Anda di halaman 1dari 5

Biar Saya Jadi 

Perogol!
January 18, 2010 at 6:46 pm (Islam, Motivasi, azzariyat, mesti baca, muhasabah) (abraham
lincoln, allah adil tapi buat neraka, allah maha adil, heaven only, kalau tiada neraka, kenapa ada
neraka, kenapa Allah ciptakan neraka, maher zain, neraka, no hell, syurga, syurga neraka)

Orang yang tidak beragama sekalipun sangat marah apabila kita katakan kepada mereka bahawa
mereka adalah ahli neraka, kalau tidak percaya, cuba lakukan. Mahu dilempangnya kepala kita,
disepaknya perut kita. Percaya atau tidak, itulah fitrah, semua orang inginkan sesuatu yang baik
dan menolak sesuatu yang buruk.Ya, saya pernah berjumpa dengan manusia-manusia pada
lisannya tidak kisah untuk masuk neraka tapi saya percaya bahawa jauh di sudut hatinya bahawa
dia sesekali tidak ingin dirinya dicampak ke neraka.

“kalau semua orang nak masuk syurga, sapa nak masuk neraka?” Jawab dia yang suka bergurau.

“biarlah syaitan dan kuncu-kuncunya masuk ke dalam neraka!” Balas saya balik, dia terus
terdiam.

Minggu yang lepas, kami(pelajar JAD batch8) menghadiri satu kem ibadah dan rehlah yang
dianjur oleh Yayasan Ilmuan dan JAPEMA. Pengisiannya cukup menyeronokkan. Apa yang
ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah satu ayat daripada seorang motivator kem
tersebut. Katanya, “di akhir zaman,akan lahir orang-orang fasik yang petah berbicara tentang
agama.” Ayat yang biasa didengar, cuma kali ini ayat biasa ini terus menempelak diri yang kerdil
ini.

Kebelakangan ini, penulisan baru sekerat jalan, saya sudah kebuntuan, akhirnya semua disimpan
ke dalam draft. Saya cuba muhasabah diri ini, apakah diri ini ada lakukan sesuatu yang tidak
patut dilakukan oleh seorang pendakwah? Subhanallah, alangkah terkejutnya saya pabila
bermuhasabah, begitu banyak dosa yang dilakukan oleh diri ini dalam sedar atau tidak. Tidak
hairanlah, mutu penulisan(seni berdakwah) semakin merosot.
Gari:Peserta dikehendaki melepaskan ikatan tanpa memutuskan tali

Kadang-kadang, apa yang saya larang di Azzariyat pun saya lakukan dan apa yang saya suruh,
saya tidak lakukan. Astagfirullah, moga Allah mengampunkan diri ini. Saya terus berfikir, kalau
beginilah cara hidup saya, pasti neraka milik saya. Mana tidaknya, saya larang orang lakukan
maksiat tapi dalam masa sama, itulah kehidupan saya dan saya suruh orang lakukan kebaikan
tapi saya sendiri tidak lakukannya. Fikirkan tentang neraka, hati ini mula berdebar-debar. Saya
tidak fikir tentang azab neraka yang panas menggelegak tapi azab yang saya fikir ialah malu
ketika dilewati oleh mereka yang masuk ke dalam syurga berkat dari penulisan saya di
Azzariyat.

Tidak, saya tidak mahu masuk ke dalam neraka. Kemudian terlintas di kepala, Allah kan maha
penyayang tapi kenapa Dia ciptakan neraka? Kan senang kalau Allah ciptakan syurga, jadi
semua manusia akan ke syurga, tidak kira baik ataupun tidak. “Ah, dunia inikan cubaan, jadi
syurga dan neraka itu keputusan bagi cubaan!” monolog insan kebingungan. Walaupun jawapan
itu tidak memuaskan hati saya kerana tidak berapa kukuh tapi saya cuba bertenang dengannya.

Alhamdulillah, ketika membuka email petang tadi, saya dapat satu ‘forward’ mesej dari sahabat
satu jemaah yang bertajuk, “kalau tuhan itu baik kenapa sediakan neraka?” Email tersebut adalah
seperti yang dibawah:

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun


Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan
mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para
pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di
salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak
menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah…

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan,
tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.

Lazimnya dlm setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai
pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap
saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala
perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi
perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan
Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “KALAU TUHAN TU
BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke
Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas
kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab.

Ustaz tu terkedu/terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang.
Lebih baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab
gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat
syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan
muka confused..

Ustaz tu pun jelaskan .”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.
Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang
jahat lebih seronok/senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’
percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi
dengan mangsa rogol disyurga, lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa,
adil ke?” tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je.” Rungut si gadis. Ustaz
tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam.
Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk
menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan
segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah;
semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam
mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. “

Pembaca sekalian, dunia ini adalah cubaan,peperiksaan kepada kita, kalau kita baik di dunia,
Allah sediakan sesuatu yang baik untuk kita di akhirat kelak tapi kalau kita jahat di dunia, buruk
jugalah pengakhiran kita nanti. Betapa adilnya Allah, Dia sediakan kepada kita syurga dan
neraka supaya kehidupan kita di dunia berjalan dengan lancar mengikut kehendak Nya.

“kalau macam tu,baik buat syurga je..eerrr,maksud saya,yang baik ke syurga dan yang jahat
hilang terus. Kirenye bonuslah buat mereka yang berbuat baik di dunia, lagi baik dan adil coz
takde yang akan diseksa.”

Logik!Tapi saya bagi anda semua sebuah analogi.

Katakan ada 3 orang pelajar, Budin, Cudin dan Dudin.

Budin dijaga dan dimanja oleh ibu bapanya. Kemahuannya dituruti walaupun kehendaknya itu
membazir. Dia diberi segala kesenangan dan kasih sayang. Ibu bapanya tidak pernah terlepas
daripada menghadiri mesyuarat PIBG dan majlis graduasinya.

Cudin diberi makan oleh ibu bapanya namun ibu bapanya sibuk berkerja sehingga dia selalu
kesepian. Dia dimarahi dan didenda jika tidak berjaya untuk mendapat markah tertinggi di dalam
kelas dan dia juga dipaksa untuk mengemas rumah dan menjaga adiknya ketika ketiadaan ibu
bapanya. Pendek kata, hidupnya walaupun kaya raya namun penuh dengan kesedihan.

Dudin ada ibu bapa namun ibu bapanya sesekali tidak pernah ambil kisah tentangnya. Dia
dipinggirkan,kewujudannya dinafikan.

Baiklah,antara ketiga-tiga pelajar ini, yang mana paling baik? Mestilah Budin kan sebab dia
bagaikan berada di Syurga, penuh dengan nikmat dan kasih sayang. Yang paling teruk? Mungkin
ada yang jawab Cudin sebab dia diseksa, dirotan oleh ibu bapanya tapi yang paling teruk
sebenarnya adalah Dudin  kerana kewujudannya dinafikan. Kerana kasih dan sayanglah Allah
ciptakan Syurga dan Neraka, Allah tidak biarkan umat manusia hilang begitu sahaja kerana itu
lagi teruk daripada diseksa di dalam api neraka.

Ingatlah, kerana kasih dan sayanglah, Allah ciptakan syurga dan neraka, maka saya menyeru
kepada diri saya dan pembaca, beramallah supaya syurga menjadi milik kita. Kata Abraham
Lincoln, “jangan ditanya apa yang Amerika bagi kepada mu,sebaliknya tanyalah apa yang kamu
bagi kepada Amerika. “Usahlah ditanya kenapa mesti beriman kepada Allah, kenapa Allah buat
itu, buat ini, kenapa dan kenapa sebaliknya tanyalah kenapa diri ini masih tidak beriman kepada
Allah.

Anda mungkin juga menyukai