Anda di halaman 1dari 201

#GìlaBayangS1

#By Natalia Aivy Dibit


#Part 1~39 completed

Berkarisma dan segak. Namun, sejauh mana ia mampu menyamai sifat sebenarnya?
Berselindung disebalik wajah tampan, ada sesuatu yang tak diduga dan membuat hati
tertanya, benarkah dia begitu?

Nerina Ash, seorang pengusaha kek dari rumah. Wanita yang tak pernah kenal erti
putus asa, siang malam bekerja dan menyiapkan tempahan demi menampung perbelanjaan
harian. Namun, dia juga sama seperti wanita lain. Punya hati dan perasaan ingin
disayangi dan dicintai. Nerina hanya mampu memendam rasa. Tak mungkin baginya untuk
dicintai. Sibuk dengan perniagaan hingga lupa, dia juga wanita yang mahu berhias
dan kelihatan cantik.

Kehadiran jejaka berwajah kacukan Irish-Pakistan mengubah kehidupannya 360 darjah.


Entah apa yang jejaka itu mahu darinya seakan mendera perasaan dan keinginannya.

"Kalau padi, katakan padi, tidak aku ternanti-nanti."


"Apa dia?!"
"Eh, tak. Saya baca ni ada post di Facebook, pantun orang post."

Ikuti Gila Bayang yang akan membuat anda mengetap bibir dan menahan perasaan. Pasti
anda merasa geram dengan permainan jejaka Irish-Pakistan terhadap gadis naif
seperti Nerina.
📚💟

Stephen Hawks

Semuanya berubah bila aku menerima satu tempahan kek dan dessert table dari sebuah
syarikat untuk meraikan hari jadi pengarah mereka. Nervous jangan cakaplah. Selama
sebulan aku siapkan tempahan, aku hanya gentarkan satu perkara. Bagaimana kalau bos
mereka tak suka apa yang aku sediakan? Tapi aku berlagak tenang. Yakin aku boleh
lakukan.

Tempahan kek 3 tingkat, cupcake 2000 biji, miller crepe 3 jenis, fruit parfait dan
lain-lain lagi. Memang membuatkan aku rasa nervous tak sudah. Apa tak, aku hanya
seorang homebaker. Kakitangan tak cukup. Jadi aku buat keputusan untuk meminta
bantuan rakan baikku yang juga mahir dalam pembuatan pastri.

Tiba hari yang dinantikan. Guess what? Aku tak pernah jangka akan siapkan desert
table for huge crowd. Semua orang yang hadir sangat berprofil tinggi. Smart attire.
Terasa kerdil diri ini. Aku cepat-cepat siapkan tugasan ku dan segera beredar.
Balik rumah aku gementar memikirkan apa feedback mereka.

"Calm down, Nerina. They will love it! Kita dah buat yang terbaik."

Pesanan dari Flora membuatku senyum. Yes, kami dah buat yang terbaik. 3 tiers cake
dengan 3 jenis kek berbeza. Its vanilla, chocolate and salted caramel. Terbayang
aku kek itu collapse atau sebagainya. Tapi aku cuba menepis. Dah cukup stabil aku
pakukan kek tu, mustahil akan collapse. Aku berseloroh sendiri. Jadi aku buat
keputusan untuk tidur. Daripada aku semakkan fikiran dengan kerisauan yang tak
sudah-sudah lebih baik aku berehat.

Aku terbangun bila menerima satu panggilan telefon. Aku terkejut bila yang
menelefon itu adalah setiausaha syarikat itu yang menguruskan segala tempahan. Aku
telan air liur. Takutnya!

"Hello, Miss Nerina." Lembut suaranya dihujung talian.


"Hello, ya saya." Aku cuba kawal nada gementat.
"Miss, thank you very much. Our boss loved all the dessert. Good job! Dia bukan
jenis yang suka makan kek, tapi baru hari ini saya nampak dia nonstop makan kek
yang miss buat. He really loved it. Not too sweet and he fall in love dengan rasa
creamy but light from your cake. He would like to meet you in person. Kalau miss
tak keberatan boleh datang ke jamuan kecil di pejabat esok for lunch."
"Really?! Oh my god nervous saya ingin tahu feedback. Thank you very much.
Tomorrow? Lunch time?"
"Yes, saya tunggu miss di lobi. Around 12 mid day."
"Yeah sure. I will be there."
"Thank you miss sudi terima pelawaan our manager."
"My pleasure."

Talian dimatikan. Ya Tuhan! Jantung aku semakin berdegup kencang. Entah mengapa
ringan mulut aku menerima pelawaan dari mereka. Memikirkan aku ini jenis sempoi,
tiada pakaian yang sesuai untuk hadir majlis mereka. Malunya! Apa aku nak buat?
Baju tak ada yang sesuai! Aku gementar sampai lupa maklumkan hal itu kepada Flora.
Flora banyak membantuku. Aku mencapai telefon bimbit dan memaklumkan pada Flora.
Nampaknya dia juga gembira dengan berita yang ku sampaikan.

"Flora, teman aku ke jamuan tu esok ya. Kita pergi sama-sama."


"Isshh! Tak nak aku. Malu!"
"Flora, sekejap saja. Temankanlah. Aku dah terlanjur kata ya tadi."
"Siapa suruh kau setuju. Lain kali jual mahal sikit."
"Macam mana juga dah aku terlebih excited. Jomlah kita pergi sama-sama. I promise.
Sekejap saja."
"Baiklah. Esok jam 11 aku ke rumah kau. Kita pergi sama."
"Thank you Flora. Thats why I love you."
"Yelah."

Aku menghela nafas lega. Ada juga teman aku untuk ke jamuan. Aku melihat jam. Jam
menunjukkan pukul 6 petang. Lama juga aku tertidur. Perut pun dah terasa lapar. Aku
bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan tubuh. Siap mandi, aku bersiap
dan mengeringkan rambut. Perut mula bermain okestra tanda sudah lapar minta diisi.

Aku menuju ke dapur. Membuka peti sejuk, mencari-cari apa yang boleh dimasak dan
dimakan. Mengeluh berat. Kosong. Satu demi satu rak dapur ku buka. Kosong. Mengeluh
lagi. Nampaknya aku kena ke pasar raya terdekat untuk membeli barangan dapur. Aku
mencapai kunci kereta dan bersiap untuk keluar.

"Get out from my house you moron!"

Mak ai! Terkejut aku dengar pekikan suara wanita dari hadapan rumahku. Aku tak
berapa kenal siapa penghuninya sebab jarang ada di rumah. Aku lihat ada sebuah
kereta BMW M3 biru gelap dan sebuah Mini Cooper berwarna merah. Dalam kesamaran
cahaya aku nampak ada sesusuk tubuh melangkah ke arah kereta BMW M3 dan terus masuk
memecut laju keretanya.

"Laki bini kot bergaduh." Bisik ku dalam hati. Aku buat tak tahu dan pantas masuk
ke dalam kereta Alza kepunyaanku. Ini sahaja yang aku mampu selama aku berniaga kek
ini. Hasil 5 tahun aku bertungkus lumus. Syukur atas rezekinya.
Aku memandu ke pasaraya Bataras Hypermarket. Memang ramai orang dan pasaran ini
memang jadi tumpuan penduduk sekitar tempat tinggalku. Tidak jauh dari situ, aku
melihat kereta BMW M3 sebentar tadi berhadapan dengan keretaku. Aku terkejut.

"Takkan kereta yang sama." Bisik ku dalam hati. Ku melihat ada seorang jejaka
keluar dari kereta tersebut.

Segak bergaya dengan seluar slack hitam dan kemeja biru laut. Lengan dilipat hingga
paras siku. Butang atas kemeja dilepaskan tanpa tali leher. Rambut kemas dengan
potongan back hair combed dan nipis di bahagian kiri dan kanan kepala. Berjambang
dan bermisai namun tipis dan kemas. Aku menelan air liur. Orangnya sangat tampan
dan menggugat jiwa. Tanpa ku sedari aku terpana seketika. Dia melangkah masuk ke
dalam pasaraya.

"Isshh, laki orang." Bentakku dalam hati membuatku sedar semula dari lamunan. Fuh!
Semangat harus kuat! Jangan jadi "ngokngok" menyondol kebun orang.

Tanpa membuang masa walau sudah habis hampir seminit dua kerana terpana dengan
kekacakan jejaka itu, aku melangkah masuk ke dalam pasaraya bersama troli membeli-
belah. Aku terus menuju ke arah bahagian bahan mentah dan basah.

Aku terkedu bila melihat jejaka tadi sedang memilih udang dibahagian makanan basah.
Tekun benar ekspresi wajahnya. Entah mengapa aku tak boleh mengalihkan
pemandanganku dari menatapnya. Auch! Ekor udang mencucuk jarinya. Dia terkejut
pantas mengetap bibirnya. Aku pun secara spontan turut mengaduh dan menyeringai
kesakitan. Pasti sakit! Dia melepaskan udang itu dan memeriksa jarinya. Oh, poor
guy, nasib tak berdarah. Dia pantas berjalan ke arah sinki yang tersedia dan
mencuci tangan.

"Shit punya udang!"

Dia memaki. Dia berdiri benar-benar hampir denganku. Suara dia amatlah seksi dan
menggugat jiwa. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangan ke arahku dengan dahinya yang
berkerut. Alamak! Apa aku nak buat ni? Malunya, sekarang ketahuan sudah aku
merenung dia dari tadi! Aku menjadi semakin gementar saat dia melangkah semakin
hampir. Gulp! Aku menelan air liur. Matilah!

"Excuse me, saya nak ambil tisu."


"Oh, sorry, sorry."

Aku terus mengalihkan tubuhku yang menghalang tempat untuk mengambil tisu
mengeringkan tangan. Dia mencapai tisu dan mula mengelap jari-jemarinya. Aku mula
melangkah mahu berlalu dari situ.

"I nampak. You curi pandang I."

Langkahku terhenti. Gulp! Aku menelan air liur. Terkejut dan malu. Dia nampak ke
aku perhatikan dia dari tadi? Alamak, malunya! Jantungku berdegup kencang.

"Kenapa pandang lama sangat? Ada apa yang tak kena?"

Suara itu semakin hampir. Aku jadi kaku. Aku menggenggam erat tali beg tanganku
yang disilang ditubuhku.

"Tiada."

Aku pantas menjawab dan berlalu. Malu jangan cakaplah. Macam nak mati aku rasa.
Jantung pun laju saja berdegup. Aku menuju ke arah makanan ringan. Saat aku mahu
menoleh, hampir gugur jantungku saat jejaka itu berdiri di belakangku dengan
senyumannya dan tangan sebelah kanan dimasukkan dalam poket seluarnya. Bungkusan
keropok yang kupegang jatuh ke lantai. Adui! Terkejut aku! Apa hal dia ni!

Dia mendekatkan wajahnya padaku. Haruman Hugo Boss menusuk kalbuku. Aku menghayati
bentuk bibirnya yang mungil dan menggiurkan. Nafasnya turun naik. Aku terkedu. Apa
yang akan terjadi? Oh Nerina! Kau sedang angau ke? Ya, memang!

"I rasa you ada tercicir sesuatu."

Dia membisikkan sesuatu ke telingaku. Aku tersedar dari igauanku. Dia tersenyum dan
menghulurkan segugus kunci kepadaku. Alamak! Sejak bila kunci kereta dan rumah aku
ni tercicir!

"Oh... sorry."
"Its okay. Nasib I yang kutip."
"Ya, kalau tak, balik jalan kaki la saya nanti."
"Tak payah jalan kaki, I akan hantar you balik."

Gulp! Aku menelan air liurku. Berdegup kencang untuk kesekian kalinya jantungku.
Renungan matanya sangat menggoda, menggugat seluruh jiwa ragaku.

"Bukan tau rumah saya. Apapun, thank you ya."

Aku berlagak angkuh. Padahal aku tak boleh menatapnya lama-lama, lemah lututku
melihat jejaka sekacak itu. Aku mencapai gugusan kunci yang dihulurnya.

"I tau. Tak jauh pun."

Lembut jari-jemarinya menyentuh hujung jariku yang mencapai gugusan kunci darinya.
Perlahan dia menarik jari-jemari itu dan menyentuhnya lembut. Aku rasa seperti mahu
pengsan di situ.

Nerina! Bangun! Jangan angau! Dia kata tak jauh? Dia tahu aku siapa? Dia kenal aku?
Biar betul!

"See you again next time. Hati-hati dan happy shopping."

Dia mengenyitkan matanya. Adoi! Cairnya aku rasa! Dia berlalu pergi dan tak menoleh
lagi. Aku jadi keras di situ. Umpama dalam mimpi rasanya. Nerina! Sedar diri! Tak
boleh jadi ni. Aku mencapai makanan ringan yang ingin ku beli serta barangan lain.
Degupan dalam dada beransur reda. Gila punya lelaki! Buat aku gementar saja!

JAM menunjukkan pukul 12 tengah hari. Aku dan Flora melangkah masuk dalam bangunan
pejabat Ujana Kewangan. Aku berlagak selamba padahal dalam hati gementar
mengalahkan nak pergi berperang. Kami menuju ke kaunter utama. Kelihatan ada
seorang wanita bertubuh tinggi lampai melangkah ke arah kami berdua. Dia mengangkat
tangan.

"Miss Nerina, how are you? Terima kasih sebab sudi datang."
"Sama-sama. Saya bawa kawan saya sekali, bolehkan? Dia pun ada tolong siapkan
dessert table haritu."
"Boleh miss, tiada masalah. Jom ikut saya. Kita ke tingkat 8 tempat jamuan dibuat."

Aku menganggukkan kepala dan membawa Flora bersamaku menuju ke tingkat 8 bersama
wanita tadi. Setibanya kami ditingkat 8, aku melihat suasana pejabat yang sunyi dan
senyap sahaja. Tiada orang kerja ke? Wanita tadi membawa kami ke satu bilik.
Apabila dibukakan pintu, aku melihat ramai manusia berpakaian formal dan kemas
sedang berdiri dan memegang gelas minuman, ada juga yang memegang pinggan makanan.
"Majlis dah mula. Jemput makan, miss. Jangan malu-malu ya. Sekejap lagi pengarah
sampai."

Aku menganggukkan kepala pada ajakan wanita itu. Malunya aku! Aku tengok diriku
sendiri yang hanya memakai seluar jeans dan baju kemeja hitam. Flora bernasib baik
kerana dia mengenakan gaun paras lutut dan menampakkan dia kemas dan formal. Aku?
Jeans, kemeja lengan pendek dan kasut sneakers jenama Everlast. Malunya!

"Miss, pengarah dah sampai. Nanti dia ada nak bagi sesuatu pada miss ya. Miss ready
saja ya."

Bagi apa pula dah! Lagi aku bertambah gementar macam nak tercabut jantung. Aku
tengok Flora selamba mengambil makanan. Ishh perempuan ni, tak tahu malu langsung!
Geram aku!

"Flora, control sikit. Kita orang asing kat sini." Aku berbisik pada Flora.
"Sudah namanya makan free, makan sajalah. Bukan diorang kenal pun kita siapa.
Peduli diorang sana."

Eh, eh perempuan ni memang muka tebal! Aku hanya mengambil segelas air sirap dan
sepotong cheese tart yang dihidangkan. Tak kemudian seisi ruang makan itu bertepuk
tangan. Aku jadi hairan. Bila aku melihat ke hadapan, tersembur cheese tart aku!
Betul ke apa yang aku nampak?! Dia buat apa kat sini?!

"Terima kasih semua. Sengaja saya suruh Atilia sediakan jamuan ringan ini kerana
saya tahu ada yang tak dapat hadir ke majlis hari jadi saya yang lalu. Selamat
menjamu selera semua."

Suara itu bergema dalam telingaku, menusuk hingga ke dasar hati. Apa semua ini?
Kebetulan atau apa?

"Sepatutnya kami yang ucap terima kasih pada Tuan sebab selalu buat jamuan begini
untuk kami."

Salah seorang pekerja bersuara. Tuan? Siapa Tuan?

"Saya anggap ini satu penghargaan buat semua. Terima kasih kerana setia bersama
saya dari company ini hampir muflis dan atas usaha anda semua, company ini berjaya
menempa nama dipasaran dunia. Tahniah!"

Seluruh ruang makan bergema dengam bunyi tepukan tangan. Aku jadi bingung. Jangan-
jangan, dia ini....

"Tak lupa juga penghargaan buat tukang buat kek hari jadi saya yang lalu. Siapa
yang ada datang majlis saya, ada rasa tak kek dan dessert yang terhidang?"
"Ada, Tuan. Selalu saya beli kek kat kedai saja. Memang jauh beza rasa dia. Buat
diri bertambah-tambah nak makan kek tu."
"Samalah kita Zali. Saya bukan penggemar makanan manis, tapi malam itu, sampai saya
nak bawa balik nak makan dirumah sambil tengok football match."

Mereka tertawa. Gembira hatiku mendengar maklumbalas itu. Terasa seperti diawang-
awangan. Terbang tinggi, menembusi awan, indahnya!

"Nerina! Nerina!"

Lamunanku terhenti saat Flora menepuk bahuku. Ish, kacau betul!

"Nerina, kau kena panggil tu! Pegi kau!"


"Pegi manakan?"
"Tu, diorang panggil kau!"

Aku mengalihkan pandangan ke arah jejaka itu yang seakan menantikan sesuatu. Wanita
yang berdiri disebelahnya melangkah menghampiriku.

"Miss, pengarah nak bagi sesuatu. Jom, kita ke depan."

Aku hanya mengekorinya. Jantungku berdegup kencang saat melihat wajah jejaka itu
semakin dekat. Gulp! Aku menelan air liur. Pandangannya terus teralih padaku. Oh,
shoot! Segaknya! Anak matanya yang biru, membuatku lemah lutut. Dia terteleng saat
melihatku, dia mengetap bibir dan mengukir senyuman. Oh, my God! Apa makna dia
memberi ekspresi begitu?!

"Miss Nerina, is it?" Aku menganggukkan kepala. Dia tersenyum.


"Terimalah hadiah dari saya. Terima kasih sebab buatkan kek dan dessert yang sangat
sedap. Vanilla memang favourite I." Aku menyambut kotak yang dihulurkan. Kotak
hitam bersaiz besar. Entah apalah isinya.
"Terima kasih, Sir."
"Jangan panggil saya Sir. I ada nama. You bukan employee I nak panggil I Sir."

Matanya merenung tajam ke arahku. Aku menelan air liur. Jari-jemarinya menyentuh
jariku yang menyambut kotak yang dihulurkan. Kenapalah dia ni menggoda sangat?
Adui!

"Call me, Stephen. Stephen Hawks."

Stephen. Yes, itulah nama dia. Jejaka berwajah kacukan, berjambang tipis dan segak
yang membuatku hilang kawalan saat melihatnya. Dia mengenyitkan matanya padaku.
Alamak, malunya aku!

"Enjoy your lunch. See you again."

Nerina! Sudah! Jangan angau! Dia laki orang! Aku teringat akan insiden rumah yang
berhadapan denganku. Ish! Dah tentulah itu isteri dia! Tak apa, minat boleh, jangan
melampau! Tapi tetap tak boleh! Nerina!
.

BAB 1

"'Cause I wanna touch you, baby


And I wanna feel you, too
I wanna see the sunrise and your sins
Just me and you
Light it up, on the run
Let's make love, tonight
Make it up, fall in love, try

But you'll never be alone


I'll be with you from dusk till dawn
I'll be with you from dusk till dawn
Baby, I'm right here...."

Alunan syahdu Dusk Till' Dawn nyanyian Zayn Malik dan Sia mengisi seluruh ruang
bilik. Stephen bangkit dari katil, merenung ke arah wanita yang terbaring di atas
katil. Nyenyak sungguh dia tidur. Stephen mencapai tuala yang terletak di atas
katil lalu melilitnya mengelilingi pinggang.

Stephen keluar ke beranda luar bilik. Dia mendongak melihat langit. Kosong dan
gelap. Tiada bintang malam ini. Tanpa sengaja, pandangan dialihkan pada beranda
rumah yang berada di hadapannya. Kelihatan seorang wanita sedang duduk dengan gaun
tidurnya. Wanita itu duduk bersilang kaki sambil membaca buku. Entah mengapa
Stephen rasa tertarik mahu menatapnya.

Wanita itu perlahan mengubah posisi tubuhnya. Saat itu kelihatan dengan jelas
bahagian kaki dan pahanya membuatkan jantung Stephen berdegup kencang. Wanita itu
menggeliatkan tubuh, seraya itu tali gaun tidurnya terlurut ke lengan. Stephen
menelan air liurnya. Saat wanita itu bangun, ikatan rambutnya terlepas. Rambutnya
yang panjang dan ikal mayang itu terlepas dari ikatan dan mengurai. Saat dia
tunduk, terserlah tarikan wajah wanita itu. Stephen terpana seketika. Wanita itu
melangkah masuk ke dalam biliknya dan menutup sliding door. Degupan jantung Stephen
bertambah kencang saat wanita itu melepaskan gaun tidurnya dan melangkah ke arah
katil lalu lampu ditutup, seluruh ruang bilik itu gelap. Stephen mengetap bibir.

"Baby..."

Stephen terkejut saat ada suara lembut menyapanya. Terasa hangat tubuhnya dirangkul
erat dari belakang. Nafas itu terasa hangat bertiup di cuping telinganya.

"You tak tidur lagi?" Lembut suara itu bertutur.


"Tak ngantuk. You tidurlah dulu."
"I tak dapat tidur kalau tiada you."

Rengekan manja Gina membuatkan Stephen tersenyum. Tangan wanita itu dicapainya dan
dikucup lembut.

"I kena balik awal malam ni. Esok banyak kerja." Stephen berpaling dan merenung
wanita di hadapannya.
"Tak boleh ke you stay untill dawn baby? You selalu macam ni, datang sekejap-
sekejap saja. I sunyi."
"Sorry Gina but I need to go. Banyak lagi paperwork I belum siap."
"Yelah, baiklah. Keja you lagi penting."

Stephen mengukir senyuman. Dia mencuit hidung mancung Gina. Gina menariknya dan
mengucup lembut bibir mungil Stephen. Jejaka itu merangkul erat tubuh Gina.
Kehangatan mulai terasa.

"I call you esok, okay?" Stephen membisik ke telinga Gina. Wanita itu tersenyum,
membelai lembut wajah Stephen lalu menganggukkan kepala.

Stephen membersihkan diri. Pancuran air yang terasa hangat membasahi tubuhnya.
Fikirannya melayang mengingati susuk tubuh wanita tadi. Entah mengapa fikirannya
menerawang jauh. Stephen tersenyum sendiri. Sudah sekian lama dia tidak merasakan
perasaan begitu. 5 tahun bersama Gina, hanya wanita itu mampu menggetarkan
sanubarinya. Tapi wanita rumah hadapan itu, mampu membuatnya terbayang-bayang.

"Baby, nak I pack kan baju-baju you atau tinggal saja sini?"

Lamunannya terhenti apabila Gina menyapanya. Stephen mematikan pancuran air,


mencapai tuala dan mengelap tubuhnya. Kelihatan Gina berdiri dimuka pintu bilik
mandi.

"Ya, pack kan. Esok I nak ke dobi."


"Okay. By the way, lama kita tak bath together."
Gina mengetap bibirnya memerhatikan Stephen dari atas hingga ke bawah. Detak
jantungnya masih kekal laju apabila bersama Stephen. Jejaka itu menghampirinya,
satu kucupan hangat hinggap didahi Gina.

"I see you tomorrow, okay."

Stephen terus melangkah keluar dari bilik mandi. Gina mengeluh. Entah mengapa dia
merasakan Stephen tidak lagi seperti dahulu. Kekasih hatinya itu banyak berubah.

"Baby..." Gina memanggilnya lembut.


"Yes?" Stephen mula menyarungkan bajunya.
"You banyak berubah...."
"Gina, kita dah pernah discuss pasal ni, kan?"
"Ya, I know, but...."
"Dulu yalah, I takda kerja, selalu ada masa dengan you, you pun belum jadi model
masa tu, kita banyak masa bersama. Now, its different. Takkan sama lagi. You pun
selalu ke oversea, I pun selalu kena attend meeting sana sini. Kita semakin mature,
so kena tahu erti responsibility."
"Sorry..."
"Harap lepasni, you tak bangkitkan lagi isu berubah-rubah ni. Kalau ikut I, you pun
banyak berubah berbanding dulu. Kalau tak, takkan you sanggup...."
"Stephen!"

Stephen merenung ke arah Gina. Wanita itu mula mengalirkan air mata. Stephen
melangkah menghampirinya. Dia membelai wajah Gina. Wanita itu mula menangis
teresak-esak.

"I need to go. See you tomorrow." Kucupan hangat hinggap didahi Gina buat kesekian
kalinya. Wanita itu hanya tunduk, menahan perasaan. Melihat Stephen berlalu pergi,
hatinya sendu. Jejaka itu banyak berubah.

Stephen melangkah keluar menuju ke keretanya. Melihat rumah berhadapan dengannya,


Stephen tersenyum sendiri. Wanita itu mula menggugat sanubarinya. Nombor plat
kereta wanita itu ditangkap lalu disematkan dalam akal.

"LF 2347, maroon Alza, will keep that in mind," bisik Stephen dalam hati.

FLORA melangkah masuk ke ruang rumah Nerina. Kelihatan wanita itu sedang sibuk
menguruskan tempahannya. Gigih betul dia bekerja.

"Oi perempuan. Cubalah bawa berehat."

Terhenjut bahu Nerina akibat terkejut dengan sapaan Flora. Dia mengurut dadanya.
Nerina bercekak pinggang melihat ke arah kawan baiknya itu.

"Kau kalau datang tak boleh ke bagi salam elok-elok. Nasib aku ni tiada lemah
jantung."
"Dah mula dah mak datin membebel."
"Yalah, membebel la aku ini."
"Banyak lagi ke tak siap? Ni banyak-banyak Victoria slice cake dengan kek lapis ni,
siapa juga jutawan yang order ni."
"Ish kau ni, kan aku ada buat promo. Jadi banyaklah order masuk."
"Syukurlah rezeki kau Rina."
"Syukur kepada Tuhan, Flora."
"Mari sini aku tolong pack. Kau ni pun, boleh tak next time kau kunci grill depan
tu, bahayalah. Ni nasib aku yang masuk, kalau orang lain? Kena kidnap kau nanti,
aku yang susah hati. Dahlah bebeh, suka betul tak kunci pintu."
"Apa dia? Aku salah dengar ke? Apa?!"
Flora buat muka menyampah. Nerina sudah tersengih-sengih memandangnya. Dia akui,
wanita bernama Nerina, memiliki rupa paras yang cantik, namun entah mengapa wanita
di hadapannya itu tak suka berhias, asyik-asyik pakai pakaian yang sama. Sudah puas
dia menasihati, namun keras kepala.

"Bebeh bah, bebeh!" Flora bersuara lantang membuatkan Nerina ketawa. Nerina
mencubit pipi gebu Flora.
"Thank you, darling!" Nerina mengenyitkan mata, Flora menjeling.
"Mulalah tu nak menggedik."
"Bukan selalu..."

Mereka ketawa bersama. Flora membantu Nerina untuk membungkus potongan kek lapis
dan Victoria Classic Slice Cake.

"Eh, ni aku nak tanya," kata Flora.


"Apa dia?"
"Siapa jiran depan rumah kau tu yang ada Mini Cooper merah tu? Macam sombong saja
gaya dia. Aku senyum tak dibalasnya."
"Entahlah, Flora. Aku pun tak kenal. Dia selalu tiada dirumah tu. Ni baru ada,
nanti tak lama, hilang lagi."
"Oh, kerja offshore kali sebab tu selalu outstation."
"Malas aku nak ambil tau. Tengok gaya dia pun macam bukan kerja biasa-biasa. Apalah
juga aku ni, buat kek saja. Jadi tak layak bergaul dengan dia."
"Dei, tolonglah Rina. Bisnes kau ni, kalau kau serius dan bawa keluar dari sini,
boleh berkembang tau. Kau saja tak mau!"
"Aku bukan apa, Flora. Tak berani aku pertaruhkan wang untuk sewa kedai. Nanti
semua harga kek terpaksa naik untuk cover sewa kedai. Ni buat kat rumah, lebih
senang. Senang aku nak rehat bila penat."
"Yalah kan, betul juga. Lagipun rumah ni kau tak bayar apa-apa."
"Ini sajalah peninggalan orang tua aku, Flora." Sebak menyelubungi hatinya. Nerina
menundukkan wajah.

Flora mengusap lembut belakang tubuh Nerina saat mendengar nada suara wanita itu
yang mula bertukar sayu. Nerina mengangkat wajahnya, bibir mengukir senyuman. Flora
memeluk sahabat baiknya itu.

"You're not alone. I'm here for you, babe."


"Thank you, babe. Kau sajalah tempat aku berkongsi kasih. Dahlah tak laku, takda
boyfriend."
"Elehh! Kau saja tu yang memilih, jual mahal. Bebeh lah katakan."
"Bebeh la sangat."

Mereka ketawa bersama. Terisi kesunyian dalam dada Nerina setiap kali bersama
sahabat baiknya itu.

MARK melangkah masuk dalam ruang pejabat Stephen. Kelihatan jejaka itu sedang duduk
dan menaip dengan ekspresi wajahnya yang berkerut dan serius. Mark menghampiri
jejaka kacukan Irish-Pakistan itu.

"Lunch time dah masuk ni. Mari pegi makan." Mark menyapa dan mengambil tempat untuk
duduk di hadapan Stephen.
"Kau pegilah dulu, aku nak siapkan ni dulu."
"Atilia cuti ke?"
"Eh, mana ada! Ada juga dia tadi, kau tak nampak ke?"
"Dah tu, kenapa kau saja yang buat kerja? Apa guna pembantu kau tu?"
"Aku lebih suka buat sendiri."
"Entah apalagi aku nak buat supaya kau ni sedar diri yang kau tu bukan lagi pekerja
biasa. Kau tu pengarah syarikat. Paperwork, jadual, kiraan bajet semua tu Atilia
yang urus. Ni aku tengok perempuan tu lenggang kangkung mak eloi-eloi ja pegi
kerja. Bayar gaji mahal, satu apa pun tak pandai buat."
"Mark, dia tu, ada kaitan dengan keluarga aku. Takkan aku nak buang dia."
"Kait tak kait, kalau tak pandai buat kerja, takkan nak simpan juga? Membazir duit
syarikat bayar gaji dia."

Stephen ketawa melihat ekspresi wajah Mark yang menahan geram. Ada sahaja yang dia
tak puas hati dengan Atilia.

"Dia tu memang tak tau buat kerja tapi segala phone call, meeting, majlis makan-
makan, dia yang tolong urus. Kira ok lah tu."
"Tiada maknanya. Sama juga!"
"Kau ni kenapa geram sangat dengan dia tu? Ka sebab dia tolak cinta kau?"

Mark terdiam. Stephen mentertawakannya. Mark mendengus geram. Boleh pula kawan
baiknya itu mentertawakannya.

"Mana ada!"
"Mark, ingat aku tak tau ke sejarah kau dengan Atilia?"
"Diam!"
"Aku nasihatkan kau, nak bawa awek dating, jangan bawa masa lunch. Bawa dinner atau
minum petang. Apalah kau ni."
"Alar, kau dulu dengan Gina pun, masa kita praktikal dulu, kau bawa keluar masa
lunch juga. Aku belajar dari yang pakar okay, yang pakar itu kau!"
"Itu 5 tahun dulu, zaman lain. Sekarang zaman perempuan semua high standard. Zaman
perempuan pandai cari duit sendiri."

Mark mendiamkan diri. Geram rasanya bila Stephen mentertawakannya.

"Tuan Stephen, meeting hari ni jam 3 ya."


"Thank you, Atilia. You tak lunch ke tadi? Awalnya masuk office."
"Saya bawa bekal dari rumah, makan kat pantri saja."
"Oh, okay."

Mereka dikejutkan dengan sapaan Atilia dimuka pintu pejabat. Mark tidak berani
berpaling.

"Tau kecut. Tu dah depan mata, pegilah tegur. Tengok, dia hormat aku lagi tau.
Panggil aku Tuan. Kau? Haram!"
"Diam!"

Stephen ketawa besar melihat wajah Mark yang bertukar merah padam. Jejaka itu
mendiamkan diri sambil memeluk tubuhnya. Mark mendengus geram.

GINA menandatangani kontrak perjanjian di hadapannya. Impian menjadi kenyataan. Dia


menarik nafas panjang. Tak sabar rasanya mahu menyampaikan khabar gembira itu
kepada Stephen.

"Lot kedai akan jadi milik kamu mulai hari ini. All the best, Miss Gina."

Gina tersenyum puas. Melihat ruangan kedai yang disewanya, dia mula membayangkan
perniagaan yang bakal dia usahakan itu. Inilah hadiah ulangtahun ke-5 hubungannya
dengan Stephen. Sudah lama mereka impikan untuk memiliki perniagaan kafe dan
bistro, akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Gina menghela nafas panjang. Sejak dari tadi dia
menunggu panggilan telefon dari Stephen.

"Mesti dia lupa harini anniversary!" Gina mendengus geram. Dia membuang telefon
bimbitnya ke dalam beg tangan. Gina bingkas bangun dan melangkah keluar dari lot
kedai dan menguncinya.

Langkah diatur menuju ke restoran berhampiran untuk mengisi perutnya yang lapar.
Pandangan matanya teralih pada dua orang wanita yang membawa kotak kek dan beberapa
bungkusan plastik.

"Nerina! Ingat tak datang harini. Syukurlah. Customer ramai tanya takda kek ke
harini."

Gina mencuri dengar perbualan mereka. Gina mengamati wajah wanita itu, seakan biasa
dilihat tapi entah di mana.

"Sorry lambat kak. Tunggu customer datang collect kek dirumah."


"Tak apa. Dah meh sini, akak susun dalam tempat kek tu. Duduk minum dulu, nanti
kita kira."
"Terima kasih, kak."

Melihat kek yang disusun dalam cermin kaca, Gina menelan air liurnya. Nampak sedap!
Gina memanggil pelayan restoran.

"Dik, saya nak try kek tu."

Gina menunding jari ke arah kek yang dipamerkan. Pelayan restoran itu menganggukkan
kepala.

"Minum tak order, miss?"


"Oh, lupa. Nak Iced Latte satu."
"Okay, miss. Tunggu sekejap ya."

Gina menganggukkan kepala dan tersenyum. Tak sabar rasanya mau menikmati kek itu.

"Rina! Rina!" Flora menampar-nampar lengan Nerina.


"Adui! Sakitlah! Apa dia?!"
"Tu, tu perempuan tu. Dialah tu yang aku cakap tadi pagi!"
"Mana?!" Nerina mencari-cari wanita yang dimaksudkan Flora.
"Tu!"
Pandangan dialihkan ke arah yang dimaksudkan.
"Dah tu kenapa? Biarlah dia. Tak kacau kita pun."
"Mentang-mentang cantik, orang kaya bawa Mini Cooper, sombong!"
"Ishh kau ni. Tak baik cakap macam tu. Manatau muka dia memang macam tu. Apa orang
panggil tu, resting bitch face?"
"Ha'ah, resting bitch face."
"Dah, tak payah sibuk hal orang. Kalau dia sombong, takdanya nak makan kat restoran
biasa, mesti makan kat hotel punyalah. Dah jangan membawang, buat hal sendiri
sudah."

Flora mencebikkan bibir. Begitulah Nerina, susah dibawa bergosip. Orangnya sentiasa
positif dan tidak suka mencampuri urusan orang lain.

Gina menyuapkan kek ke mulut. Dia mengetap bibir, mengelap tepi mulutnya yang comot
dengan krim keju kek Tiramisu.

"Sedapnya! Ni kalau bawa Stephen datang sini bukan dia mau, dia paling tak suka
makan kek!" Gina berbisik dalam hati. Perlahan dia menyedut minumannya dan
menyambung lagi menikmati kek Tiramisu dihadapannya.

"Rina! Dia makan kek kau." Flora merangkul lengan sahabat baiknya itu.
"Syukurlah, rezeki kita."
"Uishh, menikmati sungguh rupanya."
"Suka makan kek kot. Tiramisu dengan Iced Latte, memang coffee lover la dia."
"Ha'ah. Coffee addict."
"Dah nanti dia perasan pula kita tengok-tengok dia."
"Nak bawa bergosip pun susah."

Flora menjeling. Nerina menggelengkan kepala sambil ketawa melihat gelagat sahabat
baiknya itu. Ada-ada sahaja isu yang mahu diketengahkan oleh Flora. — with Eyka
Zulaikha A. Hamid.

BAB 2

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Stephen menggeliatkan tubuh, melepaskan keluhan


berat. Matanya melihat sekeliling. Kosong. Hanya tinggal dirinya sahaja. Stephen
mengetuk-ngetuk bahunya yang terasa lenguh akibat terlalu lama menaip.

"Lama tak check Facebook." Bisiknya dalam hati. Pantas jari-jemarinya mencapai
tetikus komputer dan melayari laman web Facebook.

"Dah berkurun aku pakai gambar ni, nak tukarlah." Stephen menukar profile picture.
Menggantikan gambar bersama Gina dengan gembira dirinya sendiri ketika berada di
England.

Stephen terkejut saat melihat ruangan People You May Know. Wanita itu, bergambar
bersama kereta Alza merahnya LF2347. Ya, wanita di hadapan rumah Gina. Biar betul?
Stephen tersenyum gembira. Dia meninjau akaun Facebook wanita tersebut.

"She looks sweet, nice smile. Nerina Ash, who are you? Let me see." Stephen
mengetap bibir.

"Simple. Humble. Post pun biasa saja. Oh, woa! Shes a baker!" Stephen kagum melihat
hasil tangan wanita yang mencuri perhatiannya.

"Single? Yes. Friend? Banyak gambar dengan seorang perempuan saja. Family? Hurmm."

Jarinya ligat memeriksa satu demi satu gambar Nerina. Stephen terkedu saat membaca
post Nerina yang bertarikh 23 Mac 2010.

"Tuhan lebih sayangkan kalian. Damailah di sana. Baby akan selalu rindu mama dan
papa. Sekarang tinggal baby sendirian, baby tak tau nak buat apa. Baby baru 20
tahun, ma, pa."

Stephen membuka ruangan komen. Hatinya terkedu membaca komen rakan Facebook Nerina.
Hatinya tertarik pada keratan akhbar yang diletakkan diruangan komen. Keratan
akhbar kemalangan melibatkan kereta pacuan 4 roda dan lori kayu balak. Stephen
meraup wajahnya.

"Nerina..." Lembut nama itu terucap dibibir. Detak jantungnya berdegup kencang.
Entah apa yang ada pada wanita itu yang membuatnya tertarik ingin mengenali lebih
dalam.

Stephen menekan butang "Add Friend". Dalam hati berharap semoga Nerina menerima
tawaran sebagai rakan Facebook. Stephen pantas membuang semua gambarnya bersama
Gina kerana khuatir gara-gara gambar itu, Nerina tidak mahu berkawan dengannya.
"Okay, settle!" Stephen tersenyum.

GINA terkedu saat melihat akaun Facebook Stephen. Pelbagai persoalan muncul dalam
akalnya.

Stephen menukar dan menghapuskan semua gambar mereka bersama. Gina bingkas bangun
dari sofa berlari ke biliknya. Melihat cermin di hadapan, Gina menyeka airmata yang
mulai mengalir deras.

"Why?!" Seluruh ruang bilik bergema dengan suara nyaring Gina. Gina mendail nombor
telefon Stephen namun tiada jawapan. Whatsapp juga tidak dibalas.

'Where are you?!'

Bergegar tangan Gina menaip satu persatu huruf dan menghantar pesanan pada Stephen.
Gina membuka akaun Facebook Stephen, melihat ruangan komen pada gambar terbaru
Stephen. Ramai yang meletakkan komen. Membaca komen mereka membuat darah Gina
menyirap.

'Welcome back, King! Single already?'


'Home King home! Solo move!'
'King without Queen!'
'Wheres G, King?'
'Solo King!'
'Home sweet home Stephen! Welcome back solo!'
'Lookin' good man without a Queen.'

Gina mendengus geram. Dia mendail lagi telefon bimbit Stephen namun tiada jawapan.

"Stupid!" Gina menjerit sekuat hati. Dia mencapai beg tangannya pantas meninggalkan
rumah, memandu ke rumah Stephen. Hati semakin panas dan masih terkejut dengan apa
baru berlaku dilaman Facebook Stephen.

Gina menerima banyak respon melalui Messenger dan Whatsapp bertanyakan status
hubungannya dengan Stephen membuatkan Gina tambah naik angin.

"Ini ka hadiah anniversary kau, Stephen?!"

Gina memukul stereng keretanya. Geram dengan tindakan Stephen yang drastik itu.
Gina terkedu saat menerima satu panggilan telefon dari Mark. Dia menghentikan
kereta dibahu jalan.

"G, mana kau?"


"Driving ke rumah Stephen."
"G, kau ada buka FB? Kenapa laki kau tu tiba-tiba begitu? Kau ada baca status dia
baru buat?"
"Tiada. Aku nampak dia tukar profile picture saja. Dia buang semua gambar kami."
"Itulah aku hairan. Kamu ada masalah ka G?"
"Tiada Mark. Apa status baru dia?"
"Dia post, 'When you hide all your dirt that made me can't breathe easy.' G, betul
bah kamu dua tiada masalah? Jarang Stephen mau buat gaya begitu."
"Stupid!"

Gina mematikan talian telefon. Gina meraung sekuat hatinya. Mengapa baru sekarang
jejaka itu mahu membalas dendam padanya? Stephen! Gina memecut laju ke rumah
Stephen. Airmatanya tak mampu berhenti mengalir. Mengenangkan sebuah kisah silam
yang membuatkan jejaka itu berubah dengan sangat drastik. Gina menyeka airmata
dipipi.
STEPHEN merebahkan tubuh di atas sofa. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Perutnya juga
sudah berokestra minta diisi. Dia bingkas bangun menuju ke dapur, membuka peti
sejuk dan mencapai sebiji epal.

Stephen kembali ke sofa. Tangannya ligat memeriksa telefon pintarnya. Dia mengeluh
hampa. Belum ada respon dari Nerina. Dia membuka komen yang ada di gambar barunya.
Stephen menggelengkan kepala.

"Bila sudah biasa berdua, once aku letak gambar sendiri, post sikit benda pelik-
pelik, semua ingat aku ada masalah dengan Gina. Dah agak lama aku bersama dengan
Gina. Kadang aku inginkan ruang dan masa aku sendiri. Setiap hari aku cuba mencari
kemanisan cinta itu seperti dulu tapi hampa. Aku sendiri tak tahu apa patut aku
lakukan." Stephen bermonolog dalam hati.

Baru sahaja dia mahu bangkit dan naik ke tingkat atas, loceng pintu berbunyi.
Stephen mengeluh. Dia dapat mengagak siapa yang datang. Segera dia mendapatkan
pintu. Benar tekaannya. Wajah wanita itu masam mencuka dan merah padam. Matanya
bengkak dan sudah semestinya baru lepas menangis.

"Wheres you phone?!" Bergema satu ruang tamu dengan pekikan wanita itu. Stephen
hanya mendiamkan diri.
"I tanya, mana your phone?!"
"Sedang charging, habis bateri tadi." Stephen cuba mengelakkan diri.
"What the hell are you doing, ughh?!"
"Buat apa?"
"Your Facebook account. How dare you! You tau tak berapa ramai follower I, PM tanya
pasal kita, komen everything and you rasa apa patut I jawab?!"
"Biarkan sajalah. They are not your family so tak perlu jawab. Simple."
"What happen to you?!" Airmata Gina mula mengalir.
"Sepatutnya I yang tanya soalan tu pada you. Kenapa datang tiba-tiba nak terpekik
terlolong macam ketahuan I curang?!"
Gina terdiam. Stephen merenungnya tajam.

Stephen melangkah ke arah sofa dan merebahkan tubuhnya. Gina naik berang. Boleh
pula teman lelakinya itu buat tak tahu dan berpura-pura bodoh.

"Jangan buat bodoh bila I tanya and try to discuss dengan you, Stephen."
"Nak discuss apalagi?"
"Apa masalah you ni?!"
"5 years and its faded, G."
"What?!" Gina menekup mulutnya. Stephen bangkit kembali dan merenung wanita di
hadapannya.
"I dah lama bersabar. I cuba usahakan tapi ianya tidak spark macam dulu. Bila I
dengan you, I cuma rasa macam ada ka tiada ka, tiada beza. I need my own time and
space."
"Sampai... hati you cakap... macam tu!"

Gina melangkah menghampiri Stephen, dia membelai wajah jejaka kesayangannya itu.
Stephen hanya membiarkan. Gina meraung dan memeluk Stephen. Dia tak menyangka itu
semua akan keluar dari mulut Stephen.

"Ini ke.. cara you nak.. balas dendam?" Bergetar suara Gina. Stephen hanya
mendiamkan diri.
"You should know why I tak trust you lagi and why I berubah."
"I already said I'm sorry...."
"Sorry saja tak cukup, G. Tak cukup. Dalam sangat luka you bagi I sampai I tak
nampak apalagi yang tinggal untuk you. I try, G. I try. Tapi tak dapat. Its faded
and gone."
"No, no baby no! Say you love... me one more time.... baby....!"
Gina mengucup bibir Stephen namun jejaka itu hanya mendiamkan diri. Gina menangis
semahunya, memeluk Stephen erat.

"Don't do this... to me..." Gina merayu, tubuhnya bergetar.


"G... we need to separate for awhile."
"No...."
"I mean, I need my own space and time, G."
"Baby.... I'm sorry!" Gina meraung sekuat hati. Terasa lemah seluruh tubuhnya.
"Hit me, if itu boleh kembalikan you yang dulu!" Gina mencapai tangan Stephen dan
memukul wajahnya.
"Stop it, G! I bukan jenis lelaki macam tu! Jangan jadi bodoh!" Stephen menarik
tangan Gina.
"Harini anniversary kita ke 5..."

Gina tunduk menangis semahunya. Stephen mengetap bibir. Dia lupa akan tarikh hari
ini. Patutlah Gina meroyan semacam. Stephen menghela nafas panjang. Pasti hati
wanita itu amat terluka dengan tindakannya. Stephen membawa Gina untuk duduk di
atas sofa. Wanita itu hanya menurut.

"I... I lupa." Akui Stephen.


Gina menganggukkan kepala. Perlahan dia mengangkat wajahnya.
"Beri I satu lagi peluang..."

Gina menggapai jari-jemari Stephen, meramas dan menggenggamnya erat. Gina bangkit
dan mengambil tempat untuk duduk di atas pangkuan Stephen. Stephen menolak namun
wanita itu memeluknya erat.

"G... please don't do this."

Gina meletakkan jari telunjuknya dibibir Stephen. Stephen hanya mendiamkan diri.
Gina membuka satu persatu butang kemeja Stephen sambil menyeka airmata dipipinya.
Stephen menghalang namun wanita itu tidak berputus asa. Gina menanggalkan cardigan
dan baju nipisnya, membawa tangan Stephen ke dada.

"My heart cuma ada you... only you."

Gina merangkul leher Stephen erat, mengucup lembut leher dan perlahan ke cuping
telinga Stephen.

"G... don't do this."

Gina tidak mengendahkan permintaan Stephen. Setiap kali tangan Stephen mahu
menolak, Gina akan melawan sekuat hati.

"I know your weakness." Gina berbisik sambil tangannya mula ligat bermain. Stephen
menarik nafas panjang.

Kehangatan malam itu makin terasa. Tewas buat kesekian kalinya. Walau dia berusaha
mahu melawan namun dia gagal. Wanita itu berjaya menakluki keinginannya.

Stephen bangkit bangun, membiarkan Gina tertidur di atas sofa. Stephen melangkah ke
bilik mandi dan membersihkan diri. Keluhan maha berat dilepaskan.

"Kau dayus. Baru sentuh sikit sudah weak. Lawan sikit bah Stephen. Sampai bila kau
mau macam ni? Kena ikat kena control. Kau ada perasaan bah bukan patung. Selama ni
ada dia hormat kau ka? Kau ikut saja apa dia mau. Bagus kalau dia bini kau, boleh
terima jugalah. Ini setakat girlfriend. Kau bilang faded, faded. Tapi dia goda
sikit terus kau weak. Bangunlah, sedar. Kau pun mau juga rasa dicintai, disayangi,
dihormati kan? Ramai lagi orang lain bah. Kau ingat lagi tu perempuan yang buat kau
rasa happy balik dan senyum sendiri macam jatuh cinta pandang pertama? Lama sudah
kau tiada perasaan teruja begitu, kan? Bangunlah, sedar. Last sudah ni kali ya.
Last! No more! Biarlah dia, dia model bah, ramai laki mau dia. Kalau nda, dia nda
curang sama kau dulu, kan? Fikirlah bagus-bagus ya."

Seakan ada sesuatu yang berbisik dalam hatinya membuatkan Stephen terasa seperti
baru bangkit ke alam nyata. Stephen mematikan pancuran air yang membasahi tubuh.
Dia melihat diri dalam cermin. Perlahan dia meraup wajahnya.

"Nerina..." Nama itu lembut meniti dibibir. Stephen tersenyum sendiri. Angau! Gila
bayang! — with Eyka Zulaikha A. Hamid.

BAB 3

GINA menggeliatkan tubuh. Melihat jam pada telefon pintarnya, dia terus bangkit.

"Damn it! Dah pukul 11 pagi." Gina bangkit dan menyarungkan bajunya. Mencari-cari
kelibat Stephen namun tak kelihatan. Keluhan maha berat dilepaskan.

"He left me alone again and again. Its okay. Satu hari, dia akan datang dan melutut
dikaki aku." Gina mendengus geram. Dia segera ke tingkat atas untuk membersihkan
diri.

STEPHEN menghirup air kopi perlahan. Terasa segar seluruh tubuhnya. Kelihatan Mark
melangkah masuk dalam ruang pejabatnya. Wajah lelaki itu masam mencuka.

"Apa kes kau dengan Gina?" soal Mark.


"Nothing," jawab Stephen selamba sambil menikmati kopi hangatnya.
"FB kau tu apa? Macam ada masalah saja. By the way aku call Gina semalam, dia cakap
dia on the way ke rumah kau. Hopefully dia selamat sampai sebab aku try call balik,
dia off handphone."
"Shes fine. Agaknya dah bangun dah sekarang."
"Syukurlah. Aku bukan apa, aku dah anggap kau dengan Gina macam family aku sendiri.
Risau aku."
"Ya aku tau sebab kau yang kenalkan aku dengan Gina dan kau juga yang satukan kami
berdua." Lantang Stephen bersuara membuatkan Mark terkejut.
"Lain macam mood kau harini. Ada apa-apa ke? Cuba cerita."
"Entahlah. Susah aku nak cakap."
"Jangan pendam, bro. Cuba luahkan."
"Macam mana aku nak cakap. Aku dah takda feeling untuk Gina lagi."
"What?! Biar betul bro?!"
"Aku dah agak kau akan terkejut sebab tu aku malas nak cerita." Stephen menghirup
lagi kopinya.
"Takkan semudah itu bro! Kamu dah lama sama-sama. 5 tahun dah!"
"Masa bukan penentu, bro. Aku mula hilang perasaan tu setahun yang lalu. Aku selalu
cuba spark back the love tapi takda feel bro. Serius aku cakap. Kosong."
"Bro, kenapa boleh jadi macam ni? Kau ada orang lain ke?"
"Entahlah Mark. Mungkin dah tiba masanya aku melangkah sendiri. Dah terlalu lama
aku hidup berpasangan. Semua kehidupan aku dikongkong, dikawal dan diperhatikan.
Aku perlukan ruang sebab tu aku tak suka Gina jadi model dulu. Aku yakin akan jadi
macam ni. Privasi aku hilang. Semua digadaikan di media sosial, newspaper,
majalah."
"Bro, bawa bersabar ya. Kau pun tahukan. Gina sayang kau sangat-sangat. Takkan kau
nak kecewakan dia."
"Sayang? Sayang apa kalau dia sanggup tipu aku setahun yang lalu? Itulah salah satu
sebab feeling aku faded, Mark."
"Apa dia buat?!" Mark seakan tak percaya.
Stephen merenung Mark tajam. Berat hatinya mahu menceritakan masa lalu itu. Sakit
rasanya menelan hakikat. Namun dia terpaksa.
"One year ago, aku fly ke KL sebab nak lamar dia. Malam aku nak lamar dia, I
received one Messenger kata she's with someone else di Ritz Carlton. So I go there.
Konon nak surprise kan dia, aku yang surprise. She's with someone."
"Itu ja ka? Kawan dia kot!"
"Kepala hotak kau kawan sampai berpeluk, bercium, dia pegang pinggang Gina masuk
lif dan naik ke bilik. Kawan?!"
Mark menekup mulutnya, terkejut dengan kenyataan itu. Stephen hanya mendiamkan
diri.
"Bukan tu saja. Aku dapat video theres one lady PM aku di Messenger. Video Gina
having beautiful and sweet time with that guy on bed. That sound she made, sama
dengan sound when she with me. My future wife having sex with other guy and he
recorded it untuk jatuhkan Gina. Siapa yang cover semua tu? Aku! Dan baru aku tau,
perempuan yang selalu Messenger aku tu, wife kepada lelaki tu. Dia jumpa video tu
dalam Ipad husband dia dan dia mula cari tau tentang Gina sampai jumpa FB aku dan
try contact aku."
"Oh my God, Stephen! Kenapa kau tak pernah cerita?!"
"Sebab aku tak nak jatuhkan maruah Gina."
"Stephen... why?!"
"Sebab aku tahu, Gina sayangkan aku. Even dah faded feeling aku, aku usaha untuk
kembalikan feeling tu. Dia lost banyak job bila lelaki tu mula pecah tembelang,
ramai tak nak ambil dia lagi. So I bring her to Singapore. Cuba nasib di sana."
"Stephen, kalau aku, aku tak mau dah tengok muka dia! Tapi kau?!"
"Aku usaha, Mark. Tapi tak dapat. Aku dah tak teruja macam dulu bila dengan dia.
Seolah-olah macam aku dengan dia untuk have fun dan make love saja. Aku tak mahu
bagi dia harapan lagi."
"Kau kena belajar menolak dan say no, bro. Kalau tak selamanya kau akan kecundang
dalam game dia. Jangan sampai dia sengaja bagi diri dia mengandung lepastu kau tak
boleh lari dah, bro. Kau kena bertanggungjawab."
"I know," jawab Stephen.
"I hope everything will be okay," kata Mark sebelum dia berlalu pergi untuk
menyelesaikan tugasnya.

Stephen melepaskan keluhan maha berat. Matanya beralih pada bingkai gambar
berukuran 4R di atas mejanya. Wajah seorang wanita berumur dan dirinya. Stephen
mengukir senyuman. Wanita itulah tempat dia mengadu keluh kesahnya.

GINA memandu ke pejabat Stephen dengan harapan Stephen mahu makan tengah hari
bersamanya. Sesampainya dipejabat, Gina disambut oleh Atilia yang cuba menahannya
kerana Stephen sudah berpesan dia tidak mahu diganggu buat seketika.

"Miss, sorry, Tuan Stephen tak mahu diganggu," kata Atilia sambil menahan Gina.
Gina terkejut dengan tindakan penolong pengurus Stephen itu.
"You siapa nak halang I?" Gina mengerlingkan mata dan terus berlalu tanpa
menghiraukan Atilia. Atilia mulai khuatir Stephen akan naik berang.
"Apa yang important sangat sampai you tak mahu diganggu?" Gina memeluk tubuhnya
sambil merenung tajam kearah Stephen yang sedang duduk dan menaip tugasannya.
Atilia memerhatikan dari pintu pejabat.
"Atilia! Berapa kali saya nak cakap, saya tak mahu diganggu!" Stephen meninggikan
suaranya.
"Maafkan saya, Tuan Stephen. Saya dah cuba tapi..." Atilia menjawab dengan nada
suara terketar-ketar.
"Dia tak salah. I yang insist nak masuk." Gina mengambil tempat duduk dihadapan
Stephen.
"Atilia, back to work!" Bergema seluruh pejabat dengan suara garau Stephen.
"Baik..." Atilia berlalu dengan perasaan terkejut dia dibentak sebegitu oleh
Stephen.

Gina merenung jejaka dihadapannya. Stephen hanya mendiamkan diri. Sakit hatinya
diganggu ketika dia sedang sibuk menyiapkan tugasan.

"You nak apa datang sini?" soal Stephen.


"Nak bawa you lunch," jawab Gina selamba.
"I dah makan tadi."
"I nak bawa you ke satu tempat. Sepatutnya I nak surprise kan you semalam tapi tak
menjadi."
"Apa dia?" soal Stephen. Selama mereka bersama tak pernah Gina memberikannya
kejutan.
"You kena ikut I baru you tau." Gina menggenggam erat jari-jemari Stephen. Jejaka
itu hanya mendiamkan diri.
"I busy ni banyak kerja." Perlahan Stephen melepaskan genggaman tangan Gina. Wanita
itu tersentap. Rasa tergugat dalam hatinya. Stephen sudah jauh berubah.
"Please, kali ini saja. I promise lepasni takkan ganggu you kerja lagi." Gina
merentap kembali jari-jemari Stephen. Jejaka itu melepaskan keluhan maha berat.
"Okay, fine. I drive." Stephen bangkit berdiri dan berlalu bersama Gina. Wanita itu
tersenyum riang pantas merangkul lengan Stephen.

Atilia bangkit berdiri sebagai tanda hormat saat melihat Stephen melangkah keluar
dari ruang pejabatnya. Stephen melihat kearah adik sepupunya itu, rasa kasihan
mulai timbul teringat dia meninggikan suara sebentar tadi. Atilia hanya menundukkan
wajah tak berani untuk memandang Stephen.

Stephen mencapai telefon pintarnya dari dalam poket seluar. Dia menaip teks
Whatsapp dan menghantar pada Atilia.

"Dik, sorry ya abang marah-marah tadi. Angin nampak Gina datang. Jangan sedih ya,
senyum sikit. Habis kerja nanti kita pegi makan sushi ya."

Stephen tersenyum. Dia sudah menganggap Atilia seperti adik kandungnya sendiri.
Atilia memerika telefon pintarnya saat menerima mesej itu. Dia mengukir senyuman.
Rasa lega dalam hati abang sepupunya itu tidak lagi marah padanya.

"Senyum-senyum, buat kerja."


Atilia terkejut saat ditegur oleh Mark. Dia mencebikkan bibir.
"Kau rasa kau comel sangatlah buat bibir macam tu, hah?" Mark menghampiri Atilia.
"Kau mau apa?" soal Atilia lalu melabuhkan punggung diatas kerusi kerjanya.
"Amboi, sombongnya tune suara! Kau ingat kau lawa sangat?" Mark terus-menerus
mengganggu Atilia.
"Sudah cara saya bercakap macam tu, mau buat macam mana lagi?"
"Perempuan macam kau ni, sombong! Sampai bila-bila pun takkan ada orang mau!"

Mendengar bentakan dari Mark, Atilia bangkit berdiri. Dia merenung wajah jejaka
dihadapannya. Atilia tak sanggup lagi berhadapan dengan jejaka angkuh seperti Mark.
Dia berlalu pergi ke tandas, menekup wajahnya menahan tangis. Entah mengapa hatinya
tersentuh dengan perbuatan Mark. Hangat terasa pipinya dibasahi airmata.

"Atilia..." Salah seorang staff cuba menahan Atilia namun wanita itu terus berlalu.
Semua staff melihat kearah Mark. Mark terkedu.

"Bro, janganlah buat Tilia macam tu. Kasihan dia. Dia perempuan, sensitif sikit."
Salah seorang staff lelaki menegur Mark. Mark mendiamkan diri. Perasaan bersalah
mula membelenggu dirinya.

"Nak mengusik pun agak-agaklah. Kasihan Tilia. Bukan dia tak buat kerja, banyak
kerja Tuan Stephen dia tolong siapkan. Kalau bukan sebab Tilia, takdalah acara
makan-makan kita." Kedengaran lagi suara salah seorang staff perempuan menegur
Mark. Tambah berat rasa bersalah dalam dada.

"Yalah, aku salah! Aku minta maaf!" Mark melaung sambil berlalu ke meja kerjanya.
"Bukan dengan kami, kau minta maaf. Minta maaf dengan Tilia, bro." Jejaka tadi
bersuara lagi. Mark mendengus geram.

Egonya tercabar. Mark menanti Atilia keluar dari tandas namun tidak juga kunjung
tiba. Dia mula merasa risau. Mark melangkah menuju kearah tandas. Perlahan pintu
diketuk namun tiada jawapan.

"Tilia, buka pintu. Saya minta maaf." Mark mengetuk lagi namun tiada respon.
"Tilia, saya minta maaf. Jangan macam ni. Lama sangat dah kau kat dalam." Perasaan
risau mula menyelebungi diri. Mark menguatkan ketukan pintu.

Tak lama kemudian pintu terbuka perlahan. Muncul Atilia dengan wajah pucat dan
sembam. Mark terkejut. Itulah kali pertama dia melihat Atilia tanpa secalit solekan
pada wajah. Atilia hanya mendiamkan diri.

"Tilia, saya minta maaf," rayu Mark.


Atilia berlalu sambil mengelap wajahnya dengan tisu ditangan. Mark mengekorinya
dari belakang dengan harapan Atilia memaafkannya. Wanita itu melabuhkan punggung
atas kerusi.

"Tilia..."
"Saya nak buat kerja, jangan ganggu."

Mark tersentap dengan jawapan Atilia. Melihat wajah sembam Atilia, dia tahu Atilia
baru selesai menangis dan menanggalkan solekan pada wajahnya. Itulah kali pertama
dia melihat Atilia dalam keadaan sedemikian rupa. Selalunya mereka hanya akan
bertengkar kata dan berakhir begitu sahaja. Tak sangka pula hari ini Atilia mudah
benar terasa.

"Janganlah marah-marah."
Atilia mengerlingkan mata. Mark tersentap sekali lagi. Geram betul rasa dalam hati
namun ditahan.
"Hari ni, semua orang nak marah-marah. Semua nak maki hamun, jerit sana sini. Ingat
saya ni apa, takda perasaan ka?"
Mark terkejut mendengar jawapan Atilia. Wanita itu menyeka airmata dipipi. Timbul
rasa sayu dalam hati Mark. Itulah kali pertama dia melihat Atilia menangis.
"Bergurau ja pun," kata Mark.
"Bergurau pun main kasar, siapa tak terasa."
"Sensitif betul, period ka?"

Atilia mendengus geram. Sakit hatinya melihat wajah Mark. Jejaka itu selalu
memperlekehkannya. Entah dimana salah silap dia sendiri tidak tahu. Atilia bangkit
berdiri dan mencapai beg tangannya.

"Saya ambil half day. Nanti saya call Tuan. Bye."

Mark terkejut dengan tindakan Atilia. Wanita itu berlalu kearah lif. Semua staff
yang berada di situ terkejut dengan tindakan Atilia. Mark mengurut dahinya. Hatinya
merasa tak tenang.

"TADAA!" Gina mendepakan tangan dan membawa Stephen masuk dalam lot kedai yang
telah dia sewa. Stephen terkejut.
"Apa semua ni?" soal Stephen.
"Hadiah anniversary kita, baby. Kita akan buka cafe and bistro yang kita impikan
selama ni! You like it? Besarkan ruang kedai ni?"
"What?! Cafe?! Bistro?! What are you talking about?!" Bergema suara garau Stephen
dalam lot kedai itu. Gina terkedu. Melihat perubahan wajah Stephen, dia menghela
nafas panjang.
"Baby, this is our dream. 5 years ago, masa mula-mula kita bersama. Tak ingat ke?"
Gina melangkah perlahan menghampiri Stephen.
"Our dream? Atau your dream?"
Gina terkedu mendengar soalan Stephen.
"You buat semua ni ada bincang dengan I? Mana you dapat duit untuk semua ni?" soal
Stephen dalam nada tegas.
"Baby, you ingat I tak mampu ke?!" herdik Gina.
"Duit job you? Modelling? Dari dulu I tak suka apa you buat tapi you teruskan
juga."
Gina menekup wajahnya menahan tangisan. Dia terduduk di atas kerusi yang berada
dalam lot kedai itu.
"Stop semua ni, kalau you nak teruskan, boleh. Tapi I tak mau terlibat. It all
yours."

Stephen membuat keputusan tanpa memikirkan apa-apa. Dia tidak mahu mengikat apa-apa
harapan dan impian bersama Gina lagi. Kali ini dia harus memberanikan diri dengan
mengatakan tidak. Kelihatan Gina menyeka airmata dipipi sambil mengukir senyuman.

"Its okay. One fine day, you akan menyesal."


Gina merenung kearah Stephen. Jejaka itu hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.
"I will not regret anything. Rasanya I dah explain dengan cukup jelas semalam,"
kata Stephen.
"Wow, Stephen Hawks! Wow! You're great!"
Gina bangkit berdiri dan bertepuk tangan. Bergema seluruh ruang dengan bunyi
tepukan Gina. Airmatanya tidak berhenti mengalir.
"Stop all this crap, Gina."
"What are we? Friends with benefit? Just for fun? Sex?"
Stephen hanya mendiamkan diri.
"Answer me!" Bergema suara Gina. Stephen merenung kearahnya.
"You seduce me."
"What?! Dayus! I hate you!" Gina menghampiri Stephen dan mahu menampar jejaka itu
namun sempat dihalang.
"Sedar diri Gina. Kau dah takda tempat dalam hati aku." Stephen menghempas tangan
Gina dan mengundur beberapa langkah sebelum berlalu pergi.
"Stupid!" Gina meraung dan terduduk menekup wajahnya.

Stephen melangkah keluar namun terhenti saat melihat sesusuk tubuh yang dia kenali
disebuah restoran yang berada tak jauh dari lot kedai yang disewa Gina.

Wanita itu memakai kemeja-T dengan jeans dan memakai kasut sneakers Everlast.
Rambutnya diikat kemas. Kelihatan dia sibuk menyusun bungkusan roti dan kotak kek.
Stephen melangkah menghampiri restoran itu.

"Rina, bawak-bawaklah berehat ya. Kasihan akak tengok Rina ni. Carilah pekerja
tambahan atau kerja dengan akak saja. Buat roti dengan kek untuk kedai akak ni."
"Kak, bukan saya tak mahu tapi saya selesa begini. Maaf ya kak, harini lewat lagi
hantar kek."
"Eh, tak apa Rina. Ni duitnya ya. Terima kasih banyak-banyak Rina. Takda roti dan
kek kau ni, tak jalan bisnes akak."
"Eh, jangan cakap macam tu kak. Rezeki kita kongsi-kongsi. Saya jalan dulu ya kak.
Ada lagi tempahan nak siapkan."
"Hati-hati balik ya."
"Baik, kak."

Wanita itu berlalu dengan memasukkan hasil wang jualannya dalam beg yang disilang
ke tubuh. Melihat betapa kusutnya wanita itu, jiwa Stephen tersentuh. Stephen
mengekorinya dari belakang. Wanita itu menuju ke bank berhampiran. Dia menuju ke
kaunter dan mengira hasil jualannya, bibir tersenyum gembira. Jurubank mengira
kembali dan menghulurkan sekeping resit.

"Nerina, kuatnya kau bekerja. Apalah sangat hasil niagamu itu tapi senyuman dibibir
itu membawa sejuta makna. Nerina."

Stephen bermonolog sendiri. Dia hanya mampu memerhatikan wanita itu dari jauh.
Entah bila dia akan berpeluang mahu mendekati wanita itu. Wanita yang berjaya
mencuri hatinya. — with Eyka Zulaikha A. Hamid.

BAB 4

"Nerina Ash..."

Nama itu meniti dibibir Stephen. Stephen melihat wanita itu berlalu pergi. Jiwanya
meronta mahu mendekat namun harus ditahan. Masih banyak perlu diselesaikan. Stephen
menghela nafas panjang.

Stephen mencapai telefon pintarnya untuk menghubungi Atilia. Kasihan adik sepupunya
itu, pasti dia terasa akibat ditengking siang tadi. Belum pun sempat dia mendail,
panggilan masuk dari Mark muncul di skrin telefon. Stephen terus menjawab.

"Hello," jawab Stephen.


"Hello, kau di mana?"
"Paragon. Ada urusan sekejap. Kenapa?"
"Assistant kau lari. Merajuk. Period kali balik macam tu saja. Dia ada inform kau?"
"Aik, kenapa dia? Tiada dia inform."
"Manja betul. Ni kerja dia tinggal sapa mau settle kan?"
"Alar, biarkanlah ja dulu. Esok pun boleh siapkan. Due date lama lagi. Kenapa
Atilia tiba-tiba balik? Ka kau ada buli dia ni? Cakap betul-betul Mark. Atilia
bukan jenis hati tisu melainkan dia sudah sampai kemuncak mahu meletup."
"Mana ada apa-apa."
"Macam aku tak tau perangai kau tu. Kasar cara kau dengan Atilia. Ingat Mark,
Atilia tu perempuan. Hatinya lembut dan sensitif."
"Dia nangis tadi. Yalah salah aku."
"Nah, sampai nangis Atilia kau buat?! Dia tu bukan jenis mudah menangis tau! Bagus
kau pujuk dia, Mark!" Terkejut Stephen mendengar kata-kata Mark. Kasihan Atilia.
"Yalah, nanti aku pujuk. Macam mana aku nak pujuk kalau dia dah lari balik rumah."
"Aku bawa dia dinner malam ni, di Senkawa Japanese. Makan sushi. Dia tu suka sushi.
Jomlah join sekali."
"Eh, segan aku. Nanti tambah dia mau mengamuk nampak aku."
"Apa nak segan. Datang sajalah. Jam 7 macam tu."
"Baiklah, nanti aku datang."
"Macam tulah baru gentle. Nanti aku inform Atilia."
"Baiklah."

Talian dimatikan. Stephen menggeleng. Ada saja masalah mereka berdua itu. Stephen
terus menghubungi Atilia namun tiada jawapan. Hatinya mula risau. Stephen mencuba
lagi namun sama juga, tiada jawapan. Langkah di atur menuju ke kereta. Stephen
terus memandu ke rumah Atilia.

Sesampainya di rumah Atilia, kelihatan Honda HRV berwarna hitam milik wanita itu
ada di perkarangan rumah. Stephen meninjau sekeliling. Dia menarik nafas lega saat
melihat Atilia sedang duduk di laman rumah. Stephen segera mendapatkannya.

"Kenapa di sini? Tak pandai call?"

Atilia terkejut mengurut dadanya saat disapa Stephen. Dia menarik kerusi
disebelahnya untuk memberi ruang Stephen duduk.

"Habis bateri tadi. Tengah charging," jawab Atilia sayu.


"Oh, patutlah call tak dapat. Kau ok ka ni?"
"Ok."

Jawapan ringkas dari Atilia itu tidak dapat memuaskan hati Stephen. Dari raut wajah
itu ada sesuatu yang disembunyikan.

"Ceritalah. Jangan simpan sendiri," pujuk Stephen.


"Eh, macam mana abang tau saya disini?" soal Atilia, cuba mengubah topik perbualan.
"Mark yang bagitau kau balik. Apa masalah tiba-tiba balik?"

Atilia menghela nafas panjang. Sakit hatinya mengenangkan jejaka itu.

"Tiada apa-apalah, bang. Pening ja," jawab Atilia. Stephen dapat mengagak jawapan
itu tidak benar sama sekali. Dia terus menduga Atilia.
"Yaka ni? Bukan pasal Mark?"

Atilia mengerling. Sakit hatinya mengenangkan jejaka sombong itu. Sudahlah sombong,
berlagak lagi.

"Dia tu memang agak action sikit. Bercakap tak tengok keadaan tapi dia baik. Abang
kenal dia hampir 10 tahun sudah."
"Tapi tak semua orang boleh terima, kan? Dia cakap macam tu, tak tengok orang boleh
terima atau tak. Sudahlah abang marah saya sebab Gina tu tiba-tiba datang, dia lagi
menambah sakit hati. Stress tengok muka dia!"

Atilia mengomel dengan tangan memeluk tubuhnya. Muncungnya panjang sedepa. Stephen
tersenyum. Akhirnya, adik sepupunya itu meluahkan apa yang terbuku dalam dada.

"Abang minta maaf ya soal Gina tu."


"Hurmm..."
"Mark ikut kita dinner ya nanti, bolehkan?"
"Hah?! Buat apa dia ikut?!"
"Dia mau jumpa kau."
"Ah, betulkah tidak tu?!"
"Macam mana dia mau cakap sorry kalau kau terus balik rumah macam tu saja?"
"Sorry pun tak ikhlas, macam mana saya nak maafkan?"
"Mau tak mau, dia ikut ya."
"Yalah. Gina ikut?" Atilia mencebikkan bibir. Sakit hatinya.
"Jangan tanya pasal perempuan tu."

Atilia terkejut mendengar ungkapan dari bibir Stephen. Tak pernah abang sepupunya
itu membahasakan Gina 'perempuan' sebelum ini bila dia bertanya khabar.

"Kenapa?!" soal Atilia.


"Susah mau cakap. Its complicated."
"Serius?! Apa masalah?!"
"Biasalah kalau terlampau lama bersama..."
"Jangan cakap feeling abang faded?"

Stephen merenung wajah Atilia. Perlahan dia mengangguk. Atilia menekup mulutnya
seakan tak percaya.

"Oh my God. Bukan abang nak lamar dia kahwin ka?!"


"Tak jadi."
"What's the matter abang?! Sweet sangat hubungan kamu dua dulu."
"Entahlah, Tilia. Dah tak macam dulu lagi feeling ni."
"Saya doakan semua akan baik-baik saja ya."

Stephen tersenyum. Terpancar wajah risau dan terkejut adik sepupunya yang sudah
dianggap seperti adik kandungnya sendiri itu. Hanya di pejabat sahaja Atilia
memanggilnya Tuan. Luar pejabat, Atilia memanggilnya abang.

"Dah, abang balik dulu. Kita jumpa nanti jam 7 ya."


"Ok."

Atilia melambai pada Stephen. Melihat jejaka itu berlalu pergi, hatinya mulai
risau.

'Entah bagaimanalah hubungan Stephen dan Gina, harap semuanya akan baik-baik saja.'
Atilia berbisik dalam hati.

MARK melangkah masuk ke dalam restoran makanan Jepun itu. Kelihatan Atilia dan
Stephen sedang duduk di satu sudut restoran itu. Entah mengapa jantungnya berdegup
kencang saat melihat Atilia yang mengenakan blouse putih dan rambutnya terurai.
Biasanya, Atilia hanya menyanggul rambut di pejabat.

Melihat Mark yang masih tercegat, Stephen mengangkat tangannya. Mark membalas dan
melangkah ke arah meja makan mereka. Mark menghulur tangan untuk bersalaman.
Stephen menyambutnya mesra. Beralih pula pada Atilia. Wanita itu menyambut dengan
sentuhan yang maha lembut membuatkan Mark tambah gementar. Masih kelihatan bengkak
di bawah mata Atilia akibat menangis tengah hari tadi.

'Berhabis juga dia menangis sampai ketara bengkak mata. Tak pernah dia respon
sampai macam tu sekali. Betul-betul dia terasa. Sorry ya, Atilia.' Mark berbisik
dalam hati.

"So, apa tunggu lagi. Talk." Stephen memulakan bicara.

Atilia dan Mark tercengang dengan ungkapan Stephen. Jejaka itu hanya mendiamkan
diri. Dia melihat kedua wajah mereka dan tersenyum. Dia dapat mengagak ada sesuatu
yang dirahsiakan darinya.

"Saya cakap terus terang. Saya tak suka ada staff saya yang bermasam muka antara
satu sama lain. Suasana kerja jadi tak seronok. Saling bermaafan lebih baik
berbanding kita nak pertikaikan siapa salah, siapa menang, minta maaf untuk
damaikan keadaan. Buang ego."

Atilia tunduk. Mark hanya mendiamkan diri. Ada betulnya juga kata-kata Stephen.
Atilia merasa malu dengan dirinya sendiri kerana pergi begitu sahaja tengah hari
tadi. Mark pula masih dibelenggu rasa bersalah. Dia merenung Atilia yang dari tadi
hanya menunduk dan menguis jari-jemarinya.

'Comel Atilia ni sebenarnya.' Mark bermonolog sendiri. Jujur, ada satu rasa yang
timbul sejak dia mengenali Atilia. Namun, keangkuhan wanita itu membuatnya rasa
tercabar.

"Maafkan saya, Tilia. Niat saya cuma nak bergurau. Maafkan saya, ya."

Atilia tersentuh dengan permohonan maaf Mark. Dia mengangkat wajahnya. Itulah kali
pertama dia melihat renungan mata Mark sangat berbeza dari yang biasa. Jantungnya
berdegup kencang.

'Ish! Tilia! Kau lupa ke, dia yang selalu ejek dan cabar pendirian kau?!' Atilia
terkedu mendengar bisikan dalam diri.

'Tilia, dia ikhlas. Maafkan dia.' Atilia tersenyum. Ya, semua manusia layak
mendapat peluang kedua.

"Saya maafkan. Janji, jangan buat lagi." Lembut suara Atilia memaafkan.

Mark tersenyum bahagia. Dia mengangguk. Terasa lega dalam dada Atilia sudi
memaafkan dirinya. Stephen tersenyum puas melihat mereka berdua sudah berbaik.
Melihat wajah Mark, dia faham benar sahabat baiknya itu menaruh perasaan pada
Atilia dan Atilia? Belum sampai waktunya untuk dia menerima dengan baik. Mungkin
masih berbekas kekecewaan dengan kisah lalunya.

"Eh, dah lama tak buat jamuan kat office, kan?! Apakata lusa kita buat jamuan
sikit. Nanti saya order kek," kata Atilia sedang mereka menjamu makanan.
"Ok juga idea tu. Haritu kita dapat projek pun kita belum celebrate," tambah Mark
lagi.
"Korang plan saja, saya follow. Apa-apa bajet inform saja, saya sediakan," kata
Stephen. Atilia menggelengkan kepala.
"Abang, tak apa. Setakat makanan, apalah sangat. Saya boleh uruskan." Atilia
memujuk Stephen agar tidak perlu bersusah payah untuk jamuan mereka.
"Abang?!" Mark terkejut. Stephen ketawa melihat reaksi Mark.
"Kau lupa ke, Tilia ni adik aku?" soal Stephen menahan tawanya. Atilia menekup
mulut.
"Eh, yakan! Lupa. Sorry, sorry." Mark menyuap egg roll ke dalam mulutnya. Dia
tersenyum. Atilia dan Stephen ketawa besar.

Mark mencuri pandang ke arah Atilia. Inilah pertama kali dia melihat Atilia samgat
ceria dan jauh berbeza dari keadaan semasa bertugas dalam pejabat. Seakan hilang
sejuta keangkuhan Atilia. Dia wanita biasa, mampu ketawa riang dan tersenyum manis.
Lebih-lebih lagi dengan penampilan serba ringkas. Mark cuba mengawal dirinya.

Atilia terkedu saat matanya menangkap Mark merenung kearahnya. Jejaka itu menguji
pendirian diri. Atilia cuba mengawal segenap perasaan yang hadir. Perasaan
menyampah itu seolah telah hilang, tergantikan dengan perasaan aneh yang menjengah.

NERINA mengemas studio tempat dia menyiapkan segala tempahan kek. Jam menunjukkan
pukul 11 malam. Nerina menghela nafas panjang. Akhirnya semua tempahan dapat
disiapkan seperti yang telah dia rancang. Nerina tersenyum puas. Penghawa dingin
dimatikan dan dia mengangkat baldi berisi air kotoran mop ke tandas.

Nerina melangkah ke arah meja komputernya. Dia menepuk dahi bila melihat Messenger
Facebook yang berduyun masuk tanpa di periksa. Satu-persatu Messenger tersebut di
buka. Wanita dengan nama Atilia Star menghantar pesanan kepadanya. Nerina membuka
dan mula membaca.

"Hi Nerina. I want to ask if you available on next 2 day. I want to order a cake
for a small celebration at my office. Reply me when you free. Thank you, Nerina."

Jari-jemari halus Nerina mula menaip dan membalas pesanan itu. Bibirnya mengukir
senyuman. Rasa bahagia dalam hati saat menerima tempahan.

"Hi Atilia. Sorry late reply. Next 2 day will be on 14th of July right? Yes, I
available. What type of cake you want to order?"
"Thank you for replying me, Nerina. I want to order 4 types of slice cake. Pandan
Gula Melaka, Red Velvet, Classic Victoria Cake and Chocolate Cake."
"Sure. What size you want? I have 7 inch, 9 inch and 10 inch for square cake."
"I want 10 inch for all type."
"Ok. You self collect or want me to do delivery?"
"I will self collect. Send me your location, I will be there around 12 mid day."
"Ok, the total for 4 cakes, RM320. Deposit 50%, I will send you my account number."
"Ok, done deposit. I see you on 14th of July. I will call you."
"Thank you very much, Atilia."
"Most welcome, Nerina."

Nerina mencatit tempahan dalam buku notanya. Nerina mengalihkan pandangan pada
pelan binaan pada skrin komputernya.

'Syukur rezeki. Kena kerja kuat. Nak renovate lagi studio bagi besar.' Nerina
bermonolog dalam hati.

Dia bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Belum pun
sempat dia menanggal pakaian, telefon pintarnya berbunyi. Melihat skrin telefon
itu, Nerina mengeluh berat. Dia mengetap bibir, berlawan dengan perasaan sendiri.
Dia mencapai telefon pintarnya dan menjawab panggilan itu.

"Hai Rina. How are you?"


"I'm fine, thank you."
"I Whatsapp you tak balas."
"I busy tadi siapkan order."
"I see. You dah makan ke ni?"
"Dah." Nerina berbohong padahal perutnya dari tadi belum di isi.
"Ingat nak bawa you lepak Mc'D, kita supper."
"Oh, taklah, I penat ni. Esok nak kena bangun awal lagi."
"Ok, baiklah. Kalau free bagitau I ya. Lama tak jumpa you."
"Ok."

Talian dimatikan. Nerina menghela nafas panjang. Mendengar suara itu membuatnya
rasa tidak senang dan menjengkelkan. Nerina pantas membuka pakaiannya satu persatu
dan melangkah masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

STEPHEN merenung skrin telefon pintarnya. Dia merasa tidak keruan. Akaun Facebook
milik Nerina terpampang pada skrin.

'Last post update jualan 3 jam yang lalu. Kenapa friend request aku, dia tak
accept? Ke aku kena PM dia, baru dia nak accept. Eh, jangan! Kalau stranger mana
dia nak accept. Bukan dia kenal aku pun. Ish!'

Stephen mematikan telefon pintarnya. Dia merebahkan tubuh di atas katil. Siling
bilik tidur direnung. Fikirannya melayang. Hati merasa tidak keruan. Sudah sekian
lama dia tidak merasakan perasaan sebegitu. Stephen senyum sendiri.

'Gila bayang ka apa ni. Angau. Last aku rasa macam ni 5 tahun lepas. Tak lena tidur
aku. Happy dapat nampak dia walaupun sekejap tadi.'

Stephen cuba melelapkan mata untuk tidur namun tidak berjaya. Jiwanya kacau.
Stephen bangun dan mencapai jaketnya. Dia melangkah ke tingkat bawah, mencapai
kunci kereta dan berlalu keluar. Dia mahu bersiar-siar dengan harapan boleh
menenangkan fikirannya.

"Baby, let me be your man,


So I can love you,
And if you let me be your man,
Then I'll take care of you, you,
For the rest of my life, for the rest of yours,
For the rest of my life, for the rest of yours,
For the rest of ours..."

Stephen tersenyum saat mendengar lagu nyanyian Zayn Malik berjudul Let Me
berkumandang di corong radio keretanya. Wajah Nerina bermain dalam akal. Senyuman,
kekusutan rambut dan penampilan wanita itu, mencuri hatinya. Stephen mengetap
bibir, menghela nafas panjang. Dia melalui jalan yang sunyi malam itu bertemankan
langit yang dipenuhi bintang.

BAB 5

NERINA mengeringkan rambut selesai membersihkan diri. Dia melihat cermin, merenung
dirinya sendiri. Terlalu sibuk berniaga sehingga lupa menguruskan diri sendiri. Dia
memeriksa kulit wajahnya pada cermin, pori-pori sudah terbuka luas, jerawat juga
mulai timbul. Nerina menghela nafas panjang.

'Nantilah ada masa pegi facial.' Nerina berbisik dalam hati.

Melihat jam pukul 11.30 malam. Perutnya berkeroncong nyanyian okestra minta diisi.
Nerina menyarungkan kemeja-T dan seluar jeans. Mencapai beg silang dan kunci
keretanya. Dia memandu keluar dari rumah mencari kedai makan yang masih beroperasi
untuk mengisi perutnya.

'Senang cerita, Mc'D sajalah.' Getus Nerina dalam hati. Dia memandu menuju ke
restoran makanan ringan itu.

Selesai membeli, dia mengambil tempat untuk duduk di bahagian luar restoran kerana
terasa sejuk terkena penghawa dingin di dalam restoran. Nerina mulai menikmati
kentang goreng dan ayam goreng yang menjadi kegemarannya. Tangan mencapai telefon
pintarnya.

'Supper!'

Nerina memuat naik gambar makanannya di laman Facebook. Dia tersenyum. Begitulah
rutin untuk mengisi kekosongan dalam diri. Bukan mudah hidup berdikari dan
bersendirian. Namun dia berusaha menyembunyikan kesedihan itu dan tidak mahu
terlalu memikirkannya.

STEPHEN merenung langit yang dipenuhi bintang. Dia menghela nafas panjang. Tangan
mencapai telefon pintar dan memeriksa laman Facebook. Berikutan dia tiba-tiba
menukar gambar dan status, ramai rakan-rakan memberi komen dan tak kurang juga yang
menghantar Messenger bertanyakan khabar hubungannya dengan Gina.

'Itulah susah couple dengan model. Sana sini orang nak amik tau. Takda privasi
langsung.' Stephen mengomel dalam hati.

Sudah menjadi satu rutin bila dia membuka laman Facebook, dia akan mengunjungi
akaun Facebook milik Nerina. Entah bila agaknya wanita itu mahu menerimanya sebagai
rakan di Facebook.

Stephen terkejut melihat status Nerina untuk 15 minit yang lalu. Mujur saja wanita
itu meletakkan statusnya sebagai umum jadi Stephen mampu melihatnya. Stephen
tersenyum gembira.
'Now I know where are you, Nerina.' Stephen pantas memboloskan diri dalam kereta
dan memandu menuju ke destinasi yang akan menemukan dia dan Nerina. Entah mengapa
hatinya merasa sangat teruja.

'Tak dapat tegur, dapat tengok muka pun jadilah.' Stephen tersenyum sendiri.

"RINA?"
Nerina tersedak apabila melihat seorang jejaka dengan kemeja-T berwarna putih dan
seluar jeans pendek paras lutut menghampiri dan menegurnya. Di tangan lelaki itu
ada dulang makanan.

"Ingat tak mau keluar makan tadi. Sorang?"


Nerina hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Sebal rasanya melihat jejaka itu.

"Boleh saya duduk sini?"


Nerina menganggukkan kepala. Jejaka itu tersenyum dan mengambil tempat untuk duduk
berhadapan dengan Nerina.

"Makan ayam saja?" soal jejaka itu.


"Ya," jawab Nerina, malas rasanya hendak melayan jejaka yang kini sedang duduk
berhadapan dengannya.
"Macam mimpi pula dapat jumpa Rina malam ni. Lama tak jumpa."
"Ya."
"Rina apa khabar, sihat? Bisnes ok?"
"Ok, semua ok."
"Baguslah kalau macam tu. Saya di Labuan ni tak lama, ada kursus. Lepastu saya
balik Semporna lagi, training sana. Lepastu baru saya stay Labuan sambung servis."
"Oh, thats great! Good for you."
"Rina yang ajar saya supaya konsisten dengan tugas dan itulah yang saya buat
sekarang, saya dah jadi anggota tetap. Saya diserap masuk ke dalam pasukan sebab
pegawai nampak saya ada potensi sebab itu mereka hantar saya lagi untuk training di
Semporna."

Nerina terkedu mendengar ungkapan itu. Jejaka itu merenungnya. Nerina mengalihkan
pandangan. Mengenangkan memori lalu, hatinya terasa sebak.

"You said, become a firefighter, bukan saja kerana mahukan gaji dan pangkat apalagi
badan yang kuat dan tegap, walau setakat selamatkan seekor kucing yang tersangkut,
kau sudah lakukan satu tugas yang mulia. Thats what I did."

Nerina menahan sebak dalam dada. Jejaka dihadapannya mengukir senyuman.

"Saya tahu ini agak keterlaluan, but I do bring our photo with me all the time.
Masa misi menyelamat, I kept it with me, dekat my chain ID."

Jejaka itu membuka dompetnya. Nerina terkedu melihat gambar mereka berdua di dalam
dompet jejaka itu. Senyuman dan kegembiraan jelas terpancar. Nerina mengetap bibir
menahan sebak. Jejaka itu merenungnya.

"Maafkan saya, Rina. I left you behind. But I do miss you all the time. Cuma saya
tak tau macam mana nak mulakan semula."

Jejaka itu tunduk. Perasaan bersalah menghantuinya sejak 3 tahun lalu, saat dia
meninggalkan Nerina tanpa pesan. Nerina ditinggalkan begitu saja.

"Saya dah lama maafkan, Vince."

Jejaka itu terus mengangkat wajah. Lega hatinya mendengar ungkapan itu. Senyuman
diwajah Nerina membuat hati berbunga semula.
"Saya tetap doakan kau semoga sentiasa sukses. Saya doakan kau sebagai seorang
kawan," ungkap Nerina.

Vince terkedu. Itulah jurang yang terhasil akibat dari perbuatannya dahulu. Kawan.
Nerina menganggapnya hanya sebagai seorang kawan. Vince akur.

"Thank you, Rina."


"Sama-sama."

Mereka berbual kosong sambil menikmati hidangan masing-masing. Nerina tidak mahu
terus membuang Vince begitu sahaja. Jejaka itu memberikan impak yang besar dalam
kehidupannya. Cukuplah sekadar bersahabat, selebihnya biar waktu yang akan
menentukan segalanya.

LANGKAH Stephen terhenti saat melihat dua pasangan sedang berbual dan menikmati
hidangan bersama. Jantungnya berdegup kencang. Wajah wanita itu ditatap. Entah
mengapa hatinya terasa bagai dihentam dan dihempap batu besar. Sakit!

Melihat tawa riang mereka dan cara jejaka itu merenung Nerina, Stephen menahan
sakit dalam dada.

'Siapa dia?! Tiada pun gambar dia dalam Facebook Nerina! Boyfriend?! Boyfriend yang
dirahsiakan?! Kenapa tiada dalam Facebook?!' Hati Stephen membuak dengan persoalan.
Dia tidak berpuas hati. Tambah kacau jiwanya.

Selesai membeli makanan, Stephen mengambil tempat untuk duduk tidak jauh dari meja
mereka berdua. Dia memberanikan diri untuk bertindak malam itu. Dia harus tahu
siapa lelaki itu.

'Bukan dia kenal aku pun kalau aku duduk rapat dengan diorang!' Getus hati Stephen.

"Rina..."
"Ya?"
Nerina mengangkat wajahnya melihat Vince. Jejaka itu tersenyum.
"Rina masih single atau dah ada pengganti?"
Nerina tersenyum. Perlahan dia menyedut straw minumannya.
"Still single..."
Vince mengurut dadanya, lega mendengar jawapan Nerina. Masih ada harapan untuknya
kembali pada Nerina. Wanita dihadapannya itu ketawa.
"But not available..."
Vince terdiam. Gerakan tangannya terhenti. Nerina mengerling sambil menyuapkan
kentang goreng ke mulut.

Stephen terkedu mendengar perbualan mereka. Perlahan dia menyedut straw minumannya.

'Jadi ni lelaki bukan boyfriend dia? Jadi siapa? Single but not available? Apa
maksud dia?' Stephen tertanya-tanya dalam hati. Jiwanya jadi tak tenang.

"How about you? Any girlfriend?" soal Nerina.


"No. Saya tunggu Rina."
"Jangan tunggu saya, Vince. Saya tak janjikan apa-apa."
"Saya akan tunggu juga."
"Jangan salahkan saya bila nanti kau kecewa."
"Saya tetap akan tunggu."
"Ok, fine!"

'What the hell?! Hey, bro! Dah perempuan tak mahu janganlah memaksa! Annoying gila
muka dia! Apa kau fikir kau handsome Nerina boleh cair begitu saja?! Apa juga kau
ni?! Badan tegap, ketul-ketul, muka bersih, gentle la sikit. Perempuan tak mahu,
sudahlah!' Stephen membentak dalam dada. Sakit hatinya mendengar perbualan mereka.

Selesai makan, Nerina meminta diri untuk pulang. Vince bingkas bangun dan mengekori
Nerina. Tangannya memeluk erat bahu Nerina. Stephen mendengus geram melihat
perbuatan jejaka itu. Kelihatan Nerina menolak lembut tangan jejaka itu.

'Yes! Thats my girl! Jangan bagi tu lelaki sentuh kamu, Nerina!'

Stephen bingkas bangun dan mengekori mereka walaupun makanannya belum habis. Dia
khuatir jejaka badan tegap itu akan mengapa-apakan Nerina.

"Vince, saya balik dulu."


"Ok, jaga diri ya."

Nerina mengangguk. Dia mencapai kunci kereta dalam beg. Kelihatan Vince membantunya
membukakan pintu kereta. Belum pun sempat Nerina memasuki bahagian pemandu, satu
kucupan hangat hinggap didahinya. Nerina terkejut. Vince mengukir senyuman.

"Goodnight, Rina."
"Please, jangan buat macam ni lagi."
"I'm sorry. Saya dah terbiasa."
"Sekarang saya bukan girlfriend kau lagi. Kita kawan saja."
"I'm sorry."

Nerina terus menutup pintu kereta. Menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Kelihatan Vince mengurut dahinya, melepaskan keluhan maha berat. Dia berjalan
menuju ke keretanya.

'Suka hati saja cium orang! Apa punya lelaki!' Stephen mendengus geram. Namun dia
lega kerana jejaka itu bukan sesiapa pada Nerina. Dia tersenyum gembira. Peluangnya
masih cerah.

ATILIA menyusun kotak kek di atas meja yang tersedia. Tak lama lagi jamuan akan
dimulakan. Atilia tersenyum puas melihat hasil tangan Nerina Ash. Cantik dan sangat
menyelerakan.

Kelihatan staff lain mulai memasuki ruang bilik mesyuarat itu. Mereka mengambil
tempat untuk duduk. Hidangan katering juga sudah tiba. Kelihatan Mark memandu arah
untuk meletakkan segala hidangan di atas meja yang tersedia.

Mark mencuri pandang ke arah Atilia. Hari ini wanita itu nampak lain dari biasa.
Rambutnya terurai kemas dan dia menggunakan gaun paras lutut. Kebiasaannya Atilia
hanya mengenakan seluar slack hitam dan blazer beserta kemeja.

Terasa dirinya dilirik dari jauh, Atilia berpura-pura buat tidak tahu dan sibuk
menyusun hidangan pemanis mulut yang lain. Dia tersenyum sendiri. Sejak peristiwa
hari itu, lain macam sahaja Mark memandang dirinya. Jejaka itu seakan menyimpan
sesuatu yang tak terungkapkan.

"Wow, banyaknya makanan! Semua nampak sedap."

Semua staff berdiri tanda hormat saat Stephen melangkah masuk dan meninjau meja
yang menghidangkan makanan.

"Tuan, makanan dah siap. Kek dan dessert lain juga sudah tersedia," kata Atilia
saat Stephen menghampirinya.
"Atilia tak pernah mengecewakan bila bab jamuan ni. Betul tak semua?"
"Betul!" Seisi bilik mesyuarat menjawab.
"I told you." Stephen berbisik pada Atilia.
"Hurmm..." Mark berdehem sambil menekup mulutnya.

Atilia memandangnya. Stephen tersenyum sinis. Mark mengalihkan pandangan, kali ini
dia merenung tepat ke mata Atilia. Wanita itu seakan sengaja ingin menggodanya.

'Lipstick dan heels merah, gaun pendek. Sexy. Atilia, tell me, what do you want? I
will give you more than you need!' Mark berbisik dalam hati.

'Kita tengok siapa akan bertindak dulu.' Atilia mengetap bibir sambil bermonolog
dalam hati. Matanya tidak mahu berhenti merenung Mark. Jejaka itu juga sama.

Stephen tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. Dia menahan tawanya. Dia
teringat malam tadi Atilia menelefonnya.

"Bang, esok adik nak pakai baju apa ya?"


"Aik, pakai macam biasa sajalah."
"Ish, bosanlah asyik pakai slack saja!"
"Ni kenapa tiba-tiba nak ubah style ni? Nak goda Mark ke?"
"Ish, tiadalah!"
"Hahaha... mengaku sajalah. Mana dress yang mama bagi tu? Dress dari Paris yang
warna hitam sleeveless dan ada jahitan ruby kat leher tu. Kenapa tak pakai? Cantik
juga tu. Lepas tu pakai heels merah Michael Kors yang abang belikan tu."
"Eh, yakan! Betul juga! Thank you abang! Pandailah abang padankan!"
"Dah abang ni selama 5 tahun asyik ikut fashion show saja, tahulah sikit-sikit."
"Hurmmm... abang tak rindu Gina?"
"Dahlah Tilia. Abang nak tidur. Kita jumpa esok ya."
"Ok, abang."

Mark menepuk bahu Stephen. Jejaka itu terkejut.

"Kau termenung ni kenapa?" soal Mark.


"Tiadalah. Eh, jomlah makan! Lapar ni!" Stephen meraba perutnya.
"Itu yang aku tunggu dari tadi," kata Mark.

Mereka menikmati jamuan bersama. Semua staff kelihatan gembira dan berpuas hati
dengan hidangan yang tersedia. Mark menghampiri Atilia yang sedang berdiri di
bahagian pemanis mulut.

"Hey..." bisik Mark. Atilia berpaling saat mendengar Mark menyapanya. Dia mengukir
senyuman.
"Hey. Dah siap makan? You want dessert?" Atilia mempelawa Mark untuk menjamu kek
dan manisan lain. Mark tersenyum.
"You order kek apa? Menarik rupanya."
"Ada Pandan Gula Melaka, Red Velvet, Classic Victorian Cake dan Chocolate Cake.
Which one you want to try?"
"Apa sahaja yang you suka..." Mark mengenyitkan matanya. Atilia tersenyum.
"Ok, kalau macam tu, apa kata you try Red Velvet. Ini favourite I."
Atilia meletakkan potongan kek itu ke dalam piring kecil dan menghulurnya pada
Mark. Jejaka itu menyambutnya.
"Wow, sedapnya! Rasa cheese dia! Creamy and not too sweet! Mana you order?"
Atilia tersenyum melihat reaksi Mark. Jejaka itu menambah lagi potongan kek.
Terpejam matanya saat menikmati keenakan kek tersebut.
"Sedapkan? Ramai orang recommend order tempat dia. So I try lah. Sebab haritu kawan
I sambut birthday, dia order kek dari sorang baker ni. Memang super duper awesome
design dia dan rasa pun sedap."
"I pernah makan kek RV sebelum ni, memang tak boleh masuk tekak, manis dan masam
cuka tu terasa tapi yang ini, super delicious! Stephen kena try ni! Mana dia?
Stephen!"
Mark melaung memanggil Stephen yang sedang berbual dengan staff lain. Stephen
mengalihkan pandangan dan melangkah menghampiri Mark dan Atilia.
"Apa dia?" soal Stephen.
"Bro, you should try this. Sedap bro. Serious!"
"Gelojohnya kau makan! Tu krim melekat kat tepi bibir."
Atilia ketawa mendengar kata-kata Stephen. Atilia menghulurkan tisu pada Mark.
Melihat kedua belah tangan Mark yang sedang memegang potongan kek dan piring,
Atilia bertindak mengelap tepi bibir Mark. Jejaka itu terpana seketika. Terasa
lembut sentuhan Atilia. Mata mereka bertentangan. Degup jantung semakin terasa.
Atilia terhenti seketika. Bibir mungil Mark terasa dihujung jarinya. Masa seakan
terhenti seketika.
"Hurmmm! Ni suruh aku datang sini tengok drama Korea ke apa?"

Atilia dan Mark terkejut. Cepat-cepat Atilia mengalihkan tangannya. Mark pula
bertindak menyuap potongan kecil kek itu sekaligus ke dalam mulutnya. Stephen
ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Ni bro, kek ni. Kau kena try. Sedap!" Mark mempelawa Stephen untuk mencuba.
"Kau tau kan aku bukan minat makan kek. Tak pasal-pasal masuk hospital lagi nanti!
Tak ingat ke insiden hitam tu? Gila kalau ingat balik! Sakit dia boleh buat mati!"
"Try lah. Itu bukan sebab kek saja. Makanan juga bercampur-campur." Atilia memujuk
Stephen.
"Ok, baiklah. Apa perisa yang ada? Kalau lepas ni saya sakit lagi, kamu dua kena
jaga saya!"
Mark dan Atilia mengangguk.
"Yeah! Ada Pandan Gula Melaka, Red Velvet, Classic Victorian Cake dan Chocolate
Cake. Tuan nak try mana satu?" soal Atilia.
"Classic Victorian Cake tu vanilla kan?" soal Stephen. Atilia mengangguk.
"Ok, saya nak try yang itu."

Atilia segera menghidangkan Classic Victorian Cake untuk Stephen. Stephen


menyuapkan potongan kecil ke dalam mulut. Dia terdiam seketika. Atilia dan Mark
merasa cemas. Entah apa perasaan Stephen yang bukan penggemar kek itu. Selesai
mengunyah dan menelan kek, Stephen merenung Atilia. Gulp! Atilia menelan air liur
dan mula merasa risau. Mark bersedia dalam posisi mahu melindungi Atilia kerana
bila-bila masa sahaja Stephen akan mengeluarkan kata-kata tidak enak didengar pada
Atilia.

Bukan mereka tidak tahu, Stephen pernah mengalami diarrhea teruk selepas menikmati
kek dimajlis perkahwinan salah seorang staff mereka. Stephen dimasukkan ke wad
kerana kekurangan elektrolit sodium dalam badan. Sejak dari itu, Stephen tidak lagi
berani menjamah kek.

"Tuan..." Atilia memanggil Stephen.


"Bro, you okay?" Giliran Mark lagi menegur.
"Tilia, dari mana kau order kek ni?"
Stephen mengelap mulutnya dengan tisu.
"Errr... Online, dari Facebook," jawab Atilia dalam nada gementar. Tanpa sedar dia
menggenggam erat tangan Mark. Khuatir dirinya akan dimarahi Stephen.
"Bro..."

Mark merenung wajah rakan baiknya itu. Khuatir Stephen akan muntah, Mark mencapai
satu botol air mineral yang berada di atas meja bersebelahan dengan meja hidangan
kek dan menghulurkan pada Stephen. Jejaka itu menyambut.

"Siapa nama baker yang buat?" soal Stephen sambil meneguk air mineral.
"Nerina Ash," jawab Atilia. Semakin erat genggaman tangan Atilia pada Mark.
Berdegup laju jantungnya. Dia sudah bersedia untuk dimarahi.
Mendengar jawapan Atilia, Stephen tersedak dan tersembur air mineral yang baru
sahaja diteguknya. Dia terbatuk kuat. Atilia dan Mark saling berpandangan. Atilia
menghulurkan tisu dan Stephen menyambut. Dia mengelap mulutnya. Jari-jemarin
menutup semula botol yang berada dalam tangan. Dia kembali merenung Atilia.

"Tempah untuk birthday saya tak lama lagi. Tahun ini saya nak buat besar-besaran
sempena genap usia saya 30 tahun. Saya nak kek 3 tingkat dengan perisa berlainan.
Ingat, tempah dengan Nerina Ash saja. Saya tak mahu baker lain. Jangan pula kamu
tempah dari kedai atau mana-mana hotel. I want her cake, only her cake, understand?
Mark, tolong Atilia uruskan majlis tu. Anything about budget, inform me."

Stephen mengambil sepotong lagi Classic Victorian Cake dan menyuapnya ke mulut
sebelum berlalu pergi.

'Kek sudah kurasa. Sedap! Nerina, kau memang berbakat. Kau buat aku jadi gila
bayang tambah lagi hasil air tanganmu yang sedap itu, aku jadi lagi jiwa kacau.
Argh! Tambah gila aku dibuatnya! Kau buat aku mula menyukai kek! Kau tau tak kalau
aku alergik dengan kek?! Nerina, kau umpama magik yang merubah pendirianku!'
Stephen berbisik dalam hati sambil mengunyah dan menikmati kek hasil air tangan
wanita yang mencuri hatinya.

Atilia dan Mark saling berpandangan. Terkejut dengan reaksi Stephen. Mark
mengalihkan pandangan pada tangannya. Tergenggam kemas jari-jemari Atilia. Mark
tersenyum. Kalau boleh, dia tidak mahu melepaskan genggaman itu.

Atilia terkedu saat tersedar jari-jemarinya menggenggam erat tangan Mark. Pipinya
bertukar menjadi merah menahan malu. Perlahan dia melepaskan genggaman itu namun
Mark menariknya semula. Atilia bertambah rasa malu. Dia menundukkan wajahnya.

"Let it be. I suka macam ni," bisik Mark.

Atilia tersenyum.

BAB 6

NERINA baru sahaja selesai mengemas studio keknya. Dia mendapat panggilan dari
Atilia. Cepat-cepat dia mengeringkan tangan dan menyambut panggilan.

"Hello Nerina."
"Hai Atilia."
"Thank you very much. Keknya sedap sangat. Habis dan licin tak sampai sejam. Semua
staff suka."
"Wah, terima kasih! Happy dengar feedback tu. Thank you Atilia."
"My pleasure Nerina. Oh ya, for next month, our manager birthday. I would like to
repeat order from you but this time kek 3 tingkat and dessert table. Nerina boleh
buat?"
Nerina terkejut. Belum pernah lagi dia menerima tempahan dessert table sebelum ini.
"Our boss tak mahu saya order dengan orang lain. Harap you boleh buat. He really
loves your cake," tambah Atilia lagi.
"Ya, ya, sure. I do my best. Nanti send through Whatsapp confirmation date and
venue."
"Really? Thank you very much Nerina. Nanti saya send semua detail atau lebih mudah
kita jumpa face to face untuk discuss design."
"Sure, boleh. You tahu Restoran Amani di Paragon Square? Kita jumpat kat sana esok
ya."
"Sure, see you tomorrow Nerina."
"Ok, Atilia."

Talian dimatikan. Nerina menghela nafas panjang. Dia mengukir senyuman. Gembira tak
terkata. Nerina membuka laman Facebook dan menulis status merasa bersyukur dengan
maklumbalas pelanggan yang diterima. Itulah strategi perniagaan secara atas talian.
Apa sahaja maklumbalas pelanggan harus diuar-uarkan untuk mengukuhkan sesuatu
produk yang dijual.

Nerina memeriksa ruangan komen. Dia tersenyum gembira. Ramai rakan Facebook
mengucapkan tahniah dan mereka turut gembira perniagaannya semakin hari semakin
maju dan dikenali.

Jari Nerina terhenti saat membaca satu komen. Melihat akaun tersebut, ianya milik
Vince. Nerina tersenyum membaca komen jejaka itu.

"That's my girl. Congrats Nerina!"

Nerina memeriksa akaun Facebook milik Vince. Gambar Vince berada di gym dan semasa
dia berada di Semporna. Jejaka itu orangnya lasak serta aktif bersukan. Sesuailah
dengan tubuh badannya yang tegap dan berotot. Melihat Vince meletakkan status
dirinya 'Single', Nerina tersenyum.

'Bukan aku tak mahu tapi aku takut. Takut kau akan tinggalkan aku lagi. Biarlah
kekal begini. Kita bahagia dengan kehidupan masing-masing.' Nerina berbisik dalam
hati. Dia bangkit berdiri dan menuju ke dapur untuk memasak makan tengah harinya.

STEPHEN melangkah keluar dari bilik mesyuarat diiringi oleh Mark. Melihat Atilia di
ruang mejanya, Stephen menghampiri wanita itu.

"Book business class flight untuk ke Bandung, kita ada meeting di sana. Next week,
hari Selasa. For 3 person. Mark, you and I. Jangan lupa hotel semua ya."

Atilia mengangguk dengan arahan Stephen. Mark yang berdiri di belakang Stephen,
mengenyitkan matanya. Atilia tertunduk menahan malu. Stephen melangkah masuk ke
ruang kerjanya, meninggalkan Mark dan Atilia. Dia tersenyum melihat kemesraan
merpati dua sejoli itu.

"I yang suruh Stephen bawa you sekali," kata Mark.


"Kenapa nak I ikut? Nanti menyemak saja," kata Atilia sambil merenung jejaka
dihadapannya. Mark mendekatkan wajahnya pada Atilia.
"Because I need you... to be with me," bisik Mark sambil mengetap bibirnya.
"I work for Sir Stephen, not for you."
Atilia memeluk tubuhnya sambil mengerling. Dia tersenyum sinis.
"Itu di sini, di Bandung, you must work for me. Only me."
Mark menggenggam erat pen ditangannya. Dia merenung tajam anak mata Atilia.
"What kind of work you want me to do, Sir Mark?"
Soalan Atilia membuatkan Mark tersenyum.
"All I need is you, Atilia. Kita tunggu."
Mark mengenyitkan mata. Dia berlalu masuk ke ruang pejabat Stephen. Atilia
tersenyum. Geli hatinya melihat kenakalan Mark, jejaka yang membuat jiwanya kacau.

Stephen duduk menyandarkan tubuhnya pada kerusi putar. Dia mengurut dahi dan
menghela nafas panjang.

"Dah tiba masanya kau kahwin, bro."


Mark mengambil tempat duduk berhadapan dengan Stephen. Jejaka itu merenungnya.
"Apahal pulak nak kena kahwin?"
"Nak masuk 30 dah. Supaya makan minum kau terjaga."
"Aku boleh jaga sendirilah. Kau tu pun sama."
"Aku no hal, bro. Kau tu, umur-umur macam ni pula kau nak ada krisis dengan Gina."
"Susah aku nak cakap."
"Apa yang susahnya?"

Stephen menghela nafas panjang. Dia bangkit berdiri dan menuju ke sofa yang berada
disatu sudut ruang pejabatnya. Dia melabuhkan punggung dan kembali merenung Mark
yang sudah berpaling kearahnya.

"Kau pernah rasa gila bayang tak?"


Mark ketawa dan menggeleng.
"Aku serius ni."
Stephen bernada tegas. Mark segera berhenti tertawa.
"Maksud kau apa, bro?"
Mark berusaha menahan gelaknya.
"Bila kau tengok seseorang, kau tak boleh stop fikir pasal dia. Kau nak ambil tau
semua pasal dia. Facebook, Instagram semua kau stalk untuk dapat maklumat. Dia di
mana, ke mana, dengan siapa, dah makan ke belum. Semua kau nak tahu. Kau pernah
rasa?"

Mark terkejut mendengar soalan Stephen. Dia seakan tak percaya soalan begitu keluar
dari mulut jejaka yang selama ini setia pada seorang wanita. Stephen bukanlah jenis
jejaka yang pencinta wanita atau 'playboy'. Gina itulah cinta pertamanya.

"Setakat ni belum lagi sebab wanita yang aku suka ada depan aku setiap hari kecuali
Sabtu, Ahad dan public holiday. Kau apa hal, bro? Cuba cakap terus terang."
Mark mengambil tempat duduk di atas sofa bersebelahan dengan Stephen.
"Aku... aku... minat sorang perempuan ni. Dia punya rumah berdepan dengan rumah
Gina."
"What?! Are you crazy?!"
"Memang aku gila."
"Apa dah takda perempuan lain ke?! Depan rumah Gina? Gina kenal dia tak?"
"Aku rasa tak. Kau taulah Gina tu. Bukan jenis yang mesra dengan orang kecuali yang
dia kenal. "
Mark menepuk dahinya dan menggeleng. Dia betul-betul tak sangka dengan perubahan
sikap Stephen.
"Gina tahu tak?"
Stephen menggeleng. Mark menepuk lagi dahinya.
"Bahaya betul kerja kau ni. Aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau Gina tau
benda ni, bro. Gina tu, macam-macam dia boleh buat."
"Itu yang buat aku tak senang duduk. Macam mana aku nak break up dengan dia kalau
dia ikat aku macam kerbau."
"Gina tu terlampau sayangkan kau tapi cara dia salah. Sepatutnya dari dulu kau
tinggalkan dia masa ketahuan dia curang tu."
Stephen tunduk. Tambah runsing jiwanya memikirkan hal itu.
"Tapi aku tak buat apa-apa lagi. Perempuan tu pun tak kenal aku. Aku add FB dia
berminggu-minggu dah, dia langsung tak accept. Aku macam nak gila fikir pasal dia.
Dah lama aku tak rasa macam ni. Rasa happy bila nampak seseorang."
"Patutlah kau tukar segala profil kau. Ini kerja kau rupanya!"
Mark ketawa sambil menggeleng.
"Nak mengorat, mestilah clear apa yang patut."
"Ceh, jangan jadi playboy, okay! Itu bukan prinsip kau! Kalau kau nak perempuan tu,
dapatkan dengan cara baik! Settle baik-baik dengan Gina. Mulakan macam biasa,
berkenalan, berkawan bukan main sondol saja. Kalau setakat kau nak lepaskan nafsu,
GRO ramai. Jangan sesuka hati nak mainkan perasaan perempuan. Bayangkan saja aku
buat macam tu pada adik kau, Atilia. Aku keluar masuk ikut sedap aku saja. Mesti
kau marahkan. Ingat pesan aku ni."
"Hoi, Atilia jangan bawa main-main, bro! Adik aku tu!"
Stephen bangkit berdiri dan mahu menarik kolar kemeja Mark. Mark menahan tangan
Stephen.
"Ada apa ni?!"
Suara Atilia membuatkan mereka terkejut. Atilia tergamam melihat Stephen mahu
memyerang Mark. Dia menghampiri dan menarik tangan Stephen dan Mark meleraikan
mereka.
"Kenapa ni?!"

Wajah Atilia bertukar merah padam. Airmatanya mula bergenang.


Stephen segera memeluk Atilia. Dia mencebikkan bibir pada Mark. Mark mahu menarik
tangan Stephen kerana geram melihat rakan baiknya itu memeluk wanita kesayangannya.

"Tak ada apa. Tilia pegi sambung buat kerja."


Stephen memujuk adik kesayangannya itu. Mark menunjukkan penumbuknya pada Stephen.
Stephen membalas dengan menjulurkan lidah.
"You, whats wrong?!"

Atilia melepaskan pelukan Stephen dan segera menoleh pada Mark. Merah anak matanya
merenung jejaka itu. Terkejut melihat perlakuan mereka berdua sebentar tadi. Buat
dirinya tak mampu menahan sebak. Mana tidaknya, dua-dua insan itu dia sayang.

"Nothing. Kami bergurau saja."


Mark mencapai jari-jemari Atilia lalu mengucupnya lembut. Stephen tersenyum.
"Sorry. Bergurau saja dengan abang you tu."
Mark merenung Atilia. Atilia terkedu. Dia menggenggam erat jari-jemari Mark.
"Abang, kenapa? Kamu berdua gaduh ka?"
Stephen menggeleng. Dia ketawa. Atilia terkejut melihat respon abangnya itu.
"Abang bergurau saja dengan Mark. Tak ada apa-apalah. Tilia jangan risau."
"Buat orang terkejut saja. Kenapa ada sebut nama Tilia tadi?"
Mark dan Stephen terdiam. Kuat juga suara Stephen sehingga kedengaran di luar bilik
pejabatnya.
"Tak, kami tengah plan trip ke Bandung tu, terjerit pula nama Tilia sebab excited."
Stephen menjawab dengan sengih kambingnya. Mark pula mengangguk tanda setuju.
"Hurmm... betul ni?"
"Ya, betul," jawab Mark.

Mendengar penjelasan mereka berdua, Atilia merasa lega dan meminta diri untuk
menyambung kerjanya.

"Kau ni, tengok apa jadi. Nasib baik dia tak nangis," kata Stephen sambil merenung
rakan baiknya itu.
"Eh, aku pula yang salah!"
"Siapa suruh kau mula dulu?"
Mark mendengus geram.
"Yelah, aku salah. Dah, aku nak sambung keja. Oh, pasal perempuan tu, aku nak
ucapkan, all the best!"
Mark menepuk-nepuk bahu Stephen.
"Kalau 5 tahun dulu kau bersusah payah dapatkan Gina dan kau berhasil, aku yakin
kali ini kau akan berjaya. Ingat pesan aku!"
Mark berlalu meninggalkan ruang pejabat Stephen.

Stephen ketawa dan kembali duduk di atas sofa. Dia memikirkan kata-kata Mark
sebentar tadi. Dia tersenyum. Tangannya mencapai telefon pintar yang berada di
dalam poket.

'I'm working on it.' Stephen berbisik dalam hati sambil jari-jemarinya melayari
laman Facebook dan melawat ke akaun milik Nerina Ash. Memang itulah rutin
hariannya.

"That's my girl! Congrats Nerina!"


'Eh, eh! Sedapnya cakap my girl. Awek kau ke bro?! Cuba aku check kau sapa!'

Stephen mengetap bibir geram saat membaca komen pada status Nerina 45 minit yang
lalu. Melihat nama jejaka itu, Vince MV. Stephen memdengus geram.

'Hurmm, mamat ni. Mamat yang malam tu. Mamat tegap. Aku taulah kau handsome tapi
Nerina bukan awek kau! Go away! Shuu! Shuu!'

Stephen menahan geram saat memeriksa akaun milik Vince. Dia akui memang jejaka itu
bertubuh sasa dan kacak. Ala-ala muka watak Thor dalam Marvel. Kerja pun bukan
alang-alang. Bomba dan skuad penyelam. Memang jenis lelaki yang kuat stamina dan
lasak. Stephen mula rasa tercabar.

'It's okay. Aku akan start balik routine gym aku. Kalah kau Vince. Kau Thor, aku
Zayn Malik. Handsome muka kacukan, bulu mata melentik. Kalau kahwin dengan Nerina,
mesti anak kami comel dan pintar.'

Stephen meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Dia merebahkan tubuh di atas
sofa. Melihat jam lama lagi waktu habis bekerja. Dia mengeluh. Wajah Nerina bermain
lagi dalam akalnya. Dia senyum sendiri.

'One fine day, kita akan bertemu.'

Stephen memejamkan matanya, membawa bayangan Nerina bersamanya.

BAB 7

VINCE tersenyum saat melihat jambangan bunga 100 kuntum bunga mawar merah sudah
siap digubah. Nama Nerina jelas tertulis di atas kad yang diselitkan bersama. Dia
tahu benar wanita itu amat menyukai mawar merah.

"Sir, semua dah ready. Sir nak kami hantar atau macam mana?" soal tukang gubah
bunga.
"Tak apa, saya yang akan hantar sendiri. Thank you ya."
"Sama-sama. Beruntungnya perempuan yang dapat ni."
"Nak lembutkan hati wanita, kena berkorban sikit."
"Bestnya!"

Selesai membuat bayaran, Vince beredar bersama kereta Mitsubishi Lancer berwarna
merah miliknya menuju ke rumah Nerina. Dalam perjalanan lagu Let Me nyanyian Zayn
Malik berkumandang. Mengamati setiap bait lirik lagu itu, Vince tersenyum sendiri.
Wajah Nerina bermain dalam akalnya.

Sesampainya di hadapan rumah Nerina, kelihatan wanita itu baru sahaja selesai
menguruskan pelanggan yang datang untuk mengambil kek mereka. Vince terkedu saat
melihat keadaan Nerina yang kusut. Pasti wanita itu penat. Vince mengeluh sendiri.

Kelihatan Nerina menghampiri keretanya. Vince segera keluar dan mendapatkan wanita
itu.

"Vince. Buat apa sini?" soal Nerina.


"Saja datang melawat Rina."
"Tak call pun bagitau nak datang."
"Saja nak surprise. Dah makan ke?"
"Sarapan tadi dah makan. Tak kerja ka hari ni?"
"Itu sarapan, lunch mesti belum makan, kan? Tak, harini offday. Lusa dah nak
bertolak ke Semporna. Another 8 months akan balik lagi sini."
"Lunch belum. I see, good for you. Saya nak keluar ni ada appointment dengan
customer nak discuss pasal kek. Saya nak bersiap dulu."
"Oh, yakah? Salah timing lah saya datang ni. Sorry, Rina."
"Eh, tak apa. Nak ikut pun boleh."
"Betul ni?!" Vince teruja dengan ajakan Nerina. Wanita itu mengangguk dengan
senyuman.
"Saya masuk dalam bersiap dulu, nanti kita gerak sama-sama. Eh, masuklah dulu
tunggu kat dalam. Panas kat luar ni."
"Baiklah."

Vince mengangguk dan mengekori Nerina masuk ke dalam rumah. Gembira hatinya dapat
meluangkan masa bersama Nerina hari ini. Melihat keadaan dalam rumah, tidak banyak
yang berubah. Vince melabuhkan punggung di atas sofa. Nerina melangkah ke tingkat
atas untuk bersiap.

Vince meninjau sekeliling rumah Nerina. Melihat studio kek Nerina, Vince terkedu.
Akhirnya, wanita itu berjaya mencapai impiannya. Vince terkejut saat melihat atas
meja komputer Nerina. Tangannya mencapai bingkai gambar berukuran 4R itu. Sebak
menyelubungi diri. Gambar mereka berdua sewaktu bercuti ke Kundasang 4 tahun yang
lalu.

'Dia masih simpan.' Vince berbisik dalam hati.

"Vince..."

Vince meletakkan semula bingkai gambar di atas meja apabila mendengar suara Nerina
memanggilnya.

"Yes, I'm here," jawab Vince.


"Dah siap. Jom, gerak."
"Ok, jom."
Vince membuntuti Nerina keluar dari rumah.
"Nerina, wait. I've something for you."
"Apa dia?"
"Wait inside ok."
Vince berjalan menuju ke keretanya. Nerina menunggu di dalam rumah.
"Wait, what?! Vince apa semua ni?!"

Nerina menekup mulutnya terkejut dengan perbuatan Vince. Jejaka itu menghampirinya
dengan sejambak besar mawar merah dan sekotak hadiah berwarna hitam.

"For you. Harap you suka."


"Oh my god! Vince!"
"Saya takkan pernah lupa apa yang kau suka."
"Vince... saya tak boleh terima semua ni..."
"Why Rina?"

Vince melangkah menghampiri Nerina. Wanita dihadapannya tertunduk malu. Begitulah


sifat Nerina. Pemalu orangnya. Sifat lemah lembut itu juga yang buat Vince jatuh
hati padanya. Vince meletakkan jambangan bunga pada sofa di ruang tamu. Perlahan
dia menghampiri Nerina, menyentuh lembut bahu wanita itu, tangan kanannya
mengangkat dagu Nerina. Dia tersenyum. Kerinduannya pada Nerina tak terubatkan.
Andai saja dia punya satu lagi peluang, dia mahu memperbaiki segala kesilapannya.

"Vince, don't do this. I can't."


"Why? Why Rina, why? Kenapa masih simpan gambar tu?"
"Gambar apa?"
"Jangan tanya lagi. Tell me, Rina. Apa yang mengganggu fikiranmu hingga kau tak
mahu merenungku lagi?"
"Saya tak boleh, Vince."
"Why? Tell me why."

Hidung mancung Vince bersentuhan lembut, tangannya membelai lembut wajah Nerina.
Perasaannya tak mampu ditahan lagi. Wanita itu memejamkan mata, namun kelopak mata
itu seakan menanggung airmatanya. Vince terkedu. Dia mengucup mata itu. Esak tangis
Nerina mula kedengaran. Vince menarik Nerina dalam dakapannya, membelai lembut
rambut ikal mayang wanita itu.

"Why you left me behind?"

Vince terkedu dengan soalan Nerina. Dia tahu dia salah. Pergi begitu sahaja saat
cinta mereka mekar bersemi.

"I'm sorry, baby."

Saat Vince mulai membawa perasaannya bersama menyentuh bibir Nerina, dia terkedu.
Wanita itu memalingkan wajahnya, pelukan dilepaskan. Dia bukan lagi Nerina yang
dulu. Nerina mengundur beberapa langkah. Vince menahan sebak dalam dada.

"I can't do this. I love you... but... itu dulu.


Nerina cuba menahan airmatanya namun gagal.
"Rina, give me a chance... one more time. Saya akan baiki segalanya."

Vince menghampiri namun Nerina berundur. Dia mengangkat tangannya.

"Stop, Vince. Please, stop! Tiada apa yang perlu dibaiki. Yang sudah tu sudah. No
more. I don't love you like I did long time ago."

Vince mengalirkan airmata. Hatinya remuk akibat kata-kata Nerina. Dia menyeka
airmata dipipi. Esak tangis Nerina kedengaran menambahkan lagi sebal dalam dada.

"I'm sorry, Vince. Please, stay away from me. You hurt me so much. Please."

Nerina terduduk di atas sofa, tunduk dan menekup wajahnya. Tangisannya tak mampu
ditahan lagi.

"Rina... please forgive me..." rayu Vince.


"Saya dah lama maafkan kau tapi itu tak bermakna kita boleh bersama lagi."
Vince menyeka airmatanya, kembali tersenyum.
"Saya akan pergi tapi kali ini mungkin tak kembali lagi. Pasal kursus di Semporna
saya tipu. Maafkan saya. Saya training untuk jadi sukarelawan ke Bosnia. Saya buat
semua ni sebab saya tahu kau takkan setuju sebab itu saya pergi begitu saja.
Maafkan saya, Rina."

Nerina merenung jejaka dihadapannya. Perlahan dia bangkit berdiri. Airmatanya


semakin deras mengalir. Jantungnya berdegup kencang.

"Sekurang-kurangnya sebelum saya mati, saya berbakti pada orang yang memerlukan."
"What?!" Nerina menghampiri Vince, tangannya bergetar menyentuh dada jejaka itu.
"Sakit. Sakit rasanya terpaksa berbohong pada wanita yang sangat saya cintai tapi
saya terpaksa. Hold me tight, Nerina. I need you."
Vince menggenggam erat tangan Nerina yang menyentuh dadanya.
"Apa maksud kau Vince?! Apa?!"
"Its too late. Its killing me day by day."
"Vince... apa?!" Tangisan Nerina semakin kuat.
"My lung... stage 3."
"What?!"
"Cancer... lung cancer."
"Vince!"

Vince menarik Nerina dalam dakapannya. Wanita itu meraung sekuat hatinya. Vince
memeluk erat, airmata membasahi pipi.

"Penipu! Liar! You left me! You lie to me! You don't love me! Penipu....!"

Nerina meraung sekuat hatinya. Dia lemah dalam dakapan jejaka itu. Jejaka yang
pernah menghiasi hidupnya.

"Maafkan saya, Rina. Please don't hate me."


"I hate you. Go away! Jangan datang lagi!"

Nerina melepaskan pelukan Vince dan berpaling darinya. Tak sanggup dia mahu menatap
wajah jejaka itu. Vince menarik tangannya namun dia melepaskan. Dia berlari keluar
rumah dan masuk ke dalam kereta miliknya.

"Nerina! Wait!"

BAB 8

STEPHEN melihat jam ditangan. Dia menghela nafas panjang. Jam menunjukkan pukul 12
tengah hari. Tinggal 2 hari lagi sebelum dia bertolak ke Bandung. Mujur saja semua
urusan sudah selesai. Segala kertas kerja dan dokumen akaun semua sudah disediakan
oleh Mark.

"Tuan, jam 1230 nanti saya nak ke Paragon Square. Ada appointment dengan Miss
Nerina berkenaan dengan kek untuk bulan depan tu."

Stephen pantas mengangkat kepala saat mendengar kata-kata Atilia yang muncul dimuka
pintu pejabatnya.

'Inilah peluang kau. Inilah peluang kau apa tunggu lagi! Ikut Atilia!'

"Sorang? Mark ikut?" soal Stephen berlagak tenang.


"Ya, sorang ja. Tak ikut, dia lunch dengan staff lain."
"Abang nak ikut."
"Serius?"
"Ya. Nanti kita gerak sama-sama. Naik satu kereta saja."
"Ok, saya tunggu."
"Ok."

Atilia berlalu ke meja kerjanya semula. Stephen tersenyum. Hatinya berbunga-bunga.

'Nerina Ash! Nerina Ash! Yes, finally!' Stephen mengetap bibirnya.

"Bro, bos dari Bandung just landed dari KL. Dia nak direct datang sini."

Pandangan Stephen beralih pada suara sumbang yang perlahan menghampirinya. Hatinya
berbunga-bunga terasa bagai disiram minyak gas dan dilontar batang mancis lalu
terbakar api membara. Dia menahan geram dan amarahnya.
"Kau apahal senyap? Muka merah pula tiba-tiba. Sakit ke?" soal Mark sambil
mengambil tempat duduk berhadapan rakan baiknya itu.
"Bila dia sampai?"
"Jam 1215 ni sampai. Dia nak meeting sekejap saja."
"Boleh tak kalau jangan kacau bila aku ada benda nak buat? Huh?"
Stephen melepaskan keluhan. Dia bangkit berdiri.
"Kau apahal? Bro, dari jauh kot bos tu datang. Walaupun dia tau kita akan ke
Bandung juga nanti, dia datang sini nak jemput kita. Are you out of your mind?"

Stephen kembali melabuhkan punggung. Dia menekup wajahnya. Hampir hilang arah bila
memikirkan Nerina.

"Aku baru nak pegi jumpa perempuan tu. Nak set deal untuk kek bulan depan. Inilah
peluang aku, bro," kata Stephen bernada sayu.

Mark ketawa besar. Dia menggeleng sambil memegang perutnya. Dia tak dapat menahan
tawanya bila melihat ekspresi wajah Stephen yang layu.

"Bro, kau ni betul-betul dah gila bayang! Sakit perut aku bro!"

Mark ketawa lagi. Stephen membaling pen kearahnya. Mark menekup wajahnya, menarik
nafas panjang dan melepasan perlahan. Jejaka dihadapannya mendengus geram.

"Kau gelakkan aku? Gelak la gelak. Kau jangan macam-macam sana!"


"Janganlah marah. Bro, sabar dan tenang diposisi, ok? Perempuan tu takkan ke mana.
Dia buat kek birthday kau, kan? Apa susah, jemputlah dia masa majlis atau kau pura-
pura PM dia kat FB tanya apa progress kek kau. Kau ni, bos besar, company besar,
tapi bila bab mengurat, failed!"

Mark ketawa lagi. Stephen mendengus geram.

"Jadi siapa pergi jumpa perempuan tu?" soal Mark.


"Atilia."
"Oklah tu, ada Atilia boleh handle. Aku ganti tempat dia sekejap untuk catit apa-
apa memo. Kau jangan risau sangat. Biar lambat asal selamat. Jangan gelojoh, ok?"

Stephen hanya mendiamkan diri. Dia menghela nafas panjang. Sedih menyelubungi diri.
Baru sahaja dia mahu berjumpa dengan Nerina, halangan pula tiba. Dia menekan
intercom memanggil Atilia. Tak lama kemudian Atilia muncul.

"Ya, saya?"
"Atilia, sorry saya tak dapat ikut jumpa baker tu. Bos dari Bandung just landed dan
dia nak datang sini dalam masa 15 minit lagi. You handle it, ok? Mark ganti tempat
you kejap."
"Ok, no worry, I will."

Atilia mengangguk dan melangkah keluar. Langkah terhenti saat terasa tangannya
ditarik. Atilia terkejut. Dia menoleh ke arah tangan yang dipegang erat.

"Pegi jumpa dia saja tau, lepastu terus balik. I tapaukan makan untuk you nanti,
kita makan di pantri dengan abang."

Mark mengenyitkan matanya. Atilia tersenyum. Perlahan tangan dilepaskan. Stephen


tersenyum gembira melihat tingkah mereka berdua.

'Bahagia bila bersama orang yang benar-benar kita cintai.' Stephen bermonolog dalam
hati.

NERINA memandu menyusuri jalan raya yang membahang. Matahari tegak di atas kepala.
Jam menunjukkan pukul 1235 tengah hari. Mukanya sembam, kemerahan akibat menangis.
Mengenangkan Vince, sebal rasa dalam dadanya. Nerina menyeka airmata yang jatuh
dipipi. Telefon pintarnya yang berdering sejak tadi dibiarkan saja.

Setibanya di Paragon Square, Nerina segera mengemaskan rambut dan wajahnya sebelum
keluar dari kereta. Bawah matanya yang bengkak dilapisi dengan bedak. Nerina
mencalit sedikit pelembab bibir. Rambutnya disikat dan diikat kemas. Tangan
mencapai beg silang yang berada di bahagian kerusi penumpang. Dia menghela nafas
panjang.

'Come on Rina.' Nerina bermonolog dalam hati.

Langkah diatur masuk ke dalam gedung membeli-belah itu. Semakin hampir dengan
Restoran Amani, kelihatan Atilia sedang duduk mengangkat tangan padanya. Nerina
mengukir senyuman dan membalas lambaian itu.

"Sorry, lama dah you tunggu?" soal Nerina pantas mengambil tempat untuk duduk
berhadapan dengan Atilia.
"Eh, taklah. I pun baru sampai. Nak order apa-apa tak?"
"Jus oren saja."
"Ok. Sekejap ya."

Atilia memanggil pelayan restoran. Selesai tempahan makanan diambil, mereka kembali
berbincang.

"3 tiers cake, vanilla cake akan jadi base paling bawah dan besar, chocolate cake
middle and red velvet paling atas. So cake paling bawah 12 inch, middle 10 inch,
atas 8 inch. Design black, gold and silver."

Nerina menerangkan kembali satu persatu permintaan Atilia. Wanita itu mengangguk.

"That's right. Tadi my bos kata nak datang sekali tapi memandangkan tiba-tiba ada
last minute meeting, dia tak dapat join kita discuss ni."
"Oh, it's ok. So memang dia nak design ini ke?"
"Dia memang suka 3 colour ni. Dia memang suruh saya handle semua. No worry Nerina,
you buat yang terbaik saja ok. I trust you. Kek you pun memang sedap."

Atilia meyakinkan wanita dihadapannya. Nerin mengangguk dan tersenyum. Debaran


dalam dada hanya Tuhan yang tahu. Itulah kali pertama dia akan menyiapkan tempahan
besar-besaran.

"About dessert table, you boleh buat cupcake, fruit parfait and brownies?" soal
Atilia sambil menyedut perlahan straw minumannya.
"Sure, berapa banyak you nak?"
"2000 each."

Nerina menelan air liurnya. Inilah juga kali pertama dia akan menyiapkan tempahan
yang memerlukan tenaga yang banyak.

"Yeah, sure. Nasib juga you tempah sebulan awal, senang I nak prepare."
"Ya, I faham juga nak buat semua tu bukan senang. Nanti you send me semua total
ya."
"Ok, Atilia. I will send via email guna PDF receipt document sebab ini tempahan
besar-besaran kan, so I akan guna resit cetak."
"No worry, Nerina. Eh, you minum saja ka? Tak mau makan? Dah tengah hari ni."
"Eh, tak apa. Nanti I makan."

Sedang mereka berbual, telefon pintar Nerina berdering. Nama Vince tertera. Dia
abaikan sahaja. Atilia yang memerhati riak wajah Nerina merasa hairan.
"Kenapa tak jawab call tu?" soal Atilia.
"Eh, tak apa. Tak penting."

Sekali lagi telefon Nerina berdering. Dia mula tidak selesa. Dia rasa serba salah
hendak menjawab panggilan itu di hadapan pelanggannya.

"Tak apa, you jawab saja. I ok."

Melihat riak wajah Nerina yang tidak selesa, Atilia memberikan dia ruang untuk
menjawab panggilan itu. Atilia menyedut perlahan straw minumannya.

"I calling sekejap ya."


Nerina meminta diri untuk keluar sebentar. Atilia mengangguk.

"Hello."
"Rina, where are you?"
Nerina mendiamkan diri.
"Rina, say something, please."
"Saya ada appointment dengan customer, please, jangan ganggu."
"Where?"
"Kenapa nak tau?"
"Please, Rina. Kali ni saja."
"Ok, fine. Saya di Paragon Square. Restoran Amani, ground floor."

Talian terus dimatikan. Sebak menyelubungi hati.

'Maafkan aku, Vince. Aku tak berniat hendak buat begini. Aku rasa bersalah. Aku tak
sanggup hendak menatap wajahmu.'

Nerina menghela nafas panjang cuba mengawal emosinya. Dia kembali ke meja makan
yang menempatkan Atilia. Wanita itu tersenyum melihatnya.

"Ok?" soal Atilia.


"Ya, ok." Nerina tersenyum.

Sedang mereka berbual kosong, telefon pintar milik Atilia lagi berdering. Kali ini
Atilia lagi mengundur diri untuk menjawab panggilan.

"Hello."
"Tilia, masih kat sana?"
"Ya, masih. Kenapa?"
"Maksud abang, Tilia dengan baker tu masih kat sana?"
"Ha'ah masih lagi. Baru ja siap discuss. Sekarang borak kosong saja. Sekejap lagi
settle lah."
"Wait! Just wait, ok! I'm on my way! Paragon Square, right?"
"Ya, ground floor, Restoran Amani. Abang ni kenapa? Macam urgent sangat."
"Just wait, ok?!"
"Ok, ok. I wait."
"Suruh baker tu tunggu juga ya!"
"Ok, kami tunggu."

Talian dimatikan. Atilia kehairanan dengan sikap abang saudaranya itu. Selesai
menjawab panggilan, Atilia kembali ke meja makan bersama Nerina.

"Tilia, try ni."


Nerina menghulurkan sepiring potongan kek kepadanya.
"Wow, kek apa ni?"
"Tiramisu. Rasalah."
Atilia menyuap sedikit potongan kek ke mulutnya. Matanya terbeliak merenung Nerina.
Nerina tersenyum.
"Wah, sedapnya! Taste of the coffee, cheese and wait... wait... ni Tiramisu, kan?"
Nerina mengangguk.
"Tiramisu coffee and cheese, kan?"
Nerina mengangguk lagi.
"Wait... why I ada rasa macam salted caramel, pecan and almond?"
Nerina tersenyum.
"Is this Tiramisu or.. wait.. kenapa sedap sangat? Mesti baker ni pernah kursus di
France, negara yang penuh dengan macam-macam pastri. Last I rasa macam ni 3 years
ago, masa I kat France. Serius!"
Nerina menekup mulutnya. Atilia mengerutkan dahi, hairan dengan reaksi Nerina.
"Saya yang buat tu. Everyday saya akan supply 3 jenis kek untuk restoran ni.
Tiramisu with Salted Caramel, Pecan and Almond yang kamu tengah makan sekarang,
Coffee and Chocolate Cake dan last sekali White Chocolate Mousse Cake."

Atilia terkejut. Dia seakan tak percaya melihat Nerina dihadapannya. Sekali lagi
dia menyuap kek ke mulutnya. Menikmati dan menghayati setiap rasa yang membasahi
rongga mulutnya.

"Nerina, kalau I berjiran dengan you, hari-hari I datang minta kek. Seriously babe,
you're so talented! Tak menyesal order dengan you. Kek haritu I order pun habis,
licin tak sampai sejam."
"Eh, biasa sajalah. Apapun thank you ya Atilia."
"No need to mention. Talent you ni boleh pergi jauh, tau tak. Why not you buka satu
kafe atau bakery? At the same time you buat class baking. Mesti ramai orang nak
belajar."
"Perancangan tu dah ada cuma kekangan bajet dan masa. Tak apa, slowly. Tak perlu
rush. Banyak lagi saya kena belajar."
"I suka style you. Humble and down to earth."
"Thank you, Atilia. Malu saya kena puji-puji."
"You deserved it, babe."

Mereka berbual bersama sehingga habis kek dijamah oleh Atilia. Tiba-tiba, mereka
dihampiri seorang jejaka.

"Nerina, ada sesiapa nak jumpa you ke?"


"Eh, takdalah. Why?"
"Ya? Behind you. His coming. Boyfriend you kot."
Nerina berpaling. Kelihatan Vince berdiri di belakangnya. Wajah lelaki itu sayu
sahaja.
"Err... Atilia, kenalkan ini Vince. Vince, ini Atilia."
"Hey."
Vince menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Atilia. Wanita itu menyambutnya
dengan senyuman.
"Sorry ganggu. I tunggu kat meja lain ya, Rina," kata Vince.

Nerina hanya mendiamkan diri. Atilia merasa ada sesuatu yang tak kena pada mereka
berdua namun dia tidak mahu masuk campur lagipun dia baru sahaja mengenali Nerina.

"Kalau you nak duduk dengan dia, tak apa. I ok. I tunggu bos I datang. Urusan kita
dah ok, kan?"

Atilia tidak mahu berlengah lagi. Dia khuatir dirinya dianggap mengganggu masa
Nerina dan jejaka itu.

"Eh, tak apa. Ya, dah settle dah. Nanti resit dan quotation saya email."
"Ok, nanti I Whatsapp email I. Tak apa, Nerina. He looks serious, mana tahu ada
benda nak dibincangkan. Boyfriend you ke?"
Nerina tersenyum. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.

"Boyfriend lah tu, malu-malu lagi. Untung boyfriend macam muka Thor."

Atilia mengusik wanita dihadapannya. Nerina hanya mampu tersenyum.

"Tak apakan kalau saya pergi dulu?" soal Nerina dalam nada serba salah.
"Eh, it's ok! Tak apa. Next time ada masa kita hang out lagi sama-sama."
Nerina tersenyum. Dia meminta diri dari Atilia.

Nerina mengambil tempat untuk duduk berhadapan dengan Vince. Jejaka itu
merenungnya. Nerina hanya tunduk tak mampu rasanya mahu mengangkat wajah dan
merenung kembali mata jejaka itu.

"Please, say something."


Vince merayu.
"Saya tak tau nak cakap apa."
Nerina menahan airmatanya. Sebak semakin terasa.
"Rina, look at me."
Nerina menggeleng. Vince melepaskan keluhan.
"Before I go, please, talk to me. Tak apa kalau Rina nak anggap saya ni kawan
biasa, stranger sekali pun, but, please, talk to me."
Nada suara Vince semakin dalam dan tenggelam. Dia berjuang menahan airmatanya.
"Vince..."
Nerina mengangkat wajah dan membalas renungan jejaka dihadapannya.
"Rina..."
"Why you lie to me? Why?"
"Sebab saya terpaksa. Saya tak mau Rina tau and I'm lost."
"Kau tak sayang saya, kan? Sebab itu kau sanggup tipu dan tinggalkan saya. Kau tau
apa perasaan saya waktu saya ditinggalkan? Saya rasa tak berguna. Saya tak tahu apa
salah saya. Lelaki yang saya sayang tinggalkan saya begitu saja. Dan sekarang, kau
balik. Kau kata kau buat semua ni ada sebab. Kau sakit, kau merana, jadi apa guna
saya? Cuma sekadar wanita simpanan atau suka-suka? Saya sentiasa ada dengan kau..."

Nerina menyeka airmata yang mulai jatuh membasahi pipi. Dia cuba mengawal intonasi
suaranya agar tidak didengari orang lain yang menjadi pelanggan di restoran itu.

"Rina, I'm... sorry. Please forgive me."


"Saya dah lama maafkan tapi saya menanggung satu beban dalam dada. Apalah guna saya
dalam hidup kau kalau kau tak sanggup berkongsi susah dan senang bersama saya? Itu
selfish namanya."
"Rina..."
"Vince, baik kita jangan cakap di sini. Malu kalau orang nampak."

Vince mengangguk. Dia mencapai jari-jemari Nerina, menggenggam erat dan mengucup
perlahan. Nerina memejamkan matanya. Nerina menyeka airmata dipipi, cuba mengukir
senyuman. Dia tahu benar sifat Vince. Bukan lelaki yang mudah menyerah kalah.

"Kita balik dan bincang di rumah," kata Nerina dalam nada lembut.

Vince mengangguk. Tangannya masih menggenggam erat jari-jemari halus Nerina.

"Sebelum tu, kita lunch dulu, ya?" soal Vince.


"Ok, lagipun saya malas masak di rumah."
"Tau sangat perangai tu, dari dulu sama saja."
Nerina tersenyum.

Itulah sifat Nerina yang membuat Vince sukar melepaskan wanita itu. Hatinya sangat
lembut dan bukan jenis wanita yang beremosi. Nerina wanita yang bijak menangani
perasaannya. Polos dan naif membuatkan Vince sentiasa ingin dekat dan
melindunginya.

STEPHEN berlari menuju ke restoran yang dimaksudkan Atilia. Dia menarik nafas
panjang saat melihat nama restoran terpampang jelas dihadapannya. Dia mencari
kelibat dua orang wanita yang dikenalinya. Kelihatan Atilia mengangkat tangan.
Stephen segera menghampiri dengan wajah kehairanan. Mana Nerina?

"Abang, baru habis meeting?" soal Atilia.


"Baru ja. Ingatkan apa yang urgent sangat. Nak jumpa saja pun. Boleh ja jumpa di
luar pergi lunch ke dinner ke."
Stephen mengambil tempat untuk duduk bersebelahan Atilia. Dia mencari-cari kelibat
Nerina.
"Abang nak order minum tak?"
Stephen mengangguk. Selesai membuat tempahan, Stephen kembali mencari-cari Nerina.
"Abang cari siapa?"
"Mana baker tu?"
"Oh... dah pergi dah. Lama sangat nak tunggu abang."
Atilia mengusik abangnya.
"Alamak... bukan sengaja. Lama ke dia tunggu tadi?"

Atilia tersengih melihat raut wajah abangnya yang bertukar risau.

"Tak adalah, tadi dia ada sementara tunggu abang tapi dia dijemput orang jadi tak
apalah, sebab nampak macam urgent saja."
"Orang?"

Stephen menyedut perlahan straw minumannya. Terasa segar tatkala jus tembikai
membasahi tekaknya. Stephen menyedut lagi.

"Boyfriend dia... tu kat belakang tu."

Stephen tersedak. Dia terbatuk sambil mengurut dadanya. Atilia terkejut melihat
reaksi abang saudaranya itu.

"Abang ni dah kenapa?"

Stephen menggeleng. Perlahan dia menoleh ke belakang. Hatinya luluh melihat jejaka
badan sasa iras Thor itu sedang menggenggam erat jari-jemari wanita yang mencuri
hatinya. Hancur, retak dan berkecai. Stephen menarik nafas panjang, perlahan
dihembuskan. Dia kembali berpaling.

"Tilia, jom balik office."

Stephen mengeluarkan not RM50 dan meletakkan di atas meja dan menindihnya dengan
kotak tisu yang tersedia.

"Aik, cepat juga. Abang tak nak rasa dulu ke kek ni? Sedap tau. Baker tu yang buat,
dia selalu hantar kek kat kedai ni. Serius, memang sedap! Sama rasa dia macam yang
kat France."
"Tapaulah. Bagi satu untuk setiap jenis."
"Yeah, ok!"

Hilang seri senyuman diwajah jejaka itu. Hatinya betul-betul hancur. Dia tahu
jejaka itu bukan teman lelaki Nerina tapi tak mustahil baginya jika mereka benar-
benar sudah menjadi pasangan kekasih. Stephen menghela nafas panjang.

Sebelum berlalu pergi, Stephen sempat melihat ke arah meja makan mereka. Tambah
hancur hatinya melihat jejaka itu mengelap bibir Nerina dengan napkin. Pandangan
mereka berdua tak lari dari renungan pasangan bercinta. Stephen pasrah. Dia pulang
semula ke pejabat membawa hatinya yang lara.

BAB 9

NERINA menghulur secawan kopi kepada Vince sedang duduk di atas sofa. Jejaka itu
menyambutnya dengan senyuman. Nerina mengambil tempat untuk duduk berhadapan dengan
Vince. Dia menghela nafas panjang.

“Now, you can talk.”


Vince menghirup perlahan kopi panas yang disediakan. Matanya tak lari dari merenung
Nerina.

“Actually, saya dapat tau pasal thiscancer on our 2nd year been together.Saya
sangkakan ianya takkan merebak tapi keadaan jadi makin sukar untuk dikawal. Saya
tak mampu nak berdepan dengan Rina. I felt so sick!”
“Where you hide?”
“Kuching.”

Satu keluhan berat dilepaskan. Nerina menghirup perlahan air kopinya.

“Maafkan saya, Rina. I lied to you.”


“Kau tak tau apa saya lalui dari hari kau menghilang. Sepanjang hari dan masa saya
berfikir apa salah saya sama kau. Bersendirian macam orang hilang akal. 4 years,
Vince! 4 god damn years, I try my best to recover and thank God, feeling saya
hilang. Susah untuk saya katakan, but, I don’t love you, like I did long time ago.”

Suara Nerina mulai bergetar menahan sebak.

“I’m sorry. I’m really sorry.”

Vince bangkit dan mengambil tempat untuk duduk di sebelah Nerina. Wanita itu hanya
mendiamkan diri. Perlahan jari-jemarinya digenggam erat. Entah mengapa jiwanya
terasa kosong dan tidak lagi teruja seperti dulu apabila bersama Vince. Jejaka itu
merenungnya.

“Saya takkan paksa Rina. Saya tau saya salah tapi saya minta sebagai permintaan
terakhir, sebelum saya mati, maafkan saya dan...”

Belum pun sempat Vince menghabiskan kata-katanya, Nerina bertindak menekup mulut
jejaka itu dengan tangannya. Airmatanya mengalir hangat dipipi. Vince terkedu.
Melihat wanita dihadapannya menangis adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Dia
pantas menarik Nerina dalam dakapannya. Wanita itu meraung sekuat hati.

“Saya tak tau nak buat apa. Why Vince, why?! Kenapa tak terus-terang saja dari
dulu. Kalau saya tau dari dulu kita takkan jadi macam ni. My feeling takkan hilang!
I’m sorry!”

“It’s not your fault! It’s my fault! I left you behind! Sekarang nilah pembalasan
saya sebab tinggalkan wanita yang dulunya setia mencintai saya. I lose you!”

Perlahan Vince melepaskan pelukannya. Kedua belah tangannya memegang pipi Nerina.
Dia tersenyum. Perlahan ibu jarinya menyeka airmata Nerina. Satu kucupan hangat
hinggap didahi Nerina.

"Saya harap, suatu hari nanti, I'll be able to love you one more time."

Nerina membelai lembut wajah Vince. Jejaka itu memori indah dalam hidupnya.
Mengenang penderitaan Vince, tak sampai hatinya hendak membuang jejaka itu begitu
sahaja. Vince mencapai jari-jemari Nerina dan mengucupnya. Perlahan Nerina menuruni
dada Vince. Airmatanya tambah deras.

"Is it hurt?"

Suara Nerina bergetar. Vince tunduk menahan sebak. Nerina menariknya dalam dakapan.
Esak tangis Vince kedengaran. Nerina mengusap lembut belakang tubuh jejaka itu.

"From now on, you'll be my best buddy. I'll take care of you. Cancel your trip to
Bosnia, stay with me. Kau tak sihat, Vince, please."

Vince terkedu dengan kata-kata Nerina. Sebak dalam dada wanita itu masih mahu
bersahabat dan menjaganya. Tangisan semakin kuat.

"Sshhh... jangan nangis. I'm here for you."


"I can't, Rina. Itulah impian saya. Saya nak berbakti di bumi Bosnia sebelum saya
mati."
"Sshh! Tiada siapa yang akan mati! Shut up!"

Nerina menekup mulut Vince. Matanya merenung anak mata jejaka Pan-Asian itu. Dia
menyeka airmata dipipi Vince. Jejaka itu tersenyum.

"I got my medicine with me. Don't worry. I'll be okay."


"No, Vince..."
"Rina, Rina sendiri ada impian, kan? Same goes to me. I hope you understand. Saya
bukan tenat sangat sampai tak boleh bangun. Saya masih sihat. Masih kuat. I'm Thor,
remember?"

Nerina mengangguk. Vince tersenyum. Walaupun wanita itu hanya menganggapnya sebagai
teman baik, dia tetap rasa bersyukur hubungan mereka tidak berakhir begitu sahaja.
Hati Nerina sangat lembut dan mudah memaafkan.

"Saya rindu masakan kau. Cook for me, please," rayu Nerina.

Nerina merenung Vince. Jejaka itu ketawa dalam tangisan.

"Nak makan apa? Kita beli barang, jom."


"Yeah! Lamb chop, chicken chop, duck steak, grilled salmon, mashed potato..."
"Tak pernah berubah! Kuat betul makan!"

Mereka ketawa bersama. Vince menarik tangan Nerina membawa wanita itu bersamanya
untuk keluar membeli barangan dapur. Mereka kelihatan bahagia bersama mencipta satu
hubungan baru. Bukan kekasih namun teman baik. Itulah kebahagiaan bagi Nerina. Jauh
di sudut hatinya, dia berharap suatu hari nanti cinta itu boleh berputik kembali.

STEPHEN meletakkan kunci kereta dan telefon pintarnya di atas meja. Dia pulang awal
ke rumah kerana berat kepalanya memikirkan hal kerja di pejabat. Stephen merebahkan
tubuh di atas sofa. Tali leher dibuka dan dilemparkan ke atas meja. Satu keluhan
berat dilepaskan.

'Mereka couple? Finally? Apa maksud semua tu? Sekejap macam bergaduh sekejap macam
couple. God damn!' Stephen bermonolog dalam hati.
Dia memejamkan matanya cuba mencari ketenangan. Entah mengapa perasaan kecewa itu
seperti baru sahaja putus cinta. Sakit rasanya dalam dada. Stephen menghela nafas
panjang. Matanya dibuka semula. Tangan mencapai telefon pintar di atas meja.

'I wish that I was what you wanted.'

Jari-jemarinya menaip status di Facebook. Belum pun sampai seminit, rakan-rakan


Facebook mulai bertanya apa masalah dirinya. Senyap dan tiba-tiba mengatakan
sesuatu yang menunjukkan kekecewaan. Stephen tidak membalas komen-komen tersebut.
Telefon pintar dimatikan dan diletakkan semula di atas meja.

Stephen bangkit melangkah ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Jiwanya terasa
kosong.

NERINA dan Vince memilih beberapa keping lamb chop untuk dijadikan hidangan makan
malam. Telefon pintar Nerina berdering. Nama Flora tertera pada skrin. Nerina
segera menjawabnya.

"Girl, where are you?"


Kedengaran suara Flora di hujung talian.
"Pasar. Kenapa?"
"Pasar? Tak pernah-pernah kau ke pasar. Apa angin kau?"
"Angin kus-kus."
Flora ketawa mendengar jawapan kawan baiknya itu.
"Ingat nak bawa kau makan di Labuan Point malam ni. Jomlah, aku belanja."
"Arrr... Flora bukan aku tak mau tapi..."
"Tapi apa konon? Ada order kau bagi siap?"
"Bukan..."
"Jadi? No excuses, ok."
"I'm with Vince."
"What?! Dari mana tu lelaki muncul? Ah? Asgard mengalami kemusnahan kah baru si
Thor tu pandai balik bumi? Ada dia bawak tukul dia? Ah?"
"Flo..."
"Apa konon alasan dia?!"
"Flo... nanti aku cerita ya. Aku beli barang dulu dengan dia."
"What?! Kau mengelak dari aku ka ni. Perempuan oo perempuan, jangan jadi stupido
layan balik tu lelaki!"
"Nanti aku explain. Apa kata kau join kami dinner, huh?"
"Eh, tak mau aku! Nanti jadi Wonder Woman vs. Thor nanti."
"Eleh, perasanlah kau tu Scarlet Johansson. Datang ya. Awal pun tak apa. Tolong aku
buat dessert."
"Hurmm... Thor tu tak kisah ka aku datang?"
"Rumah aku, suka hati akulah."
"Bijak jawapan kau. Ok, jumpa nanti. Ada nak bawa apa-apa?"
"Bawa perut ja."
Flora ketawa di hujung talian.
"See you."
"Ok, ok."
Talian dimatikan.

"Vince, boleh kan kalau Flora ikut kita dinner malam ni?" soal Nerina.
"Sure, why not? Ramai lagi seronok."

Nerina lega mendengar jawapan Vince. Jejaka itu tersenyum. Mereka memilih lagi
barangan lain untuk dimasak bersama. Kemesraan mereka jelas kelihatan.

Selesai membeli barangan, mereka pulang ke rumah dan mula menyediakan makan malam.
Nerina membantu membersihkan sayuran. Vince pula menyediakan perapan daging dan
ayam. Sedang mereka sibuk menyediakan makanan, loceng pintu berbunyi. Nerina segera
mendapatkan pintu. Kelihatan Flora tiba dengan sebotol wain merah di tangan.
Senyumannya lebar namun ada maksud tersirat. Jelingan tajam dilepaskan pada Nerina.

"Mana Thor tu? Huh?!" soal Flora.


"Kitchen."

Flora menyinsing lengan bajunya dan berjalan ke dapur dengan wajahnya yang penuh
dengan kemarahan. Nerina berusaha menahannya namun gagal.

"Flo! Flora!"

Flora tidak mengendahkan Nerina. Dia meluru masuk ke bahagian dapur. Melihat Vince
yang sedang menyediakan makan malam, dia menghampirinya. Nerina tak mampu
menghalang rakan baiknya itu.

Vince menoleh ke belakang dan terkejut melihat Flora yang menghampirinya. Vince
tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Flora terhenti dihadapannya.
Suasana jadi janggal dan hening seketika.

"Hai, Flora."
Vince tersengih. Jantungnya berdebar melihat ekspresi wajah Flora yang seakan mahu
melepaskan tumbukan ke wajahnya.

"Saya ada bawa red wine. Let's have a drink!"


Flora menunjukkan sebotol wain merah yang dibawanya ke arah Vince. Dengan wajah
serius Flora mempelawa Vince untuk minum bersamanya.

Nerina menepuk dahinya melihat situasi itu. Risau saja Flora bertindak menumbuk
Vince. Kelihatan Vince tersenyum lebar dan mencapai gelas wain yang berada di rak
dapur. Nerina menghampiri mereka berdua. Wajah Flora serius namun saat pandangan
dialihkan melihat Nerina, dia tersenyum kambing.

'Ada-ada saja Flora ni!' Nerina bermonolog sambil menggeleng.

"So, how are you, Vince?"


Flora memulakan bicara.
"Fine. You?"
"Same here. Mana menghilang?"

Nerina yang baru sahaja hendak meneguk wain merah dalam gelasnya terhenti. Matanya
dialihkan pada Vince. Khuatir jejaka itu merasa tidak selesa dengan pertanyaan
Flora. Jejaka itu tersenyum sambil meneguk wain merahnya.

"Saya kerja. Sibuk."


Vince menjawab selamba.
"Asgard diserang sudah hancur, baru balik bumi lah?"

Nerina tersedak mendengar soalan Flora. Vince ketawa. Flora pula berwajah serius.
Nerina tidak dapat menahan tawa, dia melepaskannya. Flora mengalihkan pandangan
pada Nerina.

"Oh, sekarang kau back up dia lah? Gelakkan aku."


Flora mendengus geram. Nerina dan Vince ketawa melihat ekspresi wajah Flora seakan
merajuk.

"Bukan macam tu, Flo. Vince ada sebab tertentu."


Nerina cuba menenangkan Flora. Vince mengangguk dengan kata-kata Nerina.

"Maafkan saya, Flo. Satu masa nanti kau akan faham."


Vince mencelah. Dia menuang wain merah ke dalam gelas milik Flora. Nerina merangkul
bahu Flora. Dia tersenyum.

"Flo, kita jangan cerita sekarang. Hari ni kita nak happy. Vince dah lama tak
masakkan untuk kita. Give him a chance."
Nerina memujuk rakan baiknya itu. Flora menggenggam erat tangan Nerina. Bukan dia
tidak tahu betapa teruk keadaan Nerina saat ditinggalkan oleh Vince dahulu.

"Babe... aku..."
Belum pun sempat Flora bersuara lagi. Nerina merenung dan mengusap bahunya.

"Later aku ceritakan semuanya, ya?"


Flora menghela nafas panjang. Dia cuba melemparkan senyuman pada jejaka berbadan
sasa dihadapannya.

"Kata nak minta tolong aku buat dessert. Dessert apa?"


Flora mengubah topik perbualan. Dalam hatinya melonjak mahukan penjelasan dari
Vince. Namun dia sedar, dia tak punya hak apa-apa. Dia hanya mampu menunggu
penjelasan dari Nerina.

"Oh, ya! Mousse, please..."


Nerina menggenggam jari-jemari Flora seolah meminta simpati rakan baiknya itu.
Flora menjeling.

"Yalah! Pinjam studio kau, aku nak masak. Jangan kacau aku. Kau duduk diam-diam.
Kau tuan rumah, biar aku dengan si Thor jadian ni yang masak. Tak gitu, Encik
Thor?"
Nerina ketawa mendengar kata-kata Flora. Begitu juga dengan Vince. Jejaka itu
mengangguk dan pantas menyambung menyiapkan makan malam. Flora berlalu ke studio
kek Nerina.

"Tak berubah langsung."


Vince ketawa sambil menggeleng. Nerina turut ketawa.
"Macam kau tak kenal Flora. Mulut lancang tapi hati dia baik."
"Saya terhutang budi dengan dia."
"Why?"
"Sebab dia yang jaga Rina."
Nerina tersenyum. Flora memang setia menemaninya sejak dahulu.
"Eh, Rina. Can you do me a favour?"
Vince mengubah topik perbualan.
"Yeah, sure. Apa dia?"
"Take my picture sedang masak. I want to keep it as a memory."
Nerina tersenyum sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Dia mula mengambil gambar
Vince.

"Ok, done. Saya post Facebook la ni, kalau jual laku ni. Thor sudah turun dari
Asgard."
Vince ketawa mendengar kata-kata Nerina.
"Post la. Biar famous sikit."
Mereka berdua ketawa besar.

STEPHEN melangkah ke dapur dan mencapai botol minuman isotonik yang berada di atas
meja. Dia meneguk rakus sambil memeriksa telefon pintarnya. Laman Facebook
diperiksa. Seperti biasa, dia menyinggah ke akaun Facebook milik Nerina.

'Apalah dia buat sekarang ya.'

Tersembur minuman saat melihat muka iras Thor di status Nerina. Stephen menghempas
botol minuman di atas meja.
'What the hell?!'

Stephen membaca caption yang ditulis Nerina.

'My chef tonight.'

Hancur berkecai hatinya. Melihat kedudukan dapur yang seakan sama dengan struktur
dapur rumah Gina, Stephen tahu, jejaka itu sedang meluangkan masa bersama Nerina.
Stephen mula membaca komen.

'Rina! Send my regards to Thor!'


'Babe! Balik sudah dia?'
'Lovely couple, welcome home Thor.'
'Lovely couple forever.'

Stephen tak dapat menahan sendu dalam dada. Dia mematikan telefon pintarnya.
Langkah di atur ke ruang tamu. Dia merebahkan tubuh di atas sofa. Mata dipejamkan.
Sakit dan kecewa menusuk dalam dada.

BAB 10

JAM menunjukkan pukul 7 malam saat semua makanan sudah sedia terhidang. Nerina
mengusap perutnya dan tersenyum gembira melihat makanan yang terhidang. Mereka
mengambil tempat untuk duduk dan menikmati makan malam bersama.

"Guys, take a selfie!"


Nerina mengangkat telefon pintarnya dan mengambil gambar mereka bertiga.

Selesai makan malam, Nerina dan Vince membersihkan pinggan sementara Flora
menghidang pemanis mulut. Melihat kemesraan Vince dan Nerina, Flora tersenyum. Jauh
di sudut hatinya merasa bahagia melihat kegembiraan Nerina.

STEPHEN terbangun dari lelapnya saat telefon pintar berdering. Tangan mencapai
telefon pintarnya itu yang berada di atas meja. Tanpa melihat nama yang ada pada
skrin, dia terus menjawab.

"Hello..."
"Stephen."
Kedengaran suara Gina di hujung talian. Stephen menghela nafas panjang.
"What?"
"I need your help. My stove tak function dan keluar bau gas."
"What?! Call la tukang gas. Why you call me?"
"Tengoklah jam sekarang jam berapa."
Stephen melihat jam di dinding. Dia menepuk dahinya.
"Mana ada tukang gas jam sekarang sebab itu I call you. Tak apalah kalau tak dapat
tolong. Biar meletup!"
"Ok, fine! Tunggu jap I datang!"

Stephen mematikan talian telefon dan mendengus geram. Wanita itu takkan pernah
berhenti mengganggu hidupnya. Stephen bingkas bangun, menyarung jaket dan mengambil
kunci keretanya. Dia berlalu ke rumah Gina.

Setibanya di kawasan rumah Gina, sekian kali hatinya hancur saat melihat sebuah
kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah berada di luar perkarangan rumah Nerina.
Stephen menghela nafas panjang.

'Mungkin itu kereta si Thor tu.'

Stephen terus melangkah masuk namun dia sempat berpaling melihat ke arah Nerina.
Jauh di sudut hatinya berharap wanita itu muncul. Sekurang-kurangnya kerinduan yang
menggunung dapat dihapuskan. Namun, harapannya punah. Nerina tidak muncul.

"Stephen. Sorry I call you sebab I try call Mark dia tak angkat."

Stephen hanya mengangguk pada wanita dihadapannya. Gina membawa Stephen ke


dapurnya. Memang ada bau gas yang kuat. Stephen segera memeriksa tong gas dan hos
gas. Tangannya mencapai span mencuci pinggan di atas sinki. Perlahan dia melumuri
buih sabun pada hos gas. Kelihatan ada buih-buihan sabun yang bergelembung. Stephen
menggeleng. Dia merenung Gina.

"Hos gas ni bocor. Kena ganti baru. I buka kepala tong ni, jangan guna dulu. Esok
make sure you call tukang gas untuk ganti baru."
"Ok, thank you dear."

Stephen tersentak seketika saat mendengar kata-kata Gina. Stephen hanya mendiamkan
diri dan segera mencuci tangannya di sinki.

"I buat coffee. You duduk dan minum dulu ya."


Gina segera menekan punat yang terdapat mesin pembuat kopinya.

"It's ok. I tak boleh lama. Ada kerja nak buat."


"Stephen..."

Gina menghampiri Stephen dan memeluk jejaka itu dari belakang. Stephen mahu menolak
namun dia hanya membiarkan sahaja. Walau macam mana rawan hatinya, dia takkan
sesekali mengasari wanita. Pelukan semakin erat. Esak tangis mulai kedengaran.
Stephen melepaskan keluhan maha berat.

"Gina, jangan macam ni."


"I miss you."

Gina tak mahu melepaskan pelukannya. Dia sangat merindui jejaka yang amat
dicintainya itu. Esak tangisnya semakin kuat. Stephen meleraikan genggaman tangan
Gina. Dia berpaling merenung wanita itu. Sembam wajah Gina akibat menangis.

"Don't do this, Gina. Please."


"Apa salah I?! You sanggup buat I macam ni?! I can't stop thinking about you! Every
single day I thinked about you! About us! 5 years, baby! 5 years! Kita dah lalui
macam-macam! Why?!"

Stephen menghempas kasar tangan Gina. Dia berlalu ke ruang tamu. Gina meraung dan
berlari mendapatkannya. Dia memeluk Stephen erat dari belakang. Stephen tidak dapat
menahan lagi. Dia bertindak menolak tubuh Gina membuatkan wanita itu terdorong ke
belakang. Sebal rasanya berhadapan dengan wanita itu.

"Arghh!"

Gina menyeringai kesakitan saat tubuhnya ditolak. Dia terjatuh dan tangannya
terlanggar pasu bunga yang berada di atas meja. Bunyi kaca pecah dan berderaian
jatuh mengisi seluruh ruang tamu. Stephen pantas berpaling. Terkejut dia melihat
Gina yang jatuh ke lantai dan tangannya berdarah akibat terkena serpihan kaca.
Stephen segera menghampirinya. Dia menarik kotak tisu yang berada di atas meja yang
sama dan dengan pantas menekan kesan serpihan pada tangan Gina untuk menghentikan
pendarahan.

"It's ok. Sakit ini tak dapat tandingi sakit dalam hati I. Let it be."

Gina menolak tangan Stephen. Jejaka itu terkedu. Gina cuba untuk bangun namun
keperitan pada tangannya membuatkan dia meenyeringai kesakitan dan tak mampu
berdiri.

"Jangan jadi bodoh!"

Stephen membangunkan Gina dan memapah wanita itu ke sinki dapur. Kepala paip
dipusingkan dan Stephen meletakkan tangan Gina yang luka pada air paip yang
mengalir. Gina mengetap bibir menahan kesakitan. Stephen mahu mencabut sekeping
serpihan kaca yang menusuk ke dalam isi telapak tangan Gina. Gina menarik
tangannya. Stephen tahu Gina bukan jenis orang yang mampu menahan kesakitan. Muka
wanita itu bertukar merah padam. Stephen bertindak menarik Gina dalam dakapannya.

"Hold me. I nak tarik keluar kaca ni kalau tak nanti makin terbenam!"

Gina mengetap bibir menahan kesakitan dan memeluk Stephen erat. Dia menangis sepuas
hatinya. Habis basah dada baju Stephen akibat tangisannya. Saat serpihan itu
ditarik keluar, dakapan semakin erat. Jeritan Gina tenggelam ditutupi tubuh
Stephen. Tubuhnya bergetar. Selesai dicabut, perlahan pelukan dilepaskan. Stephen
mencari peti kecemasan Gina yang terletak pada bahagian atas rak dapur.

Stephen membawa Gina duduk pada meja makan dan membersihkan luka pada telapak
tangan wanita itu. Gina menyeka airmatanya. Melihat Stephen yang gigih membantunya,
Gina menggenggam erat tangan Stephen. Jejaka itu terkedu. Selesai membalut telapak
tangan Gina, Stephen mahu bangkit berdiri namun Gina lebih dahulu bertindak
menariknya.

"Stay here with me."

Gina bertindak duduk di atas pangkuan Stephen dan merangkul leher jejaka Irish-
Pakistan itu. Dia mula menjalarkan bibirnya pada pipi dan telinga jejaka itu.
Stephen menarik nafas sedalamnya.

"Gina, stop."

Permintaannya tidak diendahkan. Gina malah bertindak rakus dengan menuruni dada
Stephen dan menarik zip jaket Stephen. Nafas jejaka itu semakin turun naik. Dia
mengetap bibir. Wajah Nerina menguasai mindanya. Dia menahan tindakan Gina. Wanita
itu terkejut.

"Stop!"

Gina menekan tubuh Stephen membuatkan jejaka itu lemas. Gina melepaskan pakaiannya.
Stephen menghela nafas panjang. Dadanya berombak menahan perasaannya.

'Stop, Stephen stop! Dia bukan girlfriend kau lagi!'


'No man, come on! Bila last kau dapat?!'
'Stephen! Be a man!'
'Be a man?! Come on! Lagipun kau mengharap pada Nerina, bagus kalau dia single bro!
Kau imagine apa boleh jadi kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam satu
rumah. Sudahlah lelaki tu handsome, badan tough!'
'Stephen! Stop! Ini bukan soal Nerina saja tapi diri kau sendiri!'
'Alarr ringan-ringan saja!'
'Stephen! Wake up!'
Stephen lemas. Dia berusaha menahan namun gagal. Bisikan itu semakin hilang. Buat
kesekian kalinya dia tewas. Tewas bersama perasaan kecewanya pada Nerina. Akhirnya,
dia terdampar menarik nafas sedalamnya dan perlahan dilepaskan. Kelihatan Gina
bangun dan membersihkan dirinya. Stephen mengurut dahi. Pandangan dialihkan pada
beranda bilik tidur Gina. Dia bangun dan mencapai tuala lalu dililitkan pada paras
pinggang. Langkah diatur keluar beranda. Melihat rumah Nerina, dadanya menahan rasa
kecewa.

'Mungkin sampai di sini saja. Ya, dia milik orang. Dan aku? Setengah gila
memikirkan dia. Mungkin aku patut balik pada hidup lamaku. Argh!' Stephen meraup
wajahnya. Dia berpaling masuk semula ke dalam bilik Gina.

Stephen mencapai telefon pintarnya di atas katil. Seperti biasa, dia akan melayari
laman Facebook dan kali ini dia mahu menyekat akaun Nerina buat selamanya dia tidak
mahu lagi hidup dalam bayang-bayang wanita itu.

Namun, jarinya terhenti. Perlahan dia scroll ke bawah dan alangkah terkejutnya saat
melihat gambar yang baru dimuat naik oleh Nerina 30 minit yang lalu. Stephen meraup
wajahnya, mengetap bibir.

'Thank you for the awesome and super delicious dinner my best buddy! Flo, thanks
for the mousse! I love both of you, my buddy! Farewell for Vince, all the best!
#friendsforever #friendsforlife #bff'

Nerina telah memuat naik gambar semasa makan malam bersama Flora dan Vince. Membaca
status itu, Stephen menarik nafas sedalamnya, dia seakan mahu menjerit dan
melepaskan laungan sekuat hatinya.

'Stupid man! What did I told you?! I asked you to stop and be a man! Now what?!'

Stephen mengetap bibir. Dia melangkah keluar beranda. Dia melihat mereka bertiga
berada di luar rumah. Seorang wanita dan jejaka bertubuh sasa itu masuk ke dalam
kereta sambil melambai ke arah Nerina. Stephen memejamkan matanya, menahan gelora
dalam dada. Kereta Mitsubishi Lancer merah itu berlalu meninggalkan perkarangan
rumah Nerina.

Tak lama selepas itu, kelihatan bilik tidur Nerina bercahaya. Jantung Stephen
berdegup kencang. Perlahan sliding door dibuka. Nerina menghirup perlahan wain
merah dalam gelas yang dipegangnya. Stephen seakan mahu meraung saat melihat wanita
itu kini berhadapan dengannya walaupun jarak mereka jauh, namun ianya terasa dekat.

Nerina melangkah masuk ke dalam biliknya semula dan menutup sliding door. Langsir
dibiar terbuka. Perlahan dia melepaskan kemejanya dan barulah dia sedar dia lupa
menarik langsirnya. Jantung Stephen berdegup kencang. Bibir diketap saat langsir
mulai menjadi penghalang pandangannya. Jejaka itu tunduk menarik nafas.

"Nerina..."

Nama itu meniti dibibirnya. Stephen menahan sebak dalam dada. Perasaannya
bercampur. Sedih. Sesal. Namun gembira kerana ternyata Nerina hanya menganggap
jejaka mirip Thor itu sebagai rakan baik dan jejaka itu bakal pergi ke tempat lain.

"Baby..."

Suara itu membuatkan Stephen bengang. Dia melepaskan keluhan maha berat. Silapnya
memberikan Gina harapan lagi.

"Sejuk kat luar ni, jom masuk. I ada sediakan hot chocolate dengan marshmallow kat
bawah. Let's have some drink."

Stephen akur. Gina merangkul erat lengannya. Stephen memejamkan mata. Sesal
menyelubungi diri. Andai boleh diputarkan kembali masa itu, dia pasti takkan
ulanginya lagi. Malam itu, dia habiskan dengan menemani Gina. Tak sampai hatinya
mahu pergi begitu sahaja apabila mendapati Gina mulai demam panas.

"I bawa you ke emergency."


"It's ok. Janganlah ke emergency jam-jam macam sekarang ni. Demam saja pun bukan
sakit tenat. Emergency untuk kes kecemasan. Demam bukan kecemasan. Kalau you ada
hal, it's ok, you baliklah. I boleh jaga diri."
"Badan you panas sangat. Tak apa. I stay here malam ni. Kalau tak kebah esok pagi,
I bawa you ke klinik."

Gina hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya cukup bahagia dapat meluangkan masa
bersama Stephen.

"Baby... thank you."

Gina merangkul erat tubuh Stephen. Malam itu berlalu dengan perasaan sesal tak
sudah. Stephen sukar melelapkan matanya. Wajah Nerina menguasai minda.

'Entah sampai bila aku nak hidup macam ni. Dayus. Ya, aku dayus.'

Stephen memejamkan mata bersama Gina dalam dakapannya.

BAB 11

STEPHEN terbangun saat terasa pancaran cahaya matahari pagi menggigit matanya.
Sedar dari lena yang panjang, melihat disebelahnya kosong. Tiada Gina disisi.
Stephen bangun dan menggosok mata, menggeliat dan melangkah ke bilik mandi.

"Stephen."
Kedengaran suara Gina memanggilnya.
"In toilet," jawab Stephen.
"I ada buat breakfast."
"Ok. I'll be there."
Stephen merenung wajahnya di dalam cermin.

'What've you done, Stephen?!' Stephen memejam matanya. Sebal rasa dalam dada.

Stephen melangkah menuruni anak tangga dan menuju ke ruang makan. Kelihatan Gina
sedang menghidangkan sarapan. Stephen mengeluh. Perasaan bersalah menyelubungu
hatinya.

"Jom, makan. I buat roti, scramble egg and pancake."


Gina tersenyum sambil menarik tangan Stephen menghampiri meja makan.

"Thank you."
Hanya itu kata yang mampu diucapkan. Melihat keterujaan Gina, Stephen jadi semakin
resah dan gundah. Apa perlu aku lakukan?

"Gina, about last night..."


Belum pun sempat Stephen menghabiskan kata-katanya, Gina menggenggam erat tangan
jejaka itu dan merenungnya.
"You want pancake or bread?"
Gina sengaja mengalihkan topik perbualan. Dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan
jejaka yang amat dicintainya itu. Dia tidak mahu jejaka itu membangkitkan apa-apa
isu lagi.

"Pancake..." jawab Stephen dalam nada sayu.


"You keja tak hari ni? Nanti kita lunch ya."
"Tak. I kena prepare barang untuk esok."
"Barang apa? Esok?"
"I fly to Bandung for meeting."
"What?! Berapa lama?!"
"4 days only."

Gina mengurut dadanya. Lega hati mendengar Stephen hanya berangkat untuk 4 hari
sahaja. Stephen menyuap potongan pankek ke dalam mulut. Ibu jari Gina menyentuh
tepi bibirnya. Stephen terkedu.

"Tak pernah berubah, makan mesti comot."


Sayu nada suara Gina sambil merenung jejaka dihadapannya. Stephen hanya mendiamkan
diri.

Selesai bersarapan pagi, Stephen meminta diri untuk balik kerana perlu berkemas
untuk ke Bandung. Walau berat hati Gina melepaskan, dia relakan juga. Stephen
melangkah keluar rumah. Hatinya berdegup kencang tatkala melihat sesusuk tubuh
sedang membersihkan kereta di luar rumahnya.

'Nerina.'

Lama Stephen merenungnya. Terasa sebal dan sesal dalam dada. Mahu sahaja dia
berjalan menghampiri wanita itu dan pantas merangkulnya namun dia sedar, dia tidak
layak dan sudah semestinya wanita itu akan mengganggap dirinya orang gila.

'One fine day, Nerina. Kita akan bertemu juga. Segala yang pahit pasti akan manis
akhirnya. Kesabaran ini pasti akan membuahkan hasil. Maafkan aku. Aku perlukan kau,
Nerina, untuk mengikat teguh diriku. Maafkan aku kerana salah sangka denganmu.
Maafkan aku.'

Stephen masuk ke dalam kereta sambil melihat cermin sisi yang memantulkan susuk
tubuh Nerina. Bibirnya perlahan mengukir senyuman. Pandangan dialihkan ke hadapan.
Kelihatan Gina melambai padanya. Stephen menghela nafas panjang.

'Maafkan aku, Gina. Bukan niat aku mahu membuang dan mempermainkan dirimu. Tapi
perasaan ini sudah pudar. Aku kalah akan godaanmu. 5 tahun kita bersama, kau cukup
kenal aku siapa. Luar dan dalam diriku. Kau wanita yang baik, namun kau silap
melangkah. Kau buat onar dibelakangku dan sebab itulah perasaanku mulai pudar.
Kepercayaanku kau persiakan. Andai waktu bisa diputarkan kembali, aku tak mahu kau
menjadi model. Aku mahu kau bekerja denganku. Kerjaya itu memusnahkan impian kita
dan aku harap kau sedar akan kesilapan itu.'

Stephen bermonolog sendiri. Perlahan dia memandu meninggalkan kawasan perumahan


itu. Iringan lagu Memori nyanyian Sevendays menggamit benaknya. Stephen mengetap
bibir.

Sudah
Sudahlah engkau dipandanganku
Berat sungguh mata melihatnya
Bilakah engkau 'kan menyedari
Di setiap jalan yang penuh liku
Kau
Tidak selalu ada bersama
Manakah

Dia
Bukan lagi di setiap mimpi
Tak bermain main di fikiran
Ku campak sudah
Memori kita

Lagi
Lagi kau hancurkan perasaan
Yang bercurah dengan semuanya
Pergi jangan pernah kau ke mari

FLORA terkedu saat mendengar penjelasan Nerina yang sedang duduk dihadapannya.
Flora menahan sebak dalam dada. Entah bagaimana orang seperti Vince mampu
menanggung segalanya sendirian.

"Sorry ya babe. Aku tak tau," kata Flora dalam nada sayu.
"Eh, buat apa minta sorry. Bukan sengaja. Sekarang ni, kita kena bagi support pada
Vince. Aku tau dia tak minta semua ni terjadi tapi dia tinggalkan aku ada sebab.
Dia tak mau aku turut tanggung kesakitan dan kesusahan dia. Dia tak mau nampak
lemah depan aku. Mula-mula aku dapat tau, aku kecewa. Apalah guna aku sebagai
girlfriend dia waktu itu?"
"Rina, besar pengorbanan Vince. Aku happy tengok kamu berdua boleh berbaik macam
biasa, macam tiada apa-apa yang terjadi. Aku tau sakit untuk kau telan hakikat tu
tapi macam yang kau cakap, dia perlukan support kita."
"Babe, jangan salah faham. Kami tak berbaik balik sebagai pasangan kekasih..."
"What?!"

Bergema ruang tamu Nerina dengan suara Flora. Nerina menekup mulutnya menahan tawa.
Merah padam wajah rakan baiknya itu.

"Kami berkawan baik saja."


"How come?!"
"Perasaan dah hilang nak buat macam mana. Sayang sebagai kawan tapi kalau suatu
hari nanti hati aku terbuka semula, aku sedia terima dia walaupun keadaaan dia akan
perlahan-lahan merundum."

Nerina menyeka airmata dipipi. Flora menarik rakan baiknya itu dalam dakapannya.
Perlahan dia mengusap belakang tubuh Nerina.

"Kau polos dan naif. Itulah Nerina yang aku kenal. Kau baik dan berhati lembut.
Teruk macam mana pun kau disakiti, kau masih boleh berhadapan dengannya. Aku doakan
kau akan baik-baik saja. Ingat, aku ada bila-bila masa kau perlukan aku, ya."

Perlahan pelukan dilepaskan. Nerina ketawa sambil menyeka airmatanya. Flora


mencebikkan bibir sambil merangkul bahu rakan baiknya itu. Tiba-tiba Nerina
menampar kuat bahu Flora membuatkan wanita itu menyeringai kesakitan sambil
mengusap bahagian bahunya.

"Eh, kau kata kau ada bila-bila masa aku perlukan kau, kan? Ni, aku ada nak minta
tolong."
"Kot ya pun janganlah sampai nak bertepuk tampar dengan aku. Sakit tau tak." Flora
mencebikkan bibir.
"Alolo... merajuk pula dia." Nerina mencubit pipi gebu Flora.
"Argh... sudah. Apa dia yang kau nak minta tolong?"
"Aku ada terima order dessert table dan 3 tiers cake. Takut aku tak done nak buat
sendiri. Kau sudi tolong aku tak?"
Flora mengangkat keningnya.
"Sejak bila kau pandai minta izin? Selalu main suruh-suruh saja."
"Ishh... kau ni."
Flora ketawa kuat melihat perubahan ekspresi wajah rakan baiknya itu. Flora
mengangguk tanda setuju.
"Ok, ok. Aku tolong. Nanti inform bila tarikhnya dan apa nak buat."
"Yeah! Thank you babe!"

Nerina merangkul Flora. Lega rasa dalam hati setelah meluah dengan rakan baiknya
itu.

ATILIA tersentap saat merasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Hangat terasa
hembusan nafas dilehernya.

"You dah packing barang? Esok kita fly ke Bandung." Soal satu suara yang amat
dikenalinya. Atilia tersenyum. Tangannya masih ligat mengacau air kopi dalam cawan
yang dipegang.

Perlahan Atilia berpaling. Wajah jejaka itu ditenung sedalamnya. Perlahan dia
menghirup air kopi yang masih hangat. Jejaka dihadapannya tersenyum. Tangannya
membelai lengan Atilia. Kehangatan kasih yang terikat mengalahkan kehangatan air
kopi yang baru sahaja dibancuh oleh Atilia.

"I tak jadi pegi," jawab Atilia selamba.


"What?!"
Atilia menahan tawa melihat perubahan wajah jejaka dihadapannya.
"I dah bagitau abang, dia setuju I tak pegi. Tiket I tak beli pun. Tiket untuk
abang dan you saja."
"Are you kidding me?!"
"No, I'm not. I serious."
"Atilia... why?!"

Mark menyentuh kedua belah bahu Atilia. Dia mengharapkan penjelasan dari wanita
itu. Atilia hanya tersenyum. Perlahan dia menghirup air kopinya. Mark merampas
cawan minuman itu dari tangannya. Atilia terkejut.

"I will call Stephen for this!"


Mark mencapai telefon pintarnya yang berada dalam poket seluar. Dia mahu mendail
nombor Stephen. Geram rasa dalam hatinya mendengar Atilia tidak akan mengikut
mereka sedangkan Stephen sudah bersetuju akan membawa Atilia bersama.

Belum pun sempat dia mendail, Atilia merampas telefon pintar dari tangannya. Mark
terkejut. Wanita itu mendekatkan tubuhnya lalu berbisik.

"Easy my man. Take a deep breath. Macam mana nak handle I kalau you gelabah macam
ni? Hurmm?"

Atilia membelai dada Mark yang sasa. Mata mereka saling bertentangan. Atilia
mengucup pipi Mark dan menggigit manja teling jejaka itu. Atilia mengenyitkan
matanya. Perlahan dia menolak tubuh Mark ke dinding. Mark menelan air liurnya.
Nafas turun naik. Hangat membara perasaannya melihat sisi lain sifat Atilia. Tangan
Mark merangkul pinggang wanita itu. Melihat rona merah bibir mungil Atilia, Mark
menjadi semakin geram.

"Jumpa esok," bisik Atilia sambil perlahan-lahan melepaskan tubuh Mark dan berlalu
pergi dari pantri itu. Sempat dia berpaling dan mengenyitkan mata pada jejaka yang
merubah kehidupannya 360 darjah itu.
Mark mengetap bibirnya. Mark menghela nafas panjang. Dia menjadi tak keruan sejak
wanita itu masuk dalam kehidupannya. Mark tersenyum sendiri. Tangan mencapai cawan
air kopi Atilia tadi dan menghirupnya dengan rakus.

"Aduh, panas!"

Mark terkejut saat air kopi panas itu membakar lidahnya.

"Tapi panas lagi api cinta..."

Mark tersenyum sendiri.

BAB 12

STEPHEN, Atilia dan Mark melangkah masuk ke bahagian perlepasan Lapangan Terbang
Labuan bersama bagasi masing-masing. Selesai urusan check-in, mereka mengambil
tempat untuk duduk di ruangan menunggu.

"Eh, Nerina!"

Atilia tiba-tiba bangun dari kerusi dan menghampiri wanita yang dia kenali.
Pandangan Stephen teralih pada wanita itu.

Stephen hanya mampu melihat dari jauh. Hatinya tertanya-tanya ada apa Nerina berada
di lapangan terbang? Tak lama selepas itu muncul seorang jejaka bersama bagasi.

"Nerina? Macam familiar."

Mark mengetuk-ngetuk bibirnya dengan jari telunjuk. Pandangan dialihkan pada


Stephen. Melihat riak wajah jejaka itu, dia dapat menangkap sesuatu. Barulah
fikirannya seolah-olah dikembalikan semula.

"Oh! That girl! The baker, kan?"

"Hurmm..."

"Pergilah tegur dia!"

"Not now, Mark."

"Why?!"

"I made a mistake."

"Maksud kau?"

"Last night..."

Belum pun sempat Stephen menghabiskan kata-kata, dia terasa bahunya dirangkul dari
belakang. Satu kucupan hangat singgah dipipinya. Stephen terkejut. Mark pula
berubah riak wajah. Seperti ayam berak kapur.

"Kenapa tak call kata nak fly dah? I pegi office you tadi. Mereka kata you dah ke
airport."

Suara manja wanita itu membuatkan Mark menelan air liurnya, menahan loya. Geram
pula dia melihat wanita dihadapannya itu. Stephen hanya mampu tersenyum. Dia
menghela nafas panjang.

"Gina... sorry. I kelam kabut bersiap tadi."

"It's ok. Now I'm here."

Gina merangkul lengan Stephen. Perlahan dilentokkan kepalanya pada bahu jejaka itu.
Mark dapat menangkap betapa tidak selesanya riak wajah Stephen.

'Bertabahlah kau, Stephen. Apa lagi kau dah buat kali ni, huh?!' Mark bermonolog di
dalam hati. Dia berharap agar kali ini Stephen benar-benar nekad mahu meninggalkan
wanita itu. Rimas pula dia melihat pasangan itu bermadu kasih, Mark bangkit dan
menuju ke arah Atilia yang sedang berbual dengan Nerina.

'Eh, celaka kau Mark! Kau tinggalkan aku dengan perempuan ni! Nanti kau!' Stephen
mendengus geram dalam hati.

"Eh, ni I kenalkan, Mark."

Atilia memperkenalkan Mark kepada Nerina. Mark menghulur tangan untuk bersalaman.
Nerina menyambutnya dengan senyuman.

"Rina, saya check in dulu ya."

Vince mencelah di antara perbualan mereka. Nerina mengangguk. Wajah Mark berubah
bila melihat Vince. Hatinya tertanya-tanya apa hubungan wajah iras Thor itu dengan
Nerina.

"Inilah baker yang buat kek sedap tu. Dia juga yang akan buat kek for our boss
birthday party next month," jelas Atilia pada Mark. Mark mengangguk.

"I see. Nice to meet you Nerina. Your cake memang superb and marvellous. Sampai our
boss yang tak suka kek pun jadi suka."

Mark memuji hasil air tangan Nerina. Jauh di sudut hatinya akui Nerina memang
cantik orangnya. Patutlah Stephen boleh jadi gila bayang. Nerina orangnya tidak
terlalu menonjol. Dari segi penampilan, dia biasa sahaja. Kemeja, jeans dan kasut
sneakers, itulah pakaian harian Nerina.

Sedang mereka berbual, kedengaran pengumuman penerbangan bakal berlepas ke Kuala


Lumpur. Atilia dan Mark meminta diri dari Nerina. Nerina mengangguk. Dari jauh
kelihatan Vince menghampirinya. Nerina tersenyum.

"Boarding time," kata Vince.

Tangannya dihulur perlahan, mengharap Nerina menyambutnya. Nerina menahan sebak.


Perlahan dia merangkul erat jari-jemari Vince. Mereka melangkah menuju ke balai
perlepasan.

"Promise me, Rina akan jaga diri baik-baik ya."

Bergetar nada suara Vince saat menatap wajah wanita dihadapannya. Genggaman jari-
jemari Nerina semakin erat. Vince terkedu. Nerina menundukkan wajahnya. Tak mampu
dia menahan sebak dalam dada.
"Hey, look at me."

Vince mengangkat dagu Nerina. Hatinya luluh saat melihat linangan airmata wanita
itu. Vince tak mampu membendung perasaannya. Dia pantas menarik Nerina dalam
dakapannya.

"Please, stay safe. Inform me bila kau balik, ya? Jaga diri. Jangan lupa makan
ubat."

Vince mengangguk pada kata-kata Nerina. Perlahan dia mengusap lembut rambut Nerina.
Satu kucupan hangat hinggap di dahi wanita polos itu.

"Sorry, saya emosi pula. Well you know me..."

"You're hypersensitive but sweet."

Nerina ketawa kecil mendengar kata-kata Vince. Vince menyeka airmata dipipi Nerina.
Nerina mengucup lembut pipi Vince. Jejaka itu tersenyum. Walaupun mereka tidak
bersama kembali namun apabila Nerina mampu memaafkannya, itu sudah cukup membuatkan
Vince merasa bahagia.

Stephen terkedu saat sampai sahaja di balai perlepasan, dia berhadapan dengan
wanita yang mencuri hatinya. Namun wanita itu berada dalam dakapan lelaki lain.
Walaupun dia tahu sejauh mana hubungan mereka, hati lelakinya tergugat. Stephen
cuba mengawal dirinya kerana saat ini dia sedang berada dalam rangkulan Gina.

"So sweet Nerina dengan boyfriend dia."

Atilia bersuara. Mark mengangguk. Kali ini terjawab sudah persoalan Mark. Jejaka
iras Thor itu teman lelaki Nerina.

'Stephen gila bayang dengan wanita milik orang patutlah lambat nak mulakan!' Mark
bermonolog dalam hati.

"I got to go," kata Stephen.

Gina hanya mendiamkan diri.

"Take care."

Gina mengusap lembut lengan Stephen. Jejaka itu tersenyum. Perlahan dia berlalu
pergi namun langkahnya terhenti saat terasa tangannya ditarik. Dia menoleh dan
melihat Gina menghampirinya. Satu dakapan hangat diberikan pada Stephen. Jejaka itu
terkedu.

"Call me bila you dah sampai," bisik Gina.

Stephen mengangguk. Perlahan pelukan dilepaskan. Saat itu juga dia melihat Vince
merenung Nerina dengan pandangan yang amat bermakna. Nerina mengucup lembut pipi
jejaka iras Thor itu. Stephen menahan rawan dalam dada.

Entah mengapa dia terasa sebak dan sakit hati sedangkan wanita itu bukan
kekasihnya. Sekali lagi dia menyaksikan kemesraan mereka berdua saat Vince membelai
kedua belah pipi Nerina.

Stephen menahan getaran. Hatinya terasa sangat sakit saat itu. Pantas dia berlalu
namun kuat firasatnya mahu menoleh lagi. Stephen menoleh lagi. Kali ini dia melihat
Nerina seakan merenung kearahnya. Stephen terdiam, langkahnya terhenti.
'Dia nampak aku ke? Nerina!'

"Abang..."

Lamunan terhenti saat terngiang suara Atilia. Stephen kembali sedar. Dia
mengalihkan pandangan pada Atilia.

"Kenapa tercegat sini? You ok?"

"Ya, I'm ok."

Stephen tersenyum kelat dan berlalu bersama Atilia. Wajah Nerina memenuhi akal
fikirannya. Stephen memejamkan mata dan menghela nafas panjang.

"YOUR bag, sir. Let me help you."

Stephen tersenyum dan menyerahkan beg yang menempatkan fail dan komputer ribanya
pada pramugari yang melayaninya. Pramugari itu berlalu ke bahagian kelas ekonomi.
Stephen mengalihkan pandangan pada Atilia dan Mark yang duduk di kerusi penumpang
yang jauh disebelahnya. Pasangan itu sedang membelek majalah sambil bercanda mesra
antara satu sama lain. Stephen tersenyum.

Stephen terkedu saat melihat jejaka iras Thor memasuki ruang kabin. Rupanya mereka
menaiki penerbangan yang sama. Stephen menahan rasa sakit dalam dada. Entah mengapa
perasaan itu hadir sedangkan dia tak punya hak apa-apa.

"Eh, Vince! To KL?"

Stephen mengalihkan pandangan pada Atilia yang menegur Vince.

"Ya. Kamu juga sama?" Soal Vince.

'Boleh tahan juga dia ni. Muka Thor suara pun macho semacam bila dengar dari jarak
dekat dan jelas.'

Stephen bermonolog. Dia mengalihkan pandangannya namun telinga masih aktif mencuri
dengar perbualan mereka.

"Ya. Lepas tu ke Bandung. You stay in KL?"

"I stay for one night lepas tu esoknya ke Bosnia. Long trip so I stay KL untuk rest
secukupnya."

"Wow, Bosnia?!" Atilia terkejut, begitu juga dengan Mark dan Stephen.

"Ya, volunteer programme."

"Wah, baiknya you! Tak ramai orang nak volunteer ke sana. It's too dangerous and
quite far, is it?"

"Ya lebih kurang begitulah. Sebelum nyawa ditarik dari badan, saya memang impikan
nak ke sana."

"All the best, Vince. Kalau I jadi Nerina, I will not let you go tau. Jauh dan
bahaya."

"Dia faham ini impian saya."

"So sweet both of you."


"Thank you. Saya ke belakang dulu ya. Nanti ada kesempatan kita jumpa lagi."

"My pleasure, Vince. Sure, no problem."

Mark menghulur tangan untuk bersalaman, Vince membalasnya. Mark tersentap saat
merasa genggaman kuat tangan Vince. Memang padan dengan tubuhnya yang sasa.

"Wah, baiknya you! So sweet both of you, kalau I jadi Nerina, I will not let you
go..."

Mark mencebikkan bibir sambil meniru aksi percakapan Atilia. Atilia menampar bahu
Mark. Jejaka itu mengerling.

"Suka la tu. Mentang-mentang dia handsome macam Thor."

Mark mencebik lagi. Atilia menekup mulutnya dan ketawa.

"Jealous ke?" Atilia mengenyitkan mata.

"Taklah. Buat apa nak jealous. Setakat macam Thor, I Captain America, ok?"

"You Captain America?!"

"Come on!"

Atilia memegang perutnya menahan tawa. Geli hatinya melihat riak wajah Mark yang
menunjukkan rasa cemburu dan geram. Perlahan dia menghampiri wajah Mark. Saat itu
Mark terkedu. Dia benar-benar lemah bila Atilia mula menunjukkan sisi lain dirinya.

"I feel like I want to bite you bila you buat muka jealous."

Atilia berbisik pantas bibirnya menjalar pada leher Mark. Mark menahan kehangatan
yang mulai menyelubungi diri. Satu gigitan manja hinggap di cuping telinga Mark.
Jejaka itu mengaduh perlahan. Atilia tersenyum. Mark merangkul erat jari-jemari
Atilia.

"Nasib ni dalam flight. Kalau tak..."

Mark mengetap bibir.

"Kalau tak apa?!"

Atilia merenung jejaka dihadapannya.

"Nothing."

Mark kembali membelek majalah. Atilia mendengus geram.

Stephen menggeleng melihat telatah mereka berdua. Mendengar perbualan mereka


sebentar tadi, Vince bukan calang-calang orang. Siapa juga yang sanggup mengadaikan
nyawa dan buat kerja sukarelawan.

Stephen tergugat. Perasaan cemburu menjengah. Ditambah pula sakit hati. Dia
berusaha menepis anasir jahat itu. Terbayang kembali kemesraan Vince dan Nerina,
mustahil mereka hanya berkawan rapat.

'Macam mana kalau Nerina ada perasaan pada dia? Tapi sebab impian Vince buat kerja
volunteer, mereka tak dapat bersama. Macam mana pula kalau masing-masing ada
perasaan tapi tak dapat bersama? Atau memang bersama cuma mereka sembunyikan
hubungan! Eh, entahlah! Jiwa kacau aku! Sakit pula hati aku!'

Stephen memejamkan matanya cuba merehatkan diri.

BAB 13

TERUS melangkah memasuki ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Stephen, Atilia dan Mark segera ke balai berlepas untuk check-in lagi penerbangan
ke Bandung. Sementara menunggu penerbangan seterusnya, mereka menjamu selera di
restoran terdekat. Kelihatan Vince juga sedang menjamu selera. Atilia
menghampirinya.

"Hai Vince. Lunch sorang?"


"Hai Atilia. Ya, sorang saja."
"Kalau tak keberatan, come join us."

Mark terkejut mendengar pelawaan Atilia pada jejaka iras Thor itu. Mengenangkan dia
adalah teman lelaki Nerina, Mark cuba sesuaikan diri. Stephen berusaha menyesuaikan
diri bila berhadapan dengan Vince.

"Yeah, sure. Why not. Saya pun tengah tunggu kawan habis kerja so he will pick me
up."
"Thats great."
"Have a sit."

Vince mempelawa Atilia dan yang lain untuk duduk bersama. Atilia memperkenalkan
Stephen pada Vince. Jejaka itu tersenyum dan menghulur tangan untuk bersalaman.
Stephen menyambut dengan senyuman kelat.

Makanan yang dipesan telah tiba. Vince kelihatan kekok dengan kehadiran Stephen
yang hanya senyap sejak tadi berbanding Mark dan Atilia, mereka berbual dan
bergurau dengannya. Stephen tampak angkuh dimatanya.

"How old are you, Vince?"

Soalan dari mulut jejaka wajah Irish Pakistan itu mengejutkan Vince. Stephen tidak
memandangnya saat menyoal. Perlahan jejaka itu meneguk gelas wain dihadapannya.

"I'm 34 this year."

Vince menjawab dengan senyuman walau hatinya sebal melihat tingkah Stephen yang
sangat angkuh. Jejaka itu meneguk lagi wainnya sehingga habis. Kali ini dia
mengalihkan pandangan merenung Vince.

"I'm 33, muda setahun dari you. 34? I rasa you tak single, kan?"

Stephen menekan nada suaranya. Terbayang kemesraan Vince dan gadis idamannya.
Stephen menanti jawapan Vince dengan penuh sabar.

"How about you, Sir?"

Stephen tersentap saat Vince memanggilnya Sir. Mark dan Atilia saling berpandangan
melihat ketegangan di antara Stephen dan Vince.
"I busy business, tiada masa nak fikir soal cinta."

Stephen menyuap potongan sayur asparagus ke mulutnya. Senyuman bertukar sinis.


Vince menahan rasa sebal dalam dada.

"I rasa hubungan you dengan Nerina sweet sangat."

Atilia mencelah. Vince tersenyum mendengar kata-kata Atilia.

"I wish for that too tapi Nerina bukan girlfriend saya."

Atilia tergamam mendengar ungkapan Vince. Jejaka itu hanya tersenyum. Stephen
terbungkam tak mampu berkata-kata. Mark tersedak makanannya. Atilia pantas mengusap
belakang teman lelakinya itu.

"Maksud?" Soal Atilia.


"Shes my ex."
"Tapi..."
"Memang kami nampak mesra tapi sebagai kawan baik. Nerina anggap saya seperti
abangnya."

Mark mengalihkan pandangan pada Stephen. Jejaka itu memainkan jari telunjuknya pada
bibir. Stephen meneguk lagi wain merahnya sehingga habis.

"Same like Sir Stephen, I busy kerja so tiada masa untuk fikir soal cinta."

Vince tersenyum sinis. Stephen merenung tajam jejaka dihadapannya. Mark menyaksikan
ketegangan suasana itu. Dia hanya mampu menggeleng. Atilia hairan melihat reaksi
mereka bertiga, seakan ada sesuatu yang dia tidak tahu.

NERINA memeriksa akaun Facebook miliknya. Selesai mengemas kini status terkini,
Nerina memeriksa bahagian Friend Request. Terlalu banyak permintaan dan Nerina
tidak lagi dapat menerima permintaan menjadi rakannya. Jari terhenti saat melihat
satu nama dengan wajah yang agak dia kenali. Nerina mengerutkan dahinya.

"Ceh, guna gambar Zayn Malik. Tak mau lah approve. Private pula tu. Gunalah gambar
sendiri. Tiada muka ka guna gambar artis!"

Nerina mengomel sendiri. Selesai memeriksa akaun Facebook, Nerina kembali


menyiapkan tugasannya di studio kek. Bermulalah kesibukannya untuk menyiapkan
tempahan paling besar dalam sejarah selama dia menjadi seorang pembuat kek. Gemuruh
dapat dirasai.

DIRUANGAN menunggu, Stephen, Mark dan Atilia duduk menunggu penerbangan mereka.

"Kau tak dengar dia cakap dia bukan boyfriend Nerina?"

Stephen hanya mendiamkan diri saat mendengar soalan Mark. Kawan baiknya itu
merenung tajam. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Tapi tak mustahil mereka akan kembali bersama."


"You give up?" Soal Mark. Stephen merenungnya kembali.
"Entahlah, Mark. Makin hari aku rasa makin sebal. Mana lagi nak fikir pasal Gina."
"Kau silap percaturan tak boleh patah balik tapi kau boleh bersedia untuk melangkah
ke depan. Come on, bro. Aku tahu kau takkan semudah ini untuk give up."
"Mark, cakap memang senang."
"Relax, bro. Kau tengok aku dengan Atilia. Setahun lebih barulah dia jadi milik
aku. Kau rasa aku tak gila menunggu masa itu tiba?"
Stephen merenung Atilia yang duduk dihadapannya yang sedang membaca buku tulisan
Nicholas Park, Stephen seakan celik akal sebentar. Dia kembali merenung Mark yang
duduk disebelahnya.

"Atilia yang akan merapatkan kami berdua. Kek. Birthday. Dessert table."

Mark tersenyum mendengar kata-kata Stephen. Jejaka itu ceria kembali.

"Aku dah kata akan ada jalannya tinggal kau bersabar dan usaha. Ini bukan kali
pertama kau jatuh cinta tapi aku yakin wanita inilah yang akan mengubah kehidupan
kau."
"Tapi tidak secepat itu, Mark. Dia bukan macam perempuan lain yang mudah dipujuk
rayu. Dia berbeza. Dia polos dan naif."
"Tau pun. Dah tu, sabarlah sikit!"
"Baiklah!"

Atilia terkejut mendengar suara dari dua orang insan dihadapannya. Merasa dirinya
terpinggir seketika apabila dua orang jejaka itu mahu berbicara sesuatu tanpa
dirinya. Atilia mencebikkan bibir. Mark mengalihkan pandangan padanya. Atilia
mengerling. Mark tersentap.

'Apahal pulak dah ni main jeling-jeling muka masam macam cuka. Merajuklah tu!' Mark
mengomol dalam hati.

'Entah apa rahsia sampai tak nak aku tau! Takpa, takpa. Tengoklah nanti! Baik tak
payah bawa aku ikut sekali!' Atilia mendengus geram. Dia menutup bukunya dan
meletakkan dalam beg. Dia bingkas bangun dan berlalu pergi.

Stephen dan Mark terkejut melihat reaksi Atilia. Stephen menampar bahu Mark meminta
rakan baiknya itu memujuk Atilia. Mark bergegas mengekori Atilia. Pantas dia
menarik tangan wanita yang amat dicintainya itu. Pantas wanita itu berpaling. Mata
mereka bertentangan.

"Nak pegi mana?" soal Mark.


"Tak payah tau lah. Bukan nak amik tau pun."
"Alololo... merajuklah tu."
"Buat apa nak merajuk. Bukan budak-budak."
"Geramnya lahai I tengok you ni, kalau tak fikir ramai orang dah lama I gomol you
kat sini, gigit bibir dan pipi tu. Takpa, I sabar."

Atilia terkejut mendengar kata-kata Mark. Genggaman tangan Mark semakin erat. Wajah
jejaka itu hanya tersenyum merenungnya. Atilia cuba menarik tangannya kembali namun
gagal. Tubuh ditarik oleh Mark membuatkan dirinya terdorong ke dalam dakapan jejaka
itu. Rangkulan erat terasa dipinggangnya. Atilia menahan rasa dalam dada.

"I tak kira dah ramai orang atau tak."


"Mark, Mark, stop it."
"No, I won't."
"Mark, please. Malulah orang tengok."
"Buat apa nak malu. You're mine."

Atilia terbungkam saat rangkulan tangan Mark semakin erat. Mata mereka
bertentangan. Nafas turun naik. Hembusan nafas Atilia yang berulit gementar
menghangatkan lagi suasana. Mark tersenyum melihat wanita dihadapannya. Atilia
memejamkan mata.

"Tahan sikit, baby. I know you want it."

Bisikan halus Mark membuatkan mata Atilia terbuka luas. Perlahan rangkulan
dilepaskan. Mark mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Atilia mendengus geram sambil
membetulkan rambut dan bajunya. Melihat orang disekeliling tersenyum melihat
dirinya. Atilia jadi malu dan pantas berlalu ke tandas.

"BABE, kau tak terfikir nak kahwin ke?"

Gina mengangkat wajahnya saat mendengar soalan dari wanita yang sedang
disebelahnya. Gina melepaskan keluhan.

"Bukan aku tak mau, dah Stephen tu buat perangai."


"Maksud kau?"
"Entahlah, sekejap ok, sekejap tak. Macam budak-budak. Kadang aku terasa dengan
sikap dia tapi aku tau dia berubah ada sebab. Salah aku."
"Benda dah berlalu lama dah babe. Takkan dia belum maafkan?"
"Kau tak kenal Stephen macam mana. Dulu aku pun sangka macam tu. Tapi tak sangka
after one year dia totally berubah."
"Ke sebab dia ada orang lain?"

Riak wajah Gina serta merta berubah bila mendengar soalan dari rakan baiknya, Eve.
Gina mendengus geram. Langsung dia tak terfikir akan hal itu.

"Aku bukan nak batu api tapi aku pelik. After one year, baru dia nak berubah. Apa
kes?"
"Eve, aku kenal siapa Stephen. Dia bukan jenis macam tu."
"Yelah kau kenal sangat. Kalau dia ada orang lain bukan kau tau. Kau jarang balik
sini."
"Tapi..."
"Babe, kau ingat tak kes aku dengan ex aku dulu?"
"Oh, Adam, is it?"
"Yup. Kau tau kan apa dia buat? Dia ada orang lain di belakang aku. Aku nasihatkan
kalau kau sayangkan Stephen, kau minta dia jujur dengan kau. Kalau betul ada, kau
lepaskan dia dengan cara baik. Buat apa nak terhegeh-hegeh dengan lelaki yang tak
sayang kita. Kau hot stuff, ramai lelaki yang nak. Dato', VVIP, Tan Sri, anak
Tengku, semua terkejar-kejar kau. Kau saja buta dengan cinta Stephen tu."
"Tak semudah, Eve. Aku akan cari siapa perempuan tu sampai lubang cacing
sekalipun!"
"Calm down, babe. Kau siasat slowly."
"No worry, Eve. Ini Gina lah, sekelip mata saja semua information akan ada depan
mata. Just wait and see."

Eve menggeleng. Bukan dia tidak tahu sikap rakan baiknya itu. Terkenal sikapnya
yang baran. Gina menghela nafas panjang. Tak dapat dia bayangkan Stephen bersama
dengan wanita lain.

BAB 14

STEPHEN menandatangani kertas kerja tender projek yang berada dihadapannya. Selesai
mesyuarat bersama lembaga tertinggi bakal klien sekaligus pelabur utama saham
syarikatnya dari Bandung, mereka bertiga dibawa untuk makan tengah hari bersama di
sebuah restoran makanan Jepun di tengah bandar raya kota Bandung.

Saat melintasi sebuah butik, Stephen tertarik pada satu gaun berwarna merah jambu
lembut dan di keliling leher baju itu disulam indah batu permata Swarovski. Stephen
menarik tangan Atilia membuatkan adik sepupunya itu terkejut.
"Cantik?"
"What?"

Stephen menjuihkan bibir pada gaun merah jambu lembut itu. Atilia mengangguk.

"Jangan beli."
"Why?"
"Sebab abang nak belikan untuk seseorang."

Atilia ketawa. Geli hatinya mendengar kata-kata Stephen.

"For Gina? Gaun macam ni nak ke Gina pakai? Dia pakai yang branded saja."

Stephen menggeleng. Dia mengalihkan pandangan pada Atilia. Wajah adik sepupunya itu
serta merta berubah.

"Maksud abang?"
"Someone special but not Gina. Gina mampu beli sendiri."
"Who?!"
"Just wait and see."

Stephen terus berlalu memasuki butik itu. Atilia terdiam, mencari maksud disebalik
kata-kata abang sepupunya itu. Mark menghampirinya.

"Bila seseorang dilamun cinta, dia akan buat apa saja untuk bahagiakan insan itu,
kan?"

Atilia mengalihkan pandangan pada Mark yang berdiri disebelahnya. Sekali lagi
Atilia bertambah bingung dengan kata-kata Mark.

"Abang you tu, gila bayang. Tengok-tengokkan sikit takut jadi psikopat pulak nanti,
habislah kita."

Mark tersenyum dan berlalu membuntuti Stephen. Atilia bertambah bingung. Entah
apalah maksud dua orang insan itu. Atilia turut mengatur langkah memasuki butik
itu. Kelihatan Stephen sudah membelek-belek gaun tadi dan meminta pekerja butik
untuk membungkusnya di dalam kotak.

"You done?" Soal Mark.


Stephen mengangguk.
"Untuk siapa tu?" Soal Atilia.
Stephen hanya tersenyum sambil berlalu keluar.

Kali ini pandangan Atilia dialihkan pada Mark. Mark hanya menjungkit bahu tanda
tidak tahu. Atilia mendengus geram. Dia tidak suka bila mereka merahsiakan sesuatu
darinya. Mereka terus melangkah menuju ke restoran yang mereka tujui.

NERINA memeriksa kalendar. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari
kejadian di mana dia bertanggungjawab untuk menyiapkan tempahan yang telah ditempah
oleh Atilia. Nerina mengeluarkan segala peralatan yang diperlukan. Kelihatan Flora
memasuki ruang studio bersama plastik pasaraya di tangan.

"Babe, aku nampak Australian Cherry kat Bataras tadi, so aku amik 3 pek. Cukup
tak?" Soal Flora sambil mengeluarkan bahan yang dibelinya.
"Cukup. Ni blueberry and strawberry pun dah ada, so bolehlah untuk tambah-tambah
deko atas fruit parfait."
"Meringue kau dah buat?"
"Done. Tengah bakar dalam oven."
"Ok, nice. How about Italian Meringue Buttercream? Semua tu kena prepare awal
supaya kau tak kelam kabut masa nak deko kek nanti."
"Dah babe, seal elok dah dalam chiller. Tinggal kek saja lagi belum settle dengan
fruit parfait."
"Apa tema bos dia tu?"
"Black and gold."
"Eksklusif. Biasalah orang kaya. High taste. Jadi kau guna gold leaf and flakes
24K?"
"Yup. Banyak juga nak guna tu. 3 tiers."
"Black ganache?"
"Yup. Dalam chiller."
"Semua kau dah buat. Jadi aku nak buat apa?!"

Nerina tersenyum mendengar kata-kata Flora. Dia menghampiri rakan baiknya itu yang
mula mencebikkan bibir.

"Temankan aku sampai semua siap."


"Baiklah! Aku pegi buat lemonade jap."
"Thanks babe!"

Nerina menyambung kerjanya. Penat terasa, lenguh mulai menggigit bahagian pinggang
dan hujung tumitnya. Nerina meregangkan tubuh sambil menarik nafas sedalamnya
kemudian dihembus perlahan. Fikirannya melayang sebentar.

'Macam manalah agaknya rupa bos Atilia ni ya? Mesti ala-ala muka Mr Grey, anak
orang kaya, kereta mewah. Ceh! Orang-orang korporat.'

Nerina mencebikkan bibir. Tak dapat dia membayangkan bagaimana agaknya kehidupan
mereka yang bergelar orang kaya dan ahli perniagaan syarikat besar. Melihat
dirinya, Nerina tetap bersyukur walaupun perniagaannya kecil-kecilan sahaja dan
hanya untuk menampung perbelanjaannya. Netina menghela nafas panjang. Dia
menyambung semula kerja.

GINA menyuapkan potongan kek ke dalam mulutnya. Jarinya ligat memeriksa telefon
pintarnya. Tak lama kemudian dia mendail nombor telefon milik Stephen namun tiada
jawapan. Gina mendengus geram. Gina menghantar pesanan melalui Whatsapp.

'Baby, how are you? Answer my call, please.'

Namun tetap sama. Tiada jawapan. Gina menahan sebak dalam dada. Jarinya ligat
memeriksa galeri gambar dalam telefon pintarnya. Melihat kembali gambar kenangan
bersama Stephen.

"Aku takkan benarkan perempuan lain dapat kau! Don't you dare, Stephen!"

Bibir diketap geram. Nafasnya turun naik. Airmata hangat yang mulai mengalir diseka
perlahan. Gina menghela nafas panjang. Pandangan teralih pada seorang wanita yang
sedang menyusun kotak kek dan berbual bersama pemilik restoran. Potongan kek di
dalam pinggan ditenung sayu.

'I wish I have talent to bake a cake and I wish Stephen love to eat cake.'

Gina mengeluh. Dia menyambung memakan potongan kek dihadapannya.

"BABE, tu, jiran kau."


"Mana?"
"Tu."

Flora menjuihkan bibir ke arah seorang wanita yang sedang duduk di satu sudut meja
restoran. Nerina mengecilkan matanya, mengamati wajah wanita itu.
"Oh... biarlah dia."
"Takkan lonely."
"Ish kau ni. Jangan sibuk hal orang."
"Perempuan cantik macam tu, mustahil lonely."
"Adalah tu kot boyfriend dia tapi busy ke apa ke, mana kita tau."
"Tapi mustahil."
"Ish sudah. Jangan sibuk hal orang. Jangan pandang dia nanti dia perasan kita
tengok-tengok dia, nanti apa pula dia fikir."

Flora mencebikkan bibir dan mencubit bahu Nerina. Nerina mengaduh dan menampar
lembut lengan Flora. Rakan baiknya itu mengekek ketawa.

"Rina, terima kasih ya. Ini duitnya."

Nerina menyambut huluran sampul surat dari Kayla, pemilik restoran tempat dia
mencari rezeki.

"Terima kasih Miss Kayla."


"Sama-sama. Esok macam biasa ya."
"Baiklah. See you tomorrow."

Puan Kayla tersenyum dan mengangguk. Nerina dan Flora perlahan berlalu meninggalkan
kawasan restoran. Sempat Nerina mengalihkan pandangan pada wanita yang duduk di
satu sudut restoran. Wanita itu juga merenungnya. Nerina mengukir senyuman namun
hambar, wanita itu tidak membalasnya.

'Dia tak perasan kot tapi dia tengok sini tadi. Ish, biarlah dia. Bukan orang
penting. Rupa cantik, high class mana pandang orang selekeh macam aku ni.' Nerina
bermonolog dalam hati.

MARK berjalan perlahan menuju ke beranda bilik hotel tempat dia menginap. Tangannya
pantas mencapai dan menggenggam erat jari-jemari milik wanita yang sedang berdiri
di beranda. Wanita itu mengukir senyuman. Mereka saling berpandangan.

"Harini last kita di Bandung. So, what should we do?" Soal Mark. Atilia menjungkit
bahu tanda tidak tahu.
"We're not gonna do anything until you tell siapa orang yang Stephen maksudkan."

Mark mengeluh berat. Bukan dia tidak mahu menceritakan hal itu tetapi khuatir
Stephen akan memarahinya.

"Baby, bukan I tak mau bagitau, tapi ini hal abang you. I tak berani nak cerita.
You need to ask him."
"You pun nak main rahsia-rahsia dengan I ke ni?"

Atilia melepaskan genggaman tangan Mark dan mengerling. Geram rasa hati bila mereka
berdua berahsia darinya.

"Baby, jangan macam ni."

Atilia hanya mendiamkan diri. Mark melangkah menghampiri dan merangkul erat
pinggangnya. Tidak pernah dia menyangka wanita itu akan menjadi miliknya. Atilia
menolak namun Mark lebih kuat menarik dan merangkul.

"Jangan sebab hal abang you, you nak masam muka dengan I."
"Hurmm..."
"Yang pasti orang itu bukan Gina."
"What?! You sure?!"
"Yeah. 100 percent sure."
"But why?!"
"Baby, siapa boyfriend Gina, I ke abang you? Kalau I, untung juga I dapat
girlfriend model."
"Ish! You ni!"

Atilia menampar bahu Mark. Mark melepaskan tawanya melihat perubahan eskpresi wajah
Atilia. Atilia menolak tubuhnya namun Mark pantas menarik kembali. Satu kucupan
hangat hinggap di dahi Atilia membuatkan wanita itu tergamam.

"Haa... tau pun. Dah tu, jangan tanya soalan macam tu. I bukan boyfriend Gina dan I
tak tau apa masalah mereka berdua."
"But why so sudden? 5 tahun kot abang dengan dia."
"5 or 10 years sekalipun kalau hati dah tawar, nak buat macam mana. Tapi Stephen
masih usaha untuk fikir macam mana nak handle semua ni."
"Faded?"

Mark mengangguk. Atilia menghela nafas panjang. Dia tidak menyangka hubungan
bahagia abang saudaranya dengan Gina bakal sampai ke penghujungnya.

"I sangkakan abang akan kahwin dengan dia."


"Kahwin?! Stephen capable for marriage?!"
"Ish, you ni! Lelaki mana tak impikan nak ada family sendiri."
"Tak semua lelaki fikir pasal tu baby. You jangan silap."
"Dah tu, you pun tergolong lelaki macam tu ke?!"
"Kenapa you tanya macam tu?"
"I tanya je."

Atilia menundukkan wajah. Sendu hatinya mendengar ungkapan Mark tentang tak semua
lelaki mahukan keluarga sendiri. Hatinya gusar memikirkan seandainya Mark mempunyai
sifat yang sama.

Perlahan Mark mengangkat dagu Atilia. Dia merenung seraut wajah yang mengubah
kehidupannya. Mata wanita itu berkaca. Mudah benar dia tersentuh hati. Mark
membelai pipi mulus Atilia. Satu kucupan hangat singgah di pipi wanita itu.

"Never doubt me. I dah lama tunggu you. I mimpi you in white dress walking to the
altar and I open you wedding veil dan I yakin, you wanita yang jadi milik I
selamanya."
"Mark..."

Atilia menitiskan airmata. Terasa hangat kucupan Mark pada pipinya. Airmata yang
mengalir disapu perlahan oleh ibu jari Mark.

"Don't cry. You're mine, forever."

Atilia mengangguk. Mark merenungnya. Atilia memejamkan mata saat terasa bibirnya
disentuh. Lehernya dirangkul erat. Hembusan nafas Mark yang hangat membuatkan
dadanya turun naik. Atilia membalas sentuhan bibir itu. Perlahan bibir yang bertaut
dilepaskan. Satu bisikan hangat dilepaskan pada telinga Atilia.

"I love you so much, baby."

Atilia mengucup lembut pipi Mark.

"I love you more than you know."

Mark tersenyum. Tangannya pantas mendukung Atilia. Atilia menjerit perlahan


terkejut akan perbuatan Mark. Mark membawanya ke atas sofa.
"Mark..."
"No, I won't touch you."
"Mark, thank you."
"You're my woman, my beautiful roses and I will take care of you."

Atilia menahan sebak dalam dada mendengar kata-kata Mark. Jejaka itu memeluknya
erat.

"One day, baby. Sehingga you sah bergelar my wife."

Bisikan Mark membuat Atilia menangis. Mark terkejut.

"Why?! Please, don't cry."


"I never thought you macam ni. I dah salah anggap tentang you selama ni."
"What?"
"I sangka you jenis kaki perempuan but I silap bila abang ceritakan semua tentang
you dan hari ini terbukti, your love is pure."

Mark menahan sebak dalam dada. Dia pantas menggenggam jari-jemari halus milik
Atilia.

"I bukan jenis macam tu. Dah, tak payah ungkit kisah lama, ok. Sekarang kita fokus
ke depan, our relationship, our next goal and step. Together we try improve
everything."
"Promise me, you will never lie to me."
"I promise, baby."

Atilia memeluk erat jejaka dihadapannya. Mark membelai lembut rambut panjang dan
lebat milik Atilia. Hangat terasa.

GINA merebahkan tubuh di atas katil. Perlahan dia menoleh pembaringan disebelahnya.
Gina mengeluh perlahan. Hanya ada satu nama yang amat dia rindui saat ini.

Gina mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja sebelah katil. Kosong.
Tiada panggilan mahupun pesanan Whatsapp dari Stephen. Gina menahan sebak dalam
dada. Melihat tarikh yang tertera pada skrin telefon, Gina tersenyum.

'1 more week for my baby birthday. Biasanya aku yang prepare semua for his
birthday. Wait for me, ok, Stephen.'

Gina bermonolog dalam hati. Dia mula menaip pesanan Whatsapp kepada Stephen.

"Baby, 1 more week. Where should we celebrate?"

Gina bersorak riang saat melihat status Stephen sedang Typing.

"Hey. Tak perlu susah-susah. I dah arrange birthday party dengan staff I."
"What?!"

Gina mula mengalirkan airmata. Selama 5 tahun mereka bersama, tak pernah Stephen
terfikir akan menyambut hari jadinya bersama staff.

"Ya."
"After 5 years, kenapa baru sekarang baru terfikir nak celebrate dengan staff?!"
"Why? Salah ke?"

Gina meraung sekuat hati. Jarinya pantas menaip membalas pesanan Stephen.
"Tak salah but I terkejut."
"Ok."
"Its ok, goodnight baby."

Stephen tidak lagi membalas. Gina bangkit berdiri dan berjalan menuju bilik mandi.
Dia merenung wajahnya di dalam cermin. Airmata yang mengalir disapu perlahan. Gina
membuka perlahan paip air. Wajahnya dicuci dan dia kembali merenung di dalam
cermin.

"Tak guna! Apa salah aku, huh?! Why?! Stephen, why?!"

Airmata mengalir lagi. Gina merentap rambutnya. Dia meraung sekuat hati. Gina
menghempas gelas tempat letak berus dan ubat gigi di atas sinki. Darah mulai
mengalir. Sakit itu tidak lagi mampu menandingi rawan dalam hati. Nafasnya turun
naik.

"Wait and see, Stephen! Satu hari kau akan melutut pada aku!"

Gina melihat telapak tangannya yang mengalirkan darah. Dia tersenyum sinis. Wajah
Stephen bermain dalam akal. Gina membiarkan darah itu mengalir. Hilai tawa mulai
kedengaran.

BAB 15

NERINA menarik nafas lega saat menampal 24K gold leaves yang terakhir pada kek 3
tingkat yang sudah disiapkan sejak 3 hari yang lalu. Dia tersenyum puas melihat
hasil tangannya. Lega apabila terasa beban demi beban beransur selesai. Melihat
bahagian dalam chiller, pemanis mulut sudah siap dibungkus. Kurang dari 24 jam,
kesemua kek dan pemanis mulut akan dihantar dan dihidang untuk majlis hari jadi
majikan kepada Atilia.

Siap menampak gold leaves, Nerina mengangkat kek 3 tingkat itu dan meletakkan ke
dalam chiller. Mujur saja dia berniat hendak membeli chiller yang besar untuk
meletakkan kek dan bahan lain. Selesai dekorasi terakhir, Nerina melihat jam di
dinding menunjukkan pukul 12.35 tengah malam. Perlahan dia melangkah meninggalkan
ruang studio dan menuju ke tingkat atas.

Tiba masanya untuk merehatkan diri. Nerina menghantar pesanan Whatsapp kepada
Flora.

"Babe, esok kejutkan aku ya. Jam 8 pagi."


"Ya. Aku bangun awal esok pegi joging kejap. Lepas tu aku call kau dan datang
rumah."
"Ok, babe. Love you. Night."
"Pegilah tido! Big day tomorrow. Love you too, babe. Selamat malam."

Nerina tersenyum. Dia mensyukuri setiap detik dalam kehidupannya. Menjadi anak
yatim piatu di usia yang sangat muda bukanlah sesuatu yang mudah. Kehadiran Flora
mengisi kesunyian dalam diri. Nerina meletakkan telefon pintar di atas katil lalu
mencapai tuala untuk mandi.

Perlahan pancuran air dibuka. Nerina mulai membasahkan tubuhnya. Dingin terasa.
Entah mengapa fikirannya melayang saat berada di bawah pancuran air itu. Memikirkan
bagaimana agaknya rupa majikan Atilia. Mengenangkan stail dekorasi kek yang
disediakan, mustahil majikan Atilia orang berumur 40an atau 50an dan yang pastinya
majikan berumur pasti sudah berkahwin dan takkan meminta khidmat setiausaha untuk
menguruskan majlis hari jadi.

'Kalau family man, biasanya wife yang prepare semua atau sambut dengan family lebih
baik berbanding nak sambut dengan staff sendiri. Pelik. Mungkin dia masih muda
agaknya ataupun bujak terlajak. Ish! Buat apa aku susahkan diri fikir pasal bos
Atilia!'

Nerina tersenyum dan menggeleng. Tangan mulai menyapu buih sabun. Nerina
meregangkan tubuh badan. Lega terasa saat segala lenguh pada sendi beransur pulih.

STEPHEN memutar pen pada tangannya. Kehadiran Gina ke rumah untuk menyambut hari
jadinya tepat jam 12 tengah malam membuatkan dia merasa serba salah. Gina sedang
duduk membaca buku di atas sofa yang terletak berhadapan dengan meja kerja dalam
pejabat kecilnya. Stephen menghela nafas panjang. Perlahan dia bangun dan menuju ke
dapur. Tangan mulai mencapai sebotol wain merah dan gelas.

Pandangan teralih pada sebiji kek bersaiz 4 inci berperisa coklat di atas meja.
Stephen meneguk wain merah yang berada dalam gelas. Gina memang tidak pernah
melupakan hari jadinya. Sepanjang 5 tahun bersama, wanita itu sentiasa bertungkus
lumus untuk mengadakan parti. Namun kali ini, hanya sambutan kecil antara mereka
berdua saja.

Stephen mencapai buah strawberi yang berada di atas kek lalu digigit dan dikunyah
perlahan. Coklat bukanlah kegemarannya. Stephen lebih cenderung untuk meminati
perisa vanila. Stephen menggeleng. Gina gagal mengesan perisa kegemarannya. Pasti
wanita itu lupa. Dia bukan penggemar serta coklat.

'Hanya satu kek yang aku suka. Kek hasil tangan Nerina Ash. I can't wait to see you
tomorrow, Nerina. I really miss you!'

Stephen tersengih lalu meneguk lagi wain merahnya.

"Stephen."

Stephen mengalihkan pandangan pada suara lembut itu. Kelihatan Gina berjalan
menghampirinya.

"We need to talk."

Mendengar ungkapan itu, Stephen melepaskan keluhan maha berat. Tangannya menuang
lagi wain merah ke dalam gelas lantas diteguk laju.

"About us."

Sekali lagi suara itu membuatkan Stephen mula naik rimas dan sesak. Stephen mahu
menuang lagi wain merah ke dalam gelas namun kali ini dihalang oleh Gina. Wanita
itu merentap tangannya yang menggenggam kemas botol wain.

"Look at me and talk to me, Stephen. What is your problem?"

Gina merampas botol wain dari tangan Stephen. Dia merenung dalam anak mata jejaka
kacukan itu. Nafasnya turun naik. Dia mahu semuanya kembali seperti sedia kala. Tak
sanggup rasanya menelan hakikat sebenar.

"I tiada masalah apa-apa, Gina."


"Tipu!"
"Dah tu, you nak I cakap apa?!"
"What do you want from me?!"
"Suppose to be I yang tanya you soalan tu, Gina. Stop all this nonsense!"
"Kalau you betul tak sayang I lagi, why you make love to me?! Huh?!"

Stephen terdiam. Kali ini dia tak mampu menjawab pertanyaan itu. Wajah Gina
bertukar merah padam. Airmata wanita itu mulai bergenang dan pada bila-bila masa
sahaja akan jatuh membasahi pipi.

"Enough, Gina. I think you should go home. Dah lewat ni. Almost 1 a.m. I pun ada
keja nak buat. Esok office half day."

Gina memeluk Stephen erat. Jejaka itu terkejut. Esak tangis mulai kedengaran.

"Jangan neglect I, Stephen. I'm begging you. Jangan buat I macam ni. I love you
more than anything. I need you."
"Stop it, Gina. Dah lewat ni. You baliklah."

Gina menggeleng. Pelukannya semakin erat. Leher jinjang Stephen dirangkul erat.
Perlahan pipi jejaka itu dikucup lembut. Stephen menarik nafas sedalamnya. Dari
pipi, Gina beralih pada bibir Stephen. Jarinya dimainkan pada bibir jejaka itu.

"Gina, stop. Jangan buat diri you nampak desperate sangat. I need time and space
for myself. Please, I nak rest. Baliklah."

Gina terkejut mendengar ungkapam dari mulut Stephen. Dia tidak mahu mengalah.
Bibirnya mulai bertaut pada bibir Stephen. Tangannya menjalar mahu membuka tali
pinggang yang terlilit kemas pada seluar jeans Stephen. Gina menolak Stephen pada
peti sejuk. Dia tahu benar kemahuan dan keinginan jejaka itu.

"I know you miss me and want me so bad. Make love to me, baby."

Bisikan hangat dilepaskan pada telinga Stephen. Kehangatan mulai terasa. Stephen
memejamkan mata. Gina, wanita yang memegang kunci keinginan tubuhnya membuatkan
bibir diketap menahan perasaan. Stephen semakin hanyut. Gina menuruni tubuhnya.
Saat terasa wanita itu semakin bertindak jauh, Stephen seakan bangun dari mimpi.
Wajah Nerina bermain dalam fikirannya.

Bayangan demi bayangan dimainkan seperti filem. Wajah, senyuman, tawa dan lirikan
mata Nerina membuatkan jantung berdegup kencang. Stephen mengetap bibir saat terasa
Gina mula bertindak jauh mengawal tubuhnya. Stephen mengerang kuat lalu menolak
tubuh Gina. Tangannya pantas menaikkan semula seluar dan zip jeans. Tali pinggang
yang terlepas turut dipasang semula. Stephen merenung ke arah Gina yang terduduk di
atas lantai. Airmata wanita itu mulai mengalir deras.

"Go home."

Hanya itu yang mampu diungkapkan. Stephen berlalu ke tingkat atas. Peluhnya mulai
membasahi seluruh tubuh. Saat tiba di bilik tidur, penghawa dingin dipasang dan
Stephen membuka pakaiannya satu demi satu lalu memasuki bilik mandi. Pancuran air
dibuka lalu Stephen membasahkan tubuh. Nafasnya turun naik. Entah mengapa jiwa rasa
tak tenteram.

Stephen menghela nafas panjang. Debaran semakin beransur lega. Hampir saja dia
jatuh semula ke dalam godaan Gina. Akhirnya, dia berjaya menepis. Stephen tersenyum
lega. Bayangan itu menyelamatkannya. Ya, bayangan Nerina Ash. Wanita yang mencuri
seluruh hati dan perasaan.

'Please, let me be your man. I want to take care of you, Nerina.'


Stephen berbisik dalam hati. Dia mulai menikmati pancuran air yang perlahan
bertukar menjadi suam. Tubuh dibersihkan semaksimum yang boleh. Stephen mahu
berehat sepuasnya. Tak sabar menanti hari esok dan yang pastinya mahu bertemu
wanita yang membayangi akal fikiran.

Gina menyeka air mata. Tangan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja dalam
pejabat kecil Stephen. Pandangan dialihkan pada komputer riba milik Stephen yang
masih menyala. Hatinya tertarik mahu memeriksa komputer riba itu.

Melihat History pada laman Google Stephen, Gina mengerutkan dahi apabila tertera
laman Facebook dan menunjukkan Stephen kerap melawati akaun seseorang. Jantungnya
berdegup kencang. Muncul sebuah akaun Facebook yang menjadi tanda tanya.

"Nerina Ash... who the hell are you?"

Jari-jemari halus milik Gina mulai memainkan butang tetikus. Melihat pemilik akaun
itu, membuatkan Gina berkerut dahi.

"Baker. Nothing special. Style pun biasa saja. But why Stephen kerap check profile
dia? Muka pun familiar."

Gina mengetap bibir. Hatinya mulai rasa tak tenang. Gina menutup semula semua laman
web. Langkah diatur keluar dari ruang pejabat. Gina menarik nafas sedalamnya.

"Sooner or later, I will know the answer. How dare you Stephen tolak perempuan
macam I? Do you know berapa ramai lelaki crave for me? Stupid!"

Gina berlalu pergi. Sebal rasanya mengenangkan jejaka bernama Stephen. Kali ini
muncul pula persoalan baru. Siapa Nerina Ash dan apa kaitannya dengan Stephen
sehingga jejaka itu kerap melawati akaun Facebook milik wanita tak seberapa itu.

NERINA menghirup perlahan air kopi dalam cawan. Kelihatan Flora menghampiri bersama
dua pinggan di tangan. Satu dihulurkan pada Nerina.

"Thank you, babe. Sweet you."


"Kau tu, bukan nak masak breakfast. Makan segera saja. Cuba eat clean sikit."
"Malas."
"Kau memang. Tu aku ada prepare chicken roll dalam fridge, nanti esok lusa tinggal
kau panaskan saja. Jangan nak makan cereal saja. Bukan bagus tu. Banyak kandungan
gula."
"Baik, bos. Silakan duduk. Kita makan. Sekejap lagi banyak kerja nak buat."

Flora mencebikkan bibir. Nerina tertawa melihat telatah rakan baiknya itu.

"Agaknya macam manalah rupa bos Atilia tu ya," kata Nerina lalu menyuapkan potongan
chicken roll ke dalam mulut.
"Why bother?" soal Flora.
"Entah. All the time aku prepare kek dia tu, aku terfikir. Dengan design macam tu
agak mustahil orangnya berumur 40an to 50an. Mesti masih muda."
"Hurmm... aku pun terfikir hal yang sama. Satu lagi. Kalau dah berumur mesti dah
kahwin dan sambut dengan family, kan? Ni buat apa buat party besar-besaran tapi
sambut dengan staff."
"Mesti dia bos yang baik, kan?"
"Aku rasa macam tulah. Eh, kenapa kau macam interested sangat nak tau ni?"
"Entahlah mungkin sebab aku terlalu in masa prepare kek dia tu."

Flora ketawa saat mendengar kata-kata Nerina. Dia menggeleng. Nerina tersenyum.

"Ada-ada saja kau ni. Sekejap lagi kau nampak la tu siapa bos customer kau tu. Dah,
makan tu. Penat aku masak."
"Yalah, yalah."

Mereka tertawa bersama. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Sebentar lagi mereka berdua
perlu membungkus beberapa lagi pemanis mulut sebelum menyusun ke dalam kotak.

Selesai bersarapan pagi, Nerina melangkah menuju ke studio kek. Pandangan dialihkan
pada kek 3 tingkat yang telah disediakan yang berada di dalam chiller. Kek dengan
tema hitam, putih dan emas itu meruntun sepenuh tenaganya. Nerina tersenyum puas.
Penat lelah yang berhasil. Mereka menyambung lagi tugasan terakhir sebelum membuat
penghantaran ke lokasi yang telah diberikan oleh Atilia.

STEPHEN terbangun saat kedengaran bunyi deringan telefon pintarnya. Nama Atilia
tertera. Mata digosok sebelum menjawab panggilan itu.

"Hello."
"Hello, abang. Happy birthday!"
"Thank you, sweetheart."
"Apasal suara macam baru bangun?"
"Hurmm... baru bangunlah ni."
"Buruknya perangai! Sekarang dah jam berapa?! Cuba tengok jam!"

Stephen melihat jam yang berada di atas meja sebelah katilnya. Stephen menepuk
dahi. Dia perlu mengambil sut yang dihantar untuk dibersihkan dan di seterika.

"11 a.m."
"Haa... tau pun. Dah bangun. Jangan lupa amik sut di dobi."
"Baiklah."
"See you later."
"Ok."

Talian dimatikan. Stephen bangun dan meregangkan tubuhnya. Dia tersenyum. Perasaan
teruja memenuhi diri. Teruja kerana sebentar sahaja lagi dia akan berdepan dengan
Nerina buat pertama kali. Stephen mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi.

Selesai membersihkan diri, Stephen mencapai telefon pintarnya lalu menghubungi


seseorang. Namun, panggilannya tidak dijawab. Stephen mengeluh dengan perasaan
hampa. Belum pun sempat dia meletakkan kembali telefon pintar di atas meja,
kelihatan satu pesanan Whatsapp masuk. Melihat nama yang tertera, Stephen kembali
tersenyum.

"I'm sorry my baby, I have meeting. Happy birthday, baby! I can't wait to see you.
Take care."
"It's ok. Thank you. Me too, can't wait to see you."
"Take care, baby."
"I will."

Kerinduan terubat. Tak sabar rasanya mahu bertemu insan yang amat disayanginya itu.
Stephen segera bersiap untuk ke dobi.

JAM menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap saja masa berlalu. Nerina dan Flora segera
menyusun kotak kek dan pemanis mulut ke dalam kereta. Nerina segera menghubungi
Atilia.

"Hello, Atilia."
"Hai, Nerina. Hows everything?"
"Ok. Saya dah siapkan semua. Now sedang distribute untuk delivery. Labuan
Convention Hall, betulkan lokasi ni?"
"Great! Yup, thats right! Kita jumpa kat sana. I'm on my way."
"Alright. See you there."

Nerina dan Flora mengangkat kotak kek 3 tingkat dan perlahan-lahan meletakkan di
dalam bonet kereta.

"You need to drive real slow, babe."

Nerina mengangguk pada kata-kata Flora. Inilah kali pertama dia akan menghantar kek
3 tingkat yang cukup berat. Mereka segera berlalu meninggalkan halaman rumah dan
menuju ke lokasi yang diberikan oleh Atilia.

Setelah tiba, kelihatan Atilia dengan evening gown berwarna hitam menyambutnya.
Nerina terpana seketika melihat keanggunan Atilia.

"Hai, Nerina. Good to see you again. I asked staff to prepare trolley for you."

Nerina mengangguk dan menyambut huluran tangan Atilia untuk bersalaman. Satu demi
satu kotak kek dan pemanis mulut dikeluarkan dari dalam kereta dan diletakkan di
atas troli yang disediakan. Saat ingin mengeluarkan kek 3 tingkat, Atilia menekup
mulutnya melihat kek itu.

"Oh my god! Ini ke kek tu?!"

Nerina mulai gementar melihat ekspresi wajah Atilia. Risau dia tidak menyukainya.
Nerina mengangguk dengan senyuman.

"You ke buat ni, Nerina?!"


"Yup. I hope you like it."
"For God sake! I don't like it but I really love it! Now I'm asking, tangan apa you
ni?! Cantik sangat! I'm 100% sure my boss will love this."

Nerina tersipu malu mendengar pujian Atilia. Flora turut gembira mendengar maklum
balas daripada Atilia. Tidak lama kemudian muncul seorang jejaka menghampiri
mereka. Jejaka itu pantas merangkul erat pinggang Atilia.

"Semua ok?" Soalnya.


"Everything is fine. Jom, kita masuk dalam untuk letak this masterpiece di table
dia," jawab Atilia.
"Wow, is this a cake?!"

Mark seakan tak percaya melihat kek 3 tingkat dihadapannya. Pandangan dialihkan
pada Nerina. Wanita itu tersenyum.

"You buat?!" Soal Mark.


"Ya, saya." Nerina mengangguk.
"Amazing! I'm pretty sure Stephen will love this cake."
"Thank you very much."

Mereka berlalu menuju ke dalam dewan. Kelihatan dewan itu dihiasi dengan warna tema
yang ditetapkan. Kelihatan ramai tetamu menggunakan sut dan evening gown. Pandangan
mereka teralih pada Nerina dan Flora yang mengiringi troli yang menempatkan kek 3
tingkat yang sedang ditolak staff majlis.

Nerina menelan air liur. Gugup dan gementar melihat ekspresi wajah mereka. Melihat
dirinya sendiri, rasa malu bila dia hanya menggunakan kemeja lengan panjang dan
seluar jeans bersama kasut sneakers sahaja. Jauh sungguh beza dirinya dengan
mereka.

Flora yang melihat Nerina, pantas merangkul lengan sahabat baiknya itu. Dia tahu
benar keadaan Nerina jika sedang dalam keadaan gementar. Nerina tersenyum.

"Relax, ok?"

Nerina mengangguk pada ungkapan Flora. Tiba di meja hadapan dewan itu, Nerina
dibantu oleh Flora mengangkat kek 3 tingkat itu meletakkannya di atas meja.
Kelihatan para tetamu terkejut melihat kek dihadapan mereka. Selesai meletakkan kek
3 tingkat, mereka beralih pada meja meletakkan pemanis mulut yang lain. Nerina dan
Flora sibuk menyusun dan menghias meja tersebut.

"Harap Stephen tak lambat," getus Mark.


"Why?" Soal Atilia.

Mark mengalihkan pandangan pada Nerina. Dia tahu Stephen teruja akan sambutan hari
jadinya kerana Nerina dan sekarang wanita itu berada di depan mata. Atilia merasa
hairan melihat Mark. Pandangan turut dialihkan pada Nerina.

"I tak faham. Kenapa you tengok Nerina macam tu? Soal Atilia.
"Nothing."
"Theres must be something. Don't lie to me."

Mark merenung Atilia. Wajah wanita itu bertukar menjadi masam mencuka. Mark menahan
tawanya.

"Yes, theres something."


"What?!"
"Nerina Ash. That woman, God, dia..."
"Kenapa dengan Nerina?!"
"Dia... dia..."
"Apa dia?!"
"And you... baby. God!"
"Mark, jangan main-main dengan I!"
"You... you the most beautiful thing I've ever seen in my life."
"Mark!"

Atilia menampar lengan Mark. Dia mendengus geram. Mark tertawa melihat ekspresi
Atilia. Wanita itu mula mencebikkan bibir. Dia mengerling ke arah Mark dan berlalu
pergi. Belum pun sempat dia melangkah jauh, terasa pinggangnya ditarik dan dipeluk
erat dari belakang. Nafas Mark terasa di belakang leher. Pelukan semakin erat.
Atilia berusaha menolak namun gagal.

"I suka tengok bila you merajuk sebab I tahu, cuma I yang dapat pujuk. Come here,
baby. Nak pergi mana? Nak lari mana? You look different today. Make me want to hold
this dress zip and pull it down."

Bisikan Mark membuatkan Atilia mengetap bibir menahan rasa geram. Atilia
memalingkan tubuhnya. Merenung wajah jejaka yang merangkul tubuhnya.

"Really, baby?" Soal Atilia.


"Yes."

Atilia terkejut saat terasa tangan Mark mulai mencapai zip gaun yang berada di
belakang tubuhnya. Atilia mengetap bibir dan merenung dalam anak mata Mark.

"Pull it down, baby."

Mark terkejut mendengar kata-kata Atilia.

"I know you want it."


Atilia berbisik pada telinga Mark. Bibirnya mulai menyentuh leher Mark. Jejaka itu
seakan terkena renjatan elektrik. Dia langsung tidak menjangka perubahan Atilia.

"Baby, stop."
"Why? You tak suka?" Soal Atilia. Dia menahan tawanya mendengar permintaan Mark.
Kali ini tiba gilirannya menguji Mark.
"Baby, ramai orang ni."
"So what? You're mine, right?"

Mark memejamkan mata saat terasa cuping telinganya digigit oleh Atilia. Genggaman
pada pinggang Atilia semakin erat.

"Baby, please..." Mark merayu minta Atilia berhenti.


"Yes, baby. Why?"

Atilia merapatkan lagi tubuhnya pada Mark. Jejaka itu tersentap. Tangan dialihkan
pada bahagian belahan gaun pada sebelah paha kiri Atilia. Mark semakin hilang arah.
Atilia menahan tawa melihat Mark yang semakin hilang pertimbangan.

"Touch me more, baby." Atilia mengucup lembut pipi Mark.

Terasa tangan kasar Mark semakin jauh bertindak. Atilia memegang tangan itu dan
membawanya jauh ke dalam ruang gaunnya. Mark semakin tenggelam.

"Yes, baby. There you go." Atilia berbisik membuatkan Mark hilang arah.
"Baby?" Seru Atilia.
"Yes?"

Atilia menarik tangan Mark keluar dari ruang gaunnya. Perlahan Atilia melepaskan
tubuh Mark. Atilia berundur beberapa langkah. Mark terkejut. Atilia mengenyitkan
matanya dan memberikan flying kiss pada Mark. Mark mendengus geram. Dia seakan tak
percaya dengan apa yang Atilia lakukan.

"You!"
"Bye, Mark!"
"Atilia!"

Atilia berlalu dengan tawanya. Mark mengetap bibir dan meraup wajahnya. Dia
tersenyum sendiri. Hebat wanita itu mengawal keinginan tubuhnya. Hampir sahaja dia
hanyut. Kelihatan Atilia menghampiri Nerina dan Flora. Mark mengatur langkah menuju
ke arah mereka.

Belum pun sempat dia mahu melangkah, kelihatan Stephen tiba. Semua hadirin berdiri
dan bertepuk tangan. Mark menyambut Stephen dengan pelukan.

"Happy birthday, bro."


"Thanks, bro. Thank you sebab sudi siapkan semua ni."
"Naa... tak perlu thank you. The one yang kau patut berterima kasih is your own
sister, Atilia. Aku tolong sikit-sikit saja."
"Both of you, thank you."
"Bro, your lady is here. Wanna say hi?"
"What?"

Mark mengalihkan pandangan pada Nerina. Stephen mengikuti arah pandangan itu. Dia
menahan rasa dalam dada saat melihat wanita itu sedang sibuk menyusun potongan kek
dan manisan di atas meja.

"Bro..."
"I know. Shes here. Say hi to her, bro. Bila lagi? Say thank you sebab siapkan your
amazing cake. See, tu kek kau."

Stephen mengalihkan pandangan pada kek 3 tingkat yang berada di sebelah kanannya.
Stephen terkejut melihat hasil tangan Nerina. Pandangan dialihkan pada Nerina.
Seraut wajah itu ditenung. Terpancar kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Stephen tersentuh hati buat kesekian kali.

'Smile, please. You look so beautiful when you smile, Nerina Ash.' Stephen berbisik
dalam hati sambil mengatur langkah menghampiri Nerina.

Nerina seakan mendengar permintaan hatinya. Wanita itu mengukir senyuman sambil
menyusun kek cawan. Jantung Stephen berdegup kencang. Sikit masa sahaja lagi, dia
akan berdepan dengan Nerina dan berbual dengannya. Setelah sekian lama dia
menantikan saat indah ini.

"Stephen..."

Terasa tangannya ditarik dan satu kucupan hangat hinggap dipipi. Seluruh tetamu
bertepuk tangan. Stephen terkejut. Pandangan dialihkan pada insan yang menarik
tangannya. Dia seakan tak percaya.

"Itu, Gina kan? Top model. Girlfriend bos."

Kedengaran suara seorang staff. Stephen terbangun dari khayalnya. Kelihatan Gina
dengan evening gown berwarna gold tersenyum kearahnya. Gina merangkul erat lengan
Stephen. Kelihatan beberapa flash kamera mulai mengisi ruang hadapan dewan itu.
Stephen terdiam. Sekali lagi, Gina bertindak mengucup pipinya.

"Happy birthday, baby. Your present."

Stephen mengalihkan pandangan pada troli yang menghampiri. Sebiji kek dua tingkat
yang disalut emas dan dihias dengan figurine BMW M3, sut dan semua keperibadian
Stephen. Gina tersenyum puas. Dia merenung Stephen.

"Sampai hati you belakangkan I. Sambut birthday tapi tak ajak. Tapi tak apa, I
sediakan kek special for you. Its vanilla cake, your favourite. I pun tak tahu
sejak bila you suka makan kek. Amazing. So this year, I prepare a cake for you. Tak
macam tahun sebelumnya, kita dinner dan parti saja. Smile, baby. Kita akan masuk
magazine."

Stephen masih dalam keadaan terkejut. Rangkulan Gina semakin erat. Stephen menghela
nafas panjang. Pandangan dialihkan pada Nerina. Wanita itu telah siap menyusun kek
dan manisan di atas meja. Kelihatan Atilia memeluk wanita itu dan mahu membawanya
bersama dalam majlis namun Nerina menggeleng.

'Please stay, Nerina! Please! Wait for me!' Stephen meronta dalam hati.

Kelihatan Mark menghampiri mereka. Mark juga berbuat hal yang sama. Dia menahan
Nerina daripada berlalu namun wanita itu menggeleng. Kelihatan jelas rasa malu pada
wajahnya. Mark memandang Stephen. Rakan baiknya itu menggeleng. Stephen menghela
nafas panjang. Dia berharap Nerina akan tinggal lebih lama. Dia mahu Nerina bersama
menyambut hari jadinya. Namun, melihat agenda yang ditimbulkan oleh Gina, Stephen
terkedu. Dia buntu.

Nerina berlalu pergi. Stephen tidak melepaskan pandangannya pada Nerina sehingga
susuk tubuh itu hilang dari pandangannya. Stephen memejamkan mata dan menahan rasa.
Bibirnya diketap menahan geram. Kelihatan Mark mengangkat tangan tanda memohon
maaf. Stephen mengangguk. Dia tahu Mark berusaha menahan wanita itu.
"Stephen, what are you looking at? Kamera di depan."

Stephen mendengus geram mendengar kata-kata Gina. Itulah hakikat yang perlu
ditelan. Hidupnya terikat pada wanita yang kini sedang merangkul lengannya. Dia
akur.

BAB 16

MARK melepaskan keluhan maha berat. Melihat agenda yang ditimbulkan oleh Gina, dia
dapat merasa Stephen gagal mengawal keadaan itu. Mark melangkah menghampiri mereka
berdua. Pantas tangannya merentap lengan Stephen. Jejaka itu terkejut. Gina
merenung tajam ke arah Mark.

"Stephen, time to cut your cake."

Stephen hanya mendiamkan diri. Mark tersenyum dan membawa Stephen ke arah meja kek
yang telah disediakan oleh Nerina. Gina mendengus geram melihat tindakan Mark.

"Be a man, Stephen. For God sake, please. Gina itu manusia macam kita. Kenapa kau
macam ni? Kau sanggup dia menguasai akal fikiran kau? Kau mahu kerana dia, Nerina
akan kekal jadi bayangan kau? Listen to me. Kalau kau mahu semua ini berakhir, be a
man."

Mark berbisik pada Stephen. Stephen hanya mendiamkan diri. Dia menggenggam erat
pisau memotong kek. Jiwanya bergolak. Dia tidak menyangka hal sebegini akan
terjadi. Melihat kek 3 tingkat dihadapannya, perasaan semakin menjadi tak keruan.

'Nerina Ash, adakah menjadi igauan dan bayangan saja yang aku mampu?' Stephen
menarik nafas sedalamnya.

"Stephen, why don't you cut this cake first?"

Gina menghampiri Stephen. Stephen mengalihkan pandangan padanya. Mark melepaskan


pegangan tangannya pada lengan rakan baiknya itu.

"Gina, stop all this crap. I want you to stop and go home."

Gina terkejut mendengar kata-kata Stephen. Mark tersenyum.

"Baby, its your birthday. I mesti ada dengan you."


"Not anymore, Gina. Sebelum I bertindak lebih jauh, umumkan pada media dan you akan
dapat malu, I'm begging you, please, go home. Kita dah discuss pasal benda ni."

Gina tersenyum sinis. Dia menghampiri Stephen. Merangkul erat lengan jejaka itu
lalu mengucup pipi Stephen. Stephen berusaha menolak namun Gina menariknya.

"Happy birthday, Stephen Hawks. Look at the camera. They want to capture our
precious moment. You ingat dengan ubah status you di Facebook, you will be free?
No, you're wrong. Do you know how much pressure I perlu hadapi bila you buat semua
tu? Media non-stop kejar I tanya pasal relationship kita. You think semudah itu
untuk I lepaskan you? No way, Stephen."

Stephen menahan rasa saat lengannya digenggam kuat. Kalau diikutkan hati mahu
sahaja dia menolak Gina namun dia masih punya hati perut. Dia tidak mahu Gina
dimalukan. Dia tidak mahu keadaan bertambah buruk. Pandangan dialihkan pada Mark.
Rakan baiknya itu hanya kaku mendiamkan diri.

'Stephen, be a man. Do something for your love! Aku tahu kau tak selemah ini. Aku
tahu sebab aku nampak usaha kau bila kau mahukan sesuatu. Jangan jadi pengecut!'

Mark berbisik dalam hati sambil melangkah pergi dari ruangan itu. Dia mendapatkan
Atilia yang kebingungan melihat keadaan itu. Atilia segera merangkul tangan Mark.
Dia dapat melihat perubahan ekspresi wajah Mark seakan tidak senang akan sesuatu.

"Baby, whats wrong?" Soal Atilia.


"Nothing."
"Baby... jangan berahsia dengan I."

Mark menghela nafas panjang. Dia membawa Atilia keluar dari dewan itu. Atilia hanya
mengikut tanpa banyak bicara. Melihat kerisauan di wajah Mark, dia tahu ada sesuatu
yang tidak kena. Dia memeluk erat tubuh Mark dan mengusap belakang tubuhnya. Dia
tidak tahu akan hal sebenar tapi melihat keadaan Mark, dia hanya mahu melegakan
pasangannya itu.

"Thank you baby sebab comfort me."


"No need to say thank you. Now, tell me, whats wrong? Kenapa Gina boleh ada di sini
sedangkan I tak jemput pun dan abang tak suruh pun hantar invitation pada Gina."
"I don't know. Perempuan tu, gila!"
"What?!"
"Stephen ended up their relationship tapi perempuan tu tak pandai faham."
"What?! Ok, now I'm confused!"
"Baby, Stephen dah break up dengan Gina tapi perempuan tu tak mahu terima
kenyataan."
"So semua ni sengaja dibuat untuk perangkap Stephen?!"
"I tak tahu apa niat Gina tapi ini semua tindakan yang diluar kawalan Stephen.
Media semua ada di dalam. Kalau Stephen bertindak mengasari Gina, apa akan jadi
pada reputasi Gina?"
"Dah tu dia buat macam tu, dia tak fikir pula pasal perasaan abang! Kalau abang tak
mampu buat, I will do! I akan ajar perempuan tu! I dah lama simpan marah ni bila
dia tengking I haritu!"
"Baby, no. Baby, listen to me. Take a deep breath. Kita baru saja dapat projek
besar dari Bandung. Kalau kita bertindak, reputasi syarikat Stephen akan terkena
tempiasnya. Biar Stephen selesaikan sendiri perlahan-lahan. I know him very well.
Sooner or later, dia akan berjaya handle semua ni."

Atilia mengetap bibir menahan geram. Memikirkan semula apa yang dikatakan oleh
Mark, ada betulnya. Dia tidak boleh bertindak terlalu mengikut perasaan marah. Mark
memeluk Atilia, mengucup pipi wanita itu.

"I rasa bersalah pada abang. I yang organise semua benda ni tapi dalam sekelip mata
saja dirosakkan Gina. Kalau I tahu, I akan tahan Gina di pintu masuk!"
"Its not your fault. Benda ni terjadi diluar kawalan kita. Now stay calm. Kita buat
macam biasa saja. Stephen perlukan ruang dan masa untuk semua benda ni."

Atilia mengangguk. Mark melepaskan pelukan lalu mengucup dahi wanita yang amat dia
cintai itu. Dia merasa lega saat meluah pada Atilia. Mark tahu mereka harus bijak
mengatur langkah dan bersama Stephen menangani hal ini.

"So, betullah tekaan I. Abang dah ada orang lain."


"No. Belum lagi."
"What do you mean?"
"You will know. Buat masa sekarang, kita follow the flow saja."
Atilia menghela nafas panjang. Berat dugaan yang perlu Stephen tanggung. Mereka
melangkah masuk ke dalam dewan. Kelihatan Stephen memotong kek yang dibawa oleh
Gina. Terukir senyum paksa dibibir jejaka itu. Gina pula kekal setia disisinya,
merangkul erat lengan jejaka itu. Liputan media memenuhi ruangan.

NERINA menghirup perlahan minuman coklat panas yang baru dibancuhnya. Selesai
membersihkan diri, Nerina menikmati minuman coklat ambil menonton televisyen.
Kelihatan Flora sudah terbaring di atas sofa. Nerina tersenyum melihat rakan
baiknya yang kepenatan itu. Nerina mengalihkan pandangan pada skrin televisyen. Dia
mengerutkan dahi saat melihat wajah seorang wanita yang agak dikenali.

"Biasalah dalam hubungan ada turun naik. I'm glad both of us manage to handle it.
Now kami usahakan for next step."

Wanita itu menjawab wartawan yang menemuramah.

"Semoga hubungan Miss Gina dan pasangannya baik-baik sahaja. Kami di HypeTV
mendoakan untuk kalian. Sini sahaja liputan media kali ini. Hanya di HypeTV."

Nerina menukar siaran televisyen. Malas hendak ambil tahu masalah hidup artis dan
itu bukanlah kegemarannya. Melihat Flora, Nerina tersenyum.

'Kalau bab gosip artis, model semua serah pada Flora. Tapi kalau aku, sorry to say,
aku tak minat. Bagus aku fokus hidup aku.' Nerina bermonolog dalam hati. Dia
kembali menikmati minuman coklat panasnya.

STEPHEN merasa terganggu dengan liputan media yang memenuhi ruangan hadapan. Dia
merenung Gina yang merangkulnya. Stephen mahu menolak wanita itu namun niatnya
dimatikan saat melihat wajah pengurus syarikat dari Bandung yang sedang bertepuk
tangan melihat kebahagiaan dia dan Gina. Kebahagiaan palsu dan agenda terancang
Gina untuk mengunci Stephen. Apa mereka akan katakan bila dia mengasari wanita? Apa
lagi media akan sebarkan bila dia bertindak di luar kawalan akal? Semuanya akan
musnah sekelip mata. Stephen memejamkan mata. Dia buntu. Dia tidak mahu terus
berpura-pura.

Selesai acara memotong kek, Stephen dan Gina menuju ke meja makan. Kelihatan
beberapa wartawan menemuramah Gina. Stephen segera melepaskan tangan wanita itu dan
perlahan berlalu. Gina tidak lagi sempat menarik tangan jejaka itu kerana dihimpit
wartawan. Gina tersenyum paksa semasa menjawab pelbagai soalan dari wartawan.

Mark menarik tangan Stephen namun jejaka itu melepaskannya. Wajah Stephen berubah.
Mark membuntuti jejaka itu ke tandas. Stephen melihat dirinya di dalam cermin. Kot
yang dipakai ditanggalkan dan dihempaskan ke lantai. Stephen mahu meraung namun dia
berusaha mengawal dirinya. Mark yang baru tiba mengambil kot yang berada di atas
lantai. Perlahan dia menghampiri Stephen.

"Siapa yang panggil perempuan tu?" Soal Stephen.


"No one," jawab Mark.

Stephen mendengus geram. Kali ini langkahnya terkunci untuk kesekian kali. Gina
takkan pernah melepaskannya. Mark memeluk bahu Stephen.

"Sabar."

Stephen menundukkan wajah saat mendengar kata-kata dari Mark. Dia menggeleng.
Perasaannya bercampur. Resah dan gelisah.

"What should I do?" Soal Stephen.


"Up to you. Clear your mind and think wisely."
"Cara lemah lembut langsung tak boleh pakai. Gina will never understand!"
"Aku ingat kau dah clear kan semua masalah kau, bro!"
"What?!"
"Jangan bagi harapan pada Gina, bro! What did you do?! Huh?!"

Stephen mengangkat wajahnya merenung ke dalam cermin.

"I made love to her masa aku dapat tau pasal Vince dan Nerina."
"Kau bodoh!"
"Yes, memang aku bodoh! Aku jadi macam ni sebab aku bodoh!"
"Mengaku pun! Kau ni bertindak terlalu ikut perasaan! Mana pergi Stephen yang
panjang akal pernah aku kenal?!"
"Mark, please."
"Kau bijak. Kalau tak bijak takkan kau boleh buka company besar! Bab cinta,
hubungan kenapa kau lemah sangat?! Huh?! Be a man!"
"Aku nak balik."

Stephen membasahkan wajah. Nafasnya turun naik. Dia menghela nafas panjang.
Jantungnya berdegup kencang.

"Kau dah potong kek Nerina buat?"

Stephen mengeluh. Dia merenung ke arah Mark melalui cermin dihadapannya.

"Kau nak balik dan tinggalkan semua hasil usaha Nerina dan Atilia?"

Stephen meraup wajahnya.

"Face it. Hadapi semua benda ni sebab ini kesilapan kau."


"I know."
"Kita tak boleh ajar perempuan dengan naik tangan tapi kita boleh beri pengajaran
yang akan buat mereka sedar diri. Be gentle and be a man."
"Thank you, Mark."
"Kau bukan dayus, cuma kau susah nak jadi diri sendiri."

Stephen tersenyum. Mark memeluknya. Lega rasa dalam hati bila rakan baiknya itu
menenangkan gundah dalam hati. Mark menghulur kot kepada Stephen. Jejaka itu
menyambutnya. Mereka berdua melangkah keluar dari tandas.

"Selamat hari jadi, Tuan Stephen."

Stephen terkejut saat disapa pengurus syarikat rakan kongsinya dari Bandung.

"Maaf, saya agak telat tiba. Ada urusan."


"Oh, tak apa Tuan Indra. Silakan, jemput ke meja makan."

Stephen dan Mark mengiringi Tuan Indra ke meja makan yang disediakan. Kelihatan
Gina sedang duduk bersebelahan dengan Atilia. Gina menyambut Stephen dengan kucupan
hangat dipipi. Stephen cuba menahan rasa dalam hati. Dia perlu mengawal diri.

"Ngak nyangka, ternyata Miss Gina ini ialah pacar kamu. Miss Gina pernah menjadi
model buat katalog kami dan sangat senang dapat bekerja bersamanya," kata Tuan
Indra.
"Saya juga senang dapat bekerja bersama company Tuan Indra," jawab Gina.
"Miss Gina jugalah yang perkenalkan company Tuan Stephen pada saya. Ternyata dia
bukan saja model yang cantik tapi juga punya akal bisnes yang jauh dan bernas
sekali. Ya, apa salahnya sih jika gabungin dua saham dari negara jiran."

Stephen terkejut. Gina yang duduk disebelahnya menekup mulut tersipu malu. Mark
merenung ke arah Stephen. Kelihatan Stephen menarik nafas sedalamnya dan dilepaskan
dengan amat berat sekali.

"Kapan nikahnya?" Soal Tuan Indra. Stephen terkejut.


"Dalam masa terdekat," jawab Gina.
"Wah, tahniah! Kalian juga cocok banget."
"Terima kasih, Tuan Indra."
"Nanti saya kirimin hadiah pernikahannya."
"Susah-susah saja."

Tuan Indra dan Gina tertawa bersama. Stephen mengetap bibir menahan geram.

BAB 17

JAM menunjukkan pukul 11 malam. Majlis hari jadi Stephen yang penuh dengan kejutan
berakhir. Stephen mengiringi Tuan Indra ke keretanya. Setelah Tuan Indra berlalu,
Gina menghampiri Stephen sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum sinis merenung
Stephen.

"So, now, how you gonna repay me back?" Soal Gina dalam nada angkuh.
"What do you mean?"
"Well, kalau bukan sebab I, Tuan Indra takkan kenal your company and hubungan dua
hala bisnes both of you takkan berhasil. Do you think I'm blind? Selama bertahun-
tahun you usaha untuk kembangkan saham dan aset tapi tak berjaya. You should thanks
me sebab berjaya naikkan nama company you di negara jiran."

Stephen berjalan menghampiri Gina. Stephen merangkul erat pinggang Gina dan memeluk
wanita itu. Gina terkejut. Dia tidak menyangka itu reaksi dari Stephen. Gina
membalas pelukan itu. Airmatanya mengalir.

"Thank you."

Hanya itu ungkapan yang Stephen mampu luahkan. Perlahan dia melepaskan pelukan.
Anak mata Gina direnung sedalamnya.

"Well, lady. You're totally wrong. I do it on my own. I yang turun naik meeting
untuk semua benda ini. Well you think I akan ikut cakap you? You think you can tied
me? You want me to say thank you, well, I already said it. Ingat, Gina. Stay away
from me. Hubungan kita dah selesai."

Gina terkedu. Dia mengangkat tangan mahu menampar Stephen namun jejaka itu sempat
menahannya. Stephen menghempas tangan Gina dan memegang bahu wanita itu.

"Please, sedarlah diri, Gina. Tiada maknanya kita teruskan hubungan ini kalau hati
dan perasaan I dah tiada."
"Shut up!"
"Gina, please. I don't love you anymore."

Gina memukul dada Stephen berkali-kali. Wanita itu meraung sekuat hatinya. Stephen
melepaskan bahu Gina dan membiarkan wanita itu menangis sepuas hati.

"Why? Why Stephen, why?!"


"Because you cheated on me!"
"No!"
"Yes, you having sex with another guy behind me, Gina! You want to explain more?!
You having sex with your own photographer and shoot a nude photo and video! I need
to pay that guy to shut his mouth! Puas?! I'm not your pet anymore! I'm done with
this crap! Go home, Gina! Go back to your hometown!"
"Stephen! I need you!"
"Not anymore!"
"Please! Kalau tak, I bunuh diri!"

Gina mengeluarkan pisau poket dari beg tangannya. Stephen terkejut. Dia tidak
menyangka Gina akan bertindak sejauh ini. Stephen merampas pisau itu dan menolak
tubuh Gina. Wanita itu mengerang kesakitan saat tubuhnya terhentak ke bahagian sisi
kereta milik Stephen. Tubuhnya lemah longlai dan rebah ke tanah.

"Gina!"

Gina berusaha untuk bangun namun tubuhnya terasa lemah. Stephen menghampiri dan
memimpin Gina untuk bangun. Wanita itu mengalirkan airmata.

"I bawa you ke hospital."


"Drive me home."

Gina berbisik dan memeluk Stephen dengan erat. Stephen buntu. Dia tak sanggup
meninggalkan Gina di kawasan letak kereta. Walaupun perasaan sayang dan cinta itu
telah tiada namun sifat perikemanusiaan dan tanggungjawab Stephen masih ada. Dia
masih waras.

Stephen meletakkan Gina ke bahagian tempat duduk belakang keretanya. Gina kelihatan
lemah dan wajahnya pucat. Stephen segera memandu ke rumah Gina. Hatinya berdebar
namun cuba dikawal.

Sesampainya di rumah Gina, Stephen mendukung dan membawa Gina masuk ke dalam rumah.
Kunci rumah Gina masih ada dalam simpanannya. Stephen meletakkan Gina di atas sofa
dan berlalu ke dapur untuk mengambil minuman suam dan beg ais.

Gina terlena setelah diberikan ubat tahan sakit dan demahan sejuk. Stephen menghela
nafas lega. Wajah Gina betul-betul pucat.

"Stephen... I'm sorry."

Terketar-ketar suara Gina berbicara dalam lenanya. Stephen memejamkan mata dan
menundukkan wajah. Perasaannya bercampur. Perlahan dia menjauh dari Gina dan duduk
di atas sofa bersebelahan dengan tempat pembaringan Gina. Stephen membuka kot dan
butang pertama kemejanya. Dia mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut. Sakit
bahagian depan kepala dan lehernya menyerang. Stephen berusaha membuka mata namun
tak berhasil. Dia terlelap.

PERIT terasa bahagian belakang leher. Stephen membuka matanya. Rasa sakit bahagian
depan kepalanya beransur hilang. Stephen terkejut saat melihat jam di dinding. Dia
tertidur hingga jam 6 petang. Stephen bangun perlahan-lahan sambil mengurut
bahagian belakang lehernya.

"Stephen."

Kelihatan Gina muncul dengan dulang berisi gelas minuman. Stephen mencapai kot yang
diletakkan di atas sofa dan kunci kereta serta telefon pintarnya. Langkah diatur
menuju ke pintu keluar rumah.

"Stephen, wait."
Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Gina. Wanita itu menghulurnya sebuah beg
plastik Ikea. Stephen membelek isi beg tersebut. Baju dan seluar miliknya yang
sedia dilipat.

"Barang-barang you semua ada dalam tu. Sorry I tak kejutkan you sebab you nampak
penat sangat."
"I tidur sampai jam 6?"
"Ya. You ada bangun tapi terlelap balik. Mungkin sebab you tak biasa minum liquor
yang Tuan Indra bawa malam tadi."
"Ya, maybe. I need to go."
"Wait. Stephen, I'm sorry."

Stephen tidak mengendahkan permintaan Gina. Stephen terkejut saat terasa belakang
ditubuhnya dipeluk erat. Beg plastik dari tangannya terlepas. Gina menangis sambil
mengucup belakang lehernya. Stephen menolak namun wanita itu tidak mahu
melepaskannya.

"Gina, stop!"
"I need you. I want you. Please, don't go! Please!"
"Stop! Perempuan gila!"

Stephen menolak tubub Gina membuatkan wanita itu jatuh ke lantai. Gina meraung dan
menangis semahunya.

"Ya! Memang aku gila! Gila sebab kau! Gila sebab cintakan kau!"

Gina bingkas bangun lalu menampar pipi Stephen. Jejaka itu terkesima. Stephen
merenung tajam ke arah Gina. Gina menekup mulutnya sambil menggeleng kepala.

"I'm sorry, baby. I'm sorry."

Gina memegang tangan Stephen dan mahu mengucup bibir jejaka itu namun Stephen
bertindak menolaknya lagi.

"Don't call me that! Are you out of your mind, Gina? What's wrong with you?!"
"Stephen... Sorry. I don't know. Stephen. Please."
"Stop! I said stop! Tiada gunanya kita argue tentang hal ni lagi! Our relationship
dah tiada! You hear me?! You want me to repeat?! Huh?!"
"You think I don't know siapa perempuan tu?!"

Stephen terkejut. Gina berundur bertepuk tangan sambil ketawa kuat sehingga bergema
seluruh ruang tamu. Gina merenung jejaka dihadapannya.

"Nerina Ash. Baker kampungan yang berlagak profesional! Penjual kek low class! A
whore and a lady that snatch my man! You think I don't know, Stephen?!"
"What do you mean?!"
"Well, every single day, you stalked that lady on Facebook! Apa maksudnya,
Stephen?! You made love to me that night and 2 hours later you stalked that lady!
Do you imagined about her when you having sex with me? Huh?!"
"Stop! Dia bukan siapa-siapa!"
"Bukan siapa-siapa?! How sweet dia sanggup bergolok gadai for your birthday party.
Mungkin you nak bawa dia malam tadi, right?! Having a romantic dinner and party,
thats why you tak invite me, right?!"
"You don't know anything about her!"
"Oh, really?! How about a lady anak yatim piatu mati mak bapa and ada ex-boyfriend
sukarelawan Bosnia dan ada bestfriend nama Flora? You think I tak tahu apa-apa?!"
"Jangan berani apa-apakan dia!"
"Wow, I'm impressed! You taking her side now! Lucky Nerina. I imagine how that low
class lady give a head for you! Biasalah, perempuan low class, sanggup buat apa
saja untuk dapatkan lelaki kaya! Pathethic whore!"
"Stop Gina!"
"Kerana perempuan itu, you said you don't love me anymore, am I right?"
"That's not true!"
"Stop telling me lie!"
"You want to know the truth?!"
"What?!"
"Sebab yang pathethic whore itu adalah kau. Kau lupa apa kau dah buat?! Hanya
lelaki bodoh macam aku saja sanggup kutip kau. Hanya lelaki bodoh macam aku yang
sanggup bersihkan nama baik kau! Kau nak dengar lagi tak?! Listen to me very
carefully, Gina. 1 year ago, you cheated on me. You have sex with your own
photographer. And how sweet every single step and scene are recorded. You really
enjoyed it. You scream out loud his name while he humped you hard. Your nude photo
and video. You really loved it when he took your nude photo and video. Well, now
I'm asking you. Siapa whore sebenarnya?! And I want to ask. Di mana kau letak aku
masa kau buat semua itu?! That time, aku baru buka saham for stock exchange di
Australia. Ke mana pergi semua duit aku? To pay that guy supaya dia tutup mulut
dari sebar semua gambar dan video lucah kau! I buy your photo and video for almost
5 hundred thousand ringgit! Tapi aku bodoh sebab aku buang semua tu. Aku nak
mulakan hidup baru dengan kau. I thought you akan berubah tapi aku silap!"
"Stop... stop Stephen! Stop!"
"You aborted our baby! You lied to me!"
"Stop! Stephen!"
"Pathetic!"
"Who told you about all this?! Huh?! Who?! Eve, is it?!"
"Tiada siapa yang beritahu! I jumpa sendiri semuanya! Your medical record dalam
handbag. Your medicine. Your sleeping drug!"
"Stop!"

Gina mencapai pasu bunga yang berada di atas meja. Dia mengacukan pasu kaca itu ke
atas dirinya. Stephen segera menolak pasu itu lalu jatuh dan berkecai pecah di atas
lantai. Gina meraung. Dia terduduk dan memeluk tubuhnya. Stephen ikut duduk dan
berbisik ke telinga Gina.

"Aku doakan kau akan berubah. You really need help but kau kena bantu diri kau
dahulu. Get a life, Gina. Semuanya sudah berakhir."
"No!"
"Sudahlah, Gina. Get a life!"

Stephen bangkit dan mencapai beg plastik Ikea yang berada di atas lantai lalu
melangkah keluar dari rumah Gina. Stephen melepaskan keluhan maha berat.

"You moron! Get out from my house!"

Dentuman kuat pintu rumah ditutup kedengaran. Stephen mendengus. Tangannya mencapai
kunci kereta di dalam poket seluar. Kunci itu terlepas dari tangan dan dia tunduk
untuk mengambilnya di atas tanah. Saat itu, pandangannya melihat sesusuk tubuh
sedang memerhatikan dirinya. Stephen membalas pandangan itu. Wanita itu berwajah
serius sambil membuka pintu kereta. Perlahan dia tenggelam dalam kereta dan berlalu
pergi.

Stephen segera memboloskan diri dalam keretanya dan memandu meninggalkan


perkarangan rumah Gina. Dia mengekori kereta Alza berwarna merah dihadapannya. Dia
tak mahu berlengah lagi. Dia tak mahu keadaan ini semakin mencengkam dirinya. Dia
perlu bertindak.

Kereta itu memandu menuju ke hypermarket Bataras. Stephen mengekorinya. Mujur ada
tempat letak kereta berhampiran kereta wanita itu. Stephen mengemaskan rambut dan
menyinsing lengan kemejanya. Kelihatan wanita itu keluar dari keretanya dan Stephen
juga segera keluar dari kereta. Mereka bertentangan mata. Jantungnya berdegup
kencang. Stephen berusaha mengawal dirinya. Dia berpura-pura tidak mengenalinya.
Pantas dia memasuki pasaraya besar itu.

Stephen sendiri tidak tahu apa patut dia lakukan. Bingung saat melangkah masuk ke
dalam pasaraya itu. Melihat bahagian wet market, Stephen terfikir sesuatu. Sudah
lama dia tidak memasak dan makan malam bersama Atilia dan Mark. Stephen meninjau
bahagian makanan laut. Kelihatan ada udang galah. Stephen tersenyum. Itulah
kegemaran Atilia. Stephen segera mengambil plastik bungkusan dan memilih satu per
satu udang segar tersebut.

Saat itu, matanya menangkap sesusuk tubuh yang amat dia kenali. Wanita tadi sedang
berdiri sambil memerhati dirinya. Stephen tersenyum. Entah mengapa begitu reaksi
wanita itu saat pertama kali mereka bertemu.

"Ouch! Shit punya udang!"

Stephen mengaduh saat ekor udang menyucuk jari telunjuknya. Pedih terasa. Stephen
melihat sinki yang berada hampir dengan wanita itu. Dia segera berlalu ke sana.

Mata mereka bertentangan. Jantungnya berdegup kencang. Itulah kali pertama mereka
berhadapan secara dekat dan nyata. Stephen merenung anak matanya. Wajahnya yang
ayu, rambut ikal mayang, bibir yang jelas cukup manis bila mengukir senyuman.
Stephen berusaha mengawal dirinya. Jantung semakin berdegup kencang. Dia mencuci
tangan dan memicit keluar darah dari bekas tusukan ekor udang tadi. Selesai
mencuci, dia menghampiri wanita itu. Terasa sangat dekat dan umpama mimpi menjadi
kenyataan.

"Excuse me, saya nak ambil tisu."


"Oh, sorry, sorry."

Stephen tersentap saat mendengar suara wanita itu yang amat jelas. Ayu dan sangat
lembut sekali. Wanita itu tertunduk malu dan terus berlalu.

'Damn it, Stephen! Itu pula ayat pertama kau keluarkan! Bodoh!' Stephen menahan
geram dalam hati.

Wanita itu berlalu. Stephen segera meminta pekerja membungkus dan menimbang udang
galah yang telah dia pilih. Kakinya terpijak sesuatu. Dia melihat ke lantai.
Gugusan kunci dan tertera penggantung kunci dengan ukiran nama Nerina. Stephen
tersenyum. Sekarang dia punya alasan untuk berbual dengannya. Selesai ditimbang,
Stephen berlalu dan mencari kelibat wanita itu. Kelihatan wanita itu berlalu ke
bahagian makanan segera.

'Why you eat all those poison, Nerina? Fast food! Snack! Eat clean, please. You
need to take care of your own body.'

Stephen risau melihat wanita itu mengambil 2 bungkus mee segera. Stephen
menggeleng. Dia mengatur langkah untuk menghampirinya. Wangian rambut wanita itu
menusuk ke dalam kalbu. Stephen menarik nafas sedalamnya dan cuba berlagak macho.

"I nampak. You curi pandang I."

Stephen tersenyum. Wanita itu terkejut. Perlahan dia menoleh.

"Kenapa pandang lama sangat? Ada apa yang tak kena?"

Stephen seakan berbisik. Wanita itu menggenggam erat tali beg tangan yang disilang
ditubuhnya.
"Tiada."

Wanita itu segera menjawab pertanyaan Stephen. Stephen terpana. Tika itu wajah
mereka sangat hampir. Dia dapat merenung anak mata wanita itu. Sungguh indah.

Wanita itu berlalu pergi. Stephen tersenyum. Wajah wanita jelas kelihatan gementar.
Stephen mengekori secara perlahan. Kelihatab wanita itu menuju ke bahagian makanan
ringan.

'Again?! Fast food! Nerina, stop buying fast food! Its poison!'

Stephen menghampirinya. Tanpa wanita itu sedar, Stephen sudah berdiri di belakang.
Saat dia mahu menoleh, Stephen tersenyum. Wanita itu terkejut dan bungkusan keropok
dan mee segera yang dipegang terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai.

Terasa nafasnya turun naik. Jantung berdegup kencang. Stephen berusaha mengawal
dirinya. Dia tidak boleh terburu-buru. Wanita yang berdiri dihadapannya saat ini
sangat istimewa.

"I rasa you ada tercicir sesuatu."

Stephen berbisik sambil menghulurkan gugusan kunci kepadanya. Wanita itu terkejut.

"Oh... sorry."
"Its okay. Nasib I yang kutip."
"Ya, kalau tak, balik jalan kaki la saya nanti."
"Tak payah jalan kaki, I akan hantar you balik."

Stephen tersenyum. Hatinya bergolak. Entah apa kata-kata yang diucapkan. Hampir
sahaja ketahuan selama ini dia memerhati dan cuba mendekati wanita istimewa itu.

"Bukan tau rumah saya. Apapun, thank you ya."

Angkuh sungguh jawapan wanita itu. Namun dengan wajah yang cukup ayu, keangkuhan
itu tenggelam. Itulah istimewanya wanita bernama Nerina Ash. Wanita itu mencapai
gugusan kunci yang dihuluri Stephen.

"I tau. Tak jauh pun."

Lembut jari-jemari Stephen menyentuh hujung jari wanita itu. Perlahan dia menarik
jari-jemari itu dan menyentuhnya lembut. Wanita itu terkedu namun dia
membiarkannya.

'Stephen! Wake up!'

Stephen seakan sedar dari angau. Kelihatan wanita itu melepaskan tangannya. Dia
tersenyum. Saat itu sangat jelas kelihatan betapa indahnya senyuman yang terukir.
Dia tertunduk menahan malu.

"See you again next time. Hati-hati dan happy shopping."

Sebelum berlalu, Stephen membantu mengutip bungkusan makanan yang jatuh tadi dan
memberinya pada wanita itu. Itulah kali pertama mereka bertentangan mata dan
kedengaran jelas suara ayu miliknya.

'That smile is killing me! Damn!' Stephen berbisik dalam hati sambil berlalu ke
kaunter pembayaran. Dia tersenyum. Perasaan marah akibat bertikam lidah dengan Gina
berganti dengan kebahagiaan walau cuma sebentar saat bertemu Nerina. Ya, Nerina
Ash.

BAB 18

STEPHEN memandu pulang ke rumah. Senyumannya tak lekang dari bibir mengenangkan
pertemuannya dengan Nerina sebentar tadi. Jantung masih berdegup kencang. Seakan
tak percaya dia berdepan dengan wanita itu.

Setibanya di perkarangan rumah, kelihatan kereta Mercedes A250 berwarna hitam milik
Mark berada di luar rumah. Stephen mengerut dahi kehairanan. Selesai meletakkan
kereta, Stephen keluar dan berjalan menghampiri Mark yang menunggu di dalam kereta.
Kelihatan ada Atilia juga bersamanya. Mark keluar dari kereta diikuti Atilia.

"Where have you been?!" Soal Mark.


"Abang dari mana?!" Soal Atilia lagi.
"Wow, guys! Chill, I'm here."

Stephen terkejut melihat ekspresi wajah Mark dan Atilia yang berkerut.

"Call tak angkat! Whatsapp tak balas! Tau tak Atilia macam orang hilang akal cari
kau?!"
"Bro, calm down. Atilia, sini. Abang dah balik ni. Tiada apa yang nak dirisaukan."

Atilia berjalan menghampiri Stephen dan memeluk jejaka itu. Kerisauan yang terbuku
beransur hilang. Mark menggeleng.

"Kami risau. Abang satu hari tak muncul di office, call pun voicemail, Whatsapp tak
balas, no blue tick. Dengan apa yang jadi semalam, siapa juga tak risau akan
keadaan abang."
"Atilia, abang ok. Tiada apa-apa."
"Apa yang ok? Baju tu dari semalam tak berganti. Kau dari mana?"

Stephen mengalihkan pandangan pada Mark. Rakan baiknya itu menghampiri.

"Handphone kau mana?" Soal Mark.


"Habis bateri," jawab Stephen selamba.

Malas hendak bertikam lidah, Stephen mengeluarkan barangan yang dibeli dari Bataras
hypermarket tadi dan berlalu masuk ke dalam rumah. Dia menoleh ke arah Mark dan
Atilia yang masih tercegat merenungnya.

"Jom, masuk. Kita makan malam sama-sama," pelawa Stephen.


"Kau pegi mandi, segarkan badan. Aku masak."

Mark merampas bungkusan plastik dari tangan Stephen. Stephen mengeluh. Atilia
merangkul lengannya dan mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Selesai membersihkan diri, Stephen berdiri di hadapan cermin dengan tuala masih
melilit pinggangnya. Stephen merenung wajahnya sendiri. Terukir senyuman yang
menggambarkan betapa beban yang selama ini dipendam akhirnya telah dilepaskan.
Stephen meraup wajah. Pesanan Mark bermain dalam kepalanya. Itulah kunci yang
menetapkan pendiriannya.
"Abang."

Stephen mengalihkan pandangan pada Atilia yang berdiri dimuka pintu bilik tidurnya.
Atilia menghampiri dan menghulur baju T-shirt dan seluar cotton kepada Stephen.

"Ni baju adik dah sediakan. Makan malam dah siap."


"Thank you, sweetheart."

Atilia tersenyum. Dia merenung Stephen. Stephen mengerutkan dahi. Hairan melihat
renungan adiknya itu. Pasti ada sesuatu yang bermain dalam akalnya.

"What?" Soal Stephen.


"Dah lama adik tak nampak senyuman tu. Senyuman orang dilamun cinta."
"What are you talking about?"
"Tak payahlah nak main sembunyi-sembunyi. I know, you hide something from me."
"What do you mean?"
"Now tell me. Whose that lucky girl?"

Stephen ketawa saat mendengar soalan Atilia. Dia cuba menyembunyikannya dari
pengetahuan Atilia. Belum masanya untuk dia dedahkan pada Atilia tentang Nerina.

"I know, dia bukan Gina. Shes someone else."


"Atilia, no one, ok?"
"No. You lied."
"Atilia."
"Kalau betul tekaan adik, is it Nerina?"

Stephen terkejut. Dia merenung Atilia. Ini pasti kerja Mark yang membongkar
segalanya. Siap kau Mark!

"Nerina?"
"Jangan pura-pura! I know it when you stare at her! Di airport, masa dalam dewan
semalam! Why you tak pernah beritahu apa-apa?

Gulp! Stephen menelan air liurnya. Kuat betul kuasa meneka Atilia rupanya. Stephen
tidak mengendahkan Atilia. Dia terus menyarung baju T-shirt yang dibawa oleh Atilia
tadi.

"Kuat betul sixth sense Atilia."

Stephen tersenyum sinis. Atilia merenungnya dengan senyuman.

"Betul, kan?! I knew it!"


"Belum lagi."
"Apa maksud abang belum lagi?"
"Kami belum ada apa-apa hubungan."
"What?!"
"Selama ni I just stalked her. I need settle everything with Gina baru abang boleh
ambil langkah seterusnya."
"Gina? I hate her!"
"Wow, calm down, sister!"
"Shes arrogant! Bongkak! Sombong! Perasan bagus! I don't like her. The way she
treat you. She got her own agenda. Dia cuma mahukan lelaki yang boleh buat apa saja
untuk dia! Dia tak tahu apa-apa pasal abang. Apa yang abang suka atau tak suka."
"Atilia, calm down. Its hard to say sebab kami dah lama bersama. Putuskan hubungan
bukan boleh bawa main-main."
"I hate her!"

Stephen menahan tawa melihat wajah Atilia yang masam mencuka. Atilia mencebikkan
bibir. Mengenangkan apa yang terjadi di majlis hari jadi Stephen, tambah membuak
rasa marahnya.

"Thats abang tak balik. I settle something with her."


"What?! Jangan cakap abang bermalam di rumah dia! You deserved someone better!
Please! You deserved to be love! Gina?! For God sake, I really hate her! Kalau
abang kahwin dengan dia, I swear to God, I will ruin that wedding day! I ikat dia
buang ke laut!"

Stephen ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata yang diluahkan Atilia. Stephen


memegang bahu Atilia. Melihat ekspresi wajah Stephen, Atilia menanti penjelasan
abangnya itu.

"Actually, I don't know what happen. Tapi jangan risau, semua dah selesai, ok? No
more Gina after this."
"Really?!"
"Ya."

Atilia tersenyum dan pantas mengucup pipi Stephen.

"I'm so proud of you. Oh, by the way, I invited Nerina for lunch tomorrow. I
organise small party di office."
"What?! Kenapa tak bagitau abang dulu?!"
"Macam mana nak bagitau, abang tak masuk office, call and Whatsapp no response."

Stephen mengetap bibir menahan geram. Atilia tersenyum sinis. Sengaja dia melakukan
hal itu kerana mahu merapatkan jurang antara Stephen dan Nerina.

"Jangan lupa bawa hadiah dari Bandung tu esok ya. Good luck. Dah bersiap, sejuk
makanan nanti. Mark dah tunggu di bawah."
"Atilia! Wait! Cancel party tu!"
"Apa dia?! Tak dengar?! Apa?! Nerina said yes, she will come! Ok?!"
"Atilia!"

Atilia menjulur lidah sambil melajukan langkahnya keluar dari bilik itu. Stephen
mahu berlari menangkapnya namun tuala yang melilit pinggangnya terlepas membuatkan
langkah terhenti. Stephen mendengus geram.

"I see you downstairs! Cepat sikit! Lapar ni!"

Kedengaran laungan suara Atilia yang sudah hilang dari muka pintu.

"Yalah!" Balas Stephen.

Stephen mengetap bibir. Dia tersenyum sambil menyarungkan seluarnya. Dia merenung
bungkusan kotak yang berada di atas meja solek. Bungkusan hadiah dari Bandung yang
dia beli khas untuk Nerina.

'Kita akan bertemu lagi, Nerina Ash.'

"Lamanya bersiap. Kalah perempuan. Dah duduk."


"Calm down, bro."
"Lapar ni."
"Dah tunggu apalagi, makan."

Stephen mengambil tempat untuk duduk disebelah Atilia dan berhadapan dengan Mark.
Wajah rakan baiknya itu masam mencuka merenungnya.

"Kau pegi mana semalam?" Soal Mark.


"Siapa masak udang ni? Atilia ke? Sedaplah!" Stephen mengalihkan topik perbualan.
"Aku yang masak! Memang sedap! Makan banyak-banyak! Habis tenaga kau semalam?!
Huh?!"

Tersembur makanan yang dikunyah Stephen mendengar bebelan Mark yang mengalahkan
mulut perempuan itu.

"Nah, minum! Tak senonoh makan berterabur!"

Stephen menyambut gelas air suam dari Mark. Mata mereka bertentangan. Atilia hanya
mendiamkan diri. Lain benar sifat Mark malam itu. Marahnya jelas kelihatan.

"Seronok ke semalam?!"
"Bro, jangan argue depan makanan."
"Ok, fine."

Mark mengangkat pinggan makanan dan mengalihkan ke tepi meja. Dia kembali merenung
Stephen.

"Now, talk."
"Nak cakap apa?! Apa masalah kau?!" Getus Stephen.
"Ke mana kau semalam?!"
"Rumah Gina! Puas hati?!"
"Aku dah agak dah. Ok, teruskan. Teruskan dengan perempuan mental tu. Biar dia ikat
kau macam kerbau cucuk hidung. Oh ya lagipun dia yang kenalkan kau pada Tuan Indra,
kan? So, keep going on. Dia bukan saja lover tapi mastermind company kau."
"Mark, stop."
"Stop?! Kau yang patut stop. Stop being such a coward! Stop being Gina pet!"
"Mark, kau bukan mak aku nak arahkan aku!"
"Kalau mak kau tengok keadaan kau sekarang, kau rasa dia bahagia?! Apa pesan dia
sebelum dia berangkat ke England?! Be a man!"

Stephen terdiam. Wajah Mark berubah merah padam. Atilia bangun dan memeluk Mark,
meminta jejaka itu bersabar.

"Mungkin mak kau tak cakap apa-apa. Tapi mak kau pesan pada aku, untuk selalu
ingatkan kau, be a man! Itu tugas dan tanggungjawab aku!"

Stephen menahan sebaknya. Dia bangkit berdiri dan menghampiri Mark. Dia memeluk
Mark juga Atilia.

"Such a baby! Herdik sikit nak nangis!"


"Janganlah sebut pasal mak aku, bro! Rindu tau tak!"
"Dah tu, kenapa degil sangat?! Kau tau kenapa mak kau berangkat ke England? Dia
makan hati sebab kau lebih memilih Gina dari dia! Sedangkan sudah terang lagi
bersuluh kesalahan Gina pada kau!"
"Bro, stop it!"
"Aku nak kau sedar, itu saja. Aku dah puas berlembut dengan kau! Aku dah puas
nasihat kau baik-baik tapi kau degil! Kau balik juga dengan Gina gila tu!"
"I end it up. No more. Sudah, bro. Aku dah penat dengan semua ni. Pengorbanan aku
sia-sia. Dia makin hilang kawalan. Aku tak boleh. Aku perlukan kau dan Atilia.
Jangan ungkit lagi. Sakit. Kalau aku tak jumpa rekod medical tu, mungkin aku masih
boleh maafkan dia. She aborted a baby beberapa bulan selepas ketahuan curang. Aku
tak tahu nak buat apalagi. Hati aku hancur. Cinta pertama aku hancur begitu saja.
Kau sendiri tahu betapa susah payahnya aku untuk dapatkan dia dulu. Aku tak suka
dia jadi model tapi dia buat juga. Sekarang, apa saja yang terjadi company terima
tempias, aku akur. Ini kesilapan aku."

Mark terdiam. Terketar-ketar suara Stephen meluahkannya. Mark membalas pelukan


Stephen. Atilia menekup mulut menahan sebak melihat mereka berdua.

"Well done, my man. Finally, Stephen Hawks is back. Hey old buddy, I miss you!"
"Bodoh, akulah ni Stephen!"
"Kau panggil aku bodoh?!"
"Yalah! Kenapa mata kau berair, Mark? Kau nangis?!"
"Mana ada!"
"Such a baby! Alololo... bucuk, bucuk."
"Shut up! Shut up, Stephen! Kau tu yang nak nangis."

Atilia tertawa melihat gelagat mereka berdua. Stephen mengalihkan pandangan pada
Atilia. Dahi adik sepupunya itu dikucup. Atilia, sudah seperti adik kandungnya
sendiri. Kasih sayang yang terjalin antara mereka takkan ada tandingannya.

"Tak lama lagi, Nerina Ash akan masuk dalam gegelung hati Stephen!"

Stephen terkejut mendengar ungkapan Atilia. Mark ketawa besar.

"She said yes for tomorrow, you ready?" Soal Mark.


"I don't know. Excited, nervous semua bercampur. Atilia, cancel saja, boleh tak?"
"Calm down. Aku yang minta Atilia arrange semua ni. Aku tahu, apa yang jadi semalam
tak patut dan aku tahu kau excited nak jumpa Nerina so yang lalu biar berlalu. We
need to move forward."
"Kau rupanya! Damn!"
"Jangan biarkan Nerina Ash kekal jadia bayangan dan igauan kau, Stephen."

Stephen mengangguk pada kata-kata Mark. Mereka tertawa bersama.

ATILIA menyusun juadah yang telah ditempah di atas meja dibantu oleh Mark.
Kelihatan Stephen mundar mandir. Mark tersenyum. Dia menghampiri Stephen dan
menepuk bahu rakan baiknya itu.

"Calm down."
"Ok, I'm ok."
"Atilia masih sibuk arrange makanan. Aku suruh Katty saja jemput Nerina di bawah,
ya? Nerina ada bawa kawan dia juga."
"Ok, ok. Bro, do I look ok? My hair? My face? My beard?"

Mark ketawa sambil menggeleng. Stephen terdiam. Suka benar rakan baiknya itu
menyakat.

"Aku dah agak dah. Panic attack. Apa kata kau pegi duduk dalam bilik kau dulu, bawa
bertenang. Dah tiba masanya nanti, Atilia panggil kau masuk sini, ya?"
"Great idea! Aku ke bilik dulu. Semua ok, kan? Makanan? Minuman?"
"Jangan risau pasal tu. Aku dan Atilia dah uruskan. Kau pegi sana. Menyemak saja
sini jalan sana jalan sini. Pegi duduk sana bilik kau."
"Baiklah!"

Stephen berlalu ke bilik pejabatnya. Dia mengatur kot dan tali leher. Melihat ke
dalam cermin yang terdapat di dalam bilik pejabat, Stephen membuat keputusan untuk
melepaskan tali leher dan membuka butang pertama kemeja lalu melepaskan butang kot.
Stephen tersenyum. Itulah stail yang amat selesa sekali untuk digunakan.

'Damn, I'm so nervous!'


BAB 19

ATILIA melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Stephen. Kelihatan jejaka itu sedang
duduk sambil memainkan pen dijarinya. Perlahan dia menghampiri.

"Tuan, shes here."

Stephen mengangkat wajah merenung Atilia. Senyuman manis terukir. Stephen bangkit
berdiri dan membetulkan kot.

"Do I look ok?" Soalnya.


"Yes. Handsome. Macam biasa," jawab Atilia.

Stephen mengangguk dan melangkah mengiringi Atilia menuju ke ruang bilik mesyuarat
di mana majlis diadakan. Kelihatan para staff berdiri dan bertepuk tangan saat dia
mulai melangkah.

Stephen tercari-cari kelibat Nerina. Saat matanya tertancap pada sesusuk tubuh,
jantungnya pantas berdegup kencang. Lirikan matanya membuatkan seluruh tubuh
gementar. Stephen menarik nafas sedalamnya, perlahan dilepaskan. Dia cuba mengawal
diri.

Stephen merenung ke arah Nerina yang sedang memegang piring snek. Wanita itu
langsung tak berkedip mata melihat kearahnya. Stephen melihat bungkusan kotak yang
dipegang oleh Mark. Rakan baiknya itu mengangguk. Bungkusan itu bakal bertukar
tangan pada Nerina, wanita yang berjaya mencuri hatinya.

"Terima kasih semua. Sengaja saya suruh Atilia sediakan jamuan ringan ini kerana
saya tahu ada yang tak dapat hadir ke majlis hari jadi saya yang lalu. Selamat
menjamu selera semua." Stephen mula bersuara saat dia sudah berdiri di hadapan.
"Sepatutnya kami yang ucap terima kasih pada Tuan sebab selalu buat jamuan begini
untuk kami." Salah seorang staff bersuara.
"Saya anggap ini satu penghargaan buat semua. Terima kasih kerana setia bersama
saya dari company ini hampir muflis dan atas usaha anda semua, company ini berjaya
menempa nama dipasaran dunia. Tahniah!"

Seluruh ruang itu bergema dengam bunyi tepukan tangan.

"Tak lupa juga penghargaan buat tukang buat kek hari jadi saya yang lalu. Siapa
yang ada datang majlis saya, ada rasa tak kek dan dessert yang terhidang?" Stephen
melirik pada Nerina yang kelihatan kebingungan.
"Ada, Tuan. Selalu saya beli kek kat kedai saja. Memang jauh beza rasa dia. Buat
diri bertambah-tambah nak makan kek tu. Kek yang white and gold itu memang sangat
sedap tuan," kata Zali, salah seorang staff Stephen.
"Samalah kita Zali. Saya bukan penggemar makanan manis, tapi malam itu, sampai saya
nak bawa balik nak makan dirumah sambil tengok football match," kata Mark.

Stephen berbisik pada Mark untuk memaklumkan pada Katty, dia sudah sedia untuk
memberi hadiah sebagai tanda penghargaan pada Nerina. Mark mengangguk dan melangkah
memaklumkan pada Katty.

Stephen mencuri pandang pada Nerina. Wanita itu membalasnya. Mata mereka
bertentangan. Tanpa Stephen sedar, wanita itu mulai melangkah menghampirinya
diiringi oleh Katty, staff bahagian pemasarannya. Semakin lama Nerina semakin
mendekat dan saat mereka bertentangan mata, wajah itu terasa amat dekat sekali.
Renungan mata wanita itu membuatkan jantungnya terasa mahu gugur ke tanah. Stephen
berlagak tenang.

"Miss Nerina, is it?" Soal Stephen.


Nerina mengangguk.
"Terimalah hadiah dari saya. Terima kasih sebab buatkan kek dan dessert yang sangat
sedap. Vanilla memang favourite I."
Stephen menghulurkan bungkusan kotak padanya. Nerina menyambutnya dengan getaran.
Stephen menyentuh hujung jari jemari Nerina yang halus. Debaran kian terasa.
"Terima kasih, Sir."
"Jangan panggil saya Sir. I ada nama. You bukan employee I nak panggil I Sir. Call
me, Stephen. Stephen Hawks."

Nerina mengangguk. Perlahan dia menarik tangannya. Stephen bertindak menariknya


semula membuatkan Nerina terkejut. Tanpa sedar, genggaman tangan jejaka itu kian
terasa.

"Enjoy your lunch. Nanti kita jumpa lagi," bisik Stephen pada Nerina.

Suara itu amat dekat dengannya. Hembusan nafas jejaka itu terasa di hujung telinga.
Jejaka itu mengenyitkan mata. Nerina menelan air liurnya. Jejaka itu berlalu ke
bahagian meja makan. Dia sibuk melayani staff yang lain. Nerina melangkah ke arah
Flora semula. Namun entah mengapa matanya tak mampu lari dari merenung jejaka
kacukan itu.

"Mana dia?" Soal Mark.


"Dengan kawan dia," jawab Stephen selamba sambil menyuapkan sepotong buah tembikai
ke dalam mulutnya.
"Dah kenapa kau tak bawa dia berbual sekali? Susah-susah dia datang sini!"
"Relaks, bro. Ini long game. We need time to tie each other feeling. Aku tak mahu
terlalu rushing. Nerina bukan wanita biasa yang hari ini kau mengurat, malam kau
dah dapat. No way. Dia special. Dia wanita yang berharga untuk aku. Aku nak umpan
feeling dia, smooth and slowly."
"Wow! Kau dah pakar sekarang."

Stephen tersenyum. Mark menepuk-nepuk bahunya.

"Hai Nerina."
"Hai Atilia."

Atilia menghampiri Nerina dan bertindak memeluk wanita itu. Atilia tersenyum.

"How are you? Sorry I tak sambut you di lobi tadi."


"Fine, thank you. Eh, tak apa. Tiada masalah."
"Eh, makan snek saja ke? Kenapa tak makan nasi? Lunch time ni."
"Masih kenyang tadi dah makan sarapan di rumah."
"Itu sarapan. Sekarang lunch. Jom, kita ambik makanan."

Atilia bertindak menarik tangan Nerina. Nerina berusaha menolak namun dia perlu
akur dan hormat akan wanita itu. Flora turut mengekorinya. Selesai mengambil
makanan, Atilia membawa Nerina dan Flora untuk duduk bersama dengan Mark dan
Stephen.

"Guys, our guest of honour."

Stephen tersenyum saat melihat Nerina. Dia bangkit dan menarik kerusi untuk Nerina
duduk. Wanita itu tersipu malu.

"Jemput makan," kata Stephen.


"Terima kasih sebab sudi jemput saya," kata Nerina.
"Sama-sama. Kenapa makan sikit saja?"
"Masih kenyang."
"Lunch time kena makan banyak nanti dinner boleh makan sikit."
Nerina tersenyum. Mata mereka bertentangan. Stephen tidak menyangka sejauh ini
langkahnya untuk mengenali Nerina. Wanita itu kelihatan sangat sempurna dimatanya.

"You have a very beautiful smile, Nerina."

Nerina terkedu mendengar ungkapan itu. Jejaka dihadapannya semakin mendekat. Nafas
Nerina turun naik. Tangannya digenggam erat. Nerina terkejut.

"Cara you pegang garfu ni salah. Macam ni caranya."

Stephen membetulkan posisi tangan Nerina. Perlahan dia melepaskan tangannya dan
merenung wanita itu. Jantung berdegup kencang. Mata mereka bertentangan. Nerina
tertunduk malu. Stephen tersenyum. Langkah pertama berjaya. Dia mahu menarik Nerina
perlahan-lahan dalam hidupnya.

"Enjoy your lunch," kata Stephen.


"Thank you," jawab Nerina dalam nada lembut.

Selesai majlis, Nerina meminta diri untuk pulang bersama Flora. Melihat wanita itu
berlalu, Stephen berharap akan ada lagi peluang untuknya bertemu Nerina. Hati
kembali berbunga dengan kehadiran wanita itu dalam hidupnya.

"Its a long game."

Mark menepuk bahu Stephen. Stephen tersenyum.

"Ya, tapi dia lain..."


"Shes different sebab dia wanita istimewa. Jangan lalai, Stephen."
"I know."
"All the best."
"Thanks."

FLORA menghulur secawan kopi panas pada Nerina yang sedang duduk merenung bungkusan
kotak dihadapannya. Nerina menyambut dengan senyuman. Flora mengambil tempat untuk
duduk disebelah rakan baiknya itu.

"Apa yang kau menungkan?" Soal Flora.


"Tiada apa-apa," jawab Nerina sambil menghirup perlahan air kopi yang berada dalam
cawan yang dipegangnya.
"Dah tu, bukalah kotak tu. Nak juga tengok apa isinya."
"Baiklah."

Nerina meletakkan cawan air kopi di atas meja dan tangannya mula membuka perlahan
bungkusan kotak yang berada dihadapannya. Melihat isi kotak itu, Nerina terkedu.
Flora menekup mulutnya.

"A dress?!" Soal Flora.

Nerina membuka perlahan lipatan gaun berwarna merah jambu lembut itu. Jari-
jemarinya meraba lembut batu permata Swazroski yang terjahit kemas dileher gaun
itu. Fabrik gaun itu sangat lembut.

"Macam mana dia tau saiz kau?!"

Nerina terkedu. Soalan Flora menyentap benaknya. Nerina meletakkan kembali gaun itu
ke dalam kotak. Dia merenung Flora.

"Aku pun tak terfikir pasal tu."


"Takkan dia main beli saja tanpa tau saiz? Dia tak pernah jumpa kau, kan? Macam
mana dia tau saiz kau? Besar ke kecil ke."
"Ha'ah. Betul juga, kan? Pelik."
"Memang pelik! Cara dia pandang kau pun macam lain macam."
"Maksud kau?!"
"Lain. Sangat lain. Jangan-jangan dia dah lama stalk kau!"
"Ish... kau ni! Janganlah buat aku takut! Dia tau saiz dari Atilia barangkali."
"Eh, ha'ah kan. Ada betul juga tu."

Flora mengangguk sambil menghirup air kopinya. Nerina menghela nafas panjang. Tak
pernah lagi dia mendapat hadiah sebegitu rupa dari mana-mana lelaki.

Stephen Hawks. Renungan jejaka itu membawa kelainan dalam hatinya. Entah mengapa
sukar untuk dia mengelak saat mereka mula bertentangan mata. Sentuhan jari-jemari
jejaka itu seolah sebati dengan dirinya. Nerina merebahkan kepala ke sofa dan cuba
melupakan semua kejadian saat makan tengah hari yang lalu.

"Babe, kau ada minta delivery service ke?"

Lamunan Nerina terhenti saat melihat Flora yang berada di muka pintu bersama
seorang jejaka penghantar makanan. Nerina bingkas bangun.

"Tiada. Siapa tu?"


"Ni ada kiriman makan malam."
"Aik! Aku tiada buat order."
"Biar betul?!"

Nerina menghampiri jejaka penghantar makanan. Jejaka itu menghulurkan sekeping


nota.

'Dear Nerina,

Have a nice dinner. Eat clean and healthy food. More will come.

Sincerely,
Your Meal Coach - S.H'

Nerina terkedu. S.H? Nerina berjalan laju ke arah kotak bungkusan hadiah dari
Stephen dan membaca kad kecil yang terselit. Ada pena nama S.H. Nerin menarik nafas
panjang. S.H ialah Stephen Hawks.

"Now tell me. Siapa S.H?" Soal Flora.

Nerina hanya mendiamkan diri. Dia merenung potongan ikan salmon yang dihias indah
bersama sayuran segar dihadapannya. Jari-jemarinya mencucuk buah tomato ceri dengan
garfu. Perlahan dimasukkan ke dalam mulut. Pandangan mata dialihkan pada Flora.
Wanita itu masih menunggu jawapannya.

"Kau tahu siapa dia," jawab Nerina.


"Siapa?"
"Stephen Hawks."
"What?!"
"Calm down, Flora."
"Tekaan aku betul. Dia dah lama stalk kau! Siap hantarkan makanan lagi!"
"Calm down. Aku takkan jatuh dengan mudah. Dia suami orang. Suami orang depan rumah
aku ni."
"What?! Babe, kau tau tak siapa jiran depan rumah kau tu?!"
"Tak tahu."
"Itu rumah Gina. Gina, bekas runner up Miss Malaysia. Top model. You serious?!"
"Aik... rumah Gina ke tu?! Aku ingat bukan!"
"Oh my God! Babe! S.H itu teman lelaki Gina! S.H itulah jejaka yang tinggalkan Gina
and now mereka bersatu kembali masa birthday S.H yang lepas!"
"What?! Dah tu apa makna semua ni?!"
"Aku tak tau. But seriously, you need to be very careful. Lelaki kalau dah buaya,
player, apa dia nak hairan rembat jiran girlfriend sendiri!"

Nerina meletakkan semula garfu yang dipegangnya. Mati seleranya mahu menjamah
makanan yang terhidang. Nerina meraup wajahnya. Bayangan jejaka itu bermain dalam
akal. Nerina menyesal melayani perasaan itu. Dia bingkas bangun dan menuju ke
tingkat atas. Flora mengeluh. Dia risau akan sahabat baiknya itu. Mujur mereka tahu
lebih awal.

"Dasar playboy! Don't you dare sentuh Nerina!"

Flora mengambil makanan yang terhidang dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia
akan pastikan jejaka itu tidak akan mendekati Nerina lagi.

BAB 20

NERINA merenung wajahnya di hadapan cermin. Hampir sahaja dia termakan permainan
jejaka bernama Stephen Hawks itu. Mengenangkan kata-kata Flora, jiwanya terasa
sebal dengan jejaka itu.

'Ish... lelaki macam tu, cari perempuan lain untuk dijadikan spare part, buang
boring masa girlfriend tiada. Ingat aku ni bodoh ke apa.' Nerina bermonolog dalam
hati. Sebal rasanya mengenangkan renungan jejaka itu.

Nerina merebahkan tubuh di atas katil dan berharap semoga bayangan itu semakin
hilang. Entah mengapa renungan dan senyuman jejaka itu membayangi akalnya. Perlahan
mata dipejam, hati mulai terasa tenang.

Nerina terbangun saat mendengar deringan telefon pintarnya. Jam menunjukkan pukul
7.30 pagi. Nerina pantas mencapai telefon pintarnya dan menjawab panggilan itu.

"Hello, Miss Nerina. Saya dari Labuan Runner Service. Miss ada di rumah?"
"Hello... ya, saya."
"Nasib baik. Saya dah bunyikan loceng rumah tapi tiada yang buka jadi saya call.
Saya nak hantar kiriman dari kawan Miss Nerina."
"Oh... sekejap ya."

Nerina bingkas bangun dan mengikat rambutnya. Cepat-cepat dia menuruni anak tangga
dan menuju ke pintu rumah. Kelihatan seorang jejaka dengan topi keledar masih di
kepala tersenyum padanya. Nerina terkejut saat melihat bungkusan yang berada
ditangannya.

"Hai Miss Nerina. Maaf mengganggu. Ini ada kiriman dari kawan Miss Nerina."
"Siapa bagi?"
"Saya tak boleh bagitau, miss. Miss boleh tengok kat kad ucapan tu. Saya pergi dulu
ya."
"Eh, kejap. Bayarannya."
"Eh, tak apa. Kawan miss dah uruskan. Have a nice day miss."

Nerina bingung saat menyambut bungkusan dari jejaka itu. Melihat jejaka itu
berlalu, Nerina melangkah masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke ruang meja
makan. Perlahan dia membuka bungkusan itu. Tangannya mencapai kad ucapan kecil yang
terselit.

'Dear Nerina,

Good morning and have a nice day. A breakfast for you. A bottle of fresh milk and
fresh fruits to start your day. Keep it clean and simple. No more junk food or
sweet cereal. Stay healthy.

Sincerely,
Your Meal Coach - S.H'

Nerina terduduk. Entah mengapa kiriman itu membuatnya tersenyum. Hatinya berbunga
dan terasa sangat bahagia. Jari jemarinya mencapai botol susu itu dan dibuka.
Nerina meneguk perlahan air susu segar itu.

"Apa permainan yang kau nak main Stephen Hawks? Jangan sangka perempuan macam aku
tak boleh bermain dengan baik. You wanna play? Ok, lets play. Game on."

Nerina meneguk sehingga habis air susu yang berbaki dan mencapai buah epal hijau
lalu digigit rakus. Nerina tersenyum sinis. Dia mencapai telefon pintarnya dan
mencari nama Stephen Hawks di laman Facebook. Nerina menekup mulutnya saat melihat
akaun milik Stephen Hawks. Jejaka itu pernah meminta menjadi rakannya di Facebook.
Satu demi satu gambar Stephen dibuka.

Nerina terkejut saat melihat status dan komen yang ada di setiap gambar Stephen.
Fikirannya bingung. Entah apalah status sebenar Stephen. Nerina mengetap bibir. Dia
menerima permintaan menjadi rakan Stephen. Ternyata jejaka itu sudah lama mengenali
dirinya. Tidak lama kemudian telefon pintarnya berdering. Nerina terus menjawabnya.

"Hello."
"Hello, Nerina. How are you?"
"Fine. Siapa ini?"
"Stephen."

Gulp! Nerina menelan air liurnya. Jantungnya berdebar.

"I'm glad you accept my friend request in Facebook. What are you doing today? You
free?"
"Ah... I... I busy, yeah, busy. Ada order nak siapkan."
"Open your door."
"What?!"
"Just open the door."

Nerina bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu rumah. Dia terkejut saat melihat
ada seorang jejaka dan wanita berdiri di hadapannya dengan berpakaian kemas dan
rapi.

"Mulai hari ini, mereka adalah pembantu you. Pembantu yang akan menguruskan rumah,
urusan makan minum, mengemas dan membersihkan rumah."
"What?! Stephen, kenapa you buat semua ni?!"
"Because I care about you."

Nerina terkedu saat mendengar suara lembut Stephen dihujung talian.

"Jack akan jadi pembantu you dalam urusan perniagaan you. Dia ada pengalaman dalam
dunia pastri dan pernah jadi tutor untuk cake workshop di France, England dan
Australia. I hire him for you."
"What?! Stephen, stop!"
"Mereka akan berada di rumah you from 8am until 6pm daily. Jack akan bantu
kembangkan home business you and Maria will be your maid. I meet you at 1pm today.
My driver will fetch you."
"Hey! I'm not your pet!"
"See you later."

Talian dimatikan. Nerina terkedu. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia
merenung wajah Jack dan Maria yang berdiri dihadapannya. Nerina mempelawa mereka
untuk masuk.

"Miss Nerina, kan?" Soal Jack.


"Ya, saya."
"We need to talk about your business."
"Ok, tapi saya kena mandi dulu. Saya baru bangun tidur."
"Baiklah, saya tunggu."
"Jemput duduk, Sir Jack. Maaflah tiada apa saya nak hidangkan. Rumah bujang
biasalah."
"Its ok. Tak perlu panggil saya Sir. Panggil Jack saja. Kalau ada apa-apa saya
minta dengan Maria saja. Tak perlu susah-susah. You go and take a bath. Saya
tunggu."
"Ok, thank you. Saya naik atas dulu."

Jack mengangguk sambil tersenyum. Ini rupanya wanita yang mencuri perhatian
Stephen. Jack meninjau sekeliling rumah sambil menunggu Nerina. Maria pula sudah
mula mengemas dapur, mengosongkan tong sampah dan membersihkan lantai di ruang
tamu.

Nerina masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi. Semuanya berubah
secara drastik. Entah apa niat jejaka itu. Satu pesanan Whatsapp masuk. Nerina
memeriksa telefon pintarnya.

"Please wear the pink dress."

Nerina mengetap bibir menahan geram. Entah apa jejaka itu mahu darinya. Laju jari-
jemarinya menaip dan membalas pesanan dari Stephen.

"Saya tiada heels! No, saya tak mau pakai!"


"Mario, my driver, akan bawakan heels for you. Tell me apa size you."
"No!"
"Kalau macam tu, you kaki ayam saja or you nak I dukung?"
"I'm not your pet!"
"Your size, please."
"5!"
"Thanks."

Nerina mengetap bibir menahan geram. Permainan baru sahaja bermula. Nerina
tersenyum sinis walau dalam hatinya cukup geram dengan tindakan drastik Stephen.
Dia mencapai tuala lalu membersihkan diri. Fikirannya melayang dalam bayangan
renungan dan senyuman Stephen. Nerina tenggelam dalam perasaannya sendiri.

JAM menunjukkan tepat pukul 1 petang. Jack mulai mengemas beberapa fail dan kertas.
Nerina merasa hairan.

"I need to go. Hari ini sampai jam 1 saja. Esok kita jumpa lagi ya," kata Jack.
"Why?" Soal Nerina.
"Itu arahan dari Tuan Stephen. Bukan you ada lunch date dengan dia?"
"No, saya tak mau pegi."
"Jangan menyesal. Seems like he so into you."
"What do you mean?"
"Tuan Stephen takkan buat semua ni kalau dia tak care pasal seseorang yang bermakna
untuknya. Well, saya kenal dia agak lama juga tapi tak pernah deal soal bisnes
dengannya. Ini baru kali pertama dan I rasa bertuah dapat jumpa wanita berbakat
seperti you. Kerja I jadi mudah sebab you dah cukup talented tinggal I bantu sikit-
sikit saja. Sewaktu dengan Gina dulu, I tak pernah nampak dia ambil berat sampai
macam ni sekali."
"Gina?"
"Ex-girlfriend dia. Perempuan tu, entahlah susah I nak cakap. Egois dan sombong."
"Ex?"
"Ya. Jangan percayalah semua drama Gina dalam news semua tu. Yang kenal dan rapat
dengan Tuan Stephen saja tau jejaka itu sekarang sudah single. Eh, dahlah. I jadi
kaki gosip pula kat sini. See you tomorrow and good luck."
"Thank you, Jack."
"My pleasure."

Nerina mengiringi Jack dan Maria keluar rumah. Mereka dijemput oleh sebuah kereta
pacuan empat roda Toyota Fortuner. Tak lama kemudian muncul sebuah kereta Mercedes
Benz C200 berwarna hitam memasuki perkarangan rumah. Nerina terkejut. Dua orang
jejaka berbadam tegap keluar dari kereta itu dan berjalan menghampirinya.

"Miss Nerina?" Soal salah seorang dari mereka dengan tag nama bertulis Mario.
"Ya, saya."
"Miss dah bersiap? Tuan Stephen sedang menunggu di Sky Dining Restaurant, Labuan
Point Hotel."
"Kalau saya tak mau?"
"Kami terpaksa heret miss."
"Wow! Ok, fine! Tunggu sekejap, saya bersiap!"
"Miss, your heels."

Nerina menyambut kotak kasut yang dihulurkan Mario. Perlahan dia membuka kotak itu.
Sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih berada dihadapannya. Nerina menghela
nafas panjang. Dia melangkah ke tingkat untuk bersiap. Nerina merenung dirinya di
dalam cermin. Tubuhnya dibaluti gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu lembut
dan dihiasi batu permata Swazroski. Itulah kali pertama Nerina menggunakan gaun
sebegitu.

Jiwanya bercelaru. Jika hendak dibandingkan dengan Stephen, entah apa yang istimewa
pada dirinya. Nerina menyanggul rambutnya yang ikal. Sengaja dibiarkan rambut
potongan pendek menghias bahagian dahinya. Nerina menyapu nipis pelembab bibir. Dia
menarik nafas sedalamnya, perlahan dihembus keluar.

'Come on, Nerina. You can do this. Dia cuma lelaki biasa.' Hatinya berbisik.

Nerina menyarung kasut tumit tinggi yang diberikan Stephen padanya. Mujur saja muat
dikaki. Nerina melangkah menuruni anak tangga dan menghampiri dua orang jejaka yang
menantinya di muka pintu.

"You ready, Miss Nerina?" Soal Mario.

Nerina mengangguk. Mereka membawa Nerina memasuki kereta Mercedes Benz C200. Mario
memandu ke destinasi yang telah ditetapkan.

STEPHEN bangkit berdiri saat melihat sesusuk tubuh dengan gaun merah jambu lembut
melangkah menghampirinya. Jantungnya berdegup kencang. Stephen menyambut wanita itu
dengan huluran tangan. Saat dia mulai menyambut, Stephen mengucup lembut tangan
halus itu.

"Have a sit, Miss Nerina."


Stephen menarik kerusi untuknya. Perlahan Nerina melabuhkan punggung. Stephen
tersenyum lalu mengambil tempat untuk duduk. Mata mereka bertentangan.

"Terus terang saja, Tuan Stephen. Apa yang kamu mahu dari saya?"

Stephen terkedu mendengar soalan Nerina. Wanita itu berwajah suram. Stephen
tersenyum dan menggeleng. Dia perlu mengawal diri dari bertindak yang bukan-bukan.
Kalau tidak, Nerina akan menjauh darinya.

"I cuma nak bawa you keluar makan. Itu saja," jawab Stephen lembut.
"Perlu ke sampai suruh saya pakai gaun dan heels ni?"
"Why you agree?"
"Sebab kamu paksa saya."
"No, I tak paksa."

Nerina terdiam. Jejaka dihadapannya hanya mendiamkan diri. Mereka didatangi pelayan
restoran. Selesai tempahan dibuat, Stephen kembali merenung wajah ayu Nerina.
Debaran dalam dada hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"I cuma lelaki biasa yang mahu mendekati dan mengenali seorang wanita istimewa
bernama, Nerina Ash. Itu saja."

Gulp! Nerina menelan air liurnya. Terkedu saat mendengar ungkapan dari bibir
Stephen. Nerina mencapai cawan air suam dihadapannya lalu diteguk perlahan.

"Macam mana kamu boleh tahu tentang saya?" Soal Nerina.


"You baker yang sediakan kek dan dessert for my birthday party," jawab Stephen
selamba.
"No, kamu tipu."

Stephen tersentap. Keadaan mulai menjadi tegang di antara mereka. Nerina bukan lagi
wanita bersifat mesra yang dikenali. Wanita itu kini berani bertentangan mata
dengannya.

"Ok, fine. I dah lama tahu tentang you. I tunggu masa yang sesuai untuk mendekati
you. I selalu nampak you dari rumah hadapan you dan I cari tahu tentang you. I
ternampak you hantar kek kat restoran. Kebetulan Atilia order kek dari you for our
small party di office dan dari sana I tahu you yang sediakan semua kek tu.
Honestly, I minta Atilia uruskan birthday party I dan order dari you sebab I nak
mendekati dan mengenali you. I'm sorry but I don't know how to start."

Nerina terkejut. Selama ini dirinya diperhatikan Stephen. Dia tak mampu berkata
apa-apa lagi. Dada terasa sebak seakan mahu menangis. Perasaannya bercampur. Nerina
tertunduk.

"Nerina, maafkan saya."

Perlahan Nerina mengangkat wajahnya. Dia merenung wajah Stephen. Bibirnya bergetar
menahan sebak. Entah apa perasaan yang membelenggu diri. Tubuhnya jadi gementar.
Stephen terkedu. Dia tidak mahu Nerina salah faham akan niatnya selama ini.

"Perlu ke sampai buat semua ini? Saya bukan perempuan macam yang kau sangka,
Stephen. Saya tak suka kau buat semua ini. Yalah, mungkin sebelum ini dengan Gina
kau biasa buat macam ni, tapi untuk saya, tidak."
"Wait, what? Gina?!"
"Ya, Gina. Ingat saya tak tahu kau siapa? Saya bercelaru. Saya tak tahu dengan
siapa saya berdepan. Suami atau teman lelaki Gina. Saya bukan jenis perempuan yang
akan ambil kesempatan atas hubungan orang lain. Untuk apa kau hantar Jack dan
Maria? Saya bukan orang suruhan kau. Saya ada hak atas kehidupan saya sendiri. Saya
tak perlukan semua tu. If you really want to know me and get close to me, talk to
me! Bukan melalui Jack, Maria, Mario dan siapa saja! Talk to me! Jangan permainkan
saya. I'm done with this crap!"

Nerina bangkit berdiri dan menghempas napkin ke atas meja. Dia berlalu meninggalkan
Stephen namun langkahnya terhenti saat terasa tangan ditarik. Tubuhnya terdorong ke
belakang dan terasa rangkulan hangat hinggap di pinggang. Nerina memejamkan mata
cuba menahan rasa dalam dada.

"Maafkan saya."

Hembusan nafas itu terasa di belakang lehernya. Nerina terkedu. Dia tak mampu
berhadapan dengan situasi ini. Mahu sahaja dia menolak namun entah mengapa hatinya
tak mahu melepaskan sentuhan jejaka itu.

"Tuan Stephen, tak semua wanita itu sama. Ini bukan caranya."
"Stop calling me Tuan."

Nerina menarik nafas sedalamnya. Perlahan jejaka itu beralih dan berdiri
dihadapannya. Nerina terkedu. Wajah mereka sangat hampir saat itu. Terasa hangat
pipinya disentuh jejaka itu. Matanya terpejam. Dia tak mampu melawan keinginan itu.
Tanpa sedar, dia tenggelam dalam kucupan hangat Stephen. Jejaka itu sudah berjaya
mengawal hatinya. Nerina tersentap. Dia melepaskan Stephen. Jejaka itu terkejut.

"Bagi saya masa untuk fikir tentang hal ini," kata Nerina sambil berlalu perlahan.

Stephen terkedu. Berat hatinya melihat Nerina melangkah pergi. Kali ini dia sedar.
Dia tidak boleh memaksa wanita itu. Stephen mengurut dahinya. Dia sudah tersilap
langkah.

'I knew you felt it too, Nerina.' Stephen berbisik dalam hati sambil memejamkan
matanya. Keluhan maha berat dilepaskan.

'Why Stephen? Oh God, please. Takkan aku ada hati pada dia? Stephen, why you kiss
me? And why I kiss him back? Oh God, Nerina! Apa kau dah buat?!' Nerina bermonolog
dalam hati sambil mengetap bibirnya. Kucupan hangat itu membayangi akal. Nerina
melepaskan keluhan maha berat.

BAB 21

MALAM terasa amat dingin sekali. Hujan membasahi bumi dan angin bertiup kencang.
Nerina duduk sambil menikmati air kopi hangat di beranda bilik tidurnya. Tak tenang
rasanya saat perasaan itu mulai menyinggah. Bayangan wajah itu menghantui minda.
Nerina terkedu. Adakah dia jatuh cinta buat kesekian kalinya? Tak mungkin!

Stephen merenung skrin komputer ribanya. Wajah itu menghiasi skrin dan senyuman
pada gambar itu menggetarkan seluruh raga. Dia sedar. Seharusnya dia tidak terlalu
pantas membuat keputusan. Wanita itu bukan seperti wanita lain. Raut wajah itu
ditenung. Sebak menyelubungi dada.

Stephen melepaskan keluhan. Dia merehatkan kepala pada kerusi putar pejabat
kecilnya di rumah. Perlahan mata dipejam dan ditemani bunyi hujan. Stephen
terlelap.
PANCARAN sang suria membangunkan Nerina. Mata digosok sambil mencapai telefon
pintarnya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Nerina bangun dan menggeliatkan tubuh.
Langkah diatur ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, Nerina melangkah ke dapur. Kosong. Jack dan Maria tidak
lagi datang hari ini. Nerina menghela nafas lega. Pandangan Nerina teralih pada
buah-buahan yang disusun dalam bakul dan diletakkan di atas meja. Bibir diketap.
Ada sesuatu yang terlintas dalam akalnya. Nerina tersenyum lalu tangan mencapai
sebiji buah epal hijau dan menggigitnya.

"What?!" Bergema seluruh ruang tamu dengan suara Flora.


"Yup. Flo, calm down."
"He kissed you?!"
"Yup."
"Nerina, how can you let this thing happened?"
"I don't know, Flora. Tell me what should I do."
"Get rid of him, thats all."

Nerina tersentap dengan kata-kata Flora. Entah mengapa dia merasa sebal dengan
cadangan itu.

"No, you don't understand, Flo."


"Apa maksud kau?"
"Its not that easy."
"Nerina, jangan cakap kau dah mula ada hati dengan dia."
"Bukan macam tu..."
"Sshh! I knew it! You fallen for him!"
"Flora... please."

Flora tersenyum sambil menggeleng. Dia beralih dan duduk di sebelah Nerina.

"Please tell me ini bukan cinta."


"Kau jatuh cinta sebab itu kau biarkan dia kiss kau," jawab Flora sambil tersenyum.
"Entahlah, Flora. Padahal aku baru saja kenal dia tapi aku rasa macam connection
antara kami tu kuat. Aku takut."
"Kenapa pula kau takut?"
"What if dia cuma nak permainkan aku, nakkan aku sekadar suka-suka? Biasalah lelaki
kaya, ada rupa, kau rasa apalagi mereka mahu dari perempuan biasa macam aku ni?"
"Oh... so itu yang buat kau takut?"
"Ya. Macam mana kalau dah menaruh harapan tiba-tiba semua itu cuma sekadar mainan?
Lagipun dia baru break up dengan ex-girlfriend dia tu, kalau betullah apa Jack
cerita pada aku. Itu maknanya dia dah stalk aku lama dah, sebelum dia putus dengan
Gina. Mana aku tak naik gila memikirkan benda tu. Sakit tau tak. Kalau betul dia
suka aku, dia nak berkenalan dengan aku, kenapa tidak dari awal dia ambil langkah
untuk kenal aku?"
"Well, kalau dia buat long game, kenapa tidak kau juga buat hal yang sama untuk
tengok sejauh mana dia ikhlas dengan kau. Lelaki, sekejap saja. Kalau dia tak tahan
dengan perangai kau, dia akan undur diri. Thats it."
"Maksud?"
"Uji dia. But be careful, takut kau yang akan lemas nanti. Its a long game. Dari
sana kau akan nampak sejauh mana keikhlasan dia."

Nerina terkedu. Ada betulnya apa yang Flora cadangkan. Tidak semudah itu untuk dia
jatuh dalam pujuk rayu Stephen.

MARK melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Stephen. Hairan dia melihat rakan
baiknya itu hanya duduk termenung saja. Entah apa yang mengganggu akal fikirannya
sampai begitu sekali.
"Stephen, kau ok tak ni?" Soal Mark.
"Eh, bro. Ok saja."
"Kita ni kawan dah lama. Jangan nak menipu boleh tak?"
"Tak ada apalah."
"Stephen, tell me what happen."

Stephen menghela nafas panjang. Dia mengurut dahi. Matanya kembali merenung Mark
yang menantikan jawapan.

"Nerina." Jawab Stephen dalam nada lemah.


"Kenapa dengan dia?"
"Entahlah. Aku bingung sekarang fikirkan betul ke apa yang aku buat ni."
"Kau dah melangkah sejauh ini, apa pula yang kau bingungkan?"
"Dia lain, bro. Fancy gift, fancy lunch bukan mainan dia."
"Itu beza dia perempuan sederhana. Dia memang lain dan takkan pernah sama dengan
perempuan lain, bro. So, apa plan kau?"
"Entahlah, Mark."
"Aik... takkan dah give up?"
"Aku dah terlajak langkah ni. But I will never forget betapa manisnya ciuman tu.
Damn!"
"You kissed her?!"
Stephen mengangguk sambil tersenyum.
"Dia ok?! Kau jangan macam-macam Stephen."
Stephen mengangguk lagi.
"She asked me to give her some more time to think about this."
"Well, aku boleh rasa dia pun ada hati pada kau. Kalau tak, mesti dia dah tolak
masa kau nak kiss her lips."
"Its a long game, Mark."
"Ya, perempuan macam ni tak semudah itu untuk kau dapat. Aku harap kau tak give up.
Eh, Jack dan Maria masih datang sana?"
"Pagi ni aku tak suruh mereka datang. Aku nak bagi ruang pada Nerina."
"Good. Sabar ok. Masa yang akan menentukan semuanya."
"Thanks, Mark."
"No offense. Aku selalu ada bila kau perlukan kau."

Mark tersenyum dan melangkah keluar dari ruang pejabat Stephen. Stephen mencapai
telefon pintarnya mahu menghubungi Nerina namun niatnya itu dimatikan. Dia perlu
memberi ruang pada wanita yang berjaya mencuri hatinya itu.

Belum pun sempat Stephen meletakkan kembali telefon pintarnya, satu pesanan
Whatsapp masuk. Stephen terkejut melihat nama yang tertera. Nerina!

"Hai Stephen. Nerina here."

Stephen terkedu. Dia seakan tidak percaya wanita itu menghantar Whatsapp kepadanya.
Stephen mengetap bibir sambil membalas pesanan itu.

"Hai Nerina. Dari mana dapat number I?"


"Your gift card ada nama company and your phone number."
"Oh I see. Hows your day?"
"Baik saja. You?"
"Fine too. Business ok?"
"Good. Semua ok."
"You free tonight?"
"Yes. Why?"
"Can you cook?"
"Yes of course."
"Cook me a dinner."
Stephen tergamam. Biar betul? Stephen tak menyangka Nerina meminta dirinya untuk
masak makan malam.

"Sure. You nak makan apa?"


"Anything. Saya cuma mau kau yang masak. Itu saja."
"Great. I will be there after work."
"Beli bahannya sebab dapur saya tiada apa-apa untuk dimasak."
"No problem. I see you later."
"Yes, see you later."

Stephen tersenyum. Terasa seperti mahu melompat keriangan. Tak sangka Nerina
akhirnya memberi ruang untuk dia membuktikan perasaannya. Stephen melihat jam di
tangan yang menunjukkan pukul 4.30 petang. Stephen segera menyiapkan tugasan
terakhir sebelum berangkat pulang dan bersiap untuk makan malam bersama Nerina.

NERINA melepaskan ikatan rambutnya. Perlahan rambut ikal mayang itu disikat. Nerina
gementar. Dia sendiri tidak pasti entah betul atau tidak tindakannya meminta
Stephen untuk datang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Nerina menghela
nafas panjang. Langkah diatur menuruni tangga menuju ke dapur. Tak lama kemudian
kedengaran loceng pintu berbunyi. Nerina segera mendapatkannya.

Saat pintu dibuka, kelihatan Stephen berdiri dengan baju kemeja T dan seluar jeans.
Ditangannya penuh dengan plastik pasaraya. Nerina tergamam. Inilah pertama kali dia
melihat Stephen tanpa pakaian formal.

"Sorry, I lambat," kata Stephen sambil tersenyum.


"Its ok, come in. Let me help you." Nerina mempelawa Stephen untuk masuk dan
mengambil plastik dari tangan Stephen. Jejaka itu menolak dan menggeleng.
"Tak apa. I bawa." Stephen tersenyum. Nerina terkedu. Dia membawa Stephen ke
bahagian dapur.
"Ini kitchen saya. Kuali, periuk, senduk semua ada kat kabinet tu. Bahan lain macam
garam, gula semua ada kat sana," jelas Nerina panjang lebar.

Stephen mengangguk sambil mengeluarkan bahan-bahan masakan dari plastik pasaraya.


Nerina buntu. Hatinya mula merasa tidak tenang melihat Stephen dihadapannya. Jejaka
itu tampak amat berbeza sekali dari kebiasaan. Nerina mulai gementar namun dia
harus meneruskan misinya. Perlahan dia mendekati Stephen sambil mencapai plastik
pasaraya dan membantu Stephen membasuh sayur-sayuran.

"Nak masak apa?" Soal Nerina.


"Grilled lamb chop with mashed potato and fresh salad. You makan tak?"
"Makan. Pandai ke you masak?"

Stephen tersenyum. Perlahan dia menghampiri Nerina yang berada di sinki. Wanita itu
kaku. Stephen berdiri benar-benar dibelakangnya. Nafas hangat mulai terasa.

"Pandai. Anything for you, Nerina."

Nerina memejamkan mata. Bisikan itu tepat mengenai telinganya. Jantung terasa
bagaikan mahu tercabut dan gugur ke lantai. Lututnya terasa bergegar tak mampu lagi
hendaknya bertahan lebih lama berhadapan dengan Stephen namun dia harus kekal kuat.

Stephen mencapai non-stick frying pan lalu memulakan tugasnya menyediakan makan
malam untuk Nerina. Wanita itu hanya duduk di bahagian counter kitchen sambil
menyaksikan aksi Stephen. Ada sesuatu yang membuat hati wanitanya meronta apabila
melihat kesungguhan Stephen dalam menyelesaikan tugasan.

"Susah tak nak masak?" Soal Nerina memecahkan kejanggalan antara mereka.
"Tak juga. Take times untuk belajar," jawab Stephen.
"Saya tak suka masak tapi baking saya suka."
"Baking lebih complicated for me."
"Tiada apa yang complicated dalam baking. Ikut sukatan yang betul, menjadilah kek
dan pastri." Getus Nerina sambil menghirup perlahan jus oren dalam gelasnya.
"Itu yang leceh. Saya tak minat." Jawab Stephen.
"Up to you. Ikut keselesaan masing-masing."

Stephen mengalihkan pandangan pada Nerina. Jawapan wanita itu bernada sinis dan
kecewa. Mudah benar hatinya tersentuh.

"But I loved your cake."


"Really?" Soal Nerina.
"Yup. And I like you too."

Nerina terkedu. Renungan jejaka itu membuatnya gementar. Jejaka itu berjalan
menghampirinya dengan senyuman. Nerina terasa kakinya berat sekali mahu memijak
lantai dan bergerak dari kedudukannya. Mata bertentang mata.

"You're different. Your eyes, smile, hair and everything are different and I like
it."

Stephen merenung sedalamnya anak mata Nerina. Wanita itu tertunduk. Stephen
menyentuh dagu dan mengangkat wajah Nerina yang tersipu malu.

"Stephen."
"Yes?"
"I... Stephen."
"Yes, Nerina, say it."
"Your... lamb. Bau hangus."

Stephen terkejut. Jejaka itu pantas melepaskan wajah Nerina dan berjalan laju ke
arah dapur gas.

"Oh no!"

Stephen mengalihkan pandangan pada Nerina. Wanita itu hanya mendiamkan diri sambil
tersenyum.

"Makan sayur sajalah kita. Lapar dah ni. Lamb pun hangus."

Nerina bingkas bangun dan mengambil pisau mahu memotong brokoli. Stephen
menghalangnya.

"No. Biar I buat. You duduk. You ambil bahagian I. Tak apa. Lamb mentah tu ada
tinggal satu lagi."

Nerina terkedu mendengar kata-kata Stephen. Jejaka itu segera menyiapkan


tugasannya. Kali ini Nerina menunggu di ruangan meja komputer sambil mencuri
pandang ke arah Stephen. Melihat jejaka itu kelam kabut mahu menyiapkan makan
malam, Nerina mulai dihimpit rasa bersalah. Kesungguhan Stephen menggugat seluruh
benaknya tapi dia perlu meneruskan apa yang dirancang. Nerina bangkit berdiri dan
menuju ke dapur.

"Stephen."
"Yes?"
"Saya pegi dulu. Flora baru call bawa saya makan di Kraken Grill and Bar."

Stephen tersentap. Dia tertunduk sambil mengelap tangannya dengan tuala. Perlahan
dia mengangkat wajah dan merenung Nerina. Dia tersenyum.
"Makanan hampir. siap. Tak apa you pegi saja. I simpan dalam kontena. Kalau you
lapar, you boleh panaskan kemudian. Salad I simpan dalam bowl wrap dengan plastik.
Make sure you keluarkan dulu dalam 10 minit baru makan. Mashed potato saja I tak
sempat buat. I'm very sorry."

Nerina terkejut melihat reaksi jejaka itu. Stephen mula mengemas bahagian dapur dan
menyimpan makanan yang sudah masak. Nerina dihimpit rasa bersalah.

"Next time kita dinner sama-sama," kata Stephen.


"Kau salah faham. Saya cuma minta kau masakkan makan malam bukan makan malam sama-
sama. Boleh saja kau masak di rumah kau dan bawa ke sini untuk saya so tak perlulah
saya tunggu lama untuk kau masak sekarang saya kelaparan terpaksa juga saya makan
di luar."

Stephen terkedu. Jawapan Nerina menguji egonya. Namun dia berusaha mengawal
dirinya.

"Oh... maafkan saya, Nerina. Saya salah faham. Sekali lagi, maafkan saya. Saya
balik dulu ya."

Getaran nada suara Stephen menggugat sanubari Nerina. Stephen sempat tersenyum
sebelum berlalu pergi. Nerina hanya berdiri kaku melihat jejaka itu melangkah
keluar dari rumah. Nafasnya turun naik. Sebak menyelebungi hati.

'Kenapa aku begini? Sepatutnya aku happy dapat kenakan dia. Kenapa aku rasa
bersalah? Sepatutnya aku bersorak dapat kenakan dia. Kenapa?'

Nerina terduduk di counter kitchen dan termenung melihat bekas makanan yang
disediakan Stephen. Perlahan tangan mencapai bekas itu. Haruman dan kehangatan
makanan itu masih terasa. Nerina mengetap bibir menahan sebak dalam dada.
Kesungguhan jejaka itu terserlah.

BAB 22

NERINA merenung jauh dan hatinya mulai terasa sunyi. Tangan menguis makanan yang
terhidang dalam pinggannya. Tiba-tiba garfu yang dipegang ditarik seseorang. Nerina
tersentap. Lamunannya terhenti.

"Kau apahal termenung dari tadi?" Soal Flora.


"Tak ada apa." Nerina menghirup perlahan minumannya.
"So, apa cerita S.H?"

Nerina terkedu. Dia hanya mendiamkan diri. Renungan maut Flora buat jantungnya
berdegup kencang.

"Nothing special," jawab Nerina.


"Really?"
"Yes."
"Tipu."
"Apa pula tipunya?"
"Aku tau bila kau menipu."
"Flo, please. Not now."
"Ok, fine. Aku cuma nak cakap. Kalau kau rasa kau tak boleh teruskan, stop. Itu
saja. Jangan korbankan diri sendiri nanti kau yang merana. Aku tak suka tengok kau
macam ni. Asal duduk saja, termenung. Termenung saja, duduk."
"Aku ok, jangan risau."
"Baiklah."

Nerina tersenyum cuba menyembunyikan perasaan yang berperang dalam diri. Peristiwa
malam itu menggugat segenap sanubari. Pendiriannya seakan dilupuskan.

"Bukan cinta yang melukai diriku


dan meninggalkan hidupku lagi
Tolonglah aku dari kehampaan ini
Selamatkan cintaku
Dari hancurnya hatiku
Hempaskan kesendirian yang tak pernah berakhir..."

Iringan syahdu nyanyian Dygta berjudul Kesepian bermain dalam ruangan tempat Nerina
dan Flora menikmati makan tengah hari mereka. Nerina tersentap. Bait lirik itu
seakan mencerminkan dirinya. Keperitan itu sukar untuk ditelan apatah lagi dihadam.
Satu kekosongan dalam hati yang tak mungkin terisi oleh sesiapa. Nerina menghela
nafas panjang dan menyambung makan tengah harinya.

Deruan angin laut yang mengasyikkan menemani mereka yang sedang khusyuk menikmati
makan tengah hari di Restoran Deepsea, sebuah restoran tepi pantai yang memiliki
pemandangan bot para nelayan dan jeti pelabuhan feri menuju ke tanah Sabah.

Nerina terkedu saat melihat sesusuk tubuh sedang berdiri sambil merenungnya.
Stephen. Jejaka itu menghampiri dan saat dia betul-betul berada di hadapannya,
degupan jantung semakin kencang diulit bersama deruan angin laut membuatkan masa
seakan terhenti seketika. Mata bertentang mata, gemuruh menguasai diri.

"Hai Nerina."

Mendengar suara garau itu, Flora terkejut. Dia seakan tak menyangka jejaka itu
berada dihadapan mereka. Melihat Nerina yang tergamam, Flora menguis-nguis kaki
Nerina yang berada dibawah meja dengan sandal. Nerina terkejut dan barulah dia
terbangun dari lamunan.

"Hai Stephen." Jawab Nerina dalam nada getaran.


"Having lunch?
"Ya. Have a sit, Stephen."

Entah mengapa spontan saja pelawaan itu keluar dari mulut Nerina. Flora mengerling.
Dia merasa tak selesa jejaka itu duduk bersama mereka. Stephen mengambil tempat
untuk duduk berhadapan dengan mereka berdua. Matanya tidak lepas dari merenung
Nerina. Hanya wanita itu yang mencuri sepenuh perhatiannya.

"Why you here?" Soal Nerina tanpa berdolak dalih lagi.


"Sebab you di sini," jawab Stephen selamba.

Nerina terkejut. Pasti Stephen tahu di mana keberadaannya melalui Facebook kerana
baru sebentar tadi dia memuat naik gambar mereka makan tengah hari bersama. Nerina
menahan geram dalam dada. Jejaka itu takkan menyerah kalah.

"Babe, aku kena masuk office dah ni. Kau ok?" Soal Flora sambil senyum kambing.
Nerina membesarkan matanya merenung Flora.

Nerina mengangguk sambil tersenyum kambing. Dalam hatinya geram pada Flora yang
mahu lari dari keadaan yang janggal antara dirinya dan Stephen. Flora bangkit
berdiri dan mengucapkan selamat tinggal buat Nerina dan Stephen. Melihat rakan
baiknya itu beransur pergi, Nerina menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan
perlahan. Dia kini tinggal berdua bersama jejaka yang membuat jantung berdetak
kencang.

"Dah siap lunch?" Soal Stephen.


"Dah." Ringkas Nerina menjawab.
"Kenyang ke makan sikit saja?"
"Tak lapar sangat."

Stephen melihat isi pinggan Nerina. Nasi dan lauk pauk masih menggunung. Rasa
bersalah menghuni diri. Mungkin saja Nerina baru sahaja mahu menjamu selera namun
dirinya datang secara tiba-tiba dan membuatkan Nerina mati selera. Stephen menghela
nafas panjang.

"Follow me." Stephen menarik tangan Nerina membuatkan wanita itu terkejut.

Melihat ramai pelanggan lain di restoran itu, Nerina mematikan niat mahu membentak
dan menjerit pada Stephen. Dia hanya mampu mengekorinya. Kelihatan sebuah kereta
BMW X6 berwarna hitam menyusur ke arah mereka. Mario keluar dari kereta dan
menghampiri mereka.

"Sir Stephen, Miss Nerina. Your boat is ready. Shall we?" Garau dan tegas nada
suara Mario. Dia mengalihkan pandangan pada Nerina lalu mengangguk.
"Thank you Mario." Stephen membalas dengan senyuman.

Nerina kebingungan. Bot? Apa maksud Mario? Bot apa? Nak ke mana? Nerina merenung ke
arah Stephen.

"Nothing to worry about. Ikut saja. I takkan apa-apakan you."

Stephen merangkul erat pinggang Nerina dan membawa wanita itu masuk ke dalam
kereta. Nerina yang kebingungan hanya menurut sahaja. Mario mulai memandu
meninggalkan kawasan restoran dan menuju ke Billion Pavillion Hotel. Nerina semakin
gusar. Takut dirinya diapa-apakan.

"Stephen, kau bawa saya ke mana ni?"

Pertanyaan wanita itu tidak dilayan. Sesampainya di depan lobi hotel, Stephen
segera mempelawa Nerina untuk mengekorinya. Nerina hanya menurut. Dalam hati hanya
Tuhan yang tahu ketakutan yang menghuni diri.

"I nak bawa you makan angin."

Stephen menghulurkan tangan pada Nerina. Wanita itu merenungnya. Gementar dalam
dada hanya Tuhan yang tahu. Renungan anak mata Stephen membuat dirinya seakan
hilang arah. Jejaka itu menghampiri dan membisikkan sesuatu.

"Jangan risau. I promise, I takkan apa-apakan you."

Nerina terkedu. Perlahan Stephen menggenggam erat jari-jemarinya lalu menuntun


memuju ke bahagian perlabuhan tempat bot milik persendirian diletakkan. Dari jauh
kelihatan seorang jejaka mengangkat tangan ke arah Stephen. Stephen membalasnya.

"Apa khabar John?" Soal Stephen.


"Baik saja. Bot dah ready." John mempelawa Stephen dan Nerina untuk naik ke atas
bot.

Nerina tergamam melihat kapal mewah yang berada dihadapannya. Inilah kali pertama
dia akan menaiki kapal sebegitu rupa. Dia mengalihkan pandangan ke arah Stephen.
Jejaka itu hanya tersenyum. Genggaman jari-jemarinya semakin erat.

"Bot?" Soal Nerina.


"Kenapa?" Soal Stephen hairan melihat reaksi Nerina.
"Ini bukan bot. Ini kapal."
"Samalah tu."
"No, tak sama. Kau tak sekolah ke?"
"Of course I sekolah. Habis Form 6, I amik degree, end up jadi macam ni."
"Saya rasa kau tak sekolah. Kau anak orang kaya yang manja dan sudah biasa dengan
duit sebab itu kau tak kisah berbelanja untuk orang lain yang tiada kaitan apa-apa
dengan kau, kan?"

Stephen tersentap namun dia berusaha mengawal diri dengan kata-kata Nerina yang
mencengkam pelusuk jiwa. Stephen tersenyum sambil menarik Nerina menaiki kapal
mewah Benetti Diamonds Are Forever yang diwarisi dari arwah ayahnya.

"Kenapa kau bawa saya ke mari?" Soal Nerina dalam nada tegas.
"Supaya you enjoy your 'me time'."
"Ini bukan 'me time'," getus Nerina.
"I saw your post in Facebook just now. Having lunch with bestfriend and day off
from baking. So, you sedang menikmati 'me time'. Why not I bawa you ke sini untuk
you tengok macam mana cara I having my 'me time'. Get to know each other and I want
to spend more time with you."

Nerina terdiam. Dia sendiri bingung entah mengapa sukar dia mahu menolak pelawaan
jejaka itu. Melihat sekeliling kapal mewah itu, Nerina tidak tahu apa harus dia
lakukan.

Stephen membawa Nerina memasuki ruang dalam. Nerina menekup mulutnya saat melihat
keadaan dalam kapal yang sangat cantik dan mewah. Stephen tersenyum. Dia menarik
tangan Nerina dan membawa wanita itu meninjau keadaan dalam kapal Benetti itu.

"Kalaulah I boleh jual semua ni dan duitnya I buat investment, dah lama saya buat."
Stephen melepaskan tangan Nerina perlahan-lahan. Langkah diatur menuju ke bahagian
bar.

"Virgin Mary, Nerina?" Soal Stephen.


"Huh?! Virgin?!" Nerina terkejut mendengar soalan itu.
"Its cocktail. You want?"
"Yeah, sure."

Stephen tersenyum melihat reaksi Nerina yang masih terkejut menyaksikan segenap
ruang kapal yang dinaikinya. Benetti 200 kaki megayacht yang diberi nama Diamond
Are Forever itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 16 knot dan mempunyai julat
lautan 4800 batu nautika pada 12 knot.

Hiasan dalamannya direka dengan marmar Itali, onyx, kayu dan mother-of-pearl
termasuk dua suite utama dengan pemandangan laut yang indah, empat bilik tetamu,
gym room dan ruang tamu yang boleh menyambungkan kepada suite utama. Lif
menghubungkan setiap dek iaitu sky lounge, sun-deck dan top-deck yang boleh
menampung pendaratan dan perlepasan helikopter. Inilah aset yang ditinggalkan arwah
ayah Stephen kepadanya.

"You said tadi kalaulah you boleh jual."


Nerina memulakan bicara.

Stephen tersenyum. Nampaknya Nerina semakin tertarik mahu berbual dengannya.

"Well, yeah. I hope so tapi inilah satu-satunya aset peninggalan arwah my dad. Jadi
I decided to keep it. Bila dah bangunkan sikit bisnes, I invest sedikit untuk
maintenence kapal ni. Lama ditinggalkan nanti boleh rosak."
"Kenapa tak sewakan?"
"No, I tak mau. Sentimental value between my dad and I. Bila I rasa bosan atau
penat dan stress, I will came here dan bawa John untuk kendalikan kapal. Kami
selalu cruise sampai Miri."

Nerina hanya mendiamkan diri. Melihat bingkai gambar besar yang menghiasi ruang
tamu, hatinya seakan tersentuh dan dia tahu itulah gambar kedua orang tua Stephen.

Stephen menghampiri Nerina bersama gelas minuman cocktail Virgin Mary ditangan lalu
dihulurkan pada Nerina. Wanita itu menyambut dengan senyuman.

"Thats my Queen and King. I love both of them very much," kata Stephen lalu meneguk
minumannya.
"Susah tak hidup tanpa parents?" Soal Nerina.
"Well, at first memang susah. Lama kelamaan, I sedar, I tak boleh hidup dalam
kemurungan dan kesedihan. Mereka pun tak suka kalau I kekal bersedih."
"Yes, thats true. I felt that too. Losing both of my parents when I was too young
to survive in this world alone."
"Tell me more about you, Nerina."

Nerina mengukir senyuman. Tatapan mata jejaka itu membuatnya mahu meluahkan
kesedihan dalam dada. Tak pernah sekali pun dalam hidupnya diberi renungan
sebegitu. Tatapan khusyuk dan ikhlas mahu mendengar. Nerina menghela nafas panjang.

"Kami kemalangan dan luckily saya terselamat. 3 bulan saya di hospital untuk
terapi. I lost myself. Saya macam orang hilang akal. Masa itulah Flora datang dan
bawa saya pulang bersamanya. Saya tinggal dengan Flora dalam rumah peninggalan
arwah ayah saya. Kami hidup dengan duit insurans my parents dan dari duit itulah
saya perlahan-lahan mulakan berniaga. Saya tetap bersyukur sebab Tuhan temukan saya
dengan Flora. Shes my bestfriend and also my sister."

Stephen menggenggam erat jari-jemari Nerina saat melihat kelopak mata wanita itu
semakin digenangi air. Nerina mengangguk sambil tersenyum berusaha menyembunyikan
dan menahan sebak dalam dada.

"Cry, kalau itu mampu melegakan."

Nerina tunduk. Mendengar kata-kata dari mulut jejaka itu, hatinya tersentuh. Tapa
diduga, akhirnya dia tewas. Airmata hangat mulai mengalir membasahi pipi. Mendengar
esakan tangis Nerina, Stephen pantas memeluk wanita itu.

"Saya... rindu mereka. Oh God! Kalau saja masa itu saya tak memaksa mereka untuk
keluar bercuti hujung minggu, kami takkan kemalangan!"

Stephen mengetap bibir menahan sebak. Esak tangis Nerina membuat hatinya turur
dirundum hiba. Perlahan dia membelai lembut rambut ikal mayang wanita itu.

"Its ok. Kita doakan mereka ya. Jangan salahkan diri sendiri. Semua yang terjadi
ada hikmahnya."

Stephen memujuk Nerina dengan nada suara yang amat lembut sekali. Rasa bersalah
mulai menghuni hati.

"I minta maaf sebab bangkitkan hal ini. Im very sorry."

Perlahan Nerina melepaskan pelukan Stephen. Dia tersenyum.


"Tak, its ok. Saya yang patut minta maaf sebab terlalu emosi."
"Hey, its ok. I sudi dengar apa saja luahan hati you. Im here to help if you need
anything."
"Thank you."
"I do it because I care about you, Nerina."
"Why? Saya bukan sesiapa."
"No. You're special. You own my whole heart."

Nerina terkedu. Pantas dia menyeka airmata yang membasahi pipi dan mahu berlalu
pergi. Entah mengapa dia membiarkan keadaan ini terjadi. Dia bersama dengan seorang
jejaka yang belum dia kenali sepenuhnya. Belum pun sempat dia melangkah, tangannya
ditarik. Perlahan dia menoleh. Jejaka itu mulai menghampiri.

"Give me a chance, I will prove it to you. How I madly, deeply in love with you."

Pipi mulusnya dibelai lembut. Nerina memejamkan mata. Terasa dibuai indah dan
melayang. Helaan nafas hangat Stephen terasa dekat. Puncak hidung mancung jejaka
itu bergeseran dengan hidung miliknya. Hangat terasa saat bibir mulai disentuh.
Pelukan menjadi semakin erat. Nerina tenggelam dalam perasaanya. Nafasnya turun
naik. Tanpa sedar tangannya mulai membalas pelukan jejaka itu. Cukup hangat dan
mengasyikkan.

Kapal Benetti Diamond Are Forever membelah lautan dan berlayar bersama kehangatan
kasih yang tak terungkap antara mereka. Hembusan nafas seiring dengan bunyi deruan
angin dan ombak.

'Nerina, kau sedang dilamun cinta.' Nerina bermonolog dan cuba menolak namun dia
tewas. Dia ingin dirinya ditakluki sang jejaka yang mampu membuang sejuta kesepian
dalam diri.

BAB 23

HARUMAN Lacoste menusuk sanubari. Tanpa sedar dirinya terbuai. Bibir diketap
lembut, senyuman terukir. Stephen mengucup lembut dahi Nerina dan memeluk erat
wanita itu. Perlahan pelukan dilepaskan. Stephen membelai lembut kedua belah
pipinya.

"This is so wrong, I'm sorry. Saya nak balik."

Nerina menarik tangan Stephen dari pipinya. Stephen terkejut. Dia pantas merangkul
Nerina erat, namun wanita itu menolak dengan kasar. Airmatanya mengalir. Tubuhnga
bergetar. Stephen mulai rasa bersalah.

"Nerina, I'm sorry."


"Saya nak balik, Stephen."
"Nerina... please."
"Saya nak balik!"

Stephen terkejut tatkala mendengar jeritan Nerina. Wanita itu hilang arah. Dia
menangis. Stephen menghampiri namun Nerina berundur beberapa langkah.

"Why Nerina?" Soal Stephen dalam nada lembut dan sayu. Pertanyaannya tidak dijawab.
Nerina melangkah keluar dari ruang tamu itu dan naik ke bahagian dek atas. Stephen
mengekorinya.
"Saya nak balik, Stephen."
"You selamat di sini."
"No, saya nak balik."

Getaran suara Nerina membuatkan Stephen serba salah. Dia tersilap langkah lagi.
Adakah dia bertindak terlalu terburu- buru sehingga membuatkan Nerina tidak selesa
padanya? Tapi ciuman dan pelukan itu? Adakah itu cuma kepura-puraan semata?

Deruan angin laut membawa bersama perasaan yang tak terungkapkan. Nerina menyeka
airmata yang mulai mengalir dan membasahi pipi. Sayup kedengaran suara jejaka itu
memanggil namanya. Nerina tidak mengendah. Langkah dilajukan menaiki anak tangga
menuju ke dek paling atas.

"Nerina, be careful!"

Laungan itu tidak dipedulikan. Nerina melangkah bersama airmata. Deruan angin
membuatnya hilang arah. Kelihatan awan mendung hampir menutupi dada langit.
Sepertinya hari mahu hujan. Begitu jua dengan hati Nerina. Sebak dan malap tak
tertahan lagi. Keliru dengan dirinya sendiri. Apakah benar semua ini terjadi? Tanpa
sedar, langkah yang diatur hilang arah. Nerina menjerit ketakutan.

"Nerina!"

Percikan air laut beserta bunyi dentuman kuat mengejutkan Stephen. Tanpa berlengah
lagi dia membuka butang baju kemejanya dan terus terjun ke dalam laut. Ketinggian
dari dek paling atas kapal itu tidak lagi membuatnya gentar. Apa yang penting nyawa
Nerina!

Stephen berenang jauh ke dalam laut dan kelihatan Nerina yang lemah dan terkulai
layu. Stephen segera merangkulnya dan membawanya naik ke permukaan air. Kelihatan
John menghulurkan pelampung air dan tangga untuk Stephen naik ke atas kapal semula.

"Sir, shes ok?!" Soal John dalam nada panik.


"Sekejap, saya periksa."

Stephen membaringkan Nerina di atas lantai kapal. Kemeja wanita itu diselak sedikit
dan Stephen memberikan tekanan dada sebanyak 10 kali beserta hembusan nafas. Nerina
masih kaku. Stephen memulakan lagi tekanan dada untuk kitaran kedua beserta
hembusan nafas. Kelihatan Nerina mula memberikan respon.

Nerina batuk dan Stephen segera posisikan kepala Nerina ke arah kiri dan membiarkan
air dari dalam mulut Nerina mengalir keluar. Khuatir air tersebut akan masuk semula
dan boleh mengalir ke bahagian paru-paru. Matanya terbuka perlahan.

Dia menangis. Stephen pantas memeluknya erat sambil mengusap lembut rambut dan
belakang tubuh Nerina. Tubuh wanita itu bergetar ketakutan dan kesejukan. Stephen
mengambil tuala yang dihulurkan John lalu membaluti tubuh Nerina.

"Jangan takut. I ada kat sini. You kena bersihkan badan dengan air hangat. Nanti
lama-lama boleh demam."

Nerina yang masih ketakutan dan terkejut itu hanya menurut. Dia merangkul lengan
Stephen dengan erat. Stephen membawanya masuk ke dalam bahagian suite utama kapal
itu.

Saat Stephen mahu melepaskan rangkulan lengan Nerina, tanpa diduga wanita itu
enggan meleraikannya. Dia kelihatan amat takut sekali. Wajahnya pucat dan tubuh
masih menggigil. Stephen berpaling dan merenung seraut wajah itu.
"Semuanya ok."
"Ta..kut."
"Nothing to be scare, ok?"
"Ja..tuh. Hentam kuat."

Stephen menahan sebak apabila Nerina mula mengalirkan airmata. Pasti dia masih
dalam kejutan dan ketakutan. Stephen mengambil tuala dan mengelap rambut Nerina
yang basah. Wanita itu merenungnya. Stephen menyeka airmata yang mengalir.

"Thank... you, Stephen."

Stephen tersenyum mendengar getaran suara itu. Tak diduga, Nerina menarik dan
memeluknya erat. Tangisan semakin kuat. Stephen terkedu. Dia membalas pelukan
Nerina.

"Maafkan saya. Saya... tak sengaja. Maaf... kan saya, Stephen."


"Hey, Nerina. Listen to me. Its ok. I'm here. Jangan nangis lagi, please."

Pelukan dilepaskan. Mata bertentangan. Stephen menyeka airmata yang membasahi pipi
mulus Nerina. Wanita itu menyentuh lembut tangan Stephen yang berada dipipinya.

"Andai saja kau tahu, dalam hati ini cuma inginkan dirimu, Nerina. Siang malam,
setia menunggu saat kita akan bertemu. Aku ikhlas tapi mungkin cara aku salah.
Maafkan aku."

Nerina mengucup lembut tangan Stephen. Keikhlasan jejaka itu terpancar jelas dalam
anak matanya. Mata itu mulai berkaca. Nerina tersentuh. Perlahan dia mengucup
kelopak mata jejaka itu dengan penuh kasih sayang. Stephen terkedu. Hatinya
dirundum pilu dan sebak.

"Bukan aku tak mahu membalasnya tapi aku takut. Aku seakan tak boleh percaya kau
begitu nekad mahu mengenaliku. Selama ini aku tak pernah mengalami semua itu.
Maafkan aku. Aku silap. Aku tak mampu menanggung keinginan hatiku lagi. Aku cuma
mahukan dirimu, Stephen. Tapi aku takut. Sungguh aku takut!"

Stephen tewas. Airmatanya mulai mengalir. Dia seakan tak percaya ungkapan yang
keluar dari mulut Nerina. Wanita itu menyeka airmatanya. Stephen tak mampu menahan
sebak lagi. Perlahan dia menyentuh lembut bibir mungil Nerina. Wanita itu bertindak
merapatkan bibirnya dan sentuhan hangat itu mulai terasa. Airmata mengiringi
kehangatan itu.

"I love you, Nerina."


"And I love you more."

Pelukan menjadi semakin erat. Tubuh sasa Stephen dibelai lembut oleh jari halus
Nerina. Stephen membelai rambut Nerina dan perlahan kucupan dilepaskan. Stephen
membawa Nerina membersihkan diri di dalam kamar mandi.

"You take a bath first, ok?" Stephen mengucup dahi Nerina.


"How about you?" Soal Nerina.
"I mandi kat suite sebelah. Baju you ada dalam almari. Dress biasa memang sengaja
disediakan dalam kapal ni. Harap muat saiz you."
"Stephen."
"Yes?"

Nerina menghampiri Stephen dan mengucup lembut pipi jejaka itu. Hatinya tak
menyangka Stephen jejaka seperti itu.
"Thank you sebab..."
"Nerina, I bukan jenis yang macam tu. I akan bagi you privasi, ok? This is your
suite, mine di sebelah. Anything, just call me. Later I talk to John, kita balik,
ya?"
"No, jangan balik!"

Stephen terkejut bila Nerina merentap lengannya dan meminta agar mereka jangan
pulang terlebih dahulu.

"Aik... tadi you yang nak balik sangat. Apa jadi?" Stephen mencuit hidung mancung
Nerina. Wanita itu mencebikkan bibir.
"I want to stay here. Best. Totally a 'me time'. Private space, semua complete.
Rasa macam pegi holiday."
"See... I told you. Pasti you akan jatuh cinta. Now, no more 'me time'."
"Aik... kenapa?"
"Its 'our time'."

Stephen mengucup bibir mungil Nerina. Wanita itu tersenyum. Dia bertindak mencubit
lengan Stephen. Stephen mengaduh kesakitan.

"Mengada! Padan muka!"


"Ouch! Lagi, nak lagi!" Stephen merangkul pinggang Nerina.
"Eeee... nah!" Nerina mencubit lagi lengan Stephen. Stephen mengucup bibir Nerina.
Wanita itu terdiam, dia merangkul erat leher Stephen. Kucupan dilepaskan. Senyuman
terukir indah. Cinta mulai mekar bersemi. Kebahagiaan jelas terasa.

Stephen melepaskan pelukan dan menghantar Nerina memasuki kamar mandi. Nerina
melihat tubuh itu perlahan meninggalkan ruang kamar mandi. Tanpa sedar Nerina lupa
menutup rapat pintu kamar.

Langkah Stephen terhenti. Pantulan objek dalam cermin dihadapan memaku kakinya.
Nerina sedang menanggalkan pakaian satu demi satu. Stephen kaku. Melihat Nerina
mengusai rambutnya, jantung berdegup kencang. Gerakan Nerina terhenti saat dia
turut menyaksikan pantulan itu. Stephen menahan dirinya daripada berpaling.

'Sungguh aku mahu menakluki dirimu namun aku takut kau akan menganggapku sama
seperti lelaki lain. Aku bukan seperti itu, Nerina. Aku amat menyintaimu.' Stephen
bermonolog. Dia tersenyum dan tertunduk lalu pergi dari siru.

'Aku tahu keikhlasanmu. Aku memahami hatimu jua keinginanmu. Terima kasih cinta
kerana tidak berpaling dan meneruskan langkah penaklukan ini.' Nerina tersenyum.
Perlahan dia menutup rapat pintu kamar mandi.

STEPHEN tersenyum saat melihat Nerina menghampiri dengan gaun panjang berwarna
putih. Stephen menghulurkan tangan dan wanita itu menyambutnya. Mereka melangkah
menuju ke longue deck iaitu ruang makan dan BBQ. John menyambut kehadiran mereka
dari lif dan mengiringi ke meja makan yang menghadap pemandangan lautan.

"Makanan dah siap, Sir dan Miss Nerina," kata John.


"Thank you John," ucap Stephen.
"Jangan panggil Miss, panggil Nerina saja, ok?" Nerina merenung John sambil
mengerutkan dahi. Stephen tersenyum.
"Baik, miss, eh... Nerina, maaf, terlepas lagi."
"Tak apa. Eh, John, tak makan sekali?" Soal Nerina. Hairan dia bila jejaka itu
tidak duduk dan makan sekali bersama merek.
"Tak apa, Nerina. Saya dah makan tadi sebelum berlayar. Masih kenyang. Kalian makan
dahulu."
"Jangan menyesal tau! Hurmm... sedap ayam ni!" Nerina sengaja mengusik John.
Stephen ketawa melihat kenakalan Nerina.
John tersipu malu dan menolak pelawaan Nerina dengan baik. Tak pernah lagi dirinya
dipelawa oleh tetamu Stephen sebelum ini iaitu Gina. Wanita bergaun putih
dihadapannya kini jauh berbeza dengan Gina. Orangnya lemah lembut dan rendah diri.
Melihat telatah mereka berdua, John turut tumpang gembira. Senyuman di wajah
majikannya itu kini kembali menyinari. Sudah lama dia tidak melihat Stephen
sebegitu rupa.

"John malu-malu tu. Dia belum biasa dengan you," kata Stephen.
"Apa yang nak dimalukan? John, duduk dan makan. Ini arahan! Kalau tak mahu duduk,
saya suruh Tuan Stephen buang kamu ke laut! Mengerti?!" Bentak Nerina.

John terkejut. Dia cepat-cepat meletakkan dulang di atas troli hidangan makanan dan
pantas mengambil tempat untuk duduk dihadapan mereka berdua. Stephen melepaskan
tawa besar melihat betapa paniknya John mengikuti arahan Nerina.

Nerina tertawa sambil menggeleng. Dia menghidangkan potongan ayam panggang bersama
salad untuk John. Jejaka itu merasa malu dilayan sebegitu rupa. Stephen pula
menuangkan wain merah untuknya.

"Cheers."
Stephen menghulurkan gelas wain pada John. Jejaka itu menyambutnya.
"Cheers, Sir."

Mereka menikmati makan bersama. Terlalu asyik berbual sehingga Nerina lupa untuk
memaklumkan pada Flora keberadaannya.

"Oh, God!" Laung Nerina tiba-tiba.


"Why?! You ok?!" Stephen terus panik dan menggenggam erat tangan Nerina.
"My phone. I lost my phone! Mesti jatuh dalam air tadi. Oh no!" Nerina panik. Risau
memikirkan dalam telefon pintar itulah segala maklumat, nombor telefon dan email
pelanggan.
"Calm down, sayang." Stephen memujuk.
"No, dalam tu semua detail ada. My God!"
"You ada buat backup guna email?" Soal Stephen.
"I don't know! Macam mana ni?!"
"Sayang, hey, sayang listen to me. Calm down, ok? Esok sampai darat, I bawa you ke
Apple store, ok? Next, I ajar you macam mana nak buat backup segala detail dalam
handphone. Ok?"
"No, no. Saya bukan nak handphone baru. Banyak makna handphone tu. Susah payah saya
kumpul duit berniaga untuk beli handphone tu. Walaupun setakat Oppo R7S. Saya
sayang handphone tu."

Nerina sebak dan mengetap bibirnya. Stephen bangkit dan memeluk Nerina. Memang amat
bermakna telefon pintar itu buatnya. Stephen mengucup lembut dahi wanita itu cuba
mahu memujuknya. Nerina akur. Dia sudah kehilangan harta kesayangannya. Hasil titik
peluh selama ini.

"Dah, jangan sedih lagi. Esok cari yang baru," pujuk Stephen.
"Tak nak. Nanti saya pakai handphone lama Sony Z dirumah tu."
"Sayang, you tu berniaga. Banyak benda you kena jaga. Email, Whatsapp, contact
customer apalagi gambar dan video kek you. Semestinya kita nak yang terbaik untuk
customer, bukan? Terutama RAM smartphone."
"Sony Z tu bagus lagilah. Sayang kalau tak pakai. Kalau pasal gambar dan video,
Flora kan ada. Dia ada DSLR."
"Nak susahkan kawan you lagi."
"Tak apa. As long as ada pc, boleh hidup, ada handphone walaupun biasa cikai-cikai
saja, saya ok. Asal boleh call dan message."
"Sayang, you know why I love you?" Soal Stephen.
"Ehh... why?" Nerina hairan Stephen menukar topik perbualan.
"Sebab inilah sifat sebenar you. You tak semudah itu akan silih berganti dan you
mampu hidup seadanya."

Stephen mengucup dahi Nerina. Nerina tersenyum. Memang cara kehidupan antara mereka
berdua jauh berbeza. Nerina sudah biasa hidup besederhana. Pakai sahaja apa yang
ada sedangkan Stephen sentiasa mahukan yang terbaik.

Malam semakin berlabuh. Dada langit dihiasi bintang. Bahagia rasanya dapat
menikmati waktu indah itu berduaan. Stephen memeluk Nerina yang duduk dalam
pangkuannya sambil merenung langit. Mereka menikmati pemandangan itu dari arah sun-
deck.

"Jangan tinggalkan I, ya sayang." Stephen mengucup bahu Nerina. Wanita itu


merenungnya.
"Tak akan."

Stephen tersenyum lalu menyentuh dagu Nerina. Bibir mula bertaut. Pelukan semakin
erat. Hanyut dalam kegelapan malam bersama bintang terang.

BAB 24

"I look and stare so deep in your eyes


I touch on you more and more every time
When you leave, I'm begging you not to go
Call your name two or three times in a row
Such a funny thing for me to try to explain
How I'm feeling and my pride is the one to blame
'Cause I know I don't understand
Just how your love can do what no one else can..."

Iringan nyanyian Beyonce Knowles - Crazy In Love berkumandang merdu mengisi seluruh
ruang kamar tidur Nerina. Dia merenung wajahnya di dalam cermin. Dia sendiri tidak
pernah menduga sejauh ini langkah yang diatur. Jejaka bernama Stephen itu menakluk
sepenuh hatinya dan membuat diri hilang kawalan.

Nerina bangkit berdiri dan menuju ke katil lalu merebahkan diri untuk tidur. Dia
berusaha melelapkan matanya namun tak berhasil. Fikiran melayang memikirkan
Stephen. Nerina bangun dan mengeluh. Dia mengikat rambutnya yang ikal mayang dan
bingkas bangun menuju ke bahagian ruang tamu kapal itu.

Mahu tercabut rasa jantungnya bila melihat Stephen sedang duduk di bahagian bar
tanpa mengenakan baju. Nerina mahu berpatah balik kerana merasa kekok melihat
Stephen berkeadaan seperti itu. Namun langkahnya terhenti saat terasa tangan
ditarik.

"Kenapa patah balik?" Soal Stephen.


"Tiada apa-apa." Nerina menarik nafas sedalamnya lalu dihembus perlahan.
"I can't sleep," kata Stephen.
"Me too."

Nerina memusingkan tubuhnya. Mata mereka bertentangan. Jantung berdegup kencang.


Stephen menarik Nerina dalam dakapannya.
"Terasa macam mimpi. Susah I nak tidur." Stephen mengucup ubun kepala Nerina.
Wanita itu memejamkan mata dan membalas pelukan erat Stephen.

"Kenapa pula?" Soal Nerina. Dia mengetap bibir saat terasa kelembapan dan
kedinginan bibir Stephen mulai menyentuh lehernya.

"You. You ada depan mata." Stephen menggigit lembut isi tengkuk Nerina membuatkan
wanita itu mengeringai menahan rasa.

"You make me so crazy in love, Stephen." Bisikan Nerina membuatkan Stephen


terkejut. Stephen merenung anak mata itu sedalamnya. Tanpa dia sedari Nerina mulai
menurunkan tali gaun tidur yang membaluti tubuh.

"Nerina." Stephen terkedu. Dia tidak mahu perkara ini berlaku terlalu pantas.
Dihadapannya kini tubuh seorang wanita tanpa seurat benang. Stephen terkedu.

"Make me, yours, forever..." Nerina berbisik padanya. Stephen memeluk Nerina erat.

"No, baby. Please, I bukan jenis lelaki macam tu. Yes, I do love you. I tak mahu
semua ini."

Nerina terkejut. Pelukan Stephen semakin erat. Tanpa sedar airmatanya mengalir.
Perlahan Stephen melepaskan pelukan dan menyarung semula gaun tidurnya. Nerina
tertunduk menahan rasa. Stephen mengangkat dagu Nerina dan mengucup lembut bibir
mungil itu.

"Maafkan saya." Nerina bersuara dalam getar. Stephen tersenyum.


"Tiada salah apapun. Come, I bawa you ke bilik. Lewat dah ni. Tidur ya. Esok kita
balik."
"Baiklah."

Stephen memimpin tangan Nerina menuju ke kamarnya. Wanita itu tersenyum. Perlahan
genggaman tangan mereka mulai terlerai. Stephen mengucup dahi Nerina dan merebahkan
tubuh itu di atas katil dan menyelimutinya.

"Goodnight, sayang."
"Goodnight, Stephen."

Stephen berlalu keluar dari kamar itu dan perlahan pintu ditutup. Dia menarik nafas
sedalamnya. Bibir diketap rapat. Hampir dia gagal mengawal diri. Namun dia sedar.
Dia tidak mahu Nerina menganggapnya sama seperti lelaki lain yang hanya mahu
mengambil kesempatan. Hatinya benar ikhlas menyayangi wanita itu.

Malam berlalu bersama deruan bunyi air laut dan angin. Kedinginan menusuk jauh ke
dalam tubuh. Stephen meneguk wain merah yang berada dalam gelas. Seakan mimpi
menjadi kenyataan. Nerina kini menjadi miliknya.

JOHN menyiapkan semua hidangan sarapan dan melihat Stephen mulai menghampiri meja
makan, dia pantas menyediakan pinggan dan cawan air kopi.

"Thank you, John." Stephen tersenyum.


"My pleasure, sir." John menuangkan air kopi ke dalam cawan. Stephen menyambutnya.
"Sir, Miss Nerina dah bangun?" Soal John.
"Belum lagi tu. Penat agaknya dia. Nanti saya kejutkan dia."
"Baiklah. Saya sediakan saja piring dan cawan kosong untuknya."

Stephen mengangguk. John berteka-teki dalam hati. Melihat majikannya itu tidur
bilik berasingan dengan Nerina, John seakan tak percaya. Ternyata jejaka itu
bukanlah seperti yang lain. John memuji Stephen dalam hatinya.

"Morning, Stephen, John."

Mereka berdua berpaling ke arah suara ayu dan lembut yang menyapa. Kelihatan Nerina
melangkah menghampiri mereka. Stephen segera bangun dan menyambut Nerina dengan
kucupan hangat di dahi wanita yang amat disayanginya itu. John segera menyediakan
cawan dan pinggan berisi roti kepada Nerina. Nerina menyambutnya dengan senyuman.

"Its ok, John. Saya boleh buat sendiri." Nerina berkata-kata sambil menghirup
perlahan air kopinya.
"Sayang, tak apa. John dah biasa."
"Jangan buli John."
"Mana ada I buli dia." Stephen mengerutkan dahi.

Nerina merenung Stephen tajam sambio mencebikkan bibir. John menahan tawa melihat
gelagat mereka berdua. Wanita yang berada dihadapannya kini jauh berbeza dari Gina.
Wanita yang berjaya melakar semula senyuman kebahagiaan di wajah majikannya.

"John, tell her. Adakah I buli you selama lebih 3 tahun kita berkenalan?" Soal
Stephen sambil merenung John.
"No, sir. Its my duty to serve you. Ini amanah your late father." John menjawab
sambil tersenyum.
"See, I told you." Stephen mengalihkan pandangan pada Nerina.
"Baiklah. John, kalau Stephen ada buli kau, inform saya!" Nerina bernada tegas.
Stephen ketawa besar. John mengangguk.

Mereka bertiga menikmati sarapan bersama. Ditemani dengan deruan angin laut.

FLORA berpeluk tubuh dan merenung Nerina tajam. Wajahnya berkerut sejak tadi. Geram
membuak dalam dada melihat Nerina hanya mendiamkan diri dan berlagak selamba.

"Anything?" Soal Flora.


"What?" Soal Nerina kembali.
"Mana kau pegi satu hari satu malam tak balik?"
"Its not a big deal. Ni aku dah ada depan mata kau. Puas hati?"
"Kau tau tak aku risau macam kucing hilang anak? Huh?! Aku call voicemail. Whatsapp
tak balas. Sikit aku nak pergi report ke balai kau hilang."
"Chill, Flora. Aku ok. Aku selamat."
"Bagitau aku. Kau dengan siapa semalam?"
"Tiada siapa-siapa."
"Jangan nak berahsia sangatlah! Stephen, kan?"

Flora membulatkan matanya. Nerina terdiam. Perlahan dia mengangguk.

"Aku dah agak dah! Kau jatuh dalam perangkap sendiri!" Flora bertepuk tangan sambil
merenung Nerina.
"Janganlah marah." Sayu Nerina bersuara.
"Aku tak marah, babe. Siapa kata aku marah? Aku cuma dah jangka semua ini akan
terjadi. Aku kenal kau siapa."
"Flora... jangan cakap macam tu. Macam aku bodoh sangat."
"Siapa kata kau bodoh? Aku tak kata kau bodoh. Aku dah agak ni akan terjadi. Good
looking guy, siapa yang takkan jatuh cinta. So, tell me, what happened last night,
huh?"

Flora beralih dan duduk disebelah Nerina. Dia memeluk bahu rakan baiknya itu.

"Nothing," jawab Nerina ringkas.


"Tipu."
"Babe, dia bukan lelaki macam tu."
"Seriously?!" Flora menekup mulutnya seakan tak percaya.
"Ya. Dia tak sama macam lelaki lain. Dia ikhlas. Renungan mata dia pun penuh dengan
kesungguhan. He loves me, babe." Nerina tersenyum sambil mengetap bibir.
"Someone madly in love right now! Wuuhoo!"
"Babe, janganlah, malu aku!"
"How about you? You love him?"

Nerina mengangguk perlahan. Flora bertepuk riang. Dia memeluk Nerina dan mengucup
pipi rakan baiknya itu. Dia sudah menjangkakan hal ini akan terjadi. Jejaka itu
ikhlas pada Nerina. Baru sahaja mereka mahu bersorak gembira, mereka dikejutkan
dengan bunyi deringan loceng pintu utama. Flora bangkit dan mendapatkannya.

"Babe, I guess ini untuk kau." Flora menghulurkan bungkusan bersaiz kecil pada
Nerina.
"What?" Nerina bangkit dan mendapatkan Flora.

'For you, Miss Nerina.' - S.H

Nerina mengukir senyuman. Ianya dari Stephen. Perlahan dia membuka bungkusan itu.
Nerina menekup mulutnya seakan tak percaya. Flora juga terkejut.

"Aku tak boleh terima ni." Nerina menggeleng.


"Babe, serious?" Flora menghampiri Nerina.

Nerina merenung isi bungkusan itu. Sebuah telefon pintar Iphone X berwarna hitam.
Tiba-tiba telefon pintar itu berdering. Nerina terkejut. Segera dia mengangkat
panggilan itu.

"Hello."
"Now I know phone dah selamat sampai di tangan you. Save my number, sayang."
"Why you do this?"
"Phone you kan hilang. So I ganti baru."
"Saya boleh beli sendiri."
"Anggap itu hadiah dari I."
"Saya tak suka kau buat macam ni."
"Bila you nak berhenti panggil I, kau, Nerina?"

Nerina terdiam. Dia mengetap bibir menahan perasaannya.

"Get ready. I fetch you at 7. Kita pegi dinner."


"What?! I ada kek belum siap."
"I don't care. Pakai dress yang I bagi tu."
"Stephen, I nak siapkan kek. Customer datang ambil esok pagi."
"I said, I don't care."

Talian dimatikan. Nerina mendengus geram. Sakit hatinya diarah-arah seperti anak
kecil. Nerina menggenggam erat telefon pintar dalam tangannya dan menjerit geram.
Flora terkejut.

"Oi! Kesurupan ke apa?!"


"Geram!"
"Kenapa?!"
"Dia bawa pegi dinner jam 7, aku nak siapkan order lagi! Dia cakap I don't care, I
don't care!"
"Untunglah kena bawa dinner!"
"Apa yang untungnya?! Kerja aku tak siap lagi!"
"Apa guna ada kawan kau yang bebeh dan mantap ni?!"
Nerina terdiam. Dia merenung Flora yang berdiri sambil bercengkang pinggang
merenungnya.

"Maksud?" Soal Nerina.


"Kek apa customer kau order? Apa tema? Sini aku siapkan. Dah pegi bersiap, sekarang
dah jam 5. 2 jam lagi dia sampai."
"Babe... aku..."
"Dah, diam! Pergi bersiap!"

Flora memeluk bahu rakan baiknya itu dan membawanya ke bilik tingkat atas. Dia
membantu Nerina untuk bersiap. Flora tergamam saat melihat Nerina yang siap memakai
gaun merah jambu lembut pemberian Stephen itu.

"Babe, kau ke tu?" Soal Flora.


"Kau mabuk atau hilang ingatan? Akulah ni!"
"Babe, lainnya kau! Stunning!"
"Mengada!" Nerina ketawa tersipu malu.
"Aku seriuslah. No wonder lelaki iras Zayn Malik tu tergila-gilakan kau. Entah apa
dia imagine masa belikan kau dress ni. Dah aku turun dulu. Aku tunggu di bawah.

Nerina mengangguk dan tersenyum. Dia melihat dirinya sendiri di dalam cermin.
Seakan tak percaya. Memang nampak lain dari kebiasaannya. Nerina menahan debar
dalam dada. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Nerina dan menuruni tangga dan menuju ke
ruang tamu. Melihat Flora sedang berbual dengan seseorang, Nerina dapat menjangka
orang itu ialah Stephen.

"Haa, itu pun dia, siap dah. Rina, cepat. Stephen dah lama tunggu." Flora
mengenyitkan mata pada rakan baiknya itu.
"Hai, Stephen." Ada getaran dalam nada suara Nerina.
"Hai, Nerina." Stephen menghampiri dan mencapai tangan Nerina lalu mengucupnya
lembut.

Flora yang menyaksikan suasana romantis itu tersenyum bahagia. Sekian lama akhirnya
seri dalam senyuman Nerina kembali.

"Kami pergi dulu, Flora. Nice to meet you." Stephen tunduk pada Flora.
"Have a nice dinner both of you," jawab Flora.
"Semua detail pasal kek ada dalam studio, look at the whiteboard, ok?" Nerina
sempat berpesan.
"Baiklah." Flora mengangguk.

Stephen mempelawa Nerina untuk masuk ke dalam kereta bahagian penumpang belakang
diikuti dengan dirinya. Pemandu membawa mereka menyusuri jalan raya malam menuju ke
tempat yang dijanjikan. Sepanjang perjalanan, Stephen menggenggam erat jari-jemari
Nerina.

"You look so beautiful." Bisik Stephen.


"Really?"
"Yes. I love you."

Stephen mengucup dahi Nerina. Nerina menikmati layanan romantis Stephen yang amat
membahagiakan dirinya. Sesampainya di destinasi, Nerina terkedu melihat bangunan
hotel 5 bintang dihadapannya. Stephen membawa Nerina untuk melangkah bersama.

"Get ready, ok?" Stephen mengucup lembut pipi Nerina.


"What do you mean?" Nerina mulai merasa gementar.

Tak lama kemudian mereka tiba di bahagian restoran bertaraf 5 bintang Grand Dorset
Hotel. Kedatangan mereka disambut mesra oleh seorang wanita dan jejaka. Nerina
terkejut.

"Oh my God, Nerina! You look so different! Patutlah Stephen boleh gila bayang!"
"Atilia..."
"Yes. Jangan terkejut sangat. I ni adik sepupu Stephen. Come, have a sit. Dah lama
I tunggu moment ni. Stephen lambat sangat bertindak."
"Macam tak kenal Tuan Stephen," seloroh Mark. Stephen menjeling.

Pada mulanya Nerina berasa kekok namun lama kelamaan layanan Atilia dan Mark
membuatkan dirinya berasa amat selesa bergaul dengan mereka. Ternyata mereka
bukanlah sombong seperti sangkaannya. Atilia punya sifat merendah diri dan mesra
membuatkan mereka mudah menjadi kawan begitu juga dengan Mark.

"You know, Rina. Stephen masa kecil, nakal sangat-sangat. I still remember dia
datang ke rumah, dia pecahkan pasu my mom and he been scolded by his mom and dad.
Lepastu tak serik lagi. Dia naik tingkat atas dan jatuhkan buku-buku dari rak.
Lagilah dia kena marah." Atilia ketawa.
"Dia memberontak agaknya," kata Nerina.
"I guess so. Nasib juga dia membesar dengam baik dan tak nakal lagi." Atilia ketawa
diikuti dengan Mark. Stephen tersenyum.
"Sayang, you tau tak, Atilia pernah ikut prom night, dress dia hilang." Stephen
memulakan bicara.
"Macam mana boleh hilang?" Soal Nerina.
"Stephen yang sembunyikan." Atilia merenung Stephen.
"What?! Why?!" Nerina mulai teruja ingin tahu.
"Sebab I tak suka budak lelaki yang ajak dia ke prom night."
"What?!"
"He scold me. Budak lelaki tu datang jemput, dia tumbuk. Tapi I patut ucap terima
kasih pada dia malam itu sebab selamatkan I dari lelaki tu." Atilia ketawa.
"From that day, I janji dengan diri I, I akan jaga Atilia macam adik I sendiri.
Kami dah tiada sesiapa lagi..." Belum pun sempat Stephen berkata-kata, Atilia
mencelah.
"Kecuali Mama Eren." Atilia kembali merenung Stephen.
"Mama Eren?" Soal Mark.
"Yes, Mama Eren." Atilia menjawab sambil meneguk perlahan wain merahnya.
"Siapa Mama Eren?" Soal Nerina kehairanan.
"Shes my stepmom," jawab Stephen.

Nada suara Stephen mulai berubah. Ada sesuatu yang tak kena. Nerina merenung anak
mata Stephen. Jejaka itu cuba menyembunyikan sesuatu. Nerina menggenggam erat
tangan Stephen. Ada getaran dalam diri jejaka itu.

"Oh, guys. Malam masih muda. Jom tengok movie." Mark menukar topik perbualan.
"Mana ada panggung wayang!" Atilia mencelah.
"Come on! Online streaming kan ada. My place or your place, Stephen?" Mark menunggu
jawapan Stephen. Stephen hanya mendiamkan diri.
"Stephen..." Nerina memanggilnya lembut. Stephen terkejut.
"Yes, ya, ya my place. Jom." Stephen bangkit berdiri. Dia terkejut bila Nerina
menyentuh wajahnya dan merenung anak matanya.
"You ok?" Soal Nerina.
"I'm ok, sayang." Stephen tersenyum lalu mengucup dahi Nerina.
"Your eyes, tell me everything." Nerina membelai wajah Stephen. Jejaka itu tunduk.
"Tiada apa-apa, Nerina. Jom kita gerak."

Nerina mengangguk namun dia tahu ada sesuatu yang jejaka itu sembunyikan darinya.
Dia tidak mahu rahsia dan keraguan itu akan mengganggu mekarnya bunga cinta mereka.
Stephen merangkul erat pinggang Nerina dan melangkah beriringan dengan wanita itu
menuju ke kereta.
BAB 25

STEPHEN mencapai tangan Nerina dan membawa wanita itu dalam pelukannya. Mereka
menonton tayangan filem bersama. Kelihatan Mark sudah tertidur akibat keletihan.
Atilia menggeleng.

"Dia yang ajak, dia yang tumbang dulu." Atilia mengomel sambil mengunyah kekacang
yang dihidangkan Stephen.
"Penatlah tu. Banyak kerja di office." Stephen tersenyum.
"Hurmm... abang, adik gerak dululah. Kasihan pulak tengok Mark tu. Nanti adik drive
hantar dia balik."
"You sure? Kalau tak abang hantarkan."
"Ya, tak apa. Abang rehatlah dengan Nerina."

Atilia bangkit dan membangunkan Mark. Jejaka itu langsung tak terbangun. Atilia
mendengus geram. Stephen ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Mark, bangun. Kita balik." Atilia menggoncang bahu jejaka itu.


"Hurrmm... Atilia, I love you baby." Mark mulai mengomel. Matanya masih tertutup.
"Mark, wake up!"
"Baby, I want you tonight. Come here baby."
"Mark, stop."

Stephen ketawa melihat Mark yang mengigau sambil mencapai Atilia supaya baring
bersamanya. Nerina menekup mulut menahan tawanya. Atilia mendengus geram lalu
bertindak menindih jejaka itu.

"Say it again," bisik Atilia.


"Baby... baby."
"Bangun! Balik!"

Mark terkejut dan menyeringai kesakitan bila terasa bahagian bawah tubuhnya seperti
ditindih sesuatu. Dia membuka mata dan melihat Atilia sedang duduk di atasnya
dengan renungan tajam. Stephen dan Nerina ketawa melihat telatah mereka.

"What are you doing? Get off me." Mark cuba untuk bangun namun tak berhasil. Atilia
tidak mahu berganjak.
"Mengigau lagi. Cakap lagi benda bukan-bukan."
"What? Baby, please. Turun. Ok, fine. I'm sorry." Mark cuba memujuk Atilia.

Atilia senyum sinis sambil perlahan-lahan menuruni tubuh Mark. Jejaka itu
melepaskan nafas lega.

"Cakap lagi benda bukan-bukan," seloroh Stephen.

Mark tersengih. Perlahan dia bangkit dan membetulkan bajunya. Tak lama selepas itu,
mereka berdua meminta diri untuk pulang. Stephen dan Nerina menghantar mereka ke
muka pintu.

"Hati-hati drive," kata Stephen sambil membalas kucupan pipi Atilia.


"I will. Thank you. Nerina, nanti kita jumpa lagi ya. Ada masa kita lunch ke dinner
ke sama-sama." Atilia memeluk Nerina.
"Boleh, Atilia. Just call me." Nerina membalas pelukan Atilia.
Nerina melambai pada Atilia dan Mark yang berlalu pergi. Senang rasa dalam hati
mereka berdua menerima kehadirannya sebagai suri di hati Stephen. Nerina
mengalihkan pandangan Stephen. Jejaka itu hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang
terbuku dalam dadanya.

"Stephen." Lembut Nerina memanggilnya.


"Yes?"
"You ok?"
"Ok, why?"
"No, you're not ok. Your eyes..."
"Nerina, theres nothing to worry about. Come here."

Stephen mencapai tangan Nerina untuk duduk disebelahnya. Nerina menurut. Senyuman
jejaka itu jauh berbeza dari sebelumnya. Nerina memeluk Stephen erat. Jejaka itu
terkejut.

"Tak apa kalau you tak mahu ceritakan hari ini. Once you ready, I will always be by
your side."

Stephen terkedu. Dia membelai belakang tubuh Nerina dan memejamkan mata. Wanita itu
mampu membaca jiwanya yang sedang bercelaru. Stephen menahan sebak dalam dada.

"Your eyes, I know you're not ok."

Nerina meleraikan pelukan perlahan. Dia mengucup kedua belah kelopak mata Stephen
yang tertutup. Jejaka itu tunduk menahan rasa. Tubuhnya bergetar. Nerina membelai
kedua belah wajahnya, mengucup dahi Stephen.

"I'm here for you. Always."

Nerina menarik Stephen dalam pelukannya. Nerina terkedu bila jejaka itu mula
menangis. Nerina mengusap kepala Stephen, berusaha memujuknya.

"Hey, baby. Its ok, ssshh, its ok. I'm sorry sebab push you." Nerina mengucup bibir
Stephen.
"I'm sorry." Getaran suara Stephen membuatkan Nerina tersentap.
"Ok, tak apa."
"I nak rehat. Please."

Stephen bangkit berdiri dan menuju ke tingkat atas. Nerina terkedu. Hatinya serba
salah mahu mengekori ataupun tidak.

"I called Shah to pick you up. I want you to leave. See you tomorrow."

Nerina terkedu mendengar kata-kata terakhir Stephen. Dia langsung tidak berpaling
padanya. Nerina menahan sebak dalam dada melihat perubahan sikap Stephen. Tak lama
kemudian Nerina didatangi seorang jejaka yang merupakan pembantu peribadi Stephen.
Nerina hanya menurut sahaja.

Sebelum berlalu, Nerina sempat berpaling dan berharap Stephen ada di sana namun
hampa. Kosong. Nerina menyeka airmata yang mulai menitis di pipi. Dia memboloskan
diri ke dalam kereta yang dipandu Shah untuk menghantarnya pulang.

"Miss, you ok?" Soal Shah.


"Saya ok, thank you." Nerina senyum dalam tangisan.
"Nah, tisu."
"Thank you, Shah."
"My pleasure, miss."
Nerina menyeka airmatanya yang semakin deras mengalir. Dia cuba menahan sebak dan
sendu dalam dada. Sakit rasanya diperlakukan seperti itu.

Stephen berdiri di balkoni tingkat atas rumahnya. Melihat Nerina berlalu pergi,
hatinya berdenyut kesakitan. Ada sesuatu yang terbuku dalam dada dan membuatkan
dirinya tak mampu berkata-kata. Stephen menghela nafas panjang dan perlahan berlalu
semula ke bilik tidurnya.

Perlahan baju kemeja di buka. Stephen melihat dirinya di dalam cermin. Parut itu
masih jelas kelihatan. Stephen terkedu. Bayangan masa lalu menghantui diri. Stephen
menarik nafas sedalamnya. Airmata mulai menitis. Stephen terduduk dan memeluk
tubuhnya.

Kesamaran cahaya malam memenuhi ruang bilik tidur Stephen. Semuanya tenggelam dalam
putaran masa lalu. Stephen merenung ke luar dan melihat langit. Matanya dipejam.
Deruan angin dinikmati. Terasa amat dingin sekali.

FLORA mengangkat dulang yang berisi roti bakar dan segelas susu badam menuju ke
bilik tidur Nerina. Jam menunjukkan pukul 11 pagi namun Nerina belum juga bangkit
dari tidur.

"Nerina, bangun. Dah pukul 11 ni. Pukul 2 kau nak kena hantar kek lagi." Flora
meletakkan dulang di atas meja sebelah katil Nerina.

Nerina hanya mendiamkan diri. Dia menarik kembali selimutnya. Flora mengeluh. Dia
membuka selimut itu dan membawa Nerina untuk duduk. Gadis itu menurut.

"Kenapa kau ni?" Soal Flora.


"Tiada apa-apa. Penat saja." Nerina berdalih.
"Kau kalau nak tipu aku, tak dapat, kau tau tak? Apa masalah? Apa yang jadi
semalam? Kau gaduh dengan Stephen ke?"
"Flora, aku nak rest."
"Baiklah, kau rest la dulu. Tu ada susu dengan roti. Kau makan ya. Tak apa kalau
nak rest, nanti kek tu aku hantarkan."
"Thank you, babe."
"Sama-sama."

Flora menghela nafas panjang. Tak senang duduk dibuatnya melihat keadaan Nerina
begitu tapi dia juga tidak mahu memaksa rakan baiknya itu. Flora berlalu ke tingkat
bawah.

Nerina menyeka airmata yang menitis hangat ke pipi. Sakit hatinya belum hilang
sejak semalam. Melihat perubahan sikap Stephen betul-betul mengguris perasaan.
Nerina bangkit dan menuju ke balkoni luar rumah. Dia meregangkan tubuh dan menarik
nafas sedalamnya lalu dihembus perlahan. Nerina terkejut saat terasa pinggangnnya
dirangkul dan membuatkan dia terdorong ke belakang.

"Morning, sayang."

Bisikan lembut itu mengisi gegendang telinganya. Satu kucupan lembut dan hangat
hinggap ke lehernya. Pelukan semakin erat. Nerina terkedu.

"You smell so good in the morning."

Nerina mahu meleraikan pelukan itu namun merasakan belaian Stephen yang membuatkan
dirinya terbuai, Nerina membiarkan sahaja. Tak patut rasanya dia terus menerus
memarahi jejaka itu.

"What are doing here? Tak kerja?" Soal Nerina.


"Mark will handle it. I just want to see you."

Nerina memusingkan tubuhnya dan menghadap Stephen. Mereka bertentangan mata. Satu
kucupan hangat singgah di dahi Nerina. Nerina memeluk Stephen erat. Perasaannya
bertukar sebak.

"I'm sorry about last night." Stephen membelai rambut Nerina.


"Its ok. I tak sangka you akan datang pagi ni. I'm so sorry sebab push you last
night. I promise, I takkan tanya lagi." Getaran suara Nerina mulai membelenggu hati
Stephen. Dia mengucup pipi wanita itu.
"Its not your fault. Its mine."
"I'm sorry. I janji takkan buat you marah lagi." Nerina mula menitiskan airmata.
"Hey, sayang. No, no. Bukan macam tu. You tak buat I marah pun. Jangan nangis,
sayang. Please."

Stephen meleraikan pelukan dan menyeka airmata yang mengalir di pipi Nerina.
Perlahan dia mengucup kedua belah kelopak mata wanita itu lalu menuruni tepat ke
bibirnya. Nerina memejamkan mata. Helaan nafas kian terasa. Stephen merangkul tubuh
Nerina dan membisikkan ke telinganya.

"I love you."

Nerina tersenyum. Dia membelai lembut belakang tubuh Stephen.

"I takut akan kehilangan you bila you cakap macam tu malam tadi," kata Nerina.
"No more after this," jawab Stephen.

Nerina tersenyum. Stephen membelai kedua belah wajahnya.

"Get ready." Stephen mengucup pipi Nerina.


"Kenapa?"
"Follow me."
"Where?"
"Surprise. Nanti you akan tahu."
"Stephen, janganlah main surprise macam ni."
"Its my game, I love surprises. Get ready, now."
"Kalau I kata, I tak mahu?" Nerina mencebikkan bibir.
"Well, I akan buka baju you dan mandikan you."

Nerina terkejut. Stephen mengenyitkan mata sambil berlalu masuk ke dalam bilik
tidur semula. Dia mula mencapai tuala mandi dan menghampiri Nerina semula.

"I really want to see what behind this cloth." Stephen berbisik sambil merangkul
pinggang Nerina.
"Stephen, I..."

Nerina memejamkan mata saat terasa tangan Stephen mulai menjalar ke belakang
tubuhnya. Perlahan bajunya diangkat dan Stephen berbisik ke telinganya.

"Go take a bath. I wait for you downstair."

Nerina membuka matanya semula. Renungan nakal Stephen mencuit hatinya. Jejaka itu
berlalu. Sempat dia berpaling pada Nerina dan mengenyitkan mata. Nerina menggeleng
dan ketawa sendiri. Hebat benar jejaka itu bermain dengan perasaannya. Nerina
segera berlalu ke kamar mandi dan membersihkan diri.

Setelah bersiap, Nerina menuruni anak tangga dan melihat ke arah dapur. Flora dan
Stephen sedang berbual bersama gelas wain merah di tangan masing-masing.
"Wine for breakfast?" Soal Nerina.
"Its lunch time, babe."

Flora menjuihkan bibir menunjuk ke arah jam yang berada di dinding. Nerina menepuk
dahi. Jam menunjukkan pukul 1245 tengah hari. Stephen meneguk sehingga habis wain
merahnya dan menghampiri Nerina.

"Flora, I pinjam kawan you for one day."


"Ambillah. Sebulan pun tak apa." Seloroh Flora. Nerina mengerutkan dahi.
"Sampai hati. Aku tak balik-balik nanti baru kau tau."
"Aku tau mana nak cari kau kalau kau tak balik." Flora tersengih.
"Jangan rindu aku sudahlah."
"Hati-hati. Call me kalau ada apa-apa."
"Baiklah!"

Stephen ketawa melihat gelagat mereka berdua. Mereka berlalu dan menuju ke
destinasi yang dituju. Nerina terkejut bila Stephen membawanya ke jeti.

"Where are we going?" Soal Nerina.

Stephen hanya mendiamkan diri. Dia menggenggam erat jari-jemari Nerina dan mengucup
perlahan.

"Lets take a day off from this island. Kapal Benetti Diamonds Are Forever rindu
you, sayang."

Nerina tersenyum. Dia melentokkan kepala ke bahu Stephen. Stephen mengucup dahinya
lembut. Tak lama selepas itu kelihatan John menyambut kedatangan mereka.

"Welcome back, Sir and Miss Nerina."


"Bukan miss. Nerina saja."
"I'm sorry, Nerina."
"Its ok, John. How are you?"
"I'm fine. Benetti are ready. Shall we?" Pelawa John.

Stephen mengangguk. Nerina tersenyum. Mereka memasuki ruang dek kapal dan memulakan
pelayaran. Stephen membawa Nerina ke dek atas dan menikmati makan tengah hari
bersama.

"And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry
The tears of joy for all the pleasure and the certainty.
That we're surrounded by the comfort and protection of
The highest power, in lonely hours, the tears devour you

I want to stand with you on a mountain,


I want to bathe with you in the sea.
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me

Oh can you see it baby?


You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right before you.
All that you need will surely come..."

Iringan nyanyian Savage Garden berjudul Madly Deeply mendayu syahdu bersama memori
indah yang dilakar Stephen dan Nerina. Stephen merangkul tubuh itu seeratnya dan
tak mahu melepaskan. Haruman tubuh Nerina menusuk jauh ke dalam benak. Nafasnya
turun naik. Nerina yang menyedari tona nafas Stephen yang berubah, merenung anak
mata jejaka itu sedalamnya.

"I wish I can resist but I can't." Stephen membenamkan wajahnya ke leher Nerina.
"Stephen." Nerina membelai kepala Stephen.
"Nerina."

Nerina memejamkan mata. Kucupan Stephen semakin menjalar jauh. Mereka tenggelam
bersama deruan ombak laut dan angin yang membelai seluruh tubuh. Nerina terbuai
dalam romantisnya lakaran memori Stephen yang membuat diri semakin hilang arah.

"I love you, Nerina." Bisikan hangat itu memenuhi segenap pelusuk hati.
"I love you too, Stephen."

BAB 26

KEDINGINAN menusuk seluruh tubuh. Kelihatan seorang wanita dengan jaket baldu tebal
berjalan perlahan memasuki kawasan rumahnya. Dia disambut oleh seorang lagi wanita
dalam lingkungan usia 50an.

"Morning, Madam Leah."


"Good morning, Kate."
"Hows your morning walk?"
"Good. You should join me next time."
"I'm too old for that." Wanita separuh abad itu ketawa kecil.
"Its good for your blood circulation."
"A tea?"
"Thank you, Kate."

Madam Leah melangkah masuk ke bahagian ruang tamu rumah. Jaket perlahan dilepaskan.
Dia menghela nafas panjang. Lega rasanya dapat merasakan kehangatan dalam rumah.
Madam Leah memeriksa komputer ribanya. Senyuman terukir saat menerima e-mail dari
jejaka kesayangannya.

"Benetti missing you." - S.H

Madam Leah membalas e-mail itu sambil tersenyum.

"Benetti saja? How about you?"

Tak lama kemudian e-mail dibalas.

"I miss you too. Bila nak balik?"


"Soon. I see you very soon."
"Thats great! I can't wait!"
"I will update later. See you."
"Yes!"

Madam Leah menggeleng sambil tersenyum. Kelihatan Kate menghampiri bersama secawan
teh hangat.

"Senyum saja dari tadi. Mesti terima email dari orang special." Kate mengusik
majikannya itu.
"Saya rindu Malaysia, Kate. Dah lama sangat saya di bumi England."
"Baliklah. Anak muda itu pasti sangat merindui kamu."
"Baru sahaja kami berbalas email. Kalau saya balik macam mana dengan urusan di
sini?"
"PA kamu ada, bukan?"
"Berat hati saya Kate nak tinggalkan nursing home tu. Tak senang hati saya."
"Jangan macam tu. Bila rindu, baliklah."

Madam Leah tersenyum lalu mengangguk. Kerinduan pada tanah air menebal dalam dada.
Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Namun, dia perlu menyelesaikan beberapa
perkara di England sebeluk bertolak balik ke Malaysia dalam masa terdekat.

STEPHEN memutar pen saat menerima perkhabaran dari Mark. Nafasnya turun naik. Mata
rakan baiknya itu ditenung dalam. Atilia hanya berpeluk tubuh sambil memerhatikan
mereka berdua.

"Apa kita nak buat sekarang?" Soal Mark.


"Give Stephen some time, Mark." Atilia memberi cadangan.

Stephen bangkit berdiri lalu melepaskan keluhan maha berat. Dia mengurut dahinya.
Fail di atas meja di ambil dan dibelek satu persatu.

"Aku dah agak semua ini akan terjadi bila aku putuskan hubungan dengan Gina."

Stephen menarik keluar laporan bursa saham dan mengoyakkannya. Dia menghempas fail
ke atas meja membuatkan Mark dan Atilia terkejut. Atilia menghampiri Stephen namun
Mark menghalangnya. Atilia faham. Itu tanda agar mereka berikan Stephen sedikit
ruang untuk berfikir.

"Sekali lagi, kita akan diduga." Stephen mendengus geram.


"Apa kita nak buat? Semua pekerja yang tinggal adalah pekerja yang memang
berkaliber dan ikut standard. Takkan kau nak buang orang lagi?" Mark mula bersuara.
"Siapa kata aku akan buang pekerja? Semua akan stay."
"Dah tu macam mana kau nak cover semua kemerosotan ni?"
"Mama Eren." Atilia bersuara.

Stephen mengalihkan pandangan pada Atilia. Stephen melangkah menghampiri adik


sepupunya itu.

"Jangan sebut nama tu lagi!" Bergema satu ruang pejabat dengan suara Stephen.
Atilia tersentap.
"Stephen!" Mark menarik Stephen. Sakit hatinya melihat jejaka itu meninggikan suara
pada Atilia.
Mark pantas memeluk Atilia yang mulai menangis kerana terkejut.
"Tak akan sekali pun aku akan merayu dan meminta pertolongan dari perempuan tu!"
"Sampai bila abang nak buang Mama Eren?!"
"Cukup, Atilia! Cukup! Kau tak tahu apa dia dah buat pada abang masa abang tinggal
dengan dia!"
"Dia dah sedar. Dia dah insaf sejak papa meninggal, abang!" Atilia meraung dalam
tangisan.

Stephen menghampiri Atilia dan menarik wanita itu dari pelukan Mark. Dia memeluk
Atilia erat. Adik sepupunya itu menangis semahunya.

"Maafkan abang." Stephen memujuk sambil membelai lembut rambut Atilia. Atilia
membalas pelukan Stephen. Mark menghampiri mereka berdua dan merenung Stephen.

"Kalau itu saja jalan yang kita ada, kita terpaksa, Stephen. Demi kebaikan dan
kebajikan staff kau." Mark memegang bahu Stephen.

Atilia mengangkat wajahnya dan merenung Stephen. Jejaka itu hanya mendiamkan diri.
Dalam hatinya berharap agar Stephen dapat membukakan hatinya memaafkan Mama Eren.
Wanita itu banyak berubah selepas mereka kehilangan Papa Samuel iaitu ayah kandung
kepada Stephen.

"I will discuss with her." Stephen akur.


"Thank you, abang." Atilia tersenyum. Dia kembali ke dalam dakapan Mark.
"Come on, sebelum ni kita pernah jatuh lebih teruk. Kali ini, kita bangkit berjuang
semula." Mark menepuk-nepuk bahu Stephen.
"Tak nak kenalkan Nerina pada Mama Eren?" Soal Atilia.

Stephen terkedu. Dia langsung tidak pernah terfikir akan hal itu.

"Apa salahnya, Stephen. Biar Nerina tahu siapa keluarga kau." Mark menyuarakan
pendapat.
"I will think about that." Stephen kembali duduk ke kerusi putarnya dan menyandar
sambil mengurut dahinya.

Pandangan dialihkan pada gambar seorang wanita di atas mejanya. Atilia yang
menangkap pergerakan itu melangkah perlahan ke arah Stephen.

"Dia masih merajuk?" Soal Atilia.


"I think so. She will return to Malaysia soon."
"Thats great." Atilia tersenyum.

NERINA terkejut saat menerima panggilan telefon dari Stephen dan menyuruhnya untuk
bersiap. Flora menggeleng saat melihat rakan baiknya itu kelam kabut bersiap.

"Slowly, babe. Kelam kabut nak buat apa. Dia tunggu juga tu." Flora bersuara sambil
menghisap lolipop yang dipegangnya.
"Aku paling tak suka cara dia yang suka hati saja mengarah dan planning last
minute. Nasib baik aku tak ada apa-apa order untuk disiapkan." Nerina mengomel
sambil menyarung kemeja T berwarna hitamnya.
"Kau ni kenalah faham. Dia tu pengarah syarikat. Tak selalu ada masa."
"Jadi aku ni apa?"
"Kau girlfriend dialah. Siapa lagi."
"Aku pun ada komitmen juga."
"Alar relaks lah. Benda boleh bincang."

Nerina mengerling sambil menyikat rambutnya yang panjang dan ikal. Flora bangkit
dari hujung katil Nerina dan melangkah menghampiri sahabat baiknya itu.

"Dari single sampailah ada boyfriend. Tak pandai nak ubah dressing kau kan.
Pakailah blouse ke apa ke. Kau tu girlfriend pengarah syarikat." Flora mengomel.

Nerina terkedu. Dia melihat dirinya di dalam cermin. Dia menarik hujung kemeja T
sambil mencebikkan bibir. Pandangan dialihkan pada Flora.

"Yang penting aku cantik!" Nerina menjulurkan lidah pada Flora.


"Tolonglah!" Flora mencubit lengan Nerina.

Mereka ketawa bersama sambil berpelukan bahu. Mereka melihat ke dalam cermin. Flora
membelai lengan Nerina.

"Aku tak minta banyak dari kau. Aku nak kau jaga diri sebaiknya." Flora melentokkan
kepala ke bahu Nerina.
"Aku sayang kau, Flora. Macam kakak aku sendiri. Kita dah lama rapat. Kau ada bila
aku susah dan senang." Nerina mengucup ubun kepala Flora.
"Aku senang hati tengok kau macam ni sekarang. Rindu senyuman manis tu dah terubat.
Senyuman orang dilamun cinta. I'm happy for you, babe!" Flora memeluk erat pinggang
Nerina.

Mereka berpelukan. Tanpa sengaja, airmata membasahi pipi Flora. Nerina terkedu. Dia
menyeka airmata itu. Flora kembali senyum. Mereka ketawa bersama sambil melangkah
menuruni anak tangga ke ruang tamu. Tak lama kemudian loceng pintu rumah berbunyi.
Flora segera mendapatkannya. Kelihatan seorang jejaka dengan tubuh tegap, berkaca
hitam dan memakai sut formal berdiri di muka pintu.

"Miss Nerina, Tuan Stephen menunggu di jeti."

Flora menelan air liur. Melihat tag nama yang ada pada sut jejaka itu. Mario. Flora
merenung jejaka itu. Rasa kagum dan seakan terpesona. Mario yang hairan melihat
respon wanita itu menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Miss Nerina mana?" Soal Mario.


"Ada... ada kat dalam." Tergagap-gagap Flora menjawab pertanyaan jejaka itu.
"Baik, saya tunggu."
"Masuklah dulu tunggu di dalam." Flora mempelawanya untuk masuk.
"Tak apa. Itu akan melanggar etika kerja saya. Saya tunggu di luar sahaja."
"Robot ke manusia ni." Flora mengomel.
"Pardon?" Soal Mario.
"Tak ada apa-apa. Suka hati kau lah nak tercegat lama-lama sini pun takpa. Biar kau
cramp kaki. Aku ajak masuk boleh juga kau minum secawan dua kopi. Rezeki jangan
ditolak." Flora mengerling.
"Tak apa, puan. Saya dah minum tadi."
"Puan?! Eh, hello. Miss, ok. Aku belum kahwin!" Flora menggetus geram.
"Oh... maaf. Saya sangka sudah berkahwin. Rupa sangat matang."
"Amboi! Robot hidup ni banyak cakap pula!"
"Puan bawa saya bercakap, saya balas. Nanti puan bercakap sendiri, lain pula
jadinya. Maaf, bukan puan. Miss."
"Kau memang nak cari pasal dengan aku ya. Siapa nama kau? Oh... Mario. Super Mario!
Mario, Mario-an!" Flora mencebikkan bibir.
"Ya, saya Mario. Bukan Mario, Mario-an. Itu Maria, Mariana, miss."

Flora mendengus geram. Sakit hatinya berhadapan dengan robot hidup itu. Baru sahaja
dia terpesona dengan ketampanan jejaka itu tapi firasat itu termati begitu. Boleh
tahan juga mulut Mario, robot hidup itu.

"Apa bising-bising ni?" Muncul Nerina bersama beg silangnya.


"Ni robot hidup ni!" Flora menjuihkan bibir ke arah Mario yang berdiri teecegat
keras.
"Kenapa dengan Mario?" Nerina kehairanan.
"Tak ada apa. Robot!" Flora menjulurkan lidah lalu berlalu masuk ke dalam semula.
"Mario, kenapa? Maaflah. Kawan saya tu memang macam tu mulutnya."
"Tak ada masalah apa-apa, Miss Nerina. Unstable mental."

Nerina ketawa bila mendengar kata-kata Mario. Mario tersenyum. Tak lama kemudian
Flora tiba dengan wajah mencuka.

"Apa kau cakap?!" Flora membentak.


"Mario, jom cepat! Nanti kita kena tembak! Cepat-cepat!" Nerina merangkul lengan
Mario dan mempercepatkan langkah menuju ke kereta.
"Hoi! Kau kata sayang aku! Kau back up robot hidup tu pula ya! Nanti kau! Balik
sini!" Flora melaung kuat.
"Love you!" Nerina yang sudah berada di pintu belakang kereta BMW X6 berwarna hitam
itu melambai ke arah Flora.

Flora mendengus geram. Dia terkedu saat melihat Mario berpaling kearahnya selepas
menutup pintu belakang kereta untuk Nerina. Jejaka itu merenungnya sambil
tersenyum. Satu kenyitan mata menduga segenap hati Flora. Jejaka itu memakai semula
kaca mata hitamnya lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Flora menekup mulut
seakan tak percaya.

"Mario." Flora mengetap bibir lalu tersenyum.

SETIBANYA di jeti, kelihatan Stephen sedang menunggu. Dia menyambut kedatangan


Nerina dengan mengucup lembut dahi wanita itu.

"How are you?" Soal Stephen.


"Baik saja." Nerina tersenyum.
"Jom."
"Kita nak pegi mana?" Soal Nerina.
"You want to know more about me, right? Just follow me."
"Maksud?"
"Kita akan ke bulan."
"What?!" Nerina terkejut.

Stephen tersenyum. Dia mencapai tangan Nerina dan membawa wanita itu masuk ke dek
kapal. Nerina hanya menurut namun dalam hatinya penuh dengan tanda tanya. Pelayaran
pun dimulai. Sepanjang perjalanan, Stephen hanya mendiamkan diri sambil menaip pada
komputer ribanya.

Nerina melepaskan keluhan. Dia tidak mahu menganggu Stephen kerana kelihatan jejaka
itu fokus dengan tugasannya. Namun jauh di sudut hatinya, dia merasa tersisih.
Nerina bangkit dari meja makan itu dan mahu menuju ke bilik tidur.

"Nak ke mana?" Soal Stephen namun matanya tak lepas dari skrin komputer riba.
"Tidur." Nerina menjawab selamba.
"Tidur? Malam tadi tak tidur ke?" Soal Stephen kehairanan.
"Daripada duduk sini sejam lebih macam patung." Nerina berlalu.

Stephen merentap tangan Nerina dan langkah wanita itu terhenti. Stephen menutup
komputer ribanya dan bangkit berdiri. Dia menarik Nerina dalam dakapannya lalu
merangkul erat pinggang wanita itu. Nerina berusaha menolak namun gagal. Rangkulan
Stephen bertambah erat.

"You know I can't stand it because you're mine." Stephen mengucup lembut leher
Nerina.
"What are you, Stephen?" Soal Nerina dalam nada syahdu.
"A man who wants to love you." Stephen bertindak menggigit cuping telinga Nerina.
"No, you're a beast." Nerina membelai lembut kepala Stephen sambil memejamkan
matanya.
"I'm your beast." Bisikan hangat Stephen memenuhi segenap ruang dalam dada Nerina.

Nerina berpaling dan merenung Stephen. Jejaka itu tersenyum. Dia membelai lembut
wajah Nerina.

"I'm sorry. Ada sikit paperwork I kena siapkan." Stephen memberikan penjelasan.
"Jangan buat I macam tunggul."

Stephen menarik Nerina dalam dakapannya lalu mengucup hangat bibir mungil wanita
itu. Nerina terbuai dalam romantisnya layanan jejaka itu. Perlahan kucupan
dilepaskan. Stephen mengangkat Nerina dan mendukung wanita itu menuju ke ruang
tamu. Nerina merangkul erat leher Stephen. Mata mereka bertentangan.

Stephen meletakkan Nerina di atas sofa. Lalu dia bangun namun terhenti bila Nerina
menarik tubuh Stephen lalu mengucup bibirnya. Stephen menolak tangan Nerina dan
menariknya ke bahagian atas. Kucupan dilepaskan. Stephen meleraikan ikatan tali
lehernya dan mengikat tangan Nerina.

"What are you doing?" Soal Nerina.


"I'm your beast, remember?" Stephen tersenyum sinis.
"Stephen." Nerina mengetap bibir saat melihat jejaka itu mula menanggalkan
kemejanya.
"You're mine. Forever." Stephen berbisik lalu mengucup hangat bibir Nerina.

Nerina mengetap bibir saat Stephen mula bertindak jauh. Renungan anak mata jejaka
itu membuatnya hilang arah. Mereka terbuai bersama iringan nyanyian merdu muzik
jazz Annie Lennox berjudul I Put A Spell On You.

"I put a spell on you


Because you're mine

You better stop the things you do


I tell ya I ain't lyin'
I ain't lyin'

You know I can't stand it


You're runnin' around
You know better daddy
I can't stand it 'cause you put me down
Oh no

I put a spell on you


Because you're mine

You know I love you


I love you
I love you
I love you anyhow
And I don't care if you don't want me
I'm yours right now..."

SEORANG wanita lingkungan usia 50an menghirup perlahan air kopi dalam cawannya.
Segala fail kertas kerja dihadapannya telah siap dikemas oleh pembantu.

"Rose."
"Ya, ma'am."
"Macam mana dengan makan malam, dah ready?"
"Sudah, ma'am."
"Better make sure ianya perfect. Saya nak makan malam bersama anak kesayangan
saya."
"Sure, ma'am." Rose mengangguk dan berlalu pergi.

Jam menunjukkan pukul 6 petang bila dia didatangi seorang jejaka dengan sut formal.

"Ma'am mereka dah sampai."


"What do you mean by mereka? His not alone?"
"Yes, ma'am."
"What?!"

Dia bangkit berdiri saat melihat seorang jejaka dengan kemeja putih berjalan
beriringan bersama seorang wanita berkemeja T berwarna hitam.

"Mama..." kata jejaka itu.


"Stephen, my son!"
Madam Eren berjalan pantas menuju ke arah Stephen dan memeluk erat jejaka itu.
Stephen hanya mendiamkan diri. Pelukan dileraikan. Madam Eren mengusap lembut kedua
belah bahu Stephen dan merenung anak mata jejaka itu. Stephen tersenyum. Pandangan
dialihkan pada wanita yang berdiri di sebelah Stephen.

Wajah terujanya berubah serta merta. Dia memandang wanita itu dari atas hingga
bawah.

"Kenalkan, my girlfriend, Nerina Ash." Stephen menggapai bahu Nerina.


"Girlfriend? What happened to Gina?!" Soal Madam Eren dalam nada terkejut.

Stephen terkedu. Nerina tertunduk. Dia mula merasa janggal dengan situasi itu.
Inilah rupanya Mama Eren yang Atilia dan Stephen maksudkan. Wanita elit dan kelas
tinggi.

"Mama. Ini Nerina. Bukan Gina. I rasa I tak perlu jawab soalan itu depan my
girlfriend." Stephen bernada tegas.

Madam Eren tersentap. Entah apa istimewanya sangat wanita itu pada Stephen hingga
jejaka itu perlu menjaga hati dan membelanya. Demi menjaga hubungannya bersama
Stephen, Madam Eren hanya tersenyum.

"Oh... maaf. Mama terlebih excited nampak kamu ada di sini. Maafkan mama ya,
Stephen dan siapa tadi nama dia..."
"Nerina, mama. Nerina Ash." Stephen menekan nada suaranya.
"Maafkan saya, Nerina." Pandangan dialihkan pada Nerina.
"Tak apa, mama."
"Mama?!" Madam Eren terkejut. Berani sungguh wanita itu memanggilnya mama.
"Maafkan saya, Madam." Nerina terkedu.

Stephen yang melihat kesayuan di raut wajah Nerina memeluk erat bahu wanita itu.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia lari namun dia terpaksa. Bayangan wajah para
staff di pejabatnya bermain dalam minda. Apatah lagi harapan Atilia agar dia
berbaik semula dengan Mama Eren. Tak sanggup rasanya dia menghampakan adik
sepupunya itu.

"Oh, tak apa. Eh, apa pula nak tercegat di sini lama-lama. Makan malam dah siap.
Jom, kita dinner."

Madam Eren mempelawa mereka berdua. Pandangan sinisnya tak alih dari menatap
Nerina. Entah apalah yang membuat wanita itu bermimpi mampu mendampingi Stephen.
Dia tetap sukakan Gina. Wanita bekerjaya model itu lincah dan bergaya. Selalu
sahaja dia datang melawat walaupun tidak bersama Stephen. Kiriman bunga, coklat,
manisan dan biskut sering sahaja singgah ke rumah. Ianya semua pemberian dari Gina
untuknya.

'Dahlah pakai T-shirt dan kasut saja. Dia ingat dia siapa boleh berdamping dengan
Stephen.' Madam Eren berbisik dalam hati sambil mengambil tempat untuk duduk.

Makan malam mula dihidangkan oleh pembantu rumah. Kelihatan Rose melangkah masuk ke
ruang makan malam bersama sebiji kek coklat dengan hiasan buah-buahan berasaskan
beri.

"Maafkan mama sebab lewat wish happy birthday." Madam Eren merenung Stephen.
"Thank you but I don't eat chocolate cake."

Madam Eren tersentap dengan kata-kata Stephen. Sifat kasar anak muda itu masih
belum lekang dari dirinya. Madam Eren menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan
perlahan. Dia tersenyum.
"Its ok. Maaf mama tak tahu."
"Banyak yang mama tak tahu."

Sekali lagi Madam Eren tersentap. Dia menyuapkan potongan udang galah ke mulutnya
lalu mengunyah perlahan. Perasaannya ditahan. Pandangan dialihkan pada Nerina yang
terkial-kial memegang garfu dan mahu membuka kulit udang galahnya.

"Oh my dear, bukan macam itu cara pegang garfu. Pity." Madam Eren bernada sinis.

Nerina terdiam. Perlahan dia meletakkan semula garfu dan pisaunya. Stephen yang
melihat perubahan Nerina meletakkan isi udang galah yang siap dipotong ke dalam
pinggan wanita itu.

"Tak apa, I bukakan. You makan, ok. Ini garnish dia. Tuang sini letak sikit bawang
putih lagi sedap." Stephen menuangkan sedikit tartar sos ke dalam pinggan Nerina.

Nerina terkedu. Dia menahan sebak dalam dada. Hampir sahaja airmatanya jatuh namun
melihat kesungguhan Stephen, Nerina kembali senyum.

Madam Eren mengerling. Sakit hatinya melihat kemesraan mereka. Stephen membela dan
mempertahankan wanita itu lebih dari segalanya. Tak pernah dia melihat semua itu
saat Stephen bersama Gina.

Makan malam itu berlangsung dalam suasana tegang. Madam Eren merasa amat jauh dan
tersisih dari Stephen walaupun jejaka itu berada dekat dengannya. Baru sahaja dia
mahu bergembira namun kehadiran Nerina menggugat hatinya.

'Dia ingat dia siapa. Tak apa. Aku tak mahu Stephen benci aku lagi. Aku akan
bertahan.' Madam Eren bermonolog sambil meneguk perlahan wain merahnya. Pandangan
matanya tak lari dari merenung sinis ke arah Nerina.

'Kampungan!' Hatinya menjerit. Mahu sahaja dia menyiram wain merah ke muka wanita
tak tahu malu itu namun demi Stephen dia bertahan.

BAB 27

NERINA tunduk sambil memutar ibu jarinya pada cawan teh yang dipegang. Sudah hampir
sejam dia menunggu di bahagian ruang tamu rumah banglo itu. Nerina mengeluh
perlahan. Dia sendiri tidak menyangka Stephen akan membawanya berjumpa dengan Madam
Eren. Hatinya terguris dengan layanan wanita itu.

Pandangan dialihkan pada pintu ruang pejabat Madam Eren yang tertutup rapat. Nerina
merasa terasing dan tak layak untuk berada di situ. Namun dia perlu bersabar
menunggu Stephen.

"Itu tujuan kamu datang ke mari?" Soal Madam Eren.


"Kalau perlu paperwork, saya ada bawa bersama."

Madam Eren tersenyum sinis. Dia bangkit dan menghampiri Stephen. Bahu jejaka itu
dipegang lalu diurut lembut. Stephen terkedu. Jiwanya bergolak. Memori bermain
umpama sebuah pita rakaman. Stephen memejamkan mata menahan perasaannya.
Stephen bangkit berdiri membuatkan sentuhan wanita itu terlepas daru bahunyam Madam
Eren terkedu. Jejaka itu berpaling dan menghadapnya. Mata mereka bertentangan.

"Saya datang sini dengan harapan mama boleh tolong." Stephen bersuara lantang.
"Of course I will help you. You're my son." Madam Eren mendepakan tangan lalu
memeluk Stephen.

Perlahan Stephen menolak kerana merasa tidak selesa dengan perbuatan itu. Madam
Eren berundur. Hati jejaka itu memang keras sejak dulu. Mulut sahaja memanggilnya
mama namun hati anak muda itu masih tertutup untuknya.

"Sediakan paperwork dan e-mail semua detail. PA mama akan tolong semak. Apa yang
kamu dah buat sampai jadi begini?"

Madam Eren melangkah perlahan kembali ke kerusi putarnya. Pandangannya tak lepas
dari merenung Stephen. Stephen hanya mendiamkan diri.

"How about Gina? What happened? She sent me some flower last week. Dia tiada
bagitau apa-apa pun. Poor that lady." Madam Eren menggeleng.
"Theres nothing happened."
"Kalau begitu siapa perempuan di luar itu? Whats her name again? Ina... Neri..."
"Nerina Ash, mama."
"Ya! Nerina Ash!"
"Shes my girlfriend."
"Stephen, you're young and capable for everything. Why? Why you choose that kind of
lady?"
"Because I love her."
"Love?" Madam Eren tersenyum sinis.
"I don't want to talk about this. Its my personal life. Tiada kaitan dengan
bisnes!"
"Bisnes?! So hubungan kita berdua hanya untuk bisnes?! Mama tak berhak masuk campur
your personal life?! I'm your mother, Stephen Hawks!" Madam Eren bangkit berdiri
dan merenung tajam anak mata jejaka itu.
"You're not my mother! My mother dah lama meninggal dunia dalam tangan you!"

Seluruh ruang bilik pejabat itu bergema dengan suara lantang Stephen. Madam Eren
terkedu. Nafasnya turun naik. Dentuman guruh kedengaran di dada langit. Angin
kencang mulai bertiup lalu hujan lebat turun membasahi bumi.

"How dare you!" Madam Eren melangkah laju ke arah Stephen dan mahu menampar jejaka
itu namun tangannya ditahan.
"Saya datang sini atas sebab 30 peratus dari pemilikan syarikat adalah hasil usaha
dari company arwah papa dan untuk itu saya kena berhadapan dengan wanita yang
pernah mendera emosi dan fizikal saya. Dulu mama menang. Hari ini saya takkan
biarkan walau sedikit sentuhan mama sampai ke tubuh saya lagi." Stephen bernada
tegas sambil merenung tajam anak mata wanita itu.
"Kalau tak disebabkan aku, kau dah mati kebuluran dan jadi pengemis!"

Stephen menghempas tangan Madam Eren. Dia menghela nafas panjang. Sebal hatinya
saat berhadapan dengan wanita itu. Stephen mencapai telefon pintar beserta fail
dari atas meja dan berlalu pergi.

"Stephen!" Madam Eren menjerit namun tak diendahkan. Dia mendengus geram.

Stephen mendapatkan Nerina yang sedang duduk menunggunya. Kelihatan wanita itu
bangkit berdiri saat dia mulai menghampiri. Stephen menarik tangan Nerina dan
membawa wanita itu bersamanya. Pandangan Nerina teralih pada susuk tubuh wanita.
Wanita itu merenungnya. Renungan itu membawa sejuta erti. Renungan penuh kebencian.
Nerina tunduk dan menurut sahaja pergerakan Stephen hingga ke luar rumah.
"Stephen, what happened?" Soal Nerina.
"We talked later."

Nerina tersentap bila Stephen bersuara lantang dan tegas. Kelihatan Mario dan Shah
menghampiri bersama payung dan jaket berwarna hitam. Mereka memboloskan diri ke
dalam kereta.

"Kita nak ke mana tuan?" Soal Mario.


"Fairway Residence." Stephen bersuara sambil menyinsing lengan kemejanya.

Sepanjang perjalanan menuju ke kondominium milik Stephen yang berada di tengah


bandaraya Kota Kinabalu, jejaka itu hanya mendiamkan diri. Nerina menahan
perasaannya yang bercampur. Takut. Risau. Gelisah. Sedih. Dia tak pernah melihat
Stephen dalam keadaan sebegitu.

"Stephen." Nerina bersuara sambil menggapai jari-jemari jejaka itu. Namun tidak
diendahkan. Stephen hanya mendiamkan diri dan merenung ke luar tingkap kereta.

Setibanya di kondominium, Nerina hanya membuntuti langkah Stephen tanpa banyak


soal. Dalam lif, jejaka itu hanya mendiamkan diri. Nerina terkedu. Mereka menuju ke
tingkat 20 bangunan itu. Usai menekan punat nombor pin kondominiumnya, mereka
melangkah masuk.

Stephen menuju ke bilik tidur. Nerina terkedu. Nerina mengambil tempat untuk duduk
di atas sofa ruang tamu.

Sejam berlalu. Stephen tak jua muncul dari bilik tidurnya. Nerina mula khuatir.
Langkah diatur untuk menjengah kekasih hatinya itu. Nerina terkedu saat melihat
Stephen sudah terbaring lena di atas katil. Nerina melepaskan keluhan. Dia berundur
dan melangkah semula ke ruang tamu. Tanpa sedar airmatanya menitis. Jiwanya
dihujani pelbagai persoalan. Tiba-tiba sahaja Stephen berubah sikap. Entah apa
salah dan silapnya.

Dentuman guruh silih berganti bersama dengan hujan yang turun dengan lebatnya.
Nerina menangis. Dia berusaha menahan perasaannya namun gagal. Perlahan dia
membaringkan tubuh di atas sofa. Dia terlelap bersama airmata dan keletihan dari
perjalanan yang panjang siang tadi.

MADAM Eren menghirup perlahan air kopi dalam cawannya sambil menikmati roti mentega
yang dihidangkan pembantu rumahnya. Tiba-tiba terasa lehernya dirangkul belakang.
Satu kucupan hangat hinggap dipipi. Saat dia berpaling, Madam Eren melonjak
kebahagiaan.

"Good morning, mama."


"Gina! Oh my God!"

Gina memeluk erat tubuh wanita separuh usia itu. Sudah agak lama dia tidak datang
melawatnya. Gina mengambil tempat untuk duduk.

"How are you sweetheart?" Soal Madam Eren sambil menggenggam erat jari-jemari Gina.
Kerinduannya terubat.
"I'm fine, mama. Baru nak breakfast?" Soal Gina.
"Ya. Eh, jomlah breakfast sekali." Madam Eren mempelawa Gina.

Perlahan dia menghulurkan pinggan berisi pankek pada Gina. Wanita itu menyambutnya
dengan senyuman. Madam Eren merenung Gina dan melihat ada sesuatu yang tak kena
padanya.
"Gina, are you alright?" Soal Madam Eren.
"I'm fine, mama."
"Gina tipu."

Gina tersentap. Kunyahan diperlahankan. Tangannya melepaskan pisau serta garfu.


Napkin dicapai dan perlahan dia mengelap bibirnya. Airmatanya mulai bergenang.
Madam Eren terkejut. Dia bangkit lalu memeluk erat wanita itu. Esak tangisannya
mulai kedengaran.

"What happened? Why? Tell me, sweetheart." Madam Eren mengusap lembut rambut Gina.
"Mama... I miss him so much, mama."
"Apa yang terjadi sayang?" Soal Madam Eren lalu mengucup dahi wanita itu.
"Kami berpisah. Dia ada yang lain."

Getaran suara Gina menggoyahkan hati Madam Eren. Sekarang dia sudah tahu siapa yang
mulakan masalah terlebih dahulu. Ternyata Stephen lebih memilih wanita kampung itu
daripada Gina yang sudah jatuh bangun bersamanya hampir 5 tahun.

"He... don't love me... anymore, mama! Its hurt!"

Madam Eren memeluk Gina erat saat tangisan wanita itu bertambah kuat. Gina
meleraikan pelukan lalu menampar dan memukul dirinya sendiri. Madam Eren menarik
tangannya dan menarik semula wanita itu dalam dakapannya.

"Sudah sayang! Sudah! Jangan sakitkan diri sendiri! Mama ada sini sayang. Calm
down. Take a deep breath."
"Stephen... mama... Stephen."
"I know, Gina. Calm down, ok?"

Gina meleraikan pelukan. Madam Eren menyeka airmatanya dan mengucup pipi wanita
itu. Gina terlalu baik untuknya. Sepanjang 5 tahun dia bersama Stephen, wanita itu
lebih rapat dengan dirinya berbanding Stephen sendiri. Gina juga yang sering
membawanya melancong dan membeli-belah.

"Its ok, sayang. Jangan macam ni. Muka buruk kalau nangis macam ni. Tak lawa dah
anak mama. Ni tengok ni. Lipstick dah comot."

Gina tersenyum dalam tangisan. Madam Eren melayannya seperti anak kandungnya
sendiri.

"Gina pergi bersihkan muka, touch up make up sikit. Lepastu kita pergi shopping,
ok?" Madam Eren berusaha memujuknya.
"Thank you mama sebab sayangkan Gina macam anak mama sendiri."
"My pleasure. Anak mama ni lawa, bergaya, top model, bijak lagi. My bestfriend bila
window shopping dan melancong. Mestilah mama sayang sebab Gina tahu apa yang mama
suka, bila mama sakit, Gina sanggup fly ke sini jumpa dan jaga mama."
"Gina buat semua tu sebab Gina perlukan kasih sayang mama. Mama sajalah tempat Gina
bermanja."
"Dah. Pergi bersiap. Kita pegi shopping."
"Baiklah, mama. Gina pegi cuci muka dan touch up make up dulu ya."
"Boleh sayang."

Gina mengucup lembut pipi wanita itu dan berlalu ke tingkat atas. Madam Eren
melepaskan keluhan. Sakit hatinya melihat keadaan Gina. Sampai hati Stephen buat
Gina merana.

NERINA terbangun saat terasa pancaran cahaya matahari pagi mengenai wajahnya.
Nerina bangkit dan duduk perlahan sambil menggosok-gosok matanya. Dalam pandangan
yang masih kabur, Nerina mengalihkan pandangan pada jam yang berada di dinding.
Nerina melompat dari sofa bila melihat jam menunjukkan pukul 11 pagi.

"Alamak mati aku. Lewat dah ni!"

Nerina bergegas menuju ke bilik tidur Stephen. Jejaka itu masih terbaring. Nerina
mengurut dada lega. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, kedengaran suara
Stephen mengerang. Nerina kembali berpaling.

"Mama. Mama. Jangan tinggalkan Stephen. Mama... Stephen sayang mama."

Nerina menekup mulutnya sambil menghampiri Stephen. Tubuh jejaka itu berpeluh-
peluh. Nerina duduk di sisi Stephen dan membelai wajah jejaka itu. Terkejut
sanubarinya bila merasa kehangatan tubuh Stephen. Nerina pantas menarik selimut
yang menutupi tubuh Stephen. Suhu penghawa dingin diturunkan ke 20 darjah celcius.

"Mama. Jangan mama! Mama jangan! Jangan pukul Stephen! Mama sakit! Stephen janji
tak buat lagi! Mama! Sakit!"

Nerina tersentap. Dia membelai wajah Stephen yang berpeluh-peluh. Nerina bangkit
dan mendapatkan tuala kecil dari dalam almari pakaian dan membasahkannya dengan air
sejuk lalu melakukan demahan panas pada Stephen bagi menurunkan suhu badan jejaka
itu.

"Stephen, Nerina sini. You demam ni." Nerina berbisik pada telinga jejaka itu.

Perlahan Nerina bangkit dan mahu melangkah ke ruang tamu mengambil telefon pintar
untuk menghubungi Mario. Langkahnya terhenti bila Stephen bertindak merangkul
pinggangnya membuatkan Nerina terduduk semula di atas katil.

"Don't leave me. Please."

Airmata mulai mengalir dipipi jejaka itu. Nerina terkedu. Perlahan Stephen membuka
matanya. Jejaka itu kelihatan sangat lemah. Dia rebah semula. Nerina terkejut.

"Stephen! Wake up!"

Tiada respon. Nerina meleraikan rangkulan Stephen dan berlari ke ruang tamu dan
menghubungi Mario dengan telefon pintarnya. Tidak lama kemudian loceng pintu
kedengaran. Mario dan Shah tiba di muka pintu.

Mereka memapah Stephen yang lemah dan membawanya ke hospital. Nerina mencapai beg
silangnya dan mengekori mereka. Sepanjang perjalanan menuju hospital, Nerina
merangkul erat Stephen dalam pelukannya. Tubuh jejaka itu terasa amat panas sekali.
Nerina mengucup lembut dahi Stephen dan tanpa sedar airmata Nerina mulai menitis.

Sesampainya di Gleneagles Hospital, Stephen segera dibawa mendapatkan rawatan di


unit kecemasan. Nerina menunggu di ruangan pelawat. Dia berharap tiada apa yang
serius berlaku pada Stephen. Perlahan dia menyeka airmata yang mulai mengalir di
pipi.

Setelah hampir sejam menunggu, Nerina terkejut bila melihat sesusuk tubuh yang
dikenali menghampiri dirinya. Nerina pantas bangkit berdiri. Wajah wanita itu masam
mencuka merenungnya dengan pamdagan sinis.

"Mana Stephen?" Soalnya.


"Masih di dalam, madam."
"Apa yang jadi?" Suara itu semakin lantang.
"Dia... demam. Pengsan." Terketar-ketar suara Nerina menjawab pertanyaannya.
Tak lama kemudian muncul pula seorang wanita tinggi lampai dengan rambut panjang
ikal mayang. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya dan merenung tajam Nerina.

"Mama, mana Stephen?"


"His inside. Masih dapatkan rawatan."
"Thank God. How could this happened? What did you do?!"

Suara lantang menggegarkan ruangan menunggu itu. Nerina terkedu. Wajah wanita itu
ditatap. Tak asing lagi baginya. Itulah Gina.

"Entah apa perempuan ni buat padanya. Poor Stephen." Madam Eren mengurut dadanya.
"Mama, you ok? Come, lets have a sit." Gina memapah wanita separuh usia itu.

Nerina yang menyaksikan keakraban mereka berdua menarik nafas sedalamnya. Bergetar
rasa seluruh tubuh saat berhadapan dengan mereka. Nerina kembali untuk duduk. Dia
didatangi Mario yang membawa secawan minuman panas.

"Miss, minum kopi sikit. Nanti tiada tenaga."


"Thank you, Mario."
"Shah yang call Madam Eren sebab hospital perlukan waris."

Nerina mengangguk sambil menyambut cawan minuman itu dari tangan Mario. Tak lama
kemudian Gina menghampiri mereka berdua dengan pandangan sinisnya.

"So, you girlfriend baru Stephen?" Soalnya.

Nerina hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu berlawan kata dengan wanita itu. Dia
menghirup perlahan kopi dalam cawan yang diberikan Mario padanya.

"I'm talking to you, lady. Answer me." Suara itu semakin lantang.
"Ya, saya." Nerina menjawab dengan membalas renungan sinis itu.
"Bitch!" Gina menolak cawan air kopi itu ke tubuh Nerina.

Nerina menjerit kepanasan. Mario mahu mencapai tangan Nerina dan mahu membantu
mengelap tumpahan air kopi itu namun Gina terlebih dahulu menarik tangan Nerina
membuatkan wanita itu terkejut.

"Stay away from Stephen!"

Bergema seluruh ruang itu dengan suara Gina. Madam Eren mendapatkannya dan menarik
Gina.

"Gina, biarkan dia. Macam mana kita cakap pun, a whore will always be a whore. Let
her go."

Nerina menitiskan airmata saat mendengar ungkapan yang keluar dari mulut wanita
itu. Seluruh tubuhnya mulai bergegar menahan perasaan sebak.

"No, mama! Dia rampas Stephen dari Gina. Dia ini dalam diam memang berniat mahu
mendekati Stephen! Shes my neighbour. Dia dah lama perhatikan kami berdua. Shes a
just a poor lady who wants a rich man to feed her!"
"What?!" Nerina bersuara lantang membuatkan Gina terkejut.
"Kalau dia ada maruah, dia akan pergi dari sini. Stephen tak perlukan perempuan
macam dia. Dah Gina. Tak perlu buang masa cakap dengan dia. Entah dia faham atau
tak apa yang Gina katakan. Kadang perempuan murahan ini kita kena cakap terang
sikit baru dia akan faham. Well, not so educated lady."

Renungan Madam Eren membuatkan Nerina semakin sebak dan airmatanya deras mengalir.
Perlahan Nerina bangkit dan mahu berlalu. Tak lama kemudian seorang doktor
mendapatkan mereka. Nerina berpaling dan mencuri dengar apa yang doktor ingin
sampaikan.

"Buat masa sekarang kami diagnos dia sebagai viral fever. Suhunya sangat tinggi.
Mujur saja dia cepat dibawa ke sini. Kalau tak dia boleh mengalami epilepsy."

Kelihatan Madam Eren mengurut dadanya. Gina memeluk wanita separuh usia itu.
Renungannya tak lepas dari memandang Nerina. Nerina menyeka airmata di pipi. Dia
tak mampu melakukan apa-apa. Langkahnya terhenti bila kedengaran suara wanita
separuh usia itu.

"Stay away from my son."

Ungkapan singkat namun bermakna itu mengguris hati Nerina. Nerina mempercepatkan
langkahnya sambil menekup mulut. Airmata mengalir tanpa henti.

Setibanya di bahagian letak kereta, Nerina terduduk dan meraung semahu hatinya.
Sakit dalam dada diluahkan dalam tangisan. Kata-kata sinis mereka bermain dalam
akalnya. Nerina menggeleng dan merentap rambutnya. Hati cukup terguris dengan kata-
kata nista mereka.

Perlahan Nerina bangkit dan meninggalkan kawasan hospital itu. Walau berat terasa
dalam hatinya, dia lakukan juga. Nerina menyeka airmatanya.

BAB 28

KERINDUAN yang selama ini terbuku akhirnya hampir terubat. Madam Leah melangkah ke
bahagian pemeriksaan imigresen KLIA. Di sekelilingnya dipenuhi dengan wajah Asia
dan Madam Leah tersenyum bahagia.

Sebentar sahaja lagi dia akan menaiki penerbangan ke Labuan. Wajah jejaka yang
dirinduinya bermain dalam minda. Madam Leah tersenyum. Sengaja dia tidak
mengabarkan kedatangannya kerana mahu memberi kejutan.

NERINA menyeka airmatanya yang mengalir. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke
Labuan dan menaiki bas ekspress menuju ke Menumbok. Sepanjang perjalanan menuju ke
Terminal Feri Kenderaan Menumbok, fikirannya melayang mengenangkan Stephen. Wajah
jejaka itu bermain dalam minda.

'Tiada apa yang mampu aku lakukan andai begini realiti yang harus aku telan.'
Nerina bermonolog dalam hati. Nerina menyeka airmata yang semakin hangat mengalir.

GINA mengambil tempat untuk duduk di sisi katil tempat pembaringan Stephen. Jejaka
itu masih belum sedarkan diri. Gina melepaskan keluhan. Melihat wajah Stephen yang
pucat lesi, Gina menahan sebak dalam dada.

"Gina."

Gina mengalihkan pandangan pada suara yang menegurnya. Kelihatan Madam Eren
menghampiri. Dia mengambil tempat untuk duduk di sebelah Gina. Mereka berpelukan.
Madam Eren membelai lembut belakang tubuh Gina.

"Sabar ya sayang." Lembut suara Madam Eren memujuknya.


"Mama pun kena banyak bersabar juga ya. Thank you mama sebab selalu sabarkan Gina."
"Sama-sama Gina. Mama dah anggap Gina macam anak sendiri. Kita sama-sama kena kuat
untuk Stephen. Tak sangka jadi macam ni. Apalah nasib dia ni. Dah dua kali company
jatuh. Mama nak sangat tolong dia tapi kalau dia tak mahu tolong diri sendiri, mama
tak boleh paksa. Apalagi bila dia dengan perempuan kampung yang tak tahu apa-apa
tu. Bukan perempuan tu boleh bantu dia. Mama tak suka perempuan macam tu. Perempuan
yang akan berakhir macam arwah mama Stephen. Hanya mengharapkan duit lelaki dan tak
mahu berusaha!"
"Maksud mama?!" Gina terkedu. Dia terkejut mendengar khabar itu.
"Company dalam keadaan tak baik buat masa sekarang. Dia datang jumpa mama bawa
perempuan tu. Dia minta bantuan mama. Mama nak tolong tapi dah Stephen sendiri
reject mama."
"Teruk sangat ke mama company Stephen sekarang? Ada apa-apa Gina boleh bantu?"
"Kalau ikut report yang dia bawa dan beri pada mama, jatuh teruk dari sebelum ni.
Stephen perlukan lebih banyak pelabur luar. Mama suka semangat Gina. Gina ni bijak,
berani dan cantik lagi tu. Terima kasih sayang, nanti kita akan usahakan untuk
bantu Stephen."
"Kasihan Stephen. Gina dah banyak bantu dia mama. Sampai negara jiran pun mahu
bekerjasama. Ini semua salah perempuan tu. Kalau bukan sebab dia, takkan jadi macam
ni!" Gina mendengus geram bila teringatkan wajah Nerina.
"Mama tak suka perempuan tu. Tak sesuai langsung dengan Stephen. Entah apa-apalah
dia tu. Kampungan."
"Don't worry, mama. Gina akan pastikan dia takkan muncul depan kita dan akan
terhapus selamanya dari hidup Stephen."
"Bagus, Gina."

Madam Eren menggenggam erat jari-jemari Gina. Madam Eren terkejut saat melihat
Stephen mula menggerakkan tubuhnya dan membuka mata. Gina bangkit dari tempat
duduknya dan mendapatkan Stephen.

"Stephen. Stephen. Hey, you alright?" Gina membelai kepala Stephen.


"Stephen, mama sini. You dah bangun sayang?" Madam Eren turut menghampiri.

Stephen membuka perlahan matanya. Dia merasa amat pening dan seluruh tubuhnya
terasa berat. Dia bingung bila melihat dinding hospital yang putih dan disebelahnya
ada tiang yang menempatkan botol drip tergantung dan tubing yang disambung ke jarum
di tangannya. Pandangan dialihkan ke kiri. Stephen terkejut melihat kelibat Gina.
Dia mahu bangkit duduk namun gagal bila kepalanya terasa berat dan pening.

"Slowly, Stephen." Gina membantu menyandarkan tubuh jejaka itu.


"Kau buat apa kat sini?" Soal Stephen.
"Don't be too harsh. I'm here because I care about you, Stephen. Nah, minum air
sikit."

Gina menghulurkan gelas air suam kepada Stephen namun jejaka itu hanya mendiamkan
diri. Gina mengeluh lalu meletakkan semula gelas di atas meja.

"Stephen, Gina berniat baik." Madam Eren mencelah.


"Mana Nerina?" Soal Stephen.

Madam Eren dan Gina saling berpandangan. Stephen mengerut dahi kehairanan.

"Wheres my girl?!" Seisi ruang bilik itu bergema dengan suara Stephen.
"Sabar, Stephen. Dengar dulu penjelasan mama. Shes gone. Gina yang jumpa Stephen
terbaring lemah dan demam panas dalam kondo. Nasib baik ada Gina." Madam Eren
memujuk Stephen.
"What?!" Stephen seakan tak percaya.
"Mama call I. Bagitahu yang you datang sini jumpa dia. So I was too excited. I came
to your condo to meet you. Pintu tak tertutup. I hairan. I masuk dan found you
menggigil atas katil. So, I bawalah you ke hospital."
"Betul tu, Stephen. Gina berniat baik. Nasib baik dia yang jumpa kamu."

Gina menyeka airmata yang mulai mengalir ke pipi. Madam Eren memeluk bahunya.

"Sabar sayang. Stephen masih confuse tu." Madam Eren mengucup pipi Gina.

Stephen yang kebingungan terkial-kial mencari telefon pintarnya. Madam Eren


meleraikan pelukan Gina dan mendapatkan Stephen.

"Stop Stephen jangan macam ni." Madam Eren mahu merangkul anaknya itu namun jejaka
itu menolak.
"Wheres my goddamn phone?! I nak call Nerina!"
"Kau tak faham lagi ke?! Perempuan tu tinggalkan kau!" Madam Eren meninggikan
suaranya.

Stephen terkejut. Dia merenung tajam anak mata Madam Eren. Dia tak bodoh untuk
percaya kata-kata perempuan yang menjadi noda hitam dalam hidupnya itu.

"Nerina takkan buat semua tu!" Stephen membentak.


"Dah berapa lama kau kenal dia, huh?! Apa yang kau tahu sangat tentang dia? Kalau
dia betul sayangkan kau, dah lama dia ada di sini dan lagi satu, bukan Nerina yang
hantar kau ke hospital tapi Gina! You get that?!" Madam Eren membalas bentakan
Stephen.

Stephen terdiam. Dia tertunduk. Entah mengapa Nerina sanggup melakukan semua itu
pada dirinya. Wajah wanita itu bermain dalam akalnya. Stephen berusaha menahan
sebak. Terasa bahunya disentuh lembut.

"Sabar, Stephen. I knew how it felt like. Ditinggalkan seseorang yang you sayang
tanpa penjelasan apa-apa. Its hurt." Gina memujuknya.
"Stay away from me, Gina. I need time to figure this out."

Gina terkedu. Perlahan dia melepaskan bahu Stephen dan berlari keluar dari bilik
itu. Gina menangis semahunya.

"Sampai hati kau berkasar dengan perempuan yang tolong kau, Stephen? Mana pergi
hati budi kau? Jangan jadi bodoh dan buta kerana cinta. One day, you will regret
it." Madam Eren berpeluk tubuh dan merenung Stephen.
"Stay away from me." Stephen membalas renungan itu dan bernada tegas.
"Hah! Young man, jangan jadi bodoh. Your company are my company too! Unless kalau
kau bersedia untuk hidup miskin!" Madam Eren bertepuk tangan. Stephen menahan rasa
marahnya.

Madam Eren mengambil tempat duduk di atas katil bersama Stephen. Dia mengucup pipi
anak muda itu.

"Stephen dah besar panjang tapi masih segar dalam ingatan mama siapa Stephen di
usia remaja. Naif. Lemah. Manja. Stephen banyak berubah. Mama tak minta banyak.
Mama mahu Stephen selalu ada dengan mama." Madam Eren merangkul lengan Stephen.
"Walau apapun yang kau buat, kau tak boleh gantikan tempat mak aku. Kau tak ubah
seperti perempuan murahan yang dahagakan harta dan kasih sayang suami orang!"
Stephen bernada lantang.

Madam Eren terkedu. Dia melepaskan rangkulan dan merenung Stephen. Mahu sahaja dia
menampar pipi jejaka itu namun dia cuba bersabar.

"Kau lupa apa kau dah buat pada mak aku?" Stephen merenung anak mata Madam Eren.
"Shut up! Hal itu bukan sengaja!"
"Aku akan ingatkan kau, Erendella. Kau adalah jururawat peribadi yang merawat mama
di rumah. Kau adalah perempuan yang tak tahu malu dan goda papa, James Hawks.
Semakin hari, keadaan mama semakin merosot. Doktor sendiri tak dapat nak sahkan apa
masalah mama. Mungkin kau fikir aku masih mentah masa itu dan tak tahu apa-apa. Aku
nampak semua perbuatan kau. Aku mengadu pada bapa tapi orang tua tak pernah nak
dengar. Kau menutup hatinya untuk mama dan kau goda dia! Kau rampas segalanya! Kau
dera fizikal dan mental aku! Kau kurung aku! Kau ingat semua ini akan selesai? Aku
akan lupakan? No way! Masih segar dalam ingatan kau pukul aku dalam hujan lebat.
Aku tak dapat bangun. Kau berseronok dengan papa pergi bercuti dan tinggalkan aku.
Kau lupa, Erendella?! Kau panggil aku sampah dan berusaha nak bunuh aku sebab kau
tak mahu ada halangan dalam usaha kau merampas harta papa?! Kau ingat aku lupa?! No
way!"
"Shut up Stephen!"

Mata mereka bertentangan. Masih segar dalam ingatan Stephen segala peristiwa pahit
dalam hidupnya. Parut di bahagian bawah perutnya masih jelas kelihatan. Parut
hirisan parang. Mahu sahaja dia lari waktu itu namun pesanan mama masih dia semat
dalam dada.

'Jaga papa ya sayang. Mama dah tak kuat. Papa perlukan Stephen.'

Airmata Stephen mengalir membasahi pipi. Wajah arwah ibunya bermain dalam minda.
Sebak menyelubungi hati. Kini dia berdepan dengan perempuan yang merampas segala
kebahagiaannya.

"Kau kira aku akan lupa semua itu, Erendella?! No way!"


"Apa yang dendam kau mampu buat untuk kau, Stephen?! Sekarang kau dah tiada apa-
apa! Look at yourself, young man! Sejauh mana kau nak bawa ego kau? Kau dah jatuh
miskin! Kau datang pada aku dan merayu meminta bantuan! So sad! Yes, perempuan
murahan ini yang akan membantu naikkan semula reputasi kau!"

Stephen mendengus geram. Dia menahan rasa marahnya. Maruahnya tercalar. Dia
sangkakan wanita itu sudah berubah namun sama sekali tidak.

"Aku sangkakan kau dah berubah. Rupanya masih sama."


"Well, apa boleh buat. Aku juga perlu makan dan minum. Perlu berpura-pura supaya
nampak baik dan tak rosakkan reputasi aku. Kasihan papa. Umurnya tak panjang. Akal
juga tak panjang. Adakah patut dia serahkan semua pada aku? Penat aku nak urusnya.
Nasib baiklah company 'sayur' dan miskin milik kau tu, dia tak turunkan pada aku.
Atas ehsan sahaja kau dapat kapal Benetti tu sebab aku lebih suka travel guna
flight. Kasihan kau Stephen."

Stephen terkedu. Marahnya membara namun dia harus berhadapan dengan dugaan ini.

"Sedar diri kau, Stephen. Tanpa aku, kau takkan dapat sesen pun dari arwah papa."
"Diam! Aku akan pastikan kau jatuh terduduk di atas setiap perbuatan kau,
Erendella!"

Bergema seluruh bilik itu dengan suara Stephen. Madam Eren senyum sinis lalu
mencapai beg tangannya yang berada di atas kerusi dan berlalu pergi. Stephen
memejamkan mata. Kepalanya pusing dan berdenyut. Dia merebahkan tubuhnya semula.

FLORA merenung Nerina dihadapannya. Sejak dia menjemput Nerina dari terminal feri
sehinggalah sekarang, wanita itu hanya mendiamkan diri. Wajahnya juga kelihatan
sayu. Flora menghampiri dan mencapai jari-jemari Nerina.

"Kenapa kau ni?" Soal Flora.


"Ah? Tak ada apa." Nerina tersenyum.
"Mana Stephen? Kenapa kau balik sendiri?"
Nerina hanya mendiamkan diri. Dia menghirup perlahan air kopi yang berada dalam
cawan. Dia berusaha menahan sebak namun gagal. Airmata mula mengalir.

"Nerina, kenapa ni? Hey! What happened?!"

Nerina mengalirkan airmata lalu bertindak memeluk Flora. Sebak dalam dada tak mampu
ditahan lagi. Flora terkejut. Dia mengusap lembut belakang tubuh Nerina.

"Babe, kenapa?"

Nerina memeluk Flora erat. Dia tak mampu meluahkan apa yang terbuku dalam dadanya.
Tangisannya semakin kuat. Nafasnya turun naik mengenangkan Stephen. Perasaan mulai
bercampur. Marah. Sedih. Kecewa.

"Ok tak apa kalau kau tak nak cerita sekarang tapi kau kena rehat, ok? Jom, kita
mandi, lepastu rehat." Flora meleraikan pelukan dan memeluk bahu Nerina.
"Flora, aku lapar." Nerina merengek dalam tangisan.
"Larrrr... nangis sebab lapar ke? Ok, kau pegi bersiap, kita pegi makan." Flora
membelai kepala Nerina dan menyeka airmata rakan baiknya itu.

Nerina tersenyum namun bengkak pada matanya tak mampu dia sembunyikan. Dia
melangkah ke tingkat atas untuk bersiap. Flora menggeleng. Dia masak benar dengan
sikap Nerina. Macam mana sekalipun wanita itu menyembunyikan kedukaannya, satu masa
akan terbongkar juga.

Nerina membuka pancuran air. Airmatanya jatuh lagi bersama dengan air yang
mengalir. Dia tak mampu menahan sebak dalam dada.

'Entah macam mana keadaan Stephen sekarang. Patut ke aku telefon dia? Layakkah
aku?' Nerina berbisik dalam hati.

STEPHEN merenung ke luar jendela kaca bangunan hospital itu. Dia sama sekali tak
menyangka Nerina meninggalkannya begitu sahaja. Atas alasan apa? Stephen melepaskan
keluhan maha berat. Dia akan mencari jawapan bagi persoalan yang bermain dalam
kepalanya.

"Stephen."

Stephen mengalihkan pandangan pada suara lembut itu. Kelihatan Gina menghampiri
bersama bungkusan makanan dan bakul buah-buahan.

"I ada bawa makanan untuk you. Mesti bosan makan makanan hospital."

Gina mengambil tempat untuk duduk di sisi Stephen di atas katil. Dia memeluk bahu
Stephen. Stephen memejamkan mata menahan amarah dan rasa geramnya.

"You nak makan tak? I bawa bubur."


"No, Gina. Thanks a lot but I nak bersendirian. Please." Stephen bernada tegas.
"Sampai bila kita nak macam ni?" Soal Gina.
"Kita dah tiada apa-apa, Gina."
"Entah apa perempuan tu buat pada you sampai you jatuh dalam permainan dia!"
"Jangan cakap Nerina macam tu! Dia jauh lebih baik dari kau!"
"What?! Wow! Perempuan yang baru you kenal you dah puji melangit! Kenapa?! Servis
dia lebih baik?!"
"Sebelum aku tampar kau, lebih baik kau berambus! Aku masih boleh hormat kau sebab
kau perempuan! Keluar, Gina!"
"Stephen Hawks gila bayang dengan perempuan low class bernama Nerina Ash. Sampai
sanggup buang kekasihnya, Gina. Agak-agak kalau keluar majalah, gempak tak? Kasihan
Nerina pasti bisnes kek kampungannya akan lingkup!"
"Apa yang kau nak buat?! Jangan apa-apakan dia!"
"Sikit sahaja, Stephen. Sarang tebuan jangan dijolok. Sekarang dah jolok, terimalah
akibatnya!"
"Gina! Jangan berani sentuh Nerina!"
"Apalagi kalau Nerina di hurrrmm... lelaki. Apa agaknya akan berlaku ya? Kasihan
perempuan itu. Naif. Polos. Mesti dia akan merayu meminta tolong."
"Gina!"

Stephen bangkit berdiri dan mahu menampar Gina namun gerakannya terhenti. Dia sedar
dengan memukul Gina takkan dapat selesaikan apa-apa. Gina terkedu. Senyuman sinis
terukir.

"Sabar, sayang. You kena rehat. Tak sabar I nak jumpa Nerina lagi." Gina bernada
sinis.
"Jangan apa-apakan Nerina!"
"Doakan yang baik-baik saja, Stephen."

Gina mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Stephen mahu melangkah dan menghalang
namun terhenti akibat tubing IV drip menyekat langkahnya. Stephen meraung geram.
Gina berlalu bersama senyuman sinis.

Stephen mencari telefon pintarnya namun tak ditemui. Stephen mendengus geram.
Stephen terduduk dan menghela nafas panjang.

"Nerina. Where are you?" Stephen memejamkan mata menahan sebak.

BAB 29

MADAM Leah melangkah menuju ke lobi bangunan syarikat. Kelihatan dirinya disambut
baik oleh staff yang bertugas di kaunter lobi utama.

"Evening, madam. Ada buat appointment?" Staff itu menegurnya.


"I try to call Stephen Hawks office but no answer. Personal call pun tiada jawapan.
Boleh tak kalau I walk-in sahaja?" Madam Leah menjawab dalam nada lemah lembut.
"Tunggu sebentar ya madam."
"Oh, ok. No problem."
"Sebentar ya madam. Saya nak sambungkan panggilan pada PA Tuan Stephen."

Madam Leah tersenyum sambil mengangguk. Tak lama kemudian kelihatan seorang wanita
lingkungan usia awal 30an menghampirinya. Wajah wanita itu serta merta berubah. Dia
menekup mulutnya saat melihat Madam Leah.

"Oh my god! Mama Leah!"


"Yes, darling. Its me."

Mereka berpelukan melepaskan kerinduan masing-masing.

"Atilia, lamanya tak jumpa kamu. Nampak sangat matang. Cantik lagi."
"Thank you, mama!"

Madam Leah membelai lembut wajah Atilia. Atilia merangkul erat lengan wanita itu.

"Atilia, mana Stephen?" Soal Madam Leah.


"Oh... dua hari lepas dia kata nak ke Kota Kinabalu jumpa Mama Eren."
Madam Leah terkejut. Dia merenung Atilia. Bukan dia tidak tahu siapa Erendella.
Hati Madam Leah menjadi risau. Mengenangkan Stephen, jiwanya tak tenang.

"Jumpa Mama Eren untuk apa?" Soal Madam Leah berlagak tenang.
"Katanya urusan company."
"Company?"
"Ya. Dia bawa bersama girlfriend dia."
"Gina?!"
"No, mama! Mereka dah berpisah. Now Stephen ada Nerina. Nerina Ash, a very lovely
lady. Mama kena jumpa dia."

Madam Leah menekup mulutnya. Dia tak menyangka setelah 5 tahun pemergiannya ke
England, banyak benar perkara yang berubah. Atilia membawa Madam Leah menuju ke
sofa yang terdapat di lobi utama. Kelihatan mereka dihampiri seorang jejaka tinggi
lampai. Senyumannya terukir. Jejaka itu menghampiri Madam Leah dan memeluknya.

"My boy! Mark! Look so matured!"

Madam Leah mengusap lembut wajah Mark. Jejaka itu tersenyum. Dia mengucup lembut
tangan Madam Leah.

"Mama, bila sampai sini? Kenapa tak beritahu?" Mark menyoal dan mengambil tempat
untuk duduk disebelah Atilia.
"Saja mama nak surprise Stephen dan kamu semua. Tapi nampaknya mama yang surprise
sekarang. Stephen tak ada."
"Stephen ke Kota Kinabalu, mama. Tak tahu bila dia akan balik. Saya ada try call
juga tapi unreachable. Mungkin dia sedang bercuti makan angin dengan girlfriend
dia."

Mark menjelaskan satu persatu sambil tangannya memeluk bahu Atilia. Madam Leah
tersenyum sinis. Dia merenung Mark dan beralih pada Atilia. Atilia tersipu malu.
Madam Leah bertepuk tangan. Mark terkejut.

"Kenapa banyak sangat kejutan mama dapat bila sampai sini ya? Im so happy for both
of you my darling." Madam Leah tersenyum gembira.
"Mama, malulah." Atilia tertunduk malu.
"Apa yang nak dimalukan? Benda baik." Madam Leah mengusik anak saudaranya itu.
"Nak malu apa. Biarlah mama tau. Dapat restu." Mark mengenyitkan mata pada Atilia.
"Isshh... saja je tau!" Atilia mencubit paha Mark.
"Aduh! Auh!"

Madam Leah ketawa melihat telatah mereka berdua. Namun jauh di sudut hatinya ada
kerisauan yang terbuku. Stephen. Kenapa Stephen pergi berjumpa dengan Erendella,
perempuan sihir itu? Hatinya tak tenang.

"Mama, kita dinner malam ni ya." Mark mempelawa wanita yang duduk dihadapannya.
"Sure. How I wish Stephen ada bersama kita."
"Nanti dia baliklah tu. Buat masa sekarang kami nak bermanja dengan mama dulu.
Nanti Stephen balik, dia conquer mama. Mana kami boleh manja-manja lagi." Mark
mencebikkan bibir. Atilia menampar bahunya.
"Macam budak kecik! Sedarlah diri tu dah tua." Atilia mengomel.
"Kalau kahwin, anak dah dua tiga, kan, Atilia?" Madam Leah menambah rencah mahu
mengusik Mark.
"Betul tu mama! Ni masih lagi manja macam budak-budak." Atilia berseloroh.
"Yang manja ni juga you sayang, kan?" Mark berbisik. Atilia mendengus geram.
"Dah, sudah. Kalau argue sampai tahun depan tak habis. Mama balik apartment dulu,
nanti kita jumpa, ok?" Madam Leah tertawa melihat telatah mereka.
"Baik, mama. Hati-hati tau. Kita jumpa nanti for dinner. Atilia dan Mark sambung
kerja dulu ya." Atilia mendapatkan Madam Leah dan memeluknya.
"Ok, darling. See you later."

Atilia dan Mark melambai pada Ma9dam Leah yang berlalu pergi. Hati wanita itu tidak
tenang. Selagi dia tidak berjumpa dengan Stephen, selagi itu jiwanya kekal kacau.
Mengenangkan Erendella, sebal rasanya.

'Perempuan sihir!' Madam Leah bermonolog dalam hati.

STEPHEN melangkah masuk ke dalam kondominium. Dirinya yang tak terurus buntu dengan
keadaan yang menjerat diri. Mujur sahaja dia sudah boleh discaj dari hospital.
Tubuh juga beransur pulih. Melihat keadaan dalam kondominium itu, Stephen mencari-
cari sekiranya ada apa-apa jejak Nerina yang tertinggal. Namun, hampa terasa. Tiada
apa-apa.

Stephen masuk ke dalam bilik tidur. Kelihatan telefon pintarnya di atas katil.
Stephen segera mencapainya. Pantas dia mengecas telefon pintar Iphone X1 itu.
Stephen merebahkan tubuh di atas katilnya. Wajah Nerina bermain dalam minda.

Mengenangkan kata-kata Gina, jiwanya tak tenang. Risau memikirkan keadaan Nerina.
Stephen mencapai telefon pintarnya. Setelah berjaya dihidupkan, kelihatan beberapa
pesanan masuk. Stephen segera membuka satu demi satu. Jiwanya terasa hampa. Tiada
satu pun pesanan dari Nerina. Stephen mengurur dahinya.

'Apakah yang terjadi sebenarnya? Mengapa Nerina lari dari aku? Nerina, kenapa kau
buat aku macam ni? Kenapa tinggalkan aku?' Stephen menghela nafas panjang.

Stephen cuba menghubungi Nerina namun tiada jawapan. Stephen memejamkan mata
menahan sebak. Airmatanya mula bergenang. Dia tak mahu berputus asa. Dia mencuba
semula menghubungi Nerina. Hampa. Tiada jawapan. Stephen menjadi tak keruan. Sekali
lagi dia mendail nombor Nerina. Kali ini panggilan tidak dapat menembusi talian
Nerina.

Stephen tertunduk sambil melepaskan telefon pintarnya perlahan-lahan dari tangan.


Airmatanya mengalir. Stephen bangkit dan berjalan keluar beranda kondominium. Dia
membiarkan airmata itu mengalir dan membasahi pipinya.

NERINA sibuk menulis tempahan dan membungkus cupcake dalam kotak. Flora masih sibuk
di pejabat dan tidak dapat membantunya. Sedang dia sibuk membungkus, kedengaran
loceng pintu berbunyi. Nerina segera mendapatkannya.

Terkejut dia melihat wanita yang berdiri di muka pintu rumahnya. Wanita itu
tersenyum. Tanpa dijemput, dia melangkah masuk. Nerina terkedu.

"Ini rupanya keadaan dalam rumah you. Tinggal sendiri ke?"


"What do you want?" Soal Nerina dalam getaran.
"Come on, Nerina. Chill. Macam tu ke you sambut tetamu. I datang nak bawa good news
for you."
"Gina, kau nak apa?"
"Kasarnya berbahasa. Muka saja nampak ayu. Entah apalah test Stephen ni. Bosan
punya pasal, rembat sajalah mana-mana perempuan untuk dia lempiaskan nafsu."
"Apa maksud kau?!" Nerina semakin gelisah.
"Tak tengok berita ke? Oh, busy kot. Banyak tempahan you, kan? Sit down, I nak
khabarkan sesuatu."
"Gina, please. Aku minta kau keluar dari rumah aku secara baik. Aku tak mahu
berkasar. Aku masih hormat kau."
"Hilang mood aku nak berbaik dengan kau, Nerina."

Gina mengeluarkan senaskhah majalah dari beg tangannya dan melontar ke atas meja
kaca di ruang tamu. Nerina terkedu.
'HUBUNGAN DIDUGA. STEPHEN DAN GINA BERBAIK SEMULA.'

Nerina menghela nafas panjang. Dia malas mahu ambil pusing. Dia mahu beredar ke
dapur namun kata-kata Gina mematikan langkahnya.

"Aku tak tahu apa yang Stephen janjikan pada kau. Pasti dia bawa kau belayar dengan
Benetti dan make love bersama, bukan? He will do anything untuk dapatkan
perempuan."
"What do you mean?!" Nerina berpaling semula dan menatap wajah Gina.
"Kau cuma side chick dia, Nerina. Sila bangun dari mimpi. Masa dia sedang berusaha
nak dapatkan kau, he still slept and spent time with me. After birthday party dia,
kami masih bersama. Even masa dia admitted, kami bersama. Apa yang kau mimpikan
Nerina? A rich, good looking guy gila bayang pada kau? Come on! Sila berpijak di
bumi yang nyata."

Gina membelek majalah yang dibawanya tadi. Dia menunjukkan pada Nerina gambarnya
bersama Stephen yang tidak berbaju lena bersamanya berehat di atas sofa. Mereka
kelihatan mesra dan romantis bersama.

"Cepat betul media buat kerja. Baru semalam I posted di Insta-Story, photo dah
leaked. Yes, Nerina, kami masih bersama. Satu aku minta, stay away from Stephen."
Gina menutup semula majalah itu.

Nerina menahan sebak dalam dada. Tubuhnya menggeletar mendengar kata-kata yang
keluar dari mulut wanita itu. Gina menghampiri Nerina. Wajahnya sayu dan cuba
memeluk Nerina.

"I'm sorry for everything, Nerina. I tak sangka Stephen akan bertindak sejauh ini."
"No! Gina please jangan macam ni!" Nerina mengetap bibir menahan perasaannya.
"Nerina, listen. Lend me your hand." Gina bersuara sayu sambil mencapai tangan
Nerina yang menggeletar.
"Its ok kalau kau nak benci aku tapi...."

Gina meletakkan tangan Nerina pada perutnya. Nerina memejamkan mata. Airmatanya tak
dapat ditahan lagi.

"Anak ini perlukan seorang bapa dan Stephen adalah bapanya. Aku mohon, stay away
from him, Nerina. Kasihani anak ini, Nerina."
"No... no... no!" Nerina menggeleng dalam getaran.

Gina bertindak melutut dihadapan Nerina. Nerina menggeleng. Gina menundukkan


wajahnya dan menangis. Nerina melepaskan tangan Gina dan berlari ke tingkat atas
rumah. Esak tangisnya tak mampu ditahan lagi. Nerina berlari menuju kamar mandi.
Tangan mencapai pancuran air. Nerina terduduk dan meraung dibawah pancuran air.
Tubuh dipeluk. Nafasnya turun naik. Sakit terasa dalam dada. Nerina menarik-narik
rambutnya.

'Kenapa ini semua terjadi? Kenapa? Kenapa aku yang perlu menderita sebegini? Aku
tak layak untuk bahagiakah? Sakit! Sakitnya! Sampai hati kau buat aku macam ni
Stephen! Aku sayangkan kau! Aku cintakan kau! Kenapa kau tipu aku?! Aku bodoh!'

Nerina menjerit dalam hatinya. Kesakitan itu tak mampu ditanggung lagi.

Gina bangun semula dan menyeka airmatanya. Dia tersenyum sinis sambil membetulkan
rambutnya. Senyuman sinis berulit dengan kepuasan. Sebelum berlalu, Gina sempat
menoleh semula.

'Kalau tak buat macam ni, sampai bila-bila Stephen akan cuba dekati dia semula.
Terpaksa aku jadi perempuan paling kasihan di dunia dengan melutut dan merayu. Oh,
tolonglah! Tapi tak apa, demi Stephen, aku sanggup!' Gina tersenyum dan berlalu
pergi.

"When you're running, who you run to?


Where do you go to hide?
When she ain't giving you enough to get you through the night
Won't be caught up in the middle
Through your highs and your lows
Baby, 'long as you're not with me, you'll always be alone...

Do you stay up late, just so you don't dream?

Every time your lips touch another


I want you to feel me
I want you to feel me
Every time you dance with somebody
I want you to feel me
I want you to feel me

Do your days get a little bit longer?


Nights get a little bit colder?
Heartbeat a little bit louder?"

Nerina memeluk tubuh sambil merenung dada langit. Kesedihan dalam dada yang tak
terbendung diiringi nyanyian Selena Gomez - Feel Me. Nerina menangis lagi. Hatinya
terasa sebal. Nyanyian syahdu dalam getaran suara Selena Gomez seakan memahami
perasaannya.

Kini dia sedar akan kedudukan dirinya bagi Stephen. Semua sudah terjawab. Dia tak
sepatutnya terlalu lemah menyerahkan hati dan perasaan buat Stephen.

Buat kesekian kalinya, Nerina kecewa lagi. Namun kali ini lebih tajam tusukannya,
lebih perit. Nerina memejamkan mata menikmati angin malam.

BAB 30

DERUAN angin malam yang dingin menusuk ke dalam tubuh. Hanya airmata yang menemani.
Semuanya seakan tak berpihak pada diri. Mengenangkan kenyataan Gina, dia tunduk
menyeka airmata.

Guruh mulai kedengaran. Hujan mulai membasahi bumi. Nerina mengangkat semula
wajahnya, dunia seakan berputar. Tempias hujan lebat mengenai dirinya. Nerina cuba
untuk bangun namun kaki terasa lemah. Nerina terduduk semula, airmatanya mengalir
lagi. Kekecewaan dan kelukaan kali ini membuatnya semakin hanyut bersama perasaan.
Nerina meraung. Dada terasa amat sebal. Bagai dihempap batu besar, Nerina menangis
kesakitan.

"Nerina!" Satu suara bergema dari dalam bilik tidurnya.


"Oh God, Nerina! Kenapa ni?! Hujan ni, cepat masuk!" Nerina dipapah masuk semula ke
dalam bilik tidurnya.
"Kenapa ni?! Pintu tak kunci. Call pun tak dapat. Nerina? Nerina! Dengar tak ni?!"

Nerina merenung wajah dihadapannya. Tak lama kemudian kelihatan Flora menghampiri.
Dia menangis bersama majalah ditangannya. Jejaka yang duduk dihadapannya
mengalihkan pandangan pada Flora. Dia mencapai majalah yang dihulur Flora. Flora
segera mendapatkan Nerina dan memeluk rakan baiknya itu.

Vince melontarkan majalah itu ke luar beranda. Dia merenung Nerina yang berada
dalam pelukan Flora.

"Babe, jangan macam ni. Please." Flora mengucup pipi Nerina. Wanita itu hanya
mendiamkan diri.
"Kalau aku dengar cakap kau dari awal, benda ni takkan jadi. Aku takkan kecewa."
Nerina mengalirkan airmata.
"Babe, you know how much I love you. Aku nak yang terbaik untuk kau. Anggap ini
semua dugaan dalam hidup kau. Aku tahu kau kuat untuk hadapi semua ini." Flora
mengusap lembut wajah Nerina.

Nerina memeluk rakan baiknya itu. Pandangan dialihkan pada Vince yang dari tadi
memerhatikan mereka berdua. Nerina meleraikan pelukan dan bangkit menghampiri
Vince. Dalam tangisan, dia tersenyum merenung Vince.

"Don't cry." Vince menyeka airmata di wajah Nerina.


"I'm... sorry." Bergetar suara Nerina.

Vince menarik Nerina dalam dakapannya. Dia mengusap lembut belakang tubuh Nerina.
Airmatanya mengalir lagi. Nerina jatuh terduduk. Vince menahan sebak melihat
keadaan Nerina.

"Wake up, Rina." Vince berbisik. Perlahan dia membelai wajah Nerina.
"Sakit... sakit sangat rasanya." Nerina merenung anak mata Vince.
"I'm here."
"Vince."

Vince merangkul erat tubuh Nerina. Perlahan dia membelai rambut Nerina. Flora
menyeka airmatanya dan menghampiri mereka berdua. Nerina meleraikan pelukan Vince
dan menggapai tangan Flora. Flora mengambil tempat untuk duduk disebelahnya.

"I'm... sorry." Nerina mengucup pipi Flora.


"Tak perlu sorry. Semuanya terjadi bersebab. Ini dugaan. Kau ada aku dan Vince.
Everything gonna be ok." Flora tersenyum sambil menyeka airmata Nerina.
"Kalau aku dengar cakap kau lebih awal, semua ni takkan jadi." Nerina tertunduk.
"Jangan cakap macam tu. Hidup kita ni memang akan ada turun naiknya. Selagi kita
masih bernafas, ambil sebanyak mana pengalaman dan pengajaran untuk dijadikan
teladan kita." Flora mengangkat wajah Nerina.
"Aku tak tahu pula Flora ni ahli sastera," Vince mencelah.

Suasana yang tadinya sayu bertukar menjadi gelak tawa. Nerina ketawa mendengar
kata-kata Vince. Flora mendengus geram.

"Orang baru nak feeling tau. Jahat Vince ni." Flora mencebik bibir.
"Ok, ok. Sorry. Nerina, betul apa Flora cakap tu. Jangan sesali perbuatan kita tapi
embrace it. Mistakes kadang-kadang membawa hikmah yang besar. Kau ada aku dan
Flora. Tak guna kita nak meratapi dan menangisinya." Vince tersenyum.
"Thanks a lot both of you."

Nerina menggapai kedua tangan mereka. Mereka ketawa bersama.

"Aku lapar." Flora merengek.


"Jom, beli barang. Aku masak," cadang Vince.
"Yahooo! Babe, bersiap. Kita pegi beli barang dapur. Dapur kau tu pun dah kosong."
Flora terus berdiri dan bersorak gembira.
Vince bangkit berdiri. Perlahan dia menghulurkan tangan pada Nerina. Nerina
menyambutnya dan perlahan dia bangkit berdiri. Vince memeluknya erat. Nerina
memejamkan mata, menahan sebak.

"Jangan nangis lagi, ok?" Vince berbisik.

Nerina mengangguk. Perlahan pelukan dilepaskan. Flora tersenyum melihat mereka


berdua. Terkenangkan saat indah mereka berdua saat bergelar pasangan kekasih
dahulu, Nerina cukup bahagia waktu itu. Hanya Vince yang mampu membuatnya tersenyum
bahagia.

Nerina mencapai sweater Everlast yang berada di atas kerusi dan menyarung ke tubuh.
Dia mengikat rambutnya dan mengelap wajahnya dengan tuala. Sedikit pelembap bibir
disapu. Nerina mengukir senyuman dihadapan cermin. Vince yang berdiri dibelakangnya
juga ikut tersenyum. Mereka bertiga beredar dari rumah dan Vince memandu menuju ke
hypermarket.

STEPHEN memandu ke rumah banglo milik Madam Eren. Jam menunjukkan pukul 8 malam.
Hatinya yang membuak dibawa bersama dendam. Stephen memarkir keretanya dihadapan
banglo itu. Langkah diatur. Stephen ditahan orang gaji Madam Eren namun Stephen
melawan.

"Mana kau, Erendella?!" Bergema ruang tamu rumah itu dengan suara Stephen.

Tak lama kemudian muncul Madam Eren. Dia tersenyum menyambut kedatangan Stephen.
Dia menghampiri dan mahu memeluk anak muda itu namun Stephen berundur. Madam Eren
tersenyum.

"Apa kau dah buat?! Mana pegi Mario dan Shah?! Kenapa aku tak dapat akses kredit
kad aku?!" Stephen membentak. Sakit hatinya diperlakukan seperti itu.
"Well, Mario dan Shah adalah dibawah seliaan arwah papa dan sekarang adalah milik
aku. Kredit kad? Itu kepunyaan syarikat dan arwah papa dan sekarang juga adalah
milik aku. Belajarlah hidup susah, Stephen."
"Apa yang kau nak?! Kau dah dapat harta. Kenapa kau nak kacau hidup aku?!"
"Calm down, young man. Aku cuma nak bagi kau sedikit pengajaran atas kesombongan
kau pada aku. Itu saja. Kau dengan Leonah sama sahaja. Angkuh!"

Stephen terkedu. Anak mata wanita itu ditatapnya penuh geram. Nafasnya turun naik.
Madam Eren mengambil tempat untuk duduk di atas sofa.

"Mujur saja kereta, apartment dan rumah banglo itu dibawah nama kau. So, aku tak
boleh buat apa-apa. Kasihan Leonah. Kalau dia masih hidup pasti dia kecewa melihat
keadaan kau sekarang. Tak terurus!"

Stephen mendengus geram. Dia melangkah mahu meninggalkan rumah banglo itu. Gelak
tawa Madam Eren kedengaran. Stephen menghela nafas panjang. Dia memandu meredah
hujan lebat. Dia sendiri buntu dengan semua yang terjadi. Telefon pintarnya
berbunyi. Stephen segera mengangkat.

"Stephen, where are you?"

Kedengaran suara seseorang yang amat disayanginya dihujung talian. Stephen terus
memberhentikan kereta dibahu jalan.

"Mama."
"Anak mama. You ok?"
"Ma... ma." Suara Stephen mulai bergetar.
"Kenapa ni?! Where are you?! Mama nak video call Stephen."
"No, mama, no. I'm fine."
"Mama sedang dinner dengan Mark dan Atilia."
"What?!"
"Mama di Labuan, sayang. I'm home. Please, balik cepat. Mama risau. Hati mama tak
tenang bila Atilia beritahu Stephen pegi jumpa mama Eren."
"Mama, I'm fine. Esok saya balik. I'm sorry."
"Tak apa, sayang. Mama tunggu Stephen."
"Thank you, mama. See you tomorrow."
"Alright, sayang."

Talian dimatikan. Hujan lebat mulai membasahi bumi. Stephen melepaskan keluhan maha
berat. Kepalanya terasa berdenyut. Berat terasa beban yang dipikulnya. Stephen
merenung skrin telefon pintarnya.

Dia mendail nombor Nerina. Sekali lagi, hampa. Dia tidak dapat menembusi talian
Nerina. Stephen memejamkan mata menahan sebak. Dia membuka laman Facebook. Dia
melawat akaun Nerina. Stephen mengerutkan dahi.

'Content not available.'

"What?!" Stephen terkedu. Dia membaling telefon pintarnya pada tempat duduk
penumpang. Dia mengurut dahi. Denyutan pada kepalanya semakin kuat. Stephen menahan
sebak dalam dada.

"Kenapa Nerina? Kenapa kau buat aku macam ni?!" Stephen bersuara. Sakit dalam
hatinya tak mampu dikawal lagi.

'Tiada penjelasan, lalu kau buang aku begitu sahaja. Kenapa Nerina? Kenapa perlu
jadi sebegini? Mana perginya keutuhan cinta kita berdua? Nerina! Please! I need
you!' Stephen bermonolog dalam hati.

Dentuman guruh bersama hujan lebat menemani kesenduan Stephen. Dia merenung jauh
namun pandangannya kosong. Wajah Nerina bermain dalam akal. Dia buntu. Dia keliru.

VINCE menghidangkan makanan yang siap dimasak untuk Flora dan Nerina. Malam itu
mereka dihidangkan dengan makanan ala Thailand. Mango Chicken, Tom Yam dan Som Tum.
Flora menelan air liur. Haruman Tom Yam membuatnya tak sabar mahu menjamu selera.

"Girls, selfie!"

Vince mengambil gambar selfie mereka bertiga. Flora dan Nerina melihat ke arah
kamera dan tersenyum.

"Jap aku post kat FB." Vince menekan telefon pintarnya.


"Jangan lupa tag tau," kata Flora.
"Boleh, no problem. Eh, kenapa nama Nerina tiada?" Soal Vince kehairanan.
"Deactivated." Nerina menjawab sambil menyuap nasi ke mulutnya. Flora dan Vince
saling berpandangan.
"Jadi bisnes kau macam mana?" Soal Flora.
"Back up account. Website. Instagram. Eh, makanlah. Tengok apa. Sedap ni Vince
masak." Nerina tersenyum.

Vince merenung wanita dihadapannya. Walau dia mengukir senyuman, Vince tahu,
kelukaan itu tak mampu dirawat. Pandangan Nerina teralih pada Vince. Nerina
tertunduk. Vince menggapai jari-jemari Nerina.

"Selepas makan, kita main game, nak?" Soal Flora cuba membangkitkan suasana.
"Sure." Vince meleraikan perlahan genggaman tangannya. Nerina mengangkat semula
wajah lalu tersenyum.
"Sedap sangat Vince masak." Nerina mengubah haluan perbualan mereka.
"Thank you, Rina. Makan lagi. Banyak ni." Vince mengaut Mango Chicken dan
meletakkan dalam pinggan Nerina.
"Thank you, Vince."
"Most welcome." Vince membalas dengan senyuman.

Mata mereka bertentangan. Jujur, hati mana yang takkan sakit melihat insan yang
disayangi jatuh dalam kekecewaan dan kesedihan. Vince baru tahu Nerina bersama
dengan Stephen setelah dia dijemput dari lapangan terbang oleh Flora. Stephen yang
dikenali semasa di KLIA, yang tampak angkuh itu rupanya kekasih Nerina.

Vince menyuap perlahan Som Tum ke mulutnya. Dia berusaha menikmati makanan
dihadapannya. Riak wajah Nerina membuatnya tak tenang. Air muka wanita itu yang
sarat dengan kesedihan dan kekecewaan. Walau disembunyikan dengan tawa riang dan
senyuman manis, rawan dihati Nerina tetap jelas kelihatan. Vince menghela nafas
panjang.

"Sedap sangat Tom Yam ni. Pedas." Flora cuba menarik perhatian mereka berdua.
Kelihatan Nerina mengalihkan pandangan. Dia menghulurkan mangkuk sup ke arah Flora.
"Nak sikit."
"Mari sini. Babe, kau kena rasa Tom Yam ni. Pergh! Kaw kaw! Mercik!" Flora mengaut
Tom Yam dan meletakkan dalam mangkuk sup Nerina.

Nerina menghirup perlahan Tom Yam itu. Dia memejamkan mata dan mendongak.

"Aaahh! Sedap! Pedas!" Nerina meraung.

Vince dan Flora terkejut melihat reaksi Nerina. Mereka ketawa bersama. Malam itu
dinikmati dengan makan malam yang enak, dessert yang disiapkan oleh Flora turut
menjadi hidangan mereka. Mango Parfait memang kegemaran Nerina. Selesai makan
malam, mereka bermain PS4 bersama. Flora dan Vince berusaha sehabis baik
menghiburkan Nerina agar wanita itu tidak terus menerus hanyut dalam kesedihan.

Flora sendiri terkejut dengan perubahan Nerina. Berbanding dahulu, Nerina sekarang
bijak mengawal perasaan. Kekecewaan lalu itu banyak mengajarnya. Flora tersenyum
melihat Nerina yang ketawa riang bersama Vince.

'Aku tahu, kau sembunyikan kesedihan itu. Aku takkan berputus asa buat kau gembira,
Nerina. Kau dah macam adik-beradik aku sendiri. Maafkan aku kerana gagal melindungi
kau. Maafkan aku, Nerina.' Flora berbisik dalam hati. Dia turut rasa bersalah dalam
hal yang menimpa Nerina. Kalau saja dia menghalang waktu itu, tak mungkin Nerina
kecewa lagi saat ini.

'Walau sejuta tawa, kesedihan itu masih jelas kelihatan. Aku sakit melihat kau
begini, Nerina. Maafkan aku. Aku tak mampu melindungimu. Maafkan aku.' Vince
bermonolog sambil merenung Nerina disebelahnya.

"Flora, Nerina, ada sesuatu aku nak cakap." Vince bersuara.


"Apa dia?" Nerina mematikan PS4 dan mengalihkan pandangan pada Vince yang bernada
serius. Flora menanti dengan penuh sabar.
"Aku balik dari Bosnia sebab keadaan aku dah tak fit untuk bertugas. Aku admitted
hospital 3 kali di sana. Aku balik sebab aku dah buat keputusan. Aku akan mulakan
kemoterapi dan radioterapi. Ketakutan aku selama ini aku perlu hadapinya. Aku perlu
lambatkan sel kanser ni."

Nerina menekup mulutnya. Perlahan alat kawalan permainan video PS4 jatuh dari
genggaman tangan.

"Vince... kemo..." Flora terkejut mendengar keputusan Vince.


"Ya, aku tau. Banyak side effect. Sekarang pun aku terlalu bergantung dengan
ubatan. Morphine and so on. Aku penat." Vince tertunduk menahan sebak.

Nerina menggapai jari-jemari Vince. Vince terkedu. Nerina mengangkat wajah jejaka
dihadapannya.

"I'm here for you. Its ok. Kalau sampai kau tak mampu bangun sekali pun, pakai
kerusi roda, muka buruk, I'm here for you. Everything gonna be ok. Kau tetap
handsome macam Thor walaupun botak. Aku akan jaga kau. Bisnes tak apa. Aku akan
cuba hire pembantu. Inilah masanya aku perlu dapatkan 2 atau 3 orang pembantu."
Nerina menggenggam erat jari-jemari Vince.

Flora menahan tawa mendengar kata-kata Nerina. Vince mengukir senyuman dan turut
tertawa.

"Macam tulah. Senyum. Ketawa." Nerina tersengih.


"Babe, akhirnya kau dengan juga cadangan aku untuk dapatkan pembantu," kata Flora.
"Vince perlukan kita. Aku akan buat apa saja untuk orang yang aku sayang macam
keluarga."
"Thank you... aku tak tau nak cakap lagi. Speechless. Thank you very much." Vince
menahan sebak dalam dada.
"Alar... janganlah nangis. Thor, kan? Thor mana ada nangis!" Seloroh Flora.

Nerina membaling bantal pada Flora. Mereka tertawa. Dentuman guruh bersama hujan
lebat menemani mereka malam itu.

"Vince, Flora, tidur sini sajalah malam ni. Hujan lebat ni. Susah nak drive," kata
Nerina.
"Ke kau takut?" Flora mengusik rakan baiknya itu.
"Mana ada!" Nerina mencebik.
"Yalah, yalah, tuan puteri." Flora tertawa melihat Nerina yang mencebik.
"Baguslah. Mengantuk ni. Malas nak drive." Vince merebahkan tubuh di atas sofa.
"Amboi... sorong bantal terus on!" Flora berseloroh.
"Vince, rehatlah. Jauh perjalanan kan. Jet lag. Tak nak mandi dulu ke?" Soal
Nerina.
"Boleh juga. Ada baju dalam beg tapi dalam kereta. Sekejap aku pegi ambil." Vince
bangkit dan mengambil kunci kereta.

Saat Vince melangkah keluar rumah menuju ke keretanya, Flora mendapatkan Nerina
lalu memeluk rakan baiknya itu. Nerina terkedu.

"You sure you ok?" Soal Flora.


"Hey, aku ok. Kenapa?"
"Aku risau, itu saja."
"Aku ok, Flo. Nothing to worry."
"Maafkan aku, babe. Aku gagal protect kau."
"Eh, apa pulak! Itu pilihan aku, babe. Jangan cakap macam tu."
"Sayang kau sangat-sangat." Flora menahan sebak dalam dada. Pelukannya semakin
erat.
"Babe, aku pun sayangkan kau juga." Nerina mengusap lembut tubuh Flora.

Perlahan pelukan dilepaskan. Flora mengusap wajah Nerina. Senyuman dibibir wanita
itu membuatnya sedikit lega. Tak lama kemudian Vince muncul bersama beg ditangan.
Nerina membawanya ke bilik tetamu yang berada di tingkat atas.

"Ini bilik kau. Rest ya." Nerina menunjukkan bilik pada Vince sambil membuka
sedikit tingkap agar angin masuk dan menyejukkan keadaan bilik.
"Thanks, Nerina."
"Welcome, Vince."
Saat Nerina mahu berlalu pergi, Vince menahannya. Tangan Nerina digapai. Langkah
serta merta terhenti. Vince memejamkan mata. Degupan jantungnya semakin kuat.

"Nerina..." Suaranya semakin bergetar.


"Vince, kau perlukan shampoo tak? Rambut kau dah panjang." Nerina berpaling dan
cuba mengubah haluan situasi itu.
"Oh... ya, ya. Thank you, Rina."

Nerina menghampiri Vince. Genggaman tangan semakin erat. Detak jantung Vince
semakin deras. Sentuhan jari-jemari Nerina bermain pada kepalanya. Vince merenung
anak mata yang mulai bergenang airmata itu. Perlahan ikatan rambutnya dilepaskan.
Vince memejamkan mata.

"Kau nampak lain bila macam ni. Aku tahu kau kuat untuk hadapi semua ni. Aku akan
jaga kau, Vince. Aku akan tebus semua kesilapan masa lalu." Nerina mengalirkan
airmata sambil membelai rambut Vince.
"Nerina..." Vince menyeka airmata Nerina yang mengalir. Wajah itu dibelai.

Nerina memejamkan mata. Deruan angin malam itu mengisi seluruh ruang bilik tatkala
bibir Vince semakin menghampiri bibir Nerina diiringi degupan jantung yang semakin
laju.

"I'm sorry... Vince." Nerina mengalihkan wajahnya dan berlalu pergi.

Vince terbangun dari tindakannya. Melihat Nerina berlalu, dia memahami jurang
antara mereka. Vince menghela nafas panjang. Tak mungkin Nerina akan menjadi
miliknya semula. Dia hadir sebagai sahabat dan bukannya kekasih. Vince terduduk
dihujung katil. Andai waktu mampu diputar semula, pasti jurang di antara mereka
takkan wujud.

Nerina menutup pintu bilik dan terduduk. Dia mengusap wajahnya. Dia sendiri keliru
dengan apa yang terjadi sebentar tadi antara dia dan Vince. Nerina memeluk tubuh.
Airmatanya mengalir lagi.

BAB 31

PANCARAN ketikan kamera DSLR memenuhi ruangan studio. Stephen melangkah masuk dan
serta merta sesi photoshoot itu terhenti. Jurugambar mengangkat tangan pada Stephen
lalu Stephen membalasnya.

"Bob, I'm sorry. Tunggu sekejap ya." Gina melepaskan kot kulit pada tubuhnya dan
menghampiri Stephen.
"Ok, G." Jurugambar bernama Bob membalasnya.

Gina tersenyum menerima kedatangan Stephen setelah dia menghubungi jejaka itu siang
tadi. Wajah Stephen tegang. Rambutnya tak terurus. Dia merenung ke arah Gina.

"I ingat you takkan datang," kata Gina sambil merangkul erat lengan Stephen.
"Don't touch me." Keras dan tegas nada suara Stephen sambil melepaskan rangkulan
tangan Gina. Gina terkedu.
"Its ok. Jom, kita ke kafe." Gina mempelawa Stephen.
"Tak perlu. Apa yang penting sangat kau nak cakap berkaitan Nerina?" Stephen mula
bersuara.
"Oh, tentang itu. I balik Labuan yesterday sebab ada nak sign document kat LHDN. I
sempat singgah rumah. I saw her."
"What?!" Stephen terkejut namun teruja dengan khabar itu.
"Yup. So I ingatkan nak melawat nak beritahu dia tentang you but she shut me out,
ask me to stay away from her." Gina menjelaskan satu persatu.
"Thanks." Stephen mahu berlalu namun langkahnya terhenti. Gina menarik tangannya.
Wanita itu menangis. Stephen terkejut.
"Actually theres something I need to tell you. About us. I'm sorry I guna nama
Nerina supaya you akhirnya bersetuju nak jumpa I." Suara Nerina mulai bergetar.
"Apa lagi yang kau nak Gina?"
"Stephen, I'm pregnant." Gina tertunduk.
"What?!" Stephen terkejut lalu melepaskan genggaman tangan wanita itu.
"Yes. I'm pregnant." Gina mencapai kembali tangan Stephen dan membawa ke bahagian
perutnya. Stephen terkedu. Dunianya seakan berputar.
"It was during our time sebelum kita gaduh besar. 3 months ago. I'm pregnant. 12
weeks. Baby dah besar. Figure dah nampak. Sebab itu I susah nak lepaskan you. I'm
sorry, Stephen. I'm sorry. I tak mahu dah abort this baby. Cukuplah. I nak keep it.
Its our baby." Deraian airmata Gina semakin deras.
"Gina, stop." Stephen mengurut dahinya. Gina terduduk pada kerusi yang berada dalam
ruangan itu. Esak tangisnya semakin kuat.
"I takut. I takut you tak trust I. I tahu, I pernah curang dan buat dosa dengan
abort our 1st baby. Izinkan I tebus kesalahan I selama ini pada you. I sanggup
tinggalkan semua kerjaya I demi kita." Gina menekup mulutnya menahan tangisan.

Stephen buntu. Dia tak tahu apa patut dia lakukan. Melihat Gina yang menangis, dia
tahu, wanita itu sanggup lakukan apa sahaja tapi mendengar khabar dia mengandung,
Stephen jadi serba salah. Dia sudah silap percaturan. Stephen memejamkan mata lalu
menghela nafas panjang. Andai ini yang ditentukan, Stephen akur. Tanggungjawab
harus dilaksanakan. Kandungan Gina harus diteruskan. Satu nyawa sedang hidup dalam
rahim Gina.

"Kalau you tak percaya, I boleh bawa you buat scan. I boleh buat UPT." Gina
mengangkat wajahnya merenung Stephen.
"Gina, please. I need to figure this out."
"Its ok. Kalau you tak mahu bertanggungjawab, I will abort it. I tak boleh macam
ni. This baby need a father. You sendiri tahu abort a baby yang berusia 3 months
memang high risk. Tak apa, biar I mati saja. So you can live happily ever after
dengan Nerina. Its ok, Stephen. Its ok!" Gina bangkit berdiri dan berlalu.
"No, G. Stop!"

Langkah Gina terhenti. Dia menyeka airmata yang mengalir di pipi. Stephen
menghampirinya. Gina memejamkan mata saat terasa lengannya disentuh lembut oleh
Stephen.

"Anak itu anak I juga. We will take care of it." Stephen terpaksa meluahkannya
walau hati merasa cukup berat.
"Its ok, Stephen. I boleh berdiri sendiri. I tak mahu jadi perosak hubungan you dan
Nerina. Shes innocent, sweet and adorable. You cinta dia. You sayang dia. I can see
that in your eyes. Kalau tak, macam mana you sanggup buang I yang dah 5 tahun
bersama you, susah senang kita bersama. I made mistake, I admit it. But I do love
you, tak pernah berubah sejak dulu." Esak tangisan Gina kedengaran semula. Nafasnya
turun naik.
"Jangan cakap macam tu. I'm sorry."

Gina berpaling lalu memeluk Stephen. Jejaka itu tidak melawan. Pelukan semakin
erat. Stephen memejamkan mata. Dia buntu. Dia keliru. Semua yang terjadi membuatnya
seakan mati dan lemas dalam dirinya sendiri.

'Nerina, I need you!' Stephen meraung dalam hati. Hanya itu yang mampu dia lakukan.
"Kita pindah KK, ok? Sini kita ada mama Eren." Gina meleraikan pelukan lalu
mengusap lembut wajah Stephen.
"G, you tau kan hubungan I dengan dia macam mana?"
"Baby, please." Gina mengusap lembut bibir Stephen.
"G, I nak balik Labuan. Banyak benda belum selesai di sana. Dah selesai, I will
stay in KK."
"Ok, baby. Take your time. I will follow you to Labuan."
"G, please."
"What? I pun nak kemas barang-barang I, urus my car, my house. I boleh tolong you
urus barang you juga. Kita akan bina hidup baru, baby."

Stephen menghela nafas panjang. Dia terpaksa akur dengan kata-kata Gina.
Mengenangkan wanita itu sedang hamil hasil benihnya, Stephen tahu dia harus memikul
tanggungjawab itu walau berat terasa dalam dada.

VINCE merenung Nerina yang sedang menyusun potongan kek ke dalam kotak. Dia
tersenyum lalu menghampiri wanita itu. Vince mula membantu Nerina. Nerina terkedu.
Dia mengalihkan pandangan pada Vince.

"Apa mood harini nak tolong?" Soal Nerina.


"Saja. Tak boleh ke?" Vince bernada selamba.
"So, hows your appointment tadi?"
"Great. Doctor bagi temujanji untuk ke Hospital Likas untuk start kemoterapi."
"Bila?"
"Next week. Secepat yang boleh sebab sel mula merebak lebih cepat berbanding dulu.
But aku rasa nak start kemo di KPJ sebab insurans aku cuma cover hospital swasta."
"You sure? Well, hospital kerajaan ok apa."
"Mereka tak benarkan penjaga wanita. Kalau hospital swasta, they allow it."

Nerina terkedu. Perlahan Vince menggapai tangannya lalu dikucup perlahan. Nerina
mengusap lembut kepala Vince. Sayu hatinya melihat jejaka itu. Entah bagaimana dia
mampu menghadapi semua dugaan yang menimpa.

"Thank you, Nerina," ucap Vince perlahan.


"Aku dah janji akan jaga kau. Aku tak nak abaikan kau lagi. Cukuplah masa lalu aku
tak tahu apa-apa tentang keadaan kau. Aku rasa bersalah sangat. Aku nak tebus
kesilapan aku, Vince."
"Nerina, itu bukan salah kau. Aku yang salah sebab tak berterus-terang dengan kau.
Aku tak nak susahkan kau tapi sekarang aku perlukan kau. Maafkan aku."
"We need each other." Nerina tersenyum.

Mereka berpelukan. Jauh di sudut hati Vince menyimpan satu harapan mereka boleh
bersama kembali namun cukuplah setakat ini. Nerina setia disisinya sudah memadai.
Melihat dan menatap wanita itu setiap hari sudah cukup baginya. Hanya Nerina
penyeri dalam hidupnya.

MARK mengerutkan dahi saat menerima pesanan Whatsapp dari Stephen. Mark mula
mencurigai ada sesuatu yang tak kena. Sudah 6 hari jejaka itu tidak pulang ke
Labuan dan sunyi senyap tanpa khabar berita.

"Aku balik esok. Ada benda aku nak bincang. Jumpa esok."

Mark dikejutkan dengan kehadiran Atilia bersama secawan kopi ditangan. Sudah
seharian dia meluangkan masa bersama Atilia dirumahnya.

"Whats wrong? Muka tegang ja. Nah, minum kopi." Atilia mengambil tempat untuk duduk
disebelahnya.
"Thank you, sayang. Ni abang you text I. Macam ada yang tak kena saja. Risau pula."
"Aik... apa dia text?" Soal Atilia kehairanan.
"He said dia akan balik esok, ada benda nak bincang."
"Tak ada apa yang pelik pun." Atilia membelai wajah Mark.
"Tak, mesti ada something ni."
"You nampak handsome sangat kalau muka tegang." Atilia cuba mengalihkan perhatian
Mark.
"What?! Jadi muka normal tak handsome?"
"Bila you serius, fokus, ughh, I love it." Atilia mengucup lembut pipi Mark.
"Baby, you baru habis period ke atau baru nak period?"
"Apa dia?! Kenapa pulak?" Atilia ketawa mendengar soalan Mark.
"Biasa kalau you gedik-gedik macam ni, antara dua tu saja."
"Baby apa you ni!" Atilia menampar bahu Mark.
"Jawablah sayang. You ni kenapa ni nak gedik dengan I, jawab, cepat!"

Mark bertindak menggeletek tubuh Atilia membuatkan wanita itu ketawa dan berusaha
melawan tindakan Mark. Mark menarik Atilia dan menindih tubuh wanita itu. Atilia
mengetap bibirnya sambil merangkul erat tubuh Mark. Mereka berpelukan di atas sofa
ruang tamu.

"Your eyes, so beautiful." Mark mengucup pipi Atilia.


"Mata saja ke?" Soal Atilia.
"Semua. I love you, Atilia. I love you so much."
"I love you more, Mark."

Mark bertindak membenamkan kepalanya pada leher Atilia. Rangkulan semakin erat.
Tangan jejaka itu mulai bertindak melurutkan cardigan yang dipakai Atilia. Atilia
memejamkan mata sambil membelai tubuh Mark.

"Atilia, mama here!"

Mark terkejut. Dia terbangun. Atilia juga sama. Cepat-cepat dia membetulkan
cardigan yang hampir terbuka. Mark tersengih saat melihat Madam Leah sedang berdiri
dengan plastik pasaraya di tangannya.

"Mama ketuk pintu takda orang buka. Tengok sliding door tak kunci so mama masuk.
Mark, what are you doing here?"

Madam Leah hairan melihat Mark ada di dalam rumah Atilia dengan keadaan rambutnya
yang agak kusut.

"Atilia mana?" Soal Madam Leah.


"Mama, I'm here." Atilia tersengih sambil bangun dari sofa.
"Bahayalah sliding door tak kunci nanti perompak ke masuk. Next time hati-hati. Ni
mama datang bawa barang dapur. Nak masak. Hujung minggu macam ni, sunyi tinggal
sorang kat apartment. So I came here to visit you tak sangka pula ada yang lebih
dulu sampai dari mama." Madam Leah tersenyum sinis sambil merenung ke arah Mark.
"Mama, sini Mark tolong." Mark menghampiri Madam Leah dan menggapai beg plastik
dari tangan wanita itu.
"Nah, sengih-sengih!" Madam Leah bernada sinis namun senyumannya terukir.
"Janganlah marah mama. Mark kan anak mama juga." Mark tersengih.
"Kau dengan Stephen sama saja. Dari zaman sekolah memang nakal." Madam Leah
mencubit pipi jejaka itu.
"Aduh, mama! Sakitlah. Nanti bengkak pipi Mark yang comel ni." Mark mengusap
pipinya.
"Jangan mengada. Cepat sedia bahan-bahan masak tu. Masak untuk mama. Lapar ni."
"Baik, permaisuri." Mark tunduk memberi hormat.

Madam Leah tertawa melihat gelagat Mark. Mark yang menjadi teman setia Stephen
sejak dibangku sekolah lagi. Mark dan Stephen sering datang kerumahnya setiap waktu
cuti sekolah. Tak sangka sudah lebih 10 tahun berlalu, mereka berdua sudah dewasa
dan nampak sangat matang. Mark memanggilnya 'mama' kerana terikut-ikut dengan
Stephen yang juga memanggilnya 'mama'. Lamunan Madam Leah terhenti saat terasa
bahunya dipeluk. Atilia melentokkan kepala pada bahunya. Madam Leah mengucup lembut
ubun kepala Atilia.

"Ni lagi sorang. Dah tua pun masih manja. Pegi masak untuk mama." Madam Leah
sengaja mengusik Atilia.
"Alar mama ni. Orang nak manja-manja pun tak boleh." Atilia mencebik.
"Ada Mark juga boleh bermanja. Apalah sangat mama ni."
"Ish... mama lain. Mark lain. Tilia nak mama juga." Atilia memeluk erat Madam Leah.
"Dengar tak tu Mark? Tilia nak mama saja." Madam Leah melaung dari ruang meja
makan.

Mark mencebik pada mereka berdua. Atilia menjulurkan lidah. Madam Leah ketawa
melihat gelagat mereka. Dia sama sekali tak menyangka Atilia akan menjalin hubungan
istimewa bersama Mark. Atilia, adalah sepupu sebelah bapa Stephen, John Hawks. Ibu
Atilia adalah adik kepada John Hawks.

Walaupun Atilia tidak mempunyai kaitan darah, anak gadis itu rapat dengannya sejak
dia memasuki kolej. Pada waktu itu, kolej dan kawasan rumah sewa Madam Leah tidak
jauh. Atilia sering mengunjunginya setiap hujung minggu. Sama seperti Stephen,
Atilia lebih senang memanggilnya 'mama'.

"Bilalah agaknya Stephen nak balik?" Madam Leah melepaskan keluhan sambil memasuki
ruang dapur.
"Oh... tadi Mark kata abang ada Whatsapp dia." Atilia mencelah.
"Really? What he said, Mark?"
"Dia kata dia akan balik esok tapi Mark rasa ada sesuatu yang tak kena." Mark
menjawab sambil membersihkan udang galah yang dibawa oleh Madam Leah untuk dimasak.
"Kenapa?" Madam Leah mula risau.
"Dia kata ada benda nak bincang. Stephen biasa tak macam tu, mama."
"Kita tunggu esok. Harap semuanya ok." Madam Leah cuba menenangkan dirinya.
"Ya, kita sabar dan tunggu Stephen balik." Atilia berkata-kata sambil menuang wain
merah ke dalam cawan.

BAB 32

FLORA mengemas meja makan selepas selesai makan malam. Kelihatan Nerina membantu
Vince menyediakan ubatannya. Flora tersenyum. Bahagia rasa dalam hati melihat
keakraban di antara mereka berdua.

"Vince, kau tak boleh missed ubat-ubat ni semua. Ni aku ada beli bekas for daily
pill. From Monday to Sunday. Lepas ni takda lagi alasan lupa makan ubat." Nerina
mengomel sambil memasukkan ubatan ke dalam bekas yang telah dia sediakan untuk
Vince.
"Baiklah. Kau ni sesuai jadi nurse, tau tak?" Vince mengusik wanita dihadapannya.
Nerina mengerling.
"Yalah tu. Nah, dah siap. Simpan dalam beg. No more excuses. Semua dah ada dalam
tu."
"Ni bukan ubat apapun. Vitamin ja. Bukan boleh rawat apa. Sampai masa mati juga."

Nerina menekup mulut Vince dan menggeleng. Wajahnya bertukar merah padam. Dia tidak
gemar bila Vince mula membangkitkan soal hidup dan mati. Vince terkejut. Wanita
dihadapannya bergetar menahan sebak. Vince menggapai tangan Nerina yang berada di
mulutnya lalu menggenggam erat.

"I hate it when you say something stupid macam tu." Nerina melepaskan tangan Vince.
Dia bangkit berdiri dan berlalu ke ruang tamu.
"Rina, I'm sorry." Vince berusaha memujuk.
"Ayoo... tak tau. Ada orang merajuk." Flora mencelah sambil mengelap tangannya pada
kain selepas selesai membersihkan pinggan.
"Flo, tolong." Vince meminta bantuan Flora untuk memujuk Nerina.
"Apa aku pulak? Kaulah pujuk."

Vince menghela nafas panjang lalu menghampiri Nerina. Dia duduk melutut dihadapan
Nerina. Wanita itu hanya mendiamkan diri.

"Rina, I'm sorry. Please, forgive me."


"Kau suka sangat cakap macam tu. Kau tak fikir ke apa perasaan aku?" Nada suara
Nerina mulai bergetar.
"Maafkan aku. Aku bergurau."
"Gurau apa macam tu. I am fighting for you and I hope you do the same for
yourself!"
"I'm sorry." Vince menggapai tangan Nerina dan mengucup lembut. Rasa bersalah
memenuhi segenap hati.
"Please Vince. Jangan cakap macam tu lagi." Nerina membelai lembut kepala Vince.
Jejaka itu tertunduk.
"I'm sorry, Rina. I'm sorry."

Nerina memeluk erat Vince dalam dakapannya. Walau luarannya tampak biasa sahaja,
Nerina tahu Vince menyimpan sejuta kesakitan dan kedukaan dalam diri. Mudah benar
jejaka itu tersentuh. Flora yang menyaksikan gelagat mereka menyeka airmata yang
mulai mengalir. Dia tersenyum. Mereka sangat serasi bersama.

'Semoga hati Nerina akan terbuka untuk Vince semula.' Flora bermonolog dalam hati.
Perlahan dia menghampiri mereka berdua.

"Sudahlah. Tak elok macam ni. Kita nak happy, chill, enjoy." Flora mengambil tempat
untuk duduk disebelah Nerina.
"Entah Vince ni. Bangun. Duduk sini." Nerina meleraikan pelukan. Vince tersenyum.
"Girls, aku teringin nak minum Starbucks lah. Jom." Vince mengubah topik perbualan.
"Kalau kau belanja, aku on." Flora tersengih.
"Jomlah." Vince bangkit berdiri. Flora bersorak riang. Nerina menggeleng melihat
gelagat Flora.
"Rina, jom. Lama kita tak lepak Starbuck." Vince mempelawa Nerina untuk ikut
bersama.
"Korang pegilah. Aku malas. Bungkuskan aku Chocolate Rolls satu ya." Nerina
merebahkan tubuh di atas sofa.
"Amboi perempuan ni. Bangunlah." Flora bercekak pinggang sambil merenung Nerina.
"Malas." Nerina merengek manja.

Vince menggeleng. Dia menghampiri Nerina. Nerina terkedu melihat Vince semakin
menghampirinya.

"Vince, kenapa ni?" Nerina terkejut saat Vince seakan mahu menindihnya. Flora
melopong melihat tindakan Vince.
"Kalau kau tak nak bangun, aku akan dukung." Vince tersenyum sambil tangannya mula
mengangkat bahagian bahu dan kaki Nerina.
"Vince!" Nerina terkejut.
"Flo, amik kunci kereta dengan wallet aku atas meja komputer tu!" Vince bersuara
sambil mendukung Nerina.
"Oh, ok! Tak apa, aku drive." Flora tersengih lalu mendapatkan kunci dan beg dompet
Vince.

Perlahan Nerina merangkul leher Vince. Jejaka itu merenungnya lalu mengukir
senyuman. Saat itu wajah mereka sangat hampir. Deruan nafas jelas kedengaran.
Nerina mengusap lembut wajah Vince. Jejaka itu terkedu.

"Vince." Lembut suara Nerina memanggilnya.


"Ya?"

Nerina seakan tersedar dari lamunan. Dia segera mengalihkan pandangan. Vince
memahami reaksi itu. Jurang antara mereka itu masih luas. Vince tersenyum walau
dalam hati cukup rawan dengan kedukaan yang menghimpit hati. Vince melangkah keluar
dari rumah dengan mendukung Nerina dan menurunkan Nerina saat mereka menghampiri
kereta. Vince membuka pintu bahagian penumpang belakang lalu Nerina memboloskan
diri ke dalam kereta.

Kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah itu menyusuri kedinginan malam bersama
deruan angin yang dingin. Sesekali Vince mencuri pandang ke arah Nerina yang duduk
di bahagian penumpang belakang. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Flora pula fokus
dengan pemanduannya.

STEPHEN melangkah keluar dari balai ketibaan bersama Gina. Mereka menuju ke
bahagian baggage drop.

"G, lepas ni I nak pegi Starbuck. Need some coffee to refresh," kata Stephen.
"Eh, tak apa you pegi dulu. Beg I satu ja, tak apa. Nanti I ke sana."
"You sure? You nak apa-apa?"
"Yeah. Pergi ja dulu. I nak Hot Green Tea using soy and less sweet size grande."
"Ok, I wait for you there."
"Ok." Gina mengangguk.

Stephen berlalu ke kafe Starbucks yang berada dalam lapangan terbang Labuan.
Selesai membuat tempahan, dia mengambil tempat untuk duduk.

"Hot Latte and Hot Green Tea with Soy calling for Stephen!"

Kedengaran suara pekerja Starbucks memanggilnya untuk mengambil minuman yang sudah
siap di kaunter. Stephen bangkit berdiri dan berlalu ke kaunter. Selesai mengambil
minuman, Stephen berlalu ke tempat duduknya semula.

"Java Chip calling for sweet lady Nerina Ash!"

Stephen terkejut. Perlahan dia berpaling dan melihat ke arah kaunter. Detak
jantungnya semakin laju. Kaki tak mampu lagi berdiri. Seraut wajah itu kembali
merenungnya. Waktu seakan terhenti seketika. Mereka bertentangan mata. Renungan
yang membawa sejuta makna. Stephen melangkah perlahan mahu menghampiri.

"Selagi jantungku terus bergetar


Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Selagi jantungku terus bergetar


Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita


Ku mahu bersama....."
Iringan nyanyian syahdu Aman Azizi mengiringi suasana sendu itu. Stephen menahan
sebak dalam dada. Getaran kian terasa.

'Aku takkan pernah berhenti mencintaimu, Nerina.'

'Andai ini takdirnya, aku rela. Cinta ini hanya untukmu namun dusta yang kau beri
padaku. Mengapa harus detak jantung ini kian laju saat melihatmu?'

"Baby."

Langkah Stephen terhenti saat terasa lengannya dirangkul seseorang. Wajah wanita
itu bertukar sayu. Stephen mahu melangkah lagi menghampiri namun serta merta mati
kakinya. Stephen tersentak saat melihat seorang jejaka mendapatkan wanita itu.

"Rina, dah ambil air?"


"Oh, ya. Sudah."
"Jom, Flora ambil tempat duduk diluar tak sejuk sangat. Rina, you ok?"
"Ya, Vince. I'm ok."
"Kau tengok siapa?"
"No one. Eh, jomlah. Chocolate Rolls pun dah siap."
"Wait."

Baru sahaja Nerina mahu berpaling, Vince menahannya. Ada sesuatu yang tak kena tika
itu.

"Vince, please. Jom, kita duduk luar."

Vince merenung jejaka dihadapan mereka. Melihat rangkulan kemas wanita


disebelahnya, Vince menghela nafas panjang. Vince bertindak memeluk bahu Nerina.
Nerina terkedu, menahan sebak. Ingin saja dia lari saat itu. Tak sanggup lagi
rasanya mahu menatap insan itu.

"Baby, you done? Jom." Gina merangkul erat lengan Stephen.

'Kenapa Nerina? Kenapa kau buat semua ini? Kenapa kau pergi saat aku perlukan kau?'
Stephen meraung dalam hati saat melihat Nerina dibawa pergi oleh Vince. Vince
memeluk erat bahu Nerina dan itu amat menyakitkan untuk ditelan oleh Stephen.

'Mengapa detak jantung ini semakin bergetar. Tolong Tuhan. Dia sudah mengkhianati
cintaku. Dia sudah mendustai aku. Mengapa perasaan ini masih mahu menjerit
mengatakan aku masih menyintai dia bila melihatnya?' Nerina berbisik dalam hati.
Dia memejamkan mata cuba menahan sebak dalam dada namun dia hanyalah insan biasa.
Lemah dalam dugaan menyulam cinta. Airmatanya jatuh lagi.

Vince yang menyedari perubahan Nerina lantas memeluknya. Satu kucupan hangat
hinggap di dahi Nerina. Nerina memejamkan mata. Esak tangisnya semakin kuat dalam
pelukan Vince.

"Let it go. Nangislah kalau itu boleh memuaskan kau. I'm here." Vince berbisik.
Nerina mengangguk.
"I'm sorry, Vince." Getaran dalam suara Nerina membuatkan Vince sebak.
"Its ok, Rina. Its ok."

Stephen memejamkan mata. Airmatanya bergenang. Dia meleraikan rangkulan lengan Gina
dan melangkah pantas menghampiri mereka berdua. Pintu kafe itu ditolak. Stephen
menarik tangan Vince dari memeluk Nerina. Jejaka itu terkejut. Flora yang
menyaksikan keadaan itu pantas berdiri.
"Let her go." Stephen bersuara lantang.
"What?!" Vince terkejut.

Vince melepaskan Nerina. Flora segera mendapatkan Nerina dan memeluk rakan baiknya
itu. Esak tangis Nerina semakin kuat. Kelihatan Gina melangkah keluar.

"Stephen, baby, what are you doing?!" Gina menjerit ke arah Stephen.
"Nerina, listen to me. Nerina!" Stephen mahu mendapatkan Nerina namun dihalang oleh
Vince.
"Stop it, man. Come on." Vince menahan Stephen pada bahunya.
"Let me go! Aku nak bercakap dengan Nerina!" Stephen menjerit pada Vince.
"Tiada ada apa lagi yang kau nak tegakkan, Stephen Hawks! Be a man! Nak tunjuk hero
bukan disini!"
"Diam! Kau siapa, huh?!"

Stephen menolak kuat dada Vince membuatkan jejaka itu terduduk dan terbatuk kuat.

"Vince! Oh God! Vince!" Nerina mendapatkan Vince yang terduduk.

Jejaka itu terbatuk kuat dan mengeluarkan gumpalan darah. Wajah Vince bertukar
pucat, peluhnya membasahi wajah. Tubuh Vince bergegar menahan kesakitan. Dia
merenung Nerina. Pandangannya semakin kabur.

"Wake up, Vince! Stay awake! Please! Call ambulance!" Nerina meraung. Flora segera
menghubungi ambulans.

Stephen yang melihat keadaan itu terkedu. Kelihatan beberapa orang pekerja
Starbucks mendapatkan Vince dan membantu. Tak lama kemudian ambulans pun tiba.
Vince dibawa masuk ke dalam ambulans. Basah lencun bajunya dengan darah. Nerina
menekup mulut dan menangis melihat keadaan jejaka itu. Flora menarik Nerina dan
memeluknya.

"Sabar, babe. Kita ke hospital ok. Biar staff kesihatan stabilkan dia dalam
ambulans. Kita drive ke hospital." Flora memujuk Nerina walau dalam hatinya turut
sebak dia perlu kuat untuk menyabarkan dan menemani Nerina.

Nerina mengangguk. Renungan dialihkan pada Stephen yang masih berdiri menyaksikan
segalanya. Mata mereka bertentangan. Nafas Nerina turun naik berulit amarah yang
membuak. Dia melangkah menghampiri Stephen.

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Stephen. Gina yang berdiri disebelah Stephen
terkejut lalu menekup mulutnya. Nerina menunding jari ke wajah Stephen.

"Kalau sampai jadi apa-apa pada Vince, aku bersumpah akan bawa kau ke muka
pengadilan. Cukup sakit aku kau perlakukan, apa salah Vince sampai kau nak sakitkan
dia? Memang orang kaya dan berlagak macam kau tiada hati perut ke? Kau belum puas?
Kau nak sakitkan aku, silakan. Tapi jangan sentuh orang yang aku sayang!"

Stephen terkedu. Mata wanita dihadapannya mengalirkan airmata. Stephen tersentap


saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nerina.

"Hey! Stop it!" Gina merentap lengan Nerina.


"Kau diam!" Nerina menghempas genggaman tangan Gina.

Nerina mendengus geram dan berlalu pergi. Flora mendapatkannya dan memeluk bahu
Nerina membawa ke kereta. Nerina menyeka airmata yang mengalir. Flora memulakan
pemanduan menuju ke hospital. Dalam perjalanan, Nerina hanya mendiamkan diri. Kesan
darah melekat pada bajunya tidak lagi dihiraukan.
'Nerina, maafkan aku. Aku cuma inginkan penjelasan. Maafkan aku. Aku amat
menyintaimu! Beri aku ruang! Maafkan aku!' Stephen meraung dalam hati sambil
berlalu dari tempat itu. Gina mengekorinya.

BAB 33

SETIBANYA di unit kecemasan, Nerina melangkah masuk dan mencari Vince namun dia
dihalang oleh kakitangan yang bertugas. Mereka meminta agar Nerina menunggu di
ruangan yang disediakan. Nerina akur. Salah seorang kakitangan yang menghampiri
Nerina.

"Cik, cik ok? Boleh saya periksa?"


"No, no I'm ok. Ni bekas darah kawan saya yang kat dalam." Nerina menjawab.

Kakitangan itu mengangguk. Flora memeluk erat bahu Nerina.

"Sabar ok, babe. Semoga Vince akan baik-baik saja." Flora mengusap lembut belakang
tubuh Nerina.
"I'm scared. Baru saja dia dapat appointment for chemotheraphy. I don't know,
Flora. I'm scared." Nerina menahan sebak dalam dada. Flora terus memeluknya.
"Dia kuat, babe. We all know that. He need us. Kalau kau macam mana, kasihan Vince.
Kita kena kuat untuk dia. Sabar, ok."
"Thank you, Flo."
"Sama-sama, Rina. Aku ingatkan semua dah clear between you and Stephen. Aku
terkejut bila dia buat macam tu tadi. Looks like he really want to talk to you.
Whats wrong actually?"

Mendengar pertanyaan Flora, Nerina meleraikan pelukan. Dia sendiri masih buntu
dengan apa yang terjadi. Dia juga tak menyangka sejauh ini Stephen bertindak.

"Sorry aku tanya tapi looks like dia ada sesuatu yang dia nak jelaskan and God, he
look so miserable and messy. Apa yang jadi sebenarnya masa kamu berdua ke Kota
Kinabalu?" Flora mula bertanya. Dia hanya inginkan kepastian.

"Entahlah, Flo. Aku rasa terhina sangat dengan mama tiri Stephen dan Gina, rupanya
mereka belum putus. And now what? Shes pregnant. Anak Stephen. Kau rasa apa aku
patut buat? Theres no explanation anymore. Semua dah cukup jelas. Aku cuma side
chick dia."

"What?! Pregnant?! No, no. I want to ask, do you really love him?"

"Babe, kenapa kau tanya soalan macam ni?"

"Well, if you look into his eyes, theres an answer. Tengok kejadian tadi. He really
wants to talk to you. Why don't you give him a chance to explain." Flora menggapai
jari-jemari Nerina dan menggenggam erat.

"Babe, please. Aku penat dengan semua ni. Dengan gambar Stephen tak berbaju,
berpelukan dengan Gina, update Insta Story, masuk majalah. Aku ni cuma persinggaham
saja. Tempat dia untuk berseronok bila Gina tiada."

"Its ok, Nerina. Aku tak paksa kau buat. Aku cakap ja. Tapi if one day hati kau
masih mencari dia, carilah jawapan bagi setiap persoalan dalam kepala kau. Satu aku
nak cakap, he lost and he needs you. Will you sacrifice everything for that? Kau
sendiri kena jawab, bukan aku. Macam bukan S.H dah. Dia tak pernah sekusut itu.
Mata dia sayu. Entahlah, aku pun bukan kenal dia sangat."

Nerina terkedu mendengar kata-kata Flora. Dia sudah cukup sebal dengan apa yang
terjadi. Wajah Stephen mulai membayangi akal fikiran. Nerina buntu. Dia cuba
menepis segala kenangan mereka bersama.

"Kami baru kenal dan aku yang bodoh sebab percaya dia." Nerina bersuara.
"Baiklah, up to you." Flora tersenyum.

Setelah lebih sejam menunggu, mereka didatangi seorang jejaka dengan baju uniform
hospital berwarna biru laut. Jejala itu menghampiri mereka berdua.

"Waris Vince Mores?" Soalnya.


"Ya, saya." Nerina terus bangkit berdiri.
"Hai, saya Doktor Prasad, doktor bahagian unit kecemasan. Berkenaan keadaan Vince,
dia kehilangan banyak darah, dia sedang ditambah 1 beg darah. Keadaan dia dah
stabil sekarang tapi kami terpaksa masukkan dia ke dalam wad untuk pemerhatian
lanjut. Boleh saya tahu sekiranya Vince ada menghidap apa-apa penyakit lain?"

Doktor itu menjelaskan dengan cukup ringkas namun padat.

"Dia ada kanser. Lung cancer stage 3. Dia ada appointment dengan KPJ next week for
chemotheraphy." Nerina menjawab.
"I see. Dia tak jujur bila saya bertanya. Dia cuma kata batuk berdarah biasa semasa
dia bertugas Bosnia juga pernah jadi begini. He still in denial stage. He really
need someone to always stay by his side."
"Dia memang macam tu. Keras kepala. Doktor nak saya bawa medical record dia?"
"No, its ok. Memandangkan dia dah ada appointment dengan KPJ, continue sahaja.
Sementara ini, kami stabilkan dahulu paras darah dalam badan dia, bagi dia berehat
sepenuhnya. Ubat-ubatan dia sambung makan macam biasa."
"Thank you very much, doctor."
"Sama-sama. Miss boleh masuk dalam kalau nak tengok dia. Dalam setengah jam lagi
nurse saya akan prepare semua for admission to general ward."

Nerina mengangguk pada penjelasan doktor itu. Nerina melangkah masuk ke dalam unit
kecemasan dan mencari kelibat Vince. Seorang jururawat menghampiri dan membawanya
masuk ke zon merah iaitu zon kritikal. Nerina menekup mulut saat melihat Vince yang
terbaring lemah di atas katil.

"Hey." Nerina menegurnya.


"Hey, Rina." Vince masih tersenyum walaupun wajahnya sangat pucat.
"Hows you feeling?" Nerina menggapai jari-jemari Vince dan menggenggam erat.
"Superfine. I am Thor. Remember?"
"I'm scared." Nerina mengucup lembut pipi Vince. Airmatanya mengalir.
"Hey, Rina. I'm ok. See? I'm still here. Please don't cry."

Vince membelai wajah Nerina lalu menyeka airmata yang mengalir. Nerina menggenggam
erat tangan Vince. Mata mereka bertentangan.

"I'm sorry." Nerina tertunduk. Rasa bersalah memenuhi hati.


"Hey, its not your fault. Please, jangan nangis. I need you, Rina. Kalau kau
nangis, I feel so weak inside."
"I'm sorry. I'm too emotional. I'm scared. Maafkan aku Vince. Disebabkan aku, kau
jadi mangsa."
"Its ok. I know you worried. I just want to protect you before its too late."

Vince mengucup lembut dahi Nerina. Mata mereka bertentangan. Senyuman Vince yang
terukir memberi kebahagiaan pada Nerina. Tak lama kemudian, jururawat dan pembantu
pegawai perubatan menyiapkan Vince untuk dihantar ke wad bagi pemerhatian rapi.
Nerina mendapatkan Doktor Prasad yang berada di kaunter.

"Doktor, sorry. Boleh tak kalau saya nak request 1st class ward? Sebab dia tiada
sesiapa selain saya untuk jaga dia. General ward tak boleh ada penjaga perempuan
tanpa ikatan apa-apa, kan?"

Nerina meminta izin dari doktor yang bertugas di unit itu.

"Boleh, cuma pastikan memang ada penjaga sebab 1st class ward dia room by room dan
jauh dari nurses counter. Anything happen, penjaga yang akan maklumkan ke kaunter."

Doktor Prasad mengangguk sambil menjelaskan polisi kemasukan ke wad kelas pertama.

"Ok, sure. How about deposit?"


"Oh, kamu boleh berurusan di kaunter hadapan. Maklumkan pada mereka."

Doktor Prasad membawa Nerina ke kaunter hadapan.

"Thanks a lot doctor." Nerina tunduk sambil mengucapkan terima kasih.


"Saya lakukan tugas saya sebaik yang mungkin. Jaga dia baik-baik ya. Sorry kalau
saya bertanya. Boyfriend kamu ke?" Soal Doktor Prasad sambil merenung Nerina.
"Dulu. Sekarang teman rapat saja. Dia tiada sesiapa. Cuma ada saya sebagai teman
baik sebab itu I always stay by his side."
"Lucky him. Apapun, semoga semua akan baik-baik sahaja. Jaga pemakanan dan
pengambilan ubat dia. Stay strong, he needs you."
"Thank you, doctor."
"Sama-sama."

Nerina mendapatkan Flora dan mereka mengiringi Vince untuk kemasukan ke wad.

GINA mendapatkan Stephen yang sedang duduk di ruang tamu. Jejaka itu hanya
mendiamkan diri. Perlahan dia mengurut bahu Stephen. Stephen hanya membiarkan saja.

"Apa yang you fikir ni baby?" Soal Gina.


"Nothing. G, please. I perlukan masa bersendirian. You can go home to your place."
Stephen bersuara lantang.
"Baby, I ada disini, if you need anything, just tell me." Gina memainkan jarinya
pada bahu Stephen.
"G, stop. Baliklah. I nak rest." Stephen menolak tangan Gina.
"Ok, tak apa. I balik. Kalau perlu apa-apa just call me." Gina mengucup pipi
Stephen. Jejaka itu hanya mendiamkan diri.

'Its ok, Stephen. Anak ini yang akan satukan kita nanti. You're mine!' Gina
berbisik dalam hati.

Jam menunjukkan pukul 1130 malam saat Gina berlalu pergi. Stephen merebahkan tubuh
di atas sofa dan cuba melelapkan mata namun gagal. Stephen kembali duduk. Dia
mengurut kepalanya yang terasa sakit. Baru sahaja dia mahu bangun dan melangkah ke
bilik tidur tingkat atas untuk berehat, telefon pintarnya berbunyi. Nama Mark
tertera pada skrin. Stephen mengeluh dan menjawab panggilan itu.

"Hoi! Kau kat mana?" Lantang suara Mark dihujung talian.


"Rumah." Stephen mengurut dahinya sambil menjawab panggilan Mark.
"Kau ada buka Facebook?" Soal Mark.
"Tak ada."
"Buka sekarang. Buka dari laptop kau."
"Apa benda kau ni call malam-malam suruh buka Facebook?!"
"Buat sajalah! Aku ada send di Messenger kau. Kau buka dan tengok sekarang."
"Yalah!"

Stephen menurut apa yang disuruh Mark. Perlahan dia melangkah ke bahagian ruang
pejabat dalam rumahnya. Stephen menekup mulut saat melihat video yang dihantar Mark
kepadanya melalui Messenger.

"Kau dah buka? Kau tengok. What've you done?! Kau apahal nak bergaduh di public?!
This will ruin your reputation and company. Satu lagi, kau buat apa dengan Gina?!
Kenapa Nerina dengan lelaki lain?!"

Stephen terduduk dan mengurut dahinya. Entah bila dugaan berat akan nyah dari
hidup. Baru sahaja dia mahu merasa bahagia, halangan yang datang merentapnya
semula.

"Mark, bagi aku masa. Aku nak rest. Esok aku turun office, ok?"
"Aku dah PM orang yang post video tu. Aku suruh dia padam kalau tak aku saman. Tapi
dah terlambat. 400K shares. Video tu dah tersebar. Aku harap kau bersedia untuk
berdepan dengan benda ni."
"Thank you, bro. Please, aku nak rehat."
"Rehatlah. Ada apa-apa, call."

Talian dimatikan. Stephen memejamkan mata menahan perit dikepalanya. Dia melangkah
ke dapur dan mencari ubat penahan sakit.

"Stephen."

Stephen berpaling pada suara yang menyapanya. Dia terkejut. Botol ubat terlepas
dari tangannya.

"Pintu tak kunci jadi mama masuk. What happened sayang?"


"Mana mama tau Stephen dah balik?"
"Mark yang bagitau semalam. I saw that video yang gone viral. You lupa ke, I'm your
mama, I knew you very well. Kenapa makan cerebrex ni?"
"Sakit kepala, mama."
"Anak mama ni dah makan ke belum? Mama bawa makanan ni. Nanti mama panaskan, kita
makan."
"Mama, Stephen tak ada selera nak makan."

Madam Leah membelai lembut wajah Stephen. Dia tahu ada sesuatu yang sukar untuk
Stephen ungkapkan.

"What happened? Tell me."


"Nothing."
"Jangan tipu mama, sayang."

Stephen tertunduk. Madam Leah mengusap lembut kepalanya. Berat hatinya mahu
berhadapan dengan wanita itu.

"Kenapa simpan rambut macam ni? Mama masih ingat lagi, masa sekolah, Stephen paling
tak suka rambut messy. Your beard. You tak shave? Stephen anak mama ni cepat betul
tumbuh semula jambang dan rambutnya. Sini mama tolong. Esok nak masuk office, kan?
Kena kemas sikit."

Stephen mengangkat semula wajahnya. Madam Leah mengetap bibir menahan sebak melihat
jejaka dihadapannya mula menitiskan airmata. Dia terduduk di lantai dapur. Madam
Leah segera mendapatkannya. Dia memeluk Stephen erat. Esak tangis jejaka itu
semakin kuat.
"Cry, let it go. Cry, sayang. I'm here. Mama here." Madam Leah mengucup ubun kepala
Stephen.
"I lost her, mama." Getaran suara Stephen kedengaran.
"Nerina, is it?" Madam Leah menyeka airmata di pipi Stephen.
"I love her so much." Stephen merenung anak mata Madam Leah bersama tangisan.
Nafasnya turun naik.
"I know." Madam Leah mengucup dahi Stephen.
"Memang Stephen tak layak untuk bahagia ke mama? Sakit. Sakit dalam dada." Stephen
menumbuk-numbuk dadanya. Madam Leah merentap tangan Stephen dan menghalang
perbuatan itu.
"Look at me, sayang. I'm here for you. This too shall pass. You need to stay firm
and stay strong. Nerina dengan lelaki tu kan?"

Stephen mengangguk dan seraya itu airmatanya mengalir deras. Kesakitan dalam hati
tak mampu ditahan lagi. Madam Leah menarik Stephen dalam dakapannya.

'Kali terakhir Stephen begini masa Leonah meninggal dunia. Kenapa harus kedukaan
seperti ini perlu dia hadapi lagi? Dia juga layak untuk merasa kebahagiaan. Aku
akan buat apa sahaja untuk mempertahankan anak ini! Dia tanggungjawab aku! Harta
bernilai dari Leonah!' Madam Leah meraung dalam hatinya. Dia mengusap belakang
tubuh Stephen. Bayangan masa lalu bersama Leonah bermain dalam minda.

"Leah, kau tak nak kahwin ke?"


"Kakak, perlu ke kahwin untuk bahagia?"
"Tak adalah. Nanti kau meningkat usia, kau akan sunyi. Kalau kau jatuh sakit, siapa
nak jaga?"
"Kan ada Stephen."

Leonah tersenyum. Dia menggenggam erat tangan Leah. Mereka melihat ke arah Stephen
yang sedang berlatih memanah bersama Mark. Stephen kelihatan amat ceria sekali.

"Leah, kalau aku dah takda, tolong jagakan Stephen, ya?"


"Apa kakak ni cakap macam tu. Ish!"
"Leah, jangan berpura-pura. I'm dying."
"Kenapa? Kalau duduk kerusi roda memang akan mati ke?" Madam Leah menyeka airmata
yang mulai mengalir.
"Kakak sayang Leah. Jangan marah kakak."
"Kakak.... Leah tak marah. Maafkan Leah."

Mereka berpelukan. Leonah mengucup lembut pipi adik kesayangannya itu. Dia tahu,
sekurang-kurangnya bila dia tiada nanti, Leah ada untuk menjaga Stephen.

Bab 34

Madam Leah mengusap perlahan kepala Stephen lalu mengucup lembut ubunnya. Stephen
terlena selepas selesai memakan bekalan yang dibawa Madam Leah untuknya. Perlahan
Madam Leah mengalihkan kepala Stephen yang berada di atas pahanya pada bantal.

“Nerina, please don’t leave me. You already promise. Stay with me.”

Stephen merangkul erat tangan Madam Leah. Dia mengigau dalam lena. Madam Leah
menahan sebak dalam dada. Dia mengusap lembut bahu Stephen.
“No, I will not leave you.” Madam Leah menyeka airmata yang mulai mengalir.

Mendengar ungkapan itu, Stephen tersenyum. Dia lena semula bersama kedinginan
malam. Madam Leah menyandarkan tubuhnya pada katil. Tak sampai hati mahu melepaskan
pelukan Stephen. Melihat keadaan anak saudaranya itu, Madam Leah menahan rawan
dalam hati.

‘Kakak, Leah gagal lagi. Stephen menangis. Maafkan Leah, kakak. Leah janji akan
kembalikan semula senyuman dan kebahagiaan anak ini. Kakak bantu Leah ya. Leah tahu
kakak sedang melihat semua ini.’ Madam Leah bermonolog dalam hati. Melihat wajah
Stephen, dia tersenyum semula. Inilah anugerah terindah dalam hidupnya.

JAM menunjukkan pukul 7.15 pagi. Stephen bersiap untuk ke pejabat. Dia merenung
dirinya di dalam cermin sambil membutangkan kemeja. Denyutan di kepala semakin
kuat. Stephen mengerutkan dahi menahan kesakitan. Stephen membuka laci meja dan
mencapai ubat penahan sakit. Dia terduduk di hujung katil sambil mengurut dahi.
Tangannya bergetar mencapai botol minuman yang berada di atas meja.

“Stephen.”

Madam Leah segera mendapatkan Stephen yang menahan kesakitan. Dia membantu jejaka
itu membuka botol minuman dan memberinya sebiji kapsul ubat penahan sakit.

“Thank you, mama.”


“Kenapa ni sayang? Sakit kepala?” Soal Madam Leah sambil mengurut tengkuk Stephen.
“Ya dari semalam lagi. Berdenyut.”
“Kita pegi klinik.”
“Eh, tak apa mama. Nanti ok lah ni.”
“You sure?”
“Ya. 100 percent sure.” Stephen tersenyum lalu mengucup pipi Madam Leah.
“Mama dah siapkan breakfast.”

Stephen mengangguk. Dia mengekori Madam Leah menuju ke ruang meja makan untuk
bersarapan pagi. Sedang mereka bersarapan pagi, mereka dikejutkan dengan kedatangan
Gina yang membawa bungkusan Mc’Donald ditangannya. Wajah Madam Leah serta merta
berubah melihat wanita itu.

“Good morning baby. Eh, mama Leah! Bila balik?!” Gina berjalan pantas ke arah meja
makan dan meletakkan bungkusan makanan.
“Gina, boleh tak kalau sebelum datang call dulu?” Stephen bersuara tegas sambil
merenung kearahnya.
“Tak boleh ke I datang? I kan bakal wife you.”
“Wife?!” Madam Leah terkejut. Bergema seisi ruang makan dengan suara Madam Leah.
“Yeah, wife. I’m pregnant, kan baby?” Gina mengucup pipi Stephen. Stephen tertunduk
menahan perasaannya.
“What?! Pregnant?!” Sekali lagi Madam Leah terkejut dengan kata-kata Gina. Dia
menahan rasa geram melihat betapa gediknya Gina.
“12 weeks, mama. Stephen tak bagitau ke?” Gina mengambil tempat untuk duduk sambil
mencapai teko berisi kopi dan cawan kosong.
“Stephen, apa semua ni?” Madam Leah mengalihkan pandangan pada Stephen. Jejaka itu
hanya mendiamkan diri.
“Aik... mama tak suka ke bakal ada menantu?” Gina menuang kopi ke dalam cawan lalu
menghirup perlahan.
“Of course mama suka. Makan Gina. Ni mama ada buat sandwich dan Vietnamese Rolls.
Penat mama masak. Awal pagi dah pegi pasar. Nanti dah jadi wife Stephen kena tahu
jaga makan minum dia ya. Oh ya, baju Stephen masih belum berbasuh ada dalam washing
machine. Nanti Gina tolong ya. Bilik tidur Stephen pun belum kemas.” Madam Leah
menyuap perlahan sandwich ke dalam mulutnya.
Gina tersedak. Dia tersenyum berusaha menahan geram dalam dada. Mata mereka
bertentangan. Suasana menjadi tegang. Madam Leah tersenyum sinis. Sudah lama dia
menahan geram dengan Gina yang selama ini hanya mahu memanipulasi Stephen.
Disebabkan wanita itu jugalah dia membawa diri ke England kerana tak tahan sikap
Gina yang berusaha menjauhkan dia dari Stephen.

“Baby, mama Ere nada di Labuan. Dia nak tolong kemas barang.” Gina menyuapkan
Vietnamese Rolls ke mulutnya sambil merenung tajam ke arah Madam Leah.
“Tak perlu. I boleh buat sendiri.” Stephen bersuara.
“Why nak kemas barang?” Soal Madam Leah kehairanan.
“Baby, you should tell mama Leah yang kita akan pindah KK.” Gina menggapai jari-
jemari Stephen. Diramasnya lembut.
“Gina, please.” Stephen menarik tangannya dari genggaman Gina.
“What?!” Madam Leah terkedu.

Stephen melepaskan keluhan dan meneguk air kopinya. Dia bangkit berdiri dan
mencapai briefcase yang terletak di atas meja. Stephen menghampiri Madam Leah dan
mengucup lembut dahi wanita itu.

“Stephen jalan dulu mama. Lunch time I call you.”


“Careful sayang.” Madam Leah tersenyum dan mengiringi Stephen ke muka pintu.

Gina bangkit berdiri dan menghampiri Madam Leah. Senyumannya amat sinis sekali.
Gina berpeluk tubuh. Madam Leah merenungnya.

“Tell me what happened.” Madam Leah bersuara dalam nada lantang.


“Dah dengar kan tadi?” Seloroh Gina.
“Betul ke kau mengandung? Anak siapa?”
“Hey! Anak Stephen!”
“Really?!”

Madam Leah melangkah ke meja makan dan merentap bungkusan Mc’Donald yang dibawa
Gina. Dia kembali ke arah Gina semula. Madam Leah bertindak melemparkan bungkusan
itu ke wajah Gina.

“Hey! Apa ni?!” Gina menjerit.


“Ambik ni! Padan muka kau! Keluar dari sini!” Madam Leah mengheret Gina keluar dari
rumah.
“Lepaslah! Lepas!” Gina melawan namun tenaga Madam Leah lebih kuat darinya.
“Kau nak jadi macam makcik kau juga ke?! Perangkap lelaki dengan menipu kehamilan
kemudian minta kasihan sebab keguguran?! Erendella boleh bodohkan John tapi kau
takkan dapat bodohkan Stephen!”
“Hey! Apa ni?!” Gina terkejut.
“Kau ingat aku tak tau ke?! Kau rasa kenapa aku balik Malaysia selepas 5 tahun?!
Magik bukan?! Aku akan dedahkan semua permainan Erendella dan kau, perempuan
licik!” Madam Leah menolak Gina keluar dari kawasan rumah.
“Macam... mana kau...” Gina menahan getaran dalam diri.
“Stay away from Stephen! Dia anak aku!”
“Diam!” Gina mahu menolak Madam Leah namun wanita itu sempat menahan tangan Gina.
Dia memulas tangan Gina dengan penuh geram.
“Kirim salam pada Erendella! Berambus!”
“Sakit! Lepas!”

Madam Leah meleraikan tangan Gina. Dia berlalu masuk ke dalam rumah. Gina menjerit
melepaskan geramnya. Dia mengemas rambutnya yang kusut akibat bergelut dengan Madam
Leah. Habis kotor bajunya. Gina mendengus geram lantas memboloskan diri ke dalam
kereta dan berlalu dari situ.

STEPHEN melangkah masuk ke dalam ruang pejabat dan terkejut saat melihat Madam Eren
bersama ahli korporat yang lain sedang duduk di sofa dan menantinya. Stephen
mengalihkan pandangan pada Atilia dan Mark yang berdiri di satu sudut. Wajah mereka
kelihatan amat tegang. Stephen menutup semula pintu pejabat dan menghampiri meja
kerjanya.

“That table not belong to you anymore, Stephen.” Madam Erendella bangkit berdiri
dan menghampiri Stephen.
“What?!” Stephen terkejut.
“James, bacakan suratnya.” Madam Erendella duduk berhadapan dengan Stephen sambil
menongkat dagu.

Kelihatan seorang jejaka awal 40an berdiri dan membuka sampul surat bersaiz A4 lalu
mula membacanya isinya.

“Isi surat yang telah diterjemahkan dari Bahasa Indonesia. Kiriman faks daripada
Indra Enterprise and Co. Kepada Tuan Stephen Hawks, sukar sekali saya ingin membuat
keputusan namun melihat kepada segala gosip liar yang semakin berleluasa, video
viral Tuan Stephen bergaduh bersama orang awam, penularan gambar separuh bogel
bersama model terkenal, saya amat khuatir akan masa hadapan perancangan perniagaan
dan penyatuan syarikat kita. Gosip liar ini menunjukkan bahawa Tuan Stephen gagal
memisahkan hal peribadi dan juga perniagaan. Ini amatlah tidak relevan dan sangat
tidak profesional. Dengan ini, saya meminta setiausaha dan peguam saya untuk
membatalkan segala perjanjian yang telah termetrai di antara S.H Co. dan Indra
Enterprise and Co. Segala dokumen telah saya sediakan. Selamat maju jaya.”

Selesai membacakan isi surat itu, James, yang merupakan setiausaha kanan Madam
Erendella kembali duduk. Kelihatan seorang lagi jejaka bangkit berdiri dan
menghampiri Stephen.

“Selamat siang, Tuan Stephen. Saya, Hartono, peguam Tuan Indra. Ini dokumen serta
fail pembatalan perjanjian untuk simpanan Tuan Stephen. Bagi pihak Tuan Indra, kami
ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang terjadi.”

Stephen memejamkan mata dan melepaskan keluhan maha berat. Dia tersenyum kelat dan
mencapai fail yang dihulurkan Hartono padanya. Hartono tunduk dan berlalu bersama
setiausaha Tuan Indra. Stephen mengurut dahinya. Kepala mulai berdenyut lagi.

“You lost everything. Dalam sekelip mata sahaja. Apa perancangan kau seterusnya
Stephen?” Madam Eren merenung ke arah Stephen.
“Get out from my office!” Stephen menjerit.
“If you need anything, give me a call, my son.” Madam Erendella memasang semula
kaca mata hitamnya dan berlalu pergi bersama James.

Stephen menghempas fail ke atas mejanya. Mark mendapatkan Stephen dan cuba
menyabarkan rakan baiknya itu. Stephen merenung Mark. Matanya merah menahan
airmata. Mark faham benar sifat Stephen bila dia sudah terlalu marah.

“Maafkan, Tilia.” Atilia bersuara dan menghampiri Stephen.

Atilia memeluk Stephen erat. Stephen terkedu. Tangannya mengusap lembut kepala
Atilia.

“Tilia yang cadangkan supaya abang berjumpa dengan mama Eren. Maafkan Tilia.
Rupanya selama ini dia berlakon untuk berbaik dengan Tilia untuk umpan abang.
Maafkan Tilia.” Atilia mula menangis.
“Tilia, ini bukan salah sesiapa. Dia perempuan licik. Abang masak sangat dengan
perangainya.” Stephen mengucup dahi Atilia. Perlahan pelukan dilepaskan.

Stephen mengalihkan pandangan pada Mark. Mark memejamkan mata dan mengurut dahinya
lalu menarik Stephen dalam dakapan.

“Sabar. Banyakkan bersabar.” Mark menepuk-nepuk bahu Stephen.

“Tiada apa aku boleh buat lagi. Aku tinggal sehelai sepinggang. Company ni dah
tiada apa-apa. Wanita itu yang pegang semua aset dan harta arwah papa. Dia takkan
pernah berhenti mahu menyusahkan hidup aku sampai dia puas. Ini yang dia mahukan.
Dia mahukan lagi 30% harta peninggalan arwah papa jadi miliknya. Kapal Benetti juga
dia dah rampas. Simpanan syarikat, saham dan segalannya akan jadi milik dia.”

Pelukan Mark semakin erat. Stephen sangat kecundang saat ini. Perlahan pelukan
dileraikan.

“How about Nerina?” Soal Mark.

Stephen hanya mendiamkan diri. Namun matanya mulai berkaca. Atilia menekup mulutnya
seakan tak percaya melihat kesedihan dalam raut wajah Stephen.

“I lost her.” Stephen tertunduk dan menyeka airmatanya menggunakan ibu jari.
“Kau give up?” Soal Mark.
“Dia dah balik dengan Vince.” Stephen senyum dalam tangisan
“Kau yakin?”
“Kau ni kenapa? Dah terang-terangan dia dengan lelaki tu. Apalagi aku boleh buat?!”
Stephen melepaskan amarahnya.
“Kenapa cepat sangat nak give up?!” Mark melepaskan geramnya sambil menghulurkan
telefon pintar Atilia pada Stephen.
“Insta-Story Nerina. I follow her di Instagram. Looks like they’re not getting back
together but stay close as a friend.” Atilia mula bersuara.

Stephen terkedu. Dia mencapai telefon pintar jenama Huawei itu dari tangan Mark.
Melihat gambar serta ayat yang tertulis.

‘Stay strong my best buddy. I’m here for you.’

“Nerina mula deactivated Facebook dan Instagram last week but this morning dia
aktif semula. Dia ada juga post status mengatakan Iphone dia ada masalah sebab tu 3
hari dia tak dapat dihubungi dia cuma terima tempahan melalui e-mail sahaja.”
Atilia menjelaskan segalanya.

Stephen terduduk di atas sofa dan menekup wajahnya.

“Aku nak kau jumpa seseorang.” Mark membuka pintu bahagian pantri dan kelihatan
Mario dengan menggunakan kemeja-T dan jeans menghampiri Stephen.
“Sir.” Mario memanggil Stephen dan membuatkan jejaka itu mengangkat wajah dan
terkejut.
“Mario! How are you?!” Stephen bangkit dan bersalaman bersama Mario.
“Saya baik saja, sir. Maafkan saya atas segalanya.”
“Apa pula nak minta maaf? Saya yang patut minta maaf. Kau dan Shah dah tak kerja
sekarang. I’m sorry.”
“Sir, maafkan saya. Gina dah bayar saya dan Shah untuk tutup mulut tapi mendengar
khabar Sir Stephen dari Mark, saya serba salah.”
“Apa maksud kau Mario?!”
“Sebenarnya Miss Nerina tak melarikan diri. Dialah yang menghantar Sir Stephen ke
hospital bersama saya dan Shah. Miss Nerina setia menanti sehinggalah Madam
Erendella dan Gina muncul. Mereka halau Miss Nerina. Gina telah mematikan akses
telefon pintar Nerina dengan meminta saya godam sistem itu melalui website. Maafkan
saya. Saya perlukan duit saat itu. Saya terdesak. Adik saya ditahan dilokap dan itu
juga sebenarnya helah Gina agar saya dan Shah menurut kehendaknya.” Mario tunduk
dan berlutut di hadapan Stephen.
Stephen memejamkan mata dan melepaskan keluhan maha berat. Dia terduduk dan
menyandarkan tubuh ke sofa. Stephen mengurut dahinya. Pandangan dialihkan pada
Mario. Jejaka itu tunduk ketakutan.

“Kau dah lama bekerja dengan aku. Sanggup kau khianati aku.”
“Maafkan saya, tuan.” Mario memeluk erat kaki Stephen.
“Stephen, Mario tak bersalah. Dia juga diperangkap. Gina adalah dalang segalanya.
Kau dah nampak gambar kau separuh bogel tu? Nah!” Mark menghempas majalah hiburan
ke atas meja. Stephen terkejut.

“Itu gambar bila?! Ini ke hasil Gina mengandung?! Kau masih nak bagi muka?!” Mark
mula meninggikan suara.

“Ini masa hari jadi aku!” Stephen memerhatikan gambar itu.

“Abang seharian tak masuk office dan lewat petang baru balik rumah.” Atilia
mencelah.

“Apa perempuan ni dah buat?!” Stephen mendengus geram.

“Apa dia dah buat?! Dia racun kau supaya ‘lalok’ dan tak sedarkan diri supaya dia
boleh ambil gambar ni dan manfaatkannya bila kau dah bersama Nerina!” Mark bernada
tegas dan menghampiri Stephen.

“Aku dah tak tahan tengok kau dibuat macam ni! Bangun Stephen! Kau bukan lagi
Stephen yang aku kenal! Kau nak mengalah dengan Nerina?! Kau nak kehilangan dia?!
Kau nak biarkan semua ni berakhir tanpa penjelasan?! Bangun! Kau nak biarkan Nerina
hanya akan jadi bayang-bayang kau?!” Mark merentap kedua belah bahu Stephen dan
merenungnya.

“Perempuan itu dah lama berkomplot dengan Erendella untuk memanipulasi kamu,
sayang.”

Stephen mengalihkan pandangan pada satu suara yang kedengaran dari muka pintu.
Kelihatan Madam Leah menghampiri Stephen. Dia membetulkan ikatan tali leher dan kot
Stephen.

“Maafkan mama kerana tinggalkan Stephen dan lari ke England. Erendella mengugut
akan mengancam nyawa kamu dan Atilia. Mama rela dibenci oleh kamu asalkan kamu
selamat. Mama masih ingat. 2 tahun Stephen tidak menghubungi mama. Mama cukup
bahagia bila Stephen mengunjungi mama di England 3 tahun yang lalu.” Madam Leah
mengucup lembut kedua belah pipi Stephen.

“Stephen tak boleh marahkan mama terlalu lama.” Stephen merangkul erat wanita
dihadapannya.

“Kejar cintamu, sayang. Kejar duniamu. Nerina itulah duniamu. Jangan risaukan Gina.
Perempuan licik itu perlu diajar. Tak apa jika Nerina menolakmu, true love will
always win.” Madam Leah berbisik pada Stephen.

Stephen tersenyum. Airmatanya mengalir. Atilia dan Mark menghampiri mereka berdua.
Mereka berempat berpelukan. Stephen mengalihkan pandangan pada Mario. Stephen
merangkul erat tubuh sasa jejaka itu.

“Terima kasih, Mario. Kau teman baik yang paling setia.”


“Maafkan saya, sir.”
“Bukan salah kau. Adik kau apa khabar?”
“Dia dah bebas. Masih menganggur sebab company tempat dia bekerja dah buang dia.”
Sayu Mario menjelaskan segalanya.
“Beri saya masa untuk perbetulkan semuanya. Saya janji.” Madam Leah mencelah dan
mengusap belakang tubuh Mario. Jejaka itu tersenyum.
“Stephen tak tahu pula mama ni detektif.” Stephen mengusik Madam Leah.
“Come on. Stephen lupa ke mama ni bekas ejen CIA semasa di England? Criminal minds?
Hands on me!”
“Oh... patutlah Stephen selalu nampak mama ke rumah dengan kereta gelap! Masa itu
Stephen ke England, papa dan mama bawa bercuti!”
“Masa itu Stephen masih budak lagi!” Madam Leah mencuit hidung Stephen.

Sinar kebahagiaan mengisi semula ruang hati Stephen yang rawan. Melihat senyuman
itu, Madam Leah lega. Namun masih banyak perlu dilakukan.

‘Kakak, dia dah kembali senyum. Terima kasih selalu menemani Leah.’ Madam Leah
bermonolog dalam hati.

BAB 35

Nerina menuangkan minuman susu badam ke dalam cawan dan memberinya pada Vince yang
terbaring lemah. Jejaka itu tersenyum dan cuba untuk bangkit namun rebah semula.

"Vince, slowly. Belum cukup kuat lagi. Tak apa aku bagi prop up sikit katil ni
supaya kau menyandar." Nerina beralih ke bahagian kaki katil dan menaikkan sedikit
kepala katil ke 45 darjah.
"Thank you, Rina. Kau tak nak balik rumah dan rehat ke?" Vince menyoal sambil
merenung Nerina.
"Sini pun boleh rehat. Ada bilik mandi ada tv. Boleh relaks." Nerina tersenyum.
"Baring atas katil tak sama macam baring di kerusi rehat tu."
"Tak apa. Aku ok saja. Jangan risau. Kau tu yang patut rehat secukupnya."

Nerina kembali menghulurkan cawan berisi susu badam pada Vince. Jejaka itu
menyambutnya dengan senyuman lalu menghirup perlahan.

"Rina, sebenarnya aku ada benda nak tanya." Vince merenung wanita dihadapannya.
"Apa dia?"
"Aku harap kau jujur dengan aku."
"Macam serius saja bunyinya. Nervous aku." Nerina ketawa.
"Kau memang cintakan Stephen?"

Nerina terkedu. Wajah yang tadinya ceria bertukar suram. Dia tertunduk dan tak
mampu merenung wajah Vince lagi.

"Maafkan aku kalau pertanyaan aku buat kau tak senang. Aku ambil berat tentang
kau." Vince mula mencapai jari-jemari Nerina dan menggenggam erat.
"Tak apa Vince. Aku ok." Nerina senyum kelat.
"Aku harap kau jujur dengan diri kau sendiri. Aku tahu sakit untuk kau telan
kenyataan diperlakukan seperti itu."
"Vince, can we stop talk about this?" Nerina merenung wajah Vince.
"Sampai bila kau nak deny perasaan kau, Rina? Kau sayangkan dia, bukan?" Vince mula
bersuara lantang.
"Vince, stop."
"Kau masih cintakan dia, bukan? Say it, Rina!"
"Vince! Stop!" Mata Nerina mula bergenang dengan airmata.
"I'm sorry. Come here." Vince menarik Nerina dalam dakapannya. Nerina menolak dan
berlari keluar dari bilik itu.
"Nerina!" Vince melepaskan keluhan maha berat.

Nerina menyeka airmata yang mulai mengalir. Dia mengatur langkah menuju ke lif
hospital dan mahu turun ke tingkat bawah. Ting! Pintu lif terbuka. Saat Nerina mahu
melangkah masuk, langkahnya terhenti.

Detak jantungnya mulai laju dan dada terasa sebak. Nerina berundur dan pintu lif
hampir tertutup namun tangannya ditarik masuk ke dalam ruangan lif. Nerina
terkejut. Mata mereka bertentangan. Deruan nafas mulai kedengaran.

'Bila memang harus melepaskan, apakah aku sanggup melihatnya pergi? Aku amat
menyintaimu, Nerina.

'Adakah kau sedar keteguhan hati ini berharap agar masih punya ruang untukmu,
Stephen?'

"You ok? Sorry I tarik you macam tu saja." Ibu jarinya mulai mengusap lembut bawah
ukiran bibir Nerina.

Nerina terkedu. Mulutnya tak mampu berkata-kata. Rangkulan erat Stephen pada
pinggangnya membuatkan dia terdorong lebih dekat ke dalam dakapan jejaka itu.

"I miss you." Bisikan itu membuatkan dada Nerina berombak menahan perasaan.
"Why you do this?" Nafasnya menderu deras.
"Because I need you." Getaran suara Stephen mulai menggoyahkan tembok ego Nerina.
"No, I mean, apa kau buat disini?"
"I want to see you." Ibu jari Stephen mengusap lembut bawah bibir Nerina. Anak
matanya tak berhenti merenung Nerina. Sedalam hatinya yang amat mencintai wanita
itu.

Nerina menahan perasaan. Tak dapat dinafikan jejaka itu punyai kunci untuk membuka
hati dan keinginannya. Namun mengingat kembali pengkhianatan yang dilakukan, Nerina
seakan sedar dari angannya. Nerina menolak Stephen saat pintu lif mulai terbuka.
Stephen mahu menggapai tangan Nerina semula namun gagal. Pintu lif tertutup semula.

Nerina berlari menuju ke tempat letak kereta. Tak tertanggung lagi rasa sesak dalam
dada. Airmatanya mengalir. Sampai di tempat parkir, Nerina memboloskan diri ke
dalam kereta. Dia menekup mulut dan menangis semahunya.

'Kenapa hati aku berdebar bila melihatmu? Sakit sekali rasanya.' Nerina bermonolog
sendiri. Bayangan wajah Stephen bermain dalam minda. Nerina meraung sekuat hatinya,
melepaskan segala yang terbuku dalam dada.

Stephen berdiri kaku di dalam lif. Dia memejamkan mata dan menahan sebak yang mulai
menyelubungi hati. Tanpa sedar, airmatanya mengalir.

'Beri aku sedikit peluang untuk menjelaskannya. Maafkan aku, Nerina. Aku meragui
kesetiaanmu. Aku tahu kau masih sayang padaku kerna aku jua begitu!' Stephen
berbisik dalam hati. Keluhan maha berat dilepaskan.

Stephen melangkah ke wad kelas pertama. Mencari bilik yang menempatkan Vince. Saat
ketemu, dia membuka pintu dan terkejut bila melihat jejaka itu sudah terjelepok
jatuh dan meniarap di atas lantai. Stephen segera menghampiri dan membantu Vince.
Wajahnya pucat. Vince berada dalam keadaan yang sangat lemah.

"Vince! Vince kau ok? Stay awake! Nurse! Tolong! Doktor!" Stephen menjerit dan saat
itu juga kelihatan jururawat berlari masuk dan mendapatkan Vince.

Stephen memapah Vince dan meletakkannya di atas katil semula. Stephen berundur saat
jururawat mula memeriksa tanda vital Vince. Jantung Stephen seakan terhenti bila
jejaka itu menggenggam erat tangannya. Stephen terkedu. Vince merenung tepat ke
dalam anak matanya. Renungan yang membawa sejuta makna. Perlahan mata itu mulai
redup. Stephen menghampiri semula namun jururawat menghalang. Genggaman tangan
mulai terlerai.

"Maafkan saya, encik. Encik tunggu diluar sebentar ya sementara kami periksa dia."
Jururawat meminta Stephen menunggu diluar. Stephen akur dan melangkah dengan
perasaan gelisah.

Kelihatan seorang jejaka dengan kot berwarna putih dan stetoskop yang tergantung di
leher memasuki bilik Vince. Stephen tidak senang hati. Dia mengurut dahinya.
Denyutan itu datang lagi. Stephen menyeringai menahan sakit. Dia masih mahu
menunggu keputusan doktor. Seorang jururawat menghampiri Stephen.

"Encik ahli keluarga dia?" Soalnya.


"Bukan. Saya datang nak melawat saja."
"Encik tau mana penjaga dia pegi?"
"Saya ada terjumpa dia di lif. Mungkin dia ke kantin atau balik ke rumah."
"Hairan juga ya. Sebab penjaga dia kalau ke kantin mesti akan maklumkan pada kami.
Tak apa, encik. Kami akan hubungi dia segera."
"Baiklah, nurse. Macam mana keadaan dia ya?"
"Apapun, kita tunggu keputusan dan penjelasan doktor."
"Thank you, nurse.".
"You're welcome, sir."

Stephen setia menanti keputusan doktor. Denyutan di kepala semakin kuat. Stephen
menghela nafas panjang. Seorang jururawat datang dan memberikan Stephen kerusi
untuk duduk. Stephen tunduk dan mengucapkan terima kasih.

"What happened?!" Bergema ruang menunggu itu dengan suara seorang wanita. Suara
yang amat dikenali. Nerina.

Stephen mengangkat wajah dan melihat wanita itu berjalan menghampirinya. Airmata
yang mengalir dipipi wanita membuat hati Stephen bertambah rawan. Saat mereka mulai
mendekat. Stephen bangkit dan mahu memeluk, menenangkan Nerina.

Pang! Satu tamparan hinggap dipipinya. Stephen terkedu. Berdengung telinga dan
denyutan kepala semakin perit. Stephen mengalihkan pandangan pada Nerina. Wajahnya
penuh dengan kebencian dan amarah yang membuak.

"Stay away from Vince! Stay away from us! Kau tak layak ada di sini! Berapa kali
kau nak sakitkan Vince?! Huh?! Kau belum puas?! His dying and you hurt him! Aku
harap kau akan rasa apa yang Vince rasa!" Wanita itu menjerit bersama tangisan.
Stephen menahan sebak dalam dada.

"I... just came here... to..." Terketar-ketar suara Stephen cuba menjelaskan namun
belum sempat dia meneruskan kata-kata, Nerina mencelah.

"Bukan Vince yang sepatutnya menderita tapi kau! Get out from here! I don't want to
see your face again!" Nerina meraung dalam tangisan. Sakit dalam hati tak mampu
ditahan lagi.

"What?" Stephen menahan sebak yang menebal. Airmata mulai bergenang namun ditahan.

"His dying! Dan kau tambahkan lagi kesakitannya! Stay away from us!" Nerina menolak
dada Stephen dengan penuh amarah. Tak lama kemudian Flora muncul dan menarik Nerina
dalam dakapnnya.
"Kenapa ni? Sabar." Flora mengusap lembut kepala Nerina. Matanya merenung Stephen.

Melihat airmata yang mulai menitis dari mata jejaka itu, Flora terkedu. Stephen
cepat-cepat menyeka airmata itu dengan ibu jarinya. Dia tersenyum pada Flora dan
berlalu pergi.

"Stephen, wait!"

Langkah Stephen terhenti. Dia berpaling pada suara itu. Flora mendapatkannya.

"I'm sorry. Nerina bercelaru." Flora merenung wajah Stephen. Wajah yang penuh
dengan keikhlasan.
"Tak apa, Flora. Salah saya. Disebabkan saya, Vince merana."
"Vince ada kanser paru-paru dan cuma kami berdua saja yang dia ada. Beri sedikit
ruang untuk Nerina, ya? Saya harap awak kekal bersabar."

Stephen terkejut mendengar kata-kata Flora. Perasaan bersalah menyelubungi diri.

"Betul kata Nerina. Patutnya saya yang berada di dalam bukan Vince. Saya tak tahu
Vince ada lung cancer." Stephen tertunduk menahan sendu.
"Jangan cakap macam tu, Stephen. Ajal maut ditangan Tuhan bukan tangan kita.
Apapun, banyakkan bersabar. Nerina perlukan masa untuk hadapi semua ni." Flora
mengusap lembut bahu Stephen sebelum berlalu masuk semula ke dalam wad.

'Maafkan aku.' Stephen berbisik dalam hati sambil berlalu pergi. Sempat dia menoleh
semula berharap agar Nerina ada di situ namun hampa. Stephen tersenyum. Kini dia
sedar di mana kedudukannya. Jurang yang tercipta tak mungkin dapat dirapatkan
semula. Hati Nerina semakin jauh dari dirinya.

NERINA bangkit berdiri saat didatangi oleh doktor. Flora turut setia menanti
keputusannya.

"Macam mana dengan Vince doktor?" Soal Nerina.


"Dia stabil cuma masih lemah. Saya ingin memohon maaf di atas kecuaian yang
berlaku. Saya akan membuat laporan insiden untuk hal ini. Saya harap pihak cik
Nerina boleh maafkan dan diharapkan ianya tak berulang lagi." Doktor dengan tag
nama Khoo itu menjelaskan satu persatu pada Nerina.
"Maksud doktor?" Soal Nerina kehairanan.
"Menurut Vince sendiri, dia terjatuh dari katil masa dia nak ambil handphone dia
yang ada dalam laci. Dia cuba untuk bangun semula tapi badannya masih lemah. Mujur
saja ada seorang jejaka membantu dia tadi kalau tak sampai bila-bila kita tak tahu
Vince terjatuh dari katil." Doktor Khoo menjelaskan sambil matanya mencari jejaka
yang dimaksudkan oleh jururawatnya.
"Mana lelaki tu?" Soal Doktor Khoo pada jururawatnya.
"Eh, tadi dia ada sini. Mungkin dia dah keluar." Jururawat menjawab.
"Oh, tak apalah. Harap kamu bersabar ya. Pastikan Vince rehat secukupnya."
"Terima kasih, doktor, nurse." Flora mencelah.
"Sama-sama." Doktor Khoo menjawab lantas berlalu ke kaunter jururawat.

Nerina terkedu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Vince. Jejaka itu tersenyum
dalam wajah yang pucat. Nerina menghampiri lantas memeluknya erat.

"Kenapa nangis? I'm ok!" Vince membelai lembut kepala Nerina.


"I'm sorry." Nerina mengalirkan airmata.
"Jangan marah lagi ya." Bergetar nada suara Vince. Nerina mengangguk.
"His here just now. His the one who helped me." Vince meleraikan pelukan dan
merenung Nerina.
"Siapa?" Soal Flora.
"Stephen." Vince bernada sayu.
Nerina tertunduk. Sebak dalam dada tak mampu dibendung lagi.

"Rina, you ok?" Soal Vince sambil mengangkat dagu Nerina.


"Babe." Flora menarik Nerina dalam dakapannya. Vince terkedu.

Flora membelai lembut tubuh Nerina. Dia menangis semahunya. Flora telah mendengar
semua kata-kata kesat yang telah Nerina lontarkan pada Stephen.

"Pegi minta maaf pada Stephen." Flora berbisik. Dia meleraikan pelukan dan menyeka
airmata Nerina. Nerina mengangguk. Dia berlari keluar dari bilik itu dan menuju
tangga ke tingkat bawah. Dia melajukan langkah menuruni anak tangga.

Nerina mencari kelibat insan yang membuat hatinya sentiasa berdebar. Tiada. Nerina
berlari lagi menuju ke lobi hospital mencari insan yang telah dia lukai. Tiada.
Langkah diatur laju menuju ke tempat letak kereta. Nerina hampa. Dia sudah pergi.

Nerina menekup mulutnya. Kakinya seakan tak mampu berpijak lagi. Airmata mengalir
laju. Nerina terduduk di bahagian menunggu bas, menyeka airmatanya. Nerina bangun
lagi dan berlari mencari jejaka yang amat dia cintai. Seperti orang hilang akal,
Nerina tak mahu berputus asa.

'Stephen, where are you? Please forgive me, I love you. I love you, Stephen. I'm
sorry. Sorry.' Nerina meraung dalam hati. Kehampaan menyelubungi diri.

"Bila kau tak mencintaiku lagi


Katakanlah mungkin aku mengerti
Bila kau tak menginginkanku lagi
Bicaralah karna aku peduli
Tapi jangan kau menghindari aku
Seperti ini, seperti ini

Bila memang harus berakhir


Aku rela meninggalkan semua mimpiku
Tapi bantu aku sadari
Apa yang kau inginkan
Katakanlah kepadaku
Buatku mengerti

Bila kau ingin lukai hatiku


Lakukanlah buat aku menangis
Bila kau ingin akhiri cintaku
Tegaskanlah buat aku tak berarti

Tapi jangan kau menggantungkan cinta Seperti ini, seperti ini...."

Stephen memandu kereta BMW M3 miliknya meninggalkan perkarangan hospital bersama


kedukaan dalam hati. Nyanyian merdu Dygta - Bila Memang Harus Berakhir, menemani
dirinya. Stephen menyeka setitis airmata yang jatuh. Airmata yang telah membunuh
egonya sebagai lelaki. Kata-kata itu menusuk jauh ke dalam sanubarinya. Dia akur.
Dia pasrah.

BAB 36
MADAM Leah melangkah masuk ke dalam apartment milik Madam Eren. Kelihatan wanita
separuh abad itu sedang duduk di ruangan meja makan. Senyuman sinis Madam Eren
menyambut kehadiran Madam Leah. Mereka bertentangan mata.

"How are you, Leah?" Soal Madam Eren sambil menghirup perlahan gelas berisi wain
merah.

"Ada apa kau panggil aku ke sini?" Soal Madam Leah. Malas rasanya dia hendak
berdalih dengan wanita dihadapannya.

"Have a sit. Janganlah kasar sangat. Aku rindu kau." Madam Eren menjemput Madam
Leah untuk duduk bersamanya.

"Aku tak banyak masa. Banyak urusan aku di luar." Madam Leah berpeluk tubuh dan
bernada tegas.

"Apa juga yang kau sibukkan? Sibuk nak buka muslihat aku?" Madam Eren ketawa besar
sambil menghirup lagi wain merahnya.

"Perempuan sihir. Apa yang kau dengan anak buah kau yang gila tu dah buat pada
Stephen?!" Madam Leah tak mampu menahan amarahnya lagi.

"Sabar, Leah. Kenapa kau perlu tanya aku sedangkan John yang bersalah dalam hal
ini?"

"What?!"

"Anak itu diberikan mandat mewarisi semua hartanya. Jadi aku? Apa guna aku?! 5
tahun dia menderita ada wife yang macam mayat hidup, siapa yang jaga makan minum
dia semua kalau bukan aku?! Aku sanggup jadi orang suruhan walaupun aku bukan
ditugaskan untuk jadi orang gaji sebab aku kasihan tengok anak beranak itu tak
terurus! Bila dia dah nak mati, wasiat semua jadi milik Stephen?! Apa kurangnya
aku?!"

"Kau perampas rumah tangga kakak aku! Kau racun Leonah sedangkan dia masih ada
peluang untuk hidup! Kau goda John! Kau seksa dan dera Stephen! Perempuan jenis apa
kau ini?!"

"Kau takkan faham kalau kau tak hidup dalam kemiskinan! Aku jadi pemungut anak
abang aku yang kaki mabuk dan perempuan! Hidup aku sengsara bila aku mula jaga
Gina! Kau fikir seronok ke ada hidup macam aku?!"

Madam Leah terkedu saat melihat Madam Eren mula menitiskan airmata. Wanita itu
terua berpaling dan menyembunyikan wajahnya. Itulah kali pertama Madam Leah melihat
wanita itu sedemikian rupa.

"Kau licik, Erendella. Kau rampas semua kepunyaan Stephen. Kau guna Gina untuk
menggoda dan memanipulasi Stephen. Kau jadikan Gina kambing hitam kau! Anak siapa
yang Gina kandungkan?! Anak Tuan Indra, bukan?!"

Madam Eren terus berpaling. Dia merenung Madam Leah dengan penuh dendam.

"Aku ada bukti dan aku akan heret kau hidup-hidup ke penjara bersama anak buah kau
yang gila tu. Aku ada bukti dan fail segala pembohongan kau. Jangan ingat aku lari
ke England kerana aku takutkan kau. Aku lari membawa satu janji aku pada Leonah.
Demi Stephen."

"Silakan, Leah! Silakan! Kau lupa aku ada semua kepunyaan Stephen?! Aku boleh buat
apa saja untuk bebaskan diri aku! Ya, memang aku yang menukar segala wasiat! Aku
berkomplot bersama James untuk menukar wasiat Stephen ke tangan aku! Syarikat
Stephen masih ada share 15% kepunyaan Leonah dan aku kena dapatkan cop syarikat si
mayat hidup itu tapi aku gagal. Sebab itu aku tak dapat miliki 30% lagi harta John
Hawks! Aku racun Leonah supaya dia mampus! Aku jadikan Gina kambing hitam untuk
goda Tuan Indra dan mengambil 10% lagi keuntungan syarikat Stephen. Tapi aku tak
sangka si orang tua gila itu tiba-tiba tarik diri dari rancangan aku. Gina
mengandung! Siapa nak tanggung?! Siapa lagi kalau bukan si bodoh Stephen! Tak
sangka helah Gina itu aku jadikan umpan agar mereka berkahwin dan 20% lagi syarikat
akan milik anak dalam perut Gina. Kau patut puji aku, Leah. Tiada yang selicik
aku."

"Anak aku bukan bodoh! Kau yang memanipulasi dia!" Madam Leah melepaskan geram bila
Stephen dikeji.

"Entah muncul pula si gadis kampungan dan miskin bernama Nerina Ash! Gadis bodoh
yang sangka hidupnya akan berubah bila di cintai lelaki kaya! Dia hampir merosakkan
rancangan aku! Tapi Gina lebih bijak mengatur segalanya. Dia lebih arif tentang hal
ini. Kasihan Nerina. Mangsa keadaan!" Madam Eren ketawa besar lalu menghirup wain
merahnya.

"Licik! Tapi kau tak selicik yang aku sangka. Maafkan aku, Erendella. Jumpa kau di
penjara." Madam Leah tersenyum sinis dan berlalu pergi.

Madam Eren mula berasa tak senang hati akan perbuatan Madam Leah. Seakan ada
sesuatu yang tak betul. Madam Eren menghubungi James dan pengawal peribadinya.

"Cari Leah Jones. Kalau perlu, bunuh saja." Madam Eren mematikan panggilan telefon.
Dia duduk dan tersenyum sinis.
"Permainan baru bermula, Leah." Madam Eren ketawa besar lalu menghirup lagi wain
merahnya.

"Kau ingat aku bodoh, Erendella? Kau belum kenal aku siapa." Madam Leah memasang
kaca mata hitamnya. Kelihatan seorang jejaka menghampiri.

"Puan. Maaf saya lewat." Jejaka itu menyapanya.

"Tak apa, James. Mana yang lain?" Madam Leah memboloskan diri ke dalam kereta di
bahagian penumpang.

"Mereka ada di sana, puan."

"James, awak sanggup nak bunuh saya?" Soal Madam Leah bernada sinis.

James ketawa sambil memasang kaca mata hitamnya. Dia merenung Madam Leah. Senyuman
terukir. Rakaman dari kameranya disimpan dalam beg. Madam Leah menghela nafas lega.

"Kalau saya dah sayang, maaf, saya tak sanggup." James mencapai jari-jemari Madam
Leah dan mengucup lembut.

"Erendella ingat dia dah menang." Madam Leah membelai wajah James.

"Dia lupa, saya ini sama seperti awak. Criminal minds." James mengucup dahi Madam
Leah.

"Saya akan buat apa saja untuk Leonah dan Stephen. Terima kasih, James."

"Saya juga sama. Saya setia menunggu awak, puan."

"Jangan nak skema sangat panggil saya puan! Hello! Awak belum lamar saya lagi!"
"Dah lamar 5 tahun dulu tapi awak yang ubah fikiran. Tak apa, saya faham. Kematian
Leonah perlu dibela. Saya selalu ada untuk membantu."

"Maafkan saya, James."

"Jangan cakap begitu, sayang."

Madam Leah melentokkan kepala pada bahu James. Kelihatan Mario dan Shah masuk ke
dalam kereta di bahagian hadapan.

"Maafkan kami lewat, puan. Motorsikal Shah buat hal." Mario yang berpeluh-peluh
mula menghidupkan enjin kereta.

"Maaf ya, puan." Shah bersuara.

"Saya dah kata nak jemput, awak berdua degil nasib saya boleh alihkan perhatian
perempuan sihir tu lama sikit." Getus Madam Leah.

"Kami tak nak susahkan puan. Bilik sewa kami jauh." Sayu Mario bersuara.

"Mario, Shah. Saya dah anggap kamu berdua macam anak saya, sama seperti Stephen.
Tak ada apa nak dimalukan. Mario, saya ada berita gembira. Tapi selepas selesai
semua urusan ini, saya akan umumkan." Madam Leah menepuk-nepuk bahu Mario.

"Baik, puan. Tak sabar pula rasanya. Apa dia tu puan?"

"Sabar!" Getus Madam Leah.

"Baik!" Mario menggelabah dan terus memandu pergi dari kawasan apartment itu.

GINA terkejut bila dia didatangi sebuah kereta BMW X6 berwarna hitam. Kereta itu
mendekati kawasan rumahnya. Gina berundur beberapa langkah saat melihat wanita yang
keluar dari kereta itu.

Senyumannya membawa sejuta makna. Wanita itu menanggalkan kaca mata hitamnya lalu
menghampiri Gina yang baru sahaja keluar dari kereta. Gina berdebar saat itu wanita
merenung perutnya.

"Maafkan saya, baby. Kenapa perlu kau bernyawa dalam perut wanita seperti ini? Dia
akan lemaskan kau dalam kandungan bila dia dah kahwin dengan Stephen. Hati
binatang!"

Pang! Madam Leah menampar pipi Gina. Wanita itu tersandar ke kereta.

"Aku akan heret kau ke penjara!" Madam Leah menarik lengan Gina.

"Lepas! Lepaslah!" Gina menjerit.

"Kau binatang! Anak itu tak salah apa-apa! Kenapa kau sanggup berfikiran macam ni?!
Kau ni baik mampus!" Madam Leah melepaskan geramnya pada Gina.

"Lepas! Sakit!" Gina meraung dalam tangisan minta dilepaskan.

Tak lama kemudian sebuah kereta polis menghampiri. Gina meraung ketakutan dan mahu
melarikan diri. Namun Madam Leah tangkas bertindak dengan merentap kedua belah
tangan Gina dan membawa ke belakang. Gari kemas dipasang pada pergelangan
tangannya.
"Take her." Madam Leah melepaskan keluhan saat didatangi 3 orang pegawai polis.
Salah seorang dari mereka yang berpakaian biasa menghampiri Madam Leah.

"Its good to see you. I wish we can be like our old time."

"Come on, David. Saya dah berumur!"

Jejaka bernama David itu memberi tabik hormat pada Madam Leah. Senyuman terukir.
Madam Leah mengatur kolar baju jejaka itu.

"Memang dari dulu kolar baju T-shirt kau susah nak kemas ke?" Soal Madam Leah.

"Oh, maaf, madam." David tersengih.

"Bila nak kahwin, David?" Madam Leah tersenyum.

"Masih nak membujang, madam. Saya ada 1 lagi kursus di Switzerland PD."

Madam Leah menekup mulut dan menepuk bahu David. Dia memeluk jejaka itu.

"I'm so proud of you. Anak didik saya yang betul-betul ikut acuan saya." Madam Leah
meleraikan pelukan.

"Terima kasih, madam. Madam, bila nak kahwin?" David tersengih.

"Ehemm!"

Mereka mengalihkan pandangan pada jejaka yang menghampiri. James membuka cermin
mata hitamnya lalu mendapatkan Madam Leah.

"Ops! Maaf." David menghulurkan tangan untuk bersalaman. James menyambutnya.

Madam Leah ketawa. James merangkul dan menepuk bahu David.

"Tahniah, David. Saya tumpang gembira," kata James.

"Terima kasih, James."

"All the best, David. Hope to see you soon." Madam Leah mencelah.

"Ini rakaman Erendella. Keep it safe." James menyerahkan beg kameranya pada David.
Jejaka itu menyambutnya.

"Saya akan laksanakan tanggungjawab saya." David memberi tanda tabik. Madam Leah
membalasnya.

Sebelum berlalu, Madam Leah sempat memandang ke arah rumah yang berada di hadapan
rumah Gina. Senyuman terukir.

'Satu lagi misi Leah belum selesai, kakak. Stephen perlukan cinta hatinya. Leah
tahu kakak selalu ada bersama Leah.' Madam Leah memboloskan diri ke dalam kereta
lalu memasang kaca mata hitamnya.

"Awak ok, sayang?" Soal James.

"Saya ok. Cuma hati saya sebak bila melihat rumah itu."

"Kenapa?"
"Itulah rumah Nerina Ash." Mario mencelah.

James menggenggam erat jari-jemari Madam Leah. Dia tahu sekeras-keras sifat Madam
Leah, wanita itu lembut sekali hatinya. Melindungi Stephen adalah misi utama
hidupnya dan James kekal disisi untuk menemani.

BAB 37

NERINA merebahkan tubuh pada kerusi rehat. Pandangan dialihkan pada Vince. Jejaka
itu nyenyak tidur. Nerina tersenyum. Lega rasa hati melihat ketenangan di wajah
Vince. Baru sahaja Nerina mahu melelapkan mata, pintu bilik dibuka. Flora masuk
dengan membawa bungkusan Starbucks di tangan. Dia menghampiri Nerina.

"Nak tido dah?" Soal Flora.


"Baru ja. Sshh... perlahan sikit. Vince tido." Nerina meletakkan jari telunjuk pada
bibirnya.
"Ohh... sorry." Flora tersengih.
"Lewat kau datang harini." Nerina mencapai cawan minuman dari tangan Flora.
"Busy sikit. Cookies banyak. Baru siap pack tadi tu yang terus datang sini." Flora
mengambil tempat untuk duduk di sebelah Nerina.
"Sorry sebab susahkan kau. Pekerja dua orang tu ok?" Nerina memeluk lengan Flora.
"Apa pula menyusahkan. Aku tolong assist ja budak-budak tu buat kerja. Ok. Mereka
rajin tak banyak komplen."
"Baguslah kalau macam tu. Lega hati aku dengar." Nerina melentokkan kepala ke bahu
Flora.
"Babe."
"Hurmm?" Nerina menyedut perlahan Green Tea Frappucino yang dibelikan oleh Flora
untuknya.
"Kau ok?"
"Pelik soalan kau ni. Aku oklah." Nerina tersengih.
"Kau dah jumpa Stephen?" Soal Flora.

Nerina terdiam. Dia melepaskan keluhan. Flora membelai tangan Nerina yang merangkul
erat lengannya.

"Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau merana dan makan hati di kemudian hari. Aku
yakin ada sesuatu yang Stephen ingin jelaskan. Semua yang berlaku perlukan
penjelasan. Lebih baik merana kerana kebenaran daripada biar tergantung sepi tanpa
apa-apa penjelasan. Aku tahu kau masih sayangkan Stephen." Flora mengucup ubun
kepala Nerina.
"Aku tak tau apa nak buat." Suara Nerina mulai bergetar. Flora lantas memeluknya
erat.
"Pegi cari dan jumpa dia. Itulah yang terbaik. Kau tau rumah dia di mana, kan?"

Nerina mengangguk. Flora meleraikan pelukan dan menyeka airmata Nerina. Senyuman
terukir. Flora menyerahkan kunci keretanya pada Nerina. Nerina terkedu.

"Go now. Dia tunggu kau." Flora mengenyitkan mata. Nerina kebingungan.
"Apa maksud kau?! No. Aku stay sini jaga Vince."
"Pegi sajalah. Penat aku nak pujuk. Jangan sia-siakan cinta yang tersisa dalam
hati, Nerina."
"Flora..." Nerina terkedu.
"Now, babe. Dia tunggu kau. Tak apa, aku jaga Vince untuk kau malam ni. Dahlah
Vince, tak payah pura-pura tido!" Flora membaling bungkusan roti ke arah Vince.
Nerina terkejut.
"Adoi! Roti je? Minuman aku mana?!" Vince terbangun.
"Vince!" Nerina segera bangun dan mendapatkan jejaka itu.
"Roti je la. Kau minum air suam je! Bangunlah teman aku borak. Seram pula aku dalam
bilik ni." Flora mencebik.
"Mak nenek betul!" Vince mengomel.
"Vince, apa ni?" Soal Nerina kehairanan.
"Rina, pergilah, dia tunggu kau. Aku ok. Ada Flora boleh jaga. Lagipun aku dah rasa
ok ni. Doktor kata boleh discaj esok." Vince merenung Nerina.
"Korang berdua memang suka nak mainkan aku, kan?" Nerina mencebik.
"Rina, please. Jangan buat Stephen menunggu. Go now." Vince memujuk Nerina.

Nerina memeluk Vince erat. Jejaka itu tersenyum. Nerina mencapai beg silangnya dan
pantas berlalu pergi. Vince tertunduk, menahan sebak dalam dada. Flora menghampiri
dan mengangkat wajahnya. Vince pantas menyeka airmata yang mengalir.

"Its hurt, is it?" Flora memegang dada Vince.


"Yes." Vince mengangguk. Dia menggenggam erat tangan Flora yang berada didadanya.
"Smile, Vince. Kita dah buat yang terbaik. Kita dah buat apa yang kau mahukan."
"Sakit, Flora."

Flora menarik Vince dalam dakapannya. Dia mengusap lembut belakang tubuh jejaka
itu.

"Aku dah tak banyak masa lagi, Flora. Please, jaga Nerina untuk aku." Vince meraung
dalam dakapan Flora.
"Vince, aku janji." Flora menahan sebaknya.
"Janji dengan aku jangan biarkan Nerina menangis lagi."
"Aku janji." Flora tak mampu menahan airmatanya lagi.

Flora meleraikan pelukan. Wajah pucat Vince dibelai. Airmata yang membasahi pipi
jejaka itu disapu lembut dengan tangannya.

"Terima kasih, Flora. Lega aku rasa." Vince tersengih.


"Aku tak suka menangis." Flora ketawa sambil menyeka airmatanya.
"Terima kasih atas segala usaha kau."
"Sama-sama, Vince."
"Eh, dahlah. Aku lapar." Vince mengomel.
"Padan muka! Tau pun lapar! Dah, jom makan. Aku ada bawa makanan." Flora bangkit
dan mencapai bekalan yang dibawa. Mereka berdua menikmati makan malam bersama.

NERINA mematikan enjin kereta saat sudah memasuki perkarangan rumah Stephen. Nerina
terkedu bila dirinya disambut oleh seorang wanita lingkungan usia 40an dan jejaka
berusia pertengahan 50an. Nerina menghampiri mereka.

"Nerina Ash?" Soal wanita itu.


"Ya, saya." Nerina mengangguk. Dia bingung melihat dua orang insan itu.
"Hai, saya Leah."

Nerina menyambut huluran tangan wanita itu untuk bersalaman.

"Saya salah rumah agaknya. Saya balik dulu." Nerina kebingungan dan mahu berpatah
balik.
"Ehh, eehh! Nerina cari Stephen, bukan?" Soal wanita itu.
"Ya." Nerina berpaling semula saat wanita itu menarik tangannya.
"Dia ada di dalam. Come." Wanita itu merangkul lengan Nerina dan membawanya masuk
ke dalam rumah. Nerina yang kebingungan hanya menurut.

Nerina terkedu saat melihat sesusuk tubuh yang membelakangkan dirinya sedang
berdiri di bahagian laman rumah.

"Dia dah lama tunggu, Nerina. Talk to him."

Detak jantung semakin deras. Nerina melangkah perlahan menghampiri jejaka itu. Saat
dia mula berpaling, mata mereka bertentangan. Nerina menahan sebak dalam dada.
Tiada kata yang mampu diucapkan lagi. Runtuh segala tembok keegoan saat menatap
wajah dihadapannya.

Tangan Nerina yang menggeletar menyentuh perlahan seraut wajah yang merenungnya
tika ini. Jejaka itu memejamkan mata, menikmati sentuhan dari wanita yang amat
dicintainya.

Nerina tak mampu menahan perasaannya lagi. Dia menangis lalu membelai kedua belah
wajah jejaka itu. Kerinduan yang terbuku akhirnya terubat. Keegoan yang menggunung
akhirnya runtuh.

Jejaka itu menghampiri dan merangkul erat tubuh Nerina. Seakan mimpi wanita itu
dalam dakapannya semula. Nerina meraung dalam pelukan hangat itu.

"I'm sorry, sorry... I love you so much. I miss you, Stephen." Bergetar nada suara
Nerina.
"Promise me, you will never let me go. Please, don't leave me. Its hurt. I can't
live without you. I love you, Nerina. Only you." Stephen memeluk erat tubuh Nerina.

Getaran suara itu menyentuh segenap hati Nerina. Pelukan dileraikan. Stephen
merenung Nerina. Ibu jarinya menyeka airmata yang mengalir dipipi Nerina. Perlahan
dia mengucup lembut dahi wanita itu.

"I promise. No matter what, I will always stay by your side." Nerina mengucup kedua
belah pipi Stephen.

Madam Leah menyeka airmata yang mulai mengalir saat melihat mereka berdua saling
memaafkan dan tersenyum bahagia. Madam Leah terkejut saat terasa pinggangnya
dipeluk dari belakang. Deruan nafas James membuai perasaannya.

"True love will always win." James berbisik.


"Indeed, James. Thank you sebab sentiasa berada disisi." Madam Leah mengucup pipi
James. Jejaka itu tersenyum.
"I love you, Leah."

Madam Leah berpaling. Senyuman terukir. Dia merangkul erat leher James. Mereka
bertentangan mata. James mengucup lembut dahi wanita yang amat dicintainya itu.

"I love you even more, James. Dah, kita balik. Tak mau ganggu mereka berdua. Esok
kita datang lagi." Madam Leah berbisik.
"Stay with me tonight?" James mengenyitkan mata.
"Kalau tak mau?" Madam Leah mencebik.
"Apa susah. Gari bawa lari." Seloroh James.
"Lupa ke I lagi kuat dari you?" Madam Leah bernada angkuh.
"No, you're not. Cuma I yang ada kunci untuk itu." James membenamkan kepalanya pada
leher Madam Leah. Wanita itu terkejut.
"James, malulah kalau anak dua orang tu nampak!"
"Tau takut." James tersengih.
"I miss you, James." Madam Leah berbisik sambil mengetap bibir. James terkedu.
Bisikan manja itu melemahkan tubuhnya. Jelingan manja Madam Leah membuatnya tak
keruan.

James menarik tangan Madam Leah dan berlalu dari situ. Mereka menekup mulut menahan
tawa kerana tak mahu mengganggu kehangatan kasih antara Stephen dan Nerina.

Stephen seakan bermimpi melihat Nerina berada dihadapannya. Dia langsung tak
menyangka Nerina akan datang menemui dirinya.

"What brings you here?" Soal Stephen.


"Flora suruh." Nerina berdalih. Malu mahu mengaku dia sendiri memang ingin bertemu
Stephen.
"Tipu."
"Betullah. Kalau tak, I tak ingin pun nak jumpa you tapi sebab I sayang Flora, I
jumpa you." Nerina mencebik.
"Amboi, muncung bibir boleh sangkut hanger. Sini, cium sikit!" Stephen menarik
Nerina dalam dakapannya.
"Hey! Jangan, lepaslah!" Nerina ketawa bila Stephen bertindak menggeletek tubuhnya.
"No! You're mine! Come here, Nerina, give me a kiss!"
"Stephen, stop." Nerina ketawa saat Stephen mendukung dirinya.

Stephen mendukung Nerina dan membawanya ke ruang tamu lalu meletakkan Nerina di
atas sofa. Mata mereka bertentangan. Stephen mahu meleraikan dakapan namun Nerina
menariknya semula.

"You're mine, forever." Nerina berbisik sambil merangkul erat leher Stephen.
"Nerina, I love you." Deruan nafas semakin memburu. Stephen menyentuh lembut bibir
Nerina yang mekar itu.
"I love you, Stephen." Nerina mulai memejamkan mata saat Stephen mulai mengucup
bibirnya.

Deruan angin malam memenuhi ruang rumah. Tabir berwarna putih terbang ditiup angin.
Hujan mulai turun membasahi bumi. Deruan nafas berulit kedinginan malam menyulam
kehangatan kasih penuh dengan madah cinta. Kekuatan cinta yang mampu meruntuhkan
tembok keegoan. Bukti bahawa cinta itu mampu melawan segalanya.

FLORA bangun perlahan saat melihat Vince sudah terlena. Dia menyelimuti jejaka itu.
Wajahnya sangat pucat. Flora mengusap lembut wajah Vince. Hatinya tersentuh. Betapa
kuatnya jejaka itu melawan segala kesakitan apatah lagi saat dia melepaskan Nerina
pergi bersama Stephen.

Itu semua bukan mudah bagi Vince. Namun, jejaka itu rela berkorban apa sahaja untuk
kebahagiaan Nerina. Flora melepaskan keluhan. Cinta itu sangat membingungkan. Flora
mengambil tempat untuk duduk di kerusi rehat. Matanya masih belum mengantuk.
Melihat jam, dia membayangkan apa yang Nerina sedang lakukan. Flora tersenyum.
Pasti mereka berdua sudah berbaik semula. Flora terkejut saat menerima Whatsapp.
Dia mencebik.

"Flo, semuanya ok?"

Flora mula menaip dan membalas.

"Ok. Nerina dah pegi jumpa dia."


"Syukurlah. Terima kasih, Flora."
"Terima kasih ja?"
"Habis tu?"
"Tak ada apalah. Good night."
"Buka pintu."
"Huh?!"
Flora mengalihkan pandangan pintu. Jantungnya berdegup kencang.

"Bukalah pintu. Kalau tak I robohkan nanti."

Flora bangkit dan menghampiri pintu. Perlahan dia membuka. Kelihatan seorang jejaka
bersama sejambak bunga ditangan. Dia tersenyum. Flora terkejut.

"Can I come in?" Soalnya.


"No!"
Jejaka itu mengerutkan dahi.
"I mean, yes, sure. Masuklah." Flora menggaru kepalanya yang tak gatal. Bingung.
"Oh, Vince tido dah. Maaf ganggu. I datang nak bagi ni. Kalau simpan sampai esok
takut bunga lili ni layu."

Flora merenung jejaka dihadapannya. Entah mengapa jantung berdegup kencang saat
melihatnya. Jejaka itu membalas renungan.

"Flora." Tubuh mereka semakin hampir.


"Mario."

Flora memejamkan mata saat terasa tangan kasar itu mulai menyentuh pipinya. Deruan
nafas semakin laju. Flora berdebar.

"I balik dulu. Jumpa lagi."

Flora terus membuka matanya. Mario mengenyitkan mata. Flora tertunduk malu. Malu
dengan reaksinya sebentar tadi. Flora mengangguk dan tersipu malu.

"Flora."

Flora terkejut saat tubuhnya ditarik dan dipeluk erat. Satu kucupan hangat singgah
pada bibirnya yang mungil. Flora terkedu. Dia mahu menolak namun rangkulan erat
membuatnya terkulai layu. Mata terpejam erat. Haruman Polo milik Mario membuatnya
terbuai indah. Perlahan kucupan hangat dileraikan. Flora merenung anak mata Mario.
Jejaka itu menyapu lembut bibir mungil milik Flora.

"I see you tomorrow, baby." Mario berbisik. Flora mengetap bibirnya lalu
mengangguk. Mario mengucup dahi Flora sebelum berlalu pergi.

Flora kembali duduk dan tersenyum gembira. Tangan mencapai kada berwarna merah yang
diselitkan pada jambangan bunga lili pemberian Mario. Flora mengetap bibir dan
tersenyum saat membaca isi kandungan kad itu.

'Seorang wanita yang hebat adalah yang mampu menyayangi dan sanggup melakukan apa
sahaja demi seorang sahabat. Terima kasih Flora kerana mahu bekerjasama dengan saya
dalam membantu menyatukan dua hati. Namun tak terduga, hati ini turut terpaut pada
seraut wajah yang sukar untuk saya tepis. Saya masih ingat kali pertama kita
bertemu. You're so bold. Funny. Hilarious. Your smile, laugh, eyes. Oh Lord. I'm
falling in love with this lady! Her name, Flora.
Love,
Mario.'

Flora menyimpan semula kad itu. Senyuman manis tak lekang dari pipinya. Itulah kali
pertama dia jatuh cinta. Mario. Jejaka yang membuka pintu hatinya. Flora mengusap
kelopak bunga lili pemberian Mario.

'Aku jua sama, Mario.'


BAB 38

STEPHEN merenung wajah Nerina yang terlena. Senyuman terukir. Ibu jarinya mengusap
lembut pipi Nerina dan mengucup dahinya. Hujan yang masih lebat mengiringi
kedinginan malam. Stephen bangun untuk ke kamar mandi. Langkah terhenti saat Nerina
menarik tangannya.

"Don't leave me." Sayu kedengaran suara itu.


"Hey, baby. I'm here." Stephen kembali duduk dan membelai wajah Nerina.
"Please, don't leave me." Nerina mula gelisah namun matanya masih tertutup rapat.
"Baby, you mengigau ni. Hey, bangun." Stephen mengucup pipi Nerina dan kembali
baring lantas memeluk wanita itu.
"Don't go!" Nerina mula meraung.
"Baby, I'm here. Ssshhh... I'm here." Stephen memeluk erat dan cuba menenangkan
Nerina.
"Stephen... Stephen."

Nerina mula membuka mata perlahan. Saat melihat Stephen dihadapannya, Nerina
membelai wajah Stephen. dan airmata mula mengalir. Stephen terkedu.

"Baby, you ok? Why?" Stephen mengucup kedua belah kelopak mata Nerina.
"I mimpi... you pegi jauh, tak menoleh langsung. I takut!" Nerina meraung lantas
memeluk Stephen erat.
"Hey, its just a dream. I'm here. Baby, I'm here." Stephen mengusap belakang tubuh
Nerina.
"Please don't go. I need you."
"I promise, Nerina. I will never leave you."

Pelukan dileraikan. Stephen menyeka airmata yang mengalir di pipi Nerina. Deruan
nafas mengiringi renungan kian dalam. Kedinginan malam membelai segenap tubuh.
Nerina memejamkan mata, sentuhan bibir milik Stephen kian terasa. Perlahan
dileraikan.

"I love you, Nerina." Lembut Stephen berbisik.


"I love you even more." Nerina memeluk Stephen.

Stephen menyelimuti tubuh Nerina. Hangat kian terasa. Mereka kembali melelapkan
mata.

SINARAN sang suria mengenai wajahnya membuatkan diri mulai sedar bahawa hari telah
siang. Stephen menggosok mata dan menggeliatkan tubuh. Tangannya mencapai ruang
disebelah. Kosong. Stephen terkejut. Nerina tiada bersamanya.

Stephen bangkit dan melilit tuala mandi di pinggang. Melihat baju dalam Nerina
masih berada di atas meja, Stephen tersenyum. Wanita itu masih ada di dalam
rumahnya. Stephen mencapai pakaian Nerina dan dirinya lalu dimasukkan ke dalam beg
Ikea untuk dibawa ke dobi. Stephen menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.
Dia terkejut saat terhidu bau makanan yang sangat harum. Langkah diatur menuju ke
dapur.

Kelihatan Nerina sedang berada di dapur dengan mengenakan kemeja berwarna biru laut
milik Stephen sedang mengisar buah-buahan. Stephen menghampiri namun langkah
terhenti saat Nerina beralih ke sinki. Stephen mengetap bibir. Nerina cukup seksi
hanya mengenakan kemejanya sahaja. Perlahan dia mendekati lalu memeluk erat Nerina.
Wanita itu terkejut.

"Good morning." Stephen berbisik sambil mengucup lembut leher Nerina.


"Morning too. Hurmm... I made you breakfast." Nerina berpaling dan merangkul erat
leher Stephen.
"Wow! I'm hungry." Stephen memeluk pinggang Nerina.
"Jom makan. Dah siap. I blend some berries yang ada dalam fridge you untuk buat
yogurt smoothies. I made a pancake for you."
"Later baby." Stephen mendukung Nerina. Wanita itu terkejut dan ketawa kuat saat
Stephen bertindak mendukungnya dan meletakkan di atas kaunter bar dapur.
"Stephen what are you doing?" Nerina menahan tawanya.
"I'm having my breakfast." Stephen membenamkan kepalanya pada dada Nerina. Wanita
itu mengeluh lalu memeluk erat tubuh Stephen dan membelai wajah jejaka itu.
"You're so sexy. Tak sangka I can see your other side, baby." Stephen mencuit
hidung Nerina. Wanita itu tersenyum.
"Eeee... naughty! Kata tadi lapar, jom makan." Nerina mencubit pipi Stephen. Jejaka
itu mengaduh lalu tersenyum.

"Apa yang bising pagi-pagi ni? Sliding door pun tak lock."

Mereka terkejut saat mendengar satu suara semakin menghampiri. Saat mereka berdua
bertentangan mata dengannya, wanita itu pantas memejamkan mata dan berpaling.

"Oh, God. I'm so sorry Stephen, Nerina."


"Its ok, mama. Stephen nak mandi dulu ya."

Stephen menurunkan Nerina dari kaunter bar dapur. Dia menghampiri Madam Leah dan
mengucup pipi wanita itu.

"Morning kiss! Love you, mama!" Stephen terus berlari ke tingkat atas.
"Hey! Tak malu! Pegilah mandi, gosok gigi dulu." Madam Leah berseloroh lalu
berpaling. Dia tersenyum saat melihat Nerina yang tersipu malu.
"Good morning." Nerina menyapa.
"Morning, sayang." Madam Leah menghampiri lalu memeluk Nerina.

Nerina terkedu seketika. Traumanya pada Madam Eren belum reda. Dia masih ingat
bagaimana teruknya dia dihina dan dicerca serta dihalau pergi. Namun melihat raut
wajah wanita yang Stephen panggil mama sebentar tadi, hati Nerina seakan tenang dan
senang dengan kehadirannya.

"Sayang masak apa ni? Wah! Macam sedap!" Madam Leah kagum melihat kepingan pankek
di atas meja beserta jug berisi berries smoothies.
"Pankek dan smoothies saja. Jemput makan, aunty." Nerina tersipu malu.
"What did you call me?" Madam Leah mengerutkan dahi merenung Nerina. Nerina
terkejut.
"Ah... aunty. Ya, aunty." Nerina menelan air liur saat renungan wanita berubah
menjadi sangat tajam padanya.
"Stephen tak bagitau siapa saya?" Madam Leah berpeluk tubuh.

Nerina menggeleng. Kecut perutnya ditenung sinis wanita itu. Mahu sahaja dia lari
saat itu.

"Its ok. Saya maafkan. Panggil saya, mama, ok?!" Madam Leah membelai seraut wajah
Nerina. Tenang hatinya melihat wanita yang amat dicintai Stephen itu.
"Ugh?" Nerina kehairanan.
"Mama, sayang. Panggil saya, mama. Stephen ada bagitahu, you're an orphan. From now
on, I'm your mother." Madam Leah membelai lembut kepala Nerina.
Mudah benar hatinya tersentuh. Sudah sekian lama Nerina tidak menyebut perkataan
itu. Mama. Ya, mama. Sudah 9 tahun lamanya sejak dia kehilangan kedua orang tuanya
sekaligus membuatkan dia yatim piatu di usia muda.

"Rina, kenapa ni sayang? You ok? I'm sorry."

Madam Leah dihimpit rasa bersalah saat melihat mata Nerina mulai bergenang dengan
airmata. Lembut sungguh hatinya. Lantas dia menarik Nerina dalam dakapan.

"Maafkan saya. Saya ni cepat betul terasa hati." Nerina ketawa sambil menahan
airmata. Madam Leah mengusap belakang tubuhnya.

"Dah, tak mau nangis. Mama ada sini. Macam mana mama sayangkan Stephen, macam tu
juga untuk kamu. Kamulah dunia Stephen. Kamu mengubah dia menjadi seorang yang
berlapang dada dan lelaki matang. Thank you, sayang." Madam Leah mengucup dahi
Nerina.

"Mama." Nerina tersenyum. Hidupnya kini tak lagi sunyi. Madam Leah tersenyum.

Madam Leah terkejut saat melihat ke bawah. Dia tersenyum sambil menggeleng. Nerina
menekup mulutnya.

"Dah mandi belum?" Soal Madam Leah.


"Heee... belum." Nerina tersengih. Madam Leah menepuk punggungnya. Nerina ketawa.
"Pegi mandi. Nakal betul kamu berdua ni! Dah pukul berapa ni tak mandi-mandi lagi.
Ni, dahlah tak pakai seluar."
"Stephen kan tengah mandi. Nantilah Nerina mandi." Nerina meneguk berries smoothies
sambil merenung Madam Leah.
"Itu bukan alasan!" Madam Leah mengetap bibir.
"Ok, ok. Nerina pegi mandi." Nerina tersenyum.
"Good, now go." Madam Leah tersenyum bila melihat wanita itu berlalu ke tingkat
atas.

Nerina mencapai tuala dan mencari pakaiaannya. Sedang dia mencari, dia menjerit
bila terasa pinggangnya dirangkul erat dan sentuhan itu terasa amat sejuk sekali.

"Follow me." Stephen berbisik dan menggigit cuping telinga Nerina.


"Stephen, mama ada di bawah." Nerina mencubit lengan Stephen.
"I don't care." Stephen bertindak mendukung Nerina. Wanita itu menekup mulut
menahan tawa.

Stephen mula melepaskan Nerina saat mereka sampai di kamar mandi. Stephen mula
membuka pancuran air. Perlahan dia membawa Nerina dan menolak perlahan wanita itu
ke dinding. Nerina mengetap bibir saat Stephen mula memenuhi keinginan tubuhnya.
Kemejanya dilepaskan. Pancuran air mulai membasahi tubuh.

"You put a spell on me." Nerina berbisik pada Stephen. Jejaka itu tersenyum.
"Because you're mine." Stephen memeluk Nerina erat.

Kehangatan romantisnya cinta mereka mengisi seluruh ruang kamar mandi. Nerina mula
hilang arah. Apatah lagi Stephen. Mereka berdua terbuai indah bersama perasaan
masing-masing.

JAM menunjukkan pukul 3 petang. James melangkah ke dalam bilik milik Madam Eren.
Kelihatan wanita itu sedang membelek fail sambil menghirup wain merahnya. Saat
James menghampiri, wanita itu mengalihkan pandangan padanya.

"What do you want, James?" Soalnya.


"Ada orang nak jumpa madam." James berlagak tenang.
"Siapa? Jemput mereka masuk."

James mengangguk lalu membuka pintu bilik itu dan membenarkan orang-orang yang
dimaskdukan untuk masuk. Madam Eren terkedu saat melihat mereka yang menghampiri.
Gelas wain yang dipegang jatuh ke lantai.

"Kami dari balai polis Labuan bahagian siasatan jenayah. Ini waran tangkap. Anda
dikehendaki untuk mengikut kami ke balai." Salah seorang jejaka dengan memakai
jaket hitam menunjukkan ID dan waran.

Madam Eren terkejut. Dia hampiri dua laki anggotan polis wanita. Madam Eren menepis
tangan mereka namun gagal. Dia digari dan dibawa pergi. Jejaka tadi menahan
pegawainya dan mengalihkan pandangan pada mereka yang melangkah masuk ke dalam
bilik Madam Eren.

"Any last words?" Madam Leah muncul bersama Stephen dan Nerina.

Madam Eren ketawa besar melihat mereka bertiga. Dia merenung tajam ke arah Madam
Leah dan seterusnya pada Stephen. Nafasnya turun naik.

"Apa bukti kau ada, huh?! Perempuan sundal!" Madam Eren menjerit.
"Shut up! Selamat meringkuk dalam penjara!" James mengangkat jari telunjuknya dan
menunding pada Madam Eren. Wanita itu terkejut.
"James?!" Madam Eren terkedu.
"Yes! Leah bukan sundal yang sundal dan licik itu, kau, Erendella." James
melepaskan amarah. Sakit hatinya Madam Leah digelar sebegitu rupa.
"How dare you! Pengkhianat! Penipu! Dayus! Pegi mampus kamu semua! Mampus ke neraka
dengan Leonah! Leonah gila!"

Madam Leah menghampiri. Dia mengangkat tangan mahu menampar wanita dihadapannya
namun tangan dihalang. Stephen menggeleng. Madam Leah terkedu.

"Biarkan dia. Dia dah dapat balasannya. Arwah mama pasti tak suka melihat kita buat
begini pada Erendella sebab semasa masih hidup mama betul-betul percayakan dia dan
anggap dia seperti keluarga." Stephen memeluk Madam Leah mahu menenangkan wanita
itu. Madam Leah tak mampu menahan perasaan lalu mengalirkan airmata. Dia paling
benci bila nama Leonah diungkit dan dihina.

Madam Eren terkesima mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Stephen. Kelembutan
hati jejaka itu saling tak tumpah seperti Leonah. Walau dia tahu dirinya disakiti,
dia memilih untuk bersabar. Madam Eren merenung Stephen. Mata jejaka itu yang iras
dengan Leonah membuatkan Madam Eren mulai berasa takut. Seakan Leonah sedang
merenungnya.

"Biarkan undang-undang buat tindakan padanya. Terima kasih kerana membesarkan saya.
Terima kasih atas semua penderitaan. Tiba masanya untuk kau berehat, Mama Eren."
Stephen tunduk memberi penghormatan buat Madam Eren.
"Wise words from a wise man. Resemble to Leonah. Stupid!" Madam Eren berbicara
sinis.
"Leonah tak bodoh kalau bukan Erendella yang bodohkan dia. Kau rentap seluruh
harapan dan kepercayaan Leonah lalu kau khianati dia." Stephen melepaskan kata
terakhinya.
"Dah, bawa dia ke balai." David mencelah.

Stephen menggangguk pada David. Madam Eren berlalu dengan renungan tajamnya. David
menyerahkan sebuah pendrive pada Stephen. Jejaka itu terkejut.

"Ini pendrive yang dicuri oleh Erendella dari John Hawks. Dalam ini adalah semua
wasiat yang John taip sendiri. Malam sebelum dia ke hospital, dia telah meminta
bantuan Erendella untuk mencetak keluar semua dokumen kerana James berada diluar
kawasan waktu itu. Erendella telah menukar wasiat dan John telah jatuhkan
tandatangan tanpa memeriksa terlebih dahulu. Dalam ini juga ada rakaman bukti
jenayah Erendella meracuni dan membunuh Leonah. Laporan bedah siasat Leonah ada di
dalam, juga rakaman Madam Leah bersama Erendella. Wanita itu mudah saja di psiko.
Gertak sedikit, dia akan berterus terang. Dia masuk dalam perangkapnya sendiri.
Erendella mempercayai James sedangkan James adalah kekasih Madam Leah. Saya pasti
bukan mudah bagi mereka untuk bercinta secara senyap bagi memastikan misi mereka
berjaya. Stephen, kamu cukup bertuah kerana punyai Madam Leah yang amat menyayangi
kamu dan juga James yang membuktikan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk setia
bersama Madam Leah. True love will always win." David menepuk bahu Stephen sebelum
berlalu pergi.

"David." Madam Leah memanggilnya.


"Ya, saya?" David berpaling bersama senyuman.
"Terima kasih!" Madam Leah mengangkat tabik hormat. David membalasnya. Jejaka itu
berlalu pergi.

Stephen merenung Nerina. Wanita itu hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Pasti
dia bingung dengan apa yang terjadi. Stephen menarik Nerina dalam dakapannya.

"What happened?" Soal Nerina kehairanan.


"Theres nothing wrong, baby. Tiada apa lagi yang mampu menghalang kebahagiaan
kita." Stephen memeluk Nerina erat.
"Betul?" Nerina meleraikan pelukan dan merenung Stephen.
"Betul. I janji."

James merangkul bahu Madam Leah yang tersenyum bahagia melihat Stephen dan Nerina.
Madam Leah melentokkan kepala pada bahu James lalu memeluk pinggang James. Jejaka
itu mengucup ubun kepalanya.

BAB 39 EPISOD AKHIR

MADAM Leah menghidangkan makan malam buat tetamunya. Melihat kemesraan antara
Stephen dan Nerina, hatinya dapat merasakan kebahagiaan itu. James mengangkat
mangkuk salad dan membantu Madam Leah. Mereka dikejutkan dengan bunyi loceng pintu.
Stephen segera bangkit dan mendapatkannya. Kelihatan David masuk bersama botol wain
di tangan. Suasana menjadi riuh dengan kehadiran Atilia, Mark, Mario, Flora, Shah
dan David. Mereka mula mengambil tempat di meja makan.

Setelah 6 bulan berlalu, Madam Leah mengaturkan makan malam untuk mengumpulkan
mereka bersama. Kebahagiaan yang dirasai cukup sempurna baginya. Ditambah lagi
dengan kehadiran Nerina dalam putaran hidupnya, Madam Leah amat menyayangi wanita
itu. Wanita yang memberi sejuta kebahagiaan buat Stephen.

Masih segar dalam ingatan bagaimana dia dan James berusaha untuk membongkarkan
jenayah Erendella dan Gina. Salah faham dan hasad dengki yang tak berkesudahan.
Mujur ada Mario dan Flora yang sanggup membantu memujuk Stephen dan Nerina untuk
berbaik semula. Entah bagaimana pula mereka berdua pula yang jatuh cinta. Cinta itu
cukup ajaib dan membahagiakan.

Shah dan David pula antara tulang belakang Madam Leah yang sanggup menggadaikan
nyawa untuk membantunya membongkarkan kejahilan Erendella dan Gina. Hampir sahaja
David dibuang kerja kerana bermain kes dengan komplot perniagaan Malaysia dan
Indonesia. Tindakan berani David sangat terpuji.

Tuan Indra telah memulangkan semula segala keuntungan saham syarikat Stephe. Dia
juga mengakui telah meniduri Gina kerana tak tahan akan godaan wanita itu. Dia juga
mengaku bersalah dan bersedia menjadi saksi dalam perbicaraan kes Erendella dan
Gina. Dia tampil semasa hari perbicaraan. Tuan Indra bebas selepas diikat jamin
oleh Stephen sendiri.

Gina. Gina yang sentiasa dirundung malang kesan daripada Erendella. Gina
dipenjarakan dalam penjara wanita yang mengandung. Namun nasib tak menyebelahinya.
Gina mengalami komplikasi semasa ingin bersalin. Bayinya lemas dan gagal
diselamatkan. Gina disahkan mempunyai masalah mental iaitu depresi. Dia dirawat di
hospital khusus dalam kepakaran itu. Perkataan maaf sering meniti dibibirnya. Gina
juga pernah cuba membunuh diri namun gagal.

Erendella, perempuan licik. Segalanya seakan berputar kembali. Dia dipenjarakan


atas sebab pembunuhan Leonah dan penyelewengan harta pusaka John Hawks. Erendella
pernah mengundang masalah semasa masih bertugas sebagai jururawat di hospital.
Erendella digantung lesen perkhidmatan dan pernah dikenakan tindakan tatatertib.
Dia juga memang sudah mengenali Leonah semasa wanita itu mendapatkan rawatan di
hospital. Erendella telah membuat rancangan lebih awal dan memang berniat mahu
merampas John Hawks selepas dia mengetahui latar belakang pasangan itu. Dia juga
telah menawarkan diri pada John Hawks untuk bertugas sebagai jururawat peribadi
Leonah. Licik dan memang perempuan sihir!

Atilia dan Mark. Pasangan yang cukup bahagia dan bakal mengikat tali pertunangan.
Atilia mengatakan selepas berkahwin dia mahu berhenti kerja dan mahu menjadi suri
rumah sepenuh masa untuk Mark agar dia boleh kekal sihat dan bersedia untuk
menimang cahaya mata. Sifat Atilia yang penyayang membuktikan dia mampu
membahagiakan Mark. Mark pula mahu membuka perniagaan sendiri namun mencari rakan
niaga yang boleh dipercayai.

Flora dan Mario. Perkenalan tak terduga. Percintaan yang juga tidak dijangka. Entah
sejak bila mereka saling menaruh hati. Namun usaha mereka membuahkan hasil bila
Nerina mampu meruntuhkan ego dan kembali pada Stephen semula. Begitu juga dengan
Stephen, tanpa penjelasan dari Mario, jejaka itu tidak akan mengetahui apa yang
berselindung disebalik kejahatan Erendella dan Gina.

James. Lelaki yang membuktikan cinta mampu mengatasi segalanya. Kesetiaannya pada
Madam Leah tiada gala gantinya. Dia sanggup menunggu dan berjuang bersama. Dia mula
jatuh cinta pada Madam Leah saat kali pertama mereka bertemu semasa majlis hari
jadi Leonah. James memang sudah lama menjadi peguam keluarga John Hawks. James
menyaksikan segala kekejaman Erendella namun dia memilih untuk diam kerana wanita
itu mengugut akan membunuhnya. Setelah kematian Leonah barulah James seakan keluar
dari kepompong ketakutan dan bekerjasama dengan Madam Leah untuk menjatuhkan wanita
itu. Madam Leah antara wanita yang buat dirinya terasa seperti hidup semula selepas
bertahun lamanya diikat oleh Erendella.

Madam Leah mengaut pasta dan meletakkan dalam pinggan Nerina. Nerina tersenyum.
Madam Leah menggenggam erat jari jemari wanita itu. Nerina membalasnya. Stephen
yang melihat kasih sayang antara mereka tersentuh hati. Jelas kelihatan Madam Leah
amat merestui hubungan mereka. Pandangan Stephen dialihkan pada James. Mereka
senyum antara satu sama lain. Stephen langsung tak menyangka James adalah jejaka
yang mendapat tempat istimewa dalam hati ibu saudaranya. James jugalah yang
menyedarkan dia tentang pengorbanan sebuah cinta dan pentingnya meruntuhkan tembok
keegoan.

"Guys. I ada pengumuman nak buat." Mark mengetuk cawan wain dengan garfu. Mereka
semua mengalihkan pandangan Mark.
"As you'll knows, Atilia and I are getting engaged tak lama lagi. Sebelum itu, I
nak umumkan, I sudah jumpa rakan niaga I. So, planning for engineering firms akan
diteruskan." Mark melepaskan semua rasa terujanya. Stephen bangun dan menghampiri
Mark lalu memeluk rakan baiknya itu.

"I'm so proud of you, my man!" Stephen menepuk belakang tubuh Mark.


"Tahniah my son!" Madam Leah melaung.
"Thank you mama!"
"Mama juga ada pengumuman nak dibuat." Madam Leah mula bersuara.

"Selepas 6 bulan turun dan naik, mama ada terjumpa satu sewaan kedai atas nama
Stephen yang telah disewa oleh Gina. Ianya adalah 3 lot kedai di Paragon Square.
So, I already discuss with James and also Stephen about this. My baby, Nerina, its
time for your baking studio to have some spark. I saw your sketching for your
renovation. You nak tambah itu ini dalam rumah you. No, baby. This is for you."
Madam Leah menyerahkan gugusan kunci pada Nerina. Nerina menekup mulutnya seakan
tak percaya.

"Don't worry about rental." Stephen berbisik. Dia memeluk bahu Nerina dan mengucup
pipi wanita itu.
"No, tak boleh." Nerina menolak dengan baik.
"Please, for me." Madam Leah merayu. Nerina dihimpit rasa bersalah.
"Saya tak tahu macam mana nak manage everything, this and that. Mama, I'm sorry."
Nerina menggenggam erat jari-jemari wanita itu.
"Siapa kata you akan buat sendiri?" Madam Leah membelai wajah Nerina.
"Dia memang suka buat kerja sendiri." Flora mencelah. Nerina mengalihkan pandangan
pada rakan baiknya itu lalu mencebik.
"Its time for you to build something new. Kembangkan bakat ini dan brand yourself.
Mama takkan biarkan Nerina sendiri."

Nerina tersentuh akan usaha Madam Leah dan yang lain untuknya.

"Mario, 6 months ago, saya janjikan berita baik, bukan? Masih ingat?" Madam Leah
mengalihkan pandangan pada Mario. Jejaka itu mengangguk sambil mengunyah
makanannya.

"Bawa adik kamu berjumpa saya dan Nerina. Dia akan jadi akauntan untuk Nerina."

Mario tersedak. Flora menepuk belakang tubuhnya. Dia seakan tak percaya akan berita
itu.

"You're not alone, Nerina. Kami akan tolong." Flora mencelah bersama senyuman.
Nerina terharu akan usaha mereka.

Nerina merenung Stephen. Jejaka itu mengangguk. Perlahan Nerina mencapai gugusan
kunci yang dihulurkan oleh Madam Leah. Airmatanya mula menitis. Kebahagiaan yang
cukup sempurna. Perlahan Madam Leah menyeka airmata Nerina.

"We're family." Madam Leah tersenyum.

Mereka menyambung makan malam bersama. Dari kejauhan kelihatan ada seorang jejaka
bersama bungkusan kek ditangan menyaksikan kemesraan mereka semua melalui cermin
sliding door laman rumah Stephen. Dia teragak-agak mahu melangkah. Malu rasanya
mahu mengikuti acara mereka. Dia berpatah balik semula namun langkah terhenti saat
terasa bahunya disentuh.

"Kau nak ke mana?"


Dia berpaling. Senyuman terukir. Stephen mengambil kotak kek dari tangan dan
membawanya masuk.

"Aku segan."
"Apa yang kau nak segankan?"
"Aku bukan sesiapa, Stephen."
"Kau bermakna untuk aku. Tanpa kerelaan hati kau, aku takkan dapat memenangi hati
Nerina."
"Jangan cakap macam tu. Itu semua adalah usaha kau untuk cintanya. Aku hanya
sampingan. Sampai waktunya, aku akan pergi."
"Vince. Do you believe in miracle?"

Vince terkedu. Melihat kesungguham diwajah Stephen, dia berasa bersalah mahu
menolak lagi pelawaan jejaka itu untuk makan malam bersama.

"Sometimes."
"You need to believe."
"Rambut dah gugur, badan dah susut, susah, Stephen." Vince tersengih.
"You look good bila botak. Buka cap ni." Stephen membuka topi Vince. Vince terkejut
akan tindakan itu.
"Masih Thor." Stephen tersenyum lalu merangkul bahu Vince dan membawa jejaka itu
masuk ke dalam rumah.

Mereka semua terkejut dengan kehadiran Vince terutama sekali Nerina. Dia bangkit
berdiri dan menghampiri Vince yang menghilang sejak dia keluar dari hospital.
Jejaka itu pergi sekali lagi tanpa khabar. Nerina merenung wajah Vince. Vince tak
mampu mahu bertentangan mata dengannya.

"Kau ke mana?" Getaran suara Nerina membuatkan Vince lemah.


"Tak ke mana-mana. Aku kemoterapi di KPJ. Rehab di sana." Vince gagahkan diri untuk
berhadapan dengan Nerina.
"Kenapa tak bagitau?" Nerina menyentuh lembut dada Vince.
"Aku tak nak susahkan kau." Vince menjawab ringkas.
"Aku dah janji nak jaga kau." Nerina mengetap bibir menahan sebak. Melihat tubuh
Vince yang semakin susut, kepalanya yang botak, wajah cengkung sangat meruntun
hatinya.
"Tak apa Nerina. Kat sana ramai nurse, cantik-cantik lagi." Vince tersengih. Nerina
ketawa dalam senyuman.

'Ingin aku memelukmu sekali lagi namun aku harus menerima hakikat kau milik yang
lain. Aku bahagia melihat kau bahagia, Nerina. Ya, aku sakit tapi aku bahagia
melihat dirimu tersenyum, tertawa dan menemui cinta sejatimu.' Vince berbisik dalam
hati.

"Vince, jemput makan." Madam Leah mengalihkan perhatian mereka dari terus bersedih
dan meratapi kemerosotan tubuh Vince.

Vince melangkah ke meja makan. Malam itu, mereka meluangkan masa bersama. Mereka
berusaha memberikan senyuman dan kebahagiaan buat Vince. Jejaka itu bijak benar
menyembunyikan kesakitan dan kesedihannya. Flora yang menyaksikan semua itu menahan
sebak dalam dada. Jejaka itu melakukan sesuatu yang tak ramai lelaki mampu lakukan.
Melepaskan Nerina yang amat dicintai untuk kebahagiaan wanita itu. Itulah cinta
sejati.

Malam kian berlalu. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam saat mereka mula meminta
diri untuk pulang. Stephen dan Nerina mengangkat tangan melambai pada mereka.

"I never wish for this." Stephen merenung Nerina.


"Me neither." Nerina tersenyum. Stephen mengucup lembut pipi Nerina.
"Someone yang I gila-gilakan, now mine." Stephen berbisik.
"Really?" Soal Nerina.
"Yup!" Stephen bertindak mendukung Nerina. Wanita itu terkejut lalu tertawa.
"You put a spell on me."
"Because you're mine, Nerina. Forever." Stephen membenamkan kepalanya pada leher
Nerina dan mereka terbuai bersama kedinginan malam.

-TAMAT FOR GILA BAYANG.... 1 😎-

Anda mungkin juga menyukai