Anda di halaman 1dari 3

Kebetulan, malam itu suami aku tertidur dengan telefon masih di tangan.

Niat awalnya ingin menyimpan


telefon itu saja tapi tak tahu apa yang merasuk fikiranku, ada satu keinginan yang sangat kuat agar aku
membukanya.

Ya Allah, berderau darahku. Sebaik saja aku berjaya on telefonnya, ada satu mesej masuk ke
dalam mesegger. Aku mencuri membaca mesej itu. Pada mulanya, aku sangka hanya mesej biasa saja.
Namun, tekaan aku meleset sama sekali. Ternyata, suami yang aku sangka hanya setia dengan aku,
rupa-rupanya sedang menganyam kasih dan sayang dengan perempuan lain.

Sakit. Sangat sakit rasanya membaca mesej mereka. Kesakitan itu tak dapat nak diungkapkan
dengan kata-kata. Hanya air mata yang sedang berbicara. Hangat rasanya air mata yang meluncur laju
di pipiku.

Aku tak sanggup untuk berkongsi kasih seorang suami dengan perempuan lain. Aku tak rela
walaupun dipaksa. Aku bukan kekasih paksa rela macam drama yang sedang disiarkan di TV3 tu. Aku
isterinya yang sah sejak 25 tahun yang lalu. Ya Allah, macam mana aku nak hadapi ujianMu ini? Aku
bingung sekarang ni. Apa yang paling aku takut, kalau dia minta izin nak kahwin satu lagi.

Kalau diikutkan dari segi ekonomi rumah tangga kami, suami aku memang tak mampu nak
tambah isteri. Gaji bulanannya hanya cukup untuk menyara kami lima beranak. Nak bagi duit untuk
emaknya yang sudah menjadi ibu tunggal pun dia tak mampu, takkan dia nak kahwin lagi? Hati aku
merusuh bila memikirkan segala kemungkinan ini. Takkanlah dia tergamak nak menduakan aku? Hati
aku menyoal lagi.

**************

“APA salah Som abang? Apa yang kurang dalam rumah tangga kita ni? Jujurlah abang, Som
tak suka kalau abang asyik menidakkan kekurangan Som, tapi dalam masa yang sama abang cari
perempuan lain. Abang bukannya muda lagi untuk bercinta. Anak kita semua dah besar panjang. Kita
dah layak untuk dapat menantu dan cucu. Rambut pun dah memutih di kepala. Apa yang abang fikir
sebenarnya? Apa lebihnya janda tu berbanding Som?’’ aku melepaskan segala persoalan yang
menghantui benakku pada Syukran suamiku. Aku benar-benar ingin tahu, apa salahku.

‘’Hati dan perasaan bukan boleh dikawal Som. Dah Allah anugerahkan abang perasaan ni,
macam mana abang nak tolak. Tak baik menolak takdir ni Som. Lagi pun, Emylnn dah janji nak terima
abang seadanya. Dia pun sanggup jadi madu Som dan sanggup untuk hidup bermadu. Abang..’’
‘’Huh! Anugerah dari Allah konon. Cakaplah kerana nafsu daripada setan yang selalu
berbisik untuk meruntuhkan rumah tangga kita ni. Kenapa nak salahkan Allah, kalau abang sendiri yang
tak dapat mengawal nafsu? Macam ni la..Som tak kisah kalau abang nak kahwin dengan janda ke,
dengan anak dara ke, nak ada ada bini sepuluh ke, sebelas ke, yang Som tahu sekarang ni, Som tak mahu
berkongsi suami. Kalau abang nak kahwin jugak, teruskan! Som takkan melarang.’’ Aku potong kata-kata
Syukran dengan nada yang kasar. Ya, aku tak kisah kalau dia nak kahwin lain, tapi aku tak ingin berkongsi
kasih seorang suami dengan perempuan lain. Selama ini aku sudah banyak beralah dengannya. Aku
banyak memendam perasaan selama perkahwinan kami.

‘’Yang awak ni Som, kahwin dua pun belum lepas lagi, yang nak suruh saya kahwin sampai
sepuluh, sebelas tu kenapa?’’

‘’Contoh! Kalau abang gatal jugak nak kahwin ramai, kahwinlah kalau abang rasa mampu tapi
denagn syarat bukan Som yang jadi isteri abang!’’ aku berkata tegas dengan perasaan geram yang
teramat sangat. Aku punyalah serius, dia masih ada hati nak main-mainkan perasaan aku. Masih lagi nak
berloyar buruk dengan aku?

‘’Awak ni cakap, main sedap mulut awak sajakan. Kalau awak bukan isteri saya, habis tu
siapa? Bila masa pulak kita bercerai? Abang tak pernah pun lepaskan talak. Mahkamah syariah pun
abang belum pijak lagi.’’

‘’Cubalah belajar hadam dengan maksud Som ni! Jangan dengar dan buat kesimpulan sendiri.
Som bagi contoh, kalau abang tetap dengan pendirian abang nak kahwin lain, abang kena buat pilihan.
Som memang takkan minta cerai tapi kalau abang nak kahwin jugak dengan janda tu, Som takkan jadi
tunggul dalam rumah ni, dan abang kena tahu satu perkara, sebaik saja abang sah bergelar suami pada
janda tu, perasaan Som pada abang pun hilang lenyap untuk selamanya. Takkan boleh diubah lagi.
Titik!’’ hati aku semakin membara mendengar kata-kata Syukran. Lain yang aku maksudkan, lain pula
yang dia faham. Kadang-kadang memang aku akan hilang sabar setiap kali cuba berkomunikasi dengan
dia. Sebab itu selama perkahwinan kami, aku lebih banyak memendam perasaan dari meluahkannya.

‘’Awak ni suka sangat cakap berbelitlah. Pening kepala saya ni Som. Siapa pula yang suruh
awak jadi tunggul? Dan, sejak bila pula awak amalkan ilmu ghaib ni, sampai boleh hilang , lenyap
semua?’’

Ya Allah, rasa nak pecah kepala aku mendengar jawapan balas daripada Syukran seolah-
olah dia memang sengaja nak buat hati aku semakin terbakar. Kenapa dia tak mahu faham ayat-ayat aku
yang sangat mudah tu? Kenapa masih nak menyoal aku dengan soalannya yang tak masuk akal? Hati aku
memberontak. Rasa terbakar dan membahang di dalam dadaku ini.

‘’Bukan Som yang cakap berbelit, tapi abang tu yang tak faham bahasa. Som cakap bahasa
melayu pun abang tak faham, nasib baik Som ni tak pandai speaking omputih, mandarin atau tamil,
kalau tak tentu abang lagi tak faham bahasa mudah Som tu!’’ aku membalas geram dan terus menapak
masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku tutup dengan kuat dan menguncinya dari dalam. Sakit sungguh hati
aku ni bagaikan lahar gunung berapi yang baru meletus. Nak dilepaskan kesemuanya aku tak mampu,
macam biasa aku biarkan semua perasaan aku menjadi pekasam di dalam dada. Peram dan terus peram,
entah sampai bila. Aku pun tak pasti sampai bila aku mampu untuk bertahan.

****************

AKU perhatikan gelagat wanita yang datang ke rumah kami dan memperkenalkan dirinya
sebagai bakal maduku. Orangnya taklah cantik sangat pun. Namun, agak bergaya sedikit penampilannya.
Aku tak tahu, apa tujuannya. Memandangkan dia datang tanpa diundang, aku pun tiada keinginan untuk
melayannya sepenuh hati. Nak halau, aku tak tergamak. Apa yang mampu aku buat, hanya bertahan saja
agar tiada kata-kata kesat yang akan aku lontarkan.

''Macam ni la dik, akak ni datang dengan niat baik, akak bukannya nak merampas suami adik,
cuma akak nak menumpang kasih dan nak tengok anak-anak akak ada ayah saja. Kesian anak-anak akak
yang membesar tanpa ayah. Rasanya tak salah pun kalau kita berkongsi. Orang dalam facebook selalu
kata, sharing is caring. Betul tak?'' aku tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Apa? Sharing is caring?
Kau ingat ini alam maya ke? Ini dunia realitilah. tak ada maknanya nak sharing, caring bagai. Hati aku
memberontak di dalam.

Anda mungkin juga menyukai