Anda di halaman 1dari 29

ILMU HITAM DAN PENDAMPING I

Kredit https://googleweblight.com/sp?hl=ms-MY&geid=NSTN...
June 11, 2021 by Editorial Department
Peristiwa ini berlaku hampir 28 tahun yang lalu namun ianya terpahat kukuh di ingatan saya.
Peristiwa yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup….
Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 tengahari. Matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya
membuatkan cuaca hari itu panas terik.
Sedang saya memanja-manjakan diri bermain dengan ‘break game’ di beranda rumah (rumah
kampung) tiba-tiba hujan turun renyai-renyai membasahi bumi membuatkan bau hangit tanah
naik menusuk ke hidung. Dari kejauhan saya ternampak kakak sedang berjalan memasuki lorong
menuju ke pintu pagar rumah.
” Siapa pakai jubah hitam tu dik…?”
Tegur arwah nenek sambil mengecilkan matanya.
” Mana ada jubah hitam… Kok Chik (panggilan kami adik beradik) lah tu pakai baju sekolah…”
Jawab saya endah tak endah kerana bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang penting.
” Bukan Kechik (nama panggilan manja kakak) lah… Apa hodoh sangat rupanya tu…?”
Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.
” Mok ni… Kok Chik lah tu…”
Tegas saya lagi. Arwah nenek yang saya panggil Mok itu tiba-tiba bingkas bangun dan mencapai
penyapu lidi apabila kakak mula menghampiri.
” Kenapa datang sini… Pergi balik…”
Arwah nenek melibas-libaskan penyapu tersebut seolah-olah ingin menghalau kakak. Saya
terkejut dan menjerit memanggil mak (ibu kandung) yang sedang mencuci pinggan di dapur. Mak
melulu turun ke beranda sambil mengambil penyapu lidi tersebut daripada tangan nenek.
” Istighfar Mok… Itu kan Kechik…”
Mak saya menarik arwah nenek masuk ke dalam. Kakak yang sedikit terkejut dengan tindakan
arwah nenek itu duduk di sisi saya sambil menjeling tajam ke arah saya.
” Ramai kena histeria kat asrama. Warden suruh balik tunggu reda…”
Kata kakak sambil membuka stokin.
Tiba-tiba nenek keluar semula sambil membawa segenggam lada hitam bercampur garam lalu
membaling ke arah kakak. Saya terkejut kerana ada beberapa biji terkena saya dan ianya terasa
sangat pedih seolah-olah terluka. Saya berlari membelakangi mak dan kakak tiba-tiba rebah lalu
meracau seperti orang terkena sampuk.
” Aku dah kata… Bukan Kechik ni…”
Bebel arwah nenek berkali-kali.
” Yer lah… Kot yer pun tunggulah budak masuk dulu. Satu kerja nak mengangkat pulak…”
Mak pula bersuara. Saya memandang arwah nenek dan mak silih berganti kerana berasa hairan.
Mak dan arwah nenek seperti sudah terbiasa dengan keadaan ini sedangkan bagi saya itulah kali
pertama saya melihat keadaan seperti itu. Saya di arahkan oleh mak memanggil jiran terdekat
yang saya namakan sebagai Cikgu Hashim (bukan nama sebenar). Cikgu Hashim bersama anak
lelaki beliau membantu membawa kakak masuk ke dalam rumah. Walaupun tubuh kakak kecil
tetapi dia kelihatan sangat berat walaupun diangkat menggunakan 3 orang lelaki dewasa.
Kakak terus meracau dalam bahasa yang tidak difahami. Seorang ustaz dipanggil untuk
mengubati kakak. Bacaan Yassin dan ayat-ayat Al Quran memenuhi ruang tamu rumah saya.
Arwah nenek duduk di hujung kaki kakak sambil menekan 2 biji lada hitam di belakang ibu jari
kakak membuatkan kakak menjerit dalam bahasa yang langsung tidak difahami.
” Dia bawa balik ‘benda’ ni…”
Bisik ustaz itu ke cuping telinga ayah. Walaupun perlahan tapi cukup sampai ke telinga saya yang
duduk di sebelah ayah. Mak pula menghilangkan diri entah ke mana.
” Benda apa pulak ni… Mana datang nyer..?”
Soal ayah yang memang kurang percaya dengan tahyul mahyul ini.
” Tak pasti lah Pak Lan… Pak Lan kena cari orang yang pandai dalam bab-bab ilmu halus ni.
Saya hanya boleh bacakan surah-surah untuk pendinding jer Pak Lan… Ini bukan lawan saya Pak
Lan. Ilmu saya tidak lah sampai setara ini…”
Ayah yang masih memakai uniform kerja itu merenung muka ustaz muda itu.
” Haish… Ni tekanan nak SPM ni ustaz. Mana ada benda-benda macam ni sekarang…”
Jawab ayah tidak bersetuju dengan cadangan ustaz itu tadi.
” Akuuu nak keluaaarrrr… Hantar aku keluaaar… Rumah kau ni panaaaassss….”
Tiba-tiba kakak bangkit daripada katil duduk melunjur memandang arwah nenek yang duduk di
hujung kaki…
” Dah tu keluaaarrrr lah… Ikut anak cucu aku balik kenapa…?”
Soal arwah nenek keras.
Tiba-tiba kakak memandang tepat ke arah saya. Matanya yang bulat itu seakan-akan terjojol
keluar. Ayah menarik saya ke belakangnya supaya saya tidak memandang mata kakak.
” Aku panas… Bawa budak tu keluar…”
Jerit kakak menyinga sambil menunding jari telunjuk kearah saya.
” Kau tu yang keluar, ini rumah dia… Kau tu datang tak berjemput…”
Jawab arwah nenek lagi. Kakak kembali merebahkan dirinya dan sambung meracau dalam ayat
yang tidak difahami.
” Haus…. Haus…”
Suara kakak mendayu-dayu minta air.
” Ambilkan air dik…”
Arah nenek kepada saya. Saya bangun untuk mengambilkan kakak air.
” Aku tak nak air… Aku nak d***h diaaaa….”
Kata kakak sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah saya kemudian mengilai sekuat hati.
Ayah menarik saya supaya kembali duduk dan ayah sendiri yang bangun mengambil kan kakak
air, apabila disua ke mulut, kakak menolaknya keras.
“Assalamualaikum…”
Tiba-tiba muncul mak bersama seorang lelaki yang sangat saya kenali. Rupanya mak awal-awal
lagi sudah pergi mencari Arwah Pak Mail. Arwah Pak Mail merupakan seorang yang pandai
dengan benda-benda halus ni. Beliau pernah mengubati saya ketika saya demam panas sedikit
masa dahulu. Demam yang hanya datang selepas Maghrib dan akan sembuh bila Subuh
menjelma. Kata beliau demam itu berpunca kerana ada ‘benda’ yang ingin mendampingi saya
tetapi tubuh saya tidak menerimanya. Benda baik warisan keluarga tetapi bukan dalam bentuk
peliharaan. ‘Dia’ sendiri datang untuk menjaga. Arwah telah memberi saya pendinding dalam
bentuk surah AL Quran yang di balut dengan kain dan suruh saya memakainya sekiranya demam
itu datang kembali. Tapi… Waktu itu saya masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Hanya
mendengar dan mengikut sahaja.
” In Sha Allah bila dah besar, dah bersedia… Tak ada lah demam lagi…”
Katanya sewaktu kali terakhir saya berubat dengan beliau.
Berbalik dengan keadaan kakak saya tadi. Beliau duduk di kepala kakak dan minta kebenaran
daripada ayah untuk menyentuh ubun-ubun kakak. Sebelum itu beliau ada membaca beberapa
p****g ayat Al-Quran dan ditiup ke dalam air. Beliau meminta saya minum dan menyapu sedikit
di muka saya. Kata beliau hijab saya terbuka. Bimbang saya akan nampak benda yang tidak
sepatutnya. Beliau memesan pada ayah sentiasa menyapu muka saya jangan bagi air di muka saya
kering. Ayah yang hanya 50-50 percaya itu hanya menurut.
Sesi perubatan bermula… Beliau memegang ubun-ubun kakak perlahan tetapi kakak menjerit
seolah-olah arwah Pak Mail menggenggam nya dengan kuat.
Pak Mail menjampi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki kakak. Tiba-tiba kakak bingkas
bangun dan merenung saya lagi.
” Keluar… Aku panas…”
Kakak menyuruh saya keluar lagi. Saya yang tak tahu apa-apa turut merenung mata kakak. Mak
cuba menghalang saya daripada terus melawan renungan kakak tetapi waktu itu saya rasa
bagaikan ada satu semangat meminta saya terus merenung kakak. Saya renung mata kakak dan
tiba-tiba bunyi sesuatu berlari di atas atap rumah saya (atap zink) serentak dengan jeritan kakak.
Saya terus merenung walaupun mak cuba mengalih perhatian saya. Kakak meronta-ronta ingin
bangun. Walaupun kakak di pegang oleh ayah dan 2 orang bapa saudara saya tetapi tenaga kakak
sangat kuat. Kekuatan kakak menyebabkan ayah dan 2 orang bapa saudara saya turut berganjak
daripada tempat duduk mereka. Arwah nenek kekal berada di hujung kaki kakak tetap memegang
kedua-dua belah kaki kakak.
Saya merenung kakak tanpa henti. Saya tahu jika kakak berjaya bangun, sasaran utama kakak
adalah saya. Saya tetapkan kedudukan saya. Saya bersila rapat-rapat, tiba-tiba saya rasakan ada
angin panas bertiup ke arah muka saya akhirnya kami sama-sama rebah (pengsan).
Saya cuba membuka mata perlahan. Tapi rasa sangat mengantuk. Jelas kedengaran di telinga saya
ayah dan arwah Pak Mail berbual. Saya menoleh ke sisi kelihatan kakak lena terbaring di sebelah
saya.
” Tak ada kena mengena dengan asrama ni Pak Lan. Mungkin masa balik tadi, hujan panas itu
yang melekat. Benda tu memang ada dalam kawasan rumah Pak Lan ni. Orang hantar, tapi tak
tahu lah ditujukan pada siapa. Anak perempuan Pak Lan yang kecik tu jaga-jaga… Orang yang
ada ilmu hitam nak sangat pada dia untuk uji ilmu sebab dia pun ada ‘benda halus’ yang nak
‘mendamping’ “
Ayah yang kurang percaya terpaksa mengangguk kan kepala mendengar kata-kata arwah Pak
Mail.
” Dah awak pandai… Tolong lah buang kan…”
Ayah bersuara setelah beberapa minit mendiam kan diri.
” Saya tak pandai Pak Lan… Setakat sikit-sikit macam ni boleh. Tapi nak mencari kat mana
tertanam tu memang tak pandai. Pak Lan kena ikhtiar cari orang yang pandai. Selagi ada tertanam
di rumah Pak Lan selagi itu lah benda ni akan berulang..”
Jelas arwah Pak Mail lagi.
” Yang kecik saya tu apa pulak masalahnya…?”
Ayah semakin pening.
” Macam ni Pak Lan, yang kakak tu terkena dengan ilmu hitam yang di hantar pada keluarga Pak
Lan. Cuma tak tahu kepada siapa nak ditujunya. Daripada firasat saya, benda ni dah lama ada.
Mungkin kakak lemah semangat, itu yang kena. Adik pulak, ada benda nak ‘mendamping’.
Pendamping ni tak semestinya ‘membela’. Ada juga yang datang sendiri nak berkawan. Tapi
kena jaga-jaga lah. Sebab pengamal ilmu hitam ni suka sangat nak uji ilmu dia pada orang macam
adik ni…”
Jelas Pak Mail panjang lebar.
Sejak hari itu, kakak sering meracau. Tak kira bila. Sedang berbual-bual dengan kawan-kawan
pun kakak boleh pengsan dan meracau.
Saya…? Saya tetap dengan dunia saya sendiri. Adakah saya menerima ‘pendamping’ itu dan
bagaimana caranya ayah selesaikan kemelut ini…? Nantilah ada masa saya akan tulis lagi.
Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya…
#KisahBenar
#CPA

ILMU HITAM DAN PENDAMPING II


June 14, 2021 by Editorial Department
Kredit https://fiksyenshasha.com/ilmu-hitam-dan-pendamping-ii/
Sejak hari itu, kakak sering meracau. Tak kira bila. Sedang berbual-bual dengan kawan-kawan
pun kakak boleh pengsan dan meracau. Berapa kali ayah terpaksa menjemput kakak di asrama
bila ada warden telefon mengatakan kakak sering menjadi punca histeria di kalangan penghuni
asrama. Akhirnya kakak di keluarkan daripada asrama….
Setiap kali kakak histeria, Pak Mail lah yang menjadi orang harapan untuk pulihkan kakak. Ianya
berlanjutan selama beberapa bulan. Ayah pula masih lagi ragu-ragu untuk sepenuhnya percaya
pada alam mistik ini. Bagi ayah, kakak mungkin sedang menghadapi tekanan emosi kerana SPM
semakin hampir ataupun tekanan perasaan akibat putus cinta. Berkali-kali ayah bertanya pada
kakak, apa masalah kakak. Tapi kakak hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak tahu
apa-apa…
Saya…? Bercerita tentang saya pula… Menurut mak, sejak kecil lagi saya memang sentiasa sakit.
Kadang kala saya kena sawan, kadang kala kaki saya sebelah kanan akan membengkak bagaikan
belon yang diisi air di dalam nya dan kadang kala saya akan demam panas tidak surut sehingga
terpaksa bawa ke perubatan kampung jika perubatan hospital tidak berhasil. Menurut mak,
mungkin saya terpaksa hadap semua itu kerana keterlanjuran mak sewaktu mengandungkan
saya….
Arwah nenek pernah bercerita pada saya… Sewaktu saya berusia 9 bulan dalam kandungan, mak
pernah melihat 7 orang perempuan cantik sedang memandi manda di sungai belakang rumah
saya. Ketika itu sudah memasuki waktu Maghrib dan di bulan Ramadhan. Mak melihat 7 orang
wanita cantik itu kakinya ada tetapi tidak memijak tanah, mereka berjalan terawang-awangan.
Mak ke sungai untuk membuang sisa perut ikan yang telah siap disiang. Memang sungai yang
mengalir di belakang rumah saya itu sangat kotor. Ia menjadi tempat pembuangan sisa sampah
tetapi petang itu sungai itu menjadi sangat cantik dan harum.
” Celaaakaaa kau setan main kawasan aku… Cis…”
Tempik mak sekuat hati sambil melempar sisa tersebut. Mendengar mak menjerit mereka
menghilangkan diri selepas beberapa saat melihat ke arah mak. Melihat sungai bertukar menjadi
seperti asal mak juga turut berlari memasuki pagar rumah.
Mak menceritakan kejadian itu kepada arwah nenek. Arwah nenek memarahi mak kerana
menegur makhluk itu. Sepatutnya apabila nampak sesuatu yang bukan daripada alam kita atau
mendengar sesuatu yang pelik-pelik kita hanya perlu mendiamkan diri dan buat seolah-olah kita
tidak nampak atau mendengar mereka.
Maka tidak hairanlah ketika saya kecil, seingat saya dalam lingkungan usia 5 tahun saya sentiasa
bermain dengan ‘Indera dan Seri’. Apabila saya menceritakan kewujudan 2 makhluk itu, kawan-
kawan akan ketawakan saya dan mengatakan saya menipu. Mereka menganggap saya sengaja
mereka-reka cerita untuk menakut-nakutkan mereka. Akhirnya saya pendamkan sahaja di dalam
hati. Bimbang saya akan kehilangan kawan-kawan jika terus menerus bercerita tentang ‘Indera
dan Seri’.
Saya sangat gemar bermain di sungai belakang rumah. Ketika saya membesar, situasi sungai
tersebut turut berubah, tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah. Tetapi
arwah nenek sangat melarang saya bermain di sungai tersebut apatah lagi jika waktu senja.
” Kau nak kena ambil kat bunian ke..?”
Soalan nenek yang telah sebati dengan jiwa saya. Bagi saya, bunian yang dimaksudkan nenek itu
adalah orang jahat yang kerjanya mengambil kepala budak untuk dibuat jambatan. Saya rasa
kanak-kanak yang hidup pada zaman 89/90an pasti tahu kisah ini dan sering di momok kan
dengan cerita penyabit kepala budak…
‘Indera dan Seri’ juga berjalan tidak memijak tanah sama dengan makhluk yang pernah mak
nampak satu masa dulu, itu menambahkan lagi kelucuan pada cerita saya dan kawan-kawan akan
ketawakan saya. Kecuali Pak Mail. Tiap kali saya bercerita tentang Indera dan Seri, Pak Mail
akan mendengar dengan bersungguh-sungguh dan meminta saya selalu membaca Al Fatihah
sebagai pendinding diri. Pak Mail sering berpesan kepada saya sekiranya Indera dan Seri
mengajak saya kemana-mana jangan sesekali ikut.
” Kalau adik nak tinggal dengan mak dengan ayah dengan nenek lagi… Jangan ikut ‘kawan’ adik
tu. Nanti adik dah tak boleh jumpa mak, ayah, nenek, kakak, abang… Nak…?”
Soalnya dalam loghat Kelantan.
Saya menggelengkan kepala.
Pak Mail juga tidak pernah melarang anak-anak nya bermain dengan saya.
Benda ini berterusan sehingga saya naik tahun 1… Saya menjadi seorang yang sangat keras
kepala… Apa yang saya mahu mesti saya akan mendapatkan nya. Jika tidak saya akan
memberontak. Alhamdulillah keluarga saya sangat pandai menangani perangai buruk saya. Saya
tidak punyai ramai kawan hanya anak-anak Pak Mail yang setia berkawan dengan saya. Mungkin
sebab saya pelik yang suka bercakap sendirian, saya dipulaukan oleh kawan-kawan yang lain.
Cuba pembaca fikir dan memberi pendapat, bagaimana saya tidak bercakap sendirian sekiranya
ada yang ajak saya berbual..?
Apabila naik tahun 1, kawan-kawan mula bertambah. Bergitu juga dengan anak Pak Mail yang
sebaya dengan saya namanya Alin. Alin dapat ramai kawan baru dan saya sangat mencemburui
nya.
Pernah sekali saya mendapati Alin rehat dengan seorang kawan baru tanpa mengajak saya. Saya
sangat berasa hati dan keesokan harinya kawan baru yang menemani Alin tidak hadir ke sekolah
selama seminggu kerana demam panas.
Berbalik kepada masalah kakak saya pula. Benda ini berlarutan sehingga kakak tamat SPM…
Setelah penat dipujuk arwah nenek, mak, saudara mara akhirnya ayah bersetuju untuk membawa
kakak pergi berubat.
Hala tuju yang pertama kami adalah rumah saudara jauh ayah. Hubungan terjalin kerana anak
perempuannya telah berkahwin dengan anak buah ayah. Orangnya sangat alim dan kuat ilmu
agamanya. Saya namakan beliau sebagai Pakcik Daud.
Pakcik Daud meminta 7 jenis bunga sebanyak 7 kuntum bersama punca air.
Sesi perubatan bermula. Awalnya kakak tenang. Tetapi selepas di baca beberapa ayat Al Quran
kakak tiba-tiba rebah. Saya juga menggigil kerana tiba-tiba rasa sangat sejuk. Melihat saya,
Pakcik Daud meminta mak membawa saya keluar.
” Aku tak nak berurusan dengan jin walau apa pun agamanya. Bawa adik keluar… Adik… Jika
nampak apa-apa jangan tegur. Tengok jer. Kalau takut pejam mata…”
Pesan Pakcik Daud… Mak segera membalut tubuh saya dengan kain batik. Mak tinggalkan saya
di ruang tamu bersama beberapa orang lain termasuk anak Pakcik Daud yang saya namakan
Kakak Izah dan mak kembali semula ke bilik. Saya hairan kenapa saya di panggil jin… Mungkin
saya ni jahat sangat sebab selalu melawan cakap mak, ayah dan nenek kerana itu dipanggil jin.
Pendapat saya yang ketika itu masih anak kecil…
Tiba-tiba saya nampak bayang-bayang berwarna hitam cuba merangkak masuk melalui bawah
pintu. Saya mencuit Kakak Izah yang sedang menonton televisyen. Saya menunding jari ke arah
makhluk itu tetapi Kakak Izah menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak dapat melihat apa
yang saya nampak. Makhluk itu berlegar-legar di ruang tamu memanjat dinding dan merangkak
di lantai untuk cuba masuk ke bilik tempat kakak berada namun gagal. Saya mendengar suara
kakak menangis merayu dalam bahasa yang tidak difahami. Saya duduk kaku tidak berani
bersuara kerana teringatkan kata-kata Pakcik Daud. Saya menoleh pula di muka pintu, ada
beberapa orang lelaki memandang saya. Memandang tepat ke wajah saya. Salah seorangnya
memberi senyuman pada saya. Saya mencuit lagi Kakak Izah yang leka menonton televisyen lalu
tunjuk ke arah beberapa orang lelaki yang berdiri di luar itu…
” Dik, tak sesiapa kat situ… Shhh jangan cakap nanti ayah (Pakcik Daud) marah…”
Kakak itu bangun dan menutup pintu rumah. Melihat saya seakan-akan takut, kakak itu menarik
saya duduk di sebelahnya. Akhirnya saya tertidur.
Mendengar suara ayah memanggil nama saya, saya terjaga.
” Lan kau buang benda di di Kuala Sungai. Jangan dibuka ikatannya… Kalau ada yang tegur kau
jangan jawab sepatah pun. Balik terus…”
Pesan Pakcik Daud tegas sambil menghulurkan bungkusan plastik jernih kepada ayah. Ayah
mengangguk tanda faham. Saya nampak isi dalamnya…
Di dalam kereta saya mendengar mak berbual dengan ayah. Mereka kata yang dalam bungkusan
itu adalah minyak pemisah. Sihir yang di hantar untuk mencerai beraikan mak dan ayah saya.
Menurut Pakcik Daud lagi orang itu dengki kan ayah kerana berjaya mengahwini mak. Padanlah
mak dan ayah seringkali bergaduh walaupun hanya kerana perkara-perkara kecil. Nampak dengan
jelas di mata saya minyak hitam yang terapung di dalam plastik jernih yang dipunjut itu. Tetapi
apabila saya bercerita pada ayah. Ayah menafikan sebaliknya pada ayah dan mak hanyalah air
biasa dengan rendaman beberapa tangkai bunga.
Alhamdulillah kakak tidak lagi di serang histeria. Kakak menjalani kehidupan sebagai seorang
yang normal. Tidak lagi tiba-tiba pengsan dan meracau.
Sementara menunggu keputusan SPM, kakak mengikut abang saya yang sulung bekerja di
Bandar J. Tinggal bersama arwah makcik saya. Hampir tiga bulan kakak bekerja di Bandar J tiba-
tiba kakak di serang histeria sekali lagi. Kami sekeluarga bergegas ke Bandar J untuk menjemput
kakak. Setibanya di rumah arwah makcik, kakak meracau seperti orang yang sangat sedih.
Menangis merayu minta dilepaskan…
” Lepas kan akuuuu…. Lepaskan akuuuu…. Lepaskan akuuuu….”
Mendayu-dayu dan ianya bukan suara kakak lagi. Saya hairan kenapa kakak minta di lepaskan
sedangkan kakak tiada siapa yang pegang. Hanya terbaring lesu tidak berdaya.
” Tooolongggg…. Tooolongggg… Tooolongggg aku…. Lepaskan aku…. Sakit….”
Kakak memandang saya seolah-olah meminta bantuan daripada saya. Saya nampak di
pergelangan kedua-dua kaki dan tangan kakak ada tali kain kuning yang berikat. Saya bisik pada
mak.
” Shhhh… Mana ada tali… Mak tak nampak…”
Jawab mak juga dalam keadaan berbisik.
” Kalau kau tak lepas kan aku, nanti bas kau mesti terjun curam…”
Kata kakak agak kasar dan sedikit mendengus. Arwah pakcik (suami makcik) saya hanya ketawa
kerana tidak percaya. Saya lupa nak terangkan dari awal, arwah pakcik merupakan seorang
pengusaha bas. Kakak bekerja sebagai kerani di syarikat arwah. Tiba-tiba suasana menjadi
semakin kelam kabut bila ada pekerja arwah pakcik datang tergesa-gesa mengatakan bas arwah
pakcik terjunam ke bawah cerun ketika dalam perjalanan pulang nasib baik pemandunya tidak
apa-apa hanya cedera ringan. Kakak mengilai sekuat hati. Saya terdiam kaku apabila kelibat
lelaki yang saya nampak tempohari di rumah Pakcik Daud turut berada di situ tetapi hanya berdiri
di luar rumah. Seperti biasa mereka tersenyum memandang saya. Saya mengensot ke belakang
ayah kerana mula berasa tidak senang hati. Perasaan takut mula menyelubungi saya. Arwah
pakcik dah hilang bersama beberapa pekerja. Mak dan ayah memutuskan untuk bawa kakak
pulang malam itu juga memandangkan ayah tidak dapat cuti lebih (kerja kerajaan).
Sedang kami bersiap-siap untuk pulang, arwah pakcik muncul bersama seorang lelaki yang
seakan-akan Orang Jawa.
” Kau nak main dengan aku yer, kau rasa lah nanti…”
Kata arwah pakcik marah. Kakak ketawa mengilai. Saya melihat kearah beberapa orang lelaki
yang berada di luar tadi mereka masih tegak di situ. Saya mencuit arwah nenek dan mengatakan
ada orang diluar. Nenek memandang ke luar lalu membisikkan pada saya….
” Jangan minta tolong daripada makhluk lain selain Allah dik…”
Saya yang tidak faham dengan maksud arwah nenek hanya mengangguk kecil menoleh kearah
mereka yang masih berdiri tegak disitu memerhatikan saya.
Orang Jawa itu membaca beberapa mentera yang tidak saya fahami. Sesekali Orang Jawa itu akan
menoleh ke arah saya dan ke luar pintu rumah. Mungkin Orang Jawa itu nampak apa yang saya
nampak… Setelah beberapa minit, kakak sedar daripada histeria dan mula menangis kerana
berasa sakit di setiap sendi. Menurut Orang Jawa itu kakak terkena dengan sihir yang ingin
menjahanamkan perniagaan arwah pakcik.
Selesai sahaja kakak mandi, kami terus berjalan pulang. Perjalanan terasa sangat jauh. Ayah kata
kereta tidak dapat jalan laju seolah-olah ada beban yang dibawa. Apabila mendaki kawasan
berbukit seperti Felda J, enjin kereta tersemput semput seolah-olah bila-bila masa akan m**i.
Ayah membuka ayat-ayat Al Quran (kaset/tape) di radio kereta. Alhamdulillah kami selamat
sampai walaupun beberapa kali kakak meminta ayah menutup radio, panas katanya.
Sekembalinya daripada Bandar J, sekali lagi ayah bertemu dengan Pakcik Daud. Malangnya
Pakcik Daud kurang sihat dan minta ayah menemui seorang kenalannya di Felda K. Tiba masa
yang di tetapkan dan melalui alamat yang diberi oleh Pakcik Daud kami sekeluarga bergerak
menuju ke Felda K.
Tiba di tempat yang berkenaan, ayah menjadi teragak-agak kerana orang yang akan mengubati
kakak kali ini adalah daripada bangsa Orang Asli.
Memandangkan kami telah sampai maka ayah teruskan juga dengan niat ikhtiar untuk sembuh
dan segalanya berserah pada Allah SWT punya kuasa.
Tiada sesi perubatan di jalankan kerana kata orang tua separuh abad itu, untuk singkirkan ilmu
hitam tersebut mereka harus datang ke rumah kami untuk melihat ‘keadaan’ rumah. Kata orang
tua itu, ilmu hitam tersebut bukan lah ditujukan kepada kakak tetapi orang lama yang menghuni
di rumah tersebut. Mungkin arwah nenek ataupun arwah atuk. Menurut orang yang tidak pernah
mengenali asal usul keluarga saya, arwah atuk merupakan seorang yang kuat pengaruh agamanya
(Islam). Mungkin ketika hidupnya ramai yang tidak puas hati dan dengki dengan kebolehan yang
arwah atuk ada (nantilah ada masa saya akan menulis mengenainya). Pada mulanya mak dan ayah
meragui kata-kata orang asli tersebut kerana arwah atuk meninggal ketika mak masih kecil.
Tetapi setelah pulang dan bertanyakan kepada arwah nenek, arwah nenek mengiakan cerita
tersebut.
Tiba masa yang di janjikan, sesi perubatan bermula. Orang tua tersebut datang bersama 2 orang
pembantu. Beliau membaca mentera yang tidak difahami dan membakar kemayan. Bau asap
kemayan memenuhi ruang tamu. Selepas beberapa minit bersila di ruang tamu beliau bersama
ayah dan 2 pengikut nya turun mengelilingi rumah membawa bersama bekas kemayan tersebut.
Suasana sangat sunyi kerana kami tidak dibenarkan bercakap. Saya duduk di sisi nenek. Kakak
masih kelihatan segar. Selepas hampir setengah jam mereka berasa di luar, mereka kembali ke
ruang tamu.
” Ada 3 barang tertanam. Dua di tempat senang nak ambil manakala satu lagi kena pecahkan
simen. Lagi satu tempatnya di bawah rumah betul-betul di tiang seri dan satu lagi di akar pohon
mempelam…”
Arwah nenek mengangguk perlahan. Menurut arwah nenek, sebelum pohon mempelam itu
tumbuh, ia adalah tangga hadapan rumah (ketika arwah atok masih ada). Manakala tempat
bersimen yang di maksudkan itu adalah dapur yang bertiang (bawah rumah) sebelum di robohkan
menjadi bilik air.
Setelah meminta izin daripada ayah, mereka pun mulakan sesi pencarian. Ayah, abang dan dua
orang pengikutnya tidak dibenarkan memakai pakaian. Hanya berseluar pendek… Manakala
kami kaum wanita tidak dibenarkan keluar. Lama mereka berada di luar… Jelas kedengaran
mereka memecah batu bilik air. Setiap kali barang di ambil, ayah menjadi saksi supaya ayah tidak
menuduh mereka sengaja meletakkan barang tersebut. Tiada apa yang luar biasa berlaku. Suasana
sangat sunyi. Setelah berjaya menjumpai ketiga-tiga barang tersebut, kami dibenarkan keluar.
Saya berdiri hampir dengan tempat letak barang-barang tersebut. Satu diletakkan di dalam tin
Milo lama yang sudah reput tertanam di bawah akar pokok mempelam, satu lagi bungkusan
berbentuk mayat yang dibaluti dengan kain kuning dan satu lagi bunjut berwarna putih yang
diambil daripada bawah lantai bilik air.
Sementara menunggu orang tua itu mengubati kakak yang sudah mula meracau, benda-benda
tersebut di masukkan ke dalam botol dan di tanam semula ke dalam tanah serta tindih dengan
batu besar. Jelas kelihatan di mata saya, abang dan beberapa orang yang berada di situ batu besar
tersebut bergoncang perlahan seperti ada yang ingin keluar.
Hati saya teragak untuk memandang ke pokok mempelam yang paling atas. Ada sesuatu benda
hitam bertenggek di pucuknya. Walaupun keadaan itu gelap tetapi dengan cahaya bulan yang
mengambang ianya sangat jelas di mata saya. Rupanya seolah-olah bertanduk dengan rambut
yang panjang. Fizikalnya bukan lelaki ataupun perempuan. Ia ibarat bayang-bayang kerana
ranting mempelam boleh menembusi fizikalnya sekiranya angin bertiup. Pernah tak pembaca
melihat bayang-bayang sendiri Bergitulah fizikal makhluk tersebut. Sehingga kini saya dapat
mengingati dengan jelas bentuk makhluk itu dan saya sangat fobia dengan kegelapan. Pada
mulanya saya ingin menunjukkan makhluk itu kepada abang tetapi bimbang di ketawakan saya
simpan sahaja niat saya.
Selesai sesi perubatan kakak, saya mendengar orang tua itu berbual dengan ayah. Menurut beliau,
benda itu di hantar oleh orang asli pada satu masa yang lama dahulu. Mungkin sewaktu arwah
atok hidup lagi. Sebab itu setiap kali kakak meracau, bahasa yang di keluarkan oleh kakak tidak
dapat difahami.
Benda-benda tersebut mereka membawa pulang. Kata mereka benda (jin) tersebut akan di
kembalikan pada tempat asalnya di hutan. Ketika mereka meninggalkan rumah saya, makhluk
yang bertenggek itu juga turut lesap.
Selepas peristiwa itu, kakak tidak lagi kena histeria sehingga kini. Kakak dapat tawaran ke
universiti. Malangnya ayah tidak izin kakak pergi memandangkan keadaan kakak yang lemah dan
mudah di sampuk makhluk halus. Kakak menangis sepanjang malam kerana cita-citanya tidak
kesampaian. Akhirnya kakak memutuskan untuk sambung ke tingkatan 6… Ayah dan mak tidak
membantah asalkan kakak berada di depan mata mereka. Tamat tingkatan 6 atas, kakak dapat
tawaran ke Maktab Perguruan Batu Rakit Terengganu. Memandangkan arwah abang mak yang ke
tiga tinggal di sana, ayah izinkan kakak pergi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat. Sesungguhnya kita hanya berikhtiar untuk
sembuh dan ikhtiar itu banyak cabangnya tetapi kesembuhan itu adalah daripada Allah SWT
punya kuasa… Tiada ilmu yang lebih hebat selain daripada ilmu maha pencipta… Allahuakbar…
Saya rasa penulisan saya dah cukup panjang. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama
pembaca tentang saya dan pendamping, tentang beberapa orang yang cuba mengambil
kesempatan di atas saya dan bagaimana caranya saya menangani masalah pendamping tersebut.
Bergantung pada para pembaca. Jika ingin saya meneruskan penulisan saya…. Sila nyatakan
diruang komen. Bukan apa, saya bimbang kisah saya ini akan membuat para pembaca bosan dan
merasa ianya mengarut. Tetapi yakinlah ianya adalah sebuah kisah benar yang pernah saya dan
keluarga laluinya…
#Kisahbenar
#CikPuanAmmyTulis

ILMU HITAM DAN PENDAMPING III


Kredit https://fiksyenshasha.com/ilmu-hitam-dan-pendamping-iii/
June 14, 2021 by Editorial Department
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca… Terima kasih kerana setia menunggu
penulisan daripada saya. Maaf tergantung lama kerana keadaan kesihatan yang tidak
mengizinkan…
Seperti yang saya janji dengan pembaca untuk bercerita tentang arwah atuk. In Shaa Allah saya
akan cuba menceritakan kisah ini dengan lebih jelas lagi….
Sebenarnya arwah nenek tidak berminat untuk bercerita tentang arwah atuk. Mungkin kerana
amanah arwah atuk sebelum meninggal dunia supaya arwah nenek menyimpan rahsia ini
sehingga hujung nyawa.
Saya juga yang ketika itu masih berusia setahun jagung memang tidak lah nak bertanya macam-
macam. Lebih baik saya menggali pasir buat istana, mencari kayu untuk dibuat bahan bakar
bermain masak-masak di tepi sungai belakang rumah atau korek pasir mencari ketam kecil sepit
satu.
Segala cerita tentang arwah atuk ini saya dapat daripada buah mulut orang kampung. Bukanlah
daripada keluarga saya sendiri. Alhamdulillah semuanya adalah perkara yang baik-baik sahaja.
Itu pun selepas arwah nenek meninggal dunia. Maka saya tidak sempat bertanya sejauh mana
kebenaran cerita ini.
Kali pertama saya mendengar kisah arwah atuk sewaktu saya berusia 16 tahun. Ketika itu saya
pergi menziarahi sahabat saya yang sedang sakit. Datuknya bertanya kepada saya…
“Kau ni anak siapa…? Cucu siapa…?”
Lalu saya menjawab anak kepada M…..(nama mak) dengan H…..(nama ayah) dan cucu kepada
arwah M……(nama arwah nenek)…
” Oh cucu cicit Arwah Pak Awang Gabas (nama gelaran arwah atuk) lah nih…”
Maka bermulalah sesi bercerita kisah arwah atuk. Ceritanya panjang tetapi saya akan ringkaskan
supaya para pembaca tidak merasakan cerita saya terlalu panjang dan meleret-leret.
Menurut datuk kawan saya itu, arwah atuk saya pandai bersilat. Sekiranya ada orang yang ingin
memukul arwah atuk dari belakang (pukul curi), maka tangan dan kaki orang itu secara tiba-tiba
akan mengeras dan akan pulih sekiranya arwah atuk sendiri yang menepuk belakang si pelaku
tersebut.
Sekiranya ada orang yang berniat jahat terhadap arwah atuk, arwah atuk dapat rasa niat jahat
orang tersebut lalu segera memintas niat jahat itu dengan pelbagai nasihat sehingga orang itu
berasa malu dan niat jahatnya m**i begitu sahaja.
Menurut datuk kawan saya lagi. Arwah atuk seorang nelayan, jika badai atau ribut datang arwah
atuk boleh mengendalikan sampan atau layar seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.
Arwah atuk juga tahu dimana kawasan yang banyak ikan hanya dengan sekilas pandang sahaja.
Arwah juga atuk gemar memburu. Setiap kali masuk hutan mencari kayu api, nipah atau
mengkuang, pasti arwah atuk akan membawa balik daging buruan dan disedekahkan kepada
jiran-jirannya.
” Atuk kau kalau keluar hutan cari mengkuang atau daun nipah ada jer benda dia bawak balik.
Ayam hutan lah, belibis lah, daging rusa, kijang, macam-macam lah. Tu semua rezeki orang yang
menegur kalau terserempak dengan dia…”
Ceritanya lagi sambil menyedut asap rokok pucuk bersama tembakau.
” Sayangnya arwah atuk kau meninggal masa anak-anak dia masih kecil. Jadi tak adalah yang
mewarisi ilmu atuk kau…”
Kata beliau lagi ada sedikit rasa kesal sebagai pengakhiran cerita.
Mendengar beliau bercerita ia mengingatkan saya kepada arwah nenek. Semasa arwah nenek
masih hidup, arwah nenek pernah bercerita bahawa beliau telah merasai daging harimau. Daging
harimau rasanya pahit seperti hati ayam yang terkena hempedu (cecair yang berwarna hijau),
sangat liat dan apabila masuk ke perut ia akan membuatkan suhu badan kita menjadi panas.
Arwah nenek kata arwah atuk tidak sengaja m******h harimau tersebut kerana ia telah
mengganggu beliau mencari kayu di hutan. Para pembaca jangan salah faham, bukan semua
daging harimau itu arwah atuk bawa balik. Hanya sebesar tapak tangan dan bertujuan untuk
dijadikan sebagai ubat lelah arwah nenek.
Bukan datuk kawan saya sahaja, malah setiap orang lama yang hampir sebaya dengan arwah
nenek akan bercerita benda yang sama sekiranya mereka tahu siapa nama arwah atuk dan nenek
saya.
Ada juga yang mengatakan bahawa arwah atuk pernah dilamar bunian untuk dijadikan anak
angkat tetapi arwah atuk menolaknya dengan baik, kerana sayangkan arwah atuk mereka
kirimkan makhluk daripada golongan jin Islam untuk menjaga arwah atuk. Tentang kebenaran
cerita ini hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui nya kerana cerita ini juga saya perolehi
daripada mulut orang kampung.
Apa yang membuatkan saya sangat teruja dengan arwah atuk adalah pegangan agamanya. Cerita
ini saya dapat ketika menjaga mak yang sakit pada tahun 2015 ketika itu mak tidak mampu
bergerak, makan dan minum. Badan mak sangat lemah hanya bergantung kepada air yang
dibekalkan melalui saluran d***h. Adik beradik yang lain habis ikhtiar supaya mak makan
namun usaha mereka sia-sia. Adik bongsu saya menghubungi saya minta saya balik dengan
segera.
Di sebelah katil mak (hospital), ada seorang tua yang berusia dalam lingkungan 90 an. Kelihatan
sangat uzur tetapi masih mampu bercakap. Saya menggelarkan dia sebagai uwan bagi
memudahkan saya bercerita. Uwan meminta saya tuangkan air kosong kerana cucu yang
menjaganya pergi solat. Sejurus saya membantu uwan minum, sesi perbualan kami pun bermula.
Uwan bertanyakan tempat tinggal saya. Saya menerangkan kepada uwan bahawa saya berasal
dari kampung K…. P….. sebelum berpindah ke Perumahan S…… Uwan itu sedikit teruja kerana
nama kampung yang saya maksudkan adalah tempat beliau dilahirkan dan menetap disitu
sehingga beliau uzur (m**i sebelah badan) lalu anaknya membawa beliau tinggal bersama di
bandar.
Uwan bertanya lagi tentang keluarga saya. Menjadi kebiasaan orang tua-tua akan bertanya siapa
ayah dan mak. Bila dah tahu akan meleret siapa nenek dan datuk pula. Memandangkan saya tidak
sibuk dan mak masih tidur saya layankan uwan ini berbual kerana saya tahu jika uwan ini kenal
dengan arwah atuk pasti akan ada cerita menarik yang bakal saya dengar. Tepat jangkaan saya…
Saya ringkaskan cerita uwan bagi memudahkan pembaca faham apa yang ingin saya ceritakan.
Menurut uwan, penduduk kampung tersebut terdiri daripada nelayan. Mata pencarian mereka
hanyalah di dada laut. Termasuk lah arwah atuk saya. Zaman dahulu, kampung tersebut sangat
sedikit yang mengamalkan ajaran Islam walaupun mereka beragama Islam. Maklumlah hidup
zaman Jepun, British, Komunis memang payah untuk mereka belajar ilmu agama melainkan jika
mereka benar-benar berkehendak untuk berlajar dan mampu mencari guru. Uwan itu sendiri
mengaku beliau pandai solat dan mengaji dengan sempurna di usia 50 an dan itu setelah
bertahun-tahun belajar.
Setelah arwah atuk menetap di kampung tersebut, arwah atuk membina pondok kecil untuk solat.
Pondok kayu beratap nipah tersebut dibina berhampiran dengan jeti bagi memudahkan arwah
atuk untuk solat subuh sebelum turun ke laut. Alhamdulillah daripada makmumnya 2 orang
kemudian 4 orang dan kian bertambah dari masa ke masa.
Akhirnya pondok tersebut dibesarkan menjadi surau dan dengan bangganya saya ingin memberi
tahu kepada pembaca bahawa surau tersebut kini telah diganti dengan sebuah masjid jamek di
tapak yang sama. Alhamdulillah rezeki arwah atuk di bekalkan dengan pahala yang sentiasa
mengalir.
Berbalik pada cerita uwan, di pondok tersebut lah arwah atuk mengajar mereka yang sudi belajar
membaca Al Quran, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan pelbagai lagi ilmu asas Islam. Biasalah kan,
tidak semua perkara baik yang kita buat orang suka. Perasaan dengki dan tidak puas hati pasti
akan wujud. Saya rasa mungkin disebabkan itu banyak ‘benda’ khurafat yang tertanam di tapak
rumah saya di kampung.
Firasat saya mengatakan arwah atuk tahu tentang dengki dan khianat manusia terhadapnya tetapi
arwah atuk yakin pada satu pegangan, jika Allah SWT tidak mengizinkan ia (sihir) berlaku maka
ia tidak akan berlaku dan jika Allah SWT telah mengizinkan ia berlaku maka akan ada hikmah di
sebalik sesuatu kejadian kerana Allah SWT tidak akan menguji hambanya dengan perkara yang
sia-sia.
Saya tidak dapat berbual lama dengan uwan kerana saya dipanggil oleh doktor dan mengatakan
mak kena pindah ke katil lain. Ada jiran mak dimasukkan ke hospital disebabkan denggi berdarah
dan kemungkinan besar mak juga denggi maka sampai di situ sahaja perbualan saya dengan
uwan.
Bila mak dah pulih, saya menceritakan kepada mak tentang apa yang uwan itu cerita. Menurut
mak pula, arwah atuk juga tidak bersetuju dengan sebarang ritual yang penduduk kampung itu
sering amalkan. Contohnya pemujaan pantai pada setiap kali musim tengkujuh. Pernah arwah
atuk memanggil mereka yang sedang membuat ritual pemujaan pantai supaya mengikut nya pergi
tunaikan solat hajat. Mohon pertolongan daripada Allah SWT bukan melalui Jin atau penunggu.
Alhamdulillah ada yang mengikut tetapi tidak kurang juga ada yang berdegil.
Menurut mak, arwah atuk saya meninggal kerana batuk berdarah. Arwah atuk mula batuk-batuk
selepas memakan sekeping pajeri nenas yang beliau beli di warung. Semakin hari semakin teruk
dan akhirnya arwah atuk meninggal dunia.
Ketika peristiwa itu berlaku, mak saya berusia 7 tahun. Arwah nenek ada minta arwah atuk
mengubati dirinya sendiri kerana bimbang jika arwah atuk telah disantau, namun arwah atuk
berkeras.
Maka arwah atuk redha jika itu adalah penghujung nyawanya. Sebelum saya meneruskan
penulisan saya, marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah atuk dan nenek saya
semoga rohnya tenang di samping orang-orang yang beriman…
Mak juga ada menceritakan kepada saya tentang kebolehan arwah atuk mengubat orang sakit
dengan hanya berbekalkan ayat-ayat suci Al-Quran. Arwah atuk juga mahir mengurut orang dan
membetulkan tulang yang patah.
Menurut arwah adik atuk yang tinggal di B…… Arwah atuk tidak pernah menuntut apa-apa ilmu
atau ‘membela’ apa pun jenis saka atau pendamping. Apa yang beliau ada, adalah anugerah yang
dikurniakan oleh Allah SWT keatasnya. Wallahualam….
Kembali kepada kisah saya….
Terdahulu sekali saya ingin terangkan di sini, saya bukanlah orang sama yang menulis kisah
‘Aisyahku’ kemungkinan nama Indera yang membuatkan pembaca fikir kami adalah orang yang
sama. Saya juga tidak pernah membaca kisah yang ditulis oleh beliau kerana saya tidak tahu
tajuknya apa… Mungkin kami senasib maka penulisan dan bahasa kami seakan sama.
Ya, hijab saya terbuka tanpa saya sedar. Saya boleh nampak apa yang kalian tidak nampak tetapi
bukan semua, hanya dengan izin Allah SWT.
Sejujurnya saya tidak pernah menyukainya kerana ia membuat kehidupan saya menjadi sangat
rumit.
Bagaimana saya mengenali Indera dan Seri…?
Buat pengetahuan semua, mereka berdua adalah makhluk pertama yang saya mampu lihat.
Seingat saya ketika itu saya berusia 5 tahun.
Kali pertama saya melihat mereka sewaktu saya berjalan pulang daripada tabika. Waktu itu cuaca
sangat panas terik. Saya pulang bersendirian memandangkan sahabat baik saya Alin tidak hadir
ke sekolah pada hari itu.
Sewaktu saya melintasi kebun kelapa (jalan pintas), saya ternampak dua orang budak sebaya saya
sedang bermain di tebing sungai. Saya menghampiri mereka tetapi apabila mereka menyedari
saya berjalan ke arah mereka, tiba-tiba mereka hilang. Saya berlari meninggalkan kawasan
tersebut sekuat hati kerana takut. Akhirnya saya demam teruk.
Ketika saya demam, saya rasa sangat sejuk seolah-olah di rendam dalam air batu walaupun suhu
badan saya tinggi. Kedengaran seperti nama saya dipanggil-panggil. Walaupun ia berbisik namun
jelas nama saya yang disebut-sebut.
” Aaadikkk…. Aaadiiikkkk… Aaadikkk….”
Kadang-kala ia melintas di mata saya, terbang ibarat selembar kertas putih. Sangat menakutkan.
Selepas subuh saya akan kembali normal tetapi selepas maghrib demam itu muncul semula.
Seperti biasa mak akan membawa saya bertemu arwah Pak Mail untuk di ‘tawarkan air’.
Walaupun sudah sembuh, dua makhluk itu tetap muncul di mata saya dan mula mengajak saya
bermain.
Suatu hari dalam lingkungan selepas asar, saya ke rumah Alin. Tetapi Alin sekeluarga tidak ada
di rumah. Tiba-tiba dua makhluk itu muncul dan mengajak saya bermain bersama nya di tebing
sungai belakang rumah saya. Mereka melambai-lambai kepada saya supaya mengikut mereka.
Kami bermain sehingga maghrib. Macam-macam benda kami main. Main guli, baling tin, masak-
masak, kejar-kejar dan sorok-sorok. Setelah azan berkumandang mereka berdua tiba-tiba hilang.
Suara arwah nenek dan mak mula jelas kedengaran memanggil saya. Saya menyahut dan terus
masuk ke pagar rumah. Arwah nenek bertanya kemana saya pergi sedangkan Alin tiada di rumah.
Saya jelaskan bahawa saya hanya ada di belakang rumah bermain dengan sahabat baru saya yang
bernama Indera dan Seri.
Mak kata saya tipu kerana mak sudah puas mencari di sekitar itu sedangkan kelibat saya langsung
tiada. Arwah nenek hanya membisu. Teruk saya di marahi mak petang itu. Saya tahu mak risau
saya jatuh ke dalam sungai yang ketika itu air sedang ‘pasang penuh’ tambahan pula dengan arus
sungai yang deras.
Selepas peristiwa itu, arwah nenek tidak lagi membiarkan saya bermain sendirian. Sekiranya
kelihatan saya bercakap sendirian arwah nenek akan berdehem sebanyak dua kali dan akan
memanggil saya masuk. Arwah nenek juga akan pastikan saya pulang sebelum matahari
tenggelam ataupun ketika paluan ‘beduk’ (zaman dahulu sebelum azan dilaungkan akan
dibunyikan) berbunyi menandakan sudah masuk waktu maghrib.
Jika saya masih berada di luar ketika itu, arwah nenek akan keluar mencari saya sambil
membawa ‘seludang kelapa’ kononnya nak rotan saya. Tapi tidak pernah sekalipun hinggap ke
tubuh saya. Kasihnya arwah nenek pada cucunya. Allah rindunya saya pada beliau.
Indera dan Seri tidak pernah melepasi pintu rumah saya. Kehadiran mereka hanya setakat pintu
sahaja dan akan berlalu pergi sekiranya saya tidak menghiraukan mereka kerana saya takut
dimarahi nenek jika arwah nenek ternampak saya bercakap sendirian.
Saya pernah bertanya pada arwah nenek tentang Indera dan Seri tetapi pertanyaan saya hanya
dijawab dengan seribu kebisuan. Saya tahu arwah nenek juga boleh melihat Indera dan Seri
kerana setiap kali mereka datang, arwah nenek terlebih dahulu akan menjeling serta melarang
saya keluar bermain dengan pelbagai alasan. Maka mereka akan pergi begitu sahaja.
Di kesempatan yang ada setiap kali arwah nenek terlepas pandang, saya akan curi-curi keluar dan
mengikut Indera dan Seri bermain. Mereka akan membawa saya berjalan-jalan ke tempat mereka.
Ianya tidak jauh daripada pagar belakang rumah saya sahaja. Hanya beberapa langkah sahaja
sudah sampai. Tetapi saya hanya mampu ke sana sekiranya mereka bersama saya. Sekiranya
mereka tiada, maka segalanya akan lenyap dan kembali kepada keadaan asal.
Serba sedikit tentang apa yang mereka ceritakan kepada saya, mereka kata itu adalah kampung
mereka. Tetapi saya tidak dibenarkan masuk ke dalamnya. Hanya melihat daripada luar sahaja.
Mereka kata, jika saya melepasi sempadan itu saya tidak akan dibenarkan kembali dengan akal
yang sempurna.
” Adik jangan masuk kawasan tu tau… Nanti adik tak boleh balik… Jika balik pun adik dah tak
ingat apa-apa lagi… Tak kenal mak, tak kenal ayah, tak kenal nenek, tak kenal semua dah…”
Begitulah lebih kurang pesan Indera kepada saya satu masa dahulu.
Saya sering menceritakan tentang ‘kampung cantik’ itu kepada arwah nenek pada setiap kali
beliau menyuapkan saya makan. Arwah nenek mendengarnya dengan bersungguh-sungguh cerita
saya. Sambil menyuap nasi ke mulut saya sambil itu jugalah beliau mengangguk -anggukkan
kepalanya tanda dengar dan faham dengan cerita saya.
Saya yang banyak menonton cerita pari-pari seperti Cinderella, Snow White atau Rapunzel
memang tidak pelik sekiranya ‘kampung cantik’ itu tiba-tiba muncul dan tiba-tiba hilang dengan
sekelip mata.
Daripada apa yang saya lihat kehidupan mereka lebih kurang dengan kita. Mereka juga ada
memelihara haiwan ternakan, ada yang menanam sayur-sayuran malah mereka juga menangkap
ikan dan sebagainya. Rupa mereka pun berbeza-beza. Ada yang cerah, ada yang gelap, ada yang
cantik dan ada yang sebaliknya. Cara pemakaian mereka lebih kepada menutup aurat. Cuma
bezanya mereka berjalan tidak memijak tanah. Saya sendiri tidak pasti kenapa. Apabila saya
bertanya pada Indera dan Seri, mereka hanya menjawab itu adalah salah satu daripada pantang
larang mereka.
Sekiranya mereka langgar pantang larang itu, mereka akan dibuang dari kampung tersebut.
Hanya beberapa kali sahaja saya dapat mengikut mereka kerana arwah nenek tidak membenarkan
lagi saya bermain di belakang rumah selepas beberapa kali saya hilang dan akan muncul dengan
tiba-tiba. Arwah nenek telah mengunci pintu pagar dengan mangga besar supaya saya tidak dapat
keluar.
” Kau nak kena ambil kat bunian ke..?”
Soalan nenek yang telah sebati dengan jiwa saya sekiranya saya memberontak untuk bermain
dengan Indera dan Seri.
Perkara ini berterusan sehingga saya naik tahun satu. Walaupun saya tidak dapat keluar ke
belakang rumah lagi, Indera dan Seri sentiasa menemani saya sekiranya saya bersendirian.
Mereka sentiasa ada dengan saya samada ke sekolah, ke kedai atau kemana-mana sahaja saya
pergi seolah-olah mereka menjaga saya. Pernah saya bertanya kepada mereka kenapa kawan-
kawan yang lain tidak nampak mereka. Mereka hanya senyum dan tidak pernah menjawab soalan
saya.
Perlahan-lahan Indera dan Seri meninggalkan saya. Mereka kata saya sudah besar. Sudah tiba
masanya mereka pergi. Waktu itu saya sangat sedih kerana akan kehilangan dua orang sahabat
yang sangat baik. Sebelum mereka pergi, mereka berpesan kepada saya supaya saya sentiasa
menjaga diri. Jangan bermain di belakang rumah kerana tidak semua makhluk berniat baik seperti
mereka. Selepas itu Indera dan Seri tidak datang lagi.
Kadang kala saya duduk di pintu pagar yang berkunci itu menunggu jika Indera dan Seri datang.
Namun hampa. Begitu juga ketika pulang dari sekolah. Saya lewati kawasan yang mula-mula
saya jumpa mereka. Memanggil-manggil nama mereka namun semuanya kosong.
” Indera… Seri… Kenapa tak nak kawan dengan adik lagi…? Kenapa tak nak jumpa adik
lagi…?”
Soal saya kepada mereka. Walaupun saya tidak nampak mereka tetapi saya tahu mereka ada.
Mungkin keluarga mereka juga turut menghalang mereka keluar bermain dengan saya seperti
mana arwah nenek menghalang saya bermain dengan mereka. Saya tahu ini adalah yang terbaik
buat kami yang berbeza alam kehidupan.
Walaupun saya tidak lagi mampu melihat mereka tetapi saya yakin mereka ada bersama melalui
bau-bauan yang sentiasa mereka pakai. Pernah satu ketika saya hampir dilanggar kereta. Waktu
itu saya bergegas untuk melintas jalan kerana ingin membeli ais krim. Abang saya melarang saya
melintas jalan kerana waktu itu sangat sibuk dengan kenderaan ibu bapa dan bas sekolah lalu
lalang. Tetapi saya tetap berkeras, lalu saya berlari ke seberang jalan untuk membeli ais krim.
Tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju ke arah saya dan apabila saya sedar, saya sudah berada
di depan kereta dalam keadaan terduduk. Sedikit pun kereta itu tidak menyentuh saya tetapi jelas
kelihatan bonet depannya sedikit kemek dan saya dapat rasakan ada seseorang yang sedang
memeluk saya walaupun saya tidak nampak. Saya yakin itu adalah Indera. Lama kelamaan saya
mula melupai mereka. Maklumlah pada ketika itu saya hanya anak-anak kecil yang mudah
melupakan.
Adakah saya mampu melihat makhluk lain…?
Ya..! Selepas sekian lama Indera dan Seri meninggalkan saya. Ketika itu saya berusia 8 tahun,
pada hari raya puasa ketika saya sedang menunggu Alin dan adik-adiknya bersiap untuk berjalan
mengutip duit raya, saya menunggu Alin sambil duduk di bawah pokok semambu yang berada
tidak jauh daripada pagar rumahnya. Tiba-tiba saya didatangi oleh seorang nenek tua. Nenek
tersebut mengajak saya ke rumah nya untuk beraya. Saya menolak kerana saya takut jika Alin
dan adik-adiknya marahkan saya kerana tidak mengajak mereka bersama. Nenek tersebut terus
memujuk saya. Saya tetap menolaknya.
Akhirnya nenek itu mengalah dan tiba-tiba hilang. Sebaik sahaja nenek itu hilang, azan Zuhur
berkumandang dan sayup sayup kedengaran suara orang memanggil nama saya. Rupanya ayah
dan beberapa kawannya termasuk arwah Pak Mail mencari saya.
” Allahuakbar kat sini anak kamu Lan…”
Jerit arwah Pak Mail dalam loghat Kelantan nya sambil mengalih daun-daun semambu kering
yang menutupi badan saya. Ayah melulu ke arah saya dan membawa saya pulang. Rupanya ayah
dan keluarga saya bercadang untuk berkelah di Pantai Teluk Cempedak dan mencari saya untuk
dibawa bersama.
” Tadi dah cari kan kat situ tak adaaa…”
Sahut beberapa orang kawan ayah yang turut sama mencari saya.
” Adik kenapa tidur kat situ…?”
Soal ayah… Saya keliru kerana seingat saya, saya tidak tidur kerana berbual dengan nenek
tersebut. Sebelum saya meneruskan cerita saya marilah sama-sama sedekahkan Alfatihah kepada
arwah Pak Mail yang telah banyak membantu saya.
Selepas pulang daripada Pantai Teluk Cempedak saya demam teruk. Berbeza dengan demam
sebelumnya. Saya akan mengigil kesejukkan sehingga gigi saya berlaga sesama sendiri.
Selepas peristiwa kakak histeria, ketika itu juga lah baru saya tahu Indera dan Seri bukan seperti
saya. Mereka makhluk halus berbangsa jin. Semua ini saya dengar daripada perbualan arwah
Pakcik Daud dengan ayah pada kali kedua kami ke rumahnya untuk berubat kakak tetapi ketika
itu arwah Pakcik Daud kurang sihat.
” Anak kau yang kecik tu ada ‘kawan’ yang ikut Lan bukan satu tapi dua. Jaga baik-baik dia,
nanti di bawa lari ke ‘sana’ putih mata kau Lan…”
Seperti biasa ayah hanya mengangguk kepala tanda faham.
” Pening saya dengan anak-anak ni bang. Kakak belum selesai adik pulak nak kena fikir. Kawan
macam mana tu bang…?”
Soal ayah kembali.
” Sebaya dia. Tapi Lan. Bila dah benda-benda macam tu mula berkawan percaya lah satu hari
nanti yang besar-besar pula nak berdamping. Mungkin arwah atuk dia dulu pun ada
pendamping…”
Jawab arwah Pakcik Daud di selang seli dengan batuk-batuk kecil.
” Haishhh mana ada, mak mentua kata arwah Pak mentua saya dulu tak ada membela…”
Sanggah ayah.
” Lan… Kau jangan salah faham. Pendamping ni banyak. Saka pun ada banyak jenis.Pendamping
ni tidak semestinya kita membela. Dia datang sendiri mungkin sebab agama kita, perbuatan kita,
kasih sayang kita, keberanian kita, kecantikan kita dan banyak lagi lah asbabnya Lan. Kalau kau
nak tahu lebih lagi kau kena cari orang yang mahir dalam ilmu ni…”
Terang arwah Pakcik Daud.
” Mana abang tahu semua ni…?”
Soal ayah tidak puas hati.
” Masa aku mengubat kan kakak hari tu, aku nampak benda berdua tu ada sebelah adik. Elok jer
duduk bersimpuh. Sebab tu aku suruh adik keluar. Tak berdaya aku kalau bukan makhluk yang
sama berlawan nanti…”
Akhirnya saya tahu kenapa arwah Pakcik Daud memanggil saya jin tempoh hari ketika kali
pertama beliau mengubati kakak. Ia ditujukan kepada Indera dan Seri bukan kepada saya. Baru
saya tahu Indera dan Seri masih bersama saya walaupun saya sudah lama tidak nampak mereka
lagi.
” Abang tolong lah buangkan…”
Pinta ayah.
” Lan… Kalau belaan kita boleh buang. Tapi benda ni ibarat sepasang kekasih. Lagi kita halang
lagi kuat dia nak dapatkan sebab dia dah suka… Dah sayang… Tak apa… Biasanya dia akan
pergi sendiri bila adik dah nikah nanti. Apa yang penting kau jaga adik elok-elok. Bukan makhluk
halus sahaja yang berkenan, manusia yang tamak haloba pun suka…”
Ayah mengerutkan dahinya mungkin apa yang Pakcik Daud terangkan itu menambah rasa sakit di
kepala ayah.
” Memang susah nak percaya Lan… Tuh… Ada 3 lagi menunggu nak berdamping dengan adik.
Tunggu adik ‘tegur’ jer, tunggu sekali jer adik minta pertolongan dari mereka… Mesti terus
melekat.”
Kata Pakcik Daud sambil menunjuk ke muka pintu. Saya turut melihat ke arah yang Pakcik Daud
katakan dan apa yang aku nampak ada 3 lelaki sebaya dengan abang saya sedang tersenyum
manis pada saya. Saya terus mengalih perhatian saya. Takut mula menyelubungi saya. Ayah
hanya menggelengkan kepalanya kerana ayah tidak nampak apa yang saya dan Pak Daud
nampak.
Sebelum saya tahu bahawa Indera dan Seri itu adalah makhluk halus dari golongan jin, saya
sangat berani. Jika pergi ke kedai atau sembahyang berjemaah di masjid bersama kawan-kawan
(tarawih) saya sentiasa menjadi benteng mereka. Mungkin sebab saya seorang yang berani dan
mampu hafal ayat 3 qul serta ayatul kursi dengan lancar maka saya sentiasa di barisan hadapan.
Tetapi semuanya berubah selepas peristiwa kakak histeria. Selepas mendengar perbualan antara
ayah bersama arwah Pak Mail dan arwah Pak Daud saya menjadi seorang yang sangat penakut.
Apatah lagi apabila saya mampu melihat pelbagai makhluk aneh. Pernah satu malam, saya
bersama Alin dan adik beradiknya ke kedai, tiba di satu lorong menuju ke rumah saya mereka lari
meninggalkan saya dengan niat untuk bergurau. Saya didatangi satu makhluk yang tinggi dan
sasa. Saya membaca ayatul kursi tetapi makhluk tersebut semakin menghampiri dan mengikut
saya membacanya sama-sama malah cara dan bacaannya lebih tepat dan berlagu. Saya menutup
mata rapat-rapat. Tetapi makhluk itu tidak mengapa-apakan saya sebaliknya ia pimpin saya
hingga ke rumah. Ia berbisik kepada saya. Suaranya ibarat angin sejuk yang berdesir…
” Jika hanya menghafal tanpa tahu maksudnya… Ia tidak boleh m******h… Apabila tahu
maksudnya tetapi hati tidak tenang ia tidak mampu menghancurkan…”
Keesokkan bila saya cerita pada kawan-kawan apa yang saya nampak mereka ketawakan saya.
Saya benci keadaan itu. Di ketawakan dan di katakan saya seorang penipu. Lalu saya ambil
keputusan untuk diam.
Kadang kala saya terpaksa menolak untuk makan atau minum di rumah orang-orang yang saya
atau keluarga sedang menziarahi. Saya tahu mereka pasti akan berkecil hati mungkin bagi mereka
saya memilih dalam bab makan. Tetapi apa pandangan pembaca sekiranya pembaca dapat
melihat ada makhluk yang sangat buruk sedang menjilat dengan rakusnya atau memijak pinggan
juadah yang sedang di saji kan…?
Memang mereka tidak membela… Tetapi mungkin persekitaran rumah yang kotor dan suka
menyimpan bangkai (sisa daripada perut ikan, lebihan ayam mentah yang dibuang seperti tulang
kaki, leher atau kepala dan seumpamanya) menyebabkan para jin suka menempel di rumah
mereka. Jin paling suka rumah yang kotor dan berbau busuk apatah lagi yang berbau najis.
Pernah satu ketika saya nampak ada sepasang kaki tanpa badan sedang berjalan di dalam rumah
makcik saya. Saya pejamkan mata rapat-rapat dan apabila dibuka sepasang kaki itu telah tiada.
Sejak hari itu saya jadi takut untuk tidur di rumah makcik saya lagi. Selang beberapa hari saya
dengar sepupu saya dibawa ke Johor untuk berubat kerana ada benda yang ikut dia sewaktu balik
sekolah.
Banyak kali saya cuba menerangkan pada mak dan ayah bahawa saya boleh nampak ‘hantu’
tetapi mereka menafikannya. Saya tidak tahu kenapa ayah tetap menafikannya setelah apa yang
terjadi. Arwah Pak Daud juga telah terangkan pada ayah tetapi ayah tetap tidak mahu percaya.
Ayah percaya dengan apa yang beliau nampak sahaja.
Arwah nenek pula sekiranya saya bercerita tentang ‘hantu-hantu’ yang saya nampak beliau hanya
berpesan…
” Jangan lah tengok kalau takut. Benda tu tak usik kita kalau kita tak usik dia…”
Jika keluarga sendiri tidak percaya apatah lagi kawan-kawan. Mereka (kawan-kawan) kata saya
gila, penipu dan macam-macam lagi hingga saya penat dan akhirnya mengambil keputusan untuk
hanya membisu… Saya penat…
Pernah beberapa kali saya melewati kawasan kemalangan ngeri, jelas di mata saya kelihatan
sekelompok jin yang menunggu manusia beredar untuk menjilat sisa-sisa d***h di tar jalanan.
Makhluk itu berlegar-legar di awangan ibarat layang-layang berterbangan di udara.
Pernah juga saya ternampak sekelompok jin dengan rakus menjilat tar jalan dengan lidah yang
panjang dan bercabang. Bila di amati betul-betul barulah ternampak situasi di mana tempat
tersebut baru sahaja berlakunya kemalangan dengan kaca yang bertaburan dan mungkin ada sisa
d***h yang tidak dicuci dengan bersih.
Oleh sebab itulah saya nasihatkan sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan pendarahan
yang banyak, tolong selesaikan dengan baik. Bersihkan tar, alirkan air dengan banyak sehingga
d***h tersebut mengalir ke tanah. Jin tidak suka d***h yang bercampur dengan tanah. Bergitulah
keadaannya kenapa tembuni (uri) atau tuala wanita yang dipenuhi dengan d***h ditanam dengan
segera, ianya adalah kerana ingin mengelakkan menjadi santapan para jin, iblis dan syaitan.
Pernah suatu ketika saya melalui kawasan kubur, kelihatan satu makhluk sedang merintih di
kuburan. Mungkin itu ‘belaan’ si m**i yang sedang ‘kelaparan’…
Setiap kali saya melihat ia, saya akan segera mengalih pandangan ke arah lain. Sedaya upaya
tidak membuatkan ia tahu saya mampu melihat nya. Arwah nenek pernah berpesan kepada saya,
sekiranya saya nampak atau dengar sesuatu yang bukan daripada alam kita, jangan sesekali tegur
kerana ia akan membuatkan makhluk itu ingin mendampingi kita. Makhluk itu tidak pernah tahu
siapa antara manusia yang mampu melihat atau mendengarkan ia kecuali kita sendiri yang
‘memberitahu’ dengan cara menegurnya. Hebat kan rahsia Allah SWT…
Pernah juga ketika saya bermalam di asrama sekolah untuk program motivasi pelajar cemerlang,
saya ditegur oleh seseorang yang berada di tandas sebelah ketika saya sedang mencuci pad
period.
” Wangiii nyer…?”
Kemudian ‘dia’ ketawa seakan-akan mengilai. Tetapi dalam nada perlahan. Saya tidak mahu
mendongak ke atas kerana saya tahu ‘dia’ bukan berada di sebelah sebaliknya berada di atas
kepala saya. Saya hanya mendiamkan diri seolah-olah saya tidak mendengar dan tidak nampak
‘dia’ kerana teringat pesan arwah nenek. Makhluk halus tidak akan mengganggu kita sekiranya
kita mengabaikan kehadiran nya.
Apabila saya keluar dari tandas, saya lihat kawan-kawan yang menemani saya sedang rancak
berbual dan ketawa kerana mereka tidak mendengar suara aneh itu tadi.
Sebenarnya untuk pengetahuan umum, rupa makhluk itu tidaklah seperti yang digambarkan di
dalam televisyen. Ia lebih kepada berbayang yang tidak berwajah kerana itulah ia mampu berupa-
rupa dengan apa bentuk kejadian yang ia inginkan untuk kelirukan manusia. Ia boleh menjadi
seekor binatang berbisa, ia boleh menjadi seorang manusia yang cantik dan hodoh, ia juga boleh
menjadi sebatang pohon yang tegap dan ia juga boleh menjadi seekor binatang yang jinak dan
juga berbisa. Jadi sentiasalah berwaspada dengan pandangan mata kita.
Begitu juga dengan Indera dan Seri. Mereka boleh berupa-rupa mengikut kemahuan mereka.
Jarang sekali untuk mereka menunjukkan rupa sebenar kepada manusia kecuali dipinta. Mereka
tidak ada rupa yang khusus… Fizikal mereka umpama kabus yang beterbangan di udara.
Oleh kerana itulah sekiranya tiba-tiba keadaan yang terang diselimuti dengan kabus yang tebal
dan gelap segeralah bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Zikir jangan lekang dari mulut. In Sha
Allah mereka (jin) akan meninggalkan kita tanpa menyakiti kita.
Kebiasaannya orang yang suka memasang jerat di hutan sama ada untuk ayam hutan, burung-
burung, rusa, kijang dan sebagainya sangat mengenali kabus tebal ini. Apabila mereka nampak
kabus ini dari jauh dan mula menghampiri ibarat ombak yang datang mereka akan segera
tinggalkan jerat dan hasil tangkapan kerana mereka tahu bahawa mereka telah memasuki
kampung makhluk itu dan sedang mengganggu binatang ternakan di situ. Jika mereka masih
berdegil, nasib mereka tidak akan baik kecuali bagi mereka yang ‘penuh ilmu di dada’.
Sewaktu saya berusia 10 tahun, adik saya yang bungsu dilahirkan. Sewaktu mak berpantang kan
adik saya, tidur mak sedikit terganggu kerana adik menghidap sawan tangis. Selepas maghrib
adik akan menangis semahu-mahunya. Ia membuatkan mak sangat letih dan saya sentiasa
menjadi tempat mak melepaskan kemarahannya. Salah sedikit mak pasti marahkan saya. Saya
tahu mak penat. Satu malam, adik menangis sangat teruk sehingga hilang suara. Saya melihat
mata adik sering tertumpu pada penjuru atap dapur pada setiap kali dia menangis.
Saya renung tempat yang menjadi perhatian adik. Renung sedalam-dalamnya sehingga saya
mampu ‘menembusi’ nya. Saya nampak ada makhluk bergayut pada sarang labah-labah yang
bergantung di penjuru atap dapur. Matanya tepat memandang saya mungkin ia tahu saya nampak
kehadirannya di situ.
Saya minta arwah nenek membuang sarang labah-labah tersebut. Arwah nenek mengikut kata
saya tanpa bantahan. Alhamdulillah adik langsung terdiam dan mak mampu tidur lena malam itu.
Barulah saya tahu kenapa mak dan arwah nenek tidak pernah membiarkan labah-labah membuat
sarang di dalam rumah. Ia menjadi salah satu tempat kesukaan jin bertenggek.
Jin paling suka berada di sisi wanita yang baru melahirkan… Bau wangi bayi yang lahir
mengingatkan ia pada bau syurga yang pernah menjadi tempat ia menghuni. Jadi tidak hairanlah
jika ia suka berdamping dengan bayi yang baru lahir. Begitu juga dengan d***h nifas/h**d yang
masih mengalir. Ia sentiasa menunggu masa untuk menikmati. Jadi diharuskan supaya tuala
wanita itu di cuci dengan air yang banyak dan sebaik-baiknya dibakar atau ditanam.
Jadi kenapa bayi menangis…?
Adakah makhluk itu menyakiti bayi…?
Adakah makhluk itu menakutkan bayi…?
Jangan salah faham, bayi menangis bukan kerana dia takut pada jin, iblis mahupun syaitan…
Bayi menangis kerana dia ingin memberitahu kepada kita tentang kewujudan makhluk-makhluk
ini di sekeliling kita dan minta kita ‘usir’ makhluk jahat itu dengan zikir dan ayat-ayat Al Quran.
Jadi, sekiranya ada bayi yang baru lahir di rumah pembaca. Sentiasalah mendengarkan alunan
ayat-ayat suci Al-Quran tidak kiralah sama ada ianya bacaan secara langsung ataupun melalui
rakaman.
Jin juga paling gemar duduk di samping orang yang membela kuku panjang. Tidak kiralah sama
ada kuku tersebut cantik atau pun tidak. Saya pernah melihat sekumpulan jin menjilat-jilat
bahagian kuku seorang wanita. Ia bergayutan di pergelangan tangan. Bukan seorang dua malah
telah ramai saya perhatikan yang menyimpan kuku panjang akan ada jin kecil bergayutan dan
menjilat-jilat bahagian dalam kuku tersebut ianya sangat menjijikkan.
Jin juga paling gemar mendekati orang yang tidak tinggal solat, yang suka bersedekah dan
membuat amal kebajikan untuk menyesatkan mereka dengan sifat ‘ujub’. Saya pernah melihat
seorang perempuan muda di perhentian highway diusap-usap oleh jin bahagian ubun-ubunnya.
Apabila saya mendekati, rupa-rupanya mulut perempuan tersebut tidak berhenti mencemuh
orang-orang yang masih berkeliaran di situ kerana tidak solat.
Saya juga pernah melihat situasi tersebut pada beberapa orang lain termasuk ustazah di sekolah
saya. Perkara yang membuatkan ia berlaku adalah kata-kata yang keluar daripada mulut mereka
berbaur riak dan takabbur. Jin paling benci orang yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan
bertakbir. Jadi sentiasalah menjaga amalan kita supaya kita dijauhi daripada sifat riak dan ujub.
Berbalik pada kisah saya dan pendamping.
Arwah nenek meninggal sewaktu saya di tingkatan 3. Sebelum arwah nenek meninggal saya lah
yang sentiasa menemani arwah nenek di kampung kerana mak dan ayah telah berpindah ke
daerah lain. Arwah nenek selalu pesan. Jangan sesekali minta tolong dengan makhluk lain selain
daripada Allah SWT. Hanya pertolongan daripada Allah SWT sahaja yang tidak mengharapkan
sebarang habuan hanya iman dan taqwa sahaja menjadi pegangan.
Selepas arwah nenek meninggal, hidup saya semakin tidak tenang. Saya menjadi hilang arah.
Saya keliru mana yang betul dan mana yang salah. Makhluk itu terus menerus mengikut saya.
Walau kemana saya pergi ia tetap ada. Walaupun ia tidak pernah menyakiti saya tetapi kehadiran
ia benar-benar membuat saya rimas apatah lagi sekiranya ia mengajak saya ‘bergurau’ dengan
menyembunyikan barang yang saya cari semata-mata ingin membuat saya berkomunikasi dengan
mereka contohnya…
” Pulangkan balik pembaris aku tu…”
Sekiranya pembaris di hadapan mata tiba-tiba hilang.
” Jangan lah main-main dengan buku tu…”
Sekiranya buku yang elok tersusun tiba-tiba berselerak tanpa sebab.
” Jangan dibuka paip tu…”
Tengah cuci tangan di sinki kantin tiba-tiba paip terbuka dengan sendiri.
Pada pendapat pembaca jika terdengar sahabat kalian bercakap seorang diri apakah perasaan
kalian…? Mesti kalian anggap sahabat kalian sakit mental kan..? Itulah perasaan saya bila
kadangkala dipandang sinis oleh teman-teman.
Apa perasaan pembaca sekiranya selangkah masuk ke kedai makan mata pandangan akan
dicemari dengan sekumpulan makhluk yang menakutkan dan kotor bergayut di atas atap kedai
mengangkang di muka pintu masuk kedai, bergolek-golek di kaki lima kedai dan ada juga yang
merenung seolah olah ingin menerkam pembaca..? Adakah pembaca patut keluar begitu sahaja
dan membiarkan sahabat yang lain memasuki kedai tersebut atau mengajak mereka keluar dengan
alasan yang tidak logik sedangkan kedai tersebut tersusun indah dan bersih…? Pasti pembaca
akan di ketawakan dan dianggap sebagai tidak siuman. Oleh disebabkan itu saya memilih untuk
menjadi seperti ‘kera sumbang’. Oleh kerana itu jugalah saya kurang berkawan. Jarang mengikut
setiap rombongan kelas dan keramaian serta kenduri kendara. Siapa yang kenal saya akan tahu
tentang saya yang kurang berkawan.
Perkara ini berterusan sehingga saya bertemu dengan seorang lelaki yang saya namakan Izham.
Ketika itu saya baru naik ke tingkatan 4. Kami bersahabat baik tetapi persahabatan kami dilarang
keras oleh keluarga saya kerana Izham merupakan seorang pelajar yang bermasalah.
Ada saja masalah disiplin yang Izham lakukan contohnya merokok, ponteng sekolah, ponteng
kelas dan sebagainya. Tetapi bagi saya Izham lain, saya selesa berkawan dengannya kerana
Izham satu-satunya manusia yang tahu dan memahami saya. Mendengar cerita saya tanpa
mencemuh dan menghina.
Satu hari Izham membawa saya bertemu dengan sahabatnya yang saya namakan sebagai Hisyam.
Hisyam ini merupakan seorang pengamal ilmu perubatan batin. Awalnya niat Hisyam adalah
untuk membuang makhluk yang selama ini mengikut saya dengan membekalkan seutas benang
pintal yang diikat di bahu. Selepas 3 kali sesi perubatan, 3 makhluk yang sentiasa mengikut saya
terus menghilang. Selepas melihat 3 makhluk itu sudah tiada lagi, saya mula mempercayai
mereka.
Malangnya Hisyam hanya mengambil kesempatan ke atas saya. Dia bukan membuang makhluk
itu tetapi hanya menutup hijab saya dan akan membukanya untuk kepentingan dia sahaja.
Hisyam menggunakan tubuh saya sebagai perantaraan dengan menyeru jin yang lain untuk
membantu dia mengubati pesakit dengan meminta bantuan jin dan iblis. Waktu itu saya hanya
anak hingusan yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut sahaja dengan niat ingin membantu orang
sakit. Setiap kali sesi perubatan bermula dia akan membuka benang pintal itu. Kemudian sesi
pemujaan akan berlaku dengan asap kemenyan dan setanggi…
Sakit…? Yer sangat sakit… Setiap kali sesi perubatan bermula, saya lihat berlumba-lumba jin
yang ingin memasuki tubuh saya. Sangat menakutkan. Tiada jantina dan tiada rupa. Hanya
gumpalan bayang bayang hitam bergelimpangan ibarat asap hitam yang tebal berkumpul.
Daripada saiz kecil ia menjadi besar dan sangat melemaskan saya lebih lemas daripada dikelilingi
oleh makhluk sebelum ini.
Pergi pagi balik senja. Kadang kala saya tidak balik langsung ke rumah. Saya suka berada
bersama Izham dan Hisyam kerana hanya mereka yang tahu dan faham apa yang saya ceritakan.
Hanya mereka yang percaya pada cerita saya. Alhamdulillah mereka tidak pernah menyentuh
maruah saya.
Bersama mereka saya rasa sangat dihargai. Seronok bila melihat orang yang berjaya sembuh
daripada derita buatan orang (ilmu hitam). Gembira bila mereka bercerita dapat membalas
perbuatan jahat orang lain terhadap mereka dengan sihir. Bahagia bila mendengar mereka berjaya
mengahwini perempuan yang mereka mahu dengan ilmu pengasih…. (Allahuakbar ampuni dosa
saya ya Allah)… Semua itu adalah hasil mereka menggunakan saya sebagai pengantaraan dengan
jin yang mereka ada. Patut lah Pakcik Daud pernah berkata satu masa dahulu bahawa beliau tidak
mahu bekerjasama dengan jin.
Selama ini Hisyam hanya melakukan perubatan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi selepas hadir saya
dia dapat menguasai perubatan secara batin dengan lebih mendalam dan berani.
Jalan utamanya adalah ubun-ubun. Apabila jin berjaya masuk melalui ubun-ubun saya, saya akan
‘tidur’ hanya jasad yang bergerak (diambil alih oleh jin) untuk mengubati para pesakit. Selepas
selesai ia akan keluar melalui ibu jari kaki dan rasanya… Allahuakbar sangat sakit ibarat
mencabut duri daripada daging. Tubuh rasa sangat penat dan letih.
Bayaran…? Saya tidak pernah dapat satu sen pun bayaran kerana menurut mereka, kerja itu
adalah kerja amal yang tidak mengharapkan sebarang upah. Saya seorang remaja yang naif
percayakan seratus peratus kata-kata mereka.
Setelah beberapa bulan saya bekerja sama dengan mereka. Ayah dapat menghidu perbuatan saya.
Satu hari ayah telah menangkap saya ketika saya sedang makan dengan mereka di kedai sebab
waktu itu adalah waktu persekolahan. Saya ponteng sekolah kerana dipujuk oleh Izham untuk
membantu seorang pekedai yang telah disihir oleh pesaingnya. Apabila saya menceritakan pada
ayah yang saya sedang membantu orang. Ayah kata saya mengarut… Syirik… Khurafat dan
sebagainya. Satu hari ayah ingin membawa saya bertemu dengan pakar sakit jiwa.
Sementara menunggu waktu yang sesuai, ayah menempatkan saya di rumah saudaranya di
kampung kerana mungkin pada ayah kampung tersebut jauh daripada bandar dan kurang
perkhidmatan pengangkutan awam jadi saya akan selamat di situ. Maka saya tidak akan
berhubung dengan Izham lagi.
Hari pertama dan kedua saya menginap di situ saya rasa sangat tenang. Tetapi ketenangan saya
diganggu dengan kehadiran makhluk lain pula. Satu malam ketika saudara ayah sedang membuat
latihan kompang dan paluan gong, jelas kelihatan di tengah kepekatan malam ada makhluk
berbulu, besar dan setinggi pokok kelapa sedang menari. Cara paluan kompang dan gong itu
seolah-olah memuja makhluk tersebut. Saya berlari ke dalam rumah kerana ketakutan. Saya
hubungi ayah dan menceritakan segala yang saya nampak tetapi ayah menganggap saya hanya
beri alasan untuk tidak terus tinggal disitu dan mengatakan saya merepek yang bukan-bukan.
Malam itu saya berikhtiar untuk melarikan diri daripada rumah saudara ayah.
Mesti kalian tidak percaya kan saya boleh menembusi lubang yang selebar 2 jengkal dan
sepanjang satu siku sahaja. Bertapa nekadnya saya untuk melarikan diri daripada situ. Selepas
berjaya keluar daripada situ saya langsung tidak sedar apa yg berlaku dan apabila saya sedar saya
sudah berada di sisi Izham. Bagaimana dan apa caranya membolehkan saya sampai kepada Izham
janganlah kalian persoalkan kerana sehingga kini saya masih tiada jawapannya. Tanpa kad
pengenalan, tanpa duit dan tanpa bekalan pakaian saya lari dari situ.
Saya tahu ayah bagai nak gila mencari saya. Ke hulu ke hilir ayah mencari. Mak pula sering
sakit-sakit merindui saya. Saya nak balik tapi takut jika ayah betul-betul membawa saya ke
hospital gila… Saya tidak gila dan saya tidak mahu tinggal dengan orang gila.
Waktu itu saya sangat rindukan arwah nenek. Berharap arwah nenek membantu saya terangkan
pada ayah dan mak apa yang saya kata itu benar belaka. Saya selalu nampak ayah pusing-pusing
bandar cari saya tapi ayah tidak nampak saya. Saya sedih tengok ayah dah kurus tidak terurus.
Saya tahu ayah kecewa kerana anak yang sangat dia sayang dan dibesarkan dengan kasih sayang
tanpa pernah di jentik atau dipukul meninggalkan dia kerana seorang lelaki.
Saya tidak mahu dikatakan gila. Sedihnya bila saya kenangkan betapa jahilnya saya ketika itu.
Sedangkan ayah sikit pun tiada niat untuk menghantar saya ke hospital gila. Sebaliknya setelah
saya kembali ke pangkuan keluarga, ayah telah membawa saya berubat ke Kelantan.
Tidak dapat saya lupakan sehingga kini betapa gigihnya ayah berhenti di setiap masjid di Negeri
Kelantan. Bermula daripada Masjid Kota Bharu sehingga ke Masjid Dalam Rhu ayah menimba
air perigi untuk mandikan saya sebagai penawar. Setelah ustaz itu mencabut tali benang pintal
yang ‘tersorok’ di bahu saya sedikit demi sedikit saya mula melupakan Izham. Selepas daripada
ayah membawa saya berubat di Kelantan, saya kembali normal. Tiada lagi gangguan-gangguan
daripada makhluk-makhluk halus itu lagi.
Rupa-rupanya makhluk yang saya nampak di rumah saudara ayah itu dihantar oleh Hisyam untuk
saya kembali kepadanya. Saudara ayah yang ada sedikit ilmu batin cuba untuk menghalang tetapi
kebodohan saya membuatkan Hisyam dan Izham berjaya mendapatkan saya semula.
Saya sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Saya sangka ianya sudah
berakhir rupanya tidak. Ketika saya berusia 18 tahun, saya dan beberapa orang sahabat ke Gua
Kota Gelanggi untuk aktiviti ‘hiking’. Sekali lagi saya bertemu dengan makhluk halus yang lain
pula. Ketika kami melalui satu lorong di mana batunya seperti pintu gerbang, saya hilang arah.
Tiada lagi suara ketawa kawan-kawan yang lain. Tiada lagi bunyi desir angin dan tiada lagi bunyi
unggas rimba. Hanya bunyi air yang mengalir selainnya ianya sangat sunyi dan sepi. Tiba-tiba
saya didatangi seorang tua yang berjanggut dan berjubah putih. Saya fikir saya sudah sesat dan
minta orang tua itu menghantar saya ke pintu mula-mula saya masuk.
Orang tua itu setuju dengan syarat saya mesti mengambil bungkusan yang diberikan. Saya
terkejut kerana orang tua itu juga tahu nama saya. Bila menyedari orang tua itu bukan golongan
daripada manusia dan saya yang sudah biasa dengan kejutan ini hanya berjanji kosong asalkan
saya jumpa jalan keluar.
” Simpan baik-baik…”
Kata terakhirnya sebelum menghilangkan diri. Itulah kali pertama setelah hampir setahun saya
tidak melihat mereka selepas ayah membawa saya berubat di Kelantan.
Ketika saya berjaya bertemu dengan kawan-kawan yang lain hari sudah hampir petang. Menurut
mereka hampir 4 jam saya hilang sedangkan saya rasa baru sahaja beberapa minit saya sesat.
Mereka kata jika tidak berjaya mencari saya sehingga waktu asar mereka ingin keluar dan
meminta pertolongan daripada pihak berkuasa. Bungkusan yang diberikan oleh orang tua tadi
saya campak ke longkang kerana saya nekad tidak mahu ada sangkut paut lagi dengan makhluk
aneh itu.
Balik daripada Gua Kota Gelanggi. Saya bersendirian di bilik, betapa terkejutnya saya apabila
mendapati bungkusan yang saya buang tadi boleh berada di dalam poket seluar. Saya membuka
bungkusan tersebut dan dapati ada sepasang taring harimau, batu cincin ada bentuk sisik ular di
dalamnya dan sepotong (2 inci) kayu yang berbau wangi. Saya mengambil keputusan untuk
menyimpan nya sebagai amanah sahaja tanpa ada niat yang tidak baik.
Semua sedia maklum saya sudah ada keluarga sendiri dan suami saya bukanlah Izham.
Perkahwinan yang direstui keluarga… Bagaimana saya boleh pulang ke pangkuan keluarga…?
Adakah saya masih mempunyai pendamping serta bagaimana saya lepaskan diri daripada Izham
dan Hisyam…? In Sha Allah ada kelapangan nanti saya akan tulis lagi…
Semoga kisah saya kali ini dapat memberi pengajaran sesungguhnya apa yang baik itu datangnya
daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah daripada kita sendiri…
Saya tahu makhluk itu (3 lelaki yang ada ketika sesi perubatan kakak) sentiasa ada bersama saya,
tetapi saya tidak pernah menyapanya. Saya benar-benar mengabaikannya. Begitu juga sekiranya
pada satu hari nanti Indera dan Seri muncul kembali pasti saya akan abaikan mereka juga kerana
saya telah tahu asal usul mereka. Saya tidak mahu bersekutu dengan jin tidak kiralah sama ada
beragama Islam ataupun kafir kerana kita adalah manusia yang telah dicipta lebih sempurna
daripada mereka.
Saya tegaskan disini. Semua itu bukan ‘kerja’ saya. Saya tiada kepandaian itu. Jangan pula ada
yang PM tepi tanya saya untuk sebarang ritual peribadi. Saya tidak mahu tergolong dalam
golongan hamba Allah yang syirik dan khurafat. Nauzubillah.

Akibat mencuri tali pocong


Kredit https://www.rashidsalim.com/.../akibat-mencuri-tali...
RASHIDSALIM.COM
Rashid SalimJun 10, 20214 Ulasan
Gempar sebuah kubur di sebuah kampung telah diselongkar. Kubur yang baru sahaja berusia
seminggu itu telah digali dan didapati empat tali pocong atau tali kain kafan yang mengikat kafan
jenazah telah hilang.
Mereka yakin bahawa individu yang sengaja mengambilnya adalah sangat mempercayai bahawa
tali tersebut boleh mendatangkan tuah. Kubur itu pun dikambus semula.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. Beberapa hari kemudian
terdapat individu telah menemui plastik berisi tali berkenaan di tepi sungai lalu menyerahkan
kepada pihak berwajib.
Menurut pihak polis, ia dipercayai telah dibuang ke dalam sungai. Hasil penemuan tali itu telah
membawa kepada satu penangkapan seorang lelaki bernama Dian Zulkifli, 37 tahun yang bekerja
sebagai penjual burger.
Menurut Dian, dirinya begitu terkesan dan terpengaruh dengan kenyataan sebuah portal di
internet yang memberitahu bahawa tali pocong punya azimat dan sangat mujarab. Justeru dia pun
bertindak berani dengan menggali kubur tersebut.
Dian menjelaskan, dia menggalinya seorang diri pada jam 12 tengah malam dengan
menggunakan tangan dan kayu. Dia mengambil masa kira-kira hampir tiga jam untuk
mendapatkan apa yang dingini.
Dian memberitahu lagi, tujuan dia mengambilnya adalah untuk melariskan jualan burger di
gerainya dan ingin mendapat lebih ramai pelanggan. Malangnya setelah dia memiliki tali
berkenaan, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku.
Berang dan bengang dengan keadaan itu, maka dia pun mengambil keputusan untuk membuang
tali pocong tersebut ke dalam sungai yang berdekatan.
Dian bakal bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum setahun empat bulan di atas
perbuatannya dilakukannya itu.
#Pocong di tepi gerai burger
Setelah heboh sekampung kes Dian mencuri tali pocong, maka berlaku satu peristiwa yang tidak
disangka-sangka. Terdapat orang kampung telah terserempak hantu pocong di tepi gerai burger
Dian sekitar jam 11 tengah malam.
Dian tidak berniaga kerana susah hati dirinya akan didakwa di mahkamah akibat perbuatannya
itu. Kes akan dibicarakan pada tarikh akan datang.
Kadang dia menyalahkan dirinya kenapalah bodoh sangat mudah percaya dengan benda-benda
karut tu semua? Mana boleh jadi kaya secepat itu! Dia tidak senang duduk dalam rumahnya.
Tiba-tiba dari katilnya dia terpandang kelibat putih di luar rumah. Dia nampak jelas dari cermin
naco. Ia berbungkus. Dia pun bangun dan mendekati cermin naco itu. Segera dia membukanya,
sekelip mata kelibat itu hilang.
#Pintu rumah diketuk-ketuk
Dian yang tinggal seorang diri di rumah sewa itu terdengar pula pintu rumahnya diketuk-ketuk.
Siapa pula yang datang tengah-tengah malam ni? Fikirnya.
Dia pun keluar dari biliknya dah segera ke pintu utama untuk menjenguknya. Lantas dia pun
mendapati tiada sesiapa di muka pintu. Yang menerobos masuk ke dalam rumah hanyalah angin.
#Pocong berdiri di belakang
Sebaik sahaja Dian menoleh, berdiri seekor pocong betul-betul rapat di hadapan mukanya.
Mereka saling bertentangan. Bau busuk bagai bangkai jelas menusuk rongganya. Begitulah bau
yang dihidunya sewaktu dia menggali kubur untuk mengambil tali pocong.
Mata pocong itu kemerahan merenung tepat ke dalam matanya. Dian jadi kaku, tidak dapat
bergerak. Seluruh tubuhnya mengeras. Darahnya seperti membeku.
Setelah itu, terasa macam ada sesuatu seperti tiub berlendir masuk melalui mulutnya kemudian
darahnya seperti disedut-sedut. Sakitnya bukan kepalang. Dia tidak tertahan perit yang sangat
dahsyat dan akhirnya Dian meninggal dunia rebah di dalam rumahnya.
Sejurus itu, terdapat dua orang kampung yang menjadi saksi kejadian terus melarikan diri.
Mereka sempat menyaksikan hantu pocong 'membinasakan' Dian
Dian mati, pocong pergi
Selepas kematian Dian, tiada terlihat pocong di tempat itu. Penduduk beranggapan bahawa
pocong tersebut hanya membalas perbuatan Dian. Boleh jadi pocong itu marah, tambah lagi Dian
pergi 'kosong' ketika menggali kubur tanpa apa-apa pendinding.
Sekian.
Ditulis oleh: Rashid Salim

***********************8

Ternampak langsuir dalam lori


Kredit https://www.rashidsalim.com/.../ternampak-langsuir-dalam...
RASHIDSALIM.COM
Rashid SalimJun 12, 20211 Ulasan
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Saya Azrul berasal dari Selangor. Saya ingin berkongsi
pengalaman seram saya sewaktu berkerja di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL).
Kisah yang saya nak cerita ini adalah tentang langsuir. Langsuir ni kalau berdasarkan pencarian
di wikipedia, langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan
menggoda lelaki agar mengikuti mereka ke tempat sunyi.
Seterusnya, langsuir dikatakan akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut
mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka. Itu merupakan pembacaan
saya dari internet.
Lain pula langsuir yang saya jumpa ini yang tidak berupa menjadi perempuan cantik. Ia sangat
hodoh dan menakutkan. Masih terbayang-bayang di mata saya akan wajahnya itu sehingga ke
hari ini.
Waktu itu saya ditugaskan untuk memeriksa lori sama ada ianya dalam keadaan baik atau pun
tidak. Kejadian itu sekitar jam satu pagi. Rumah saya dengan pusat itu agak dekat.
Saya buat-buat biasa sahajalah dan tidak menyimpan apa-apa perasaan melainkan untuk
melakukan pekerjaan dan tugas saya sahaja.
Selepas itu saya terlihat ada kelibat seorang wanita berambut panjang mengurai duduk di sebelah
penumpang hadapan di salah sebuah lori yang ada di situ.
Lampu suluh yang ada di tangan saya ni pun saya gunakan untuk menyuluh ke arahnya. Pada
mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, lalu saya pun memanggilnya, tapi dia tidak memberikan
respons.
Kemudian dengan perlahan-lahan wanita itu menoleh ke arah saya dengan rambutnya masih
menutupi muka sebelum mengilai kuat.
Saya pun tanpa menunggu lama terus langkah seribu. Bulu roma saya memang merinding habis.
Darah saya mengalir sangat laju. Jantung saya pula berdetak kencang.
Pucat lesi jadinya saya pulang ke rumah. Terngiang-ngiang suara benda tu mengilai. Memang
seluruh tubuh saya rasa seram sejuk.
Ketika itu saya sudah hampir-hampir nampak mukanya saat dia mula mengilai, tapi saya sudah
pun cabut lari kerana terlalu cemas dan takut.
PPHL ini terletak tepi jalan dengan dikelilingi ladang kelapa sawit. Kalau nak diikutkan kawasan
ni orang kata keras. Mulanya saya tak percaya, tapi bila kena sendiri baru perasaan takut itu
timbul.
Saya ingatkan kejadian itu sudah berakhir, rupa-rupanya ia berulang lagi. Kali ini saya dengan
rakan sekerja pula diganggu langsuir ini selang sebulan selepas kejadian pertama.
Kejadian kedua ini lebih mencabar, di mana kali ini ia terbang melintas di hadapan kami. Waktu
itu sekitar jam satu pagi. Suasananya begitu hening.
Tiba-tiba, pakaian putih lusuh terbang dengan teriakan suaranya yang sangat menyeramkan
melintas sangat laju di hadapan kami memecah tembok kesunyian malam.
Seterusnya dia bertengek di atas jentera sambil merenung ke arah kami. Wajahnya memang
buruk sukar untuk digambarkan dan ia sangat menakutkan. Seram pula untuk menatapnya.
Mulut kami kumat-kamit membaca apa sahaja ayat suci Al-Quran yang terlintas di dalam kepala
kami. Harapan kami agar makhluk itu tidak menganggu kerja-kerja kami.
Bagaikan hendak luruh jantung kami apabila sekali lagi ia terbang dan terus masuk ke dalam
ladang kelapa sawit. Mujurlah ia pergi. Namun suara teriakannya masih terdengar nyaring.
Saya ketika itu sudah ketar lutut. Bayangkan benda itu berada tidak berapa jauh dari tempat saya
berada. Ia sangat jelas terlihat. Saya suluh depan muka pun benda tu tak lari.
Selepas itu, saya ditukarkan ke tempat lain. Tak sanggup rasanya berhadapan dengan benda
begini. Menggigil seluruh tubuh. Kemudian saya dimaklumkan bahawa PPHL itu telah
mengadakan doa selamat.
Menurut kawan saya yang masih bekerja di situ, dia memaklumkan bahawa tiada lagi gangguan
langsuir seperti yang kami kena. Alhamdulillah...
Sekian.
Cerita asal: Azrul Mustafa
Disunting oleh: Rashid Salim

MATA BATIN
Kredit https://fiksyenshasha.com/mata-batin/
January 28, 2020 by Editorial Department
Assalamualaikum readers and admin. Nama aku Ahmeng. Berketurunan melayu jawa bugis
minangkabau dan bermata sepet macam cina. Cerita aku ni dah lama aku pendam. Nak bilang
orang pon tak semuanya boleh faham. Stress jugak bila tak dapat luahkan maka aku pilih untuk
menulis kisah ni untuk bacaan kalian. Semoga kuranglah sikit tekanan. Kisah ni agak complicated
dan berhubung kait dengan kisah mistik aku yg lain. Tapi aku akan ceritakan satu per satu supaya
tak mengganggu hubungan sel otak kalian. Be seated for take off and here we go.
Mata aku ni unik sikit dari orang lain. Kadang-kadang bila calibration dah tak betul aku boleh
nampak benda yang tak sepatutnya. Nampak sekilas lalu tu banyak kali tapi kali pertama
sharingan aku mempamerkan kehebatannya yang sebenar pada tahun 2009 ketika aku berada di
sekolah asrama. Pagi sabtu, minggu tak balik kampung. Lepas subuh aku sambung tidur. Pukul 8
bangun balik call mak bagitau hari ni boleh outing. Tujuan call tu nak minta simpati supaya mak
datang hostel ambik aku. Lagipun pada hari kejadian family aku ada buat makan-makan sempena
kakak sepupu graduate master dari universiti mana tah. Waktu tu mak kata nanti kaklang datang
ambik. Okay gembira. Namun lepas lebih sejam kaklang tak sampai-sampai aku rasa pelik.
Sekolah aku around 20 minit je dari rumah takkan lah tak sampai-sampai. So aku tertidur lagi.
Tiba-tiba aku didatangi seorang wanita bertelekung bagi salam. Kat situ dah start seram sebab
aku sorang je ada kat dorm pada waktu tu.. kawan yang lain semua buat hal masing-masing. Ada
yang kat padang, ada yang dah keluar dan ada yang sedang bertugas di pejabat asrama. Wanita ni
betul-betul di depan katil aku. Baju putih dia macam telekung, macam jubah abaya pon ada.
Senyuman dia manis lagi lawa dari crush aku. Suaranya lembut cukup buat aku berasa selesa dan
tak jadi nak seram.
Aku beranikan diri bukak mata seraya bau harum menyapa. Aku memandang wajah yang sangat
menyenangkan. Wanita cantik ini mulakan bicara “assalamualaikum, ahmeng sihat? Belajar rajin-
rajin. Banggakan mak abah, tolong adik beradik. Tugas ni berat. Tapi kamu boleh.
Assalamualaikum” that’s it. Simple message tapi sangat bermakna. Dia cantik sangat masa tu.
Then aku terbangun dari tidur. Rupanya tadi tu mimpi je. Yang peliknya, bau harum tu tetap ada.
Mata aku dah start bergenang teringat nasihat tadi. Sorang kawan dorm sebelah datang kat aku
nak ajak lepak dorm dia main poker. Pada zaman tu aku champion kat aras aku dalam category
royal flush. Aku tanya dia ada bau apa-apa tak. Dia kata tak ada. Aku bergegas turun bawah
berbekalkan syiling lima posen untuk call kaklang kat public phone. Plan nya nak maki lah sikit
apasal tak sampai-sampai. Orang dah lapar tahap tak boleh bincang dah ni. Jangan main-main
dengan orang lapar. Dah la lauk tengahari kat dewan makan hari ni ikan kicap. Aku sorok pin
tudung kau kang. Oh sorry emosi pulak. So aku call kaklang, dia kata tak dapat ambik. Satu
family kitorang termasuk makcik pakcik dan sepupu yang lain kena bertolak ke melaka secepat
mungkin. Kaklang bagitau, kakak sepupu yang dalam perjalanan ke rumah kami telah terlibat
dalam kemalangan di highway. Keadaannya teruk akibat impak yang kuat. Arwah meninggal di
tempat kejadian. Mendengar tu semua, tak jadi aku nak maki. Sikit je lagi aku nak jadi adik
derhaka yang sah. Sejak kejadian, mata aku dah mula melihat benda macam ni. Tak sentiasa
nampak tapi kerap jugak.
Pernah sekali aku terserempak dengan satu kemalangan yang baru berlaku. Aku turun dari motor
untuk melihat keadaan mangsa. Then ada sorang manusia kat situ kata mangsa dah meninggal.
Aku sempat bertanya macam mana kemalangan berlaku. Manusia tu ceritakan kejadian dari awal
sampai habis. Lepas beberapa minit, polis sampai bersama ambulance. Mereka periksa keadaan
mangsa. Kemudian salah seorang anggota polis datang ke arah aku. Ingatkan dia nak tangkap
aku. Rupanya cuma ambik kenyataan. Aku ceritakan semuanya. Komunikasi selanjutnya macam
ni. Polis tu tanya,
“awak saksi kejadian?”
“tak, tapi amoi ni bagitau tadi”.
“Amoi mana? dah tengok keadaan mangsa?”.
“Belum. Saya baru je sampai sini”
“Okay tenangkan diri, selawat banyak- banyak. Mari ikut saya”
Aku tercari-cari mana amoi tadi. Dah hilang. Yang ada cuma beberapa budak sekolah tengah
tunggu bas dan sorang pakcik jual kerepek. Polis tu perlahan-lahan buka plastik hitam yang
menutupi mangsa. Goosebump, jasad itu adalah si amoi tadi. Ironinya, semua cerita dia adalah
benar based on rekod cctv dari kedai berhampiran. Ada juga kejadian lain, aku lepak kedai makan
dengan kawan-kawan. Kami berborak tentang haiwan ghaib ternakan nenek moyang dorang pada
zaman jepun dulu.
Tengah rancak dengar dorang sembang pumpang, mata aku teralih pada satu budak kecil yang
sedang berlari-lari di sekitar depan kedai. Sesekali dia berhenti berlari dan hantuk-hantuk, teleng-
teleng kepala dia macam orang nak keluarkan air dari telinga dok ketuk-ketuk kepala. Aku ingat
dia autism tapi bukan. Lari punya lari boleh pulak dia punya track menuju ke arah meja kitorang.
Dengan senyuman dia yang macam ju-on dia menjerit berlari ke arah aku. Time tu aku dah
melompat berganjak dah dari meja tu. habis bersepah roti canai kuah banjir kena kat kawan aku
sebab aku jatuh dari kerusi then tersepak meja. Sakit keting aku. Dia punya mencarut kat aku
jangan cakap lah. Sampai habis kuota dia mencarut.
Aku explain lah budak tu buat aku seram dan aku terkejut sebab dia tiba-tiba menjerit. Kuat pulak
tu. Aku baru nak makan dia datang laju-laju macam tu kejadahnya. Korang pon akan bersilat
punya lah. The best part is, semua kata tak ada pon budak seperti yang aku maksudkan. Nice lah.
Aku terus start motor dan terus balik. Malu semua orang nampak aku jatuh haha. Antara yg lain,
aku pernah nampak orang bercakap sorang-sorang, padahal dia bukan gila. Aku nampak dengan
siapa dia bercakap. Yang lain-lain nanti lah aku cerita. Seram pulak aku nak taip.
Macam aku cakap tadi cerita ni ada hubung kait dengan kisah mistik aku yang lain. Jika diizinkan
panjang umur, aku akan ceritakan bagaimana aku pernah bermimpi didatangi orang-orang yang
dah meninggal minta tolong kat aku. Dan kalau ada kesempatan lagi, aku akan jelaskan
bagaimana semuanya bermula. Dalam penjelasan ni jugak aku akan selitkan tentang alam lain
yang juga dihuni oleh manusia seperti kita.
Akhir kata, aku berdoa semoga arwah kakak sepupu diampunkan dosa-dosanya dan
dipermudahkan segala urusannya di alam sana. Oh ya, pakaian graduation kakak sepupu aku
adalah jubah abaya berwarna putih bercorak bunga pink purple dan aku masih boleh bau haruman
yang sama setiap kali aku melangkah ke bilik arwah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ahmeng

CAMPING PUAKA
Kredit https://fiksyenshasha.com/camping-puaka/
July 29, 2019 by Editorial Department
Assalamualaikum dan Hai tuk semua pembaca tegar Fiksyen Shahsha.. Seperti korang semua aku
juga seperti korang yang menjadi pembaca setia di FS ni.. Sebelum aku memulai cerita disini aku
ingin introduce dulu sedikit sebanyak tentang diri aku. Nama aku Farish, berumur 29 tahun dan
berasal dari Sarawak.. Kisah yang ingin aku kongsikan merupakan antara yang pertama kali aku
bertemu muka dengan makhluk Allah yang rare ni.
Tahun 2007
Selesai je last paper tuk SPM, aku dan beberapa geng sekepala yang lain bercadang nak
bermalam kat salah 1 tempat riadah tidak jauh dari kampung (30 minit kot lau naik kereta).
Selepas berbincang dengan semua dan capai kata sepakat, kiteorang decide nak bertolak pada
sabtu dan balik pada Ahad. (aku nak bagi gambaran lah ya, tempat ni mesti nak kena lalu jalan
sawit yang berbatu & boleh dikatakan kat tengah hutan)
Hari yang dijanji telah tiba, Aku, Lan, Udin, Fadil, Ayie dan Edi pun sediakan dan periksa setiap
barang bekalan dan kelengkapan untuk kami di sana. Ada yang bawak joran dan kelengkapan
memancing dan ada yang bawak daun terup. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi dan setibanya
kami di lokasi, keterujaan tergambar di setiap wajah sahabatku kerana akan pelbagai aktiviti yang
kami lakukan, lebih-lebih lagi dihapadan kami merupakan kawasan air batu yang cukup jernih.
Kami membahagikan setiap tugasan, ada yang pasang khemah, ada yang cari kayu dan ada yang
memasak. Yelah, lau tak buat camtu sah-sah takkan jalan laa program, mesti semua nak terjun
sungai jadi sebelum benda tu jadi baik siapkan semua dulu baru mandi.
Aku dan Lan cari kayu sambil aku teman Lan cari tempat yang sesuai untuk dia casting.. “Riz,
jom gi depan sikit, aku rasa macam ok je tempat tu tuk aku try mancing” pinta Lan pada ku. Aku
pun mengangguk dan ikut je mana dia nak gi.. “Lan, tempat ni ok tapi bagi aku macam jauh laa
dari khemah” Lan hanya senyum sebab aku tahu yang kaki pancing ni tak kisah jauh ke dekat asal
dapat kepuasan..
Kami pun balik ke khemah dan bbq sambil ada yang mandi. Jam menunjukkan pukul 3 petang
dan Lan pun ajaklah aku dan member lain teman dia gi mancing kat tempat yang aku ceritakan
tadi. Aku dan Fadil pun temankanlah si Lan ni sambil bawak pancing lebih, manakala Ayie, Edi
dan Udin nak mandi puas puas katanya. Aku pun pesan dekat dorang jangan lupa nak buat
unggun lau dah nak gelap. Masa tu si Udin pun bagitau jangan lupa bawak ikan pari nanti. (bapak
dia pari kat sungai air batu
Dalam perjalanan kitorang ke tempat mancing ni. Fadil tanya kat Lan ikan apa yang ada kat situ.
Boleh pulak dengan selamber vavi Lan bagitau Ikan Duyong bra merah. Aku dah terdiam dengar
Lan cakap lepas je camtu, yelahkan kat hutan kot dan sungai lagi tu. “lau aku dapat duyung tu
Lan, malam ni aku tidur sorang lah dalam khemah” kata Fadil dan Lan pun ” Duyong tak nak
orang Nepal macam kau lah Dil”. Aku yang dengar ni geram pun ada tapi nak gelakpu. Ada
sebab muka Fadil berubah teruss ..Hahaha…
Tiba kat tempat tu, kami pun cari target tempat nak baling umpan. Lan pergi lah kat tempat yang
jauh sikit dari aku dan Fadil, mungkin baginya kat situ ada ikan. Dalam tengah kusyuk main
casting tu tiba-tiba aku rasa tak sedap hati rasa macam kena perhati je. Aku biarkan je sebab ada
Fadil dengan Lan.. Tak lama lepas tu aku dengan Fadil tersentak dengan bunyi seakan ada yang
terjun kat dalam sungai berdekatan dengan kami..
Kami berdua berpandangan sesama sendiri sebab nak kata dahan pokok mesti dah timbul tapi
langsung takda tanda pun yang dahan pokok penyebab bunyi yang kami dengar tadi. Untuk
sedapkan hati, aku cakaplah kat Fadil mungkin monyet. Fadil hanya mengangguk tanda faham
apa yang tersirat.
Dalam 30minit selepas bunyian tadi, sekali lagi aku dan Fadil terdengar satu bunyi tapi kali ni
bunyi pokok bergoncang dengan kuat dari satu ke pokok yang lain, bagai ada yang membelah
laluan diantara pokok di situ. Kali ni aku memang dah tak boleh nak fikir positive lagi. Lan yang
dah ada kat situ pun kali ni dah rasa lain macam sangat, sebab angin tak da langsung!! Lan dah
buka mulut ajak aku dengan Fadil blah je dari tempat tu dan rehat kat khemah je. Aku dengan
fadil cepat je simpan semua peralatan tadi.
Belum sempat kitorang nak gerak, satu pokok berhadapan kitorang bergoyang! Masa ni aku dah
rasa nak teberak dah sebenarnya.Hehe.. (First bro kena main camni) masa tu lah ketiga-tiga
kitorang nampak jelas benda yang berkain merah merangkak turun dari pokok. Punyalah slow dia
merangkak turun tu sambil mata jeling kat kitorang. Senyum dia bhai aduhhh, elok lagi tak payah
senyum kot.
Masa tu bukan kitorang taknak lari tapi memang rasa terpaku sangat dan mungkin sebab takut
kot. (benda tu berkain merah pekat cam d***h,then muka pucat mengerutu, mata sepet then
bukaan mulut dia besar) syukur masa tu Fadil terus laungkan azan dan aku dengan si Lan pun
baru sedar terus baca surah lazim. Lepas tu apa lagi terus lari balik ke khemah..
Sampai dekat khemah kami bertiga bincang nak diamkan je benda ni. Taknak bagitau yang lain.
Jadi pada malam tu. Kitorang bbq dan borak sambil gelak sakan sampai lupa apa yang baru jadi
petang tadi. Malam tu kitorang target taknak tido sebab nak lepak sampai pagi. Banyak gak lah
topik yang kitorang sembangkan, sampailah si Udin ni boleh pulak keluarkan topik pasal hantu.
Mengikut dari kata si Udin ni, dia pernah jumpa hantu tapi dia buat tak layan je. Masa tu, aku,
Lan dan Fadil dah berpandangan.Yelah kan, baru petang tadi kena jackpot. Tengah rancak Udin
bercerita tu, tiba-tiba kitorang dengar suara mendayu – dayu menangis, gelak,dan mendengus
(maksud aku bukan 1 suara je masa tu, maksudnya ada beberapa ekor). Udin yang tadi rancak
bercerita kini diam terus. Masa ni aku dengar dengan jelas “takut aku ke?”, “nak temankan?”
lepas tu gelak jahat kedengarn, serius tak pernah aku dengar gelak camtu.
Aku ajaklah member lain temankan aku gi sungai sebab nak ambik wuduk dan baca apa yang
patut. Dorang pun ikut je. Bunyi tu masih ada lagi. Lepas je Wuduk kitorang berzikir, baca surah
lazim dan dekatkan khemah kitorang.( 2 khemah) malam tu kitorang tak tidur sampai pagi sebab
dengar bunyi orang kat luar khemah gelak sakan. Sampai khemah kitorang kena goncang sambil
menyanyi lahanat tu kat luar tapi lagu macam lagu lama yang entah ada atu memang irama
dorang kot.
Pagi tu awal-awal kitorang terus packing barang dan terus balik. Masing2 muka ngantuk. Aku
demam 3 hari balik dari situ. Lepas je peristiwa tu, kitorang makin suka gi camping, bukan sebab
beranitapi sebab dah menjadi satu hobi. Hehe. Banyak la pengalaman seram masa camping,
tracking dan sebagainya. Nanti ada masa aku kongsi lagi k. inta maaf jika penceritaan aku kurang
memuaskan. Maafkan daku ya reader sekalian. Sekadar berkongsi pengalaman melalui coretan
yang tidak seberapa. Nantikan next story yaaaa… Assalamualaikummm
FarishAimar

Misteri Lingsir Wengi dan Cik Ponti


Kredit https://kautahutak.blogspot.com/.../misteri-lingsir-wengi...
Monday, 12 November 2012
(AMARAN: kepada yang ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut
gelap, gi toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak
digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca sesorang, bace
reramai ye….)
Sesungguhnya Syrik dan Khurafat itu dosa, nerakalah jawabnya. Seandainya kejahatan dan
kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan
maha berkuasa, tiada yang setara baginya.
Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan televisyen, di satu sore ade tengok satu
filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah
kawan. Tengok ramai-ramai seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang
tak berani duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen tutup
mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari. Akibatnya, tak berani nak
pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil
lektrik pasal malam tidur tak boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah,
kononnya berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan kawan-
kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel Bolong dan Cik Ponti ni
kacau lelaki je.
Cik Ponti, Cik Kunti, Sundel Bolong dan Langsuir
Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati
anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari perempuan
yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung akibat diperkosa
kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai perempuan cantik yang
berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut
panjang dengan berkain putih. Dikatakan antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah
terdengar suara bayi. Jika suara bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi,
tapi bila suara baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau wangi
juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar menjadi busuk apabila
mendekati mangsanya.
Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang memperkosa dan membunuhnya
dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang digodanya ini akhirnya akan dihisap
darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit
dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan
dara. Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan
orang sahaja dengan kemunculan mereka. Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau
pakaian mereka. (Pasal tu la kot mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar
sampai ke malam
Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut cerita jika Cik Ponti dan
Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang cantik dan bini yang baik. Kalau
Pontianak kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun atas
kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.
#Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir dikatakan dari perempuan yang mati lepas
bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya
pula sama ada bewarna hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut
mangsa. Langsuir juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan
mengandung. Langsuir dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati.
Langsuir takde lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.
#Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud pelacur yang berlubang. Dia
asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni mati ketika mengandung dan melahirkan
anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat
belakang. Pasal tu ada lubang kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal
Bolong mase hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia
Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti kehendaknya, organ
genital lelaki tersebut akan dirobek.

Malam Menakutkan di Penjara Pudu


Kredit https://www-meremang-my.cdn.ampproject.org/.../amp/...
Aku ingat lagi, lebih 30 tahun lalu, aku bekerja di penjara pudu. Kami, pengawai penjara dah
lama tahu bahawa penjara ini tak lama lagi akan bertukar menjadi tempat pameran untuk orang
ramai. Walaupun sudah di swastakan, tapi pameran itu masih di selia oleh Jabatan Penjara
Malaysia.
Malam itu aku di tugaskan menjaga di kawasan sel terakhir. Di dalam itu ada banduan akhir yang
telah di jatuhkan hukum gantung sampai mati keesokkan harinya. Setahu aku dia telah
membunuh dua adik beradik mengunakan ilmu hitam. Aku tak tahu sangat ceritanya tapi aku tahu
malam itu malam paling seram aku pernah lalui di penjara pudu.
Aku masuk seperti biasa. Berborak dulu dengan Amir dan Balan sebelum memulakan tugas. Tak
silap aku kami berborak tentang bola. Time tu Selangor masih kuat lagi.
Lepas baik punya borak, aku pun buka carta, tertulis kat situ, aku di tugas memberi makanan
kepada banduan akhir. Selalunya banduan akhir ni tak nak makan, tak ada selera, tapi dia ni lain.
Aku bawa makanan kuey teow pilihan dia. Perjalanan ke sel akhir itu agak jauh, nak ke sana kena
lalu satu lorong panjang yang kiri dan kanannya adalah sel. Banduan di penjara pudu sudah
berkurangan, oleh itu banyak sel-sel kosong.
Aku pun berjalan dengan kuey teow di belah kanan, aku menuju ke sel akhir. Suatu ketika dulu,
sel ini boleh dengar bermacam-macam bunyi. Sekarang ia sunyi. Tiada jeritan. Tiada tangisan.
Sekali sekala boleh dengar bunyi cicak. Itu sahaja.
Sampainya aku di sel akhir, aku lihat banduan akhir senang termenung memandang ke dinding.
Semasa tu aku tak fikir, mungkin itu cara dia menyesal. Aku pun panggil, “banduan akhir!”
berulang-ulang kali aku panggilnya. Tiada respon. Sebab terlalu marah, aku membaling polisterin
yang isi kuey tiow itu. “Tu makanan kau. Suka hati kau nak makan ke tak.”
Baru sahaja aku nak tinggalkan dia, banduan itu menoleh ke arah dan memberi sebuah senyuman
yang sangat menakutkan. Sehingga sekarang aku ingat lagi senyuman itu.
Aku bergegas tinggalkan banduan akhir. Semasa aku berjalan pulang, tiba-tiba aku rasa tak sedap
hati. Seperti ada angin tiup celah-celah leher aku. Satu badan aku meremang. Tak lama kemudian
ia bermula.
Aku mula-mula dengar jeritan yang kuat. Tak mungkin banduan akhir yang menjerit sebab ia
datang dari depan aku. Kemudian aku dengar suara orang sedang menangis. Sayup-sayup
bunyinya. Kaki aku mula gerak dua kali lebih laju. Tangisan itu semakin lama semakin kuat.
Kemudian dengar pula suara orang bercakap. Bermacam-macam bunyi suara tiba-tiba muncul.
Aku dah tak berjalan time tu, aku terus berlari.
Sampainya ke sel terawal, aku perasan ada seorang lembaga sedang berdiri. Aku tak nampak
mukanya. “Balan? Amir?” Aku pun mendekatinya. “Siapa tu?”
Aku cuba sentuh lembaga itu, tiba-tiba ia ghaib. Aku berlari ke bilik pusat. Amir dan Balan
berada di situ. Dia melihat muka pucat aku. Kami, pegawai tahu penjara pudu ni kadang-kadang
berhantu. Kita kena kuat kan diri sahaja.
Balan suruh aku rehat dulu. Nanti dah baik pulih, sambung kerja. Aku pun rehat sampai tertidur
dekat sofa.
Banduan akhir muncul dalam mimpi aku. Kali ini aku dalam sel. Dia di luar. Senyum. Bunyi ular
boleh di dengar. Lembaga hitam muncul dari belakang aku. Dengan kukunya, dia mencakar aku
berkali-kali.
Aku terjaga dari tidur selepas Amir kejutkan. Dia lihat aku sedang tidur dalam keadaan keadaan
gelisah. Aku cuba tenangkan badan ku. Amir menegur aku yang badan aku penuh darah. Tiba-
tiba aku berasa pedih di seluruh badanku. Apabila aku buka, badan aku penuh dengan cakaran.
banduan akhirmimpipenjarapudusel akhir
2 YEARS AGO

#Belajar ilmu sihir balas dendam dekat bos


Orite ni pengalaman aq (umai).kenapa aku tak letak kredit sebab ni ada la kisah aq sendiri
masa ni umur aq 18 tahun masa tu aq keje dekat kedai makan dekat tempat kawan akak aq.masa
tu kedai tu 1 kedai tapi bos aq ni dia sewa.Dia akan bukak kedai dia dekat luar.dia sewa just nak
letak barang jea dekat dalam
Nak diringkaskan walau pun aq just keje dekat luar tapi perempuan dekat dalam tu dia asyik
pangil suh keje kat dalam.Suh basuh pingan.Lap meje. susun.Mop lantai.Beli barang dapur.Buat
air.Pastu dah buat kat dalam kena buat kat luar pulak.Itu aq x kesah la sebab aq tau itu memang
lumrah orang bekerja.Tapi masaallahnya pasal gaji.Masa mula2 tu dia bagi elok jea.Tapi bila dah
lama2 mungkin dia tegok aq ni pendiam dia ingat aq ni lurus bendul.Aq tak lurus aq just tak biasa
bergaul dengan orang jadi aq x tau macam mana nak hendle.Lama2 gaji dia bagi gaji separuh2
janji besok nak bagi.tapi tak bagi2.Yang bost kat luar pun dia tak bagi gaji aq selama 2 hari(40)
yang bost kat dalam dia tak bagi (70) ko bayang kan macam mana aq pendam masa tu.Aq ingat
jumlah tu sebab itu hasil titik peluh aq.Aq sendiri tak tau mana naluri keibuan dorang padahal
sesama perempuan.ko tak fikir ke benda tu akan berbalik dekat anak kau.Kau suke tak orang
lurus2 kan anak ko? lepas dapat gaji yang bos dekat luar tu aq terus behenti.Tapi gaji tertangguh
aq dorang still tak bagi sampai sekarang
Sakit pulak hati ni bila inggat balik Orite sambung balik.Ingat bila behenti aq tenang
sikit.Tapi bila aq fikir balik apa dia buat kat aq.Aq sakit hati sangat sebab dorang main2 kan aq
pastu lurus kan aq.Sape tak sakit hati kan.Dendam sangat sampai aq cari cara nak balas dendam
tapi masa tu aq tak tau cara dia nak bakar kedai dia ada cctv.So masa tu aq fikir tak dapat
guna cara kasar aq guna cara halus.Mungkin masa tu pemikiran x matang lagi.Apa orang kata
darah panas.mudah marah.tapi tak yah nak bajet baik la.kalau korang pun korang marah kan
Tapi masaallahnya aq x tau macam mana nak guna cara halus ni sebab Kejadahnya nak belajar
benda2 alah ni.Last2 aq terfikir nak cari dekat atok google.Cari punya cari tapi banyak yg
temberang sebab aq baca komen2 dekat situ kata tak menjadi.Ohh lupa korang misti pelik kan
macam mana aq leh jumpa web tu.Aq pun pelik macam mana aq boleh jumpa mungkin masa tu
google belum perketat kan lagi kut keselamatan tak tapis lagi.Pastu bila kita nak buat benda jahat
misti akan ada campur tangan syaitan
So aq cari punya cari last2 aq jumpa pic profil dia macam bomoh siam.So aq pun clik la web
tu.Bila click tu(aq lupa tak bape ingat sangat apa yang kena buat masa tu )Tapi yang aq ingat
masa tu kena sedia kan bahan2 dia dulu.Antara bahan2 dia.Bulu ayam hitam.Telur ayam kg.Aq
tingal dekat kg so bahan2 ni memang senang jumpa.Lilin.Sebatang jarum peniti tapi masa tu aq
tak jumpa so aq just amik jarum biasa buat jahit2 baju tu.pastu ulat nasi.Last sekali pic orang yg
nak ko santau tu.Aq ada gambar dia tapi masallahnya dekat dalam fone jea.Kalau dekat fone
macam mana nak cucuk jarum dekat pic dia kena dari kertas...So masa tula aq baru tersedar
tindakan aq tu salah sebab masa tu aq teringat movie2 santau ni.Memang tindakan ko tu menjadi
tapi dia jugak akan bagi kesan sampingan dekat diri ko yang lebih menderita.Lagi pun sekali kita
dah terlibat dalam hal gaib ni susah nak lari.So aq bersyukur sangat aq tersedar walau pun masa
tu aq dah sedia dah bahan2 dia dengan mentera bomoh tu bagi.tingal nak buat jea
So itu sahaja kisah aq tak seram mana pun.Just sebagai pengajaran.Pasal gaji tu aq tetap tak halal
kan Tapi aq serah kan dekat allah jea.Dekat dunia memang ko boleh lari kat akhirat san
Pandai2 la.kalau korang ada pekerja layan la dia elok2 sian dia.kalau betul dia bendul sekali pun
apa hak kita nak mempermain kan dia. Dia keje tu tetap untuk mencari rezeki bukan saja2

Anda mungkin juga menyukai