Anda di halaman 1dari 6

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod yang lalu..

“rip, ulu hati aku yang kena tendang tadi naik lebam laaa…” kata uda sambil bajunya diselak
menunjukkan lebam besar disekeliling ulu hati, ditengah-tengah perutnya!

Dia tak tau, rahang bawah aku dah nak hampir tercabut kena tendangan tonjol dua kali tadi!

Bahu dengan siku kanan aku lenguh lepas hampir kena kunci..

Belum kira pinggang aku nak tergeliat melawan paksaan pendekar nak lepaskan diri masa kena sawa
berendam tadi!

Kami berjalan lurus tak toleh kiri kanan hingga ke tempat kami mula-mula berlatih, ambik selipar,
bengkong, dompet dan barang-barang kami, dan kami berjalan tinggalkan kebun pisang tu!

“SAMPAI KETEMU LAGI!!!! ARIP!! UDAAA!!” suara yang dilaungkan dari tengah kebun pisang!

Meremang-remang bulu tengkuk aku, dengar nama aku dilaungkan dari jauh!

Uda dah jalan rapat dengan aku! Sambil menoleh-noleh!

Kami dah macam separuh berlari dah, bukan lagi berjalan!

Baru si uda ni tau agaknya, pendekar tadi bukan dari kalangan manusia!

Tadi bukan main dia beria ajak bersembang!

Geram betul aku rasa!


Dalam pada berjalan balik, puas dia kena tarbiyah dengan aku! Aku marah dia sungguh-sungguh! Takde
kesian! Lebam kat pipi pun tak hilang ni!

Belum dikira kalau dalam berseteru, adakalanya nyawa melayang lagi!

Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak membebel dan uda mendiamkan diri dan mendengar dengan
khusyuk!

Mungkin dia dah menyesal! Paling tidak, menyesal kena bebel!

Sesampai ke laluan di depan surau, kami terserempak pak seli yang duduk di tangga surau yang sedang
berbual dengan dua orang jemaah surau..

Isyak dah lama habis, mesti muzakarah bab agama ni! Gumam aku dalam hati!

Nampak kami lalu, pak seli bangun dan mintak diri dari rakan muzakarohnya..

“aiii, kamu jumpa siapa tadi?” pak seli pancing dengan ayat meneka! Sambil tersenyum

Kami saling berjabat tangan dengan pak seli!

“takde siapa pak seli…” balas uda

“jangan mohong! Orang tadi tu penjaga gunung ledang tu! Kalah ke menang? Hihi” kata pak seli sambil
tersenyum!

“ada laaa lebam-lebam sikit!” aku balas

Pak seli pegang dagu aku, dan membelek-belek lebam di pipi, dengan kening berkerut-kerut
Uda pun pak seli suruh singkap baju, nak melihat bekas lebam di kawasan ulu hati!

Tak lama kemudian, pak seli mula bersuara..

“moh datang rumah aku, aku tawarkan dulu..” kata pak seli, sambil mengepalai jalan..

Dari surau ke rumah pak seli taklah begitu jauh, 15minit je berjalan kaki..

Sesampai dirumah pak seli..

Pak seli suruh ceritakan apa yang berlaku, khusyuk betul dia mendengar, sesekali dia mengangguk! Dan
dia suruh tunjuk secara fizikal pencak-pencak yang dimainkan!

“kamu tak mintak apa-apa ke? Rugi je tak mintak kalau dah menang!” pak seli perangkap lagi dengan
ayat

“nak jumpa ‘dia’ pun bukan senang, lagi pulak kalau menang beradu! Mintaklah keris ke senjata ke” kata
pak seli tersenyum-senyum

“takde! ingat nak balik je! Takut tak keluar dari situ hidup-hidup! Si uda ni laaa, aku dah ajak balik, degil
taknak dengar kata!” getus aku

Uda cuma menundukkan kepala merenung lantai papan rumah pak seli..

Barangkali dia dah menyesal

Pak seli bangun berjalan ke dapur dan ambil tuala yang di rendam air suam, untuk tuam lebam di pipi
aku..

“tapi rip, kau kata, kau nampak tangan dan kaki dia bercahaya, tapi tadi aku tak nampak apa pun!” balas
uda berdalih
“dah kalau kau tak nampak, kenapa tiba-tiba kau ajak beransur pulak?” tingkah aku menyindir, pak seli
tersenyum je melihat kami berperang mulut didepan matanya

“dari awal lagi, kau tak dengar ke suara dia dikepit macam perempuan?” soal aku lagi

“Sumpah aku dengar suara dia biasa je, rip! Takde beza macam kau dengan aku bercakap! Aku… Aku
nampak masa dia melenting tu… Badan… Badan… Dia bertukar separuh harimau…” balas uda

“hah?” spontan aku pusing kepala dan pandang muka uda! Pak seli pun ikut menoleh dan lihat uda
berbicara..

“nah rip, ambik tuala ni, tuam kat muka kau! Uda ambik tuala satu lagi ni, letak kat perut” kata pak seli
sambil menghulurkan tuala dalam besen kecil berisi air..

“betul! Aku betul-betul nampak badan dia berubah sikit demi sikit jadi harimau, dari kepala sampai ke
tengah dada!” kata uda

Aku dengar dengan teliti setiap ayat uda!

“bila aku nak ajak kau beransur, dia ajak beradu tenaga pulak!”

“dan masa kau bagi isyarat suruh aku masuk gelanggang dulu, aku dah fikir, inilah saatnya! Akhirnya ajal
aku sampai!

“masa dia tendang tonjol kat dada aku pun, dari apa aku nampak, dia dah separuh badan berupa
harimau!” kata uda panjang lebar!

“takpe arip, uda, pengalaman… Bukan semua orang dia nak jumpa… Beruntunglah.. Dapat beradu
tenaga lagi..” tingkah pak seli
“orang tu, penjaga gunung ledang, PANGLIMA BETING BERAS namanya, bukan tahap pendekar, tapi
tahap panglima! Dia selalu datang ke gelanggang silat dan mengajar silat pada anak-anak melayu kita!”

“ada hikayat mengatakan, dia adik seguru dengan hang tuah, kerana dia berguru sendiri dengan sang adi
putra! Ada hikayat lain pulak yang aku dengar, dia berasal manusia yang masuk ke alam bunian dan
tinggal disana! Wallahualam, hikayat tu cuma cerita turun temurun je, belum tentu benar dan sahih…
Cuma jadi penyedap cerita je..”

“dia jugak gemar datang menguji dan memunculkan diri bila ada orang berlatih ‘jurus’ di tempat
terpencil macam kamu dan uda buat tadi, tapi tidaklah sampai m******h mahupun menculik!”

“hurmmmm…. seingat akulah, aku pernah jumpa dia dua kali je dulu, kalah sekali dan menang sekali
beradu tenaga dengan dia! Nasib baik tak patah tiga keting aku dia bedal! Masa tengah muda, d***h
tengah panas, ilmu pun belum jazam lagi dengan badan.. Memang kalah lah jadinya.. Hahaha..”

“dan dia hadiahkan aku tombak cina yang aku simpan kat atas rumah, saat aku berjaya kalahkan dia, tapi
aku tak pernah guna pun… Kira macam hadiah kenang-kenangan je..”

“kalau kamu nak jumpa lagi, aku boleh panggilkan!” kata pak seli panjang lebar sambil tersenyum

“hissssss, taknaklah!” aku balas pendek!

pak seli buat kan air yang ditawarkan untuk kami minum, dan aku dan uda, dituam dengan kain tuala
yang direndam air panas, dengan kaedah tradisional dirumah pak seli.

Menjelang tengah malam, kemudian aku dan uda berpecah balik ke rumah masing-masing!

Bapak sambut aku dengan senyuman mengejek dimuka pintu bila nampak lebam-lebam kat muka, dan
bawak botol air berisi air penawar dari pak seli!

“hai… Kata musang siguntang dari gunung kepayang! Macam faizal husin! Badan dah di’apung’! Kalah
berlebam ni dalam gelanggang? Malulah anak abah! Hahaha” kata bapak aku
Aku sambut ayat dia dengan senyuman kelat!

“tak kelakarlah, bah…” kata aku dalam nada rendah..

Anehnya, kesan lebam-lebam semua hilang bila bangun keesokkan paginya!

Itu kali pertama, dan terakhir aku dan uda ke kebun pisang mencuba ilmu, takkan aku jejak lagi kebun
pisang tu, sampai akhir hayat!

Aku dan uda memilih untuk berlatih di dalam gelanggang kosong semasa bukan hari latihan, berbanding
tempat terpencil seperti dikebun pisang tersebut!

Esok malam kat gelanggang silat, uda pecah lubang dengan gurulatih, cakap aku bergasak dengan
penjaga gunung ledang! Habis aku kena interview dengan gurulatih…

Dan dua dari tiga guru latih jugak mengaku pernah bertemu dengan panglima beting beras, dan
pengalaman yang mereka ceritakan pun lebih kurang sama..

Begitulah cerita yang disampaikan kepada aku, dari susur galur cerita yang panjang dari abang seguru
aku, aku tukarkan nama dan watak supaya lebih ‘reader friendly’..

Pengajaran dari cerita kali ni, musuh jangan dicari, tapi bila datang, jangan ditolak atau lari… Kalah dan
menang tu adat dalam kehidupan, yang penting semangat melawan, jangan lenyap dari hati! Dan
‘jangan lari dari medan perang!’

Anda mungkin juga menyukai

  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen2 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen4 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen8 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen5 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen2 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen3 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 3
    Cerita 3
    Dokumen2 halaman
    Cerita 3
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen2 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen2 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 5
    Cerita 5
    Dokumen3 halaman
    Cerita 5
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen3 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 2
    Cerpen 2
    Dokumen4 halaman
    Cerpen 2
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 2
    Cerita 2
    Dokumen3 halaman
    Cerita 2
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 4
    Cerita 4
    Dokumen2 halaman
    Cerita 4
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 10
    Cerpen 10
    Dokumen12 halaman
    Cerpen 10
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen7 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen2 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 7
    Cerpen 7
    Dokumen11 halaman
    Cerpen 7
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpennn 15
    Cerpennn 15
    Dokumen4 halaman
    Cerpennn 15
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerita 1
    Cerita 1
    Dokumen7 halaman
    Cerita 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Mewarna Pelangi
    Mewarna Pelangi
    Dokumen239 halaman
    Mewarna Pelangi
    郑凯键
    Belum ada peringkat
  • Setelah Hujan Berhenti
    Setelah Hujan Berhenti
    Dokumen422 halaman
    Setelah Hujan Berhenti
    Nur AtiQah
    Belum ada peringkat
  • Assignment/ Tugasan
    Assignment/ Tugasan
    Dokumen5 halaman
    Assignment/ Tugasan
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 2
    Cerpen 2
    Dokumen4 halaman
    Cerpen 2
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 13
    Cerpen 13
    Dokumen5 halaman
    Cerpen 13
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 1
    Cerpen 1
    Dokumen5 halaman
    Cerpen 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat
  • Cerpen 1
    Cerpen 1
    Dokumen5 halaman
    Cerpen 1
    Ateng Alif
    Belum ada peringkat