Anda di halaman 1dari 17

JUL 29 2015 19

93
25
10
4
3
2
8
6

Siapa Dajal, Siapa Iblis dan SiapaSyaitan

Soalan dari anakanda Ikhwan: Siapakah Dajal?

Jawapan dari ayahanda Hj. Shaari, sebelum mengenal Dajal, cuba anakanda kenal dulu siapa
iblis dan kenal dulu siapa syaitan!

Contohnya semasa bulan ramadan (bulan puasa), pada bulan ramadan, Allah telah merantai
syaitan dan iblis. Pada bulan ramadan, segala syaitan dan iblis dirantai, dikunci, diikat, dijel
dan dikurung. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi persoalannya di sini,
siapakah yang melakukan perbuatan maksiat di bulan ramadan? Persoalannya, siapakah
yang melakukan kejahatan atau yang melakukan maksiat pada bulan ramadan, sedangkan
iblis dan syaitan telah dikurung oleh Allah?

Kepada sesiapa yang boleh menjawab persoalan di atas, maka tahulah dia siapa Dajal. Apakah
yang memenuhi lokap polis di bulan ramadan itu syaitan dan iblis? Apakah syaitan yang
berkhalwat antara lelaki dan perempuan (bersekedudukan) di bulan ramadan? Syaitan atau
ibliskah yang mencuri dan membunuh di bulan ramadan?

Cari jawapan ituitulah Dajal! Amindaripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
JUL 16 2015

2 Naskah Kitab Terbaru Hj. Shaari Sudah Terbit


DiPasaran

Untuk makluman, 2 buah kitab ilmu terbaru Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan yang bertajuk
Dimanakan Ku Cari Ganti dan Hampir Tidak Kesampaian, Berakhir Tiada Kesudahan
sudah terbit di pasaran. Kedua-dua buah kitab ini mengandungi lebih kurang 420 muka surat
dan harga bagi kitab-kitab berkenaan ialah RM63.00 senaskah. Untuk sebarang tempahan, sila
hubungi talian 019-4444713.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
SEP 29 2014

2 Naskah Kitab KeluaranTerbaru

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015


KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015

Kitab yang amat menarik untuk dihayati oleh semua yang menampilkan sejarah hidup ketiga-
tiga tokoh berserta ilmu masing-masing. Lain padang, lain belalang. Lain jarak, lain terkukur,
namun tidak lain dari tujuan yang SAMA. Perjalanan serta pengorbanan, pahit getir dalam
meniti sebuah perjuangan mencari dan menyebarkan ilmu. Sedih, suka dan duka perjalanan
ketiga-tiga tokoh dalam memperjuangkan ilmu yang haq. Perjuangan hidup ketiga-tiga tokoh
tersebut, semuanya meniti di atas titian air mata.

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015 SETERUSNYA

WIRA, HANYA AKAN DIKENANG SETELAH TIADA

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
SEP 25 2014
Kesilapan Percetakan Tajuk KitabKe-7

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Untuk makluman, 2 buah kitab ilmu terbaru Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan telahpun
dikeluarkan. Kitab ilmu ke-6 bertajuk Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri, manakala kitab
ilmu ke-7 bertajuk Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa. Dalam kiriman di bawah ada
dinyatakan bahawa kitab ilmu ke-7 bertajuk Makrifat Tok Kenali Penamat Segala Ilmu, kami
ingin mohon maaf kerana berlaku sedikit kesilapan percetakan pada bahagian tajuk kitab ke-
7, tajuk sebenar kitab berkenaan adalah Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa. Kedua-dua
buah kitab ini mengandungi lebih kurang 450 muka surat dan harga bagi kitab-kitab
berkenaan ialah RM63.00 senaskah.

Sekian, terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
SEP 24 2014

Keluaran Kitab Terbaru

1. Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri

2. Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa


2. Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa

3. Di mana Akanku Cari Ganti (Keluaran untuk tahun hadapan)

Kedua-dua kitab tersebut berharga RM63.00 senaskah dan berketebalan 450 muka surat.

Terima kasih kepada Allah Taala, kerana telah memberi kekuatan untuk saya menyiapkan
kitab-kitab tersebut, walaupun dalam serba kepayahan dan kesulitan. Kitab tersebut
membicarakan tentang rukun iman dan rukun Islam. Pada hemat saya, isi kandungannya
amat menarik dan amat membanggakan.

Terima kasih Allah.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
AUG 30 2014

Hj. Shaari Akan Berada Di Jakarta,Indonesia

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebagai
pengetahuan, saya akan berada di Jakarta, Indonesia pada 31 Ogos 2014 sehingga 02
September 2014.

Sekian, terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
JUL 18 2014

Air Tangan Ramadan Hj.Shaari

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita
membicarakan soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita
masih lagi tidak dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi tidak
dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk memahami kaedah-kaedah atau cara-cara
bagaimana untuk memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu
hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita
hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita
yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata, terang,
hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa terang cahaya matahari,
sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih
ternyata dekat dan hampir lagi Allah.

Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah
kita semua tahu yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi
sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak
terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi
sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian
alam?

Tuan-tuan tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya semua sekali iaitu bermaksud
tidak ada lain selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih
mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah, sekarang
saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).

Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas
(gelas cerah), sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah
guru, sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas itu
dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta
tuan-tuan tilik, tengok dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu,
kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-
baik dengan mata hati.

Pastikan betul-betul bahawa gelas yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain
selain kaca. Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya
pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api, tidak bercampur dengan
batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya
diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan-tuan
ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang tidak sedikitpun bercampur unsur-
unsur selain kaca.

Setelah ianya benar-benar gelas kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada
atau tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar
diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah meliputi kaca sepenuhnya.

Pertanyaan yang kedua, apakah erti meliputi? Seumpama meliputinya kaca pada gelas? Jika
jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan meliputi itu, adalah membawa maksud
semua sekali. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti meliputi).
Bilamana semua sekali gelas itu meliputi kaca, bererti gelas itu semua sekali kaca. Ambil
pehatian kepada perkataan meliputi dan perkataan semua sekali. Erti, makna atau
maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada maksud semua sekali. Semua sekali gelas
itu, adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada sedikitpun bercampur dengan yang lain selain
kaca. Apakah benar semua sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang
dikata itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.

Setelah benar-benar kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca,
iaitu kaca sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah
maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan meliputi di situ adalah membawa
maksud semua sekali. Meliputi itu bermaksud semua sekali. Ertinya gelas itu semua
sekalinya kaca.

Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan
Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan
untuk menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan
meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.

Allah Taala itu meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti
semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali
Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti semua sekali alam ini adalah Allah (Allah
semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya
gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua sekali Allah.
Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak ada Allah (inilah erti meliputi).

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG

Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang
jernih. Semua gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca)
dan kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar manusia. Tidakkah manusia
itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di
manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi
diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini,
tubuh kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad, di kiri
kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah.
Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita melainkan yang ada itu, itulah Allah.

Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan
di luar kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah. Sehingga
tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang untuk adanya daging, tidak ada ruang
untuk adanya diri kita, melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya
atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu
tidak ada ruang untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.

Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah
sehingga tidak ada peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat,
jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh
atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah
meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah meliputinya
Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak
kelihatan lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan
kita ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.

Saya mahu tuan-tuan pegang gelas, sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas
sudah dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang
dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang dikatakan gelas?
Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca,
manakah yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu gelas, cuba tunjuk,
manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang dikatakan gelas? Yang dipegang itu,
adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang dilihat itu, adalah kaca, mana yang
dikatakan gelas? Inilah yang dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak
lagi tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.

Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab
pertanyaan saya. Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun
sekadar jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab. Seandainya diri tuan-
tuan bernama Abdullah, sekarang saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas

diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang tuan-
diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang tuan-
tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah
di atas diri tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan
bahawa sebenar-benar diri kita tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya
Allah Taala (Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat dengan
sifat ada).

Dengan yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan
pendengar yang dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik
ini, marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya dan dengan sepenuh
yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian
jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad
diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang
terlihat itu, itulah Allah, yang terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala
(dengan syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah
Taala.

Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan
kepada diri tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan sebenar-
benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah tidak ada, yang bersifat
dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.

Cuba lihat di atas langit, sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit.
Benar atau tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di
bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang kalian pijak ini, benar atau
tidak yang Allah itu di dalam bumi dan Allah juga di luar bumi?

Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul.
Benar atau tidak yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri
kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam diri kita. Melainkan
Allahlah yang meliputi diri kita, yang sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri
kita yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).

Cari di dalam diri kita masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam
lidah dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan
ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dalam kepala dan di
luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di
dalam darah dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada
Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu
meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu
diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang meliputi diri
kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.

Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam
diri kita, bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan
sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan tidak
mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi
sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu,
apakah masih terlihat lagi selain Allah?

Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan
memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah
meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain

Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah
Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah
Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah.
Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak
terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi
penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.

Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan sifat
kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan.
Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya
meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah
sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali.
Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam,
bererti Allahlah semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah
Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.

Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan
menilik dengan yakin dan dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi
sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:

Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku

Firman di atas, sudah memang jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua
sekali). Tidak ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan
pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik
alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin
dan percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada Allah, kenapa masih
lagi tidak terlihat Allah.

Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi
ruang, memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak
terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah itu?
Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di
antara mata putih dengan mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa
sampai tuan tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tambahan
pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak tertilik, kenapa masih tidak terlihat
dan kenapa masih tidak terpandang Allah? Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa,
kenapa dan kenapa?

Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa
masih juga tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-
tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan
terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang ilmu
makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus
ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.

Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan
adab. Adapun adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan
guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah
tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar
pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah
kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh

berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-
berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-
tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding
(terhijab), kenapa masih tidak percaya kepada Allah Taala?

Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di
lautan. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung
minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke
tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah
lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu,
lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di lautan.
Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing bahawasanya
ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun
zahir pada tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya
adalah lautan AIR.

Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar
kelihatan seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR.
Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di
dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada,
gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.

Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu,
ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam.
Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah
meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya
Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri
dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.

Tidak ada ruang pada ombak untuk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang
untuk tidak adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu
juga tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki untuk
tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit,
7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita. Tidak ada
ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak
ada Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah.
Tidak ada sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa,
setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.

Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan
tempat yang tuan-tuan lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah
yang tuantuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan lihat pada penjuru. Allahlah
yang tuan-tuan lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan
melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang, sebegitulah tuan-
tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan seluruh seru sekalian alam.

Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru
kepada diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah.
Bilamana tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan-tuan
melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah.
Bilamana tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah
Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah.
Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah
pada sekalian yang wujud dan pada sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.

Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan
Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan
waktu, sudilah kiranya bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan.
Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai. Dengan
penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-
mudahan tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita
sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada
ombak, pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.

Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu,
leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas
dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu
meliputi).

Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah
ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah.
Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada ruang
yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak
ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat dan
segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih
lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?

Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain,
kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai
Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan nyata,
barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.

Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau
angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-
benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan
sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan
diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya
Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap
sesuatu).

MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan
meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan
mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti agar tuan-tuan
mendapat barokah dalam penceritaan atau penghayatan ilmu makrifat.

Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan.
Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca
perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, tetapi tidak ramai
yang memandang di sebalik ayat dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya
dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini, Saya sudah melihat Allah,
Saya sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah. Sudahkah tuan-tuan tulis?

Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum
berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa
yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya.
Itulah makanya, pelajaran guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari
pembelajarannya, sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini

selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan
selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan
itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang ditulis
itu.

Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak


perkataankah, nampak ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka
suratkah, nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua
itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian
perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris, sekalian muka surat, sekalian isi
kitab. Sesungguhnya, apa yang dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang
ditilik itu tidak lain daripada dakwat.

Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam.
Oleh itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang
Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana Allah itu meliputi sebagaimana
firman Allah:

Fainamatuwallu, fasamma wajhullah


Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah.

Sekarang, tulis semula perkataan melihat, dengan perkataan melihat itu kita hanya
membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan mendengar, dengan tulisan
mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu
makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan
hendaklah jangan tumpukan perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada
pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah
memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran dan tulisan
penglihatan itu, sebenar-benarnya dakwat.

Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga,
tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-
tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada
sekalian diri dan pada sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada
dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan
penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi
dakwat (segala-galanya dipenuhi dan diliputi Allah).

Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah
pada segenap dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud
(diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah makanya, yang
memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah
dakwat. Yang dilihat dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah
dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah
Taala.

Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan
sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan
maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan percaya kepada Allah
Taala. ITULAH ALLAH.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


MAY 23 2014

Hj. Shaari Berada DiSabah

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Saya akan
berada di Kota Kinabalu pada 27 Mei 2014, dan seterusnya akan berada di Keningau pada 28
29 Mei 2014. Terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
MAY 7 2014

Dulu Bergelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul,


DituduhPendusta

Pada awalnya, Baginda Rasulullah sebelum menjadi rasul, Baginda digelar Al-Amin oleh
seluruh penduduk Mekah pada ketika itu. Setelah beliau diangkat menjadi Rasul, membawa
kebenaran, Baginda dituduh sebagai seorang penipu, pendusta, sihir, membuat-buat cerita
atau mengadakan-adakan cerita, penipu serta membawa ajaran salah dan sesat.

Cuba tuan-tuan fikir, apakah setelah menjadi Rasul, Muhammad yang pada asalnya bergelar
Al-Amin itu bertukar kepada Muhammad yang lain? Bukankah Muhammad dahulu itu,
adalah Muhammad yang sama jua, tetapi kenapa setelah diangkat menjadi Rasul, Muhammad
yang dulunya bergelar Al-Amin, tidak lagi dipanggil Al-Amin?

Antara sebab tidak lagi dipanggil Al-Amin oleh penduduk Mekah pada masa itu, adalah
kerana Muhammad membawa kebenaran. Semasa tidak membawa kebenaran, mereka
menggelar Baginda Rasulullah sebagai Al-Amin, tetapi setelah bergelar Rasul, mereka tidak
lagi memanggil Al-Amin sebaliknya memanggil Rasulullah dengan panggilan pendusta,
penipu dan sihir.

Begitu juga dengan ahli-ahli makrifat. Setelah mereka memberi kebenaran, maka itulah
sebabnya dituduh sesat dansalah! Jika kita memberi kebenaran, ajaran yang betul dan ajaran
yang benar, maka di situlah akan dituduh sesat, salah dan tidak benar. Jadi fenomena inilah

yang dihadapi oleh pejuang makrifat.


yang dihadapi oleh pejuang makrifat.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,


Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
MAY 4 2014

Perasmian Pondok Di Keningau Ditunda Pada


Tarikh Yang DitentukanKemudian

Kedatangan Hj. Shaari ke Keningau, Sabah, ditangguhkan kepada satu masa yang akan
ditetapkan kemudian. Penangguhan ini, adalah daripada pihak pondok Keningau. Harap
maaf.

Sehubungan itu, dalam kesempatan ini, ingin saya sampaikan ucapan terima kasih kepada
ilmuan Singapura di atas sambutan yang amat hebat terhadap ilmu Tok Kenali pada 01 Mei
lepas.

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


MAY 4 2014

Mulanya Digelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul,


DigelarPendusta!

Pada mulanya Baginda Rasulullah digelar Al-Amin (dipercayai), setelah bergelar Rasulullah,
kenapa Rasulullah digelar pendusta, penipu, ahli sihir, pembelot dan perosak agama, kenapa?

Sebabnya adalah kerana Rasulullah mengajar ilmu rohani. Bilamana mengajar ilmu rohani,
ramailah yang di antaranya tidak faham. Bilamana tidak faham, maka dituduhlah dengan
tuduhan pendusta, pembelot, penipu, ahli sihir, sesat, salah dan sebagainya. Begitu juga
dengan para guru makrifat, guru makrifat itu, adalah guru yang mengajar ilmu rohani, itulah
makanya selalu dituduh sesat atau salah. Ilmu rohani itu, adalah ilmu yang hanya dapat
dimengerti oleh rohani, bilamana ilmu makrifat dimengerti dengan menggunakan ilmu akal,
itulah makanya dituduh sesat atau salah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, untuk itu,
hanya rohani sahaja yang memahami bahasa rohani.

Nanti sambung lagi, saya tersangat sibuk untuk menyiapkan kitab keenam.

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


MAY 3 2014
Minta Bantuan Untuk Menjawab Pertanyaan
AnakandaJack

Dalam blog makrifattokkenali.com, Jack ada mengemukakan soalan, jadi mari kita sama-sama
bantu Jack untuk menjawabnya. Saya rasa ada baiknya tuan-tuan bantu Jack, demi
menyiapkan kitab yang keenam. Saya kesuntukan masa untuk menjawab.

Berikut di bawah ini adalah merupakan beberapa pertanyaan yang diajukan oleh Jack:

salam tuan.. berdasarkan penerangan di atas, saya ada soalan.. siaran itu dtg nya daripda
mana.. jadi bila tertilik dtg nya daripada Allah, maka persoalan timbul dimanakah Allah itu
sebab kita semua nak kembali kepada Allah.. jika siaran, ada sumber nya, puncanya, data nya,
maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..

Jack | arcantara@gmail.com (mailto:arcantara@gmail.com) | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam


4:42 PM

Salam tuan, saya nak tanya, kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina,
merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini? mohon pandangan tuan..

Jack | arcantara@gmail.com (mailto:arcantara@gmail.com) | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam


4:52 PM

salam tuan, saya nak tanya, bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak
kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan
tuan.

Jack | arcantara@gmail.com (mailto:arcantara@gmail.com) | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam


4:55 PM

salam tuan, kita tidak boleh menjadi Allah tp saya mushkil, berdasarkan penerangan tuan,
adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan..

Jack | arcantara@gmail.com (mailto:arcantara@gmail.com) | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam


4:57 PM

Amin.

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


MAY 3 2014

At Last, We Found In My OwnCountry

It have been a very long time until realizing the real usul, tauhid and akidah. I have been
It have been a very long time until realizing the real usul, tauhid and akidah. I have been
searching this more than 8 years. Trigger was ilmu nafas, but since the beginning the Guru
Feqah never can expelled Why I am here and Why am I alive to be a sinner. Should be
better die today than holding the whole life full of sin. Now there is a light in life real. So real..
Thank you very much Tuan Hj. Insyaallah makrifat tauhid will lasting. I am following you
after saw this blog. But, cannot expect people will easily trying to understand. Since Ilmu itself
own by Allah. Hopefully Allah will keep you go with this Ilmu. Insyaallah. I have been
travelled so many countries. But last, found in my own country. Thank you very much. Danke.

N.Nushi | n.nusshi@gmail.com (mailto:n.nusshi@gmail.com) | 61.6.211.231 | 23/04/2014 jam


3:25 AM

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


APR 20 2014

Jawapan Yang Cantik Dari OrangSeremban

Assalammulalaikum tuan. Saya tertarik dgn cerita diatas, izinkan saya memberi pendapat.
Sekali pandang org akan ckp tuan @ guru makrifat itu ckp tak serupa bikin. Tetapi bagi saya
apa yang berlaku itu telah pun berlaku di alam luh hul mahfuz dan tak dpt diubah2 lagi
walaupun satu titik. Itu lah kelakuan yg allah nak tunjukkan dari kebesaran, kekuasaan dalam
ilmunya. Tuan hanya menzahirkan sahaja kelakuan yang empunya kelakuan. Apa yang
berlaku ditempat kejadian tersebut sudah berlaku sedari dulu, tidak ada satu pun yang
tertinggal. Dah ceritanya dulu di alam mahfuz tuan lari, bila dizahirkan tetap kena lari. Ulang
balik cerita lama, cuma dizahirkan sahaja. Itulah pandangan saya serba ringkas. Kita tidak
bolih mengubah apa yang telah dikarang oleh allah. Dalam luh hul mahfuz tuan kena lari, bila
tayang balik mesti kena lari. Tak boleh ubah-ubah lagi.

Yusof | yussaldiyusof@yahoo.com (mailto:yussaldiyusof@yahoo.com) | 175.145.191.49 |


20/04/2014 jam 4:12 PM

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali


APR 20 2014

Jawapan, Siapakah Yang Berhajat KepadaMakan-


Minum?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Jawapan saya
ini, adalah bertujuan untuk ditujukan kepada ahli makrifat sahaja yang ikhlas ingin belajar
ilmu makrifat.

Kepada yang bukan ahli makrifat, saya tidak izinkan dan tidak benarkan sama sekali
membaca karangan saya. Orang yang bukan makrifat itu, mereka sebenarnya bukan
bertujuan untuk belajar, tetapi hanya sekadar bertujuan untuk menabur fitnah dan
mendakwa salah dan sesat, bukannya bertujuan untuk belajar. Oleh itu, saya tidak benarkan
mendakwa salah dan sesat, bukannya bertujuan untuk belajar. Oleh itu, saya tidak benarkan
sama sekali orang yang bukan berilmu makrifat memasuki blog saya. Jika tuan nak masuk
sekadar nak menyalahkan, saya sarankan tuan buka dan buatlah blog sendiri dan
mengajarlah sepuas-puasnya. Jangan cuba-cuba hendak mencemarkan blog yang dikasihi ini.
Jika nak tunjuk pandai dan nak tunjuk ilmu, silalah tuan-tuan, yakni orang yang bukan
makrifat, buka blog sendiri!

Jawapan kepada pembaca blog pertama yang mengatakan bahawa makrifat itu bukan ilmu.
Jika tidak sampai kepada tahap ilmu makrifat, jangan buat-buat pandai (gatal tangan). Ada
yang mendakwa bahawa ilmu makrifat itu, bukan ilmu dan menuduh saya bawa ajaran yang
salah. Setahu saya yang lemah akal ini, usah kata ilmu makrifat, ilmu sains pun dipanggil
ilmu, ilmu matematik pun dipanggil ilmu, ilmu fizik pun dipanggil ilmu, begitu juga dengan
ilmu makrifat. Salahkah makrifat itu dipanggil ilmu? Makrifatullah itu ertinya mengenal
Allah, salahkah saya menyebut perkataan ilmu makrifat. Jika tidak boleh disebut ilmu
makrifat, nak sebut apa? Komen orang ini, telah saya padam dari dipaparkan, jika saya layan
berkemungkinan akan menimbulkan banyak fitnah.

Jawapan kepada pembaca blog kedua. Ada seorang lagi pembaca blog, yang dulunya pernah
saya tegur, kini muncul kembali, kononnya masih tidak puas hati tentang melihat Allah itu
perlu kepada dalil. Dengan panjang lebar beliau menulis kepada saya di dalam blog, cuba
mencabar dan cuba memperli saya dengan kata-kata sinis (berselindung di sebalik gosok
(belai) tetapi sebenarnya berniat untuk menampar saya). Kononnya dengan alasan untuk
membetulkan saya yang telah buat ajaran yang salah. Beliau masih tidak puas hati dengan
perkara mengenal Allah kena pakai dalil.

Kepada orang berkenaan, adapun dalil untuk mengenal Allah itu, adalah bagi orang yang
belum mengenal. Jika sudah mengenal, apakah perlu lagi memakai dalil. Seumpama, apakah
untuk mengenal ibu bapa kita sendiri itu, memerlukan kepada dalil?

Orang-orang sebegini, saya mohon dengan hormat supaya jangan membaca blog ini. Blog ini
adalah khas untuk orang makrifat. Cukuplah setakat itu dulu, jawapan saya kepada mereka-
mereka yang selalu mengganggu perjalanan dan pelayaran blog ini.

By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali

Blog at WordPress.com.

Anda mungkin juga menyukai