazim daripadanya mengaku nak turut Tuhan sepenuh-penuh pada apa-apa suruhanNya dan tegahanNya. Inilah dikatakan

janji yang antara alam zurr itu dengan Tuhan. Maka tatkala lama masa bertali-tali dan bersalin-salin daripada satu rahim ibu kepada yang lainnya dan daripada satu sulbi bapa kepada yang lainnya, sehingga selesai umur itu dan masuk pula kepada umur yang kedua. Maka Allah Taala pun bakitlah beberapa 4 Rasul yang setengah daripada beberapa hikmah itu ialah peringatkan janji yang tersebut itu. (Tanbih) Adalah budak-budak yang mati sebelum baligh itu masuk syurga kesemuanya, sama ada anak bagi orang Islam atau bagi orang kafir. Kerana padan dengan Islam benih budak-budak itu pada masa alam zurr itu. Tetapi pada hukum dunia jika budak itu kafir, maka haram dibicarakan yang matinya dengan bicaraan budak-budak Islam. Kemudian apabila baligh budak-budak kafir itu maka wajiblah mengucapdua kalimah syahadat barulah jadi orang Islam, kerana kotor dan cemar jalan lalunya. Bersalahan budak-budak Islam kita. Wallahu alam. Bicaraan Umur yang Kedua Adalah kita yang dikatakan di dalam umur yang kedua itu ialah daripada keluar kita daripada perut ibu-ibu kita dengan peranakan kita sehingga sampai keluar kita daripada dunia dengan mati dan di sinilah Tuhan paksakan kita beramal dan berbekal bagi kesenangan kita di dalam tiga umur yang lagi akan datang sebutnya. Apabila jadi kita orang mukallaf dengan menyuruh Ia akan beberapa suruhan dan melarangkan beberapa larangan. Dan di sinilah boleh dikatakan seolah-olah tempat tempat dicubakan siapakah daripada kita orang yang cerdik dan orang yang bodo dan sebelum daripada keluar kita daripada perut ibu kita itu Tuhan mehimpunkan kejadian kita di dalam pertu ibu kita empat puluh hari pula dengan hal nutfah (setitik mani) dan kemudian daripada itu empat puluh hari pula dengan hal alaqah (darah beku) dan kemudian daripada itu empat pula dengan hal mudhghah (setoko daging) sehingga dirupakan kita jadi manusia, maka ditiupkan ruh dan disuruhkan malaikat dengan tulis rizki kita sekian-sekian dan ajal umur kita sekian-sekian dan amal kita sekian-sekian dan yang celaka atau yang betuah. Kemudian kita itu diamlah di dalam perut ibu

hingga sampai waktu Tuhan kehendakan mengeluar daripada perut itu kepada luarnya. Maka di situlah awal umur kita yang bangsa dunia, seperti firmanNya Taala (.) Ertinya, kemudian mengeluar kami akan kamu pada hal budak hinga akhir ayat itu. Maka adalah kita manusia pada 5 ini umur berpindah-pindahlah kita daripada hal budak kepada hal besar, hingga jadi yang baligh dengan cukup tahun atau dengan sebab-sebab yang lain. Kemudian berpindah dari hal nama orang muda kepada jadi orang tua. Demikianlah sehingga kepada kelakuan yang mehendaki Allah perlakukan di atas kita-kita ini. Maka apabila diperanakan kita lepas keluar daripada perut ibu itu berteriak dan berjerik-jerik kita dengan bunyi-bunyian yang termaklum. Maka yang demikian itu ialah daripada sebab sepak syaitan laknatullah yang tidak selamat daripada perkara ini melainkan Nabi Isa dan ibunya alaihimassalam. Maka dari sinilah setengah daripada perkara yang disuruh buat pada ketika itu bahawa dibangkan pada telinga budak yang diperanakkan itu yang sebelah kanan dan iqamat sebagai iqamat sembahyang pada telinganya yang sebelah kiri, supaya selalu budak itu mendengarkan kalimat tauhid. Kemudian adalah hal budak-budak itu di dalam bodonya ikut tarikan atau didikan yang meliharanya kepada ajaran jahat atau baik. Maka dari sini mestilah di atas dua ibu bapa menyuruhkan dia dengan sembahyang dan dengan barang yang ia kuasa daripada puasa apabila sampai umur tujuh tahun. Demikianlah beberapa ajaran yang lain-lain dan dipukulkan kerana tinggalnya apabila sampai umurnya sepuluh tahun. Dan ditegahkan dia daripada berkawan-kawan dengan kawan-kawan yang jahat-jahat kerana dengan buku ini banyak benar punah orang-orang yang nampak nak jadi baik apabila berkawan dengan kawan-kawan yang jahat pada budak-budak yang tua-tua sebagi tua yang tidak megunakan cermin akal yang Tuhan beri itu kepada itarkan jalan selamat sebelah hadapan pada beberapa masa dan beberapa tempat lagi yang mesti dilakukan dengan tidak waweh-waweh. Dan adalah budak-budak itu sebelum lagi baligh itu ialah di dalam Tuhan peri, tidak diberatkan apa-apa beratnya melainkan semata-mata di atas ibu bapalah medidikkan kepada jalanan yang baik. Dan tersebut di dalam hadis, maksudnya diangkatkan qalam tulis salah (satu) daripada tiga manusia (1) daripada budak-budak hingga baligh ia, (2) daripada jenera hingga jaga ia, (3) daripada yang gila hingga hilangnya. Dan tersebut pada setengah-

setengah tempat pula menambahkan yang kena paksa. Dan adalah segala amal budak-budak sebelum baligh itu daripada amalan-amalan yang baik ialah di dalam buk-buk suratan amal-amal dua ibu bapanya yang Islam. Maka mana kala buat molek oleh dua ibu bapanya pada mengasuhkan dia dan menjagakan dia 6 seperti yang disuruh Allah Taala. Maka yang diharap daripada kurniaan Allah Taala tidak mensia-siakan keduanya dan daripada pahala amal budak itu kemudian dariapda baligh, bahkan dapatlah bagi keduanya, seumpama pahala amal budak-budak yang di asuh itu. Maka apabila baligh budak-budak itu serta berakalnya maka jadilah ia mukallaf namanya dan berkehendaklah kepada suruh dan tegah dan janji baik dan jahat dan pahala dan azab dan malaikat yang menjaga tulis yang baik dan yang jahat pun berkerijalah sebagaimana menyuruh Allah. FirmanNya Taala (.). Ertinya dan bahawasanya di atas kamu beberapa Malaikat yang menjaga yang mulia-mulia yang menulis sekelian mereka itu mengetahui mereka itu akan apa-apa barang yang beramal oleh kamu. Dan firmanNya (). Ertinya, tidak bertutur ia daripada satu perkataan melainkan di sisinya Raqib Atid yang menulis keduanya akan perkataan itu. Dan sungguhnya disuruhkan keduanya bahawa menjaga keduanya akan sekelian perkataan mukallaf dan segala perbuatannya yang baik dan yang jahat selama hidupnya hingga bahawa mati ia dan mehadir keduanya akan segala yang ditulis itu pada hari kiamat. Maka menyaksi keduanya di atasnya dan baginya. Maka tatakala baligh budak-budak itu maka mestilah dua ibu bapa pun bersangat-sangat menekang di atasnya pada mengingatkan dengan segala ilmu iman dan ilmu suruh tegah. Bahkan serba serbi yang bersakut paut dengan ugama dan bekal bagi beberapa tempat yang di hadapan lagi. Dan jika adalah ini-ini perkara telah wajib di atas budak-budak baligh itu sendiri sekalipunMaka bersabit dengan buku budakbudak ini banyaklah puak-puak kita yang Islam tak kena bawakan iaitu meninggalkan mendidik budak-budak kepada ajaran-ajaran ugama dengan masing-masing tak perduli atau dengan masing-masing didik kepada berlajar untuk kelebihan dunia jua, yang dikatakan perkara yang serba salah di atas mendapatnya. Tak padanlah dengan habis belanja dan susah lelah. Maka apabila beralih daripada dunia kepada mati, maka di situlah baru dapat tekejut yang amat-amat besar dan sesal yang amat sangat dan nyatalah kata sehabis-habis berharga perkerijaan ugama dan sehabis-habis kenalah

kepada sekelian orang-orang yang bersungguh-sungguh kepada paksakan anakanaknya kepada 7 mengaji ugama serta beramal dengan ilmu-ilmu yang mendapatnya. Maka adalah pendapatan ini tidak sekali-kali berfaedah dan berguna pada ketika itu. Ketahuilah kamu hai sekelian saudara-saudara yang melihat risalah ini bahawasanya kita kesemua kemudian daripada baligh itu sehingga dinamakan kita orang-orang yang tengah tubuh. Maka di sinilah ketakutan yang amat-amat besar, yang seolah-olahnya seperti perkara yang bulat berguling ia mengikut tempat yang sundar dan yang rendah. Kalau-kalau kita tidak menggunakan pikiran-pikiran yang sebenar dan tidak berkawan-kawan dengan kawan-kawan yang baik yang hidup dengan hal berhadapan mati kepada kesenagan di dalam beberapa umur yang lagi akan berpindah dan beralih kepadanya. Kita yang berakal telah maklum bahawasanya syurga itu ialah tempat yang sudah dan tempat puja nafsu serba serbi. Maka ianya dilingkungkan dia dengan beberapa perkara yang dibenci oleh nafsu masing-masing, seperti sembahyang, puasa dan upamanya. Dan neraka itu ialah tempat yang di situlah sehabis azab dan siksa, tidaklah siapa-siapa mau dan nak kepadanya melainkan yang buta mata-mata hatinya jua. Maka ianya dilingkungkan dia dengan berbagai-bagai dan bermacam-macam kesukaan dan kesernakan yang bersetuju oleh nafsu-nafsu masingmasing, tidaklah lagi berhajat kepada dibilang di sini berzina, berjudi, penyamun, mencuri, demo tahu belaka. Silalah saudara-saudara dan pemuda-pemuda renukan satu bangingan samatara nampak sendiri bersabit dengan hal syurga dan neraka ini. Maka adalah syurga itu seolah satu kebun dunia yang amat luas, yang ada di dalamnya beberapa perempuan yang sehabis-habis cantik dan comel, menanti-nanti mereka itu akan berkahwin dengan mereka-mereka yang masuk ke dalamnya. Dan ada lagi disediakan bagi yang masuk itu beberapa kesukaan yang lain, yang tak kuasa dibilang-bilang. Maka tiba-tiba melikung oleh ampunya kuasa di situ dengan pagarpagar dan tali-tali yang kuasa belaka. Pemuda-pemuda dan yang tua-tua redah dan temeruh akannya sehingga boleh masuk terus ke dalamnya. Maka adalah hal ini tetaplah tidak ada sama sekali mereka-mereka yang tak suka redah dan temeruh penyakit-penyakit itu melainkan orang-orang yang buta-buta dan upamanya jua. Perati olehmu, olehmu, olehmu.

Dan adalah hal neraka itu seolah-olahnya satu lubang tempat peringatkan api yang amat-amat nyala dan ada lagi di situ beberapa azab dunia yang lain, yang dapat dilihat dengan mata kepala yang tentu terkena 8 qi atas orang-orang yang masuk ke dalam tempat itu. Maka tiba-tibanya yang ampunya kuasa di situ taruhlah dan letaklah di tepi-tepinya akan beberapa perkara kesukaan yang menjadi sebab bagi menarik orang-orang yang mencapai akannya sehingga jatuh termasuk ke dalam tempat itu..Maka tidaklah orang-orang yang tak sedar perkara ini melainkan orang-orang yang sah bahawa diserupakan dia dengan budak-budak yang belum mumayiz atau upamanya, nauzubillah min zalik. Penjagaan terhadap kepada saudara-saudara yang telah sadar Hendaklah kita menaruhkan kesiang belas dan kasih sayang kepada mereka-mereka yang belum sedar dengan bahawa kita bersungguh-sungguh pada menasehatkan dia dan menggaya-gaya akan dia sekali kemudian daripada sekali, sama telah pula kaumkaum kerabat kita sendiri dan juga sahabat-sahat kita yang hamir-hampir dan yang dikasih sayng sehingga sedar mereka itu dan menyisin tangan-tangan baju kepada berkerija dan berhadap kepada mengaji ugama serta beramal dengan barang yang di dapatnya sehingga lekat tabiat hingga bawa mati dengan hal itu. Dan adalah setengah daripada salaf ulama dahulu-dahulu yang panjang umur mereka itu di dalam beribadat kepada Allah Taala menyungguh-nyungguh di atas menasihatkan kepada orangorang muda. Berkata mereka itu bagi mereka itu hendaklah mengambil keutungan dan kelabaan kamu di dalam hal muda kamu sebelum daripada jadi kamu kepada upama hal kami ini, yakni hal tua dan daif dan lemah daripada membanyakkan amal, pada hal mereka itu pada masa muda-muda mereka itu telah bersungguh-sungguh dah pada beribadah itu. Dan adalah seorang alim yang bernama Ibnu al-Jauzi membahagikan umur kita yang kedua ini kepada lima bahagi, iaitu lima musim : 1. Budak atau kanak-kanak, iaitu dari kelaur dari perut ibu hingga lima belas tahun;

2. Muda, iaitu dari lima belas itu hingga sampai tiga puluh lima tahun; 3. Tua, yang dipanggilkan bahasa Melayu dengan orang tua, yang lawan budakbudak, iaitu dari tiga puluh lima hingga lima puluh tahun; 4. Tua juga tetapi lain daripada makna yang dahulu, iaitu tua dengan makna dekat nak mati atau dengan makna takrak berkerija kuat-kuat, iaitu dari lima puluh itu hingga tujuh puluh tahun; 5. Tua juga dengan makna sangat tua atau tua mengatuk, iaitu dari tujuh puluh itu sehingga akhir umur. Maka hendaklah mereka-mereka yang Tuhan perumurkan masuk musim yang kedua hingga yang kelima itu secukup-cukup, jaga beri menang sebelah kebajikan di atas kejahatan 9 Jangan sekali-kali halak beri jadi mati di dalam hal menang atau berat sebelah kejahatan, seperti berkata dan beroyat setengah-setengah orang kita halo rang-orang mati di dalam bong lembu atau di dalam wit atau sebagainya. Maka dinamakan orang itu yang mati di dalam maksiat. Maka nyanyalah orang itu dan juga malu anak-anak buah dan kaum kerabat yang medengar hal itu. Dan jikalau pihak yang medengar itupun di dalam berkerija maksiat juga, seumpamanya sekalipun. Maka terpelengohpelengoh malu hendak pergi ambil mayat itu, nauzubillah min zalik. Dan dikatakan bahawasanya orang-orang yang telah sampai umurnya empat puluh tahun, pada hal tidak menang taatnya di atas maksiatnya, maka hendaklah bercadanglah kepada neraka. Dan berkata Abdulwahhab Ibnu Ahmad al-Syarani, diikatkan janji di atas kita apabila sampai umur kita empat puluh tahun, bahawa lipat kita akan hamparan tidur dan tak boleh kita lupa daripada keadaan kita ini ialah sekelian yang duduk tengah-tengah musafir kepada akhirat pada tiap-tiap nafas panjang perkataannya dengan diambil maksud jua sehingga sampai kepada maksud perkataannya. Dia berkata demikianlah tidak ada bagi kita mengambil kesenangan dan kesukaan dengan suatu pun daripada dunia, kerana sepit dah umur kita kemudian daripada empat puluh itu. Dan tidak munasabah dah lupa dan ghalib dan bermain-main bagi mereka yang telah lajak di

atas mati, intahi dengan mengambil maksud dan memendek. Dan adalah Imam Syafii kita, rahimahullah Taala, tatkala sampai umurnya empat puluh tahun berjalan ia dengan membawa tukat, maka apabila ditanyakan dia,apakah hal demikian. Maka jawab ia supaya ingat aku bahawasanya aku di tengah-tengah musafir, yakni musafir kepada akhirat, intahi dengan ambil maksud. Dan disebutkan pada setengah-setengah kitab ulama, bahawa ada yang menyeru dari pihak langit pada tiap-tiap pagi, Hai sekelian orang yang telah berumur empat puluh, kamu itu ialah tanaman yang sungguhnya telah hampir diketam. Hai segala yang berumur lima puluh, manakah benda-benda yang telah medahulu kamu, yakni daripada amal, dan manakah benda-benda yang metakhir kamu. Hai segala yang berumur enam puluh tidak diberi uzur dah bagi kamu, yakni sangat sepit dah masa berbekal. Sabda Nabi SAW: (.). Ertinya, Ketam umatku ialah daripada enam puluh hingga tujuh puluh. Dan sesungguhnya wafat Nabi kita, SAW, padahal umur enam puluh tiga tahun, atas qaul yang sahih. Begitu juga Abu Bakar dan Umar dan 10 Ali, radiallahu anhum. Adapun Usman ra. Maka umurnya hingga melampaui ia akan lapan puluh tahun. Pendeknya, kita yang di dalam umur yang kedua yang mati kemudian daripada baligh dan jadi orang mukallaf itu ada yang sebaik-baik dan ada yang sejahat-jahat. Maka sebaik-baik itu ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan yang sejahat-jahat itu ialah mereka yang panjang umurnya dan jahat amalannya. Maka mereka yang pertama itulah yang sehabis-habis berutung dan mereka yang kedua itulah yang sehabis-habis celaka. Berlindunglah kita dengan Allah Taala daripada jadi orang yang kedua. Dan berkata setengah ulama, orang-orang yang sampai umur enam puluh tahun itulah dihadapkan firmannya Taala (. Bermaksudnya, Dan adakah tidak perumur kami akan kamu barang yang yakni umur yang teringat padanya oleh mereka yang teringat ia dan telah datang akan kamu oleh yang menakuti. Dan dikehendaki dengan yang menakuti itu ialah Quran atau Rasul atau uban. Dan adalah uban itu sebagai notih di atas hampir ajal. Tak patut benarbenarlah digalak-galakan lagi, dengan upama menarik lembu jantan masuk bong. Maka tengok dengan mata kita pun nampak tak belagu dah. Apatah lagi bila berfikir dengan bicara hal kematian dan hal-hal yang mesti berlaku kemudian daripadanya. Dan banyak lagi wel (wau-ya-lam(?)) perkara-perkara yang tak belagu dengan orang-

orang yang telah beruban itu. Dan sunat mengubah uban itu dengan upama dicelupkan dia dengan merah atau hijau. Dan kesemua kita telah yakin bahawasanya mati itu ialah satu perkara yang mesti terkena di atas tiap-tiap benda yang menyawa, yang setengah daripadanya ialah manusia kita ini. FirmanNya Taala : (). Maksudnya, Kata olehmu hai Muhammad, sungguhnya mati yang lari kamu daripadanya maka bahawasanya yang berjumpa akan kamu kemudian dipulangkan kamu kepada Tuhan yang mengetahui akan barang yang ghaib dan yang hadir. Maka mekhabar dan membalas ia akan kamu dengan barang yang tengah ada kamu berkerija kamu. Maka dengan kedatangan mati inilah dikatakan selesai umur kita yang kedua dan berpindah kita kepada umur kita yang ketiga pua, serta bawa pergi kain-kain kapan dengan amal-amal jua. Dan yang lain-lain itu ditinggalkan dia kepada yang mati belakang pula. Dan yang mati belakang pun 11 demikian juga. Janganlah diberasa sedap dan megah dengan dapat harta pesaka dan lain-lainnya. Dan dengan kedatangan mati inilah juga dikatakan sampai masa azab dan siksa di atas mereka yang mati dengan hal berdosa dan sampai masa menerima balasan baik dan kesukaan bagi yang mati dengan hal yang taat kepada Allah Taala dengan hal sementara sampai amasa dibakitkan tubuh badan dan dikahwinkan dia dengan nyawa-nyawa masing-masing. Hai Tuhanku, mitalah Kau permatikan kami pada hal kami bersepakai dengan ugama Islam dan juga mita Engkau menjadikan akhir cakapan kami dengan berkata La ilaha illallah. Sabda Nabi SAW: (). Maksudnya: Ajarlah kamu akan sekelian yang mati kamu , yakni yang hampir nak mati akan La ilaha illah. Maka mereka yang adalah akhir cakapannya itu La ilaha illallah masuk ia akan syurga. Jaga-jaga ini perkara sangat payah nak terkena kepada orang-orang yang tak beramal. Bicaraan Umur yang Ketiga. Adalah kita dikatakan di dalam umur yang ketiga itu daripada keluar kita daripada dunia dengan mati masing-masing. Sehingga ketika dibakitkan kita daripada kubur dengan ditiupkan sangkala yang kedua, maka jadilah kita di dalam Alam Barzakh namanya. FirmanNya Taala). Maksudnya: Dan daripada belakang mereka itu

Alam Barzakh sehingga hari dibakitkan mereka itu. Hendaklah kita tahu bahawasanya orang-orang yang beralih daripada dunia kepada Barzakh itu dua bangsa, dua macam: Yang mengambil kesenangan dan kerehatan. Yang diambil kesenangan dan kerehatan orang-orang hidup dengan kematiannya. Maka yang pertama itu ialah orang-orang mukmin yang selamat daripada kesalahan dengan Tuhan mengambil kesenanganlah dengan mati itu daripada kepenatan dan keberatan dunia dan menyakitinya hidup kepada rahmat Allah dan balasannya yang baik. Maka yang kedua itu ialah yang berdosa dan yang karut senanglah orang-orang hidup dengan kematiannya dan senang kampung-kampung dan pohon kayu dan binatangbinatang, kerana pada masa dia hidup itu banyak karut. Maka orang-orang pun benci akannya dan kampung-kampung pun tak senang dan pohon-pohon kayu pun benci dan seperti lembu-lembu pun 12 benci juga kerana buat nyanya kepadanya dengan bawa lari tengah-tengah malam waktu ia tidur dan mengambil kerehatan daripada penat berkerija tengah hari, dan beberapa jalan yang lain-lain lagi dibuat nyanya kepadanya. Sabda Nabi SAW ketika di bawa lalu dengan satu jenazah mayat yang di atas pengusung (). Maksudnya : Ini mayat ialah yang mengambil kesenangan atau yang diambil kesenangan orang daripadanya. Lalu berkata puak-puak sahabatnya : Hai Rasulallah, manakah yang mengambil kesenangan dan manakah yang diambil kesenangan orang daripadanya?. Sabdanya : Bermula hamba yang mukmin itu mengambil kesenangan ia daripada penat dunia dan menyakitinya kepada rahmat Allah. Dan bermula yang berdosa itu mengambil kesenangan dariapdanya oleh segala hamba dan negeri-negeri dan pahonpahon kayu dan binatang-binatang. Dan sabdanya SAW bagi Abi Zar: ( Maksudnya: Hai Aba Zar, sesungguhnya dunia itu ialah ). pejara atau jil orang

mukmin dan kubur itu ialah amannya dan syurga itu tempat kembalinya dan tempat

sudahnya. Hai Aba Zar, sesungguhnya dunia itu syurga bagi kafir dan kubur itu azabnya dan neraka itu tempat kembalinya dan tempat sudahnya. Hendaklah kita tahu bahasanya Alam Barzakh ialah satu tempat di antara dunia dan akhirat. Tetapi dengan akhirat terlebih menyerupai. Dan bermukimlah kita di dalam Barzakh itu dengan semata-mata nyawa jua. Dan badan-badan dihancurkan jadi baja tanah, melainkan badan-badan anbiya. Dan demikian juga segala yang mati syahid pada berperang untuk meninggi ugama Allah. Dan tersebut pada Hadis bahawasanya nyawa-nyawa yang mati syahid itu adalah ia di dalam biam-biam burung yang hijau, bawa terai makan angin ia di dalam syurga, betapa kehendaknya. Dan kita semua kena sedar bahawasanya apabila mati kita maka kemudian daripadanya dibicarakan kematian dengan dimandikan dan dikapankan dan disembahyangkan dan diusungkan pergi kamus, maka telah hilanglah yang mati itu daripada hal-hal dunia. Maka adalah harta-harta dan bekas-bekas 13 isteri atau suami dan juga anak cucu dan upamanya itu telah kisahlah dan ghaiblah dan bercerailah kesemuanya itu dengan yang mati itu. Maka apabila orang-orang yang hidup mengambil perati segala kelakuan yang mati dengan secukup-cukup perati, maka barang kali terperanjat dan teradu ia darpada berhadap atau menganan kepada dunia, insya Allah, selalulah berasa duka cita kepada hal dirinya daripada tidak berbekal atau sedikitnya. Dan adalah hal usung mayat itu sunat disegerakan dan bangatkan berjalan. Sabda Nabi SAW ( ). Maksudnya: Mesegeralah kamu dengan usung jenazah itu. Maka jika adalah ia yang baik, maka kebaikan medahulu kamu akan dia kepadanya. Dan jika adalah ia yang lain daripada yang demikian itu, maka kejahatan letak kamu akan dia daripada tangguh-tangguh kamu. Pendeknya, kalau mayat itu yang baik, maka ia suka hendak pergi ke kubur dengan bangat. Dan kalau ia yang jahat maka tak faedah kamu duk pikul lama-lama.. Dan sabit bagi mayat itu perasaan dan tahu mereka yang memandikan dia dan mekapankan dia dan mehulurkan dia ke dalam kuburnya. Maka apabila dihantarkan mayat ke dalam kubur, maka sunat orang yang mehantar itu baca : ( ). Dan sunat juga diambilkan tiga cekak tanah dibaca pada yang pertama . Dan pada yang kedua :

... Dan yang ketiga : . Erti yang pertama itu : Daripadanya, yakni daripada tanahlah menjadi kami akan kamu. Dan erti yang kedua : Dan padanyalah mekebali kami akan kamu. Dan erti yang ketiga: Dan daripadanya mengeluar kami akan kamu pada kali yang lain. Kemudian dikamuslah dengan tanah sedikit-sedikit hingga rata dan sama. Maka selalu dibacakan talkin dan Quran dan istighfar dan berdoa baginya. Maka bahasanya pada ketika itu menanyakan dia oleh mungkar nakir. Maka di sini hendaklah orang-orang hidup yang hadir di situ itu banyak mengambil iktibar dan mengambil pikiran pada kelakuan yang akan yang akan terkena juga di atas diri masing-masing. Tidaklah patut pada ketika itu dibesar-besarkan bercakap dan berkelola dan sebagainya, seperti yang banyak berlaku sekarang ini. Maka apabila selesai soal munkar nakir itu, maka pulanglah mayat itu kepada balasan-balasan sebagaimana mengikut amalannya dan mengikut utungnya yang 14 Berlaku di situ. Sabda Nabi SAW : ( ). Ertinya : Kubur itu ada kalanya satu kebun daripada beberapa kebun syurga dan ada kalanya satu lubang daripada beberapa lubang neraka. Maka yang pertama itu ialah kubur bagi yang baik amalannya. Dan yang kedua itu ialah kubur bagi yang jahat amalannya. Dan adalah Saidina Usman bin Affan ra. Apabila pergi ia di kubur selalu menangis ia sehingga basah janggutnya. Maka berkata orang baginya, maka sungguhnya apabila sebut engkau akan syurga dan neraka maka tidak menangis engkau sebagai ini menangis.? Maka jawabnya, sungguhnya aku medengar akan Rasulullah SAW bersabdanya, yang bererti; Bermula kubur itu ialah awal-awal atau mula-mula tempat duduk daripada beberapa tempat duduk akhirat. Maka jika lepas oleh ampunya, yakni daripada bala-bala di situ, maka barang yang kemudian daripadanya terlebih mudahlah daripadanya. Dan jika tidak lepas ia maka barang kemudiannya terlebih sangat daripadanya. Pendeknya adalah azab dalam kubur itu ialah sebenar begitu juga nikmatnya. Maka nikmat itu ialah bagi mereka-mereka yang beriman dan taat akan Allah Taala. Dan azab itu ialah bagi mereka-mereka yang kafir dan yang berdosa dan yang derhaka akan Allah Taala. Dan tiap-tiap daripada dua puak itu bertikah-tikah dan berlebih kurang pada nikmat dan azab. Sebagaimana berlebih kurang atas sekira-kira perkerijaan mereka itu pada dunia. Maka merekamereka yang di dalam Alam Barzakh ini ialah telah putuslah amalan-amalan mereka

itu dengan sendiri. Melainkan ingatan-ingatan daripada yang hiduplah pula. Maka setengah daripada perkara-perkara yang memberi manfaat akan mereka itu ialah berdoa orang-orang yang hidup bagi mereka itu dan mita ampun dan bersedekah daripada mereka itu dan baca Quran. Sabda Nabi SAW : . Ertinya, bermula umatku ialah umat yang dikasih sayang akan dia masuk ia akan kuburnya dengan beberapa dosa yang seperti bukit-bukit dan keluar ia daripada kubur itu pada halnya diampunkan baginya dengan sebab mita ampun segala yang hidup bagi segala yang mati dan sedekah-sedekah dan doa dan baca Quran. Pendeknya, tidak patutlah di lupalupakan daripada segala yang mati daripada kita, sama telah pula daripada dua ibu bapa kita dan juga guru-guru kita 15 Kerana mereka itu pada masa mereka itu hidup maka membuat budi mereka itu kepada kita dengan mendidikan kita dan menasihatkan kepada kita dan lainnya. Hendaklah kita ingat bahawasanya ziarah kubur itu ialah satu perkara yang sunat yang ada padanya beberapa manfaat bagi yang hidup yang meziarah itu dan juga bagi yang mati yang diziarahkan dia. Sabda Nabi SAW: (..). Ertinya : Ziarahlah kamu akan kubur, maka bahawasanya mengingat ia akan mati. Dan sabdanya : (..). Ertinya : Telah larang aku akan kamu daripada meziarah kubur-kubur, yakni pada masa baru-baru Islam itu, maka hendaklah meziarahlah kamu akan dia, maka bahawasanya mezahid ia pada dunia dan mengingat ia akan ahirat. Dan banyak lagi hadis-hadis yang menujukkan suruh kita yang hidup ziarah kubur. Maka seyogia bagi yang meziarah kubur atau yang lalu di tepi-tepi kubur bahawa berkata ia : (..). Dan yang sangat kuat tutut ziarah itu ialah malam jumaat dan harinya. Dan kata setengah mereka itu, begitu juga malam sabtu hingga naik mata harinya. Dan juga hari isnin. Kerana bahawasanya segala ruh-ruh bagi segala yang mati itu dipulangkan dia kepada kuburnya pada itu-itu waktu. Dan padaketika ziarah itu, bacalah istighfar dan doa dan Quran, dan dihadiahkan pahala-pahalanya kepada mereka itu. Dan juga mengambil piker bahawasanya kita sendiri pun dekat dan hamper jadi kepada kelakuan yang telah jadi mereka itu. Dan apabila kita ziarahkan kubur dua ibu bapa kita dan kaum-kuam kerabat kita, maka seyogia dibanyakkan istighfar dan doa bagi mereka itu. Maka sungguhnya sukalah mereka itu dan seronoklah mereka itu dengan demikian itu. Dan juga apabila kita ziarahkan kubur dan orang-orang saleh maka dibanyakkan doa di

sisinya. Maka sungguhnya setengah-setengah oran-orang saleh itu dimustajabkan dan terimakan doa di tepi-tepi kubur mereka itu. Maka yang terlebih molek dan elok bahawa berdirilah yang meziarah itu berbetulan muka mayat atau kepalanya. 16 Ketahuilah kita bahawasanya segala amal bagi yang hidup itu dilentangkan dan dihendengkan di atas segala yang mati daripada ahli-ahli dan kaum-kaum kerabat bagi mereka itu. Maka jika melihat mereka itu alkan kebajikan, sukalah dan seronok mereka itu, dan berdoalah bagi mereka dengan teguh dan tekung. Dan jika melihat mereka akan yang lain daripad yang demikian itu, maka susahlah dan duka citalah mereka itu dan berdoalah bagi mereka itu dengan dapat penujuk dan taufik bagi kebajikan dan amal-amal yang saleh. Sabda Nabi SAW : (..). Ertinya : Sungguhnya segala amal kamu yang dilentangkan dia di atas segala kerabat-kerabat kamu dan segala asik kakak kamu daripada segala yang mati. Maka jika ada ia kebajikan, seronoklah mereka itu dan jika adaia yang lain daripada yang demikian itu berkatalah mereka itu: Hai Tuhanku, jangalah engkau permatikan mereka itu hingga tunjuk engkau akan mereka itu seperti barang yang te;ah tunjuk engkau akan kami. Dan sabdanya SAW : (). Ertinya : Dilentangkan dia segala amal pada hari isnin dan khamis atas Allah Taala. Dan dilentangkan dia atas Nabi-nabi dan bapa-bapa dan ibu-ibu pada hari jumaat. Maka sukakalah mereka itudengan segala kebaikan mereka itu dan bertambahlah muka-muka mereka itu cahaya dan cerah. Maka hendaklah takut kamu akan Allah Taala dan jangan menyakiti kamu akan segla yang mati-mati kamu. Pendeknya orang yang berkerija kebajikan itu hasil baginya dua keutungan; Pertamanya, keutungan bagi dirinya. Keduanya, keutungan bagi segala yang matinya dengan medapatkan kesukaan dan seronok dengan dilentangkan dia di atas mereka itu. Dan orang-orang yang berkerija kejahatan itu hasil baginya dua keberatan; Pertamanya, di atas dirinya; Keduanya, di atas segala yang matinya dengan medapatkan malu dan marah sakit hati dengan dilentangkan dia di atas mereka itu. 17 Hendaklah kita tahu bahawasanya segala makhluk yang mati-matiitu berhimpunlah mereka itudi dalam barzakh pada waktu yang ada ia di antara dua sangkala itu.

Firmannya Taala (). Ertinya : Dan ditiupkan pada sangkala. Maka pasanglah dan matilah mereka-mereka yang di dalam langit-langit dan mereka-mereka yang di dalam bumi, melainkan mereka yang mehendaki oleh Allah Taala. Dan berkhilaf-khilaf ulama pada mereka yang mehendaki oleh Allah Taala itu. Kata setengahnya ialah Malaikat dan kata setengahnya ialah anbiya dan kata setengahnya ialah segala yang mati syahid dan kata setengah yang lain daripada yang dimekian itu. Dan apabila cukupempat puluh tahun daripada sangkala itu, ditiupkan pula sangkala yang kedua, yang hidup dengan dia oleh tiap-tiap yang mati, yang dibakitkan dia. Firmannya Taala : (). Ertinya : Kemudian ditiupkan padanya kali yang lain, maka tiba-tiba mereka itu berdiri sekelian, menilik-nilik mereka itu. Hendak kita tahu pula bahawasanya segala yang beriman daripada kita ini telah mati mereka itu dengan dating anginyang sejuk, yang keluar dari pihak negeri syam, belum daripada sangkala yang pertama lagi. Maka yang mati dengan sangkala ituialah yang lain daripada yang demikian itu. Dan hendaklah kita tahu pula bahawasanya waktu nak dating kiamat itu Tuhan jualah yang mengetahuinya. Firmannya Taala : (). Ertinya : Dan di sisinya jua mengetahui kiamat. Dan bahawasanya yang makhluk boleh tahu itu ialah segala alamatnya jua, yang menujuk ia di atas hampirnya dan dekatnya, seperti naik matahari balik tejatuh dan keluar dajal dan turun Nabi Isa Alaihissalam, dan lain-lain lagi. Biacara Umur yang ke Empat Adalah kita dikatakan dalam umur yang ke empat itu ialah daripada ketika keluar daripada kubur, kerana bakit hingga masuk ahli syurga ke dalam syurga dan masuk ahli neraka ke dalam neraka. Yang demikian itu bahawasanya menyuruh Allah Taala akan Israfil as. Bahawa tiup sangkakala yang kedua. Firmannya Taala : () : 18 Ertinya : Menyangka oleh mereka-mereka yang kafir bahawasanya tidak dibakit akan mereka itu. Kata olehmu, hai Muhammad, ya atau bahkan demi Tuhanku dibakitkan kamu sekelian. Kemudian dikhabarkan dan dibalaskan kamu sekelian dengan barang yang telah beramal kamu dan yang demikian itu atas Allah Taala itu mudah jua. Dan firmannya Taala (). Ertinya : Dan bahawa sungguhnya kiamat itu

yang dating tidak ada syak dan umbar padanya. Dan bahawa sungguhnya Allah Taala bakit Ia akan mereka-mereka yang di dalam kubur. Dan tersebut dalam hadis bahawasanya dibinasakan daripada manusia akan tiap-tiap suatu, melainkan tulang yang satu, iaitu ajab al-zanb namanya, iaitu satu tulang yang halus benar diakhir sulbi. Daripadanyalah tumbuh manusia di tempat-tempat yang ditanamkan mereka itu, seperti tumbuh tanaman-tanaman dengan sebab Tuhan menurunkan hujan yang lebat, menyerupai mani laki-laki. Maka apabila seperna tumbuh itu, menyuruhlah Allah Taala akan Israfil tiup sangkala. Maka pulang nyawa-nyawa kepada badan-badan masing-masing. Maka hiduplah mereka itu dengan kehendaki Allah Taala . Kemudian dihimpunkan sekelian mereka itu di padang-padang mahsyar dengan bermacam-macam kelakuan dan zahirlah di atas segala yang berdosa itu tanda segala amalnya yang jahat yang telah berkerija mereka itu di dalam dunia dan mati mereka itu dengan hal tidak taubat kepada Allah Taala. Sehingga dating riwayat bahawasanya segala yang makan riba itu besarlah perut-perut mereka itu. Maka duduk mereka itu pada satu ketika dan berdiri pada satu ketika kerana sangat-sangat besar perut-perut mereka itu. Dan bahawasanya segala yang berzina, besarlah dan bekaklah faraj-faraj mereka itu hingga menarik mereka itu akannya di atas bumi. Dan segala yang minum arak dihasyarkan dengan hal gelas-gelas pada tangan-tangan mereka itu sampai kepada dada-dada. Dan yang tidak mengeluarkan zakat-zakat itu berupalah segala harta-harta mereka itu jadi ular-ular di likung akan mereka itu dengan dia. Dan segala yang sombong merekaitu di atas manusia dihasyarkan mereka itu seolah-olah seremut ijak di atas mereka oleh segala yang lain. Dan ada lagi beberapa rupa segala yang dihasyar itu. Hamba tak sebut di sini dan hamba sebut di dalam Talim al-Aulad akan sepuluh macam yang berdosa dihasyarkan dia 19 dengan kelakuan yang keji. Maka apabila terhimpun segala makhluk yang dibakit itu di padang mahsyar, maka turun Malaikat-malaikat dan melikung mereka itu akan mereka itu dengan berbaris-baris, maka tidak kuasalah segala yang berdosa dan yang zalim itu lari sama sekali dan bersesak-sesaklah mereka itu dan hampirlah matahari dengan kepala mereka itu. Maka secukup-cukup susah dan panas dan dahaga dan berpeluh-peluh. Allah Taalalah mengetahui kelakuan mereka itu. Di sinilah satu tempat yang dikatakan habis jantan dan habis betina, yang patut sama sekali makhluk

yang berakal lalai dan lupa dengan tidak beramal ibadat, yangdengan dialah jadi penyekat-penyekat bagi segala kesusahan-kesusahan pada seumpama tempat ini. Dan mereka-mereka yang sebenar berakal tentulah tak sampai hati sama sekali halak diridiri beri termasuk di dalam beberapa puak yang menanggungkan kesusahankesusahan itu. Kalau-kalau halak juga maka tetaplah orang itu yang tidak gunakan akalnya kepada meselamatkan ddirinya. Maka orang yang semacam itu tidak boleh kita berkawan dengannya, kerana kepada dirin dia sendiri pun dia tak kesiang, apatah lagi kepada yang lainnya. Maka sangat-sangat banyaklah orang-orang yang dipujikan mereka itu dengan nama cerdik. Pada hal bila ditilikkan kepada kelakuan-kelakuan mereka itu maka nyatalah di sisi orang-orang yang mengetahui dengan hal ugama Islam sehabis-habis bodo mereka itu, kerana meninggal mereka itu akan yang wajib di atas mereka itu dan mengerija mereka itu akan yang haram. Barang kali pada sangka mereka itu jadi megah mereka itu dengan keduanya pada hal yang betulnya jadi susah mereka itu dengan keduanya, nauzubillah min zalik. Maka apabila lama di atas mereka itu berhenti di padang mahsyar dengan hal beberapa kesusahan itu, maka mesyawaratlah mereka itu kepada siapakah nak datang mitak tolong supaya Allah Taala menyelesaikan perkerijaan di situ itu. Maka keputusan mesyawarat itu datanglah mereka itu kepada tok Adam as, maka perhala ia ke atas Nabi Nuh as. Maka Nabi Nuh pun perhala ia ke atas Nabi Ibrahim as. Maka Ibrahim pun perhala ke atas Nabi Musa as. Maka Musa pun perhala keatas Nabi Isa as. Maka Isa pun perhala ke atas Nabi Muhammad as. Maka Muhammad pun sanggutlah dan jaminlah., dan pergilah ia kepada satu tempat yang ia munajat padanya dengan Allah Taala. Maka mitak izin daripada Tuhan, kemudian sujud ia bagiNya 20 Taala dan memuji ia akanNya Taala. Kemudian disuruhkan dia dengan angkat kepalanya dan dibenarkan syafaat dan menolong apa sekehendaknya. Maka Nabi Muhammad pun menolong pada menyelesaikan hokum di atas mereka itu. Ini yang dinamakan dia al-Syafaatul-Kubra menolong yang besar. Dan setengah daripada perkara yang pelek dan ajib itu ialah kanak-kanak bagi Muslimin yang mati sebelum balighdibenarkan bagi mereka itu bahawa beri minum mereka itu akan ibu bapa mereka itu pada kita hasyar itu. Maka menyelit-nyelit mereka itu di tengah-tengah orang kerana mencari ibu bapa mereka itu supaya nak

beri minum akan mereka itu, kerana sangat dahaga itu. Dan dihikayatkan dan diceritakan bahawasanya setengah-setengah daripada yang saleh-saleh telah berazam akan meninggal berkahwin, maka bermimpilah di dalam tidur bahawasanya ia di padang mahsyar dan berlakulah dahaga yang amat sangat dan melihat ia akan beberapa kanak-kanak adalah pada tangan mereka itu bekas-bekas yang ada padanya air. Maka apabila orang mitak minum, maka jawab mereka itu bahawasanya kami nak beri minum akan ibu bapa kami. Maka tatkala jaga ia berpagi-pagi, maka menuntutlah ia akan berkahwin. Kerana harap bahawa Tuhan beri kepadanya anak, maka mati ia pada ketika kecilnya dan jadilah ia yang memberi minum akan dia di padang mahsyar. Maka terang bagi kita, bahawasanya orang-orang yang anaknya mati sebelum baligh itu berguna yang amat besar. Maka janganlah diikutkan dengan perkara-perkara yang haram, seperti memungut dan mencarikkan baju atau upamanya. Hendaklah kita tahu bahawasanya haru hara di padang mahsyar itu ialah perkara yang amat besar. Sehingga berkata orang-orang kafir, hai Tuhanku beri senanglah akan daku dan jikalau kepada neraka pun. Maka tatkala bersyafaat Nabi Muhammad saw kepada Tuhannya pada menceraikan dan menyelesaikan antara mereka itu, maka Tuhan pun menyuruh akan Malaikat yang menanggung Arasy, maka menanggung akannya kepada maukif padang mahsyar. Dan di datangkan dengan syurga di sebelah kanan Arasy. Dan dengan neraka di sebelah kira Arasy. Dan dilentangkan makhluk bagi periksa amal. Maka bermacam-macamlah mereka itu. Setengahnya mereka yang tidak diperiksakan dia, inilah yang nombor satu. San setengahnya mereka yang diperiksakan sedikit-sedikit jua. Dan setengahnya mereka yang dihalusikan periksanya. Maka orang-orang ini kena azab. Dan di sini juga diberi suratan amal dan ditanyakan segala Rasul darpa menyampaikan kepada umat-umat 21 Dan ditanyakan umat-umat adakah menyampai segala Rasul kepada mereka itu. FirmanNya Taala (..). Ertinya : Maka sungguhnya menanya kami akan merekamereka yang disuruhkankepada mereka itu dan sungguhnya menanya kami akan segala Rasul hingga akhir ayat. Pendeknya besarlah haru hara dan susah. Hendaklah kita yang berakal beringat dengan penuh-penuh masa, jangan lupa sama sekali akan perkara ini. Tetapisungguhpun perkara inilama dan susah itu, maka sungguhnya memudah Allah Taala dan meringannya diatasa orang mukmin yang takut ia

akannya. Sehingga adalah

perkara-perakara yang tersebut itu diatasnya kadar

sembahyang waktu jua. Dan pada setengah-setengah riwayat ialah kadar yang antara zohor dan asar. Dan pada padang mahsyar itu juga berlaku balas membalassetengah akan setengah. Sehingga di antara binatang-binatang yang belaga, yang bertanduk dengan yang doga tidak bertanduk. Maka Allah Taala bakitkan keduanya dan balaslah yang doga itu tanduk akan yang bertanduk itu. Sehingga apabila selesai habis , maka Allah berfirman : ( ). Ertinya : Jadilah engkau tanah. Maka apabila melihat oleh orang kafir nampak senang binatang-binatang yang hancur jadi tanah itu, lalu ia pun berkata : ( ). Ertinya : Eh, eh..mudah-mudahan aku.. jadi aku tanah. Kemudian daripada itu, maka dibentangkan mizan penimbang segala amal, sebagaimana firmanNya Taala : ( ). Ertinya : Dan mehantar kami akan penimbangpenimbang yang adil bagi hari kiamat. Dan firmanNya Taala : ( ). Ertinya : Dan timbang itu pada hari itu ialah yang sebenar. Maka ditimbangkan segala kebaikan dan kejahatan. Maka mereka yang berat kebajikannya di atas kejahatannya maka berutung dan betuah ia. Dan mereka yang beratkejahatannya di atas kebajikannya maka rugi ia dan sesal ia. Dan mereka yang sama berat keduanya, maka dengan kemurahan Allah Taala, dimasukkan dia ke dalam syurga juga. Dan kata setangah mereka itu, dihentikan dia di atas ikraf dahulu itu, iaitu kota di antara syurga dan neraka. Kemudian dimasukkan dia ke dalam syurga juga. Dan dating sebut di dalam hadis: bahawasanya ada seorang Malaikat di atas mizan itu ialah menyerukan dengan menyebutkan namasi anu anak si anu berat kebajikkannya atau kejahatannya. Dan kemudian daripada itu dilentangkan sirat jambatan atau titi di atas neraka jahanam 22 dan disuruhkan lau di atasnya. Makalalulah dan menitilah mereka itu dengan bermacam-macam; lambat, bangat dan ada yang lepas, maka berutung ia. Dan ada yang jatuh, maka celaka ia. Dan mula-mula yang lalu itu ialah segala rasul dan tiaptiap daripada seorang rasul itu berdoa ia dengan katanya : ( ). Ertinya : Hai Tuhanku, beri selamat oleh Engkau, beri selamat oleh Engkau. Dan mula-mula yang meniti daripada segala Rasul itu ialah Nabi Muhammad saw. Dan daripada umat-umat itu ialah umatdia dahulunya. Dan di Sirat itu ada beberapa penyakut dan pegait, nanti nak sakut mereka-mereka yang disuruhkan dia dengan sakut akannya. Dan pulanglah segala mukmin yang lepas kepada Haud, kolam air, Nabi kita Muhammad saw. Maka

minumlah mereka itu daripadanya. Maka hilanglah dahaganya selama-lama. Dan airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih sedap baunya daripada kasturi dan terlebih manis daripada manisan madu. Dituangkan airnya daripada sungai Kausar. Bukanya sebulan perjalanan. Dan panjangnya begitu juga pendeknya empat persegi. Dan dikelilingnya beberapa cerek seumpama bilangan bintang-bintang di langit. Dan berkhilaf-khliaf ulama pada mengatakan Haudh itu, kemudian daripada Sirat atau belum dariapadanya. Dan tiap-tiap itu diihtimalkan ada keduanya, alhamdulillah, masya Allah. Dan adalah orang-orang yang lepas menanti it mandi pula di dalam sngai Hayat namanya. Maka apabila keluar dan naik daripada mandi itu, maka teralihlah rupanya jadi comel loter. Maka dimasukkan syurga kesemuanya, alhamdulillah. Bicaraan Umur yang ke Lima. Adalah kita dikatakan di dalam mr yang ke lima itu ialah daripada masuk ahli neraka akan neraka dan mask ahli syurga akan syurga, hingga tidak ada berkesudahan. Dan ini umur ialah terlebih penat dan terlebih celaka pada hak ahli neraka. Dan terlebih elok dan terlebih senang pada hak ahli syurga.Hendaklah kita kesemua takut akan neraka dengan secukup-cukup takut, kerana tak kepadanan sekali-kali kita nak menanggung akan azabnya dan tidak siapa pun mau dan nak akannya, melainkan yang jahil-jahil dan yang bodo-bodo dan yang sombong-sombong, yang tidak yakin akan adanya dan akan lalunya dengan 23 sebab tidak mengaji dan tidak menanya-nanya akan yang pandai-pandai hukumhukum ugama Islam. FirmanNya Taala (..). Ertinya : Tidak daripada kamu melainkan yang dating akannya. Maka kesemua orang pun mesti dating akan neraka, sekurang-kurangnya ialah lalu di atasnya dengan meniti Sirat. Dan firmanNya Taala : (..). Ertinya : Hai mana-mana orang yang beriman mereka itu, sanggalah kamu akan diri-diri kamu dan akan ahli-ahli kamu akan neraka. Kayu apinya ialah manusiamanusia dan batu-batu. Ada di atasnya beberapa Malaikat yang kasar-kasar dan yang gagah-gagah dan kuat-kuat, tidak darhaka mereka itu akan Allah Taala barang yang menyuruh Ia akan mereka itu. Dan buat mereka itu akan barang yang disuruhkan

mereka itu. Cubalah kita berfikir bahawasanya Allah Taala sendiri menyuruhkan kita sangga dan beringat akan diri-diri dan ahli-ahli daripada terkena neraka. Maka betapakah setengah-setengah daripada orang-orang kita mengajakkan setengahsetengahnya kepada masuk neraka dengan berajakkan kepada kerijakan yang haramharam dan meninggalkan yang wajib-wajib dan mendidikkan anak cucu kepada melanggar undang-undang Allah Taala. Barang kali tidak ada kebodaan yang seperti ini melainkan tersebab daripada kurang percaya kepada barang yang dijanji oleh Allah Taala, yang tersebab pula daripada tak mengaji dan tak mesra ugama Islam yang diakui oleh Allah Taala dengan sebenarnya, dengan firmanNya Taala : (..). Ertinya : Sesungguhnya ugama di sisi Allah Taala ialah Islam. Amboi sesatnya orang-orang tidak mesra ugama Islam, nauzubillah min zalik. Dan bacalah pula firmanNya Taala : (). Ertinya : Maka menakuti aku akan kamu akan api neraka yang bernyala-nyala ia, tidak masuk akannya melainkan yang celaka, yang bakit bahong ia akan Rasul dan berpaling ia daripada beriman. Dan firmanNya Taala : (). Ertinya : Dan mereka yang ringan segala timbangannya, maka itu-itulah orang ialah mereka-mereka yang merugi mereka itu akan diri-diri mereka itu di dalam neraka jahanam, kekal sekelian mereka itu. 24 Hendaklah kita tahu bahawasanya neraka itu tujuh pingkat; yang pertamanya jahanam. Dan dikatakan bahawasanya ialah tempat segala yang derhaka daripada orang-orang Islam. Yang keduanya, saqar. Yang ketiganya, lazo. Yang keempatnya, hutamah. Yang kelimanya, sair. Yang keenamnya, jahim. Yang ketujuhnya, hawiyah. Dan penuhkan segala pingkat-pingkat yang tujuh itu dengan azab yang bersangatan. Tetapi berlebih kurang azab bagi tiap-tiap pingkat itu. Yang ringan sekalinya ialah yang pertama dan yangberat sekalinya ialah yang ketujuh, nauzubillah min zalik. Dan bermacam-macamlah orang yang kena api di dalam neraka itu. Dan yang terlebih ringan sekalinya ialah yang kena kadar mata kakinya dan bergelegak panas sampai ke otaknya, seperti gelegak periuk. Dan yang berat itu, tuan-tuan berfikir sendirilah, sehingga ada yang terkena api sampai kepada lekok di bawah tengkok. Kemudian adalah ahli neraka itu dua bahagi : yang pertamanya ialah orangorang Islam yang derhakakan Allah Taala, dan puak ini tidak kekal di dalamnya, tetapi dikeluar dengan syafaat Nabi dan dengan rahmat Allah Taala. Dan puak ini

berlebih kurang kena azab dan ada yang masuk kadar tujuh ribu tahu, iaitulah umur dunia. Dan bahagian yang keduanya ialah segala orang-orang yang mati di dalam hal kufur. Maka puak ini kekal sekeliannya di dalamnya selama-lamanya. FirmanNya Taala (..). Ertinya : Sesungguhnya mereka-mereka yang kufur mereka itu dan mati mereka itu pada hal mereka itu segala yang kufur itu-itu orang thabit di atas mereka itu laknat Allah dan Malaikat dan manusia kesemuanya. Pada hal kekal mereka itu dalamnya, tidak diringankan daripada mereka itu akan azab dan tidak ada mereka itu ditilikan mereka itu dengan tilik rahmat. Dan firmanNya Taala : (). Ertinya : Siapa-siapa yang mesekutu ia dengan Allah Taala, maka sungguhnya meharam Allah di atasnya akan syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Kemudian apabila keluar kesemua orang-orang yang derhakakan Allah daripada orang-orang Islam dengan syafaat Nabi atau dengan cukup germit dan tidak tinggal seorang pun daripada mereka itu, maka diselakkan segala pitu neraka itu di atas puak-puak kafir. FirmanNya Taala : ( ). 25 Ertinya : Sungguhnya neraka di atas mereka itu dkatupkan dia dengan tiang-tiang yang dibentangkan dia. Dan setengah daripada mereka itu ialah mereka yang dijadikan dia di dalam peti, dipenuhkan atasnya dengan api, kemudian diselakkan di atasnya selama-lamanya, nauzubillah min zalik. Hai Tuhanku, mita Engkau mematikan kami di dalam hal Islam dan beriman, amin, amin, amin. Hendaklah kita gembarkan dan kasihkan syurga dengan sebenar-benarnya dan secukup-cukupnya. Tak boleh kita duk ghalib dan buat cera-cera sama sekali. Kerana ianyalah tempat yang sudah dan tempat puja nafsu dengan secukup-cukup kehendak dan secukupcukup puas hati selama-lamanya. FrimanNya Taala : ( ). Ertinya : Dan hendaklah menyukalah engkau, hai Muhammad, akan mereka-mereka yang beriman mereka itu dan beramal mereka itu akan amal-amal yang saleh, bahawasanya sabit bagi mereka itu beberapa syurga yang deraslah di bawahnya beberapa sungai. Tiap-tiap kali diberikan mereka itu daripadanya rizki, berkatalah mereka itu, ini ialah perkara yang diberikan kita dahulu tadi dan didatangkan mereka itu dengan rizki, pada hal kesambaran rupa-rupa. Dan bagi mereka itu dalamnya beberapa isteri yang disucikan sekeliannya daripada haid dan nifas dan lain-lainnya. Dan mereka itu di dalamnya kekal sekelian mereka itu. Dan firmanNya Taala : (...). Ertinya : Dan didatangkan

mereka-mereka yang takut mereka itu akan Tuhan mereka itu kepada syurga pada hal beberapa puak.. hingga akhir ayat. Dan firmanNya Taala : (..) : Ertinya : Sungguhnya segala yang takut akan Allah Taala itu pada tempat duduk yang senang di dalam beberapa kebun dan beberapa mata air memakai mereka itu daripada setera sundus dan istabraq, pada hal berhadap depan mereka itu ketika bercakap-cakap. Begitulah dan mekahwin kami akan mereka itu dengan bidadari. Menutut mereka itu dalamnya dengan tiap-tiap 26 Buah kayu, pada hal aman mereka itu daripada putusnya dan lain-lainnya. Tidak merasai mereka itu padanya akan mati, melainkan mati yang pertama yang di dalam dunia dan melihara Allah akan mereka itu akan azab neraka. Dan beberapa banyak lagi ayat-ayat dalam Quran ceritakan hal-hal syurga yang disediakan kepada hamba-hamba yang taat kepada Allah Taala. Tetaplah dapat bagi hamba-hamba itu dengan tidak waweh bila sampai masanya. Dan tidak siapapun daripada yang berakal tak mau akan syurga bila ia tahu terus terang akan sebenarnya. Seperti juga tidak siapapun mau akan neraka bila ia tahu akan sebenarnya. Siapa-siapa tak percaya akan syurga neraka itu jadi kafir ia, kekal di dalam neraka selamalamanya. Kala mati ia di dalam hal itu, maka tidak memberi manfaat oleh tak percaya dia itu, melainkan menambah khianat akan dirinya sendiri. Maka di sini, hai kawankawanku yang telah terlajak kepada kerija maksiat dan kepada berhadap kepada dunia semata-mata, berhenti memikir gatek dan masuk campur gatek dengan puak-puak yang beramal dan yang mengaji-mengaji ugama. Mudah-mudahan tidak medapat kamu akan sesal yang amat sangat kemudian hari. Maka tidak manfaat oleh sesal apabila sampai nyawa di batang halkum, yakni berakut nyawa hala terbit. Dan hendaklah kesiang belas gatek kepada diri-diri kamu yang bersih dan comel loter itu. Jangan ghodok masuk ke dalam neraka. Maka mestilah kam pisah beri lepas ke dalam syurga juga, juga, juga. Jangan jadi bodo sama sekali. Janganlah, janganlah, janganlah. Dan hendaklah kamu beralah kepada hukum-hukum Allah Ta.ala. Dan taat akannya dengan sepenuh-penuhnya di dalam umur kamu yang sebutar (sebentar?) itu. Maka serba salah jua kamu hendak puja nafsu di tempat ini, melainkan dengan jalan-jalan yang halal. Maka adalah yang puja nafsu di tempat ini dengan jalan yang haram itu ialah pada hakekatnya yang buat nyanya kepada diri-diri

sendiri. Seolah-seolah yang sakit. Maka puja nafsu ia dengan makan yang bisa-bisa. Tak padanlah sedapnya dengan sakitnya, hingga tak boleh tidur. Maka orang-orang yang tahu-tahu hal kesakitan itu patan belaka yang bisa-bisa itu. Dan juga pisah berubat, walau pun ubat-ubat itu perkara yang pahit-pahit dan yang tak sedap, kerana menuntut kesenangan sehat. Begitulah juga yang menuntut kesenangan dalam syurga, tidak hirau kepada patan yang haram dan berkerija yang wajib-wajib dan yang sunatsunat, walaupun berat. Maka berat itu tidak dibuat kira, kerana kesukaan dan kesenangan yang kemudian daripada itu, ialah yang amat-amat sangat 26 Sabda Nabi, yang bermaksudnya begini : Berkata dan berfirman Allah Taala : Mesedia aku dan mecadang aku bagi segala hamba aku yang saleh-saleh akan barang yang tak pernah melihat mata-mata dan tak pernah medengar telinga dan tak pernah terlitas atas hati-hati manusia. Dan sabda Nabi SAW : (...). Ertinya : Pada syruga itu seratus pingkat, barang yang antara tiap-tiap dua pingkat serperti barang yang antara langit dan bumi. Dan Syurga Firdaus itulah yang terlebih tingginya, nisbah pingkat, hingga akhir hadis. Dan sabdanya SAW : (...). Ertinya : Tempat tukat seorang kamu daripada syurga itu terlebih baik daripada dunia dan barang yang padanya. Dan kalau-kalau bahawasanya satu perempuan daripada perempuanperempuan syurga itu kelihatan dan jengok ia pada ahli bumi, niscaya mecerah ia akan barang yang antara keduanya. Dan nescaya memenuh ia akan barang yang antara keduanya, nisbah bau... hingga akhir hadis. Maka dengan hadis-hadis tersebut itupun padan dah dan cukup dah menyaksikan di atas kelebihan kesukaan-kesukaan yang disediakan bagi kita mukminin di dalam syurga itu, masya Allah. Amboi, bodonya orang yang paling belakang daripada akhirat itu. Dan kalau-kalau dikatakan orang-orang yang cerdik pada pihak dunia sekalipun, seperti beberapa banyak jatuh pada masa ini, nauzubillahi minzalik. Amboi, berutungnya orang-orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Amboi, celakanya orang-orang panjang umurnya dan jahat amalannya. Ketahuilah kita bahawasanya seorang laki-laki daripada ahli syurga itu diberikan dia kekuatan seratus laki-laki pada makan dan minum dan jimak dan syahwat. Dan badan pun besar belaka, seperti tok Adam. Maka dengan sebab besar

belaka itu, molek belaka. Pendeknya dalam syurga itu takdaklah perkara-perkara yang tak puas hati. Hanya apa kehendak dapat belaka. Alhamdulillah. Dan tersebut di dalam hadis bahawasanya bila masuk kita ke dalam syrga, menyerulah oleh yang menyeru dengan katanya : Hai ahli syurga, 28 sekaranglah bagi kam bahawa sehat kamu dan tak sakit kamu selama-lamanya. Dan sekaranglah bagi kamu bahawa muda kamu, maka tidak tua kamu selama-lamanya. Dan sekarang bagi kamu bahawa bersuka-suka kamu, maka tidak putus asa kamu selama-lamanya. Dan demikian itulah firmanNya Taala : (...). Ertinya : Dan diserkan mereka itu bahawasanya itu-itu syurga dipesakakan kam akannya dengan barang yang telah ada kamu beramal kamu. Hai saudara-saudaraku yang tak mau berpaling dan perduli kepada beramal ibadah dengan sebab duk lepotel atau dengan sebab masyghul dengan kesukaan atau ketinggian dunia atau dengan sebab-sebab yang lainnya, diharapkan ampun dan maaf kalau ada tersalah atau tersilap. Hamba nak tanya sedikit, apakah pikiran kamu dan kenampakan kamu dan sudah kamu dengan duk begitu. Adakah kamu sangka kata kamu tak mati, atau mati tetapi lambatnya. Bahkan adakah kamu sangka kata umur kamu itu hala bertambah banyak dan lanjut atau hala kurang atau berhenti tidak bertambah sebelah jumlah. Bahkan adakah kamu sangka kata muda kamu itu berhenti di situ selama-lamanya dengan segala bagai kesukaan dan kekuatan. Atau hala jadi tua atau daif tiap-tiap hari. Atau bertambah jadi terlebih muda. Bahkan adakah kamu sangka kata mati kamu, tetapi selalu ghaib dan kisah dengan tidak ada balas baik atau jahat di alam Barzakh hingga akhir. Bahkan adakah kamu sangka kata perkaraperkara yang tersebut di dalam Hadis dan Quran itu palsu atau [gamna]. Bahkan adakah kamu sangka cerdik dan bijak kamu lagi daripada ulama-ulama yang duk beramal ibadah mereka itu siang malam atau [gamna]. Bahkan adakah kamu berasa cerdik dan bijak kamu lagi daripada Nabi Muhammad SAW atau [gamna]. Hai Tuhanku, haraplah engkau buka mata hati mereka itu pada menjawabkan beberapa pertanyaan ini dengan jawapan yang sebenar-benar. Maka Engkau taufikkan kepada mereka itu beramal ibadah selalu serta menyerta dengan bersunguh-sungguh, siang dan malam. Dan kepada taubat daripada beberapa kesalahan-kesalahan yang telah lalu dan kepada mengaji dan berlajar mana-mana yang mereka itu tak pandai, yang

bersakut paut dengan iktikad dan lain-lainnya. Sehingga Engkau permatikan mereka itu di dalam hal itu, amin, amin. 29 Penjagaan terhadap kepada yang daif-daif pikiran. Adalah nampak berpenuh-pena kampung-kampung dan kedai-kedai nad dan bandar-bandar dan witwit dan tempat-tempat kenduri dan tempat-tempat berjudi dan upama-upamanya itu, ialah dengan jalan berganti-ganti yang dilihatkan dan juga yang melihat dengan bahawa mati atau mapuh setengah-setengah dan diperanakkan yang lain. Begitulah hingga akhir dunia dan habis benih-benih bukanlah dengan sebab tahan lama, seperti batu-batu yang di bukit-bukit dan di gunung-gunung. Maka di sini ada pelek sedikit, iaitu buah durian atau rambutan dan upamanya. Maka pada musim buah itu kita lihat di tiap-tiap kali nad dan tiap-tiap kali minggu yang kita pergi ke bandar upamanya. Maka ia pun dengan sebab berganti-ganti fesyennya tidak teralih kalau rambutan yang masak dengan hal bulunya merah, maka bila-bilapun begitulah. Dan kalau durian, fesyennya duri tajam, maka bila-bila pun begitulah. Dan kalau durian nasi kunyik [t] maka bila-bila pun begitulah. Demikianlah dikatakan dan ditarikkan. Adapun manusia kita, maka tak begitu. Kerana pada masa dahulu di daerah kampung tempat itu orangorang di situ pakai kain-kain sarung belaka. Maka sekarang dipakaikan serual-serual. Dan fesyen dahulu berguna pisau penyukur pada buat cukur rambut kepada, maka sekarang berguna mesin dan gu[n]ting pula. Dan fesyen dahulu orang-orang perempuan pakai baju yang mudah buang kacing kerana cabut. Dan sekarang payah nak buang gaduh-gaduh, kerana terbalik lepas ke belakang. Dan fesyen dahulu berguna benar sisir-sisir bagi perempuan. Dan sekarang tak berapa berguna dah, kerana kurang baik tanah-tanah sekarang, maka tumbuhlah bulu-bulu jadi geratak dan kerekok. Barangkali dengan sebab banyak panas diakhir dunia. Dan air-air nampaknya kurang, barang kali dengan sebab banyak kehilangan pohon-pohon kayu yang besar-besar. Maka kita telah maklum bahawasanya orang-orang yang berperasaan panas itu tak suka kepada berkelubung di tengah-tengah majlis yang ramai-ramai. Dan juga tidak suka kepada menudungkan kebanyakkan tubuh. Dan orang-orang fesyen dahulu mencari harta-harta untuk bekal tua dan menaruh kepada anak-anak cucu, tidaklah berbahagi kepada seteru-seteru. Maka orang-orang sekarang mencari duit untuk memberi kepada seteru-seteru dan menolong akannya. Dan jikalau

diri-dirinya jadi mudarat dengan sangat mengatuk hingga terbalik mutu-mutu atau kereta-kereta atau balik jadi demam dan sakit kepala dan upamanya sekalipun. Maka waktu 30 itu mencarilah kerak-kerak yang tinggal di rumah itu berbahagi kepada doktor-doktor pula. Maka tatkala sangat suka kepada menolong seteru-seteru itulah tak sempat masa hendak mencari duit. Maka waktu itu itarlah jalan-jalan yang manakah medapat duit dengan cepat dan senang, maka ajarlah tangan-tangan kepada mencuri harta-harta ibu bapa, kemudian hak adik beradik, kemudian hak orang-orang se kampung, demikianlah bertambah tinggi, tinggi, tinggi, hingga terlajak masuk neraka dunia. Maka waktu itu bila kedengaran kepada ibu bapa dan kaum-kaum yang pikir tak lepas ingat sayang dan kesiang belas. Maka mereka itupun gadailah harta-harta atau jualnya yang ada sedikit sebanyak lagi itu. Ambil harganya pergi tebus supaya boleh keluar daripada neraka itu. Maka jadi papa habis sekawan deru. Amboi, takuttakutnya di sisi orang-orang yang sampai pikiran. Hai Tuhanku, mi[n]talah Engkau menjauhkan kebalaan yang semacam ini dan kebodoan yang semacam ini daripada terkena di atas anak-anak cucuku khasnya dan di atas kaum-kaum dan sahabatsahabatku dan murid-muridku umumnya, amnin ya rabbal alamin. Penjagaan pula terhadap kepada yang suka nak berbekal kepada akhirat. Hendaklah kita-kita yang duduk di negeri orang kerana cari bekal itu menjauhkan diri-diri daripada tiru meniru anak-anak tempat yang di situ pada perangai-perangai dan kelakuan-kelakuan mereka itu, seperti galak dan berjangak dan sombong dan sebagainya. Kerana tak munasabah dengan duduk di tempat orang kerana mencari bekal itu. Demikianlah juga orang-orang Islam kita yang duduk di atas dunia ini yang menjadi bekal bagi negeri akhirta itu, tak patus sekali-kali meniru perangai-perangai dan kelakuan-kelakuan anak-anak dunia sejati, iaitu orang-orang yang dunianyua jua tempat kesukaannya, iaitulah segala seteru Allah. Maka siapa-siapa daripada orang Islam kita meniru orang-orang itu, maka berju[m]palah dengan sesal yang amat sangat. Jangalah, janganlah, janganlah. Pesananan kepada mereka yang lalai. Kita yang di dalam umur yang kedua itu ialah sementara mati jua, si[ng]kat sahaja. Di situ juga masa berbekal kepada umurumur yang lain. Dan juga sambil sedikit-dikit perkerijaan dunia untuk makan pagi dan

upamanya. Maka di sini janganlah kita ghalib duk masyghul dengan menolong orangorang lain banyak-banyak sangat, sehingga luput perkerijaan bagi diri kita sendiri. Dan juga sehingga salah diri-diri kita lepas ke dalam jil upamanya. Maka sahlah dikatakan kepada kita dengan kata : 31 Ayam didik pandai belaga // orang cerdik jadi bodo Cuba per[h]atikan satu bandingan orang-orang yang duk mencari bekal di luar negeri supaya dapat bekal yang di bawa balik ke negerinya. Dan kerajaan di sana itu benar bermukimnya sebulan u[m]pamanya. Lepas itu mesti kena balik ke negerinya. Maka tiba-tiba orang itu duk masghul dan bergaduh dalam masa sebulan itu dengan menolongkan orang-orang yang di negeri itu jua, dengan tolong bergala dan menyakur [menyangkul] dan menarik lembu-lembu yang dicuri dan u[m]pamanya. Maka adalah orang-orang itu ialah ayam didik pandai belaga, tolong orang lain sehingga kosong tangan-tangannya, atau sehingga lepas ke dalam jil. Nak ke budi dan angin tinggi semcam ini, makan diri. Amboi, banyaknya orang-orang kita duk begaduh dengan dengan cari harta-harta untuk beri senang orang-orang lain, sehingga tinggal sembahyang, puasa dan sebaginya. Sehingga terus tubuh-tubuhnya ke dalam neraka. Habis cerdiknya, timbul temaganya. Dan amat bodonya. Maka barang kali begini jua tujuan-tujuannya pada masa hidup dunia itu, iaitu asalkan senang anak cucu sudahlah. Walaupun kita lepas ke dalam neraka. Amboi, abang-abang, kak dan kaknik-kaknik gak bodonya dan si[ng]kat pikirannya di sisi orang-orang yang renti dan sedar. Cubalah kita belajar mencari jawab pertanyaan ini : yang manakah betul pikiran dan kenampakan dua orang ini. Satunya, dia nampak begini : kita hidup di dunia ini mesti dicarikan dan dipisahkan harta punya beri banyak, supaya senang kita dan anak cucu kita, balallah di akhirat kelak kita masuk neraka sekalipun, kerana lambat lagi. Keduanya, dia nampak begini : kita hidup dunia ini mesti kita membanyakkan bekal bagi kesenangan akhirat yang sudah kita di situ, balallah susah payah kita dan anak-anak cucu kita pada masa hidup sementara di atas dunia ini sekalipun.

Carilah jawapan yang sebenar. Jangan tidak. Kerana hendak me[n]dengar dengan bangat-bangat supaya boleh guna dengan bangat, takut-takut datang mati dengan terkejut, [hok tak] dan taubat dan membanyak bekal. Penjagaan dibuat berkesudahan risalah ini dengan dia. Sebagai terhadap kepada dua bangsa saudara-saudaraku yang dikasihi. Hai, saudara-saudaraku yang me[n]dapatkan merasai nikmat Allah dengan comel-comel dan elok-elok rupa-rupa dan banyak dan jenuh jena harta-harta. Banyaklah kamu terima kasih kepada Allah Taala yang memberi akan kamu dua perkara ini di dalam negeri dunia ini. Maka sukalah hati-hati kamu. Maka dengan hal itupun kamu sedar gatek bahawasanya kamu itu di dalam musafir lagi kepada beberapa tempat yang lain dan beralih kepadanya. Maka sekiranya jika kamu pandai bawa diri-diri kamu beri kena jalan undang-undang Allah Taala, maka senanglah dan sukalah kamu selama-lamanya. Dan jika kamu tak pandai bawa, maka di dunia inilah jua sebutar [sebentar] sahaja kamu boleh berseronok dan comel dan jenuh-jena itu. Amboi, sayangnya dan serba salahnya dan segornya [?] bila mati, tolak perahu tolak bekalan. Hai saudara-saudaraku yang tidak me[n]dapatakan merasai dua nikmat itu dengan bahawa huduh rupa-rupa dan payah makan, pakai dan u[m]pamanya. Hendaklah kamu sabar benar-benar, tidak berapa lama sekali duka cita kamu tentang tak me[n]dapat kamu akan dua perkara itu. Tetapi kalau kamu tak kena bawa pula dah dengan dengan undang-undang Allah Taala maka kamu me[n]dapatkan duka cita yang terlebih besar lagi di akhirat kelak. Maka terlebih huduh pula rupa-rupa kamu itu. Tambahan pula badan-badan kamu diazabkankan dia ke dalam api neraka. Maka tidaklah kamu boleh merasai seronok dan sedap la[ng]sung-la[ng]sung, dari awal sampai akhir. Dan jika kamu itu pandai bawa diri-diri kamu di atas dunia ini, nescaya me[n]dapat kamu akan beberapa kelebihan dan ketinggian akhirat kelak. Tidak kamu segor [sangka?] sedikitpun tentang me[n]dapat kamu dua nikmat itu di atas dunia ini. Bahkan thabit pada setengah-setengah riwayat Hadis bahawasanya orang-orang fakir yang Islam masuk mereka itu akan syurga dahulu lagi daripada orang-orang kaya daripada Muslimin dengan setengah hari. Dan hendaklah kita semua ingat secukupcukup ingat bahawasanya orang-orang yang biasa seronok dan senang itu bila berju[m]pa mereka itu dengan susah sedikit sekalipun, maka tak ada arah nak jadi dah dan tidak arah nak rasa dan tanggung dah. Kalau begitu beratnya orang-orang yang comel-comel dan yang lebih pingkat dan kaya-kaya apabila berju[m]pa mereka

itu dengan siksa akhirat. Bahkan waktu berakut nyawa-nyawa keluarpun padan dah di situ. Dan bahawasanya orang-orang yang biasa susah itu bila berju[m]pa mereka itu dengan kesenangan yang sedikit sebanyak pun mereka itu amat-amat suka dah tak dak arah nak jadi dah. Kalau begitu sehabis seronoknya orang-orang yang biasa susah dunia apabila berju[m]pa mereka itu dengan kesukaan akhirat. Bahkan berasa memadai dah dengan kesukaan-kesukaan yang dihandai kepada mereka itu pada ketika berakut nyawa-nyawa keluar. Tetapi orang-orang ini kalau keluar daripada dunia berju[m]pa dengan susah pula gak berat-berat kemudian daripada sudah berat. Maka di sini bila kawan-kawan kita yang telah sedar dan mengetahui dah halhal susah itu berju[m]pa dan berkenal-kenal dengan orang-orang buta atau sebagainya, hendaklah menasihatkan dan mengajakkan mereka itu kepada jalan-jalan yang baik, iaitu kepada berlajar hukum-hukum ugama dan sembahyang jamaah dan sebagainya, supaya merasai mereka itu akan kesenangan di belakang hari kelak. Janganlah sekali-kali dipelorongkan kepada kejahatan seperti ajak beri jadi tukang berserunai wayang-wayang atau sebagainya. Maka nyanya mereka itu, kemudian daripada sudah nyanya. Dan nyanya juga orang-orang yang pelorong kepada kejahatan itu, kerana membuat sebab dan menunjukkan yang lain bagi kejahatan itu kejahtan juga seprti juga membuat sebab dan menu[n]jukkan yang lain bagi kebajikan itu, kebajikan juga. Pesanan yang akhir sekali di dalam risalah ini. Hendaklah kita duduk di atas dunia ini dengan jalan mujur dan terlebih mujur. Janganlah kita duduk dengan jalan celaka dan terlebih celaka. Maka yang pertama itu ialah orang yang sentiasa di dalam beramal ibadat dan membanyakkan dia. Maka sekiranya jika mati bangat pun mujur dah dan jika lambat mati maka terlebih mujur kerana boleh menambahkan beberapa kebajikan banyak lagi, maka terlebih tinggi di akhirat. Maka yang kedua itu ialah orang-orang yang sentiasa di dalam maksiat dan derhaka kepada Allah Taala dan RasulNya. Maka sekiranya kalau mati bangat pun celaka dah dengan iktibar janji Allah itu. Dan jika lambat mati, maka terlebih celaka, kerana bertambah banyak lagi kejahatan-kejahatan, nauzubillah min zalik. Hai, Tuhanku mi[n]ta Engkau menjadikan risalah ini satu sebab bagi tercelik mata-mata hati saudara-suadaraku yang terpejam sehingga nampak dengan terus terang bicaraan-bicaraan yang di dalamnya dan beramal ibadat dengan serta menyerta sehingga bawa mati dengan hal itu, amin,

amin. Wasallahu wasallam ala sayyidina muhammad wa ala alhi wasahbihi ajma in walham dulillahi rabbil alamin. Selesai menghimpunkan Risalah ini pagi Sabtu empat belas Rabiussani tahun seribu tiga ratus lapan puluh sembilan, pada tempat bernama Wakaf Budi, Sekam, Mayo, Fathoni, jalan Palas-Rakok. Tammat.

Selesai diitranslitrasi di USM, P. Pinang, pada hari Jumaat 1 Syaban 1427 H/ 25/8/2006 M. Pukul : 12:43:26

Anda mungkin juga menyukai