Anda di halaman 1dari 4

Antara gereja dan 

masjid…

Tyme2 borink ritu,aq bukak chanel 441,tengok crite ’short circuit 2′.Crite ni mengisahkan
tentang sbuah robot yang perfect,robot ni mampu berfikir, mempunyai perasaan,ala cam
manusia la,tapi die robot.Namun demikian, pencipta robot ni telah haramkan dia keluar
daripada tempat dan penciptanya juga menipu dengan mengatakan bahawa mereka
berada di satu tempat yang tiada orang,bukan bandar.Tetapi,nak dijadikan cerita,robot tu
keluar daripada tempat itu dan dia mendapati dia berada di sebuah bandar. Maka
bermulalah cerita apabila robot itu mengalami konflik dalaman.Dia mencari jawapan
mengenai satu perasaan yang dinamakan ‘kesunyian’.Dlm usaha mencari jawapan,dia
terjumpa satu bangunan yang di luar bangunan itu tertulis, “answers for all your
questions”.

short circuit 2

Ayat-ayat sebegitu dapat dilihat di pintu masuk gereja-gereja serata dunia. Ayat yang
dicari-cari oleh manusia yang sedang mencari jawapan. Manusia yang
keseorangan,terkapai-kapai dalam mencari jawapan lalu terjumpa ayat
itu,nah,bertambahlah lagi pengikut agama kristian.Pintu gereja sentiasa terbuka buat
semua manusia,penganut kristian mahupun yang beragama lain.Senyuman manis
dihulurkan dengan penuh santun,tanda menerima kehadiran tetamu.Indah sungguh
institusi ini,sesiapa yang terjumpa pasti akan jatuh ke tangannya.Namun,bagaimana pula
dengan masjid,rumah Allah?
Pak bilal membetulkan mic tanda ingin melaungkan iqamah.Tatkala menarik nafas bagi
membaca iqamah dalam satu nafas,pak bilal terdengar ada orang di belakangnya sedang
berbicara dalam bahasa cina,sayup-sayup.Lalu pak tua ini menoleh ke
belakang,dilihatnya 2 orang cina sedang berbual jauh daripada jemaah yang sedang
membetulkan saf.Pak tua ini masih belum dapat memastikan siapakah gerangan 2 orang
ini,lalu dia mengambil kaca matanya daripada kocek bajunya.Makmun lain
memerhatikan gelagak pak bilal dengan penuh tanda tanya.Alangkah terkejutnya pak
bilal apabila dia mendapati kedua-dua orang cina ini memakai rantai bertanda salib di
tengkak mereka.Tanpa menghiraukan jemaah yang menanti suaranya berkumandang,pak
bilal melangkah kaki ke belakang lalu menghalau sang kafir itu keluar daripada
masjid.Malang sungguh institusi ini.

Aq ‘mengenal’ kristian since aq form 3 selepas menonton video debat Ahmad


Deedat.Dari situ timbul perasaan ingin tahu dalam diri ku,apakah ada kesamaan antara
agama lain dengan Islam.Lalu aq mencari,memerhati dan mengkaji agama lain dan aq
cukup terpukau apabila mengkaji balik bagaimana institusi gereja itu bergerak.Agak
memeranjatkan aq apabila aq mendapat apa yang aq belajar semasa form 1 dalam usrah
tentang institusi masjid di zaman Rasulullah,diterjemahkan oleh paderi-paderi secara
mutlak.

Melalui cerita di atas dapat kita fahami bahawa gereja menerima sesiapa sahaja tanpa
mengenal agama.Hakikatnya,Islam pun begitu.Institusi masjid yang ditunjukkan oleh pak
bilal itu sebenarnya bercanggah dengan Islam sama sekali.Mungkin pak bilal itu lupa
akan masjid itu rumah Allah dan bukan rumahnya.Di zaman Rasulullah,tawanan-tawanan
perang yang tidak ingin memeluk Islam diikat di belakang masjid untuk memerhatikan
kehidupan orang Islam yang sebenar.Dengan harapan,hati mereka lebih cenderung untuk
memeluk Islam.

Satu kisah lain, Rasululllah membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid


sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristian dari Najran
dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka
bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah bersabda kpd
Sahabat, “Biarkan mereka utk menunaikan sembahyang.”

Jelas kepada kita,masjid bukanlah satu bangunan untuk dikunci dengan mangga sebesar
buah epal tetapi merupakan satu bangunan untuk semua manusia berkumpul,berbincang
dan bermunajat.Kegagalan kita dalam menterjemahkan institusi masjid Rasulullah,perlu
diinsafi.

“pihak gereja pergi rumah ke rumah di pedalaman sabah dan sarawak, menyogok
penduduk dengan bantuan,”beritahu seorang rakan.

Aq dengan sukacitanya ingin membetulkan satu perkataan daripada ayat yang diucapkan
oleh rakan kita ini,iaitu perkataan ‘menyogok’ dengan ‘menghulurkan
bantuan’.Ketahuilah dengan memberi bantuan kepada golongan susah juga merupakan
salah satu kaedah dakwah,ini bukan sogokan.Apa yang dilakukan oleh pihak gereja,sama
sekali tidak menentang konsep dakwah.Percayalah,Islam juga menyuruh kita membantu
golongan miskin.Golongan inilah yang berada di antara syurga dan neraka.Selangkah ke
kanan,maka syurga tapi selangkah ke kiri, maka neraka lah.

“Kalo mereka masok Islam,merak masuk sebab duit,makanan,so mereka tidak


ikhlas,”jawab seorang rakan.

Perlu kita ingat,hidayah Allah datang dengan banyak cara.Tidak kisahlah dia masuk
Islam sebab makananan ke,minuman ke,duit ke,kalo die masuk Islam,bermakna Allah
telah memberinya hidayah untuk dia masuk Islam. Pernah diterangkan dalam satu post
yang lalu,‘hidayah permata yang dicari’Ketika peristiwa al-kubra,fathul Makkah,ada
yang masuk Islam sebab Allah, ada sebab Rasulullah dan ada yang disebabkan ingin
dirinya selamat. Berbalik bab tolong orang yang susah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 273:

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan
dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam),
yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya);
mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana
mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat)
sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai
dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang
halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Melalui ayat ini kita dapat faham bahawa Islam menyuruh umatnya yang kaya
menginfakkan harta mereka kepada orang miskin sehingga orang luar yang melihat tidak
menyangka orang miskin itu miskin.Lihatlah betapa indahnya Islam.Tapi,ini pun banyak
diterjemahkan oleh ramai paderi,bukan tok imam dan pak bilal.Adoyai…Sedeynye…

Teringat aq zaman kecik-kecik dulu.Tengah aq borak2 n bergumbira bersama kawan


sekampung tyme tok khatib tengah baca khutbah,bangun seorang pakcik dengan muka
yang agak bengis.

“Wei budok2,jange bising gak…Tok ime tengoh baco khutboh sek mung dot wat
bising,aku rote(rotan) sekor2 khe..”marah pakcik yang bengis itu.

Secare jujurnya,hati aq dan kawan2 ku terasa.Kawanku secara perlahan-lahan


menyuarakan isi hatinya padaku.

“pok cik ni bengong ar..dio oyak kotre jange bising tapi dio sdiri bising..mace ****…
kalu pokcik ni ado lagi minggu depe,aq malah doh maghi masjid ni,”keluh seorang insan
kecil.

Ada satu lagi kisah,ni tyme aq da besar sikit.Di masjid yang sama cume aq suda sdikit
matang.Imam mengarahkan para makmun merapatkan saf dan memenuhkan saf
hadapan.Di hadapanku ada satu saf kosong dan ditepiku ada la seorang brother
ni.Nampak cam alim la.Aq pom bagi isyarat tangan supaya dia memenuhkan saf hadapan
ku tapi..

“mung buto ko,budok tepi tu,”marahnya kepada ku dan aq yakin kanak-kanak di hadapan
itu juga mendengarnya dek kerana dia memandangku semasa aq maju memenuhi saf
kosong itu.Memang aq x kusyuk la solat jumaat ritu.

Memang benar,membuat bising semasa khatib membaca khutbah merupakan satu


kesalahan namun cara atau pendekatan yang digunakan oleh pak cik itu sememangnya
salah.Pendekatan yang digunakan oleh pakcik itu akan menyebabkan kanak-kanak hilang
minat untuk ke masjid. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Nak
anak jadi anak surau maka didiklah dari kecil.Tapi kalao mase kecik budak tu da kene
maki,kene marah,nak ke dia jadi tetamu tetap rumah Allah?

Kes satu lagi,kate-kate abang tu sememangnya menggiris hati si budak kecil. Apa salah
budak kecil itu sehingga abang tu xnak solat di tepinya.

“jijik sangat ke aq?hina sangat ke aq?”persoalan2 yang mungkin dikeluarkan oleh si


budak kecil yang tidak berdosa.

Pernah anda ke gereja?Pernah anda tahu macamana gereja menangani masalah2 kecil ini?
Budak2 kecil membuat bising,diberinya coklat supaya budak itu diam.Budak2 kecil
melompat2,dihantarnya sister2 yang lawa supaya budak2 itu terduduk.Pendekatan yang
digunakan sememangnya menarik hati sesiapapun.Sekali lagi mereka telah
menterjemahkan institusi masjid Rasulullah.

Hadirin hadirat..lupe lak,aq x bg pidato..( ^^)

Masjid kita tidak akan penuh,masjid kita akan terus dalam kekosongan jika kita tidak
berubah.Usah ditudingkan ke arah pak bilal,pakcik bengis, tudinglah jari pada diri
sendiri.Apa yang telah anda lakukan supaya masjid pada hari ini sama dengan masjid
pada zaman Rasulullah?Muhasabahlah diri anda.Berapa kerap anda solat berjemaah di
masjid?Berapa kerap anda berdiskusi di masjid?Berapa lama anda membaca di masjid?
Yang menulis ini juga sama,jadi marilah sama-sama kita berpesan-pesan,supaya apa?
Supaya kita tidak menjadi orang yang rugi.

Anda mungkin juga menyukai