Anda di halaman 1dari 2

Agama milik aku,kamu dan 

dia

“Kamu xley cakap sal agame ni,kamu bukan ustat!”marah seorang pak cik.

Mendengar kata-kata yang cukup pedas itu,Azmun terus terduduk,kaku. Dia sangat
terkejut.Dia sedar dirinya bukan seorang ustaz namun salahkah dia menegur seorang pak
cik yang salah mengambil wudhuk walaupun dia mempunyai nas-nas yang kukuh?
Adakah disebabkan dia seorang pelajar jurusan kejuruteraan membuatkan dia haram
untuk berbicara tentang agama? Adaka hanya pelajar jurusan agama sahaja layak
berbicara tentang agama?

Islam diiktiraf oleh Allah sempurna selepas 23 tahun nabi bertungkus-lumus dalam
menyebarkan dakwah.Sebelum itu,Islam masih belum sempurna namun dalam keadaan
Islam yang belum sempurna itu,lahir beribu-beribu syuhada.Mereka dikira berjaya di sisi
Allah dan Rasul Nya.Pegangan mereka pada Islam yang belum lengkap itu begitu kukuh
sehinggakan maut tidak dapat menggugat keyakinan mereka malah ada yang berasa kesal
kerana nyawa mereka hanya satu,mereka inginkan nyawa mereka berjuta-juta supaya
dapat berkorban di jalan Allah sebanyak yang mungkin.

Ketika itu,ilmu hadis,tauhid,usuludin belum wujud.Gelaran ustaz,maulana, mufti belum


lagi menjadi buah mulut masyarakat.Sahabat-sahabat bebas berbicara tentang agama di
mana-mana sahaja,tidak kiralah dari yang kecil hinggalah yang paling tua.Buah mulut
mereka semua berkisarkan isu akhirat.Konsep seniority,penghormatan kerana umur,tidak
pernah diamalkan oleh para sahabat.

Suatu ketika di antara magrib dan Isyak Rasulullah terlampau sibuk sehinggakan baginda
terlambat ke masjid untuk mengimami solat. Walaupun Rasulullah terlambat sehingga
ada sahabat yang tertidur,namun mereka tetap tidak mengerjakan solat sehinggalah
Rasulullah tiba.Mereka memuliakan seseorang kerana taraf dia dalam agama bukan
kerana umur mereka,darjat mereka mahupun pangkat mereka.Kalau diikutkan,memang
ada sahabat yang lebih tua daripada Rasulullah pada ketika itu namun mereka
menghormati nabi,mereka menunggu nabi walaupun nabi terlambat.

Namun,Islam ibarat aliran air yang berasal daripada atas bukit.Kini aliran air itu sudah
mengalir sejauh 1430km,terlampau jauh. Banyak habuk-habuk, tanah-tanah yang turut
dibawa air.Unsur-unsur inilah yang menampakkan air itu keruh padahal air itu pada
zatnya sangat suci lagi menyucikan.Kini,Islam yang diamalkan semakin kabur,terpesong
daripada jalan Islam yang sebenar.Konsep seniority diagung-agungkan sehingga para
remaja tidak layak untuk menegur pakcik-pakcik yang otai kat masjid. Atas alasan
pakcik-pakcik yang otai ini makan garam dulu,remaja yang berilmu ini dimarah,dimaki
dan ditolak ketepi.

Pakcik-pakcik yang ego ini lupa bahawa agama itu untuk semua.Semua orang layak
untuk berbicara tentang agama.Agama ini bukan milik ustaz, maulana ataupun
mufti,bukan.Agama bukan milik mereka.Agama untuk doktor,agama untuk
jurutera,agama untuk semua.Semua orang layak menerimanya dan berbicara tentangnya.

Aq pernah dipersoalkan, “anta tulis itu ini,anta tahu dari mana?Anta belajar ka?”Memang
benar aq bukanlah ustat tapi seorang pembaca dan aq juga seorang penyoal.Aq membaca
buku,walaupun tak baca tapi aq membaca supaya aq ada input untuk aq tulis as
output.Apabila aq xpaham, aq akan berbincang dengan ustat.Aq akui,aq bukanlah
seorang yang sempurna yang boleh menulis apa-apa tentang agama,cuma aq berpendirian
aq tidak ingin menjadi manusia yang rugi.Aq hanya mahu berpesan-pesan kepada
kebenaran.

Jadi,janganlah sesekali berasa rendah diri untuk berbicara tentang agama walaupun anda
bukan ustaz.Renungkan balik kisah Sumayyah.Walaupun mempunyai ilmu yang
terlampau sedikit namun dia dikategorikan Rasulullah sebagai para syuhadak.Benar,ilmu
agama sebagai pengukur kefahaman seseorang tentang agama namun ilmu bukanlah kayu
pengukur yang digunakan oleh Allah untuk menilai seseorang.Iman itu lebih penting
daripada ilmu,jika baik iman seseorang makan baiklah ilmunya jika tidak, maka
sebaliknya.

Berapa ramai ustaz di luar sana yang mempunyai phD dalam ilmu usuluddin,hadis dan
sebagainya,namun menggunakan agama sebagai umpan mereka menarik wanita.Ilmu
agama disalah gunakan untuk kepentingan mereka sendiri.Merek inilah golongan yang
Allah sebut sebagai golongan yang celaka.

In da nutshell…ingat lah agama untuk semua!

Anda mungkin juga menyukai