Anda di halaman 1dari 28

PANTANG LARANG merupakan cerita inspirasi daripada kisah benar yang diceritakan

oleh Natalie kemudian ditulis semula oleh Aki

PANTANG LARANG BHGN 1


(BASED ON TRUE STORY)
Nama saya Natalie. Berasal daripada sebuah kampung pedalaman Sabah. Sangat jauh
ketinggalan daripada kecanggihan teknologi moden. Kisah yang saya ceritakan ini
berlaku sekitar tahun 1997. Masa tu umur saya sudah pun menjangkau 13 tahun.
Pada umur 13 tahun, saya telah diperkenalkan oleh atok saya tentang pantang larang
yang kami sebagai orang perempuan di dalam rumah tidak boleh lakukan. Terutamanya
ketika musim datang haid.
Kami akan di larang mandi secara terbuka. Contoh kami perempuan yang datang haid
akan mandi dan sisa air mandian kami itu tidak boleh mengalir di kawasan tanah.
Kena mandi di kawasan yang tidak mengalir terus ke tanah. Sebab itu atok dan bapa
saya sediakan satu tempat untuk kami perempuan yang datang haid.
Kedua kami tidak boleh mandi sungai sewaktu sedang haid. Kerana sisa mandian kami
itu akan mengalir di sungai.
Nenek moyang kami percaya sekiranya kami melanggar pantang larang itu, maka kami
akan menjadi buruan para saitan atau hantu-hantu yang haus akan darah.
Untuk pengetahuan semua, masa itu darah haid wanita terutama perawan merupakan
darah yang paling harum dan sedap bagi golongan iblis. Atok dan ibubapa saya pula
pengamal ilmu hitam dan melakukan perjanjian dengan iblis.
Suatu hari tanpa saya sedar, saya telah datang haid. Ngam-ngam juga waktu tu saya
sedang angkat air di kawasan sungai berhampiran. Sungai itu pula sangat jernih dan
bersih. Airnya sangat cetek, mempunyai batu-batu yang besar.
Ketika saya turun ke sungai, saya perasaan air yang menyentuh separuh tubuh saya
sehingga ke paras pinggang bertukar menjadi merah. Serius masa tu saya memang tidak
tahu yang saya sedang haid. Itu pertama kali saya datang haid.
"Aik kenapa air ni bertukar merah?" Kata saya dalam hati. Terus dengan cepat saya
naik ke atas darat semula.
Setelah itu saya terus pulang ke rumah. Saya meletakkan dua tong air di dapur dan
menukar pakaian saya. Selepas menukar pakaian turun ke bawah rumah.
"Natalie, tolong mama angkat ni kayu api.." mama saya panggil. Cepat-cepat saya
melangkah menuju ke arah mama saya.
"Mau angkat pigi atas atau letak di ampaian kayu api?" Saya bilang tanya mama saya.
"Angkat pigi dapur. Mama mau masak." Mama saya jawab.
Semasa saya sedang menyusun kayu api yang mau di angkat, tiba-tiba mama saya suruh
saya berdiri tegak.
"Natalie.. cuba ko berdiri dan menghadap belakang sama mama.." Bilang mama saya.
Saya menurut saja.
"Bila lagi ko datang haid?" Bilang mama saya cepat-cepat dia buka sarung di
kepalanya kasi lindung saya badan saya.
"Tidak tau maa.. baru tadi saya perasaan." Bilang saya.
"Ko datang haid sudah ni.. patutlah jerawat ko berkeluaran semua.." bilang mama
saya sambil suruh saya pakai tu sarung.
"Ko tau juga kan pantang larang keluarga kita kalau perempuan datang haid." Soal
mama saya lagi. Saya angguk-angguk saja.
Di sana baru saya tau sebenarnya saya datang haid. Kalau begitu sudah semestinya
saya langgar pantang larang keluarga saya. Saya nampak abang saya sedang membelah
kayu api pakai kapak. Di dalam hati sebenarnya berdebar sudah. Takut sebab
melanggar pantang.
Bila saya ingat atok saya cakap, dia bilang kalau kami melanggar pantang larang ni,
maka para iblis dan hantu yang kehausan darah akan memburu kami sekeluarga. Untuk
menghentikan atau menghalang tindakan iblis atau hantu yang kehausan darah, maka
orang yang melanggar pantang larang harus dikorbankan. Siapa tidak takut kan.
Ibarat nyawa saya telur di hujung tanduk.
Malam itu, selera makan saya hilang. Perasaan saya tidak keruan. Saya takut untuk
bersuara dan memberitahu kebenaran bahawa saya telah melanggar pantang larang.
Sedang yang lain makan, saya duduk di beranda rumah. Udara malam sangat sejuk. Di
beranda rumah itu saya hanya berlampukan cahaya pelita.
Sedang siok-siok saya menenangkan fikiran yang bercelaru masa tu, tiba ada angin
yang sangat sejuk lalu di depan saya. Seakan-akan saya kena sentuh oleh ais batu.
Secara automatik saya berdiri. Buluh roma saya berdiri.
"Nataaaalieeee.." Suara halus memanggil nama saya dari arah hutan. Cepat saya
menoleh sambil memegang pelita. Saya cuba mencari-cari kelibat suara yang memanggil
saya tetapi tiada.
Perlahan-lahan saya melangkah masuk ke dalam rumah kerana saya dapat merasakan
sesuatu yang tidak bagus.
"Nata.. Tolong mama kemas ni piring semua.. Terus cuci. Sakit tulang-tulang mama
ni.." Bilang mama saya.
Saya tidak dapat mengelak. Terus saya bawa 1 besen kecil ke arah tangki rumah.
Tangki kami terletak di luar rumah. Terus disatukan sekali dengan rumah.
Semasa saya sedang cuci piring tu, saya mula merasakan sesuatu sedang memerhatikan
saya dari arah bawah. Saya buat macam biasa saja.
"Daraaah..." Suara sayup-sayup tetapi sangat jelas. Piring yang ada dalam tangan
saya terus terjatuh ke arah tanah. Nasib baik piring besi.
"Nata.. kenapa piring jatuh tu? Pigi ambil cuci balik tu.. Nanti anjing jilat.
Kotor.." bilang bapa saya. Saya teguk air liur.
Mahu tidak mahu saya terpaksa turun ke tanah ambil tu piring. Semasa saya sudah
berada si tanah, 3 ekor anjing kami terus menyalak tanpa henti. Diorang menyalak ke
arah hutan yang menuju ke arah sungai.
"Nata.. naik ko cepat tu. Tidak bagus ko lama-lama sana tanah malam begini.."
bilang atok saya.
Saya terus ambil tu piring tapi saya terhenti terus bila saya ternampak satu tangan
yang mempunyai kuku yang hitam, tangannya berkudis menyentuh tu piring yang saya
mau ambil.
"Buli pinjam piring?" Bilang tu makhluk yang menyentuh tu piring sambil tersenyum
jahat ke arah saya. Air liurnya berjatuhan atas tanah. Matanya tidak kelihatan.
Giginya ibarat gigi ikan jerung. Rambutnya panjang menyentuh tanah.
"Argghhhh!!" Saya teriak sekuat hati saya sebab terkejut. Nafas saya sesak terus.
"Aku inginkan darah kau.." Bilang tu makhluk. Tapi dengan sekelip mata tu makhluk
terus hilang. Rupanya atok saya turun.
"KENAPA tu Nata? Kenapanko teriak?" Bilang atok saya. Saya terus ambil tu piring
dan cepat-cepat naik tanpa mempedulikan atok saya.
Yang saya sempat nampak, atok saya macam baca-baca sesuatu dan buang tu kayu yang
bila di bakar akan menjadi sangat bau. Kuat baunya. Orang dulu-dulu pakai kayu tu
untuk menghalau hantu atau menghalau roh yang merasuki orang.
"Nata.. kenapa ko tadi? Apa yang ko teriak tu?" Sekali lagi atok saya menyoal. Tapi
kali ini di atas rumah sudah.
"Menjawab bah Nata kalau orang tanya! Macam tiada mulut saja." Tegas suara bapa
saya. Saya teguk air liur.
" Tadi ada lembaga perempuan berdiri di depan saya. Tulaa saya terkejut betul."
Saya bilang. Suara saya perlahan.
"Aik kenapa pula diorang muncul depan ko. Baru beberapa hari lepas saya kasi makan
diorang tu." Bilang atok saya maksudkan tu lembaga.
Saya diam saja tetapi tidak dapat melupakan kejadian yang baru menimpah saya
sebentar tadi. Itu pertama kali saya berdepan dengan situasi sedemikian.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki untuk mengikuti episod seterusnya. Banyak follow bisuk Aki bagi
terus dua part..

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 2
(Based on true story)
Malam itu saya tidur keseorangan. Saya perempuan ada bilik sendiri. Tidak seperti
abang saya dua orang yang terpaksa tidur di ruangtamu saja bersama-sama dengan atok
saya.
Kejadian yang berlaku dengan saya malam itu juga saya tidak boleh lupakan. Sedang
yang lain tertidur, saya pula masih terbongkang segar kerana ketakutan. Itu pertama
kali saya betul-betul dilanda perasaan takut yang amat sangat.
Sewaktu saya sudah tidur-tidur ayam, saya terdengar nama saya dipanggil dari arah
luar. Suara yang memanggil itu merupakan seorang perempuan. Suaranya lembut.
Mata saya kembali segar. Bulu roma saya berdiri.
"Nataaliee.." suara itu kedengaran sayup-sayup tetapi sangat jelas.
Perlahan-lahan saya berdiri dan mencapai pelita bilik saya. Kemudian saya melangkah
perlahan memgintai ke arah luar melalui celah dinding rumah.
Sebelum itu, saya akan bagi gambaran tentang rumah saya pada suatu ketika dahulu.
Rumah saya ini rumah tradisi yang dindingnya diperbuat daripada bambu. Begitu juga
dengan lantai rumahnya. Atap rumah, separuh zink dan separuh lagi daun nipah.
Sesiapa yang pernah pergi KDCA dan pernah nampak rumah-rumah tradisi kaum KDM,
begitulah keadaan sebenar rumah saya.
Semasa saya mengintai ke arah luar tu, saya ternampak satu kelibat wanita berjubah
hitam sedang ke hulu dan ke hilir betul-betul di luar rumah. Anjing-anjing
peliharaan kami pula menyalak tidak henti-henti. Hanya cahaya bulan saja yang
menerangi penglihatan saya malam itu.
Saya menelan air liur saya. Tiba-tiba makhluk wanita yang saya nampak itu berhenti
mundar mandir. Makhluk itu menggoyang-goyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
"Nataaliee.. aku tau kau sedang memerhatikan aku.. aku dapat hidu bau harum
darahmu.." Tiba-tiba suara yang menggerunkan keluar daripada makhluk itu.
Saya terundur sedikit ke belakang kerana terkejut. Pelita yang saya pegang terus
terjatuh ke atas lantai.
"Hahahahahahhahahaahahaha" Suara mengilai yang kuat kedengaran.
Traakkk.. takk.. takk.. takk..
Dinding rumah saya seakan-akan dibaling sesuatu menggunakan benda keras.
"Tolooong!" Saya terus teriak kuat-kuat sebab ketakutan. Anjing-anjing semakin
rancak menyalak.
"Nataa.. Nataa.. buka pintu ni!" Suara atok kedengaran. Cepat-cepat saya berdiri
dan menuju ke arah pintu. Sampai pintu, saya terus buka dan nampak kelibat atok
sama abang saya sudah berdiri sana.
"Atok.. ada lembaga perempuan sana kacau Nata.." saya bilang sambil menunjukkan
jari telunjuk saya ke arah luar.
Atok saya terus berlari dan buka tingkap bilik saya. Udara dingin mulai masuk ke
dalam ruang bilik saya. Anjing-anjing yang menyalak tidak henti-henti tadi pun,
secara tiba-tiba berhenti menyalak.
Saya dan dua orang abang saya terus mendekati atok. Mata atok masih liar mencari-
cari sesuatu sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Saya nampak Bulu-
bulu tangan atok berdiri.
"Aura ni lain. Jahat sangat.." Bilang atok saya sambil menutup tingkap bilik saya
semula.
"Pigi kasi bangun bapa ko tu. Atok mau dia tolong pasang pagar di setiap penjuru
rumah kita ni. Macam ada bahaya yang mau datang." Bilang atok saya dengan nada
serius.
"Bahaya apa tu atok?" Soal abang saya.
"Banyak tanya lagi. Pigi panggil bapa kamu tu." Suara atok saya tegas. Abang saya
tu terus keluar dari bilik saya menuju ke bilik bapa.
Di dalam hati, sebenarnya saya merupakan orang yang paling ketakutan dan risau masa
tu. Sebab itu semua berpunca dari darah haid saya saya tidak sengaja terlepas di
sungai.
Macam manalah kalau atok dan yang lain tau saya punca semuanya itu berlaku secara
tiba-tiba. Mau mengaku tapi saya takut. Takut nyawa saya akan menjadi taruhan para
saitan yang hauskan darah. Saya tidak mau sebab saya belum mau mati.
"Kenapa tu bapa? Apa yang terjadi ni?" Soal bapa saya sambil menggosok-gosok
matanya.
"Kena tambah pagar lagi di kawasan rumah kita ni.. ada aura lain yg bukan kita
punya datang sini mengganggu. Lain jahatnya.." bilang atok sama bapa. Saya nampak
muka bapa terus cuak.
"Bila mau pasang?" Soal bapa saya lagi.
"Sekaranglah! Buat apa mau tunggu lagi? Mau tunggu ada yang jadi mangsa baru mau
bertindak?" Balas atok saya dengan garang. Selepas itu atok saya terus keluar dan
turun ke bawa kulung rumah diikuti oleh bapa sama dua orang abang saya.
Mama saya pula terus mendekati saya. Dia tingu saya dari atas ke bawah.
"Kenapa?" Soal mama saya.
"Ada lembaga perempuan datang mengacau. Atok bilang tu lembaga bukan dari sini. Dia
tidak kenal. Aura dia jahat sangat..." saya jawab mama. Mama saya terus telan air
liur. Mukanya juga cuak.
"Mari sini kawan mama.." bilang mama saya.
Masa tu lebih kurang baru jam 10.00pm tetapi zaman dulu, itu sudah jauh malam.
Apalagi kami tidak mempunyai bekalan elektrik dan di kelilingi oleh hutan tebal.
Ada rumah lain pun jarak dia jauh-jauh semua. Kebanyakkan menggunakan laluan hutan
atau laluan sungai.
Jalan yang sedia ada pun hanyalah jalan laluan lori kayu balak yang sudah tidak
digunakan lagi.
Sedang berkhayal tu memikirkan muka tu makhluk yang datang mengacau, tiba-tiba mama
saya bakar kemenyan.
Lalu mama saya mengeluarkan satu gelang tangan tembaga sambil mengenakan gelang
tangan tembaga itu di asap kemenyan. Mulut mama saya juga terkumat kamit. Dalam
beberapa minit kemudian, mama saya siap dan memanggil nama saya semula.
"Nata.. mari sini.." bilang mama saya.
Saya terus menghampiri mama saya. Dia mencapai tangan saya dan memasukkan gelang
tangan tembaga itu di pergelangan tangan saya.
"Jangan buka dari tangan ko. Ini tangkal warisan dari nenek moyang ko ni." Terang
mama saya. Saya sekadar angguk-angguk kepala saya saja.
"Kita orang perempuan kena kuat dan belajar melindungi diri kita sebab kita ini
banyak pantang larang. Kita ni menjadi tumpuan para saitan. Saitan senang
mempergunakan kita." Bilang mama saya lagi.
Mama saya terus berdiri dan menuju ke arah luar. Saya mengikuti jejak mama saya
sambil membawa pelita.
Dari atas saya nampak dua orang abang saya sedang mengorek tanah di setiap penjuru
rumah. Nasib baik cahaya bulan terang benderang malam itu. Atok sama bapa pula
macam membuat ritual yang saya sendiri tidak tau.
Besar sangat kesilapan yang saya buat ni bilang saya di dalam hati. Tetapi hati
saya berat mau membuat pengakuan. Mengaku ertinya saya terpaksa membayar dengan
nyawa.
"Nata masuk rumah!" Suara mama saya yang lantang mematikan lamunan saya. Angin yang
tenang tadi tiba-tiba bertukar menjadi kuat.
Saya sempat nampak pokok-pokok hutan bergoncang dengan kuat sekali. Bukan angin
biasa-biasa. Guruh dan kilat sabung menyabung. Sana baru saya perasaan banyak mata-
mata berkilau dari arah hutan sedang memerhatikan ke arah kawasan rumah.
Saya terus masuk ke dalam rumah tanpa mama saya. Mama saya turun ke tanah macam
membantu atok sama bapa.
"Nataaliee.. darahmu sangat berbau harum.. Sangat enak.." suara bisikan mula
memenuhi pendengaran saya. Suara itu seperti sekumpulan manusia yang bersahut-
sahutan memanggil saya tetapi bila saya tingu keadaan sekeliling, langsung tiada.
1 badan saya bergegar ketakutan. Semakin lama semakin banyak suara yang memanggil
saya. Suara itu pula semakin mengerikan. Ada suara budak-budak, ada suara orang
tua, ada suara lelaki dan perempuan.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki Aki II untuk mengikuti kisah yang seterusnya. Petang ini saya akan
bagi satu part lagi kalau banyak follow.

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 3
(Based on true story)
"Nataa! Bangun Nataa!" Suara mama saya kedengaran tetapi saya ternganggu dengan
pelbagai jenis suara yang memanggil nama saya.
Kepala saya sakit dan mata saya terasa sangat berat.
"Nataaalie! Bangun! Jangan layan apa yang ko dengar.." lagi suara mama saya.
Dalam beberapa saat kemudian, saya rasa tubuh saya digoncang-goncang dan ada
sesuatu yang menyentuh telinga saya.
"Nata.. bangun.." Suara lembut lelaki berbisik di telinga saya. Tiba-tiba saya
terkejut dan mata saya kembali segar.
Rupanya atok saya. Dia lap air jampi di muka saya lepas tu dia dekatkan lagi mulut
dia di telinga saya.
"Kau siapa?" Soal atok saya.
"Nata.." saya menjawab.
"Nama penuh dan umur ko?" Soal atok lagi.
Masa tu terus saya tergamam. Saya tidak boleh ingat nama penuh saya dan umur saya
sendiri. Saya berabis sudah mau ingat tetapi gagal.
"Kau bukan Nata cucu saya.. kenapa kau ganggu dia.." soal atok saya lagi. Suaranya
makin tinggi.
"Ini saya atok. Nata ni.. saya ni.. tapi saya betul tidak boleh ingat nama penuh
saya dan tarikh lahir saya.." saya bilang.
"Diam!" Suara atok semakin keras.
Saya terdiam dan kepala saya pening semula. Tiba-tiba saya terasa macam mau muntah
tetapi ada yang menahan saya dari muntah. Muntah tu macam tidak mau keluar.
"Darah cucu kau berbau.. Dia sudah membangkitkan kami semua. Kami mau cucu ko!"
Tiba-tiba saya bersuara begitu. Saya akun memang saya separuh sedar masa tu.
"Keluar kau dari tubuh cucuku!" Bilang atok saya. Terus dia letakkan sesuatu di
atas dahi saya dan kasi minum saya air jampian dia. Masa tu baru saya boleh muntah
berabis. Yang saya muntah pun sejenis lendir yang saya sendiri tingu pun bikin
geli.
Habis muntah, badan saya terasa lemas sekali. Macam saya kehabisan tenaga. Mama
saya tolong saya dan bawa saya masuk bilik. Atok dan bapa saya berbisik sambil
memandang ke arah saya.
"Macam mana ko boleh kerasukan sedangkan mama suda bagi ko tangkal. Ko ada buka
dari tangan ko kah Nata?" Soal mama saya. Saya terus geleng-geleng kepala.
Mama saya menarik nafas panjang. Dia pegang tangan saya yang memakai tangkal gelang
tangan yang dia bagi.
"Nataa.." suara bapa saya. Dia terus tengo ke arah tangan saya yang ada gelang
tangan.
"Sejak bila ko pakai tu?" Soal bapa saya lagi.
"Baru saja bapa." Saya bilang. Terus dia duduk sebelah mama saya. Atok dan dua
orang abang saya pun ada sana.
"Apa sudah ko buat Nata!" Tiba-tiba suara Bapa meninggi. Saya terkejut biarpun saya
masih dalam keadaan lemah.
"Kenapa bapa tiba-tiba tinggi suara?" Saya bilang.
"Kasitau ko sudah buat apa!" Bilang bapa saya lagi. Suaranya semakin tinggi.
"Saya tidak buat apa-apa! Kenapa kamu tanya saya bukan-bukan.." Saya bilang
menjawab. Sebenarnya saya dapat rasa yang bapa saya dan yang sudah tahu tentang
perbuatan saya yang melanggar pamtang larang. Hanya saya yang tidak mau mengaku.
"Nataa.. tangkal yang kamu gunakan itu menjawab segala-galanya. Tangkal itu akan
berfungsi selagi ko tidak melanggar pantang larang yang sudah ditetapkan. Tapi
kalau kau langgar, tangkal itu tidak lagi berfungsi." Kali ini atok saya yang
bersuara.
Saya terdiam. Jantung saya berdegup laju. Macam saya mau lari saja dari kenyataan
itu. Macam saya mau lari jauh untuk selamatkan diri saya sebelum atok dan yang lain
mengorbankan diri saya untuk menghentikan serangan dan gannguan para saitan yang
sedang berlaku.
"Nataliee.. ceritakan sama kami apa yang sebenarnya sudah terjadi.. apa bah yang ko
sudah buat?" Bilang mama saya.
Perlahan-lahan saya bangun dari posisi tidur saya. Saya pandang satu persatu muka
diorang yang ada sana. Selepas itu saya tunduk memandang lantai. Bahu saya mula
terhenjut-henjut menangis.
"Kalau saya kasitau, kamu janji tidak akan buat sesuatu sama saya kah?" Soal saya.
"Cakap apa yang suda ko buat.." bilang atok saya memintas.
"Saya terlepas darah haid saya di sungai. Tapi masa tu saya betul-betul tidak
perasaan yang saya sedang datang haid. Saya tidak tau. Saya sumpah.." saya bilang.
Semua mata yang ada di situ tertumpuh ke arah saya.
Walaupun usia saya masih muda dan mentah masa tu, tetapi saya sudah boleh tahu dan
faham dengan keadaan serta situasi yang saya sedang hadapi. Dalam fikiran saya,
mesti atok dan bapa termasuk yang lainnya mahu mengorbankan nyawa saya kepada
saitan selepas diorang tahu saya sudah melanggar pantang larang.
Mulut mama saya terbuka luas. Matanya terlopong. Terkejut mendengar kata-kata yang
baru keluar dari mulut saya.
"Apa kau bilang Nata?!" Suara mama saya tinggi.
Terus dia datang dekat saya semula dan pukul saya dengan kuat. Airmatanya macam mau
keluar tetapi dia tahan-tahan saja.
"Sudah!" Tiba-tiba bapa saya teriak sambil tarik mama saya keluar. Atok sama dua
orang abang saya pun keluar.
Ngiikkkk..
Pintu bilik saya ditutup rapat. Saya menangis teresak-esak memikirkan nasib diri
saya. Saya takut mau menghadapi kenyataan.
"Kan sudah saya bilang sentiasa pantau si Nata! Sekarang ni masa-masa dia mau
datang bulan! Ni lah ko tidak ambil peduli!" Suara bapa saya semakin tinggi. Saya
dengar dari bilik bapa saya memarahi mama saya.
Sebenarnya saya kesian juga mama saya kena marah begitu.
"Sudah! Bukan sekarang masa kamu mau bergaduh! Fikirkan cara untuk hentikan semua
masalah ni! Besok kita mulakan. Kau sediakan apa yang patut. Jangan biar si Nata
keluar dari biliknya. Bisuk juga sebelum matahari terbenam, kita mulakan ritual."
Bilang atok saya. Suaranya lagi tinggi dan keras.
"Tapi bapa.. tiada cara lainkah..." belum sempat bapa saya menghabiskan kata-
katanya atok saya terus memintas.
"Tiada! Tu saja cara yang nenek moyang ko ajar untuk menghentikan semua ni. Faham!"
Jawab atok saya dengan suara garang dan garau.
Malam-malam diorang bergaduh hanya di sebabkan saya. Tetapi ketakutan saya
bertambah lagi apabila atok saya cakap begitu. Ritual apa yang diorang mau buat
terhadap saya.
Adakah diorang mau mengorbankan saya seperti mana yang atok cakap sama saya mula-
mula dulu kerana saya sudah pun melanggar pantang larang keluarga. Adakah esok hari
terakhir saya? Macam-macam persoalan timbul di dalam fikiran saya.
Sampai saya ada plan untuk melarikan diri sebelum matahari terbit pada keesokan
harinya. Saya belum siap mau mati. Saya tidak akan mati menjadi korban para saitan.
Ini bukan salah saya. Ini salah nenek moyang saya yang buat perjanjian dengan iblis
sampai kami keturunannya terpaksa menanggung sebab dan akibat!
Pendek kata, saya akan melarikan diri dari rumah keluarga saya. Tiada pilihan lain
untuk menyelamatkan diri saya. Di rumah atau di luar tetap sama maut sedang
menunggu saya. Sekurang-kurangnya sekarang saya ada usaha dan ikhtiar untuk mencari
jalan bagi menyelamatkan diri saya.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki Aki II untuk mengetahui jalan cerita yang seterusnya. Banyak
follow, esok kita bagi lagi 2 part sebelah pagi dan petang. Terima kasih..

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 4
(Based on true story)
Subuh lagi saya sudah terbangun. Lebih kurang dalam jam 3.00am begitu. Ayam pun
sudah berkokok biarpun hari masih gelap. Saya buka tangkal yang mama saya bagi dan
letak atas tilam saya. Lagipun tangkal tu tiada guna juga kalau tidak berfungsi.
Saya ambil beberapa helai baju dan seluar saya. Sebelum tu saya ni tidak bersekolah
ya. Pernah saya sekolah dulu tapi sekejap saja. Biarpun begitu saya tetap pandai
membaca, menulis dan mengeja.
Saya turun ikut tingkap bilik saya. Kalau saya buka pintu bilik, nanti berbunyi tu
pintu dan mengejutkan diorang yang masih tidur. Saya kasi ikat selimut saya dengan
kain sarung supaya dia jadi panjang. Itu saya gunakan sebagai alat saya turun dari
rumah kami yang tinggi.
Semasa sy turun dari jendela bilik tidur saya tu, anjing peliharaan keluarga tiba-
tiba menyalak ke arah saya. Cepat-cepat saya turun dan kasi marah tu anjing dengan
nada perlahan. Nasib baik ada cahaya bulan yang menerangi gerak langkahku.
"Diam! Ini saya lah si Nata!" Bilang saya dengan suara tegas. Tu 3 ekor anjing
sekadar kasi goyang-goyang ekor.
Saya pegang beg saya lepas tu jalan menuju ke arah hutan tetapi salah seekor anjing
kami, nama dia si Lumpis ikut saya. Banyak kali saya halau suruh si Lumpis balik
tetapi dia tetap mau ikut saya.
Jadi saya kasi biar sajalah dia ikut. Nanti bila dia sudah lapar tu, pandailah dia
balik saya bilang dalam hati.
Sebelum itu saya bagi gambaran anjing saya yang bernama si Lumpis. Si Lumpis
merupakan seekor anjing berwarna merah. Anjing biasa saja tapi badannya tegap dan
tinggi. Sangat manja sama saya dari anjing yang lain. Dari 3 ekor anjing kami tu si
Lumpis lah yang selalu ikut-ikut saya ke mana saja.
Saya meneruskan perjalanan bersama dengan si Lumpis. Si Lumpis bergerak mendahului
saya. Macam dia yang jadi penunjuk arah itu perjalanan saya. Lagipun si Lumpis ni
sudah biasa keluar masuk hutan ikut abang saya memburu.
Nasib baiklah sepanjang perjalanan tu tiada apa-apa yang terjadi sehingga matahari
terbit. Mungkin dalam jam 6.00am begitu. Saya sama si Lumpis melalui sebuah pokok
tangkol di siring sungai arah utara dari rumah kami.
Di sekitar pokok tangkol tu kan, tiba-tiba si Lumpis berhenti. Dia macam menghidu
sesuatu dari arah atas pokok. Selepas itu tiba-tiba dia menyalak ke arah saya.
Woo.. woo.. woo.. woo..
Si lumpis macam bagi amaran saya. Sudah dia menyalak sama saya, terus dia menyalak
lagi di atas pokok tangkol tu.
Wooo.. woooo.. wooooo.... wooooo..
Panjang bunyi dia menyalak. Tiba-tiba ada angin kuat. Angin itu sangat sejuk
sehingga membuat satu badan saya menggigil. Si Lumpis pula semakin kuat menyalak ke
arah atas pokok tangkol.
"Lumpis berhenti! Jangan bising nanti diorang atok tau saya sini.." saya bilang
marah si Lumpis. Tetapi si Lumpis makin kuat menyalak. Badan si Lumpis melompat-
lompat sudah menyalak ke arah pokok tu.
Pokok tangkol ni tinggi, banyak cabang dan batangnya sangat besar-besar. Buahnya
pun banyak.
Tiba-tiba bulu roma saya merinding. Bulu tengkuk saya pun merinding. Saya dapat
rasakan sesuatu yang tidak bagus. Saya perlahan-lahan undur langkah.
Paassh..
Buah tangkol jatuh di atas belakang saya sampai pecah tu buah tangkol. Saya tidak
peduli. Saya undur langkah saja. Sekali lagi buah tangkol jatuh tetapi kali ini di
atas kepala saya.Kali ini buah tangkolnya burukndan berulat. Pecah di atas kepala
saya juga.
"Kukukukuku Lumpis.. mari sini ko Lumpis.." Saya bilang panggil si Lumpis. Si
Lumpis berhenti menyalak.
Si berhadapan dengan saya dan dia macam marah sama saya.
NGRRRRRRRRRR.. Ngerrrrrrrrrr..
Bilang si Lumpis sama saya.
"Ceeiihh! Lumpis.." Saya bilang kasi marah lagi si Lumpis. Si Lumpis terus gerak
dekat saya. Saya terundur belakang lagi sebab macam si Lumpis mau gigit saya.
"Lumpissss!!" Saya teriak dia. Tiba macam ada orang tiup bulu tengkuk saya. Sejuk
betul anginnya.
"Nataaaliee.." Suara seorang perempuan kedengaran sayup-sayup di telinga saya.
Suaranya seakan berbisik-bisik.
Saya tingu belakang saya dan meninjau keadaan sekeliling. Tiba-tiba lagi si Lumpis
berlari dan berdiri di depan saya. Dia menyalak sesuatu di depan saya.
Disebabkan kabus yang sangat tebal, saya tidak dapat melihat apa yang ada di depan
sampai si Lumpis pun macam ketakutan. Si Lumpis menyalak sambil ekornya turun.
Saya memang tahu sudah ada yang tidak bagus sedang mengganggu saya.
"Natalieeee.."'suara perempuan memanggil nama saya. Perlahan-lahan dari arah kabus
tu muncul seorang perempuan berjubah hitam. Rambutnya panjang menyentuh tanah.
Tangan dan mukanya penuh dengan kudis dan berulat. Badan saya menggeletar. Si
Lumpis semakin kuat menyalak tetapi saya tau dia ketakutan juga.
Dengan berani si Lumpis pergi serang tu makhluk yang mengerikan. Tetapi makhluk tu
macam terus hilang dengan sekelip mata. Saya berdiri dan terus berlari laju
meninggalkan kawasan itu merentasi sungai. Si Lumpis pula masih di sana macam
menghalang makhluk tu untuk saya melarikan diri.
Saya berlari tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Yang saya tahu hanya selamatkan
diri saya. Dalam 500 meter berlari, saya ternampak kawasan semak. Saya terus
berlari masuk ke dalam kawasan semak dan bersembunyi di dalam semak itu.
Lama saya bersembunyi. Dalam setengah jam begitu. Dalam masa setengah jam itu,
tiba-tiba saya ada ternampak tu lembaga sama berdiri di depan sebuah pokok pisang
hutan. Betul-betul jelas saya nampak. Ada lagi beberapa makhluk lain yang saya
nampak. Saya tahu tu makhluk semua sudah dapat hidu keberadaan saya di sana.
"Nataliee kau tidak akan dapat lari.. aku tau ko ada sekitar sini. Bau darah mu
harum.." Bilang tu makhluk berjubah hitam.
Saya diam sambil menahan tangis saya. Airmata saya keluar tetapi saya tidak dapat
bersuara. Saya takut kalau saya bersuara tu makhluk akan dengar saya. Sekurang-
kurangnya setakat itu saya belum kena nampak.
Woooo... wooo.. wooooo.. wooooo... woooo.. woooo.. wooo..
Suara anjing menyalak secara bersahutan-sahutan mengejutkan saya. Tidak tau kenapa
perasaan saya tiba-tiba kembali tenang. Saya intai makhlul-makhluk tadi, suda
tiada. Tidak tahu hilang ke mana.
Wooo.. wooo.. wooo.. wooo..
Tanpa saya sedari salah seekor anjing menyalak ke arah saya. Rupanya si Lumpis.
Saya terus berlari keluar dari semak. Ada dua ekor lagi anjing peliharaan keluarga
sedang menggoyang-goya
ngkan ekor diorang ke arah saya. Tu anjing-anjing terus datang rapat sama saya dan
jilat-jilat saya.
"Natalie! Ko pigi mana saja ni? Nasib baik ada si Lumpis memanggil kami. Risau
betul kami mencari sana sini tapi tidak jumpa ko!" Bilang bapa saya.
"Buat apa kamu risau kalau kamu mau korbankan sama saya saitan!" Saya bilang teriak
sambil tingu muka-muka keluarga saya yang lain.
"Siapa bilang ko mau kana kasi korban sama saitan? Dari mana ko dengar?" Atok saya
memintas.
"Saya dengar bah kamu cakap semalam. Sebab tu saya melarikan diri. Sama saja saya
di rumah atau di luar tetap maut juga menanti saya." Saya bilang lagi.
Atok saya terus geleng-geleng kepala. Mama saya datang dekat saya dan kasi tenang
saya.
"Ko ingat atok sampai hati kah mau korbankan kamu semua darah daging keturunan
atok! Balik Nata.. kita akan fikirkan cara lain. Atok sama bapa sudah ada
berbincang sama kawan. Tunggulah dia datang macam mana." Bilang atok saya.
Saya menangis terus bila dengar atok saya cakap begitu. Mama saya peluk saya. Abang
saya seorang ambil barang-barang saya baru kami jalan sama-sama kembali pulang ke
rumah.
Sepanjang perjalanan tu, si Lumpis melekat terus sama saya. Tidak pasti kenapa
tetapi macam dia menjaga betul keselamatan saya.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki Aki II untuk mengikuti cerita seterusnya. Banyak follow petang ni
bhgn 5 Pantang larang akan update pada pukul 6.00pm.

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 5
(Based on true story)
SAMPAI di rumah pagi itu, abang saya memberikan makanan sama tu anjing-anjing
peliharaan keluarga kami. Selera diorang makan.
Saya kena bawa naik atas rumah dan di suruh berehat. Semua sudah di sediakan untuk
saya termasuk makanan dan minuman. Di dalam hati timbul perasaan bersalah terhadap
keluarga saya. Saya buat semua itu mungkin kerana fikiran saya belum matang.
"Nata.. lepas ni mandi air bunga. Ko ada pakai juga kan tu roti paun(panggilan
tuala wanita) yg mama bagi?" Soal mama saya. Saya angguk-angguk saja.
"Nanti roti paun tu ko jangan buang. Letak dalam plastik hitam. Bersihkan badan ko
dengan mandian air bunga. Pastikan jangan ada yang mengalir di atas tanah. Mandi
sana tempat mandia khas kita tu. Kena berendam dalam air tu sampai air mandian tu
bertukar jadi kuning." Bilang lagi mama saya. Saya angguk-angguk lagi.
Giikkkkk.. gikkkkkk... Gikkkkk... gikkk...
Terkejut saya dan mama saya apabila mendengar bunyi haiwan menjerit. Tu anjing pula
sibuk menyalak. Cepat-cepat kami berdiri dan menuju ke arah luar. Rupanya abang
saya membawa seekor anak babi hutan yang masuk dalam jeratnya.
"Atok.. bapa.. tingu ni. Saya sudah dapat anak babi hutan. Boleh sudah mulakan
nanti kan?" Soal abang saya. Namanya si Nikolas tapi kami panggil Niko saja.
"Ya tapi kena tunggu kawan atok juga tu. Sebab dia yang akan jalankan ritual tu."
Bilang atok saya. Si Niko tingu ke arah saya dan dia tersenyum. Saya balas senyuman
dia.
Say tingu mama saya pun macam gembira sangat bila si Niko dapat tu anak babi hutan.
Saya tingu si Niko ikat tu babi hutan dan kurung tu babi hutan dalam kandang
buatannya.
"Untuk apa tu anak babi ma?" Soal saya. Mama saya sentuh bahu saya.
"Untuk ko punya ritual lah. Lepaskan ko dari jadi buruan saitan." Bilang mama saya.
Saya angguk-angguk saja.
"Bila mau buat?" Saya tanya lagi. Mama saya menghembus nafas panjang.
"Mama pun tidak tau. Ikut dari kawan atok kamu saja tu. Kalau dia cepat datang,
cepatlah kita kasi mula. Kalau lambat, lambatlah lagi. Terpaksa Nata bertahan
dululah daripada gangguan-gangguan ni." Bilang mama saya.
"Harap cepatlah.." saya bilang. Di dalam hati memang saya mengharap tu kawan atok
sampai cepat untuk membantu saya.
TENGAHARI tu saya mandi air bunga yang telah di sediakan oleh atok saya. Banyak
jenis bunga yang saya tidak kenal namanya diletakkan di dalam air mandian.
Kebanyakkannya bunga-bunga dari hutan.
Sebelum masuk ke dalam kolam khas yang atok dan bapa saya buat untuk mandian
perempuan yang tengah pantang, saya bersihkan diri saya dengan air biasa. Air yang
saya simbah di badan saya bertukar menjadi merah kerana kesan haid saya. Air itu
bertakung dan tidak mengalir ke tanah. Sudah tu baru saya masuk dalam kolam kecil
yang memuatkan seorang perempuan dewasa.
Sedang saya siok-siok berendam air mandian bunga yang harum dan suam tu, tiba-tiba
bulu tengkuk saya berdiri. Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak bagus.
Riiitttttt.. riiittttt.. riiitttttt..
Dinding tempat saya mandi tu macam kena garit-garit oleh sesuatu. Saya
menenggelamkan tubuh saya sehingga paras leher. Takut kalau ada yang mengintip saya
mandi.
"Naaataaalieee.." Suara halus kedengaran. Sangat lembut. Saya terus tingu ke kiri
kanan atas dan bawah tetapi tiada.
Sebenarnya saya mau melompat keluar dari air mandian bunga tu tapi saya ingat
pesanan mama saya yang saya kena berendam sampai tu air menjadi kuning di dalam
mandian air bunga tu. Masa tu air tu masih nampak jernih dan belum pun bertukar
warna.
"Mamaa.. atok.. bapa.." saya memanggil ketiga-tiga orang yang paling tua di dalam
keluarga saya tetapi panggilan saya tidak bersahut. Saya meneguk air liur saya.
"Nataaliee.. harum bau darahmu membawa aku ke sini. Serahkan tubuhmu bersatulah
denganku.." bilang tu suara. Macam suara perempuan tua tetapi sangat menakutkan.
"Kau siapa? Jangan kacau saya!" Saya bilang teriak. Badan saya menggigil ketakutan.
"Tengok arah atas. Aku ada di sini." Bilang tu makhluk menjawab.
Tikk.. tikk..tikk..
Bunyi air jatuh menitis di air mandian saya. Perlahan-lahan saya tengok ke arah
atas dan terkejutnya saya bila nampak seekor makhluk perempuan yang sama sebelum
ini sedang melekat di atas dinding tu tempat mandi saya. Lidahnya panjang terkeluar
dari mulutnya. Air liurnya yang menitis jatuh di dalam mandian saya. Rambut tu
makhluk mengurai. Kali ini dia tidak berjubah hitam. Kosong dan menonjolkan
perutnya yang buncit dan berkudis. Buah dadanya juga penuh dengan kudis. Saya boleh
nampak lagi ulat giuk kecil-kecil berjatuhan di atas mandian saya.
"Aarghhhhh toolooong saya mamaaaaaaaa!" Saya teriak kuat-kuat. Airmata saya keluar
sudah.
Wooo.. wooo.. wooo.. wooo... wooo.. wooo..
Saya boleh dengar si Lumpis dan dua ekor anjing yang lain menyalak tidak henti-
henti. Tu pintu kamar mandi saya kena kena tolak-tolak oleh si Lumpis. Yang dua
ekor anjing lagi hanya nampak hidung diorang sambil korek-korek tu konkrit macam
mau masuk ke dalam kamar mandi tu tapi tidak dapat.
Saya tingu atas tetapi tu makhluk masih ada di sana sambil ketawa mengekek.
TAAAANGGGGG!
Pintu kamar mandi tu di terajang oleh abang saya si Niko. Dia pun nampak juga tu
lembaga yang melekat di atas dinding kamar mandi khas kami.
Anjing-anjing kami terus masuk dan menyalak ke arah tu makhluk. Dengan sekelip mata
tu makhluk terus hilang.
"Nata ko okaylah?" Bilang si Niko. Saya masih tenggelam kan badan saya sampai paras
leher ke dalam air sebab saya mandi telanjang. Saya menangis saja bila si Niko
tanya begitu. Sebenarnya saya takut dan mau saja lari dan peluk si Niko tapi tidak
boleh sebab saya tidak ada pakaian.
Dalam beberapa saat kemudian, barulah atok, bapa, mama dan abang saya seorang lagi
sampai.
"Kenapa? Apa sudah jadi sampai pintu kamar mandi ni roboh?" Bilang bapa saya.
"Ada saitan kacau si Nata mandi bapa.." bilang si Niko menjawab. Mama saya ambil
kain sarung kasi tapuk satu badan saya.
"Ko pigi mana? Kan kami suruh ko jaga si Nata! Sudah kan kena bagitau sedia yang
sekarang kita kena jaga si Nata biarpun di mana-mana dia pigi!" Bilang atok saya
dengan tegas. Marah sangat atok saya sama si Niko. Si Niko tunduk memandang tanah.
"Maaf atok.. saya sakit perut tadi terus lari masuk hutan berak. Saya harap ni
anjing-anjing tapi tidak sangkah diorang kejar saya masuk hutan sekejap." Bilang si
Niko. Saya masih menangis ketakutan.
Sebab kejadian itu betul-betul macam hari terakhir sudah saya hidup.
"Sudahlah.. bawa si Nata naik. Jangan buang air mandian tu. Air yang bertakung tu
pun jangan biar anjing-anjing tu jilat. Niko nanti kau buat balik tu pintu sama
abng ko.." bilang atok saya.
"Ya atok.." bilang abang saya. Terus diorang kasi bagus tu pintu kamar pintu.
Saya kena bawa naik atas. Di atas tu ada satu gelen besar air bunga yang memang
kena sediakan untuk saya. Air mandian bunga ni bukan biasa-biasa. Air mandian bi
sudah dijampi-jampi oleh pengamal ilmu. Kononnya untuk membuang segala aura atau
kesan makhluk yang memburu kita. Tapi saya rasa macam tiada kesan saja.
Saya di masukkan di dalam satu besen yang sangat besar. Besen besi ya yang dulu-
dulu punya. Saya di kasi mandi oleh mama saya di dalam besen tu dan di suruh
berendam sampai warna air tu bertukar. Mama saya yang jaga sampai air tu jadi
kuning. Tidak tau macam mana tu air boleh bertukar begitu. Tapi biasalah dulu-dulu
macam-macam amalan.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki Aki II untuk mengikuti cerita yang seterusnya. Esok macam biasa mun
xda halangan sma banyak follow cerita tok, kmk bgi dua part sebelah pagi dan
petang. Terima kasih

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 6
(Based on true story)
MALAM itu saya hairan apabila abang saya dua orang menyembelih beberapa ekor ayam
jantan semua buluh putih.
"Mama tu ayam buat apa banyak-banyak?" Soal saya. Sebelum ni memang saya pernah
nampak ayam putih kena sembelih banyak-banyak. Tapi masa tu saya belum lagi haid.
"Untuk ritual buang air mandian kamu.. ni masanya ko kena tau semua ni Nata.."
bilang mama saya. Saya angguk-angguk saja.
Saya terkejut bila mana darah ayam yang kena sembelih itu dimasukkan ke dalam air
mandian saya dan seluruh kawasan kamar mandi termasuk air yang bertakung bekas haid
saya tu. Berpercikan darah ayam sana sini.
Kali ini saya nampak atok saya tiba-tiba hiris tapak tangannya. Sudah di hiris
tapak tangan atok, kali ini bapa dan dua orang abang saya pula buat benda yang
sama. Titisan darah dari luka atok, bapa dan dua orang abang saya itu kemudiannya
dititiskan di dalam bekas air mandian saya.
”Mama.. kenapa diorang hiris tangan sendiri? Diorang tidak apa-apa kaitu?" Soal
saya lagi.
"Ko tenang bolehkah? Memang ini saja cara yang di ajar oleh nenek moyang ko untuk
melepaskan tu air mandian kamu di tanah. Bilang mama saya.
Saya masih bingung tetapi saya malas bertanya banyak sudah. Lagipun mama saya macam
tiada mood mau menjawab.
"Mama atok panggil.. boleh mula sudah.." bilang abang saya Niko memanggil mama
saya.
Mama saya terus berlari masuk ke dalam rumah. Ambil barang-barang keperluan ritual.
Abang saya sulung pula mengambil beberapa bungkus garam kasar dan dituangkan ke
dalam bekas air mandian saya serta kawasan kamar mandi tu. Bekas air mandian saya
yang dalam besen pun sudah di masukkan ke dalam bekas mandian saya sebelum ini.
"Ok mulakan!" Bilang atok saya. Kami semua di tepi kamar mandi tu menjalankan
ritual yang saya pun tidak tau apa fungsi dia.
Saya nampak atok saya membakar kemenyan. Asapnya hitam. Mulalah diorang terkumat
kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba angin yang bertiup sepoi-sepoi menjadi sangat
kuat. Tetapi menghairankan api pelita yang mengelilingi atok, bapa dan dua orang
abang saya langsung tidak terpadam.
"Nata sini!" Bilang atok saya dengan suara yang amat lantang. Mama saya terus tolak
saya.
Saya melangkah menuju ke arah atok saya.
"Duduk!" Bilang atok lagi suruh saya duduk. Saya terus duduk berhadapan dengan
atok.
Atok saya membacakan sesuatu sambil matanya terbuka memandang dalam ke arah anak
mata saya. Setelah itu perlahan-lahan mulut dia terkumat-kamit membacakan sesuatu.
Atok, bapa dan dua orang abang saya meletakkan tangan diorang yang kena hiris ke
atas muka saya.
"Buka mulut ko!" Bilang atok saya. Saya hanya menurut. Kamu mesti sudah tau kan apa
diorang mau buat.
Diorang titiskam darah dari luka diorang tu ke dalam mulut saya. Banyak juga darah
mengalir di muka saya masa tu. Memang saya mau menangis sudah.
"Telan darah kami tu kalau ko mau selamat." Bilang atok saya. Saya telan sajalah
darah diorang.
"Boleh sudah lepaskan air mandian si Nata ke tanah." Bilang atok saya. Dua orang
abang saya terus bangkit menuju ke arah tu kamar mandi dan melepaskan tu air
mandian saya ke atas tanah.
Ok sini saya akan terangkan kenapa selama ini air mandian saya tidak boleh
dilepaskan ke tanah begitu saja.
Menurut mama saya setiap anak perawan yang baru datang haid memang akan normal
menjalani ritual seperti ini. Selepas datang haid akan banyak pantang larang yang
kami orang perempuan terpaksa lalui. Salah satunya macam yang saya lalui lah. Tidak
boleh mandi sungai atau melepaskan air mandian saya sembarangan di atas tanah
begitu saja.
Ritual yang dijalankan ini konon ialah ritual mencemarkan air mandian saya dengan
darah-darah campuran seperti haiwan terpilih (macam tu ayam putih) dan darah
lelaki. Saitan sangat tidak suka darah lelaki kerana atok saya pernah cakap darah
lelaki tidak sesedap darah orang perempuan.
Itulah sebabnya ada ritual mencemarkan bekas air mandian saya yang telah
dicampurkan dengan darah haiwan dan darah lelaki supaya darah haid saya yang sudah
tercemar itu tidak akan menimbulkan bau yang harum untuk tatapan para saitan.
Sebab itulah kenapa saya tidak boleh mandi sungai sewaktu datang haid sebabnya
darah saya tidak tercemar dan saitan suka sebab konon darah saya berbau harum dan
original. Lagi-lagi saya perawan.
Darah lelaki yang saya minum tu pula tujuannya untuk mencemarkan darah saya
sekejap. Tapi tidak akan bertahan lama bilang atok saya. Sebab ritual meminum darah
lelaki tu hanya untuk menghalang saitan tu daripada mengganggu saya untuk sementara
waktu. Dalam waktu tu konon haruman darah saya tidak harum sudah. Pendek kata sudah
tercemar.
Kenapa pantang larang itu terwujud? Saya akan ceritakan kemudian. Biar jadi
persoalan kamu orang dulu. Sini saya teruskan kisah saya selepas ritual tu.
Selepas saja berakhirnya upacara ritual tersebut, saya sempat nampak pelbagai jenis
saitan dan hantu datang dari arah hutan pigi menghidu bekas air mandian yang sudah
dilepaskan di tanah.
Betul-betul saya nampak yang saitan dan hantu pigi hidu saja lepas tu terus lari
masuk hutan balik. Semua kami yang sana memang nampak. Ada pelbagai jenis.
Atok saya cakap, ada penjaga sungai, penjaga hutan, penjaga paya dan macam-macam
lagi lah sampai saya lupa. Paling saya tidak boleh lupa kumpulan burung kecil-kecil
berwarna-warni dan sangat cantik. Ekor diorang panjang betul. Atok saya cakap
penjaga bukit. Entahlah..
Dan memang dalam beberapa hari tu saya tidak mengalami gangguan lagi. Saya dapat
menjalani kehidupan macam biasa tetapi pantang larang tetap saya kena patuh biarpun
saya sudah menjalankan ritual. Sebab kita mana tau kan yang apapun boleh terjadi.
Sampai hari yang ke 5. Kesan darah lelaki yang saya minum macam sudah tidak
berkesan lagi.
Masa tu hari yang ke 5 waktu malam. Kami masih lagi setia menunggu kedatangan kawan
atok, tetapi tidak juga sampai-sampai. Abang saya dua orang sudah jalan pergi
menemui kawan atok atas arahan atok saya juga.
Atok saya takut kalau terjadi apa-apa sama kawannya sebab bilang atok saya kawannya
tu berjalan dengan bininya saja. Dua dua sudah orang tua. Manalah tahu ada masalah
kan. Orang yang kuat ilmu dan berilmu ni memang selalu ada masalah dan ada saja
masalah yang akan menghantui mereka.
Malam hari ke 5 tu saya sedang menolong mama saya memasak. Mungkin dalam pukul
7.00pm begitu. Atok dan bapa saya belum pulang dari mencari hasil hutan dan memburu
binatang.
NGIIIIKKKK...
Pintu dapur yang bertutup rapat sama berkunci, terbuka dengan sendiri. Saya dan
mama saling berpandangan. Angin kuat menerpah masuk mengenai badan saya dan mama.
Saya dapat merasakan ada aura yang tidak bagus sedang datang.
Mama saya berdiri dan berhenti memotong sayur timun yang mau di masak. Selepas itu
dia terus berlari tutup pintu dapur.
"Nata masuk bilik dan pakai tangkal yang mama bagi hari tu.." bilang mama saya.
Mama saya terus membakar kayu yang bau untuk menghalau aura jahat yang kami sama-
sama rasa.
Sekejap saja, rumah kami dipenuhi dengan asap dari kayu bau yang mama saya bakar.
Saya keluar dekat dengan mama saya selepas pakai tu tangkal.
"Nataliee.." suara sayup-sayup kedengaran semula di telinga saya. Saya terus tutup
telinga saya. Mama saya pula mengintai di sebalik celah dinding ke arah luar.
"Sudah lama aku tidak dapat menghidu bau harum darahmu.." bilang lagi tu suara.
Badan saya menggigil ketakutan.
Di dalam hati, kenapalah waktu-waktu begini hilang tu kesan sama saya. Sudahlah
bapa dan atok tiada di rumah. Mama pun saya nampak ketakutan sangat.
(BERSAMBUNG)
Klik follow Aki Aki II untuk mengikuti kisah yang seterusnya. Kalau banyak follow
petang ni kita update bahagian 7 jam 6.00pm selepas saya keluar pejabat. Terima
kasih.
Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 7
(Based on true story)
"Jangan risau Nata.. atok sama bapa ada juga pasang pagar tu di setiap penjuru
supaya tu saitan tidak dapat kacau kita selagi kita ada di dalam rumah ni.." bilang
mama saya. Saya angguk-angguk saja.
Sudah lah anjing peliharaan kami tiada. Semua ikut dua orang abang saya pigi jumpa
kawan si atok.
TAKKKK.. TAKKKK... TAAAANGGGG
Dinding rumah kami macam kena baling lagi pakai benda keras. Saya terus peluk
tangan mama saya.
"Apa kau mau! Jangan kacau kami!" Bilang mama saya teriak. Mulut mama saya
terkumat-kamit macam membacakan sesuatu.
"Kikikikikikikikikikikikiki.." suara tu makhluk mengilai macam mengejek saja sama
mama saya.
"Nata pigang kayu ni. Jangan sampai dia padam.." bilang mama saya sambil
menghulurkan kayu yang bau tu sama saya. Saya ambil sambil terbatuk-batuk.
Sedang saya terbatuk-batuk, tiba-tiba badan mama saya jadi keras dan kaku. Saya
kehairanan.
"Mamaa.." saya panggil mama saya sambil menyentuh bahu mama saya.
"Hihihihihihihihi... Naataaalieee" bilang mama saya sambil tersenyum jahat.
Suaranya berubah menjadi macam suara perempuan tua. Anak matanya berubah menjadi
kecil. Seluruh badannya pucat. Sangat menakutkan.
"Mama ko kenapa sudah?" Saya bilang. Langkah saya terundur. Bibir saya terketar-
ketar. 1 badan saya menggigil ketakutan nampak perubahan mama saya.
"Hmmmmmmm... aaahhhhh.. haruuum" bilang mama saya sambil kasi keluar lidah dia
jilat bibir sendiri. Dia menutup mata macam menikmati sesuatu yang amat
menyenangkan. Macam kelaparan.
"Mamaaa! Mamaa!" Saya bilang teriak memanggil nama mama saya supaya dia sedar
tetapi mama saya sudah tidak sedarkan diri. Saya tau mama saya sudah kerasukan.
"Nataaliee.. mari dengan mama.. hihihihihihi.. kau tidak sayang mama?" Bilang mama
saya lagi sambil menggerak-gerakkan kepala dia ke kiri dan ke kanan.
"Kau bukan mama saya! Kembalikan mama saya!" Saya bilang sambil melemparkan tu kayu
bau ke arah tu makhluk yang merasuk mama saya.
"Ini mama kau Natalie! Kau takut dengan mama kau sendiri!" Bilang tu makhluk.
Saya berdiri dan terus berlari meninggalkan mama saya sendirian. Semasa saya sedang
turun anak tangga, mama saya terus melompat dari atas sampai ke tanah. Saya
terkejut.
"Kau ingat kau dapat lari Natalie! Kau sendiri yang mengundang aku dengan
darahmu.." Bilang lagi Tu makhluk. Saya terus berlari menuju ke arah hutan. Mama
saya kejar berlari macam orang muda.
"Tooolooong! tooolongg.." saya ternampak cahaya obor api menuju ke arah saya. saya
teriak malam-malam lagi tu sambil mengatur seribu langkah melarikan diri dari
makhluk yang merasuk mama saya. Airmata saya keluar deras.
PAAAAPPPP!!
Saya terlanggar sesuatu sampai tidak perasaan rupanya saya sudah sampai dengan
cahaya obor api itu. Rupanya bapa sama atok saya. Saya lap airmata saya dan terus
peluk bapa saya.
"Bapa.. mama tu.." saya bilang. Ngam ngam juga mama saya ada sana.
"Diam.. bapa tau." Bilang bapa saya sambil meletakkan barang-barang dia ke atas
tanah. Saya terus bergerak bersembunyi di belakang bapa sama atok.
"Kau kasi lepas isteri saya atau ko kena dengan teruk." Bilang bapa saya. Mama saya
terus ketawa terbahak-bahak.
"Aku bekas saitan yang nenek moyang ko puja. Pengkhianat.. anak mu sendiri yang
mengundang kedatanganku!" Bilang tu makhluk.
Ok sebelum tu, saya akan ceritakan kisah saitan yang menghantui dan memburu saya.
Kisah ini merupakan kisah yang diceritakan secara turun temurun oleh keluarga saya
bahagian bapa tetapi sudah tidak diteruskam selepas generasi kami. Boleh kena saman
saya oleh keluarga syaa kalau buka cerita ini tetapi ini hanya untuk pengajaran
bagi mereka yang terfikir untuk menjalinkan hubungan dengan saitan. Semua yang saya
ceritakan ini kadang-kadang ada juga yang tidak sama dengan kejadian. Kejadian asal
lagi mengerikan ya.
Menurut atok saya, suatu ketika dulu nenek moyang kami ada buat perjanjian dengan
saitan perempuan yang sangat kuat masa tu. Bukan keluarga kami saja tapi banyak
lagi orang lain.
Disebabkan dulu pentingnya ilmu kekuatan untuk melindungi diri dan keluarga, maka
berebutlah orang yang mau kekuatan dari saitan itu. Ada diorang kasi nama saitan tu
tapi atok saya pun lupa. Jadi untuk bersatu dengan tu saitan, tu saitan minta nenek
moyang kami mengorbankan darah anak perawan yang datang haid.
Nenek moyang kami tidak korbankan perawan tetapi hanya memberi darah kotor (haid)
itu dan darah yang dihiris dari tangan anak perawan untuk tatapan saitan itu.
Dengan itu maka terjadi lah perjanjian antara nenek moyang kami dengan saitan itu.
Tetapi itu merupakan satu kesalahan besar yang pernah nenek moyang saya buat.
Selepas terwujudnya perjanjian itu, saitan itu berani minta korban yang betul-betul
perawan pada setiap tahun. Nenek moyang saya mana sanggup korbankan darah daging
mereka dan melanggar perjanjian itu.
Nenek moyang saya mau memutuskan perjanjian dengan saitan itu tetapi saitan itu
mengganas dan menyerang semua anak perawan keturunan nenek moyang saya. Sampai ada
penyakit misteri yang menyerang anak-anak perempuan yang perawan serentak.
Penyakit misteri itu menyebabkan semua anak-anak perawan sakit dan menjadi kurus
secara tiba-tiba. Mitos nenek moyang saya, bahawa saitan telah menghisap darah
mereka secara sikit-sikit sampai mati.
Disebabkan terlalu marah, maka nenek moyang saya telah melawan saitan perempuan
itu. Maka ada satu orang dukun terkuat masa tu di kawasan diorang yang merupakan
kawan nenek moyang saya menolong nenek moyang saya untuk hapuskan tu saitan. Tapi
bukan dapat dihapuskan.
Saitan itu akhirnya dapat dikurung di dalam sebuah botol yang sangat kecil tetapi
tebal. Konon botol tu bekas makanan orang jepun. Usaha keras nenek moyang akhirnya
dapat mengurung saitan itu. Dukun yang menolong nenek moyang saya membawa botol itu
dan menurut diorang juga botol itu sudah ditanam di suatu tempat yang diorang
sendiri tidak ketahui.
Di situlah dukun yang menanam botol itu wujudkan pantang larang terutama di dalam
keluarga kami. Pantang larang di mana darah haid kami tidak boleh kena tanah atau
di sungai sebab saitan itu akan terbangun daripada tidurnya. Khas untuk anak-anak
perawan yang sudah datang haid atau akan datang haid. Dukun itu juga mengajarkan
semua ritual-ritual bagi mereka yang haid. Pantang larang ini hanya khas untuk
keturunan keluarga kami saja.
Selama itu nenek moyang saya masih mengamalkan ilmu hitam tetapi bukan sudah dengan
saitan sama.
Selama itu tiada yang melanggar pantang larang itu sampailah kepada generasi saya.
Dan sayalah yang membangkitkan saitan itu. Disebabkan saya keturunan kandung nenek
moyang saya dan saya juga yang melanggar pantang larang tanpa di sengajakan.
Sebab itu saitan itu menghantui saya saja. Lagipun adik beradik bapa saya yang lain
semua perempuan juga tetapi sudah ada keluarga sendiri dan duduk jauh ikut laki
masing-masing. Jadi macam saya saja anak keturunan nenek moyang yang perawan yang
betul-betul masa generasi tu. Anak-anak aunty saya semuanya bukan darah daging
nenek moyang saya lagi.
Okay kasi mula balik..
Baru atok saya melangkah mau mendekati mama saya, mama saya terus jatuh ke atas
tanah. Sempat saya nampak kelibat hitam laju masuk ke arah hutan tebal.
Bapa saya terus tarik tangan saya dan kami sama-sama mendekati mama saya. Syukurlah
ada lampu obor yang bapa dan atok saya sudah nyalakan masa tu.
(BERSAMBUNG)
Klik follow fb Aki Aki II untuk mengetahui cerita yang selanjutnya. Kalau banyak
follow, esok macam biasa kita update dua part sebelah pagi dan sebelah petang.
Terima kasih.
Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 8
(Based on true story)
Bapa terus memapah mama yang sudah tidak sedarkan diri ketika itu. Atok terus
menggenggam pergelangan tangan saya. Setelah itu kami bergerak menuju ke rumah
bersama-sama.
Di dalam perjalan saya terus bertanya dengan atok tentang pagar rumah yang
sepatutnya berfungsi untuk menghalang makhluk itu daripada mengganggu kami.
"Nanti atok mau cek.." jawab atok saya.
Sampai di rumah atok terus suruh saya ikut bapa dan mama naik atas rumah. Dari arah
atas saya memerhatikan atok memeriksa setiap pagar rumah yang diorang pasang pada
setiap penjuru rumah.
Tidak lama lagi tu atok naik dengan muka marah. Banyak kata-kata mencarut keluar
daripada mulutnya.
"Sial betul lah. Salah satu pagar yang kita tanam sudah hilang. Macam kena korek
saja." Bilang atok saya dengan bapa saya.
"Bukan anjingkah yang buat tu bapa?" Bilang bapa saya. Atok saya diam sekejap dan
berfikir.
"Mungkin anjinglah pigi ugar tu tanah. Di mana pula di bawa lari tu jimat pagar
rumah kita.." Bilang atok saya lagi.
"Ada juga nanti kita jumpa tu sekitar sini. Mungkin tu anjing ugar(korek) sewaktu
diorang Niko sama abangnya masih sini. Ertinya rumah ni sudah tidak berpagar
sewaktu diorang jalan.." bilang bapa saya. Atok saya angguk-angguk kepala.
"Bah bagus kita kasi ubatlah bini ko tu.." bilang atok saya. Terus ada lah diorang
buat ritual untuk kasi pulih semangat mama saya.
Seminggu selepas itu, haid saya sudah tiada masa tu. Tetapi gangguan saitan itu
masih berterusan dan masih menghantui saya.
Masa ni abang saya dua orang belum pulang dari menemui kawan atok saya. Tidak
taulah apa yang buat diorang lama sangat. Sebab itu lama juga saya merasa gangguan
yang tidak berhenti itu. Malah semakin hari semakin saitan tu berani. Jimat-jimat
yang dipasang di kawasan rumah pun tidak sudah kuat dan boleh kena tembus sama tu
saitan.
Ada suatu masa, masa tu saya sedang mandi. Masa tu saya tidak sudah datang haid
juga bah. Saya mandi awal juga masa tu dalam jam 4.00pm.
Sedang siok mandi, tiba-tiba mama saya memanggil nama saya.
"Nataliee.. mandi cepat tolong mama.." bilang mama saya. Minta tolong apa pula
bilang saya dalam hati.
Terus saya nampak mama saya jalan ke arah sungai tetapi membelakangi saya. Cepat-
cepatlah saya mandi dan bersiap-siap. Mungkin adalah tu dia minta tolong saya
bilang. Saya sempat sarungkan tangkal pemberian mama saya sebab atok saya sentiasa
ingatkan saya untuk pakai tangkal tu.
Semasa saya sedang jalan ke arah sungai, saya memang tidak nampak kelibat mama
saya. Saya nampak juga atok sedang mengurus ayam-ayamnya dan bapa saya kasi makan
tu babi hutan yang si Niko tangkap untuk tujuan ritual melepaskan saya dari tu
gangguan. Saya tidak peduli dan jalan terus.
Sampai di sungai saya terus memanggil-manggil mama saya.
"Maaaa.. mama.. mana kau maaa?" Saya bilang sambil mencari-cari kelibat mama saya
tapi tidak nampak. Saya terus berjalan menyusuri anak sungai.
"Nataalie.." suara mendayu-dayu kedengaran. Berdiri bulu roma saya. Saya pusing ke
kiri dan kanan mencari arah suara yang memanggil saya tu.
PLAASSSSH.. PLASSSHHH.. PLASSSHH...
Tiba-tiba air sungai berpercikan macam ada orang lemparkan batu ke arah sungai.
Pelan-pelan saya mengundurkan langkah.
"Hari ini kau menjadi milikku!" Bilang satu suara yang tiba-tiba ada di belakangku.
Saya terus menoleh dan terkejut apabila saya nampak seekor makhluk perempuan
berjubah hitam tinggi memandang ke arah saya. Lidahnya terjelir keluar. Air liurnya
mengalir jatuh ke atas tanah.
Masa tu saya terus tidak boleh bergerak. Suara saya juga macam sangkut. Nafas saya
jadi sesak. Itu makhluk perempuan yang mengerikan mendekati saya. Mukanya berulat
dan lidahnya ingin menyentuh muka saya.
Hanya airmata saya saja yang keluar masa tu. Makin lama makin dia hampir dengan
saya sewaktu tu makhluk mau menyentuh muka saya kan, tiba-tiba dia terundur
beberapa langkah.
"Sial! Kau ingat benda begitu boleh kalahkan aku!" Bilang tu makhluk. Suaranya
persis suara perempuan tua tetapi sangat menakutkan.
Kali ini dia maju lagi dan dengan relax dia cabut tu tangkal dari tangan saya dan
terus buang sana sungai. Sewaktu itu baru saya terduduk di atas tanah. Satu badan
saya menggigil ketakutan. Nafas saya semakin sesak. Saya tutup mata saya. Mungkin
itu hari terakhir sudah saya hidup, saya bilang dalam hati.
Sewaktu menutup mata tu, tiba-tiba saya terasa ada angin kuat yang sangat sejuk.
Ada anjing menyalak kuat. Bersahut-sahutan lagi diorag menyalak. Saya buka mata
saya dan masih nampak tu makhluk tersenyum jahat sama saya.
Tiba-tiba tu makhluk ludah muka saya dan belakang saya macam kena tumbuk. Baru saya
nampak tu makhluk terbang masuk ke dalam hutan tebal. Saya sempat nampak si Lumpis
dan anjing kami lagi dua ekor datang sambil menjilat-jilat muka saya yang sudah
dalam keadaan lemah.
Saya juga sempat nampak dua orang abang saya dan lelaki tua rambut memakai sigar
serta seorang lelaki muda yang saya tidak kenali. Mungkin kawan tu lelaki tua saya
bilang . Selepas itu saya tidak sedarkan diri sudah.
Gelap suda baru saya sedarkan diri. Masa tu saya kena letak dalam bilik. Saya
dengar orang bising-bising bercerita di ruangtamu rumah. Pelan-pelan saya bangun.
Kepala saya masih terasa sakit.
"Ko ok sudah?" Bilang suara seoranng lelaki. Terkejut terus saya. Saya tingu depan
rupanya dia sedang berdiri sambil menghadap ke luar rumah di tingkap bilik saya.
"Ok sudah.." saya bilang. Saya tingu balik tu lelaki. Dia menghadap saya sambil
senyuman terukir di bibirnya.
"Baguslah.. Saya Idut.. saya kena suruh jaga ko sini." Bilang si tu lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai Idut.
"Ko sama tu lelaki tua kawan atok saya kan" saya bilang. Tu lelaki angguk-angguk
kepala dia.
"Kamu kah yang mau ubat saya?" Bilang saya lagi. Sekali lagi tu lelaki angguk-
angguk. Saya berdiri terus keluar dari bilik.
Orang yang berada di ruangtamu rumah terus menengok ke arah saya. Langkah saya
terhenti sekejap. Diorang minum tapau di tajau. Sempat lagi.
"Sini duduk Nata.." bilang mama saya. Saya terus tengok mama saya. Kerut terus dahi
mama saya.
"Kenapa?" Soal mama saya. Saya terus duduk sebelah mama saya.
"Tadi petang mama yang panggil saya minta tolong kan sana sungai?" Saya bilang
dengan jelas. Semua orang yang dengar sana terus terdiam seketika.
"Bukan mama ko tu Nata.. Mama ko mama ko masa tu sana pigi cari rebung." Bilang
atok saya menjawab.
Terus berdiri lagi bulu roma saya. Saya tengok mama saya dan dia angguk-angguk
kepala.
"Sekejap lagi berakhir sudah gangguan ko ni Nata. Kawan atok ada sudah sini sama
cucunya. Apa yang penting ko ikut dan dengar saja apa yang diorang suruh ko buat."
Bilang atok saya. Saya angguk-angguk saja.
Saya tengok si Idut sama atoknya tengok-tengok ke arah saya. Umuran si Idut macam
abang sulung saya sudah. 16 - 17 tahun begitulah lingkungan dia. Tapi badannya
tegap dan tinggi masa tu.
"Nanti kita jalankan ritual ko Nata tapi tunggu bulan keluar dulu." Bilang atok si
Idut. Saya angguk-angguk lagi.
"Tapi saya bagitau sedia ko Nata.. ko sanggup buat apa sajakah termasuk berjauhan
dengan ibubapa ko?" Bilang atok si Idut lagi. Saya bingung. Terus saya tingu atok,
bapa, mama dan dua orang abang saya. Diorang angguk-angguk kepala.
"Apa maksud tu?" Saya bilang. Terus atok saya berdiri dan tengok ke arah si Idut
dan saya silih berganti.
"Ko kena kahwin dengan si Idut. Semasa perkahwinan tu adalah ritual yang akan
dijalankan untuk menghentikan semua gangguan ko." Terang atok saya.
"Mana ko mau Nata? Terus hidup dalam gangguan atau tamatkan semua gangguan ni dan
mulakan hidup baru, keluarga baru dengan si Idut?" Bilang bapa saya. Saya tunduk
saja. Aah baru 13 tahun bah saya masa tu.
"Jangan risau.. Saya jamin cucu saya akan jaga ko bagus-bagus. Perkahwinan ini akan
menamatkan segala gangguan yang ko alami selama ni. Kalau kita ada rezeki, mungkin
kita boleh tangkap dan bunuh tu saitan yang ganggu ko juga supaya keturunan
seterusnya tiada sudah gangguan." Bilang atok si Idut. Saya tunduk diam saja.
Sebenarnya saya mau menangis sudah masa tu. Kalau kahwin ertinya saya kena duduk
jauh dari keluarga saya. Saya kena ikut keluarga baru saya iaitu suami saya.
Perlahan-lahan saya berdiri dan memandang satu persatu wajah yang ada sana rumah.
Saya meneguk air liur dan cakap,
"Tidak boleh kah kita hentikan saja gangguan saya ini dengan cara lain." Saya
bilang.
"Nata!" Suara bapa saya agak lantang.
"Tiada sudah Nata.. Ko kena akhirkan hidup ko sebagai seorang anak darah. Jangan
risau bah.. ko hanya perlu kahwin saja sama cucu saya.. Kami tidak suruh juga buat
yang bukan-bukan. Ini saja cara paling senang." Bilang atok si Idut terangkan. Si
Idut saya nampak diam saja. Macam dia pun dalam di lema juga.
Mungkin awal-awal dia kena kasitau atas sebab tujuan dia datang sama atok dia.
Mungkin dia pun terpaksa macam saya juga. Patutlah saya hairan, bilang atok
kawannya datang sama isterinya tapi yang datang pula lelaki muda. Cucu dia.
(BERSAMBUNG)
Klik follow fb Aki Aki II untuk mengikuti cerita yang seterusnya. Terima kasih

PANTANG LARANG BHGN 9


(Based on true story)
Ok sini banyak sudah saya skip sebab selama atok si idut ada sana rumah. Lebih
kurang dalam 4 hari begitu lah kami menunggu bulan penuh.
Malam bulan mengembang tu terus diorang buat persiapan. Bagi saya persiapan yang
sangat sibuk kerana macam-macam yang perlu di sediakan. Macam setiap benda yang
kena guna mau di jampi-jampi terlebih dahulu.
Pendek kata semua persiapan selesai dalam masa satu malam. Semua gembira. Perasaan
saya bercampur baur kerana saya akan di kahwinkan sama si Idut. Si Idut pun banyak
mendiamkan diri. Apa yang atok dia suruh buat, dia ikut saja.
Hari yang sama dalam lebih kurang jam 2.00am. Masa tu ayam sangat bising dan anjing
menyalak bersahut-sahutan. Saya terdengar suara orang menjerit macam yang kesakitan
sangat.
Jadi saya terus bangun dan mengintai dari celah dinding bilik sebab mau tau apa
sebenarnya yang terjadi di luar. Masa saya mengintai tu saya nampak ada cahaya
macam obor api di laluan menuju ke arah sungai.
Di dalam hati timbul pelbagai jenis persoalan. Perlahan-lahan saya melangkah
keluar. Terkejut lagi apabila saya nampak semua orang masih tertidur dengan lena.
Diorang tidak dengarkah ada orang berteriak malam-malam? Soal saya dalam hati.
Saya pigi arah abang saya si Niko yang tertidur lena juga. Saya goncang-goncang
badan Niko.
"Niko.. bangun.. bangun.." Suara saya perlahan macam berbisik. Si Niko menggeliat
sambil membuka sebelah matanya.
"Kenapa?" Bilang si Niko.
"Saya ada dengar orang berteriak di sana arah sungai." Saya bilang.
"Jangan layan tu.. kan atok sudah cakap jangan percaya dengan apa yang kita dengar
atau nampak waktu-waktu begini." Bilang si Niko.
"Tapi suara orang tu. Macam kesakitan dia. Tidak salah bah kita pigi tingu.."
bilang saya lagi.
"Jangan! Biar saja tu. Jangan layan.." bilang si Niko. Terus dia tutup satu
badannya pakai selimut. Malas sudah dia melayan saya. Mengantuk kali sebab penat
menyediakan keperluan ritual saya sedangkan saya kena suruh duduk diam saja
walaupun saya mau menolong.
Di sebabkan saya ni jenis yang tidak mendengar cakap, saya terus keluar rumah tanpa
ada sesiapa di samping saya.
Dari beranda rumah tu saya boleh nampak ada cahaya api yang macam sengaja di
goyangkan untuk memberi isyarat kecemasan. Macam yang meminta tolong. Panik saya
sekejap.
"Arrgghhhhhhhhhhh!!" Sekali lagi ada suara orang menjerit. Tu anjing-anjing kami
menyalak ke arah hutan tu. Saya teguk air liur saya.
Semasa saya turun anak tangga tu tiba-tiba salah anjing saya si Lumpis berlari
bergerak ke arah cahaya tu sambil menyalak. Manakala yang dua ekor lagi menyalak
juga tetapi tidak ikut si Lumpis.
Ngaaakkk.. ngaakkk.. ngaakkkk..
Saya dengar si Lumpis macam kesakitan terus saya risau. Saya ambil parang bapa saya
yang ada di bawah kulung dan ambil salah satu obor api yang atok saya pasang di
setiap penjuru rumah. Lepas tu saya berlari ke arah si Lumpis.
"Lumpis! Lumpis! Kukukukukukuku.." saya bilang panggil si Lumpis. Masa mau dekat
sudah sama si Lumpis saya nampak macam ada kesan darah. Jantung saya berdegup
kencang. Cahaya obor yang saya nampak tadi pun macam menghilang.
"Lumpis... kukukukukukku... Lumpis.." saya panggil lagi si Lumpis tapi tiada
jawapaan. Selalu kalau saya panggil si Lumpis dia akan terus datang.
ZUUUUUSSSSSsss..
Tiba-tiba ada angin yang sejuk lalu di depan saya. Berdiri terus bulu roma saya.
"Lumpisss!" Suara saya semakin tinggi memanggil si Lumpis tetapi sama juga tiada
jawapan.
Shhhhhhh...
Langkah saya terhenti bila terdengar suara orang suruh saya diam. Kemudian tengkuk
saya ditiup. Macam saya mau menangisasa tu. Menyesal tidak mendengar cakap si Niko.
Kali ini bahu saya macam di sentuh. Badan saya menggigil ketakutan.
"Nataaliee.. akhirnya kau akan menjadi milikku.." Bilang tu suara seakan berbisik.
Semakin ketakutan saya masa tu. Masa tu baru saya sedar yang saya sudah jatuh ke
dalam perangkap saitan.
Saya cuba bergerak tetapi macam ada yang menghalang pergerakan saya. Cuba bersuara
tetapi macam kerongkong saya tersumbat.
Di sana baru saya perasaan si Lumpis ada di depan saya. Di lehernya itu ada
tertusuk kayu. Lehernya di penuhi dengan kesan darah. Si Lumpis tercungap-cungap
macam sesak nafas.
Airmata saya mengalir jatuh perlahan-lahan. Suara anjing kami yang lain masih
menyalak. Saya berharap ada keajaiban yang akan berlaku. Berharap ada orang di
rumah akan perasaan.
Yang makhluk tadi mula berjalan mengelilingi saya. Sampai saya terasa pening. Bau
busuk yang keluar dari badan makhluk itu membuatkan saya sesak nafas. Mau muntah
pun tidak boleh.
"Bapa!! Tunaaaa si Nata.." teriak si Niko. Aduuh betul-betul saya bersyukur masa tu
sebab diorang datang. Kamu tau yang pertama sampai si Idut sama atoknya. Laju
diorang lari.
Kelibat makhluk tadi pun hilang begitu saja. Menangis-nangis lagi saya. Si Idut
terus berdiri sebelah saya. Atok si Idut meninjau keadaan di kawasan sekeliling.
Sebaik saja si Niko nampak si Lumpis yang nyawa-nyawa ikan sudah, terus dia datang
dekat si Lumpis. Dia cabut tu kayu yang menusuk leher si Lumpis. Sedih betul si
Niko masa tu. Terus dia angkat si Lumpis. Bapa saya punya pandangan macam marah
betul sama saya. Atok saya pun sama.
Si Idut terus bawa bawa saya pulang ke rumah. Kami jalan duluan baru di ekori oleh
diorang di belakang kami.
Sampai di rumah badan si Lumpis kena letak di atas karung kosong. Darahnya masih
mengalir. Lidah si Lumpis terkeluar.
"Terpaksa kasi mati dia daripada tersiksa begitu." Bilang bapa saya tiba-tiba.
Terkejut terus saya. Si Niko macam terkejut juga tapi dia diam dan tarik nafas
panjang.
"Ya tiada harapan sudah si Lumpis ni. Daripada dia mati dalam kesakitan bagus kasi
mati dia sekarang." Bilang atok saya.
Saya tunduk menangis teresak-esak. Tidak sangkah si Lumpis akan mati untuk
melindungi diri saya. Mungkin masa dia nampak saya turun dari rumah terus dia pigi
serang tu makhluk yang mau perangkap saya tapi dia pula yang terkorban.
"Niko kasi matilah si Lumpis tu. Atok bagi kepercayaan sama ko." Bilang atok saya.
Tambah saya menangis lagi.
"Kasi biarlah dia mati sendiri atok. Tunggu saja dia mati sendiri. Tidak sanggup
saya mau kasi mati si Niko." Bilang si Niko.
Memang saat sedih masa tu. Habis saja si Niko cakap terus si Lumpis berbunyi-bunyi
sambil angkat kaki dia sebelah kiri atas. Macam dia bagi signal untuk bagi
kebenaran kasi akhiri hidup dia. Mata dia pun kuyu sudah.
Akhirnya tumpah juga airmata si Niko masa dia pegang kaki si Lumpis tu. Si Lumpis
macam cakap dia okay dengan keputusan yang atok suruh buat. Lagipun memang si
Lumpis sengsara sudah masa tu. Mama saya pun menangis bah. Saya dan mama saya tidak
sanggup tingu si Niko kasi mati si Lumpis masa tu. Terus kami naik atas.
Tidak tau macam mana dia kasi mati, tapi yang pasti tidak mengasi sengsara si
Lumpis. Sekejap saja terus Lumpis mati. Menjadi salah satu haiwan peliharaan
kebanggaan keluarga. Mati kerana berjasa.
Malam itu juga si Lumpis di kubur di belakang rumah kami. Malam itu juga malam
kesedihan buat kami kerana kehilangan salah seekor anjing yang paling pintar dan
setia sama keluarga kami.
(BERSAMBUNG)
Klik follow fb Aki Aki II untuk mengikuti episod yang seterusnya. Jangan lupa
petang ini bahagian 9. Akan update macam biasa tepat pukul 6.00pm.

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 10
(Based on true story)
Kematian Lumpis merupakan pengajaran yang cukup memberi kesan terutama buat diri
saya sendiri. Serius semasa si Lumpis mati tu, saya asyik menyalahkan diri sendiri.
Keesokannya, pada pagi hari saya di mandikan bunga oleh mama saya sebelum ritual
pada malamnya. Saya mandi bunga sebanyak 3 kali iaitu sebelah pagi, tengahari dan
petang sebelum matahari terbenam.
Tetapi mandian bunga pada sebelah petang pelik sikit. Babi yang abang saya dapat
tu, di sembelih dan darahnya diambil dan diletakkan di dalam sebuah tajau kecil.
Tajau kecil itu pula bukan tajau biasa-biasa.
Menurut atok saya, tajau itu merupakan tajau bekas tempat abu-abu mayat dukun
terkuat di dalam darrah tempat saya tinggal. Segala kesaktian dan ilmu diorang
sudah melekat di dalam tajau itu.
Tajau itu tidak akan pecah kalau jatuh. Ok sebelum itu, masa saya budak-budak, kami
pernah kacau tajau itu dengan dua orang abang saya. Sebab kami selalu nampak
perempuan tua dan lelaki tua keluar masuk di dalam tajau itu semasa menjelang
malam.
Dulu tajau itu diletakkan di dalam bilik mama dan bapa saya. Tetapi selepas kami
selalu buat laporan nampak orang ganjil keluar masuk dari tajau itu, bapa sama atok
memindahlan tajau itu di tempat kami yang tidak tahu.
Abang saya sulung cakap kena tanam di tanah. Tapi tidak tau di mana. Selepas tajau
itu di tanam kami tidak sudah pernah nampak lelaki atau perempuan tua keluar masuk
di rumah kami semasa menjelang malam. Semasa mau menjalankan ritual sudah baru saya
nampak balik tu tajau.
"Nata ikut atok baca jampi.." bilang atok saya. Tapi masa sekarang ni saya lupa
sudah macam mana tu jampi. Bahasa yang digunakan sangat lain. Seingat saya macam
bahasa roh.
Mungkin berkomunikasi dengan roh yang akan membantu saya untuk terlepas dari buruan
saitan kan.
Pada petangnya itu saya mandi bunga dengan hanya memakai sarung yang menutup badan
saya di bahagian paras dada. Selepas ritual mandi bunga dijalankan, atok saya suruh
saya berdiri atas tanah menghalanle arah utara.
Kemudian darah babi yang ada di dalam tajau tadi di tuangkan habis di seluru badan
saya. Habis satu badan saya mandi darah babi.
"Darah babi ni akan melekat di badan ko untuk 1 hari dan 1 malam. Semasa dalam
ritual ni, ko di larang makan, mandi atau keluar dari bilik." Bilang atok saya.
Matanya tajam memandang ke arah saya. Macam dia bagi amaran sama saya supaya tidak
melanggar pantang sepanjang ritual itu. Saya tunduk.
"Ko paham kah tidak ni Nata!!" Tiba-tiba atok saya teriak. Terkejut semua yang ada
sana. Pelan-pelan saya menganggukkan kepala.
"Kalau lepas ni ko langgar pantang ni, ko sendiri lah yang uruskan dan selamatkan
diri ko. Atok sama yang lain akan kasi biar ko saja! Biar ko mati kana talan sama
tu saitan." Bilang atok saya lagi. Suaranya semakin keras dan lantang.
Sudah tu baru atok saya bagi arahan sama mama saya untuk kurung saya di dalam
bilik. Pendek kata masa tu saya memang kena suruh puasa lah sebab tidak boleh
sentuh makanan, minum air dan sentuh air.
Kamu bayangkan sampai saya mau berak atau kencing pun tidak boleh sebab diorang
takut saya tersentuh air. Betapa sengsaranya masa tu. Saya boleh kencing tapi kena
suruh saja kencing dalam besen yang mama saya sediakan dalam bilik saya.
Air kencing saya tidak apa sebab kononnya itu keluar dari badan saya sendiri. Kalau
kau mau minum tu air kencing pun tiada larang sebab bukan air dari luar. Tapi siapa
juga sanggup kan. Terpaksa saya bertahanlah. Nasib baik juga saya ada kena suruh
makan kenyang-kenyang sebelum ritual tu di jalankan.
Masa ni saya dalam bilik sudah kena kurung. Tetapi saya tercuri dengar perbualan
atok saya sama kawannya tu.
"Lepas ni apapun si Nata buat dalam bilik jangan sesekali tolong dia. Dia teriak
minta tolong kah atau mau keluar kah, jangan sesekali buka pintu biliknya." Bilang
kawan atok saya.
"Kenapa?" Bilang atok saya lagi.
"Itu susah mau cakap.. nanti ritual habis baru saya kasi cerita habis." Bilang
kawan atok saya.
Malam itu merupakan malam terakhir saya sebagai seorang anak perawan kerana
keesokannya saya akan di satukan dengan si Idut selepas saja saya selesai
menjalankan ritual yang kawan atok saya suruh buat.
Di dalam hati tertanya-tanya juga kenapa perlu ada ritual tu sedangkan diorang
cakap bahawa kalau saya sudah bergelar isteri orang maka buruan saitan itu akan
terhenti. Kasi kawin sajalah kan. Tapi bukan juga saya minta kawin awal.
Sepanjang menjalankan ritual tu memang saya ada rasa lain-lain. Seperti ada saja
mata-mata yang memerhatikan saya. Ada saya dengar suara halus memanggil nama
sayalah, ada juga suara orang berbisik-bisik macam mengata saya. Macam-macam saya
dengar tapi saya buat tidak tau saja sebab takut dengan amaran yang atok saya bagi.
Dalam subuh tu, masa tu saya sudah tertidur lena tetapi terkejut apabila dengar
suara budak-budak ketawa. Kamu bayangkan tapak kaki saya sejuk masa tu. Macam ada
air yang menyentuh saya. Berdiri terus bulu roma saya.
Terus saya tarik kaki saya masa tu tapi kaki saya terus kena tarik balik dan saya
dapat merasakan balik tu sejuk yang macam air.
Kali ni perlahan-lahan saya angkat kepala saya dan tengok ke bawah kaki saya. Kamu
tahu saya terus teriak saja masa tu bila saya nampak makhluk budak lelaki dalam
umuran 3 tahun sedang pegang tapak kaki saya sambil menjilat tapak kaki saya pakai
lidahnya.
"Aarghhhhhhhhhhh!!!" Saya teriak dan merontah-rontah berharap terlepas dari tu
makhluk budak lelaki yang sangat menakutkan.
Mukanya bulat, lidahnya panjang, telinganya panjang, kukunya pun panjang, matanya
kemerah-merahan. Pelan-pelan makhluk tu menengok ke arah saya dan tersenyum jahat.
"Diam!" Bilang tu makhluk terus saya terdiam. Sana baru saya perasaan tu makhluk
bukan seekor tetapi macam sekampung kasi sekeliling saya. Ketawa lagi semua
berabis. Siapa tidak takut kan.
"Toloooooongggg!! Toooolonnngg! Atok! Bapa! Toolongg saya!" Saya bilang.
Ada juga saya dengar orang berlari tapi tidak masuk dalam bilik saya. Diorang macam
memerhati dan mendengar saja dari arah luar.
Kali ini, tu makhluk jilat leher saya. Sana baru saya perasaan yang diorang jilat
tu darah babi yang masih melekat sama saya. Memang bikin geli dan sangat menakutkan
sampai tu makhluk duduk atas perut saya dan melompat-lompat atas perut saya sampai
saya sesak nafas. Nasib tidak mati saya masa tu. Tiada seorang pun yang datang
tolong saya.
Nampak saya separuh mati sudah taph tu makhluk ketawa lagi meninguk ke arah saya.
Sudah kesakitan perut saya lagi di geletek dan tapak kaki saya kena garu-garu.
Memang gila lah waktu tu.
Saya marah sebab tiada pula yang mau tolong saya sedangkan saya sudah berteriak
meminta tolong. Apapun ada sebab dia tersendiri kenapa diorang tidak tolong dan
saya akan jawab di dalam part yang seterusnya.
(BERSAMBUNG)
Klik follow fb Aki Aki II untuk mengikuti episod yang seterusnya supaya kamu tidak
ketinggalan. Esok macam biasa akan update dua part macam biasa sebelah pagi dan
sebelah petang.

Aki Aki II
PANTANG LARANG BHGN 11
(Based on true story)
Makhluk budak yang menganggu saya itu hilang apabila terdengar bunyi dinding bilik
di ketuk-ketuk oleh seseorang. Saya terus berdiri dan berlari ke arah pintu. Saya
tarik pintu bilik saya tetapi berkunci dari luar.
"Buka! Buka pintu bilik ni! Buka! Tolong saya bapa, atok.." saya bilang. Suara saya
tidak meminta pertolongan tidak dilayan.
Saya yakin ada yang mendengar juga saya menjerit tetapi diorang sengaja tidak
menolong saya. Mustahil pula tiada yang dengar sedangkan kuat bah tu saya
berteriak.
"Shhhhhhhhhh..." Tiba-tiba kedengaran suara orang memberikan isyarat saya supaya
diam. Perlahan-lahan saya menoleh ke arah belakang saya.
"Hai Natalieeeee.." Bilang satu makhluk lelaki yang sangat menakutkan. Kakinya
tempang sebelah. Matanya semua putih dan makhluk tu tidak berpakaian. Lidahnya pula
terjelir macam anjing kehausan.
"Argghhhh!! Saitan! Saitan! Toolongggg" saya bilang lagi teriak sambil hentak-
hentak tu pintu.
Tu makhluk terus datang mendekati saya dengan melompat sebab kakinya tempang. Bau
busuk mula memenuhi ruangan bilik saya.
"Haaruum bau darah yang melekat pada tubuh mu." Bilang tu makhluk berbisik dekat
betul-betul di telinga saya.
SLURRRPPP...
Tu makhluk jilat leher saya. Terus saya kaku. Badan saya macam keras. Jem. Tangan
saya merayap cuba mencari-cari sesuatu benda yang saya boleh gunakan untuk
mengehentikan perbuatan makhluk sialan tu tetapi tiada. Makin lama makin rakus dia
menjilat tubuh saya yang ada masih berbau darah babi hutan.
Badan saya pun makin lemas sebab sakit bila mana badan saya terkena sentuhan tu
makhluk lelaki yang rakus menjilat darah babi yang melekat di badan saya.
Tidak lama tu saya terus tidak sedarkan diri. Kiranya saya macam kena cabul sama tu
saitan. Tapi dengan hanya menyentuh dan menjilat tubuh saya sehinggah paras dada
ya. Tu sebab saya bilang makhluk sialan. Tetapi itu semua tidak akan terjadi kalau
atok tidak suruh saya buat ritual ni.
Keesokannya bila saya sedar, badan saya sudah berada di atas tilam. Badan saya
terasa sangat melekit dan saya tidak selesa dengan keadaan begitu. Berfikir untuk
mandi tetapi teringat dengan pantang yang atok saya bagi.
Masa tu belum lagi 24 jam saya menjalankan ritual. Semua orang masa tu saya dengar
ada di bawah kulung. Rancak bercerita sambil menyiapkan kelengkapan ritual kedua
saya.
"Kita memang sengaja menjemput makhluk saitan jantan untuk mencemari tubuh si
Natalie dengan air liur mereka. Saya rasa kamu faham kenapa.." bilang kawan atok
saya.
"Kami sanggup buat apa saja asalkan si Nata selamat." Bilang mama saya. Saya
terkedu mendengar kata-kata mama saya.
Mungkin ada betulnya juga kata-kata diorang terhadap saya. Ini semua untuk kebaikan
diri saya sendiri.
"Selama dia menjalankan ritual sekarang, cuma Saitan lelaki yang akan datang sama
si Nata untuk sampailah kesan dan bau darah babi dari tubuh si Nata tu hilang.
Jangan risau si Nata tidak akan apa-apa sebab kedatangan para saitan lelaki tu
hanya kerana bau darah yang kita letak sebagai umpan untuk menjemput segala jenis
saitan lelaki kasi kotor badan si Nata dengan air liur diorang. Lagipun si Nata
sudah kena tanda sama tu saitan perempuan dengan air liur. Kita hilangkan tanda tu
dengan air liur saitan jantan. Sebab banyak saitan jantan sukakan darah haiwan."
Bialng atok si Idut.
Memang sudah saya tau masa tu kedatangan saitan-saitan itu disengajakan oleh atok
dan kawannya.
Ngikkk..
"Datang lagi satu tu.." bilang atok saya. Saya teguk air liur saya melihat ke arah
tingkap bilik.
Tiba-tiba pelan-pelan tingkap bilik saya terbuka sendiri. Saya nampak tangan
lembaga yang panjang menolak tu tingkap. Saya terundur ke belakang. Baru tu saya
nampak satu badan masuk di tingkap macam tu labah-labah melekat di dinding. Tu
makhluk lama tingu saya. Suara saya macam terkunci masa tu. Pergerakan saya pun
terbatas.
"Cepatlah jilat kalau itu yang ko mau!" Saya bilang sebab saya sudah tau kedatangan
tu mahkluk. Di bawah kulung tu saya dengar atok sama kawannya ketawa. Mungkin
diorang dengar kata-kata yang keluar dari mulut saya.
Tu makhluk terus merayap dengan laju dan jilat badan saya terutama di bahagian
leher saya. Sekejap saja terus hilang tu makhluk. Macam berani sudah saya sebab tau
dengan tujuan kedatangan tu makhluk-makhluk saitan jantan.
Patutlah saya heran semua hantu lelaki yang datang sepanjang ritual itu dijalankan.
TOK.. TOK.. TOKK..
Pintu bilik saya kena ketuk. Terus cepat-cepat saya menuju ke arah pintu.
"Siapa tu?" Saya bilang. Lama baru kena jawab.
"Saya si Idut.." bilang si Idut menjawab.
"Kenapa? Ritual saya habis sudahkah?" Saya bilang.
"Belum. Saya mau tanya saja sama ada ko okay atau tidak. Saya harap ko sabar.
Sekejap lagi habis sudah ritual ni. Tunggu matahari terbenam saja." Bilang si Idut.
"Ya saya harap saya boleh bertahan. Banyak suda lebam di badan saya gara-gara
ritual ni." Saya bilang lagi.
"Jangan melawan kalau diorang datang. Relakan saja. Sebab tu ko kesakitan habis ko
melawan." Bilang si Idut lagi macam bagi pembayang pula.
"Siapa juga tidak melawan. Ko belum rasa sebab ko bukan di tempat saya!" Saya
bilang. Suara saya sedikit tinggi sebab saya geram betul.
"Cukuplah tu Idut. Sudah ko tau keadaan si Nata sekarang ko turun balik tolong si
Niko.." bilang suara atoknya. Saya terdiam sekejap. Mungkin diorang yang suruh si
Idut tanya keadaan saya.
"Saya jalan dulu Nata.. saya harap ko dapat bertahan dan lalui semua ni. Demi diri
ko ni dan supaya kita tidak di kasi kawin. Sebab sebenarnya saya pun belum mau
kawin. Cara ni sebenarnya kalau berjaya ko lalui, diorang akan kasi batal tu
perkawinan kita.." bilang si Idut. Suara kami perlahan saja macam orang berbisik.
"Maksud ko?" Saya bingung.
"Perkawinan ialah jalan kedua untuk menghentikan gangguan saitan tu sama ko.
Sekarang ni cara pertama. Kalau cara ni berkesan, cara kedua tu tidak akan
dijalankan." Bilang si Idut. Terus saya dengar dia berdiri dan berlari menuju ke
arah bawah.
Di dalam hati macam saya tenang dengar penerangan si Idut. Tetapi jujur masa tu
memang saya suka juga sama si Idut. Tidak juga hensem bah tapi cukup pakej sebagai
seorang lelaki idaman kalau musim dulu-dulu. Rambut bala tanga lagi, hidung
mancung, gigi rata, tegap dan tinggi. Haissh.. lupakan dulu tentang ni.
Saya pun berdiri dan kembali ke arah tilam saya. Banyak sudah macam minyak-minyak
yang keluar dari badan saya. Bau busuk badan saya tidak payah cakap lah. Kalah-
kalah tu bau pokilok yang berbau masam manis.
Semasa saya sedang baring-baring tu, tanpa saya sedar saya terlelap dan saya
bermimpi saya berada di suatu tempat yang begitu asing bagi saya.
Tempat itu dipenuhi dengan pokok-pokok arah yang besar-besar dan tinggi-tinggi. Di
atas udara pula banyak kelawar mata merah sedang berterbangan sambil memandang ke
arah saya.
"Nataaaalie!!" Suara menakutkan seorang perempuan berteriak ke arah saya. Angin pun
tiba-tiba bertiup dengan kencang sekali. Nasib baik saya sempat berpaut pada
sebatang pokok yang berhampiran dengan saya.
Kali ini saya nampak seorang perempuan yang berdiri jarak 10 meter dari saya.
Perempuan tu sangat cantik. Kulitnya bersih dan rambutnya lurus panjang sampai ke
tanah. Tu perempuan melangkah menghampiri saya dan tiba-tiba macam dia mau
termuntah.
WUEEKKKK..
Bilang tu perempuan sambil menutup mulutnya dan hidungnya.
"Kau bukan lagi perawan Natalie! Kenapa kau membiarkan diri kau di perkosa oleh
saitan!" Bilang tu perempuan. Suaranya bergema di seluru ruang udara. Kelawar-
kelawar yang berterbangan juga semakin bising mengeluarkan bunyi-bunyi yang
menyakitkan telinga.
"Kau siapa! Kenapa kau kacau saya!" Saya bilang sama tu perempuan cantik. Tiba-tiba
tu perempuan ketawa mengilai.
Perlahan-lahan dirinya berubah menjadi susuk tubuh makhluk yang sangat menakutkan.
Makhluk itu merupakan makhluk perempuan yang saya sangat kenal dalam dunia nyata.
Tidak sangkah dalam mimpi pun dia berani muncul.
"Saya tidak dapat memilik kau kerana kau sudah tercemar Natalie. Tapi saya akan
bunuh kau sekarang juga." Bilang tu makhluk. Menggigil satu badan saya dengar kata-
kata makhluk tu. Gigi taringnya yang macam jerung tu pun berubah menjadi panjang.
Kukunya semua berubah menjadi panjang. Matanya pun merah bercahaya. Lagi menakutkan
dari bentuk dia dalam dunia nyata. Mungkin itu bentuk asalnya.
Wooo.. Wooo.. Wooo.. Wooo.. Wooo..
Tiba-tiba saya dengar suara anjing menyalak ke arah saya. Saya kenal suara siapa
tu. LUMPIS!
Saya tengok ke arah belakang dan betul-betul si Lumpis hadir di dalam mimpi saya
tu. Kehadirannya si Lumpis tu sangat berbeza. Badannya bercahaya dan dia boleh
bercakap sama saya.
"Nata ikut saya.." Bilang si Lumpis sama saya. Saya terus berdiri dan berlari ke
arah si Lumpis.
"Lumpis betul kah ko ini?" Saya bilang.
"Ya.. mari saya tunjuk ko jalan keluar dari dunia ni." Bilang si Lumpis. Dia sentuh
badan saya terus rasa macam ringan. Laju saya berlari ikut si Lumpis dari arah
belakang. Ketinggalan bah tu makhluk perempuan yang mengejar kami.
"Ini kali terakhir saya dapat tolong ko Nata. Saya harap lepas ni ko okay dan
sembuh." Bilang si Lumpis sambil kami berlari laju.
"Lumpis saya rindu ko.." bilang saya. Sebak bah saya masa tu. Si Lumpis diam saja.
Tidak lama tu kami sampai di satu kawasan di mana ada akar pokok ara yang bercabang
macam pintu gerbang. Pokok arah tu pula sangat besar dan tinggi.
"Sampai sini saja Nata. Ini jalan keluar" bilang si Lumpis." Saya nampak tu pokok
bercabang terus saya nampak dunia nyata.
"Lumpis ko ikutlah saya pulang.." saya bilang menangis sudah.
"Tidak boleh Nata. Kita punya dunia berbeza sudah." Si Lumpis menjawab sama saya.
Saya terus menangis-nangis. Saya dekat si Lumpis mau peluk dia tapi saya tidak
dapat sentuh si Lumpis.
"Ko tidak boleh sentuh saya dan saya tidak boleh sentuh ko Nata. Sebab kita bukan
dari dunia yang sama lagi." Bilang si Lumpis. Saya menangis-nangis sambil lap air
mata saya.
Tiba-tiba angin yang kuat datang menerpah ke arah saya dan si Lumpis. Makhluk
perempuan yang mengerikan sudah ada jarak 100 meter dari kami.
"Nata masuk sekarang di pintu tu selagi saya sempat halang dia." Bilang si Lumpis.
Wooo.. Wooo.. wooo.. wooo..
Si Lumpis menyalak ke arah makhluk tadi. Semasa saya mau berlari masuk ke dalam
pintu gerbang pokok ara tu, tiba-tiba badan si Lumpis terpelanting di depan saya.
"Cepat Nata, selagi ada masa ko lari.." bilang si Lumpis dalam keadaan lemah. Mau
tidak mau saya terpaksa dengar cakap si Lumpis.
Dengan hati yang berat saya terus masuk ke dalam pintu gerbang pokok ara tu sambil
menangis-nangis.
"Nata.. bangun Nata.. Nata! Bangun!" Mama saya teriak.
"Lumpis!" Saya bilang teriak terus bangun dengan airmata yang masih mengalir. Terus
saya peluk mama saya masa tu.
"Nata kenapa ko ni?" Bilang mama saya. Saya tengok mama saya. Dia lap airmata saya.
Baru saya perasaan hari sudah gelap dan bilik saya terang dengan cahaya pelita
saja.
(BERSAMBUNG)
Klik follow fb Aki Aki II untuk mengikuti episod yang seterusnya. Esok episod
terakhir akan keluar. So jangan ketinggalan ya.

PANTANG LARANG BHGN 12 (terakhir)

(Based on true story)

"Mama saya mimpi Lumpis selamatkan saya tadi kena kejar sama tu saitan perempuan.."
saya bilang.

"Sudah lah tu. Semua tu hanya mimpi saja. Tu tandanya si Lumpis mau kau kuat
harungi semua ni.." bilang mama saya.

Mama saya berdiri sambil pegang tangan saya. Kami keluar dari bilik bersama-sama.
Semua yang lelaki ada di bawah sedang buat persiapan untuk ritual yang seterusnya.

"Ko kena mandi bunga lagi yang terakhir sudah.. Harap-harap kali ini ko terlepas
lah Nata." Bilang mama saya. Mukanya sedih.

"Saya pun harap begitu mama.. saya tidak sanggup sudah.." saya bilang. Sambil kasi
tunjuk mama saya lebam di badan saya. Macam yang kena pukul bah padahal tidak juga.
Lebam-lebam yang melekat di badan saya tu ialah bekas perbuatan saitan yang
menjilat darah babi.

"Atok ko ad cakap dia mimpi saitan yang buru ko tu memang tidak mau ko sudah,
tapi..." kata-kata mama saya terhenti. Dia tingu saya dan pegang bahu saya.

"Tapi apa mama?" Saya bilang bingung. Banyak persoalan yang timbul di dalam fikiran
saya. Muka mama saya pula sangat merisaukan. Macam ada sesuatu yang besar saja akan
berlaku.

Mama saya telan air liur dia. Mama saya terus lepas sentuhan dia dan membelakangi
saya.

"Nata apapun yang terjadi lepas ni, mama tidak mau ko mengalah. Ko kena kuat dan
lawan semua ni.. bilang atok cuma ko yang dapat menghentikan benda ni sekarang."

MALAM itu sekali lagi saya dimandikan bunga untuk membersihkan diri saya. Tetapi
malam itu saya di anggap bukan lagi sebagai anak dara kerana kononnya saitan jantan
telah memperkosa diri saya jadi saitan perempuan yang memburu saya itu sudah tidak
mahukan saya lagi tetapi sekarang dia inginkan nyawa saya.

Semasa saya atok saya sedang membaca mantera terakhir untuk menamatkan ritual saya
daripada diganggu oleh tu saitan perempuan, tiba-tiba mama saya berteriak dengan
kuat sekali.

"Aaaaarrghhhhhhhhhhh!!" Semua kami terkejut tetapi atok suruh saya fokus.


"Fokus Nata!" Tegas atok saya. Saya terus tutup mata dan atok terus membaca
manteranya.

"Nata.. toolong mama.. Nata ini semua sebab ko mama jadi mangsa. Nata tolong
mama.." bilang suara mama saya macam dia kesakitan sangat. Saya mau buka sudah mata
saya tapi atok terus teriak.

"Nata! Apapun yang ko dengar sekarang, jangan buka mata dan fokus sama atok.. itu
bukan mama ko lagi Nata!" Bilang atok saya. Saya sangat ketakutan masa tu.

"Nata! Ko mau mama hidup atau mati! Tolong mama sekarang! Ini semua sebab ko Nata!
Tolong mama Nata.." bilang lagi mama saya.

Saya terus tutup telinga saya sambil fokus pada mantera atok. Bagi saya yang sedang
bercakap itu bukan mama lagi tetapi makhluk yang ingin memanipulasi dan mengganggu
saya untuk menjalankan ritual terakhir itu.

"Kau jangan ganggu anak itu lagi. Dia bukan milik ko lagi! Dia bukan hak ko lagi!!"
Suara atok si Idut lantang sambil macam dia membaca-baca sesuatu menggunakan asap
kemenyan sebab banyak betul asap masa tu.

"Nata.. tolong mama! Diorang sakitkan mama Nata.. ini mama ko Nata.. mama yang
melahirkan ko ke dalam dunia ni!" Bilang lagi tu suara mama saya.

"Nata sekarang buka mata ko. Semua sudah selesai." Bilang atok saya. Bila saya buka
mata terus angin bertiup kencang. Habuk mula mengaburi pandangan kami.

"Nata.. berdiri di belakang atok.." bilang atok saya. Bapa saya pun terus di sana
untuk melindungi diri saya. Sebab diorang bilang saitan tu datang untuk mengambil
nyawa saya sebab dia marah sama saya kerana telah menyerahkan diri saya sama saitan
lelaki.

Saya tengok mama saya sangat menakutkan. Rambut dia mengerbang tidak terurus. Mata
dia terbalik semua putih. Sekejap sekejap dia garu leher dia dan tangan dia sampai
kemerahan dan berdarah.

Mulut atok dan kawan atok terkumat kamit membacakan mantera. Tetapi macam tiada
kesan saja sama makhluk yang merasuki mama saya.

"Nata sini ko.." bilang si Idut. Saya terus berlari ke arah si Idut tetapi badan
saya terpelanting bila ada benda yang macam menolak saya.

"Nata!!" Si Idut teriak terus dia berlari ke arah saya juga. Abang saya dua orang
pun berlari ke arah saya.

"Kamu semua lindungi Nata. Bagi kami masa sedikit masa." Bilang kawan atok saya.
Lepas tu diorang sambung balik membaca mantera sambil gigit tapak jari diorang
sampai keluar darah.

Tiga orang lelaki kini melindungi saya. Diorang buat apa saja untuk melindungi
saya. Sedangkan saya hanya mampu tengok diorang berlawan.

Mama saya memang betul-betul tidak ingat sudah siapa dirinya. Dia juga tidak kenal
siapa kami semua.

BAAAAKKKKK..

Badan abang saya terpelanting depan saya.


Wuekkk..

Abang saya muntah darah. Manakala abang saya seorang pengsan. Si Idut pun pengsan.
Memang kuat betul tenaga mama saya masa tu.

Perlahan-lahan mama saya melangkah menuju ke arah saya dan tersenyum jahat.
Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan selepas itu dia ketawa jahat mengekek.

"Kau layak mati Nata! Tiada siapa yang boleh lari dari aku.." bilang mama saya.

Terus dia menuju ke arah saya dan mencekik leher saya dengan kuat. Saya pukul-pukul
tangan mama saya tapi makij kuat cengkamannya. Terus dia ketawa.

Saya tidak dapat bernafas. Saya ingatkan masa tu saya akan mati.

"Maa.. maa.. Aa.. amaa.." saya bilang. Cengkaman mama saya semakin kuat.

"Nata!!" Bapa saya teriak. Tidak tau mana dia menghilang selama itu. Bapa saya
berlari dan terus macam memakaikan mama saya kalung yang dipenuhi dengan taring
babi hutan.

"Arrghhhh!!" Mama saya teriak sambil menggeliat kesakitan.

"Keluar ko saitan dari badan bini saya!! Keluar!!" Bilang bapa saya. Mama saya
terus menggeliat macam cacing kepanasan di atas tanah.

Tidak lama tu, mama saya diam macam pengsan. Perlahan-lahan bapa saya mendekati
mama saya. Terus dia sentuh badan mama saya. Tetapi mama saya terus bangun dan
pegang tangan bapa saya. Dia pusing tangan bapa saya sampai berbunyi tulang dia.

KRAAKKK...

"Arghhhhhhhhhhhhhhh!!" Bapa saya terika kesakitan.

"Kau ingat tangkal kau tu boleh usir aku dari badan bini kau!!" Bilang makhluk yang
merasuk mama saya.

Badan saya terketar-ketar ketakutan nampak bapa saya keluar air mata kesakitan.
Terus saya tengok atok sama kawannya tapi masih lagi membaca mantera. Belum habis
lagi.

Bapa saya tertiarap atas tanah. Itu pertama kali saya nampak orang yang betul-betul
kena rasuk. Kenangan yang saya mungkin tidak dapat lupakan.

Mama saya berjalan lagi ke arah saya. Saya undur belakang. Saya tidak tau sudah mau
buat apa.

"Lari Nata! Lari! Lari!" Bapa saya teriak. Macam tidak sempat saya lari bila saya
nampak mama saya berlari laju sambil ketawa ke arah saya.

Semasa mama saya mau sampai sudah ke arah saya, tiba-tiba atok berdiri depan saya
dan terus melempar darah ke arah mama.

Apa yang saya pasti itu merupakan darah lelaki atok sama kawannya yang sudah di
campurkan dengan air jampi diorang.

Mama terus terduduk atas tanah dan sekali lagi menggelupur kesakitan. Kawan atok
terus pergi ke arah mama saya dan membuka mulut mama. Darah yang sudah dicampurkan
dengan air jampian dituang ke dalam mulut mama saya. Muntah-muntah terus mama saya
masa tu.

Masa tu baru saya nampak ada satu sosok tubuh perempuan yang sangat mengerikan
keluar dari badan mama. Makhluk perempuan tu muntah-muntah macam kesakitan. Mungkin
terminum air campuran darah lelaki yang kawan atok tuang dalam mulut mama saya.

"Sekarang!!!" Bilang kawan atok teriak.

Tiba-tiba atok duduk bertapah di atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit sambil


mengeluarkan sebilah keris yang dipenuhi dengan darah. Atok saya menghunus keris
tadi ke atas udara. Terus angin kan bertiup kencang dan ada guruh yang berbunyi.
Macam bergegar tanah tu sekejap.

Masa tu juga atok saya terus melemparkan keris tu ke arah makhluk perempuan tadi.
Betul-betul kena di dada makhluk tadi. Terus macam terbaring dia. Kawan atok terus
mengeluarkan sebuah botol bekas minuman keras.

Kawan atok saya tiup hujung botol tu dan tu makhluk perempuan tadi terus macam kena
serap masuk dalam botol tu.

Sana baru saya nampak bapa saya bangun bersama dengan si Idut dan dua orang abang
saya.

"Kamu tiga orang pasang api!" Bilang atok mengarahkan si Idut dan dua orang abang
saya.

Cepat-cepat diorang pasang api. Bapa saya bawa mama saya naik atas rumah. Kawan
atok yang kasi pulih tenaga mama sama ubat bapa saya. Mau dua minggu juga baru
pulih tangan bapa saya tu.

Masa api sudah marak dengan kuat, atok terus kasi lempar botol tu dalam api.

"Aaarghhhhhhhhh!!!" Ada suara teriak dalam api. Apinya pun bertukar hijau dan ada
haruman yang keluar dari asap api.

Yang pelik botol yang kena sertakan sekali tadi pun hancur dan lenyap begitu saja.
Tidak tau pergi mana. Tapi bilang atok konon tu botol lenyap bersama tu makhluk
pigi alam lain kerana kita tidak boleh membunuh saitan. Kita cuma boleh mengusir
mereka balik ke tempat asal diorang.

Apa yang pasti, mahkluk tu tidak pernah sudah mengganggu saya sampai sekarang yang
sudah beranak pinak dan ada 7 orang anak sudah.

Pada tahun 2001 seluruh keluarga saya bertaubat apabila agama mula tersebar luas di
sebelah pedalaman Sabah. Syukur dengan kehadiran agama yang mengajar kami untuk
menghindari segala ilmu kejahatan dapat mengubah hidup kami dan hidup lebih aman
damai sejahtera sampai sekarang.

Tetapi apa yang saya mau sampaikan melalui cerita ini ialah, jangan sesekali
melakukan perjanjian dengan mana-mana saitan kerana bukan kamu yang melakukan
perjanjian saja yang kena tempiasnya tetapi orang-orang tersayang kita juga akan
terkena kerana saitan akan menyerang orang yang kita sayang terlebih dahulu untuk
membuatkan kita takut dan jera sama dia.

Saya tidak akan percaya kalau ada orang yang mengamal ilmu ni hidup tenang.
Percayalah atok saya cakap, orang yang ada ilmu hidupnya tidak pernah tenang kerana
dia sentiasa dihantui perasaan takut.
Kalau bukan kerana terikat dengan perjanjian saitan, dia takut akan ada orang yang
ilmunya lebih kuat dari dia. Jadi dia sentiasa mau kuat dan sanggup buat apa saja
untuk kuat. Musuh pun sentiasa ada.

Jadi itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Berfikirlah masak-masak sebelum
melakukan perjanjian dengan saitan.

NATALIE,

(TAMAT)

Klik follow Fb Aki Aki II untuk mengikuti cerita yang seterusnya. Sekian terima
kasih..

Anda mungkin juga menyukai