Anda di halaman 1dari 12

SKRIP MALAM PENGHAYATAN KEM MOTIVASI Saya bertanya kepada emak mana satu pilihan hati, orang yang

sayangkan kita atau yang kita sayang? Mak jawab dua-dua bukan.. Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. Pilihan hati mak yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam. Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.. Saya memintas, Tak faham.. Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. mak menyambung Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. mak dulu masa besar kakak ada secret admire.. rajin betul dia hantar surat..masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. mak nak belajar sungguh-sungguh.. lama budak tu tunggu mak.. akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. mak, seperti kakak.. mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. Mak anak ustaz ustazah.. tapi zaman tu ustaz ustazah nya still berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu mak panggil mak Aji.. sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawankawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah tak? Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,

bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.. besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.. mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Kakak.. jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. bercouple mungkin.. tetapi bukan berkahwin.. kerana kita berkahwin dengan jodoh kita. Yang Allah dah tetapkan tsejak azali.. dan tak mustahil orang yang kita paling benci tu lah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. tetapi itu tak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika.. tentu kering tekak emak meneraangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta pada pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai Dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. Kakak.. hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. kakak.. walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. tapi kalau dapat yang kakak taknak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan

memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.. emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

oleh : lillah

Murid-murid sekalian, Duduk dengan selesa, rehatkan badan dan lapangkan fikiran. Sekarang pejamkan mata untuk menghayati apa yang kamu dengar nanti. Sambil memejam mata, bayangkanlah suasana yang digambarkan. Bayangkan kamu sedang berada di tengah-tengah ladang padi di bawah sinaran sang mentari yang terik sambil tangan kamu lincah mengamit tangkai-tangkai padi yang kuning keemasan itu untuk menuai. Kekadang kelihatan dedaun-dedaun padi bergoyang perlahan-lahan ditiup dek angin yang bertiup sopai-sopai bahasa. Ketika itu juga anda sekali-sekala melihat kalibat burung-burung pipit yang mencari nafkah, hasil dari keringat dan tulang dua karat orang lain. Anda juga melihat awan putih berarak menutupi awan biru. Oh alangkah indahnya suasana ini!. Terhibur juga anda walaupun keringat mencurah-curah keluar membasahi pakaian. Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, Sambil anda menikmati bekal ikan kering dan sayur pucuk ubi yang dibawa dari rumah subuh-subuh tadi, anda mendengar nyanyian burung-burung pipit yang sahut menyahut di sekeliling anda, seolah-olah merayakan pesta padi atau seolah-olah mentertawakan anda, namun bagi anda itu semua adalah penyeri, penyeri hidup sebagai seorang petani. Sekali-sekala tangan anda menepis nyamuk degil yang menghisap darah anda. Dalam pada itu, bermain di fikiran anda berbagai persoalan mengenai anak-anak yang anda tinggalkan di rumah, Apakah mereka sudah menikmati makan tengahari?, Apakah mereka sudah balik dari sekolah? Apakah mereka sentiasa mengikuti nasihat yang anda barikan? Apakah mereka mengikuti segala nasihat yang guru berikan? Apakah mereka menjadi seorang anak yang baik? Apakah mereka faham dengan pengorbanan yang anda lakukan demi untuk mereka? Oh... anda benar-benar sedih dan mengalirkan air mata jernih... anda takut, teramat takut, anda gusar kalau-kalau suatu hari nanti anak anda akan menjadi orang yang tidak berguna... Cuba anda bayangkan dalam fikiran, mentari merah yang berarak perlahan menuju ufuk timur, nafas anda tercunggap-cunggap menggalas wakid yang penuh sayuran... danai menuruni dan menaiki bukit menuju ke rumah anda hampir tidak kelihatan, namun anda tidak memperdulikan kepayahan ini, Anda lebih rela menanggung segala keperitan dan kesangsaraan demi sesuap nasi untuk menyara anak-anak anda di rumah. Terlintas juga di fikiran anda, harapan mengunuing daripada anda untuk anan-anak anda.. agar mereka berjaya dalam pelajaran, agar mereka mengacapi hidup yang lebih sempurna lagi di masa. Hadapan. Kalau diikutkan hati, anda ingin sekali hidup bersama anak-anak anda seribu tahun lagi, namun apakan daya, semua ini adalah ketentuan Tuhan yang maha esa. Cuba anda bayangkan, ketika anda pulang dari ladang, hati anda amat keciwa dan sedih, melihat rumah yang berselirak di sana-sini, melihat anak-anak anda yang baru balik dari bermain, melihat kuali dan belanga masih belum berisi lagi. Oh sedih... sungguh sedih, Bagaimana anda boleh mengerjakan kerja-kerja rumah ini sedangkan anda masih terlalu penat?.... perut anda juga berkeroncong ... lapar... haus... tiba... tiba... anda pengsan! Cuba bayangkan di dalam fikiran anda... anda diusung oleh anak-anak anda ke kelinik, sambil mengusung, anak anda menangis, mereka menyesal... cuba bayangkan apakah yang akan berlaku kepada anak-anak anda sekiranya anda pergi untuk selamanya.... tubuh yang diusung ke hospital dan kini di usung ke tanah perkuburan... anak-anak menangis, meraung dan histiria pun tidak berguna,.. Tatapi bersyukurlah ... anda masih hidup dan masih duduk di kerusi... Sekarang, ikut saya mengira bermula dari 5, 4, 3, 2, 1. Buka mata !!!

Cerpen : Skrip malam keinsafan Nama Pena : Hati Emas Ini adalah skrip yang telah saya reka untuk program Malam Penghayatan Tiga Rasa, MSR June 2007. Program ini bermula selepas isyak di dataran asrama kolej. Bermula dengan nyanyian berbalas pantun (rasa riang ria) diikuti dengan penyerahan nota amanah pelajar kepada kem komandan (pelajar diberi sehelai kertas dan diminta menulis apakah amanat ibu dan ayah ketika menghantar mereka ke kolej) untuk sesi rasa marah. Sesi ini akan memainkan dua peranan. Kem komandan akan sengaja memarahi pelajar dengan menyatakan, bahawa pelajat adalah anak yang tidak bertanggungjawab. Amanah ibu bapa walaupun di atas sehelai kertas masih tidak mampu dijaga. Mudah diberikan kepada orang lain. Jika ada pelajar yang bangun untuk mendapatkan semula kertas tersebut, peranan pertama bermula. Kem komandan akan menyatakan, Saya tak arahkan kamu bangun! Duduk! Tetapi jika pelajar senyap dan tidak memberi sebarang respon, kem komandan akan memanggil seorang pelajar untuk bangun, dan bertanya Adakah kamu tidak puas hati dengan saya? Ketika ini peranan kedua bermula. Jika pelajar tersebut menjawab Tidak, maka hamburannya ialah kamu hipokrit. Jika pelajar menjawab Ya, kem komandan akan mengucapkan terima kasih dan hamburannya ialah saya suka kamu. Kamu seorang yang jujur. Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan. Kem komandan akan mula menenangkan pelajar dan memberitahu apakah motif berbuat demikian. Nasihat turut diberikan sebelum bacaan skrip dan penghayatan diberikan kepada biro yang tertentu untuk melengkapkan tugas malam penghayatan. Lalu skrip berikut mula dibaca, diiringi oleh alunan lagu-lagu yang telah disusun *ALUNAN BUNYI OMBAK YANG DAMAI DIMAINKAN* (SUARA BIRO sebagai narrator) Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian Alhamdullillah dapat kita sama-sama berkumpul pada malam yang indah ini duduk bersama menikmati nikmat kebesaran Ilahi lihatlah pada bintang-bintang di angkasa pandanglah bulan yang menerangi langit malam betapa indahnya ciptaan Allah Subhanallah adik-adik sekarang pejamkanlah mata kalian hilangkan segala kekusutan yang ada dalam diri tarik nafas dalam-dalam hembuskan dengan perlahan tarik nafas sekali lagi hembuskannya *MULAKAN SENTIMENTAL ALUNAN SERULING KIARO ATAU PIANO LAGU FIRST LOVE (PILIH SALAH SATU)* Rasailah angin yang bertiup lembut umpamakan seperti bayu yang bertiup bayangkanlah kalian berjalan di persisiran pantai berjalan memijak butiran-butiran pasir halus gulungan-gulungan ombak berlari-lari menyentuh jari jemari kaki damainya rasa hati di sebalik rimbunan pepohon yang menghijau unggasunggas terbang berkicauan di langit biru yang terbentang luas indah sungguh indah Maha suci Allah yang menciptakan setiap kejadian alam mengikut kehendak-Nya Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian tahukah kalian betapa bertuahnya kamu dapat menikmati kebesaran Allah ini beruntungnya kamu di lahirkan untuk menikmati hidup di dunia yang indah seperti ini

*HENTIKAN ALUNAN SENTIMENTAL, MAINKAN ALUNAN OMBAK DAN LAGU PERMAIDANI OLEH ARIS ARIWATAN SERENTAK* (untuk memainkan dua lagu serentak, buka winamp dan window media player sekali. Volume suara juga memainkan peranan penting. Mulakan dari perlahan seterusnya kuatkan sedikit untuk mendapatkan penghayatan sambil membaca skrip) Semuanya kerana kasih dan sayang ayah dan ibu betapa besarnya kasih sayang ayah dan ibu kepada kamu semua pernahkah kamu melihat gembiranya wajah mereka tatkala mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahaya mata kasih sayangnya bermula walaupun kamu hanya segumpal daging dalam dinding rahim seorang ibu kamu tidak akan tahu semua itu kerana kamu belum dilahirkan walau peritnya mencengkam cinta mereka pada anak yang bakal dilahirkan tidak pernah padam terlalu banyak rintangan yang ditempuh hanya kerana kamu yang bergelar anak, wahai adik-adik Dalam keriangan ingin menyambut kelahiran seorang anak ayah dan ibu tetap terus berusaha bersengkang mata mengerah kudrat melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak yang bakal dilahirkan tidak merasai keperitan hidup yang penuh pancaroba Bayangkanlah ayah tetap masuk ke hutan dengan luka pada kakinya mencari rebung untuk dibuat jualan sedang ibu berjalan ke seluruh kampung menjaja kuih walaupun kala itu kamu sudah berusia 7 bulan dalam kandungan Saat yang dinanti telah tiba ketika itu hujan turun renyai-renyai di waktu malam dalam kedinginan malam ibu bertarung nyawa untuk melahirkan ayah dalam resah menghantar ibu dengan motor buruknya meredah hujan hampir saja beberapa meter dari pintu masuk hospital ibu dengan tiba-tiba terjatuh dari motor betapa peritnya rasa yang mencengkam sehingga ibu tidak mampu bertahan sehingga ayah mencampakkan motornya lalu berlari mendapatkan isteri tercinta dalam basah hujan yang kian lebat guruh dan kilat sabungmenyabung ayah mengendong ibu sehingga ke wad kecemasan mengendong ibu dengan lelahnya tercungap-cungap ayah *HENTIKAN NYANYIAN LAGU PERMAIDANI SECARA PERLAHAN-LAHAN* (kawalan volume lagu permaidani sahaja. Biarkan alunan ombak terus dimainkan) Dan kamu selamat dilahirkan melalui pembedahan ayah yang menunggu dengan penuh debar di luar tersenyum gembira bersyukur setelah mengetahui kamu selamat dilahirkan ke dunia ini Air mata gembira menitis membasahi pipi melihat anak yang telah dilahirkan menangis di pangkuan tanpa berlengah laungan azan seorang ayah bergema di telinga kamu *ALUNAN AZAN MENDAYU OLEH FASILITATOR DIIRINGI OLEH SUARA TANGISAN BAYI BARU LAHIR DI WINAMP* Selepas saat itu kamu ditatang bagaikan minyak yang penuh seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menghampiri kamu kamu kian membesar hidup kamu memang tidak mewah dengan harta makan minum serba kekurangan ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga sebagai anak yang masih kecil.. kamu sering merungut. Tapi ibu segera memujuk. Ketika makan ibu sering memberikan bahagian nasinya kepada kamu sambil memindahkan nasinya ke pinggan kamu dia berkata (SUARA FASILITATOR sebagai ibu) Makanlah nak ibu tak lapar

*ALUNAN SENTIMENTAL SERULING ATAU PIANO* (SUARA BIRO sebagai narrator) Kamu tahu ibu berbohong kerana kamu nampak ibu berkongsi nasi dengan ayah tapi kamu tetap tidak peduli asalkan perut kamu terisi asalkan kamu mendapat apa yang kamu mahukan selepas selesai makan terus kamu turun untuk bermain dengan kawan-kawan meninggalkan pinggan dan nasi yang bersepah untuk ibu kemaskan Saat kamu riang bermain datang seorang kawan membawa permainan barunya katanya hadiah dari ayahnya kamu rasa teruja kamu pun mahukan permainan dari ayah kamu kamu berlari pulang ke rumah merengek-rengek minta dibelikan permainan baru Esoknya ayah dengan lelahnya yang semakin teruk batuk tidak berhenti tetap turun pada awal pagi ke hutan mencari rebung lebih untuk dibuat jualan hasilnya dapatlah digunakan untuk membeli permainan baru kamu sedang kamu, terus bersuka ria bermain dengan kawan-kawan (SUARA KEM KOMANDAN) Tahukah kamu ayah kamu telah pergi? Tahukah kamu? Tidak! Kamu tidak tahu! Kerana kamu asyik memancing dan bergembira dengan kawan-kawan! Kamu bergelak ketawa adik-adik! Sedangkan ibu Berlinangan air mata menangisi pemergian suami tercinta (SUARA BIRO sebagai narrator) Dan ketika kamu mendapat tahu berita itu kamu bukan menangis kerana pemergiaannya seorang ayah kamu menangis bukan kerana menyesal tetapi kamu menangis kerana ayah pergi tanpa sempat memberikan kamu sebarang permainan itulah kamu itu kamu kamu *PERLAHANKAN ALUNAN SENTIMENTAL, MAINKAN LAGU AIR MATA IBU NYANYIAN SITI NURHALIZA* Setelah pemergian ayah, ibu mengambil tugas ayah kepada keluarga. Ibu mengambil upah menjahit, mengambil upah ke kebun, membuat penyapu lidi selain rutin hariannya membuat kuih agar kamu dan adik-beradik kamu tidak terus kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu kehidupan kamu semakin susah dan susah. Melihat keadaan kelurga kamu seorang pakcik yang baik hati dan berjiran dengan kamu datang menghulurkan bantuan malangnya ibu kamu menolak jiran-jiran kamu pula seringkali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kamu sekeluarga. Ibu tetap dengan keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Kata ibu (SUARA FASILITATOR sebagai ibu) Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki lain dalam hidup saya saya hanya perlukan anak -anak saya (SUARA BIRO sebagai narrator)

Lihatlah ibu berbohong lagi kemudian hari permulaan kamu di sekolah rendah bermula sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah mana ibu masih mampu untuk membayar yuran persekolahan kamu kamu dihantar ke kelas ibu pula setia menemani di luar ketika loceng menandakan waktu rehat telah habis ibu pun ingin berganjak pulang kamu menangis menangis kerana takut ditinggalkan namun seperti biasa ibu cepat memujuk kamu untuk tinggal di sekolah dan belajar sehingga menjadi orang yang berjaya supaya besar boleh menjadi harapan keluarga kamu akur kamu mulakan sesi pembelajaran kamu sehingga kamu beroleh ramai kawan dan sering mendapat pujian dari guru-guru Hari demi hari berlalu bulan silih berganti kini tiba saat kamu menduduki peperiksaan UPSR kamu sering mengulangkaji pelajaran di hadapan ibu kamu sehingga akhirnya kamu terlena dalam dakapan buku-buku Tika dinihari lebih kurang pukul 2 pagi kamu terjaga dari tidur. Kamu melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan pelita di hadapannya. Beberapa kali pula kamu lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Tetapi sebaik terpandang kamu memerhatikannya ibu terus berkata (SUARA FASILITATOR sebagai ibu) Tidurlah nak malam lagi esok nak ke sekolah (SUARA BIRO sebagai narrator) Ibu berkata demikian sedang dirinya tidak lelap sehingga ke pagi begitulah keadaannya sehingga sebulan sebelum UPSR menjelang tiba ibu giat berdoa melakukan solat hajat minta urusan kamu lancar segala yang kamu baca lekat di fikiran Alhamdullillah berkat doa ibu kamu berjaya dengan cemerlang girang hati kamu kerana berjaya menunaikan hasrat ibu berbekalkan keputusan yang cemerlang itu kamu meneruskan pembelajaran kamu di sekolah menengah masa kian belalu pergi kamu mula berjinak dengan dunia luar belajar melakukan sesuatu mengikut kata hati kawan merokok kamu pun ikut sama merokok! Kamu mula melawan cakap ibu yang bertanyakan hal kamu! Kamu mula liar! Resah hati ibu melihat kamu berubah pun begitu hati kecil seorang ibu tetap memahami mungkin kamu baru hendak mengenali dunia luar dan ibu terus berdoa (SUARA FASILITATOR sebagai ibu) Ya Allah ya Tuhanku berikanlah cahaya hidayah kepada anakku lindungilah anakku dari segala macam bahaya yang ada ya Allah yang Maha Esa berkatilah ilmu di dada anakku agar dia menjadi orang yang berguna suatu masa kelak (SUARA BIRO sebagai narrator) Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani kamu pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR ketika hari menginjak siang terik panas matahari mula menyinari ibu terus sabar menunggu kamu di luar dewan ibu seringkali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa agar kamu lulus peperiksaan ini dengan cemerlang *MAINKAN LAGU SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU NYANYIAN AISYAH* Setelah peperiksaan selesai ibu segera menyambut kamu dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang di bawanya tetapi kamu tidak tidak tahu bahawa kopi kental itu tidak langsung dapat menandingi hati ibu yang jauh lebih kental kerana kamu dengan perasaan ego hanya memandang cawan tersebut yang masih berada di tangan ibu kamu (SUARA KEM KOMANDAN)

Kamu suruh ibu kamu balik! Kamu katakan yang kamu malu terhadap kawan-kawan kamu! Kamu aibkan ibu kamu di depan kawan-kawan Kamu aibkan ibu kamu! (SUARA BIRO sebagai narrator) Tidak setanding rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka seperti kamu! Kamu hancurkan hatinya entah kenapa ajaib sekali ibu tidak pernah menyalahi kamu ibu menyalahi dirinya sendiri ibu kata pada dirinya bahawa anaknya sudah dewasa sudah pandai menjaga diri namun malang datang lagi setelah keputusan PMR kamu ternyata mendukacitakan sedangkan rakan-rakan lain terus cemerlang dalam hidup mereka begitu pun sekali lagi ibu tidak menyalahi kamu pada ibu mungkin kamu belum bersedia lagi Hidup ini terlalu mengasyikkan kerana itu kamu terus-terusan enjoy dan enjoy tanpa menghiraukan pelajaran kamu tanpa menghiraukan ibu yang mengharapkan perubahan dari kamu sehinggalah kamu meningkat naik ke tingkatan 5 masa yang akan menentukan ke mana hala tuju kamu di mana masa depan kamu setiap hari adalah hari yang mendebarkan bagi ibu dalam pada itu segala kemahuan kehendak kamu ibu turuti dengan harapan dapat menaikkan semangat kamu untuk belajar (SUARA KEM KOMANDAN) Tapi kamu ENJOY!!! (SUARA BIRO sebagai narrator) Sudahlah pulang di tengah malam pelajaran entah ke mana ibu menegur kamu melawan kamu menjerit pada ibu kamu kata (SUARA KEM KOMANDAN) Diamlah! Jangan menyibuk hal orang! (SUARA BIRO sebagai narrator) Kamu masuk ke bilik lalu menghempas pintu ibu pula terdiam tanpa kata sungguhpun kamu calari hati tuanya ibu tetap duduk bermohon kepada Tuhan setiap malam agar kamu menjadi anak yang soleh dan solehah seperti mana harapan dia dan arwah suaminya yang tercinta sewaktu kamu dikandungkan suatu masa dulu dan bila tiba masanya kamu menduduki peperiksan SPM ibu masih mendoakan kejayaan untuk kamu Syukur alhamdulliah berkat doa dan kasihnya seorang ibu kamu berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Kamu sangat gembira sayang seribu kali sayang kamu tidak terus pulang mendakap ibu, mengucup pipinya tanda terima kasih. Kamu meraikannya dengan rakan-rakan di restoran KFC Pizza Hut Mc Donald kamu bergembira dengan kekasih kamu umpamanya kamu adalah anak orang kaya sedangkan itu duit titik peluh ibu yang bersengkang mata setiap hari duit sakit pinggangnya melakukan kerja tanpa sedikit pun keluhan yang lahir dari bibir kamu berpesta tanpa kamu sedari ibu sedang menanti kamu dengan debarnya di rumah sejak dinihari hingga ke waktu senja mengharap keputusan yang akan kamu bawa pulang ke rumah tidak mengecewakan dirinya

Benar keputusan yang kamu bawa pulang tidak mengecewakan dirinya tetapi tingkah laku kamu yang telah mencarik hatinya. Pulang di kala lewat tengah malam. Pulang tanpa mencari ibu. Pulang dan terus mengunci dalam bilik, menyalin pakaian dan TIDUR!!! Ibu datang mengetuk bilik untuk bertanyakan keputusan kamu tapi kamu (SUARA KEM KOMANDAN) KAMU MELENTING!!! KAMU MARAH IBU YANG MENGGANGGU LENA TIDUR KAMU! KAMU CAMPAK SLIP KEPUTUSAN ITU (SUARA BIRO sebagai narrator) Slip keputusan itu jatuh di kaki ibu ibu yang tunduk mengutipnya anak-anak/sahabat-sahabat mengapa begitu kelakuan kamu menitik air mata ibu dalam ria terpalit duka dalam sendu hatinya menangis hiba Tidak lama kemudian datang pula tawaran untuk kamu menyambung pelajaran kamu gembira bukan kepalang. Kamu akan sama-sama berjaya seperti rakan-rakan kamu yang lainnya. Kamu beria meminta ibu untuk mendaftarkan kamu di sini. Kamu tahu pendaftarannya memerlukan wang yang banyak. Seperti biasa kamu tidak peduli sama ada ibu mampu untuk menunaikannya atau tidak. Kerana kamu tahu sesusah mana sekalipun ibu, demi insan yang bergelar anak untuk masa depan insan ini untuk kejayaan insan yang bergelar ANAK ini ibu talah menghantar kamu ke INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA iaitu ini kamu tahu ibu pasti akan memberikan yang terbaik buat kamu di sini kamu bergelak ketawa bergembira dengan kawan-kawan sedangkan ibu berusaha lebih gigih dari rutin biasanya hanya untuk kesenangan kamu kesusahannya tidak pernah diceritakan pada kamu hatta dirinya berlaukkan nasi dan telur ayam berbeza dengan kamu yang setiap hari bersuap juadah enak dan mahal bayangkanlah anak-anak/sahabat-sahabat betapa daifnya kehidupan ibu di kampung (SUARA KEM KOMANDAN) TAPI KAMU EGO!!! BONGKAK!!! BERLAGAK SEPERTI ANAK ORANG KAYA!! KAMU ANAK YANG TAK SEDAR DIRI!!! (SUARA BIRO sebagai narrator) Sejak dari mula kamu disini tidak sekali kamu pulang ke kampung menjenguk ibu dan adik-adik kamu terusterusan hanyut dengan dunia kamu bila kehabisan duit kamu hanya perlu memberitahu ibu dan ibu akan segera memasukkan wang ke dalam akaun kamu tanpa kamu tahu duit itu untuk persekolahan adik-adik kamu kamu tidak pula berterima kasih sebaliknya mendesak untuk mendapatkan duit lebih sehinggalah suatu hari kamu mendapat berita dari adik kamu bahawa ibu sedang sakit tenat di rumah kamu yang ketika itu enak menjamu selera tidak segera pulang kamu habiskan saki baki makanan kamu sedang ibu di rumah sudah terbaring lemah adik-adik yang duduk mengelilingi menangis melihat ibu yang tercinta kian nazak orang-orang kampung kamu hadir untuk membacakan yassin *MAINKAN BACAAN YASSIN OLEH IMAM ALGHAMIDI DENGAN PERLAHAN* (SUARA KEM KOMANDAN)

Kamu masih di gerai berbual dengan rakan! Menghabiskan puntung rokok yang terakhir dalam kotak! (SUARA BIRO sebagai narrator) Kamu beredar setelah puntung rokok yang terakhir habis menjadi abu sebaik kamu memasuki halaman rumah kamu dapati orang ramai berkumpul di rumah kamu. Kamu bergegas naik tanpa mengucapkan salam kamu lihat ibu yang terbaring nazak menunggu saat menghembuskan nafas ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah kamu dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan kamu senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya betapa penyakit ibu telah memamah dirinya sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus saat itu baru kamu merasai sebak didada air mata berlinangan di pipi kamu mencium tangan ibu kemudian kamu kucup pula pipi dan dahinya (SUARA KEM KOMANDAN) Untuk apa! Dah tak ada gunanya! Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu! Kamu calari jiwanya! Untuk apa kamu menangis? Hentikan lakonan kamu! (SUARA BIRO sebagai narrator) Hentikan lakonan kamu kerana kamu tidak mungkin memperolehi apa-apa kerana ibu tidak berharta dalam saat akhir hidupnya ibu masih mampu tersenyum dan berkata (SUARA FASILITATOR sebagai ibu) Jangan menangis nak ibu tak sakit (SUARA BIRO sebagai narrator) Setelah mengucapkan pembohongan yang terakhir ibu menutup matanya tanpa memcelikkannya lagi ibu telah pergi menghadap Ilahi kamu lihat adik-adik kamu yang teresak-esak menangis di hadapan kamu (bacaan al fatihah yang mendayu mengiringi) *MAINKAN LAGU BUATMU IBU* Mahukah kamu teruskan hidup kamu seperti selalunya? Membiarkan adik-adik kamu kelaparan dahaga keperluan dan kasih sayang sanggupkah kamu melihat adik kamu bertarung nyawa melawan seekor anjing di belakang sebuah gerai semata-mata berebutkan seketul daging untuk mengisi perut yang lapar? Tegarkah perasaan kamu? Melihat adik-adik kamu dipisahkan dijaga oleh orang lain kemudian didera Mahukah kamu semua ini terjadi pada diri kamu? Mahukah kamu merasai keperitan hidup sebegini? Mahukah kamu? Ingatlah anak-anak/sahabat-sahabat setiap perbuatan kita pada ibu dan ayah akan kembali jua pada diri kita andai baik yang kita sua pada mereka maka baiklah nanti kehidupan kita andai buruk yang kita suakan tidak di dunia pasti diakhirat Allah membalasnya Wahai adik-adik yang diberkati Allah kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah kamu masih boleh memeluk dan mencium mereka masih boleh mengadu, dan bergurau senda anak-anak/sahabat-

sahabat yang disayangi peliharalah akhlak kamu tekadkan azam di hati kamu sematkan amanah mereka erat-erat genggamkanlah tangan kamu tarik dan bawa ke dada lafazkanlah ikrar kamu Ayah ibu Diri ini adalah anakmu Dengan ini berjanji! Sesungguhnya Aku akan berpegang pada agamaku Aku akan ingat dan genggam amanahmu Biar pahit yang harus ditelan Aku akan cuba sedaya upaya Menjadi manusia yang berjaya Di dunia dan di akhirat Aku berjanji! Kerana aku adalah juaramu, ayah, ibu Moga-moga ikrar ini sentiasa mekar dan subur di hati kamu bayangkan wajah ibu dan ayah yang jauh dari mata telefonlah mereka selepas ini pohonlah kemaafan pada mereka andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara andai ada kekasaran kamu dalam tingkah laku ingatlah bahawa syurga itu ditelapak kaki seorang ibu pohonlah kemaafan kepada mereka agar hati kamu akan tenang sentiasa ~~~~~ Ini adalah karya pertama saya di sini. Harap ada feedback dari pembaca. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang silap itu datang dari diri saya sendiri. Insya-Allah selepas ini akan ada karya lain yang menyusul. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai