Anda di halaman 1dari 6

Jodoh di Tangan Tuhan

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan
kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir
senyuman.
 
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-
dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir
dan kemudian tersenyum.
 
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana
mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak
mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah
anaknya.
 
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-
ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu
sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
 
Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu
kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan
yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara
seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
 
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak
menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali
lagi..
 
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba
menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 
 
Secret Admire
 
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak
dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu
layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim,
anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu
tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah
suami mak..
 
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak
merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama
mak..
 
"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang
tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang
pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.
 
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya
sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
 
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan
ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati
mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah,
mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-
cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an
tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan
nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
 
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung
sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan
ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu
nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
 
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit
emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula
setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 
 
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila
mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu
akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah
pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak
sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan
pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang
dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan
batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. 
 
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?
 "Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita  jatuh cinta pada seseorang, itu
tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita
jatuh cinta tu di atas  jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak  akan
dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh  cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple  mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita  berkahwin dengan jodoh
kita, jodoh yang Allah dah  tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang  kita
paling benci itulah jodoh kita yang kita akan  dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air
mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak
meneruskan,"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi  hambaNya..Sesungguh
nya, yang selalu menzalimi  hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya  hamba
tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang  bukan milik dia. Mencintai seseorang
tidak semestinya memilikinya.
 
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai  antara satu sama lain seperti diri
sendiri.. Jadi  apabila kita mencintai saudara perempuan, kita  bebas peluk dia. Tetapi
bila dengan lelaki, kita  ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu 
diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat  itulah yang memelihara
kehormatan seorang lelaki  dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna  agamanya dan rajin. Lalu kita
jatuh hati padanya.  Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang
lain..
 
 
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan  dia terputus.. Kita dan dia sama-
sama mencari redha  Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama  bekerjasama untuk
mencari redha Allah..  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan  untuk kita,
dia tetap lelaki ajnabi seperti yang  awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. 
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh  cinta bukan perkara luar biasa..Dan
berkahwin pun  bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada  lelaki lain.. Kerana
itulah ramai isteri yang  curang, suami yang curang..  
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang  penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita  supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta  itu kerana
kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.  Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang 
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si  dia. Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita,  segala perkara yang kita cintai dan sayangi  termasuk mak abah
adalah kerana mencintai Allah..  Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita  benci sekian-sekian hal kerana Allah
semata-mata. ." 
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita  sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita
tak mampu  untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh  memegangnya. . Sebab tu
kita kena dekatkan diri  dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati
kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam  hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa  tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa 
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta  dengan Allah..Bercinta dengan Allah
sangat berbeza  dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah  pegalaman bercinta
dengan lelaki kaya,rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta 
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..  Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya
mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "  

Redha  

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan  untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak  mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau  yang kakak
sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau  dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan
yang  ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap  insan telah Allah ciptakan
dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat 
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna  dan mungkin kakak sahaja yang
mampu mencungkil  kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si  lelaki ini ada
sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi
pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian
Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.
Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.
Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk
mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada
Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air
mata yang mengalir ke bahu saya...
 
-amekla pengajaran dari citer ini okeh^^-

http://www.facebook.com/note.php?note_id=168695173147733&id=100000961270834
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup
bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata
si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu
dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan
petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu
Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan
berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada.
Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks
TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak
ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan
segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John
C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan
murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun
lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar
secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan
JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah
usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam
menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang
pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk
memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang
perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan
MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat
sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah
menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi
bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia
sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang
berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang
MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan
kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang
'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya
pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya
sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli
nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga
keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk
tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak
dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana
padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar.
Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju
pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena
mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh,
terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
Biodata Kolumnis
Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master
Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan
graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di
UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai