Anda di halaman 1dari 49

*#PinokioItuNyata*

*By Adrian J Sodomon*

*Part 1~31 completed*

[Slot Lagenda] Lulu memiliki satu sindrom pelik di mana kedua-dua telinganya akan
memanjang setiap kali dia berkata bohong atau sedang menangis. Dirinya yang awalnya
tidak begitu popular menjadi popular disebabkan sindrom tersebut. Ina Asila,
seorang pari-pari yang berasal dari alam fantasi yang juga merupakan sahabatnya
memberitahu, hanya dengan menerima tujuh kali ciuman cinta sejati dari seorang
lelaki sahaja yang mampu menyembuhkannya dari sindrom tersebut. Bagaimanakah
kelanjutannya?

PINOKIO ITU NYATA (Part 1)

Pulang sahaja dari tempat kerja, Bryan hairan melihat keceriaan Suzy, isterinya
yang terpancar melalui senyuman manis. Biasanya Suzy tidak begitu.
"Senyum-senyum pula bini abang ni. Ada apa?"
Tanya Bryan sambil membuka satu persatu butang kemeja kerjanya. Perlahan-lahan Suzy
menghampiri suaminya itu, lalu memeluknya dari belakang.
"Cuba abang teka, apa yang bikin sya happy sampai sya senyum-senyum?"
Bryan hanya senyum senget sambil berfikir.
"Mmm... Pasal abang kana kasi naik pangkat?"
"Betul. Tapi ada lagi yang lebih bikin sya happy. Sya yakin abang pun melumpat-
lumpat macam tu kara kana bagi pisang kalau abang tau apa yang bikin sya happy ni,
hihi..."
Terserlah suara manja dalam bicara Suzy, makin erat dipeluknya suaminya. Jendela
bilik mereka dalam keadaan terbuka, secara kebetulan Eliyana orang gaji mereka
lewat, lalu melihat kemesraan mereka.
"So sweet..."
Gumamnya sambil tersenyum, lalu meneruskan aktivitinya mengutip daun-daun kering di
perkarangan rumah.
"Ala bagi taulah bah. Abang tidak sabar mau tau apa yang bikin bini abang senyum-
senyum."
Ucap Bryan sambil mencubit lembut hidung isterinya.
"Sya pregnant bang..."
"Apa? Abang tidak dengar."
"Sya pregnant..."
Bryan terdiam sejenak sebelum akhirnya memeluk isterinya sambil ketawa gembira.
"Yeaahh... Nda lama lagi abang jadi daddy sudah."
"Ya bang."
"Lepas ni abang tidak mau tinguk bini abang ni buat kerja-kerja berat arr. Biar si
Eliyana sama si Bella saja yang buat semua kerja rumah. Nanti abang kasi up gaji
diorang hujung bulan."
Bryan memberi amaran dengan jari telunjuk yang ditegakkan dan digerak-gerakkan ke
depan. Suzy hanya mengangguk sambil tersenyum. Keesokan harinya, sebelum Bryan
berangkat ke tempat kerja, Suzy meminta Bryan menghantarkannya ke rumah ibunya di
kampung, hendak memberitahu khabar gembira itu kepada ibunya.
"Kenapa nda whatsapp atau telefon saja?"
Tanya Bryan.
"Telefon mama rusak terandam air time dia cuci kain. Sekarang dia belum ada telefon
lagi bang."
Kereta Bryan mulai memasuki perkarangan rumah Rubina, ibu Suzy. Mendengar bunyi
kereta, Rubina bergegas keluar dari pintu rumah.
"Mak..."
"Aik? Suzy, Bryan? Naiklah. Mama ingat tadi siapa. Kereta baru oh."
Waktu berbicara, tiba-tiba sahaja gigi palsu Rubina terlepas dari mulutnya, jatuh
ke lantai papan. Bryan dan Suzy ketawa.
"Aduilah mama ni!"
"Kitai! Malar natatak ni nipon!"
Rubina memungut gigi palsunya, lalu berlari ke sinki dapur untuk mencuci gigi
palsunya itu sebelum dia beredar ke arah mereka yang sudah duduk di sofa ruang
tamu.
"Bah duduk kamu dulu. Mama pigi bikin kupi dulu."
Rubina kembali ke dapur menyediakan kopi dalam teko plastik sebelum dihantar ke
ruang tamu untuk dihidangkan, beserta sebekas kuih karipap mini di atas satu talam.
"Mak, mama mau taukah, sya mengandung mak?"
"Ah tipu."
Rubina buat-buat tidak percaya walaupun dia tahu anak bongsunya itu tidak pernah
menipu walaupun hanya sekadar untuk berjenaka.
"Betul mak... Baru tadi pagi sya pigi klinik cek."
Air muka Rubina mulai menunjukkan kegembiraan.
"Baguslah. Mama nda sabar mau dapat cucu. Kakak ko si Sherly sudah dua tahun belum
lagi ada cahaya mata."
Suzy membesarkan matanya memandang ibunya.
"Ish mama ni! Nda bulih mama cakap kakak begitu. Rahim dia kan ada masalah."
"Ohya, mama lupa, hehe..."
Kata Rubina sambil tersengih-sengih. Hampir setengah jam mereka berbual-bual, Bryan
berkali-kali memandang jam tangannya.
"Ohya, abang mau masuk office sudah ni. Sayang mau pulang atau nanti saja?"
"Mmm... Sya di sini dululah. Nanti sya carter kereta saja."
"Bah..."
Bryan menghidupkan kereta, lalu mulai berangkat pantas, tidak mahu lewat masuk
kerja. Bryan cukup dikenali oleh rakan-rakan sekerjanya sebagai penjawat yang cukup
berdisiplin dan selalu menepati masa. Dia tidak mahu mensia-siakan kepercayaan
bosnya terhadapnya.
"Berapa bulan sudah Sus?"
Tanya Rubina sambil mengelus-elus perut Suzy.
"Baru satu bulan lebih ni mak. Sya pun nda sangka ni. Patutlah akhir-akhir ni sya
macam mengidam saja."
"Mengidam apa?"
"Mengidam mau makan terung masak sambal."
"Di belakang rumah ada terung. Karang mama pigi ambil."
"Tidak apalah mak, biar sya pigi ambil sendiri."
Suzy bangkit dari sofa, lalu bergegas keluar dari pintu rumah, menuju ke arah kebun
milik ibunya yang jaraknya agak sedikit jauh di belakang rumah Rubina.
"Mana terung ni? Malar tonsomon saja sya nampak ni."
Suzy kebingungan tercari-cari pokok terung sambil menggaruk-garuk kepalanya.
"Oh tunah pula."
Barulah dia ternampak pokok terung yang ada di bahagian hujung, berhampiran dengan
pagar kayu kebun itu. Ketika dia melangkah menghampiri, langkahnya terhenti
mendengar suara seorang perempuan memekik-mekik perlahan.
"Tulung sya! Adui sakitnya! Tulung kasi selamat sya sebelum sya kehabisan nafas.
Kitai punya bambu!"
Suzy melihat ke arah pokok bambu yang berada di luar pagar kebun, agaknya suara itu
datangnya dari arah situ.
"Siapa tu? Takkan ada hantu siang-siang?"
Gumamnya seorang diri, wajahnya menunjukkan ketakutan.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 2)

"Ko siapa?"
Tanya Suzy dengan suara yang ditinggikan.
"Apa-apa sajalah, yang penting sya ni bukan hantu. Tulung sya cepat! Sesak nafas
sya ni. Mampuilah sya ni kali."
"Okey okey okey..."
Mendengar pengakuan suara itu yang menyatakan bahawa dirinya bukan hantu, Suzy
bergegas keluar dari kebun, menuju ke arah pokok bambu di mana datangnya suara itu.
Suzy terkejut melihat seorang perempuan cantik tersepit oleh beberapa batang pokok
bambu. Rambutnya ikal, hitam berkilat, kepalanya dihiasi mahkota perak berhiaskan
permata-permata biru, bibirnya yang merah delima, dan mengenakan gaun hijau muda
berkilat. Suzy ternganga, melihat penampilan perempuan itu yang seolah-olah seorang
puteri raja yang berasal dari dunia dongeng. Wajah perempuan itu jelas menampilkan
kesakitan sambil tercungap-cungap.
"Apa yang ko tinguk-tinguk? Tulung sya cepat!"
"Ya ya ya..."
Suzy seakan-akan tersentak dari khayalan, berusaha memotong bahagian bawah bambu-
bambu yang menyepit perempuan itu sehingga perempuan itu dapat keluar dari situ.
"Terima kasih mandak. Ko sudah tulung sya. Kalau teda ko, mungkin mati sudah sya!
Nasib baik ada juga manusia yang bulih nampak sya, sebab bukan semua manusia bulih
nampak sya."
Suzy terpaku kehairanan mendengar kata-kata perempuan itu.
"Ohya, ko jangan takut sama sya kio, hehe, sya ni bukan makhluk jahat. Malahan sya
ni penghantar rezeki untuk ko."
"Penghantar rezeki?"
Suzy semakin dipukul kehairanan.
"Ohya, nama sya Puteri Ina Olala. Ko bulih panggil Ina Olala saja."
"Sya Suzy."
"Wah, lawalah nama ko mandak."
Mereka saling bersalaman.
"Ko ni dari mana? Opss, maksud sya, ko datang dari daerah mana?"
"Sya bukan berasal dari ni bumi. Sya berasal dari planet Ozazo di luar ni galaksi
Bima Sakti. Sya ni bangsa pari-pari, bukan manusia."
Suzy ketawa tidak percaya, menganggap kata-kata Ina hanya sebagai satu jenaka.
"Betul-betul bah sis..."
"Sya serius. Sya tidak main-main!"
"Bah sudahlah, sya mau pigi ambil tu terung dulu. Yang penting sya sudah laksanakan
tanggungjawab sya sebagai insan yang masih memiliki rasa kasihan terhadap sesama
makhluk."
"Hey tunggu! Ko ni kan! Sya belum habis bosorita-sorita lagi sama ko, main lari
saja bah! Inilah ni manusia ni! Pelik-pelik semua perangai!"
Suzy yang hampir sahaja melangkah hendak segera beredar, menoleh kembali ke
belakang.
"Ada apa lagi sis?"
Tanya Suzy dengan senyuman senget.
"Ko betul-betul mau bukti?"
Suzy hanya terdiam sambil tersenyum, menekankan kedua-dua tangannya pada pinggang.
"Tulung ambil tongkat sakti sya tunah dekat kaki ko."
Ina menuding ke arah sebatang tongkat perak di atas tanah, berhampiran dengan kaki
Suzy. Suzy terkejut melihat tongkat itu terus-menerus mengeluarkan cahaya putih
terang. Pada bahagian atas tongkat itu terdapat patung seorang gadis bersayap yang
dalam keadaan berdiri sambil mengangkat kedua-dua tangan, diperbuat daripada perak.
Dari patung itulah cahaya terang itu berasal. Pandangan Suzy sekejap beralih kepada
tongkat itu, sekejap lagi beralih kepada Ina Olala secara bergantian.
"Ambil saja, teda apa-apa juga tu."
Perlahan-lahan, Suzy memungut tongkat itu, lalu secepatnya diberikan kepada Ina
kerana merasa agak gentar.
"Jangan ko takut bah! Nda juga sya mau makan ko! Nda juga sya mau sium ko, sya ni
masih normal lagi ni! Di dalam negara sya cuma ada beberapa puteri raja saja yang
bosinta sama perempuan, sya tidak oh."
Ina terus menghampiri Suzy dengan langkah perlahan, Suzy pula semakin undur ke
belakang kerana takut.
"Ko tinguk arr..."
Ina menggoyang-goyangkan tongkat sakti kebesarannya itu diiringi cahaya yang
semakin terang menyilaukan mata, sambil mengucapkan serangkai mentera.
"Lap lip lup lip lap lip. Tang ting tung ting tang ting. Simsala olala."
Mentera selebihnya diucapkannya dengan gumaman yang perlahan, tidak mampu didengar
oleh Suzy. Dalam sekelip mata, selipar jepun yang dipakai Suzy bertukar menjadi
sepasang adidas kampung buruk. Suzy semakin terkejut sambil ternganga, bercampur
rasa terpesona melihat keajaiban di depan matanya. Ina pula terkejut kerana ada
yang salah dengan menteranya.
"Kitai! Salah mentera lagi sya oh! Adakah adidas kampung! Sekejap arr, sabar ko!
Sya cuba lagi satu kali."
Sekali lagi Ina menggoyang-goyangkan tongkatnya sambil mengulangi menteranya tadi,
mentera selebihnya diucapkannya dengan penuh berhati-hati supaya tidak lagi
tersilap. Dalam sekelip mata, kasut adidas kampung Suzy bertukar menjadi sepasang
kasut bertumit tinggi yang indah, membuatkan wajah Suzy mengukir senyuman.
"Terimakasih. Sekarang sya 100% yakin sudah sama apa yang ko cakap tadi. Sya nda
sangka sya bulih berjumpa sama ko. Sya pikir ini semua cuma dalam cerita dongeng
saja. Tapi... Sya dari kecil memang percaya sama keajaiban."
Ina mengangguk sambil tersenyum.
"Ini belum seberapa kalau kasi banding ko kasi selamat sya tadi. Ko maukah kalau
sya bawa ko pigi dunia sya?"
Suzy mengangguk pantas sambil tersenyum.
"Tapi lamakah?"
"Ndalah! Sekejap saja. Nanti sya hantar balik ko pigi sini."

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 3)

"Bah, pegang tangan sya, lepas tu tutup mata arr. Dengan kecepatan cahaya, kita
sudah bulih sampai di planet Ozazo."
Suzy mengangguk, dicapainya tangan Ina yang sudah dihulurkan dari tadi. Tiga minit
kemudian, tiada apa-apa perubahan pun berlaku, mereka masih berdiri di situ. Suzy
membuka matanya perlahan-lahan, suasana sekeliling masih sama.
"Aik? Kenapa kita masih di sini?"
Kata Suzy. Ina Olala kebingungan.
"Adui, sya lupa!"
"Lupa apa?"
"Kita mesti guna kapal luar angkasa kalau mau pigi planet Ozazo."
Tampil rasa kecewa pada raut wajah Suzy.
"Adui ko ni! Cakaplah bah dari tadi!"
"Mana juga sya tau, sya pun terlupa. Ingat manusia sajakah yang pandai lupa? Nasib
baik sya nda terlupa jamur santut sya sebelum sya naik kapal tadi."
Suzy hanya mendengus panjang sambil memasang senyuman senget.
"Bah, jadi manalah kunun tu kapal luar angkasa? Ohya, sya mau tanya. Macam mana ko
bulih sampin guna bahasa Sabahan? Bulih tahan juga ni bahasa siurang ni arr sampai
penghuni planet lain pun pandai sakap."
Ina ketawa terbahak-bahak.
"Long story."
"Aik, bahasa inggilis pun ko pandai?"
"Bulihlah sikit-sikit, hehe... Sebenarnya di dunia kami pun guna ni bahasa."
"Oh begitukah? Bah, mana kunun tu kapal?"
"Sabar bah ko, sya mau kurik dungot sya dulu."
Ina mulai mengorek lubang hidungnya membuat Suzy ternganga memandanginya.
"Adui ni pari-pari ni! Mongondul dungot lagi bah!"
"Tabal butul dungot sya ni! Kitai betul!"
"Aik? Bahasa Dusun pun pandai?"
"Pandai bah! Apandai oku moginum tumpung. Ogumu bogia tumpung id walaiku hilo
planet Ozizo, pinggulian nakalapik oku. Ogumu nogi kaagu tanak wagu bantaton hilo
kampungku!"
Suzy tergelak mendengar si pari-pari yang lancar berbahasa Dusun.
"Ko memang betul-betul magic oh Ina!"
Ina mengeluarkan telefon pintarnya dari saku besar yang ada di bahagian depan
gaunnya.
"Aik? Ada smartphone oh."
Ina menunjukkan gaya sombong yang dibuat-buat.
"Ko pikir! Teknologi-teknologi di dunia sya lagi lebih canggih oh berbanding di
sini bumi! Mmm..."
Ina mulai menghubungi pilot pesawat UFO peribadinya yang tengah bersiar-siar
mengelilingi planet Marikh sambil melihat pemandangan-pemandangan planet merah
tersebut dari jauh.
"Mana bah si Naragas ni nda pandai angkat-angkat telefon? Pigi membantatkah dia ni?
Ni kusai ni arr?"
Ina merungut. Pilot peribadinya yang bernama Naragas itu secepatnya mengambil
telefon pintarnya yang berada di dalam laci di bahagian hadapan pesawat yang
dibawanya itu.
"Hello. Ini si Ina Olala kaini?
"Hoi Naragas! Ko di mana ni sekarang?"
"Sya sini tinguk-tinguk pemandangan di planet Marikh. Ko di mana ni sekarang? Ko
okey juga?"
Naragas berbicara dengan pertuturan yang cepat, namun suaranya tersekat-sekat,
merisaukan keadaan puteri bongsu Raja Lumagas itu. Tadi waktu bersiar-siar di
kawasan atmosfera planet bumi, secara tiba-tiba pintu pesawat terbuka dengan
sendirinya. Oleh kerana Naragas membawa pesawat itu dengan laju, Puteri Ina Olala
terkeluar dari pintu pesawat lalu terjatuh ke bumi, tepat di pokok bambu. Nasib
baiklah Ina sempat memanfaatkan kekuatan tongkat saktinya untuk menjampi tubuhnya
supaya tidak tercedera waktu terhempas di bumi nanti, apatah lagi dia terlupa ayat
mentera yang digunakan untuk menumbuhkan sayap dalam masa singkat. Semua itu sempat
diceritakannya kepada Suzy tadi, mengapa dia boleh tersepit di antara batang-batang
pokok bambu itu.
"Sya sudah turn on ni isyarat di telefon sya."
"Ya sya nampak sudah. Ko tunggu arr, sya pigi sana."
Dengan kecepatan cahaya, pesawat berbentuk menyerupai piring itu pun sampai, dan
perlahan-lahan hendak mendarat di sebuah tempat lapang yang berhampiran dengan
tempat di mana kaki Ina dan Suzy berjejak. Bunyi pesawat itu begitu keras bergema,
tetapi anehnya para penduduk kampung di situ sama sekali tidak dapat melihat
keberadaan pesawat ajaib tersebut apatah lagi mendengar bunyinya. Hanya Suzy yang
mampu melihatnya dengan jelas. Suzy dan Ina mendongak memandangi pesawat itu yang
hampir menyentuh tanah.
"Ko beruntung mandak sebab ko bulih nampak semua ni. Mungkin di dalam planet bumi
ni cuma dua tiga urang saja yang bertuah bulih nampak semua ni keajaiban."
Suzy kebingungan mendengar kata-kata Ina.
"Tapi kenapa sya?"
"Sebab memang itulah keistimewaan ko. Tambah lagi ko ni memang percaya sama
keajaiban sejak dari kecil lagi."
Suzy hanya tersenyum. Pintu pesawat terbuka dengan sendirinya. Suzy terkejut
melihat pilot pesawat itu, telinganya runcing, tetapi wajahnya kelihatan begitu
kacak, dengan mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian tradisional kaum lelaki
Eropah zaman dahulu.
"Jangan takut. Dia pilot peribadi sya. Nama dia si Naragas bin Gorutuk."
Kata Ina sambil menepuk-nepuk bahu kiri Suzy.
"Masuk."
Naragas mempelawa mereka masuk. Sempat lagi Naragas mengenyit sebelah matanya
kepada Suzy sambil tersenyum manis, Suzy hanya mampu membalas senyumannya.
"Hensom pula ni pilot UFO ni, walaupun telinga dia panjang. Tapi... Mmm... Husband
sya lagi lebih hinsom..."
Suzy berkata di dalam hati.

BERSAMBUNG...
PINOKIO ITU NYATA (Part 4)

Tanpa membuang masa, Suzy dan Ina segera memasuki pesawat UFO berbentuk menyerupai
piring besar itu. Mereka berdua duduk di kerusi bahagian belakang, sementara
Naragas tetap di hadapan mengendali pesawat. Perlahan-lahan, pesawat mulai
terangkat ke udara, lalu mulai menembus keluar dari atmosfera bumi. Suzy mencuit
bahu Ina sambil berbisik sesuatu.
"Ina. Tulung kasi tau pilot ko, jangan terlampau cepat sampai di planet Ozazo, sya
mau tinguk-tinguk pemandangan luar angkasa bilang."
Ina mengangguk, lalu mulai menyampaikan hasrat Suzy itu kepada Naragas.
"Bah okey okey. Sya pun malas kalau cepat-cepat sampai."
Kata Naragas diakhiri gelak perlahan. Melalui cermin jendela transparan pesawat itu
yang ada di sebelah kiri Suzy, Suzy tersenyum riang memandangi suasana angkasa yang
gelap namun dihiasi berbilion-bilion benda langit yang indah. Ketika dia menoleh ke
belakang memandang cermin jendela belakang, dia mampu melihat planet bumi berbentuk
bulat, semakin mengecil kerana pesawat kian menjauh meninggalkan planet tersebut.
"Wah, betul-betul bulat pula ni planet bumi ni arr..."
Ina tergelak perlahan.
"Jadi ko pikir bumi tu datar?"
"Nda jugalah. Tapi sikit lagi sya percaya bumi tu datar, bukan bulat..."
Ina dan Naragas ketawa terbahak-bahak.
"Apa yang lucu?"
Tanya Suzy dengan wajah murung yang dibuat-buat.
"Lucu ko ni Suz."
Kata Ina sambil menepuk bahu Suzy.
"Mesti ko terpengaruh sama info-info dari Flat Earth Society ni kan? Yang percaya
bumi tu datar, bukan bulat!"
"Macam mana ko tau?"
"Sya taulah. Tidak payah ko terpengaruh sama semua ajaran-ajaran diorang tu! Semua
fake saja tu! Diorang cakap kunun, matahari sama bulan beredar di atas bumi datar.
Yang hairannya, kalau memang bumi datar, kenapa tu matahari tidak bulih nampak
waktu malam walaupun dalam keadaan gelap? Sedangkan tu matahari ada di atas bumi.
Nda pelikkah begitu? Urang yang naik kapal terbang pun tidak pernah nampak oh tu
matahari kalau betullah tu matahari ada di atas bumi."
Suzy mengerut kening sambil berfikir.
"Betul juga kan. Adui, kenapalah sya senang-senang saja percaya sama tu Flat
Earth."
"Haha, diorang jeles sama kejayaan NASA. Tulah diorang kasi buruk-buruk NASA tu."
Suzy memandang kembali ke jendela belakang, dia mampu melihat bentuk matahari yang
sebenar. Dia begitu terpesona melihat semua pemandangan-pemandangan indah itu.
Berkali-kali dia menggosok-gosok matanya sama ada dia bermimpi atau tidak, Ina
hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum.
"Mau tinguk pemandangan yang lebih cantik?"
Suzy mengangguk tersenyum mengiyakan pertanyaan Ina. Ina mulai mengambil tongkat
saktinya yang disangkutkan pada pinggang kirinya, lalu mulai menggoyang-goyangkan
tongkat itu sambil membaca mentera.
"Lap lip lup lip lap lip. Tang ting tung ting tang ting. Simsala olala..."
Diakhiri dengan mentera yang diucapkannya dengan suara yang amat perlahan. Secara
tiba-tiba segugusan bintang-bintang di luar mulai bergerak, lalu berkumpul rapat
membentuk tulisan "Happy Birthday Suzy. May God Bless You." Melihat itu, Suzy
ternganga lalu ketawa riang.
"Andui bah, terimakasih Ina. Sya sendiri pun lupa oh hari ni sya birthday. Macam
mana ko tau birthday sya hari ni?"
"Aik? Ko lupakah? Sya ni kan pari-pari, so sya ni sakti! Sya bulih tau apa yang
manusia tidak tau, hihi..."
"Jadi, semua penghuni planet Ozazo tu pari-pari?"
Ina mengangguk.
"Tapi tidak semua ada kelebihan macam sya. Di negara sya, cuma tujuh urang saja
yang ada kesaktian, salah satunya, sya sendirilah."
Suzy terpaku melihat planet Zuhal dengan lebih jelas melalui jendela pesawat. Lama
dia memperhati gegelang indah yang melingkari planet gas raksasa itu. Apa yang
membuatnya terkejut, ada sebuah objek yang keluar dengan begitu pantas dari planet
tersebut, lalu dicuitnya bahu Ina.
"Ina, itu apa?"
Seraya menuding ke arah objek tersebut. Ina mulai memasang wajah cemas, lalu segera
menepuk bahu Naragas.
"Naragas! Kasi laju-laju bawa ni kapal."
"Kenapa?"
Tanya Naragas kehairanan.
"Tunah. Ada kapal alien mau pigi dekat kapal kita."
Objek tersebut merupakan sebuah kapal UFO berbentuk menyerupai berudu, semakin
menghampiri mereka dengan lampu merah dan hijau yang menyala-nyala di bahagian
depannya. Naragas mulai menekan tombol berbentuk empat segi bersimbol anak petir
yang ada di bahagian depan pesawat, lalu dengan pantas pesawat itu bergerak
meninggalkan pesawat alien tadi hanya dalam sekelip mata.
"Syukur, kita selamat. Kalau tidak, habis kapal kita hancur kana timbak sama tu
alien-alien jahat."
Ucap Ina sambil mengelus-elus lembut dadanya. Suzy masih memasang wajah cemas.
"Jangan ko takut Suz. Selama ko sama sya, teda apa-apa terjadi sama ko."
Suzy mengangguk, lalu mulai tersenyum.
"Mana bah si Suzy ni?"
Rubina berjalan-jalan di sekeliling kebunnya mencari keberadaan anak bongsunya.
"Suzy! Suzy! Ko di mana? Bilang tadi ambil terung?"
Dia keluar dari pintu pagar kebun, lalu melangkah ke arah pokok bambu, lalu melihat
parang yang dibawa Suzy tadi berada di atas tanah.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 5)

"Aik? Kenapa ni parang ada di sini?"


Rubina menggumam seorang diri sambil mengambil parang itu.
"Mana si Suzy ni?"
Akhirnya mereka mulai memasuki sebuah galaksi di mana terdapatnya planet Ozazo yang
dipenuhi keajaiban. Melalui cermin jendela yang transparan di bahagian hadapan
pesawat itu, Suzy mampu melihat planet Ozazo yang menyerupai planet Bumi.
"Aik? Ina! Kenapa kita balik pigi planet bumi? Bilang tadi on the way sudah pigi
planet Ozazo."
Ina Olala tergelak sambil menutup mulutnya dengan tangan.
"Haha, itulah planet Ozazo, siurang punya planet."
"Tapi..."
"Bentuk dia memang sama macam planet bumi. Permukaan dia pun sama. Cuma beza dia,
penghuni di sana semua pari-pari, bukan manusia. Raksasa pun ada!"
Suzy tersentak sebaik sahaja mendengar Ina menyebut perkataan raksasa.
"Apa?"
"Jangan ko takut bah! Kalau tu raksasa macam-macam sama ko, sya putung-putung dia
terus sya bikin bosou!"
Pesawat itu perlahan-lahan menembus masuk atmosfera planet Ozazo, lalu mulai
mendarat di tempat yang agak lapang. Selang beberapa saat pesawat itu berjaya
mendarat, pintunya terbuka dengan sendiri.
"Okey sampai! Bah keluar!"
Ajak Naragas sambil mendahului mereka keluar dari pintu pesawat itu. Sebelum
meneruskan langkah, Naragas menekan satu butang pada jam digital di pergelangan
tangannya, secara automatik pesawat itu bertukar menjadi sebuah robot kecil yang
tingginya hingga ke paras lutut, dari robot bertukar menjadi sebuah telefon bimbit
yang menyerupai telefon bimbit klasik. Naragas memungut telefon itu dari permukaan
debu tanah planet tersebut, lalu menyangkutkannya pada saku bajunya. Dia hanya
menaik-naikkan sebelah keningnya sambil tersenyum sebaik sahaja Suzy menepuk tangan
sebagai tanda keterujaan. Dia mulai memasang langkah, Ina dan Suzy mulai
mengekorinya. Suzy merangkul erat tubuh Ina kerana merasa asing dengan planet itu.
Walaupun suasananya hampir sama dengan yang ada di bumi, Suzy tetap merasa asing
bercampur rasa gementar. Anehnya, ketika dia mendongak memandangi langit,
keseluruhannya berwarna ungu pudar, tidak seperti langit di bumi yang berwarna
biru. Sedikit demi sedikit hatinya mulai merasa agak tenang, terpesona melihat
pemandangan langit yang cerah itu, hanya terdapat sedikit awan. Dia juga melihat
dua buah bulan yang berfasa sabit saling bergandingan, yang satu agak sedikit kecil
ukurannya.
"Waw, ni planet ada dua bulan oh."
Ucap Suzy dengan nada teruja.
"Bukan dua, tapi tiga."
"Tiga?"
"Ya. Yang satu belum muncul lagi. Malam ni baru dia muncul. Ukuran dia ada besar
sikit dari yang dua ni."
Suzy menggosok-gosok kasar matanya.
"Sya rasa sya macam bermimpi oh bulih nampak pemandangan luar biasa macam ni.
Sayang oh sya kasi tinggal telefon sya di rumah mama sya. Kalau tidak, dari tadi
lagi sya sudah ambil-ambil gambar."
"Di telefon sya ada. Nanti sya send sama ko. Ko bagi saja number ko nanti."
"Okey..."
Naragas sudah agak semakin jauh di hadapan, berjalan di sebuah jalan kecil. Di kiri
dan kanan jalan itu dihiasi batu-batu permata dan batu zamrud yang indah. Ketika
kaki mereka terus melangkah mengekori Naragas, sempat lagi Suzy memungut batu-batu
tersebut.
"Amazing..."
Suzy tidak henti-hentinya memancarkan senyuman dari wajahnya.
"Di sini, ni batu-batu semua ibarat macam batu-batu biasa kalau di planet bumi."
Kata Ina. Suzy memandang sekelingnya, dia melihat ada beberapa batang pokok yang
agak aneh bentuknya. Bahkan bunga-bunga di situ pun kelihatan asing pada
pandangannya, yang belum pernah dilihatnya sewaktu dia berada bumi. Mereka lalu di
sebuah perkampungan, di mana Suzy mampu melihat rumah-rumah para penghuni kampung
itu menyerupai rumah-rumah kampung yang ada di bumi. Para penghuninya yang lalu
lalang di situ semuanya bertelinga runcing, sama seperti Naragas. Pakaian-pakaian
yang dikenakan mereka pun agak aneh, menyerupai pakaian orang Eropah zaman dahulu,
tetapi dihiasi beberapa aksesori yang kelihatan agak moden. Ketika mereka menyedari
Suzy memperhatikan mereka, mereka pun memasang senyuman ramah, Suzy membalas
senyuman mereka.
"Ina!"
"Kenapa Suz?"
"Diorang semua telinga panjang. Kenapa ko tidak?"
Ina tergelak.
"Haha... Sebab sya oprate telinga sya bulan lepas."
"Oh... Sya jujurlah arr, sya macam terpukau oh sama ni dunia ko ni. Macam sya tidak
mau balik lagi pigi bumi."
Mendengar ucapan Suzy, Ina menghentikan langkahnya, wajahnya kelihatan agak serius
sambil memandangi Suzy.
"Nda bulih ko cakap begitu. Ko tidak kasiankah sama keluarga ko, sama husband ko?
Kalau ko tinggal sini, terus diorang cari ko macam mana?."
Suzy hanya terdiam sambil mengangguk. Mereka pantas beralih ke tepi jalan setelah
menyedari kedatangan sebuah kenderaan dari arah belakang yang akan lalu di situ.
Kenderaan itu begitu pelik pada pandangan Suzy. Berbentuk piramid, memiliki lapan
buah tayar.
"Wow, amazing!"
Ucap Suzy. Puas melangkah, akhirnya mereka tiba tepat di perkarangan sebuah istana
besar yang indah, istana milik Raja Lumagas, ayahanda Ina Olala.
"Wow, besar oh ni castle."

BERSAMBUNG...
PINOKIO ITU NYATA (Part 6)

Sebuah istana yang megah, pintu gerbangnya diperbuat daripada emas tulen, pagar
yang mengelilinginya diperbuat daripada perak dan batu marmar.
"Sya segan pula Ina."
Suzy menunjukkan wajah tidak selesa.
"Nda payah segan-segan. Family sya okey. Mari masuk."
Ketika mereka menghampiri pintu gerbang, pintu gerbang berbentuk seekor helang yang
tengah membentangkan sayap itu terbuka dengan sendirinya. Masuk sahaja mereka ke
perkarangan istana, gerbang itu tertutup kembali.
"Selamat datang manusia bumi..."
Gerbang itu mampu berbicara, Suzy tersentak lalu pantas menoleh ke belakang. Dia
hanya tersenyum mengetahui dirinyalah yang dimaksudkan oleh pintu gerbang itu.
Ketika mereka terus melangkah hendak memasuki pintu utama istana, sempat lagi Suzy
ternampak Naragas memandanginya dari sebuah jendela di tingkat tiga sebuah menara
yang bersebelahan dengan istana tersebut. Naragas mengenyit sebelah matanya, Suzy
hanya tersenyum kepadanya.
"Itu menara apa Ina?"
Tanya Suzy sambil menuding ke arah menara tersebut.
"Itu bilik pekerja-pekerja istana."
Suzy mengangguk. Suzy memandang jam di tangannya, sudah menunjukkan pukul 3.33
petang mengikut masa bumi. Dia mendongak ke langit, dia mampu menjangkakan waktu
planet itu selari dengan waktu di planet bumi.
"Waktu di sini sama waktu di bumi, sama saja Suz! Jadi jangan ko risau. Kalau di
sini malam, di bumi pun malam juga."
Ucap Ina seraya menepuk-nepuk bahu Suzy, seolah-olah dia tahu apa tengah bermain
dalam fikiran Suzy.
"Tinguk jam sya."
Ina memperlihatkan Suzy jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 3.34 petang.
Suzy membandingkan jam Ina dan jam di tangannya, bezanya jam Ina hanya lambat dua
saat memandangkan mereka menggunakan jam digital.
"Itu lagi..."
Ina menuding ke arah jam digital istana yang bergantung pada sebuah tugu patung
berbentuk seekor naga bertanduk tujuh, sudah menunjukkan pukul 3.35 petang. Sekali
lagi dia membuat perbandingan, jam istana itu lambat satu saat dari jam tangannya.
"Marilah masuk!"
Mereka meneruskan langkah kaki mereka yang terhenti sejenak itu, memasuki pintu
utama istana.
"Selamat petang Puteri Ina Olala..."
Ucap dua pengawal berpakaian serba biru, yang berdiri di kiri dan kanan pintu
sambil tertunduk hormat kepada Ina.
"Mana diorang bapa?"
Tanya Ina sambil tersenyum.
"Di situ ruang kobontugan..."
Salah seorang dari pengawal itu menuding ke arah sebuah ruangan yang dinamai
sebagai Ruang Kobontugan, tempat di mana Raja Lumagas dan Ratu Onira duduk di
singgahsana mereka.
"Terimakasih..."
Ucap Ina, pengawal itu hanya mengangguk.
"Mari Suz..."
Ina memegang lengan Suzy lalu mengajaknya memasuki ruangan itu. Baru sahaja mereka
tiba tepat di hadapan pintu ruangan itu, tiga orang pekerja istana perempuan yang
mengenakan tudung merah jambu yang mirip tudung biarawati Katolik, keluar dari
ruangan itu. Sebelum beredar, mereka tunduk menghormati Ina Olala sebagai seorang
puteri raja di istana itu, Ina hanya tersenyum mesra kepada mereka. Mereka masuk,
lalu mendapati raja dan ratu tengah berbual-bual sambil santai duduk di singgahsana
mereka.
"Hey Ina, ko pigi mana tadi?"
Tanya Ratu Onira.
"Teda pigi mana-mana. Sya sama si Naragas cuma jalan-jalan di planet Zuhrah saja
tadi."
"Apa?"
Tanya Raja Lumagas dengan nada suara yang tinggi.
"Kenapa ko pigi di sana? Nasib baik ko teda apa-apa."
"Kenapa juga pak?"
"Tu planet tu bahaya tu. Silap sikit kamu bulih hangus terbakar kalau masuk sana."
"Hey silap, bukan di Zuhrah pak. Tapi... Tapi..."
Ina menggaruk-garuk kepala sambil berfikir.
"Anu, planet Marikh. Sya silap nama ja, hehe..."
"Oh..."
Pandangan raja dan ratu mulai tertuju penuh hairan kepada Suzy yang dari tadi
tertunduk. Mereka hairan melihat pakaian Suzy yang agak aneh.
"Ini siapa Ina?"
"Oh, ini si Suzy, kawan sya. Dia manusia dari planet bumi."
"Apa khabar Suzy?"
Tanya Ratu Onira penuh kemesraan.
"Khabar baik ratu, raja..."
Balas Suzy penuh kelembutan, sambil tertunduk hormat. Dicapainya tangan raja dan
ratu untuk disalaminya, lalu diciumnya tangan mereka.
"Wah, penuh sopan santun pula ni manusia ni. Seumur hidup sya, belum pernah lagi
tangan sya kana cium."
Ucap Ratu Onira di dalam hati.
"Bah, pigi bawa kawan ko ni pigi dapur. Suruh si Wina sama si Wini kasi hidang
makanan yang sedap-sedap untuk dia."
Perintah Raja Lumagas kepada puterinya itu. Mereka mulai melangkah ke arah ruang
dapur yang begitu luas, dihiasi oleh pelbagai hiasan-hiasan moden dan klasik.
Sementara menunggu Wina dan Wini menyiapkan makanan dan minuman untuk mereka,
mereka berbual-bual sambil duduk santai di kerusi meja. Kembali ke suasana di bumi.
"Bryan! Sampai bila ko mau kasi tapuk-tapuk semua ni? Hari tu ko sudah janji ko mau
kasi cerai si Suzy kan! Ko sendiri cakap, ko cuma cinta sama sya saturang saja!"
Tanya Stacy kepada Bryan melalui panggilan telefon, dengan nada suara yang tinggi.
"Ya sya tau. Tapi sekarang bukan masa yang tepat. Sabar-sabar bah sayang. Tunggu
dia kasi lahir baby kami dulu, baru sya kasi cerai dia! Sabar arr."

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 7)

Belum habis Bryan bercakap, secepatnya Stacy menutup panggilan telefonnya sehingga
Cassy, sahabat yang minum semeja dengannya dalam pub tercengang melihat tingkahnya.
"Sabar bah ko fren, jangan marah-marah."
Kata Cassy sambil mencantumkan gelas minumannya ke mulut Stacy, Stacy hanya
menikmati dengan menghirup.
"Sya sakit hati bah sama si Bryan! Apalah sangat si Suzy tu sampai dia rasa
bersalah mau kasi cerai kunun! Sudahlah perempuan kampung, sekolah pun cuma sampai
tingkatan lima saja! Lawa tu memang lawa, tapi teda gaya bikin apa!"
"Malam ni kita happy happy saja! Tidak payahlah ko terlampau berserabut kepala utak
mau fikir pasal si Bryan. Sya kenal tu lelaki tu. Dia tidak pernah cakap dusta.
Kalau dia bilang dia mau kasi cerai si Suzy, betul-betul tu dia kasi cerai nanti.
Ko tinguk saja!"
Mendengar kata-kata si sahabat, Stacy merasa agak sedikit tenang dari gelora
kemarahannya. Bryan duduk di kerusi meja makan dapur seorang diri dalam keadaan
gelap, hanya terkena sedikit cahaya lampu dari arah ruang tamu. Sebotol Label5
hanya tinggal setengah diminumnya malam itu sekadar untuk menenangkan fikirannya.
Dari tadi, dia asyik mempertimbangkan sama ada hendak menceraikan Suzy atau tidak
walaupun pada hakikatnya, cintanya kepada Stacy melebih cintanya kepada Suzy. Dia
mengahwini Suzy bukanlah atas dasar cinta, melainkan atas permintaan Tony, mendiang
ayahnya, iaitu permintaan yang terucap dari mulut sang ayah sebelum menghembus
nafas yang terakhir. Dia menghentak meja dengan keras sehingga gelas kacanya
terjatuh dari meja, pecah di lantai.
"Sya tetap juga kasi cerai si Suzy! Sya tidak bulih bertahan sama perempuan yang
sya tidak cinta."
Ucap hatinya. Dari tadi, dia sama sekali tidak merisaukan isterinya yang menghilang
dari rumah ibu mertuanya. Petang tadi, waktu dia hendak menjemput Suzy di rumah ibu
mertuanya, dia hairan akan ketiadaan isterinya di situ.
"Aik? Mama pikir dia sudah pulang pigi rumah kamu. Dia kasi tinggal saja parang
yang dia bawa tadi di situ belakang kebun."
Kata Rubina sambil mengutip daun-daun kering di perkarangan rumah menggunakan
sebatang ranting kayu.
"Jadi dia pigi mana arr?"
"Mama pun nda tau Bryan. Ko nda try telefon dia?"
"Sudah, tapi dia tidak angkat. Sya whatsapp pun dia tidak baca."
Rubina terdiam memperhati sekeliling.
"Mungkin dia pigi rumah si Liza kali, kawan dia."
Kata Bryan sebelum melangkah memasuki kereta.
"Bah mak, sya pigi carilah dulu dia di rumah si Liza."
"Bah bah bah..."
Rubina menyambung kembali aktivitinya mengutip daun-daun kering. Bukannya menuju ke
rumah Liza, sebalik pulang ke rumah lalu bersantai-santai. Sama sekali tidak
memikirkan Suzy isterinya. Seorang suami yang penyayang pasti akan risau jika sang
isteri pergi tanpa meminta izin, apatah lagi tidak mengangkat telefon waktu
dihubungi, tetapi Bryan tidak. Makan malam sudah disediakan, melengkapi sebuah meja
panjang yang berada di tengah-tengah dapur istana Raja Lumagas. Di negara yang
bernama Rombituon Napatai itu, Raja Lumagas merupakan raja pertama yang memerintah
negara itu setelah rakyat negara tersebut baru sahaja merdeka dari kekejaman dan
perjajahan bangsa alien. Lima orang anak perempuan Raja Lumagas dan Ratu Onira
duduk bergandingan, bersemuka dengan ibu dan ayah mereka yang duduk di hadapan
mereka. Kerusi yang mereka duduki diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan kain
sutera, bercorakkan bunga-bunga tulip yang indah. Puteri yang sulung bernama
Alenda, puteri kedua bernama Marissa, puteri ketiga bernama Izoda, puteri keempat
bernama Delisa, dan yang paling bongsu, tidak lain tidak bukan Puteri Ina Olala.
Kecantikan di bongsu melebih kecantikan kakak-kakaknya. Suzy pula duduk di bahagian
paling hujung, dekat dengan Ina. Dari tadi, Suzy memperlihatkan tingkahnya yang
malu-malu kucing walaupun kakak-kakak Ina Olala kelihatan ramah terhadapnya. Seekor
ayam panggang lazat yang terhidang untuknya di atas pinggan emas perlahan-lahan
disantapnya, ayu dan lembut gerakan tangannya, mempesona mata mereka yang
memandang.
"Harap-haraplah si Bryan tidak tertanya-tanya sya di mana. Sya yakin, mesti dia
sangka sya bermalam ni sekarang di rumah si Liza. Harap-haraplah sangkaan sya ni
betul."
Ucap Suzy di dalam hati, tidak mahu jika suami tercintanya itu merisaukan dirinya.
"Baru berapa jam sudah sya rindu oh sama husband sya. Harap-harap dia pun rindu sya
juga. Rindu masakan sya, rindu ciuman sya, rindu sya urut-urut belakang dia.
Tapi... Kenapa lain-lain saja perasaan sya ni ni? Arr! Fikir positif Suzy! Jangan
fikir bukan-bukan! Apa yang penting, sya tidak sabar mau kasi lahir baby kami ni."
Ucap Suzy di dalam hati. Raja Lumagas dan Ratu Onira tidak henti-hentinya
mengucapkan terimakasih kepada Suzy mendengar cerita Ina mengenai Suzy yang telah
menyelamatkan Ina dari terus tersepit pada pokok bambu.
"Terimakasih mandak. Kalau teda ko, mungkin sya kehilangan sudah puteri bongsu sya.
Sya takut kalau dia kana kasi apa-apa oleh manusia jahat di sana."
Ucap Ratu Onira.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 8)


Sebelum mereka semua beredar dari dapur, Raja Lumagas sempat mengingatkan Ina untuk
menunjukkan sebuah bilik untuk ditiduri Suzy nanti, tetapi Suzy menolak.
"Tidak apalah uncle..."
Katanya.
"Biar dia tidur di bilik sya..."
Sampuk Ina. Suzy memanggil Raja Lumagas dengan sebutan uncle, dan Ratu Onira
sebagai auntie atas kemahuan mereka sendiri.
"Bah mana sajalah."
Kata ratu. Malam itu, Bryan tidak terdaya lelap. Matanya masih terlalu ringan untuk
tertidur meskipun berkali-kali dia menukar posisi baringnya.
"Adui, kenapa sya tidak dapat tertidur ni arr?"
Bisik hatinya. Dia menghidupkan lampu tidur, di atas sebuah meja kecil di pinggir
katilnya. Dia bangkit lalu duduk di birai katil. Teko plastik berisi setengah air
putih yang ada di atas meja kecil itu dituangkan ke dalam gelas plastik jernih,
sebelum diteguknya sehingga habis. Dia mengambil telefon pintarnya yang
diletakkannya di sebelah bantalnya, mencuba untuk menghubungi isterinya namun tidak
dapat.
"Pigi mana bah ni perempuan palui ni?"
Dia menggumam mengeluh. Bahkan mesej whatsapp yang dihantarkannya kepada Suzy tadi
belum lagi dibaca, menampilkan rasa kecewa pada raut wajahnya.
"Harap-haraplah dia okey-okey saja sekarang ni. Sya ni bukan apa! Sya cuma sayang
sama anak sya di dalam rahim dia tu. Pigi manalah dia ni arr? Sya tanya si Liza
tadi, si Liza bilang teda si Suzy di rumah dia."
Bisik hatinya. Mata Ina sudah agak berat, hampir sahaja tertutup, namun terbantut
sebaik sahaja melihat Suzy di sebelahnya itu masih membeliakkan mata, belum ada
tanda-tanda dia mengantuk.
"Kenapa belum tidur Suz?"
"Ntahlah Ina. Perasaan sya macam lain-lain saja."
"Maksud ko?"
Tanya Ina sambil menongkat dagu memandangi Suzy.
"Sya rasa, seolah-olah sya akan kehilangan hal paling berharga di dalam hidup sya,
tapi sya tidak tau apa."
"Setiap manusia mesti pernah rasa kehilangan Suz. Jangankan manusia, pari-pari
macam kami ni pun pernah merasa kehilangan hal yang paling berharga."
Kini Suzy turut menongkat dagunya, bersemuka dengan Ina dengan pinggang dan kaki
yang masih berbaring pada katil tebal Ina.
"Ko pernah rasa kehilangan?"
Ina mengangguk.
"Sya kehilangan tunang sya. Seminggu lagi kami mau kawin, terus dia meninggal."
"Sebab?"
"Kana bunuh sama raksasa-raksasa dari planet Neptun, waktu tu raksasa masuk di
dalam ni planet, ngam-ngam di dalam negara kami ni, terus diorang buat serangan
besar-besaran. Nasib baik pahlawan-pahlawan kami dapat kasi kalah diorang. Sampai
sekarang, sya masih belum dapat lagi kasi lupa mendiang tunang sya tu. Bagi sya,
dia cinta pertama, dia juga cinta terakhir."
Mata Ina yang dari tadi berkaca, akhirnya tertumpah juga. Jendela bilik Ina dalam
keadaan terbuka. Suzy mampu melihat pemandangan langit malam dengan jelas, bintang-
bintang yang berkerdip-kerdip indah. Sebuah bulan berwarna hijau pudar turut
menghiasi langit malam, ukurannya lebih besar berbanding bulan planet bumi.
"Cantik tu bulan tu nah..."
Ina bangkit, mengambil sesuatu dari laci almarinya, almari yang diperbuat daripada
logam, perak dan batu marmar. Benda itu diletakkan ke atas telapak tangan Suzy,
sebuah alat elekronik mirip iPad berbentuk segi empat sama, yang memiliki dua
butang di bahagian bawahnya.
"Ini untuk ko..."
"iPad?"
"Ini bukan iPad."
"Abis tu? Kenapa macam iPad?"
"Adui macam mana mau kasi explain arr?"
Kata Ina sambil menggaruk-garuk kepalanya yang tidak gatal, dia tidak tahu
bagaimana menjelaskan cara penggunaan alat elektronik tersebut.
"Anu begini... Itu kegunaan dia untuk tinguk masa lalu ko, peristiwa-peristiwa yang
terjadi di belakang ko, masa depan ko sama banyak lagi. Dia ni macam robot juga,
cuma dia tidak bergerak. Cuma, tidak semua masa depan ko dapat dia ramal. Ko
tinggal tekan butang merah di bahagian bawah dia tu kalau ko mau tanya something,
sambil ko bercakap sambil ko tahan, nanti dia jawab pertanyaan ko."
Suzy mengangguk.
"Jadi butang hijau di sebelah butang merah ni, apa kegunaan dia?"
"Itu untuk tukar jenis-jenis suara yang ko mau. Ada suara perempuan, ada suara
urang mabuk, ada suara lombou, banyak lagilah. Time ko on butang atas dia tu, nanti
di skrin dia muncul ruang kosong untuk ko tulis nama penuh ko, umur ko, jantina ko,
dan banyak lagi. Kalau sudah isi semua, klik OK, terus ni benda sah jadi milik ko.
Kalau ko mau ni benda betul-betul sebati sama diri ko, ko perlu kasi luka ibu jari
ko, terus darah ko, ko kasi kana di sini..."
Ina menuding tepat di satu bulatan kecil menyerupai kamera, yang ada di bahagian
atas skrin alat elektronik itu. Suzy tertarik dengan penjelasan Ina. Dia melakukan
apa yang disuruh oleh Ina, menghidupkan alat ajaib tersebut, mengisi semua yang
tertera pada bahagian skrin sampailah melukakan ibu jari, dan darahnya dikenakan
pada bulatan tersebut.
"Hello, terimakasih kerana menjadikan saya alat peribadimu puan Suzy Benedict. Nama
saya Ozio. Saya akan menjawab apa sahaja soalan yang kamu ajukan."
Suzy ketawa geli hati mendengar alat itu berbicara, dengan suara yang comel dan
manja.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 9)

Keesokan harinya, sebelum melangkah memasuki pintu pesawat kepunyaan Naragas,


sempat lagi Suzy dan Ina berpelukan.
"Kalau ada apa-apa, ko hubungi saja sya arr..."
Ucap Ina, Suzy mengangguk.
"Kalau ko mau pigi sini, sya sama family sya sentiasa menyambut ko. Pintu istana
kami sentiasa terbuka lebar untuk ko. Cuma satu saja sya mau kasi tau ko Suzy!
Jangan terlalu berharap sama sesuatu yang ko anggap tidak mungkin kasi kecewa ko.
Mana taulah dalam diam-diam ada sesuatu yang tersembunyi, hihi..."
"Arr?"
Suzy tidak mengerti akan kata-kata Ina, seraya membuat reaksi wajah yang seakan-
akan meminta penjelasan.
"Nanti ko faham juga kalau ko sudah nampak sendiri di depan mata ko."
Naragas menggunakan kekuatan kecepatan cahaya sewaktu membawa pesawatnya, sehingga
mereka tiba di planet bumi dalam masa yang begitu singkat. Pesawatnya mendarat di
tempat yang lapang, iaitu jauh sedikit jaraknya di belakang rumah ibu Suzy.
"Terima kasih Naragas..."
"Sama-sama mandak."
Sebelum memasuki pesawatnya, sempat lagi Naragas mengenyit sebelah matanya, membuat
Suzy tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.
"Suzy?"
Rubina terperanjat akan kemunculan Suzy secara tiba-tiba di hadapannya sewaktu dia
tengah menebas rumput-rumput di kebunnya.
"Ko ikut siapa pigi sini?"
"Sya carter kereta mak! Si Bryan busy."
"Ko pigi mana oh kemarin?"
"Sya di rumah kawan sya."
"Si Liza?"
"Bukan..."
"Lain kali bagi tau husband ko bah kalau ko mau pigi mana-mana."
"Yalah... Mak sya naik dulu arr."
"Bah pigilah ko naik. Mama mau kasi habis dulu kerja mama."
Suzy duduk santai di sofa ruang tamu, tidak tahu hendak berbuat apa.
"Jangan boring-boring bah Suz. Jum kita bercerita-cerita, hehe..."
Ozio bersuara. Suzy memandangi bahagian skrin, terdapat emoji gadis yang tengah
berkata-kata.
"Nda juga boring ni. Sya takut husband sya marah sebab tidak minta izin dia sya
jalan kemarin."
"Manalah dia peduli sama ko tu Suz."
"Maksud ko?"
"Sya mau sakap jujur baini sama ko, tapi ko jangan marah sya pula! Nda pasal-pasal
pula ko kasi hampas sya di lantai."
"Cakap ja, sya tidak marah. Ko kan sudah jadi bestfriend sya."
"Okey. Janji arr jangan marah..."
"Ya sya tidak marah, haha."
Suzy tergelak mendengar ucapan Ozio.
"Anu begini. Sya tidak mau cakap apa-apa, sya cuma mau kasi tunjuk ko satu video.
Ni video sya serap dari satelit ajaib luar angkasa yang 24jam merakam setiap
peristiwa di bumi."
Suzy mengangguk. Beberapa saat kemudian, Suzy melihat sebuah video dimainkan pada
skrin Ozio. Video itu menunjukkan kemesraan Bryan dengan Stacy di sebuah pantai.
Bryan membelai-belai lembut rambut Stacy, Stacy membaringkan kepalanya pada bahu
Bryan. Kelihatannya mereka tengah duduk di sebuah kerusi kayu.
"Ko betul-betul sayangkah sama sya Yan?"
"Jadi ko pikir selama ni sya cuma pura-pura sayang sama ko?"
"Nda juga bah, sya cuma mau kepastian saja."
"Asal ko tau Stacy! Dari dulu sampai sekarang, cuma ko saja yang ada di hati sya."
"Si Suzy?"
"Tu perempuan kampung tu? Kalau bukan sebab permintaan mendiang bapa sya, jangan
haraplah sya mau kawin sama tu perempuan!"
"Jadi bila ko mau kasi cerai dia?"
"Selepas dia kasi lahir baby kami!"
Suzy tidak mampu menahan air matanya. Dia tidak sanggup menonton habis video itu.
"Cukup Ozio! Kasi stop! Sya tidak mau tinguk lagi."
"Sya... Sya minta maaf Suzy. Sya tidak berniat buat ko sedih..."
"Tidak Ozio! Ko tidak perlu minta maaf! Justeru sya berterimakasih lagi sama ko
sebab ko sudah kasi tinguk sya kebohongan si Bryan di belakang sya."
Suzy tidak mampu lagi berkata panjang. Sudah begitu sukar untuknya mempercayai
kata-kata lelaki. Sebelum ini pun sudah banyak lelaki yang membuatnya kecewa,
mempermainkan perasaan dan cinta tulusnya. Dia berharap agar Bryan lah lelaki yang
betul-betul mencintainya dengan sepenuh hati, namun hakikatnya tidak.
"Sya tidak mau lagi percaya sama lelaki planet bumi!"
Dia bangkit, lalu menemui ibunya di kebun. Sempat lagi dia mengesat air matanya
supaya ibunya tidak mengetahui dia sedang menangis kerana Bryan.
"Mak, sya balik dululah mak, ada urusan."
"Aik kalam kabut juga? Bah bah bah..."
"Sayang? Sayang pigi mana kemarin?"
Terbantut niat Bryan hendak menggapai cawan putih berisi kopi panas di meja selepas
melihat Suzy berdiri di depannya, menatap tajam ke arah dirinya.
"Sayang? Kenapa sayang tinguk sya lain macam saja? Sya ada salahkah?"
"Ko memang teda salah! Tu perempuan simpanan ko yang salah, kacau laki urang!"
Bryan terkejut.
"Aaa... Apa sayang cakap ni? Sya tidak faham oh! Perempuan simpanan?"
"Itulah perempuan simpanan ko, si Stacy!"
Bryan mulai berdiri, menghampiri Suzy.
"Dari mana ko kenal dia?"
"Itu tidak penting! Yang penting sekarang, sya mau kita kasi titik hubungan kita
ni! Selepas ni terpulanglah ko mau buat apa sama dia, sya tidak mau ambil tau
sudah!"
Sepantasnya Bryan memeluk erat tubuh Suzy sambil mencengkam kuat leher Suzy.
"Sya tidak mau kasi cerai ko, sebelum ko kasi lahir anak sya!"
Tiba-tiba Bryan merasa ada seseorang memukul kepalanya dari belakang.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 10)

"Naragas?"
Suzy terkejut melihat Naragas yang tegak berdiri di depan, nampaknya telinganya
tidak lagi runcing, normal seperti telinga manusia. Mungkin dia tidak mahu Bryan
ketakutan melihat rupanya.
"Siapa ko?"
Tanya Bryan sambil menarik kolar baju Naragas.
"Sya boyfriend si Suzy! Ko ingat ko saturang sajakah bulih ada simpanan? Si Suzy
pun bulihlah!"
Ucap Naragas menyebelahi wanita yang dicintainya itu. Berkali-kali Suzy memberi
isyarat supaya Naragas menghentikan tindakannya, tetapi tidak dihiraukan.
"Cukup!"
Bentak Suzy ketika Naragas hampir menumbuk wajah Bryan.
"Cukuplah tu Naragas bin Gorutuk!"
"Nda payahlah bah sebut nama bapa sya."
Rungut Naragas.
"Oppss! Sorry!"
Kata Suzy lalu menutup mulut dengan tangan.
"Sia-sia saja ko berlawan sama ni lelaki teda guna ni! Pigilah dia bersundal sama
tu simpanan dia tu, sya tidak peduli sudah! Semua lelaki di dalam ni planet bumi ni
teda guna! Puikk!"
Suzy membentak sambil menarik lengan Naragas, mengajaknya segera beredar dari situ.
"Sya mengambil keputusan, mulai bisuk sya mau pindah sudah pigi planet Ozazo!
Mungkin di sana kali jodoh sya! Lelaki-lelaki di sini semua penipu! Buduh punya
Bryan! Teda guna! Pokilok ko bau tomyam sana! Pokilok si Stacy bau udang karing!
Muka cantik tidak guna kalau teda ciri-ciri ibu rumah tangga yang baik! Perempuan
macam begitu si Bryan mau? Silap sikit santut dia pun banyak sudah tu kulat kodop
tumbuh gara-gara jarang-jarang kana cuci! Bau pasong! Dari jauh lagi tu lipas
tercium bau tu santut dia, meninggal dunia terus tu lipas! Dua kali limalah kamu
dua tu, Bryan, Stacy! Ngamlah kamu kahwin! Nah... Bau pokilok bertemu bau pokilok!"
Bermacam-macam keluar dari mulut Suzy gara-gara terlalu berang dengan perlakukan
suaminya. Mendengar bentakan Suzy, Naragas segera menghidu kedua-dua keletiaknya.
"Nasib baiklah pokilok sya wangi oh. Kalau nda, tersindir sudah sya!"
"Ish, diam bah ko!"
Jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah mereka hanya tergelak mendengar leteran
Suzy. Ketika Suzy keluar, dia melihat seorang jiran wanita di sebelah rumah tengah
menutup mulut menahan gelak, sambil menyapu-nyapu di depan rumah.
"Apa ketawa-ketawa? Senang hatilah tu nampak urang laki bini bergaduh! Taulah kamu
tidak pernah bergaduh!"
Sebaik keluar dari pintu gerbang rumah, Suzy terus berjalan di tepi jalan raya,
tidak tahu hendak ke mana. Dia berusaha menahan air matanya yang hampir sahaja
tertumpah.
"Buat apalah sya mau menangis untuk lelaki macam begitu?"
Bisik hatinya. Naragas hanya terdiam sambil mengekorinya dari belakang. Ketika
berada di tempat yang agak sunyi, Suzy baru menyedari yang dia terlupa di mana
diletaknya Ozio.
"Alamak! Sya lupa oh di mana sya simpan si Ozio."
"Ozio?"
Tanya Naragas yang tengah berdiri di depannya.
"Ya..."
"Sya di sini! Dari tadi sya ikut ko! Ko kan tuan sya, hehe. Tuan sekaligus
bestfriend sya."
Suzy mencari-cari dari mana datangnya suara gadis yang terdengar begitu lemah
lembut itu, sehinggalah dia melihat seorang gadis cantik jelita yang hanya sebesar
lengan jika diukur dari hujung jari hingga ke paras siku, melayang-layang di udara
sambil mengibas-ngibaskan sayap jernihnya yang menyerupai sayap seekor pepatung,
mengenakan dress hijau muda paras lutut, dengan sinaran yang terus-menerus keluar
dari tubuhnya. Terdapat sebatang tongkat emas pada tangan kanannya. Bahagian atas
tongkat itu dihiasi simbol bintang lapan bucu yang terbuat dari batu permata
berwarna biru. Suzy undur ke belakang, terkejut melihat makhluk aneh itu. Makhluk
itu pula semakin maju menghampirinya. Naragas hanya terpaku memperhatikan mereka,
sama sekali tidak menunjukkan rasa gentar melihat pari-pari kecil tersebut.
"Ko... Ko siapa?"
"Sya bah si Ozio, yang si Puteri Ina Olala kasi sama ko kemarin tu."
"Yakah? Ke... Kenapa ko bulih berubah jadi pari-pari kecil?"
"Sebab memang inilah wujud asli sya. Sya dulu kana sumpah sama raja sya jadi alat
yang menyerupai iPad, sebab balik-balik sya buat kesilapan di dalam istana dia. Tu
raja bilang, kalau sya berjaya menyentuh darah manusia bumi, barulah sya bulih
terbebas dari ni sumpahan. Sya berterimakasih betul sama ko sebab ko sudah kasi
luka ibu jari ko untuk kasi bebas sya."
Suzy hanya mampu tersenyum senget.
"Ko tulung hantar sya pigi rumah mama sya! Sya mau ucap selamat tinggal sama dia.
Tapi, berat pula sya rasa mau kasi tinggal dia."
"Jangan ko risau Suzy! Kalau ko sudah tinggal di planet Ozazo nanti, sya janji
setiap hari sya lawat mama ko di sini, mau memastikan dia sentiasa selamat,
walaupun dia tidak bulih nampak sya."
Suzy mengangguk.
"Terimakasih Ozio."
Ozio menggoyang-goyangkan tongkat saktinya, cahaya terang yang keluar dari tongkat
itu semakin terang menyilaukan mata, dan dalam sekelip mata mereka tiba di dapur
rumah ibu Suzy. Suzy memandang ke luar jendela dapur, ibunya masih lagi belum
selesai menebas-nebas rumput di kebunnya.
"Bah, pigilah kasi tau mama ko."
Kata Ozio.
"Tapi apa yang sya perlu cakap?"
Tanya Suzy sambil menggaruk-garuk kepala.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 11)

Lima hari kemudian, Suzy sah bercerai dengan Bryan. Memang agak kecewa yang
dirasakan Suzy, kerana Bryan sama sekali tidak menunjukkan rasa sesal, sebaliknya
tersenyum lebar kerana berjaya menceraikan Suzy. Dari situ Suzy benar-benar
meyakini, selama ini Bryan hanya berpura-pura mencintainya. Wajah Rubina kelihatan
serius dari tadi, selepas Suzy memberitahunya mengenai keinginan Suzy yang kononnya
hendak pergi ke luar negara. Jika Suzy memberitahu ibunya bahawa dia akan berpindah
ke planet lain, sudah semestinya ibunya tidak mempercayainya, bahkan mungkin dia
akan dianggap sudah tidak waras. Sebelum ini, Suzy memperkenalkan Naragas kepada
ibunya dengan mengatakan bahawa dia akan segera melangsungkan perkahwinannya dengan
Naragas dalam masa terdekat. Petang itu, Suzy, Naragas dan Rubina duduk di sofa
ruang tamu, berbual-bual.
"Mama tidak kesunyian jugakah nanti kalau sya teda di sini?"
Rubina hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum, seraya menghirup kopi dalam
cawan jernih sebelum menjawab kata-kata anaknya.
"Mama tidak pernah kesunyian. Lagipula anak-anak kakak mama hampir setiap hari pigi
lawat mama sini. Kakak ko pun setiap minggu pulang sini. Yang mama risau sekarang
ni cuma ko saja. Ko bulihkah jaga diri ko baik-baik di tempat urang?"
"Sya sudah besar mak, sya pandailah jaga diri sya sendiri. Lagi pun sya cuma mau
kasi tenang fikiran sya saja di tempat urang! Kalau fikiran sya sudah betul-betul
tenang, barulah sya balik sini."
Naragas hanya terdiam mendengar perbualan dua beranak itu. Dari tadi, Ozio si pari-
pari kecil duduk santai di bahu kanan Naragas, turut mendengar perbualan-perbualan
mereka, namun Rubina tidak mampu melihat keberadaannya di situ. Menyedari kopi
dalam cawan kepunyaan Naragas mulai sejuk, dia menggoyang-goyangkan tongkatnya
mengarah ke cawan tersebut, lalu dalam sekelip mata kopi itu mulai menjadi panas
semula.
"Terimakasih Ozio..."
Bisik Naragas. Ozio hanya mengangguk sambil tersenyum gedik. Keesokan harinya,
waktu pagi, mereka berjaya tiba dengan selamat di planet Ozazo melalui pesawat luar
angkasa milik Naragas. Suzy memutuskan untuk menjadi penghuni planet itu untuk
selama-lamanya. Semakin hari, hubungannya dengan Naragas semakin akrab, membawa
mereka ke alam percintaan. Suzy mampu membuat perbandingan, betapa sifat Naragas
sangatlah jauh berbeza dengan Bryan, bekas suaminya. Dia mampu melihat ketulusan
hati Naragas yang sungguh-sungguh mencintainya. Atas kebaikan Naragas selama ini,
yang tidak pernah jemu-jemu berkhidmat untuk Raja Lumagas, Ratu Onira dan setia
menjadi pilot peribadi Puteri Ina Olala, Raja Lumagas dan Ratu Onira mengambilnya
menjadi anak angkat mereka disebabkan mereka tidak memiliki seorang anak lelaki.
Dengan demikian, Naragas sah menjadi seorang putera raja terhormat di Negara
Rombituon Napatai itu.
"Sebagai penghormatan untuk keluarga baru kita, jangan lagi kamu panggil dia si
Naragas arr. Kamu mesti panggil dia Putera Dovino."
Raja Lumagas memberi peringatan kepada seisi istana termasuk anak-anaknya selepas
selesai mengenakan sebuah mahkota keputeraan ke atas kepala Putera Dovino,
memandangkan nama Dovino merupakan nama sebenar Naragas.
"Baiklah pak..."
Ucap mereka serentak. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Putera Dovino dan
Suzy akan melangsungkan perkahwinannya. Sewaktu mereka sekeluarga berkumpul di meja
makan dapur untuk menikmati makan malam, Raja Lumagas berkata-kata mengenai Putera
Dovino dan Suzy.
"Bapa tidak sabar-sabar mau tunggu kamu berkahwin Dov..."
Ucap raja sambil menepuk-nepuk bahu Dovino yang duduk di sebelahnya. Dovino hanya
tersengih.
"Sabar saja pak."
"Bapa ni makin tua sudah. Mungkin nda lama lagi..."
"Bang, jangan cakap bukan-bukan!"
Tegur Ratu Onira sebaik sahaja mendengar suaminya yang hampir sahaja mengatakan
sesuatu namun tidak kesampaian.
"Bukan apa. Bapa rasa penyakit bapa semakin teruk sudah. Bapa mau... Bapa mau,
ko..."
Raja menepuk bahu Dovino.
"Bapa mau ko jadi pewaris takhta bapa, terus si Suzy jadi ratu yang memerintah ni
kerajaan."
Raja Lumagas merasa seperti ada sesuatu yang mencucuk-cucuk bahagian jantungnya.
Penyakitnya mulai menyerang kembali. Menyedari sang ayah mulai tercungap-cungap,
anak-anaknya merangkulnya menuju ke biliknya, lalu membaringkannya di katil. Ina
Olala berusaha menggunakan kekuatannya untuk menyembuhkan ayahnya, namun tidak
berkesan.
"Ozio, tulung dulu daa..."
Suzy meminta pertolongan Ozio. Ozio berusaha mengeluar habiskan kekuatannya untuk
menyembuhkan Raja Lumagas, namun tetap juga tidak berhasil.
"Ti... Ti... Tidak pa... Payahlah kamu susah-susah. Mungkin sam... Sampai sudah
ajal bapa ni..."
Ucap Raja Lumagas dengan suara tersekat-sekat. Malam itu juga, Raja Lumagas
menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh istana dipenuhi suara tangisan yang
nyaring bergema. Dua minggu berlalu, perkabungan di seluruh Negara Rombituon
Napatai masih lagi berlangsung, hiba, kerana hanya beberapa tahun sahaja Raja
Lumagas bertakhta di atas singgahsananya.

BERSAMBUNG...
PINOKIO ITU NYATA (Part 12)

"Mak? Mana si Suzy?"


"Buat apa lagi ko cari dia? Ko sudah buang dia terus ko mau cari dia balik? Banyak
cantik muka ko!"
Rubina masih memendam kemarahan terhadap bekas suami anak bongsunya itu.
"Tulung mak, sya betul-betul mau berjumpa sama dia!"
"Tidak payah! Tidak payah ko sibuk-sibuk mau tau pasal si Suzy! Pigi saja urus tu
perempuan yang ko mau kawin tu!"
"Tapi mak..."
Belum sempat Bryan menghabiskan kata-kata, Rubina menutup pintu rumahnya dengan
kuat, hampir mengenai hidung Bryan.
"Mak! Sya cuma mau tau pasal kandungan si Suzy! Itu saja mak!"
Teriakan Bryan sama sekali tiada tindak balas. Perlahan-lahan Bryan menuruni tangga
rumah Rubina, memasuki kereta, lalu segera berangkat. Pagi itu, Stacy tidak dapat
masuk kerja disebabkan kedua-dua kakinya terasa begitu sakit gara-gara terjatuh di
longkang kemarin, akibat dikejar anjing. Dia meminta Liona, ibunya mengurut
kakinya, sedangkan dia santai duduk di sofa ruang tamu memain game online, dengan
kedua-dua kakinya diletakkan di atas meja.
"Adui, lambatlah mama masuk kerja kalau begini ni Stes!"
"Siou mak! Mama kan pandai mengurut, tulah sya ketagih sama urutan mama, hehe..."
"Yalah tu! Mama mau tanya."
"Kenapa mak?"
"Bila kunun ko sama tu lelaki buduh tu kawin?"
"Mmm..."
Stacy berfikir sambil menekan-nekan bawah bibir dengan jari telunjuk.
"Dalam masa terdekat ni kali mak!"
Liona melirik ke kiri, ke kanan.
"Ingat pesan mama! Selepas ko kawin sama si Bryan! Jangan lupa kasi makan dia ubat
yang mama kasi sama ko hari tu!"
Kata Liona dengan suara berbisik.
"Tapi mak! Mujarab kaitu ubat yang mama beli dari tu bomoh tu?"
Liona mengangguk.
"Ko tinguk tunang mama, si uncle William. Sebelum ni dia macam biasa saja sama mama
kan? Selepas mama kasi makan dia tu ubat, terus dia makin sayang sama mama..."
"Ya mak, sya percaya..."
Ucap Stacy sambil tergelak.
"Sya tidak sabar mau ambil alih jawatan si Bryan di tempat kerja dia! Kalau sya
sudah kawin sama dia, bila-bila saja sya bulih tendang dia kalau sya mau!"
"Jadi anak mama kawin sama tu lelaki bukan sebab cintalah? Haha..."
"Cinta taik tasu! Kalau kawin atas dasar cinta, tapi hidup macam pengemis bikin
apa? Dulu mendiang bapa selalu bikin hidup kita menderita mak! Sekarang nilah masa
untuk kita bangkit! Sekarang nilah masa untuk kita kasi bukti yang kita ni pun
bulih mengendali kaum lelaki!"
Liona hanya menepuk-nepuk tangan sambil tergelak, sebagai pujian dan rasa bangga
atas kata-kata anaknya. Hari terus berganti, perut Suzy semakin membesar. Beberapa
minggu yang lepas, dia sudahpun melangsungkan perkahwinannya dengan Putera Dovino
walaupun majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana, atas permintaan Suzy
sendiri yang lebih gemar segala sesuatu dilakukan dengan penuh kesederhanaan.
Dovino mengajak isterinya berjalan-jalan. Suzy begitu gembira melawat tempat-tempat
yang belum pernah dilihatnya selama dia berada di planet bumi. Suzy mampu melihat
di depan matanya sendiri, betapa peradaban di planet Ozazo itu jauh lebih maju dan
lebih moden jika dibandingkan dengan peradaban di planet bumi, termasuk negara yang
paling maju sekali pun. Baru sahaja tadi Suzy menyaksikan sebuah robot yang
ukurannya hanya sebesar tubuh manusia, tengah berlari pantas ke hadapan, lalu
perlahan-lahan bertukar bentuk menjadi sebuah pesawat moden yang akhirnya terbang
ke udara. Seterusnya, Dovino mengajaknya melawat sebuah taman ajaib, di mana setiap
jenis bunga di taman itu mampu berkata-kata.
"Sya rasa sya betul-betul ada di dunia dongeng oh!"
Ucap Suzy sambil menghidu satu persatu kelopak bunga yang ada di depannya,
keharuman bunga-bunga itu kian mendorong senyumannya semakin melebar pada raut
wajah, senyuman kegembiraan. Ozio yang menyertai mereka dari tadi, sambil melayang-
layang di udara turut tersenyum melihat gelagat Suzy yang seakan-akan orang jakun.
"Ini realiti sayang, bukan dongeng..."
Ucap Dovino dengan suara lemah lembut. Suzy perasan, semenjak telinga Dovino
berubah menjadi normal seperti telinga manusia, wajah Dovino kelihatan semakin
kacak. Dari situ Suzy semakin jatuh cinta terhadap lelaki dari golongan pari-pari
itu. Tiada masalah seorang manusia berkahwin dengan seorang pari-pari, asalkan atas
dasar cinta. Daripada manusia berkahwin dengan manusia, hanya kerana terpaksa.
Itulah yang sentiasa bermain dalam fikiran Suzy. Mereka tiba di depan sebuah tasik
yang airnya kelihatan berwarna biru dan bersih. Suzy mampu melihat beberapa spesis
ikan-ikan unik muncul di atas permukaan air, di tepi tasik itu.
"Suzy! Jangan!"
Ozio mencuba untuk menghalang Suzy yang hampir sahaja memasukkan kaki ke dalam air
tasik, membantutkan langkah Suzy.
"Kenapa?"
"Perempuan mengandung tidak bulih terkena tu air tasik! Nanti terjadi sesuatu yang
buruk sama baby dalam kandungan ko!"
Ucap Ozio dengan wajah cemas. Dovino hanya terdiam memperhatikan isterinya.
"Arr, tedalah tu! Haha!"
Suzy hanya tergelak, degil. Dia tetap memasukkan kedua-dua kakinya ke dalam air
tasik, berusaha mengejar ikan-ikan tadi.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 13)

"Sya ni kan manusia, bukan pari-pari!"


Suzy tetap degil, kakinya yang sudah berpijak pada dasar tasik tidak terdaya untuk
diangkat semula naik ke darat, kerana begitu seronok mengejar ikan-ikan itu. Tiba-
tiba, dia merasa perutnya bergetar, secepatnya dia meraba-raba perutnya.
"Adui, kenapa ni?"
Suzy terkejut, melihat satu wajah garang muncul di permukaan air tasik.
"Karas kepala betul punya manusia! Sudah kana larang jangan, tetap juga ko masuk ni
air tasik arr. Ko betul-betul arr!"
Wajah itu mulai mengeluarkan suara kerasnya, berang dengan kedegilan Suzy. Cepat-
cepat Suzy naik ke darat, memeluk suaminya.
"Tulah ko! Tidak pandai dengar! Tu penunggu tasik marah sudah!"
Keluh Ozio.
"Disebabkan ko sudah injak ni air tasik, sya perlu bagi hukuman sama ko..."
Suzy masih terdiam, ternganga ketakutan. Wajah Ozio dan Dovino dipandangnya secara
bergantian, mereka hanya berdiam tidak tahu hendak berbuat apa.
"Kenapa ko bubut ikan-ikan sya?"
Tanya si penunggu.
"Manada sya bubut! Sya cuma berlari-lari saja pun."
Jawab Suzy dengan suara putus-putus.
"Oh, berani ko menipu sya arr! Jelas-jelas sya nampak ko bubut tu ikan-ikan tadi!
Pertama kali sya jumpa makhluk yang berani menipu sya! Tidak apa! Sebagai hukuman,
sya sihir baby dalam kandungan ko tu mengalami kecacatan!"
"Jangan!"
Suzy memekik membantah, penunggu tasik itu tetap dengan keputusannya.
"Setiap kali anak ko tu menangis atau cakap bohong, masa tu juga kedua-dua telinga
dia memanjang, sampailah dia berhenti menangis atau dia kasi betul balik
pembohongan dia, barulah telinga dia jadi normal balik. Itu hukuman untuk makhluk
keras kepala macam ko!"
Sang penunggu mengakhiri ucapannya dengan gelak keras, membuat Suzy semakin
ketakutan. Keluar sebuah cahaya terang dari permukaan tasik, lalu cahaya berbentuk
bola itu bergerak, menyerap masuk ke dalam perut Suzy. Suzy menangis tersedu-sedu,
meminta penunggu itu menarik kembali sumpahannya, namun sang penunggu tidak lagi
bersuara.
"Tulah sayang! Lain kali jangan keras kepala bah!"
Dovino membantu isterinya berdiri dari berbaring di tanah. Suzy melutut, tertunduk
di depan Ozio memohon pertolongan.
"Ozio, tulung sya! Tulung buat sesuatu!"
Dengan wajah sedih, Ozio hanya mampu menggeleng-geleng kepala.
"Kali ni sya tidak dapat tulung ko Suz. Sya minta maaf."
"Please... Sya merayu sama ko Ozio. Sya yakin ko dapat tulung sya."
Selama beberapa saat, barulah Ozio bersuara kembali.
"Sya tidak dapat sepenuhnya tulung ko Suz. Sya cuma dapat tulung kasi ringan
sumpahan tu penunggu."
Ozio menggoyang-goyangkan tongkatnya ke arah Suzy, cahaya terang mulai keluar dari
tongkat itu, lalu bergerak menyerap masuk ke dalam perut Suzy.
"Cuma melalui tujuh kali ciuman cinta sejati dari saturang lelaki saja yang dapat
halau tu sumpahan dari diri anak ko nanti. Cuma itu saja yang dapat sya tulung ko
Suzy."
Ketika kembali ke istana, Suzy meminta pertolongan Puteri Ina Olala, namun
malangnya Ina sudah kehilangan kekuatan saktinya kerana telah diserap oleh seorang
ahli sihir jahat yang berasal dari planet Pluto. Itu ketara pada raut wajah Ina
yang kelihatan murung dari tadi, sambil duduk bersandar pada sebatang pokok ara
yang ada di depan istana.
"Sya minta maaf Suzy! Sya tidak dapat tulung ko! Sya betul-betul kehilangan
kesaktian sya!"
Suzy merangkul Ina dengan penuh kelembutan, berusaha memujuk sahabat baiknya itu.
Beberapa hari kemudian, Putera Dovino dan Suzy dilantik menjadi Raja dan Ratu baru
yang memerintah Kerajaan Rombituon Napatai, menggantikan mendiang Raja Lumagas dan
Ratu Onira. Walaupun tengah duduk di singgahsana di sebelah suaminya, Suzy masih
belum terdaya melupakan sumpahan penunggu tasik itu. Hari terus berganti hari,
tibalah masanya untuk Ratu Suzy melahirkan seorang bayi perempuan yang dia beri
nama Puteri Lulu. Raja Dovino membayar seseorang untuk membuat seutas kalung perak
untuk dikenakan pada leher si Lulu kecil itu, dengan loket berbentuk bintang lima
bucu berukirkan nama "Lulu". Seperti yang dikatakan penunggu tasik itu beberapa
hari yang lalu, sumpahan itu benar-benar berlaku pada Lulu. Setiap kali Lulu
menangis, telinganya mulai memanjang, dan kembali normal ketika dia berhenti
menangis. Suzy dan Dovino berusaha menjelaskan sebab-sebab bayi mereka mengalami
sindrom pelik tersebut, akhirnya seisi istana pun maklum. Pagi itu, Suzy dan Dovino
diundang ke majlis perasmian istana baru yang diadakan di luar negara dalam planet
itu, mereka mempercayakan Lulu kepada Onira untuk dijaga sementara mereka ke luar
negara. Onira yang merupakan bekas ratu, sekaligus ibu angkat Dovino terlalu
mencintai kesempurnaan, maka dia begitu benci setiap kali melihat sesuatu yang
kurang sempurna. Lama diperhatikannya Lulu yang terbaring di atas sebuah katil
kecil, bersebelahan dengan katil Suzy dan Dovino.
"Sya tidak mau ada cucu cacat macam ni! Apa yang perlu sya buat arr?"
Mulai muncul bermacam-macam rancangan jahat dalam kepalanya, termasuk niat untuk
membuang jauh bayi kecil itu dari kerajaan itu.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 14)

Onira seorang yang agak bijak dalam mencari idea-idea bernas, mendorongnya untuk
menukarkan cucunya itu dengan cucu sahabat baiknya, dengan bantuan seorang lelaki
yang merupakan orang suruhannya sendiri.
"Awas arr! Jangan sampai siapa-siapa tau!"
Onira memberi amaran kepada orang suruhannya itu, dan lelaki itu mengangguk tanda
setuju. Ketika pulang dari luar negara, Dovino dan Suzy hairan bercampur bahagia,
bayi mereka tidak lagi menunjukkan sindrom peliknya walaupun berkali-kali menangis.
Tanpa mereka sedari, Lulu sudah berada di pelukan orang lain. Apa yang membuat
mereka bertambah hairan, kalung yang berloketkan nama Lulu itu tidak lagi kelihatan
pada leher bayi itu. Mereka menyedari itu ketika Suzy hendak menukarkan lampin si
bayi.
"Mak, mana tu kalung?"
Tanya Dovino. Onira menaikkan bahu sebagai isyarat tidak tahu.
"Time mama balik di sini bilik, mama nampak tu kalung hilang sudah dari leher dia.
Mungkin kana curi kali. Biarlah, yang penting cucu mama ni tidak hilang."
Lalu diciumnya dahi bayi itu. Kini, Lulu sudah pun berada pada pelukan sepasang
suami isteri yang sama sekali tidak memiliki pertalian darah dengannya. Menyedari
bayi mereka cacat, telinganya memanjang setiap kali menangis, si isteri memaksa
suaminya untuk membuang bayi itu.
"Sya tidak mau ada anak cacat macam begini bang! Sya mau anak kita sempurna."
"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?"
"Abang buanglah! Nanti kita buat lagi balik! Bukan susah! Abangkan hebat kalau bab-
bab atas ranjang ni!"
Si suami terpaksa menyetujui kemahuan isterinya. Keesokan harinya, si suami yang
merupakan seorang yang berada, menghidupkan pesawatnya yang menyerupai pesawat luar
angkasa milik Dovino, lalu mulai bergerak keluar dari atmosfera planet Ozazo. Dia
berniat hendak membuang bayi cacat bersindrom pelik itu ke permukaan planet bumi
tanpa sedikit pun rasa kasihan.
"Mampus ko! Sya yakin ko bukan anak sya, tapi anak raksasa! Jadi sya sama sekali
tidak rasa bersalah mau buang ko! Haha!"
Gumamnya seorang diri, berdasarkan hakikat di mana dia seringkali melihat isterinya
bermesra-mesraan dengan seorang lelaki dari golongan raksasa. Sebaik sahaja pintu
pesawatnya terbuka, tepat di atas atmosfera bumi, sepantasnya dia melemparkan bayi
itu keluar dari pintu pesawat, lalu menutup kembali pintu pesawatnya, dan kembali
ke Ozazo. Untung ada seorang pari-pari remaja melihat kejadian itu, secepatnya dia
menggoyang-goyangkan tongkat saktinya untuk menjampi tubuh bayi itu supaya tidak
tercedera ketika mulai menyentuh atmosfera bumi, terlebih ketika terhempas di
permukaan bumi nanti. Waktu itu, pari-pari itu tengah melayang-layang sambil
bermain debu-debu angkasa.
"Busuknya ni makhluk ni, buang anak sendiri!"
Gumam si pari-pari sambil mengibas-ngibas pantas sayap putihnya yang menyerupai
sayap merpati, mengenakan dress berwarna biru muda berkilat hingga ke paras betis.
Bayi itu terhempas tepat di sebuah hutan, namun tidak tercedera sedikitpun. Si
pari-pari remaja yang bernama Puteri Ina Asila itu segera turun menuju ke permukaan
bumi, hendak memastikan bayi itu betul-betul selamat. Dibelai-belai lembut kepala
si bayi sebelum diciumnya di bahagian dahi.
"Kasian ni baby, teda salah apa-apa pun kana buang oleh bapa dia."
Secara perlahan-lahan, dia menekankan telapak tangannya pada bahagian dahi si bayi
untuk melakukan penilikan, sambil menutup kedua-dua matanya, berusaha mencari tahu
apa yang menyebabkan bayi itu dibuang ke bumi. Dia mengambil masa lebih kurang
setengah jam untuk melakukan penilikan sebelum membuka semula matanya.
"Oh, jadi ni baby ni memang berasal dari ni bumi? Dia kana buang sebab dia cacat?
Dia kana kasi pisah dari urang tua dia oleh nenek dia sendiri?"
Gumamnya sambil menggeleng-geleng kepala.
"Harap-harap adalah manusia yang jumpa ko Lulu."
Dia mengetahui nama bayi itu Lulu, selepas melihat kalung yang terpasang pada leher
si bayi.
"Bosan oh kalau terus-menerus jadi duda ni! Teda anak lagi!"
Alex merungut seorang diri, sambil duduk santai di sebuah kerusi kayu yang ada di
luar rumahnya. Dua tahun yang lalu, Alex kehilangan isteri tercintanya sewaktu
hendak melahirkan anak mereka. Malangnya, bayi yang hendak dilahirkan oleh
isterinya yang sudah tidak bernyawa itu turut meninggal dunia sebelum sempat
dikeluarkan dari rahim. Alex menampung hidupnya sendiri dengan bekerja menjadi
seorang pemahat kayu yang rajin. Banyak perabot-perabot rumah dan patung-patung
yang dipahatnya dari kayu-kayu pokok yang sering diambilnya dari hutan. Dia semakin
giat dengan kemahirannya memahat kayu setelah hasil kerjanya mendapat permintaan
yang banyak untuk diimport ke luar negara. Namun, dia lebih suka hidup dalam
kesederhanaan, dengan usianya yang sudahpun memasuki 36 tahun. Kesepian yang
merundungi hidupnya selama ini, memasangkan hasrat di hatinya untuk mencari anak
angkat, namun belum kunjung ditemuinya. Petang itu, dia mengunjungi hutan yang
biasa didatanginya sebelum ini. Langkahnya terhenti mendengar tangisan seorang
bayi.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 15)

Alex ternganga melihat seorang bayi terbaring di tanah, dengan tubuh berbantal dan
beralas daun-daun hijau yang masih segar. Dia terkejut, kedua-dua telinga bayi itu
besar, tetapi tidak membantut niatnya untuk menghampirinya, lalu diangkat dan
didukung perlahan-lahan. Alex mengeluarkan suara seperti seorang ibu yang tengah
menghibur bayi.
"Adui, kenapa gia ni baby comel kana buang? Takkan pasal cacat saja sampai kana
buang begini!"
Dia menggumam. Dipegangnya loket kalung si bayi, tertera nama Lulu tertulis.
"Oh, jadi si Lulu pula nama ko, hehe. Cute, Lulu. Mulai sekarang, ko mesti jadi
anak sya!"
Perlahan-lahan Alex berlutut di tanah, lalu mulai tertunduk sambil menutup kedua-
dua matanya.
"Tuhan, terimakasih. Doa sya selama ni Kau jawab juga. Sya tidak tau ini anak
siapa, tapi sya rasa bertanggungjawab mau merawat ni baby sampai dia besar, sampai
dia kahwin."
Ucap hatinya. Lulu seolah-olah tenang berada pada dukungan Alex, berhenti menangis.
Secara perlahan-lahan, telinganya mulai menjadi normal semula, membuat Alex
kehairanan. Ketika Alex hendak memasang langkah untuk keluar dari hutan itu, dia
ternampak sehelai kertas putih di atas tanah, tepat berhampiran dengan kakinya.
Dipungutnya, lalu mendapati serangkai tulisan.
"Tuhan memberkati insan yang merawat bayi ini. Dia terkena sebuah sumpahan dari
penunggu tasik atas kesalahan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika dia sedang
menangis atau berkata bohong, maka telinganya akan mulai memanjang, dan akan
kembali normal ketika dia berhenti menangis atau membetulkan kebohongannya. Yang
menulis surat ini bukanlah ibu atau ayah bayi itu, bukan manusia, melainkan makhluk
utusan dari yang Maha Kuasa."
Seusai membaca surat itu, Alex mengukir senyuman, sama sekali tidak merasa pelik
kerana dari kecil dia sudah terbiasa melihat keajaiban dan perkara-perkara yang
berkaitan mistik.
"Mari nak, kita pulang di rumah bapa..."
Alex meneruskan perjalanannya pulang menuju ke rumahnya, menaiki keretanya yang
diletakkan di tepi sebuah jalan yang berada di depan hutan yang dimasukinya. Dalam
cerita dongeng rakyat Eropah, Pinokio atau dalam bahasa Inggeris 'Pinocchio'
merupakan sebuah patung yang terbuat dari kayu hasil kerja seorang lelaki pemahat
kayu. Seorang pari-pari merasa simpati melihat si lelaki yang hidup kesepian, maka
si pari-pari berbaik hati menyihir patung kayu itu sehingga mampu hidup, bergerak
dan berbicara selayaknya manusia. Si lelaki yang gembira melihat patungnya hidup,
maka dia menjadikan patung itu sebagai anaknya sendiri. Pinokio memiliki satu
keunikan yang luar biasa, di mana hidungnya akan memanjang setiap kali dia berkata
bohong, dan akan kembali normal ketika dia membetulkan kebohongannya. Ketika tiba
masanya, si pari-pari mengubah si patung menjadi seorang manusia sejati sepenuhnya.
Jika Pinokio hanya ada di dalam kisah khayalan, maka Lulu pula ada di dalam dunia
realiti, Pinokio versi dunia nyata. Dalam erti kata lain, Pinokio itu nyata. Jika
keunikan Pinokio terletak pada hidungnya, maka keunikan Lulu terletak pada
telinganya. Lulu semakin tumbuh membesar, di bawah asuhan Alex. Setiap kali Alex
sibuk di luar, Alex mempercayakan Lulu kepada Rina dan Rika, orang gajinya untuk
menjaga Lulu. Rina dan Rika bukan perempuan, melainkan transgender yang gemar
berpenampilan dan berpakaian seperti wanita. Mereka sudah lama bekerja sebagai
orang gaji Alex, bahkan mereka turut membantu Alex merawat Lulu sewaktu Lulu masih
berusia bayi. Dari menukar lampin, memberi susu, memandikan dan masih banyak lagi.
Kasih sayang mereka terhadap Lulu layaknya kasih sayang seorang ibu. Pagi itu, Alex
menerima undangan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabatnya. Seperti biasa,
Lulu yang masih berusia 8 tahun itu dipercayakan kepada Rina dan Rika. Puas Rina
membongkar almari biliknya, mencari sekotak coklatnya yang hilang, yang baru
dibelinya kemarin.
"Rika, ko kah ambil coklat sya?"
Rika yang tengah melipat-lipat pakaian sambil duduk di birai katil hanya
menggeleng-geleng kepala.
"Jadi siapalah kunun?"
Rika menaikkan bahu.
"Sya tau ni siapa."
Rina memasang senyuman senget. Dia keluar dari bilik, lalu menghampiri Lulu yang
tengah berlari-lari di perkarangan rumah sambil memegang seutas tali, memancing
Hola, kucing kesayangannya untuk terus mengejar tali yang dipegangnya itu.
"Bubutlah Hola, haha..."
Lulu begitu ceria bermain dengan kucing kesayangannya, tidak menyedari Rina tengah
menolak pinggang memperhatikannya dari tadi.
"Lulu sayang..."
"Kenapa mami?"
"Ko ambil coklat mami kan?"
Rina bertanya dengan penuh lemah lembut, dengan suara lelakinya yang garau.
"Nda. Sya teda ambil."
Rina hanya tersenyum dengan jawapan Lulu, menunggu apa yang akan segera terjadi.
Secara perlahan-lahan, kedua-dua telinga Lulu mulai memanjang. Menyedari itu, Lulu
mulai senyum tersipu-sipu mengetahui kebohongannya sudah diketahui Rina. Rina mulai
tergelak.
"Nah kan, menipu! Panjang sudah telinga!"
"Siou mami! Sya nda berani minta sama mami, tulah sya ambil."

BERSAMBUNG...

*By Adrian Js* 16# aasvp

PINOKIO ITU NYATA (Part 16)

Lulu semakin tumbuh membesar, membawanya ke alam remaja, berusia 17 tahun.


Menduduki bangku tingkatan lima di sebuah sekolah swasta. Wajah yang jelita,
penampilannya tidak kalah dengan gadis-gadis seusianya. Tiada yang tahu gadis
cantik jelita satu ini menyembunyikan sindrom peliknya, hanya sahabat-sahabat
baiknya, Sissy, Melly dan Dona yang mengetahui sindrom peliknya itu, dan tidak mahu
menyebarkan kepada sesiapa kerana tidak mahu melihat sahabat baik mereka itu diejek
dan dipermalukan. Lulu bersikap terlalu baik, mudah sekali dimanfaatkan. Tidak
hairan Sezy dan Nani suka membulinya.
"Sya mau bisuk ko kasi siap ni homework sya!"
Sezy memerintahkan Lulu untuk menyelesaikan soalan sains yang dibekalkan oleh cikgu
Jimran kepada mereka sebentar tadi. Buku itu dihempas dengan kuat di atas meja
Lulu, menyentakkan Lulu yang tengah membaca novel. Yang duduk di kiri dan kanan
Lulu adalah Sissy dan Melly, sementara Dona duduk di bahagian belakang. Tiga
bersahabat itu saling bertatapan melihat sahabat mereka dikasari oleh Sezy dan Nani
yang tengah berdiri di depan meja Lulu. Lulu tidak terdaya hendak melawan, seakan-
akan telah diberi pukau, seolah-olah kerbau dicucuk hidung.
"Lawan bah Lu! Jangan terlampau mau kana kasi budu-budu sama ni Gurongot dua urang
ni!"
Melly mencengkam lengan Lulu sambil membentak, mengasari Lulu atas sikap lurus
bendul Lulu yang tidak berani membantah Sezy dan Nani.
"Oi amoy! Ko jangan masuk campur arr! Berdarah mulut ko nanti!"
Sezy berang, seraya menarik kolar pinafore Melly.
"Ko ingat sya takutkah sama ko?"
Melly enggan mengalah, dia bertindak membalas mencengkam kolar pinafore Sezy.
"Selagi kami ada sama si Lulu, kami tidak rela kamu buli-buli dia!"
"Apa urusan ko?"
Sezy menyingkirkan lengan Melly dari terus mencengkam kolar pinaforenya.
"Kawan ko ni diam-diam saja sya suruh, kenapa ko pula yang marah?"
"Stop..."
Lulu membentak, seraya menutup kedua-dua telinga enggan mendengar pertengkaran
mereka.
"Ya ya ya... Nanti sya tulung kasi siap..."
Bukan sekali dua Lulu sering menjadi mangsa buli Sezy dan Nani, tetapi sudah
berkali-kali. Terlalu memegang kata-kata Alex ayah angkatnya, untuk tetap bersabar
dan tidak membalas ketika dijahili.
"Bagus! Sya mau ko kasi lawa-lawa tulisan ko arr! Sya tidak mau nampak tulisan
cakar ayam atau tulisan doktor!"
Lulu mengangguk, lalu dua bersahabat itu beredar meninggalkan mereka, terserlah
gaya gedik dan biadab dalam langkah kaki mereka berjalan keluar dari pintu kelas.
Pelajar-pelajar lain kelas itu tengah keluar. Ada yang ke kantin, ada yang ke
makmal sains dan tempat-tempat lain di sekolah itu, hanya Lulu dan sahabat-
sahabatnya di dalam kelas.
"Buduh!"
Sissy menolak dahi Lulu dengan jari telunjuk, tetapi perlahan, kecewa dengan sikap
Lulu yang terlalu baik sehingga mudah dimanfaatkan.
"Tidak apa, sya ok."
"Ko ok, kami yang tidak ok nampak ko malar kana buli-buli sama tu dua ikur
bangkatan tu!"
Ucap Dona di belakang, sambil tangannya terus bergerak menyelesaikan sebuah
karangan panjang Bahasa Melayu di atas sehelai kertas putih di atas meja.
"Karang petang kita pigi pekan arr, latihan basket ball."
Ajak Sissy memotong topik. Yang lain serentak mengatakan "ya". Petang itu, Lulu
tengah mengikat tali kasut sukan pada kakinya di luar rumah. Sissy, Melly dan Dona
duduk di tangga rumah menunggunya selesai mengikat tali kasut. Rina dan Rika
menghampiri Lulu sambil memasang wajah serius.
"Lulu..."
Sapa Rika.
"Kenapa mami?"
"Betulkah ko kana buli-buli di sekolah? Kenapa ko tidak pernah kasi cerita kami?"
Lulu terdiam, aktivitinya dihentikan sejenak.
"Tedalah! Manada sya kana buli-buli. Siapa cakap?"
Dia menyangkal. Secara perlahan-lahan, kedua-dua telinganya mulai memanjang.
Sahabat-sahabatnya saling bertatapan, begitu juga dengan Rina dan Rika yang tengah
berdiri tegak di depan pintu.
"Teda guna ko tipu kami bah Lu."
Keluh Rina. Lulu mulai tertunduk, tidak mampu berkata apa-apa.
"Kasi tau kami, siapa yang suka buli-buli ko."
Tanya Rika. Lulu masih terdiam, namun tangannya mulai bergerak semula mengikat tali
pada kasut di kaki kirinya.
"Kenapa diam? Ko bobou sudahkah? Mami tanya, siapa yang suka buli-buli ko?"
"Si Sezy sama si Nani, satu kelas kami!"
Dona bersuara.
"Oh diorang! Memang mau kana ni budak-budak hingusan ni!"
"Mami kenalkah sama tu tondu-tondu?"
Tanya Melly.
"Kenal betul."
Jawab Rika.
"Mama diorang tu musuh kami tu."
Berhampiran dengan gelanggan bola keranjang tempat Lulu dan sahabat-sahabatnya
melakukan latihan bola keranjang, terdapat beberapa bentangan kem, iaitu tempat di
mana para pelajar dari pelbagai sekolah melakukan kelas memasak, pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Gara-gara terlalu bersemangat dengan latihan bola keranjang,
Lulu tidak sengaja melemparkan bolanya ke arah kem, lalu bola itu memasuki sebuah
kuali berisi sup ayam kepunyaan seorang pelajar lelaki bernama Jones.
"Kurang ajar ni sumandak! Sekejap ko arr!"
Jones segera melangkah ke arah Lulu, Lulu mulai memasang wajah ketakutan.

BERSAMBUNG...

PINOKIO ITU NYATA (Part 17)

Sahabat-sahabat Jones hanya ketawa melihat tingkah Jones yang membiarkan bola itu
masih berada di dalam kuali, sedangkan orangnya sudah melangkah pantas segera
menghampiri gadis-gadis yang tengah berdiri di gelanggang bola keranjang.
"Ko betul-betul arr!"
Mata Jones hanya tertumpu kepada Lulu, tidak teralih ke mana-mana. Lulu ternganga,
memegang erat lengan Sissy, ketakutan. Dia takut melihat betapa garangnya wajah
lelaki yang tengah menuju ke arahnya.
"Lari..."
Baru beberapa langkah dia memasang lariannnya, tangannya ditarik kuat.
"Mana ko mau lari?"
Jones mencengkam dagu Lulu dengan begitu kuat, membuat Lulu terpaksa mendongak
memandangi wajahnya.
"Sya... Sya tidak sengaja bro... Sorry..."
"Ko taukah? Penat-penat sya kasi sedia bahan-bahan untuk buat tu sup, ko senang-
senang saja kasi masuk bola di dalam tu sup sya arr!"
Lelaki itu bersuara dengan perlahan, namun wajahnya hampir bertembung dengan wajah
Lulu.
"Sya tau bah ko memang sengaja-sengaja mau kasi rusak masakan sya kan?"
Jones terdiam sejenak sambil memperhatikan Lulu dari atas hingga bawah, tangannya
masih lagi mencengkam dagu Lulu.
"Siapa nama ko?"
"Na... Nama sya Lala."
"Lala?"
Ketika Lulu menyedari telinga mulai bergetar-getar, secepatnya dia menyingkirkan
tangan Jones dari dagunya, lalu pantas berlari meninggalkan gelanggang bola
keranjang.
"Hoi! Tunggu! Sya minta ko ganti balik bahan-bahan masakan sya!"
Jones memekik-mekik sambil mengejar Lulu sedaya upaya, namun Lulu tidak lagi
kelihatan gara-gara begitu laju berlari. Dia bersembunyi di balik sebuah tong
sampah panjang berwarna kuning. Perlahan-lahan, kedua-dua telinganya mulai
memanjang.
"Buduh! Kenapalah sya tipu nama sya Lala?"
Dipukul-pukulnya mulutnya menggunakan telapak tangannya sambil mengeluh perlahan.
Melalui bawah tong sampah, dia dapat melihat kaki Jones yang melangkah perlahan-
lahan mengelilingi tong sampah itu, dia juga turut bergerak selari dengan langkah
Jones supaya lelaki itu tidak melihatnya di situ.
"Hoi perempuan! Mana ko? Bagus ko keluar!"
Bentak Jones, namun tiada sahutan.
"Si Lulu lari pigi mana arr?"
Tanya Sissy seraya memandangi sahabat-sahabatnya secara bergantian. Mereka hanya
menaikkan bahu tanpa bersuara.
"Marilah!"
Mereka mengambil beg mereka yang diletakkan di sebuah pondok berhampiran gelanggang
bola keranjang, lalu mulai beredar. Sambil berjalan dengan langkah kaki yang
perlahan, mereka membuali tindakan Lulu yang cuai sehingga bertindak melemparkan
bola ke dalam kuali pelajar lelaki itu.
"Panas baran moti si Jones tu, abislah si Lulu kalau tu lelaki terjumpa dia."
"Ko kenal pulakah sama tu lelaki?"
Tanya Sissy kepada Melly.
"Kenal bah."
"Macam mana ko kenal?"
Tanya Dona sambil mengesat peluh di wajah menggunakan sapu tangannya.
"Ko tidak taukah? Dia tu boyfriend si Sezy baitu. Anak YB, tapi tembirang! Samseng
lagi tu! Perangai pun mengalahkan skinhead. Muka bukan main hensem! Tukar-tukar
girlfriend lagi tu. Si Sezy tu girlfriend dia yang kedua belas sudah tu, kalau sya
tidak silaplah."
"Sezy yang mana?"
Tanya Dona inginkan kepastian.
"Si Sezy, musuh kita! Perempuan paling tembirang di sekolah kita tu! Yang suka
buli-buli si Lulu."
"Mmm patutlah... Sama ja perangai diorang! Ngam laitu. Tapi macam mana ko tau pasal
tu lelaki?"
Tanya Sissy.
"Kawan sya yang satu sekolah sama dia yang kasi cerita sama sya!"
Puas mencari, tiada dilihatnya kelibat si gadis yang telah memasukkan bola ke dalam
supnya tadi.
"Kalau sya jumpa ko, siap ko mandak! Ko belum kenal lagi sya ni siapa!"
Lulu melihat kembali kaki Jones melalui bawah tong sampah, kaki Jones sudah
melangkah kian jauh meninggalkan tempat itu. Dia mengelus-elus dadanya.
"Nasib baik dia tidak nampak sya oh! Kalau tidak, habis sya kalau dia tangkap sya,
terus dia gambar sya, lepas tu dia kasi viral-viral gambar sya panjang telinga!
Malu sya!"
Dia menggumam seorang diri.
"Ok! Nama sya Lulu, bukan Lala!"
Dia membetulkan kembali kebohongannya tadi, dan akhirnya kedua-dua telinganya
perlahan-lahan mulai mengecil semula, kembali normal.
"Hoi!"
"Hey mami!"
Lulu melatah, terkejut Sissy menepuk kuat bahunya dari belakang.
"Di sini pula ko bertapuk arr! Si Jones ternampaklah ko?"
"Si Jones?"
"Ya! Tu lelaki yang bubut ko tadi tu! Nama dia si Jones!"
Lulu menggeleng-geleng kepala.
"Mmm... Syukur!"
Ucap Melly sambil mendengus perlahan.
"Kenapa juga?"
"Kami takut kalau tu lelaki panas baran tu kasi apa-apa ko!"
Pagi itu, ketika Lulu menuruni tangga dari tingkat atas setelah selesai menghantar
sesuatu ke bilik guru, dia terserempak dengan Sezy dan sahabat-sahabat Sezy tengah
duduk di anak tangga paling bawah, sambil berbual-bual dengan seseorang melalui
panggilan telefon.
"Apa? Jadi sayang mau pindah sekolah pigi sini? Wah, bagusnya! Terubat juga rindu
sya..."
Langkah Lulu terhenti, tepat di belakang Sezy yang masih duduk di situ. Mulutnya
ternganga, tersentak mendengar apa yang dikatakan Sezy.
"Apa? Si Jones mau pindah sini? Abislah sya kalau sya terberjumpa sama dia!"
Bisik hatinya.
BERSAMBUNG...

*By Adrian Js*

PINOKIO ITU NYATA (Part 18)

Waktu tamat sesi pembelajaran, Lulu dan sahabat-sahabatnya serentak keluar dari
pintu gerbang sekolah, menuju ke sebuah perhentian bas mini yang tidak seberapa
jauh dari sekolah.
"Adui, manalah mami-mami sya ni? Selalu awal lagi sampai!"
Punggung Lulu mulai terasa sakit duduk terlalu lama di kerusi perhentian bas,
menunggu Rika dan Rina yang tidak kunjung tiba. Telefon pintarnya berdering,
mengejutkannya dari lamunan sejenak. Secepatnya dia mencapai telefonnya dari beg
sekolah yang sudah diletakkannya pada pangkuannya.
"Lulu, mami ada urusan di kampung. Ko bulihkah pulang sendiri di rumah? Ko carter
saja kereta, mami ada kasi tinggal duit di bawah bantal ko!"
Waktu Lulu hampir membuka mulut, Rika secepatnya menutup panggilan telefon.
"Kenapa Lu?"
Tanya Dona.
"Diorang tidak dapat ambil sya."
Wajah Lulu murung seiring gaya bicaranya yang perlahan.
"Ko ikut kami pigi pekanlah. Nanti ko carter kereta saja dari sana. Kalau ko
panggil kereta pigi sini mungkin ada mahal sikit."
Lulu mengangguk, lalu mulai mengikuti mereka berjalan kaki menuju ke pekan. Waktu
tiba di pekan, mereka melihat seorang wanita warga emas dilanggar sebuah motosikal
sehingga terjatuh di tepi jalan raya, bakul plastiknya terlepas dari tangannya,
isi-isi bakulnya yang berupa buah-buahan yang hendak didagangkannya di pasar
terkeluar dari dalam bakul itu. Wanita itu menunjukkan raut wajahnya yang tengah
kesakitan, seraya mengurut-ngurut bahagian betisnya. Penunggang motosikal itu
segera menanggalkan topi keledar dari kepalanya, lalu menghampiri wanita itu.
"Lain kali kalau berjalan pakai mata bah nek! Nasib baik bukan lori yang langgar
nenek, kalau tidak mampus oh!"
Bukannya menolong, sebaliknya membentak. Wanita itu hanya terdiam, tidak bersuara
sedikitpun. Lulu yang tidak berpuas hati dengan pemandangan itu segera menghampiri
si lelaki yang membentak wanita itu.
"Bang! Sudahlah abang langgar ni nenek abang marah-marah lagi dia? Sepatutnya abang
tulung bah! Kami nampak tadi abang bawa motor sambil main telefon, laju lagi tu!
Lagi pula ni nenek jalan di siring, bukan dia melintas ni jalan raya pun!"
"Ko budak sekolah, ko diam-diam saja! Tidak payah ko mau ajar-ajar sya! Buduh!"
Si lelaki membentak, lalu ditolaknya kepala Lulu menggunakan jari telunjuk sebelum
menghidupkan semula motosikalnya, lalu beredar dari situ.
"Hu.... Tembirang punya lelaki!"
Pekik Dona, Sissy dan Melly mengejek si lelaki yang menunggang motosikalnya dengan
begitu laju.
"Nek... Nenek okeykah?"
"Nenek okey saja ni cu."
Dengan perlahan-lahan dan penuh kelembutan, Lulu membantu wanita itu berdiri. Dia
juga turut membantu memungut kembali buah-buahan wanita itu yang berselerak di atas
tanah, seikat demi seikat dimasukkannya kembali ke dalam bakul sebelum dikembalikan
bakul itu kepada wanita warga emas itu.
"Terimakasih cu..."
"Nenek betul-betul okey kah ni?"
"Nenek okey cu."
"Nenek mau pigi mana ni?"
"Nenek mau pigi pasar."
"Biar sya hantar nenek..."
"Tidak payahlah cu..."
Wanita itu melambai-lambai tangannya sebagai isyarat menolak niat baik Lulu.
"Nenek masih kuat lagi berjalan."
"Nama nenek siapa?"
"Nama nenek, Rubina."
"Sya Lulu..."
Mereka saling bersalaman.
"Nenek menjual di situ pasar."
Rubina menuding tepat ke arah sebuah pasar yang jaraknya tidak seberapa jauh dari
situ. Lama dia memperhatikan gadis bertubuh ramping itu dari atas hingga ke bawah.
"Kenapa macam sya kenal-kenal saja sama ni sumandak arr? Padahal langsung sya belum
pernah berjumpa sama dia sebelum ni."
Bisik hatinya.
"Cu... Kalau cucu ada masa nanti, cucu maukah berjumpa sama nenek di pasar nanti?
Nenek mau bercerita-cerita sama cucu?"
Lulu mengangguk pantas sambil memasang senyuman manis.
"Ya nek. Nanti sya pigi jumpa nenek di sana..."
Petang itu, Sezy dan Nani tengah duduk santai di sebuah taman yang berada di
belakang sebuah perpustakaan di pekan, sambil memikirkan idea untuk mengenakan
Lulu. Mereka sudah tahu sindrom pelik yang ada pada Lulu, dan mereka mencari idea
bernas untuk mempermalukan Lulu di hadapan orang ramai.
"Kenapa juga ko buat begini sama dia Sez? Apa juga yang ko dendam betul sama tu
budak hingusan tu?"
"Nda juga dendam."
"Jadi?"
"Saja mau kasi malu-malu dia, haha! Siapa suruh terlampau lembik! Sanang-sanang
kana kasi buduh!"
Nani hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum. Nanti esok malam, Sezy akan
meraihkan hari jadinya yang ke-17 tahun. Dia menjemput semua kenalan-kenalannya,
termasuk Lulu. Pagi itu, Sezy dan Nani berdiri di depan meja Lulu, dengan senyuman
manis yang mengukir wajah, tidak lagi memasang wajah garang menatap Lulu. Lulu dan
sahabat-sahabatnya kehairanan.
"Hai, Lu... Ini untuk ko!"
Sezy memberikan seutas rantai leher silver kepada Lulu. Lama Lulu perhatikan rantai
leher yang diunjukkan kepadanya itu, sebelum akhirnya diambilnya juga.
"Untuk sya?"
"Ya. Sebagai tanda permohonan maaf kami sebab suka buli-buli ko selama ni. Ohya,
malam ni datang arr pigi birthday sya. Bawalah kawan-kawan ko ni semua."
"Terimakasih Sez..."

BERSAMBUNG...
.
.
.

*By Adrian J Sodomon*

PINOKIO ITU NYATA (Part 19)

Malam itu, Sezy meminta Lulu tetap berada di sampingnya sampailah masa dia meniup
lilin keknya nanti. Tanpa pengetahuan Lulu dan sahabat-sahabat, seseorang tengah
berdiri di antara para tetamu yang ramai, sambil bersedia hendak merakam video
menggunakan telefon pintarnya. Kelihatannya Sezy begitu mesra dan akrab berbual-
bual dengan Lulu, sehingga Nani, Sissy, Melly dan Dona seakan-akan tidak
dihiraukan. Melihat Nani melangkah keluar dari pintu rumah, Sissy mengekorinya.
"Hey tunggu!"
Sissy mencengkam lengan Nani.
"Kenapa?"
Tanya Nani seraya menyingkirkan tangan Sissy.
"Bagus ko jujur! Kamu ada planning ni kan mau kasi kana si Lulu?"
Ucap Sissy dengan suara perlahan, jari telunjuknya menuding wajah Nani.
"Ndalah! Manada! Sembarangan saja ko ni! Si Sezy memang ikhlas bah minta maaf sama
si Lulu!"
"Sya tidak percaya!"
"Tidak percaya itu urusan ko!"
Lalu Nani masuk semula ke dalam rumah Sezy, meninggalkan Sissy di situ. Sezy dan
Nani memang sudah tahu kelemahan yang ada pada diri Lulu, tidak boleh berkata
bohong dan tidak boleh keluar air mata. Jika hal itu sampai berlaku, telinganya
akan mulai memanjang menyerupai telinga kucing.
"Lu, jum pigi ambil makanan!"
"Ko duluanlah Sez, nanti karang sya bubut..."
Ucap Lulu menindakbalas ajakan baik Sezy dengan gaya malu tersipu-sipu.
"Marilah! Ada makanan favorite ko tu sana! Kalau ko lambat-lambat nanti habis oh!
Sikit saja tu!"
Sezy menarik lengan Lulu, membuat Lulu terpaksa bangkit dari sofa ruang tamu.
Selesai mengisi pinggan kosong dengan bihun, perlahan-lahan Sezy mengambil sebotol
serbuk lada sulah, lalu dengan sengaja dia menyemburkan serbuk itu ke bahagian mata
Lulu, sehingga gelas kaca yang dipegang Lulu terlepas dari genggaman, jatuh lalu
pecah.
"Adui... Mata sya... Sakit!"
Lulu menahan pedih pada matanya, sambil digosok-gosok kasar.
"Alamak Lu! Sorry, sya tidak sengaja!"
Sezy pura-pura cemas sambil mengelap mata Lulu dengan tisu yang baru diambilnya
dari meja. Kesan serbuk itu, mata Lulu mulai berair. Tiba-tiba, dia merasa
telinganya mulai bergetar-getar. Dia hendak melarikan diri, namun Sezy dan Nani
berusaha menahannya sehingga sukar untuknya memasang langkah.
"Ko jangan pigi mana-mana Lu! Biar sya hantar ko pigi kamar mandi, kasi cuci mata
ko."
Lulu hanya mengangguk mengiyakan ajakan Sezy. Waktu mereka hampir melangkah,
telinga Lulu sudah mulai memanjang. Seluruh mata para tetamu di situ tertuju
kepadanya. Ada yang berundur dan melarikan diri kerana ketakutan, pertama kali
melihat manusia yang mampu memanjangkan telinganya. Ada juga yang mulai merakam
video dan mengambil gambar. Lulu mulai tertunduk malu, menangis. Sissy, Melly dan
Dona segera menghampirinya, mengajaknya beredar dari rumah itu.
"Lu! Mari balik! Kan kami sudah cakap sama ko tadi! Tidak payah datang sini!
Diorang sengaja-sengaja bawa ko pigi sini sebab memang ini tujuan diorang, mau kasi
malu ko!"
Bisik Dona di telinga Lulu, namun Lulu hanya berdiam tidak berkata apa-apa, terus
menangis. Sezy dan Nani mulai tersenyum sinis.
"Habislah sya ni kali kana kasi viral-viral! Adui, malulah sya ni!"
Bisik hati Lulu. Dia dan sahabat-sahabatnya mulai beredar dari situ, menuju ke
kereta milik ayah Dona yang dipinjam Dona untuk datang ke situ. Waktu tengah
melangkah menuju ke kereta tersebut, sempat lagi dia mengesat air matanya,
memastikan air matanya benar-benar kering. Perlahan-lahan, telinganya kembali
normal. Seseorang menarik tangannya dari belakang, sepantasnya dia menoleh siapakah
gerangannya.
"Oh, ko pula sumandak yang pandai panjang telinga tu kan? Setiap kali menipu atau
menangis, mesti pandai panjang telinga! Patutlah ko lari dari sya hari tu, sebab ko
menipu nama ko kunun Lala, padahal Lulu! Ko kasi rusak masakan sya, sekarang
giliran ko lagi dapat karma, kana kasi malu! Habislah ko kana kasi viral satu
dunia, Pinokio dunia nyata! Hahaha!"
"Jadi apa ko mau ni?"
Lulu berusaha meleraikan tangan Jones dari lengannya, namun begitu kuat cengkaman
Jones.
"Sya mau ko menangis lagi satu kali! Sya mau tinguk telinga ko panjang! Cepat!"
"Sebelum sya menangis, ko rasa dulu ni!"
"Burkk."
Hanya dengan sekali tumbukan, mampu membuat hidung Jones keluar darah. Jones
mengesat darah itu menggunakan jaket hitamnya sebelum akhirnya matanya menatap
tajam wajah Lulu.
"Ko berani tumbuk sya?"
Lulu sama sekali tidak menunjukkan rasa takut, sebaliknya wajahnya memancarkan
seribu satu keberanian menghadapi lelaki panas baran itu. Ketika Jones hampir
menampar pipi Lulu, Dona menahan lengannya, lalu Lulu memanfaatkan kesempatan itu
memijak kaki Jones menggunakan kasut tumit tingginya, lalu ditendangnya bahagian
sulit Jones sehingga Jones melutut di tanah, kesakitan.
"Rasa ko!"
Bentak Lulu sebelum akhirnya mereka bergegas memasuki kereta milik ayah Dona, lalu
berangkat meninggalkan perkarangan rumah Sezy.
"Kenapa bro?"
Danies menghampiri Jones, membantu Jones untuk berdiri.
"Tu sumandak jadi-jadian tendang anu sya tadi!"
"Siapa, si Lulu?"
"Yalah jadi siapa lagi? Nanti dia."

BERSAMBUNG...
.
.
.

*By Adrian Js*

PINOKIO ITU NYATA (Part 20)

Semenjak memasuki perkarangan sekolah pagi tadi, mata para pelajar tidak henti-
henti memandangi Lulu. Lulu amat menyedarinya, namun dia bertindak seperti tiada
apa-apa berlaku.
"Nah, cuba ko tinguk! 1k like sudah sya dapat!"
Dia berhenti melangkah setelah mendengar beberapa pelajar perempuan tengah membuali
sesuatu.
"Yang ko kasi viral tu?"
"Yalah!"
"Wow! Baru kemarin ko post video tu tunah, terus dapat 1k like arr? Hebat oh ko!"
Salah seorang dari mereka memuncungkan bibirnya ke arah Lulu, lama Lulu
memperhatikan mereka, dengan kemarahan di hati yang ditahan-tahan. Marah pun tidak
guna, sebab perkara sudah terjadi. Kalau sahaja dia tidak menghadiri majlis hari
jadi Sezy malam itu, mungkin perkara itu tidak akan berlaku. Mahu sahaja dia
menangis, tetapi dia berusaha tahan, supaya telinganya tidak memanjang. Dia sengaja
mengingat perkara-perkara jenaka demi menutup kemarahan dan kesedihan di hatinya.
Dia meneruskan langkah kakinya menuju ke kelas, namun terhenti semula sebaik sahaja
bahu kanannya ditepuk dari belakang. Dia menoleh, Sezy dan Nani.
"Lu... Kami minta maaf, kami teda niat mau kasi malu ko semalam. Sya betul-betul
tidak sengaja kasi kana tu serbuk lada di mata ko."
"Tidak apa Sez. Teda yang salah dalam hal ni. Selama mana pun sya tutup-tutup
kekurangan sya ni, suatu hari urang tau juga!"
"Ko sabar arr Lu... Di sebalik kekurangan mesti ada kelebihan..."
Lulu mengangguk mengiyakan kata-kata Sezy, kemudian pergi. Malam itu, dia sukar
untuk memejamkan matanya untuk tidur. Bermacam-macam posisi berbaring, tetap sukar
bagi matanya menjadi berat untuk terlelap. Dari tadi, dia asyik berfikir macam mana
caranya untuk melarikan diri dari situ. Dalam fikirannya, Alex ayah angkatnya sudah
banyak melakukan kebaikan terhadapnya, merawatnya dari kecil dan menyekolahkannya.
Perlahan-lahan pintu biliknya terbuka, ditolak oleh seseorang. Ketika orang itu
menghidupkan suis lampu yang ada di tepi pintu, rupanya Alex, ayahnya.
"Kenapa anak bapa ni belum tidur?"
Tanya Alex dengan suara penuh kelembutan, diiringi senyuman. Lulu bangkit, duduk di
birai katil, menongkat dagu, memandang corak-corak bunga pada tikar lantai
biliknya. Lama dia berdiam sebelum akhirnya bersuara menjawab pertanyaan sang ayah.
Alex segera melabuhkan punggung di sebelahnya, membelai-belai kepalanya.
"Ntahlah ni pak!"
Matanya mulai berkaca, perlahan-lahan diangkatnya kepalanya untuk memandangi wajah
sang ayah angkat yang setia memperhatikannya dengan raut wajah yang memancarkan
seribu satu kasih sayang.
"Sya minta maaf pak!"
Mendengar ucapan Lulu, sedikit demi sedikit senyuman Alex mulai pudar.
"Minta maaf pasal apa?"
"Gara-gara sya bapa terpaksa tahan malu!"
Alex tergelak, lalu dipeluknya Lulu dengan seerat-eratnya.
"Bapa tidak pernah malu sayang. Bapa sentiasa bersyukur dapat anak luar biasa macam
ko. Pedulilah apa urang mau cakap! Biarlah satu dunia tau pasal sindrom anak bapa
ni, yang penting kasih sayang bapa sama ko langsung tidak pernah berkurang,
walaupun bapa ni cuma bapa angkat ko saja."
Air mata Lulu yang ditahan-tahan dari tadi akhirnya tertumpah juga.
"Ya Tuhan! Terimakasih sebab Engkau mengurniakan aku bapa angkat yang baik. Aku
tidak tahu siapa urang tua aku yang sebenar. Apa yang sya tahu, sya sekarang ni ada
di dalam pelukan insan yang betul-betul sayang sama sya. Bapa, mami Rika, mami
Rina, Sissy, Melly, sama si Dona... Berkatilah diorang ya Tuhan, sebagaimana selama
ni diorang setia menjadi saluran berkat untuk sya."
Keesokan harinya di sekolah, Lulu fokus membaca sebuah buku novel bergenre fantasi,
sambil duduk santai di sebuah kerusi simen panjang yang ada di depan padang bola
sepak sekolah. Jones yang tengah bersemangat latihan bola sepak bersama sahabat-
sahabatnya dan pelajar-pelajar lain sama sekali tidak dihiraukannya. Melihat Lulu
yang duduk di situ, Danies menghampiri Jones yang tengah meneguk air mineral dalam
botol, lalu dicuitnya bahu Jones.
"Kenapa?"
"Cuba ko tinguk tunah! Musuh ko!"
Danies memuncungkan bibir ke arah Lulu. Lulu tetap fokus dengan pembacaannya, tidak
menyedari Jones dan Danies tengah memperhatikannya. Senyuman sinis mulai mengukir
raut wajah Jones.
"Sya tau apa mau buat."
Ucapnya. Dia menendang bola sepak itu dengan terlalu kuat, tepat mengenai kepala
Lulu sehingga novel itu terlepas dari tangan Lulu, jatuh di tanah berlumpur. Ketika
Lulu memungut novelnya, sudah dilumuri lumpur sehingga sulit untuk dibuka.
Mendengar Jones dan Danies ketawa terbahak-bahak, dia berdiri dengan kemarahan yang
meluap-luap. Dengan kedua-dua tangan yang dikepal erat, dia melangkah menghampiri
Jones.
"Apa bah masalah ko sebenarnya ni! Kenapa ko tidak habis-habis ganggu sya?"
"Sya mau balas dendam apa yang ko buat sama sya di rumah sumandak sya semalam."
"Sebab ko memang layak dapat begitu!"
Ketika tangan Lulu hampir menampar pipi Jones, secepatnya Jones menangkap
lengannya. Dia bertindak memeluk Lulu, lalu diciumnya pipi Lulu sebanyak empat
kali.
"Sial punya lelaki! Teda adab!"

BERSAMBUNG...
.
.
.

*by Adrian Js*

PINOKIO ITU NYATA (Part 21)

Lulu berlari beredar dari situ menuju ke tandas sekolah. Suara Melly, Sissy dan
Dona yang memanggil-manggilnya sama sekali tidak dihiraukannya. Ketika tiba di
sinki tandas, berkali-kali dia membasuh pipinya yang dicium Jones tadi. Digosok-
gosok kasar dengan telapak tangan sebelum akhirnya dibasuh dengan air.
"Kurang ajar punya lelaki! Ko ingat sya ni perempuan apa ko mau sium-sium sya?"
Dia menggumam seorang diri.
"Bro! Kurang ajar ko!"
Pipi Jones menerima tamparan hebat dari Dona. Dona seorang yang agak pemberani,
berperwatakan sedikit tomboy.
"Apa masalah ko ni mandak tampar-tampar sya?"
"Apasal ko cium-cium bestfriend sya?"
"Jadi apa urusan ko?"
"Dia bestfriend sya, jadi sya tidak suka dia kana kasi gitu sama lelaki! Dia bukan
perempuan murahan ko mau buat begitu sama dia!"
Melly dan Sissy berusaha menghentikan Dona, tetapi Dona malah membentak menyuruh
mereka diam.
"Ala, cium pipi saja pun! Bukannya si Jones ni kiss bibir dia pun!"
Danies menyebelahi Jones.
"Ah! Tidak penting, cium pipikah, bibirkah! Sama saja teda adab! Kalau si Sezy atau
si Nani bulihlah kamu buat begitu, tapi si Lulu jangan!"
Tanpa membuang masa, Dona dan sahabat-sahabatnya beredar dari situ.
"Si Lulu yang kana sium, dia pula yang sakit hati! Ketara cemburu..."
Jones mengejek, lalu diikuti sahabat-sahabatnya yang lain. Lulu tertunduk, duduk di
lantai tandas bersandar pada dinding simen. Kedatangan Dona, Sissy dan Melly tidak
dipedulikan. Dia seakan-akan mengalami trauma, belum pernah dia diperlakukan
demikian oleh mana-mana lelaki, kecuali Alex, ayah angkatnya yang seringkali
mencium dahinya, ciuman kasih sayang seorang ayah terhadap seorang anak.
"Lu, ko kenapa?"
Tanya Sissy. Lulu hanya menggeleng-geleng kepala tanpa bersuara. Puas dipujuk,
akhirnya mereka berjaya membawanya kembali ke kelas walaupun dia masih belum mahu
membuka mulut untuk berkata apa-apa. Mengetahui Jones telah bertindak mencium Lulu,
Sezy menjadi begitu berang terhadap Lulu.
"Sya tidak mau kalau sampai si Jones ada hati sama si Lulu! Sya tidak mau!"
Bisik hatinya. Waktu duduk di sebuah pondok sekolah, Sezy dan Nani mencari idea
bagaimana untuk mengenakan Lulu. Walaupun Lulu tidak pernah menunjukkan tingkah
laku tengah jatuh cinta terhadap Jones, kebencian Sezy terhadapnya tetap sahaja
membara-bara, seolah-olah Lulu hendak merampas Jones darinya. Dia begitu menyayangi
Jones, tidak rela melihat Jones dekat-dekat dengan gadis lain, apatah lagi gadis
bersindrom pelik seperti Lulu. Waktu pulang sekolah, dia dan Nani berbaik hati
mengajak Lulu berjalan-jalan di bandar menggunakan kereta miliknya yang baru sahaja
dibelikan oleh ayahnya kepadanya seminggu yang lalu, sebagai hadiah hari jadinya.
Sebelum itu, dia sempat mengajak Lulu ke rumahnya, sebuah rumah banglo yang agak
mewah. Sezy sudah kehilangan ibu kandungnya beberapa tahun yang lalu disebabkan
kemalangan, kini dia hanya tinggal bersama ayah kandungnya. Dia begitu merindukan
kehadiran seorang insan yang bernama ibu, maka dia menaruh harapan besar agar
ayahnya dan isteri pertama ayahnya dipertemukan semula. Mendiang ibunya merupakan
isteri kedua ayahnya, setelah sang ayah menceraikan isteri pertama.
"Masuk Lu! Buat macam rumah sendiri kio..."
Dengan kebaikan palsu, dia dan Nani mempelawa Lulu memasuki pintu rumahnya, lalu
mempersilakan Lulu duduk di sofa ruang tamu. Dari tadi, Lulu hanya tertunduk segan,
apatah lagi melihat ayah Sezy yang tengah duduk santai di sofa ruang tamu sambil
menonton tv, walaupun ayah Sezy kelihatan begitu ramah terhadapnya. Dia bangkit,
lalu menyalami ayah Sezy yang duduk bersemuka dengannya.
"Siapa nama kamu?"
Tanya ayah Sezy dengan penuh kelembutan. Lulu duduk semula ke sofa sebelum
memberitahu siapa namanya.
"Nama sya Lulu."
"Oh, Lulu. Cute oh nama ko."
"Nama uncle siapa?"
"Nama uncle, Bryan."
Lulu hanya mengangguk, terus memperhatikan pintu dapur menunggu Sezy dan Nani
segera muncul dari situ. Sezy dan Nani tengah menyediakan sirap di dalam teko
plastik, untuk dihidangkan di meja ruang tamu. Tanpa pengetahuan Lulu, Sezy
menaburkan sedikit serbuk ubat tidur ke dalam gelas plastik, yang akan digunakan
Lulu untuk menghirup sirap tersebut nanti.
"Buat apa ko taruh ni ubat tidur Sez?"
"Adalah sya mau buat! Apa yang penting, tujuan sya buat begini, sya mau dia lenyap
dari sekolah kita! Sya benci nampak muka dia di sekolah!"
"Pasal si Jones cium pipi dia saja, sampai macam tu ko dendam sama dia?"
"Ko diam-diam saja bah!"
Nani hanya menggeleng-geleng kepala melihat tindakan Sezy yang keterlaluan. Dari
tadi, Bryan berkali-kali melirik memandangi Lulu yang tengah asyik menonton drama
di skrin tv.
"Kenapa ni sumandak punya muka serupa macam muka si Suzy arr, bini pertama sya?"
Bisik hatinya. Menyedari dia diperhatikan sedemikian, Lulu hanya membalas dengan
senyuman tersipu-sipu.
"Arr, kalau bulih uncle tau, siapa nama urang tua ko?"
"Sya..."
Lulu serba salah hendak berkata-kata.
"Sya cuma ada bapa angkat, nama dia Alex. Dia yang rawat sya dari kecil."

BERSAMBUNG...
.
.
.

*Adrian J Sodomon*

PINOKIO ITU NYATA (Part 22)

"Kita mau pigi mana ni Sez?"


Melalui cermin jendela kereta Sezy, Lulu mampu menjangkakan Sezy menuju ke sebuah
tempat yang sunyi, berdasarkan keadaan di tempat yang mereka lalu itu juga
kelihatannya agak sunyi.
"Bilang mau pigi KBOX..."
Sezy yang tengah fokus memandu hanya berdiam, bahkan Nani yang duduk di sebelahnya
pun turut berdiam, tidak menjawab pertanyaan Lulu. Lulu semakin kehairanan sambil
menggaruk-garuk kepala. Tanpa pengetahuan Lulu, Sezy tengah memandu keretanya
menuju ke sebuah tempat yang dikhususkan untuk memuatkan sayur-sayuran dan buah-
buahan tempatan ke dalam beberapa buah peti untuk diieksport ke luar negara setelah
melalui banyak proses. Semakin lama, ubat tidur yang diberikan Sezy semakin
kelihatan kesannya. Mata Lulu terasa semakin berat, dan tertidur lena selang
beberapa minit. Nani mencuit-cuit lengan Lulu yang duduk di bahagian belakang,
namun Lulu sama sekali tidak terkesan oleh cuitan jari telunjuknya.
"Berkesan ubat tidur ko Sez."
Sezy ketawa sinis.
"Planning seterusnya..."
Ucap Sezy dengan nada sinis. Nani kelihatan ketakutan melihat tindakan Sezy.
"Tapi sya takut kedapatan oh Sez..."
"Jangan ko susah. Sya sudah biasa semua ni! Jadi sya tau apa yang perlu sya buat.
Ko rileks saja."
Nani terpaksa mengangguk, terpaksa menyetujui kata-kata Sezy. Sezy menghentikan
enjin keretanya tepat di hadapan sebuah pondok besar yang terdapat bermacam jenis
sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan segar di dalam dan di bahagian luar.
Nampaknya ada beberapa pekerja lelaki dan pekerja perempuan yang tengah fokus
melakukan kerja masing-masing. Ada yang tengah mengikat sayur-sayuran, mencuci
buah-buahan dan banyak lagi.
"Ko tunggu di situ. Buat apa yang sya suruh."
Kata Sezy kepada Nani sebelum mereka bersama-sama keluar dari pintu kereta. Lulu
masih lena tertidur di kerusi bahagian belakang kereta, tidak tahu apa yang sedang
terjadi di luar. Waktu beberapa orang pekerja di situ terpaku memandangi mereka,
Sezy memberitahu bahawa dia hendak mengambil gambar tempat itu, dan mereka pun
bertindak seperti biasa, kembali sibuk dengan aktiviti masing-masing. Di belakang
pondok besar itu adalah hutan. Waktu Sezy berada di bahagian belakang pondok itu,
dia menjerit-jerit seperti orang yang kerasukan.
"Tulung sya... Tulung sya... Ada harimau... Adui matilah sya ni kali..."
Mendengar teriakan Sezy, beberapa pekerja segera menghentikan aktiviti mereka, lalu
bergegas berlari ke bahagian belakang pondok. Hanya tinggal beberapa pekerja di
dalam pondok itu, namun fokus memperhatikan ke arah belakang pondok melalui sebuah
jendela. Nani memanfaatkan kesempatan itu mengangkat Lulu keluar dari kereta, dan
memasukkannya ke dalam sebuah peti kayu yang berisi beberapa buah-buahan. Seusai
tubuh Lulu masuk sepenuhnya di dalam peti itu, secepatnya dia menutup kembali peti
itu.
"Mana harimau?"
Tanya seorang pekerja lelaki muda.
"Anu, sudah lari... Dia dengar sya teriak terus dia lari..."
Ucap Sezy dengan wajah cemas yang dibuat-buat. Para pekerja itu saling memandangi
satu sama lain sambil mendengus panjang.
"Tidak selamat oh ni tempat kalau begini. Nanti suruh bos kasi tau sama bos besar,
suruh pindah tempatlah kalau begini."
Ucap seorang pekerja perempuan. Yang lain menyetujui. Tanpa membuang masa, Sezy dan
Nani segera masuk ke dalam kereta, lalu berangkat, kereta dipandu Sezy dengan
begitu laju. Ketika Lulu tersedar, dia mampu merasakan ada lebam pada bahagian
dahi, walaupun dia tidak tahu itu kesan dari terhantuk berkali-kali pada peti kayu.
Perlahan-lahan, peti itu dibuka oleh seseorang.
"Odoroita!!"
Pekerja lelaki itu terkejut melihat ada seorang gadis terbaring di dalam peti kayu
itu. Dengan wajah yang memancarkan kehairanan, lelaki itu menanyakan sesuatu kepada
Lulu. Mendengar bahasa yang digunakan oleh si lelaki untuk bertutur, dia mampu
menjangkakan dia sudah berada di Negara Matahari Terbit, Negara Jepun. Ditambah
wajah lelaki itu nampak agak asing dan berkulit putih. Dia berdiri melihat
sekeliling, suasana itu agak asing bagi pemandangannya. Dia melihat sebuah bangunan
di hadapan, di mana di tingkat bawah bangunan itu terdapat banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan, termasuk buah tarap dan buah durian, buah kesukaannya.
"Kenapa sya bulih ada di Jipun ni?"
Gumamnya. Mendengar ucapan Lulu, lelaki itu tergelak.
"Where you come from?"
Tanya si lelaki. Lulu hanya menggeleng-geleng perlahan kepalanya. Walaupun dalam
keadaan seperti itu, dia masih mampu mengukir senyuman terhadap si lelaki.
"I'm from Sabahan."
"Atukoi ko urang Sabah pula? Kenapa ko bulih termasuk di dalam ni kotak?"
Lulu terkejut, lelaki Jepun itu mampu bertutur dalam bahasa Sabah dengan begitu
lancar sekali. Dia tidak mampu menahan gelaknya.
"Nokuro minggirak?"
"Aik? Mimboros Dusun pun pandai? Adidi!"
Bisik hati Lulu.
"Sya memang urang Jipun! Tapi sya lama di Sabah bah."
Ucap si lelaki dengan gaya sombong yang dibuat-buat. Lama Lulu memperhatikan wajah
si Lelaki, mirip wajah Takahiro Morita, penyanyi One Ok Rock.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 23)

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Shigeru itu berbaik hati mengajak Lulu
makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan-makanan tradisi Jepun dan Cina.
Lulu memperhatikan orang-orang di sekeliling, ada beberapa wanita yang memakai
tudung.
"Ini restoran halal..."
Shigeru bersuara sambil tersengih melihat Lulu yang tidak henti-hentinya melirik ke
sekeliling. Setelah beberapa minit berdiam, barulah Lulu menyantap sashimi yang
terhidang di atas pinggan putih.
"Makanlah! Kenapa, ko mau nasikah? Kalau ko mau, sya order... Tapi siou arr, di
sini teda sinalau moti... Hehe..."
Ucap Shigeru sambil berjenaka. Mereka berdua duduk bersemuka, saling berpandangan,
pandangan yang penuh makna. Lulu masih mampu merasakan sakit pada lebam di dahinya,
berkali-kali terhantuk pada peti kayu selama beberapa hari terkurung di dalam peti
tersebut. Dia sudah berusaha sedaya upaya memukul dengan sekuat tenaga penutup peti
itu, namun tetap gagal untuk terbuka. Dari situ mulai terbit rasa sesal di hatinya
kerana masih mempercayai Sezy dan Nani. Dia tahu, dua bersahabat itulah yang sudah
mengurungnya di situ. Hanya buah-buahan di dalam peti itulah yang setia menjadi
pengalas perut mengatasi lapar, selama terkurung di situ. Itu semua diceritakannya
kepada Shigeru, bahkan mengenai dirinya dengan lebih terperinci.
"Tulah ko, lain kali jangan mudah percaya sama urang! Nasib baiklah sya jumpa ko!"
Ucap Shigeru memberi peringatan.
"Tapi, sya masih belum percaya pasal yang ko kasi cerita sya tadi tu..."
"Pasal telinga sya ni?"
Shigeru mengangguk.
"Tidak apa. Nanti sya kasi tinguk ko kalau ko tidak percaya. Ko ni betul-betul
urang Jipunkah?"
Shigeru tergelak sambil menghirup straw minumannya.
"Takkanlah sya mau tipu ko! Sya ni urang Jipun tulen, dari bangsa Jomon. Tulah
sebab kenapa mata sya ni tidak sepet."
"Oh, begitukah?"
Mendengar kata-kata Shigeru, Lulu kebingungan sambil membersihkan sisa-sisa makanan
yang menampal pada bawah bibirnya.
"Jipun ada dua ras, satu Jomon, satu lagi Yayoi. Yang Jomon ni mata diorang
kebanyakannya bulat besar, hidung ada mancung sikit, macam sya, hehe. Badan tidak
terlampau tinggi, tidak juga terlampau pindik. Kalau Yayoi ni kebanyakannya sepet-
sepet mata diorang, lebih kurang macam urang Korea juga. Terus badan diorang
kebanyakannya tinggi-tinggi. Ko google saja, nanti ko jumpa juga tu artikel-artikel
pasal urang Jomon sama urang Yayoi."
Seusai menyampaikan info berkenaan, Shigeru turut menceritakan kepada Lulu semua
tentang dirinya. Dia pernah tinggal di Sabah selama lebih kurang tujuh tahun lebih
kerana ayahnya memiliki sebuah syarikat di Sabah. Wajah Shigeru cukup kacak,
membuat Lulu berkali-kali melirik kepadanya tanpa dia sedari. Seusai mengalas
perut, Shigeru mengajak Lulu ke rumah sewanya.
"Ko bulih tinggal sini sementara sya kumpul duit hantar ko pigi Sabah. Tinggal
sikit duit sya sekarang ni gia gara-gara banyak yang perlu sya bayar. Jangan malu-
malu kio, buat macam rumah sendiri."
Shigeru turut menunjukkan sebuah bilik tidur untuk Lulu. Bilik itu kelihatan agak
luas, dengan perabot-perabot dan aksesori-aksesori yang kelihatan jauh lebih
berkualiti dari yang pernah dilihatnya sewaktu di Malaysia.
"Mmm..."
Lulu tergagap-gagap hendak berbicara.
"Sya rasa macam menyusahkan pula..."
"Tidak apa! Sya langsung tidak terfikir macam tu."
"Kalau bulih, sya mau cari kerja di sini..."
Shigeru terdiam sejenak, suasana pun hening, hanya bunyi aircond bilik yang
bergema. Dia memandangi ke arah siling sambil memikirkan sesuatu.
"Ko lancar English jugakah?"
"Sikitlah."
"Okey, bisuk sya bawa ko pigi cari kerja."
Keesokan harinya, terlalu awal Shigeru masuk ke dalam bilik yang ditiduri Lulu lalu
membangunkan gadis itu yang masih nyenyak tertidur, dengan bantal peluk yang
dikepitnya di antara kedua-dua pahanya.
"Adui, awal juga..."
"Mestilah... Urang-urang di sini biasa bangun awal, jarang-jarang bangun lewat."
Lulu melihat jam tangannya, pukul 5:56 pagi.
"Ko mau minta kawan pigi cari kerja kan?"
Lulu yang sudah duduk di birai katil hanya mengangguk.
"Bah cepat pigi mandi, lepas tu sarapan. Sya sudah kasi siap sarapan di dapur."
Shigeru menyedari tangannya menyentuh bahagian paha Lulu sehingga Lulu terpaku
melihat tangan Shigeru yang menekan pahanya. Secepatnya dia mengalihkan tangannya
dari paha Lulu.
"Sorry sorry. Sya teda maksud apa-apa..."
Lulu tersengih, namun tertunduk sambil memandangi lantai.
"Tidak apa-apa."
"Sya terbiasa buat begitu sama adik perempuan sya. Sorry arr."
"Okey bah. Bukan ko sium sya pun..."
"Jangan ko pikir bukan-bukan pasal sya arr! Sya ni bukan Japan pornstar oh. Tinguk
video-video porno pun sya tidak suka. Apalagi tinguk muka si Maria Ozawa! Kalau dia
ada di depan sya, sya tempiling tu muka dia sampai kepala dia terpusing."
Lulu tergelak.
"Sot!"
Shigeru memang cerdik. Dia sengaja membawa Lulu ke sebuah restoran local yang
sedang mencari dua orang pelayan wanita, di mana pemilik restoran tersebut, iaitu
Puan Yumiko lancar berbahasa Melayu.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 24)

Lulu berdiri bersandarkan meja kaunter restoran, sementara menunggu Shigeru


berbual-bual dengan Puan Yumiko. Suara perbualan mereka begitu jelas sekali di
telinga Lulu, namun sepatah pun Lulu tidak memahami apa yang diperbualkan mereka.
Selang beberapa minit, mereka melangkah menghampiri Lulu.
"Apa khabar orang Sabah? Nama saya Yumiko. Kamu boreh pagir saya auntie Yumi saja."
"Boreh pagir?"
Shigeru tergelak.
"Boleh pagir tu erti dia boleh panggil."
Shigeru memberi penjelasan, berdasarkan kebiasaan orang-orang Jepun yang tidak
terbiasa menggunakan huruf konsonen "L" dan "NG" dalam setiap pertuturan.
"Oh gitu... Hehe..."
Lulu mengangguk sambil tergelak perlahan. Hari terus berganti, Lulu semakin selesa
dengan kerjanya, ditambah lagi memiliki bos lemah lembut seperti Puan Yumiko. Hari
itu, sewaktu Lulu tengah menikmati makan tengah hari di bahagian belakang restoran
itu, semeja bersama dua orang sahabat perempuannya, Puan Yumiko datang menemuinya
di situ.
"Ruru! Maaf, maksud saya, Lulu."
"Kenapa auntie?"
Lulu tersengih sambil membalas sapaan Puan Yumiko.
"Kamu masih sukurahkah?"
"Sekolah?"
Puan Yumiko mengangguk.
"Masih."
"Jadi, kunapa kamu boreh bukuraja (bekerja) sampai di sini?"
Lama Lulu terdiam sebelum akhirnya terpaksa menceritakan apa yang terjadi dengan
dirinya, mengapa dirinya boleh sampai jauh di Negara Matahari Terbit itu. Mendengar
cerita Lulu, Puan Yumiko memasang wajah hiba. Gerakan mulut Lulu mengunyah makanan
terhenti, terbayangkan wajah ayah angkatnya yang tengah merindukannya setengah
mati. Dia tahu betapa besarnya rasa sayang Alex terhadapnya. Bahkan dua orang
sahabatnya yang duduk di sebelah kirinya, Olivia dan Sheila turut memasang wajah
hiba seperti Puan Yumiko. Olivia berasal dari Sumatera Indonesia, dari suku kaum
Batak. Dia dan keluarganya berpindah ke Jepun lebih kurang empat tahun yang lalu
disebabkan urusan kerja ayahnya. Mahir berbahasa Jepun di samping masih lancar
berbahasa Indonesia dan dan bahasa ibundanya sendiri. Sementara Sheila pula berasal
Manila Filipina, berbangsa Visaya. Namun sewaktu umurnya 5 tahun, dia dan
keluarganya berpindah ke Sabah. Seperti Olivia, ayah Sheila juga memiliki urusan
pekerjaan di Jepun. Baru setengah tahun dia dan keluarganya berpindah di situ,
dipertemukan pula dengan Olivia sehingga akhirnya menjalin persahabatan.
"Kasian sekali nasib kamu Lu. Kamu sih, terlalu gampang dibodoh-bodohin Sezy sama
Nani!"
Ucap Olivia.
"Sebab sya pun tidak tau yang diorang akan buat sya begitu."
"Kamu itu jadi orang jangan terlalu culun dong! Bisa saja kan seekor serigala
memakai bulu domba untuk menyamar! Kamu harus cam kan itu!"
Lulu hanya mengangguk sambil berusaha menghabiskan makanan di piring yang tinggal
separuh.
"Jadi kamu tidak ada niat sambun sukurah?"
Tanya Puan Yumiko.
"Nanti sajalah kalau sya sudah pulang di Sabah auntie, hehe..."
Puan Yumiko tidak menjawab apa-apa. Dia hanya memasang senyuman sambil menepuk-
nepuk bahu Lulu. Sebelum beredar, dia sempat berbisik di telinga Lulu.
"Auntie mau kasi tau sama kau! Shigeru fall in love sama kau."
Mendengar kata-kata Puan Yumiko, Lulu memasang wajah serius.
"Si Shigeru jatuh sinta sama sya? Aik? Dia bilang dia sudah ada sumandak..."
Bisik hatinya.
"Tante Yumiko bisikin apa sih sama kamu Lu? Kok kayak penting banget deh sampe pake
acara bisik-bisik segala, gak mau kita-kita dengar..."
Tanya Olivia sambil tersengih.
"Tidak. Dia gurau-gurau ja..."
"Mesti bapa ko rindu ni sama ko kan Lu?"
Ucap Sheila dengan bahasa Sabahnya yang pekat. Hampir sebulan lebih Lulu
menghilang, tidak mampu dikesan keberadaannya. Telefon pintarnya yang tertinggal di
dalam kereta Sezy, sudah dibuang Sezy ke dalam sebatang sungai. Sezy dan Nani
memberitahu ketika diminta keterangan dari pihak berkuasa, kononnya Lulu hilang
ketika mereka menunggunya keluar dari tandas awam. Puas Alex berusaha segala cara
mencari anak kesayangannya, namun tidak juga ditemuinya. Bahkan Rina dan Rika yang
turut merasa kehilangan, yang sudah dianggap Alex seperti keluarga sendiri, setia
membantu Alex untuk mencari keberadaan Lulu. Malam itu, ketika Alex tengah memandu
keretanya pulang ke rumah, dia merasa seperti melanggar sesuatu. Secepatnya dia
beralih ke tepi, lalu menghentikan enjin keretanya sebelum akhirnya dia keluar
untuk memeriksa. Kawasan itu gelap, sunyi. Dia mulai merasa takut sambil melirik ke
sekeliling. Bukan makhluk halus yang ditakutinya, melainkan orang jahat.
"Hoi!"
Dia tersentak ketika seseorang menumbuk belakangnya. Dia menoleh, seorang lelaki
berpakaian serba hitam berdiri tegak di situ. Berbadan tegap ala-ala ahli bina
badan, berambut keriting panjang, berjambang lebat, menatap tajam ke arah wajahnya,
membuatnya mundur beberapa langkah ke belakang.
"Ko... Ko siapa?"
Alex semakin ketakutan melihat di tangan lelaki itu terdapat sebatang kayu, seolah-
olah lelaki itu berhasrat hendak memukulnya.
"Abis ko ni kali!"
Lelaki itu maju, lalu memukul belakang Alex sehingga Alex pengsan, terbaring di
tanah.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 25)

"Do shimashita ka?"


Malam itu, Shigeru terjaga lalu menggumam mendengar Lulu tiba-tiba saja menjerit.
Dia bangkit dari katil, melangkah menuju ke bilik tidur Lulu yang pintunya tidak
berkunci. Lulu mengigau, dan dia cuba menyedarkan gadis itu.
"Lulu! Lulu! Bangun!"
"Mak..."
Lulu menjerit sambil membuka matanya.
"Ko kenapa ni?"
"Sya mengingau. Sya mimpi bapa sya kana pukul urang."
Shigeru meraba-raba dahi Lulu untuk memastikan gadis itu sakit atau tidak.
"Kenapa ni? Sya sihatlah!"
"Sudah! Tidur balik! Mimpi saja pun! Lain kali berdoa sebelum tidur!"
"Tapi sya takut Shi... Tadi pun sya sempat lagi mimpi ada hantu sini bilik. Pakai
kimono lagi tu hantu tu! Pucat muka dia!"
Shigeru tergelak.
"Jadi ko mau sya tidur di sebelah ko?"
"Ish nda maulah!"
"Nda bah, main-main ja! Sudah! Tidur!"
Shigeru menolak lembut kedua-dua bahu Lulu membuat Lulu terbaring semula ke katil,
sebelum dia melangkah beredar dari situ, masuk kembali ke dalam biliknya. Ketika
Lulu menukar posisi baringnya ke tepi, menghadap ke sebelah kiri, dia merasa
seperti ada seseorang tengah berdiri di samping katil, di sebelah kanan,
memperhatikannya.
"Adui, apa lagi ni?"
Bisik hatinya.
"Shigeru! Ko kaitu? Sya ngantuk ni! Jangan ko macam-macam arr mau kasi takut-takut
sya."
Benda itu kekal berdiri di situ, sama sekali tidak bergerak dan bersuara sebagai
tindakbalas atas ucapan Lulu. Perlahan-lahan, Lulu menoleh untuk melihat siapa
gerangan yang berdiri itu. Mata Lulu terbeliak besar, mulut ternganga luas,
tubuhnya bergetar-getar, ketakutan. Makhluk yang muncul di dalam mimpinya sebentar
tadi seperti yang diceritakannya kepada Shigeru, berada nyata di depan matanya.
Lampu tidak dihidupkan di bilik itu, hanya terkesan sedikit cahaya dari lampu tepi
jalan melalui jendela. Seorang wanita mengenakan kimono, iaitu pakaian tradisional
wanita Jepun, dengan wajahnya yang putih pucat, rambutnya bersanggul. Matanya yang
sepet panjang begitu tajam memperhatikan Lulu. Lulu bergegas menghidupkan lampu di
atas sebuah meja yang berada di tepi katilnya. Kini dia mampu melihat makhluk itu
dengan lebih jelas. Perlahan-lahan, wanita menyeramkan itu melangkah menghampiri
katil Lulu. Ketika kakinya terlanggar pada sebuah speaker mini, dia pun terjatuh ke
lantai.
"Hey tungau bantaton!"
Wanita itu melatah sebaik sahaja dia tertiarap di lantai, dahinya terhantuk pada
lantai.
"Kitai betul!"
Aksesori-aksesori yang menghias kepalanya turut gugur ke lantai.
"Aik? Ini hantukah apa ni?"
Gumam Lulu kehairanan.
"Sya bukan hantulah! Basug!"
"Jadi? Kenapa you bulih masuk ini bilik? You siapa?"
"Saya..."
Wanita itu berdiri, dalam sekelip mata merubah dirinya ke wujud asal, membuat Lulu
ternganga sambil menggaruk-garuk kening. Tadinya wanita berkimono, kini berubah
menjadi wanita berpakaian ala-ala puteri raja dalam cerita dongeng, dengan tongkat
di tangan yang terus-menerus memancarkan cahaya terang.
"Ina Asila?"
"Ko masih kenal pula sya arr. Sya pikir ko lupa sudah sama sya!"
Sepantasnya Lulu bangkit, duduk di birai katil.
"Selama ni ko pigi mana? Kenapa baru sekarang ko muncul? Sya pikir ko sudah lupa
sama sya..."
Pari-pari jelita itu hanya tergelak.
"Selama ni sya ada urusan di alam sya. Sya pigi sini pun sebab sya bawa seseorang
untuk ko."
"Ohya? Siapa?"
"Ikut sya... Tu orang tengah menunggu ko di luar, di dekat pondok security."
"Siapa?"
Lulu inginkan kepastian.
"Ala, ko ikut saja! Ayu!"
Tanpa membuang masa, Lulu mengikut Ina Asila ke luar, menuju ke arah pondok
pengawal keselamatan rumah Shigeru. Dari jauh, Lulu sudah mampu mengenali orang
itu. Secepatnya dia berlari mendapatkannya.
"Bapa..."
"Lulu..."
Alex dan Lulu saling berpelukan erat, melepaskan rindu. Sekelip mata, Ina Asila
merubah penampilannya menjadi seperti orang biasa, dari segi wajah dan pakaiannya.
"Macam mana bapa bulih tau sya di sini?"
"Pari-pari ko yang hantar bapa pigi sini."
"Ohya?"
"Dia menyamar jadi urang jahat, terus dia pukul bapa sampai bapa pengsan."
Sepantasnya Lulu menoleh ke arah Ina Asila yang berdiri di sebelahnya, dengan
tatapan tajam.
"Ina! Kenapa ko pukul bapa sya?"
"Anu, begini..."
Ina tergagap-gagap berbicara, ketakutan melihat wajah garang Lulu.
"Begini sayang..."
Alex bersuara memberi penjelasan.
"Dia memang pukul bapa, tapi time bapa sedar, bapa langsung teda rasa apa-apa.
Cuma, bapa terkejut sebab time bapa tersedar, bapa bersandar di pokok sakura.
Sepatutnya kita berterima kasih sama ni pari-pari sebab dia sudah bawa bapa pigi
sini, berjumpa sama ko."
"Oh gitukah? Hihi..."
Barulah wajah garang Lulu menghilang.
"Siou arr Ina."
"Tidak apa! Hehe..."
Ina Asila tersengih.
"Ini rumah siapa?"
Tanya Alex sambil memperhati sekeliling rumah.
"Ini rumah kawan sya. Dia yang sudah banyak tulung sya selama sya ada di sini
Jipun."
"Lelakikah perempuan?"
"Perempuan..."
Secara perlahan-lahan, kedua-dua telinga Lulu mulai memanjang. Alex ketawa
perlahan.
"Jujur saja bah Lu, bapa tidak marah."
"Anu, lelaki. Tapi sumpah, kami teda buat apa-apa. Kami cuma kawan saja."

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 26)


Jendela bilik Shigeru dalam keadaan terbuka, suara perbualan mereka di luar mampu
sampai ke telinganya. Dia bangkit dari katil, lalu melangkah ke luar. Lulu
memperkenalkan Alex dan Ina Asila kepadanya. Dia kebingungan, bagaimana ayah Lulu
mengetahui keberadaan Lulu di situ, sedangkan dia sendiri mendengar sebelum ini
Lulu ada berkata bahawa dia belum bersedia memberitahu keberadaannya di negara
Matahari Terbit itu kepada sang ayah. Kebingungannya tidak dihiraukannya,
sebaliknya mempersilakan Alex dan Ina Asila masuk ke dalam, lalu mempelawa mereka
duduk di sofa ruang tamu. Mendengar cerita Lulu, Shigeru masih tidak yakin Ina
Asila merupakan makhluk ajaib yang seringkali membantu Lulu. Namun setelah melihat
keajaiban-keajaiban yang diadakan Ina Asila di depan matanya, di dalam rumah itu,
dia ternganga, akhirnya percaya. Meja ruang tamu yang diperbuat daripada kayu,
dalam sekelip mata diubah menjadi meja yang lebih berharga, yang diperbuat daripada
perak dan batu permata. Masih banyak perabot-perabot dan hiasan-hiasan di dalam
rumah Shigeru yang dinaiktaraf menjadi lebih berharga hanya dalam sekelip mata,
menggunakan tongkat sakti Ina Asila. Kini, Ina Asila bertukar kembali ke wujud
asalnya, iaitu penampilan seperti seorang puteri raja. Mengenai telinga Lulu yang
mampu memanjang setiap kali dia berkata bohong atau tengah menangis, itu sudah
diketahui Shigeru sebelum ini.
"Kalau begitu, ko bulihkah tulung sya satu hal?"
Tanya Shigeru kepada si pari-pari yang masih tegak berdiri di depan mereka.
"Tulung apa?"
"Tulung kasi sembuh bapa sya dari penyakit kanser dia. Lama sudah dia terbaring di
katil hospital. Doktor pakar pun menyerah sudah! Doktor bilang, teda harapan lagi
dia bulih hidup lama."
"Itu saja?"
"Sama... Sya mau ko cari tau pasal keberadaan mama kandung sya."
Dengan air mata yang ditahan-tahan dari tertumpah, Shigeru mulai menceritakan
bagaimana selama ini dia berusaha mencari keberadaan ibu kandungnya, bahkan itu
turut menjadi pengharapan sang ayah yang sedang terbaring di wad hospital kerana
menyesal telah meninggalkan sang isteri. Sewaktu Shigeru masih berumur 6 tahun,
Akiyama ayahnya memutuskan untuk menceraikan ibunya, dan berkahwin dengan wanita
lain. Shigeru dibesarkan oleh ayahnya dan ibu tirinya yang kejam. Namun, usia
perkahwinan Akiyama dan isteri barunya itu tidak berlangsung lama, apabila dia
mengetahui wanita itu rela berkahwin dengannya bukan disebabkan cinta, melainkan
hanya sekadar untuk memanfaatkannya bagi kepentingannya sendiri. Menyedari itu, dia
bertindak menceraikan wanita itu. Kerana rasa penyesalan yang mulai membahang, dia
berniat hendak mencari kembali isteri pertamanya. Namun, dia tidak mampu menjejak
di mana perginya isteri pertamanya itu hingga saat ini. Untuk menyenangkan hati
sang ayah, Shigeru berjanji bahawa dia akan mencuba dengan sedaya upaya mencari ibu
kandungnya. Air mata yang ditahan-tahan dari tadi akhirnya tertumpah juga.
"Jangan menangis bah! Bida oh lelaki menangis."
Ucap Lulu sambil berjenaka melihat Shigeru tertunduk menangis. Shigeru sama sekali
tidak menghiraukannya.
"Kasi hulur tangan ko. Ada yang sya mau tinguk dalam diri ko."
Ucap Ina Asila sambil duduk di lantai, berhadapan dengan Shigeru. Shigeru
menghulurkan tangannya, Ina meletakkan telapak tangannya ke atas telapak tangan
Shigeru. Ina menutup kedua-dua matanya untuk melihat sesuatu yang ada di dalam diri
si jejaka Jepun itu, sebelum akhirnya dia membuka kembali matanya.
"Mama kandung ko tidak jauh! Dia di sini-sini saja."
Mata Shigeru mulai tajam menatap Ina.
"Maksud ko?"
"Maksud sya, ko selalu berjumpa sama dia. Tapi ko tidak tau yang dia tu mama
kandung ko."
"Ohya, siapa dia?"
Shigeru begitu bersemangat hendak mengetahui siapa ibu kandungnya sambil
menggenggam erat kedua-dua tangan Ina.
"Dia boss si Lulu. Puan Yumiko."
"Apa?"
Shigeru seakan-akan belum percaya apa yang diperkatakan Ina.
"Dialah mama kandung ko! Seminggu selepas bapa ko kasi cerai dia, dia eksidin,
sampai dia lupa ingatan. Nama dia sendiri pun dia tidak ingat, sampai dia guna nama
Yumiko."
"Nama dia Mizuki, bukan Yumiko."
Ucap Shigeru memberitahu nama sebenar ibu kandungnya.
"Ok, sekarang kita kasi selesai satu hal dulu. Kita kasi sembuh bapa ko dulu."
Ina Asila menggoyang-goyangkan tongkat saktinya, dalam sekelip mata mereka berada
di wad hospital, tepat di sebelah katil Akiyama yang sedang terbaring lemah. Bilik
itu hanya menempatkan dua orang pesakit. Pesakit yang terbaring di katil sebelah
katil Akiyama sedang nyenyak tertidur. Akiyama terkejut melihat kemunculan mereka
secara tiba-tiba di situ.
"Shigeru?"
"Ki ni shinaide kudasai! (Jangan risau!)"
Ucap Shigeru melihat sang ayah yang tengah tercengang kehairanan. Shigeru turut
memberitahu ayahnya bahawa apa yang dilihatnya itu merupakan sebuah keajaiban.
Perlahan-lahan, Ina Asila menggenggam tangan kanan Akiyama, berusaha
menyembuhkannya.
"Kita sama-sama berdoa, sebab cuma Tuhan saja yang berkuasa menyembuhkan, bukan
sya."
Ucapnya.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 27)

Akiyama menutup kedua-dua matanya ketika dia merasakan ada angin hangat bertiup
dari atas kepalanya sehingga ke bawah. Pada pandangannya, wanita yang tengah
menggenggam tangannya itu merupakan malaikat yang diturunkan ke bumi untuk
menyembuhkannya. Perlahan-lahan, Ina Asila membuka matanya. Satu persatu wajah
mereka dipandanginya. Wajahnya seakan-akan menampilkan rasa kecewa.
"Sya minta maaf Shigeru. Sya tidak dapat lawan kehendak Tuhan. Sya ni memang pari-
pari, makhluk luar biasa. Tapi sya ni pun ciptaan Tuhan. Sekali lagi sya minta maaf
sama ko Shigeru. Kita kasi serah saja sama Tuhan."
Air mata Shigeru yang sudah mengering, kini kembali membasahi pipi.
"Jadi, bapa sya tidak bulih sembuh?"
Ina Asila tertunduk, jari-jarinya saling bermain, terdiam, tidak mampu menjawab
pertanyaan Shigeru. Akiyama seakan-akan mengerti apa yang diperbual mereka,
walaupun dia sama sekali tidak memahami apa yang diperkatakan oleh mereka. Dia
mulai berbicara dengan Shigeru dalam bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan...
"Shigeru, teda guna ko suruh ni gadis kasi sembuh bapa kalau memang ajal bapa
sampai sudah. Jaga diri ko baik-baik nak! Ingat semua pesan-pesan bapa arr. Kalau
ko sudah ada calon isteri, ko cintalah dia sepenuh hati ko, sampai akhir hayat ko.
Jangan jadi macam bapa ko ni, kasi tinggal mama ko dulu. Kalau ko sudah berjumpa
sama mama kandung ko, tulung kasi sampai permintaan maaf bapa sama dia."
Shigeru menggenggam erat kedua-dua tangan sang ayah tersayang yang kelihatannya
sudah semakin melemah.
"Sya sudah jumpa mama. Sya sudah jumpa mama pak."
Akiyama mengangguk, lalu perlahan-lahan, kedua-dua matanya tertutup rapat. Nafasnya
terhenti. Lulu, Ina dan Alex turut memasang wajah hiba, terdiam membiarkan Shigeru
mengeluar habiskan kesedihannya atas pemergian sang ayah. Keesokan harinya, mereka
bersama-sama menyaksikan jasad Akiyama dikebumikan. Bunga-bunga sakura yang jatuh
berguguran ke atas pusara Akiyama seolah-olah menyatu dengan air Shigeru yang masih
terus mengalir. Lulu merangkul erat pinggang Shigeru.
"Ko masih ada mama Shi. Ko jagalah mama ko baik-baik."
Mendengar kata-kata Lulu, Shigeru turut merangkul pinggang gadis itu dengan erat.
Hatinya begitu tenang ketika merasakan hangatnya rangkulan tangan Lulu yang masih
terus menampal pada pinggangnya.
"Ehem..."
Alex yang berdiri di belakang mereka berdua bersuara memberi isyarat, sepantasnya
mereka meleraikan rangkulan mereka.
"Sorry..."
Ucap Shigeru.
"Tidak apa..."
Kata Lulu sambil tersenyum. Malam itu, Ina Asila memasuki bilik tidur Puan Mizuki,
iaitu Yumiko. Perlahan-lahan, dia meniup dahi wanita itu sehingga wanita itu
terbangun, lalu bangkit dan duduk di birai katil. Dia merasa kepalanya dihentam
rasa sakit yang begitu menyengat. Ingatan-ingatan di masa lalunya mulai muncul
satu-persatu di kepalanya. Keberadaan Ina Asila yang berdiri sambil tersenyum
memperhatikannya di situ, tidak disedarinya. Ina Asila sengaja membuat dirinya
tidak dilihat oleh Puan Mizuki. Keesokan harinya, iaitu pada pagi hari, Shigeru,
Lulu, Alex dan Ina Asila mendatangi rumah Puan Mizuki. Ina Asila berpenampilan
seperti orang biasa, kerana orang sekeliling akan merasa pelik jika dia terus
berpenampilan seperti seorang puteri raja. Ketika Puan Mizuki keluar dari pintu
rumah, sepantas kilat Shigeru memeluknya membuatnya kehairanan.
"Shigeru! Kenapa ni?"
Ucapnya dalam bahasa Jepun.
"Mak! Sya ni anak kandung mama! Anak Akiyama, suami mama."
Awalnya Puan Mizuki kebingungan mendengar ucapan Shigeru yang mengaku-ngaku anak
kandungnya. Tetapi setelah Shigeru menceritakan masa lalunya bersama Puan Mizuki,
barulah dia benar-benar yakin. Dipeluk erat anak tunggalnya itu dengan begitu lama.
"Kenapa baru sekarang ko kasi ingat mama?"
"Sebab sya pun baru tau mak. Semua ni atas pertolongan si Lulu sama kawan dia ni."
"Lulu..."
Sapa Puan Mizuki sambil memperhatikan Lulu.
"Ya auntie."
"Terimakasih Lulu. Kehadiran ko di sini sudah mempertemukan sya dengan anak sya."
Lulu hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa. Hari itu juga, Alex dan Lulu akan
terbang pulang ke Sabah, sebelum menaiki pesawat terbang yang sebentar lagi akan
terbang ke udara. Mata Lulu dan Shigeru saling bertembung. Lulu menggenggam erat
kedua-dua tangan Shigeru sambil memasang senyum manis.
"Terimakasih untuk semua Shigeru."
"Terimakasih untuk apa?"
"Untuk kebaikan ko sama sya, selama sya di sini. Ko sudah kasi tumpang sya di rumah
ko, ko sudah kasi keluar banyak duit belanja untuk sya, sama banyak lagilah..."
"Sya cuma tulung apa yang mampu sya tulung saja Lu..."
"Tapi tetap juga sya berhutang budi sama ko... Jaga diri ko baik-baik Shigeru."
"Bila lagi kita bulih berjumpa?"
"Kalau panjang umur, kalau keadaan menyebelahi kita, kompom kita berjumpa juga tu
nanti."
Lulu mengakhiri kata-kata dengan tergelak, walaupun air mata perpisahan hampir
tertumpah dari pelupuk mata. Demikian juga dengan Shigeru.
"Sonong-sonong mamanau Lulu..."
"Sayounara Shigeru..."
Lalu Lulu dan Alex memasuki pintu pesawat.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 28)

Lulu bersekolah seperti biasa. Melihat kedatangan Lulu, Sezy dan Nani memasang
wajah cemas bercampur hairan. Bagaimana mungkin Lulu dapat sekolah kembali di situ,
sedangkan mereka benar-benar yakin Lulu sudah tersesat di negara orang? Secepatnya
mereka berlari menghampiri Lulu yang baru sahaja memasuki pintu pagar sekolah.
"Lu! Ko di mana selama ni? Ramai yang sibuk cari ko, terutama daddy ko sama mami-
mami ko. Kami pun risau, ko taukah!"
Ucap Sezy.
"Sya teda pigi mana-mana. Sya cuma tersesat saja di negara urang. Bangun-bangun
saja, sya sudah ada di dalam kutak kayu berisi buah-buahan yang segar."
Santai sahaja Lulu menjawab, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia tengah marah,
malahan senyuman manis semanis gula menghiasi wajahnya.
"Ko mau tau? Si Jones pun berabis cari ko!"
Ucap Nani. Sezy memandang Nani dengan tatapan tajam, kata-kata Nani itu membuatnya
rimas. Menyedari pandangan Sezy yang lain macam, secepatnya Nani menutup mulutnya
sendiri dengan tangan.
"Sorry Sez..."
"Kenapa pula dia cari sya? Bukan dia bencikah sama sya?"
"Ntah!"
Jawab Nani. Lulu tahu, dua bersahabat itulah yang telah mengurungnya di dalam peti
kayu sehingga dia berada di Jepun, tetapi dia hanya berdiam diri, buat-buat tidak
tahu.
"Sorry Lu. Time tu kami kasi tinggal ko saturang di kereta sampai ko kana culik
urang. Balik-balik kami kasi bangun ko, berabis lagi ko tidur."
"Tidak apa bah! Teda yang salah!"
Melly, Sissy dan Dona berlari menghampiri mereka.
"Jangan lagi kamu ganggu si Lulu! Kamulah penyebab si Lulu hilang!"
Bentak Sissy sambil menolak kasar bahu Sezy. Sezy balas menolak.
"Ko jangan sembarang menuduh arr!"
"Eleh! Kamu pikir kami tidak taukah? Kamu tu pura-pura baik saja sama si Lulu sebab
ada niat tersembunyi."
"Pandai-pandailah ko sana! Kalau sya tumbuk muka ko, terabang terus tu tahi lalat
ko pigi bulan!"
Bentak Nani.
"Ohya Lu! Sya mau tanya."
Kata Nani.
"Apa?"
"Mmm... Si Shigeru tu siapa? Boyfriend ko?"
"Macam mana ko kenal dia?"
"Sya nampak ko post di facebook sama di instagram, gambar kamu dua. Tanakwagu Jipun
kaitu?"
Lulu mengangguk.
"Dia bukan boyfriend sya, dia cuma kawan sya saja. Tapi sya sudah anggap dia macam
abang sya sendiri."
"Oh baguslah kalau kamu teda apa-apa. Sya mau kenal-kenal sama dia bulihkah? Hensom
oh! Kepingin betul sya mau ada pasangan urang luar negara."
Lulu terdiam tidak menjawab apa-apa.
"Mari masuk kelas Lu! Tidak payah layan ni dua ikur babi hutan ni."
Ucap Dona sambil menarik lengan Lulu beredar dari situ. Ketika berada di kelas,
Lulu menceritakan apa yang terjadi dengan dirinya.
"Tulah! Balik-balik sudah kami kasi tau ko, jangan ko dekat-dekat si Sezy sama si
Nani bah! Diorang pura-pura saja baik sama ko tu! Si Sezy tidak suka nampak ko
dekat-dekat sama si Jones."
"Bukan sya yang pigi dekat-dekat sama tu lelaki! Dia yang selalu kacau-kacau sya!"
Lulu dipanggil oleh pengetua sekolah di bilik guru, Alex turut berada di situ
menjelaskan kepada pengetua sekolah mengenai kehilangan Lulu selama ini. Ketika
Lulu tengah berlari menaiki tangga ke tingkat atas bilik guru, dia bertembung
dengan Jones yang kebetulan hendak menuruni tangga, menyebabkan buku-buku yang
dipegang Jones terjatuh ke tanah, melewati pagar tangga.
"Aik? Pinokio? Ko pigi mana selama ni?"
Sapa Jones dengan senyuman sinis, mengejek Lulu sambil mengelus dagu Lulu.
Secepatnya Lulu menyingkirkan tangan Jones dari dagunya.
"Bukan urusan ko!"
"Ada sya cakap sama ko! Tapi bukan sekarang!"
"Penting sangatkah? Cakaplah bah sekarang!"
"Nda juga penting sangat!"
"Kalau nda penting, please! Jangan lagi ko malar ganggu-ganggu sya! Gara-gara ko
lah si Sezy marah sama sya!"
"Kenapa pula sya?"
"Tanya sama diri ko sendiri!"
Tanpa menghiraukan keluhan Jones, Lulu meneruskan langkahnya. Waktu habis masa
sekolah, Jones berlari mendapatkan Lulu yang hampir sahaja keluar dari pintu pagar
sekolah.
"Kenapa bah ko bubut-bubut sya ni? Sya sudah cakap! Jangan dekat-dekat sya!"
"Sorry. Sya cuma mau kepastian! Apa hubungan ko sama tu lelaki Jipun tu?"
"Maksud ko siapa? Si Shigeru?"
Jones mengangguk, wajahnya kelihatan begitu serius, dia betul-betul ingin tahu
hubungan Lulu dengan si jejaka Jepun.
"Dia boyfriend sya! Jelas?"
"Ko tipu ni kan?"
"Buat apa sya tipu ko? Lagipula apa ko mau sibuk-sibuk pasal sya sama dia? Ko bukan
siapa-siapa sya pun! Lagipula ko kan mau kana kasi tunang sudah sama si Sezy!"
"Sya jujur Lu! Sya suka sama ko!"
"Suka di aki nu!"
"Sya serius Lu!"
Lulu tergelak.
"Ko suka sama sumandak yang ada sindrom ganjil macam sya ni?"
"Itu tidak penting!"
Wajah Jones menyinarkan seribu satu pengharapan, mengharap agar Lulu membalas
ungkapan hatinya.
"Lulu! Cepat!"
Pekik Rina yang tengah memegang stereng kereta milik Alex, dari tadi menunggu Lulu
sambil berbual-bual dengan Rika yang duduk di sebelahnya.
"Lulu tunggu! Ko jawab dulu pertanyaan sya!"
Jones berdiri tegak di depan Lulu, menghalang langkah Lulu.
"Sudah juga sya jawab tadi! Dia boyfriend sya!"
"Sya tidak percaya."
"Itu urusan ko! Lari!"

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 29)

"Sya tidak mau lari. Sya mau pastikan sya betul-betul melekat dalam hati ko!"
Ucap Jones, berkeras enggan beralih dari situ. Ketika Lulu hendak lalu di tepinya,
di situ jugalah dia berdiri sambil menghalang. Rina dan Rika yang memperhati mereka
hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.
"Inikah yang dinamakan cinta arr?"
Tanya Rina seraya memandangi Rika di sebelahnya.
"Mungkin. Kan bagus kalau ada lelaki sweet macam tu sama kita, bubut-bubut kita,
hihi..."
"Perasan saja ko ni! Ko mesti ingat arr, kita ni pundan! Transgender! Manada lelaki
yang mau sama kita walaupun kita ni lawa macam si Nong Poy, tu pundan Thailand tu!
Kalau ada pun cuma mau pok duit sama pok..."
"Sama pok apa?"
Tanya Rika kebingungan.
"Faham-fahamlah bah! Malas sya mau sakap!"
Walaupun sebiji macam perempuan tulen bahkan lebih cantik dari perempuan tulen yang
pernah mereka temui, dua transgender ini masih sedar yang diri mereka lelaki, yang
terbiasa dengan penampilan wanita, bahkan bernaluri wanita.
"Ko gila kaini Jones malar halang-halang jalan sya?"
Tanpa menjawab atas keluhan Lulu, dengan pantas dia memeluk Lulu seerat-eratnya.
Pelajar-pelajar yang lalu di situ hanya memperhatikan mereka, ada yang senyum, ada
yang geleng-geleng kepala. Bahkan pengawal keselamatan sekolah yang tengah duduk di
dalam pondoknya tidak mahu menyia-nyiakan momen terindah itu, dengan menggambar
menggunakan telefon pintarnya. Menyedari mereka diperhatikan dari segala arah,
wajah Lulu menebal menahan malu. Sedangkan Jones seperti biasa, seolah-olah tidak
menyedari pandangan orang ramai di situ.
"Jones! Lepas bah! Sudahlah ko sium sya tuari, sekarang ko gapus lagi sya! Ko ni
memang tidak kana ajar macam mana jadi urang beradabkah?"
"Sya tidak peduli Lu..."
"Ish! Lepas bah basug! Bau pokilok ko! Ada hati mau peluk-peluk sya!"
Sissy menghampiri, meleraikan pelukan mereka. Dipijaknya kaki Jones sehingga Jones
kesakitan.
"Logiut! Bantaton! Pigi peluk tu urang gila sana bawah jambatan!"
Sissy menarik lengan Lulu, menghantarnya ke arah kereta yang tengah menunggu dari
tadi.
"Sempat lagi ko migapus sama kusai arr Lu!"
Ucap Rina sambil tersengih.
"Dia yang pigi peluk sya, bukan sya yang minta! Sikit lagi sya termuntah hijau oh
tadi nosingud bau pokilok dia!"
Rina dan Rika tergelak sebelum akhirnya berangkat menuju ke destinasi. Michiko
menghampiri Shigeru yang tengah duduk melepaskan lelah di dalam sebuah gudang,
selepas berjam-jam bekerja mengangkat dan menyusun peti-peti yang berisi buah-buah
yang diimport dari luar Jepun. Wajah gadis itu garang sambil menatap Shigeru.
Bermulalah perbualan mereka dalam bahasa mereka...
"Sya tidak suka ko dekat-dekat sama perempuan yang baru ko kenal Shigeru!"
"Jadi?"
"Sya tidak suka! Ko taukah? Sya tidak suka! Sekali lagi sya cakap, sya tidak suka!
Faham?"
"Jadi?"
"Jadi jadi jadi!"
"Yalah, jadi kenapa kalau sya dekat-dekat sama si Lulu? Dia cuma kawan biasa sya
saja bah, tidak lebih pun!"
"Haha, kawan! Baru berapa hari ko kenal dia, bukan main lagi ko rapat sama dia kan!
Sya yang sudah enam tahun jadi girlfriend ko, tidak pernah ko kasi tunjuk kemesraan
ko sama sya! Tapi sama tu gadis Dayak Dusun dari Borneo tu bukan main lagi ko arr!"
Shigeru hanya tergelak perlahan sebelum meneguk air botol mineral.
"Apa kurang sya sama dia? Cuba ko kasi tau sya!"
Michiko menarik kerusi, duduk bersemuka dengan Shigeru.
"Teda kurang! Cuma dia lebih friendly sikit dari ko! Kalau ko mau sya lebih mesra
sama ko, ko perlu ubah sikap ko!"
"Sikap sya yang mana?"
"Sikap ko yang terlampau tertutuplah! Asal sya tanya apa-apa sama ko, ko selalu
kasi tutup-tutup seolah-olah sya ni bukan siapa-siapa ko! Padahal sudah enam tahun
kita couple."
"Cuma pasal itu?"
"Satu lagi!"
Michiko serius mendengar ucapan-ucapan sang kekasih.
"Sya mau ko kasi cancel niat ko mau buat movie porno ko! Tambah lagi sebelum ni sya
selalu nampak ko berkiss-kiss sama lelaki! Sya buat-buat buta saja sama apa yang ko
buat di belakang sya."
Michiko tergelak.
"Cuma pasal berkiss-kiss saja? Haha... Itu biasalah kalau di sini! Silap sikit utak
ko ni sudah kana racun sama budaya tu sumandak Dusun tu kan?"
"Ini teda kana mengena sama si Lulu. Tapi sya jujurlah, sya kagum sama dia. Time
sya cakap sya mau tidur sekatil sama dia, dia tulak mentah-mentah. Dia tetap jaga
harga diri, maruah dia walaupun dia tinggal di negara asing. Sedangkan ko, tidak
segan-segan berpeluk-peluk sama lelaki yang ko sendiri pun belum kenal."
"Oh, patutlah selama ni ko tidak pernah sentuh sya sampai sikit lagi sya cop ko ni
gay! Rupa-rupanya ko terlampau puja-puja budaya urang sana kan? Siapa tidak kenal
sama diorang, adat budaya pelik-pelik. Tulah sampai sekarang tidak pandai maju-
maju! Silap sikit masih pakai cawat lagi, tinggal atas pokok."
Ucap Michiko sambil ketawa sinis.
"Stop Michiko! Stop! Ko jangan hina-hina diorang arr! Apa guna hidup dalam kemajuan
kalau miskin akhlak? Seks bebas sana-sini! Kaum perempuan kana tindas!"
Shigeru menyindir masyarakat sekelilingnya.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 30)

Hari terus berganti hari, tahun berganti tahun, membawa langkah Lulu keluar dari
bangku sekolah. Kini dia sudah mulai bekerja sebagai seorang penyampai radio
tempatan, bersama sahabat-sahabatnya yang selalu setia bersamanya, iaitu Sissy,
Dona dan Melly. Jones tidak pernah patah semangat merayu Lulu menerima cintanya,
walaupun berkali-kali mendapat penolakan dari gadis bersindrom pelik itu. Awal pagi
lagi, Jones sudah menunggu di perkarangan rumah Lulu, dari tadi setia memegang
stereng kereta.
"Awal pagi lagi ni tonduyung standby sudah mau mengacau sya!"
Rungut Lulu yang baru sahaja keluar dari pintu rumah, hendak melangkah ke pondok
hujung kampung untuk menunggu kereta ayah Sissy yang dipinjam Sissy menjemputnya ke
stesen bas, kembali ke rumah sewa di bandar, yang berhampiran dengan syarikat
penyiaran radio tempatan, tempat mereka bekerja. Beg berisi pakaian-pakaian sudah
berada di tangannya.
"Lu! Biar sya hantar ko! Hari ni sya free!"
"Nda payah susah-susah! Biar sya ikut kereta si Sissy saja!"
Baru sahaja kaki kanan Lulu memijak anak tangga, telefon pintar di tangannya
berdering.
"Siou Lu! Sya tidak dapat ambil ko pigi stesen bas, ada hal sikit..."
"Adui! Kenapa ko tidak kasi tau awal-awal!"
Secepatnya Sissy menutup panggilan telefon. Lulu mendengus kasar, tampil kekecewaan
pada wajahnya.
"Macam sengaja-sengaja saja ni tondu mau sya ikut si Jones bah! Nanti kamu arr..."
Kata-katanya berdasarkan kebiasaan Sissy, Dona dan Melly yang selalu berusaha
mendekat-dekatkannya dengan Jones selepas Jones putus dengan Sezy semenjak di
bangku sekolah lagi. Sezy dan keluarganya sudah pun berpindah ke luar negara,
sedangkan Nani hilang entah ke mana. Masing-masing membawa diri.
"Si Sissy suruh sya hantar ko pigi stesen bas! Kalau bestfriend ko sendiri minta
takkan ko mau tulakkan?"
Mendengar ucapan Jones, mulut Lulu berkumat-kamit berbicara tanpa suara, sambil
menghodohkan wajahnya, mengejek Jones.
"Masuk cepat! Kalau nda sya angkat ko kasi paksa masuk!"
"Yalah yalah yalah..."
Jones menghidupkan enjin kereta, lalu mulai berangkat. Lulu menyedari Jones memandu
kereta menuju ke lain arah.
"Jones! Kita mau pigi mana ni?"
Jones senyum sinis, tidak menjawab.
"Jones! Kasi tau bah! Kita mau pigi mana ni?"
"Ko diam!"
"Lain macam saja ko ni! Kita mau pigi mana bah sebenarnya ni? Jangan ko bawa sya
pigi tempat yang bukan-bukan arr!"
"Ko tidak perlu tau sya mau bawa ko pigi mana! Apa yang penting, selepas sya bawa
ko pigi ni tempat, ko tidak bulih balik-balik lagi pigi rumah ko, berjumpa sama
family ko."
Jones mulai membawa kereta dengan begitu laju, hampir melanggar lori simen yang ada
di depan, membuat Lulu ketakutan.
"Ko mental kaini Jones? Stop!"
Lulu memekik marah.
"Kasi stop kereta ko! Sya mau turun!"
Jones tidak peduli dengan pekikan Lulu.
"Ini akibat kalau ko jual mahal sama sya! Haha..."
"Okey, tidak apa! Sya lumpat dari kereta ko!"
Ketika tangan Lulu mencapai pintu kereta untuk dibuka, secepatnya Jones mencengkam
lengannya, lalu dipulas sekuat-kuatnya sehingga Lulu menjerit kesakitan.
"Ko jangan cuba-cuba lari dari sya! Sya kasi patah tangan ko!"
"Okey okey okey! Kasi lepas! Sakit!"
Barulah Jones melepaskan cengkamannya dari lengan Lulu. Lulu mulai tertunduk
menangis, tidak mampu berkata apa-apa. Dia menyerah dengan apa yang terjadi ke atas
dirinya selepas ini.
"Apa bah sebenarnya yang ko mau dari sya Jones?"
"Sya mau ko hidup sama sya sampai kita dua mati! Sya mau kita mati sama-sama! Sya
tidak mau berpisah dari ko!"
"Dengan cara begini?"
"Sya sanggup buat apa saja supaya sya dapat sama-sama ko!"
Lulu mulai menghidupkan telefon pintarnya, lalu menghubungi Alex, ayahnya. Tetapi
malangnya telefon Alex tidak dapat dihubungi. Dia cuba menghubungi Dona, Sissy dan
Melly, serta Rina dan Rika, tetap juga tidak dapat dihubungi. Sejak tadi, Alex,
Rina dan Rika tiada di rumah.
"Pigi mana bah diorang semua ni? Kenapa semua pun nda pandai mengangkat telefon
ni?"
Gumamnya. Kereta Jones memasuki sebuah tempat yang agak sunyi, tepat di depan
sebuah pondok kayu sebelum dia bertindak menghentikan enjin keretanya. Lulu terpaku
memperhatikan seorang lelaki berpakaian serba hitam, bercermin mata hitam, berambut
panjang dan berjambang lebat, duduk di kerusi pondok tersebut sambil menghadap
mereka.
"Sebelum kita keluar, sya mau ko jawab pertanyaan sya!"
"Per... Pertanyaan apa?"
Lulu tergagap-gagap berbicara.
"Ko betul-betulkah tidak mau terima sya?"
"Cinta tidak bulih dipaksa Jones! Sya tidak pernah cinta sama ko, so macam mana sya
mau terima ko?"
"Ok, tidak apa! Kalau begitu, sya terpaksa jual ko sama tu urang tunah..."
Jones menuding ke arah lelaki tersebut.
"Habislah ko ni kali kana bawa pigi Jerman oleh tu lelaki, haha... Dia sudah bayar
sya kemarin."
Lulu ternganga memandangi Jones.
"Apa? Apa maksud semua ni Jones? Ko jual sya sama urang asing?"
Jones ketawa sambil mengangguk.
"Ko memang betul-betul sial oh!"
Lulu mencuba menghubungi pihak berkuasa, tetapi secepatnya Jones merebut
telefonnya.

BERSAMBUNG...
.
.
.

PINOKIO ITU NYATA (Part 31 / Final)


Jones bergegas masuk kembali ke dalam kereta, lalu berangkat meninggalkan Lulu
bersama lelaki itu yang sudah berdiri di samping Lulu.
"Mandak!"
"Jangan ko sentuh sya!"
Bentak Lulu ketika lelaki itu hampir sahaja menyentuh bahunya.
"Jangan ko takut Lu! Si Jones tidak jual ko, tapi dia cuma kasi serah ko sama sya
saja..."
Ucap si lelaki dengan suara garang, tetapi lemah lembut nada bicaranya.
"Ko ni siapa sebenarnya?"
"Sya kawan dia. Sebenarnya lama sudah kami berkawan, dari kecil lagi."
"Jadi, kenapa dia kasi serah sya sama ko?"
Lelaki itu terdiam beberapa saat sebelum bertindak menanggalkan jambang palsunya,
rambut palsunya beserta cermin mata hitam yang dipakainya, membuat Lulu ternganga.
"Shigeru?"
Shigeru kelihatan semakin segak dan kacak, dengan senyuman manis mengukir wajah.
"Jadi, ko yang rancang semua ni?"
Shigeru mengangguk sambil tersengih.
"Ko yang suruh si Jones bawa sya pigi sini?"
Shigeru mengangguk.
"Tapi... Macam mana ko tau keberadaan sya?"
"Tu..."
Shigeru menuding ke arah Ina Asila yang tengah bermain buaian yang talinya terikat
pada dahan sebatang pokok yang tidak berapa jauh dari situ. Sambil tersenyum, Ina
menegakkan dua jari kepada Lulu, jari telunjuk dan jari tengah. Lulu mulai
tertunduk sambil tersenyum.
"Sya pikir ko lupa sudah sama sya..."
Sigeru mulai memasang wajah serius, senyumannya kian memudar.
"Sebenarnya sya datang sini sebab mau ambil balik barang yang ko curi dari rumah
sya dulu. Cepat kasi balik!"
"Apa maksud ko ni? Manada sya curi apa-apa dari rumah ko! Ko jangan tuduh-tuduh sya
arr..."
"Ada bukti bah!"
"Ya betul tu!"
Ucap Ina Asila sambil menghampiri mereka.
"Aik? Ko pun menuduh syakah Ina?"
"Bagus ko kasi balik yang ko curi tu Lu! Cepat kasi balik!"
Bentak Ina.
"Apa yang sya mau kasi balik, sya teda curi apa-apa pun dari rumah dia!"
"Ada bah!"
Ucap Shigeru.
"Apa kunun sya curi?"
Lulu semakin berang.
"Hati sya..."
Lulu terdiam sebelum akhirnya ketawa gembira.
"Ko ni!"
Dipukul-pukulnya bahu Shigeru.
"Macam mana ko bulih kenal si Jones?"
"Dia kawan baik sya semenjak sya tinggal di sini Sabah dulu... Lulu..."
"Mmm...?"
"Ko sudikah terima sya?"
"Sepatutnya sya yang tanya macam begitu sama ko. Ko sudikah terima gadis Dayak
Dusun macam sya ni? Ko berasal dari negara maju, dari keluarga yang berada, dari
keluarga terhormat. Bapa ko ada kilang robot lagi. Sedangkan sya ni apa? Sya ni
cuma urang Borneo yang mundur, teda kemajuan! Urang kampung! Miskin! Bikin sushi
pun sya tidak pandai! Bikin bosou sama hinava pandailah! Belum sya pernah dengar
ada lelaki Jepun berkahwin sama perempuan Dusun Sabah."
"Kalau urang putih banyak berkahwin sama urang Dusun, kenapa urang Jepun tidak?
Lagipula kita sama-sama urang Asia kan? Sya tidak peduli semua tu! Sya cuma mau ko
jawab, ko sudi atau tidak?"
"Sya okey saja, hihi... Jadi si Michiko macam mana?"
"Sya sudah break sama dia!"
"Kenapa?"
"Sebab badan dia bau! Pemalas mandi!"
Lulu tergelak.
"Jahat ko ni!"
Shigeru segera memeluk erat tubuh Lulu, lalu diciumnya tangan Lulu sebanyak tiga
kali.
"So sweet..."
Ucap Ina Asila. Lulu menyedari kedua-dua telinganya bergerak-gerak.
"Kenapa telinga ko tu Lu?"
Tanya Shigeru.
"Itu bererti, Lulu sudah terbebas dari sumpahan!"
Ucap Ina Asila keriangan.
"Ohya?"
"Ciuman Shigeru sudah kasi lepas ko dari tu sumpahan Lu."
"Baru tiga kali dia cium. Ko bilang perlu tujuh kali?"
"Empat kali ciuman sebelum ni kan dari si Jones! Ko lupa?"
Barulah Lulu teringat waktu di bangku sekolah, Jones pernah mencium pipinya
sebanyak empat kali. Ciuman rasa cinta dari Jones dan Shigeru berhasil
melepaskannya dari sumpahan itu.
"Shigeru, sebenarnya nama sya si Kogiu Tolombon, bukan si Lulu."
"Yakah?"
Lulu mencuba untuk berbohong, namun telinganya tidak lagi mampu memanjang seperti
sebelum ini.
"Nda bah, haha..."
Ina Asila membawa mereka ke planet Ozazo dengan kecepatan cahaya, mereka serentak
muncul di dalam sebuah istana yang megah, tepat di sebuah ruangan yang luas. Di
situ berkumpul Alex, Rina, Rika, Sezy, Bryan, Rubina dan banyak lagi, membuat Lulu
kehairanan. Ina Asila mulai memberitahu Lulu siapa ibu bapa kandungnya, sambil
menyuruh Suzy dan Bryan menghampiri Lulu.
"Jadi diorang ni urang tua kandung sya sebenar?"
Ina Asila mengangguk. Sepantasnya dia memeluk Suzy dan Bryan.
"Sya ni pula kakak tiri ko Lu! Sya menyesal sya jahat sama ko selama ni Lu..."
Ucap Sezy sambil memeluk Lulu.
"Sya lama sudah kasi maaf ko Sez... Tidak sangka pula kita ni satu bapa kan?
Hehe..."
"Sya ni pula nenek ko..."
Rubina menghampiri.
"Jadi nenek ni nenek sya?"
"Ya cu..."
Baru Rubina hendak memeluknya, dia sudah duluan memeluk neneknya itu. Walaupun
sudah kehilangan suami keduanya, hati Suzy masih terbuka untuk suami pertamanya,
Bryan.
"Besar dosa sya sama ko Suz..."
Ucap Bryan sambil mencium dahi Suzy.
"Yang limpas tu biarlah limpas bang. Kita buka lembaran baru."
Ucap Suzy sambil merangkul erat pinggang Bryan. Pertemuan ajaib itu sudah diatur
oleh Ina Asila, si pari-pari yang berasal planet Pluto.

TAMAT...
.
.
.
???

Anda mungkin juga menyukai