Anda di halaman 1dari 12

Panggggg !!!!

Berdesing telinga aku , weyh !! Eh,apasal dengan minah ni ? Hidung tak mancung , pipi tersorong-
sorang, tetiba aje datang smash aku ? Aku ada buat salah dengan dia sebelum ni ,ke ? Taklah kot sebab
kenal dia pun tidak ! Merah jugaklah pipi aku . Fuhh!! Sedap jugak minah ni penampar aku , berapa kilo
losyen dia pakai , eh ?

Mamat tu ? Huh! Buat derrkk aje ! takde sikap GENTLEMAN langsung ! Tapi , kenapa dia nampak lain
aje , hah ?

“Oi, betina ! Kau dengar baik-baik apa yang aku nak beritahu kau . Dia tunang aku dan kami akan
mendirikan rumahtangga tidak lama lagi . So, jangan menggedik sangat dengan tunang aku . Kau FAHAM
!” hancur luluh hatiku tatkala mendengar penjelasan yang dikeluarkan oleh wanita itu .

Astagfirullahalazim , dia tunangan orang ke ? Macam manalah aku boleh terbayang-bayangan masa
depan aku dengan si dia . Haish, lebih baik aku padamkan cepat-cepat! Dengan geramnya aku memaki
hamunnya . Amboi, sedapnya dia berkata-kata . Bak menanam tebu ditepi bibir . Huh ! Menyampah aku
dengan mamat macam ni . Semua lelaki sama aje . tak boleh percaya langsung. Dah ada satu nak pasang
lagi satu . Diorang ingat kaum Hawa ni boleh dipermainkan ?

“Oi,jantan PENIPU BESAR ! dasar BUAYA DARAT memang buaya daratlah engkau . Semua lelaki sama aje.
Tak boleh percaya 100% langsung ! sanggup kau buat aku macam ni ? Sanggup ? Arghhh !!! apa punya
jantanlah kau ni ! Sudahlah, aku tak perlukan masa pun nak fikirkan lamaran kau tadi, jawapannya TIDAK
! Aku tak inginlah bersuamikan BUAYA DARAT dan tak setia macam awak ni! Sayang ? Huh ! boleh blah
lah kau ! sayang kau takde makna lagi bagi aku . MELAYANG lah kau dengan sayang kau tu .”sinis aku .

Dia menarik tanganku . Dengan pantasnya, aku menempis . Dia ingat aku ni perempuan murahan,ke?
Sesuka hati aje nak pegang . Hello, excuse me. Suami aku aje yang ada hak nak pegang aku,okey !

“Awak,dengar dulu penjelasan saya,” penjelasan ? Huh ! apa lagi alasan yang kau nak reka kan ? Tak
cukup lagi kau tipu aku yang kau ni tunangan orang ? Dasar lelaki …… Argghhh!!!!

“Hei, awak ! Dengar sini baik-baik ,okey ! Mulai hari ni , jangan ganggu saya lagi. Saya tak suka kalau
awak ganggu saya lagi selepas ini.”rayuku kepadanya. Sekali lagi dia cuba mendapatkan tanganku . Aku
dengan sedaya upaya cuba menempisnya.
“Tolonglah,awak…. jangan ganggu saya. Awak jagalah tunang awak baik-baik. Jangan biarkan dia dikebas
orang lain.”rayuku sekali lagi seraya cuba melepaskan pegangan tangannya . Dengan tidak semena-
mena , dia jatuh terjelopok .

Debukkkk !!

Aduhhh !!! Sakitlah ngok ! Ni mesti kes mimpi waktu maghrib lagi ? Haish, Mia, Mia, apa nak jadilah
dengan kau. Itulah, aku suruh kau cari pasangan kau tak nak . Bermacam alasan yang kau berikan . Aku
tak cukup duit lagilah. Aku takde pasanganlah. Aku tak bersedia lagilah. Nanti-nanti ajelah aku fikirkan.
Huh !

Dah naik menyampah aku dengan alasan dia.

“Hoi,Lee Min Ho-wife-to-be lah kononnya. Bangun cepat !Apa ni anak dara masih tidur waktu Maghrib
ni? Kau mimpi , eh ? Kau mimpi apa tadi ? Dahsyat giler mimpi kau , eh ? Sampaikan kau tolak aku tadi ?”
aku merasakan bahawa ada seseorang sedang memanggilku. Eh, aku dimana sekarang ? Dalam rumah ?
Hah ? Bukankah tadi aku berada di taman yang indah bagaikan syurga ?

“Hah ? Awak siapa ? Saya ada dimana sekarang ? Cik, saya ada dimana sekarang ? Cik takde niat nak
culik saya,kan ?” mamaiku .

Eh,apa kena dengan rakan serumah aku ni ? Dia ni betul ke tidak ? Haha…. aku nak culik dia ? Buat
apalah aku nak culik kau,weyh ! Takde faedahnya. Aku taulah kau tu anak orang orang kaya, tapi kalau
aku nak culik pun aku takkan culik kaulah . Aku culik adik kau si Najmi lagi bagus . Bawa dia lari pergi
Siam and then nikah terus kat sana. Haha.. Eh,apa yang melalut ni ? Dapat tahu si Hafiz tu, alahai….
mahu merajuk hampir 2 minggu jugak !

“Ha’ah, Cik Mia Farah Amielia a.k.a Mia Adriana Lee . Saya nak culik cik adik bawa pergi sempadan
negeri . Kalau jual ni mesti laku ,kan ? Haish, kaya saya tak lama lagi,” panas aku . Haha…

Aku tersedar bahawa aku dipermainkan oleh rakan serumah aku. Eeeiiiiiiii……… geramnya aku. Boleh dia
main-mainkan aku,eh ? Kau tunggulah !!! Aku bancuh kau kaw-kaw. Aku menggapai kusyen yang hampir
dengan kedudukanku lalu membaling kearah Izzati yang sedang tersengih-sengih .
“Oiii, sakitlah ngok ! Dah , kau bangun sekarang. Apa punya orang derr.. Kau tengok televisyen atau
televisyen yang tengok kau ? Oh ,ya. Tadi your sweet

heart forever ada call. Dia kata tempoh tu tinggal lagi sebulan aje lagi. What’s up ?Ada sesuatu yang kau
sembunyikan dari aku,ke ? Mia, cuba kau beritahu aku.

Tempoh apa tu ?” aku senyum saja.

Mama telefon ? What ? Alamak, tak sedarlah pulak aku ! Pejam celik pejam celik , sudah dua bulan
tempoh itu berlalu. Hurmm…macam mana ni ? Nak aku terima calon pilihan mama atau cari sendiri ?
Aku nak cari calon suami sendiri ? Haha.. lawak !

Takkan punya aku nak cari calon suami sendiri. Nak tak nak terpaksa ajelah aku menyerah kalah.
Mungkin jodoh pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik untuk diriku. Alahai, malangnya siapa yang
menjadi calon menantu pilihan keluargaku itu. Iyelah, aku ni manalah pandai masak. Masak telur goreng
tu bolehlah. Takkan nanti dia nak makan telur goreng hari-hari ,kot ? Ishh, ishh, ishh… kesiannya. But
why not , aku start belajar masak for the sake of my future soon with him. Eh, jauhnya aku fikir.

“Takde apa-apalah. Nanti ajelah . Lambat laun kau akan tahu jugak .” jawabku kepada Izzati yang sedari
tadi tekun memandangku dengan perasaan ingin tahu. Namun, aku melihatnya seperti tidak percaya apa
yang aku terangkan kepadanya.

“Kenapa pandang aku macam tu ? Betul,aku takde apa-apa. Kau ni , buat aku macam orang bersalah
ajelah,” rajukku.

*******************************************************************

Sebulan sudah berlalu dan aku sudah pun memberi kata putusku kepada ibu bapaku . Biar mereka ajelah
yang uruskan. Aku reda dengan ketentuan yang ditentukan oleh-Nya . Mungkin inilah jodoh pilihanku
yang terbaik dalam hidupku. Esok merupakan hari pertemuan aku dengan calon pilihan keluarga . Eh,
nak kata keluarga atau mama ? Hurmm.. mana-mana pun bolehlah.

Awak, jangan lambat sampai . Saya tak suka orang yang tidak menepati

janji. Lambat, saya batalkan pernikahan kita .

– Your hubby-to-be-soon-
Nada dering Stand by Me berbunyi. Aku dengan segera membaca isinya. Eh, mamat ni. Belum apa-apa
lagi dah nak batalkan pernikahan ? Kau ingat aku ingin sangat dengan kau ? Hei, aku tak inginlah ! Kenal
kau pun tidak . Porahh !! Eh, macam mana dia boleh ada nombor telefon bimbit aku ? Deyyyyy !! dia kan
calon suami kau mestilah ada. Ngok binti ngek lah kau ni.

Haha.. tapi, bagusnya dia ni ada nombor aku sedang aku ? langsung tak nak ambil tahu menahu
langsung nombor telefon dia . Buat apa aku perlu ada nombor dia ? Aku bukannya nak telefon atau
mesej dia pun.

Dalam aku membebel seorang diri didalam kereta sebentar tadi, akhirnya aku sampai jua . Aku
melangkah keluar dari keretaku lalu melangkah masuk kedalam . Aku mengambil tempat yang sudah
ditempah khas katanya.

“See. Kau tengok siapa yang datang dahulu ? Aku yang lambat ke kau ? Suruh datang awal tapi batang
hidung pun tak nampak lagi. Tapi, kejap! Macam mana aku nak nampak batang hidung dia. Aku pernah
kenal dia pun tidak. Hehe… tapi, apa yang aku tahu dia memakai baju sama warna denganku. Katanya
senang mahu kenal. LoL! Statement takleh blah langsung.”gerutuku sambil mataku meninjau akan
keindahan restoran serba mewah ini.

Sedari itu, aku terdengar suara orang memanggil namaku.

“Excuse me. Are you Mia Adriana Lee ?” aku mengalihkan badanku untuk melihat siapakah gerangan
suara itu. Aku tergamam seketika. Oh Mama !! Mama takde calon lain ke dalam dunia ni ? Kenapa dia ?
Hampir pengsan aku melihat si dia.

“Err…. err…. yes,I am” tergagap-gagap aku menjawabnya. Dia tersenyum . Oii ,pak cik ! kau jangan
senyum lama-lama boleh tak ? Boleh cair hati aku lama-lama. Haish, dia ni kenapakah ? Ada yang tak
kena dengan aku,ke ?

“Hello, awak. Are you still here ?” aku menyedarkan dia. Dah tak betul ke dia ni ? Tersenyum-senyum
tengok aku.

“Haha… saya tak sangka yang awak ni calon pilihan keluarga saya. Kecilnya dunia ni. Saya tak sangka
yang awak ni bakal menjadi teman hidup saya sepanjang hayat . Awak ? Saya ? hehe…” sinisnya.
Eh,kenapa dengan dia ? Bunyi macam tak suka aje ? Kalau tak suka aku jadi isteri dia , beritahu ajelah
keluarga dia. Dia kan lelaki. Senanglah sikit nanti kerja aku nak beritahu keluarga aku pulak!

“Awak? Saya ? Apa ? Saya tak berapa nak faham apa yang awak cuba nak katakan . Atau awak nak
maksudkan yang saya ni pengacau dalam hidup ,kan ? So if that case , why not awak aje yang beritahu
parents kita yang kita ni tak boleh hidup bersama. Clear ! Okeylah, saya balik dulu. Malas saya nak layan
awak. Kalaulah saya tahu orangnya ialah awak, saya takkan datang kesini. Assalamualaikum,” kataku
dengan penuh emosional dengan diiringi airmata.

“Awak… tunggu dulu. Dengar dulu apa yang saya nak katakan. Awakk……..” aku berlalu keluar dari
restoran mewah itu.

Dia menangis ? Sebab apakah ? Dia terasa,ke ? Ya Allah, apa yang aku sudah lakukan kepadanya ? Tak
boleh jadi ni. Aku mesti pergi berjumpa dengannya juga. Aku tak nak kehilangannya . TAK NAK ! Ya, aku
mengaku . Aku sudah jatuh cinta dengannya sejak pertama kali bertemu dengannya. Aku tidak tahu
bagaimana ianya berlaku tetapi sejak peristiwa itu, bayangan dia seringkali aku bayangkan . Aku harus
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapaku kerana telah menemukan dan menjodohkan aku
dengannya. Aku merasakan bahawa akulah manusia yang paling bahagia disaat ini. Syirazi, you can do
it !

“Assalamualaikum. Eh, mana semua orang ? Bikkkkk…. Bibikkkk !!!!” jerit Syirazi memanggil orang
gajinya itu.

“Iya !” laung bibik dari arah dapur. Dengan gembiranya Syirazi melangkah pergi ke dapur . Sesampai aje
didapur, dia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan botol jus oren dan menuangkan ke dalam gelas.

“Bik,mana semua orang dalam rumah ni ? Sunyi sepi aje ,” soal Syirazi kepada orang gajinya sambil
meneguk jus oren yang dituangnya sebentar tadi.

“Mama kamu baru aje pamit sebentar tadi. Dia bilang mahu ketemu sama… err… siapa entah ? ya, dia
bilang mahu ketemu sama bakal besannnya. Papa kamu seperti biasa ajelah.” Angguk Syirazi sebagai
tanda mengerti . Mama jumpa bakal besannya ? Oh yesss !! Nanti dia balik aku beritahu ajelah berita ni.
Mesti dia gembira dengan berita yang aku nak sampaikan . Eh, pembetulan. Bukan mama seorang sahaja
yang gembira akan tetapi seluruh keluargaku turut tumpang gembira. Maklum ajelah, raja segala buaya
nak kahwin juga akhirnya. Eh, buaya sangat ke aku ni ? taklah kot.
Pada malam itu ,

“Ma… Pa… Errr….hurm… macam mana ya angah nak terangkan,” tergagap dia . Mama dan Papa Syirazi
menoleh melihat anak teruna mereka yang sudah menjangkau 28 tahun ini.

“Eh,kenapa tergagap ni ? Ada apa sebenarnya anak mama nak beritahu ?” lembut suara seorang ibu
menanyakan kepada anaknya.

“Err… kalau angah beritahu Mama dan Papa ,janji jangan ketawakan,eh ?” apa kena dengan anak aku
ni ? Nak ketawa buat apa pulak ?

“Cakap ajelah. Buat apa kami nak ketawakan anak sendiri. Kan,Yang?” Papa menyampuk.

“Err… sebenarnya, Syirazi nak kahwin.”kata-kata itu hampir memeranjatkan semua orang yang ada di
ruang tamu itu.

“Weyh,bro. Cuba kau ulang sekali lagi ? Aku tak salah dengar,kan ? Kau nak kahwin? Dengan siapa ?
Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ? tak pun dengan si Myra ?” soal abang sulung.

Eh,abang aku ni. Bukannya nak sokong adik dia, perli lagilah ada. Huh! Aku taulah yang aku ni kaki
perempuan but at least takkanlah aku takleh nak kahwin kot .

Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ?Myra ? Euww.. sorrylah. Dengan minah abysmal tu ? Nak buat bini ? Tak
ingin aku ! Bagi percuma pun aku tak ingin !! TAK INGIN ! Mati hidup balik pun, aku tak inginlah
beristerikan mereka.

“Ish, apa Along ni. Tak baik cakap adik awak macam tu. Itu jugak merupakan suatu doa seorang abang
kepada seorang adik. Along nak ke adik ipar yang abysmal tu ?”mama bersuara . Oh yes ! Mama
menyebelahi aku . Sayang mama ketat-ketat. Muahhhhh !! Along menundukkan mukanya kebawah.
Hehe…

“Okey,cuba anak mama yang bucuk masam ni explain pada mama. Apakah yang menyebabkan anak
teruna mama yang seorang ini terbuka hati nak mendirikan rumahtangga ? Adakah sebab angah sudah
berkenan dengan calon mama ?” mama tersenyum sinis kepadaku. Ish, mama ni macam nak kenenkan
aku aje ? Huhu…

Aku tersipu-sipu malu. Eh ! yang aku nak tersipu-sipu malu macam anak dara nak kena meminang ni,
apakah ? Hehe.. tapi, cepat sungguh mama aku ni tangkap maksud tersirat aku , kan ? Mama siapalah
,eh ?

“Betulkah apa yang mama katakan sebentar tadi ? kalau begitu, dengan segera jugak mama dan papa
pergi meminang dia untuk anak teruna mama yang seorang ni,” kata mama seraya mengambil remote
control untuk mengalihkan siaran yang pada pendapatnya tidak berapa menarik ditonton.

“Amboi,maaaa………pasal nak menantu cepat aje , kan ?” Along menyampuk sekali lagi lalu mengambil
tempatnya disebelah aku . Sempat lagi dia menyiku aku ? Nak duduk tepi aku duduk ajelah. Yang kau
nak main siku-siku aku ni , kenapakah ?

“ Eh ! apa pulak kamu cakap macam tu , along . Benda baik mana boleh dilengah-lengahkan . Takut nanti
disambar helang ,” ujar mama sambil matanya melirik kepadaku.

“Ha’ah, betul tu mama. Apalah along ni, harapkan besar panjang aje tapi hampeh ! Tapi , mama kena
tolong angah boleh tak ?” perli aku kepada along. Nah ! ambek kau .Mama mengerut keningnya .

“Apa?”

“Mama kena tolong angah pikatkan si Mia . Boleh ke tidak ?” tanyaku kepada mama.

What!!!!!!!!!

Terkejut semua yang berada disitu. Yang paling terkejut beruk sekali , Along .

“wo….wo….wo… kau biar betul, angah? Nakkan mama tolong pikatkan Mia untuk kau? Playboy macam
kau pun, suruh mama lagi ? since when my younger brother afraid off ?” Ish,along ni . Kang makan free
kick nampak !
“iyelah, angah . Takkan mama yang nak tolong angah pikatkan Mia . Angah kan banyak sangat
perempuan until you are known as playboy around us. Sorry. Bab memikat ni , mama tak nak tolong
kamu . Betul tak , Abang ?”tanya mama kepada papa. Lantas, papa hanya mengangguk sahaja . Perasan
aku pada masa ini adalah……………… entahlah.

“errr….kalau mama takleh tolong angah takpelah. Nanti akan angah usahakan sendiri. Mama dengan
Papa doakan semoga angah dapat memikat hati Mia , eh ? Okeylah , angah minta diri dulu . Angah nak
masuk berehat jap. Lagipun, angah belum tunaikan solat Isyak lagi,” pamitku.

Lebih baik aku blah cepat-cepat , nanti kang tak pasal-pasal dengar ceramah percuma . Papa tu
bukannya boleh sangat, pantang anak-anaknya melengahkan solat sikit mulalah membebel. Nampak aje
luaran pendiam tapi bila datangnya bab-bab agama…. perghhhh !!! superb ! Apa-apa pun aku bersyukur
sangat adanya seorang bapa yang amat mementingkan perihal solat kepada setiap anggota keluarganya.

“Astagfirullahalazim…….. apa nak jadi dengan kamu ni , angah ? Macam mana kamu nak memimpin
keluarga kamu nanti , hah ? Perkara yang mudah pun , kamu melengahkan . Solat itu tiang agama , kamu
tahu tak ? Dah, pergi cepat tunaikannya. Maut takkan menunggu kamu punya. Cuba bayangkan kalau
tetiba aje datangnya malaikat maut datang mengambil nyawa kamu dan pada waktu kamu tidak sempat
lagi menunaikan solat atau lebih jelas lagi , kamu tidak pernah bertaubat untuk
mengisafinya…………………………… ” Well, as I thought it as usual. Dah jelas,kan ?

*******************************************************************

“What? Cuba mama repeat again . Mia tak bermimpi,kan ?”terkejut Mia tatkala mendengar apa yang
dikatakan oleh Puan Sri Azizah .

Ada orang datang merisik aku ? Siapakah gerangan jejaka tersebut ? Aku kenal ke dengannya ?
Takkanlah dengan ………. Ish, apa ni Mia ! Tak KUASA aku nak jadi isteri dia . Isteri kepada BUAYA ?
Entah-entah mamat Lee Min Ho celop tu pun kena paksa kahwin dengan aku jugak entah . Tengok ajelah
cara dia layan aku masa pertemuan dengannya tempoh hari . Entah pada waktu tu dia mahu suruh aku
batalkan rancangan mereka entah ? manalah mungkin dia nak kahwin dengan aku ni . Iyelah, aku ni
manalah cantik seperti girlfriends dia tu . Hurmm……

“Apa yang kamu nak terkejutkannya itu , Mia ? Betullah apa yang mama beritahu kamu itu. Kamu tak
nak tanya mama , siapakah bakal suami kamu nanti ?”soal Puan Sri Azizah kepada aku yang sedang
seperti memikirkan sesuatu di fikiran . Aku tersedar dari lamunan . Betul ? Aku menampar pipi dengan
sekuat hatiku . Adushhh !! sakit gilerrr ! Jadi betullah aku tak bermimpi .
“Siapa dia ? Mia kenal tak dengan dia ?”laju aku menyoal . Eh ! macam aku setuju sangatlah dengan
perkahwinan ini .

“Amboi , Mia…. dah tak sabar ,ke ? Kot iye pun , sabar ajelah. Dia tak lari mana pun , lagipun dia yang
beriya-iya sangat suruh orang tua dia masuk meminang kamu. Kata orang tuanya , anak teruna mereka
takut kamu disambar orang nanti jikalau lambat . Mama rasa kamu dah pernah jumpa dengan dia
sebulan yang lepas .” ujar Puan Sri Azizah kepada Mia . Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal
ini .

“Sebulan yang lepas? Siapa dia ?” desakku untuk merungkaikan soalan yang membelungi pemikiranku
pada masa ini .

“Aikkk, takkan tak ingat dah ? Ala, kamu ingat lagi tak pertemuan kamu dengan seorang jejaka yang
muka dia macam artis korea kamu tu . Siapa entah ? MinHo ?”Puan Sri Azizah seakan-akan sedang
memikirkan nama jejaka artis korea kegemaran anak daranya itu.

“ Nama dia Lee Min Ho laa …. apalah mama ni . Takkan itupun tidak tahu . Mia nak merajuklah macam
ni.” Rajukku .

“alolo….merajuklah pulak anak emas mama ni.Takkan itupun sensitif ? Come on lah. So, macam mana ?
Mia dah ingat ?” soal Puan Sri Azizah lagi yang seakan-akan tidak berputus asa mengetahui jawapannya
yang ingin diberikan oleh anaknya itu.

“Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi itu ke , mama ?” tekaku acuh tak acuh . Papa tersenyum mendengar
tekaan aku itu. Hai, papa… jangan fikir yang bukan-bukan sudahlah.

“Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi ? Amboi, anak mama ni siap hafal nama bakal suami dia lagi . Kalau
macam ni senanglah kerja kita selepas ni kan , abang ?” senyum Puan Sri Azizah. Papa hanya tersenyum
aje.

Mama cakap “senanglah kerja kita selepas ni?” Maknanya betullah aku akan dikahwini dengan mamat
Lee Min Ho celop itu ? Oh TIDAKKKKKKKKK !!! aku bermimpi sekali lagi , ke ? Ini tak boleh jadi ni . Aku
kena batalkan jugak !
“Maaf ma, Mia tak setuju dan Mia tolak pelawaan tersebut. Kalau nak Mia kahwin jugak carilah orang
lain but please……. jangan suruh Mia kahwin dengan Syirazi ,”rayuku kepada mama . Harap-haraplah dia
memahamiku . Kalau tidak … huh !

“No way , mama tak izinkan !” protes Puan Sri Azizah . Aku tergamam . Kenapalah pulak ?

“Tapi ,ma.. Mia tak….”belum sempat aku menghabiskan kata-kata , mama sudah memberikan isyarat
kepadaku supaya mengikut sahaja . Alahai , apalah nasibku ini ? Yang mamat tu pun satu , dah tak suka
tu buatlah cara tak suka . Ini tak , suruh parents dia masuk merisik aku . Apakah ? Or he has something in
his mind ? Mainan apakah yang kau cuba bawaku sekali ?

“Hurmm.. alright, its up to you , mom . Mia ikut ajelah apa yang terbaik pada mama dan papa untuk
kebahagiaan Mia,” mendatar suaraku. Mama dan papa hanya tersenyum sebaik sahaja mendengar apa
yang aku perkatakan sebentar tadi. Senanglah tu mereka . Entah apalah nasib yang bakal kuhadapi
nanti. Menjadi isteri dia ?

Hari ini merupakan pertemuan aku bersama si mamat Lee Min Ho celop tu . Entah kenapa dia hendak
berjumpa dengan aku buat kedua kalinya. Adakah dia ingin membincangan mengenai pernikahan kami
yang bakal berlangsung pada minggu hadapan ? Ataupun, dia mahu memutuskan tali pertunangan kami
kerana tidak tahan lagi mengikut perancangan ibu bapa kami ?

Ya Allah , jika benarlah ianya bakal berlaku Engkau lapangkanlah dada kedua ibu bapa kami agar dapat
menerimanya dengan hati yang terbuka. Amin….

Aku memakirkan kereta sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan dengannya . Aku merasa hairan
dan aneh sekali . Kenapa dia hendak berjumpa denganku di tempat sebegini ? Ekslusif pulak tu ? Apa
motif dia ? Eh !

Belum sempat aku melabuhkan dikerusi tersebut , dia terlebih dahulu menarik kerusi itu untukku . Aikk ?
Apa kena dengan dia ni ? Sihatkah ? Atau terlebih makan ubat ? Tak pernah dia buat sebegitu .

“Thanks,” ucapku kepadanya . Dia membalasnya dengan senyuman yang memukaukan . OMO ! cair
habis aku .

“Apa tujuan awak ajak saya jumpa disini ? Takde tempat lain ke ? ” soalku memecah kesunyian yang
menemani kami sedari tadi .
“Amboi, bunyi macam tak nak berjumpa dengan aku aje ? Tak rindu kat aku ?” dia memandang wajahku
sedalam-dalamnya. Rindu ? yucksss ! tak kuasa aku nak rindu kat kau . Buang masa aku aje .

“Rindu ? takpun. Kenapa ,eh? Awak ada rindu kat saya ? Haha.. kesiannya orang tu , kita tak rindukan dia
tapi dia rindukan kita . Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorang,” ejekku . Sabar Syirazi , sabar .
Mungkin dia sedang mencabar kesabaran kau. Takpe , we just wait and see . Hari ni jugak aku nak
buktikan semuanya pada dia . Getus Syirazi dalam hatinya.

“Eleh, orang tu . Cakap aje besar . Tak rindukan kita konon . Kita tak percayalah .” serkap Syirazi .

“Awak tak percaya sudah ! Itu hal awak . Okay , straight to the point ajelah . Tak perlulah berbolak-balik
pulak . Awak ada apa jumpa saya ? Kalau awak nak membazirkan masa saya , lebih baik saya balik aje .
Ingat saya ni takde kerja nak dibuat ,ke? Saya ada banyak hal nak diselesaikan . Setakat nak layan cakap
kosong awak tu , lebih baik awak mesej saya aje . Habis cerita !” geramku.

“Eh ! awak ni kenapa ? takde angin takde ribut tetiba aje nak marah saya kenapa ? Saya ada buat
sesuatu yang menyakitkan hati awak ke sebelum ni ? Cuba awak beritahu saya semuanya dengan jelas.
Kenapa awak tidak suka dengan saya ? Kenapa awak tidak suka dengan pertunangan kita ? ” soal Syirazi
dengan nada yang agak tinggi .

“ Ya , awak memang ada buat sesuatu yang menyakitkan hati saya . Dan memang saya tidak suka akan
pertunagan kita . Saya terima pun sebab nak menjaga hati parents saya dan ianya bukan sebab saya suka
dan cintakan awak . Awak nak tahu apa yang saya tak suka mengenai awak ? ” jawabku dan tidak
semena-mena mata kami bertaut . Aku merasa aneh dan perasaan ini tidak pernah kurasa sebelum ini .
Apakah ia ? Aku tersedar akan perbuatanku itu , dengan pantasnya aku mengambil telefon pintarku
dengan berlagak tidak tahu apa-apa . Dia tersenyum sinis melihat perlakuanku itu.

“ Apakah ia ? Cuba awak beritahu saya ,” dia mengerutkan dahinya .

“ Sebabnya , awak tu PLAYBOY , PERAH SANTAN dan ARROGANT ! Orang dah minta maaf pun , awak still
dengan sikap sombong awak . Dah tu , tak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan . Awak ingat
lagi tak ayat awak katakan kepada saya “TAK BOLEH ! Ini mata aku,kalau kau pinjam nanti aku nak
melihat gadis diluar sana guna mata siapa” . Pada waktu itu , saya memang boikot awak! Dan saya fikir ,
siapalah bernasib malang menjadi suri hati awak suatu hari nanti. And the day my parents told me you
was that man … Saya memberontak ! Dengan sikap awak yang mata jalang , kaki perempuan dan sikap
awak……..” tak sanggup aku menghabiskan ayatku dan dengan tidak kusedar airmata semakin lebat
membanjiri . Belum sempat aku menyekanya , dia dengan terlebih dahulu menyeka airmataku lalu
berbisik sesuatu di telingaku.

“Shhhh…jangan nangis sayang .Awak tak perlulah menghabiskan ayat awak tu sebabnya saya tahu apa
yang awak ingin katakan kepada saya . Salah satu daripadanya awak ada berada di sebuah restoran
sebaik sahaja awak selesai membeli novel dan saya tahu awak fikirkan yang bukan-bukan mengenai saya
after that incident . Saya janji takkan membuatkan awak menangis lagi melihat perbuatan saya . I
promise and I will throw out all my bad habits because of you.” Aku tersentuh mendengarnya.

Sayang ? Sayangkah dia kepadaku ? Aku memalingkan wajahku menatap wajahnya demi mencari
kebenarannya . Mata kami bertaut sekali lagi . Dan kali ini begitu lama . Sehinggalah aku mendengar
salah sebuah muzik kegemaranku barulah tersedar . Dia meninggalkan aku keseorangan seraya pergi ke
hadapan pentas . Eh ! Apa yang dia hendak lakukan ? Tidak berapa lama kemudian , aku terdengar dia
menyatakan sesuatu .

Anda mungkin juga menyukai