Anda di halaman 1dari 7

Bab 1

" AISYAH, kau nak gi mana? Jangan


tinggal aku!" Launganku membuatkan ramai orang menoleh. Langkah Aisyah
terpaksa dihentikan.
"Ish kau ni,pelan la sikit suara tu. Ramai orang tengok"Mata Aisyah melihat
keliling. Ada beberapa orang yang masih memandang kearah kami.
"Salah kau la tinggal aku kat belakang."Aku juga tak mahu kalahnya
dengannya. Sama-sama ingin menang.
"Ish dah lah." Dia menyambung langkahnya meninggalkanku seperti tadi. Tau
la atlet pun! Jangan la laju sangat jalan! Cebis aku dihati lalu berlari kecil apabila aku
sudah ditinggal jauh. Setelah setengah jam kami berada di mall,kami memutuskan
untuk pulang.
"Kau nak pandu ke aku yang pandu?" Soal Aisyah apabila kami sudah
berhadapan kereta BMW. Aku berfikir sejenak. Tadi aku dah bawa kereta datang sini.
Jadi dia yang patut bawa aku pulang kerumah. Sebab ni pun kereta miliknya.
"Kau lah bawa. Alang-alang kau nak bawa kereta sekali balik rumah."Kataku
sebagai jawapannya. Aisyah pun hanya mengangguk setuju. Kami mengambil tempat
masing-masing. Bersedia untuk pulang kerumah. Rindu mak dan abah!

"TERIMA kasih hantar aku balik! Maaf menyusahkan kau." Kataku apabila
sudah keluar pada perut kereta.
"Hmm,kau memang setiap hari menyusahkan aku. Kereta kau bila dah siap
perbaik?" Tanya Aisyah. Dia harap keretaku cepat diperbaiki dengan sempurna. Tak
pasal-pasal dia akan menjadi teksi tak berbayar. Penat setiap hari kena hantar dan
balik.
Aku tersengeh.
"Mungkin esok lusa. Esok hari last kau jadi teksi tak berbayar buat aku."
Tawaanku terlepas. Agak kelakar buatku tapi buat Aisyah,mungkin tak? Kami bersurai
apabila aku meminta untuk masuk ke dalam rumah. Selepas bayangan kereta milik
Aisyah menghilang,aku mengeluh. Entah kenapa akhir-akhir ini aku kuat mengeluh dan
mudah rasa penat. Mungkin aku banyak menggunakan kekuatanku?
Kakiku gagah berjalan sehingga tiba dihadapan pintu.Pintu tidak diketuk,malah
aku membuka terus pintu sambil bibir memberi salam sebagai kedatangan aku sudah
pulang.
"Lewat balik harini? Pergi mana?" Soal ibuku yang duduk di sofa. Kepalaku
terus tertoleh mendengar soalan ibu.
"Oh,pergi mall kejap dengan Aisyah." Jawabku lalu berdiri selepas
menanggalkan kasut. Langkah diaturkan ingin menuju ke tangga.
"Pergi mall sampai balik lewat malam. Beli apa?" Soal ibuku tegas. Dia
sangat pantang apabila aku pulang lewat. Takut terjadi apa-apa kepadaku.
"Beli barang sikit untuk kedai Tas. Sebab dah habis stock." Jelasku simple.
Tapi pandangan ibu membuatkan aku bertambah gugup. Aku salah apa? Kemudian,dia
menganggukkan kepala mempercayaiku. Aku bernafas lega.
"Jangan balik lewat malam lain kali. Kenapa tak pergi awal-awal?" Air liur
ditelan kesat.Ha,sudah. Apa aku nak jawab? Aku yang cadang untuk pergi jam 8
malam. Mata dilirik ke arah jam besar yang melekat pada dingding itu. Sudah masuk
jam 10.30 malam.
"Emmm..."
"Dah-dah lah tu soal siasat dia. Yang penting dia dah balik dengan
selamat." Tiba sebuah suara datang dari arah tangga menuju ke ruang tamu tempat
kami berbicara. Suara abah!
"Dia besar dah pun. Pandai jaga diri sendiri." Sambung abah lagi. Aku
menyunkir senyuman. Abah adalah penyelamatku. Thank you abah! Muah! Ibu pula
memandang suaminya menyampah.
"Awak ni tak habis-habis nak bela dia. Awak tahu tak perempuan tak boleh
balik lewat malam?" Abah mengambil tempat bersebelahan isterinya.
"Ye saya tahu la. Dia pergi dengan kawan dia. Ada peneman jugak kan?"
Aku menganguk laju. Apabila ibu memandangiku,terus kepala tertunduk ke bawah.
Tidak berani menatap mata helangnya.
"Tasnim."
Kepalaku laju didongak kerana suara abah. "Ya?"
"Naik atas bersihkan diri terus tidur. Esok pergi kerja kan?"
Aku mengangguk. Tenang hati mendengar suara lembut abah.
"Dah solat?"
Digangguk lagi kepala. Kemudian, aku mengatur langkah bukan ke arah
tangga,melainkan ke arah kedua ibu dan abahku. Aku menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan ibu tapi diabaikan olehnya.Menyakitkan juga. Aku memutuskan
untuk bersalam dengan abah sahaja. Tangan kedutnya dikecup dengan penuh makna.
Lama. Tangan abah pula tidak berhenti mengusap kepalaku yang berlapik tudung
sambil tersenyum tipis.Aku akan berusaha menjaga mereka walaupun melibatkan
pertumpahan darah sekalipun.. Aku berjanji...

PAGI ini aku harus bangun awal untuk ke tempat kerja. Setelah semuanya
selesai,aku mengatur langkah menuruni tangga untuk bersarapan. Perkara pertama
yang dilihat adalah abah yang sedang meminum kopi sambil mata kushuk melihat surat
khabar.
"Pagi abah!" Sapaku ceria apabila punggung sudah duduk dikerusi. Perkara
kedua dilihat pula adalah nasi lemak kesukaanku yang tersusun rapi bersama cucur-
cucur yang lain diatas pinggan. Aku tersenyum lebar. Tangan pantas mengambilnya.
"Wah! Nasi lemak. Lama tak makan nasi lemak!" Bungkusan nasi dibuka lalu
dengan lafas bismillah,nasi lemak itu disuap ke mulutku. Sedap!
" Sedapnya! Pandai abah pilih nasi lemak." Pujiku menunjukkan tumbs up
tepat pada wajahnya. Abah ketawa kecil. Surat khabar itu ditutup rapi sebelum kaca
matanya ditanggalkan.
"Memang lah sedap. Air tangan abah lah. Abah yang buat sendiri untuk
anak kesayangan abah ni." Ucapnya membuatkan mataku berbutang bulat. Tidak
percaya abah yang buat ini sendiri.
"Abah yang buat? Patutlah sedap. Boleh buka kedai ni,bah." Abah tertawa
kecil mendengar gurauanku sebelum kepala digeleng.
"Abah dah tak ralat. Dah tua. Anak abah sorang ni lah yang kuat lagi buat
kerja. Siap ada kedai sendiri lagi." Kunyahanku terhenti. Apabila telinga mendengar
yang abah dah tak ralat,dah tua. Terus hati rasa sebak. Itu lah kelemahan aku.
"Jadi anak yang berjaya,ya. Nanti bila mak atau abah dah tiada,tak dak
sapa nak jaga anak abah. Cepat-cepat khawin,ye?" Abah sempat lagi bergurau
sedangkan air yang bertakung di kelopak mataku hampir tertumpah. Aku tertawa kecil.
Siapalah jodohku? Aku belum ada keinginan untuk berkhawin walaupun sudah
mencecah umur 30 tahun.
Aku tidak menjawab soalan abah. Ruang makan menjadi sunyi seperti tiada
penghuni. Abah menatapku.Melihat anaknya ini melahap nasi lemak sehingga tiada
sisa.
AKU sudah tiba dikedaiku dihantar oleh abah. Awalnya aku menolak kerana
ingin pergi bersama Aisyah.Tapi abah semakin merenggek kepadaku tanpa kuketahui
kenapa. Dan aku relakan. Bila menatap bangunan kedaiku yang tidak seberapa besar
dan kecil ini,sudah 5 tahun aku beroperasi di kedai itu. Titip peluhku tidak sia-sia
selama ini.
Banyak juga kenangan yang diperoleh disitu. Sangat tidak dapat dilupakan. Nafas
dilepas kasar sebelum pintu yang dikunci terbuka. Salam diberi terlebih dahulu. Lantak
ah, sapa nak jawab salam aku.
Keadaan kedai sedikit berserelak. Aku melipat lengan baju sehingga ke siku lalu
memulakan aktivitas mengemas sebelum pelanggan yang lain masuk. Nak tahu tak
kedai ni kedai apa? Kedai ni adalah kedai bunga bercampuran dengan kedai buku
ditingkat atas. Sebab itu dua tingkat. Amat memenatkan kalau bangunan dua tingkat ini
dibersihkan seorang diri. Tapi tak mengapa. Aku jenis tak nak menawar orang untuk
bekerja denganku. Aku lebih suka seorang diri. Faham?
Abah juga tidak bersetuju kalau aku kerja berseorang diri. Dia tidak mahu aku
keletihan. Mahu sahaja dia menyuruh anak kepada adiknya untuk menolongku tapi
kedegilanku semakin menguasai sehingga abah terpaksa ikut kemahuanku. Jangan
kata aku anak derhaka,okey?
Aku tidak tahu datang dari mana kesepahan ini. Mungkin aku tak sempat kemas
sebab terlalu penat? Tipulah,aku boleh saja tidur dekat kedai sebab ada bilik khas
untukku berehat kalau dah sarat sangat dah. Tapi...tak mungkin ada orang menceroboh
masuk ke dalam? Semua bahagian tingkap dan pintu sentiasa dikunci. Entahlah,aku
malas ingin berfikir. Buat tambah penat otak!
"Assalamualaikum.." Suara merdu datang dari arah pintu kedai. Aku lantas
menoleh kebelakang. Seorang wanita yang kukira lebih muda dariku tersenyum manis
apabila kakinya memapah dilantai kedaiku. Aku menatapnya tanpa kedip.
Sungguh,wanita dihadapanku ini sangat cantik dan menawan.
" Sis?"
"Yah?" Aku tersedar oleh suaranya.
"Are you okey?" Dia bertanya kepadaku kerana aku diam terkaku. Salam pun
aku lupa nak jawab. Jawab dalam hati jelah.
"Ha? Yah..i'm okey" Ucapku lalu membenarkan sedikit pakaian ditubuhku yang
sedikit kusut itu.
"Ada apa yang boleh saya bantu?" Soalku ramah. Tubuh yang sedikit
membongkok terus ditegakkan.
"Saya nak tengok-tengok dulu dekat sini sebab bunga dekat sini sangat
menarik perhatian saya." Aku tertawa kecil yang tidak seberapa kelakar. Pintu
kedaiku diperbuat daripada kaca dan sudah semestinya orang dapat melihat.
Tambahan pula, pintu aku mempunyai dua belah memang jelas nak nampak.
"Oh ya? Dekat sini banyak bunga yang subur-subur. Awak boleh pilihlah
nak mana satu" Tawarku tak lupa untuk senyuman. Abah suruh senyum nanti nampak
sombong! Wanita itu pula membalas senyuman lalu berjalan mendekati bunga-bunga
tersebut.
Aku bersedia dikuanter. Sambil itu aku menyelesaikan kerja menandakan stock
buku.
"Hmm,sis!." Panggilnya itu dari kejauhan. Lantas aku menoleh kearahnya.
Tanpa ajakan juga aku sudah berjalan kesana. Mungkin dia mahu menanyakan
sesuatu.
"Ya?"
"Ada tak bunga untuk orang sakit?" Tanyanya memandangiku. Aku terdiam.
Rasa sedih pula dihati.
"Siapa sakit?" Tanyaku perlahan.
"My friend." Jawabnya ringkas. Aku membuat mulut 'O' sahaja.
Kemudian, aku berfikir sejenak. Jari diketuk bawah dagu. Mataku berkeliling
memandang pelbagai jenis bunga dihadapan untuk dipilih yang mana yang sesuai.
"Tulip kuning"
"Tulip kuning?"
" Tulip kuning melambangkan persahabatan. Jika sahabat awak
sakit,bagilah bunga tulip kuning ni untuk menceriakannya."Jelasku sebelum
tangan mengambil beberapa batang tulip kuning. Aku yakin ia akan mengambilnya.
"Saya nak bunga ni lah." Yes! Seperti yang diagakkan olehku. Aku berjalan ke
arah kuanter untuk dibalut.
"Ada kad kecil tak?" Tanyanya. Aku mengangguk lalu mengambil kad itu di
dalam laci kuanter. Mesti dia mahu menulis sesuatu.
" Boleh saya tulis sendiri?" Mintanya membuatku nurut lalu memberikannya
kad beserta pen untuk ditulis. Mungkin dia lebih selesa menulis sendiri.
Tidak sampai beberapa minit,dia memberikan kad itu padaku laluku ambil
menyelik di tengah bunga. Tidak lama,telefonnya pula berbunyi. Dia mengeluarkan
telefon dari tote bag nya.Dia meminta diri sebentar sebelum keluar dari kedai. Mungking
hal penting. Aku tak patut tahu.
Kerana terlalu lama dia bercakap diluar,padahal bunganya sudah bersedia untuk di
ambil tuan.
Hati terdetik untuk tahu isi dalam kad itu. Mesti kata-kata yang manis dan
hormunis. Tangan gatal mengeluarkan sedikit kad itu lalu membukanya tapi aku
menghalangnya dengan plastik bunga yang kubalut tadi. Tak nak bagi kantoi. Tulisan
itu kubaca.

Hopefully get better soon.


My friend,Aisyah.

Mataku tertuju pada satu perkataan.Aisyah. Otak mula berfikir kalau Aisyah
yang kukenal...adalah temanku sendiri. Tapi hati berkata lain. Mungkin orang lain tapi
namanya sama?
" Sorry lambat.Berapa harga?." Tanyanya apabila sudah masuk ke dalam
kedai semula..Kad ditutup laju. Aku tersentak tidak sedar ketibaannya.. Nasib dia tak
nampak aku tengah baca tadi..
" RM 10 ringgit sahaja." Wanita itu mengeluarkan uang berwarna merah lalu
memberikan kepadaku. Aku pula memberikannya sekuntum bunga mawar buat friend
nya . Seperti menukar barang pulak!
"Terima kasih. Datang lagi"
"Sama-sama"

Anda mungkin juga menyukai