Anda di halaman 1dari 6

Subject:[sim] CATATAN : Kenapa saya menyokong poligami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM,

Semoga semuanya berada di rahmat dan redha Allah s.w.t. Malam tadi saya banyak menerima email
peribadi yang bertanya kenapa dan bagaimana Dr Fauziah sanggup menyokong poligami?

Kepada mereka yang mengenali saya sejak 2009 mereka mungkin faham kenapa saya menyokong
poligami. Dan kepada mereka yang baru menyertai SIM saya sarankan melawati facebook saya dan
membaca Notes yang bertajuk, "Keluarga Ustaz A". Tulisan ini pernah disiarkan di SIM dan boleh
dibaca di Google. Sampai hari ni saya tak sempat menyempurnakan Blog saya.

Mungkin ramai yang terfikir, Dr fauziah tu nak cari publisiti atau glamour di kalangan ahli-ahli SIM yg
lelaki. Saya tak perlu dan tak akan mencari publisiti murahan. Bukan dapat apa pun.Mungkin juga
ada yg terfikir, Dr Fauziah ni tak sayang suami dia agaknya atau sebab ada problem dengan suami
kut. jadi dia tak kisah dengan poligami.

Semuanya salah, demi ALLAH...satu2nya sebab kenapa saya menyokong poligami ialah kerana saya
sayangkan ALLAH dan RASULULLAH. Saya bersabar menghadapi ujian ketika belajar utk dapatkan
segulung ijazah bernama Phd juga kerana saya sayangkan Allah dan Rasul. Semua masalah saya
hadapi dengan kesabaran kerana cinta dan kasih saya kepada Allah.

Kata Imam al-Ghazali, iman manusia itu ada 3 peringkat. Pertamanya ialah iman seorang hamba
(slave). Seorang hamba yg berbuat sesuatu perkara semata-mata takutkan tuannya. Dia tidak berani
tidur semasa buat kerja semata-mata takut dipukul oleh tuannya. pendekata semuanya dilakukan
oleh faktor takut. takut kena marah, takut tak dapat makan, takut itu dan takut ini. itu iman seorang
hamba.

Dalam konteks kita dengan Allah, kita buat baik sebab kita takaut Allah tak masukkan kita ke
syurga.KIta tak buat jahat sebab kita takut Allah masukkan kita ke neraka. Kita jaga suami baik-baik
sebab kita takut suami kita cari isteri lain atau perempuan lain. Kita berbaik dengan mak mertua kita
sebab kita takut kita dikatakan menantu yg tidak baik.

Iman yang kedua ialah iman seorang saudagar (traders/merchants). Setiap yang dilakukan ialah
kerana ingin mencari keuntungan. Apa yang diberikan sentiasa diharapkan balasan dan ganjaran.
Mesti sentiasa ada give and take. Tidak ada istilah memberi tanpa mengharapkan balasan.

Begitu juga hubungan kita dengan Allah. kebanyakan kita berbuat baik sebab mahu masuk syurga,
tidak mahu ke neraka. Kita berbuat baik kerana ingin mendapat pahala. Kita bersedekah kerana
inginkan rezeki kita dimurahkan. Kita mengajar anak org dengan baik dengan niat org juga akan
mengajar anak kita dengan baik. Kita sayangkan suami sebab suami bagi kita macam-macam. Kita
berbuat baik dengan mertua kita supaya kita boleh pinjam duit daripada dia waktu kita susah dan
sesak. Kita berbaik dengan orang lain supaya kita boleh jual produk kita. itu iman seorang saudagar.

Iman yang ketiga ialah iman seorang kekasih. Kalau kita ada kekasih, kita amat sayangkan kekasih
kita. kita selalu rindukan dia. Apa saja yang dia suruh kita akan cuba buat. Apa saja yang dia larang
kita akan cuba turut walaupun hati kita tak suka. Kalau kita ada duit perkara pertama kita nak buat
ialah berikan hadiah kepada kekasih kita. Dan kalau kekasih kita tidak berikan apa-apa pun kita tak
rasa kecil hati. Sebab dia kekasih kita. Kita tengah sesak pun kita sanggup belanja kekasih kita kerana
kita sayangkan dia.

Dalam hubungan kita dengan Allah, bila kita anggap Allah itu kekasih kita, walaupun kita mungkin
tidak layak, kita akan buat apa yg Allah suruh kerana kita kasih Allah dan Rasul. Kita akan tinggalkan
semua larangannya kerana kita kasihkan Allah sebab kasih Allah ini tidak terhitung banyaknya.
Bacalah surah al-rahman dan lihatlah tafsiran suran al-Rahman. Jangan hanya bermegah sebab dapat
khatam al-Quran setahun 3 atau 4 kali.
Saya bukan wanita solehah, masih teramat banyak kelemahan saya. Solat pun kadang2 terlewat
kerana keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya. Kadang-kadang kelas 3-5 ptg. kadang-kadang 4-
6 petang. Saya kadang-kadang pakai stokin kadang2 tak pakai. kalau saya pakai kasut yg tutup kaki
memang saya tak pakai stokin.tapi kalau saya pakai sandal, baru saya pakai stokin.

Back to poligami, saya cuma seorang hamba Allah. kenapa saya nak menentang poligami sedangkan
kita selalu kata, Allah tahu apa yg baik utk kita. maksudnya poligami itu baik utk kita cuma
kelemahannya kerana lelaki hari ni kebanyakannya tidak tahu dan tidak mahu belajar bagaimana
cara Nabi Muhammad dan para sahabat berpoligami.

Demi Allah, saya bernikah pada usia 23 tahun dan suami saya 30 tahun. ketika itu masih di tahun 3 di
Akademi Islam Universiti Malaya aliran Shariah, minor undang-undang dan Sains politik. Saya
mendapat anak selepas tamat pengajian dan mengambil ijazah pertama saya dalam masa pantang
22 hari (berbengkung). ketika anak sulung saya berusia setahun, saya mendapat tawaran program
Sarjana Undang-undang (LLM) di University of London, UK. Waktu itu usia saya 24 tahun. Sebulan
sebelum berangkat ke UK, meninggalkan suami dan anak di Malaysia, saya meminta suami saya
bernikah dengan kawan sepejabat dia, bernama Wan F. Wan F berusia 30an dan ada kawan suami
beritahu saya, Wan F amat meminati suami saya. Hubungan saya dan Wan F baik2 saja. Saya
memanggilnya kak wan. saya suka dengan budi bahasanya, kelembutannya.

tapi suami menolak dan suami bertanya saya, "awak ni tak sayang suami ke?" Suami saya seorang
ustaz, patutnya dia tahu kenapa saya menyuruhnya bernikah lain.Bukan sebab tidak sayang suami,
tetapi sebab saya tak mahu dia keseorangan pada malam hari. saya tak mahu saya mendapat dosa
membiarkan suami tidur sorang-sorang tidak berteman. Pada waktu itu saya berumur 24 tahun dan
suami saya 31 tahun. Saya tak mahu suami saya pagi petang siang malam minum di kedai mamak
atau kedai masa macam bujang dulu. Tapi suami tetap menolak.

Selepas tamat sarjana undang-undang saya balik ke Malaysia memulakan tugas sebagai pensyarah di
UIA Petaling jaya. Antara pelajar saya waktu itu ialah Dato' Noriah (mantan ketua Traffik Malaysia)
dan ramai lagi pegawai2 polis yang jauh lebih tua daripada saya. Waktu itu saya berumur 25 tahun.
Tiba-tiba saya mendapat tahu sahabat baik saya S telah menjadi janda kerana ditipu dengan nikah
mut'ah semasa dia di Sdney, Australia. Sayunya hati melihat surat cerai yang dikirmkan oleh bekas
suaminya (org pakistan) dari Australia dan skeping nota yang ditulis, "I'm sorry. i married u just
because to avoid zina." satu tamparan hebat bagi S, tapi saya terasa juga kesedihan dia sebab dia
sahabat saya walaupun kami baru berkawan 3 tahun.

sekali lagi ketika berusia 25 tahun, saya meminta suami saya bernikah dengan S sahabt saya. Saya
tidak kisah kalau kami ditakhdirkan tinggal serumah pun. sebab saya kenal hati budi S. Uniknya S ini
tidak bertudung, tapi hatinya baik mengalahkan orang yang pakai tudung labuh. Pernah saya tanya
dia semasa di UK. "S, aku nak beli tudung nak bawa balik ni, hang nak warna apa?"

dan s menjawab dgn selamaba, "Fauziah, hang tak payah gatal2 nak belikan aku tudung. esok kalau
aku nak pakai tudung, aku beli sendirilah. hang beli hadiah utk anak haang dan laki hang cukuplah."
Itu cara dia bercakap, tetapi saya tak pernah terasa hati sebab saya tahu hati budi dia. Tergelak saya
waktu itu sebab ingatkan dia tak faham kenapa saya nak belikan hadiah tudung. cara saya
bersahabat, saya akan baik dengan keluarga sahabat saya. sebab tu saya kenal ayah dan mak dia,
saya kenal adik2 dia, saya kenal anak2 saudara dia dan saya kenal abang dan kakak tiri dia (anak
bekas isteri pertama ayah dia).

suami saya juga kenal S. tapi dia tetap tak mahu bernikah lain. Anak2 saya semua rapat dengan
S...dan memanggilnya makcik/auntie S. Sebab suami tidak mahu berpoligami, akhirnya saya
memberitahu S, "kalau aku mati dulu daripada hang, aku minta hang jadi pengganti aku S. Hang yang
akan jadi ibu anak-anak aku nanti. Bukan ibu tiri.tapi ibu." sebab anak-anak saya membesar dan
mengenali S. S terkejut, tapi saya beritahu dia. "I'm serious." dan sejak itu juga saya terus memujuk
suami, nikahlah dengan S. tapi suami tetap menolak. kata anak sulung saya, cuba ibu cari perempuan
yang lebih cantik dari ibu. tentulah abah mahu.... dan saya beritahu anak saya, "auntie shila memang
tak cantik tak comel, tapi hati budi dia baik, ibu dah kenal semua keluarga dia."

Kalau abah nak yang cantik suruh abah cari sendirilah, jawab saya.

Bila adik2 perempuan saya tahu semuanya cakap, "Kak jah..hang ni memang gilalah." Arwah emak
saya pulak kata, "org duk minta dijauhkan, minta simpang malaikat 44, hang pulak suruh laki
bernikah lain." Ayah saya cuma tersenyum sebab dia pun memang yang ada hati nak berploigami.
Bila pelajar2 saya tahu cerita saya dan S, mereka jadi pelik. ada pelajar kata, "sebab madam nak
payung emas ke?"
Saya tersenyum dan menjawab, "kalau Allah tak bagi payung emas pun tak apa, yang penting Allah
tahu saya tidak pernah mempertikaikan hukum2 yang Allah berikan dalam Quran dan Sunnah Nabi"
Saya cuma nak menjadi hamba yang meredhai dan diredhai (Rhodiyatan mardhiyyah). Tapi rupanya
kalau kita redha dengan poligami, Allah tak akan uji dengan poligami. Allah akan uji dgn perkara-
perkara lain. Orang yang anti poligami itulah yang akan diuji dengan ujian berpoligami.

itu saja yang dapat saya jelaskan. kenapa saya nak pertikaikan poligami. layakkah saya seorang
hamba mempertikaikan apa yang Allah halalkan? Saya selalu sedih bila tengok isteri2 yang terlalu
cepat minta cerai kerana suami ingin berpoligami.sedangkan suaminya mampu dari segi ekonomi
dan lain2. Paling saya sedih bila melihat isteri2 pertama yng memaksa suami menceraikan isteri
kedua walaupun dah ada anak. Paling hancur hati saya bila melihat isteri2 yang hidupnya sudah
cukup mewah tapi masih takut suaminya bernikah lain. dan paling malang bila isteri yang tidak dapat
melahirkan anak, isteri yang sudah tidak ada nafsu melayan suami di kamar tidur masih melarang
suami berpoligami.

Bila tahu suami nak poligami kita marah, kita melenting.kita lari balik rumah mak ayah kita. mak ayah
pula masuk campur sampai pukul2 suami pun ada. maki hamun suami jangan ceritalah.sampai lupa
semua kebaikan menantu. Tapi bila anak lelaki mereka nak nikah lain, mereka tak maki pula. tak
pukul pula anak mereka. Zalimnya kita....mengamalkan double standard utk anak dan menantu.

Bila suami nikah senyap2 dan hanya tahu bila dah ada anak kita marah jugak. patutnya bersyukurlah
suami kita tak berzina. banyak kes yang nak jaga hati isteri tapi sanggup berzina. Bukan saya tak
pernah jumpa kes-kes macam tu. Sudahnya kita menjadi hamba Allah yang menentang hukumnya
tetapi kita setuju dengan syaitan yg suruh suami kita berzina. dosanya bukan hanya suami yg dapat,
tapi kita adalah contributing factor kepada masalah perzinaan tu.

Entahlah...kadang2 saya menjadi serba salah. saya ni perempuan tetapi saya terpaksa mengatakan
sesuatu yg perempuan tidak suka. Apa nak buat, ini benda yang benar. sebab tu kalau dipanggil
ceramah pasal poligami org perempuan akan marah kat saya. lepas tu terus blacklistkan Dr fauziah.
jgn bagi datang dah masjid ni sebab dia menyokong poligami. maaf ya, kalau nak jemput saya utk
kutuk poligami minta maaflah, biarlah saya tak dijemput. kalau saya dijemput ceramah utk memuji
sahaja, tak payahlah jemput.sebab tugas saya ialah mengatakan yg benar itu benar, yg salah itu
salah.
Ada org tanya saya, "kalau ditakdirkan Dr fauziah jadi ibu tunggal sanggup tak berpoligami?"

jawapan saya, " sanggup dengan syarat isteri pertama atau pertama dan kedua itu yang meminang
saya. isteri pertama/kedua itu sayangkan saya sebagai saudaranya sendiri. anak2 mereka
menganggap anak2 saya sebagai kakak atau adik ibu mereka. emak ayah lelaki itu juga bersetuju
menerima saya sebagai anak mereka. itu saja."

saya pinjam kata-kata seorang kawan"

"To love is nothing, to be loved is something, to love and to be loved is everything"

tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

wassalam

yang masih mencari cinta Allah dan Rasul

Dr Fauziah

Anda mungkin juga menyukai