Anda di halaman 1dari 87

#Rèza

#by fàzella nazeera


#pàrt 1~40 completed

Bab 1 - 10 -Reza

Jom support

👉Follow juga wattpad ZaraZahra1234. Sharing is caring giteww

So saya harap semua pembaca terhibur. Jangan main tengok tajuk terus buat andaian
sendiri. Means bacalah sampai habis dan vote k hihihi.

Cerita ini mengisahkan tentang 5 pelajar kolej yang diberi tugasan untuk
melakukan penerokaan di dalam hutan. Ianya diketuai REZA dan beberapa orang
kawannya iaitu Faiq, Husna, Azra dan Amran. Mereka membuat keputusan berkhemah di
dalam hutan untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan terperinci mengenai
hutan.

Apabila mereka tiba di sana, Reza dan Husna bergaduh akibat cemburu pada Faiq yang
mula mencintai Husna. Lantas Reza melarikan diri ke dalam hutan seorang diri. Husna
mengambil keputusan untuk mencari Reza kerana Reza tidak muncul di tapak
perkhemahan dalam masa yang terlalu lama. Ketika dia sibuk mencari Reza dan
ditemani rakannya yang lain, perlahan lahan terjadi perkara mistik. Apa yang
terjadi pada mereka? Jom baca.

Bab 1

REZA berjalan sendirian menuju ke kelasnya. Berulang kali Husna memanggilnya dari
belakang namun dia terus berjalan dengan laju seperti takut dikejar sesuatu.

"Hoi Reza tunggu aku lah"

Husna berlari-lari anak ke hadapan mengikut saja arah tuju Reza.

Reza berpaling melihat teman baiknya yang kelihatan comel dari kebiasaan.

"Weh asal dua minggu kau tak turun kelas eh" Soal husna dengan nafas yang
tercungap-cungap.

"Tak payah la kau nak sibuk" Kata Reza lalu dia meneruskan perjalanannya menuju ke
kelas kerana dia sudah terlewat hampir sepuluh minit.

"Reza tunggulah. Aku tak habis cakap lagi ni."

"Prakkk....."

"Aduh! Ape pula ni" kertas-kertas kerja yang dipegangnya terjatuh dari pelukan
tangannya. Ditatapnya kertas-kertas yang berserakan di lantai. Hembusan perlahan
kipas angin di kafe itu membuatkan kertas-kertas itu berhamburan seakan-akan mereka
boleh bernafas.

"Eh". Saya tak sengaja. Dia ni tolak saya sebab kami dah terlewat masuk kelas."
Lalu gadis itu menuding ke arah seorang lagi temannya yang berdiri berhampiran
dengannya.

"Eh, apa pula aku?"


"Kau yang tolak aku lah!"

"Tu lah kau lambat sangat jalan"

"Kau yang lambat bangun!"

"Kau yang lambat sampai lah!"

"Diam..........!

Husna menjerit. Bergema suaranya di ruangan kafe itu. Muka mereka di pandang silih
berganti.

Reza yang perasan jeritan Husna terus menoleh ke arah mereka.

"Faiq, Azra, Husna...." Jom masuk kelas cepat. Kita dah lewat ni. Ucap Reza sambil
jarinya memberi isyarat menunjukkan jam di pergelangan tangannya.

Husna hanya memandang ke arah Reza.

"Dia kenal budak dua ni? Kurang ajar betul dia ni. Potong jalan betul. Desis hati
Husna.

**************************

Suasana di dalam kelas menjadi riuh rendah kerana ketiadaan pensyarah yang
sepatutnya sudah masuk mengajar pada waktu itu.

Di dalam kelas, Husna duduk di sebelah kiri Reza manakala Faiq dan Azra duduk di
meja hadapan mereka.
Husna hanya memandang tajam ke arah Faiq dan Azra yang melanggarnya tadi. Hatinya
masih sakit dengan perbuatan mereka.

"Kau pandanglah dorang tu sampai biji mata kau terkeluar"

"Sejak bila kau kenal dorang ni?" Soal Husna sinis.

"Sejak semester pertama lagi aku dah kenal."

"Asal aku tak tahu?"

"Semua benda ke aku nak kongsi kat kau"

Husna terdiam. Dalam situasi itu dia hanya perlu kata-kata maaf dari Faiq dan Azra.
Namun Reza tidak memahaminya. Terngiang-ngiang setiap patah perkataan yang keluar
dari mulut Reza.

Husna hanya mendiamkan diri. Dia terus memandang komputer ribanya tanpa bersuara.

Sejurus kemudian, Mr Lim masuk ke dalam kelas. Serta merta kelas menjadi sunyi
sepi.

"Morning class" Kata Mr Lim.

"Morning Mr Lim" Kata semua pelajar.

Mr Lim duduk di bangkunya. Dia memerhatikan semua pelajar di dalam kelas. Dia
memandang Reza dari jauh.
"Ha, Reza baru nampak batang hidung. Selama ni duduk gua ke?"

Reza hanya tersengih. Dia malu kerana di soal di hadapan rakan sekelasnya yang
lain. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.

"Saya....Saya...."

"Lain kali kalau nak ambil cuti hantar surat! Nanti tak pasal-pasal saya gagalkan
kamu"

Reza hanya tunduk kerana malu. Melihat Reza sedemikian rupa, Faiq meletakkan
beberapa keping kertas di atas meja Reza.

"Ape ni? Soal Reza"

"Kau baca lah"

Dia membelek kertas yang baru diterima dan membaca dengan teliti isi kandungan
kertas itu.

"Projek akhir tahun"

Meneroka hutan yang terdapat di Malaysia. Bla bla bla......

Ahli Kumpulan
-Fahmi Reza
-Azra Athirah
-Muhd Faiq
-Raihana Husna
-Amran Fakhriy

Sambil matanya leka memandang isi kandungan kertas itu, Husna serta merta merampas
dari tangannya.

"Meneroka hutan?" Ish biar betul projek ni. Bisiknya selepas membaca isi kandungan
tersebut. Matanya tertumpu pada nama Faiq dan Azra.

"Malang betul nasib aku dapat berkumpulan dengan budak dua ni" Katanya dalam hati.

Hatinya masih sakit. Pandangan matanya mengekori gerak geri Azra dan Faiq. Dia
mengembuskan nafasnya dengan kuat. Sakit hatinya masih terasa sehingga mencucuk
pengkal hatinya.

Bab 2

SETELAH kelas tamat, Reza bercadang untuk pulang ke rumah dengan segera untuk
menyiapkan beberapa tugasan yang tertangguh.

Dia menekan butang pada alat kawalan jauh kereta yang sudah digenggamnya. Belum
sempat dia membuka pintu keretanya, ada seseorang menepuk bahunya dari belakang.

Dia langsung tidak menyedari yang dia sedang diperhati dan diekori oleh Husna sejak
tadi.

"Reza.....!"

"Ish, terperanjat aku. Ha, apa lagi kau nak?"


"Nak ke tak nak lepak mamak?"

Kata Husna sambil menyanyi. Begitu berhati-hati Husna menyusun katanya mengikut
irama. Matanya berkaca seperti mengharapkan Reza mengiyakan pelawaannya.

"Kau belanja eh?" Tanya Reza.

"Yelah macam tak biasa pula."

"Ni la aku tambah sayang kat kau ni. Kata Reza.

"Tapi kita naik kereta kau eh." Lantas tubuhnya di sandarkan di kereta Reza
mengikut cara Reza."

"Habis kereta kau camne?"

"Biarlah kat sini. Nanti kita datang ambil balik."

Husna dengan manja menyandarkan kepalanya pada bahu Reza supaya Reza setuju dengan
kata-katanya. Tiada siapa yang merasa pelik melihat gelagat mereka kerana hubungan
mereka sudah seperti adik-beradik.

Namun sebaliknya mereka masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain.

"Ok jom gerak. Aku dah lapar." Kata Husna.

"Okey sayang." Kata Reza sambil merangkul kuat leher Husna dari belakang seperti
dia ingin menyerang hendap.

Dengan lafaz bismillah, Reza menekan pedal minyak. Honda HRV kepunyaan ibunya
pun mula bergerak dan menuju ke kedai Mamak yang berhampiran.

Tibanya di kedai Mamak, mereka diiring masuk oleh seorang pelayan restoren ke satu
meja yang menempatkan empat buah kerusi memandangkan meja yang lain penuh. Mereka
dipersilakan duduk.

"Dik, bagi abang satu bandung laici dan mee goreng mamak eh." Kata Reza

"Saya nak satu jus tembikai susu dan martabak ayam. Tapi saya tak nak kuah kari,
saya nak sos cili." Pinta Husna pada pelayan yang mengambil pesanan mereka. Setelah
mencatatkan pesanan, pelayan itu pun berlalu.

Tiba-tiba ada satu suara menyapa Reza. Seperti pernah Husna mendengar suara itu.
Lantas dia pun menoleh.

"Hishh. Kamu dua lagi. Buatpe kat sini. Kacau daun je." Katanya sambil menjeling.

"Husna! Cakap baik-baik boleh tak? Orang dengar tak elok lah" Reza menegur Husna
sambil melihat ke sekeliling. Mujurlah tiada siapa yang mendengarnya.

"Husna terdiam. Entah mengapa dia tidak menjawab sepatah pun kata Reza.

Tidak lama kemudian, pelayan tadi kembali membawa pesanan yang mereka minta lalu
diletakkan di atas meja.

"Geramnya aku. Kalau ikutkan hati nak je aku angkat kaki pergi dari sini. Tapi,
kesian pula Reza nanti." Kata Husna sendirian.

"Korang dari mane ni?"


"Dari kolej, terus datang sini. Tak sangka pula jumpa korang kat sini." Kata Faiq.

"Eh duduklah. Reza mempelawa."

Serta merta Husna menjeling ke arah Azra kemudian mengalih pandangan pula ke arah
Faiq sambil mengetap gigi dengan kuat.

Mereka mengambil kerusi lalu duduk berhadapan mereka. Jelas kelihan wajah mereka.

"Maaf ye tadi. Kami tak sengaja nak langgar awak. Saya Faiq ni Azra sepupu saya."
Kata Faiq sambil tersenyum memandang Husna. Dalam hatinya, cantik orangnya serupa
namanya lalu seperti ada getaran rasa cinta yang tumbuh di dalam hati Faiq apabila
bertentangan mata dengan Husna.

Husna hanya membisukan dirinya. Lantas Reza menegur Husna.

"Orang dah minta maaf tu takkan lah masih nak degil lagi."

"Maaf lah, dia ni keras kepala sikit. Nanti lama-lama okey lah tu" Reza mula
menyambung ayatnya.

Beberapa saat kemudian, Husna pun mula bersuara.

"Yelah, saya Husna. Lain kali kalau buat salah terus minta maaf." Sungguhpun
meluat, tetapi Husna masih memberikan senyuman di bibir, tangannya dihulur untuk
bersalaman dengan mereka.

Mereka pun bersalaman. Kemudian Azra mula memecahkan suasana pada saat itu.

"Memandangkan kita dah berkumpul kat sini lebih baik kita bincang tentang tugasan
berkumpulan tu. kata Azra memberi cadangan yang bernas.

"Amran takde la. Dia ok ke tak kalau kita bincang tanpanya?" Soal Husna.

"Kita bincang la mana yang patut dulu" Jawab Reza slamba.

"Tengok tajuk pun dah nampak rumit. Rasanya kita kena pergi ke tempat tu juga" Reza
cuba memberi cadangan.

"Saya pun fikir macam tu juga." Jawab Faiq. Dia menyokong kata-kata Reza. Sambil
matanya hanya memerhatikan Husna dari tadi.

"Tapi kena ada masa yang sesuai lah sebab jadual kelas kita pun padat untuk
semester baru ni." kata Azra dengan penuh yakin.

"Tu lah pasal kita kena bincang. Kalau kita tak buat betul-betul, terpaksa
mengulang lagi sem ni." Jawab Faiq.

Mereka pun berbual. Setelah semua selesai makan dan minum, mereka pun mula
berbincang mengenai tugasan mereka sehingga mereka terlupa matahari sudah ingin
melabuhkan tirainya dan warna alam kian bertukar wajah.

Bab 3

Matahari sudah hampir keluar sepenuhnya dan sudah pun mula menerangi alam. Amran
masih lagi tidak sedar yang hari sudah cerah dan matahari sudah pun meninggi.

Dia masih tekun bermain video game di komputer ribanya. Sudah hampir lima jam Amran
di ruang tamu berhadapan dengan komputer ribanya tanpa berganjak sedikit pun.
Tangannya masih sibuk menekan mouse. Terdengar sedikit keluhan memarahi diri
sendiri.

Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng rumah ditekan beberapa kali. Satu suara sayup-sayup kedengaran dari
luar rumah banglo itu.

"Bibik....!"

Jerit Amran yang masih sibuk dengan video gamenya.

"Iya Tuan saya datang.."

Beberapa saat kemudian, pembantu rumah pun meluru ke pintu utama.

"Assalamualaikum. Boleh jumpa Amran tak?" Kata Reza

"Walaikumsalam, boleh aja. Jemput masuk dulu ya" Pelawa bibik itu tadi.

Kasut Nike berwarna kelabu milik Reza pun di tanggalkan di luar banglo itu.

"Tuan Amran, ini ada temannya datang ke mari." Kata bibik lalu menyuruhnya duduk
di sofa yang empuk itu.

Amran tidak memberi sebarang respon. Dia masih sibuk dengan dunia gamenya.

Mata Reza melilau melihat isi rumah itu.

"Cantiknya rumah awak!" Puji Reza dengan takjub. Dekorasi rumah itu bertemakan
barat. Matanya masih melekat pada dekorasi banglo itu. Dia sangat terpegun.

"Oh maaf" kata Amran sambil menggosok-gosok matanya. Dia baru teringat akan
kehadiran Reza disitu.

"Saya Reza rakan sekelas awak untuk semester ni." Reza memperkenalkan dirinya
sambil bersalaman dengan Amran.

"Oh, macam mana awak tahu rumah saya kat sini?" Dahinya mula berkerut kerana
kehairanan.

"Faiq yang beritahu saya."

"Faiq yang mana satu ye?" Soalnya. Dia inginkan kepastian.

"Muhd Faiq yang mata sepet." Reza cuba memberi gambaran wajah Faiq pada Amran.

"Ohhhh... Faiq. Ye ye.. Dia pernah datang sini main game."

"Sebenarnya saya datang ni cuma nak bagi benda ni."

Reza menghulurkan sehelai kertas pada Amran dan di sambut mesra oleh Amran lalu dia
membacanya.

"Oh tugasan berkumpulan. Maknanya Faiq pun dengan kita?".

"Ye Kita ada lima orang ahli."


"Wah, cantiklah kalau macam ni." Amran sedikit teruja. Jadi bila kita boleh
mulakan ni?"

"Memandangkan awak tak hadir kelas hari tu, kami yang lain dah bincang lebih awal.
Harap awak tak marah sebab tugasan ni diberi tempoh hanya tiga bulan. Risau tak
sempat buat."

"Eh, taklah. Saya on je." Sambil tersengih.

"kalau awak setuju, kita kena gerak ke hutan selasa ni. Tu pun kalau awak nak lah."

"Eh, mestilah setuju. Projek last semester ni. Mesti buat."

Mereka pun berborak mengenai projek itu sambil menghirup segelas sirap yang
dihidangkan oleh bibik tadi.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu lah. Jangan lupa selasa ni. Esok kita jumpa
kat kolej" Kata Reza.

"Okeh. Beres"

Reza pun meninggalkan rumah Amran. Dia merasa lega apabila dapat mengumpulkan semua
ahli kumpulannya.

Bab4

Cahaya matahari masih malu untuk bersinar dan langit pun masih tampak muda. Udara
pada pagi itu juga masih terasa dingin dan sejuk.

Reza membuka matanya dengan malas. Dia terpaksa bangun lebih awal kerana dia sudah
berjanji dengan teman-temannya. Dia segera menuju ke tandas untuk mandi.

Setelah selesai mandi, Reza bersiap-siap dan turun ke tingkat bawah dan menuju ke
meja makan. Ibunya sudah menyediakan sarapan pagi.

"Dah bangun anak ibu? Mari kita sarapan?" Panggil Puan Aisyah dari meja makan.

Reza hanya mengangguk dan segera duduk di sebelah ibunya. Ibunya menyedok mi goreng
ke pinggannya dan menuangkan secawan nescafe.

"Hari ni Reza ada kelas ke?" Ibunya bertanya.

"Takde, tapi Reza nak jumpa Husna dan kawan yang lain, sebab ada tugasan
berkumpulan nak buat."

"Ajak lah kawan yang lain ke rumah. Bawa Husna sekali. Dah lama ibu tak jumpa dia.
Rasa rindu pula."

"InsyaAllah ibu. Oh ya, selasa ni Reza nak pergi berkhemah di hutan sebab tugasan
tu mengenai hutan. Kalau boleh Reza nak pinjam van ayah. Lagipun dah lama ayah tak
guna kan" Kata Reza meminta kebenaran dari ibunya.

"Pakai je apa yang boleh. Tapi kamu periksa dulu. Nanti ibu bagitau ayah"

"Baiklah ibu. Ayah mane? Tak nampak pun."

"Ayah pergi outstation kat Pulau Pinang. Lusa baru ayah dapat balik.

"Oh patut lah dari semalam tak nampak."


Usai itu mereka pun menghabiskan sarapan sambil berbual kosong. Selesai makan, Reza
pun bangun dari tempat duduknya. Sebelum dia berangkat, sempat dia mencium pipi
ibunya.

"Reza jalan dulu ye bu, nak ambil Husna lagi ni. Nanti marah pula dia kalau Reza
datang lambat."

"Yelah. Hati-hati ye anak ibu. Sampaikan salam ibu pada Husna."

"Ye ibu." Jawab Reza ringkas

********************

Angin pagi yang begitu menyegarkan membuatkan Reza merasa sedikit mengantuk. Dia
menguap beberapa kali. Diseluknya poket jeansnya yang hampir lusuh itu lalu dia
mengeluarkan rokoknya lantas menyalakannya.

Husna melibas-libaskan tangannya dari terkena asap rokok yang dihembus Reza ke
udara.

"Hish, tepi la. Merokok lah kat sana" Kata Husna dengan nada sedikit marah.

Reza hanya menjeling manja ke arah Husna lantas dia berkata

"Ibu aku kirim salam kat kau. Dah lama kau tak lawat dia. Ibu dah rindu. Kalau
boleh ibu ajak kau datang rumah nanti. Dia nak suruh kau masak sedap-sedap. Kata
Reza. Dia cuba menambah. Padahal ibunya tidak berkata seperti itu."

"Walaikumsalam kata Husna. Yeke? Nak masak ape?"

"Entahlah, kata ibu, masakan kau sedap sangat. Boleh jadi calon menantu."

Husna tersipu malu bila Reza berkata sedemikian, lalu dia menundukkan pandangannya.
Tak reti dia untuk memberi sebarang respons. Hatinya mula berbunga-bunga. Sukar dia
mahu meluahkan perasaannya. Dia terbayang-bayang menjadi isteri Reza. Dia pun mula
melamun.

"Maaf kami lambat kata Amran." Mereka datang menghampiri Reza dan Husna. Disertai
Faiq dan Azra yang berada di belakangnya.

Husna meraup muka. Dahinya sudah mula berpeluh kerana terkejut dengan kehadiran
mereka.

"Hai Husna kata Faiq lalu melemparkan senyumannya yang paling manis dan dia pun
duduk di sebelah Husna."

Husna membalas senyuman Faiq. Dia memberikan sedikit ruang untuk Faiq duduk
disebelahnya dan mereka terus berborak seperti telah lama kenal.

Mata Reza hanya memerhati gelagat mereka. Timbul rasa cemburu di dalam hatinya.

Tanpa membuang masa Reza terus menggangu perbualan mereka dengan membawa berbincang
mengenai tugasan mereka. Perbualan mereka pun terhenti. Reza merasa puas.

Reza Bab 5 6 7

Cahaya matahari masih malu untuk bersinar dan langit pun masih tampak muda. Udara
pada pagi itu juga masih terasa dingin dan sejuk.
Reza membuka matanya dengan malas. Dia terpaksa bangun lebih awal kerana dia sudah
berjanji dengan teman-temannya. Dia segera menuju ke tandas untuk mandi.

Setelah selesai mandi, Reza bersiap-siap dan turun ke tingkat bawah dan menuju ke
meja makan. Ibunya sudah menyediakan sarapan pagi.

"Dah bangun anak ibu? Mari kita sarapan?" Panggil Puan Aisyah dari meja makan.

Reza hanya mengangguk dan segera duduk di sebelah ibunya. Ibunya menyedok mi goreng
ke pinggannya dan menuangkan secawan nescafe.

"Hari ni Reza ada kelas ke?" Ibunya bertanya.

"Takde, tapi Reza nak jumpa Husna dan kawan yang lain, sebab ada tugasan
berkumpulan nak buat."

"Ajak lah kawan yang lain ke rumah. Bawa Husna sekali. Dah lama ibu tak jumpa dia.
Rasa rindu pula."

"InsyaAllah ibu. Oh ya, selasa ni Reza nak pergi berkhemah di hutan sebab tugasan
tu mengenai hutan. Kalau boleh Reza nak pinjam van ayah. Lagipun dah lama ayah tak
guna kan" Kata Reza meminta kebenaran dari ibunya.

"Pakai je apa yang boleh. Tapi kamu periksa dulu. Nanti ibu bagitau ayah"

"Baiklah ibu. Ayah mane? Tak nampak pun."

"Ayah pergi outstation kat Pulau Pinang. Lusa baru ayah dapat balik.

"Oh patut lah dari semalam tak nampak."

Usai itu mereka pun menghabiskan sarapan sambil berbual kosong. Selesai makan, Reza
pun bangun dari tempat duduknya. Sebelum dia berangkat, sempat dia mencium pipi
ibunya.

"Reza jalan dulu ye bu, nak ambil Husna lagi ni. Nanti marah pula dia kalau Reza
datang lambat."

"Yelah. Hati-hati ye anak ibu. Sampaikan salam ibu pada Husna."

"Ye ibu." Jawab Reza ringkas

********************

Angin pagi yang begitu menyegarkan membuatkan Reza merasa sedikit mengantuk. Dia
menguap beberapa kali. Diseluknya poket jeansnya yang hampir lusuh itu lalu dia
mengeluarkan rokoknya lantas menyalakannya.

Husna melibas-libaskan tangannya dari terkena asap rokok yang dihembus Reza ke
udara.

"Hish, tepi la. Merokok lah kat sana" Kata Husna dengan nada sedikit marah.

Reza hanya menjeling manja ke arah Husna lantas dia berkata

"Ibu aku kirim salam kat kau. Dah lama kau tak lawat dia. Ibu dah rindu. Kalau
boleh ibu ajak kau datang rumah nanti. Dia nak suruh kau masak sedap-sedap. Kata
Reza. Dia cuba menambah. Padahal ibunya tidak berkata seperti itu."
"Walaikumsalam kata Husna. Yeke? Nak masak ape?"

"Entahlah, kata ibu, masakan kau sedap sangat. Boleh jadi calon menantu."

Husna tersipu malu bila Reza berkata sedemikian, lalu dia menundukkan pandangannya.
Tak reti dia untuk memberi sebarang respons. Hatinya mula berbunga-bunga. Sukar dia
mahu meluahkan perasaannya. Dia terbayang-bayang menjadi isteri Reza. Dia pun mula
melamun.

"Maaf kami lambat kata Amran." Mereka datang menghampiri Reza dan Husna. Disertai
Faiq dan Azra yang berada di belakangnya.

Husna meraup muka. Dahinya sudah mula berpeluh kerana terkejut dengan kehadiran
mereka.

"Hai Husna kata Faiq lalu melemparkan senyumannya yang paling manis dan dia pun
duduk di sebelah Husna."

Husna membalas senyuman Faiq. Dia memberikan sedikit ruang untuk Faiq duduk
disebelahnya dan mereka terus berborak seperti telah lama kenal.

Mata Reza hanya memerhati gelagat mereka. Timbul rasa cemburu di dalam hatinya.

Tanpa membuang masa Reza terus menggangu perbualan mereka dengan membawa berbincang
mengenai tugasan mereka. Perbualan mereka pun terhenti. Reza merasa puas.

Bab 6

Azra sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana baginya destinasi mereka sangat
jauh. Namun hakikatnya tidak sampai lima jam perjalanan mereka.

Selepas meredah jalan kampung yang kasar dengan batu-batan, akhirnya mereka pun
sampai ke destinasi yang di tuju.

Mata Reza meliar ke kiri dan ke kanan mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan
Van yang mereka naiki. Apabila ada kawasan yang lebih terang, Reza memberhentikan
kereta.

Reza mengejutkan Amran yang sememangnya duduk di sebelahnya.

Amran mengangkat kepalanya dan memandang sekeliling. Matanya digosok-gosok dengan


tapak tangannya.

"Eh dah sampai. Kejapnye." Amran berkata sambil meregangkan tubuh dan menguap
kecil.

"Memang lah kejap kalau kau seronok tidur. Kaki aku ni dah lenguh" Reza mula
merungut kerana dia sudah merasa penat serta merta mood nya berubah.

"Marilah kita turun dah sampai." Amran memalingkan mukanya ke belakang dan mengajak
Husna dan Azra. Kemudian dia segera melangkah turun dari Van yang dinaikinya itu.

Amran dan Azra pun turun dari Van lalu meregangkan badan yang lenguh.

"Weh kita dah sampai kata Husna sambil menggoyang-goyangkan badan Faiq yang sudah
lama terlelap"

Faiq bangun lalu membuka matanya, dia sedikit terkejut. Hanya dia saja berada
didalam van ketika itu lantas serta merta dia turun dan menyertai kelompok teman-
temannya yang lain.

Suasana yang tadinya sunyi sepi berubah menjadi riuh kerana semua sudah berkumpul.

"Kita terpaksa tinggalkan Van kat sini" Kata Reza.

"Kenapa tak bawa masuk dalam je?" Soal Azra.

"Tak boleh dah masuk sebab jalan ni dah sempit. Lepas ni turunkan semua barang
masing-masing. Jangan ada benda penting yang tinggal tau. Susah kita nak ambil
nanti." Reza cuba mengingatkan mereka.

"Habis, kita kena jalan kaki ke masuk dalam tu?" Soal Azra. Sambil tangannya
memukul seekor nyamuk yang hinggap di lenggannya.

"Jauh lagi ni sebab kita kena pergi jeti tu lagi. Van tak boleh ikut sekali. Reza
memuncungkan mulutnya ke arah jeti itu."

"Oh naik bot lagi eh?"

"Soalan apa pula tu Az? Dah ada jeti mestilah naik bot" Kata Faiq

"Kita kena naik bot dulu. Mungkin perjalanan nak masuk dalam hutan tu ambil masa 30
minit je." Reza cuba memberi penjelasan.

Husna tampak gelisah melihat keadaan sekelilingnya.

"Weh, kau biar betul. Asal kau cari lokasi macam ni. Kita nak pergi hutan atau
pulau ni? Macam nak pergi pulau je?" Soal Husna. Dia kehairanan.

"Hutan la bodoh! Kau ada nampak laut ke kat sini! Sungai je kan?" Reza menengking
Husna.

"Dah dah sabar. Tak baik gaduh-gaduh kat tempat macam ni. Jom kita gerak nanti hari
gelap." Ajak Amran.

Husna tunduk. Inilah pertama kali Reza menengkingnya. Dia merasa sedih dan malu di
tengking sebegitu rupa.

Mereka pun memulakan perjalanan. Masing-masing sibuk memunggah beg dan keperluan
lain.

Husna seperti tidak bersemangat lalu


Faiq yang menyedari perubahan riak wajah Husna cepat-cepat menghampiri Husna.

"Awak okey tak? Biar saya tolong awak." Faiq menawarkan dirinya mengangkat beg yang
di sandang Husna.

Husna hanya mendiamkan diri. Dia masih merajuk dan terasa dengan kata-kata Reza.
Dia hanya mengikut jejak mereka dan membisukan diri.

Tibanya mereka di jeti, mereka sempat diberi nasihat mengenai pantang larang
apabila masuk ke dalam hutan yang wajib mereka patuhi.

Mereka cuba memahami setiap baris kata yang terbit dari mulut pemandu bot itu.
Sebahagian mengangguk menyetujui kata- katanya dan ada juga yang bertanya untuk
mendapatkan kepastian.
******************

Azra menghirup udara segar dan cuba merelakskan mindanya walaupun sesekali masih
terasa keletihkan.

Memandangkan hari mula gelap, masing-masing segera mendirikan khemah di tempat yang
sesuai dan tanah yang lapang.

Sementara itu, Faiq sibuk mendapatkan bekalan yang di perlukan dan dia mula
menghidupkan unggun api sambil Azra memantau gerak gerinya.

Husna mengeluh beberapa kali kerana khemah itu sukar baginya untuk di pasang.

"Biar aku tolong kau" Kata Reza.

"Takpe lah. Aku boleh buat sendiri." Jawab Husna dengan angkuh.

"Tak payah la merajuk, aku tau kau merajuk."

"Buang masa nak merajuk. Aku tak suka je orang suka hati nak tengking aku. Aku ada
maruah lah." Kata Husna dengan nada marah lalu dia berdiri dan menepuk seluarnya
untuk membuang sisa tanah yang melekat.

Belum sempat Husna melangkah, Reza segera menarik tangannya. Mereka berpandangan.
Namun husna segera menepis tangan Reza dan berlalu.

Cepat-cepat Reza mengejar Husna.

"Kenapa ni Husna? aku tak sengaja lah."

"Jangan ganggu aku boleh tak!"

"Janganlah buat aku rasa bersalah macam ni. Kau tak kesian aku ke?"
Tidak betah Reza memujuk Husna yang masih degil hendak merajuk.

"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Husna lagi.

"Aku nak minta maaf. Aku tak sengaja tadi. Dia memandang wajah Husna yang berada
dihadapannya."

Mereka bertentangan mata. Kawasan persekitaran seperti sunyi sepi buat seketika.
Hanya kedengaran bunyi dedaunan ditiup angin. Jantung masing-masing seperti ada
degupan asing yang meminta jawapan pada perasaan mereka pada ketika itu.

Husna tergamam.

Suara Reza seperti betul-betul memohon kemaafan darinya. seperti dia benar-benar
risau jika Husna merajuk dengannya.

Namun keegoan Husna masih menebal. Dia langsung tidak mengendahkan kata-kata Reza.
Seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan lalu dia pun beredar dari situ
meninggalkan Reza sendirian.

Bab 7

Suasana pada malam itu begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi-bunyi unggas dan
cengkerik berpesta seperti mereka ingin bersaing irama.

Reza menghitung langkahnya untuk mendekati Husna yang sibuk berborak dengan
temannya yang lain.

Dia cuba untuk bergaul tetapi langkahnya terhenti bila memikirkan apa yang terjadi
sebentar tadi. Dia merasa terpukul dengan kata-kata Husna.

Bila difikirkan mahu saja dia menampar dirinya sendiri kerana berbuat demikian
padahal sudah lama dia memendam perasaan pada Husna.

Reza hanya memandang Husna dari jauh sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di atas
tanah menggunakan kayu. Namun otaknya melayang entah ke mana-mana.

Husna sikitpun tidak menoleh ke arahnya. Kecil hatinya dengan sikap Husna yang
terus menerus menghukum dirinya.

"Asal kau melamun tu?" Jerkah satu suara.

Reza terkesima. Dia masih dalam keadaan terkejut kerana dijerkah. Dia mendongak.
Wajah Amran direnung tajam. Amran nampak kusut walaupun memakai pakaian berjenama
Polo.

"Kau okey tak ni? Asal diam je dari tadi."

"Takde ape. Aku okey je."

"Kau suka Husna ea?" Tak payah kau nak sorok kat aku." Amran cuba memancing Reza
untuk mendapatkan jawapan.

Reza hanya memandang wajah Amran. Dia cuba menarik nafas dalam dan menghembus
perlahan agar kembali memperoleh nafas seperti sediakala.

Amran membiarkan Reza melayan perasaannya. Dalam diam dia memerhati raut wajah Reza
yang nampak kesedihan, entah kenapa hatinya turut merasa sesuatu.

"Relaks lah bro, kita baru je kenal. Tapi aku tak sampai hati tengok kawan aku
camni. Tak best lah. Kita datang sini kan nak happy."

"Aku pun tak faham perasaan aku sekarang ni." Kata Reza dia masih sibuk mengukir
namanya di atas tanah.

"Aku pun tak faham situasi kau sekarang ni tapi kau cubalah beri dia sikit masa
lagi. Mungkin dia masih marah"

"Entahlah. Perasaan aku bercampur baur sekarang ni. Menyesal pun ada." Jawab Reza.

"Mesti kau sakit hati tengok dorang berdua kan?" Amran kembali menyoal.

"Aku pun tak pasti. Husna tak pernah macam ni. Aku dah lama kenal dia."

"Alah, kalau dah macam tu mesti kau sayang kat Husna. kau luahkanlah je la perasaan
kau tu. Nanti dia makin syok kat Faiq macam mana? Putih mata kau nanti."

"Aku segan. Takut-takut dia tak suka kat aku." Reza tunduk. Dia semakin serabut.

"kau luahkan je. Takkan tu pun kau tak boleh buat?" Amran mula rasa geram dia mula
mendesak.

"Aku tahu lah. Tapi aku tak yakin. Nanti dia tolak?"

"Reza, kau pernah dengar perkataan berani dan risiko? Kau nak luahkan perasaan pada
dia yang penting kau kena berani. Terima la risiko ape pun lepas ni yang penting
kau dah luahkan pada dia."

Reza menghela nafas dengan panjang. Dia makin kusut memikirkan kata-kata Amran.

"Kalau kau tak berani, lebih baik kau potong je." Kata Amran dia cuba mencabar
Reza.

"Amboi, lancangnya mulut kau! Sedap je suruh aku potong."

"Habis tu nak cakap ape lagi. Kau yang penakut. Benda senang pun jadi susah. Ish,
malas aku nak cakap banyak. Banyak je jawapan kau. Jom lah gi sana. Banyak nyamuk
kat sini" Ajak Amran.

****************

Pada waktu itu, Husna duduk mengelilingi unggun api untuk memanaskan badan.
Sesekali tangannya sibuk menepuk dan menampar nyamuk-nyamuk yang berterbangan dan
hinggap di badan.

"Husna..."

Reza memberanikan dirinya duduk disebelah Husna.

Husna masih mendiamkan diri tanpa menjawab panggilan Reza.

"Husna, aku nak cakap sikit ni. Tapi kau janganlah macam ni terus."

"Ape lagi kau nak?! Cakaplah!"

"Se... Se.. Sebenarnya aku sayang kat kau tapi.. tapi.... Kata Reza dengan gugup.

"Tapi apa?!" Soal Husna.

"Boleh tak kau jangan rapat dengan Faiq."

"Asal pula?." matanya menjeling tajam memandang Reza.

"Aku sakit hati tengok korang berdua" Reza cuba memberitahu apa yang terpendam
dalam isi hatinya.

"Ape kau mencarut ni Reza?"

"Aku tak mencarut. Aku sayang kat kau lah."

"Sayang patut buat macam ni ke?" soal Husna.

"Habis kau nak camne. Aku tak romantik macam si Faiq tu." Jawab Reza sambil jarinya
menunjuk ke arah Faiq. Dia meludah ke tanah kerana geram.

Husna meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Hatinya menjadi resah.

"Kau tak sayang aku ke?" Soal Reza. Suaranya tiba-tiba menjadi begitu lembut.

"Diamlah. Aku pening tau tak? Kau jangan cuba nak halang aku bergaul dengan sesiapa
pun. Jangan kongkong aku. Kau tiada ikatan dengan aku." Bentak Husna lantas dia
berdiri dan menjauh dari Reza.

Husna mencari keselesaan untuk duduk bersebelahan dengan Faiq.


"Awak nak?" Soal Husna pada Faiq sambil dia mengambil dua keping roti yang menjadi
bekalannya. Sengaja dia berbuat demikian supaya Reza sakit hati apabila melihat
mereka berdua.

"Nak" Jawab Faiq sepantas kilat lalu dia tersenyum. Sempat Faiq memandang Reza.
Puas hatinya dapat mempermainkan perasaan Reza ketika itu.

Husna membantu Faiq menyapu jem di permukaan roti itu. Mereka pun makan sekadar
menjadi alas perut.

Reza hanya memandang mereka. Cemburu dia melihat mereka.

Dadanya tiba-tiba bertukar menjadi sebak. Kata-kata Husna tadi kembali terngiang-
ngiang di kepalanya. Betapa kata-kata itu ibarat pisau yang baru di asah dan
menghunus ke jantungnya. Tangannya ditekap didadanya. Berharap kesedihannya akan
beransur.

Azra duduk di sebelah Reza.

"Awak sabar ye. Faiq memang macam tu. Semua dia nak sapu. Dia ada niat lain tu"

"Maksud awak?" Soal Reza.

"Takde ape lah."

Reza memaut lututnya supaya dapat mengimbangkan badannya.Kemudian dia berdiri.

Hatinya bertukar menjadi sakit yang teramat apabila melihat Faiq membelai rambut
Husna dengan mesra sekali.

Lantas Reza melontar batu besar dengan sepenuh hatinya ke unggun api dan terus
berjalan menuju ke arah sungai.

Berdesing bunyinya membuatkan mereka terkejut dengan tindakan Reza.

Mereka merasa pelik dan kehairanan melihat tingkah laku Reza. Masing-masing
mengangkat bahu sesama sendiri.

Bab 8

"Woi Reza kau nak gi mane?" Amran mempercepatkan langkahnya mengekori Reza.

Reza mencebik lantas dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya melalui
kawasan yang dia sendiri tidak pernah lalui.

"Stop Reza. Jangan buat keputusan terburu-buru. Benda boleh bincang." Amran cuba
mengingatkan Reza.

Reza tetap berdegil, dia tetap dengan pendiriannya walaupun dia tahu dia
keseorangan.

"Jangan ekori aku Amran. Aku nak sendirian. Tolonglah bagi aku sikit ruang."

*******************

Hampir sejam Reza duduk termenung di tebing sungai mengenangkan nasib


yang menimpanya. Hanya keheningan dan bunyi aliran sungai bersaing dengan bunyi
unggas yang jelas kedengaran di cuping telinganya.
Dia meraup tangan ke muka. Hanya itu yang mampu dilakukan untuk menenangkan hatinya
yang sakit dan sedih.

"Husna benci aku ke?" Soalnya dalam hati. Tetapi bayangan Faiq membelai rambut
Husna masih mengganggu lamunannya.

"Bodoh..!

kenapa Faiq datang waktu yang tidak tepat. Waktu aku belum bersedia. Kalau dulu
Husna sentiasa berada disampingku. Sekarang Husna sudah membuka hati untuk orang
lain. Dia seperti tidak wujud di hadapanku. Reza bercakap sendirian.

Lantas Reza berdiri dan meninggalkan bekas tapak kakinya di tebing sungai itu. Dia
mengambil keputusan untuk balik ke khemah kerana hari sudah pun larut malam.

Dia berjalan meredahi hutan seorang diri.

"Ternyata aku seorang yang berani. Tapi aku tak berani berhadapan dengan Husna."
Reza mula bercakap sendirian.

Lama kelamaan, dahinya mula berpeluh. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Tidak ada
satu pun petunjuk arah untuk dia sampai ke khemah.

"Eh asal jauh sangat ni? Tadi macam dekat je?" Desis hati Reza.

Terdapat juga kawasan yang lapang tanpa tumbuh-tumbuhan disekitarnya. Dia semakin
keliru kerana dia tidak melalui jalan itu tadi. Namun dia pasrah dan menyakinkan
diri sendiri bahawa dia berada di laluan yang betul.

Dia terus berjalan mencari tapak khemah. Sangkaannya meleset sama sekali. Hasilnya
menghampakan. Kawasan yang dilaluinya itu berbeza sama sekali dengan kawasan yang
dilewatinya tadi. Perjalanannya terasa begitu jauh tidak seperti jalan yang
dilaluinya sebelum datang ke sini yang hanya mengambil masa tidak kurang dari
sepuluh minit.

Reza masih tidak dapat mengingati arah untuk pulang ke khemah semula. Takut pun
mula menguasai dirinya. Perlahan-lahan dia terdengar pelbagai suara yang pelik-
pelik di dalam hutan itu.

"Aku sesat ke?" bisik hatinya.

Dia segera menjerit memanggil Amran dan rakan-rakan yang lain. Berulang kali dia
menjerit memanggil tetapi jeritan itu memantul kembali ke gegendang telinganya.

"Aduh, ni betul aku dah sesat! Ape aku nak buat ni?" Reza masih lagi bermonolog
dalam hatinya. Dia semakin panik.

Reza seperti hilang akal. Dadanya berombak kencang. Dia hendak berpatah balik namun
dia sendiri tidak pasti arahnya.

Langkah kakinya diayun dengan berhati-hati. Hanya bunyi ranting-ranting yang patah
menghiasi kesunyian pada saat itu.

Sesekali hatinya menjadi gelisah. Perkara yang tidak pernah terfikir di akal asyik
bermain-main di dalam mindamya. Kawasan sekeliling yang merupakan flora dan fauna
pun menjadikan dia berasa asing dan kurang selesa. Timbul rasa menyesal kerana
terlalu mengikut perasaan.
Hari kian larut malam, Reza masih berusaha mencari-cari jalan untuk sampai ke
kawasan khemah. Sepanjang perjalanan dia sentiasa diganggu oleh bunyi-bunyi yang
menyeramkan. Namun begitu, dia tetap meneruskan perjalanan dengan bantuan cahaya
bulan mengambang.

Suasana di dalam hutan begitu suram dan menyeramkan. Namun itu bukan alasan untuk
terus patah semangat mencari tapak khemah.

Setelah hampir dua jam Reza berjalan, dia semakin penat lalu dia mengambil
keputusan untuk berehat sebentar. Dia menyandar di belakang pokok besar. Jantungnya
bergerak pantas. Bermacam benda bermain di mindanya. Dia semakin takut apabila
memikirkan ancaman binatang-binatang buas dalam kegelapan malam itu.

Tiba-tiba, suatu idea menerjah dalam benaknya. Tanpa membuang masa, Reza terus
mengumpulkan ranting, dahan kayu dan dedaun kering untuk dijadikan unggun api.
Tujuannya adalah untuk menghindarkan nyamuk di samping memanaskan badan. Mujurlah
dia menyimpan macis di dalam poket jeansnya.

Reza tampak letih. Dia bingkas


membaringkan tubuhnya bersebelahan unggun api.

"Apelah yang dorang tengah buat waktu ni? Husna tak sedar ke aku hilang? Dia tak
peduli aku lagi?" Reza bermonolog sendirian. Lama kelamaan dia pun terlelap.

Bab 9 & 10

Pada pagi tu Husna terjaga lebih awal dari temannya yang lain. Terasa sejuk menusuk
ke tulangnya mungkin disebabkan embun pagi. Dia kemudiannya mengenakan pakaian yang
lebih tebal lalu keluar dari khemah itu.

Kelihatan unggun api masih menyala lantas dia mengambil cerek kecil dan mula
memasak air panas.

"Eh, awalnya kau bangun?" Tanya Azra sambil menghampiri Husna. Mungkin dia pelik
mengapa Husna bangun begitu awal. Lalu Azra melabuhkan punggung disebelah Husna.

"Kita nak sarapan ape pagi ni?" Tanya Azra.

"Makan roti je lah. Tu je yang sesuai pagi buta ni."

"Hm aku rasa nak makan maggi cup je lah. Kau nak? Aku ade bawa banyak ni"

"Boleh juga." Husna mengambil maggi tersebut dari genggaman Azra.

"Mana Reza? Dia ade tak balik semalam?" Soal Azra dia memulakan topik yang sensetif
bagi Husna.

"Entah aku tak tahu. Malas nak ambil tahu tentang dia."

"Asal kau cakap macam tu? Kau tak kesian ke kat dia?"

"Tak." Jawab Husna spontan. Dia malas berbahas mengenai isu semalam.

"Habis, kau nak biarkan dia kat luar tu sorang diri. Mungkin dia sesat ke ape ke?"

Husna mengangkat kening mendengar kata-kata Azra. Sejak bila dia kisah tentang
semua ni. Desis hatinya.

"Atau kau dah mula suka kat Faiq?" Azra mula meneka.
"Memandai je kau ni. Nak buat andaian pun agak-agaklah." Husna langsung tidak
percaya dengan apa yang dikatakan oleh Azra."

"Kau jangan terlalu percayakan Faiq tu. Aku kenal sangat perangai dia. Dari kecil
aku membesar dengan dia."

"Asal kau nak bagitau aku pula. Aku tak kisah lah. Aku takde perasaan pun kat
Faiq."

"Jadi nape kau buat Reza cam tu? Tetiba je merajuk semacam. Kesian Reza mungkin dia
tak sengaja."

"Asal kau sibuk sangat nak tahu ni?"

"Aku cuma kesian kat Reza tu. Dia baiklah. Kau kena berhati-hati je dengan Faiq."

"Kau pun sama macam Reza. Asyik-asyik sebut tentang Faiq."

"Jangan ambil hati sangatlah. Aku taknak kau menyesal nanti. Sebab kita kan kawan."
pujuk Azra.

Husna mengeluh panjang.

"Aku rimaslah, Azra. Dahlah Reza suka dok perhati ape je aku buat. Semua tak kena
kat mata dia."

"Mungin dia cintakan kau?"

"Mustahil lah. Kami dah lama kawan."

"Kau tak cintakan dia? Kalau tak aku kebas Reza tu. Ha, kau jangan macam-macam kat
aku" Azra mula mengugut dan menakut-nakutkan Husna.

Husna hanya diam.

"Kau tak tahu isi hati dia. Aku cuma yakin perasaan Reza dekat kau. Sama.juga
perasaan kau kat dia. Kau tak payah nak bohong aku."

"Semalam dia ade kata dia sayang kat aku."

"Aku dah agak dah. Kita ni manusia biasa je. Hati dan perasaan tu bila-bila je
boleh datang tanpa kita sedar. Sekelip mata boleh berubah."

Tiba-tiba aliran air keluar dari muncung cerek menandakan air yang dimasak Husna
sudah mendidih.

"Kalau lambat tutup, memang terpelanting muncung cerek depan tu." Bisik hati Husna.

Serta merta perbualan mereka terhenti disitu.

Husna mengeluarkan nescafe 3 in 1 dari beg galasnya lalu membancuh nescafe. Dia
memberi secawan kepada Azra.

"Thanks." Kata Azra. Rambutnya yang terjuntai-juntai di dahi itu diusap semula ke
belakang. Dia memegang tangkai cawan nescafenya lalu menghirupnya.

"Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat menikmati secawan nescafe panas pagi yang
sejuk ni kan Husna."
"Wah, harumnya. Bagi aku secawan juga." Amran menjerkah lalu dia menggosok-gosokkan
matanya menggunakan tapak tangannya. Mungkin itu adalah habitnya kerana dia terlalu
berhadapan dengan komputer riba.

"Nah, bancuh sendiri." Tegas Husna.

"Amboi, marah nampak!" Amran cuba mengusik Husna. Sesekali terdengar Amran bersin
kerana hidungnya gatal.

Husna hanya menjeling Amran. Amran duduk menghadap mereka berdua.

"So, bila kita nak buat kerja ni? Cuaca pun okey je. Awal siap awal la kita balik."
Kata Amran mungkin dia tidak sabar pulang kerana dia sudah teringat video gamenya
di rumah.

"Eh, Reza ade balik tak semalam?" Azra mula bertanya topik yang sama.

Amran menggeleng menandakan Reza belum pulang.

"Aih, dia pergi mane eh? Tak balik-balik lagi ni?" Azra mula curiga.

"Dia nak sendirian." Sampuk Amran

Husna hanya mendengar perbualan mereka dia cuba memekakkan telinganya namun jauh
disudut hati dia merasa susah hati mengenangkan Reza sendirian di luar sana. Dia
tahu Reza bukanlah tahu sangat selok belok mengenai hutan. Hatinya mula gelisah dia
menjadi tidak tentu arah.

"Aku tak sedap hatilah. Mari kita cari Reza." Husna mula bersuara.

"Ha, tu lah kau. Gerek sangat." Kata Amran.

"Ish, kau diam lah." Kata azra dia cuba memberi isyarat supaya Amran mendiamkan
diri.

"Aku nak cari Reza. Asal dia lambat eh. Aku fikir dia ade kat dalam khemah." kata
Husna.

"Semalam lagi dia tak balik-balik. Dia merajuk kat kau tu. Kesian Reza kau buat cam
tu." Amran cuba memberitahu Husna.

"Dia pergi arah sungai kan semalam?" Azra cuba bertanya.

"Ye. Aku panggil banyak kali dia tak nak dengar. Agaknya dia betul-betul sedih tau
tu sebab dia nak tenangkan fikiran."

"Kan aku dah cakap kat kau tadi. Kau tak caye." Azra cuba mengingatkan Husna
tentang perbualan mereka sebentar tadi.

"Takde ape lah tu. Pandai lah Reza balik nanti. Sedangkan dia yang bawa kita datang
sini. Mesti dia tau jalan balik." Kata Amran namun anggapannya sebenarnya salah.

Husna lantas berdiri dan mengambil beberapa barang di dalam khemah dan membawa beg
galasnya lalu dia beredar dari situ.

"Wei Husna kau nak gi mane ni?" Azra terkejut melihat tindakan Husna.

"Aku nak cari Reza."


"Tunggu aku lah." Jerit Azra.

"Kau pergi kejut Faiq. Kami jalan dulu. Nanti kau ikut dari belakang. Cepat tau."
Azra cuba mengarah Amran.

Bab 10

Cahaya matahari yang terpancar menembusi rimbunan pokok tinggi membuatkan Reza
terjaga dari tidurnya. Seluruh tubuhnya merasa lenguh dan sengal. Masih ada sisa-
sia keletihan yang dirasakannya pada waktu itu.

"Dah pagi? Cepatnya masa berlalu." Keluh Reza sendirian.

Reza bingkas bangun dan duduk di hadapan unggun api yang masih menyala walaupun
kelihatan hampir terpadam. Dia menguap kecil menandakan dia masih keletihan.

Dia mengeluarkan rokok dari poket jeansnya dan menyalakan. Itu adalah sarapan pagi
baginya memandangkan tiada satu pun makanan yang boleh dijamahnya pada pagi itu.

"Nikmatnya! Tapi kalau habis ni tambah mati aku kat hutan ni." Reza bercakap
sendirian.

Lalu dia mencampak ranting-ranting dan kayu mati ke dalam unggun api. Suasana pagi
yang begitu dingin membuatkan Reza menggeliat beberapa kali.

Bunyi kicauan burung dari atas pokok menarik perhatiannya untuk mendongak ke atas,
kelihatan sekumpulan burung sedang mencari makan di awal pagi. Namun pandangannya
terhenti di suatu sudut. Jelas kelihatan dahan yang sarat dengan buah berjuntaian.

"Wah rezeki aku ni. Boleh lah buat alas perut. Tapi camne nak ambil. Tinggi
sangat." Reza bertanya pada isi hatinya sebelum membuat keputusan.

"Aku kena panjat pokok ni. Aku kena cuba." Kata Reza lalu dia pun mula melangkah
menghampiri pokok-pokok yang penuh dengan buah-buahan itu.

Angin pagi yang bertiup melanggar dedaun dan dahan-dahan sekitar kawasan pokok
besar yang tumbuh merimbun bersama dengan akar-akar yang berjuntaian membuatkan
Reza sukar mencapai buah-buahan itu.

Dia mencuba beberapa kali namun sukar baginya untuk sampai ke dalam genggamannya.
Sedang sibuk berjuang untuk mendapatkan buah itu, malang tidak berbau Reza terjatuh
menggelongsor ke tanah dan tergelincir ke arah tanah yang lebih rendah.

"Allahuakbar. Aduh sakitnya!"

Itu saja ayat yang terpancul dari mulutnya ketika dia terhempas ke tanah. Sampai di
tanah baru lah dia merasakan kesakitan yang teramat.Dia menjerit sekuat hati
memegang pinggangnya yang sakit. Seluruh anggota badannya turut merasa kesakitan.

"Fuhhh, nasib kakiku tak patah kalau tak tambah sukar aku nak keluar dari curam
ni!" Kata reza.

Tanpa membuang masa, Reza menyambung perjalanannya meskipun badannya masih terasa
sakit.

Matahari kian meninggi.

"Aku makin jauh dari arah khemah" Tidak habis-habis Reza mengutuk dirinya sendiri.
Dia begitu menyesal kerana menyusahkan diri sendiri. Akhirnya dia menjadi semakin
lemah kerana kehausan dan kelaparan. Dia jatuh pengsan.

*****************

Reza terbatuk-batuk kerana mulutnya penuh dengan air. Dia membuka matanya
perlahan-lahan dan terpandang pada seorang wanita cantik. Kemudian muncul lagi
seorang lelaki pertengahan umur dengan pakaian yang sama warna dengan wanita itu.

"Assalamualaikum." Kata wanita itu.

Lelaki itu menghampiri Reza lalu mempamerkan senyuman.

Reza terkapai-kapai untuk bangun. Namun, dia tidak mampu untuk segera bangun kerana
kepalanya terasa berpusing. Matanya berpinar.

"Tak mengapa. Biar Tok bantu kamu. Anak asal dari mana?"

Reza menghiraukan pertanyaan lelaki itu lantas dia mengemukakan soalan.

"Boleh awak tolong saya cari jalan menuju ke khemah. Saya tak jumpa jalan."

"Anak rehat lah dulu. Kalau anak sudah sembuh sepenuhnya Tok akan bantu kamu."

"Kamu tinggal dalam hutan ni ke? Siapa kamu?" Soal Reza

"Kami makhluk Allah juga. Kami mengawal hutan ini."

Lelaki itu menjamu Reza dengan makanan yang lazat-lazat. Namun Reza menolaknya.

"Saya dah masuk alam lain ke?" Tidak betah Reza bertanya kerana dia masih
kebingunggan.

"Ya. Kamu sudah masuk ke alam lain tanpa undangan."

"Sa... Sa... Sa..." Kata Reza dengan gugup.

"Jangan takut. Kami tidak akan apa-apakan kamu. Kami maafkan kamu mungkin kamu
tersesat di dalam hutan ini."

"Ka.. ka...kamu bunian ke?" soal Reza dengan gugup sekali.

"Betul kata saudara, kamu telah masuk ke alam kami. Tetapi usah bimbang kami
makhluk Allah sama juga seperti kamu. Kami cuma nak bantu apa yang patut." Sampuk
bunian cantik itu.

"Apakah benar bunian ini makhluk yang baik dan bertimbangrasa?" Kata Reza dalam
hati.

Lelaki yang mengelarkan dirinya Tok itu menghulurkan segelas air suam kepada Reza.

"Kamu tersesat?" Soal Tok itu.

Reza terdiam tetapi sempat dia menghirup segelas air itu kerana benar-benar
kehausan.
👉📚👻

Istedi kamurang. Liat dan baca dulu novel ku ani. Support.


Wattpada ZaraZahra1234

Sudah bab 11

"Aku rasa Reza lalu kat sini semalam." Azra menunjukkan laluan ke arah sungai.

"Kau yakin ke dia ikut jalan ni?" Husna kembali menyoal. Dia memandang ke arah
sungai yang nampak cetek namun aliran airnya cukup deras. Husna hanya diam
memandang sungai itu.

"Aku takut Reza lemas. Mungkin semalam dia tak nampak jalan. Lepas tu dia jatuh ke
dalam sungai dan hanyut di bawa arus?" Husna mula memberitahu Azra benda yang
bermain di dalam mindanya ketika itu.

"Ish, jangan la kau cakap macam tu. Tak elok la. Kita fikir positif mungkin dia
sesat. Lagipun kalau Reza sesat mesti dia ikut aliran sungai ni."

"Betul juga. Aku tak terfikir pun sampai macam tu. Apa kata kita ikut aliran air
sungai ni? Tapi kau betul-betul yakin semalam dia lalu kat sini?" Husna sekali lagi
menyoal benda yang sama.

"Kau janganlah tanya aku. Aku tak pasti. Kita kena tunggu Amran untuk kepastian.
Tak pasal-pasal nanti kita pula yang sesat." Azra cuba menukar topik perbualan
mereka dia risau temannya itu bertindak di luar kawalan.

"Kita redah je lah. Takut tak sempat cari Reza. Nanti hari gelap. Hutan ni luas."

"Sabarlah Husna. Kita tunggu Amran dan Faiq dulu." Sekali lagi Azra cuba
menenangkan Husna yang masih dalam keadaan cemas.

"Habis kau nak aku duduk diam je kat sini tak buat ape-ape?"

"Ape kata kita keluar dan report polis?" Azra cuba memberi pendapat supaya Husna
tidak memaksanya untuk pergi lebih jauh lagi.

"Husna... Azra....."

Suara itu mengejutkan mereka. Mereka menoleh ke belakang. Dengan segera mereka
membulatkan mata dan mencari arah suara itu.

"Ha, panjang umur" Kata Husna

Azra menghela nafas lega.

"Sini." Azra melambai-lambai memanggil Faiq dan Amran.

"Apesal tak tunggu." Kata Amran nafasnya tercungap-cungap. Dia seperti baru dikejar
anjing liar. Mukanya sudah dipenuhi peluh.

"Kita nak pergi mane ni?" Soal Faiq.

"Cari Reza." Jawab Husna spontan.

"Untuk apa kita susah-susah nak cari dia pula?"

"Hei Faiq kau jangan banyak cakap boleh tak? Kalau kau tak nak ikut baik kau duduk
diam-diam je kat sana!" Azra mula naik baran.
"Hahahahahahaha"

Faiq ketawa mengejek. Seronok dia melihat wajah bengang rakan-rakannya.

"Apesal nak menyusahkan diri sendiri cari si Reza tu, tahu la dia nak balik
sendiri. Aduh, lawak lah korang ni. Lambat sikit terus kecoh!"

"Tak lawak pun Faiq. Saya yang bawa dorang cari Reza. Kalau awak tak nak tolong
saya, awak jangan banyak cakap. Awak tunggu je kat tapak khemah."

"Okey.. Okey.. Jangan la marah. Kalau awak dah kata macam tu, saya tak nak halang."
Kata Faiq sambil memeluk tubuhnya yang sasa.

***************

Cuaca kelihatan sangat cerah seakan-akan mengizinkan mereka untuk mencari Reza.

Mereka memulakan langkah setelah persoalan tadi sudah terjawab.

Masing-masing berwaspada melangkah laluan hutan yang penuh dengan rumput yang
tebal. Terdapat juga banyak tumbuhan yang mereka tidak pernah lihat dan ketahui
namanya menghiasi pemandangan mereka.

"REZA.......... REZA........."

Mereka cuba memanggil nama Reza beberapa kali malangnya tiada sahutan.

Mereka meneruskan perjalanan walaupun mereka keliru memilih jalan yang hendak
dilalui.

Keadaan di dalam hutan yang redup dan tenang itu membuatkan mereka terus meredah
masuk ke kawasan yang tidak pernah mereka lalui. Sehingga tidak nampak satu
petunjuk arah pun untuk mereka kembali ke khemah.

Setelah hampir dua jam meredah hutan itu, mereka akhirnya sampai di suatu tempat
yang membolehkan mereka duduk berehat.

Husna yang mula menyedari rakan-rakannya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mula
bersuara.

"Aku minta maaf sebab menyusahakan korang sampai terikut-ikut nak cari Reza."

"Jangan la cakap macam tu Husna, takkan la kami nak biarkan kau seorang je cari
Reza. Kita kan satu team." Jawab Azra.

"Aku rasa Reza dah kena makan jin tu lah dia tak muncul-muncul hahahahaha" Faiq
mula berjenaka namun mereka benci mendengarnya.

"Tak kelakar la wei" Sahut Azra.

"Agak syaitan jugak perangai kau ni kan. Kami risau Reza kau boleh pula nak gelak
macam tu. Takde hati perut langsung lah kau ni." Amran mula meninggikan suaranya.

"Relaks lah bro. Aku gurau je, janganlah ambil serius. Tapi betul ape, korang kena
la terima kenyataan. Ini hutan bro. Hutan!"

"Papppppp....."

Satu tumbukan padu hinggap di pipi Faiq. Dia terhuyung-hayang akibat hilang
keseimbangan lalu dia terduduk. Dia cuba mendongak untuk berkata sesuatu kepada
Amran namun satu lagi tumbukan dihayun ke arah matanya.

Dia tidak menyangka kerana hal yang dianggapnya remeh, menyebabkan dia menanggung
kesakitan.

"Aduhhhh......"

"Padan muka kau. Tu la berlagak sangat. Betul lah kata nenek moyang kita. Kerana
mulut badan kau dah jadi binasa."

Ternyata Azra turut tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilontarkan Faiq.
Bahkan dia tidak membantu meredakan keadaan tetapi dia seolah-olah menambah minyak
ke dalam api. Azra sememangnya bertambah geram dengan sikap sepupunya itu yang
tidak memikirkan sensitiviti orang lain.

Husna hanya menyaksikan pergaduhan itu tanpa bersuara. Malas dia hendak
menghangatkan lagi situasi lalu dia mengambil daun kering sebagai alas tempat
duduknya. Dia mula termenung.

"Reza kau kat mane ni?" bisik hati Husna yang paling dalam. Jiwanya meronta-ronta
ingin tahu. Mahu sahaja dia menangis memikirkan apa yang telah di lakukannya
terhadap Reza. Namun lamunannya terhenti apabila Faiq mula bersuara.

"Jahanam kau. Berani kau tumbuk aku. Kau akan terima padahnya nanti Amran. Aku akan
ajar kau." Kata Faiq sambil menunjuk jari tengahnya ke arah Amran.

"Hei sudah lah. Cukup lah. Korang tak ingat ke pantang larang dalam hutan ni." Azra
mencelah.

"Kau diam la perempuan bodoh! Kau tak nampak ke dia mulakan dulu.Sebab si bodoh
Reza tu lah dia berani tumbuk aku."

Husna sedikit terperanjat mendengar kata-kata Faiq lalu dia terus menengking Faiq.

"Hei sudahlah"

"Kau pun sama syaitan. Kau diamlah!" Kata Faiq.

Husna terkejut dia tidak menyangka Faiq akan mengeluarkan kata-kata kesat padanya
lalu sekali lagi dia menengking Faiq.

"Aku kata sudah, sudahlah. Kau masih tak faham bahasa ke? Jangan menambah beban
lagi lah!. Kita sekarang dalam hutan jadi kamu semua sedarlah sikit! Perangai tu
elok-elok sikit!"

Husna yang semakin geram terus berjalan menghampiri Faiq lalu sekali lagi tamparan
hinggap di pipi Faiq.

"Pappppp..."

Faiq terdiam tanpa bersuara.

Suasana menjadi sepi. Tiada lagi kedengaran suara pertengkaran.semua membisukan


diri. Hanya kedengaran bunyi dedaun kering yang dibawa oleh angin.

Jika Husna tidak mencelah, mungkin dia terpaksa melihat pertengkaran yang tiada
kesudahannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Sakit hatinya pada Faiq masih
tersisa.
Bab 1-10

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2056374501241994&id=100006083913824
👉📚👻

Part 12 (Scene si Reza)

Please vote di Wattpad. @ZaraZahra1234

Bayu bertiup lembut menyapa pipinya. Suara pepohon yang ditiup angin masuk melalui
jendela yang terbuka luas. Reza membiarkan sang bayu menghembus wajahnya dan
menggelitik kelopak matanya yang masih tertutup malas. Namun apakan daya, lenanya
tidak hadir biarpun kelopak matanya dipejam.

Reza cuba untuk bangun namun kesakitan yang dirasakan membuatkan dia terduduk
semula. Sekali lagi dia cuba menegakkan badan dengan perlahan akhirnya dia berjaya
duduk.

"Aduh!" Rengeknya perlahan ketika badannya mula digerakkkan.

Bibirnya diketap bersama wajah yang berkerut menahan kesakitan. Dia memejamkan mata
untuk seketika dan berusaha menyandarkan badan didinding sambil memicit-micit
kepala serta tengkuknya. Wajahnya nampak berpeluh-peluh. Mindanya cuba mengingati
kejadian sebelum dia terlantar di situ.

"Aku pengsan ke semalam? Aku pengsan kat mane eh?" Reza tertanya-tanya namun dia
tidak mahu menyiksa mindanya dari berfikir terlalu jauh.

Bebola matanya meliar mencari kelibat lelaki separuh abad itu namun tidak
kelihatan. Dia menghela nafas bersama keluhan berat. Hembusan nafas itu sebenarnya
lambang keluhan yang menahan kesakitan.

"Mudahnya aku terlelap. Tadi dia ada. Sekarang pergi ke mana pula?" Bisiknya. Namun
dia tetap tenang setenang angin yang menerpa wajahnya.

Reza memandang ke sekeliling


ruang bilik yang tidak pernah sama sekali dilihatnya.

Kemas dan berbau harum. Apa yang pasti dia bersendirian di dalam bilik itu.

"Kosong"

"ke mana agaknya semua orang ni?"

Reza cuba memanggil.

"Hello..... Hello... Ade sesiapa kat luar tak?"

Senyap.

Lama dia menunggu tetapi tiada sahutan.

"Aih, mana pula pergi bunian ni?"

Reza tidak berpuas hati lalu di cekalkan hatinya untuk pergi ke luar walauoun
fizikalnya tidak lagi larat untuk berdiri.
Reza menyusun langkahnya dengan begitu berhati-hati menuju ke pintu. Sempat dia
cuba membetulkan rambut depannya yang ditiup angin bagi melindungi sebahagian
wajahnya.

Setapak demi setapak dia mengayun langkah seperti kanak-kanak yang baru belajar
berjalan. Perlahan lahan dia memulas tombol pintu bilik itu, dia tidak mahu sesiapa
mengesan bahawa dia cuba keluar dari bilik itu.

"KRAKK..."

Akhirnya usahanya berhasil tiba di ruang tamu. Matanya cuba mengintip segenap ruang
tamu yang tersergam indah yang dihiasi dengan lampu besar yang sangat terang dengan
alur cahaya yang lebar. Rekaannya cukup mewah, indah dan luas dibina seperti rumah
mewah perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba dia disapa. Kedengaran suara orang memberi salam.

"Wa...wa...waalaikumsalam!" jawab Reza dengan gugup. Jantungnya berdegup kencang


seperti Ussain Bolt baru selesai membuat rekod lari.

"Anak dah sedar?" tanya Tok itu sambil bersalaman dengan Reza.

"Ye...ye...saye.." Reza masih dalam keadaan terkejut.

"Alhamdulillah, baru je Tok nak tengok anak dalam bilik. Jangan takut sebab
kehadiran Tok ni bukan nak mengganggu tapi Tok cuma nak jemput anak makan angin kat
luar sana."

"Oh, ye ke. Hehe". Sempat Reza menggaru kepala yang tidak gatal.

"Saya keluar ni pun sebab nak tengok kat luar. Kalau macam tu saya tak dapat nak
tolak." angguk Reza dengan pantas.

"Silakan." Pelawa lelaki separuh abad itu sambil memulas tombol pintu utama.

***************

Reza melemparkan pandangannya. Dia terleka menikmati suasana keindahan alam yang
bagaikan lukisan itu. Dia terpaku seperti batu, tidak berupaya bergerak kerana
terlalu terpesona. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat di depan matanya.
Dia seperti berada di alam fantasi seperti dalam cerita dongeng.

"Tempat apakah ini Tok? Cantik tak terperi." Kata Reza. Kelihatan bangunan-bangunan
pencakar langit tersergam indah.

"Inilah alam kami. Kota jeranggi. Satu kerajaan yang tidak dapat di lihat dengan
mata kasar mahupun pancaindera. Kami di perintah oleh raja yang sangat adil dan
mementingkan agama sertaa......"

Belum habis Tok itu berbicara, Reza sudah memintas kata-katanya.

"Habis, mengapa saya boleh melihatnya?"

Tok itu hanya tersenyum lalu berkata.


"Cuba anak dongak ke atas"

Reza mendongak tegak ke atas seraya mulutnya menjadi ternganga. Dia dapat melihat
kota Jeranggi yang didiami oleh bunian itu hatta melihat bayangan yang samar-samar
di sebalik kabus. Sebuah istana yang tersergam indah dibuat dari batu permata.
Terdapat tasik yang tenang di hadapan istana itu membuatkan dia dapat melihat
pantulan bayangan istana pada permukaan air.

"Ya Allah. Menakjubkan." Hanya itu yang mampu dikatakannya. Tidak dapat dilukiskan
sekalipun dalam bayangan.

"Anak beruntung dan istimewa kerana boleh melihatnya" Tok itu menyambung kata-
katanya.

"Istimewa? Maksudnya hijab saya terbuka ke Tok? Selama ni saya tak pernah nampak
makhluk halus pun. Diganggu pun tak pernah.

"Anak, bila kita mengakui bahwa Allah adalah Tuhan yang maha bijaksana, maka kita
yakin semuanya itu ada di dalam rencanaNya."

Reza hanya mengangguk tanda memahami setiap kata-kata Tok itu. Bayu dari Selatan
itu pun mula membelai kulit Reza. Ketika itu mindanya mula menerawang entah ke
mana-mana. Kata-kata Tok itu sudah tertutup rapat masuk ke dalam kepalanya. Ketika
itu baru dia teringat akan teman-temannya yang lain.

"Tok, saya sebenarnya tersesat di alam ni. Boleh Tok tunjuk jalan keluar?"

"Ada syaratnya."
👉📚👻

Bab 13

HUSNA mengurut dadanya beberapa kali untuk membuang semua yang tersisa di dalam
hatinya. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya. Serta
merta hatinya menjerit meronta-ronta seperti meminta dilepaskan.

Dengan penuh cermat, Husna meneruskan langkah satu demi satu


walaupun terdapat tumbuhan menjalar yang menyukarkan pergerakannya. Alunan irama
pohon-pohon yang berusia beratus tahun bagaikan memahami apa yang sedang berlaku.

"Ya Allah, kenapa aku bodoh sangat sampai abaikan Reza macam tu sekali? Dia hilang
sebab aku." Husna berbicara sendiri di dalam hati, dirinya bagai ditimpa gunung
yang diperbuat dari batu pejal yang pecah berserakan.

Tiba-tiba Azra menerjahnya.

"Apa yang kau fikirkan tu, Husna? fikir si Faiq?"

Husna hanya mendiamkan diri,


Dia sudah menjangkakan reaksi rakannya itu. Akan tetapi, anggapan Azra sama sekali
salah.

Walaupun Husna berbicara di dalam hati mengenai Reza namun jauh di sudut hati dia
masih tidak percaya Faiq yang baru dikenalinya berani berkelakuan sebegitu rupa.

"Tu la kau, terlampau baik sangat dengan dia. Aku dah cakap awal-awal tapi kau tak
nak dengar. Mesti kata-kata si Faiq tu dah menikam-nikam hati kau kan sekarang? dah
kena batang hidung sendiri baru kau tahu apa erti penyesalan."

"Dah.... Cukup lah Azra!


Kau tak payah nak buat ayat hiperbola kat aku." Jawab Husna dengan nada sedikit
marah.

Sukar baginya untuk melahirkan rasa hati dalam bentuk kata-kata. Persoalan Azra itu
dibiarkan lantas Husna mengalihkan pandangannya.

Cuaca yang bertambah ganas dengan tiada awan-gemawan menyukarkan mereka meneruskan
perjalanan. Namun kerana kecekalan yang menggunung mereka cuba meneruskan langkah
kaki menyelusuri laluan hutan yang semakin lama semakin dalam.

Bekalan air telah pun habis mujur sahaja mereka masih mengikut aliran air sungai.

"Mari kita berehat kat sini, aku dah haus." lagipun nanti gelap susah pulak nak
cari tempat camni." Amran mengajak rakannya berehat di suatu kawasan yang dihiasi
pokok-pokok akar yang berjuntaian dan dilindungi daripada cahaya matahari.

Mungkin dia bimbang jika mereka meneruskan perjalanan, kemungkinan tiada tempat
yang sesuai untuk berteduh seperti tempat yang baru mereka temui.

"Sementara kita masih nampak, buat lah ape yang patut!" Arah Faiq dengan pandangan
yang sangat bengis, persis seekor serigala.

Burung-burung berterbangan bebas sambil bernyanyi riang, walaupun sinar mentari


membakar kulit, mereka tetap berdiri dibawah matahari yang terik untuk mencari daun
serta anak-anak ranting supaya dapat membuat unggun api pada malam hari. Tatkala
itu, Azra terganggu dengan pancaindera penglihatannya.

Seperti ada sinar silau yang memancar samar-samar dari arah sungai menuju ke celah-
celah pokok yang merimbun.

"Ape benda tu?"

Fikiran Azra menderas, benda itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
namun dia cuba berkelakuan seperti biasa. Dalam benaknya malas dia memikirkan benda
yang remeh. Kemudian dia menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Namun saat demi saat, apabila dia bergerak, dia berasa seperti setiap pergerakannya
diperhati dan diawasi oleh jutaan mata. Seperti ada sesuatu cuba mengekori
langkahnya.

"Harimau ke?"

Azra tertanya-tanya dalam hati.


Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya. Dia menjadi takut kerana dia
seorang sahaja yang perasan.

"Korang, aku rasa ada benda la kat dalam tu, mungkin harimau?" kata Azra. Jari nya
menunjuk ke arah celah pokok yang berada di hadapannya.

"Kalau harimau mesti awal-awal lagi dia dah baham kau." Kata Faiq.

"Habis, ape benda pula yang mengintip aku dari tadi?" Tanya Azra

Mereka mendiamkan diri. Masing-masing memandang sesama sendiri dengan wajah yang
risau.

"Kau jangan main-main Azra. Jangan cakap benda yang bukan-bukan. Kau tahu kan kita
dalam hutan." Kata Amran dalam keadaan gelisah.
Husna, Amran, Faiq dan Azra saling merapatkan diri masing- masing.

Sepintas kemudian, tiba-tiba pokok itu tadi mula dipenuhi dengan kabus putih. Satu
kelompok mula terbentuk malah kian membesar hingga menggangu sedikit penglihatan
mereka.

"Hantu!" jerit mereka serentak.

Mereka cuba melarikan diri, tetapi kaki mereka seolah-olah dipaku dan melekat di
atas tanah.

"weh, aku rasa baik kita lupakan misi kita cari Reza ni. Jom balik khemah" Kata
Faiq. Mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah.

"Kita dah jauh sangat ni. Macam mana nak patah balik." Jawab Amran.

"Tak, mesti ada benda yang nak halang dan sesatkan kita dalam hutan ni. Reza
sendirian. kita berempat kan. Kita cuba baca apa yang patut. Husna cuba memberi
kata-kata perangsang kepada teman-temannya. Namun hakikatnya, getaran di dalam
hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran.

Desir angin yang tadinya menghembus perlahan berubah menjadi angin kencang. Terasa
jelas menyapu permukaan kulit.

semakin lama semakin dekat. Gumpalan kepulan kabus putih itu mula berarak
menghampiri mereka. Ianya menyerupai sekujur tubuh manusia yang besar dan
kedengaran bunyi memanggil mereka disebalik kepulan itu.

Ketika itu, mereka terasa mahu meraung dan menangis memikirkan nasib yang akan
menimpa diri masing-masing.

Namun mereka tertewas. Gumpalan itu datang menerjah mereka.

Serta merta seperti ada sayap yang halus persis kepak rama-rama sedang memaut tubuh
mereka.

******************

Sori lmbt update sibuk sikit. Jangan lupa


vote di wattpad. Saya Update lebih awal d wattpad @ZaraZahra1234
👉👻📚

Bab 14 & 15 (scene Reza)

"Ada syaratnya."

"Syarat? Ada syarat lagi ke Tok?"

"Ya. Kalau tak kamu takkan kembali ke alam manusia."

"Saya sanggup Tok. Berilah berapa banyak pun syarat saya sanggup." Reza mengangkat
tangannya lalu meletakkan di atas kepalanya. Dia mula merayu.

"Tok kena bawa kamu menghadap salah seorang pahlawan disini kerana dia lebih arif
mengenai selok belok menuju ke alam kamu."
Reza cuba mengamati wajah lelaki separuh abad itu menyusun frasa dengan penuh
semangat. Lantas dia membuka mulut dan mula bertanya apa yang ada di dalam laut
fikirannya.

"Kalau macam ni, ada harapan la untuk saya kembali ke sana. Tapi biar betul tempat
macam syurga ni pun ada pahlawan?"

"Ya ada. Nampak indah kan tapi tak seindah itu kerana setiap saat ada saja jin yang
ingkar hendak memusnahkan kayangan ini. Itu sebabnya hanya yang terpilih akan
menjadi pahlawan kerana mereka dikurniakan kuasa sakti oleh Allah."

"Habis tu, tugas diorang bertempur setiap masa aje ke Tok?"

"Lebih kurang macam tu lah. Tugas pahlawan di kayangan ini melindungi daripada
gangguan jin kafir dan menjaga keamanan. Tapi ingat! Kalau menghadapnya, maka kamu
harus jaga tertib dan kesopanan apabila mengeluarkan kata-kata terhadapnya. Dia
tidak suka berjenaka kerana sudah lama berpegang teguh pada prinsip kepahlawanan."

"Hah!....

Reza tercengang. Dia berasa aneh dan timbul sedikit kegusaran dalam hatinya.
Pertama kali dia mendengar sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Ingatannya
meloncat teringat akan lagenda melayu yang mempunyai pahlawan. Fikirannya mula
melayang jauh.

"Anak, Tok lupa nak tanya nama kamu.?"

"Oh... Kata Reza. Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Lamunannya serta merta
terbang pergi.

"Saya Reza Tok."

"Bagaimana? Kamu sanggup berjumpa pahlawan itu?

"Saya sanggup Tok." Jawabnya ringkas. Namun terukir setompok kebimbangan di


wajahnya. Dia khuatir sekiranya dia terleka sesuatu yang buruk akan berlaku pada
dirinya. Perasaannya mula didera.

"Kamu jangan risau, kamu boleh percayakannya. Dia pun sama macam Tok. Masih ada
ihsan dan belas kasihan walaupun dia nampak tegas. Kamu mintalah bantuan darinya."
Kata Lelaki separuh abad itu. Dia cuba memberi sedikit keyakinan kepada Reza.

"Kalau macam tu bila kita boleh berjumpa dengan Pahlawan tu Tok?" Reza mula teruja.
kuntum kegembiraan mula mengembang di dalam hatinya sekaligus menghalau debaran
yang memukul dadanya.

"InsyaAllah, bila menjelang malam kita ke sana. Jarinya menunding ke sebelah istana
yang mempunyai pintu gerbang merah. Kelihatan beberapa pengawal bersayap besar yang
bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai.

Reza ternganga. Halkumnya menunjukkan yang dia sedang menelan air liur. Terbang
keluar segala keyakinan dan kegembiraan yang ada pada dirinya.

"Anak, Tok dengar kamu kata kawan kamu masih berada di dalam hutan. Adakah itu
benar?"

"Ya Tok." jawabnya ringkas matanya masih memandang ke arah istana tadi.

"Tok risau mereka di sesatkan oleh iblis dan jin kafir di luar sana."
"Maksud Tok?" pandangannya kini berpusat pada wajah Tok itu tadi.

"Jin kafir suka memperdaya manusia macam kamu. Mereka tinggal di sempadan dunia ini
yang berhampiran dengan hutan. Mereka akan mengganggu manusia supaya makin menjauh
dan masuk ke dimensi lain. Kamu patut memuji Allah kerana di beri keistimewaan
untuk masuk ke dalam kayangan ini. Walupun hakikatnya kamu tidak diundang."

Kata-kata Tok itu bagaikan batu yang menghempas tubuhnya. Badai kebimbangan mula
merempuh-rempuh di hati Reza. Dia terkenang wajah Husna dan rakan yang lain.

Reza cuba menepis-nepis ingatannya terhadap Husna tetapi kotak fikirannya tidak
mampu berbuat demikian. Hatinya bagaikan menjerit, dan meneroka jauh.

"Aku rindukan Husna. Ape la diorang buat sekarang?" Soalnya dalam hati.

"Sudahlah nak, jangan fikir lagi. Tok itu mula menerjah lamunannya. Marilah kita
balik dan berehat. Malam nanti kita menghadap pahlawan." bahunya ditepuk beberapa
kali.

Reza mengangguk tanda bersetuju lantas dia mengayunkan langkah kaki nya yang
longlai dan tidak berdaya mengikut jejak lelaki separuh abad itu dari belakang.

*****************

Bab 15

Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Warna kemerah–merahan itu akan beransur
hilang apabila malam bertakhta. Sebentar lagi butir-butir bintang pula akan
berganti menghias langit.

Kelihatan dari jauh istana Kayangan yang tersergam indah. Namun tidak sedikit pun
menarik perhatian Reza kerana didalam hatinya masih terpahat kerisauan untuk
bertemu Pahlawan yang diceritakan Tok tadi.

"Anak, kamu jangan takut. Pahlawan itu akan membantu kamu."

"Baiklah Tok." Jawabnya ringkas. Dia menghela nafas sedalam-dalamnya. Debaran mula
terasa di dada. Cemas menantikan penerimaan pahlawan itu pada dirinya. Inilah
pertama kali dia memijakkan kaki di istana kayangan.

----------

"Subhanallah, indahnya istana pahlawan ni. Kata Reza sambil melabuhkan punggung di
atas kerusi yang diperbuat daripada awan. Dia takjub melihat keindahan ciptaan
Allah yang begitu memukau. Pemandangan langit di kayangan itu sudah cukup
mengagumkannya.

"Memang indah, kalau tak indah. Ini bukanlah kayangan namanya." jawab satu suara.
Reza menoleh kebelakang dan melihat siapakah gerangan empunya suara.

"Anak, inilah panglima Galang. Pahlawan terbilang di Kota Jeranggi ini.." Tok
memperkenalkan kepada Reza.

Panglima Galang lantas menghulurkan tangannya lalu mengepakkan sayapnya yang besar
bagi menghormati tetamunya. Dasar warna pada sayapnya kelihatan begitu indah dan
mempesona.

Perlahan-lahan Reza mengangkat tangannya.


ketika hujung jarinya tersentuh perisai di lengan panglima galang, serta merta
langit bertukar menjadi mendung. Angin yang tadinya menghembus perlahan berubah
menjadi angin kencang. Langit mula menumpahkan air matanya bertali temali. Reza
mula kehairanan kerana cuaca berubah begitu mendadak.

Melihat reaksi Reza dalam ketakutan Panglima Galang cuba menenangkannya.

"Jangan takut. Perkara ini seringkali terjadi kerana tugasku membunuh jin yang
durhaka. Cuaca berubah kerana kamu bukan dari alam ini." kemudian, Panglima Galang
sempat memberi senyuman mesra lantas menampakkan barisan giginya yang putih bak
mutiara.

Kelihatan, para pahlawan bergerak dengan pantas mengikut arah angin. kilauan sayap-
sayap Para Pahlawan Bunian yang berterbangan jelas kelihatan seperti bintang-
bintang di langit malam.

"Apa hajat kamu kemari? kamu sesat atau kamu adalah utusan?" Tanya Panglima Galang.

Reza tersentak dengan soalan yang dikemukakan kepadanya. Lantas dia menjawab dengan
gugup.

"Sa... Saya tersesat di alam ini. Hajat saya kemari sebenarnya meminta bantuan."

"Oh... Jawab panglima dengan ringkas. Dia mengangguk sambil mengusap janggutnya
yang panjang dan sudah memutih itu seperti sedang berfikir.

"Di mana kamu menemuinya wahai Pembesar Kurnia?" Tanya Panglima Galang.

Reza terpinga-pinga mendengar soalan dari Panglima Galang.

"Pembesar?" Bisiknya dalam hati. Dia baru tahu bahawa seorang yang digelarnya Tok
itu mempunyai jawatan yang besar dalam istana kayangan.

"Di pinggir awan mentari. Aku membantunya kerana dia kelihatan tidak berdaya."

"Adakah kita patut membawanya menghadap Dewa-Dewa di dalam istana ini? Tanya
Panglima Galang lagi.

"Tidak, aku khuatir Dewa tidak melepaskannya." Bantah Tok Pembesar tadi.

"Jadi, apa yang harus ku lakukan? Aku takut menjadi murka pada Dewa.

"Kita rahsiakan. Kamu harus menunjukkannya jalan pulang ke alam manusia."

Wattpad ZaraZahra1234
👉👻📚

Bab 16 (Reza) 17 & 18

Vote di wattpad & share


https://my.w.tt/6N9ue3SxXM

"Tidak, aku khuatir Dewa tidak melepaskannya." Bantah Tok Pembesar tadi.

"Jadi, apa yang harus ku lakukan? Aku takut menjadi murka pada Dewa.
"Kita rahsiakan. Kamu harus menunjukkannya jalan pulang ke alam manusia."

"Aku tidak rela mencemar duli. Aku khuatir jika aku berbuat demikian maka seluruh
kaum di penjuru kayangan ini akan memandangku serong." Jawab Panglima Galang.
Hatinya ditutup dan diganggu oleh fikirannya.

Reza mengerutkan dahinya. "Biar mereka selesaikan sendiri." Bisiknya dalam hati."

"Aku benar-benar memerlukan bantuanmu wahai Panglima yang terbilang. Aku tidak
peduli murka Dewa tertinggi." Pinta Pembesar Kurnia. Dia masih tidak mahu berganjak
dari kemahuannya.

Meskipun dia mempunyai pangkat yang tinggi di dalam istana kayangan, namun dia
tetap ingin melaksanakan hasratnya dan berlapang dada jika di beri hukuman.

Kota Jeranggi dikelilingi oleh jutaan Bunian yang bertutur dengan bahasanya
sendiri. Reza tercengang mendengar mereka berbicara menggunakan kosa kata dengan
budaya istana.

"Adakah benar ini yang engkau mahukan wahai Pembesar Kurnia?"


soalnya lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Ya, aku hanya ingin menunaikan hasratku pada manusia ini. Aku khuatir manusia ini
akan di kahwinkan dengan Dewi Lestari jika dia menghadap Dewa tertinggi."

"Mustahil Dewa akan mengahwinkan adik kandungnya sendiri dengan manusia biasa tanpa
restu dari Maharaja Kayangan."

Perselisihan faham itu mimicu mereka bergaduh kecil kerana pendapat yang berbeza.
Bicara mereka terhenti seketika dan berpaling pada bunyi trompet dari menara
kayangan yang berkumandang nyaring. Di sekitarnya terlihat para bangsawan dari
Istana Kota Jeranggi bersorak-sorak lalu mengiringi Dewi Lestari ke satu danau yang
indah.

Panglima Galang menghembus nafasnya lalu mengelap setiap titis keringat di wajahnya
untuk mengurangi beban yang harus ditanggungnya.

"Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang." Raut wajah Pembesar Kurnia
kelihatan resah.

"Jika ditakdirkan dialah jodoh Dewi Lestari, manusia ini tidak mungkin kembali ke
alamnya." sambung Pembesar Kurnia.

"Ada kemungkinan dia dikirim ke alam ini untuk menjadi seorang utusan. Tidak pernah
lagi seorang manusia tembus masuk dan meneroka ke alam kayangan ini kecuali dia!"
Panglima Galang sekali lagi membantah, suaranya mula meninggi.

Pembesar Kurnia cuba meneliti wajah Panglima Galang. Kerisauannya bertalu-talu


melekat di pangkal fikirannya.

"Tidak, aku yakin dia adalah manusia biasa. Ada nafsu dan ada keinginan. Sekarang
ini dia redha dengan nasibnya. Tetapi esok lusa kita tidak tahu. Bukankah engkau
tidak tahu sesiapa pun akan tertawan jika berbicara dengan Dewi Lestari. Aku
khuatir dia mengambil keputusan untuk hidup selamanya di dunia kayangan ini."
Pembesar Kurnia cuba memberitahu kebenaran dan mencurahkan apa yang terbuku dalam
hatinya.

"Harus engkau ingat perkara ini lagi wahai Pembesar Kurnia, mahkota sisik emas yang
tumbuh seperti tanduk ini serta merta akan lesap jika peraturan hidup di kayangan
dikhianati." Kata Panglima Galang. Mereka sangat terikat dengan pelbagai peraturan.
Dia khuatir salah seorang dari mereka akan menemui ajal jika tanduk itu hilang.

Akhirnya hujah Panglima Galang membuahkan hasil. Pembesar Kurnia mula terlopong
mendengar apa yang dikatakan padanya. kata-kata itu benar-benar racun berbisa yang
mematikan semangatnya. Dia memandang sekilas tanduk yang tumbuh di kepala Panglima
Galang persis tanduk rusa itu. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya
sedikit demi sedikit.

"Adakah Pembesar tidak mengingati hal ini?" Panglima Galang segera melontarkan
sekali lagi soalan yang tidak dapat dijawab oleh Pembesar Kurnia. Peraturan dalam
kayangan benar-benar ditaatinya.

Pembesar Kurnia cuba berfikir dengan teliti. Agak sukar baginya untuk membuat
keputusan yang muktamad. Namun, Pahlawan Galang sudah terang-terang tidak mampu
untuk membantunya.

"Baiklah, jika tiada cara lain, aku terpaksa membawanya menghadap Dewa tertinggi
apabila malam bertukar siang." Kata Pembesar Kurnia. Mahu atau tidak, dia terpaksa
juga bersetuju dengan cadangan Pahlawan Galang.

"Maafkan Tok, Tok terpaksa berbuat demikian demi menjaga keamanan di kayangan ini."
Ampun kurnia dari Tok. (maafkan Tok)

Reza terpinga-pinga apabila disergah oleh Pembesar Kurnia ketika dia sedang asyik
memandang Dewi Lestari di danau yang indah bersebelahan Istana Pahlawan.

Kelihatan juga dari jauh kelompok bunian sedang sibuk membersihkan sayap
menggunakan mata air danau. corak pelepah yang begitu menonjol
mengeluarkan cahaya yang unik
seolah-olah ratusan bintang sedang membelah langit kayangan. Para bangsawan lain
pula sibuk membantu Dewi Lestari dan mengorak langkah lalu masuk ke dalam istana.

"Anak...... Reza...." bahunya ditepuk beberapa kali.

"Maaf Tok. Saya tak sengaja. Ape Tok cuba cakap tadi?"

Pembesar Kurnia hanya tersenyum mendengar jawapan balas dari Reza. Dia tahu Reza
tidak selesa dibuat sebegitu.

"Tok terpaksa bawa kamu menghadap Dewa Tertinggi kerana kayangan ini dikawal
ketat." Jelasnya dengan ringkas.

"Dewa tu akan lepaskan saya tok? soal Reza. Kerisauannya bertalu-talu singgah di
pangkal fikirannya.

"Berserah pada Allah kerana Dia yang merancang segala-galanya." Jawab Pembesar
Kurnia spontan.

Dunia di balik kabut itu bersinar dari arah mahligai. Pandangan Reza kini berpusat
pada bunga jambak yang besar di pucuk pokok danau. Reza merenunganya dengan seribu
perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Hatinya hanyut di bawa arus resah.

"Mengapa kamu berbuat keputusan sedemikian tanpa berunding denganku?" Jerkah satu
suara.

Bab 17 (Amran)
Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh alam. Hujan pada malam itu masih
kencang berguguran melunaskan tugasnya.Ada sebutir air tumpah dikepala Amran dan
terasa panas menyebabkan Amran terjaga.

Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Kelopak matanya di pejam celik beberapa
kali.

"Ape benda pula ni." Bisiknya dalam hati. Matanya yang beralis pendek itu
dibesarkan namun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana gelap gelita.

keringat mula membasahi tubuhnya walaupun sebahagian rambutnya tergigil-gigil


disergah angin. Matanya mula meliar memandang kawasan yang gelap gelita.

Dia cuba mendongak memandang ke atas, namun hanya gelap dan bau hanyir yang
menyambut penglihatannya.

Pupil mata Amran kian membesar disebabkan tiada cahaya yang masuk ke dalam matanya
bersama nafas yang tersekat di hujung kerongkong.

Ingatannya terloncat mengingat kembali detik cemas ketika berada di dalam hutan
bersama rakan-rakannya. Namun lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana.

"Haaaaaaaaaaa."

Tiba-tiba bunyi hembusan nafas kedengaran di gegendang telinganya. Terasa halus


menyapu permukaan kulitnya, serta merta bulu romanya menegak.

Amran segera mengintai. Dia cuba membulatkan kelopak matanya buat seketika.
Pandangannya buta sama sekali. Langsung tidak mampu melihat kerana suasana yang
begitu gelap. Amran menjadi gelabah.

"Faiq.... Husna.... Azra......."

Jerit Amran. korang kat mane?." Suaranya bergema dan berlapis-lapis seperti berada
di dalam satu ruangan.

"Amran... Amran... Tolong aku" Suaranya kian merendah dan semakin serak.

Jeritan Azra kedengaran. Amran terpempan. Suara itu memicu Amran untuk mara
selangkah. Terkapai-kapai dia melangkah menghampiri suara Azra.

Walaupan kegelapan itu mengganggu penglihatannya, namun dengan sedaya upaya dia
berusaha beranjak dari tempatnya berbaring.

"Kau kat mane? Aku tak nampak lah." Jerit Amran. Fikirannya masih bercelaru.
Kawasan yang gelap itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu.

"Aku kat mana ni? dah lah gelap"


Soalnya dalam hati.

"Azraaaa.........."

Amran menjerit melalak memanggil Azra beberapa kali tetapi suara yang dilontar
akhirnya kembali pada diri sendiri. Amran mula diserang ketakutan sehingga lututnya
lemah dan tangannya terkulai.

Dalam gelap, Amran terus menghayunkan kakinya berjalan walaupun tiada hala tuju.
Dia dibungkus sepi seperti seorang pengembara yang berada di padang pasir.
Suasana gelap menjadi sedikit terang hatta kilat mengenyit dua tiga kali disertai
petir dan kilat sabung-menyabung. Ketika itu jelas kelihatan dia berada di satu
ruang yang kecil dan terdapat beberapa bilik. Perasaan tidak sedap hati mula hadir
dihatinya. Jantung mula bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya.

"Husna....... Azra...... Faiq."

Sekali lagi Amran menjerit bagaikan orang gila. Dia memanggil temannya itu dengan
suara yang semakin meninggi.

"Pappppppp."

Amran berasa terbuai. Dia terasa ada sesuatu yang memukul dan menghempap kuat di
kepalanya.

"Kau siapa?" Jerit Amran. Tetapi suaranya kian tenggelam.

Matanya kian terpejam, samar-samar kelihatan ada seorang lelaki sedang berdiri
tegak tidak jauh di hadapannya. Tangannya memegang sesuatu. Terkejut Amran dengan
jerkahan lelaki itu. Namun, dia gagal menepisnya.

Arus fikirannya seperti terhenti. Sejurus melihat susuk itu, dia tahu sesuatu telah
berlaku. Namun malangnya dia sama sekali tidak dapat mengecam siapakah yang berada
di hadapannya.

"Hahahahahaha. Ketawa lelaki itu."


Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sambil bertepuk tangan.

Tanpa belas kasihan, sekali lagi kepalanya dihempap menggunakan sesuatu yang berat.
Amran menarik nafas yang terasa begitu berat di dadanya. Kepalanya semakin memberat
dan terasa ada sesuatu yang panas dan basah mengalir keluar dari rongga hidung dan
kepalanya.

Lama kelamaan matanya terasa kelat. Kelopak terpejam. Kesakitan melampau


menyebabkan dia terjelopok dan terus pengsan.

**********

Bab 18 (Husna)

Air yang turun membasahi bumi menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi
suram dan kelam.

Lutut dan kaki Husna terasa nyeri. Dipegangnya perlahan. Berkaca-kaca linangan air
jernih gugur dari sudut kelopak matanya. Dia cuba meluruskan kakinya namun hanya
kesakitan yang menyerang.

Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan yang makin mengganas. Mulutnya mula


bersiut menahan kesakitan.

Dia cuba menyandar badannya yang lesu kerana sukar baginya untuk dia bergerak. Di
biarkan saja punggungnya berehat di lantai yang berlumut itu.

Dia memandang di sekelilingnya.

"Bilik kosong? Aku kat mane ni? Tadi kan aku dalam hutan?" Soalnya dalam hati.

Dia termenung seketika sebelum mengambil keputusan untuk bangun dari lantai itu.
Husna meloncat-loncat mengatur langkahnya namun dia kematian langkah. Bau hanyir
semakin kuat menusuk lubang hidungnya.

"Macam bau darah." Katanya sendirian.

Dia kemudian beredar dari situ lalu melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

"Rumah kosong di tengah hutan? Bagaimana sekelip mata aku boleh berada di dalam
rumah kosong ni?" Berulang kali pertanyaan itu timbul dalam otaknya.

"Apa sebenarnya terjadi!" segugus debaran menggoncang dadanya.

"Azra .... Faiq .... Amran....." dia segera memanggil rakan-rakannya namun tiada
sahutan tetapi suaranya bergema seperti kumbang mengisi ruang udara.

Dengan bersusah payah kerana kakinya belum begitu kuat, Husna cuba menyelinap
keluar dari bilik itu melalui pintu bilik yang dalam keadaan menganga. Seluruh urat
anggota yang sakit sudah mula teratur kembali apabila berjaya menyelinap keluar
dari bilik itu lantas dia menutup pintu itu kembali dengan teknik yang cermat.

"Takde orang ke?" Keluh Hatinya lagi. Perlahan-lahan dia mengayunkan langkahnya
secara senyap dan tangkas. Gerakkannya persis seekor kucing yang ingin mencuri
makanan tuannya. Dia mengatur langkahnya begitu sempurna dan rapi.

Selepas beberapa meter keluar dari bilik itu, tubuhnya kehilangan imbangan dan dia
ditolak ke dinding. Mukanya terasa berbahang.

Kepalanya dipegang dengan ganas sekali, dia cuba menahan kesakitan akibat rambutnya
di tarik.

"Kau nak pergi mana setan?" soal seseorang diikuti oleh nyalaan beberapa lampu di
beberapa sudut.

Suaranya bergema di halkum dan memecah gegendang telinganya .


Leher Husna dicengkam kuat. Terasa hembusan nafas berada dilehernya lalu dicium
dengan lembut dan dijilat hingga ke telinganya. Husna cuba mengalihkan gerakan itu
namun gagal. Kudratnya tidak mampu menandingi tenaga lelaki tersebut.

Husna cuba memalingkan wajah ke belakang.

"Faiq.......? Kau........? Ape kau cuba buat ni?" keluar manik-manik jernih dari
birai kolam matanya. Mengigil tubuhnya kerana takut melihat wajah bengis Faiq.
Debar jantungnya kembali memukul dada.

Rambut husna di tarik dengan kuat lalu dia diheret masuk ke dalam bilik itu semula.

"Jangan cuba nak lari!" arah Faiq. Tubuhnya di tolak di atas lantai berlumut itu
lalu terselak sedikit kain bajunya dan menampakkan sedikit kulitnya yang mulus.

Faiq tersenyum sinis.

"Sampai hati kau buat aku macam ni! Mana Amran? Mana Azra? Apa kau dah buat pada
mereka? Dasar binatang!" Jerit Husna.

"Pangggggggg....!"

Satu tamparan padu hinggap di pipinya yang putih. Husna memekap pipinya yang pijar.
Titisan darah mula keluar dari rongga hidungnya bagaikan hujan membasahi tanah.
Faiq mengusap kepala dan pipinya Husna dengan lembut seperti sedang memujuk seorang
anak kecil.

"Sayang.... Kau dah hina aku... Kau dah jatuhkan maruah aku. Kau jangan risau kawan
kau yang lain akan MATI!

"Puihhh." Husna meludah di wajah Faiq.

Faiq merasa terganggu akan hal tersebut. Lalu dia berdiri dan menumbuk muka Husna
dengan sekuat hati.

"Perempuan Sial!" Kata Faiq. Kau jangan nak macam-macam dengan aku. Aku rogol kau!"

"Ape kau nak sebenarnya?" Soal Husna. Bergetar suaranya menahan takut dan gelisah.
Faiq mula menghampiri Husna. Husna cuba menjauhkan diri.

"Takde gunanya kau nak nangis.


Kesian Reza. Hahahah. Ape tu, misi mencari Reza? Misi kepala hotak kau! Jerit Faiq.
Tangannya mula merayap ke bahu Husna. Cepat-cepat dia menepis namun gagal mulutnya
segera ditekup.

"Kau menjerit lah puas-puas, takde sape yang dengar. Lepas aku rogol aku nak bunuh
kau!”

"Ya Allah kau selamatkanlah aku dari syaitan bertopengkan manusia ini!" Husna hanya
mampu berdoa dalam hati. Dia menggigil ketakutan.

Faiq mula membuka seluarnya dan mula menghampiri Husna. Suara ketawanya kedengaran
memecah kesunyian malam.

"Arghhhhhh....."

Husna menjerit sekuat hati dia berharap Amran dan Azra terdengar jeritannya. Husna
cuba menolak tubuh Faiq namun tenaganya masih belum mampu menangkis.

"Faiq tolonggg lah jangan buat aku macam ni." Husna merayu tapi tidak di endahkan.

"Diam! Kalau tak aku bunuh kau! Pisau dihalakan dilehernya. Husna menggeleng kepala
kerana dia tidak dapat mengeluarkan suaranya bila mulutnya dicekup. Akhirnya
bendungan air matanya pecah.

Faiq cuba mengoyakkan bajunya. Husna sedaya upaya menendangnya namun dia hanya
ditempeleng sehingga dia tidak sedarkan diri.
👉👻📚

Bab 19 & 20 (Sediakan tisu) 😂😂

Full episod di Wattpad @ZaraZahra


https://my.w.tt/jh2CvvOf0M

Bab 19

PANTULAN cahaya matahari pagi menampar pintu bilik yang berlumut. Sinar mentari
menyelinap masuk menerusi kaca jendela yang retak dan usang.

Syaitan tergelak besar menandakan berjayanya menghasut seorang kaum Adam terjerumus
di dalam lembah yang menyesatkan.
Husna mendongak mencari sinar harapan. Dia berperang dalam pertempuran untuk
melawan perasaaan sendiri. Namun dirinya tetap dibebani rasa tidak percaya. Air
mata kesedihan tercalit pada wajahnya dan menumpahkan mutiara-mutiara putih di
pipinya.

Husna meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan lalu dia cuba duduk dari
baringnya dan menggangap kejadian semalam hanyalah satu mimpi ngeri. Namun
kesakitan anggota badannya meninggalkan beribu penderitaan pada dirinya.

Dalam tidak sedar, wajah kebencian mula menghiasi seraut wajahnya. Husna merengus
kasar. Perasaannya tiba-tiba disaluti perasaan benci yang memuncak. Husna cuba
memejamkan mata untuk melupakan segala peristiwa hitam itu. Dia menekup dadanya dan
menahan rasa dendam yang bertamu dalam dada.

"Aku tak nak ingat lagi macam mana maruah aku disiat siat semalam. Dendam pada Faiq
harus dilunas." Husna cuba bermonolog sendiri antara hati dan perasaan.

"Shhhhkkkkk.!"

Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema memecah kesunyian di rumah kosong
itu. Husna tersentak. Dia cuba menutup mulutnya risau jika sekali lagi Faiq muncul
dihadapannya kerana dia telah mengugut mahu membunuh Husna.

Dalam suasana dan persekitaran baru yang serba asing, Husna cuba merenung ke arah
pintu bilik yang berlumut itu. Debaran menggoncang kuat di dadanya. Bunyi tapak
kaki itu semakin menghampiri pintu bilik.

"PAPP......!"

Bunyi dentuman pintu bilik sebelah ditutup. Perasaan takut mula menyelubungi
dirinya. Husna diam melayani pertanyaan dalam diri. Namun bunyi tapak kaki itu
semakin lama semakin dekat.

"Husna.....!"

Husna tersentak apabila dijerkah oleh Amran. Mulutnya tercungap-cungap. Amran


menyentuh kepalanya dan ekspresi wajahnya kelihatan seperti dia sedang menanggung
kesakitan. Wajahnya pucat dan kelihatan tidak bermaya. Husna meraung apabila
melihat kepala Amran sudah berlumuran darah.

"Ya ALLAH! Amran!" jeritnya dalam tangisan.

Husna bingkas bangun dan memapah Amran masuk ke dalam bilik itu dan
kepala Amran terus dipangku di atas pehanya.

Amran mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Kulit kepalanya kelihatan


koyak. Dengan pantas Husna segera mengoyak lengan bajunya lalu membalut luka yang
terdedah.

"Amran, apa terjadi ni?" tanya Husna.

"Aku.... Aku... ada orang pukul kepala aku dari belakang." Amran cuba mengingat apa
yang berlaku.
Dalam nafas yang tersisa, tutur katanya kelihatan tersekat-sekat. Tanganya yang
berlumuran darah cuba mengusap-usap pipi Husna yang dilimpahi air mata.

"Kau tahu tak kita kat mane ni? Tanya Amran lagi."
"Tak, aku pun tak tahu, yang pasti kita kena keluar dari sini segera. " kata Husna.

"Ini mesti kerja budak jahanam tu!" Teka Husna.

"Budak mana kau maksudkan?" Kening Amran berkerut kehairanan.


Nafasnya di hembus sedalam-dalamnya.

"Faiq." Jawab Husna ringkas. suasana bungkam seketika.

Lidah Husna menjadi kelu. Tidak tahu dimana tercicir kepetahannya.


Entah mengapa dia seakan-akan kepayahan untuk menuturkan bicara.
Namun secara tidak sengaja air matanya jatuh menitis dari celah-celah bulu matanya.

"Husna kenapa ni?" tegur Amran apabila melihat awan mendung bergayutan di pelipis
mata Husna secara tiba-tiba.

"Takde ape lah." Jawab Husna namun suara itu mengandungi seribu derita yang tidak
berkesudahan.

"Husna, kenapa ni? Bagitahu aku!" soal Amran sekali lagi sambil menyapu air mata
yang mengalir laju di pipi Husna.

"Amran... aku... aku...."

"Kau apa?"

"Aku di perkosa!"

"Hah! Di perkosa? siapa yang perkosa kau?" terpingga-pingga Amran memandang wajah
Husna yang lecun dengan air mata.

"si syaitan bertopengkan manusia tu!"

"Siapa? Faiq ke? Takde lagi orang lain dalam hutan ni." berkerut dahi Amran cuba
memahami kata-kata Husna.

"Kita mesti pergi dari sini. Faiq tu syaitan bertopengkan manusia!" Kata Husna
dengan nada sedikit meninggi.

"Jahanam! Binatang! Kata Amran dengan nada tegas. Dia cuba bangun dari baringnya
walaupun dia cuba menahan kesakitan. Wajahnya yang menahan kesakitan itu seakan-
akan menarik jantungnya keluar daripada dada. Nafas terasa sukar untuk dihela.

Lama Amran memandang wajah Husna dalam nafas kepayahan. Terbit rasa kasihan pada
sahabatnya itu. Timbul rasa simpati membanjiri jiwanya hingga meresap ke segenap
anggota tubuhnya.

Lantas dia memeluk Husna untuk mengurangkan beban yang dirasai temannya itu.
Belakang kepala Husna diusap-usap. Tentu temannya itu terlalu terluka dek perbuatan
kejam Faiq. Tanda merah yang terpalit dileher Husna sudah cukup membuktikan apa
yang dikatakan Husna adalah benar.

"Amran, kenapa kau tak muncul saat aku memerlukan bantuanmu" Husna mula bersuara.
kesedihannya menujahkan manik-manik jernih dari birai kolam matanya."

"Aku... aku.... Tutur kata Amran seakan-akan terputus. Ketabahan sebagai lelaki
akhirnya kecundang juga. Dia turut merasa sebak dan menangis lalu memejamkan
matanya. Tuhan sahaja yang tahu hatinya ketika itu. Dia dapat merasakan kesedihan
dan kesakitan yang menimpa rakannya itu.
"Tiada siapa boleh tolong aku kan? Mungkin kau sengaja tak nak tolong aku atau ini
sudah takdir aku jadi begini." Sambung Husna lagi.

Amran ingin menyisihkan kepala Husna yang menghadap kebelakang itu dari bahunya.
Tapi dia tidak sampai hati. Rasa bersalah menikam jantungnya. Ibarat ditelan mati
emak diluah mati bapa. Amran cuba menghela nafas panjang agar kesedihannya beransur
hilang.

"Aku minta maaf sebab tak muncul ketika kau perlukan aku. Tapi aku nak kau tau,
betapa aku sangat sayangkan kau sebagai sahabat. Kau, Azra dan Reza sahabat baik
yang pernah aku kenal. Aku tak boleh biarkan kau berterusan begini. Kalau bagi kau
terlalu berat untuk maafkan aku, aku tetap nak minta maaf. Aku tak nak kehilangan
kau sebagai sahabat."

Walaupun Amran masih menahan kesakitan akibat dipukul, tetapi kesakitan itu tidak
dapat menandingi perasaan sedihnya.

Husna hanya mendiamkan diri. Dia semakin sebak mendengar kata-kata amran.

Suasana mula dirayapi sepi. Awan cerah di atas sana seakan mengerti suasana hati
mereka yang begitu suram dan sedih. Amran membiarkan sahaja bahunya menjadi tempat
tangisan Husna sebelum perlahan-lahan jari-jemarinya mengelus rambut Husna yang
sedikit perang itu. Mereka hanya mampu menangis menghadapi suasana tegang dan
sukar.

Bab 20

KENANGAN pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya. Husna
membiarkan sejenak fikirannya menerawang namun matanya yang bulat tetap berair.
Mukanya bertikar menjadi merah-padam menahan sakit hati hingga menusuk tajam ke
lubuk sukmanya.

"Sudah lah Husna ni. Jangan lagi ingat benda sial tu. Nanti tak habis-habis kau
termenung. Tak payah la kau fikir sangat." Pujuk Amran bila melihat wajah monyok
rakannya itu. Sejak dari tadi asyik diam.Pandangannya hanya menghala ke luar
tingkap yang retak itu sedangkan ada lagi yang perlu di selesaikan.

"Aku rasa kosong. Nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya." Husna
mengeluh perlahan sambil melangkah duduk disebelah Amran.

Amran hanya diam memerhati wajah rakannya itu. Tapi apa yang boleh dia bantu, nasi
sudah menjadi bubur.

Husna menyandarkan tubuhnya ke dinding. Cuba untuk memejam mata seketika sambil
melepas keluhan panjang. Itu yang sering dia lakukan bila hatinya tak tentu arah.
Ingatannya kembali menjangkau ketika dia diperkosa Faiq. Temannya sendiri.

"Aku rasa satu aje penyelesaian pada semua masalah kau ni." akhirnya Amran bersuara
selepas beberapa lama mendiamkan diri. Membiarkan Husna hanyut seketika.

"Ya? apa dia?" tiba-tiba Husna membuka mata. Bulat matanya memandang wajah Amran.
Tidak sabar rasanya dia mahu mendengar satu-satunya jalan penyelesaian pada masalah
yang membelenggu dirinya.

Amran mengukir senyuman mesra.


Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya.Akhirnya rakannya memberi sedikit
respon dibandingkan tadi.
"Kau kawin aje lepas dah keluar dari neraka ni, kan selesai masalah kau." Cadang
Amran.

"Ha, kahwin? Kahwin dengan sape? Sape nak kahwin dengan perempuan kotor dan tidak
suci macam aku ni.

"Reza." Jawabnya ringkas.

"Reza?" Husna tersentak dengan cadangan yang diberikan Amran. Seolah-olah tiada
lelaki lain lagi dalam fikirannya.

"Aku tahu Reza lelaki yang baik. Mesti dia jadi idaman kau kan? Aku yakin dia mesti
sanggup punya." Sambung Amran lagi.

"Batang hidung dia pun aku tak nampak. Sebab dia la aku jadi macam ni." Kata Husna
lagi.

"emmm sebab kau merajuk bela si Faiq tu juga dia lari merajuk." Rungut Amran.

"Dia sayangkan kau lah Husna. Tu pun kau buta?" sambung Amran.

"Lebih-lebih pula kau ni." husna geli hati mendengar kata-kata Amran.

"Betul. Dia cakap kat aku."

"Eh, malaslah aku nak bahas pasal benda ni. Entah-entah kita mati kat hutan ni. Tak
sempat jumpa Reza." Husna meraup wajahnya. Bibit-bibit lampau tidak henti-henti
menghantui otaknya.

"haaa... Sebab ni la Reza lari. Kau sombong betul." Amran cuba bergurau supaya
hilang kesedihan Husna.

"Takde lah aku risau lah, Faiq kata nak bunuh kita."

"Bunuh? Kita pergi cari Azra sekarang!" Tiba-tiba Amran menukar topik. Baru dia
terkenangkan Azra. Dia cuba gagahkan dirinya untuk bangun dengan kepalanya yang
berbalut kain. Kain yang penuh dengan sisa darah.

"Amran kau nak ke mana?" tanya Husna kehairanan.

"Aku nak cari Azra. Kita kena cari dia!"

"Kita nak cari dia di mana? Entah-entah dia sekongkol dengan Faiq. Jawab Husna.
perasaannya didera kebimbangan.

"Jangan buat andaian dulu. Aku rasa mesti dia berdekatan dengan kawasan ni juga.
Mungkin dia dalam bahaya."

Husna terdiam seketika. Ucapan Amran terus terngiang-ngiang di telinganya bagaikan


nyamuk terbang bersenandung. Dia cuba berfikirn positif dan mengikut saja kata-kata
Amran. Mereka pun membuat keputusan dan sedaya upaya cuba menyelinap keluar dari
bilik itu.

Amran memulas tombol pintu dengan berhati-hati. Bunyi keriuk pintu yang berkarat
singgah ke pendengarannya. Selebihnya bunyi deru nafas mereka. Berjengket-jengket
mereka melangkah keluar dari bilik persis seorang pencuri.

Mereka berjaga-jaga melangkah keluar dari bilik itu risau didengar Faiq. Mereka
melihat keadaan di sekeliling.
Tempat itu tampak seolah-olah lombong biji timah yang sudah lama ditinggalkan.
Kerana adanya sisa-sisa arang batu, bijih besi, ilmanit, beberapa topi keselamatan
yang penuh dengan lumut serta adanya terowong yang panjang. Lantainya ditutupi
lapisan tanah dan lumut yang tebal. Beberapa meja usang sudah dimakan anai-anai.
Mereka pun secara berhati-hati melihat ke sekeliling, suasana yang aneh dan bau
hanyir mula menusuk hidung.

"Aku rasa tempat ni bekas lombong tinggalan penjajah." Amran cuba meneka.

"Ha? Lombong penjajah?" Gila lah kau kata Husna.

"Ya, tu ada terowong. Mungkin tu terowong komunis?" Amran cuba membuat kesimpulan
sendiri.

"Kau hidu bau tu? tanya Husna" dia cuba menukar topik.

"mungkin bau dari terowong tu." jawab Amran seringkas-ringkasnya.

"Tak habis-habis dengan penemuan sejarah kau tu." kata Husna

"Shkkkkkkk...."

"aku rasa ada orang la dalam bilik yang tu.” Husna cuba menunjukkan bilik dipaling
hujung setelah mendengar bunyi dinding digesel."

"Shhhhhh...." Amran memberi isyarat supaya Husna menutup mulutnya.

Amran terdiam berusaha untuk mendengarkan bunyi yang didengar Husna, namun dia
tidak mendengar bunyi apa pun. Amran memberanikan diri berjalan menuju bilik itu.

"Siapa di sana?" tanyanya dengan gugup. Berlegar-legar soalan itu meroboh alam
fikirannya

Senyap.

"Mungkin Azra." Teka Amran dalam hati.

"Kita lari je lah." cadang Husna. Kebimbangannya semakin membakar.

Amran menghiraukan kata-kata Husna. Dia cuba menajamkan telinganya untuk mendengar
lebih teliti. Hanya kedengaran siulan angin seolah-olah membisikkan irama kematian
kepadanya.

Tiba-tiba, dia mendengar bunyi hempasan yang kuat. Amran segera menoleh ke arah
Husna.

"Weh. Jom jom. Ada orang kat sana." Amran segera berlari menuju ke bilik itu.
Kakinya dihayun dengan pantas sekali diikuti Husna yang setia mengejarnya dari
belakang.

Amran berusaha membuka pintu dengan mangga sebesar jam lonceng. Lama mereka
berusaha membukanya. Akhirnya membuahkan hasil setelah salah satu skrew tersebut
terlepas dari tempatnya. Meraka meneruskan menendang sekuat hati.

"Pap..." pintu terbuka.

"Azra....!" Kata Amran. Hanya perkataan itu yang terpancul dalam mulutnya. Tidak
lama kemudian, beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya.
👉👻📚

Maaf yang tertunggu2 part 21 & 22 ni siap menchat lagi suruh sambung cepat. Apa pun
Tq support.

Boleh baca full ep di wattpad 1-latest


https://my.w.tt/7UQIjc8f6M

Part 21

Mengapa kamu berbuat keputusan sedemikian tanpa berunding denganku?" Jerkah satu
suara.

"Oh Penghulu Dirandra" Kata Panglima Galang. Dia terperanjat dengan kemunculan
Penghulu Dirandra dan para perajuritnya dari sisi pintu singgahsana dalam
istananya.

"Siapa yang berani membawa masuk manusia ke dalam Kota Jeranggi ini!?" Soal
Penghulu Dirandra. Suaranya seakan-akan datang dari langit persis harimau sedang
kelaparan.

Seluruh isi Istana Pahlawan boleh kecut perut jika terdengar suara Penghulu
Dirandra.Wajahnya kelihatan tenang namun dari intonasi suaranya seperti dia seorang
yang sangat tegas. Walaupun Penghulu Dirandra masih muda, terkenal tampan dan gagah
perkasa di daerah kekuasaannya namun hakikatnya dia seorang yang lalai.

"Ampun Kurnia dari kami berdua Penghulu Dirandra." Kata Panglima Galang. Dia seakan
malas berbicara lebih banyak berbanding tadi. Dirinya serta merta menjadi sakit
hati melihat Pengulu Dirandra berada di hadapannya.

"Mengapa berbincang tanpa berunding denganku? Siapa yang lebih berkuasa di kawasan
Awan Mentari? Dan siapa sudah menceroboh masuk ke kawasanku? Sungguh aku rasa
terhina mengharapkan payungan mulia namun kamu kian mempermainkan aku." Kata
Penghulu Dirandra bersama renungan tajam yang menikam.

"Aku minta ampun bagi pihak manusia ini. Aku yang membawanya ke mari bukan Panglima
Galang." Jelas Pembesar Kurnia ringkas.

Penghulu Dirandra bercekak pinggang menahan marah. Dadanya masih turun naik. Namun
dia hanya mendiamkan diri risau jika mengeluarkan kata-kata kesat kepada atasannya.

"Sabar, bawa bertenang. Duduk dulu" Pinta Pembesar Kurnia yang masih mempunyai budi
bicara.

Kemudian Penghulu Dirandra pun duduk di kerusi yang diperbuat dari awan dan
berbantalkan baldu. Dia masih menahan marah. Diperintahkannya para perajuritnya
supaya kembali ke istana Awan Mentari.

"Sebenarnya aku telah menemuinya di pinggir awan mentari yang patut kamu awasi
setiap saat." Jelas Pembesar Kurnia.

"Mengapa Pembesar tidak membawanya terus menghadap aku? Bukankan ianya mudah? Tanya
Penghulu Dirandra dengan nada tenang.

"Aku tidak bermaksud lain dan bukan ingin menghina kamu namun tiada siapa berada
disana pada ketika itu hatta seorang askar pun tiada." sambung Pembesar Kurnia .
Penghulu Dirandra hanya menundukan kepalanya kerana dia tidak berani bertentang
mata dengan Pembesar yang lebih berkuasa darinya. Lidahnya menjadi kelu seperti ada
bebanan yang harus di tanggungnya.

"Aku kira Panglima Galang yang membawanya." Jawabnya ringkas. Seisi kayangan tahu
mereka berdua berselisih faham itulah sebabnya Penghulu Dirandra merasa marah.

"Bukankah Awan mentari patut kamu awasi setiap saat? Mengapa tiada siapa berada di
sana sehingga aku menemuinya? Jangan salahkan aku jika membawanya kerana aku hanya
menjalankan tugasku meronda seluruh kayangan ini termasuk istana Awan Mentari.

Penghulu Dirandra hanya terdiam. Berat mulutnya ingin menjawab hal demikian. Dia
tahu itu kecuaiannya.

"Begini Penghulu Dirandra aku sudah membuat keputusan dan kami sudah berbincang
akan membawanya menghadap Dewa. Aku rasa lebih baik kau turut membantu kami akan
hal ini lebih-lebih lagi kau telah membuat kesilapan besar pada hari itu. Ada ramai
askar pun tak boleh harap." Sindir Panglima Galang.

"Tunjukkan sahaja dia jalan keluar. Kamu lebih mengetahui selok beloknya." Pinta
Penghulu Dirandra.

"Tidak! Aku tidak boleh melaksanakannya. Perkara ini di luar Kemampuanku." Bantah
Panglima Galang. Matanya merah dan berair tanda dia sedang menahan marah.
Otot-otot di tangan mula mengejang.

Penghulu Dirandra tersenyum dalam hati.

"Jikalau begitu izinkan aku yang membantunya. Aku akan membawanya tika senja
melabuhkan layarnya. Itu sungguh mudah untukku laksanakan. Usah berunding dengannya
Pembesar Kurnia. Sampai bila pun dia tidak akan membantumu. Mungkin dia belum cukup
tahu lagi selok belok ke alam manusia." kata Penghulu dirandra dengan semyuman
sinis. Dia sengaja berkata demikian kerana ada niatnya yang tersembunyi.

"adakah kau cuba mempersendakan kemampuanku?" Soal Panglima Galang.

"Tidak. Aku ingin membantunya." Jawabnya ringkas.

"sebenarnya apa hajatmu datang kemari!? soal Panglima Galang.marahnya semakin


menjadi-jadi.

"Aku terdengar bunyi dentuman di langit seolah-olah ada perkara tidak diingin
menimpa kawasan ini. Aku khuatir jika kamu tidak mampu menanganinya." Jelas
Penghulu Galang.

"Oh. Kata panglima Galang ringkas.


Seketika kemudian, dia ketawa geli hati. Entah apa yang salah dibicarakan oleh
Penghulu Dirandra itu sehinggakan dia ketawa terbahak- bahak. Baginya itu kelakar.

"Apa yang kelakar?" Soal Penghulu Dirandra. Dia merasa dipermainkan.

"Tiada apa. Cuma aku hairan mengapa kau bertindak sedemikian dan beraninya
meninggalkan kawasanmu? Bukankah itu lebih bahaya?" Soal Panglima Galang.

Penghulu Dirandra terdiam seribu kata. Dia sedar akan kesilapannya.

"Memandangkan kau telah datang ke istana Pahlawan ini tanpa diundang, aku ada
sedikit hajat. Aku ingin kau membantu mengaturkan pertemuanku dengan Dewa ataupun
maharaja Daylam." arah Pembesar Kurnia kepada Penghulu Dirandra.

"Pembesar dan Panglima Galang yang ku hormati, fikirlah sebaik mungkin. Ada
kemungkinan jika manusia ini tidak dikahwinkan dengan Dewi Lestari aku khuatir dia
akan di humban ke langit berpanah yang mendung itu. Tidakkah kamu ingat akan kisah
lalu? Penghulu Dirandra cuba mengingatkan kisah lalu.

"Aku yakin Maharaja sama sekali tidak mempercayai manusia lagi.


Mahkota itu tidak akan lesap jika niat untuk membantu." Sambung Penghulu Dirandra
lagi. Dia cuba meyakinkan dan mencucuk-cucuk Pembesar Kurnia dan Panglima Galang.

Panglima Galang dan Pembesar Kurnia mengerutkan dahi seperti sedang berfikir.
Masing-masing berdiri dan duduk kemudian duduk dan berdiri cuba memikir cara
terbaik. Fikiran mereka masih ditujah kebingungan. Kata-kata Penghulu Dirandra
membuatkan mereka sukar membuat keputusan.

Beberapa minit kemudian, Penghulu Dirandra bersuara lagi.

"Bagaimana? Kamu masih mahu membawanya bertemu dengan Maharaja dan Dewa? Kesihan su
gguh nasib manusia ini kelak." Katanya lagi. Sengaja dia berkata demikian supaya
hati mereka berbelah bagi.

"Baiklah, aku akan menunjukkan manusia ini jalan keluar. Tiba-tiba Panglima Galang
mula bersuara.

"Aku akan membawanya Sebelum fajar kelihatan. Kerana itu lebih afdal dan ketika itu
tiada siapa yang perasan gerak geri kita."

"Adakah kamu benar-benar membuat keputusan ini? Soal Pembesar Kurnia kepada
panglima Galang yang dari tadi asyik berdiam diri.

"Mungkin ini jalan terakhir."


Jawabnya ringkas.

Pembesar Kurnia mengangguk tanda sama-sama bersetuju.

"Adakah kau ingin turut serta? tanya Panglima Galang kepada Penghulu Dirandra.

"Aku?... Aku... Baiklah, aku akan turut serta" Jawabnya Penghulu Galang tergagap-
gagap.

"Pergilah kau menyiapkan diri dan arahkan sesiapa supaya menjaga gerak geri dewa
dan maharaja." Beritahu mereka ini atas arahanku. Pinta Pembesar Kurnia kepada
Penghulu Dirandra.

"Perintah dijunjung Wahai Pembesar Kurnia." Jawab Penghulu Dirandra kemudian dia
berlalu pergi.

Tiba di sisi pintu berhampiran singgahsana, dia mula tersenyum sendiri. Akhirnya
rancangannya berjaya sehingga mereka terpedaya dengan helahnya.

"Aku akan mengambil takhta mu wahai Pembesar Kurnia dan aku akan menjatuhkanmu
wahai panglima Galang yang Bodoh " Bisiknya sendirian.

Sorri part ni tak berapa ngam di hati. I pun pening cari idea 😂

Part 22

Penghulu Dirandra tersenyum sendirian sambil memandang Istana utama yang terletak
di atas awan berwarna emas. Kesan pantulan istana dipermukaan air jelas tidak
kelihatan. Khayalannya serta merta terhenti.

"Ada hati nak arah-arah aku." Kata Penghulu Dirandra sendirian, ada intonasi protes
dalam suaranya.
Dia cuba bermonolog sendirian sambil tangannya pantas menulis segulung warkah di
atas tatal.

Usai habis menulis dia segera turun dan keluar dari tempat peraduannya.Dengan
segera dia melompat ke atas kuda dan menunggangnya.

"Perjuangan perlu dilunaskan dengan segera." Bisiknya dalam hati.


Dia menghayun tali yang ada di leher kuda itu tanpa henti bahkan mulutnya terkumat
kamit agar kuda tersebut dapat terus berlari lebih pantas.

Tiba di Istana Utama Kayangan,Penghulu Dirandra menghentikan kudanya dan berjalan


dengan pantas. Pipinya mula menjadi suam.

Pengawal di Istana tunduk hormat dan mula membuka pintu gerbang.


Gulungan warkah yang berwarna kuning itu masih kemas di dalam genggamannya. Dia
tersenyum kerana sebentar lagi agendanya dapat direalisasikan.

Dengan segera Penghulu Dirandra menyerahkan bingkisan warkah itu kepada Setiausaha
Sulit Maharaja Daylam. Tidak sabar dia ingin melihat pendedahan itu supaya dapat
menghangatkan lagi senario tersebut.

Lalu dibuka dan dibacalah warkah dari segulung tatal itu yang panjangnya dua depa.
Suratnya berbunyi.

(Ampun Kurnia Buat tuanku, Maka sembah seluruh kayangan kepada Maharaja Daylam.
Patik merafak sembah kepada Maharaja Daylam memohon tuanku mencemar Duli sebentar
sahaja untuk mendengar warkah dari Patik Penghulu Dirandra dari daerah Awan
mentari.

Ampun Kurnia Maharaja Daylam.

Patik menyembah memohon ampun sekiranya pembukaan mukadimah


Warkah ini agak kasar tetapi memandangkan kesemua pintu
telah tertutup untuk menyelesaikan masalah yang ada telah terputus, maka patik
merafak sembah kepada Maharaja Daylam berserta Dewa dan Dewi. Untuk pengetahuan
tuanku, Pembesar Kurnia dan Panglima Galang telah menghianati dengan membawa masuk
manusia ke Kota Jeranggi secara sembunyi dan tanpa pengetahuan tuanku. Jika mereka
didapati bersalah, hukumlah mereka secara Syarak jika tidak alamatnya Kota Jeranggi
ini akan binasa.)

Setelah selesai mendengar perkhabaran tentang perihal tersebut, betara mula merasa
marah lalu bertitah.

"Cis, berani mereka derhaka padaku!"

Betara terus murka setelah mendengar khabar yang dibawa oleh


Penghulu Dirandra.

"Bawa mereka bertiga menghadap beta!" Titah Maharaja Daylam.


lantas mengerahkan bala tenteranya untuk bersiap sedia mengepung istana Pahlawan
dan istana Pembesar Kurnia.

"Perintah dijunjung tuanku."


Maka berangkatlah para perajuritnya menuju ke sana dengan pantas sekali.

*******************

Reza asyik termenung memandang dada langit teringatkan teman-teman serta


ibubapanya. semakin di ingat semakin memuncak rindunya pada kemesraan bersama
Husna.

"Reza kau sayang aku tak? Kalau tak sayang aku taknak kawan kau lagi. "
kata Husna.

"sayang ke tak, hati aku bukan siapa pun tahu. cuma takut nanti terlanjur terlalu
sayang tapi tak dijaga rapi pula." Jawab Reza.

"Kalau kau sayang aku dan persahabatan kita ni, kita jaga la sebaik mungkin." Husna
tersenyum memandang Reza hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Kau sayang persahabatan kita aje?" soal Reza lagi.

Nafas Reza jadi tak tentu hala tatkala bait-bait ucapan Husna mula terngiang-ngiang
di otaknya. Serpihan kekesalan mula tersemat di sanubarinya kerana tidak berterus
terang. sesekali dia tersenyum tawar mengenang segalanya yang sudah punah dimamah
waktu.

Bunyi bising di luar sana serta merta menerbangkan lamunan Reza. Riuh rendah
kedengaran. Dia hampir terleka kerana asyik mengelamun mengenangkan kenangan
sewaktu di alam sekolah bersama Husna. Kedengaran suara nyaring dari udara
menandakan bala tentera udara sudah mengepung istana itu. Bala tentera di darat
pula bersorak-sorang mengepung dengan askar yang ramai. Reza berlari dengan pantas
mencari kelibat Pembesar Kurnia.

"Tok... Tok....!" Jeritnya dengan cemas.

"Ha, ada apa anakku?" Soal Pembesar Kurnia yang sedang sibuk menyusun sesuatu
seperti mahkota, bentuknya bercahaya dengan kelap-kelip permata yang melingkar.

"Kenapa ramai sangat makhluk aneh kat luar tu? Macam nak perang je?"

Pembesar Kurnia dengan segera menuju ke tingkap berdekatan dan memandang ke luar.

"Harapkan pagar, pagar makan padi! Tak guna punya Penghulu Dirandram dia khianati
aku! Dengus Pembesar Kurnia.

Reza dan pembesar Kurnia seperti tahu apa yang telah berlaku kerana kedudukan
mereka tidak sudah selamat.

"Anakku, Penghulu Dirandra sudah memasang strategi untuk menyampaikan berita


nengenai kamu kepada Maharaja Daylam. Rahsia kita sudah terbongkar."

Reza terdiam. Dia sudah kehilangan keseimbangan emosinya.

"Ayuh, kita harus segera meninggalkan kawasan ini dan pergi menemui Panglima
Galang. Kita harus menceritakan segala yang berlaku" arah Pembesar Kurnia.

Reza hanya mengangguk dan turut mengikut apa yang disuruh.

To be continue.

Sorry kalau tak best part ni. 😂


👉📚👻

Bab 23 / 24 /25 / 26

Full episod di wattpad


https://my.w.tt/hAJjVR6rcN

Bab 23

Azra....!" Kata Amran. Hanya perkataan itu yang terpancul dalam mulutnya. Tidak
lama kemudian, beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya.

Mulut Amran seperti terkunci seribu bahasa. Peluh yang membasahi seluruh tubuh sasa
itu tidak henti-henti mengalir dari kulitnya.

Mereka terdiam seketika apabila melihat sekujur badan tersandar lesu tanpa
pergerakan. Mata Azra sudah cekung dan mulutnya dicekup menggunakan baju dengan
ikatan tali pinggang di lehernya sehingga nafasnya sukar untuk dihela. Dahinya
merintik peluh dek kerana tangannya diikat di belakang.

Agak lama juga mereka berdiri di tempat yang sama, serba takut untuk menggerakkan
tubuh itu.

"Azra... Azra...." Husna segera menghampirinya risau jika temannya itu tidak
bernyawa. Perlahan-lahan Husna menarik keluar kain yang ada di mulut Azra. Tali
pinggang yang mengikat kuat di lehernya itu dibuang dengan berhati-hati. Risau
makin menjerat dilehernya.

"Azra.... Kau ok tak?" Husna bertanya dengan air mata jatuh berderai umpama jutaan
debu yang berkeliaran.

"Kami ada kat sini. Kami akan bawa kau keluar dari sini." Kata Amran cuba meredakan
kegusaran di dalam hatinya.

Amra cuba mengerakkan tubuh Azra beberapa kali, namun tiada sebarang respon.

"Macam mana ni Amran, sejuk lah badan Azra." Tanya Husna yang mula kebingungan.

Amran segera menarik pergelangan tangan Azra, kemudian tapak tangannya digosok
berkali-kali mengharapkan haba yang terhasil dapat memanaskan diri Azra sambil
memeluk sahabatnya itu dengan kemas dan erat.

Tidak lama kemudian, Azra yang pengsan tadi tiba-tiba terbatuk. Batuknya itu tidak
dapat dijumlah berapa banyak sudah bertaburan di atas lantai.

Azra menjadi huru hara memandang disekelilingnya seperti sedang mengalami trauma.

"Lepaskan aku. Kau nak bunuh aku ke ha. Aku sepupu kau lah. Tolong......" Jerit
Azra.

"Shhhhhhhh... Rileks ok. Ini Amran. Kami tak buat ape-ape pun kat kau Jangan
risau kami ada kat sini. Berulang kali Amran berusaha menenangkan temannya itu. Dia
cuba meneutralkan nafas Azra yang turun naik tanpa henti.

"Amran... husna.... aku takut."


"Shhhh, dah dah... Kami ada kat sini. Rileks ok? Kita pergi dari sini. kata Amran
cuba memujuk Azra.

"Wow..... Hebat.... Hebat..."

Faiq menerjah mereka dan dia sudah berdiri di hadapan mereka sambil bertepuk
tangan.

"Drama ape pula ni? Ingatkan dah mati." Faiq ketawa mengejek.

"Kau nak ape ha?" Soal Amran dengan berani, dia cuba merapatkan tubuhnya dengan dua
gadis itu demi keselamatan.

"Kalau setakat cakap kosong baik tak payah, nyawa sendiri pun dah nyawa-nyawa ikan
ade hati nak selamatkan orang. Kalau kau nak tahu, tangan ni dah pernah rampas
nyawa orang lain. Dan aku takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama pada
kamu semua demi Husna."

"Kau gila. Kau memang gila. Sampai mati pun aku takkan terima kau." Jerit Husna
melepas perasaan. Sungguh, dia sudah teramat benci pada Faiq. Dia terlalu jijik.

"Gila? Hahaha memang aku Gila. Gilakan kau! Sekurang-kurangnya aku dah dapat ratah
tubuh kau tu. Reza dapat apa?" Hatinya seperti mendidih bila ditolak terang-
terangan.

"Kasihan kau kan Faiq. Sebab dendam dan cinta ditolak kau sanggup buat kerja bodoh"
Sampuk Amran.

Faiq hanya menjeling ke arah Amran. Dia hanya fokus pada wajah wanita yang
dicintainya

"Diamlah perempuan sial! Baik kau tutup mulut kau tu. Oo dah berani la bila depan
geng kau ni? Kau ingat ni, Aku akan buat kau tersungkur di kaki aku. Jangan cuba
nak lari lagi."

Genggaman di tangan Amran sudah kemas membuat satu bulatan penumbuk. Otaknya ligat
berfikir idea untuk melarikan diri. namun tiada satu idea yang masuk. Dia benar-
benar menjadi serabut.

"Aku cintakan Reza! Kau sampai mati pun aku takkan maafkan perbuatan kau kat aku.
Aku akan tuntut semua ni bila dah keluar dari sini!" Bentak Husna lagi.

Semakin panas dan membara hati Faiq bila terdengar luahan hati Husna. Lagi-lagi
nama itu disebut dihadapannya. Dengan sepantas kilat, tangannya terus mencengkam
rambut perang Husna itu. Pelakuan kasar Faiq mengejutkan Amran dan Azra.

"Arghhhh.. Sakitlah. Lepas lah."

"Hoi, kau lepaskanlah Husna," tengking Amran. Dia cuba memberi amaran kepada Faiq
yang kelihatan begitu terdesak menghunus sebilah pisau yang baru dikeluarkannya
dari poket jeansnya.

Husna cuba menyepak kawasan sensetif Amran. Ternyata hasilnya berjaya. Faiq
mengaduh kecil. Namun dia masih mampu menghentam balik Husna dan berlakulah
pergelutan di antara Amran, Husna dan Faiq.

Azra hanya berdiri dan mendiamkan diri. Takut dia hendak maju kehadapan. Namun
melihat pergelutan itu semakin teruk dia cuba membantu dengan sedaya upayanya.
"Stop Faiq. Bawa mengucap! Aku dari kecil kenal kau. Kau bukan macam ni!" Kata Azra
cuba menyuruh Faiq berhenti.

"Kau diamlah!"

Faiq segera menolak tubuh Azra namun ketika bergelut, libasan pisau itu mengena
perut Azra. Matanya terbuntang kerana terkejut dengan reaksi spontan itu.

Terkejut mereka melihat darah yang semakin banyak mengalir keluar di pergelangan
tangan Azra. Dia cuba menekan perutnya dengan kuat agar darah itu tidak terus
menerus mengalirkan cecair merah.

"Kau.... Kau.. tikam Azra? Kau nak bunuh Azra?!! Sepupu kau sendri? Kata husna
mulut nya tergagap-gagap ketakutan.

"Apa... Apa... Aku dah buat ni.?" Faiq menarik rambutnya dengan kuat dan tidak
lepas matanya memandang Azra yang sedang dipeluk oleh Husna.
Amran terpaku melihat kejadian itu tanpa bersuara. Dia masih dalam keadaan
terkejut.

Sori lambat updated esk janji satu part lagi

Bab 24

Reza hanya mengangguk dan turut mengikut apa yang dipinta.

Usai mencapai serbannya, Pembesar Kurnia bergegas turun ke tingkat bawah. Mata
Pembesar Kurnia melilau memastikan keadaan di dalam istananya. Reza hanya
mengikutnya dari belakang.

"Tunggu disini. Tok nak pastikan tempat ni selamat. Kalau ada orang panggil Tok
cepat."

Namun, belum sempat beberapa tapak Pembesar Kurnia berjalan, Reza segera
memanggilnya lagi.

"Tapi Tok, sampai bila kita nak melarikan diri. Biarlah kita mengalah dulu. Kan
lebih senang kita menghadap maharaja dari kita terus main sembunyi-sembunyi macam
ni." Reza cuba mencari dan menyusun ayat yang paling sesuai untuk meluahkan apa
yang terbuku di hatinya.

Pembesar kurnia hanya menghela nafas halus. Jika diikutkan hati mahu saja lari saja
dari situ. Tetapi dia tidak mahu dianggap dan digelar pengecut.

"Tok tahu, Penghulu Dirandra sengaja buat begini. Jika kita teruskan sahaja
rancangan sebelum ini, mungkin perkara ini tidak akan berlaku! Kata Pembesar Kurnia
lagi." Dia mengurut dada, menahan marah yang membuak-buak.

"Maafkan saya Tok, ini semua salah saya sehingga melibatkan Tok dan Panglima Galang
dalam hal ini. Tetapi saya mohon demi kebaikan Kota Jeranggi, biarlah kita bersama-
sama selesaikan dengan cara baik." celah Reza dia hanya mampu menampar diri sendiri
apabila melihat wajah Pembesar Kurnia yang dirundung duka.

Pembesar Kurnia hanya menepuk bahu Reza. Dia tahu apa yang dirasakan Reza ketika
itu.

"Kamu seorang yang berani, puji pembesar Kurnia. Mari kita ke sana, tapi sebelum
tu, Tok nak bagi ni.Ambillah mutiara hijau ni. Simpan elok-elok jangan sampai
terlepas dari genggaman. Saat genting baru gunakan.
Reza hanya memandang mutiara sebesar guli yang berada di tapak tangannya. Tanpa
banyak soal dia mengikut langkah kaki Pembesar Kurnia.

*************

Pembesar Kurnia pun bersemayam di atas takhtanya menanti bala tentera itu merempuh
masuk ke dalam istananya. Entah apa yang merasuk fikiran Pembesar Kurnia, dengan
mudah berubah fikiran. Pembesar Kurnia seperti tersepit di antara keinginan hati
dan kerisauan fikiran.

Angin malam itu kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah. Reza masih
bersama fikiran yang rancu dengan kebimbangan.
Dadanya seolah-olah mahu pecah menampung ketakutan. Menyesal dia memberi cadangan
begitu pada pembesar Kurnia.

"Assalamualaikum Pembesar Kurnia."


Sapa seorang askar yang berjaya merempuh masuk ke dalam istana itu. Kemudian dia
berjalan perlahan-lahan menghampiri dewan menghadap yang berada tingkat bawah itu.
Sememangnya dewan itu memang dijadikan tempat bagi Pembesar Kurnia menerima dan
menghadap tetamu kehormat seperti utusan dan tetamu kenamaan.

"Walaikumsalam." Jawab Pembesar Kurnia. Raut wajahnya kelihatan begitu tenang.

"Ampun Kurnia dari hamba. Tidakkah tuan hamba takut dengan kehadiranku?" Soalnya
sambil ketawa mengejek. Pakaiannya lengkap dengan senjata. Dia mengirai sayapnya
dengan penuh keyakinan.

Tajam mata Pembesar Kurnia merenung wajah askar yang ketawa mengejek sebelum askar
itu menyambung ayatnya.

"Adakah Tuan hamba sudah sedia maklum tentang kehadiranku?" Soal askar itu lagi,
sesekali mulutnya mengukir senyuman penuh sinis.

"Apa gerangan hajatmu kemari? Katakanlah apa saja yang ingin kau katakan. Patik
sudi mendengarnya. Kata Pembesar Kurnia.

"Untuk apa hamba meredah panas dan hujan dikala ribut petir melanda namun hamba
tetap berlatih separuh mati kerana hamba tahu hamba ada tujuan!" Jawab Askar itu.

"Teruskan." Kata Pembesar Kurnia spontan. Dia seperti malas menyoal panjang lebar.

"Dengan hati yang terbuka, Maharaja Daylam mengirim hamba sebagai seorang utusan
yang membawa titah secara lisan. Seluruh kayangan di Kota Jeranggi ini berasa gusar
dengan malapetaka yang menimpa Kota kini. Maharaja Daylam bertitah supaya Tuan
Pembesar Kurnia berbesar hati menghadapnya dengan segera bersama manusia itu."

Ada debaran yang tiba-tiba menggila di jantung Reza saat mendengar kata-kata utusan
itu. Dia menjadi cemas. Pembesar Kurnia memandang Reza sekilas, dia seperti faham
melihat raut wajah Reza.

"Titah Raja adalah titah yang tidak dapat dilawan. Aku khuatir betara semakin murka
padaku. Baiklah, aku akan membawanya menghadap Maharaja. Tapi Tunggu sebentar, aku
ingin mengambil beberapa keperluan yang penting untuk di bawa ke sana."

"Baiklah, bawa sahaja semuanya biar lengkap ketika berada dalam tahanan itu nanti.
Mari hamba temankan." kata askar itu.

"Tidak perlu! Patik masih waras! Pinta pembesar Kurnia. Kata-kata Askar itu
kedengaran lembut namun masih boleh menyumbat telinganya. Ketika itu terasa langit
tinggi menghempap kepala. Tidak mungkin Askar itu sengaja berkata demikian atau dia
sudah tersasul.

"Baiklah. Silakan." kata utusan itu sambil tunduk hormat apabila Pembesar Kurnia
sudah berdiri dari takhtanya.

"Tau pun diri tu sape, ada hati nak lawan Pembesar." Reza bermonolog sendirian.
Geram dia melihat aksi utusan yang bodoh sombong itu.

"Buat apa tercegat lagi disana. Mari ikut Tok." pembesar Kurnia memanggil Reza
sekali untuk bersamanya risau jika dia di apa-apakan.

Mereka pun menuju ke sebuah dewan santapan.

"Almira......Almira...." Pembesar Kurnia melaung memanggil pembantu yang paling


dikasihinya.

Setelah dipanggil beberapa kali, barulah pembantu itu muncul di hadapan mereka.

"Ya Pembesar Kurnia." Jawab waniTa bernama Almira itu.

"Oh ini rupanya almira." Bisik Reza dalam hati. Almira wanita yang membantunya
suatu ketika dulu bersama pembesar Kurnia.

"Aku pecah berita bahawa maharaja Daylam mahu menahanku. Kamu tahu kan apa yang
perlu kamu lakukan?" Arah Pembesar Kurnia.

"baiklah Pembesar kurnia, akan ku turuti permintaanmu jika ini yang tuan pinta."

Bab 25

Kelembaban embun yang begitu diingin memang tiada tandingan sehingga menyebabkan
kabus tebal itu mengehadkan pandangannya.Sejuknya mula meresap hingga ke tulang
sesekali nafasnya dirudung kesesakkan.

Dalam langkah yang begitu pantas, matanya tidak henti-henti mengerling ke kiri dan
ke kanan. Dia menjadi buntu mengapa begitu sukar untuk menjejaki mereka. Utusan itu
pun terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

"Bedebah! Peluang baik tak digunakan! Sudah terlambat baru sibuk terkejar-kejar.
Mampus la aku" bisiknya sendirian.

Tanpa membuang masa, utusan itu pun terus menghadap Maharaja Daylam di Istana.

"Ampun Tuanku, Ampunkan hamba. Pembesar Kurnia serta Manusia itu sudah belot dan
berjaya melarikan diri." Tanpa berfikir panjang utusan itu menyampaikan perkhabaran
tersebut pada maharaja Daylam mengenai perbuatan Pembesar Kurnia yang dianggap
keji.

"Apa! bagaimana ini boleh berlaku!" marah Maharaja Daylam lagi. Mendengar berita
itu tentu saja Maharaja merasa amat marah.

"Hamba tidak... Tidak tahu." jawab utusan itu tergagap-gagap.

"cis, Apakah kamu semua ini memang tidak boleh diharap?" tengking Betara lagi.

"Hamba....hamba.... cadangkan kita menyekat jalan menuju ke alam itu, supaya mereka
tidak terlepas begitu mudah." Utusan itu memberi satu cadangan lalu tunduk.
"em... Bagus cadangan tu" puji maharaja Daylam.

"Fuhhh! Nasib baik.!" keluh utusan itu sambil mengelap dahinya yang sudah dibasahi
keringat.

"Sekarang, beta mahu kamu lakukan apa sahaja supaya dapat mencari mereka. Jangan
sesekali menconteng arang di muka beta!" titah maharaja Daylam.

+++++++

Di istana Pembesar Kurnia sebentar tadi.

"Baiklah Pembesar kurnia, akan ku turuti permintaanmu jika ini yang tuan pinta."

"Utusan.... utusan...." Jerit almira sambil berlari-lari anak menghampiri utusan


itu. Wajahnya pucat lesi memandang Utusan itu.

"Ada apa wahai pembantu yang jelita?"

"Aku melihat dengan kedua biji mataku, Pembesar Kurnia dan manusia itu sudah
melarikan diri ke arah awan mentari menggunakan gerbang kasih."

Mendengar perkhabaran itu, utusan itu segera mengarahkan tentera yang lain menuju
ke awan mentari. Mereka terpedaya dengan taktik itu lalu segera mengejar Reza dan
Pembesar kurnia.

+++

"Ini dia Mutiara yang Tok perlukan." kata almira sebentar tadi sebelum memanggil
utusan itu.

"Terima kasih. Kamu memang seorang yang taat. Mutiara kepunyaanku sudah ku beri
pada anak ini."

"Anak, cepat masukkan dalam mulut mutiara hijau itu." arah Pembesar Kurnia.

Mereka pun segera memasukkan ke dalam mulut dan........

"Eh, tok saya jadi halimunan ke ni? tok nampak saya tak?

"Tak nampak. Jangan bising nanti kita ketahuan. Mari kita segera ke Istana
Pahlawan!"

++++

Askar-askar itu pun menuju ke danau untuk sampai ke awan mentari menggunakan
tentera udara dan tentera bahagian daratan. Bunyi sayap-sayap yang kuat itu
mengepak dengan gagah seakan ingin membelah langit.

Apabila hampir sampai di Awan Mentari, mereka dapati ada tiga lapis tentera cuba
menghalang mereka untuk terus bergerak menuju ke dalam.

"Apa geranganmu datang ke mari? Soal Penghulu Dirandra?"

Utusan itu segera membiarkan soalan yang keluar dari mulut Penghulu Dirandra.
Matanya masih melilau mencari kelibat Pembesar Kurnia.

"Celakalah kau Wahai wanita pembohong! Kata Utusan itu dengan marah. Kemudia dia
memberi isyarat berundur pada tentera yang lain dan kembali ke istana Utama.

****************

Di Istana Pahlawan

Panglima Galang memandang disekelilingnya apabila terdengar satu suara memanggil


namanya. Sayup-sayup ia kedengaran. Suara itu saling tidak tumpah seperti suara
Pembesar Kurnia.

"Sini.. Wahai Panglima Galang."

Akhirnya kelibat mereka kelihatan berada dihujung tingkap.

"Pembesar Kurnia.! Mengapa tergopoh-gopoh?" Tanya Panglima Galang kehairanan.

"Penghulu Dirandra sudah mengkhianati kita. Aku ke sini menggunakan gerbang kasih
dan mutiara hijau." Kemudian Pembesar kurnia menceritakan segalanya mengenai hal
itu.

Panglima Galang memicit-micit dahinya yang tidak sakit. Dia menjadi bingung.

"maafkan saya Panglima Galang. Ini semua salah saya." Kata Reza. Dia benar-benar
merasa bersalah dan menyusahkan kedua Makhluk Bunian itu.

"sudahlah. Mari aku tunjukkan jalan itu. Apa yang terjadi selepas ini biarlah
terjadi." ujar Panglima Galang sambil melangkah ke suatu arah dan segera menyambar
kotak berisi Mutiara.

Bab 26

Jalan yang mereka lalui itu penuh dengan tumbuhan yang sentiasa tunduk memberi
hormat kepada Pembesar Kurnia dan Panglima galang. Mereka seakan bernyawa.

Kesal Reza sentiasa memanjang sepanjang jalan menuju ke hujung kabus yang dikatakan
oleh Panglima Galang. Beberapa persoalan sentiasa bermain di mindanya. Dia risau
apa akan terjadi pada kedua makhluk itu selepas ini. Mampukah dia kembali ke alam
nyata. Boleh atau tidak, hanya mereka sahaja yang boleh membantu dia mencari jalan
pulang.

"Kita sudah sampai." Jerkah Panglima Galang.

Lamunan Reza serta merta melayang pergi.

"Jalan terus ke sana. Kamu akan kembali ke alam kamu." kata Panglima Galang sambil
jarinya menunjuk ke penamat kabus itu.

Reza hanya mendiamkan diri. Adakah ini yang dia mahukan. Kembali ke alamnya atau
tetap berada di sana? Kerana dia sudah merasakan putik-putik kemesraan bersama
makhluk itu.

"Pergilah. Kembalilah bersama keluarga kamu. Kami akan uruskan hal ini sendiri.
Jangan khuatir." kata Pembesar Kurnia setelah melihat raut wajah Reza yang muram
dan sedih. Dari suara Pembesar Kurnia, kedengaran sayu sahaja. Mungkin dia merasa
sedih Reza sudah ingin meninggalkannya.

"BERHENTI...!" Jerkah satu suara.

Mereka segera menoleh ke belakang.


"Mereka dah datang!" Kata Panglima Galang.

"Mereka sudah menghidu jejak kita." Kata pembesar Kurnia dengan suara yang tenang.

"Jangan berani melarikan diri!" arah suara itu dari jauh. Samar-samar kelihatan
wajah pemilik suara itu. Namun yang pasti dia sedang menghunuskan panah ke arah
mereka.

"Tolong, jangan tarik anak panah itu. Aku akan mengikut kemahuanmu." kalimat itu
keluar dari mulut Reza. Detak jantungnya seolah berhenti.

"Kamu diam disana! Tengking Panglima Galang. Dia tidak mahu Reza bersuara.

Reza terkesima apabila dibentak sedemikian rupa. Merah padam mukanya menahan malu.

"Adakah kamu lupa siapa aku? soal Panglima Galang pada suara tadi."

"Jangan kau banyak bicara dan jangan kau berani bergerak walaupun hanya satu
langkah!" kemudian suara itu kembali menghardiknya disertai anak panah yang
terbenam di atas tanah berhampiran kakinya.

Panglima Galang merasa terancam lalu dia mengeluarkan pedang yang berada di
pinggangnya. Hanya dengan sekali libasan terpancar cahaya yang boleh memeritkan
mata apabila melihatnya disertai bunyi yang luar biasa hebat. Tekanan udara menjadi
kuat hingga memekakkan telinga dan boleh memecah udara di kawasan itu.

Disebabkan oleh keadaan itu, seluruh kawasan itu bergoncang dengan kuatnya.
Pembesar Kurnia dan Reza merapatkan diri sesama sendiri.

Suara-suara tentera menjerit melalak meminta tolong jelas kedengaran di cuping


telinga mereka.

"Berani kau hendak menentang aku. Aku pahlawan terbilang. Jika kamu menghianati aku
seluruh kayangan ini akan musnah!!!!" Jerit Panglima Galang dengan marah. Pekikan
suaranya boleh menyebabkan tanah terbelah dan merekah.

"Pergi cepat ke sana. Jangan berlengah lagi. Mentari akan keluar sebentar lagi."
Arah Panglima Galang.

Reza mengangguk tanda mengikut arahan itu.

"selamat tinggal Tok. Aku akan sentiasa mengingatimu." Kata Reza walaupun dalam
keadan huru hara itu.

titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mata Pembesar Kurnia.
Dia memeluk Reza dan mengucapkan selamat tinggal untuk selamanya. Sempat dia
memberi sesuatu pada reza dan menyuruh reza menyimpannya dengan baik. Mungkin
selepas ini mereka akan lenyap bila dihukum oleh Maharaja Daylam.

Reza pun menuju ke arah kabus tebal itu. Sesekali matanya Memandang Pembesar Kurnia
seraya melambai. Dia sedih akan kehilangan seseorang yang begitu mulia di matanya.

Ketika berulang kali Reza cuba untuk terus mara, dia seperti terjatuh kedalam
jurang yang sangat dalam.
Dia merasakan tubuhnya melayang, hingga akhirnya dia dapat merasakan tubuhnya
terhempap di suatu tapak yang sangat keras.

"Aduhhhhhhhhh....." Reza mula merengek menahan kesakitan yang teramat di pengkal


pahanya.

Dia memandang kiri dan ke kanan?

"Aku.. Aku... Kat mane lagi nih? Soalnya dalam hati. Dia kehairanan.
👉📚👻

Bab 27/28/29

Full episod https://my.w.tt/EjRvH7ZdeN

Bab 27

Apa... Apa... Aku dah buat ni.?" Faiq menarik rambutnya dengan kuat dan tidak lepas
matanya memandang Azra yang sedang dipeluk oleh Husna.

Amran terpaku melihat kejadian itu tanpa bersuara. Dia masih dalam keadaan
terkejut.

"Ini semua salah kau Faiq!" Tiba-tiba Amran menjerit.

Dia cuba menggengam penumbuknya sambil merenung tajam ke arah Faiq yang sedang
berdiri tegak di hadapannya. Amran cuba mengawal perasaan marahnya bila melihat
Azra sudah tercungap-cungap.

"Bertahan Azra. Tak lama lagi kita keluar dari sini!" kata Husna dia cuba memberi
semangat kepada Azra.

Darah Azra kian banyak mengalir keluar dari bekas tikaman pisau yang ditusuk oleh
Faiq tadi. Azra sedaya upaya cuba memandang wajah Husna yang berada dihadapannya
kerana pandangan semakin kelam.

Perlahan-lahan Azra melawan matanya supaya tidak tertutup. Mujurlah cahaya yang
masuk menerusi jendela itu menyilaukan pandangannya.

"Kepala aku rasa berat sekali. Aku nak mati ke?" Soal Azra lagi.

"Hei, jangan cakap macam tu lah. Bawa mengucap Azra." Kata Husna dengan lembut.

Husna cuba menekan kuat perut Azra untuk menghalang darah itu terus menerus keluar.
Fikirannya ligat mencari cara agar temannya itu dapat bertahan. Titisan air matanya
semakin lebat membasahi pipinya yang gebu.

"Maafkan aku Husna. Aku yakin kau akan jumpa Reza kelak." Kata Azra dengan nafas
tersekat-sekat. Sempat tangannya membelai dan mengelap airmata temannya itu sambil
tersenyum walaupun menahan sakit.

"Azra jangan cakap macam ni." kita.kan dah janji nak sama-sama keluar dari sini.
Kan kita nak konvo sama-sama." Kata Husna lagi. Dia cuba mengingatkan janji mereka.

Azra seperti ingin berkata sesuatu lagi, namun lidahnya seakan menjadi pendek. Amat
sukar dia hendak menuturkan kata-katanya di saat itu.

Husna cuba memangku kepala Azra dan memeluknya.

"Azra, kau dah banyak kehilangan darah." Kejap lagi kita keluar ya. Pujuk Husna
lagi.

Namun tiada sebarang respon dari Azra. Dalam kesukaran bertarung nyawa, Azra
menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Husna.

Husna hanya membiarkan air matanya menitis apabila melihat tubuh temannya itu sudah
kaku. Dia membiarkan sahaja air matanya jatuh setitik demi setitik membawa
kesedihan yang menghempap pilu dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, Faiq ketawa terbahak-bahak seperti orang tidak siuman sambil
mendongak memandang siling. Perangainya tiba-tiba sahaja berubah apabila melihat
sepupunya sudah tidak bernyawa.
Dia seperti sudah hilang kawalan. Namun di sudut hati dia menyesal yang teramat!

"Kau pembunuh Faiq! Kau pembunuh! Lantang Husna.

"Apa yang kau cakap ni? Aku tak bunuh orang. Dia yang nak jadi hero kan. Jadi kau
jangan nak buat lawak bodoh boleh tak?" soal Faiq menyinis. Dia masih tidak mahu
mengaku.

"Kau memang setan?!" jerkah Husna. Air matanya mengalir lesu. Kedengaran gelak tawa
Faiq bergema pada setiap pelusuk ruang itu.

Amran yang hanya mendiamkan diri tadi cuba merampas pisau yang dipegang Faiq. Namun
Faiq sedar akan perbuatannya. Apakan daya, mata pisau itu sempat mengena wajahnya.
Dengan satu kali libasan, faiq telah merosakkan wajah tampan yang dimiliki Amran.

Faiq serta merta lari lintang-pukang kerana sedar akan perbuatannya. Dia diserang
bermacam perasaan. Amran yang marah akibat luka cuba untuk mengejar Faiq namun
dihalang oleh Husna.

"Biarkan dia. Lebih baik kita pergi dari sini cepat." Kata Husna dengan perlahan.

Amran cuba bertenang. Yang kedengaran hanyalah dengusan nafas yang menahan marah.
Dia mengesat darah yang mengalir di pinggir pipinya.

"Macam mana nak bawa mayat Azra ni?" soal Husna.

"kita terpaksa tinggalkan disini." jawab Amran spontan.

"Kau gila ke?"

"Habis kau nak aku buat ape? Kau nak aku angkat mayat ni bawa balik khemah? Kau
bodoh ke? Kau nak kita pula yang dituduh sebab membunuh? tengking Amran. Dia sudah
hilang kawalan. Berlakulah pertelingkahan kecil antara Husna dan amran.

Husna hanya merenung tajam mata Amran yang sudah merah itu. Kemudian perlahan-lahan
kakinya melangkah dan dia pun duduk disamping mayat yang terbaring tanpa sebarang
nyawa. Saat itu dia cuba mengerti apa yang terjadi semuanya disebabkan dirinya.

"Aku yang bawa korang pergi sini? Kalau tak benda ni tak jadi" kata husna sambil
tangisan menemaninya.

"Shhhh. Sudahlah. Aku minta maaf. Aku tak sengaja tadi." Kata Amran. Dia datang
dari belakang dan kedua-dua tangannya melingkar di perut Husna. Pelukan itu
menunjukkan yang dia turut merasa kesedihan yang sama.

Husna hanya membiarkan pelukan itu. Dia dapat merasakan satu perlindungan dari
seorang lelaki.
"marilah kita pergi, nanti Faiq datang pula." Ajak Amran

Husna mengangguk tanda setuju, dan mereka pun meninggalkan tempat itu dengan
segera.

Bab 28

"Aku tak bunuh Azra! Aku tak bunuh Azra! aku tak bunuh dia! aku sayangkan dia."
Jerit batinnya. Sakit kepala Faiq memikirkan hal itu. Fikirannya sudah dirasuk
ingatan yang bukan-bukan.

"Kau tak ingat ke yang kau ni seorang pembunuh? Kau tak sedar ke Faiq?" kata suara
itu.

Faiq meraup wajahnya kerana perasaan berkecamuk melanda hatinya.

"Kenapa dengan kau ni? Cepat sangat mengalah. Ini yang kau mahukan. Jadi, memang
padan kau bunuh dia!" Faiq hanya mendengar bisikan-bisakan halus yang sedang
berkata-kata dengan dirinya.

"Tak, tak, aku tak salah." Kata Faiq. Air matanya mengalir keluar. Dia bercakap
seorang diri.

"Bodohlah kau! Kau yang bunuh dia! Bukan dia bunuh diri! Hei, kau jangan lupa,
Husna milik kau seorang. Kau jangan pernah lupa! Kau patut cincang kawan-kawan kau
yang lain biar tiada siapa tahu apa yang kau dah buat! Kau nak meringuk dalam
penjara seumur hidup? Kalau nak, kau biarkan lah mereka bebas. Dan kau akan
menyesal seumur hidup. Itu yang kau nak?" kata bisikan-bisikan itu lagi.

"Shhh, kau diam!" kata Faiq. Dia sudah bingung mendengar bisikan dan seruan yang
datang dari imaginasinya sendiri. Dia cuba menutup telinganya.

"Kau tak takut ke kalau kau pula yang dibunuh nanti Faiq? Ha. Ha. Ha"

Saat Faiq memejamkan mata, suara bisikan halus di telinga itu masih lagi berkata-
kata. Dia semakin rimas.

"Husna.. Amran.. Bunuh mereka!"

"Arghhhhh! Diammmmm! Jerit Faiq!"

Bisikan itu masih kedengaran. Emosi dan hatinya semakin membara. Akhirnya suara-
suara itu berjaya menghasutnya.

"Amran! Kau bunuh dulu Amran! Dia mangsa kau seterusnya! Kalau tak, kau tak akan
dapat miliki cinta kau!" suara itu mencucuk-cucuk lagi.

"Ya, aku akan bunuh Amran! Kata Faiq. Bisikan itu sudah mula menguasai fikirannya.
Oleh kerana sudah terseksa dengan suara-suara itu, lantas Faiq segera berdiri,
nafsunya sudah membuak-buak ingin menamatkan riwayat Amran. Kemudian dia berjalan
entah ke mana.

"Kau nak pergi mana? Aku suruh kau cari mereka bukan kau buat benda lain! Kata
suara itu lagi.

"Aku nak cari sesuatu yang memudahkan aku bunuh dia! Kau apa tahu? Hanya memekak!
Jawab Faiq. Dia sudah seperti orang gila kerana bercakap sendiri.
"Bagus! Betul tindakan kau tu! Kau kena cepat sebelum mereka lari!

****************

Bab 29

"Ya Allah, bantulah kami keluar dari tempat ini. ringankanlah beban yang kami
tanggung ini. Hanya padaMu ku berserah" Husna berdoa dalam hatinya.

"Husna aku rasa kat sini la laluan pergi khemah." Kata Amran sebaik sahaja mereka
keluar dari tempat itu.

"Kau yakin ke? Nanti kita sesat lagi." Tanya Husna

"Ye, kau yakin aje dengan aku. Kita jalan je lawan arah sungai ni sebab sebelum ni
kita kan ikut arah sungai." Kata amran.

"Betul juga. Pandai lah kau." jawab Husna ringkas.

"Tapi Husna Reza macam mana?" Tiba-tiba Amran menyoal tentang Reza.

"Entahlah, mungkin dia pun dah....." kata-kata Husna terhenti.

"Sabar ye Husna. Ape pun kita kena blah dari sini. Aku tahu la ape nak buat nanti
lepas keluar dari tempat ni." Kata Amran lagi.

Kemudian mereka pun mendiamkan diri, hanya kedengaran bunyi deruan angin yang
berhembus kencang. Sesekali, bunyi kicauan burung menepis-nepis di telinga mereka.
Mereka merentasi hutan yang tebal itu dengan berhati-hati.

Segala imbauan mula bermain di fikiran Husna. Begitu sukar disingkirkan daripada
ingatan.

"Kau okey ke ni? Soal Amran melihat wajah resah Husna itu.

"Ha, takdelah. Aku penat je." Bohong Husna lagi.

"Kau tahu tak, setiap pokok-pokok di hutan ni mesti ada tanda arah yang membolehkan
kita sampai ke sana. Kau perasan tak kita jalan lancar je, tak macam hari tu." kata
Amran.

"Tapi aku rasa tak pun. kenapa kita tak sampai-sampai lagi ni? Dah berjam aku rasa.
Aku haus dan lapar sangat ni. hari dah nak gelap." Bebel Husna lagi.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang galak memerhatikan mereka sejak tadi.
Segaris senyuman jahat terukir di bibirnya.

"Kenapa aku rasa lain macam je? Aku rasa macam ada orang perhatikan kita lah."
Husna mula gelabah.

"Perasaan kau kot." kata Amran selamba.

"Prakkkk."

Kedengaran bunyi ranting di pijak menyumbatkan telinga mereka. Mereka segera


menoleh ke belakang.

"Siapa tu?" Tanya Amran. Matanya meliar dengan seliratan tanda tanya.
Sesekali matanya disilaukan oleh percikan sinaran cahaya.
Sunyi sepi.

Hanya kedengaran angin menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon dalam hutan
itu.

"Habis tadi tu bunyi ape pula. Takde orang pun." Kata Amran. Mereka mengangkat bahu
sesama sendiri.

"Abaikan je lah. Lekas jalan cepat" Ajak husna. Perasaannya hanyut dibawa arus
resah.

Kemudian mereka cuba berjalan selaju yang mungkin apabila merasakan ada yang
mengekori mereka.

Tiba-tiba sesuatu melintas di hadapan mereka. Husna dan Amran cepat-cepat menoleh
sekeliling.

"Eh sape pula tu? Takkan Faiq? Soal Amran dia tergumam. Bebola matanya pantas
menangkap gerakan itu.

"baik kau tengok-tengok dulu." Kata Husna.

Perlahan-lahan kaki Amran melangkah maju ke hadapan untuk memastikan keadaan.

ZAPPPP!

Kepalanya hampir saja terkena serangan hendap apabila kayu besar melayang betul-
betul di kepalanya.

Suara Amran seperti terlekat di kerongkong. Dia langsung tidak bergerak mahupun
bersuara kerana terperanjat dengan kehadiran Faiq.

"Hai, kita bertemu lagi. Kata Faiq dengan wajah menakutkan."

"Ape kau nak lagi? Tengking Husna.

"Takde aku nak cinta hati aku je." Jawab Faiq Kemudian dia menghayunkan kayu itu
sepantas kilat di kepala Amran.

Amran terjelopok jatuh ke tanah sambil mengerang kesakitan. Tidak sempat dia
menepis pukulan itu kerana tindakan Faiq begitu cepat.

Husna rasa seperti ingin menangis saja ketika itu. Sudah seperti tiada lagi peluang
untuk mereka keluar dari hutan itu. Jika Amran dibunuh, pasti dia tidak dapat
melaluinya dengan mudah.

Husna terduduk lemah. Dia menutup wajahnya dengan menggunakan tapak tangan. Segala
yang dirancang mereka akan musnah. Dia tidak mungkin keluar dari hutan itu.

"Allah Kenapa semua ini berlaku? Kenapa!" Husna menjerit dalam tangisan.

"Kau nak tahu sebab apa? semua ni salah kau! Kau tolak cinta aku. Dan kawan-kawan
kau yang bodoh ni jadi mangsa" Kata Faiq.

"kau bunuh je Amran tu. Kau bunuh je" Arah bisikan itu kepada Faiq.

Dengan sedikit keberanian yang masih tersisa, perlahan-lahan kaki Amran cuba
berdiri dan melangkah untuk memukul Faiq dari belakang.
"Arrrgghhh! Amran menjerit."

Sekali pukulan hinggap di kepalanya. Faiq tahu helahnya. Dia memukul menggunakan
kayu seperti serangan hendap. Amran kembali jatuh ke atas tanah. Matanya terkebil-
kebil. Dia memegang kepalanya sambil mengerang kesakitan. Luka dikepalanya sudah
bertambah.

"Tap. Tap. Tap......"

Faiq berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Kaki itu betul-betul berada di hadapan


wajahnya. Sebaris gigi terlihat disenyumannya.

"jangan bunuh aku! Jerit Amran.

Faiq hanya diam membisu.

"Kalau berani, kita main cara lelaki lah. kau tu dasar pengecut! Sial! Jerit Amran
terlalu marah.

Sementara itu tangan Amran meraba-raba mencari sesuatu di sekelilingnya. Dia cuba
melengah-lengahkan keadaan

"Jadi sekarang kau nak buat apa? Kau nak tumbuk aku? Kau mampu lagi ke? Tumbuklah!"
Soal Faiq dengan kasar.

"Kau binatang!" Amran meludah ke wajah Faiq.

"Berani kau? Aku bunuh kau!" Gertak Faiq lagi.

Amran mengamati sekelilingnya. Dia seperti terdengar suara memanggilnya. Tiba-tiba


matanya tertancap ke arah satu tubuh yang berdiri di celah pokok. Dia terus
mengamati wajah itu. Amran membulatkan matanya. Dia kenal sangat dengan wajah itu.

"Itu... Itu kan....... Ya, itu lah dia.! akhirnya.." Kata Amran dalam hati.
Kemudian dia tersenyum puas.

*********

(rasa2nya siapa yang muncul?)


👉👻📚

Bab 30 / 31

Untuk full episod dari bab 1 hingga latest boleh click saja link ni.

👉 ini ah = https://my.w.tt/gCwnxhQAfN

Tak sanggup mau copy paste banyak kali. Sangkut telefon 😂

Bab 30

Kicauan burung-burung yang terbang, membelah cuaca petang itu. Dada Husna ditekan
dengan tapak tangan walaupun dia sudah kehabisan tenaga.

"Aduhhh... Penatnya" Husna mengeluh.


Husna mula kepenatan. Langkahnya begitu longlai dan tidak bermaya.
Dia yang kepenatan itu tersandar lesu pada sebatang pokok. Sungai yang mengalir
tidak kering-kering airnya itu pun seperti sudah tidak berfungsi di matanya.

Husna tersenyum kelat. Walaupun dia berjaya melarikan diri dari Faiq, tetapi dia
sentiasa digigit kesepian kerana dia sudah keseorangan.

Matanya yang bulat kini berair. Mukanya bertikar menjadi merah-padam mengenang
nasibnya itu. Di
tengah-tengah kekalutan itu, hatinya bagaikan menjerit, seolah-olah jeritan itu
bergema dan bersahut-sahutan dan meneroka jauh pada saat pertama kali berada di
hutan itu.

Husna meratap kesedihan sendirian. Kolam matanya mula menumpahkan mutiara jernih.
Hatinya yang pejal menjadi cair umpama ais yang diletakkan di bawah terik matahari.
Dia sungguh menyesal kerana menjadi penyebab. Kalau bukan sebab perangainya, mereka
semuanya tidak akan mati. Dia teresak-esak menangis tanpa henti.

+++
Flashback

Itu... Itu kan....... Ya, itu lah dia.! akhirnya....... " Kata Amran dalam hati.
Kemudian dia tersenyum puas.

"Senyum? Ajal dah nak sampai. Kau takde benda nak cakap sebelum mati?" soal Faiq
pada Amran.

"Aku nak cakap satu aje. Lepas ni, kau pula akan mati. Kau akan menyesal seumur
hidup sebab semua rahsia kau masih tersimpan kemas dalam kocek kami." Kemudian
Amran ketawa terbahak-bahak di baringnya.

Hati Faiq semakin mendidih mendengar ejekan dan cemuhan dari Amran. Dia seperti
terpukul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut itu. Dia cuba berfikir sejenak.

"kalau macam tu kau bunuh lah Amran." kata bisikan dari imaginasinya itu.

Faiq segera mengukir senyuman jahat. Dia berharap kata-kata Amran itu tidak menjadi
kenyataan.

Tanpa membuang masa Faiq terus memukul tubuh badan Amran tanpa belas kasihan. Dia
langsung tidak peduli tentang keadaan Amran ketika itu.

Sempat Amran memandang Husna dengan pandangan kabur, jarinya memberi isyarat
menyuruhnya melarikan diri dengan segera. Dia rela diperlakukan sedemikian demi
melindungi seorang wanita yang bernama Husna.

"PAAAPPPP!!!"

Badan Amran yang sasa itu dipukul bertalu-talu menggunakan sebuah kayu. Sedikit
darah Amran mula memercik di baju Faiq. Rongga hidung Amran keluar cecair merah
tanpa henti.

Tubuh Amran ditendang beberapa kali untuk memastikan keadaannya.namun tiada


sebarang respon. Faiq tersenyum dengan seribu kepuasan dia segera berhenti.

Faiq menoleh dan mencari Husna. Mangsa seterusnya. Namun kelibat Husna sudah tiada
di kawasan itu.
"Jahanam punya perempuan! Berani kau lari! Aku akan ajar kau nanti!" kata Faiq
apabila Husna sudah melarikan diri. Kemudian dia berlalu pergi dari kawasan itu
tadi.

"Bodoh! Aku dah tahu permainan kau lah!" Bisik hati Amran.

Dia masih mendiamkan diri dan terbaring di tempat tadi. Tubuhnya kaku. Dia cuba
berpura-pura mati walaupun menahan kesakitan yang teramat. Namun Husna tidak
mengetahuinya kerana dia sudah melarikan diri. Akan tetapi, hanya itu cara yang
boleh menghentikan perbuatan Faiq.

"Yang pasti, itu tadi memang dia. Aku masih waras!" Kata Amran lagi. Dia bermonolog
sendirian." Dia hanya mampu tersenyum dalam hati.

Bunyi ranting patah dipijak menyentakkan Amran. Dia yang masih terbaring cepat-
cepat memejamkan mata dan mendiamkan diri.

**

Sedaya upaya Husna cuba menyelamatkan diri. sesekali dia berhenti dan mencuri
nafasnya kerana dia sungguh penat. Tangannya mengusap rambut perang gelap itu
kerana dia tidak selesa beberapa helai rambutnya melekat pada kulitnya.

Tiba-tiba muncul satu bayangan seperti kabus dan senyum ke arahnya.

Husna terdiam. Dia tidak tahu, dia ketakutan atau gembira.

"Ikut Aku. Biar aku bantu kau" Kata bayangan kabus itu.

Husna tersentak. Tangan disuakan kepada Husna. Husna hanya memberikan senyuman dan
mengangguk. Lalu huluran itu pun disambut.

"Sampai sini je aku boleh bantu kau. Pergilah cepat. Aku harap kau tabah harungi ni
seorang diri." kata bayangan seperti kabus itu.

"Terima kasih Azra, aku akan bawa keluar mayat kau supaya kau tenang di sana." Kata
Husna. Kemudian dia segera berlari dan berlari dengan pantas.

***********
(Back to normal)

Air mata Husna masih jatuh tanpa henti-henti membasahi pipinya yang gebu. Sesiapa
sahaja yang mendengar tangisannya akan tersentuh hingga di pedalaman hati. Dia
sudah tidak kuat lagi.

"kenapa aku yang harus menanggung beban ini? Kenapa aku sendirian.? Sampai hati
korang tinggalkan aku sendiri. Korang dah tak sayang aku lagi kan" Kata Husna. Dia
cuba memujuk diri sendiri.

"Sape kata kau sendirian. Dan siapa kata takde yang sayangkan kau. Lain kali jangan
tahu menangis je. Macam budak-budak." balas seseorang.

Husna mengabaikan kata-kata itu. Dia sudah tahu Faiq cuba berbaik dengannya. Namun,
tiada apa lagi yang boleh mengubah hatinya.

Mahu tidak mahu Husna segera memusingkan badannya menghadap ke arah empunya suara
itu.

Dia menatap wajah itu dengan sayu dan pilu. Bila di amati dengan betul, matanya
segera membulat. Di melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya tika itu
dan segera memeluknya.

Bab 31

Dia menatap wajah itu dengan sayu dan pilu. Bila di amati dengan betul, matanya
segera membulat. Di melihat susuk tubuh sedang berdiri di hadapannya tika itu dan
segera memeluknya.

Husna tidak dapat menahan sebak di dadanya, lantas memeluknya dengan erat sekali.
Tangisannya tidak henti-henti.

Pelukan tubuh kecil itu segera dibalas dengan erat. Sesungguhnya dia semakin tidak
keruan bila melihat air mata wanita yang telah lama bertahta dihatinya menangis
teresak-esak. Dan akhirnya dia turut menangis.

"Aku minta maaf sebab tak lindungi kau. Aku tahu kau marahkan aku."
Kata suara itu pernuh berharap.

Husna hanya mendiamkan diri. Dia masih menghabiskan sisa tangisannya.

"Jangan seksa aku dengan kebisuan kau ni Husna. Kau tahu tak aku cintakan kau"
kata-kata itu meluncur laju dari bibir yang mengungkap kata cinta.

"Aku cintakan kau juga REZA." Husna tidak malu mengakui kebenaran itu. Ada perasaan
halus bermain di hati mereka.

Reza melepaskan pelukan itu dengan perlahan dan menatap wajah Husna. Sempat dia
menarik hidung Husna dan tersenyum melepaskan hormon-hormon bahagia.

"Dah jangan lagi nangis ye sayang." Pujuk Reza. Walaupun dia tidak tahu cerita
hujung pangkal dia segera mengusap air mata itu dengan tangannya lalu menarik dagu
itu ke atas.

Kini, dua mata itu saling bertentangan. Tiada interaksi. Namun pandangan mata itu
menyingkap seribu perasaan yang hadir dalam hati mereka. Pandangan mata itu membisu
sama seperti lidah mereka yang sudah menjadi kelu. Kedua-dua mereka hanya
ditemankan bunyi pohon-pohon yang melambai ditiup angin dan menjatuhkan daun-daun
kering di atas tanah.

"Aku minta maaf sebab pergi macam tu je" Kata Reza dengan lembut sebelum mengecup
mata Husna satu per satu.

Tindakan itu membuatkan Husna semakin menangis. Tetapi bukan kerana menangis
meratapi kesedihan namun menangis kerana kebahagiaan.

"Reza, kau pergi mana selama ni, puas tau aku cari kau merata-rata tempat. Kau tahu
tak aku dah rindu kau?" Soal Husna.
"Aku tak pergi mana-mana. Aku kan ada di hati kau." Jawab Reza spontan.

"Hei, aku betul-betul la. Tak main-main ni." Kata Husna dengan manja.

"Aku meneroka di alam bunian" macam tajuk dalam cerita ni. Tapi mesti kau fikir
nama aku je kan.? Mentang-mentang lah nama aku besar terpampang." sindir Reza
dengan manja.

Husna hanya mengangkat kening. Dia masih tercari-cari maksud yang tersembunyi di
sebalik ayat-ayat itu. Sempat tangannya mengekalkan rambut keriting Reza itu pada
kedudukan yang betul.
"Oh jadi bukan Reza lah?" tanya Husna.

"ah. Ah. Reza tu hero je. Macam aku ni hero kau" kata reza lagi.

"Serius?"

Reza mengangguk bersunguh-sungguh.

"Hmmmmm..." hanya itu yang keluar dari mulut Husna.

"Nanti ada masa aku cerita pasal tu erk." kata Reza.

"Yelah tapi Reza ada benda penting lagi aku nak cakap" kata Husna. Dia baru
teringat akan sesuatu.

"Pasal kawan-kawan yang lain? Aku dah nampak jawab Reza spontan.

"Ape yang kau dah nampak?" soal Husna. Jantungnya laju berdegup. Pertanyaan demi
pertanyaan menjentik hati dan perasaannya.

"Faiq pukul Amran kan. Lepas tu aku nampak kau lari, tu lah aku kejar kau. Tapi
laju sangat kau lari." Kata Reza lagi.

"Tak bukan benda tu. Kau tahu tak, Azra dan mati. Faiq bunuh! Amran pun dah mati.
Tinggal kita dua je."

"Hah?" mata Reza terbuntang terkejut dengan cerita yang disampaikan Husna.

"Dan...." Katanya mati disitu.

"Dan ape? Cuba cakap elok-elok" pujuk Reza.

"Takde ape lah. Reza bawa aku keluar dari sini. Aku takut." Husna seakan merayu
dengan Reza.

"Takde apa yang nak di takutkan lagi. Aku kan ada." Reza memeluk tubuh itu sekali
lagi. Dia seperti tidak rela kehilangannya lagi.

"Dah dah la tu melepas rindu. Dengki tau aku tengok" sampuk Amran yang dari tadi
berdiri di rimbunan pokok.

"Amran? Kau?" kata Husna katanya mati disitu. Dia segera berlari dan memeluk Amran.
Mereka berpelukan buat seketika.

"Dah. Dah. Dah.. Jangan lama sangat." Sindir Reza.

Mereka pun melepaskan pelukan masing-masing.

"Aku ingat kau dah mati. Macam mana kau boleh selamatkan diri" soal Husna. Dia
memandang wajah itu walaupun masih dalam keadaan terkejut.

"Taklah. Ade Hero selamatkan aku. Itu lah aku suruh kau lari." Jelas Amran.

***
Flashback

Bunyi ranting patah dipijak menyentakkan Amran. Dia yang masih terbaring cepat-
cepat memejamkan mata dan mendiamkan diri.
"Amran. Amran." tegur satu suara.

Amran segera membuka matanya. Dia melihat Reza sudah berada di hadapan matanya.

"Reza. ..." hanya ayat itu saja terpancul dari mulutnya.

"Bangunlah. Dia dah takde. Kita kena kejar Husna cepat, nanti dia pergi jauh" Ajak
Reza.

"Berlagak hero nya kau ni Reza. Kau tolong lah papah aku. Aku jadi macam ni sebab
nak bantu heroin kau tu. Patutnya aku yang jadi hero." Kata Amran lagi.

"Merepek je kau ni, cepatlah" kata Reza sambil menghembuskan asap rokoknya di
udara.

******

"Haaaaa macam tu lah ceritanyeee." Ujar Amran mengakhiri kisah pertemuannya dengan
Reza pada Husna.

To be continue ye..
👉👻📚

Bab 32

Sorry hari ni satu bab ja ah. 🙏🙏

Untuk full episod dari bab 1 hingga latest boleh click saja link ni.

👉 ini ah = https://my.w.tt/gCwnxhQAfN

Bab 32

Haaaaa macam tu lah ceritanyeee." Ujar Amran mengakhiri kisah pertemuannya dengan
Reza pada Husna.

"Oh macam tu." Kata Husna. Mulutnya sedikit ternganga mendengar cerita itu.

"Tak habis lagi borak?" Reza mencelah apabila melihat Husna selesa bercerita dengan
Amran.

"Laa, takkan tu pun nak cemburu?" Tanya Amran, intonasinya ada sedikit memerli.

"Husna, jangan percaya sangat dengan Amran ni. Dia suka menambah-nambah cerita.
Kalau cerita dari A sampai F, dia tambah lagi kasih sedap sampai huruf Z." Ujar
Reza sambil memandang Amran sekilas dan menjeling tajam ke arahnya.

"eh, takde lah." Jawab Amran pendek. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal
sambil ketawa yang dibuat-buat.

"Kau biar betik?" Kata Husna dengan nada berjenaka. kemudian dia ketawa geli hati
melihat telatah Amran yang sedang ketawa dibuat-buat.Walaupun Amran cuba
membohonginya dengan menokok tambah cerita, namun Amran masih seorang yang baik
dimatanya.
"Kalau nak pulang hari ni, jom kita gerak cepat sebelum terlepas bot. Kalau tak,
esok je kita pulang. Sekarang dah jam 2 setengah." Kemudian tangan kiri Reza
menunjuk ke arah jam di pergelangan tangannya. Dia masih dengan sifat tegasnya.

Huru hara Amran apabila ditegur oleh Reza. Pura-pura dia sibuk mencari laluan
menuju ke khemah.
Dia kelihatan begitu bersungguh-sungguh sekali sehinggakan Husna yang melihatnya
tergelak kecil tercuit dengan perangai Amran yang lucu persis seorang anak kecil.

"Hari ini kita mesti keluar dari sini atau esok kepala kita dah takde. Jom ikut
aku, kita pergi ke sana." Ajak Amran dengan semangat baru setelah mendapat petanda
arah.

"Mari sayang." Ujar Reza pada Husna yang masih tercegat berdiri. Dia mengulurkan
tangannya pada Husna untuk dipimpin bersamanya.

Husna menyambut huluran tangan itu tanpa malu, perasaannya begitu tenang seperti
dia sudah selamat kerana ada yang melindunginya. Kemudian mereka pun jalan
beriringan.

Amran hanya mampu memandang, dia cuba meniup perasaan dengkinya lantas dia
menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya yang kelihatan bahagia.

*********

Seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang, Husna masih
dibayangi perasaan gembira. Namun kegembiraan itu terputus kerana dia hanya dapat
memandang kawasan yang ditabiri dengan jajaran pokok-pokok besar dan semak samun.
Resah dan gelisah semakin menikam-nikam sanubarinya bak seorang pengembara
kehilangan peta.

"Aduh, jauh lagi ke? Aku dah lapar ni" Bebel Husna. Perutnya sudah berkeroncong
minta di isi kerana sudah berapa hari dia tidak menjamah makanan.

"Sabar ye sayang. Saya yakin mesti ada yang datang selamatkan kita nanti. Lepas tu
awak makan la sepuas-puasnya. Lama tak makan dengan awak. Rindu pula!" Pujuk Reza

"Ehem. sejak bila pandai bersayang-sayang dan berawak-awak ni." Perli Husna.

"Ish! Apelah awak ni. Tu pun tak boleh." Jawab Reza pendek. Tangannya sempat
mencubit pipi gebu Husna. Lesung pipit Husna itu yang menjadi igauannya.

"Macam Wawa Zainal pula awak ni, ke saye ni Aeril Zafrel" Reza mula bergurau.

Husna ketawa terbahak-bahak mendengar gurauan Reza.

"Kalau saye macam Wawa Zainal, Jom lah kita rakam video juga. kita menari lagu
hindustan." Ajak Husna. Kemudian dia tersenyum bahagia memandang wajah Reza. Wajah
itu ditenung sepuas-puasnya.

"Podahh, tak habis-habis berkasih-sayang korang ni. Aku ni macam tak wujud je depan
mata korang kan. Susah lah jadi forever alone ni." keluh Amran sambil menyampuk.

Meskipun dia banyak mendiam diri dan mengeluh namun jauh disudut hati dia turut
merasa bahagia apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.

Suasana yang tadi sedikit bising dengan perbualan Reza dan Husna mula menjadi
senyap dan sunyi apabila mereka ternampak kepulan asap naik ke udara seperti satu
unggun api sedang dinyalakan. Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri, risau jika
suara mereka di
dengar.

"Reza... Reza..."

Bulu roma Reza mencanak naik ke atas. Suara siapa yang bergema memanggilnya? Mana
mungkin ada orang lain berada di hutan tebal itu. Kemudian Reza memandang
sekeliling dan dia mula berpeluh.

"Korang dengar tak? Macam ade orang seru nama aku lah? Kata Reza. Dia cuba
memastikan adakah telinganya sahaja yang mendengar suara itu.

Mereka menggeleng tanda tiada bunyi yang mereka dengar melainkan bunyi deruan angin
yang seronok menampar-nampar wajah mereka.

Reza tertanya-tanya sendirian. Kerisauan dirinya semakin memuncak kerana akar


persoalannya belum terlerai. Untuk melegakan perasaannya, Reza mengajak mereka
meneruskan perjalanan menuju ke arah kepulan asap itu.

Dengan sedikit keberanian yang masih tersisa, perlahan-lahan mereka melangkah


mendekati kepulan asap itu. Hanya kedengaran bunyi nafas mereka yang kian kencang
dan derap. mereka mula mengendap melalui celah-celah pokok untuk melihat siapa yang
menyalakan unggun api tersebut.

Benarkah apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka kini? Timbul persoalan itu di
benak fikiran mereka.

Pap!!Pap!!Pap!!

Langkah kaki sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah mereka bertiga. Langkah
kaki itu berhenti betul-betul di belakang mereka. Husna menggenggam kuat tangan
Reza lalu dia memandang Reza sekilas dengan pandangan bertanya.

"Eh, mak kau hijau." Reza terperanjat sambil melatah apabila bahunya ditepuk dengan
kuat.

Badannya tiba-tiba tidak boleh bergerak kerana takut sudah menguasai dirinya.
Tubuhnya seperti sudah di ikat rapi namun dia cuba menoleh ke belakang.

"Hah?" Reza terkejut beruk melihat wajah yang berdiri tegak di hadapannya. Dia
menampar-nampar pipinya sendiri, untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi.
👉👻📚

#Part ni saya buat Twist Plot ya.

Baca Full episod link di bawah ni.


https://my.w.tt/xHtmmkKWiN

25,081 pp*

Bab 33

"Hah?" Reza terkejut beruk melihat wajah yang berdiri tegak di belakangnya. Matanya
terkebil-kebil macam katak disimbah air. Hampir sahaja Reza pengsan melihatnya.
Mulutnya terkumat kamit seperti ada sesuatu yang bercakap dengannya.
"Hoi!" Jerit Amran.

"Ha?" Reza tersentak apabila dijerkah begitu.

"Mak kau hijau, mak kau hijau. Kau kenapa?" soal Amran apabila melihat Reza
bercakap sendiri.

"Takde lah. Aku rasa ada orang panggil nama dan tepuk kat belakang aku je." Reza
cuba menyembunyikan sesuatu.

"Kau ni ahli sihir ke? Kenapa mulut macam belatuk nak makan je? Daripada kau terus
macam ni baik kita pergi sungai tu. sambil tu bolehlah kau perhatikan Husna. saran
Amran.

Reza mengekori langkah kaki Amran melalui ekor matanya. Tetapi fikirannya masih
lagi runsing dengan kejadian tadi.

Reza menghembuskan asap rokok dari celahan bibirnya ke udara sambil mendongak ke
langit. Fikirannya masih berpintal-pintal dan kusut. Hampir 3 batang rokok sudah di
habiskannya sementara menunggu Amran minum air di sungai yang berdekatan.

Dalam sedar atau pun tidak, sudah hampir dua minggu mereka berada dalam hutan itu.
Mereka yang tidak kenal putus asa itu tetap meneruskan misi mencari tapak
perkhemahan. Sejujurnya mereka sudah tidak berdaya lagi kerana sudah berapa hari
mereka menahan lapar di dalam hutan tebal itu. Sesekali mereka mengalas perut
dengan meminum air sungai sebanyak mungkin sehingga merasa kenyang.

"Lama lagi ke?" Soal Reza.

"kejap lah. Dah lama tak berendam dalam air ni." Jawabnya pendek.

"Lama sangat lah! Tak lama lagi gelap lah ni!" Tegas Reza.

"Aduh, siot betullah kau ni! Membebel mengalahkan mulut perempuan." Rungut Amran
lagi.

"Anak orang kaya memang cam ni eh? Menyampah betul aku!" Sindir Reza.

Amran hanya menjeling tajam memandang Reza. Dia masih lagi duduk merendamkan
kakinya di sungai itu.

"Ape kau nampak tadi?" Tiba-tiba Amran membuka cerita selepas kejadian tadi.

"Kau tak nampak eh?" Selamba suara Reza bertanya sambil menghabiskan sisa rokoknya
yang boleh disedut beberapa kali lagi.

"Nampak lah, kepulan asap je. Habis kenapa kenapa kau terkejut? Kau nampak roh
Azra? Amran semakin galak memancing.

"Takde lah! Kalau Azra pun, mungkin dia minta bantu aku je kot atau mungkin juga
Halusinasi aku. Kan dah lebih seminggu kau tak jumpa aku, mungkin kau cuma nampak
kekacakan aku aje ni, kau lupa aku ni memang gila sikit." Kata Reza dengan nada
bersahaja sambil menukar perbualan mereka.

Sempat dia menjeling ke arah kelibat itu yang turut serta bersama mereka. Namun
hanya dia sahaja yang perasan akan kehadirannya.

"Adoi sakitlah!" Jerit Amran apabila ada sesuatu membaling kepalanya dari jarak
berhampiran.
"Ape ni main baling-baling" Marah Amran.

"Sape? Aku? Kau ade nampak apa-apa ke kat tangan aku ni? Takde kan? Kata Reza
sambil menunjukkan tangannya. Padahal dia dan Husna sememangnya tidak berbuat
demikian.

Dahi Amran berkerut. Bermacam persoalan bermain difikirannya. Mustahil Husna.


Takkan Faiq? Lagilah mustahil.

Gelagat mereka berdua itu menarik perhatian Husna yang kebetulan duduk berhampiran
mereka. Husna yang tertunduk-tunduk masih gigih berusaha menghilangkan kulitnya
yang mengelupas itu.

Sambil berkata-kata, sambil itu juga Reza mencuri pandang ke arah Husna. Melihat
raut wajah Husna yang nampak kurus sedikit membuatkan dadanya tiba-tiba terasa
sebak semacam. Dari setiap perkara yang telah Husna ceritakan kepadanya, dia tahu
Husna sedang menyerah diri kepada kesengsaraan disebabkan berusaha mencari dirinya.

Apabila di amati betul-betul wajah itu, bebola matanya yang liar tadi berhenti di
suatu sudut. kelihatan beberapa kesan merah dan lebam di tubuh wanita yang
dicintainya itu. Reza segera duduk menghampirinya.
Hatinya berkobar-kobar ingin bertanya.

"Ape ni?" Tanya Reza lembut sambil jarinya menunjuk ke arah kesan itu. Bahu Husna
ditariknya agar menghadapnya.

Husna memalingkan wajah, tidak mahu Reza nampak matanya yang sudah merah. Dia tidak
mahu Reza nampak linangan air jernih sudah gugur dari sudut kelopak matanya.

"Betul ke apa yang ada dalam fikiran saya ni? Siapa yang buat?" Tanya Reza, dia
memandang tepat ke dalam anak mata Husna.

Husna menjadi serba salah. Dia terus memejamkan matanya. Degupan jantungnya semakin
menjadi-jadi, kerana tidak tahu apa yang harus dijawabnya.

"Buka mata tu, saya nak tengok. Pandang sini dan beritahu sejujur-jujurnya." pujuk
Reza dia separuh mendesak.

Husna membuka matanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Juraian air matanya


mengalir deras lalu menitis di lurah pipinya.

"Jangan paksa dia. Belum masanya kot dia nak cerita." Sampuk Amran.
Dia tidak selesa melihat Husna menangis teresak-esak.

Reza mengabaikan kata-kata Amran itu. Dia memujuk hatinya kembali agar mendapat
jawapan yang sewajarnya dari Husna.

"Faiq buat ke?" Bisik Reza ditelinga Husna. Dia tidak menjangka perkara seperti itu
akan berlaku ketika dia tiada.

Serta merta wajah Husna berubah. Dari raut wajah itu, Reza sudah dapat menangkap
jawapannya. Dia segera mendakap tubuh itu dipelukannya. Salahnya juga kerana pergi
begitu sahaja jika tidak semua perkara itu tidak akan berlaku.

"Wei cuba tengok ni? Kat sini kan aku kejar kau hari tu? Mungkin kita dah hampir
sampai kat khemah!" Amran mencelah sambil menunjuk beberapa potongan rokok yang
tidak habis.
"Mangkuk! sengal lah kau ni. Ni kan potongan rokok aku tadi." Perli Reza. Dia
merasa sedikit kecewa. Dalam fikirannya, Amran benar-benar sudah menemui petanda
arah.

"Kau yang sengal, aku tunjuk yang ni. Bukan yang baru tu!" Kata Amran lagi.

"Ajaib tu! Kau memang bijak lah. Tak sia-sia aku buang kat sini. Kan dah jadi
petunjuk." Kata Reza sambil tersenyum gembira."

"Kau dengan Husna ni memang sesuai lah bercinta.Sama-sama sengal. Sama-sama sewel."
Kata Amran lagi.

"Eh aku pula? Takde angin takde ribut tiba-tiba aku terlibat." kata Husna yang dari
tadi tidak bersuara.

"Lekas, kita ikut arah ni. Kalau ikut arah ni, dari sungai ni tak sampai sepuluh
minit pun kita boleh sampai khemah." Kata Amran.

Bunyi dedaun kering yang dipijak menemani mereka. Langkah dihayun cukup pantas.
Kemudian manik-manik peluh yang membasahi dahi di kesat menggunakan belakang
tangan.
Situasi itu hampir sama seperti hari pertama mereka berjalan mencari Reza. Mereka
semakin yakin, bahawa mereka semakin hampir dengan khemah.

Bab 34

Kau buat apa cara sekalipun, aku takkan maafkan kau! Apa yang kau nak dari aku
sebenarnya? Kalau dari awal lagi kau dah luahkan aku masih boleh pertimbangkan.
Tapi cara kau ni salah! Aku bencikan kau!"

"Diam!!!!! Jerit Faiq, dia segera menampar wajah itu dengan sekuat hatinya. Dirinya
sudah seperti dirasuk syaitan.

Husna merasa gerun dengan riak wajah Faiq. Dalam hati, berulang-ulang kali dia
berdoa agar dirinya selamat kepangkuan Reza semula.
Dia cuba menguatkan semangatnya supaya tidak tewas kali kedua.

"Kau tak perlu tunjukkan muka kau lagi depan aku. Pembunuh! Perogol! Husna mengetap
bibir geram."

Faiq yang dari tadi mengamuk terus menendang tubuh kecil itu, dia menghampiri Husna
dan membuka baju serta boxernya. Sekali lagi dia melampiaskan nafsu serakahnya
untuk kali kedua.

"Binatang kau!" Jerit Husna dalam tangisan. Perlahan-lahan tangannya mencapai


pakaiannya. Tiada seutas benang pun yang menutupi badannya.

"Takde gunanya kau nak nangis lagi! Lain kali kau tutup mulut kau yang lancang tu
ya, kalau tak aku bunuh lagi kau! Lalu pisau lipat itu dihalakan ke arah Husna. Kau
dengar sini baik-baik, Kau jangan harap dapat jumpa kekasih hati kau tu lagi!"
Puihh Faiq meludah di tanah, dia sangat marah lalu memungut bajunya dan terus
berlalu.

"Husna, Husna Bangun dulu sayang."


Husna masih di buai mimpi. Seronok rasanya apabila dapat juga dia menikmati tidur
yang selesa meskipun kehadiran Faiq dalam mimpi itu menganggunya. Perkara paling
menyakitkan hati itu, dia tidak boleh lupa dengan mudahnya.

"Sampai macam ni sekali dia mengigau. Dia mimpi apa?" Soal hati Reza, dia ingin
tahu.

Hati Reza berbolak-balik melihat Husna yang masih lena itu. Serba salah pula ingin
mengejutkannya. Namun dia terpaksa juga menggangu lena itu.

Husna yang masih lena dikejut lagi dengan perlahan.

Perlahan-lahan Husna membuka matanya. Dia dapat melihat satu bayang-bayang berada
di hadapan matanya.

"Eh." Kata Husna ringkas, dia yang masih lagi dilanda sisa mengantuknya menampar-
nampar pipinya sendiri. Walaupun sisa-sisa mengantuk itumasih ada, Husna tetap
gagahkan dirinya untuk bangun. Namun dia masih tidak larat.

"Sayang mimpi ape sampai mengigau? Penat sangat eh." Tanya Reza lembut sambil
mengusap rambut perang gelap itu.

"Hemm. Sayang nak tidur lah. Penat sangat ni." Senada sahaja suara itu keluar
daripada bibirnya. Geram pun ada bila Reza menggangu lenanya.

"Nah, makan lah sikit. Nanti baru sambung tidur." Ujar Reza.

Husna segera menggenggam selimut nipis itu. Dia mengharapkan dapat lena kembali.
Segan pun ada bila Reza dari tadi tidak lepas memandang ke arahnya. Mungkin Reza
sudah lama mengintipnya tidur.

"Nantilah sayang makan."Jawab Husna perlahan.

"Tu la, dah banyak kali Reza kejut, tapi sayang tu je tak bangun-bangun. Makan
tau, nanti perut tu tambah masuk angin." Kata Reza, dia meletakkan makanan itu di
tepi Husna dan berharap Husna akan menjamahnya lalu keluar dari khemah milik Husna.

Malam sudah membungkus panorama alam. Butir-butir bintang yang menghias dada langit
mengerdip di sana sini. Angin malam itu bertiup berkali-kali menempiaskan
kedinginan hingga menerpa ke dalam tulangnya.

Reza dan Amran masih duduk di hadapan unggun api sementara menunggu siang. Mereka
membiarkan Husna berehat dan berjaga-jaga pada malam itu. Risau jika diserang
hendap sekali lagi oleh Faiq.

"Alhamdullilah akhirnya sampai juga kita kat sini. Tak sabar aku nak balik." kata
Amran dengan nafas lega.

"Tak sabar nak main game ke? Tu lah kau berendam lah lama-lama lagi. Tak pasal-
pasal tinggal bot. Marah Reza.

"Alah... Benda dah lepas lah." Jawab Amran pendek.

Reza hanya mampu menjeling tajam menunjukkan rasa protesnya.

"kau ni, macam ade je kau tak puas hati dengan aku atau kau ni memang tegas
memanjang? Macam mana lah Husna boleh suka kat kau ni." Rungut Amran.

"Macho kan. Tu lah dia tergila-gilakan aku. Bukan macam kau, satu pun tak sangkut."
Gurau Reza lagi. Suka benar dia menyakat Amran.

"Am, aku ada hal nak tanya kau ni" Sambung Reza tanpa menoleh sedikit pun ke arah
sahabatnya itu yang berada di sebelahnya.
"Ha, cakaplah. Apa halnya?" Soal Amran ingin tahu.

"Faiq buat ape dengan Husna? Kau cakap betul-betul kat aku."

"Entahlah. Aku tak nak masuk campur." Jawab Amran.

"Ish bagitahu je lah." Desak Reza.

"Hemm. Susah nak cakap. Nanti kau berubah hati pula." Ujar Amran lagi.

"Kau cakap je, tak payah nak cakap sepotong-sepotong. Dorang bercinta ke sebelum
ni?" Soal Reza dia semakin mendesak.

"Eh, takdelah. Manade dorang bercinta." Jawab Amran pendek.

"Habis, kenapa macam ada kesan cinta-cinta je tu?" Reza memancing Amran lagi.
Sedikit lagi soalannya akan terjawab.

"Faiq rogol dia! Kesian Husna hampir je bunuh diri bila Faiq rogol dia." Jelas
Amran seringkas-ringkasnya.

"Rogol?"

"Ye, Mujurlah aku sempat datang masa tu. Dia dah nak gantung diri, dah lah dia dah
tekanan gila bila tak jumpa kau." sekali lagi Amran cuba menambah cerita. Dia
sebenarnya sengaja berkata begitu supaya Reza tidak meninggalkan Husna.

"betullah anggapan aku tu. Habis kenapa kau tak tolong Husna masa tu? Puas aku
pujuk dia, tapi dia nangis je." Kata Reza dia sedikit pun tidak terkejut dengan
jawapan yang diberikan oleh Amran.

"Aku takde kat sana masa tu. Kami dikurung berlainan tempat. Aku tak ingat masa tu
sebab tiba-tiba je ada kat rumah kosong tu." kemudian Amran menceritakan satu
persatu kepada Reza.

Reza hanya mendengar cerita dari mulut Amran. Risau juga dia kalau di tambah cerita
maklumlah kejadian tempoh hari pun dia sudah berani menambah cerita. Inikan pula
cerita yang dia sendiri tidak tahu hujung pengkal.

Reza terdiam kaku menahan sakit hati umpama sembilu menusuk ke pengkal jantungnya.
Tidak disangka jadi begini. Mereka berborak agak lama sehingga masing-masing
tertidur dengan sendirinya.

"kurang ajar, Amran masih hidup! Pandai kau berpura-pura mati ya! Kalau aku tahu,
aku cincang kau hidup-hidup!" Kata Faiq yang dari tadi memerhatikan mereka dari
jauh.

"Reza! Kau tunggu dendam aku sebentar lagi!" Bisik Hati Faiq.

Kemudian dia beredar dari kawasan itu meninggalkan mereka dengan perasaan marah
yang membuak-buak.
👉👻📚

Bab 35 + 36 (meneroka alam bunian)

Baca Full episod link di bawah ni.


https://my.w.tt/xHtmmkKWiN

Bab 35

REZA terjaga dari tidurnya apabila matanya disilaukan oleh percikan cahaya yang
datang dari satu lubang kecil yang terbentuk di dalam khemah tersebut. Terkapai-
kapai dia mencapai jam tangan yang diletakkan di sebelah sleeping bag miliknya. Dia
menjadi panik seketika apabila memandang detikan jam yang sudah menunjukkan pukul
9.50 pagi.

"Ah, mesti jadi isu hot ni sebab aku lambat bangun." Reza bermonolog sendiri.

Segera dia bangun dan mengosokkan matanya menggunakan tangannya. Kemudian dia
menguap dan menggeliat beberapa kali, tubuhnya terasa begitu letih walaupun
tidurnya sudah mencukupi.

Tanpa membuang masa Reza memakai beg silangnya lalu keluar dari khemah. Dia
memulakan paginya dengan memandang ke arah langit yang terbentang luas lalu
menghirup udara yang asyik menghelakan nafasnya.

"Nak oreo dan milo ni?" suara Amran tiba-tiba sahaja menusuk masuk ke dalam
gegendang telinganya.

Reza sedikit tersentak dengan sapaan perlahan dari arah belakang.Pandangannya kini
berpusat kearah Amran.

Disebabkan baru bangun, dia tiada pilihan lain kecuali menerima pelawaan itu dan
terus duduk bersila di atas rumput tebal dengan rambut yang kusut-masai. Misai dan
jambangnya turut serta memenuhi wajahnya yang tampan walaupun tidak dijaga dengan
rapi.

"Husna mana?" Tanya Reza hairan apabila melihat pintu zip khemah yang terbuka luas
membelingaskan pandangannya. Sekali sekala dia mengusap jambangnya, seperti sedang
berfikir.

"Entah lah. Pergi mandi kot?" Jawab Amran bersahaja.

"Tak serik-serik la dia ni. Nanti meroyan marah-marah pula!!" Reza mula membebel
dengan suara geram. Dalam sekelip mata sahaja wajahnya berubah merah. Marah!
Geram! Semua ada.

Amran terpaksa memekakkan telinga mendengar bebelan Reza persis bebelan seorang ibu
kepada anaknya.
Sesiapa sahaja yang mendengar, jiwa raganya pasti akan membengkak.

"Dia pergi mandi je kot, perlu ke antara kita berdua ni ikut?! Fikir logik je lah.
Tu pun nak bising! Rimaslah!" Adu Amran dengan nada memberontak.

"Bila aku dah bising, kau kenalah diam!" bebel Reza bengang. Dia masih dengan
sifatnya yang tegas dan tidak mahu ada yang membantah.

"Shhhhhh, diam. Jangan cakap sepatah pun, aku tak nak dengar." rungut Amran.

Reza menjeling tajam. Sengaja dia tidak menjawab. kemudian dia menanggalkan beg
silang dari tubuhnya lalu diterbalikkan beg itu untuk mengeluarkan segala isi yang
ada di dalamnya. Jika dibiarkan mulutnya berbicara, pasti singgah buku lima di
wajah Amran kerana dia masih dalam keadaan geram. segeram jeritan yang masih
meronta-ronta di dalam hatinya sekarang.
"aku rasa kau mengalami depression yang sangat dahsyat nih! Tak pasal-pasal beg
jadi mangsa kau." Sindir Amran selamba.

Tenaga positif yang mengalir dalam darah Reza telah berkurang secara mendadak dek
hatinya yang mula membara kerana Amran mempertikaikan perasaannya. Persahabatan
bagai isi dengan kuku itu jangan disangka jernih selalu, pasti ada pasang surutnya.
Perlukah dia luahkan dengan kata-kata dan menunjukkan kepada Amran riak mukanya
yang penuh kerisauan akan keselamatan kekasihnya.

"Rilekslah bro. Nanti dia balik lah tu. Kau jangan bising je." pujuk Amran. Dia
ketawa kecil dalam hati. Sejak bila Reza mampu menahan kemarahannya.

Asyik leka menterbalikkan beg silangnya, pemetik api pun jatuh tergolek di atas
tanah. Reza hanya tersengih sebelum mencapai pemetik api itu dan menyalakan
rokoknya.

Reza masih leka dengan rokok yang galak disedut dalam-dalam.

"Ini ke cara hilangkan stress?" Geleng Amran sengaja mencari nahas.

"Kau diam lah! tiba-tiba Reza melenting.

"Amboi, marah nampak! Aku cuma nak uji tahap sayang kau pada dia. Semestinya kau
sudah lulus ujian tu. Lepas ni kau nak mengamuk ke, merokok sampai juling mata pun,
terpulang kau je lah. Aku nak pergi kencing kejap. Jangan tinggalkan aku pula."
ujar Amran lalu laju dia melangkah meninggalkan Reza sendirian.

***********

Bunyi ranting dan daun kering yang dipijak, menarik perhatian Reza. Cepat-cepat dia
menyembunyikan tubuhnya di sebalik rimbunan pokok, dan mengintai sesuatu.

"Siapa pula tu?" Bisik Reza dalam hati.

Nyaris sahaja Reza terbatuk dan tersedak oreo yang masih dikunyahnya sebaik
pantulan cahaya mempamerkan bayang-bayang seseorang di sebalik celah pokok. Ralit
dia memandang bayang-bayang itu, bunyi burung yang berterbangan dari satu dahan ke
dahan sedang rancak membangkitkan debu-debu untuk dilarikan oleh angin.

Reza berjalan perlahan-lahan dan mencari tempat paling selamat untuk bersembunyi.
Dia berjalan terhendap-hendap persis seorang pencuri. Meskipun dia sendiri tidak
faham mengapa dia perlu berjalan seperti itu, namun persoalan demi persoalan
berlegar-legar dalam pusat fikirannya. Teragak-agak juga dia mahu mengintip atau
pergi membiarkan sahaja. Sebaliknya, dia harus bertindak mengikut kata hati.

Sedar atau tidak, secara tidak sengaja Reza terdengar perbualan itu dari hujung
telinganya, suara orang sedang berbual. Namun suara itu sekejap tenggelam sekejap
timbul.
Biskut Oreo dipadatkan ke dalam mulut hingga penuh.

Reza terkilan dan ada sedikit kecewa kerana tidak dapat mendengar dengan jelas
segala butir perbualan
itu tetapi setelah agak lama dia memasang telinga, akhirnya ianya membuahkan hasil.

Walaupun tidak bertemu wajah, Reza dapat mendengar suara yang amat dikenalnya.
Biskut oreo itu ditelah habis masuk ke dalam perut. Dia membulatkan mata selebar-
lebarnya apabila mendengar suara yang mencucuk-cucuk masuk melalui cuping
telinganya. Sekejap dia dengar suara itu ketawa, sekejap dia dengar suara itu
berbisik. Gemersik sahaja suaranya berbicara.
Mahu saja dia membiarkan suara itu disebarkan angin. Kata-kata itu benar-benar
mengguris dan menikam terus ke jantung. Lidahnya menjadi kelu tidak boleh berkata-
kata seperti
ada gam melekat pada hujung lidah dan lelangit mulutnya. Anak matanya sekali sekala
melirik pada pantulan imej yang sudah di tafsir dalam matanya.

"Aku tak sangka!" Wajah Reza menjadi ketat. Dia tidak tahu dia patut rasa sedih,
marah atau kecewa.
Semuanya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran.

Matanya dibutakan buat sementara. Dia tidak mahu lagi dijerat oleh helah murahan
seperti itu. Namun apakan daya, dia sudah tersilap langkah. Mulutnya seakan
terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kesakitan.

Bab 36

Cahaya terik bagaikan memerli emosi Reza. Kata-kata yang di dengarnya tadi sudah
cukup menghentikan darah-darah kegembiraan dari mengalir hingga ke tangkai
hatinya.

Sejak tadi hatinya tidak tenang.


Fikirannya dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan sehingga hatinya mula
menari-nari kegelisahan. walaupun dia sudah mengikis sedikit demi sedikit
kebimbangan itu, fikirannya masih bercelaru.

"Termenung jauh nampak? Rindu puteri bunian ke?" Sapa Husna apabila melihat Reza
duduk termenung dihadapan unggun api yang kian malap.

Reza tersentak dan menoleh ke arah kekasih hatinya itu. Pasti semalam dia tidak
menjamah langsung makanan yang disediakan olehnya.

"Aaaah. Cemburu ke? Cemburu tanda sayang." Jawab Reza selamba.

Husna hanya tersenyum. Dia masih mengunyah makanan segera dengan berselera sekali.

"Selekehnya. Awek sape lah ni. Lapar sangat ke?" Tegur Reza separuh mengusik.

Husna hanya mengangguk, perutnya berbunyi-bunyi minta diisi kerana dari semalam
dibiarkan kosong.

"Tadi pergi mana?" Tanya Reza

"Mandi." Jawab Husna sepatah.

"Reza dah cakap kan, jangan pergi sendiri. Keras kepala betul lah!"
Reza rasa batu lebih lembut dari kepala sayang ni." Reza memandang Husna dengan
tajam.

"Habis, nak tunggu Reza bangun ke? Tak sampai hati nak ganggu. Kuat sangat
berdengkur" Perli Husna.

Reza diam. Dia memandang wajah Husna, lama dan renungannya tajam sekali.

"Marah ke?" Tanya Husna. Hatinya bergetar, takut dia memandang jelingan itu.

"Takdelah, nak marah pun tak guna.


Kalau Reza marah pun, Husna kisah ke? Pergilah lagi jalan sendiri. Kalau ada ape-
ape jangan minta tolong Reza! Nak kata ada otak, memang ada. Nak kata bodoh tak
juga." Marah Reza sedikit. suaranya ditinggikan untuk melawan bunyi deruan angin
yang berbisik-bisik ditelinganya.

Husna sudah tidak berselera menghabiskan makanannya. Kata-kata Reza itu sudah
berjaya menusuk jauh ke sanubarinya. Ditahannya gelora hati agar tidak sampai
melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana. Husna cuba membisukan
diri, tidak berani mahu bercakap lagi. Dia tahu Reza sangat tegas dan tidak mudah
bercerita di saat tegang. Mahu saja dia menangis, tetapi dia cuba menahanya.
senyumannya tadi terbang pergi begitu sahaja. Mendung sudah menyeliputi wajahnya.

"Nak tegur pun susah, terus nangis. Cepat habiskan makanan tu, kejap lagi kita
bertolak ke jeti" Tegas Reza lalu dia berdiri dan mengambil
beg galas di tepi Husna lalu menyandang beg itu di bahu sebelah kirinya.

"Amran mana?" Tanya Husna, dia mula bersuara setelah mendiamkan diri dari tadi.

"Dia pergi kencing je kot, tunggulah sekejap." Jawab Reza bersahaja. Dia sebenarnya
merasa kesihan melihat raut wajah yang sudah berubah mendung itu tetapi sengaja dia
tidak mahu memujuk.

"Lambatnya. Tak sabar nak balik. Benci dah kat sini." Rungut Husna.

"Yelah, biar Reza pergi tengok dia. Nak tunggu sini atau nak ikut sekali?" Tanya
Reza.

"Pergilah sendiri!" bentak Husna yang mula naik kepala. Dia tahu Reza sudah hilang
kemarahannya. Tahu sangat dengan kerenah Reza yang mengada-ngada.

Reza menangkat kening sambil tayang muka pelik.

"Pelik orang perempuan ni" jentik hatinya

****

"Am, cepatlah!" Jerkah Reza. Dia membelakangi Amran yang entah apa di buatnya
berhampiran tebing sungai. Jenuh Reza mencarinya di merata tempat.

"Jom kita nak gerak dah ni. Nanti lewat pula. Buat apa lama-lama kat sini?" Reza
menyambung ayatnya dengan suara geram. Ada sahaja perangai Amran yang membuatkan
dia naik angin. Seperti dia sengaja melengah-lengahkan masa.

"Ehhh, kau ni. Terkejut aku." jawab Amran. Amran bercekak pinggang menghadap Reza
justeru sebenarnya dia masih lagi dalam keadaan terkejut dengan kemunculan Reza
yang datang secara tiba-tiba. Terkejut dia sampai hendak jatuh terduduk.

Sepatutnya mereka harus bergerak lebih awal untuk sampai ke jeti. Tetapi masing-
masing berpecah belah. Seorang pergi mandi, seorang bangun dari tidur matahari
sudah terpacak di atas kepala, seorang lagi pergi kencing lama sangat. Jika
diikutkan mereka sudah sampai dirumah.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik." Kau tau tak sekarang dah jam berapa!" Marah
Reza selamba.

Amran hanya tergelak kecil. Dia tersenyum melihat reaksi Reza.

"Takdelah, lain kali kalau kau nak datang, bagi salam dulu. Jangan main terjah aku.
Aku nak kencing, sambil tu boleh lah ambil angin. Kan hari ni kita balik." Amran
memberi penjelasan.
Reza memandang wajah Amran dengan kerutan berlapis di dahi. Dia mengecilkan matanya
dan cuba membaca fikiran Amran. Tapi tiada apa yang dapat dileraikannya.

"Physiko betul lah kau ni. Cepatlah, kami tunggu kat sana." Kata Reza

"Kejap lah, bagi aku masa sepuluh minit." Jawab Amran malas.

"Lambat kau tinggal." gertak Reza lalu meninggalkan Amran disitu sendirian.

"Wei, tunggulah." Jerit Amran. Cepat-cepat dia menaikkan zip seluarnya dan berlari
mengejar Reza dengan segera.

26,701 pp
👉👻📚

Bab 37 38. next Final k bab 39-40 🔞🔝

Baca Full episod link di bawah ni.


https://my.w.tt/xHtmmkKWiN

Bab 37

Suara-suara alam kembali senyap. Hanya kedengaran gemericik air sungai dan bunyi
sayap burung berterbangan melintasi permukaan sungai menerpa dan menciap seakan
menyambut kedatangan mereka.

"Terima kasih pakcik, kami pergi dulu." Jerit Reza.

Pakcik bot melambaikan tangan ke arah mereka lantas mencampakkan tali di tepi
tangga jeti dan mengikatnya dengan kemas.

Mereka berjalan beriringan


menembusi semak belukar. Suara burung tersentak mula berterbangan di sana sini.
Tidak ketinggalan juga monyet dan kera mula menyorok di dahan-dahan pokok sehingga
mengisi dimensi sunyi.

Masing-masing tidak sabar ingin kembali ke pangkuan keluarga. Kuntum kegembiraan


mengembang di hati masing-masing sekaligus menghalau segala kenangan pahit, suka
dan duka.

"Kau nak buat apa kayu tajam tu Am? Tanya Reza hairan.

Amran menghiraukan pertanyaan Reza, kolar baju ditarik untuk mengelap peluh pada
mukanya.

"Kau sakit ke? Muka pucat semacam aje. Tadi sihat walafiat aku tengok" Reza masih
menyoal walaupun tiada respon balas dari Amran.

Amran menyusun langkah menghampiri Van yang sudah berada di hadapannya. Dengan
keadaan yang lemah longlai, dia cuba membuka pintu kenderaan yang masih berkunci
sambil menekan perutnya dengan kuat.

"Aku.... Aku...." suaranya seperti tersekat di salur kerongkong. Sukar untuk dia
melontarkan segala ucapannya.

"Kau okey ke ni?" Tanya Reza risau sambil menepuk bahu Amran.
"Bak sini kunci tu!" tiba-tiba Amran
merampas kunci Van dari tangan Reza. Wajah yang lembut tenang tadi serta-merta
berubah menjadi bengis.

"Wei ape ni! Bagi balik!" Tengking Reza.

Kening Amran menjongket sebelah. Satu idea bodoh meresap masuk ke dalam fikirannya.
Sesekali dia mengukir senyuman penuh muslihat.

Reza cuba merampas kembali kunci tersebut namun Amran dengan pantas membuangnya ke
dalam belukar.

"Apa niat kau sebenarnya buat semua ni hah?!" Marah Reza, panas hatinya mula
menggongcang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbunya.

"Kau jangan nak bajet Hero lah Reza, kau tengok ni, tak pasal-pasal aku dah tunjuk
belang aku pada kau!"

"Aku dah tahu apa kau nak! Tapi aku tak mahu buruk sangka pada kau tanpa bujti yang
kukuh" Jelas Reza.

"Tahu konon! Puih! Sepantas kilat tangan Amran mencucuk perut Reza menggunakan kayu
tajam yang dikutipnya tadi.

"Amran....!" Jerit Husna.

"Kau perempuan kau diam kat sana!" Arah Amran.

"Apa kau buat ni Am!" tanya Husna, dia masih dalam keadaan terkejut dengan tindakan
drastik Amran. Wajahnya berubah bagai gunung berapi yang akan meletus mengalirkan
larva bila-bila masa sahaja. Marahnya meruap-ruap melihat kekasihnya di perlakukan
seperti demikian.

"Mengucap Amran, Faiq dah racun fikiran kau!" Tengking Reza dalam nada merayu.

"Hebat! Ingatkan dah terlepas." Jerkah Faiq yang tiba-tiba muncul entah datang dari
mana sambil tersenyum sinis. Tangannya menepuk lembut belakang Amran. Kemudian
kedua tangannya disilangkan di depan dada sambil memandang Reza yang masih
mengerang kesakitan.

"Amran apa ni? Kau...? Faiq...? "Soal Husna tergagap-gagap.

"Suprise.......! Kau mesti terkejut kan bila dapat tahu siapa komplot dengan aku?
Tanya Amran dengan bangga.

Husna terduduk kerana tidak percaya


dengan apa yang dilihat di hadapan matanya. Lelaki yang di anggap teman baik itu
rupanya syaitan bertopengkan manusia.

"Aku nak cakap satu benda aje. Jangan terlalu percaya pada orang" sambung Amran.

"Sampai hati kau Am." Husna menyeka air matanya. sukar untuknya memaparkan lukisan
kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi.

"Sshhhh, ala sayang. Jangan nangis ya" Kata Amran, nada syaitannya bersuara lagi.
Tangannya sempat mengusap rambut perang Husna namun ditepis oleh Husna.

"Wow. Ganasnya.. Takutlah" Perli Amran lagi namun mata sinis dan dinginnya dihala
ke arah Husna.

"Kau memang kejam. Terlalu kejam, apa kau nak sebenarnya." Jerit Husna dalam
tangisan.

"Kepuasan! Simple je jawapan untuk soalan kau tu. Jadi kau dan kekasih kau tu
jangan mimpi nak keluar dari tempat ni!" Jelas Amran lagi.

Reza cuba menarik serpihan kayu yang mencucuk perutnya dan berniat untuk melindungi
Husna namun cecair pekat semakin deras membasahi bajunya.

"Tengok Hero dia tu Faiq, ada hati lagi nak melawan!" Kemudian mereka berdua ketawa
terbahak-bahak melihat Reza menahan kesakitan.

"Binatang kau Amran! Kau rupanya dalang semua ni! jangan ingat kau akan terlepas
dengan mudah. Gertak Reza sambil mengerang kesakitan. Terpisat-pisat matanya
memandang wajah mereka.

"Sakit? Kau nak lagi! Ingatkan Hero sangat. Soal Amran sambil memijak tubuh Reza.
Di tekannya kembali kayu itu sedalam-dalamnya di dalam tubuh Reza sehingga Reza
sukar untuk bernafas. Di tambah lagi dengan tumbukan di wajah kacak Reza sehingga
lebam biji matanya.

"Kalau kau nak aku, kau ambil je aku. Bunuh je aku. Tapi Jangan ganggu Reza" Husna
mula merayu, tak sanggup dia melihat Reza dipukul bertalu-talu oleh dua lelaki itu.

"Wow, Cinta sejati! Bunuh kau? Tak.. Tak.. Kami perlukan kau. Mana mungkin kami nak
kau mati" Jawab Amran selamba sambil menarik rambut panjang Husna yang sudah siap
sedia mengurai. Sampai terdongak kepala Husna dikerjakannya. Lidahnya laju menjilat
leher Husna dengan penuh nafsu.

"Am! Kau jangan sentuh dia!" Tengking Reza dengan sepenuh hati. Meskipun dia tidak
larat kerana dia sudah banyak kehilangan darah.

Amran ketawa sinis, dia masih memainkan lidahnya di leher Husna.

"Reza..reza.. Hanya itu yang keluar dari mulut Husna. Dia hanya memandang Reza
seakan meminta bantuan dan perhatiannya.

Melihat kekasih hatinya dibuat seperti itu, Reza berusaha sedaya upaya untuk
berdiri. Meskipun dia tidak tahu apa fungsinya cebisan Batu dengan ukiran penuh
seni yang diberi oleh Pembesar Kurnia sebelum dia pergi, namun cebisan batu itu
masih kemas dalam genggamannya.

Pukulan demi pukulan mula menyeksa tubuh badannya tanpa henti. Reza jatuh pengsan
tanpa sempat menjerit kesakitan.

**

Bunyi gerak kaki Faiq datang menghampirinya membuatkan tubuh Husna terdorong ke
belakang menjauhi tubuh lelaki itu. Amran yang masih memeluk Husna hanya ketawa
kecil melihat gelagat Husna.

"Sayang, kau takut aku ke? Tanya Faiq halus." Suaranya benar-benar lembut.

Husna meronta-ronta minta dilepaskan, dia buntu apa yang harus dilakukannya ketika
itu. Sempat dia meludah ke wajah Faiq.

"Aku tak rogol kau lah bodoh! Kenapa kau takut kat aku! kalau memang betul aku ada
niat tak baik dekat kau, kau dah tak berpakaian sekarang ni!" Jerit Faiq. Sakit
hatinya melihat Husna tidak mahu memandang dirinya padahal dia tidak pernah
menyentuh Husna.

"Kau pegang dia ni! Arah Amran lalu menolak tubuh kecil itu dipelukan Faiq.

Amran membuang pandang ke arah susuk tubuh Husna. Perlahan-lahan dia cuba
menanggalkan butang baju Husna.

"Jangan!" Jerit Husna. Dia cuba menolak tubuh Amran, namun tenaganya belum cukup
kuat melawan tenaga Amran. Perasaan yang sama hadir ketika dia di perkosa oleh
Faiq.

Husna menjerit dengan harapan Reza dapat bangun dari pengsannya. Tapi jeritannya
terhenti bila mulutnya di tekup oleh Faiq.

"Diam, kalau tak aku bunuh kau!" Amran cuba memberi amaran.

Husna cuba menghela nafasnya dengan kuat kerana dia tidak dapat bersuara dan
bernafas dengan baik bila mulutnya di cekup. Hanya manik-manik jernih yang keluar
dari kilang matanya saat bajunya di koyak.

Tangan amran meliar masuk ke dalam baju yang dipakai Husna. Kemudian dia
mempamerkan senyuman lebar ke arah Husna.

"Kau nak tahu siapa yang rogol kau?" tanya Amran lembut.

"Tolonglahhhhh Am. Aku merayu... Jangan buat aku macam ni" Kata Husna, dia berusaha
untuk melepaskan diri tetapi pelukan Faiq dari belakang membuatkannya susah
bergerak.

Nafsu syaitan Amran semakin membuak-buak. Dia tidak menghiraukan rayuan Husna.
Ketika dia hendak menolak separuh tubuhnya supaya terbenam masuk ke dalam tubuh
Husna, tiba-tiba angin kuat datang menyambar Faiq dan Amran.

*sori kalau part ni x memuaskan hati pembaca. Big sorry, ni pun Saya ambil masa
dua hari buat situasi ni. Susah 😭*

Bab 38

Flashback Bab 18 & 36

"Bodoh! Aku suruh kau pura-pura mati depan Husna, yang kau muncul balik depan dia
kenapa!! Kau tak buat pun apa yang aku suruh! Tu pun susah ke?" tengking Faiq.

"Cukuplah Faiq, aku taknak lagi bersubahat dengan kau. Cukuplah kau tahu kedudukan
dorang sekarang ni. Aku betul-betul tak sangka Reza muncul waktu tu. Bebaskanlah
dorang." Kata Amran sambil merayu.

"Kau memang bodoh! Kau rela di tangkap dan dipenjara bila kau dah bantu dorang
keluar dari sini? semudah tu kau nak biarkan? Tanya Faiq dia semakin meracun
fikiran Amran.

"Aku yakin Husna dan Reza tak tahu benda ni." jawab Amran sambil meraup mukanya.
Wajahnya tercalit titik-titik kegelisahan.

"Kau fikir baik-baik lah Amran, benih tu mesti bertahan lama dalam badan Husna.
Kalau dia buat ujian mesti kau kantoi kan." Faiq semakin mencucuk-cucuk fikiran
Amran yang semakin berserabut.
"Kau yang mulakan! Aku datang cuma nak selamatkan Husna tapi......"

"Tapi apa? Kau tak boleh kawal nafsu jantan kau? Aku langsung tak sentuh Husna.
Tapi kau? Mesti Husna fikir aku yang rogol dia sebab aku dah belasah dia cukup-
cukup sampai pengsan. Dengan mudah kau boleh berpura-pura lepas apa yang kau dah
buat kat dia? Pura-pura menyelamatkan konon! Tapi bodoh! siap tinggalkan benih lagi
dalam badan Husna. Kalau dia mengandung mesti iras muka kau nanti!"

"Tapi kau bunuh sepupu kau Azra!" Amran mula mengugut Faiq.

"Deal lah! Rahsia kau masih kemas dalam poket seluar aku ni! Jadi kau fikir lah
sebaik-baiknya

"Cukup Faiq! cukup!!!!!!" Marah Amran bila Faiq mengimbas kembali kesalahan yang
dilakukannya terhadap Husna.

"Aku cuma nak kau halang dorang dari keluar dari sini! Kau buat lah apa yang patut.
Yang penting aku cuma nak Husna! Aku nak Husna!"

Mahu saja Reza membiarkan suara itu disebarkan angin. Kata-kata itu benar-benar
mengguris dan menikam terus ke jantung. Lidahnya menjadi kelu tidak boleh berkata-
kata seperti
ada gam melekat pada hujung lidah dan lelangit mulutnya. Anak matanya sekali sekala
melirik pada pantulan imej yang sudah di tafsir dalam matanya.

"Amran dan Faiq!!!!!!!" Jerit batin Reza.

"Aku tak sangka!" Wajah Reza menjadi ketat. Dia tidak tahu dia patut rasa sedih,
marah atau kecewa.
Semuanya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran.

Matanya dibutakan buat sementara. Dia tidak mahu lagi dijerat oleh helah murahan
seperti itu. Namun apakan daya, dia sudah tersilap langkah. Mulutnya seakan
terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kesakitan.

**

"Eh itu kan suara Husna" Desis hati Amran" Laju dia melangkah mengikut arah suara
Husna yang menjerit meminta tolong.

Pintu bilik tersebut dikuak perlahan. Derap langkahnya turut perlahan dan berhati-
hati.

"Faiq........ Ape kau nak buat ni" jerit Amran. Sempat dia menyaksikan dengan
kepala matanya sendiri perbuatan Faiq yang di anggap melampau.

"Kau nak bunuh Husna ke!" Tanya Amran geram.

Faiq menoleh ke arah Amran.

"Eh, kau hidup lagi. Aku ingat dah mati." Selamba sahaja jawapan Faiq.

Mata Amran menjalar ke setiap pelusuk tubuh bogel Husna yang dibiarkan terdedah di
depan matanya.

"Kau nak, aku belum sentuh lagi ni." Faiq memandang Amran dengan sinis apabila
mendapati nafsu jantan Amran mula menaik.
Amran menghiraukan kata-kata Faiq. Dia meraup wajahnya. Tangannya sudah mula
membuka zip seluar.

Badan Husna yang sudah bogel itu dipandang dengan penuh berahi. Nafasnya berombak
kencang. Dari tadi matanya meliar memandang bibir, tubuh, punggung. Semua itu jelas
merangsang lagi berahinya.Hairan juga dia, takkanlah Faiq langsung tidak terliur
terhadap Husna yang sudah berbogel di hadapannya.

Seluar Amran dilurutkan terus sehingga dia berada di dalam keadaan separuh bogel,
hanya bajunya sahaja yang menutupi tubuh badannya.

Perlahan-lahan, perasaan bersalah menyelusup ke dalam dada Faiq. Dia mengakui di


dalam hati bahawa Husna menerima tempias bahang ke tidak puasan hatinya kepada
Reza. Dia sedar yang dia terlalu mengikutkan rasa marahnya sehingga Husna yang
harus menerima hukuman yang tidak setimpal
👉👻📚

*by Fazella Nazeera*


*#Reza*
*Bab 39 & 40 Final*

Baca Full episod link di bawah ni.


https://my.w.tt/xHtmmkKWiN

"Reza....... Reza........."
Panggilan lembut itu membuatkan
Mata yang tertutup rapat cuba dibuka perlahan-lahan. Suatu suara bergema dalam
jiwanya. Entah dari mana datangnya suara itu. Yang nyata suara garau itu memang
amat dikenalnya.
Ketika Reza sedar, dia kehairanan kerana tiada siapa berada disisinya.
Husna, Faiq dan Amran pun tiada. Kemana mereka menghilang? Reza menoleh kanan ke
kiri dan ke kanan sambil mencubit pipinya untuk memastikan adakah dia sedang
bermimpi. Jawapannya tetap hampa, dia tidak bermimpi. Bertalu-talu pertanyaan
berlegar-legar di dalam pusat fikirannya.
Kesan tikaman yang ditikam oleh Amran tidak sudah kelihatan diperutnya. Dalam
mindanya sudah membuat perbagai andaian.
"Apa semua ni? Aku di mana sekarang ni?" Reza tertanya-tanya sendiri. Dia memandang
sekelilingnya. Kawasan itu kelihatan agak dingin. Tidak ada warna lain selain
putih. Hanya kelihatan buah-buahan dan pokok tumbuh menyelimuti alam. Langit cuba
memuntahkan cahaya putih di seluruh permukaan bumi. Cahaya itu tidak terlalu
menyilaukan, kerana Reza masih boleh memandang ke langit tanpa rasa pedih di
mata.Melihat suasana yang serba putih dan asing itu, Reza jadi bingung.
Reza cuba bangun. Baru mahu membuka mulut memanggil suara tadi, azan subuh sudah
berkumandang. Tapi tiada sebuah masjid pun yang kelihatan berhampiran dengan
kawasannya lalu dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang.
Keadaan itu membuatkan ketenangan yang diidaminya tidak kunjung tiba. Dalam
benaknya terlukis gambaran syurga. Namun Reza cuba menepis dan menerbangkan
sejauhnya anggapan itu kerana tiada satu pun sumber mata air yang mengalir indah
seperti yang diceritakan oleh alim ulama. Tidak ada seorang pun manusia yang
memancarkan cahaya kebahagiaan berada di hadapannya.
Beg silangnya segera dicapai.
Tidak mau terhanyut dengan perasaan bingung yang semakin berkecamuk dalam dirinya,
Reza memutuskan untuk berjalan dan melihat secara jelas apa yang terjadi di
sekitar.
Perlahan-lahan dia melangkah maju ke hadapan. Dia tidak tahu ingin pergi ke mana.
Tetapi dia tetap mengayunkan langkah kakinya.
Langkah yang perlahan itu terhenti sebaik terdengar suara garau menerobos masuk ke
dalam telinganya hingga Reza ketakutan dan berlari sejauh mungkin tanpa
memerhatikan langkah kakinya.
Dadanya berombak kencang, nafasnya tercungap-cungap, seperti baru dikejar hantu.
Manik-manik jernih mengalir deras sekali dan membasahi tubuhnya. Yang pasti dia
sudah berlari seperti dalam khayalan yang sesungguhnya kedua kaki sama sekali tidak
pernah melangkah kemana pun.
"Reza jangan takut." tiba-tiba suara garau tadi kembali menerjah Reza yang masih
dalam ketakutan. Reza segera menoleh ke belakang.
"Pembesar Kurnia!" Jerit Reza. Dia melompat terlalu gembira apabila melihat ada
wajah yang dikenalinya berada dihadapannya.
Pembesar Kurnia menghadiahkan sekuntum senyuman indah ke arahnya.
"Tok kita kat mana ni? Kenapa sepi dan tiada orang? Kawan-kawan saya yang lain kat
mana?" Soal Reza terus menerus pada Pembesar Kurnia.
"Kawan kamu tiada di sini. Mereka di tempat lain. Mari ikut Tok." tiba-tiba
Pembesar Kurnia mengajak Reza entah pergi kemana.
Reza yang masih dalam keadaan keliru cuma menurut, membontoti Pembesar Kurnia
melalui jalan yang berwarna putih. Dia terus berjalan tanpa berkata apa-apa.
Dirinya kelihatan tidak seperti biasa.
"Mujur Tok sempat datang selamatkan kamu. kasihan kamu. Tok risau sahaja jika masa
tidak mencukupi untuk kamu kembali."
Reza mendiamkan diri. Dia cuba memahami kata-kata Pembesar Kurnia dan berjalan
terus ke hadapan tanpa banyak soal. Kemudian Pembesar Kurnia membawa Reza menuju ke
satu gerbang pintu yang cukup besar. Cahayanya sungguh terang.
"Pergilah, masa kamu telah tiba, nanti kamu tak sempat." arah Pembesar Kurnia.
Reza memandang Pembesar Kurnia dengan beribu persoalan dalam kotak fikirannya.
"Apa ni Tok? Saya nak pergi mana ni? Apa semua ni?" Reza masih bingung.
"Jangan risau jangan takut. Syukur kamu masih beruntung. Simpan baik-baik apa yang
Tok pernah beri kepada kamu. Pergilah, masa itu emas."
"Masa? Beruntung? Masa apa?" tanya Reza terpinga-pinga.
Bayangan Pembesar Kurnia perlahan-lahan menghilang. Reza mencari-cari, menggosokkan
matanya menggunakan tangan dan menajamkan pandangannya mencari kelibat Pembesar
Kurnia tetapi semuanya hampa.
Langit yang diingin putih tadi mengeluarkan kabus yang semakin menebal. Kabus yang
berwarna putih jernih berarak perlahan menyelimuti pandangannya. Serta merta
pandangannya menjadi kabur. Namun dia masih boleh melihat walaupun tidak seberapa
jelas satu susuk tubuh seorang wanita tampak berjalan menembus masuk melalui kabus
tersebut dan menuju ke arahnya.
"Husna......." bisik hati Reza.
Belum sempat Reza bersuara, Husna sudah mengukir senyuman penuh indah dan
menghulurkan tangannya.
Dia memakai perhiasan gelang emas dan memakai pakaian putih yang dibuat dari sutera
halus dan tebal.
Melihat tangan halus yang dihulurkan kepadanya, Reza dengan segera mencapai huluran
tangan itu lalu mengikut langkah kaki Husna masuk semula ke dalam kabus tersebut.
Bab 40
Yaasiin. Walquraanil hakiim. Innaka laminal mursaliin. 'alaa shiraathin mustaqiim.
tanziila al'aziizi rrahiim.Litundzira qawman maa undzira aabaauhum fahum ghaafiluun
REZA tersedar tatkala terdengar suara perlahan orang sedang mengaji. Dia dapat
merasakan baru bangun dari lena yang panjang. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
Matanya silau dan perit tatkala diterjah cahaya lampu yang terang. Suara alunan
orang mengaji itu masih jelas di cuping telinganya. Tubuhnya penuh dengan wayar-
wayar dan peralatan medik.
Dia menoleh ke kiri dan kanannya. Kelihatan ibu, ayah serta Husna duduk di birai
katilnya sambil membaca yasiin.
"Aduh! Sakitnya...." Reza mengerang kesakitan. Terasa pedih dan nyilu di bahagian
kepalanya. Lemah dia mengangkat tangan cuba untuk mengurut kepala namun terasa ada
balutan menutupi kepalanya.
Erangan perlahannya itu membuatkan mereka yang khusyuk membaca yassin itu tersedar.
"Alhamdulillah, anak kita dah sedar bang." Kata Puan Aisyah pada suaminya. Senyuman
penuh kesyukuran terukir di bibir wanita berusia itu.
"Fahmi Reza... Anak ibu dah sedar."
Dielus tangan Reza dengan lembut sekali.
"Ibu, Reza sakit ke, kenapa Reza ada kat hospital ni?" Tanya Reza bingung namun
nadanya masih lembut.
"Reza kemalangan." Jelas ibunya ringkas. Ibunya tidak mahu dia banyak berfikir
banyak kerana dia baru sedar dari Komanya.
"Bila? Fikirannya tidak dapat mencerna kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia
boleh berada dalam keadaan koma selama dua minggu.
"Dah, tak payah fikir ye nak. Ni ada Husna kat sini. Dari Reza kemalangan lagi dia
temankan Reza tau. Rehat dulu ya anak ibu, ibu dan ayah panggil doktor dulu." Kata
Puan Aisyah sambil mengusap rambut Reza dengan lembut. Sempat dia mengecup dahi
anak kesayangannya itu.
Tombol pintu wad itu di buka dengan perlahan. Husna dan Reza hanya memandang gerak
geri ibubapanya sehingga kelibat meraka sudah tiada lagi di pandangan.
"Lama ke saya tak sedarkan diri" Sapa Reza pada Husna dengan suara yang masih serak
sambil menggerakkan tubuhnya untuk duduk. Lama ditatap wajah Husna yang sering
bermain dalam mimpinya. Rasa bersyukur mula terbit di hatinya kerana semuanya hanya
sekadar mimpi.
"Dua minggu je lah. Lama kau tak turun kelas kan. Tu la aku jenguk kau kat sini"
jelas Husna bersahaja.
"Oh.... Aku tak sangka, rupa-rupanya kau sayang kan aku juga sampai sanggup tunggu
kat sini."
"Mestilah. Kita kan kawan baik." Husna mengukir sebuah senyuman. Senyuman yang
boleh mencecah hingga ke telinga.
"Amran, Azra dan Faiq tak jenguk aku ke?" Soal Reza berbasi.
"Siapa tu? Kau ada kawan baru eh?" Tanya Husna sambil Keningnya menjongket sebelah.
"Takdelah. Husna kau jangan tinggalkan aku ya, temankan aku disini sampai aku
keluar." Pinta Reza.
Husna hanya mengangguk untuk mengiakan permintaan Reza. Dia hairan juga melihat
perangai Reza yang nampak pelik.
"Husna aku nak kau tahu sesuatu. Tapi sebelum tu aku nak tanya kau satu soalan
boleh?"
Husna hanya mengangguk kecil. Tidak sabar dia ingin tahu soalan yang akan keluar
dari mulut Reza.
"Kau ada teman lelaki ke?"Tanya Reza halus, dia memerhati wajah Husna dengan
senyuman manis. Manakala Husna masih tergamam akan soalannya.
"aaa.. Aaa.. Be.belum. kenapa?."
"jadi aku ada harapanlah ni." ujar Reza dengan senyuman ceria.
Husna yang masih tidak faham hanya menjongket bahu. Dia memerhati wajah Reza.
"Apesal mamat ni? Bangun dari koma terus tanya soalan bonus" Desis hati Husna.
Reza membiarkan Husna tertanya-tanya sendirian. Sambil itu dia cuba menghayati
angin lembut yang menyapa pipinya. Sudah dua minggu dia koma. Patutlah Husna pernah
bertanya dia pergi ke mana selama dua minggu sehingga berulang kali Husna
memanggil, dia tetap berjalan dengan laju seperti takut dikejar sesuatu.
Reza kembali memejamkan matanya.
Tiba-tiba dia merasa ada suatu benda yang cukup berat di tangannya. Sesuatu yang
berkilau apabila terkena sinar pancaran matahari.
"Inikan Serpihan batu yang Pembesar Kurnia bagi? Macam mana boleh di sini?" Desis
hati Reza. Dia kebinggungan.
Reza kembali menutup matanya. Batu itu masih kemas dalam genggamannya. Dia tertawa
kecil atas apa yang telah terjadi dalam hidupnya. Semuanya hanyalah mimpi semata-
mata. Tapi semuanya seperti tidak masuk akal .
"Pembesar Kurnia, adakah aku hanya bermimpi? Mimpi yang mungkin akan menjadi satu
kenyataan. Mungkinkah ini salah satu petunjuk untuk aku menemuimu? Atau sekarang
ini aku berada di deminsi mimpi dalam mimpi? " Bisik hati Reza.
TAMAT
(Thx kepada pembaca yang follow dari awal lagi karya aku ni. Big sorry kalau x ngam
di hati. Untuk Pengkritik atau yang Support, tq sangat2 sebab komen dari kamu lah
aku tambah bersemangat mahu menulis lagi. Manatahu season 2 aku buat dalam bentuk
ebook, ).
📚👻

#reza
#fazellanazeera
#globalparanormal

Anda mungkin juga menyukai