Anda di halaman 1dari 11

Perasaan lega terus sahaja menusup masuk dalam hatiku. Air mata di pipi cepat-cepat diseka.

“Alhamdulillah.” Aku mengucap syukur.

“Thanks, Fira..Thanks…” Rayyan mengucapkan terima kasih kepadaku. Dari nada suaranya sahaja aku
dapat merasakan betapa dia menghargai pertolonganku tadi.

“Tapi awak still kena bawak Zahra jumpa doctor.”

“Awak temankan saya?”

Aku terdiam. Temankan Rayyan? Aku mengerling ke arah jam di dinding yang sudah menginjak ke
nombor 11. Temankan Rayyan pada pukul 10.50 malam ni? Sudah terlalu lewat tapi aku memang
teringin mahu menemui Zahra. Aku mahu melihat keadaan dia dengan mata kepalaku sendiri.

“Ok, kita jumpa kat DEMC.”

************************

Mengikut kata doktor, tindakan Rayyan telah menyelamatkan nyawa Zahra. Katanya lagi, kini terdapat
banyak kes bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

“Jadi sebagai ibu bapa, encik dan isteri encik harus selalu berhati-hati.”

Aku tergamam. Rayyan kelihatan terpinga-pinga. Doktor ni ingat kami berdua suami isteri ke?

“Kami bukan…” Hampir serentak aku dan Rayyan bersuara.

“Especially you, puan. Cara menyusu tu kena betul. Dinasihatkan jangan menyusu dengan cara
berbaring. Dan juga better puan menyusu badan sebab risiko tersedak susu lebih rendah bagi bayi yang
menyusu badan,” sambung doktor itu lagi sebelum sempat kami berkata apa-apa.
Tersirap darah ke mukaku. Terasa sangat malu. Rayyan kulihat cuba menahan senyum. Mengada-ngada!

‘Isy, doktor ni kenapa? Memandai-mandai je buat conclusion aku ni wife Rayyan,’ bebelku dalam hati.

“Doc, sebenarnya….”

“Ok, doc. Terima kasih atas nasihat doktor. Saya dan isteri saya akan lebih berhati-hati.” Rayyan
memotong kata-kataku dengan bersahaja sebelum sempat aku membetulkan kenyataan doktor itu.

Mataku terbeliak. Automatik aku berpaling ke arah Rayyan yang berdiri di sebelahku. Wajahnya
bersahaja tanpa sedikit pun memandangku kembali, sebaliknya dia hanya memandang doktor di
hadapan kami berdua.

Aku mengerutkan dahi. Rayyan sedar tak apa yang dia cakapkan ini?

“Terima kasih banyak, doc,” ucap Rayyan sambil bersalaman dengan doktor yang merawat Zahra itu.

Doktor kemudiannya berpaling padaku.

“Puan, lepas ni tolong lebih berhati-hati, ya,” nasihatnya kepadaku sebelum melangkah pergi.

Aku tercengang.

Rayyan berpaling ke arahku. Dia memandangku sekilas dengan wajah seriusnya sebelum menundukkan
kepala dan mengusap pipi Zahra yang sedang berada dalam dukunganku.

“Zahra sayang, jom balik rumah.”


Aku memandang perilakunya tanpa kata. Terdetik rasa geram dalam hatiku dengan sikap selambanya
itu. Senang-senang sahaja dia mengiyakan kata-kata doktor tadi. Aku dan dia bukannya ada apa-apa
hubungan istimewa pun. Bagiku, aku cuma babysitter Zahra dan aku yakin Rayyan juga menganggap aku
sebegitu. Hanya seorang babysitter!

“Kenapa dengan awak? Awak mana boleh iyakan aje cakap doktor tu!” bentakku pada Rayyan.

“Biarlah apa pun dia nak fikir pasal kita.”

Aku terlopong. Bersahaja sungguh jawapan dia!

“Rayyan!” Tanpa sedar aku terjerit. Penuh kegeraman.

“Jangan jerit, boleh tak? Terkejut Zahra nanti.” Keras suara Rayyan di telingaku sambil matanya
merenungku tajam. Wajahnya yang memang sentiasa serius sedikit menakutkan aku.

Aku mengetap bibir dan menundukkan kepala. Entah kenapa, aku sedikit terasa dengan tegurannya tadi.
Ya, aku tahu salahku menjerit begitu. Aku sepatutnya mengawal diriku agar tidak bersuara kuat yang
mungkin mengejutkan Zahra yang sedang lena. Namun tetap juga aku berasa kecil hati dengan reaksi
keras Rayyan itu.

Dari hujung mata, aku dapat merasakan pandangan Rayyan yang tepat pada wajahku. Dia kelihatan
seperti serba-salah. Mungkin juga sudah terdetik sedikit rasa bersalah dalam hatinya kerana bersuara
keras begitu padaku. Ingin saja aku mengatakan bahawa jika tidak kerana aku, entah apa yang telah
terjadi pada Zahra, dan kini enak sahaja dia memarahiku hanya kerana perkara kecil. Namun tidak pula
aku meluahkan rasa itu, kerana aku tahu tidak patut bagiku mengungkit begitu.

Rayyan membuka mulutnya sedikit. Agaknya dia berniat mahu memohon maaf padaku. Tetapi lelaki itu
kelihatan begitu teragak-agak sekali. Ah, ego dia tinggi benar nampaknya!

Benarlah kata-kata itu…

“Sorry seems to be the hardest word.”


Di sepanjang perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Jika diikutkan hati, aku tidak mahu
membiarkan Rayyan menghantarku pulang ke rumah. Puas aku menolak hasratnya tadi. Namun lelaki itu
tetap berkeras. Katanya dia tidak akan membenarkan aku memandu sendirian pada waktu-waktu begini.
Pada pukul 2.45 pagi!

Sebenarnya, dalam hati aku juga berasa takut memandu tengah-tengah malam buta begini.Tambahan
pula aku baru sahaja menonton filem Karak baru-baru ini. Walaupun filem itu tidak terlalu menakutkan,
tapi aku tahu aku mungkin akan membayangkan sesuatu nanti.

Hantu budak pakai baju sekolah tiba-tiba muncul.

Hantu wanita berkebaya yang rupa-rupanya Penanggalan.

Atau mungkin juga Volkswagen kuning lalu sebelah keretaku…..

“Ya Allah! Apa aku mengarut ni??” Tanpa sedar terkeluar kata-kata itu dari mulutku.

Dari hujung mataku, aku dapat melihat Rayyan berpaling kepadaku.

“Are you okay?” Lembut pula suaranya kali ini.

Aku diam tidak berkutik. Sengaja tidak mahu menjawab.

Hujung telingaku jelas dapat mendengar bunyi keluhan berat yang terpacul keluar daripada mulut
Rayyan. Mungkin dia tahu aku sedang marahkannya.

Ya, aku memang marah pada lelaki di sebelahku ini! Kemarahanku kerana dia enak sahaja mengaku kami
adalah suami isteri ketika di hadapan doktor tadi belum pun reda, tetapi sebentar tadi dia
menambahkan lagi kemarahan itu dengan berkeras mahu menghantarku pulang ke rumah walhal
berulang kali aku menolak. Katanya, dia tidak tegar membiarkan gadis sepertiku seorang diri memandu
malam-malam begini. Terlalu merbahaya!
“Jaga Zahra elok-elok.” Akhirnya aku bersuara, setelah kami tiba di hadapan rumah.

“I’ll pick you up tomorrow.”

Aku mengerutkan dahi.

“Kereta awak kan kat DEMC. Esok awak nak ke office, saya akan hantar. And I will ask someone to get
your car back.”

“Tak perlu susah-susah. Saya boleh pergi dengan bas. Pasal kereta saya tu, saya boleh settle kan sendiri.”

“No, you won’t. I will.” Tegas suara Rayyan.

Aku mengetap bibir. Geram!

“Huh, suka hati awaklah!”

***************************

Aku memandang wajah serius Rayyan di hadapanku. Tadi dia datang menjemputku dari tempat kerja
dan kini kami berdua berada di Restoran Mohd Chan, Shah Alam. Beriya-iya dia mengajakku makan
malam bersama. Zahra pula dia tinggalkan di rumah sahabatnya buat seketika. Kata Rayyan, dia punya
hal penting yang mahu dikhabarkan padaku. Aku mengikut sahaja. Tambahan pula kemarahanku
padanya semalam sudah pun lenyap.

Pandanganku masih lagi tertancap pada wajah tegang Rayyan. Dalam hati aku tertanya-tanya, begitu
sukarkah bagi lelaki di hadapanku ini untuk menguntumkan suatu senyuman? Sepanjang hampir tiga
bulan usia perkenalan kami, jarang sekali aku lihat dia tersenyum bahagia. Kalau ada pun, hanya ketika
waktu dia bermain-main dengan Zahra.

“Awak nak cakap something, kan?” soalku padanya.


Rayyan sedikit tersentak dan kelihatan terpinga-pinga.

“Erm…kita..kita….” Tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Kita apa?” Aku sedikit menyergah.

“Kita kahwin, nak?”

Hampir-hampir sahaja aku terbangun dari dudukku tatkala mendengar kata-kata yang baru sahaja
terluncur keluar daripada mulut Rayyan. Kita kahwin? Aku…aku tidak salah dengar, bukan?

“Apa yang awak cakap ni?”

Rayyan menghela nafas panjang.

“Macam yang awak dengar tadi, kita kahwin nak?”

Aku terkebil-kebil. Apa yang dia merepek ni?

“Awak jangan main-main, boleh tak? Hal kahwin ni hal serius.” Aku menjawab.

“Well, I really AM serious!!” Tegas dan tanpa keraguan jawapan yang diberikan Rayyan.

Aku menarik nafas panjang, cuba bertenang dengan keadaan sekarang. Juga cuba mencerna apa yang
dikatakan oleh Rayyan itu dengan lebih baik.

“Ok, kalau betul apa awak cakap tu..”


“Memang betul pun.”

Aku tidak mengendahkan kata-katanya itu dan menyambung kembali.

“Kenapa? Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Terus-terang aku menyoal.

Rayyan terdiam sejenak. Mungkin soalanku yang terlalu berterus-terang membuatkannya sedikit mati
akal tentang jawapan bagaimana yang harus diberikan padaku.

“Kenapa, Rayyan?”

“Zahra..” Akhirnya hanya sepatah nama itu yang meluncur keluar dari mulut Rayyan.

Aku hanya membatu tanpa sebarang reaksi. Kenapa aku langsung tidak terkejut? Zahra…ya, sudah tentu
kerana Zahra. Entah kenapa, suatu perasaan kecewa menyusup masuk dalam hatiku. Adakah aku
kecewa kerana dia mahu mengahwiniku demi Zahra, dan bukan sebab dia…dia…mungkin punya
sekelumit perasaan istimewa buatku?

“Sebab senang untuk saya jaga Zahra kalau saya ni isteri awak, kan?” jawabku berbaur sindiran.

Rayyan tidak menjawab, hanya matanya yang terus-terusan memandangku.

Aku menghela nafas panjang.

“Saya akan anggap yang saya tak pernah dengar cakap awak tu.” Tegas suaraku.

“Tapi, Fira…”

“Hantar saya balik.” Sekali lagi tegas aku menuturkan kata-kata.


Terus sahaja aku bangun dan melangkah keluar sebelum sempat Rayyan berkata apa-apa.

“I wasn’t joking, Fira,” ucap Rayyan setelah kami masing-masing mengambil tempat dalam kereta.

Aku mengerlingnya sekilas. Nampaknya dia masih tidak mahu berputus asa, masih tetap dengan niatnya
untuk mengahwiniku. Hatiku membara melihat wajah tenangnya. Dia ingat aku ni apa? Senang-senang
saja mengajak aku kahwin hanya semata-mata kerana mahu aku menjaga Zahra?

Ya, aku memang menyayangi Zahra, malah bayi itu sudah kuanggap seperti anakku sendiri, tapi itu tidak
bermakna Rayyan ada hak untuk mempermainkan aku begini. Aku cuma wanita biasa. Aku mahu
mengahwini seseorang kerana rasa cinta, bukan untuk memudahkan aku menjadi seorang babysitter!

“Then, I’ll give you my answer now.”

Aku berpaling dan menghadapnya.

“NO!”

Rayyan kelihatan terkedu. Entah kenapa aku seperti dapat melihat riak kekecewaan pada wajahnya.
Mungkinkah dia betul-betul kecewa dengan jawapanku?

“Fira, takkan awak tak boleh consider. This is for the sake of Zahra. She needs you,” pujuk Rayyan.

Aku mengetap bibir.

“Kalau hanya untuk tolong awak jaga dia, tak perlu kot sampai saya kena kahwin dengan awak.”

Rayyan menghela nafas panjang. Wajahnya tegang. Dahinya pula berkerut. Sekali pandang, Rayyan
seperti sedang menanggung beban yang teramat berat. Perlahan terbit rasa kasihan dalam hatiku.
Namun cepat-cepat juga aku usir perasaan kasihan itu. Aku tidak mahu dek kerana rasa itu, aku
terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta.
“Listen here, Fira….” Rayyan cuba memujuk lagi.

“No, you listen!!” Aku sudah semakin beremosi. Kenapalah agaknya lelaki di sebelahku ini tidak mahu
faham yang aku tidak mahu mengahwininya?

“Saya tak cintakan awak. Awak pun tak cintakan saya. So kenapa saya harus kahwin dengan awak?”

Rayyan tersenyum sinis.

“Cinta? Awak ingat dengan cinta, sebuah perkahwinan tu boleh kekal?? Dengan cinta, kita boleh
bahagia? Jangan jadi bodohlah, Syafira!!” Tinggi suara Rayyan. Lantang.

Aku tergamam.

“Huh, cinta! Awak tahu tak….kerana cintalah, Rose menderita sampai dia mati. Adik saya tu….dia
terseksa hingga akhir hayat dia. Dan kenapa? Sebab cinta!!!!”

Aku terkedu tanpa kata. Jelas di mataku setitis air mata lelaki Rayyan menitik turun. Namun cepat-cepat
lelaki itu menyekanya.

Dan entah kenapa, hatiku seperti luluh tatkala melihat tangisan itu.

**************************

Malam itu Rayyan menjelaskan segala-galanya kepadaku. Dia menceritakan kepadaku tentang Rose,
adik kesayangannya. Rupa-rupanya Rose mengahwini suaminya tanpa restu keluarga lelaki itu. Setelah
beberapa bulan usia perkahwinan mereka, lelaki itu mula membuat perangai. Selalu sahaja pulang
lambat dan punya hubungan dengan wanita lain. Malah tubuh Rose juga menjadi mangsa pukulan suami
sendiri. Rayyan yang mengetahui keadaan adiknya itu berusaha untuk menyelamatkan Rose dan
akhirnya berjaya memujuk adiknya agar meninggalkan suaminya itu.
Namun rasa cinta Rose terhadap suaminya ternyata terlalu mendalam. Dia kembali ke pangkuan lelaki
itu hinggalah pada saat suaminya tiba-tiba terbunuh dalam satu kemalangan bersama seorang wanita
lain. Kerana tidak mampu menerima tamparan hebat itu, emosi Rose menjadi tidak stabil. Tambahan
pula waktu itu, dia sudah pun disahkan hamil. Sepanjang tempoh kehamilan itu, Rayyan sentiasa berada
di samping adiknya. Menjaga dan melindunginya dengan sepenuh hati.

“Tapi, ternyata penderitaan Rose memang terlalu banyak. Seperti tidak pernah tamat…”

Aku memandang wajah sedih Rayyan bersama tangisan di pipi. Ya, sejak Rayyan mula menceritakan
kisah Rose, mataku seperti tidak henti-henti mengalirkan air mata.

“Masa dia mahu lahirkan Zahra, dia menghadapi komplikasi yang sangat teruk. Hinggakan dia…dia….”

Rayyan menggenggam tangannya erat. Aku tahu dia sedang berusaha menahan perasaan sedih dan
terluka yang membuak-buak dalam dirinya. Air mata lelakinya yang menitis di pipi juga tidak dihiraukan.

Aku sedikit tergamam melihatkan air mata itu. Lagak serius yang sering terpamer pada wajahnya hilang
entah ke mana. Kini, yang jelas di hadapanku hanyalah seorang lelaki dengan duka yang dalam.

“Dia koma selama dua bulan sebelum....”

Rayyan menghentikan kata-katanya sebelum menyambung lagi.

“Sebelum…sebelum…dia….”

“Rayyan, awak tak perlu cerita lagi. Stop it. It’s hurting you.” Aku menyampuk.

“Awak tahu tak, Fira….Rose…dia..dia tak sempat pun nak tengok Zahra. Not..not even once.” Rayyan
menyambung lagi tanpa mempedulikan tegahanku tadi.

Tatkala mendengar kata-katanya itu, air mataku tambah merembes keluar. Aku seperti dapat
membayangkan penderitaan arwah Rose dan juga Rayyan sendiri. Aku mula menangis teresak-esak.
Perlahan Rayyan mengambil tisu dan menyerahkannya kepadaku.

“Uhuk…uhuk…t…th..”

“It’s me who should thank you.”

Aku memandang Rayyan dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

“For being by my side, for taking care of Zahra and for listening to me tonight.”

Tercuit rasa terharu dalam hatiku tatkala Rayyan berterima kasih begitu. Wajahnya kelihatan sangat
tulus.

“Tapi sekarang, saya tak tahu berapa lama lagi Zahra akan bersama kita.”

“Ke..ke…napa?” soalku diselangai esak tangisanku.

Rayyan terdiam seketika sebelum bercerita kepadaku. Menurutnya, keluarga arwah suami Rose mahu
mendapatkan hak penjagaan terhadap Zahra.

“And according to my lawyer, peluang untuk diorang menang kes ni lebih tinggi.”

“Kenapa?” Pantas aku menyoal.

“Because I’m a bachelor. Datuk, nenek Zahra kononnya boleh bagi keluarga sempurna untuk Zahra. Saya
pula orang bujang. Apa yang lelaki bujang macam saya boleh buat untuk bayi sekecil Zahra? Macam
mana saya nak jaga Zahra?”

Anda mungkin juga menyukai