Anda di halaman 1dari 5

Aku pilih untuk 

berjaya

Rusuhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-4 hari itu sunguh-sungguh
memalukan aq sebagai penyokong ‘The Red Worriors’.Tindakan penyokong-penyokong
fanatik itu seolah-olah menggambarkan rakyat Kelantan tidak bertamadun sedangkan
sudah 18 tahun di bawah pemerintahan Islam.Semua orang menuding jari kepada Tok
Guru.Cuma yang menjadi persoalannya,adakah apa yang berlaku di Kelantan ini boleh
disalahkan kepada Tok Guru?Adakah pembakaran sebuah trak polis itu berpunca
daripada Islam?

slipar jepung..

“Tuan,macamana selipar anak saya boleh hilang?balik rumah je kene beli selipar
baru.Abis la duit saya camni!”tengking seorang bapa kepada seorang pengetua sekolah
agama menerusi talefon bimbit.

“Sabar encik,kami pun telah banyak berusaha untuk mengatasi masalah ni.Sabar..”pujuk
Pengetua.

“Sabar ape nye!Ni da 10 kali die ilang selipar.Saye cari duit untuk die blaja, bukan untuk
bli selipar.Name je sekolah agama!”marahnya lagi.

“Encik,perkara ini tiada kaitan dengan sekolah agama.Mana-mana pun ada masalah ni.Di
Makkah tu pun ada orang hilang barang,ni kan pula sekolah agama,”jawab Pengetua tadi
yang sedikit bengang mendengar kata-kata bapa yang mengaitkan masalah ini dengan
Islam.

Pengetua itu berada pada landasan yang benar,masalah-masalah yang timbul pada waktu
sekarang,tiada satu pun berpunca daripada agama.Cuba anda kembali kepada zaman arab
jahiliyah,apabila seseorang itu melakukan kesalahan,membunuh anak,merogol wanita
yang tidak berdosa,adakah agama anamisme mereka yang dipersalahkan?Tidak,orang
itulah yang dipersalahkan kerana tindakannya yang tidak bertamadun. Tetapi kenapa bila
Islam datang,jika orang Islam melakukan kesalahan, Islam yang dipersalahkan,bukan
orang yang melakukan kesalahan itu?

Jawapannya mudah,dengki.Manusia tidak akan duduk senang melihat sesuatu yang


sempurna,hati kecil yang penuh dengan hasad dengki ini sentiasa mengintai-intai
keburukan pada yang sempurna itu walhal mereka tahu mereka tidak akan dapat
mencarinya.Untuk menegakkan prinsip mereka yang salah itu,mereka sanggup
melakukan apa sahaja.Pelbagai cara digunakan,pelbagai helah disabitkan supaya yang
sempurna itu nampak seperti ada kelemahan.

Perhatikan,ada tak di dalam sejarah,jika orang Kristian melakukan kesalahan, Kristian


dipersalahkan?Ada tak Yahudi dipersalahkan jika ada penganutnya yang merogol?Atau
ada tak Buddha dimaki,dicaci disebabkan penganutnya membunuh orang?Tidak,tak
pernah ada walaupun sekali.Kenapa?Kenapa bila orang Islam membuang sampah merata-
rat,Islam disalahkan?Kenapa?Sebab agama-agama lain tidak sesempurna Islam. Bagaikan
kain hitam,terkena tahi sekalipun,orang tidak akan perasan.

kain putih..

Berlainan dengan Islam yang sempurna,apabila seorang sahaja penganutnya melakukan


kesalahan,Islam akan dipersalahkan.Yup,kain putih,kalau kena debu pun orang akan
perasan.Kain itu ialah agama manakala apa-apa unsur luar yang terkena padanya
merupakan penganutnya.Jika anda seorang yang beriman dan beramal soleh,anda boleh
diketogerikan sebagai cat yang bewarna-warni,yang akan menghias kain itu namun jika
anda seorang yang mempunyai ‘tamadun’ yang sama dengan penyokong fanatik Kelantan
yang ‘gila’ itu,maka anda adalah najis yang mengotori kain yang putih itu.

Masalah tamadun ke tak,bukanlah masalah agama.Agama sememangnya mengajar


penganutnya untuk bertamadun,perhatikan agama mana-mana sekalipun,mengajar
penganutnya untuk berdisiplin.Siapa kata hanya Islam yang mengharamkan babi dan
arak?Kristian pun mengharamkan babi dan arak.Siapa kata hanya Islam sahaja yang
melarang penganutnya melakukan hubungan luar tabi’e?Yahudi pun melarang
penganutnya melakukan hubungan luar tabi’e.Lihatlah,semua agama mengajar manusia
untuk menjadi sempurna.Masalahnya pada diri manusia itu sendiri.
Aqeel berasa sangat lapar,lalu dia meminta ibunya menggorengkan apa-apa
untuknya.Ibunya dengan penuh kasih sayang membuatkan Aqeel ayam goreng dan
menghidangkannya di atas meja.Namun,Aqeel tidak makan ayam goreng itu dan
mengakibatkan dirinya berada terus dalam kelaparan.Jadi,adakah boleh kita salahkan ibu
Aqeel sedangkan ibunya telah berusaha untuk mengenyangkannya?

Begitulah analoginya kita dengan Islam.Allah telah menyediakan kita satu cara hidup
yang sempurna,lengkap tanpa kecacatan.Namun kita sebagai manusia yang diberi hak
untuk memilih,tidak memilih secara menyeluruh. Kita pilih apa yang kita hendak,apa
yang kita mahu padahal kita sepatutnya pilih apa yang kita perlu.Allah sebagai Pencipta
kita,tahu apa yang kita perlu jadi Dia menyediakan kita satu cara hidup yang kita perlu
iaitu Islam.

Bukti Allah mengetahui apa yang makluk Nya perlu.Lihatlah beruang kutub.Allah tahu
bahawa beruang kutub tinggal di tempat sejuk,maka Allah ciptakan lapisan bulu yang
tebal pada badannya untuk dia teruskan kehidupan dengan sempurna.Bayangkan kalau
Allah ciptakan berang kutub mempunyai bulu senipis bulu kucing,alamatnya terpaksalah
kita memakaikan beruang itu baju sejuk.Lihatlah lagi burung yang berterbangan.
Disebabkan Allah tahu burung sifatnya ingin terbang lama, maka Allah ciptakan sayap
yang ringan untuk burung terus terbang.Dan Allah tahu manusia perlukan satu cara hidup
maka Allah beri manusia Islam untuk manusia teruskan hidup dengan
sempurna.Cuma,yang speselnya manusia, Allah beri kita akal,Allah beri kita kuasa untuk
memilih,maka bergantung pada diri kita sendirilah untuk memilih Islam ataupun tidak.

polar bear

‘Pilih’.Inilah ujian Allah.Ujian untuk menilai hamba-hamba Nya.Dalam surah Al-Mulk


Allah berfirman bahawa mati dan hidup ini adalah ujian untuk menentukan yang terbaik
di kalangan hamba Nya.Bagaimana bentuk ujian ini?Soalan berbentuk Pilihan!Soalan
pertama,anda harus memilih antara agama yang ada di atas muka bumi ini.Allah tahu
bahawa anda tidak akan dapat jawab soalan ini maka Allah berikan anda satu klu yang
cukup jelas dalam ayat yang lain yang berbunyi, “sesungguhnya agama yang diredho di
sisi Allah ialah Islam.”

Apabila anda memilih Islam sebagai cara hidup,maka timbul lagi satu persoalan iaitu
kejayaan yang macamana yang anda mahu.Jika dalam xm,adakah anda hanya sekadar
ingin lulus kesemua subjek atau anda ingin mendapat anugerah dekan?Persoalan
sekarang,bukanlah anda mahu berjaya atau tidak,tetapi kejayaan yang bagaimana yang
anda mahu. Dan aq sebagai manusia biasa yakin bahawa kita semua inginkan kejayaan
yang paling utama dan disebabkan Allah tahu yang kita semua mahukan kejayaan yang
utama,maka Allah beri kita satu lagi petunjuk.

Dalam surah Al-Asr,Allah berfirman bahawa semua manusia dalam kerugian.Kecuali


orang yang beriman dan beramal soleh,berpesan pada kebenaran dan berpesan pada
kesabaran.Berdasakan ayat ini,jika anda tidak ingin menjadi orang yang rugi atau dalam
perkataan lain,jika anda ingin mencapai kejayaan yang paling menguntungkan,anda harus
beriman dan beramal soleh,berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada
kesabaran.Tapi,kenapa Allah fokuskan kepada amalan-amalan ini?Benar, inilah amalan-
amalan yang utama dalam Islam!Jika anda mengatakan solat merupakan amalan
utama,maka anda asyik kusyuk dengan solat sehingga anda melupakan tanggungjawab
anda sebagai seorang pendakwah,maka anda bukanlah orang yang berjaya.Kalau anda
mengatakan hanya dengan solat anda akan berjaya,bagaimana dengan Sumayyah?
Sumayyah syahid sebelum perintah solat diturunkan,bermakna Sumayyah tidak pernah
solat tetapi mengapa nabi mengatakan Sumayyah merupakan orang yang berjaya?Sebab
dia berpesan-pesan pada kebenaran dalam kalangan ahli keluarganya.

Mengapa berpesan-pesan kepada kebenaran menjadi salah satu amalan utama yang
difokuskan oleh Allah?Amalan ini difokuskan kerana amalan ini mampu mengubah diri
sendiri dan orang lain.Apabila kita berpesan kepada orang lain,sedarlah bahawa orang
pertama yang dipesan ialah diri kita sendiri. Apabila kita berkata sesuatu,telinga kitalah
telinga yang pertama mendengarnya,bukan telinga kawan kita.Jadi ,secara automatik kita
telah berpesan kepada diri kita sendiri.Untuk orang mendengar nasihat kita, kita harus
melakukannya.Kita tidak suka orang membuka aurat,maka kita kena tutup aurat,barulah
kita layak untuk menegur orang lain.Adakah Cuwii yang berbogel layak menegur Kasma
yang membuka aurat?Tidak!

Jadi,jika inilah yang diamalkan oleh penyokong2 bola yang fanatik,aq yakin bukan sahaja
trak tidak dibakar,malah tiada satu sampah pun akan tertinggal di dalam
stadium.Kejayaan para sahabat disebabkan mereka saling berpesan kepada
kebenaran.Apabila mereka berjumpa,mereka akan bertanya tentang iman sahabat yang
lain dan mengingatkan mereka supaya beriman kepada Allah.

Kenapa perlu berpesan-pesan ini?Kerana manusia itu sikap azalinya pelupa! Manusia
dalam bahasa arab,Nas yang berasal daripada perkataan Nasi iaitu lupa.Lupanya manusia
ini,sehinggakan dalam surah An-Nas Allah berkata, “katakanlah, Aku adalah Raja
manusia.” Cuba anda fikir,jika ada masalah di kampung anda dan Dato’ Sri Najib turun
ke kampung anda,maksunya masalah yang dilanda oleh kampung anda itu bukanlah
masalah yang kecil tetapi masalah yang tersangat besar.Jika seorang pemimpin turun
padang di suatu tempat,bermakna tempat itu betul-betul mempunyai masalah yang
teruk.Apabila Allah sendiri turun padang, mengingatkan manusia siapa Raja mereka, hal
ini menerangkan betapa manusia ini betul-betul makluk yang pelupa.Disebabkan hal
inilah, wajib ke atas kita untuk berpesan-pesan antara satu sama lain.

Kuwii jalan-jalan dalam sebuah taman dengan memakai baju yang baru.Tiba-tiba seekor
burung cenderawasih berak di belakang Kuwii tanpa pengetahuannya.Ditakdirkan
Allah,semasa Kuwii sedang berjalan-jalan,dia terjumpa Yuwii,lalu dia memamerkan baju
baru yang dipakainya tetapi Yuwii gelak kepadanya.Adakah Kuwii akan tahu bahawa di
belakangnya ada najis burung jika Yuwii tidak memberitahunya?

Di sinilah pentingnya berpesan-pesan kepada kebenaran.Walaupun pahit untuk


menyatakannya,anda wajib melaksanakannya kerana jika tidak diberitahu,dia akan terus
berada dalam kesesatan.Jika Yuwii tidak memberitahu Kuwii yang di belakangnya ada
najis,Kuwii akan terus dikutuk.Memang berat untuk Yuwii menyatakan baju baru Kuwii
ada najis, tapi Yuwii wajib memberitahunya,kalau tidak Kuwii akan terus berada dalam
keadaan yang memalukan.

“Taknak lah..nanti Kuwii marah..tu baju baru dia..nanti die ingat aq dengki
dengannya,”jawab Yuwii.

Jika anda betul-betul sayangkan Kuwii,anda wajib lakukan,kalo tidak,hal yang lebih
teruk akan berlaku.Mungkin jika anda tidak akan menegurnya, selepas dia sedar bahawa
di belakangnya ada najis,dia akan mempersalahkan anda disebabkan anda tidak
memberitahunya awal-awal lagi.Atau mungkin,orang lain akan mempersalahkan anda
disebabkan anda berdiam diri tidak menegurnya.Nabi telah ajar kita secara jelas tentang
hal ini.Nabi telah bersungguh-sungguh menjelaskan tentang Islam kepada bapa
saudaranya,Abu Lahab, walaupun baginda tahu bahawa kemungkinan besar baginda akan
dibunuh.Bagi baginda,biarlah dirinya dibunuh asalkan dia dapat menyelamatkan bapa
saudaranya daripada api neraka. Lihatlah,nabi sanggup menggadai nyawanya semata-
mata untuk berpesan-pesan.

Jadi,mulai hari ini,marilah kita bersama-sama dalam berpesan-pesan ke arah


kebaikan.Kita tidak perlu untuk jadi ustat baru dapat berpesan-pesan, kita tidak perlu
menjadi maulana untuk berpesan-pesan,cukuplah dengan diri kita sekarang.Agama ini
bukanlah milik ustat,maulana,mahupun mufti tetapi agama ini milik kita semua,jadi
semua orang boleh berbicara tentang agama.Jika anda menunggu ilmu anda cukup dulu
baru anda ingin berpesan-pesan,maka tunggulah sewaktu di kubur nanti.Anda berpesan-
pesanlah kepada ular dan kala jengking.Sahabat-sahabat tidak pernah belajar ilmu hadis
tetapi mereka tetap berpesan-pesan kepada kebenaran.Inilah muslim sejati,inilah muslim
yang tidak rugi yang dimaksudkan oleh Allah dalam surah Al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai