Anda di halaman 1dari 2

Kesaksian Saya ( Lim Choo Han )

Bukan semua orang yang bertuah seperti saya, diberikan peluang untuk

menjadi anak syurga. Nama saya Lim Choo Han, berasal dari negeri

Terengganu dan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengamalkan

kepercayaan Buddha yang menyembah patung berhala. Semenjak kecil lagi

saya mengikut nenek pergi ke tokong untuk bersembahyang terutamanya

ketika perayaan besar kaum Cina. Banyak persoalan yang timbul di kepala

saya mengenai isu Ketuhanan yang tidak mampu saya fikirkan jawapannya

ketika ituterutamanya yang berkaitan dengan dunia selepas mati.

Saya membesar sebagai seorang manusia yang sombong. Kehidupan yang

tidak bertuhan dan tidak bersyukur dengan segala yang ada kerana bagi

saya, semua ini ialah usaha saya sendiri. Sejak kecil lagi, injil mula

mendekati saya tetapi saya menutup pintu hati untuk menerimanya. Saya

ke sekolah minggu yang diadakan di taman perumahan saya hanya untuk

mengambil hadiah yang ditawarkan dan makanan lumayan yang dihidangkan.

Melangkah ke alam universiti, saya pernah menghalau sekumpulan pemuda

yang sedang membuat pelayanan dari bilik ke bilik dengan kasarnya.

Ditakdirkan saya bertemu dengan orang yang paling penting dalam hidup

saya iaitu isteri saya yang beragama Kristian di Sabah. Pertemuan itu

telah mengubah hidup saya selama-lamanya. Beliau selalu menceritakan

kisah-kisah Yesus dan kebaikan untuk saya. Ditambah lagi dengan

pekerjaan sebagai seorang guru di sekolah rendah juga sangat memberi

tekanan kepada saya, saya lemah semangat dan stress selalu. Pada suatu

minggu, isteri saya membawa saya ke gereja sebagai temannya. Mula-mula,

saya menolaknya kerana saya tidak mempercayai kewujudan Tuhan, tetapi


setelah saya menjejakkan ke gereja buat kali pertama. Saya menitiskan

air mata kerana saya dapat berasakan kasihnya Bapa Tuhan Yesus kepada

saya ketika menyanyikan lagu kerohanian memujiNYA dan tekanan saya

mula beransur hilang.

Saya berseru kepada Tuhan dalam doa saya yang pertama, “ Tuhan Yesus,

saya mahu berubah, bantulah saya, saya mahu menjadi anakmu yang soleh.”

Hati saya mula terbuka untuk menyertai “ Cell Group” dikendalikan oleh

pihak gereja. Saya melalui kehidupan berjemaat selama beberapa bulan

melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan di rumah saya. Melalui

perkongsian ilmu dan pemuridan, saya mendapat jawapan kepada soalan

yang begitu lama bermain di fikiran saya iaitu ke manakah kita selepas

mati. Bapa Allah menjanjikan pengampunan dan syurga yang indah kepada

orang yang percaya akan mujizat Tuhan Yesus dan menjalani setiap

perintahnya.

Di dalam yesus kristus, kita semua bersaudara dalam imam yang sama.

Hubungan saya dengan ahli-ahli gereja yang lain juga sama rapat

terutamanya anggota cell group. Kasih sayang jujur yang dicurahkan oleh

mereka menyakinkan saya untuk dibaptiskan pada Hari Easter Tahun

2020.

Tuhan Yesus sanggup disalibkan untuk menyucikan dosa-dosa kita.Kasihnya

kepada manusia tidak ternilai. Saya bertuah kerana setiap langkahku

menjalani kehidupan bersamanya. Akhir kata kepada yang masih belum

menerima injil. Semoga kita bersama-sama menjadi rakyat kepada

kerajaan syurga di langit suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai