Anda di halaman 1dari 10

Sejenak aku mengingatkan diri sendiri, bahawa hidup ini sangat teratur kejadiannya.

Bagaimana saya dahulu menjadi buta dengan segala penipuan dunia dan permainan sesetengah pihak yang cuba untuk membawaku ke dunia kesesatan. Ternyata hidayah dan petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada ku amat bernilai dalam jiwaku. Aku tak tahu macam mana terselinap hidayah dan perasaan kecintaanku untuk mencari kebenaran itu dan ianya terselit rapi dalam diari hidupku. Sungguh indah. Aku sungguh bertuah tergolong dari orang yang mendapat hidayah dan pertunjuk dari-Nya. Tapi pada permulaan aku menolak segala yang terpampang dan terhidang di hadapan aku sehingga aku bertekad untuk menyelidiki dan mencari erti sebenar hidayah tersebut. aku sedari kecil mencari siapakah Tuhan ku yang sebenar-benarnya mampu membantu aku dalam kesusahan dan kesenangan. Daripada kejadian itu, aku telah mula cuba mencari kebenaran dan kekuatan. Pada awalnya aku masuk ke kelas agama kristian. Aku ikut semua ajaran yang dibawa oleh gereja. Aku mendalami siapakah Jesus. Aku memahami apa yang dijanjikan oleh Jesus dan Tuhannya. Aku bersujud di hadapan Altar menghadap replika salib di hadapan aku. Aku bermohon dipertunjukkan kepada aku jalan sebenar. Aku mencari jawapan di dalam Bible. Aku selidiki dan buat perbandingan dengan apa yang aku nampak. Aku masuk ke kelas baptism tapi 4 kali aku masuk tak pernah habis kelas aku pelajari. Hanya setakat sekerat sahaja. Aku masuk kelas ''bible sharing''. Aku pernah sentuh holly water. Aku ikut orang menyanyi lagu rohani. Aku ikut orang tengok cerita, video, movie mengisahkan kehidupan Jesus. Aku pernah ikut youth(muda-mudi) menyambut Good Friday dan Easter Monday sampaikan tak tidur semalaman semata-mata ''bertasbih'' kepada Marry dan Jesus. Aku pernah meminta berkat dan restu dari paderi untuk merahmati aku. Aku pernah membeli dan mengantungkan salib pada leher aku. Aku pernah menjadi ''Candle Boys'' yang memegang lilin menuju ke altar. Dan aku pernah bersujud kepada patung Jesus dan sant-sante yang kononnya suci itu. Astaghfirullahala'zim. Ya Allah ampunkan dosa-dosa dan kesesatan hamba-Mu ini. Sungguh2 aku telah sesat dan kufur terhadap-Mu ya Allah. Ya. Memang aku ikut semua itu. Tapi aku bersyukur aku belum baptisms ketika aku di dalam akidah yang salah ini. Tapi dalam pada itu juga aku terdedah kepada ajaran-ajaran dan pendedahan yang ditunjukkan oleh warisan adat kaum aku. Sungguh aku keliru. Nenek aku melarang aku untuk Baptist tapi boleh ikut orang pergi sembahyang di gereja. Aku diberi amaran oleh ibuku aku boleh ikut apa ajaran agama pun di dunia ini asalkan ia bukan ISLAM. Apa pula aku tak boleh ketahui pasal Islam? Islam kan agama? Tak mungkin Islam itu jahat lagipun negara kita sekarang dipegang oleh orang Islam. Cikgu kat sekolah aku juga Islam. Kenapa orang tua aku tak benarkan ajaran Islam menjadi ikutan? Tapi ketika itu aku cuma anggap benda tu sebagai nasihat sahaja. Apabila aku dah besar barulah aku tahu yang Islam ini melarang malah mengharamkan semua perkara yang dipraktikkan oleh kaum aku sendiri seperti memakan babi, mempercayai benda mistik, paganism dan banyak lagi yang bertentangan dengan Islam. Aku mula bertanya kenapa pula Islam melarang semua perkara yang dipegang oleh nenek moyang kaum aku? Pelik. Aku mulalah mengkaji dan cuba mencari jawapan tetapi buntu. Mungkin ketiadaan sumber yang mencukupi dan kebutaan dalam menggunakan internet. Masa tu belum ada lagi Facebook ni. Manalah aku tau. Dan dalam pencarian kebenaran itu aku mendapat mimpi pelik.

Ketika itu adalah malam syawal kedua pada tahun 2007. Aku mendapat mimpi pelik. Aku berada di hadapan pintu masjidil haram. Aku masuk ke dalam masjidil haram di Mekah. Dalam mimpi tu aku ikut orang ambil wuduk dengan melihat orang di sebelah. Orang yang disebelah aku itu sangat bercahaya wajahnya sehingga tidak terzahir mata hitamnya. Aku sempat menjengguk ke dalam dewan solat dan sempat melihat Kaabah. Tapi Kaabah dalam pandangan aku terlalu terang bercahaya dan aku tak mampu melihat secara keseluruhan bentuk Kaabah itu. Hanya separuh sahaja aku dapat lihat. Apabila aku mahu melangkah ke dalam dewan solat, tiba-tiba badan aku berasa ringan dan aku diseret keluar oleh tiga orang lelaki. Ketiga-tiga lelaki itu sungguh tinggi dan aku tak dapat melihat wajah mereka. Aku terasa begitu kerdil dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Dengan senyuman mereka berkata ''wahai saudara, ini bukanlah tempat bagimu. Baliklah kamu ke tempat asalmu sehingga kamu ketemu kuncinya''. Aku terbangun dan cuba mengingati kembali mimpi aku itu. Ketika itu jugalah azan subuh berkumandang dari masjid di kampong melayu nun jauh ke belakang rumah aku. Kunci? Apakah kunci itu? Pada ketika itu aku bertanya dan binggung kenapa aku yang bukan Islam ketika itu boleh mendapat mimpi masuk ke dalam masjidil haram walaupun hanya di hadapan pintu sahaja? Aku mula bertanya kepada rakan2 muslim ku adakah mereka pernah mendapat mimpi semacam sama dengan aku? Tidak. Itulah jawapan mereka. Dan pertanyaan aku itu mula tersebar ke seluruh sekolah aku (ketika itu aku kat sekolah teknik sibu) sehingga ada hamba Allah ni minta kepastian. Kawan2 aku yang dengar pun mulalah menjauhkan diri dari aku. Kegusaran itu aku bawakan kepada Ustazah Nur Atikah (Ya Allah berikanlah rahmat-Mu dan keberkatanMu ke atas dirinya dan keluarganya). Aku ceritakan dari awal hingga akhir mimpi aku itu. Sungguh dia terkejut dengan pendedahan aku itu. Dia terkejut kerana orang Islam yang memang Islam pun jarang bermimpikan mimpi seperti aku itu sedangkan aku yang bukan Islam ni yang mendapat mimpi itu. Ustazah percaya yang orang yang aku nampak dalam mimpi itu adalah malaikat yang menjaga Masjidil Haram itu dan aku berwuduk itu adalah mungkin iman aku sudah mula mahu bertapak dalam diri aku. Roh aku sudah mahu mencari Tuhannya yang Esa. Kunci itu pula mungkin adalah dua kalimah syahadah seperti mana yang di jelaskan oleh ustazah. Tapi itu cuma andaian nya sahaja. Yang selebihnya hanya Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat. Tetapi adalah malang bagi aku. Aku mula melupakan dan tidak mengendahkan seruan itu. Mungkin ketika itu aku perlukan masa untuk mendalami Islam. Lagipun aku masih bawah umur. Nanti apa kata orang pula. Aku mulalah ikut kepada cara lama iaitu kristian. Ikut orang aktiviti malah lebih rancak lagi dan lebih aktif. Yalah, namapun ketika itu senior. Rasa macam dah besar lah tu. Ketika itu aku masuk jer mana-mana mazhab kristian. Tak kiralah katolik, SIB, Methodist, dan lain-lain. Aku ikut je. Tapi keterbatasan untuk aku ikut orang kem-kem agama memang nyata sebab budak asrama ini susah nak keluar. Apatah lagi kalau bukan event sekolah. Ketika sambutan maulidur rasul pada tahun 2008 (sibu sebagai tuan rumah untuk negeri Sarawak), aku ikut perarakan itu. Kawan aku dan junior aku semua terkejut tengok aku ikut. Yalah mereka kan tak biasa tengok aku ikut event mereka. Aku gembira sangat ketika itu tapi aku tak dibenarkan bertakbir. Aku faham sebab aku bukan sebahagian daripada mereka. Daripada situlah aku melihat hubungan ukwah yang terjalin antara aku dengan mereka. Dalam riak mereka juga mereka bimbang tentang aku. Aku tahu kenapa. Sebab mereka takut aku akan pengaruhi mereka dengan ajaran kristian. Tak apa aku faham dan niat aku bukan itu tapi untuk aku lebih mengenali Islam itu sendiri.

Masa semakin berlalu dan berlalu. Sehinggalah aku melangkah ke institusi yang lebih tinggi yang aku duduki sekarang ini. Situasi pertama kali aku bersekolah di semenanjung memang memberikan aku tamparan hebat. Budaya di sini memang berbeza. Dengan prasarana yang cukup lengkap sampaikan nak kotorkan bilik asrama pun aku tak sanggup. Kelakar juga kan?. Di sini aku menemui rakan-rakan yang berbeza budaya, bahasa dan agama. Aku berkawan dengan budak-budak Melayu, Siam, Asli, India, Cina, Kadazan dan lain-lain. Pengalaman yang sungguh menakjubkan. Di sini jugalah aku menimba segala ilmu Islam. Melihat cara-cara orang Islam ini mempraktikkannya, mengamalkannya dan mematuhinya. Jadi, aku mula bertanya. Adakah ini adakah kebetulan atau doa dari orang-orang yang mendoakan diriku? Adakah ini adalah hidayah yang cuba Allah sampaikan kepada aku dan mereka-mereka ini adalah utusanNya? Adakah aku ditakdirkan untuk melihat segala ketentuan ini? Ya. Itu adalah jalan yang Allah SWT ingin aku laluinya. Itulah pilihan yang sebaik-baik pilihan dalam hidupku. Pilihan yang terbaik dan menenangkan diriku yang serba jahil ini. Itulah jalan yang diredhai oleh-Nya. Allah tau yang aku tak tenteram. Allah tahu yang aku keliru. Allah tahu yang aku memerlukanNya. Allah tahu yang Allah menyayangi aku. Pada tanggal 22hb oktober 2010, aku sah menjadi seorang Muslim. Aku sah menyatakan ikrar aku kepada Allah SWT. Aku sah bergelar Muslim. Tiada lagi istilah yang menginsafkan aku iaitu NonMuslim. Tapi istilah itu tidak bermakna aku terputus segala hubungan aku dengan keluarga serta rakan-rakan ku. Gelaran yang selama ini aku inginkan telah terpahat dalam carta pengikut Nabi Muhammad. Dan tidak bermakna gelaran itu boleh mengubah hubungan aku dengan keluarga aku. Alhamdullillah. Segala pujian dan syukur hanya pada Allah. Akhirnya aku telah menemui sebuah kolam yang menenangkan jiwaku dan imanku. Aku lebih tenang apabila telah memeluk agama Allah ini. Dan aku berharap aku akan dimatikan dalam keadaan aku Islam. Itu adalah doa aku. Segala apa yang aku nukilkan di sini adalah pengalaman aku. Hanya dengan usaha aku yang kecil ini bakal memberikan kesedaran kepada saya serta rakan-rakan semuslim ku.

Pembaca yang mulia, dengar dan perhatikan apa yang telah ia ceritakan kepadaku, kemudian setelah itu, silahkan beri penilaian.! Sily berkata, "Dulu aku seorang pendeta yang sangat militan. Aku berkhidmat untuk gereja dengan segala kesungguhan. Tidak hanya sampai di situ, aku juga salah seorang aktifis kristenisasi senior di Afrika Selatan. Karena aktifitasku yang besar maka Vatikan memilihku untuk menjalankan program kristenisasi yang mereka subsidi. Aku mengambil dana Vatikan yang sampai kepadaku untuk menjalankan program tersebut. Aku mempergunakan segala cara untuk mencapai targetku. Aku melakukan berbagai kunjungan rutin ke madrasah-madrasah, sekolah-sekolah yang terletak di kampung dan di daerah pedalaman. Aku memberikan dana tersebut dalam bentuk sumbangan, pemberian, sedekah dan hadiah agar dapat mencapai targetku yaitu memasukkan masyarakat ke dalam agama Kristen. Gereja melimpahkan dana tersebut kepadaku sehingga aku menjadi seorang hartawan, mempunyai rumah mewah, mobil dan gaji yang tinggi. Posisiku melejit di antara pendeta-pendeta lainnya. Pada suatu hari, aku pergi ke pusat pasar di kotaku untuk membeli beberapa hadiah. Di tempat itulah bermula sebuah perubahan! Di pasar itu aku bertemu dengan seseorang yang memakai kopiah. Ia pedagang berbagai hadiah. Waktu itu aku mengenakan pakaian jubah pendeta berwarna putih yang merupakan ciri khas kami. Aku mulai menawar harga yang disebutkan si penjual. Dari sini aku mengetahui bahwa ia seorang muslim. Kami menyebutkan agama Islam yang ada di Afrika selatan dengan sebutan agama orang Arab. Kami tidak menyebutnya dengan sebutan Islam. Aku pun membeli berbagai hadiah yang aku inginkan. Sulit bagi kami menjerat orang-orang yang lurus dan mereka yang konsiten dengan agamanya, sebagaimana yang telah berhasil kami tipu dan kami kristenkan dari kalangan orang-orang Islam yang miskin di Afrika Selatan. Si penjual muslim itu bertanya kepadaku, "Bukankah anda seorang pendeta?" Aku jawab, "Benar." Lantas ia bertanya kepadaku, "Siapa Tuhanmu?" Aku katakan, "Al-Masih." Ia kembali berkata, "Aku menantangmu, coba datangkan satu ayat di dalam Injil yang menyebutkan bahwa al-Masih AS berkata, Aku adalah Allah atau aku anak Allah. Maka sembahlah aku." Ucapan muslim tersebut bagaikan petir yang menyambar kepalaku. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Aku berusaha membuka-buka kembali catatanku dan mencarinya di dalam kitab-kitab Injil dan kitab Kristen lainnya untuk menemukan jawaban yang jelas terhadap pertanyaan lelaki tersebut. Namun aku tidak menemukannya. Tidak ada satu ayat pun yang men-ceritakan bahwa al-Masih berkata bahwa ia adalah Allah atau anak Allah. Lelaki itu telah menjatuhkan mentalku dan

menyulitkanku. Aku ditimpa sebuah bencana yang membuat dadaku sempit. Bagaimana mungkin pertanyaan seperti ini tidak pernah terlintas olehku? Lalu aku tinggalkan lelaki itu sambil menundukkan wajah. Ketika itu aku sadar bahwa aku telah berjalan jauh tanpa arah. Aku terus berusaha mencari ayat-ayat seperti ini, walau bagaimanapun rumitnya. Namun aku tetap tidak mampu, aku telah kalah. Aku pergi ke Dewan Gereja dan meminta kepada para anggota dewan agar berkumpul. Mereka menyepakatinya. Pada pertemuan tersebut aku mengabarkan kepada mereka tentang apa yang telah aku dengar. Tetapi mereka malah menyerangku dengan ucapan, "Kamu telah ditipu orang Arab. Ia hanya ingin meyesatkanmu dan memasukkan kamu ke dalam agamaorang Arab." Aku katakan, "Kalau begitu, coba beri jawabannya!" Mereka membantah pertanyaan seperti itu namun tak seorang pun yang mampu memberikan jawaban. Pada hari minggu, aku harus memberikan pidato dan pelajaranku di gereja. Aku berdiri di depan orang banyak untuk memberikan wejangan. Namun aku tidak sanggup melakukannya. Sementara para hadirin merasa aneh, karena aku berdiri di hadapan mereka tanpa mengucapkan sepatah katapun. Aku kembali masuk ke dalam gereja dan meminta kepada temanku agar ia menggantikan tempatku. Aku katakan bahwa aku sedang sakit. Padahal jiwaku hancur luluh. Aku pulang ke rumah dalam keadaan bingung dan cemas. Lalu aku masuk dan duduk di sebuah ruangan kecil. Sambil menangis aku menengadahkan pandanganku ke langit seraya berdoa. Namun kepada siapa aku berdoa. Kemudian aku berdoa kepada Dzat yang aku yakini bahwa Dia adalah Allah Sang Maha Pencipta, "Ya Tuhanku Wahai Dzat yang telah menciptakanku sungguh telah tertutup semua pintu di hadapanku kecuali pintuMu Janganlah Engkau halangi aku mengetahui kebenaran manakah yang hak dan di manakah kebenaran? Ya Tuhanku jangan Engkau biarkan aku dalam kebimbangan tunjukkan kepadaku jalan yang hak dan bimbing aku ke jalan yang benar" lantas akupun tertidur. Di dalam tidur, aku melihat diriku sedang berada di sebuah ruangan yang sangat luas. Tidak ada seorang pun di dalamnya kecuali diriku. Tiba-tiba di tengah ruangan tersebut muncul seorang lelaki. Wajah orang itu tidak begitu jelas karena kilauan cahaya yang terpancar darinya dan dari sekelilingnya. Namun aku yakin bahwa cahaya tersebut muncul dari orang tersebut. Lelaki itu memberi isyarat kepadaku dan memanggil, "Wahai Ibrahim!" Aku menoleh ingin mengetahui siapa Ibrahim, namun aku tidak menjumpai siapa pun di ruangan itu. Lelaki itu berkata, "Kamu Ibrahim kamulah yang bernama Ibrahim. Bukankah engkau yang memohon petunjuk kepada

Allah?" Aku jawab, "Benar." Ia berkata, "Lihat ke sebelah kananmu!" Maka akupun menoleh ke kanan dan ternyata di sana ada sekelompokorang yang sedang memanggul barang-barang mereka dengan mengenakan pakaian putih dan bersorban putih. Ikutilah mereka agar engkau mengetahui kebenaran!" Lanjut lelaki itu. Kemudian aku terbangun dari tidurku. Aku merasakan sebuah kegembiraan menyelimutiku. Namun aku belum juga memperoleh ketenangan ketika muncul pertanyaan, di mana gerangan kelompok yang aku lihat di dalam mimipiku itu berada. Aku bertekad untuk melanjutkannya dengan berkelana mencari sebuah kebenaran, sebagaimana ciri-ciri yang telah diisyaratkan dalam mimpiku. Aku yakin ini semua merupakan petunjuk dari Allah SWT. Kemudian aku minta cuti kerja dan mulai melakukan perjalanan panjang yang memaksakuuntuk berkeliling di beberapa kota mencari dan bertanya di mana orang-orang yang memakai pakaian dan sorban putih berada. Telah panjang perjalanan dan pencarianku. Setiap aku menjumpai kaum muslimin, mereka hanya memakai celana panjang dan kopiah. Hingga akhirnya aku sampai di kota Johannesburg. Di sana aku mendatangi kantor penerima tamu milik Lembaga Muslim Afrika. Di rumah itu aku bertanya kepada pegawai penerima tamu tentang jamaah tersebut. Namun ia mengira bahwa aku seorang peminta-minta dan memberikan sejumlah uang. Aku katakan, "Bukan ini yang aku minta. Bukankah kalian mempunyai tempat ibadah yang dekat dari sini? Tolong tunjukkan masjid yang terdekat." Lalu aku mengikuti arahannya dan aku terkejut ketika melihat seorang lelaki berpakaian dan bersorban putih sedang berdiri di depan pintu. Aku sangat girang, karena ciri-cirinya sama seperti yang aku lihat dalam mimpi. Dengan hati yang berbunga-bunga, aku mendekati orang tersebut. Sebelum aku mengatakan sepatah kata, ia terlebih dahulu berkata, "Selamat datang ya Ibrahim!" Aku terperanjat mendengarnya. Ia mengetahui namaku sebelum aku memperkenalkannya. Lantas ia melanjutkan ucapan-nya, "Aku melihatmu di dalam mimpi bahwa engkau sedang mencari-cari kami. Engkau hendak mencari kebenaran? Kebenaran ada pada agama yang diridhai Allah untuk hamba-Nya yaitu Islam." Aku katakan, "Benar. Aku sedang mencari kebenaran yang telah ditunjukkan oleh lelaki bercahaya dalam mimpiku, agar aku mengikuti sekelompok orangyang berpakaian seperti busana yang engkau kenakan. Tahukah kamu siapa lelaki yang aku lihat dalam mimpiku itu?" Ia menjawab, "Dia adalah Nabi kami Muhammad, Nabi agama Islam yang benar, Rasulullah SAW." Sulit bagiku untuk mempercayai apa yang terjadi pada diriku. Namun langsung saja aku peluk dia dan aku

katakan kepadanya, "Benarkah lelaki itu Rasul dan Nabi kalian yang datang menunjukiku agama yang benar?" Ia berkata, "Benar." Ia lalu menyambut kedatanganku dan memberikan ucapan selamat karena Allah telah memberiku hidayah kebenaran. Kemudian datang waktu shalat zhuhur. Ia mempersilahkanku duduk di tempat paling belakang dalam masjid dan ia pergi untuk melaksanakan shalat bersama jamaah yang lain. Aku memperhatikan kaum muslimin banyak memakai pakaian seperti yang dipakainya. Aku melihat mereka rukuk dan sujud kepada Allah. Aku berkata dalam hati, "Demi Allah, inilah agama yang benar. Aku telah membaca dalam berbagai kitab bahwa para nabi dan rasul meletakkan dahinya di atas tanah sujud kepada Allah." Setelah mereka shalat, jiwaku mulai merasa tenang dengan fenomena yang aku lihat. Aku berucap dalam hati, "Demi Allah sesungguhnya Allah SAW telah menunjukkan kepadaku agama yangbenar." Seorang muslim memanggilku agar aku mengumumkan keislamanku. Lalu aku mengucapkan dua kalimat syahadat dan aku menangis sejadi-jadinya karena gembira telah mendapat hidayah dari Allah SWT. Kemudian aku tinggal bersamanya untuk mempelajari Islam dan aku pergi bersama mereka untuk melakukan safari dakwah dalam waktu beberapa lama. Mereka mengunjungi semua tempat, mengajak manusia kepada agama Islam. Aku sangat gembira ikut bersama mereka. Aku dapat belajar shalat, puasa, tahajjud, doa, kejujuran dan amanah dari mereka. Aku juga belajar dari mereka bahwa seorang muslim diperintahkan untukmenyampaikan agama Allah dan bagaimana menjadi seorang muslim yangmengajak kepada jalan Allah serta berdakwah dengan hikmah, sabar, tenang, rela berkorban dan berwajah ceria. Setelah beberapa bulan kemudian, aku kembali ke kotaku. Ternyata keluarga dan teman-temanku sedang mencari-cariku. Namun ketika melihat aku kembali memakai pakaian Islami, mereka mengingkarinya dan Dewan Gereja meminta kepadaku agar diadakan sidang darurat. Pada pertemuan itu mereka mencelaku karena aku telah meninggalkan agama keluarga dan nenek moyang kami. Mereka berkata kepadaku, "Sungguh kamu telah tersesat dan tertipu dengan agama orang Arab." Aku katakan, "Tidak ada seorang pun yang telah menipu dan menyesatkanku. Sesungguhnya Rasulullah Muhammad SAW datang kepadaku dalam mimpi untukmenunjukkan kebenaran dan agama yang benar yaitu agama Islam. Bukan agama orang Arab sebagaimana yang kalian katakan. Aku mengajak kalian kepada jalan yang benar dan memeluk Islam." Mereka semua terdiam.

Kemudian mereka mencoba cara lain, yaitu membujukku dengan memberikan harta, kekuasaan dan pangkat. Mereka berkata, "Sesungguhnya Vatikan me-mintamu untuk tinggal bersama mereka selama enam bulan untuk menyerahkan uang panjar pembelian rumah dan mobil baru untukmu serta memberimu kenaikan gaji dan pangkat tertinggi di gereja." Semua tawaran tersebut aku tolak dan aku katakan kepada mereka, "Apakah kalian akan menyesatkanku setelah Allah memberiku hidayah? Demi Allah aku takkan pernah melakukannya walaupun kalian memenggal leherku." Kemudian aku menasehati mereka dan kembali mengajak mereka ke agama Islam. Maka masuk Islamlah dua orang dari kalangan pendeta. Alhamdulillah, Setelah melihat tekadku tersebut, mereka menarik semua derajat dan pangkatku. Aku merasa senang dengan itu semua, bahkan tadinya aku ingin agar penarikan itu segera dilakukan. Kemudian aku mengembalikan semua harta dan tugasku kepada mereka dan akupun pergi meninggalkan mereka, Sily mengakhiri kisahnya.

Peristiwa pertama sewaktu saya keluar empat bulan IPB. Semasa berada di dalam taskil di Bhopal, Jemaah kami telah dipertemukan dengan seorang warga Afrika yang sedang menuntut di Bhopal. Tatkala berjumpa dengan dia, kami telah bertanyakan namanya, lalu dijawapnya sebagai Moses dan apabila ditanya tentang agamanya, beliau telah menjawab sebagai beragama Kristian. Setelah bertakruf, Jemaah kami terus beriktilat dan dalam berbual, kami sempat berseloroh mangatakan nama sebenarnya bukanlah Moses tetapi Musa. Beliau bertanya lanjut mengapa kami mengatakan yang nama sebenarnya bukan Moses sebaliknya Musa, maka kami pun menceritakan tetang kisah Nabi Musa sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Ternyata, apa yang disampaikan oleh Jemaah kami kepadanya telah menyentuh pintu hatinya sehingga menyebabkan dia bersetuju untuk menghadiri Ijtimak Bhopal, apabila ditaskil oleh Jemaah. Di dalam Ijtimak Bhopal inilah, beliau telah memeluk agama Islam dan kami telah menamakanya dengan nama Musa.

Peristiwa kedua yang saya lalui melibatkan seorang berbangsa Cina yang berlaku sekitar tahun 1995. Beliau adalah seorang anak muda yang tugasnya membantu ibunya menjual kuih muih di kawasan tidak jauh dari Masjid Sri Petaling. Suatu ketika, suatu Jemaah dari Kelantan yang di dalam perjalanan ke Masjid Sri Petaling, dengan menaiki pengangkutan awam telah turun di tempat yang agak jauh dari Masjid Sri Petaling. Memandangkan mereka mungkin pertama kali ke Sri Petaling, maka masing-masing agak kekok dan keliru untuk mencari dengan pasti lokasi Masjid Sri Petaling. Maka salah seorang daripada ahli Jemaah telah bertanya dengan seorang budak Cina yang mana budak tersebut akhirnya bersetuju untuk menunjukkan jalan ke Masjid Sri Petaling. Di atas kehendak Allah, budak tersebut bukan sahaja menunjukkan jalan sehingga sampai, bahkan dia sendiri telah turut masuk ke Masjid Sri Petaling. Setelah beliau masuk, beliau merasakan sesuatu kelaianan yang tidak pernah beliau lalui sehingga dari diri beliau sendiri terbit keinginan untuk masuk Islam. Beliau telah memeluk Islam dan kemudiannya telah turut keluar selama 40h dengan pelajar-pelajar UiTM. Masih dapat saya baying wajah keceriaanya setelah selesai 40h dan memaklumkan kepada saya Abang,,,saya nak sunat tau!!!

Peristiwa ketiga berlaku sekitar tahun 2000 sewaktu saya mengikuti kursus induksi sebagai syarat untuk pengesahan jawatan. Dengan izin Allah semasa mengikuti kursus induksi, saya telah ditempatkan bersama dua orang pensyarah UiTM yang juga merupakan rakan seusaha semenjak zaman kami belajar lagi. Kami semua ditempatkan di sebuah rumah yang boleh memuatkan seramai 8 orang. Hampir kesemua perserta kursus adalah pensyarah melainkan seorang sahaja iaitu staf pentadbiran. Salah seorang daripada pensyarah tersebut adalah seorang berketurunan Cina tetapi telah dipelihara oleh keluarga angkat yang berketurunan Hindu. Sepanjang hampir 2 minggu berkursus, kami telah mengikram beliau yang sememangnya telah mempunyai minat terhadap agama Islam. Semasa mengikuti kursus induksi, pada hari Khamis malam Jumaat, peserta digalakkan untuk mengikuti program bacaan Yassin di surau. Memandangkan hampir semua ahli rumah adalah beragama Islam kecuali, maka semua telah pergi ke surau untuk membaca Yassin meninggalkan beliau keseorangan di rumah. Saya telah mengambil peluang untuk mengajak beliau untuk turut sama tetapi beliau enggan kerana malu. Saya terus memujuk dan akhirnya beliau bersetuju untuk pergi dengan mengenakan pakaian baju melayu raihan yang saya pinjamkan. Beliau telah turut sama mengikuti bacaan Yassin dengan hanya memegang kitab Yassin tanpa membacanya. Sepanjang dua minggu bersama dengannya, telah acapkali kami mengajaknya memeluk Islam, tetapi beliau memberi jawapan belum bersedia dan perlu memikirkan semasak-masaknya, sehinggalah apabila kursus induksi telah tamat, kami semua telah pulang dang dia masih belum lagi memeluk Islam. Selepas hampir dua tahun, suatu hari pada hari Jumaat, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam, seorang telah memanggil-manggil nama saya dari belakang dan apabila saya menoleh, rupa-rupanya pensyarah yang dua tahun dahulu bersama dengan saya telah pun memeluk agama Islam.

Peristiwa keempat melibatkan orang Asli di Shah Alam. Waktu itu, saya menetap di Seksyen 6 Shah Alam dan mesyuarat halqah Shah Alam Utara telah memutuskan agar muhallah kami menjalankan usaha Ghast kedua di Surau Air Kuning iaitu penempatan orang Asli. Semasa keluar ghast, Jemaah telah dipertemukanoleh Allah dengan salah seorang lelaki dewasa berketurunan orang Asli yang masih belum memeluk Islam. Pada awalnya, Jemaah menyangka bahawa beliau adalah orang Islam, maka rahaba dan mutakalim telah menjalankan tugas seperti biasa. Tetapi apabila ditaskil oleh mutakalim untuk datang ke surau, beliau telah memaklumkan bahawa beliau bukan beragama Islam. Mendengarkan jawapannya, mutakalim dalam keadaan tidak begitu bersungguh menjemput beliau supaya memeluk Islam. Atas kehendak Allah, beliau bersedia dan telah datang ke surau. Selepas solat magrib, beliau telah duduk di dalam bayan magrib dan setelah bayan selesai, maka Jemaah telah mengajar beliau untuk bersyahadah dan akhirnya beliau telah berjaya di Islamkan.

Insiden atau peristiwa pengislaman seterusnya adalah semasa saya keluar bersama pelajar-pelajar UiTM selama 10h ke kawasan Semenyih. Di salah satu surau yang kami keluar, kami telah menjalankan usaha ziarah pintu ke pintu di waktu pagi. Di kawasan tersebut, yang merupakan kawasan perumahan flet atau apartment, kebanyakan daripada penduduk berketurunan India dan mengikuti kepercayaan Hindu. Namun demikian terdapat segelintir penduduk berketurunan India yang beragama Islam. Oleh yang demikian, semasa menjalankan usaha ziarah pintu ke pintu, kami akan melihat sama ada terdapat daun manga atau pun tidak dipintu rumah. Sekiranya tiada, bermaknya rumah tersebut mungkin dihuni oleh orang Islam dan rumah sebegini, rahaba akan memberi salam. Semasa menjalankan ziarah, Jemaah telah bersemuka dengan seorang lelaki yang berada diluar rumahnya. Rahaba tanpa usul periksa terus memberi salam dan memperkenalkan Jemaah kepada lelaki tersebut yang berketurunan India. Setelah memperkenalkan Jemaah, mutakalim pun menjalankan tugasnya memberi dakwah. Semasa mutakalim

bercakap, beliau telah memberi tumpuan yang penuh tanpa banyak bercakap dan hanya apabila mutakalim menaskil beliau, barulah beliau membuka mulut dan berkata bahawa beliau bukan beragama Islam. Jemaah telah memohon maaf dan bergerak meninggalkan beliau tetapi selang beberapa langkah Jemaah bergerak, beliau telah memanggil semula semula mutakalim dan bercakap Adiksaya mahu masuk Islam. Kami menjemput beliau ke surau tetapi beliau enggan kerana perlu pergi bertugas. Pada malam hari kami telah menziarahi beliau dan keesokannya beliau bersama ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anaknya yang masih kecil seramai dua orang telah memeluk agama Islam.

Selanjutnya ialah sewaktu saya keluar 3h di kawasan Pelabuhan Klang. Suatu hari semasa keluar, ketika menjelang waktu magrib, seorang lelaki berketurunan Sikh telah datang ke surau dengan mengenakan pakaian seragam sebagai seorang petugas pengawal keselamatan. Dari kejauhan saya telah memandang lelaki tersebut kerana gelagat dan telatahnya seperti seorang yang sedang mencari-cari sesuatu. Setelah azan magrib, semua Jemaah telah mendirikan solat magrib, dan lelaki tadi telah duduk di belakang melihat keseluruhan Jemaah yang bersolat. Setelah selesai solat, kami telah bersemuka dan bertanya kepada beliau apakah gerangan yang beliau cari, dan jawapan yang kami terima ialah Saya mahu jadi orang Islam. Saya memaklumkan kepada amir Jemaah yang kemudiannya menyerahkan tugas untuk mengajar kalimah kepada saya. Setelah diajar beberapa kali, akhirnya beliau dapat mengucapkan kalimah yang seterusnya menjadi orang Islam.

Peristiwa terakhir kisah pengislaman ini berlaku pada tahun 2007 di surau Bintang Seksyen 7 Shah Alam. Surau ini setelah siap, telah dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mengimarahkannya. Jemaah dari Seksyen 7 Mustakimah telah memulakan usaha ziarah kedua. Namun disebabkan kemudahan surau yang agak dhaif, maka orang-ramai yang tinggal sekitar surau tersebut masih belum dapat mengimarahkan surau tersebut. Dalam keadaan surau yang dhaif itu, ada seorang lelaki berketurunan India yang menganut kepercayaan Hindu telah tinggal menetap di luar surau tersebut. Apabila jord UiTM diputuskan untuk dijalankan di Surau tersebut, rakan-rakan seusaha dikalangan pelajar UiTM telah berkhidmat membasuh dan mencuci surau tersebut. Lelaki india tersebut telah turut sama menyertai khidmat membersihkan surau tersebut. Ditakdirkan Allah salah seorang daripada rakan seusaha UiTM ada yang boleh berbahasa Tamil. Kelebihan yang ada pada beliau telah digunakan untuk menaskil beliau untuk memeluk agama Islam. Lelaki India tersebut terbuka hati dan kemudiannya memeluk agama Islam dengan mengambil nama baru iaitu Muhammad.

Sebenarnya, kisah-kisah yang saya coretkan bukanlah untuk menunjukkan usaha saya, cuma untuk menceritakan bahawa melalui usaha ini, Allah akan sebarkan hidayah. Mereka yang saya sebutkan di dalam kisah-kisah di atas telah memeluk Islam atas kehendak Allah dan melalui usaha-usaha orangorang terdahulu yang telah banyak

Anda mungkin juga menyukai