Anda di halaman 1dari 4

''Puan, keputusan saya muktamad dan saya dah terangkan secara terperinci dengan abang Syuk, kalau

dia nak puan juga, teruskanlah, saya takkan membantah pun dengan syarat, kalau dia tetap nak nikah
dengan puan juga dia kena buat pilihan. Dan..puan, saya nak tegaskan di sini, kalau puan nak suami saya
tu, ambillah untuk puan dan anak-anak. Saya bagi percuma tanpa perlu berkongsi.'' aku berkata tegas
tapi dalam nada sindirian. Sakit hatiku tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Berani dia datang
ke rumah kami dan minta izin untuk berkongsi? Dia ingat aku macam dia ke? Hey! kongsi-kongsi ni tak
mainlah. Ingat suami tu apa, nak kena kongsi? Kalau dia rela, aku tak hinginlah!

''Jangan macam tu dik, akak datang dengan niat baik. Adik tak kesian ke dengan anak-anak
adik nanti, kalau adik bercerai dengan Syuk? Bukannya payah sangat pun, cuma izinkan saja kami
berkahwin. Ok, macam ni kalau adik izinkan akak berkahwin dengan Syuk, nanti akak akan beri duit
untuk adik setiap bulan. Adik tak hilang suami, duit pun dapat, takkan adik nak tolak tuah?''

''Ehh Puan, tolonglah faham. Kalau puan nak suami saya tu, puan ambillah terus. Saya tak
hinginlah duit puan. Kalau nak bagi saya sebulan sejuta pun saya tak hinginlah!'' api amarahku mula
membara. Suaraku berubah nada. Terbang melayang semua kesabaran yang aku pertahankan sebelum
ini.

''Sekarang ni akak tak faham ke, adik yang tak faham? Akak...''

''Sudahlah Puan! Berakak, beradik bagai..baliklah puan..kita bukan saudara pun. Tak payah
nak beradik dan berkakak di sini..'' aku semakin bengang dengan wanita yang sedang merenung aku
dengan pandangan yang sukar aku mengertikan.

''Puan nak suami saya tu, ambillah terus. Peluklah dia sampai puan mati. Saya sedekahkan
dia untuk puan dan anak-anak puan. Full stop! Cukup sampai di sini, saya tak nak bincang apa-apa lagi!''
aku menyambung kata dan menudingkan jariku ke arah pintu yang sedang terbuka luas. kalau dia tak
faham bahasa juga, perlukah aku menghalau dia cara terhormat?

******************
AKU bercerai dengan Syukran dengan talak tiga. Malam sebelum kami bercerai kami
bergaduh dan Syukran lepaskan talak dalam keadaan marah bila aku menyebut kekurangan dirinya
sebagai seorang suami. Salah dia, kerana dia yang mulakan dulu menghina kekurangan aku.

Malam itu aku menghalau Syukran keluar dan membuang semua pakaiannya. Rumah ini atas
nama aku dihadiahkan oleh ayahku ketika kami baru berkahwin. Segala perabot dan isi rumah ini aku
yang beli. Nak harapkan Syukran dia hanya tahu makan dan tidur saja. Gajinya tak seberapa pun dan dia
memang tak mampu untuk menanggung seluruh isi rumah apatah lagi untuk beristeri dua.

Selama kami menjadi pasangan suami dan isteri aku yang banyak bersabar dengan kerenahnya.
Apa saja yang aku buat Syukran tak pernah menyokong, ada saja yang salah di matanya namun bila dia
tiada duit, akulah tempat dia meminta. Kasih sayangnya hanya ada bila dia memerlukan aku. Bila dapat
apa yang dia nak, aku ini bagaikan tunggul mati di matanya.

Puas sudah aku memendam rasa namun malam pergaduhan kami aku lepaskan semuanya tanpa
rasa was-was..

‘’Selama ni Som bersabar dengan abang. Som diamkan semuanya walaupun Som tak puas hati.
Abang buat Som ni macam tunggul. Abang sentuh Som pun bila abang nak, bila dapat apa yang abang
hajat, Som ni abang tinggalkan terkebil-kebil macam cicak telan kapur. Abang puaskan nafsu abang
sedangkan Som selalu memendam perasaan sakit hati. Abang rasa abang dah buat yang terbaik
sebabnya Som tak pernah merungut. Semuanya Som telan dan pendam. Abang ingat abang dah
bahagiakan Som? Tak! Tak pernah! Som selalu menangis dalam bilik air sampai bengkak mata. Som
selalu menangis atas tikar sejadah..Som menangis setiap malam, tapi abang tidur nyenyak tanpa
pedulikan perasaan Som.’’

‘’Ada saya suruh awak pendam semua tu?’’

‘’Huh! Kata-kata Som ni macam mencurah air ke daun keladi, lansung tak ada kesan dalam hati
abang. Dah banyak kali Som luahkan semuanya yang Som rasa..tapi setiap kali Som luah abang akan
salahkan Som semula. Kalau Som bercerita abang tak pernah sokong Som. Salah Som saja yang abang
nampak. Semuanya Som yang salah. Pernah abang minta maaf selama kita kahwin? Tak pernah! Sebab
abang dah rasa abang dah sempurna sebagai seorang suami sedangkan hakikatnya abang nak kahwin
dua ni pun sepatutnya abang tak layak pun. Selama ini Som yang tanggung keluarga kita. Kereta abang
tu Som yang beli. Rumah ni pun abah yang bagi. Abang? Apa yang abang dah bagi pada kami? Hanya
penderitaan.’’

‘’Habis..anak-anak kita yang tiga orang tu awak buat sorang-sorang ke? Tanpa kerjasama saya
tak menjadi la..’’

‘’Itu saja yang awak pandai pun. Lepas puaskan nafsu awak..pernah awak tanya perasaan
saya? Pernah awak tanya saya puas ke tak? Tanggungjawab awak sebagai suami banyak yang barai.
Nafkah zahir dan batin pun awak abaikan tapi ada hati nak tambah lagi? Huh..tak sedar diri tak
mampu..ada hati nak tambah bini..’’

‘’Awak nak bagitau selama ni awak tak puaslah. Nafsu anjing..awak punya pun dah longar tau
tak?’’

‘’Elehhh..kurangnya Som, abang nampak..abang punya kecil dan kontot abang tak perasan
pulak..’’

Kami bergaduh besar malam tu hingga menghina kekurangan satu sama lain dan akhirnya…

‘’Ok..kalau macam tu Umi Kalsom binti Ismail aku ceraikan kau dengan talak tiga! Puas hati
kau? Kecil? Kontot? Huh…’’

‘’Tunggu di sini..’’ hati aku membara bila selesai dia melafazkan talak. Aku terus masuk ke
dalam bilik dan keluarkan beg paling besar dari dalam almari dan masukkan semua baju Syukran. Aku
tak ingin lagi berkongsi rumah dengannya.
‘’Keluar daripada rumah ni sekarang juga! Pergilah cari janda kesayangan awak tu. Saya dah
malas nak tengok mula awak lagi. Saya benci dan tak hingin tengok muka awak lagi!’’ tegas sekali aku
berkata sambil mencampakkan beg di depan Syukran.

‘’Hey..apa ni? Ini rumah saya jugak tau.’’

‘’Jangan nak perasan. Sesen pun awak tak keluar. Rumah ni abah saya yang beli dan rumah
ni atas nama saya yang diwariskan untuk anak-anak kalau saya mati. Nama awak lansung tak ada.’’
Tegas dan penuh amarah nada suaraku. Huh! Syukran kata rumah dia? Dalam mimpi pun belum tentu
rumah ni akan jadi milik dia.

‘’Kau jaga Som..kita jumpa di mahkamah syariah, aku akan tuntut harta sepencarian..’’

‘’Hahaha..harta sepencarian. Kau gila? Mulut kau pun aku suap tau. Tu perut kau yang boroi tu
makan hasil duit titik peluh aku tau. Duit kau..beli minyak kereta pun tak cukup!’’ aku terus melepaskan
perasaan amarahku. Tiada lagi rasa hormat padanya. Ahh..aku bukan isterinya lagi. Untuk apa aku
hormat padanya?

‘’Kurang ajar!’’ kuat dia membentak, aku pula beliakkan mata tanpa perasaan takut. Kalau dia
nak tunjuk jaguh, aku pun apa kurangnya..boleh juga tunjuk sikap samseng aku. Bukan selalu pun nak
praktik. Ingat aku takut?

Anda mungkin juga menyukai