Anda di halaman 1dari 37

Assalamualaikum KC dan pendengar setia MJ12,

Nama saya Halifah dan saya ingin berkongsi pengalaman yangpernah saya alami bersama
keluarga. Ini pengalaman misteri yang mungkin sukar diterima atau dipercayai oleh
sebahagian orang, terserah pada pendengar untuk menilainya, tetapi kejadian ini benar2
berlaku yang tiada tokok tambah, kurang atau melebihkannya.
Pada tahun 2008, 13hb Disember, saya, suami dan tiga dari empat anak2 saya, berangkat ke
Jakarta. Setelah tiba di sana, kami berbincang tentang lawatan yang diatur oleh pak supir
(pemandu), dia mencadangkan untuk ke Bandung dan Tangkuban Prahu. Kami setuju dan
berangkat keesokan harinya.
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang dari Tangkuban Prahu, kami terus ke Ciater
untuk bermandi air panas. Ketika keluar dari Ciater, anak lelaki saya yang pertama
mengatakan dia merasakan bahunya seperti memikul beg yang terlalu berat. Hati saya mula
merasakan sesuatu yang tidak sedap. Saya dapati dia mulai demam, dan meracau dalam
perjalanan pulang setelah makan malam.
Dalam perjalanan ke kota Bandung, anak saya ini duduk di kerusi paling belakang bersama
anak perempuan saya yang bongsu, yang berasa resah kerana abangnya yang meracau dan
menunjuk2 ke luar tingkap, sambil berbual dalam bahasa yang anak bongsu saya tidak
faham. Setelah saya memberi ubat padanya, dia pulih hanya buat seketika, dan panas
badannya akan naik lagi, dan panas sekali. Pak supir pun membawa kereta dengan laju
sekali, agar cepat pulang ke hotel di Jakarta.
Pada malam itu, suami saya menemaninya di kamar hotel, jadi anak lelaki yang kedua tidur
bersama saya dan anak bongsu saya. Malam itu anak saya yang sakit tidur dalam
ketenangan, hanya demam yang boleh dikawal. Namun, malam berikutnya, bila anak lelaki
kedua saya tidur bersama abangnya, gangguan mulai berlaku. Dia menelefon suami saya
untuk menggantikan tempatnya, kerana abangnya mula berbual seorang diri. Suami pun
bergegas ke sana, dan memanggil saya untuk turut ke kamar mereka. Saya menyuruhnya
mencari bantuan dari pekerja hotel, mungkin ada antara mereka yang pintar dalam hal itu.
Sementara menunggu, anak saya mengadu bahawa dia duduk di perutnya. Saya pun
bermula membaca Ayat Kursi.
Kelihatan anak saya berkomunikasi dengan makhluk halus itu. Katanya, Ibu, dia boleh
membaca semua ayat2 yang ibu bacakan, tapi dia bertanya kenapa ibu tak suka padanya
Saya hanya menjawab di dalam hati, Kerana engkau bukan makhluk sejenis aku... Saya
mengharapkan dia mendengar jawapan saya kerana saya tahu makhluk2 ini mendengar
kata2 hati kita.
Ketika ayat2 suci Al-Quran kedengaran dari masjid yang berdekatan ketika hampir Subuh,
anak saya mengatakan bahawa dia pamitan (mohon) pulang, sambil menangis di hujung
katil. Setelah azan Subuh berkumandang, suami saya pulang bersama seorang pengawal
keselamatan yang beragama Kristian yang tidak boleh membantu kerana "dia" sudah pulang
ke tempatnya.
Pada siang harinya, saya hubungi Pak supir, mengharapkan dia mencari orang yang pintar
dalam hal ini serta beragama Islam. Dia datang dengan seseorang dan terus memegang lutut

anak saya yang sedang berbaring di katil. Lalu dia bertanyakan, Siapa di antara ibu dan
bapak yang berketurunan Jawa? Saya menjawab, Saya, kerana ayah saya memang asli
Jawa, kelahiran Jawa Timur... Dia memegang lagi lutut anak saya, lalu menceritakan, Gadis
itu adalah roh yang gentayangan di Tangkuban Prahu kerana mati bunuh diri, putus cinta
dengan pria yang kebetulan darahnya ada mengalir di dalam anak ibu... Bererti pria itu
bertalian saudara dengan saya. Dia memberitahu yang gadis itu anak yang soleh, beribadah
dan pintar mengaji, tapi kematiannya yang tragik, kerana membunuh diri membuat dia
gentayangan kerana mati sesat. Yang membuat bahu anak saya berat ketika pulang dari
Ciater, adalah kerana dia mengencang dan mengikut pulang ke hotel di Jakarta.
Saya mengharapkan dia dapat menghentikan segalanya di situ, agar roh gadis itu tidak terus
mengikut kami pulang pada petang itu nanti, tapi dia menjawab, Makhluk Allah itu ada
batas2annya, dia tidak akan ikut kamu pulang jauh, justeru itu dia mengganggu anak ibu
agar anak ibu tidak pulang dan malah mengikut dia ke alamnya. Anak saya dalam
perjalanan pulang dengan demam yang amat tinggi suhu badannya. Sesampai di Singapura,
suami saya terus membawanya ke hospital pada malam itu juga, jam 10 malam.
Hanya setelah setahun kemudian, anak saya memberitahu yang dia ada melihat seorang
gadis di lereng Tangkuban Prahu memakai baju merah dan melambai2 padanya sambil
tersenyum pada anak saya, dan anak saya membalas lambaian sambil memberitahu pada
adik lelakinya yang tidak dapat melihat keberadaan gadis yang melambai itu. Oh ya gadis itu
ada memberitahu namanya, Maya Hertissa.
Itulah peristiwa yang saya dan keluarga alami, melancong buat pertama kali ke Jakarta yang
membuat anak saya tidak gemar untuk melancong ke mana2 pun daerah di Indonesia lagi.
Nama saya ZAZA KAKCHIK. Kejadian ini berlaku terhadap diri saya sendiri hampir empat
tahun yang lalu. Sampai sekarang detik hitam yang sungguh menyeramkan ini tidak dapat
terhapus dari minda saya. Waktu itu saya masih menengah tiga. Saya dari salah satu
pasukan berseragam di sekolah. Semasa kejadian itu, saya harus menjalani latihan di
sebuah tempat latihan yang terletak berdekatan dengan daerah Lim Chu Kang! Sebaik
sahaja tiba, kami semua harus berpecah mengikut kumpulan masing-masing untuk ke bilik
rehat kami, yang lebih dikenali sebagai "BUNK".
Setiba sahaja di "bunk", di antara lapan orang di dalam bilik itu, saya orang yang terakhir
masuk. Ya Allah, menyesal saya! Oleh kerana saya berjalan berlengah-lengah, tinggal satu
saja pilihan katil untuk saya. Katil saya betul-betul berdekatan dengan pintu. Geram saya.
Dipendekkan cerita, malam pun tiba. Siap pukul 10 malam, lampu disuruh padam. Sekitar
pukul 12 tengah malam, saya terbangun keranarasa panas sekali. Panas bercampur bahang.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya betul-betul tidak boleh tidur... Saya pun duduk, nasib
baik bukan saya seorang sahaja, rupa-rupanya ada juga kawan saya yang masih terjaga lagi.
Mereka juga rasa panas.
Tiba-tiba saya ternampak ada satu kipas yang terletak betul-betul di tepi almari kawan saya.
Saya pun turun dan cuba hendak menghidupkan kipas angin itu. Malangnya tidak boleh.
Tiba-tiba terdengar suara, "SIAPA ITU BELUM TIDUR LAGI?!" Alamak! Sarjan kami! Saya
pun mengadu padanya bahawa kami semua rasa panas sebab kipas rosak. Pada malam itu
juga Sarjan saya memanggil tiga orang sukarelawan, termasuk saya, turun ke bilik stor dan

mengambil dua kipas angin elektrik. Kami pun turun dengannya. Perjalanan ke bilik stor
mengambil masa hampir 10 minit. Kami harus turun dari tingkat empat bangunan dan
merentas tiga bukit kecil. Bukit itu ada tangga kecil. Jadi tiada masalah untuk kami.
Tiba sahaja di depan bilik stor, sarjan suruh saya pegang lampu suluh dengan beg yang dia
bawa kerana harus membuka pintu. Selepas itu saya beri semula barang itu padanya. Saya
orang pertama masuk bilik stor dan mengambil kipas lalu berikan pada kawan saya. Ada satu
kipas lagi yang saya harus bawa. Sebaik sahaja kipas sudah diangkat. Saya pun suruh
kawan yang di depan mula berjalan. Sebab, saya terasa belakang kipas sudah diangkat.
Kipas yang mulanya berat menjadi ringan. Sebab itu saya pasti dan yakin sarjan sudah
angkat belakang kipas itu.
Bayangkan perjalanan yang harus kami tempuhi untuk balik ke "bunk" kami. Bagaimana kami
pergi, begitulah laluan yang harus kami tempuhi semasa hendak pulang ke bunk, tetapi kali
ini kami harus naik bukit Setiba sahaja di tingkat tiga, ada lagi satu tingkat yang harus kami
naik. Dan sesuatu berlaku, "PAAAAAPPP!!!!!!" Kipas yang saya angkat terjatuh!!. Tanpa
disedari, saya rasa kipas itu berat sekali!! Kawan saya semua terperanjat. Saya mula takut.
Bulu roma semua berdiri. Tiba-tiba, saya mula sedar. Di mana sarjan saya??? Sepanjang
perjalanan tadi suaranya pun tidak kedengaran. Malah suluhan lampu pun tidak kelihatan.
Saya baru perasan. Astaghfirullahal'azim. Siapa yang angkat kipas dengan saya tadi???
Pada malam itu, saya, dan dua kawan saya tidak boleh tidur. Itu sahaja yang boleh saya
kongsi bersama. Selamat malam dan terima kasih.
Cerita ini bukan berlaku pada saya tetapi berlaku pada pakcik saya yang bekerja di bilik
mayat, di sebuah hospital di bandar Johor Bahru. Kisah yang diceritakan ini berlaku semasa
pakcik saya mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital yang mengatakan ada satu
mayat dalam perjalanan yang harus diuruskan. Pakcik saya pun terus pergi ke bilik mayat
untuk membuat persiapan dengan kawan kerjanya, tetapi pakcik saya orang pertama yang
sampai di bilik mayat tersebut.
Bila sampai, pakcik terperasan macam ada orang sedang berdiri di depan pintu bilik mayat
tersebut tetapi pakcik saya tak fikir apa-apa masa itu. Sebab pakcik saya ingat itu kawan
sekerjanya. Bila pakcik saya menghampiri bilik tersebut, lelaki itu terus beredar dan berjalan
ke bangunan lain. Pakcik saya tak fikir apa-apa terus membuka pintu. Baru saja pakcik saya
hendak melangkah masuk ke dalam bilik mayat itu, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
"Astaghfirullahal'azim..." pakcik saya terus mengucap. Bila pakcik saya toleh belakang,
terperanjat apabila yang berada di belakangnya merupakan orang yang dia nampak tadi,
yang berdiri di depan pintu, tetapi mukanya terkopek, kulit kepala tersiat sampai nampak
tulang tengkorak.
Pakcik saya terus membaca ayat2 suci dan terus membaca. Makhluk itu terus hilang dari
pandangan. Pakcik saya terus menelefon kawannya sebab tak sampai-sampai dari tadi. Nak
tahu apa kawannya cakap??? "Apa kau merepek ni, aku tak dapat apa2 panggilan pun..."
Pakcik saya pun dah mula menggelabah, terus cepat2 tutup pintu bilik mayat itu. Ketika
menutup pintu, terdengar suara orang menangis betul2 di belakang pakcik saya. Masa itu
hanya Tuhan saja yang tahu perasan pakcik saya. Menggigil tangan pakcik saya semasa
hendak kunci pintu itu. Pakcik saya menguatkan diri cuba menoleh ke belakang. Benda itu
betul2 muncul di depan muka pakcik saya dan pakcik saya lantas menjerit, "Ya Allah..!!!" dan

terus pengsan. Sekarang pakcik saya sudah berhenti kerja sejak kejadian yang
menyeramkan itu. Yang peliknya siapa yang menghubungi pakcik saya???
Nama saya Lydia dan ingin saya menceritakan kepada KC serta para pendengar tentang
pengalaman yang saya serta keluarga lalui sedetik lalu ketika kami pulang ke Melaka pada
musim cuti sekolah.
Pada awal perjalanan, hari masih siang, namun kerana keadaan trafik yang menjadi semakin
buruk di lebuhraya Utara-Selatan itu, akhirnya perjalanan kami diheret ke lewat petang.
Semasa itu, kami telah meminjam kereta bapa mentua saya yang merupakan sebuah MPV.
Kesemua lima orang anak kami berasa begitu ghairah dan setelah beberapa jam bermain
bersama, anak-anak kami mula senyap, mungkin kerana keletihan, ada juga yang tertidur.
Ketika itu hari sudah mula senja dan Maghrib hampir menjelma.
Tiba-tiba, dalam keadaan senyap itu anak saya yang paling kecil dan masih dalam usia bayi,
menangis sekuat-kuat hatinya hinggakan kelihatan seperti dalam keadaan histeria. Suami
saya yang ketika itu sedang memandu, cuba untuk menenangkan dan memujuk anak kami.
Tetapi anak kami tetap menangis tanpa henti. Keadaan tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan
saya mulai rasa tidak sedap. Sebenarnya beberapa minit sebelum itu, hati saya sudah
berkata, Oh..inilah kawasan yang orang katakan keras Bau pun lain macam... Iiish jangan
kena sudah!
Balik kepada keadaan kelam-kabut itu - Fikiran saya menjadi buntu, semakin saya cuba
untuk menenangkan anak saya, semakin buruk jadinya. Sambil saya menggendong anak
saya itu, sempat juga saya melihat ke luar untuk memastikan tiada apa-apa yang ngeri yang
dinampaknya sehingga menangis sekuat itu. Alangkah terperanjatnya saya, apabila saya
terperasan di cermin tepi kereta kami, di bahagian tempat duduk saya, tubuh seorang anak
kecil berambut panjang seperti menggantungkan tubuhnya di atas kerusi bahagian tengah.
Rambutnya menurun ke muka anak saya yang sedang lena tidur di tempatnya. Hati berkata
Ehtakkan ni Zana (anak perempuan kami satu-satunya) Tak salah dia duduk di sebelah
belakang Takkan dia nak buat macam tu Saya garang orangnya dan biasanya kalau
anak berlaku nakal, saya akan memarahi mereka dengan serta-merta.
Saya tak terkata dan mendiamkan diri dan cuma menyuruh suami memasang CD ayat-ayat
suci dengan sekuat-kuatnya. Ibu mana yang tidak cemas melihat anak-anaknya di belakang
bersama makhluk itu? Seribu satu perasaan bermain di dalam fikiran saya, tapi kerana tidak
mahu membuat keadaan lebih buruk lagi, saya tetap mendiamkan diri dan membaca
berbagai surah Al-Quran di dalam hati. Kemungkinan makhluk itu bergantung di situ selama
tiga hingga lima minit, tapi rasanya seperti lebih lama dari itu.
Akhirnya anak kami berhenti menangis dan saya memberanikan diri dan menoleh ke
belakang. Alhamdulillah, makhluk itu tiada lagi di situ dan anak saya yang pada masa itu
berada di bawah makhluk itu masih tidur lena. Saya terus mencium bayi kami dan terus
membaca surah-surah sambil menyembuh ke dahinya. Saya juga memberitahu suami
supaya memandu dengan laju lagi supaya sampai ke destinasi secepat mungkin.
Keesokan harinya saya terus memberitahu suami dan alangkah terperanjatnya dia dengan
apa yang diberitahu. Semenjak hari itu, kami tidak lagi memandu di lebuhraya itu pada waktu

malam.
Terima kasih KC...
Kakak ada suatu pengalaman misteri yang berlaku baru-baru ini untuk berkongsi sama.
Setiap malam bila MJ12 ke udara jam 12 tengah malam (5 petang di UK), selalunya Kakak di
dapur mendengar sambil memasak untuk makan malam jadi kadangkala bila tidak dapat
menghantar komen di Facebook, stress juga... Baiklah, ini cerita Kakak...
Rumah kakak ada mempunyai sistem pemanas rumah yang menggunakan radiator dan juga
tempat bara api untuk memanaskan rumah bila musim sejuk. Kerana Kakak tinggal berdua
sahaja dengan suami (anak-anak semua sudah ada rumah sendiri) tidak payah
menggunakan sistem pemanas untuk memanaskan satu rumah, jadi kami lebih selalu
menggunakan tempat bara api di ruang tamu. Dan juga jimat sikit minyak yang digunakan
untuk alat pemanas itu (ada rumah menggunakan gas atau elektrik tapi kami menggunakan
minyak).
Tempat api kami bukan yang terbuka seperti yang selalu kita lihat dalam filem-filem barat.
Tempat api kami bergelar "Log-burner" atau tempat bakar kayu, bersih sikit and kurang habuk
dari abu yang keluar dari tempat bakar itu (lihat gambar yang Kakak lampirkan). Oleh kerana
rumah kami dikelilingi hutan simpanan, suami Kakak kalau dia rajin di hujung minggu akan
naik basikalnya dan pergi mencari kayu. Kayu-kayu di hutan peliharaan boleh diambil jika ia
berada di atas tanah. Tidak dibenarkan memotong dahan yang masih di pokok atau
menebang pokok-pokok yang ada. Selalu, Kakak akan jerit nak cari kayunak cari kayu bila
dengar bunyi enjin basikal dihidupkan. Suami Kakak akan ketawa kerana sudah dijelaskan
mengenai frasa lucu ini dari filem Melayu lama.
Sepatutnya, sekarang ini musim bunga, suhu sudah mula panas sedikit tetapi kalau terlihat
ramalan cuaca di UK baru-baru ini, masih di antara 2-9 darjah Celsius. Sepatutnya sekarang
di antara 12-19 darjah Celsius dan beberapa hari lalu pada waktu malam, jatuh ke bawah
suhu -3 darjah Celsius!!! Jadi kami masih menggunakan tempat bakar kayu yang selalunya
pada bulan April Kakak sudah bersihkan dan tidak digunakan sampai musim sejuk datang
lagi.
Apa yang terjadi dua minggu yang lalu, sedang kami duduk menonton televisyen, terdengar
semacam bunyi atau suara sedang merayu huuuuu-uuuuu...uuuuu Sungguh sayu tapi
jelas. Kakak dan suami berpandangan satu sama lain dan cuba mendengar lagi. Bunyi atau
suara itu hilang. Tidak lama kemudian, berbunyi lagi. Suami kata mungkin bunyi angin di luar,
kebetulan memang malam itu hujan turun. Kami pun buat tak endah sahaja dan teruskan
menonton. Bunyi atau suara itu semakin kedengaran lagi dan sah dari dalam rumah.
Jadi Kakak perlahankan bunyi suara televisyen untuk mendengar lagi dan mencari dari mana
datangnya bunyi itu. Rupa-rupanya, bunyi atau suara yang kedengaran itu datang dari tempat
bakar kayu. Kakak buka tempat pembakar itu dan menyusun semula kayu-kayu di dalamnya
dengan harapan jangan berbunyi lagi. Beberapa ketika, berbunyi lagi. Kakak rasa tidak sedap
nak kata seram tidak tapi merinding. Kami tinggal di sini sudah bertahun-tahun dan
membakar kayu sudah bertahun-tahun, inilah kali pertama bunyi seakan suara rayuan
kedengaran semasa membakar kayu.

Biasalah, orang-orang Barat selalunya tidak percaya kepada hantu, jadi suami cuma berkata
tidak ada apa-apa. Kakak bertanya jadi cuba terangkan mengenai bunyi yang kedengaran,
dia cuma kata mungkin jenis kayu atau kayu basah. Pokok-pokok di hutan simpanan ini
semuanya ada beberapa jenis dan sama jenisnya merata-rata. Nak kata kayu basah, dah
berapa kali kami bakar kayu basah. Akhirnya, Kakak tidak puas hati dan terus bertanya lagi,
di mana suami Kakak mengambil kayu kali ini. Suami menjawab, di hutan simpanan kecil
selepas padang tanaman di belakang rumah kerana hutan yang selalu dia ambil kayu sudah
tidak ada lagi di atas tanah, dilarang potong pokok atau dahan dan dia malas untuk pergi ke
tempat yang lain. Dan inilah kali pertama, dia mengambil kayu di tempat ini.
Ada kemungkinan, wallahu'alam bissawab, bunyi atau suara rayuan yang kami dengar
datang dari kayu pokok di mana seorang kanak-kanak berumur 15 tahun menggantungkan
diri pada tahun 21 March 2005 kerana dibuli di sekolahnya. Baru tadi Kakak pergi ke tempat
itu untuk petik gambar pokok berkenaan buat anda lihat. Selalu ada bunga-bunga yang
diletak di bawah pokok atau diikat pada pokok yang mungkin diletak oleh ahli keluarga si
mati. Kayu-kayu yang diambil di tempat yang sama, Kakak sudah bakar di luar rumah bila
suami pergi kerja dan Kakak suruh suami berjanji jangan ambil kayu di tempat itu lagi
Ini lah satu perkara misteri yang ingin Kakak berkongsi sama. Kisah benar yang kakak alami
baru-baru ini, bukan di buat. Terima kasih KC.
Saya Reena. Sudah lama saya nak menceritakan kisah ini. Ianya mungkin bagi sesetengah
orang tidaklah berapa seram tapi ia menarik untuk diceritakan. Tahun lepas saya telah terlibat
dengan aktiviti NGO Islam di negeri saya iaitu cara-cara mengkafan dan memandikan
jenazah. Antara modulnya ialah kita dapat merasakan pengalaman berada di dalam lubang
kubur di tanah perkuburan Islam. Saya adalah satu-satunya wanita yang terpilih untuk
merasai pengalaman berada di dalam kubur. Mulanya hanya wakil lelaki sahaja yang berani
melakukannya tetapi entah bagaimana saya yang mencadangkan saya pula yang terpilih.
Mulanya saya tidak mahu tetapi entah macam mana saya beranikan diri dan cuba merasai
pengalaman berharga ini. Di sini saya hendak memberitahu kepada semua, sewaktu saya
baring di dalam lubang tersebut. Seperti yang kita lihat, lubang nampak sempit dan hanya
muat-muat sahaja, akan tetapi semasa saya baring di dalamnya, ia seperti luas, seolah-olah
duduk di dalam bilik yang besar dan berhawa dingin. Amat selesa, pelik bukan? Saya berada
di dalamnya tidak lama kerana saya risau pada masa itu saya datang bulan.
Setelah semuanya selesai, kami semua pun pulang, akan tetapi, saya telah dinasihatkan oleh
rakan supaya mengambil air sembahyang sebelum balik. Di dalam hati saya terdetik,
bagaimana hendak mengambil air sembahyang sedangkan saya sedang datang bulan?
Semasa dalam perjalanan pulang, saya terhidu bau yang busuk, sangat kuat. Saya cium bau
badan saya, tiada apa-apa bau. Saya cium badan rakan saya, pun tiada bau. Bau tadi
mengekori saya dari tanah perkuburan tadi sehinggalah saya balik, sangat kuat. Hati saya
dah rasa tak sedap...
Saya : You ada bau apa-apa tak? (saya berbisik)
Rakan : Ada... Kuat sangat... Macam kat sebelah...

Saya: Shhhhh... Jangan cakap apa-apa... Diamkan diri... Kita cerita benda lain...
Semasa sampai di rumah, bau itu masih lagi kuat. Saya suruh kawan saya temankan saya.
Saya pergi bilik air dan mandi, akan tetapi bau itu masih ada. Kuat seperti tadi. Saya kuatkan
hati dan berkata kepada 'benda' itu...
Saya: Saya minta maaf sekiranya saya telah menyinggung atau telah melakukan sesuatu
yang tidak baik... Saya berniat baik, untuk belajar... Saya tahu kamu pun makhluk Tuhan...
Tolong jangan ganggu saya lagi... Saya minta maaf... Saya betul-betul minta maaf... Saya
betul tiada niat jahat... Hanya untuk belajar sahaja...
Saya baca Ayat Kursi 7 kali dan 3 Qul... Selepas itu bau itu pun tiada lagi...
NGO Islam kami hendak membuat modul tersebut sekali lagi, tetapi akan melakukannya
pada waktu malam di tanah perkuburan Islam dan akan meninggalkan peserta di dalam
kubur untuk beberapa jam dengan badan dibalut kain kafan bagi merasai mati... Bagi saya
pengalaman seperti ini amat menyedarkan bagi sesiapa yang leka dengan nikmat dunia,
tidak solat dan engkar perintah Tuhan patut menyertainya. Ianya pasti membuka mata dan
hati anda!!!
Nama saya Linda (bukan nama sebenar), saya ingin menceritakan kisah yang berlaku pada
saya dan Kakak saya. Perkara ini terjadi pada tahun yang lalu sewaktu Kakak saya dan
suaminya tinggal di rumah ibu-bapa saya. Saya, kakak (bernama Mel), dan suaminya
bermalam di ruang tamu. Bapa dan adik lelaki saya tidur di bilik mereka.
Semasa saya sedang tidur, saya terasa ada "benda" yang menarik bantal saya. Saya bangun
dan lihat ke sebelah kanan saya. Saya ternampak lembaga hitam sedang melihat saya. Saya
dengan cepat pusing ke arah kakak saya yang bernama Mel. Saya mengejutnya sampai dia
bangun. Dan dengan tiba-tiba dia mula terasa takut. Dia baring dan pandang saya dan
berkata "Linda, baca Ayat Kursi dalam hati..." Saya pun mula baca. Tiba-tiba kami terasa
semacam ada orang yang lalu depan kami. Kami amat takut hingga membaca ayat2 suci
dengan tersekat-sekat. Saya pun dapat ide untuk menghubungi kakak saya dan suaminya.
Kami hubungi mereka beberapa kali tetapi mereka tidak menjawab panggilan kami. Jadi saya
membuat panggilan terakhir. Ada orang yang menjawab panggilan kami.
Saya: Hello Kak.*berbisik*
Orang: Asal dengan Korang dua? hehe *Suara orang tua*
Kakak Mel: Linda, letak. Tu bukan Kakak.
Saya pun dengan segera meletak telefon. Tidak ada cara lain, selain menghubungi telefon
bimbit saya sendiri. Untuk membuat bunyi bising sedikit untuk bangunkan kakak saya. Saya
hubungi dan terus mengubungi talian ke telefon bimbit saya. Barulah kakak saya sedar. Dia
melihat kami ketakutan dan bertanya "Kenapa ni?" kami menceritakan semua. Suami kakak
saya pun dengan segera melihat sekeliling rumah. Tetapi tidak ada apa2. Saya ternampak
bantal saya tercampak jauh dari tempat tidur saya. Jadi, apakah yang mengganggu kami
pada waktu itu? Itu saja. Terima kasih...

Apa khabar? Mudah-mudahan Abang KC sentiasa dalam lindungan Allah dan sehat selalu.
Nama adik Annur, dan adik berusia empat belas tahun. Adik ada pengalaman yang benarbenar terjadi bukan rekaan. Ini cerita benar, adik tak bohong hanya Allah saja yang menjadi
saksi ketika pengalaman. Ini berlaku pada diri saya. Kisah ini berlaku di sebuah kondominium
di kawasan Old Upp Thomson Rd, tempat di mana ibu saya bekerja sebagai penyelia
pengawal keselamatan. Sebenarnya kondo itu masih kosong, belum ada penghuni lagi, tetapi
baru saja siap dibina.
Pada 10/02/2012, saya telah mengikut ibu ke tempat kerja, ibu saya kerja pada sebelah
malam. Malam itu adalah malam Jumaat, bulan mengambang penuh. Untuk pengetahuan,
kondo itu terletak di hadapan Upp Thomson Rd menghadap hutan Old Upp Thomson Rd.
Pada malam kejadian, ibu saya bersama dengan Uncle Henry iaitu penolong penyelia pergi
meronda kawasan kondo pada pukul 1:00 pagi. Ibu nak ajak saya sekali tapi saya kata
takpelah, saya lebih suka duduk di pondok pengawal seorang diri, lagipun ibu saya tak pergi
jauh sangat.
Sebenarnya malam itu ada lima orang pengawal yang bertugas. Ibu saya penyelia, Uncle
Henry penolong penyelia dan tiga orang pengawal lain. Masa itu tiga-tiga orang pengawal
yang lain pergi berehat di bilik rehat. Tinggallah saya seorang diri di dalam pondok pengawal
bermain permainan komputer. Saya tak rasa takut kerana pondok itu betul-betul terletak
menghadap jalan raya.
Tiba-tiba, saya rasa seram sejuk yang teramat sangat dengan tak sengaja macam terpanggil
saya menoleh ke sebelah kanan jalan yang ada sebatang pokok besar. Betul-beul sebelah
pondok pengawal. Jauhnya agak-agak 5 meter saja. Saya terperanjat, jantung saya macam
nak tercabut, bila saya ternampak lembaga hitam berbulu panjang, besar dan tinggi berdiri di
atas pokok merenung ke arah saya.
Kerana terlalu takut, terus saya masuk bawah meja sambil menutup muka dengan jaket. Ibu
saya datang pun saya tak sedar, badan menggigil ketakutan. Ibu tanya, "Kenapa masuk
bawah meja, menggigil dan muka pucat?" Saya beritahu ibu apa yang terjadi. Bila saya
tengok ke arah pokok, benda itu dah hilang. Kejadian yang menyeramkan ini terjadi lagi
malam itu juga, kira-kira 3:00 pagi.
Saya sakit perut, ibu dan Uncle Henry temankan saya untuk ke tandas yang terletak amat
jauh di Tower Block, 15 minit berjalan baru sampai situ. Dalam perjalanan ke tandas, saya
terasa seperti ada benda di sebelah saya. Tiba-tiba saya melompat masuk ke tengah-tengah
antara ibu dan Uncle Henry. Mereka terperanjat dan dapat merasakan ada sesuatu yang
sedang mengikut kami. Ibu kata, "Jalan terus, jangan toleh belakang." Rupanya benda itu
adalah Kak Pon yang dapat dilihat dari cermin telefon ibu saya. Selepas semuanya dah
selesai, kami bertiga berjalan pulang ke pondok pengawal, tiba-tiba angin bertiup kencang
dan lampu jalan terpadam. Uncle Henry suruh saya jalan di tengah kerana dia bimbang
keselamatan saya. Saya terpekik dan terus lari ke depan apabila ternampak susuk kepala
manusia berambut panjang tanpa badan di atas pokok. Selepas sampai dalam pondok
pengawal, saya tanya ibu, "Apa benda saya nampak tadi?"
Ibu kata, "Benda itu adalah Polong."

Itulah kejadian yang benar-benar berlaku dan tak akan dapat saya lupakan selama hidup
saya, pengalaman yang mengerikan. Terima Kasih kerana sudi berkongsi bersama dengan
pendengar setia MJ12. Insya'Allah kalau ada masa saya akan berkongsi cerita seram yang
saya pernah alami dalam MJ12 yang akan datang.
Saya ingin menceritakan kisah sewaktu menyewa rumah di Sutera Utama, Johor Bahru dua
tahun yang lalu. Anak perempuan kami dua orang; seorang 24 tahun & seorang lagi 20 tahun.
Rumah itu bekas pemiliknya orang Singapura tapi telah menjual rumah itu kepada seseorang
yang berbangsa India di JB. Ruang dalam rumah itu memang besar dan cantik. Rumahnya
tiga tingkat dan mempunyai taman di atas bumbungnya. Di taman itu ada sebuah kerusi
malas dan di sebelah bahagian tembok ada bekas asap hitam. Kemungkinan ia menjadi
ruang untuk bekas tuan rumah menyembahyang. Rumah ini memang cantik, cuma sedikit
kotor dan berhabuk.
Kami ade memanggil seorang pakcik untuk membersihkan rumah itu sebelum kami
berpindah. Apabila kami berpindah masuk, rumah itu kelihatan seperti tidak dibersihkan.
Masih berhabuk dan kotor. Kawasan luarnya nampak seperti temboknya telah dicat semula.
Kami pun bertanya kenapa tidak dibersihkan? Pakcik yang menyelaras kerja-kerja
pembersihan berkata dia ternampak sesuatu di bumbung dan tak boleh meneruskan kerja2
pembersihan. Dia takut.
Kami pun panggil seorang pakar untuk semah & kami suami isteri pun membaca surah Yasin
pada malam pertama & kedua. Bahagian tembok bekas asap kami cat. Malam pertama kami
tidur lambat kerana sibuk memunggah barang & mengemas. Setelah masuk tengah malam,
kami terus berhenti dan tidur kerana kepenatan. Pintu bilik kami tidak tutup kerana anak kami
yang berusia dua puluh empat tahun masih mengemas biliknya. Pintu biliknya pun dia tidak
tutup. Bilik tidur kami di tingkat dua. Malam itu setelah terlelap, tiba2 terdengar bunyi bising di
bumbung seperti orang sedang menarik2 kerusi malas dan menghentakkan kaki ke lantai.
Keesokan harinya, anak saya mengatakan ada ternampak seorang wanita tua sedang duduk
di anak tangga. Rambutnya panjang dan putih. Bajunya pun panjang dan putih. Anak saya
tutup pintu dan terus tidur. Malam2 seterusnya pun kami dengar hentakkan kaki dan bunyi
kerusi ditarik2. Kami tak boleh tidur setiap malam kerana bunyi bising. Saya ada bertanya
seorang kawan India. Katanya itu dewa pahlawan dari India. Dia suruh saya beli tembakau
sentil dan letakkan sedikit2 pada hari Khamis malam Juma'at. Itu makanannya dan dia tidak
akan membuat bising lagi. Suami kata itu bukan budaya kita. Seolah2 kita nak pelihara dia.
Kami tak teruskan.
Kami mula rasa takut dan curiga. Ada juga pernah saya ternampak pada waktu siang, kain
kuning seperti dikibar di bilik bawah. Kami sekeluarga keluar rumah setiap hari dari 6 pagi
sampai sekitar 10 malam. Maklumlah hari2 tempuh kesasakan lalulintas di Koswe. Tapi bilk
mandi kami ketika pulang selalu basah seperti ada orang yang baru habis mandi. Setiap
malam anjing jiran kami akan menghadap ke rumah kami dan menyalak sekitar 2-3 pagi.
Lama2 saya rasa takut & mula nampak imbasan2. Kerana tidak tahan, kami pun pindah ke
rumah lain hampir setahun tinggal di situ...

Nama saya Din, saya ingin menceritakan kisah yang berlaku pada saya dan rakan-rakan
semasa menjalani perkhidmatan negara pada tahun 2001 di Akademi Lama Polis.
Kami kerap diganggu pada waktu tidur seperti mendengar bunyi kanak-kanak bermain guli,
penampakan di billik mandi dan juga rakan yang menceritakan penampakan wanita berbaju
putih duduk dan merenung ke arah saya yang sedang tidur tapi yang pelik hanya saya
seorang yang tak mengalami apa-apa gangguan mungkin kerana saya mengikut pesanan ibu
untuk meletakkan buku Yasin di bawah bantal.
Pada suatu malam sedang kami sedang menggilap kasut, tiba-tiba rakan berbangsa Cina
bangun pukul satu pagi lalu keluar dari barrack terus ke bilik mandi. Lama betul, ada sekitar
setengah jam dia kembali dan terus menendang rakan sekatilnya lalu memaki hamun. Kami
yang lain membantu untuk menenangkan keadaan dan menyuruh dia tidur semula.
Keesokan harinya kami bertanya apa yang berlaku dan terperanjat bila beliau menceritakan
bahawa rakan yang ditendang telah mengejutkannya, suruh temankan ke tandas. Selepas itu
dia menceritakan yang rakannya telah meninggalkan dia seorang diri di tandas tanpa
memberitahu beliau dia hendak kembali ke barrack. Kami sebenarnya nampak beliau keluar
sendirian... Siapa yang kejutkan beliau???
Di sini saya ingin menceritakan tentang pengalaman yang menyeramkan, menakutkan dan
membingungkan. Perkara ini terjadi pada tahun yang lalu sewaktu saya sekeluarga menyewa
rumah empat bilik dari kawasan perumahan di Teck Whye. Keluarga kami tidaklah begitu
ramai. Saya, isteri dan tiga orang anak kecil tidur di bilik tidur utama. Abang saya pula tidur di
salah sebuah bilik. Pembantu rumah kami tidur di ruang tamu. Pada mulanya kami tinggal di
situ sekitar tiga bulan, tiada apa-apa kejadian yang aneh berlaku. Sehinggalah pada suatu
hari pembantu rumah mengadu kepada saya bahawa dia sering terjaga pada waktu malam
antara satu lebih pagi.
Pembantu menceritakan apabila dia terjaga seolah-olah seperti dikejutkan dan bila dia sudah
terbangun, matanya celik dan tidak rasa mengantuk pun. Pembantu melihat sekeliling ruang
tamu dan tidak melihat apa-apa pun, sampailah dia terperanjat apabila terlihat di sudut
penjuru belakang pintu utama, dia ternampak ada seorang wanita tua berpakaian putih
bercampur kekuningan seperti kain putih yang berkotoran dengan tanah. Rambutnya juga
seperti beruban rebang di kepalanya. Wanita tua itu cuma berdiri tegak tidak bergerak sesaat
pun. Lalu pembantu sempat membaca Ayatul Kursi dan wanita tua itu hilang secara perlahanlahan. Dalam masa seminggu pembantu mengalami perkara yang sama sehingga dia
menceritakan sendiri kepada saya.
Perkara aneh ini menjadi perhatian kami dan saya sekeluarga mengambil keputusan untuk
tidur di luar. Ruang tamu di rumah ini ada dua bahagian dan sungguh besar, ketiga-tiga anak
kami tidur bersama pembantu di bahagian ruang sebelah pintu dan saya dan isteri tidur di
ruang sebelah tingkap. Isteri tidur di atas sofa dan saya pula tidur di bawah tingkap
menggunakan tilam. Pada mulanya kami semua tidur seperti biasa dan kali ini saya pula yang
terjaga. Lalu saya melihat telefon bimbit, waktunya 2.30pagi dan setelah itu saya melihat
kesemua arah di dalam ruang tamu dan tidak melihat apa-apa pun yang aneh. Bila saya
sedang pandang ke arah ruang tamu, posisi badan saya mereng ke sebelah kiri.

Secara tiba-tiba saya terasa seperti ada orang baring di sebelah saya. Pada mulanya saya
teringat mungkin isteri telah mengalih tempat dari atas sofa ke tilam saya. Tetapi anggapan
saya salah setelah saya ternampak isteri saya masih terlena tidur di atas sofa dari pancaran
kaca televisen. Dengan tidak membuang masa, saya hayunkan lengan saya ke muka benda
itu dan benda itu terus langsung merangkak dan menolak kaki saya dan terus tembus masuk
ke dinding bawah tingkap. Saya sempat melihat benda itu warnanya hitam legam dan
berambut panjang. Susuk badannya merupakan seorang wanita.
Pada keesokan malam, perkara yang sama berlaku ke atas diri saya. Kali ini apabila saya
terjaga, benda itu sudah pun duduk bersila di atas tilam sebelah saya. Saya terperanjat dan
langsung menendang benda itu dan kali ini, benda itu melawan dan mencengkam kaki saya
dengan jari kukunya. Kemudian saya tarik rambutnya dengan menggunakan tangan. Benda
itu terus hilang dari genggaman seperti lilin yang cair. Kejadian itu berlaku terlalu cepat. Saya
tidak menceritakan hal ini kepada isteri, khuatir nanti dia akan teringat-ingat.
Keesokkan malam saya beralih tempat, kali ini saya tidur di atas sofa dan isteri pula tidur di
bawah tingkap. Pada malam itu saya tidur ayam-ayam sahaja kerana saya hendak perhatikan
apa pula yang datang kali ini. Pejam celik pejam celik tiada apa yang berlaku, tiba-tiba isteri
kejut, Bang, tengok siapa yang duduk di kerusi meja makan tu? Saya tidak lihat apa-apa,
tapi isteri saya yang dapat melihat. Kata isteri bendanya warna hitam dan rambutnya panjang
ke lantai. Benda itu sedang duduk di kerusi meja makan dan pandang ke arah dinding.
Apabila saya hendak bangun benda itu hilang perlahan-lahan kata isteri.
Saya bertambah musykil dan ingin tahu apakah benda itu mahu. Lalu saya memberitahu
saudara-mara dan sahabat tentang benda itu. Berbagai-bagai komen yang diberikan. Salah
seorang anggota keluarga mahu cuba bertemu dengan benda itu, kononnya dia mahu
melihat benda itu. Kami pun merancang dan seramai tujuh orang lelaki tidur di rumah saya.
Kami membahagikan tempat, ada yang tidur di tepi pintu, ada yang tidur di tengah-tengah
ruang tamu dan sebagainya. Saya tidur di tepi sofa. Adik saudara saya menepuk bahu saya
beberapa kali. Saya terjaga dan melihat posisinya dalam keadaan tiarap dan kepalanya
menjenguk lihat di belakang saya sambil berkata, Bang, ada orang tengok kita bang! Bila
saya toleh belakang dan lihat, Masya-Allah!!! Benda itu memang menjengukkan kepalanya
sahaja, rambutnya punyalah panjang terhurai hingga ke lantai. Saya terus bangun dan benda
itu hilang dari pandangan. Adik saudara saya terus menangis seperti anak kecil mungkin
disebabkan terperanjat. Kejadian berlaku sekitar 3.50pagi.
Saya dapat merasakan siapa saja yang tidur di bawah tingkap itu akan diganggu. Dan tak
pasti lagi kehadiran benda itu. Setelah selang beberapa hari ada seorang teman
memberitahu kami bacalah beberapa potong ayat suci ke dalam air ataupun garam dan cuba
renjiskan seluruh rumah. Kami lakukan seperti yang diajarkan dan menggunakan garam
jantan ditabur sekeliling rumah. Setelah selesai upacara pada malam tersebut sekitar jam 11
malam, kami dapati ada semacam pasir halus dan mungkin juga seperti habuk. Warnanya
kekuning-kuningan dan tiada bauan seperti apa yang anda lihat gambar2 yang telah saya
sertakan.
Saya kutip habuk itu dan disimpan di dalam botol. Kesokkan hari, habuk itu masih di dalam
botol. Sepanjang hari ke petang, habuk itu masih di dalam botol. Selepas saja waktu
Maghrib, habuk itu sedikit pun tidak kelihatan di dalam botol itu lagi, yang ketinggalan hanya
wap seperti peluh. Sungguh misteri dan membingungkan bagaimana ianya hilang. Ramai

yang datang menolong untuk keluarkan benda ini tetapi mungkin belum ketemu jodohnya
untuk pulih. Kami masih tinggal di situ kerana masih mempunyai kontrak. Setelah kontrak
habis, kami akan berpindah ke kawasan lain.
Nama saya Aqilah. Pengalaman ini berlaku setahun dua yang lalu di dalam rumah saya yang
di kawasan Pasir Ris.
Saya memang gemar tidur pada waktu malam kerana ini adalah waktu untuk saya
beristirehat dengan menonton televisyen sebelum tidur. Pada hari itu, ibu bapa saya telah
membeli makanan dari restoran makanan segera "KFC" untuk makan malam kami
sekeluarga. Dipendekkan cerita, malam itu saya sedang menonton filem "Kallang Roar" yang
telah dirakam oleh adik saya. Waktu sudah pun melepasi 12 tengah malam, agak-agak pukul
12.30 malam. Ibu saya sedang duduk di sofa hadapan saya, khusyuk menaip di komputer
ribanya kerana sedang menyelesaikan kerja pejabatnya. Setelah habis, dia pun beredar dari
ruang tamu, tetapi saya tidak mengendahkannya. Tidak tahu jika dia masuk bilik tidur atau
apapun. Saya sedang khusyuk menonton rancangan televisyen itu.
Selepas beberapa minit, saya perasan ada lembaga sedang duduk di kerusi meja makan.
Waktu sekitar satu pagi ketika itu. Di atas meja makan terletak ayam "KFC" yang tidak dapat
kami habiskan. Saya tidak menoleh untuk melihat lembaga itu, sekadar dari tepi mata sahaja
saya perasanlah ada seseorang duduk di situ. Saya tidak mengesyaki apa-apa pun, saya
sangka itu ibu yang telah beredar dari ruang tamu beberapa minit lalu. Gerak-geri ibu seperti
sedang memakan ayam "KFC" yang belum habis itu.
Setelah menonton aksi "Dollah Kassim" dalam filem itu, saya pun bertanya kepada ibu dalam
Bahasa Inggeris (keluarga saya berbahasa Inggeris di rumah), "Ma, is this true? The
Singapore team was really this good last time?" Ibu tidak jawab. Dia masih kelihatan seperti
sedang makan. Saya menunggu tetapi tetap tiada jawapan dari ibu. Saya kembali menonton
filem itu, tidak terus bertanya kerana mungkin ibu tidak mahu diganggu apabila sedang
makan. Saya tidak melihat ke arah meja makan, mata hanya tertumpu pada skrin televisyen
sahaja, tidak mengendahkan lagi ibu yang sedang makan. Selepas habis rancangan itu, saya
beredar ke bilik untuk tidur. Bila hendak ke bilik, ibu sudah tidak ada di meja makan. Saya
sangka ibu sudah masuk bilik untuk tidur.
Keesokan harinya, saya bertanya kepada ibu, "Ma, after you finished your work, where did
you go?" Ibu memberitahu saya yang dia masuk tidur selepas habis kerjanya. Saya musykil.
Bertanya lagi kepada ibu, "Huh you weren't at the dining table eating the leftover food?"
Wajah ibu hairan. Memang, kata ibu, dia terus pergi tidur selepas habis dengan kerjanya.
Saya terdiam. Jadi, apakah lembaga itu? Nasib baik "dia" tidak menjawab. Mungkin ini adalah
sebab orang-orang tua kata, makanan jangan ditinggalkan di atas meja, harus disimpan.
Salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin berkongsi satu cerita yang pernah saya dengar
dari ibu saya. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Malaysia pada tahun 1960an
semasa ibu saya masih remaja. Ini adalah cerita benar dan sama sekali bukan sebuah
rekaan.
Kejadian ini berlaku pada salah seorang saudara ibu saya. Namanya Nek Siti. Nek Siti adalah
seorang penjual Nasi Lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu. Tiap-tiap hari Nek Siti

akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jarak rumah Nek Siti dan rumah
menantunya lebih kurang 500 meter. Jadi, tiap-tiap hari sebelum Maghrib, Nek Siti akan ke
rumah menantunya untuk menjaga anak yang baru lahir.
Pada suatu hari, sebelum Nek Siti keluar untuk pergi ke rumah anak menantunya, dia
berpesan pada suaminya, Tok Daud. Katanya "Bang jangan lupa nanti ambil saya pukul 5
pagi". Selepas berpesan, Nek Siti pun menuju ke rumah anak menantunya. Pada malam itu
sedang semuanya sedang tidur, kedengaran suara Tok Daud memanggil Nek Siti.
"Ti oh Ti, Ti!" terdengar suara Tok Daud.
Anak menantunya yang terdengar suara itu mengejutkan Nek Siti yang sedang nyenyak tidur.
"Mak oh Mak, Wak dah datang tu. Oh Mak, bangun" kata anak menantunya.
Nek Siti pun bangun. Tanpa memandang ke arah jam dinding, Nek Siti pun mencapai
selendangnya dan membuka pintu rumah. Ternampak seorang lelaki yang saling tak tumpah
seperti Tok Daud berdiri agak jauh dari pintu rumah itu. Nek Siti pun berjalan mengikut lelaki
yang disangkakan Tok Daud.
Yang peliknya, kali ini Tok Daud berjalan jauh mendahului Nek Siti tanpa berkata-kata. Dia
ada memegang lampu suluh yang agak kecil. Nek Siti yang sudah agak tua tercungapcungap cuba berjalan sepantas Tok Daud.
"Bang, oi Bang, tunggu. Kenapa jalan cepat sangat ?" tanya Nek Siti.
Tiba-tiba lelaki yang berjalan di hadapan Nek Siti itu lenyap dari pandangan Nek Siti.
Alangkah terperanjatnya Nek Siti. Nek Siti menjadi takut dan kakinya menggeletar. Dia pun
menguatkan dirinya dan berjalan pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan tempat
kejadian.
Nek Siti mengetuk pintu sekuat yang dia mampu dan berteriak memanggil suaminya Tok
Daud yang rupa-rupanya sedang nyenyak tidur di dalam rumah. Rupa-rupanya jam baru
pukul 3 lebih pagi dan lelaki yang menjemput Nek Siti itu bukanlah Tok Daud. Khabarnya,
Nek Siti terus demam dan tidak dapat berniaga di sekolah selama beberapa hari.
Wallahualam.
Terima kasih dan Selamat malam KC dan pendengar MJ12...
Saya harap agar semua wanita berhati-hati ketika berada di tandas awam ketika datang
bulan.
Nama saya Sha Bee dan perkara ini terjadi beberapa tahun yang lalu di East Coast Park.
Pada waktu itu, saya berserta beberapa orang teman pergi overnight di salah sebuah
kawasan di East Coast Park. Pada malam itu, salah seorang teman saya sedang datang
bulan. Ketika kami sedang berborak-borak, teman saya yang datang bulan itu memberitahu
kami bahawa dia sakit perut. Saya pun menemaninya ke tandas dan kelihatan seperti dia

sudah tidak tahan lagi. Tanpa membuang waktu, apabila teman saya masuk ke dalam tandas,
dia terus menanggalkan seluar jeans serta celana dalamnya dan menggantungnya di
belakang pintu tandas yang dia masuk. Saya pun tunggu di luar, maklumlah, dia kan nak
buang hajat besar. Selama saya menunggu di luar, tiada sesiapa pun yang memasuki tandas
dan ketika berada di dalam, semua seperti tiada orang sebab memang tak dengar bunyi apaapa.
Tiba tiba saya terdengar suara teman saya memanggil saya. Saya pun masuk ke dalam
tandas dan dia memberitahu saya bahawa lampin wanita yang dia gantung di belakang pintu
tandas tadi hilang. Berdiri bulu roma saya bila mendengarnya, teman saya menyuruh saya
untuk mengambilkannya di dalam begnya. Saya tak berani nak meninggalkannya seorang
lalu menelefon teman saya untuk menghantarkannya. Tiba tiba saya terdengar bunyi yang
amat menyeram kan. Bunyinya sama seperti di dalam filem hantu apabila benda itu
memakan sesuatu dengan cara yang rakus. Maaf, itulah gambaran bunyi yang dapat saya
terangkan sebab susah saya nak jelaskan.
Apabila dua orang teman sampai, saya pun memberikan lampin wanita ke teman saya yang
di dalam tandas itu. Bunyi yang saya dengar seperti datang dari tandas sebelah hujung. Saya
pun memberanikan diri untuk melihat kerana inginkan kepastian. Alangkah terperanjatnya
saya!!!! Ternampak ada makhluk seperti Pontianak sedang memakan lampin wanita teman
saya. Saya hentak pintu teman saya sambil menyuruhnya keluar. Kesian kawan saya kelamkabut di dalam ketakutan sebab dia tahu yang saya ni amat sensitif dengan benda-benda
begini sebab saya senang nampak. Kawan saya tak sempat cuci tangan terus lari keluar
dengan saya. Seorang lagi teman saya yang sedang berdiri dengan teman lelakinya di luar
pun ikut lari juga.
Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan, bila teringat ketawa juga, sebab teman saya tak
cuci tangan. Menurut teman saya, dia tidak mendengar apa-apa tetapi ketika berada di dalam
tandas, dia rasa sangat sejuk dan seperti nak pitam...
Saya Zack dari Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, yang berada di Pontian, ingin berkongsi satu
kisah yang saya alami sendiri. Saya ada seorang rakan bernama Jonel, dia adalah rakan
sebilik saya. Jonel terpaksa pulang ke rumah kakaknya di Melaka karana sakit katanya.
Kemudian selepas dua hari, Jonel kembali pulang ke kolej untuk menghadiri kuliah seperti
biasa. Saya tegurlah dia seperti biasa dan bertanya adakah dia sudah sihat? Jonel menjawab
yang dia biasa-biasa sahaja. Jadi selama dua hari saya makan, pergi ke kuliah, berborak,
dan tidur sebilik dengan dia seperti biasa.
Keesokan harinya saya bangun dari tidur dan Jonel sudah tiada di katilnya. Mungkin dia pergi
makan agaknya. Selepas saya mandi, saya mendapat panggilan dari pensyarah saya.
Pensyarah saya bertanya "Zack, Jonel ada pergi ke kuliah bersama kamu kan?" Saya jawab,
"Ya, ada. Kenapa encik?" Jawab pensyarah saya, "Sebenarnya Zack, baru sebentar tadi
kakak Jonel menelefon saya dan meminta maaf kerana Jonel tidak dapat hadir ke kuliah dua
hari lepas..." Saya sangat terkejut mendengar berita itu, lalu saya menelefon kakak Jonel
untuk memastikannya. Benar!!! Kakak Jonel berkata Jonel tidak hadir ke kuliah kerana
terkena gangguan. Malah kakak Jonel berkata Jonel sentiasa duduk bersendirian di dalam
bilik air dalam keadaan gelap.
Jadi siapa yang menemani saya di kolej selama dua hari itu??? Sehingga sekarang saya

runsing!!!
Nama saya Nyai Kembang, saya tinggal di kawasan Whampoa. Saya ingin menceritakan
pengalaman saya ternampak Hantu Penanggal. Kisah ini terjadi tahun lepas, beberapa
malam sebelum kejadian itu, bila masuk waktu Maghrib saja, akan terdengar suara bayi
menangis tak henti-henti. Kalau berhenti menangis pun sekejap saja, selepas itu ia akan
menangis semula. Untuk pengetahuan umum, rumah saya terletak di tingkat satu menghadap
lif dan tidak jauh dari peti surat.
Satu malam, saya terjaga dari tidur sekitar jam dua pagi bila terdengar suara bayi menangis
lagi. Oleh kerana saya nak tahu dari arah mana bunyi tangisan bayi itu datang, saya
membuka pintu hadapan sambil menyarung selipar dan saya berdiri di hadapan pintu. Suara
tangisan bayi itu makin kua. Tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu datang dari arah peti
surat, saya sangkakan ada orang yang sedang membuka peti surat di situ tetapi bunyinya
lain macam, seolah-olah peti surat itu diketuk-ketuk. Bila saya jalan melepasi tembok di tepi
peti surat itu, alangkah terperanjatnya saya!!!
Ada kepala di atas peti surat itu dengan usus dan perutnya yang terjuntai ke bawah. Saya
beristighfar dan menyebut "Allahu Akbar" berulang kali. Tiba-tiba makhluk itu terbang ke atas
dan terus hilang dari pandangan. Suara bayi menangis masih tak berhenti juga. Saya pasti
apa yang saya ternampak di atas peti surat itu, dalah makhluk Penanggal.
Sekian terima kasih dan selamat tengah malam,
Buat DJ KC yang saya hormati, pendengar dan penggemar MJ12. Nama saya Didi. Ingin
saya ketengahkan sebuah kisah yang benar-benar terjadi kepada diri saya ketika saya
berusia belasan tahun.
Sekitar tahun 2000, saya dan dua orang teman, Hafiz dan Wan, telah menaiki kereta, pergi ke
salah sebuah tanah perkuburan di Singapura. Motif kami semua, bukan untuk "adventure"
atau jalan-jalan. Salah seorang teman saya ni penuntut ilmu hitam. Kalau ilmu yang baik,
takkan sampai ke kubur pulak kan? Pada mulanya, saya tak ada perasaan takut atau gelisah.
Saya rasa macam biasa saja. Kami ke sana sekitar jam 8-9 malam.
Kawan saya Hafiz, belajar ilmu ini dari seorang pakcik yang boleh dikatakan terkenal juga
pada tahun itu. Ramai budak-budak samseng mengambil ilmu penggerun, ilmu pendinding,
ilmu penumbuk, ilmu kebal, ada juga ilmu pemikat perempuan. Kawan saya ini ambil ilmu
pendinding. Tetapi ilmu pendinding yang diberi dan dituntut oleh kawan saya ini, terus terang
saya katakan, ilmu yang terpesong.
Hari itu hari Khamis malam Jumaat, masih saya ingat lagi. Si Hafiz meminta saya dan Wan
temankan. Bila kami tiba, sekeliling semua sudah gelap, cuma cahaya bulan saja yang
menyinari kegelapan malam itu. Waktu itu kami tidak mempunyai perasaan takut. ''Eh, kalau
apa2 terjadi, jangan tinggalkan aku eh...!!!'' kata Hafiz. ''Engkau tu yang jangan tinggal kan
kita...'' kata Wan sambil kami ketawa. Hafiz keluarkan beberapa batang Pati, sebotol air, dan
sebagainya dari beg.
''Aku duduk sini, kamu duduk sebelah aku," kata Hafiz. Kami pun buat apa yang disuruh.

Saya tengok Hafiz masa itu sedang khusyuk membaca ayat yang saya dan Wan tidak pasti
apa yang dia baca. Proses ini memakan masa yang agak lama, sampai saya dan Wan naik
mengantuk dibuatnya. Penat ada, marah pun ada. Dalam keadaan saya dan Wan berbisik di
antara kita, demi tuhan, kami bertiga terdengar seperti seorang budak kecil, sedang ketawa
seolah2 geli hati. Sama macam seorang budak kecil ketawa! Saya tengok Wan, Wan tengok
saya. Hafiz pulak tertanya, ''Eh....!!! Biar betul ni...!!??" Pertama kali dalam hidup saya, saya
tak boleh begerak, bukan dikunci, tetapi kerana terasa badi!!! Lat beberapa minit, bunyi
ketawa itu berada di tempat lain pula. Umpama benda ini mampu bergerak ke sana ke sini.
Hafiz menyuruh kami ikutnya beredar dari tempat itu. Kami jalan rapat2, bayangkan, keadaan
kubur yang macam itu, tidak ada lampu, kecuali cahaya bulan. Kami meletak kenderaan di
tempat yang pada kami, agak dekat, namun apabila hendak jalan balik, terasa amat jauh.
Kami seolah-olah dikawal. Bile kami lalu di salah sebuah longkang besar, kami bertiga semua
ternampak ada Pontianak sedang berdiri di atas tong sampah berwarna hijau!!! Jarak kami
dan makhluk itu sekitar beberapa tapak saja. Bayangkan, jantung terasa macam nak putus.
Kami pusing balik dan cabut lari. Keadaan sungguh kelam-kabut pada masa itu. Nasib baik
ada kereta lalu, kami menahan sampai pemandu itu naik takut dibuatnya.
Kami meminta tolong dengannya menghantarkan kami ke tempat kami meletakkan kereta.
Saya beritahu pemandu itu apa yang terjadi apabila dia bertanya kenapa kami seolah2
tergesa2. Tak sampai beberapa minit, kami pun sampai di tempat kami meletakkan kereta.
Pemandu itu pun sebenarnya, sedang berpusing2 dengan isterinya. Selepas mendengar
cerita kami, dia pun ikut kami keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.
Sampai saja kawasan rumah kami, Wan & Hafiz naik rumah saya. Semua takut hendak balik
rumah masing2. Dalam masa seminggu kemudian, saya dan Wan dapat berita dari ibu Hafiz
mengatakan Hafiz jatuh sakit yang tak dapat dikesan oleh doktor. Kami pergi menziarah
Hafiz. Sedih sangat keadaannya. Badan Hafiz, kurus sangat. Matanya seperti hendak
terkeluar, kulitnya kering, kukunya hitam, rambut keguguran. Dalam masa seminggu saja!!!
Tak lama kemudian, Hafiz kembali ke Rahmatullah pada tahun April 2000, akibat
perbuatannya yang memuja makhluk itu. Saya dan Wan, bernasib baik tidak mengalami
keadaan sama seperti Hafiz. Itulah kisah saya. Sekian. Wasallam...
Terima kasih saya ucapkan kerana mengetengahkan pengalaman saya. Nama saya Lyz.
Pengalaman saya sewaktu saya berumur 12 tahun. Pada waktu itu saya masih tinggal di
rumah kampung belum ada lagi bekalan elektrik, bersama ibu-bapa dan abang saya. Rumah
saya pula paling hujung jaraknya, kurang lebih 500m dari rumah penduduk lainnya, dan harus
melewati longkang besar sebelum mmasuki halaman rumah saya. Saya punya seorang jiran
yang rumahnya bersebelahan dengan saya, maklumlah jiran saya ini orang berada,
rumahnya besar tetapi hanya dihuni oleh seorang nenek yang sudah tua. Anak2 jiran saya itu
sudah ada rumah masing2 sehingga pada suatu hari jiran saya ini meninggal dunia, tiada
sesiapa yang tahu. Bahkan ketika meninggal dunia pun, posisi jiran saya ini sedang terduduk
di kerusi menghadap luar rumah. Memang kasihan.
Setelah beberapa minggu jenazah dikebumikan, pada satu malam, saya bergaduh dengan
abang saya. Saya tahu abang saya hendak memukul saya, akhirnya saya lari dengan pantas
dan memanjat pohon belimbing (star fruit) yang ada di depan rumah saya. Abang saya tak
tahu saya sedang bersembunyi di atas pohon. Setelah abang saya masuk kembali ke dalam

rumah, mula lah mata saya berkeliaran lihat kiri kanan, atas bawah, ke sungai yang jaraknya
200m dari rumah saya, sehingga ketika mata saya memandang ke arah runah jiran saya
yang sudah tidak berpenghuni itu, hairan bila saya ternampak ada susuk tubuh sedang duduk
di atas kerusi di mana jiran saya yang meninggal. Sosok itu sedang merenung tajam ke arah
saya, seakan-akan benda itu tahu saya sedang memandang ke arahnya.
Saya pun mula menggigil ketakutan apabila benda itu dengan perlahan-lahan berdiri dan
berjalan seolah-olah hendak keluar. Saya pun menjerit. Apalagi, saya langsung loncat dari
atas pohon hingga kaki saya berdarah kerana jatuh dan terkena batu. Setelah kejadian itu,
saya jadi semakin takut dan terbayang-bayang benda itu, akhirnya saya memutuskan untuk
tinggal bersama nenek saya yang rumahnya berdekatan dengan ramai penduduk lainnya. Itu
saja pengalaman saya, terima kasih dan saya minta maaf kalau ceritanya tidak seram...
Nama saya Syida. Umur saya 18 tahun. Saya ingin menceritakan pengalaman ngeri tentang
nyai saya. Setahun yang lalu bapa membawa nyai tinggal bersama kami. Nyai tidur sebilik
dengan kakak dan saya. Ibu memberitahu saya bahawa nyai pernah menyihir ibu kerana
perasaan dengki. Nyai benci dengan ibu sehingga dia menyihir ibu dan membuat hidupnya
merana. Bukan itu sahaja, saya juga dapat tahu bahawa nyai mempunyai SAKA. Saya tak
tahu kalau nyai masih menyimpan sakanya itu, tetapi setiap malam kalau saya masuk bilik
ingin tidur, tepat pada 12 malam, nyai akan tidur di depan pintu, lalu dia akan membuat
bising. Dia kata dia selalu PANAS, dan kemudian dia menangis.
Dia juga akan melafazkan perkataan yang sukar untuk difahami. Katil saya berdekatan
dengan tingkap yang harus dibuka kerana bilik tu bau busuk sekali. Entahlah kalau nyai yang
bau busuk, ataupun bilik saya memang busuk. Tapi nyai saya akan selalu bangun dari
katilnya dan duduk menghadap tingkap itu lalu mengatakan perkataan yang sukar untuk
difahami. Kakak saya pernah bermimpi, bahawa nyai dan seekor kucing hitam duduk di atas
tingkap itu lalu memandangnya dengan pandangan yang amat menakutkan. Nyai juga gemar
mengulas jari kaki saya dan ketawa sendiri.
Ibu saya pun selalu memarahi nyai saya, tapi nyai saya tak mahu mengaku. Saya tak tahu
nak buat apa. Perkara ini sudah lama berlarutan. Apa yang harus saya lakukan? Apa nyai
saya masih menyimpan sakanya itu dan ingin memberinya pada saya? Saya sudah bertemu
dengan seorang pakar, tetapi sukar untuk dia semah rumah saya kerana bapa saya tidak
percaya dengan perkara karut ni. Maklumlah, dia sayang dengan ibunya.
Terima kasih dan selamat malam...
Saya ada pengalaman yang hendak diceritakan kepada pendengar-pendengar Misteri Jam
12. Tujuan saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan sesiapa. Nama
saya Naz, saya berasal dari sebuah daerah di Johor. Pengalaman yang ingin ceritakan ini
berlaku pada beberapa kawan saya.
Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta kawan-kawan sedang meniti
alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan
Oktober pada tahun itu, saya dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian
salah seorang kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung. Bila dapat
berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana
selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, saya


serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan
untuk disemadikan. Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah
seorang kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada
nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal
di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310
sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang
ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.
Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan adalah "SIM
Card" di dalamnya. Sebab nombor saya serta kawan-kawan yang lain ada tersimpan di
dalamnya. Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari arwah kawan saya meninggal, salah
seorang kawan saya yang bernama Mat telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din
yang telah hilang tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon
itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah kawan saya yang
meninggal dunia hari itu.
Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah arwah. Bukan Mat
sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi kawan saya juga telah mendapat
panggilan telefon itu. Arwah mengatakan dia akan menunggu kami datang di tempat yang
biasa kami berjumpa setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut
kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu. Sebulan selepas itu tiada
lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga
roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Saya Syanaz. Orang yang sudah dewasa dan waras dan tahu akan perkara yang syirik, saya
seperti tidak percaya apabila mengimbas kembali perkara misteri yang pernah saya alami
ketika saya kecil dahulu.
Ini adalah pengalaman saya, sehingga sekarang saya tidak boleh lupakan. Suatu ketika dulu,
semasa saya kecil, saya sering bermain dengan jiran saya di halaman koridor rumah. Ketika
itu tahun 80-an. Hampir senja, emak saya pun pulang dari kerja, dia membawa balik kawan
kerjanya bersama. Saya dan jiran saya yang bernama Lyn pun salamlah makcik itu. Kakak
saya yang berada di dalam rumah, keluar menyambut kepulangan emak. Tapi kami perasan
kawan emak saya ni cara dia salam dan tengok muka kami lain macam saja. Hingga jiran
saya Lyn beliakkan matanya kepada saya, memberi isyarat bahawa dia rasa sama tidak
selesa seperti saya.
Sedang seronok bermain, tiba-tiba kawan emak saya menurun. Dia marah-marah, jerit-jerit
dan mengerang-ngerang. Sesekali menyembur-nyembur. Apalagi, saya dan Lyn
terperanjatlah. Kami hendap ke dalam rumah melalui tingkap. Kami nampak ada bungabunga, limau purut dan kemenyan berasap. Makcik itu pun ada makan bunga-bunga itu. Kami
lantas berhenti bermain. Lyn pun balik ke rumahnya. Kemudian, bapa saya balik dari kerja.
Bapa saya terperanjat apa yang dia lihat di depan muka pintu, tetapi dia diamkan diri dengan
muka yang masam. Kawan emak saya itu menyapa bapa saya dengan suara yang garau dan
sangat menyeramkan, "Cik Ahmad, saya tahu awak tak suka akan kehadiran saya..." (diiringi
bunyi mengerang). Setelah selesai, makcik itu pun pulang. Dia berkata kepada emak saya

jangan risau, malam ini juga "Si Polan" akan diajar secukup-cukupnya. Saya dengar lalu
terpinga-pinga apa maksud makcik itu dan lalu menanyakan emak saya. Emak marah saya
dan suruh diam jangan tanya apa-apa pun. Saya dan kakak saya rasa sungguh pelik.
Setelah makcik tu beredar, bapa saya memarahi emak saya kerana membuat perkara yang
syirik. Mereka kemudian bertekak. Tiba-tiba kawan emak saya tadi muncul di depan pintu
rumah. Kami semua terperanjat. Makcik itu dengan suara yang garau, menegur bapa saya.
Dia cakap bapa saya tak boleh marah emak saya, emak saya tidak memanggil dia datang
tetapi dia yang ikhlas nak tolong emak saya. Selepas itu dengan sekelip mata, makcik itu pun
hilang.
Dipendekkan cerita, pada sebelah malam, tepat jam 12, suatu misteri terjadi. Masa itu saya
dan kakak saya sudah tidur, tiba-tiba kami dikejutkan dengan dentuman yang sangat kuat.
Bunyi dentuman tapak kaki seseorang yang sedang berlari. Bunyinya mula-mula jauh, datang
dari arah kiri, selepas itu makin dekat, makin dekat, makin dekat, dekat depan pintu rumah
saya, seperti seseorang dikejar, kuat bunyi tapak kakinya, macam gergasi yang sedang
berlari. Kami rasakan seperti gempa bumi. Selepas itu terdengar jeritan perempuan yang
sangat kuat. Bunyi yang sungguh menyeramkan itu lalu menghala ke arah kanan daripada
kuat lalu dengan perlahan-lahan hingga sampai di rumah jiran saya Lyn, bunyi itu pun hilang.
Saya dengan kakak saya berpeluk ketakutan. Rupanya mak saya pun dengar. Emak saya
buka pintu dan keluar dari biliknya lalu menyuruh kami membaca surah-surah dan tidur
semula. Emak buka tingkap sedikit untuk menjenguk ke luar, saya pun ikut berdiri di belakang
emak, sibuk untuk melihat apa yang terjadi di luar. Tapi tiada apa-apa pun yang berlaku. Saya
lihat di blok depan kami pun sunyi sepi saja.
Keesokan harinya seperti biasa saya dan Lyn bermain. Lyn bertanya kepada saya, adakah
saya dengar apa-apa tak pada malam yang baru berlalu? Dia menceritakan kepada saya apa
yang dia dengar semalam dan mangatakan bahawa adik-beradik dan ibu-bapanya tidak
dengar apa-apa pun. Sesungguhnya, bapa saya pun kata, dia tak dengar apa-apa. Emak
saya cakap cuma orang yang salam kawannya itu sahaja yang boleh dengar. Saya bertanya
kepadanya apa makna semuanya ni? Emak kata bunyi itu adalah musuh di tempat kerjanya.
Dia telah dihapuskan oleh kawan emak saya pada malam itu. Sehingga sekarang saya
musykil. Siapa kawan emak saya itu? Adakah dia "bomoh"???!!!
Malam ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu memancing di Pulau Belakang
Mati. Ianya bermula semasa sekolah penggal ketiga, waktu itu saya sudah pun berada di
menengah 4. Saya serta teman-teman saya bercadang untuk pergi memancing di Pulau
Belakang Mati atau lebih dikenali sebagai Sentosa. Tempat yang ingin kami tujui agak
terpencil dan dikatakan keras juga.
Kami menaiki feri untuk ke Pulau Belakang Mati. Tiba saja di pulau itu, kami terus menaiki
monorel dan terus ke Fort Siloso. Untuk pengetahuan semua, ketika itu laluan terdekat
merupakan jalan yang harus menempuhi curam yang tinggi, yakni tangga besi yang memang
telah berada di pulau itu sejak dulu lagi. Silap langkah boleh membawa maut. Walaupun kami
boleh menyusur tepi pantai tetapi ia lebih memenatkan dari menuruni tangga besi itu.
Sesampainya kami di sana, masing-masing pun melabuhkan punggung di tepi pantai. Tangan

dan muka kami bercalar-calar akibat dicucuk tangkai-tangkai tajam semasa menuruni tangga
besi itu. Dipendekkan cerita kami pun mula memancing. Matahari mulai condong dan
suasana menjadi kelam. Tiba-tiba, joran saya disentap dengan kuatnya, begitu juga dengan
teman-teman saya secara serentak. Tanpa membuang masa kami pun sambar joran masingmasing dan terus menarik ikan itu ke darat. Seronok bila pancingan kami terkena ikan. Ikan
merah pula tu. Walaupun bersaiz sederhana tetapi pancingan kami terus mengena
sehinggakan tak cukup tangan dibuatnya. Sedang kami leka dengan sambutan yang meriah
itu, saya terasa seakan ada sesuatu memandang kami. Saya menoleh ke kanan dan hanya
ternampak seketul batu yang tingginya lebih kurang empat kaki berdekatan dengan tempat
kami memancing. Oleh kerana tiada apa yang mencurigakan, saya teruskan pancingan saya.
Oleh kerana keadaan di situ semakin gelap, kami pun mula memasang lampu di kepala agar
mudah untuk bergerak. Entah mengapa perasaan saya terdorong dengan kehadiran sebiji
mata yang berwarna kekuning-kuningan berada betul-betul di atas batu tadi. Saya pun
menyalakan lampu di kepala saya ke arah biji mata itu, alangkah terperanjatnya saya bila
terlihat sesusuk tubuh sedang duduk di tempat batu tadi, lantas susuk tubuh itu menghilang.
Peliknya ikan merah tak henti-henti menyambar umpan kami dan saiznya bertambah besar.
Saya mula merasa curiga dengan keadaan itu, seperti ada yang tak kena. Teman-teman saya
kesukaan dan tertawa riang dengan hasil tangkapan mereka. Seolah-olah terpukau dengan
serangan ikan merah yang menyerah diri bertubi-tubi.
Saya cuba pagari diri dan minta pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca surah AlIstiadzah, bunyinya begini :"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami)
melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Dengan nama Allah, yang dengan
nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan
ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya dengan berkat doa .... La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah..."
Selesai saja saya membaca ayat ini, ikan yang tadinya datang bertubi-tubi henti dengan serta
merta. Keadaan di sekeliling kami sunyi sepi. Batu yang setinggi empat kaki tadi telah pun
berubah. Seakan membentuk seseorang yang sedang duduk monongkat dagu. Mata yang
kekuningan tadi telah berubah menjadi merah menyala. Tanpa berlengah lagi saya cuit
kedua-dua teman saya agar terus beredar dari situ. Mereka setuju dengan usulan saya dan
terus menyusur tepi pantai. Malangnya perjalanan kami terhalang seperti ada yang menahan
kami dari meninggalkan tempat itu. Saya pun menyuruh teman-teman saya terus membaca 3
"Qul" dengan lantang, diikuti dengan laungan "Allahu Akbar" berkali-kali barulah kami dapat
lepas dari tempat puaka itu. Terdengar suara mendengus dengan garaunya dari belakang
kami namun kami teruskan perjalanan kami. Mujur tiada satu pun di antara kami yang
menoleh ke belakang, jika tidak entah apa akan terjadi kepada kami bertiga, saya pun tak
pasti. Sejak hari yang bersejarah itu, kami tidak lagi pergi memancing di Pulau Belakang Mati.

Cerita ini berlaku seminggu yang lepas pada hari Sabtu malam Ahad. Saya ada pengalaman
yang ingin saya berkongsi bersama pendengar. Nama saya Shana. Ceritanya bermula

apabila abang saya merancang untuk pergi berjalan-jalan pada malam itu. Memandangkan
ada dua kereta pada tika itu, kami sekeluarga pun ikut bersama. Adalah dalam sepuluh orang
yang ikut sama, termasuk ibu saya juga. Tergerak hati saya mencadangkan agar kami pergi
ke Hospital Lama Changi.
Sejurus sampai di sana kami pun meletakkan kedua kereta betul-betul di hadapan pintu
pagar besi hospital itu. Di situ kami semua senyap sambil menantikan, mana tahu ada suara
yang menyeramkan atau sebagainya. Kami sampai di sana sekitar jam 12 tengah malam.
Kami mengambil keputusan untuk beredar dari situ setelah setengah jam berlalu,
memandangkan tiada apa yang dapat kami lihat atau dengar. Sedang kami hendak masuk
kereta, kakak saya terasa ibaratkan ada benda yang dilempar ke arahnya, seolah-olah
macam ranting kayu dari kawasan hospital itu. Kami pun apa lagi, tidak jadi naik kereta
malahan semua keluar semula untuk memerhatikan apa sebenarnya yang telah terjadi.
Sekitar sepuluh minit kemudian, alangkah terperanjatnya kami ternampak susuk badan
wanita berpakaian baju gaun berwarna merah di atas bumbung hospital itu sambil bermainmain bersama rambutnya dengan tangisan yang amat sayu. Beliau seperti memanggil kami.
Aduhai, apa yang menyeramkan lagi apabila kami ternampak dua biji mata berwarna merah
betul-betul di hadapan salah satu kereta kami. Ia kemudian bertukar menjadi seekor kucing,
dan kemudian bertukar menjadi seekor itik yang besar lalu hilang dari pandangan kami
semua.
Kami pun apa lagi, baca apa yang kami tahu dan masuk semula ke dalam kereta dan terus
bergerak dari situ. Seram juga, tapi menambahkan sikit pengalaman kepada diri kita semua...
Nama saya Bob. Saya ada satu pengalaman yang ringkas, terjadi 12 tahun yang lalu. Waktu
itu saya berumur 25 tahun. Waktu bujang lagi dan tiada siapa yang nak halang ke mana saya
pergi. Saya selalu lepak bersama kawan-kawan yang sekepala dengan saya. Salah seorang
kawan saya mempunyai lori sendiri. Kadangkala bersama tiga orang kawan yang lain, kami
suka bersiar-siar sehingga lewat malam.
Pada suatu malam, kami bercadang hendak lepak di pantai Changi. Sebelum itu kami pergi
mengambil dua orang kawan perempuan yang hendak turut serta. Selepas menjemput
mereka kami pun bergerak menuju ke kawasan pantai Changi. Sampai di sana, setelah
meletak lori di kawasan meletak kereta yang paling hujung, kami pun berjalan menuju ke
tempat duduk di tepi pantai. Waktu itu tiada orang di kawasan itu, maklumlah sudah jam 1:30
pagi. Pada hari biasa mana ada orang yang hendak merayap kecuali yang degil macam
kami?
Sambil kami duduk, berbual dan bergurau tiba-tiba salah seorang kawan perempuan yang
bernama Lin bertanya pada saya, "Eh kau pakai minyak wangi apa eh? Wangi betul..." Saya
terdiam sekejap kerana saya tidak suka menyembur minyak wangi kerana hidung yang
sensitif. Saya pun menjawab, "Mana aku ada pakai minyak wangi? Kau ni dah mengantuk
ke?" Yang lain ketawa bila saya jawab dengan selamba. Kami teruskan berbual. Selang
sepuluh minit kemudian, Lin bertanya soalan yang sama. Kali ini saya dah rasa yang ada
benda yang tak kena.
Terus kawan saya yang memandu lori yang bernama Shah mengajak kami beredar dari situ
dengan alasan perutnya lapar. Padahal sebelum menjemput kawan perempuan kami tadi

saya dan Shah pergi makan terlebih dahulu. Dalam perjalanan balik ke lori, Shah menarik
saya ke belakang supaya yang lain berjalan di hadapan dahulu.
Sedang saya dan Shah berjalan dia bertanya pada saya, "Kau tahu tak kenapa Lin tanya
kau?" Saya menggelengkan kepala. Shah sambung, "Sebab di sebelah kau ada 'kakak
cantik' sedang berdiri tengokkan kau. Sebab itu aku ajak kita beredar..." Saya terdiam
seketika. Kawan saya Shah ni memang mempunyai kebolehan melihat dalam perkara ghaib
ni. Wallahu'alam Bissawab...
Nama saya Aza. Saya tinggal di kawasan Punggol. Tiga tahun lepas saya baru berpindah ke
rumah baru. Ceritanya begini. Saya tinggal dengan anak saya yang baru berusia setahun,
dan seorang pembantu rumah yang tidur di bilik berasingan. Pertama kali kami diganggu,
adalah minggu pertama kami duduk di rumah baru kami. Malam itu, suami saya bekerja syif
malam. Tinggal saya dengan anak perempuan saya yang berusia setahun tidur di bilik utama
kami, dan pembantu kami tidur di bilik sebelah. Pada waktu tu sekitar pukul 3 pagi, anak saya
mula menangis. Macam biasalah, saya fikirkan bahawa dia mahukan susu dan sekaligus
saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya.
Selalunya, saya akan bangun dan keluar pergi ke dapur untuk membuatkan susu untuk anak
saya itu. Tapi malam itu, anehnya, saya tergerak hati untuk menelefon pembantu rumah saya
untuk membuatkan susu untuk anak saya, sementara saya akan tukarkan lampin pakaibuangnya. Dia pun mengangkat dan saya menyuruh dia buatkan susu. Dalam seminit
selepas itu, pembantu saya masuk ke bilik saya, memberikan saya botol susu anak saya,
sementara menanyakan saya, Kak Ngah (panggilan nama saya dalam keluarga suami saya)
tadi terlupa tutup radio di luar ya? Saya terfikir sejenak. Sejak bila aku dengar radio di ruang
tamu pulak?, terdetik hati saya. Setahu saya, selalunya sejurus sahaja anak saya tidur, saya
akan menyusul masuk tidur selepas mandi dan solat Isyak. Tak pernah pula saya nak dengar
radio.
Radio, atau lebih tepat lagi, sistem bunyian di ruang tamu saya mempunyai satu fungsi
bernama blueray soundbar yang saya letak di atas dinding, bawah tv. Saya perlu tekan
butang "touchscreen" pada panel sistem itu untuk hidup / matikan sistem itu atau menaikkan /
menurunkan tahap suara. Alat pengawal jauh pula tersemat di dalam bekas yang saya
gantung di lengan sofa sebelah kanan. Pendek kata, tak mungkin sesiapa boleh tertekan alat
pengawal jauh itu dengan sendirinya. Selamatlah saya suruh pembantu buatkan susu, kalau
tak, saya yang lemah semangat ni mesti cuak gila sey!
Selepas pembantu saya memberitahu saya yang radio luar tu bersuara, saya lekas2 suruh
dia keluar balik dan mematikan radio itu. Nasib baik pembantu rumah saya yang saya panggil
Bibik itu tidak takut orangnya dan kuat mengaji di rumah saya itu. Dia pun keluar untuk
mematikan radio itu. Selepas itu saya tak boleh tidur! Saya telefon suami saya dan
memberitahunya tentang hal itu. Suami pula cuba menenangkan hati saya dan berkata,
mungkin sistem bunyian itu rosak. Saya pun membaca Ayatul Kursi, Ayat Tiga Qul dan
hidupkan surah Al-Baqarah di alat pemutar ayat-ayat suci Al-Qur'an dan saya tidur bersama
anak saya.
Keesokan malam, suami tak bekerja. Seperti semalamnya, anak saya menangis sekitar pukul
3 pagi kerana dia hendak susu. Suami keluar pergi dapur untuk menyiapkan susu. Tak

sampai beberapa saat, dia pulang masuk ke bilik semula, dan berbisik, Dee, radio bunyi
lagi... Meremang bulu roma saya. Dia terus keluar dan mengetuk bilik pembantu rumah
saya. Selepas dia kembali memberi botol susu kepada anak saya, kami menyuruh Bibik
duduk menemani anak kami sementara kami keluar untuk periksa keadaan. Apabila kami
hendak keluar bilik menyusul lorong ke ruang tamu, suara radio kedengaran makin
membesar!!! Kami memang rasa amat takut!!! Lagipun sebab beberapa hari sebelum
kejadian ini, pintu utama rumah kami pernah diketuk tapi apabila saya buka, tiada orang!!!
Waktu itu, suami kerje syif petang, dan kejadian terjadi sekitar pukul 11 malam. Saya buka
sebab memang menunggu suami pulang ke rumah pada waktu itu. Bila telefon suami, dia
baru turun MRT di stesen Punggol. Saya dah naik takut jugalah. Apabila suami hendak
masuk ke rumah, dia terhenti di luar koridor kami. Dia memanggil saya untuk keluar
jumpanya. Apa yang kami lihat bertentangan bangunan rumah kami adalah tempat letak
kereta bertingkat. Di tingkat empat bangunan itu, kami lihat lembaga hitam sedang tegap
berdiri di atas bumbung. Lama juga kami perhatikan, sebelum membaca Ayatul Kursi, ayat
Tiga Qul, dan pulang masuk ke rumah kami. Kami akur, mungkin daerah rumah baru tentulah
ada makhluk2 yang menghuni sebelum orang2 masuk berpindah. Kami buat seperti biasa
sahaja. Malam tu pula anak kami tidak boleh tidur betul, tapi kami sangkakan perut kembung.
Kembali kepada kisah awalnya. Kami matikan radio dan mencabut "plug" utama. Suami
mengambil keputusan untuk menghantar balik sistem bunyian itu. Dia beri alasan, fungsi
radio tak boleh tukar ke fungsi lain. Entah apa dia kelentong dengan orang kedai, akhirnya
dia dapat tukar kepada yang baru. Susah juga, sebab kedai tak dapat jumpa sebarang
kerosakan pun. Semenjak malam itu kami akan pastikan bahawa suis utama akan dimatikan
jika kami tidak menggunakan sistem bunyian itu.
Terima kasih KC. Selamat malam, dan assalamualaikum!
Saya "abi-k", saya merupakan seseorang yang sangat penakut, sejak kecil sering diganggu
oleh makhluk halus. Gangguan akhirnya berkurangan setelah saya menjaga solat lima waktu.
Di sini saya ingin berkongsi pegalaman yang berlaku pada akhir tahun 1994 secara ringkas.
Ketika itu saya masih tinggal di rumah mertua yang saya hormati, iaitu di kawasan Marsiling.
Isteri ketika itu baru melahirkan anak pertama kami, masih dalam pantang. Pada malam
kejadian itu, sedang saya berbaring, ketika itu isteri dan anak sedang nyenyak tidur di
sebelah kanan saya. Saya pula berada di sebelah tepi katil berhampiran dengan tingkap. Bilik
kami ini bersebelahan dengan kaki lima. Cahaya dari kaki limalah yang menerangi bilik kami.
Kemudian terperasan di luar ada satu lembaga yang sedang berdiri di sebelah tingkap.
Perempuan hodoh berbaju putih, Pontianak agaknya. Tanpa bersuara atau berbunyi ia masuk
ke dalam bilik dengan menembusi tingkap / dinding lalu berdiri di hadapan katil sambil
merenung ke arah saya. Tiba-tiba ia meletup dan berkecai menjadi debu, kemudian debu tadi
terbang keluar tingkap dan bercantum kembali menjadi satu lembaga yang sempurna seperti
awalnya.
Setelah itu sekali lagi ia menyelinap masuk ke dalam bilik kami dan menjelma lagi di hadapan
katil sambil merenung ke arah saya. Tiba-tiba, ia meletup dan berkecai lagi menjadi debu, lalu
debu tadi terbang keluar tingkap dan sekali lagi ia bercantum lagi menjadi Pontianak semula.

Perkara yang sama berulang sebanyak tiga kali dan setelah kali yang ketiga, makhluk itu
beredar pergi tidak mengganggu lagi. Saat kejadian tersebut berlaku, saya hanya
memerhatikan sahaja, tidak terlintas ketika itu membaca atau berbuat apa-apa.
Mungkin Allah S.W.T. telah memperkenankan doa saya. Di awal alam rumahtangga, saya
sering berdoa agar Allah S.W.T. melindungi kami dan menghancurkan hingga menjadi debu
makhluk-makhluk halus yang cuba mengganggu kami.
Sekian dan terima kasih dan semoga anda semua dilindungi sentiasa...
Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang
lalu. Ia berlaku di kampung saya di Lorong Maidin, dekat dengan MRT Kembangan.
Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya
menjalani upacara berinai dan ia dipanggil "berinai curi" oleh orang-orang dahulu.
Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu
baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke
dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh
kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia
tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik
kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.
Kakak ipar: "Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu
ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu..."
Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang
telah diasah & dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil
menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, "Nak
apa?"
Kakak: "Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok."
Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih & paku yang diasah & dijampi tadi
kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan
mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, "Tak
mahu!! Tak mahu!!!" Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila
kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke
dalam biliknya.
Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di
atap zing rumah kampung kami. 'Itik' itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu
terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke
dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah
'dia' datang untuk mendampingi saya.
Sebagai pegawai keselamatan, ada beberapa pengalaman misteri yang telah saya lalui.
Antara pengalaman-pengalaman itu, kisah seterusnya ini masih segar dalam ingatan saya.

Kisah yang ingin saya ketengahkan terjadi lebih sebelas tahun yang lalu, semasa saya baru
saja berkecimpung dalam pekerjaan sebagai seorang pegawai keselamatan, di sebuah
perusahaan, disingkatkan kepada huruf LSS.
Perkara ini terjadi hanya sebulan selepas saya mula bertugas di kondominium di kawasan
Bishan. Waktu itu saya berumur 21 tahun dan ditugaskan pada syif malam bersama tiga lagi
pegawai yang lain. Kondominium ini terletak di daerah stesen MRT Bishan. Di kondominium
tersebut mempunyai 21 sudut catatan ("clocking checkpoints") yang harus kita buat setiap
malam.
Kisah ini berlaku semasa saya sedang membuat rondaan sekitar pukul 2 pagi. Sudut pertama
bermula di pondok pengawal. Semasa saya menuju ke sudut kedua dan ketiga, saya tidak
rasa apa-apa. Untuk menuju keempat, saya harus melalui di kawasan barbeku yang gelap
kerana lampu di kawasan itu telah dimatikan tepat pada jam 10 setiap malam. Saya terasa
seperti ada yang tak kena, kerana perasaan saya seperti ada orang sedang melihat setiap
gerakan saya. Niat di hati macam nak patah balik, tapi terfikir setiap sudut yang tidak saya
catat rondaan saya, saya akan disaman $10. Mahu tak mahu, saya pun teruskan menuju ke
sudut keempat. Saya mula terasa seperti ada orang sedang mengikuti saya dari tepi. Bila
saya toleh, saya tidak melihat apa-apa. Selepas melakukan catatan, tiba-tiba saya terasa
angin kecil meniup dari sebelah kanan saya. Meremang bulu roma saya tapi saya tidak
melihat apa-apa. Dengan pantas saya pun bergegas ke sudut yang seterusnya.
Jarak sudut catatan keenam dan ketujuh jauhnya sekurang-kurangnya 300 meter. Untuk
pengetahuan para pendengar, saya harus melalui dua gelanggang tenis dan gelanggang golf
kecil untuk sampai ke sudut ketujuh yang ditempatkan di kawasan khemah gazebo. Dalam
perjalanan saya menyeberangi gelanggang tenis itu, saya seperti terhidu bau yang kurang
elok. Saya fikir ada binatang yang mati di kawasan itu, lalu saya pun memanggil pegawai
yang lain melalui alat walkie-talkie tetapi tiada jawapan dari mereka.
Tiba-tiba, dalam jarak saya sekitar 200 meter dari kawasan khemah gazebo, saya terlihat
seperti ada susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di sana. Dalam hati kecil saya, saya
tertanya mungkinkah itu salah satu daripada penduduk kondominium yang sedang
mengambil angin? Setibanya saya di gelanggang golf kecil, bau yang kurang elok itu semakin
kuat! Yang membuat saya hairan, bagaimanakah orang itu sanggup duduk di situ padahal
saya sendiri tidak boleh tahan bau yang teramat busuk itu???
Semakin saya mendekati khemah gazebo itu, saya memandang tajam ke arah orang itu.
Apabila jarak di antara orang itu dengan saya lebih kurang 20 meter, terkejut beruk saya!
"Astaghfirullah..." Orang yang sedang duduk itu berpakaian serba putih dan Masya-Allah,
rambutnya panjang hingga ke lantai menutupi mukanya! Itulah pertama kali saya melihat
benda itu dari jarak yang dekat. Lutut saya terasa longgar dan jantung saya berdegap-degup
dengan kuat! Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya pada waktu itu. Kali kedua saya cuba
memanggil pegawai di pondok, tetap tiada jawapan dari mereka.
Yang membuat saya seram ialah untuk membuat catatan di sudut seterusnya, saya harus
melintas lalu sebelah si dia!!! Hendak tak hendak, mahu tak mahu, saya terpaksa cekalkan
hati dan terus jalan tanpa memandang balik ke arah kakak cantik itu. Bau bangkai semakin
dahsyat sehingga saya tidak dapat menahan. Lepas saja membuat catatan dan tanpa berfikir

panjang, saya terus cabut balik ke pondok pengawal tanpa menghabiskan di sudut yang lain.
Sampai saja di pondok pengawal, saya pun memberitahukan kepada penyelia yang saya
tidak dapat melanjutkan rutin catatan itu.
Yang peliknya, penyelia saya itu tidak bertanya panjang dan seperti sudah faham apa yang
saya baru melalui. Selepas kejadian itu, satu minggu saya tidak dibenarkan pergi untuk
membuat rutin catatan. Lima bulan saya bekerja di kondominium itu, sebelum saya
dipindahkan ke tempat baru. Untuk pengetahuan para pendengar, khemah gazebo ini seperti
pondok kecil yang terletak di hujung kawasan kondominium itu. Sekarang dah sebelas tahun
saya bekerja sebagai pegawai keselamatan, 6 tahun syif malam dan 5 tahun syif pagi di
perusahaan yang sama.
Nama saya Azman. Pada satu malam saya tidak boleh tidur. Biasanya bila tak boleh tidur,
saya akan keluar dari bilik untuk merokok sebatang dua di dapur untuk melayan perasaan
dan menjemput ngantok. Malangnya pada malam itu rokok kehabisan. Oleh kerana saya
betul-betul tak boleh tidur, saya pun mengambil keputusan untuk ke 7-11 walaupun jam
sudah menunjukkan pukul 3 pagi.
Setelah bersiap-siap, saya pun keluar dari rumah saya, yang terletak di tingkat empat, dan
turun tangga. Sambil turun, saya terbayang-bayangkan rancangan-rancangan saya untuk
keesokan harinya. "Main angin" lah tu, kalau ikut cakap budak-budak sekarang. Disebabkan
saya sedang berkhayal tulah jadi bila saya tiba-tiba ternampak 'dia', saya punya terperanjat
MasyaAllah... Terperanjat beruk! Nasib baiklah saya dapat mengawal diri dari terpekik! 'Dia'
yang saya maksudkan ini ialah seorang gadis yang sedang berdiri di bawah anak tangga di
tingkat dua.
Yang menakutkan dan sungguh-sungguh, benar-benar menakutkan - ialah, dia sedang
berdiri menghadap tembok dengan berpakaian cheongsam merahnya, dan rambut panjang
mengurai, sepanjang paras pinggang, yang saya percaya kalau dilihat dari depan pasti
rambutnya itu akan menutup sebahagian wajahnya, atau keseluruhannya. Tanpa melakukan
apa-apa, dan tanpa memberi sebarang isyarat yang menunjukkan dia sedar saya sedang
hendak turun. Dia hanya berdiri tercegat di situ tak bergerak dan tak berbuat apa-apa!
Saya terpaku. Untuk terus turun saya harus melewati belakangnya tapi imaginasi saya waktu
itu terlalu aktif dan memainkan kemungkinan-kemungkinan yang semuanya menakutkan.
Setelah fikir punya fikir saya rasa lebih baik sekiranya saya membatalkan saja niat asal
hendak beli rokok. Anak ayam anak itik, balik rehat pun cantik! Yelah, dari menghadapi risiko
yang tak diinginikan...???
Itulah saja yang terjadi. Mungkin cara saya cerita ni tak menyeramkan sangatlah. Cubalah
nanti bila anda dalam perjalanan balik pada waktu malam, cuba bayangkan cerita saya ini.
Dalam keadaan sunyi, seorang diri, tiba-tiba ada makhluk yang sedang berada dalam
keadaan sepertimana saya ceritakan tadi. Agak-agak apakah yang akan terjadi?
Sekian dan selamat malam, dan semoga sampai ke rumah dengan selamat...
Nama saya Kaz. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan teman-teman yang tidak begitu
seram, tetapi cukup misteri bagi kami. Saya dan teman-teman seramai lapan orang pergi
bercuti di Pulau Tioman pada bulan Mei tahun 2008. Bercuti untuk menyambut ulangtahun

saya pada masa itu.


Dipendekkan cerita, malam kedua sekitar satu lebih pagi, saya dan teman-teman berada di
jeti, ada yang memancing dan ada yang bermain permainan 'bingo'. Saya sambil memancing
sambil bermain bingo. Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba isteri kepada teman saya
mengamuk dan mencampak beg tangannya ke muka teman saya lalu beredar dari jeti. Saya
terperanjat lalu bertanya teman saya kenapa, dan dia pun tidak tahu. Saya tanya mengapa
dia tak kejar isterinya? Dia hanya cakap biarlah.
Saya terdiam dan lalu hilang semangat untuk bermain "bingo". Saya pun bangun lalu menuju
ke joran saya, terus memancing sambil berfikir kenapa dengan isterinya. Setengah jam
kemudian, saya ternampak isteri teman saya datang menuju ke arah kami dan duduk di
sebelah teman saya lalu dia bertanya, "Kenapa pipi merah?" Teman saya pun kata, "U dah
campak beg kat muka I, lagi ada hati tanya..."
Isterinya terkejut dan berkata dia pun hairan mengapa dia jalan ke resort keseorangan diri.
Jalan ke resort memang gelap dan pokoknya tebal-tebal. Dia semacam dipukau. Katanya
lagi, dia tersedar sewaktu berjalan menuju ke arah resort, dia rasa hendak membuang air
kecil, lalu dia pun meneruskan perjalanan ke resortnya. Apabila sampai saja di depan pintu,
dia pun membuka pintu lalu masuk dan tutup pintu. Baru langkah dua tapak, tiba-tiba pintu
diketuk, dengan tidak fikir apa-apa, dia pun membuka pintu lalu ada seorang nenek tua,
orangnya kecil molek pakaiannya seperti orang dulu2 memakai kain batik, baju kurung dan
selendang. Tangan kirinya tongkat dan tangan kanannya ada bungkusan.
Lalu nenek itu bertanya kepadanya, "Cu... nak beli nasi lemok???" sambil mengangkat
tangan yang ada bungkusan itu. Isteri teman saya pun berkata yang dia tak mahu sebab dia
sudah kenyang dan mengucapkan terima kasih. Nenek itu pun lalu pusing dan jalan terketarketar. Dia pun menutup pintu dan melepaskan hajatnya. Tiba-tiba dia terfikir, nenek itu
berjalan dengan lambat, tetapi tadi dia tak nampak pun ada nenek jalan lalu atau berada di
sana. Dia pun cepat-cepat melepaskan hajat dan keluar mencari kami di jeti. Sampai
sekarang saya dan teman-teman terfikirkan nenek itu dan apa ada di dalam bungkusan itu.
Di sini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman yang saya alami hingga sekarang.
Cerita ini taklah seram sangat. Cuma hanya ingin berkongsi dengan anda sahaja. Saya
sudah dua tahun bekerja di sebuah pejabat di kawasan Raffles Place. Saya tidak terkena
gangguan. Cuma saya menyedari sahaja bahawa ada makhluk halus lain yang ada bersama
saya di dalam pejabat saya.
Saya selalu tiba di pejabat sekitar jam 6.30 pagi. Saya suka datang awal kerana ada hal-hal
urusan kerja yang tidak boleh saya buat semasa pekerja lain ada di dalam pejabat. Pada
waktu sedemikian, suasana di kawasan Raffles Place sememangnya masih gelap dan belum
ramai lagi pekerja di pejabat. Pejabat saya pula terletak di tingkat sebelas dan agak sunyi dan
malap. Kerana sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian, saya tidak terfikir apa-apa.
Pada bulan pertama saya mula bekerja, tidak ada apa-apa masalah, gangguan ataupun
kejadian aneh. Bulan berikutnya, perkara aneh mula bermula. Setibanya saya di pejabat,
saya menghidupkan lampu di bilik mesyuarat sahaja. Saya biarkan saja kawasan meja saya
gelap kerana saya senang membuat kerja di dalam keadaan gelap dan sunyi. Senang untuk

saya menumpukan konsentrasi. Tidak ada orang yang mengganggu.


Sedang khusyuk membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba terdengar seperti seseorang
sedang menggunakan komputer juga. Kibod komputer dihentak-hentak. Bunyinya agak jelas.
Saya pun tidak menghiraukannya. Selepas itu terdengar pula seperti bunyi seseorang sedang
bermain-main dengan langsir plastik yang disangkut di tingkap pejabat. Saya pun buat tak
endah. Saya masih teruskan membuat kerja saya.
Saya teringat pesan orang tua-tua. Buat bodoh saja. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.
Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Tergerak hati ingin menghidupkan lampu. Tapi saya
lupakan sahaja. Saya meneruskan kerja saya. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak ketawa
seperti kesukaan sambil berbisik-bisik di antara satu sama lain. Berdiri bulu roma saya.
Tetapi saya tetap tergerak hati ingin melihat apa sebenarnya yang membuat bising. Bila saya
bangun saja dari kerusi saya untuk menuju ke ruang lain, bunyi itu hilang. Apabila saya
menjenguk, tidak ada apa-apa pun. Apabila saya pulang ke meja saya, terdengar bunyi
budak ketawa lagi. Di dalam gelap ditemani lampu yang datang dari bilik mesyuarat, saya
ternampak dua sosok bayang hitam. Ia seperti tubuh kanak-kanak kecil di belakang sebuah
tembok di dalam pejabat saya. Wajah mereka kurang jelas. Entah macamana, tiba-tiba saya
memberi salam dan berkata, Kau nak main, mainlah. Jangan ganggu aku bekerja. Aku
datang sini hendak mencari rezeki. Selepas itu saya pulang ke meja. Terasa juga seperti ada
yang melihat tetapi saya buat bodoh saja.
Pernah seorang kawan saya, Yana, datang ke pejabat saya untuk menemani saya bekerja.
Dia berkata, Babe, pejabat kau ni ada budak-budak eh? Aku tengok mereka bermain-main di
belakang tu. Kawan saya ni boleh melihat apa yang kita tak nampak. Saya sudah terbiasa
dengan perkara ini semua. Saya pun menjawab kawan saya, SShhh... Biarlah mereka
hendak buat apa di belakang tu. Asalkan tak ganggu aku sudah... Kawan saya Yana
bersuara lagi, Aiii??? Main jenguk-jenguk pulak??? Mereka ada di mana sekarang? saya
bertanya pada Yana. Yana pun menjawab, Tu... Belakang tempat bos kau duduk tu...
Selepas mendengar apa yang Yana katakan, saya hanya tersenyum.
Hingga ke hari ini, masih kedengaran bunyi-bunyian yang aneh itu walaupun di waktu petang,
bermula pukul 12 tengahari jika tidak ada orang.
Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku ketika menjalankan tugas
saya. Saya adalah seorang jurujual, kerja saya bertemu dengan pelanggan. Tak perlulah
saya menceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda
membaca kisah saya ini.
Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa Payoh. Selepas
selesai saya menjalankan tugas saya, beliau menhidangkan kami air minuman dan makanan
ringan. Sedang kami berborak-borak dan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang
kami gelarkan "kakak", terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE BAWAH. Isteri
saya mula merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam serta rasa kepanasan. Saya bertanya
kepada isteri kenapa beliau semacam resah dan gelisah? Isteri saya berkata, "Saya rasa
macam tak sedap, macam ketakutan, tapi tak tahu apa yang saya takutkan. Telinga saya
macam rasa sebal seperti menaiki kapal terbang. Berdesing!"

Tiba-tiba kakak tersebut memberi salam seperti suara seorang nenek tua,
"Assalamualaikum..." Isteri terperanjat, disebabkan isteri duduk di sebelah kakak itu. Saya
macam nak ketawa pun ada. Ingatkan dia berdrama. Muka isteri saya dah pucat lesi macam
nak pengsan. Kakak itu berkata dengan suara itu lagi, "Saya tahu apa terjadi dengan kamu,
saya tahu siapa yang tidak suka dengan kamu. Mari sini, duduk dengan mbak. Biar mbak
jelaskan siapa gerangan orang yang menghantar sihir kepada awak. Sihir itu juga mahukan
isteri kamu sukar untuk hamil!"
Bila dia berkata begitu, saya langsung tidak percaya. Tergamam dan tidak bersuara. Adakah
ini perkara yang benar atau permainan semata-mata? Berdiri bulu roma. Isteri saya langsung
tidak bersuara kerana terlalu ketakutan. "Nenek tua" yang telah merasuk kakak tadi itu
langsung menceritakan hal2 saya, siapakah musuh saya, dan SIAPA DIA!!! Gerun tapi tak
percaya... Astaghfirullah... Hati ini tak habis-habis beristighfar. Pelanggan saya yang tadi
menurun, tiba-tiba balik ke asalnya dan bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku?
Saya tahu yang bercakap tadi itu mungkin adalah saka milik kakak tersebut. Mungkin dia
sendiri tidak tahu yang dia ada saka ini.
Apabila saya balik ke rumah, saya menelefon ibu saya, Saya ceritakan hal ini dengan ibu
saya. Secara kebetulan, ada ustaz yang hendak datang ke rumah saya untuk menyemah
rumah kami sebab saya baru pindah. Ustaz itu pun sudah membuat temujanji untuk bertemu
dengan kami sekeluarga pada keesokan malamnya selepas Isyak untuk berubat.
Pada esok malamnya, semasa saya sedang berubat, saya terasa begitu panas seperti
sedang membara, padahal alat pendingin hawa jelas di depan saya dengan suhu 16 Celsius.
Saya berpeluh-peluh seolah-olah sudah lama berlari-lari anak. Beberapa minit kemudian,
saya rasa ada sesuatu yang keluar dari tubuh saya dan saya rebah ke lantai kepenatan.
Memang benar rupanya kata kakak itu ketika beliau dirasuk, sihir itu berjaya duduk di dalam
badan saya selama ini dan saya tak perasan. Saya rasa ringan selepas itu. Isteri saya cuma
terkena tempias sihir itu.
Selepas "berubat", isteri mimpi ada orang menyeru nama penuh beliau lalu sembur ke
mukanya. Dia tersedar sekitar pukul 4 pagi lalu terdengar ketukan yang dasyat di tingkap
seolah-olah seperti ada orang hendak masuk ke dalam.. Tak boleh tidur dibuatnya. Sekejap
lagi, terdengar lagi. Lebih kuat, kali ini saya tersedar. Kuat sangat sampai bergegar bilik tidur
saya. Bayangkan, rumah saya berada di tingkat tinggi.
Mulai dari malam itu, saya lebih berhati-hati untuk bercampur dan juga makan minum di
rumah orang. "Buat-membuat" orang ini masih lagi wujud lagi pada zaman ini. Astaghfirullah.
Semoga orang itu mendapat taufik dan hidayah. Kita sama-sama cari rezeki, sama-sama
mahu berjaya. Tidak perlu hendak berlumba dan membunuh kerjaya masing-masing. Itu
sahaja cerita saya.
Selamat tengah malam dan terima kasih...
Saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku di sebuah kepulauan di Indonesia. Cerita ini
telah diceritakan oleh seseorang penduduk pulau tersebut. Nama pulau tersebut tidak akan
saya sebutkan di sini. Ceritanya berlaku pada tahun lepas (2011).

Ada sepasang suami isteri ini bakal menimang anak sulung mereka. Jadi tiba hari si isteri
hendak bersalin, suami beliau tidak ada bersamanya. Untung keluarga yang lain dan jiran2
ada bersama isteri ketika hendak bersalin. Keesokan hari baru suami beliau pulang dari kerja
tetapi isterinya belum lagi selesai bersalin. Keluarganya memberitahu si suami bahawa
isterinya menghadapi kesulitan untuk bersalin, jadi mereka cadangkan supaya isterinya
dibawa ke hospital, tetapi suaminya ingkar dan tak mahu membawa isterinya ke hospital.
Setelah dua hari isterinya menahan sakit, akhirnya isteri dan anak dalam kandungan tidak
dapat diselamatkan. Kedua-duanya telah meninggal dunia.
Adat-istiadat di kampung, jika seseorang wanita itu meninggal dunia ketika bersalin, ada
sesuatu yang harus dibuat ke atas jenazah tersebut seperti meletakkan jarum di penghujung
kuku jari beliau, meletakkan telur di bawah ketiak, dan bunga di mulut. Pada malam hari
jenazah selamat dikebumikan, selepas waktu Maghrib, suami, seorang ustaz dan beberapa
orang kampung akan tidur dan menjaga kubur arwah yang meninggal itu.
Masuk malam keenam mereka menjaga kubur itu, tiba-tiba ia gelembung, seperti arwahnya
ingin bangkit dari kuburnya. Orang-orang yang menjaga kubur itu, lari kerana ketakutan,
Cuma yang tinggal suami arwah wanita itu dan ustaz sahaja. Nasib baik ustaz ada, beliau
telah membaca ayat-ayat suci dan melaungkan azan, tanah kubur tersebut pulang ke
asalnya. Jenazah atau arwah dapat diselamatkan dari bangkit menjadi hantu atau Pontianak
atau dikenali sebagai "Mati Anak" oleh orang-orang kampung.
Rupanya di kampung tersebut ada seorang lelaki tua yang suka mengamalkan ilmu hitam.
Beliaulah yang menggunakan ilmu beliau untuk cuba bangkitkan arwah tersebut supaya
menjadi khadamnya. Setelah itu beliau telah dihalau dari kampung tersebut. Setelah itu
barulah aman kubur arwah itu dan tidak perlu lagi orang menjaga kuburnya.
Ketika itu saya masih di menengah dua namun semangat untuk pergi berpancing kian menjadi-jadi,
apatah lagi penggal cuti sekolah baru saja bermula. Saya bersama teman akrab saya, Anuar,
bercadang untuk pergi memancing pada malam Jumaat itu. Rasanya tidak sabar-sabar lagi untuk
saya menunggu sehingga malam Jumaat tiba. Semua alat-alat dan perkakas pancing telah pun
saya sediakan terlebih dahulu. Malangnya setelah tiba hari yang dinanti-nantikan, Anuar
memberitahu bahawa dia perlu ke Johor untuk menemani ibunya. Perasaan hambar jelas
terbayang di wajah saya ketika itu. Walaupun hampa, saya tetap meneruskan niat saya untuk pergi
memancing pada malam itu.
Pada malam itu, saya ambil keputusan untuk pergi memancing di berdekatan dengan kawasan
chalet di Changi. Suatu ketika dahulu, di chalet ini mempunyai jeti pendek yang cukup menarik. Jeti
itu berbentuk empat persegi dan mempunyai pondok kecil di penghujung jeti itu. Apa yang membuat
jeti itu menarik ialah, ia mempunyai bilik air yang serba lengkap. Memang seronok memancing di
jeti itu. Tidak perlu memikirkan tentang keadaan cuaca mahupun lampu. Jeti ini sentiasa dikunjungi
para pemancing-pemancing yang berpengalaman tetapi pada malam itu tiada seorang pun di jeti
tersebut. Terasa seronok pula bila difikirkan jeti itu "milik" saya seorang saja. Tanpa membuang
masa, saya siapkan joran saya dan terus melontar sejauh yang mungkin. Terdetik pula di hati saya
bagaimana untuk mendaratkan ikan yang besar, sedangkan saya bersendirian di situ. Saya mula
mencari strategi-strategi yang baik untuk waktu itu.
Suasana di jeti itu terasa benar sunyinya dengan deruan ombak yang memukul pantai seakan

irama memecah keheningan malam. Pandangan saya tertumpu pada lautan luas di hadapan,
sambil menghirup udara segar dan dingin di situ. Sedang saya seronok mengamati lautan di
hadapan, pandangan saya tiba-tiba dipengaruhi oleh kepulan kabus yang aneh bentuknya. Peliknya
kabus itu hanya berada di sebahagian saja, lurus memanjang di atas permukaan laut. Lazimnya
kabus akan mengikuti pergerakan angin tetapi kabus yang di hadapan saya itu berbeza dan pelik
kerana ianya bergerak ke arah saya. Sedangkan angin di ketika itu bertiup ke kiri.
Ketika saya asyik memerhatikan kabus itu, tiba-tiba kabus tadi mulai berkepul-kepul dan
membentuk seakan susuk tubuh yang besar dan tinggi. Makhluk aneh itu semakin hampir kepada
saya. Kaki saya semakin longlai, tidak berdaya untuk berdiri mahupun berlari. Bulu roma meremang
macam lalang, tegak berdiri. Saya pasrah dengan apa yang akan berlaku. Badan saya mula
menggeletar ketakutan melihat mata makhluk itu yang sebesar buah limau merenung tajam ke arah
saya, seakan marah dengan kehadiran saya di situ.
Secara tiba-tiba, kepulan kabus itu seakan terangkat dari permukaan air dan terus naik ke udara.
Lembaga itu terus terbang di atas kepala saya. Saya cuba mendongak untuk melihat arah lembaga
itu pergi tetapi kepala saya terasa berat untuk mendongak. Seolah-olah di tekan dengan benda
yang berat sehinggakan saya terpaksa membongkok dan rebah ke lantai. Hampir saja saya jatuh ke
dalam laut. Di saat yang sama, saya ternampak bayangan saya di atas permukaan air, lembaga itu
rupanya berada di atas kepala. Saya cuba meminta pertolongan tetapi mulut saya seperti terkatup
dan terkunci. Dengan segala kekuatan yang ada, saya paksa diri saya untuk melaungkan "Allahu
Akbar" berkali-kali sehinggalah saya dapat melafazkannya dari mulut saya.
Entah macam mana lembaga itu ghaib dari penglihatan saya setelah bertalu-talu saya laungkan
"Allahu Akbar" diikuti dengan surah An-Nas yaang mana pada akhir ayat tersebut saya tiup ke
tangan kanan saya dan melemparkannya ke arah lembaga tadi sambil melaungkan "Allahu Akbar".
Alhamdulillah saya dapat berdiri semula tetapi masih lemah dengan kejadian tadi. Sedang saya
asyik melihat-lihat di persekitaran, tiba-tiba bunyi garau berdempik dari arah belakang. Terperanjat
saya dibuatnya, mujur saja saya tidak terkencing. Tanpa membuang masa saya terus menggulung
tangsi dan mencapai segala barangan yang ada, dan terus beredar dari jeti itu.
Sepanjang perjalanan, saya terus membaca Ayatul Kursi. Langkah saya dipercepatkan untuk
mengelakkan diri dari keadaan yang kelam-kabut itu. Mata saya berkeliaran ke kiri dan kanan
kerana suasana di situ agak gelap sedikit. Semakin saya hampir pada pintu keluar, goncangan
pokok-pokok di situ semakin kencang seakan ditolak dengan sengaja. Mungkin makhluk itu marah
pada saya. Perasaan lega terasa bila saya tiba di pusat makan Changi Village. Saya duduk hampir
sejam untuk menghilangkan rasa ketakutan saya. Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya
pada waktu itu.
Saya bercadang untuk pulang saja tetapi perkhidmataan bas sudah pun berakhir. Saya terus
tekadkan diri untuk memancing di Teluk Paku sahaja. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang
lalu-lalang di situ. Sekian...

Nama saya Asha (bukan nama sebenar). Baru-baru ni saya ada tonton klip video tentang
tempat misteri di Sembawang yang KC membuat rakaman. Semua tapak yang KC jejaki,
saya dah pernah pergi. Secara jujurnya, saya pun sendiri ada pengalaman yang memang
saya tak boleh lupakan sehingga kini di kawasan tu. Saya merupakan pelajar di salah sebuah
institusi swasta di Singapura dan setiap pertengahan dan akhir tahun, kami dikehendaki
menganjurkan perkhemahan. Saya pernah terlibat dalam perkhemahan itu sebanyak tiga kali
dan semuanya diadakan di Masjid Pertempatan Sembawang.
Ramai di antara kawan saya mengatakan tempat itu memang keras sedikit, sebab ramai

orang membuang barang, puja benda dan banyak lagi benda-benda yang khurafat mereka
lakukan. Waktu kali pertama saya bertugas dalam perkhemahan ni, adalah juga kawan saya
mengatakan mereka ternampak sesuatu, tetapi Alhamdulillah, waktu itu saya belum
mengalaminya sendiri. Cuma bila tahun kedua saya menganjurkan perkhemahan ini,
bermulalah pengalaman-pengalaman aneh yang saya dan rakan-rakan alami.
1) Sewaktu salah satu hari dalam perkhemahan, peserta-peserta semua sedang menyertai
aktiviti jalan malam (Night Walk) di sekitar kawasan itu hinggalah ke Sembawang Park.
Petugas-petugas yang menjaga aturcara sudah pun beredar dari kawasan masjid bersama
peserta, petugas logistik pula sedang sibuk mengemas barang dekat pondok berdekatan
masjid. Saya bertugas sebagai pegawai administrasi, jadi pada malam tu, saya sedang sibuk
menyiapkan kerja di perkarangan masjid. Pada mulanya, guru saya temankan saya hinggalah
dia perlu beredar dan bertanya, "Asha, awak boleh seorang diri di sini? Saya jalan dulu ye?"
Bagi saya, pada mulanya tak terfikir apa-apa pun sebab kerja memang banyak nak disiapkan.
Beberapa minit kemudian, hati saya rasa tak sedap. Tiba-tiba terasa seram sejuk. Lampu
depan masjid ni pula waktu itu telah dimatikan. Saya cuba hubungi kawan saya yang sedang
mengemas barang di pondok. Telefon banyak kali tetapi dia tak angkat. Ingat hendak
meminta ditemankan. Sedang saya potong-potong kertas, saya dengar dengan jelas. Suara
perempuan bercakap "CHAK!' pada saya. Bayangkan saya dahlah seorang diri, cepat2 saya
tengok arah luar beranda masjid, memang gelap, sampai saya suluh tapi saya tak nampak
apa-apa.
Hati ni dah tak sedap, saya hubungi lagi kawan saya, masih tak angkat juga. Mulut saya dah
mula terkumat-kamit membaca selawat. Saya diam saja, sampailah dua orang kawan saya
datang. Saya terus tanya mereka ke mana mereka pergi, ingatkan mereka hendak
mempermainkan saya. Tetapi mereka mati2 cakap mereka tak lalu kawasan masjid ini pun
sebab sibuk mengemas khemah belakang masjid. Entahlah, sampai sekarang saya tak tahu
siapa yang main2 dengan saya malam itu... Hingga kini, saya masih ingat lagi suara itu...
"CHAK!"
2) Ada lagi yang berlaku sewaktu perkhemahan tahun kedua saya. Selepas kejadian saya
mendengar suara yang berkata "Chak" itu, kawan saya yang bertugas dari kumpulan logistik
juga mengalami senario yang sama. Dia sedang memasak untuk peserta-peserta
perkhemahan dekat pondok depan masjid. Waktu itu dah nak masuk waktu Maghrib. Dia pula
sorang diri saja di pondok itu. Sambil memasak, dia adalah menghidupkan bacaan Al-Quran
dari telefon bimbitnya.
Beberapa minit kemudian, kawan saya lagi satu datang ke pondok itu dan terus bertanya,
"Apa di tangan kau?" Dia pun terus periksa tangannya dan terperanjat bila nampak ada
kesan cerkau. Kalau tak silap saya kelihatan bergaris tiga, panjang berdarah. Setahu dia, di
situ tidak ada kucing. Entahlah, banyak betul dugaan kami sewaktu perkhemahan itu. Hendak
tak hendak, tetap kena jalankan tugas. Yang penting, tak naklah takut2kan peserta lain.
Itu sahaja pengalaman saya, sampai sekarang saya terbayang-bayang semua patung-patung
berhala di pokok2 di kawasan itu. Kawan saya pula ada ternampak patung berbentuk wajah
manusia, (kepala sahaja) di atas pokok depan masjid. Kalau dongak, pasti nampak sebab dia
tinggi sekali namun jika difikirkan secara logika, bagaimana kepala itu berada di atas dan

siapa yang sanggup panjat?


Saya Lyana dari Malaysia. Saya ingin berkongsi kisah seram yang diceritakan oleh nenek
saya kepada saya. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Satu hari, berlaku kematian di
kalangan saudara nenek saya. Disebabkan nenek saya tidak sihat, nenek saya tidak dapat
pergi menziarahi saudaranya yang meninggal dunia.
Pada keesokan harinya, nenek saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang
saudaranya. Saudaranya menceritakan peristiwa aneh yang berlaku semasa pergi menziarah
arwah. Semasa bacaan surah Yassin oleh orang ramai, tiada apa yang aneh berlaku
sehinggalah selepas memandikan mayat arwah, ketika hendak mengkafankan arwah, salah
seorang anak arwah menghulurkan kain kafan berwarna kuning.
Orang ramai menjadi hairan. Selalunya kain kafan berwarna putih. Apabila ditanya, anak
arwah berkata sebelum arwah meninggal dunia, arwah pernah berpesan supaya apabila
arwah meninggal dunia, arwah mesti dikafankan dengan kain yang berwarna kuning. Apabila
ditanya arwah menjadi marah dan berkata kepada anaknya jangan banyak tanya dan buat
saja apa yang disuruh.
Apabila selesai dikebumikan, seperti biasa mereka mengadakan majlis tahlil pada malam
tersebut. Apabila selesai majlis tahlil, tuan rumah menyediakan sedikit hidangan. Semasa
orang ramai sedang asyik menjamah hidangan, tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat
sekali. Yang peliknya pintu rumah tidak ditutup. Salah seorang anak arwah menjengah keluar.
Alangkah terperanjatnya arwah berada di depan rumah dengan berpakaian kain kafan
berwarna kuning dengan kesan tanah kubur!!!
Semua orang yang sedang makan tergamam dan kaku. Arwah masuk ke dalam rumah dan
terus ke bilik air. Arwah keluar seperti baru lepas mandi dan terus ke dapur dan terus makan
seperti orang yang tidak makan selama seminggu. Semua orang yang berada di dalam
rumah hanya terdiam dan kaku seperti dipukau. Setelah arwah habis makan, arwah terus
masuk ke dalam bilik. Sebelum masuk ke bilik, sambil tersenyum arwah sempat menegur
salah seorang anaknya, "Kenapa ramai sangat orang dalam rumah? Jom teman mak tidur..."
Apabila arwah masuk ke dalam bilik, semua orang yang berada di rumah tersebut termasuk
anak-anak arwah terus berlari keluar.
Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi pengalaman seram bersama pendengar2 lain.
Ceritanya begini. Selepas saya menduduki peperiksaan SPM, saya telah bekerja dengan
peniaga di pasar malam. Saya bekerja beberapa bulan sementara menunggu keputusan
peperiksaan diumumkan.
Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja dengan peniaga
tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man. Biasanya kami akan memulakan
perniagaan di pasar malam sekitar jam 4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah
macamana pada satu malam jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami
berkemas awal iaitu sekitar jam 9:00 malam.
Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat pulang tetapi
Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus membawa kami singgah di sebuah
warung menjual Sate. Abang Man mengajak kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate

untuk dibawa pulang untuk anak dan isterinya.


Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan hujan akan turun
bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera menghabiskan Sate dan minuman. Abang
Man mengarahkan kami memasuki van sementara dia pergi membayar makan dan minuman
kami. Ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11:30 malam.
Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus menekan minyak dan
kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, hujan gerimis turun dan membasahi
permukaan jalan pada malam itu. Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van
yang mula menyukarkan pandangannya.
Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi, tiba2 seorang dari kami
iaitu Ijat bersuara, Aikkk tadi angin bukan main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi
gerimis jer Saya hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, Hujan gerimis malam2 macam
ni hantu suka keluar Hehehe... kata Udin sambil ketawa kecil.
Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang agak licin dan
gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh melambai-lambaikan tangan agar kami
berhenti. Sebaik van kami menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun
memperlahankan van, dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya
sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba merah dari baju,
seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah. Pakaian wanita tersebut juga tak ubah
seperti pakaian fesyen 70an.
Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju, kami terkejut lalu
saya bertanya, Apasal Abang tak berhenti tadi? Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya.
Kesian dia, dah malam2 macam ni bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu...
Jawab Abang Man, Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu...
Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut, tiba-tiba terbau colok dan
lilin yang digunakan orang2 Cina untuk bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat
lalu Udin pun berkata, Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer? Abang Man pula terus
meninggikan suara, Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje hidung kamu... Ketika itu
jugalah pengunci pintu van kami bergerak turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang
ingin memasuki ke dalam van yang kami naiki.
Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak berkata apa2. Abang
Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami membaca sama. Apabila salah seorang
dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan
bau colok berkenaan hilang.
Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur tiba dengan
selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada keesokan harinya saja. Pada malam
itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah
Abang Man kerana masih lagi ketakutan.
Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih bersekolah menengah di utara
Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan di pinggir negeri (hampir dengan sempadan

dengan Thailand). Pada malam kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari
saya untuk keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena tangkap
dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya adalah pengawas sekolah yang
agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke belakang, saya dan kawan saya seorang lagi
bernama Aiman dan lain-lain turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil
bedak, ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang tidur
dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.
Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing melolong dan
bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain. Tiba-tiba semasa anjing sedang
bersahutan, kami dengar di atas atap bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang
melintas, serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti kami ditolak oleh
sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan selimut satu badan. Lebih kurang
beberapa minit selepas itu, saya lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang
"dorm", berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok muka mereka.
Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka pucat lesi dan
seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas menghisap rokok, katanya mereka
ternampak seorang perempuan bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang
menggendong batu nisan melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.
Saya Linda (nama samaran) dan saya bertugas sebagai pengurus pejabat di salah sebuah
syarikat yang berpangkalan di Raffles Place. Sabtu lepas, saya terpaksa kembali ke pejabat
kerana ada mesyuarat antara bos dan pelanggan saya, yang mengunakan alat persidangan
video (video conferencing machine). Oleh kerana pelanggan saya berada di Amerika
Syarikat, saya terpaksa menjadualkan untuk mengadakan mesyuarat itu di sebelah malam
oleh sebab waktu yang berbeza antara kedua-dua negara.
Waktu itu kira-kira jam 12.30 malam, mesyuarat sudah pun habis dan bos saya telah pun
meninggalkan pejabat. Saya seorang diri di dalam bilik mesyuarat itu dan saya sedang
mengemas bilik tersebut. Saya sedang berdiri membelakangkan pintu keluar dan di hadapan
saya ialah monitor televisyen yang besar. Sedang saya menekan tombol di alat kawalah jauh
untuk mematikan alat persidangan video, mata saya memandang ke arah televisyen, dan
saya ternampak kelibat putih melintas pintu di belakang saya. Saya terus pandang ke
belakang tapi tak kelihatan apa-apa pun. Seram sejuk saya dibuatnya, dahlah saya seorang
sahaja di situ. Lalu saya pun memandang kembali ke arah televisyen. Tidak ada apa-apa.
Saya sekali lagi menekan-nekan tombol alat kawalan jauh, kerana saya masih tidak dapat
kembali ke asal. Sekali lagi saya nampak, kali ini lebih jelas. Seperti orang memakai gaun
putih, dengan pantas melintas pintu di belakang saya. Saya toleh lagi tengok ke arah pintu,
tak ada apa-apa pun.
Bila saya ubah balik pandangan saya ke arah televisyen, alangkah terperanjatnya saya,
benda itu sedang berdiri betul-betul di tepi pintu, muka licin bak telur dikupas, tak ada mata,
hidung, mulut semua tak ada. Rambutnya panjang menyapu lantai. Benda itu tak bergerak.
Cuma diri situ memandang saya yang ketakutan.
Saya tidak tahu nak buat apa. Rasa hendak pitam, hendak menjerit, hendak larikan diri.
Hendak lari, cuma ada satu pintu. Hendak menjerit pula rasanya tak akan ada orang yang

akan mendengar kerana ofis saya di tingkat 8. Saya hanya mampu pandang ke bawah sambil
mulut terkumat-kamit membaca surah-surah yang saya tahu. Meremang bulu roma sayac.
Saya buntu tak tahu nak buat apa. Saya takut sangat.
Saya beranikan diri, capai telefon bimbit saya yang berada di atas meja. Saya telefon nombor
pakcik pengawal yang saya kenali dan menangis beritahu apa yang berada di belakang saya.
Rasa seperti bertahun lamanya tunggu pakcik itu untuk naik ke atas. Tersentak saya apabila
ada tangan yang menepuk bahu saya. Dia dah tak ada. Kau matikan suis, nanti hari Isnin
nanti baru kau kemas. Kita keluar sekarang... kata pakcik pengawal itu. Lalu kami pun
beredar dari bilik mesyuarat itu.
Nak tahu tak apa pakcik itu beritahu saya semasa kami selamat sampai di lantai bawah? Dia
kata semasa saya baru sampai, sewaktu saya di dalam lif, menerusi kamera litar, dia dan
rakan sekerjanya nampak benda tu berdiri di belakang saya.
Itu saja kisah saya, selamat malam dan terima kasih kerana membaca kisah misteri saya...
Nama saya Ammar. Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang diceritakan oleh bapa saya
tentang salah seorang rakannya bernama Rudolf, seorang Muallaf berbangsa Israel.
Sebelum dia menganut agama Islam, dia merupakan penganut agama Yahudi seperti majoriti
orang-orang dari negara Israel. Begini kisahnya.
Dahulu Rudolf ada seorang temanita bernama Mariah yang dia berkawan sejak kecil lagi dan
mereka adalah pasangan dan bercadang untuk berkahwin. Dia menganut agama Islam
apabila dia bercuti di Singapura dan terjumpa dengan seorang hamba Allah di sini. Menurut
ayah saya, dia tidak pernah mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'anul Karim sebelum ini,
sehingga dia melalui depan sebuah masjid di sini dan terdengar seseorang sedang membaca
ayat-ayat suci itu. Sebagai orang yang berasal dari negara Timur Tengah, dia tahu Bahasa
Arab serta maknanya. Dia terpaku mendengar ayat-ayat suci yang dibaca dan terus
menangis, lalu masuk ke dalam masjid itu dan berjumpa dengan Ustaz yang menyuruhnya
untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Apabila dia kembali ke Jerusalem, dia memulakan hidup baru. Suatu hari, Mariah
mengajaknya ke kelub untuk berdansa dan minum arak. Dia sering memberi alasan yang dia
sakit dan tidak pernah beritahu sesiapa tentang kehidupan barunya. Perkara ini berterusan
sehingga pada satu ketika dia sudah cukup sabar dan tidak mahu menipu temanitanya.
Sampai pada suatu masa yang dianggapnya sesuai, dia berterus-terang dengan Mariah
tentang kehidupan barunya. Muka Mariah pucat. Kemudian dari pucat, terus membuak-buak
kemarahan, dan dia mula mencaci Rudolf. Rudolf sabar sahaja. Mariah kemudian berkata dia
akan membalas dendam atas perbuatan Rudolf menukar agama dan lantas Rudolf tidak lagi
bertemu dengannya.
Hidupnya berterusan selepas itu dengan biasa sampai satu ketika yang dia percaya dia
disihir dengan sihir orang-orang Israel, sihir yang saya percaya lebih kuat dari sihir orangorang Melayu, dan mungkin paling kuat di dunia ini dari zaman nabi dahulu kerana sihir
mereka ini merupakan sihir paling purba. Pada satu ketika dia ternampak hantu seorang
perempuan bermata satu duduk di hujung katilnya pada waktu malam. Dia membaca Surah
Al-Falaq untuk perlindungan. Perempuan itu pun berkata dalam bahasa Hebrew, "Engkau
penipu, aku akan datang lagi, untuk aku membinasakan kau!!!" dan terus hilang. Dia

terperanjat, melihat jin mata satu kerana dia teringat tentang Dajjal yang juga bermata satu,
membuatkan dia lebih takut, dan membaca lagi dan terus lelapkan mata.
Rudolf juga mengalami masalah kesihatan. Tubuh badannya penuh dengan jerawat dan terus
bernanah, bau badan seperti bangkai, terlalu hina sehinggakan dia dipecat. Kerana dia
sebatang kara, dia masak sendiri. Makanan yang dia masak, selalu tidak bertahan lama.
Hanya untuk satu jam. Dia pernah masak satu hidangan, yang menurut Ayah, akan basi
selepas sehari. Dia tidak akan makan hidangannya selepas satu jam dan apabila hendak
mencedok makanan, lipas, ulat dan lalat berada di dalam kuali. Terpaksa dia beli makanan di
luar.
Kerana dia dibuang kerja, dia menjadi tukang sapu sampah di sana, kerana walaupun meraih
segulung ijazah dalam bidang undang-undang, dia tidak diambil kerana keadaan tubuh
badannya yang amat terhina. Gajinya hanya 'ngam-ngam' sahaja. Satu hari, dia mahu tidur,
perempuan bermata satu itu datang lagi untuk mengganggunya. Perempuan itu berkata yang
dendamnya belum lagi selesai. Cuma ada satu ubat sahaja, iaitu kembali ke agama asalnya
dan berkahwin dengan Mariah. Dengan rasa marah Rudolf menghalau makhluk itu dan
membaca surah Al-Kahfi. Dia tetap bertegas dengan agama barunya.
Kemudian, datang ujian yang paling hebat, yang mungkin orang yang kesabarannya rendah
tidak akan memaafkan dunia akhirat. Beberapa malam selepas malam dia berjumpa makhluk
itu, Rudolf diganggu lagi. Baru sahaja beliau ingin lelapkan mata, tiba-tiba, labah-labah jenis
tarantula yang teramat banyak, jatuh dari siling ke badannya dan menyengatnya. Dia terus
memekik dan keluar dari rumahnya itu. Di luar, dia nampak perempuan bermata satu itu, kali
ini lebih hodoh rupanya, menyeramkan, matanya terkeluar dari soket, lidah panjang menjelir
dengan air liur busuk dan kulitnya berpecah-pecah.
Rudolf sangat terkejut, dia terlupa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan melarikan diri.
Makhluk itu terbang mengejarnya. Apabila Rudolf menoleh ke belakang, wanita itu sudah
hilang, dan bila toleh ke depan, wanita itu berada betul-betul di hadapan mukanya, jarak lebih
kurang seinci, lidahnya menjilat wajahnya. Kemudian, dengan secara kebetulan, dia mula
teringat ayat-ayat suci Al-Qur'an dan mula membaca, kali ini, satu Juz Amma dia baca.
Wanita itu kemudian memekik dan terbakar. Seleps itu, Rudolf hilang kawalan dan pengsan.
Bila dia sedarkan diri, dia berada di rumahnya, ditemui oleh jirannya di jalanraya berdekatan
rumahnya. Yang peliknya, dia terperanjat, keadaan tubuh badannya sudah cantik dan tidak
bernanah lagi. Akhirnya dia mendapat kerja yang lebih bagus selepas kejadian itu. Dia juga
mendengar khabar, Mariah meninggal dunia akibat dilanggar kereta dan mukanya dilenggek
dengan teruk. Sihir orang Israel ini memang amat dasyat, tidak boleh dibayangkan azabnya.
Mungkin, inilah kuasa Tuhan. Ujian untuk seorang Muallaf.

Anda mungkin juga menyukai