Anda di halaman 1dari 60

Salam all....

Tempat = puncak bukit Polo Iskandar, Ampang-Ipoh


Masa = 6 petang
Ahli = 5 orang
Suspek = Cik Ponti dan rakan-rakan
Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak
Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong
tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan,
mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.
Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. perjalanan
mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. kira penghujung jalan dan last punya
lombong.Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap2
kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)
sampai jer terus semua ambil port memasing. lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene
sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. wow! sgt lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah
kena.
Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng....
2 orang kawan aku tgh pasal unggun api.. nak bagi terang kawasan. walaupun belum gelap lagi tapi
takkan dah gelap baru nak pasang api kan..
aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dgn kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu
bunyi yg mencurigakan.
uuuiii... uuuiii...uuuuiiii......
kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yg tak makan umpan.
hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah
start rasa tak sedap, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu,
dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. aduh..
ini dah lebih. dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. bunyi tu masih lagi berlanjutan..
tiba2 kawan aku yg lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. dia kata dia terperasan
ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal
apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii...uuuiiiiiii berselang seli dgn tangis budak makin kuat...
kompom Cik Ponti...
Tak boleh jadi, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yg tengah pasang
unggun api tanak balik pasal diaorang kata baru sampai. Hampeh betul. aku cakap kat diaorang, jom la
balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak
bergerak ke kereta, aduh, baru perasan, bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta
aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siye betul.
Tapi apa nak buat, kena lalu jugak. takkan nak tunggu situ lagi. hehe, kita orang pun berjalan pegi ke

kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde.
hehehehe...
masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yg tau. bulu roma dah meremang sakan. masa nak sampai ke
kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai.... semua lompat masuk dalam kereta. aku try
start kereta, Alhamdulillah, boleh start. terus masuk gear satu dan jalan.. tak tengok belakang dah...
hehe.. takut siott
ingatkan gangguan dah habis, tapi masa turun dari puncak bukit tu, ada 2 kejadian aneh.
1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji
motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu.
huhuhu...
2. masa turun kami bertembung dgn dengan teksi. teksi tu menuju ke puncak bukit. kawan aku terus
tanya aku pasal teksi tu. syoohh.. jgn tegur.. biarkan je dia. adui.. masa berselisih dgan teksi tu, aku
menjeling tgk apa yg ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau.. orang yg bawah teksi tu warna
hijau...nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom
180kmj turun bukit tu,. hahaha
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area
Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta,
anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la
pulak. kami semua masuk dalam rumah. semua mandi dah semayang. Mengaji lebih kurang barulah
anjing kat luar diam.. Alhamdulillah.
huhu...
inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe... agak menyeramkan..
kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe
p/s jgn memancing time senja.. nanti ada benda teman... hehehe
.................................................................................................................................................................
Selamat malam pembaca HCSU,
Malam Khamis datang lagi!! Bila tiba malam Khamis, teringat masa kecil-kecil dulu, sbb esk nk mlm
jumaat. bila saja datang malam Jumaat, kami adik beradik selalu bercerita tentang hantu. Entah
bagaimana datangnya tahyul ni tak taulah: mengapa malam Jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada
dalam mana-mana nas ke bila tiba malam Jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai
mencari dan mengusik manusia?
Tapi yang aku nak ceritakan ini ialah pengalaman aku sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan
secara kebetulan ia terjadi pada malam Jumaat:
aku walaupun berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar. Apa yang aku nak
ceritakan ini ialah satu peristiwa beberapa tahun dahulu di mana ketika itu aku bekerja di Kangar,
Perlis. Setiap hari aku berulang dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik
100 kilometer). Kadang-kadang kerja aku memerlukan aku pulang lewat ke rumah, sebab boss aku

suka buat mesyuarat waktu malam. Boss aku suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia
sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, aku terpaksalah tunggu di pejabat. Lepas
semua orang pulang dari pejabat jam 5.00 petang, tinggallah aku seorang diri di pejabat hingga malam.
Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang
berlambak itu.
Suatu hari PA boss beritahu malam ini boss panggil mesyuarat. Ala, boringnya, mesyuarat waktu
malam lagi, gerutu hati aku. Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang
atau malam.
Malam itu yang paling tak seronok ialah boss datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu.
Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi boss datang jam 10.30 malam. Tapi apa nak kata, boss
always right!!
Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat
cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, boss jemput semua yang hadir menikmati
supper. Tapi aku terus blah, tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Orang Kangar tak apalah
rumah mereka cuma sejengkal dari pejabat, tapi aku terpaksa membelah malam sejauh 50 kilometer
untuk sampai ke rumah.
Seperti biasa bila mengenderai kereta seorang diri, aku akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar
radio, sesekali ikut menyanyi. Menyanyi tu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk
hilangkan rasa mengantuk.
Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin kurang. Bila
tiba ke pekan Air Hitam, aku perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang aku. Kira-kira 2
kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam kereta aku dipandu melalui sebuah kawasan sawah yang
agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku...
Tiba-tiba aku terdengar seperti suara gemersik dari sawah sebelah kanan aku. Bila diperhatikan ke arah
bunyi suara itu, aku ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah sawah menuju ke
kereta aku Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. aku tidak nampak dengan jelas
wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan aku ketika
itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan
menyebabkan aku terpelanting masuk ke dalam sawah. Akhirnya aku nekad melanggar saja lembaga
putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila aku nelanggarnya. Ketika itu aku berkata dalam hati:
habislah kereta aku!!
aku mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta setenang
mungkin. ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu
barulah hati terasa tenang.
Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum
memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru aku pergi periksa kereta aku yang baru
melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya aku tak menemui sedikit pun kesan
kemik di kereta itu. Habis apa ke benda yang aku langgar tu?
Esoknya setibanya di pejabat, aku menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat. Seorang
pemandu pejabat yang sering melaui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak

benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam


bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang
menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka
akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke
dalam sawah. Ramai yang pernah tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas
melihat benda-benda itu.
Mujurlah aku telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba
mengelakkannya mungkin nama aku akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di
kawasan itu....
.............................................................................................................................................
As Salam..
Pada kali ini HCSU akan paparkan kisah pengalaman seram yang dilalui oleh seorang pengguna jalan
raya yang dikatakan telah disakat oleh kak ponti semasa melalui laluan lebuhraya KARAK yang
terkenal dengan kisah-kisah mistiknya tersendiri.. Kalau diikutkan memang banyak cerita-cerita seram
yang berlaku disini.. tapi NH ambil satu sahaja daripadanya.. Nanti korang bosan pulak
membacanyakan... layannnn....
SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi
pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.
Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan
Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.
Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan
berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh
Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.
Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi
menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk
menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.
Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakanrakan yang bekerja syif petang. katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.
Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin
untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi,
asyik bersembang.
Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada
benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak
apa-apa.
Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan, ujarnya yang
membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk
memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga
tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang
kali.
Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.
Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi,

malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,
katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di
bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke
cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.
Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah! jerit Malik dengan muka panik sambil
menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut. Tanpa fikir
panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka,
Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia
menghadap kita.
Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya, kata Saifullah ketika
menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin
pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi
cermin sisi.
Pul, betullah. Aku nampak ada benda dekat belakang, kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami
semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam
tempoh 15 minit, ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang
memintas mereka menyalakan lampu besar.
Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga
mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang
kemalangan, jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu
malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang
lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh
makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang
kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang keras kerana ia adalah
tapak asal perkuburan lama.
Ulasan dari pengguna laluan KARAK
Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguangangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.
Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali
melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.
Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak
mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.
Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan
nombor ekor.
Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.
Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan
kacau orang lain, katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh
raya berkenaan.
Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri

Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari
rezeki di ibu kota.
Kotak masuk oleh kipas susah mati WPT
Kisah seram.
Tukang pos: AMD Overheat
Salam. Kisah seram yang akan saya sampaikan ini adalah benar dan sehingga sekarang saya tidak dapat
lupakan. Sewaktu saya tinggal di asrama waktu tingkatan 1 dulu, banyak perkara-perkara aneh yang
saya rasakan berlaku di sekeliling saya. Antaranya termasuklah ternampak kelibat budak lari, bunyi
katil ditarik, loker terbuka dan tertutup dengan sendirinya, dan banyak lagi. Tambahan, waktu itu hanya
20 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama lelaki kerana kami merupakan pelajar perintis untuk
sekolah itu.
Antara semua kejadian itu, ada satu kejadiaan yang paling memberi kesan kepada saya sehingga
sekarang. Ceritanya bermula apabila saya dan kawan-kawan bercerita tentang cerita seram di dalam
dorm. Waktu itu lebih kurang sekitar pukul 1 pagi dan masing-masing bersemangat mahu
menyampaikan cerita. Setelah jemu bercerita, semua pun kembali ke katil masing-masing untuk tidur.
Menjelang tengah malam, saya rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tidur tidak selesa, dan
seperti ada sesuatu yang menganggu saya. Tiba-tiba saya rasa diri saya seperti ditindih sesuatu yang
berat. Waktu itu saya cuba untuk menjerit tetapi sia-sia, tiada siapa yang mendengarkan. Waktu itu juga
saya terlihat sesuatu di bahagian tingkap (waktu itu langsir masih belum dipasang). Rambutnya panjang
dan saya tidak dapat melihat wajahnya.
Saya menjadi semakin takut apabila lembaga itu mulai terbang dan masuk ke dalam bilik menuju ke
arah saya. Pada waktu itu saya berusaha sekuat hati untuk melepaskan diri. Lebih kurang satu minit
kemudian, barulah saya rasa normal semula. Ketika itulah saya rasakan jantung saya berdegup kencang
dan bulu roma menegak. Hanya Tuhan yang tahu ketakutan yang saya alami ketika itu. Saya terus
melompat ke katil sebelah dan tidur dengan kawan saya.
Keesokan pagi, saya demam panas dan diambil ayah pulang ke rumah. Ini adalah pengalaman paling
seram saya alami.
Langsuir PLKN
Salam admin citer yg aku nk citer kan ni mmg aku xkan lupa sampai bila2..
tahun 2004 aku terpilih utk kem PLKN (lokasi rahsia). mase tu cuma khemah besar yg bole muatkan 6
org utk dijadikan bilik menginap, belakang khemah tu ade sebatang pokok tinggi & besar. Citer pon
bermula ketika waktu magrib, disebabkan aku org last mandi bersiap utk ke dewan mkn,member2
sebilik aku pesan jgn tutup lampu bila turun ke dewan mkn (lampu susah nk nyala). Sebelum kua bilik,
aku dh pastikan lampu sume on..aku pon kua dr bilik.. so bila dh jam 11mlm, sume pelatih kena balik
ke bilik masing-masing utk berehat (tido laa tu)
mase aku ngn member2 sebilik sampai jer kt pintu bilik tetiba angin kuat dtg dr arah dalam bilik
kitorangape lagi terkejut punya pasal..kitorang jatuh secara berjemaah.. memasing bangun masuk
bilik.. dah gelap..diorang dah membebel kt aku tanya kenape lampu x pasang.. aku pon kate laa aku dh
pasang td..so mlm tu kitorang tido bergelap..
sengah jam lepak kt bilik yang gelap tu.. tiba-tiba cikgu panggil sume pelatih perempuan berkumpul
pasal ade kes handset hilangmase tgh berkumpul tu, member aku bisik suh pandang kt pokok
belakang khemah.. bila aku pandang jeraku nmpk benda putih duduk kt dahan pokok mcm berbuai-

buai kaki dia (aku syak langsuir)bila aku pandang tu..aku dah xbole nk pandang tmpt lain..mcm
terpaku duk perhatikan dia aku sedar bila keadaan dah mula kecoh sbb ade yg histeria bila dorang
nmpk benda yang aku nmpk.. bila dh kecoh bebudak yang histeria, cikgu suruh balik bilik..aku igt abis
sampai tu jer.. sudahnyer malam tu langsuir tu sakat aku baik punya..
bila aku dah mula lelap..aku nmpk pintu bilik terbukak sendiri disertai angin sepoi-sepoi..pastu aku
nmpk langsuir tu masuk dengan cara terbang atau terapung..part paling aku xbole lupa bila kain dia tu
lintas atas kaki aku mcm kena belai..fuhhhhh seram xyah cakap laa dan langsuir tu mula tindih
aku..aku xbole menjerit..aku xbole bergerak tp dalam hati bermacam2 surah al-quran aku bacaade
laa 5minit pastu, dia terus hilang dan aku tersedar terus lompat kt katil kawan esok pagi aku tgk kt
pokok tu xde ape ponsampai skang aku terkonang2 bila igt kain dia yg belai kaki aku tuh dan
kejadian tu aku xciter pon kt member-member pasal xnk dorang takot.. tu jelah citer aku.. byk nk citer
ni tp nnt aku pm lg.. thanks admin.
PENGALAMAN DI SEGI TIGA BERMUDA
Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku
ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah
pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui
pelayar-pelayar dari malaysia.
Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan
aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami
terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki
helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang
difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut
disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah
pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan
berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di
lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni.
aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan
aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur.
"weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan
kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata
pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali
kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah.
tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene
lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la
pulak aku join cover ni" kata ramzul.
Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga
bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga
je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan
cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti
meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan

segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka
tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana
jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh
yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh
yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di
pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami
masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman
kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon
penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk
pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan
yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten
kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.
bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya
bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"?
tanyaku dengan penuh berani.
"ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama
john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di
pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon
semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila
kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut
atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga
mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi
dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit
berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin
lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang
ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh.
dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang
nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan
ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana taka ada apa2 pon"
pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku.
''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini''
pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni
bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar
dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu
objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri
dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong.
ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal

tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal
tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA
MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui
perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan
juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus
lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti
kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong
diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut
apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan
kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi
saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya
panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa
maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut
yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak
kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon
dari mereka.
Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar..
'' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran
sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan
keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal
ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku.
sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan
masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti
bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku
pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku
dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang
yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur
jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika
gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak
berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring
kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar..
aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang
berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten
menunjuk jari ke depan ..
Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang
kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul
satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada
kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal
mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter

sahaja .. kapal ini tak bergerak.


tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah
padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku
diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung
nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila
didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana
datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja alna mim baini aidihim saddaw wa min
kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "
diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya
dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari
pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari
yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari
pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh
membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH
MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2
yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan
diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh
cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt.
apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita
yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang
lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar
seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah
mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir.
kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca
ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang
terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam
kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk
memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar
dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
Kisah ini berlaku kepada ayah saya sendiri,kisahnya terjadi semasa kami sekeluarga menziarahi tok
saudara yg meninggal dunia di penang,arwah meninggal dunia pada petang dan akan dikebumikan
lewat malam itu juga,jd nak tak nak kami terpaksa pergi malam itu jugak,setelah selesai semua urusan
pengkebumian kami bertolak balik ke kedah dalam pukul 1 ke 2 pagi,akibat keletihan kami semua
tertidur
termasuk mak sy,jd tinggallah ayah seorang memandu kereta,semasa sampai di highway antara gurun
ke alor setar dia ternampak kelibat perempuan melintas jalan memakai baju putih sambil mengendong
sesuatu seperti seorang bayi,jarak antara kereta dengan kelibat tersebut tidaklah jauh dan cukup jelas
kelibat tersebut menyerupai seorang perempuan melintas jalan,setelah kereta melepasi kelibat tersebut
ayah tergerak hati untuk memandang cermin belakang kerana agak kehairanan bagaimana seorang
perempuan boleh melintas jalan awal2 pagi di tengah2 highway plak tu dan dia melihat perempuan td
melayang terbang menuju ke gunung ganang berdekatan,

sampai di rumah baru dia menceritakan apa yg dia nampak td kepada emak sy,dia sengaja tidak mahu
bercerita semasa dalam kereta kerana risau kami takut katanya..sekian
Salam admin...just nk share sbb terbaca post tentang kelebihan seseorng yg ada kebolehan tau kjadian
akn dtg..mak cik sy sndiri ada kbolehan tu,sy xnk komen kt status tu supya xnk adik bradik atau sdara
sy terbaca pngakuan ni..fmily makcik sy org biasa2 je..pak cik sy imam dkt msjid kg sy ni, mak cik sy
ada kbolehan boleh mrawat, n nmpak bnda2 tu sume..sy nk share stu kisah yg terjadi kt fmily sy..
kejadian blaku awal taun ni jgk la,..sy adik pompuan sy,mak sy dan makcik sy pergi rumah kakak sy yg
bdekatan sbb dorng bru masuk rumah baru,so kitorng sj nk pegi ziarah..smpai la ke wktu maghrib kami
kt situ mak sy ajk balik rumah sbb dah mghrib..dah ready2 nk kluar rumah tiba2 mak cik sy tahan
sy,dia suruh sy pegi amek air smyg dan smyng maghrib dlu sblm balik..dia mcm bsungguh2 sruh smyg
dlu sedangkan smpai rumah sempat lgi sy nk smyg sbb xjauh pon jarak rumah kakak dri rumah
sy..mcm plik jgk la time tu..mak sy bila tgk makcik sy mcm tu dia pon pksa jgk sy pegi smyg., kami
sume tau mak cik sy ni ada kbolehan tu..kami ingtkan makcik sy suruh buat mcm tu sbb dia nmpk
sesuatu dlm umah tu ke..so sy tros smyg je tnpa bnyk soal..lps sy solat tros kami balik umah..
Keesokkan hari nya, pagi2 ada org kol adik sy..dia tu kawan kepada bf adik sy,dia tnya adik sy, ada x bf
adik sy ni contact ke msg ke dia smlm..adik sy ckp xde..slalunye mmg dia akn kol or msg..bf adik sy ni
keje kt domino area bangi..dia keje hntr pizza..keje part time utk support kewangan utk family
dia...slalunya dia msuk keje syif mlm sbb wktu siang dia ada klas., dia student Unikl bangi..dia baik
ngn fmily kitorng..
so, adik sy gtaw la yg dia xde pon cntact or msg gtaw dah blik keje sperti kebiasaan..kwn dia gtaw lgi
yg org tmpt keje dia col gtaw yg dia xbalik2 lgi dri hntr pizza dri smlm sbb dia bwk duit bnyk jgk(duit
domino)..dorng cntact pon xdpt2..so adik sy pon xsedap ati tros try cntact jgk,, .tpi xdpt..adik sy col
mak dia nk tnya..mak dia bg jawapan yg sama..dipendekkan crita, rupanya dia eksiden ms nk hntr pizza
mlm tu..ada org2 jumpa dia dlm longkang dlm ms nk cari bola golf (area kt UKM dkt golf
bangi)..dorng jumpa arwah dlm longkang dan mninggal kt situ..
Lepas 3 4 minggu kjadian tu,mak cik sy bukak crita yg knapa dia paksa sy solat dlu sblm balik aritu
sbb dia nampak ada kejadian buruk akn blaku dkt org yg terdekat,tpi dia gtaw dia xtaw sape..cuma dia
'nampak' vision je..kabur..bnyk lgi kjadian yg dia boleh nmpk vision ni tpi cukuplah sy cite ckit yg ni..
Sy pon xtnya bnyk dkt mak cik sy,sbb dia xkan crite pon klo tnya lebih2..cuma sy pk blik kenapa dia
suruh sy solat dlu mungkin sbb dia xnk sy dtimpa musibah shingga membawa maut tanpa sempat
tunaikan kewajipan tlebih dahulu..
**Allah yg lebih Mengetahui di langit dan di bumi..kbolehan ni hnya secebis shja..xde sorng manusia
pon yg akn tau masa hadapan mereka dgn tilikan atau jangkaan yg tepat..kita hnya merancang tapi
Allah adalah sebaik2 perancang..
Assalamualaikum admin dan pembaca WPT. berikut adalah pengalaman2 seram yg kami dh lalui di
rumah ni (aku tak la berapa ingat sangat turutan2 cite ni. tapi ape yg pasti ni sume memang terjadi)
BUNYI
Nama aku Tieyrah. Aku ada 4 adik beradik (semua pompuan) and aku yg ketiga. Dalam pertengahan
tahun 2001 kiteorang pindah rumah baru kat Semariang 3 area Petra Jaya (tanah lot). rumah ni ade 4
bilik tidur,2 ruang tamu, 2 toilet, 2 bilik mandi n 1 stor. Masa mula mula tinggal kat umah ni, tiap2

tengah malam pas masuk bilik masing2 kiteorang slalu terdengar bunyi orang wat keje kat dapur.
Bukak paip la, basuh pinggan mangkuk la, tarik kerusi/meja makan, bunyi seseorang mengheret
barang. Bila kiteorang bukak pintu bilik, bunyi tu terus hilang. And bila tutup alik pintu bunyi tu ade
lagi. Lama2 kiteorang pun malas la nak amik tau. Kadang2 aku terfikir jugak mesti mende tu rajin wat
keje kat dapur time hidup sometime kiteorang slalu jugak dengar bunyi2 orang panggil la,bagi salam la.
Tapi bila bukak pintu takde pulak orang. Tu mungkin perkara biasa kot.
PENAMPAKAN
Ada 1 malam tu Kak Ann and Kak Effa tido sebilik. Katil bilik tu memang ada dua, satu kat tingkap
satu ag kat blah dinding (ada ruang kat tengah2 tu tuk taruk tv). Malam tu Kak Effa tido kat tingkap
and Kak Ann kat dinding. Tengah dorang borak2 tibe2 dengar bunyi anjing, bukan sekor atau dua tapi
banyak. Bunyinya macam berpuluh puluh ekor anjing kat lua tingkap bilik dorang. Tibe2 langsir
terbukak cket sebab angin dari kipas and Kak Effa tengok anjing tu panjat kat tingkap dorang. Korang
mesti cakap biase je kan? tapi bg kiteorang tak. Sebabnye, tingkap umah kiteorang tinggi,bapak aku yg
tinggi tu pun stakat kepala je sampai kat hujung bawah tingkap, so macam mane anjing tu dapat panjat
tingkap?and satu lagi, kat tingkap kiteorang la da tutup memang takde ruang untuk bergayut even pakai
kuku pun. Lau tak caye korang leh g umah aku. apa lagi dorang tunggu, dua2 lari keluar bilik g kat
bilik parents aku. Parents aku gelak,die tanye dengar bunyi anjing ek? Dorang cite la kat parents aku
pasal tu. Parents aku pun terperanjat sebab dorang dengar gak bunyi anjing tapi sekor dua je. Taklah
banyak sangat.
Tahun 2008 : pd satu malam tu aku tido and tibe2 macam dihempap oleh something yg berat, aku dah
tau masa tu aku kena tindih. aku try bukak mata and baca ape2 yg aku tau. Aku terpandang kat hujung
almari aku ade seseorang pakai pakaian putih and tunduk,rambutnya panjang, berdiri kat situ. Aku
ucap Allahuakbar baru dapat bergerak. Beberapa hari pastu, aku chatting dalam bilik dalam keadaan
gelap and just berpandukan cahaya dari laptop and webcam. Aku on la webcam ngan kawan2. Aku
terperasan something kat dalam webcam aku.kat hujung katil aku ade mende kaler putih. Aku ingatkn
almari pasal pintu almari aku kaler putih tapi aku tak puas hati and tengok ag skali.
Ade seseorang berdiri menghadap aku,time tu aku baring meniarap. die sebijik macam yg aku
nampak mase aku tido ritu. Aku ape lagi terus angkat duduk and g bukak lampu. Start dari ari tu aku
tak duduk lam gelap da. Beberapa minggu pastu mummy aku (mak tiri) balik kampung halaman die kat
Manila,Philipin. And petang tu aku and adik aku,Nurul je ade kat umah. Petang tu cuaca semacam pelik
je. So aku tutup tingkap and pastikan sume pintu berkunci. Pastu aku jalan masuk bilik bapak aku. tibe2
angin bertiup and aku terpandang kat tangga sebelah bilik bapak aku seseorang tu berdiri sebelah aku
je. Aku pun terkejut and terus masuk bilik bapak aku and aku gtau nurul jangan keluar bilik slagi bapak
blom pulang keje! Memang kecut perut jgk.
Selalunya bapak aku tak caye kat kiteorang kalau kiteorang terkena gangguan. Bukan tak caye, mybe
die xnak kiteorang takut kot. Satu hari ni adik lelaki aku (hasil perkahwinan bapak aku dengan mak tiri)
mandi. Masa tu dia kecik ag. Tak sampai setahun pun umur dia. Mummy aku keluar dari bilik mandi
kejap sebab nak amik barang. Da dia masuk bilik mandi alik dia tengok kat tangan adik lelaki aku si
Marol tu ade segumpal rambut. Dia pun pelik dari mana adik aku dapat rambut tu.
Dia simpan rambut tu and tunggu bapak aku balik keje. Then petang tu dia tunjukkan gumpalan rambut
tu kat bapak aku. Rambut tu panjang ag dari rambut kiteorang. Masa tu rambut kiteorang paling
panjang paras pinggang. Tapi rambut tu lagi panjang and nampak seperti usang je. Macam rambut
lama. Terus bapak aku pastu cari orang tuk tengok2kan rumah ni.

1 day tu aku tak tahu pun bapak aku da jumpa orang untuk tengok keadaan rumah ni. Aku main lappy
dalam bilik dia. Mummy and Marol pun ada jugak. Yg lain takde kat umah. Tengah syok aku main
lappy tiba2 ade sorang makcik ni lalu kat belakang aku sambil cakap *ooo dah jumpa aku, tau pulak
nak lari*.
Aku pun pelik. Sape makcik ni. Rupa2nya dia tu orang yg bapak aku panggil. Then aku nak keluar
bilik tapi bapak aku tak kasi. Aku, mummy and marol dok lam bilik je. Da selesai semua baru kiteorang
keluar. Bapak aku cakap 9 ekor jin da kena tangkap. 3 ekor dalam bilik aku. Sekor dalam toilet, sekor
dalam bilik mandi, sekor dalam stor, 2 ekor dalam bilik kakak aku, and sekor lagi kat luar umah aku.
Sebenarnya banyak lagi yang terjadi. Tapi nanti2 la aku story lagi. Sorry kalau tak berapa seram dan
terlalu panjang hope you enjoy it (:
Assalammualaikum, , Saya ingin berkongsi kisah misteri yang pernah saya alami, tapi saya tak tahu apa
jenis Jin ni.
Kisah ini berlaku pada tahun 2008 semasa saya berumur 16 tahun. Berlaku di rumah kawan saya yang
bernama LAN terletak di sebuah kampung di Johor.Saya bersama tiga orang rakan iaitu IWAN, AZZIM
dan AFIQ lepak di rumah LAN (di kawasan garaj kenderaan bahagian luar rumah, ada sofa dan
lantainya boleh dijadikan tempat untuk tidur/lepak). Kami selalu lepak di situ pada malam hari. Pada
hari itu juga, kakak LAN sarat mengandung anak ke-2.
Setelah lama berbual-bual, Jam sudah pukul 2AM. AZZIM, LAN dan AFIQ mengajak saya bermain
daun terup. Saya tidak mahu main dan mahu tidur kerana mengantuk. Mereka bertiga pun bermain
daun terup. Sementara itu, IWAN sedang menelefon seseorang sambil duduk di atas sofa. Saya tidur di
atas lantai (mengiring hadap sofa ). Di belakang saya, AZZIM, LAN dan AFIQ sedang bermain daun
terup.
Jam sudah pukul 4AM, tiba-tiba saya tersedar dari tidur, anggota badan saya kaku seperti dihempap
sesuatu, hanya boleh buka mata, bernafas dan mendengar sahaja. Selepas itu, saya ternampak susuk
tubuh seorang makcik berdiri di belakang sofa (tempat IWAN duduk). Makcik itu berpakaian baju
kurung lusuh/kotor, rambut tidak terurus sedang pandang saya dengan muka yang marah. Kawankawan saya tidak nampak makcik itu, hanya saya seorang sahaja yang boleh nampak. Makcik itu
memandang tajam ke arah saya dan saya terpaksa memandangnya.
Muka makcik itu buruk dan menyeramkan. Dia tidak cakap sepatah pun perkataan hanya memandang
saya dengan muka yang marah. Saya nak beritahu kawan-kawan saya pun tidak boleh kerana tidak
boleh bergerak dan bercakap. Bukan setakat itu sahaja, setelah lama berdiri dan memandang saya, tibatiba leher makcik itu memanjang keatas dan kepalanya seperti terbang dengan perlahan-lahan melalui
atas IWAN menuju ke arah saya. Makcik itu berdiri di situ sahaja, hanya kepalanya yang bergerak
dengan leher yang panjang. Muka makcik itu betul-betul di hadapan muka saya (face to face).
Jarak mukanya dengan muka saya lebih kurang 1 inci, begitu rapat sangat. Saya tidak sanggup melihat
mukanya yang buruk. Saya sudah cuba untuk menjerit, tapi apa boleh buat. Hanya air mata je yang
mengalir pada masa itu dan terpaksa memejamkan mata kerana ketakutan. Sekali-sekala saya celik, ada
lagi di hadapan saya.
Selang beberapa minit kemudian, saya terdengar suara kakak LAN menjerit kerana sakit perut hendak

melahirkan anak. Secara tidak langsung saya boleh bergerak dan buka mata lihat makcik itu sudah
tiada. Ahli keluarga LAN semua terjaga dari tidur dan segera menelefon ambulans dan bawa kakak
LAN ke hospital. Setelah abang ipar dan ibu LAN ke hospital. Saya terus menceritakan apa yang saya
alami kepada kawan saya, mereka semua terkejut dan berasa takut. Saya tidak tahu apa yang makcik itu
mahu dari saya.
Itu lah salah satu pengalaman misteri yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang. Jika
berpeluang lagi, saya akan berkongsi kisah mesteri saya yang lain. Terima kasih.
Salam admin, saya nak ceritakan sesuatu yang pernah terjadi pd saya dan 3 housemate saya. Cerita ini
terjadi semasa kami baru saja masuk sem 3 di salah satu ipts di pahang. Cerita ini terjadi pada tahun
2009 tak silap dimana pada sem tersebut pengambilan pelajar baru terlalu ramai sehinggakan kami
yang senior terpaksa ditempatkan di bangunan apartment pelajar yang sudah lama tak digunakan.
Dalam 1 bangunan yang kami duduk tu boleh dikatakan hanya tingkat aras bawah dan tingakat 1 sahaja
yang dibuka. Tapi dalam seminggu, pelajar2 yang berada di rumah ditingkat 1, semuanya berpindah
keluar sebab macam-macam diorang alami.Pernah juga diorang cerita yang diorang ternampak hantu
penanggal. Tapi kami buat2 tak tau saja tentang cerita tu. Nak dipendekkan cerita, masa mula-mula
masuk rumah tu memang rasa tak sedap hati.
Dengan keadaan rumah yang tak berapa nak selamat bagi kami yang pelajar ni. Belakang rumah pula
hutan. Roomate saya selalu sangat bergayut di luar balkoni yang menghadap hutan tu. Pernah jugak dia
cakap kat kami bertiga, sedang bergayut dia mcm terdengar sesuatu. Tapi kami just abaikan sampailah
terjadi satu peristiwa ni. Pada jam hampir pukul 12 malam, saya dan roomate sdg beristirehat dalam
bilik.
Saya sedang tgk laptop sambil godeh2 fb, dan roomate saya sedang kemas barang2 dia, almaklumlah
baru naik sem barukan.. so, takde kerja sangat nak buat. Tetibe rasa macam nak terkucil and saya cakap
dengan roomate, nak pi toilet sat taw.. Dalam bilik air, tengah syok2 melepaskan hajat, saya mcm
dengar bunyi satu suara nyaring sangat... saya sangkakan bunyi paip air, almaklumlah lama tak
digunakan.. So, saya rileks lagi...
Masuk je dalam bilik, roomate cakap,.. "Lili (bukan nama sebenar), apa yang awak bukak dekat laptop
awak? terkejut saya...saya dah tutup laptop awak dah" (dengan nada takut).. then dia ceritalah bunyi
sesuatu.... kitorang apa lagi, terus ketuk pintu bilik sebelah, terus lompat atas katil housemate.. Esok
paginya, saya bukak balik laptop saya, then bukak history browser,
rupanya ada 1 popup yang menunjukkan gambar cik pon sdg mengendung anak.. terfikir jugak bila
masa saya ada klik gambar macam ni siap suruh masukkan nombor telefon lagi.. Lagipun, saya kan
dekat toilet masa tu? haaaa...cer jawab.... takkan kat fb ada popup macam tu?
Assalamualaikum admin..
saya ada sedikit pengalaman nak share dgn semua..
Beberapa tahun yang lepas saya mendapat tawaran bekerja sambilan di sebuah hospital
kerajaan..disebabkan hospital ni jauh dari tempat tinggal keluarga, jadi saya mengambil keputusan utk
menyewa bersama beberapa staff hospital yang lain di sebuah apartment berhampiran tempat kerja.
Untuk makluman, apartment ni semuanya 5 tingkat..rumah sewa di tingkat 4. Saya pasti semua dah
sedia maklum gangguan rumah bertingkat ni biasanya lebih kurang sama, dan itulah juga yang saya

lalui, setiap malam dengar bunyi orang alih perabot, bunyi orang ketuk lesung batu tengah2
malam...namun bila dah lali dgn semua tu rasa takut tu hilang..
Selepas setahun tinggal dirumah sewa tersebut..pada suatu hujung minggu, semua rakan serumah
pulang ke kampung masing-masing, yang tinggal hanyalah saya seorang kerana jadual kerja jatuh pada
hari Sabtu & Ahad..disebabkan tak berani nak bermalam kat rumah, saya pn meminta jasa baik rakan
lain utk menumpang dirumah mereka sehari dua sehingga rakan serumah yang lain balik..
Selepas dua hari berlalu, pada petang Ahad, saya menerima panggilan dari salah seorang rakan rumah
yang bertanya sama ada saya ada menggunakan dapur utk memasak..saya pun maklumkan kepada
rakan yang sepanjang dua hari ketiadaan mereka, saya mmg tak duduk dirumah sewa dan tidak singgah
balik rumah walaupun sekejap. Rakan serumah terus terdiam dan perbualan terhenti di situ.
Selepas habis kerja pada jam 9 malam, saya pun terus pulang ke rumah sewa dan sampai di rumah
sewa, semua rakan serumah duduk di ruang tamu menunggu saya balik..saya agak hairan kerana
kebiasaannya bila saya sampai rumah semua mereka mesti sibuk gosok baju la, basuh baju la, ataupun
baring dalam bilik mereka. Sejurus masuk saya terus duduk berhampiran mereka dan bertanya jika ada
apa-apa perkara berlaku kerana semua kelihatan serius..
Lalu, salah seorang rakan menceritakan apa yang berlaku..
Rakan serumah yang pertama samapai kerumah adalah Ida, sewaktu Ida tiba, dia terus masuk ke ruang
dapur utk minum air dan ternampak dapur dlm keadaan kotor..pinggan dan kuali tidak dibersihkan ,
minyak tumpah di atas dapur memasak..kulit kentang yang di kupas berterabur di atas lantai..Ida berasa
kurang senang dgn keadaan itu lalu dia memeriksa bilik utk memastikan siapakah yang ada di rumah
dan melakukan hal itu, sedangkan sebelum ni xpernah berlaku ahli rumah membuat perangai seperti
itu..setelah diperiksa semua bilik semua pintu berkunci menandakan setiap bilik tiada penghuni atau
penghuni bilik mengunci dari dalam.
Sehingga seorang demi seorang rakan rumah yang bercuti pulang, Ida bertanyakan hal itu, tapi semua
mereka menyatakan mereka baru sampai dari kampung dan tidak menggunakan dapur sebelum pulang
ke kampung masing2. Bermakna, satu-satunya yang tinggal ialah saya...dan saya mmg tidak pulang
rumah setelah mengetahui mereka tiada..bimbangkan perkara buruk berlaku semasa ketiadaan kami,
kami memeriksa semua pintu tingkap dan kunci..ternyata mmg x ada kesan orang pecah masuk..dan
perkara itu menjadi misteri sehingga ke hari ini...dan tidak berapa lama kemudian..berlaku satu lg
kejadian apabila bangun awal pagi untuk bersiap ke kerja saya sendiri terjumpa jug air dan senduk
diletakkan dalam singki bilik air..sedangkan saya tidur di ruang tamu, mudah sedar sekiranya ada
kawan serumah bangun utk ke toilet..dan saya pasti orang terakhir yang menggunakan bilik air ialah
saya..dan dikuatkan lagi dengan pengakuan kwn serumah yang mereka mmg tidak menggunakan toilet
pada malam tersebut.
Maaf sekiranya jalan cerita agak panjang..inilah antara yang mampu saya kongsi..sekian..
Tiang seri rumah penghulu
Story by kairul
Kisah ni jadi kt salah satu kampong terperuk kt Malaysia.dh dkt 200 thn lepas kotmasa tu apa pn
tkder lagiyg ada kampung kecil2 dan orang asli je.jadi kt satu kampong ni yg penduduk dia tk la
ramai sngtsumer org islamdorg punya aktiviti menjalaikan kt sungai dgn berkebunhasil tu dorg
bagi sesame sendrikira aman gak la kampong nimalam lak dorg ke surauada gak yg melepak

kedai minumkt kampong ni ada satu je kedai minum pnkt kedai tu gak la org kampong bersidang
bincang perkara harian..
Tapi keamanan kampong ni tk kekal lama.ada kisah org kampong ni di ganggu poconghamper
semua org kampong diganggu.tiap hari ada je org mengadu kt ketua kampong mereka
diganggu.tiap kali gak tok ketua dgr citer yg samapocong tu akan muncul depan orgdia berdiri
tegak dgn kepala tunduk kebawah.rupa dia mmg terukdgn kain balutan badan dia dipenuhi tanah
dn selutmuka dia plak dh hitam n mereputtiap kali org jumpa dia mesti cabutsampai demam2 pn
ada.hal ni buat semua org kampong tu stress.sampai nk ke sungai pn takutmalam pn org tk
kesurau lagi psl takut..jadi satu petang ni dorg berkumpul kt gerai minum kampong tu ntuk
bincang
Orang kampung1:tokketua!!!....saya dh tk tahan lagi la mcm ni.kekadang sye nk membuang air kt
sungai pn takut..bini saya tu dh seminggu tk mandisye rasa cm duk serumah dgn kerbau lak
Tokketua:sabar la skit!!!! Aku pn dh pening memikirkn hal ni.org pn dh ramai yg tk kesurauakupn
dh tk tau mcm mana nk buat.
Orang kampung1:hal ni jadi sejak hj Din meninggal aritusemenjak tu la pocong ni ada kt snie.sye
rasa dia tu ada ilmu hitam.baik kita bakar rumah dia.biar dia pergi dari sini..
Tokketua:ko dh gilake??? Jangan tuduh sebarang je.kita takde buktilagi pun kalo kita bakar rumah
dia mana anak bini dia nk tinggal????
Orang kampung1:kita halau dorgdari kampong ni..jangan bagi muka dgn org yg amalkn ilmu
hitam
Kata2 ni telah mempengaruhi org2 yg ada kt stuhramai yg ingt mmg Arwah Hj Din ni ada blajar
ilmu hitamada juga yg was2taknak buat tuduhan melulutapi semua tunggu jawapan
tokketua.makin stress la org tua tu dgn anakbuahnya.
Tk lama lps tu ada la sorg pemuda asing nidia singgah kt kedai minum tu..hajat dia nk duk minum n
tgk keadaan tmpt tu.jadi tokketua ni gi la berkenalan dgn dia.org kampong pn tertanya2 sapa dia
ni.psl tk penah nmpk pn sebelum ni.
Tokketua:anak ni sapa?kami tkpenah tgk pn sebelum ninama pak cik ismail.pakcikketua kampong
ni
Orang asing(Jib):namasaya Jibsaya dtg dari jauhsaya merantau nk tambah pengalamanitu yg
saya singgah di sini..
Tokketua:tapi skrg bkn waktu yg sesuai ntuk singgah di kampong ni Jibkami dilanda
masaalah.baik kamu pergi ketempat lainkalo tk nnti kamu pn ikut susah juga
Jib:apa masaalahnya tok.ceritaknlah.
Tokketua pn cerita dari mula sampai akhir masaalah pocong yg ada di kampong tuJib tersenyum
senyum je mendengar citer tokketua..dalam itu dia (jib) meminta tokketua mengumpulkn semua org
kampong ntuk sembahyang isyak di surau malamtu..bila smpai waktu semua pn berkumpul di surau
selesai solat dia pn duduk bersama org kampong.Jib mencadangkn nk bawak semua Jemaah surau tu
ntuk ronda kampong.dia nk tgk keadaan kampong tutok ketua dgn sumer Jemaah setuju
jadi dorg nyalakn la jamung dn dalam lebihkurang 20 org ni mula la ronda kampong.tokketua dgn
Jib paling depanyg lain berhimpit himpit kt blakang.sumer takut tapi ikut gak rondaan malam
tu..tah dari mana dorg nmpk satu susuk tubuh tu berdiri tegak kt tengah jalandari jauh sayup2 je
dorgnmpkbila dh dekat bersuluh dgn jamung baru dorg nmpk jelas.susuk pocong tu ada depan

mereka semua.habis gempar la sumer yg ada tgk pocong masa tu


tapi takde yg nk lari laksumer berkepit sesame sendri sambil menggigil ketakutan.dalam tu
tokketua dgn Jib still kt dpnJib nmpk tenang jetokketua lak mcm konfiden bila Jib ada.pocong
tu still dlm keadaan ngerikain bungkusan dia mula reput hitan bercampur tanah.muka dia hitam
tunduk kebawah..diahanya berdiri tegak je ktstuh.Jib pelan2 pegi kt pocong tudia berdiri
mengadap pocong tu.tokketua dgn org kampong sumer tgk je dari blakang..tah cmne sesuatu yg tk
dijangka jadi.masa pocong tu tunduk Jib bukak tali pengikat kepalapocong tudia pegang erat2 tali
tu dan dia buka penutup kepala pocong tu.habis sumer yg ada kt stuh bole nmpk jelas kepala
dia.reput dgn daging kt pipi takderambut dia lak tinggal sikit mcm ada tkdermuka dia hitam
Disini sesuatu yg sangat pelik jadipocong yg tadi mengerikn tiba2 berubahada cahaya yg kuar
dari kaki dia naik keataspelan2 cahaya tu naik kelutut,pingang,perut terus naik ke kepala
dia.keadaan terus berubahkeliling yg gelap tadi jadi terang benderang.semua dpt lihat susuk
tubuh pocong tu .seperti mayat yg baru dikapankn.kain dia jadi bersih putihmuka dia yg hitam
jadi putih bercahaya. Semua jadi pelik.TERIMA KASIH!!!!....itu je yg dpt didengar oleh semua
yg ada kt situ.tiba2 dgn satu cahaya yg terang menyilaukn kuar dari badan pocong tu..dia
hilang.
Jib dn semua org masih berdiri terpacak kt stuhsumer mcm tk caya apa yg jadi.pelan2 Jib jalan ke
tokketua..dia bagi tali pengikat kepala pocong tu kt tokketua..
Jib:toksaya amanah kn tali ni ntuk ketua kampong nijika tokketua tidak lagi berkhidmat
hendaklah diberikn kepada ketua yg baruini amanah tok..
Tokketua menganguk tanda faham.disini keadaan pelik jadi lagi..Jib berundur 3 langkah
kebalkang dari tokketua dn org kampong.kini dia mengadap semua yg adatk tahudarimana tiba2
ktbalkang Jib ni plak kuar cahayamakin terang membentuk jadi macam kepak burung.cahaya tu
terus merebak keseluruh badan Jibmakin lama makin terang dn menyilaukn.dalam satu cahaya yg
terang dia hilang dari pandangantinggallah tokketua dgn org kampong terkedu kt stuh..suasana
keliling jadi seperti biasa.hanya jamung yg menerangkn keadaan.
Tk lama lps kejadian tu takde lagi org kampong ni diganggu pocong.semua jadi aman damai..jadi
mereka sepakat ntuk buatkn 1 rumah khas ntuk penghulu kampongjadi sesapa yg pegang jawatan
penghulu bole duk stuh.kt dalam rumah tu la tali pocong ni disimpan..dkt tiang seri rumah
penghulu
Assalamualaikum WPT.
okay pagi2 dah kongsi cerita, sebab pagi ni macam ramai orang kat office so perasaan takut tu kurang
lah. hehe. lagi satu sebab takut lupa, tu yang nak kongsi cerita sementara otak masih fresh untuk
mengingat.
kisah yang saya nak kongsi ni mungkin tak seram bagi sesetengah pembaca, tp bagi saya yang lemah
semangat ni seram la kot. huhu.. kisah ni diceritakan oleh abg saya sendiri, di sebuah ladang estet di
Sarawak. Tak perlu lah ye nak mention apa nama ladang tu, tp agak terkenal jugak. Abg saya ni
manager ladang, so dia dibekalkan rumah free lengkap dengan perabot dan keperluan lain. abg saya ni
memang kental orangnya. dia ada satu sifat panas baran dan hati kering.

Tp dia ni sukakan haiwan, so dia bela la monyet (taktau dia dapat mana, monyet sesat kot..dalam hutan
la katakan..dia kata monyet tu suka tgk pompuan cantik, hehe okay lari topic), dan dia sangat banyak
bela burung. mmg banyak gila! Salah sekor burung dia bela adalah burung hantu. satu malam yg indah
tu, dia p la main ngan burung tu, taktau la main camana tp dia hairan burung tu taknak pandang muka
dia, puas dia duk try nak tengok muka burung hantu tu tp burung tu pusing arah lain seolah2 taknak bg
abg sy pandang muka dia. bulu roma dah meremang, so dia keluarkan rokok, isap dan ckp "ko ni
siapa..", lepas dia cakap camtu je dia dgr dr arah kelapa sawit bunyi suara lembut2 cakap
'hmmmmmm..',ala2 suara perempuan. Monyet dia yg duduk kat tepi tangga duk bising2 tetibe hangin.
so abg pun naikla atas. kunci pintu. haha
Second kisah lak, abg sy ni ada orang gaji indon yang akan dtg kemas rumah dia tiap pagi tau..pagi tu
masa siap2 nak pergi keja kat bilik dia, tetibe indon yg kemas dapur dia menjerit lari ke ruang tamu.bila
abg sy tanya kenapa, dia jawab.."ada perempuan dekat dapur, hodoh mukanya rambut panjang!!.."
abg sy pernah terserempak dgn kak pon tu dlm rumah dia tp dia ckp kat indon tu, "ko ni ade2
jela..mana ada hantu siang hari..dah pegi sambung buat keje.." indon tu taknak, balik. esoknya datang
kemas rumah bawak husband dia. haha. malam2 abg sy ckp, anjing suka menyalak kat tepi tingkap
bilik belakang, bilik tetamu rasanya. tp abg teruskan life mcm biasa,baca yassin dan azankan rumah.
pernah dia tgk mcm kelibat budak laki umur dlm 4-5 tahun kat dlm rumah tu, masa tu dia baru masuk
rumah tu. tp mcm biasa, kentalkan diri, keringkan hati.
tu lah dia story nye.. ada banyak lagi cerita abg sy ni.. kalau balik rumah je mesti ada je cerita mistik
dia. tinggal sorg2 dlm ladang, camtu la cabarannya. Nanti sy cerita lagi. org dah sibuk, sunyi sepi, saya
takut. hihi.
peristiwa ini berlaku di sebuah hostel institut tempat saya belajar..pada suatu malam tu,saya tengah
layan cerita hantu kat page ni dan roomate2 saya tengah syok tengok cerita zombi kat laptop.Sambil2
baca,saya pun ikut tengok jugak cerita tuh
selalunya saya adalah orang yang paling lambat tidur kat dalam bilik tuh tapi malam tuh tak tau la
kenapa saya rasa macam nak tido sangat..saya tak taula pulak pukul berapa roomate saya tido tapi
dorang cakap dalam pukul 1 pagi gi baru dorang tidur.katil kat dalam bilik saya double decker,saya
dapat katil bawah..dan dalam satu bilik tuh ade 4 orang..
ade la roomate saya sorang ni suka sangat tidur kat bawah(lantai),katanya panas..malam tuh kira2
pukul 2 setengah pagi,dia rasa macam ada orang main2 dengan kerusi(tolak tarik) yang membuatkan
dia tersedar..waktu tu dia cuba la buka mata nak tengok,tapi mata dia macam tak boleh buka
sekejap..tapi dia try jugakla buka sebab nak tahu sape yang main2 tu..tiba2 dia nampak ade something
yang berpakaian serba putih tengah lalu kat sebelah katil saya..so dia pun tanpa tunggu ape terus
bingkas bangun ke katil dia..
pada pukul 4 pagi tu pulak roomate saya yang sorang lagi ni,di ganggu pulak dengan cara seolah-olah
ada orang gerak dia,roomate saya cakap benda tuh memanggil-manggil namanya sambil sentuh2
dia..dia yang tersedar dari tidur,ternampak satu kelibat seperti roomate saya yang sorang lagi tuh
nampak..waktu tu,dia tak fikir ape2..sebab dia ingatkan ade roomate yang kejutkan..jadi dia terus
tengok jam dan teruskan tidur..
pada pagi tuh,dorang pun bercerita la pengalaman2 dorang dan kami membuat kesimpulan yang benda

tuh nak gerak kami untuk qiamulail..hehe


Kisah pada tahun 1998 ketika aku darjah 6 masa tu. Lepas maghrib family aku ada jemput sorang
pengamal perubatan Islam ni datang rumah untuk menengok kaki arwah abah aku ni. (dia jalan kaki
sebelah macam kena seret sebab berat, menurut ustaz ada benda jadi penunggu di kaki arwah abah aku.
Benda tu mengikut masa arwah abah aku pergi 1 kuil area Bukit Mertajam masa ada majlis dengan
jabatan kerajaan apa ntah masa tu.
Berbalik kepada cerita, semasa tempoh berubat tu, arwah abah aku tak boleh masuk rumah. Lepas dia
balik dari masjid solat maghrib, dia tunggu di depan rumah. Masa berubat tu kat dinding tepi rumah
terdengar macam-macam bunyi, orang berjalan, pokok hempas tingkap, bunyi cakaran dan sebagainya.
Kami yang dalam rumah ingatkan arwah abah berjalan pusing rumah sebab bosan. Selepas selesai
berubat, arwah abah aku pun masuk rumah dan sembang-sembang. Kami tanya, tadi abah ronda di luar
rumah ke? Abah cakap "eh tak lah, abah tunggu depan tangga rumah je tadi!" Ok aku dah goyang masa
tu.
Esok siang kami pergi tengok tepi rumah, di dinding kelihatan kesan kotor tapak kaki macam kaki
ayam penuh di dinding. Dan pokok bunga kantan tepi tu daunnya habis hancur macam dilibas dengan
sabit. Dan ada kesan cakaran di dinding dan pokok tu.
Dengan tenang arwah abah aku suruh cuci dengan air dan buat tak tahu saja. Sampai sekarang aku tak
tahu tu makhluk apa. Makhluk yang berdamping di kaki arwah mungkin. Wallahualam.
Benda neh berlaku semasa aku dlm form 5 di sebuah MRSM di utara, perkara ini berlaku semasa cuti
sekolah dan aku xbalik atas alasan tertentu. Aku tahu yg classmate aku jgak xbalik, time tu bilik aku di
ground floor, dh classmate yg aku kenal tu ada di tingkat 1.
Nak dijadikan cerita, hari sabtu, aku tido pas asar n aku dh set alarm kt jam 6.30 ptg sbb time tu akan
ada dinner di DS (dewan selera) bdak2 mrsm akn tau. Tdo punya sedap, then alarm aku pon bunyi. Aku
trus ke bilik air, cuci2 muka dlu, bagi nmpk nuka segar, kang kantoi plak yg aku tido nnt. Lepas aku
kuar bilik air, aku ternmpk member classmate aku neh, nama dia Iqbal da kt atas tu. Dia tengah jalan
pandang ke depan, aku panggil la, "Iqbal!!! Iqbal!! jom ar mkn" yg herannya, dia xpandang aku.
Selalunya yg aku tau dia neh, panggil skali je trus toleh. Aku panggil sket, "Woi Iqbal!!! Jom ar mkn!!
Setan btol panggil x toleh"...kemudian dia berhenti then toleh kat aku. Tapi dia jawab, cara dia pandang
aku mcm nk marah. Aku pon blah macam tu je ar. Then jalan ar sesorang aku pegi DS. Untuk
pengetahuan korang, tempat kitaorg nk pegi DS neh satu hala ja, so korang bleh nampak sapa yg pegi
and sapa yg nk balik asrama.
Sesampai aku kt DS tu, amik makann, seingat aku, time tu lauk dia, ikan jaket n sayur labu. Mmg sedap
ar klu time2 lapar. Lepas amik air, then aku ternampak classmate aku yang aku panggil td tgh mkn ngn
member2 aku yang lain. Siap bergelak sakan lagi, diorang baru balik dr men bola padang sbb nmpk
diorang pakai kasut bola. Aku mcm nk terlepas ja pinggan n air yang aku tgh pegang, aku terpikir, yang
td aku panggil tu sapa... yang aku pandang tu sapa...
Pastu aku pergi la tnya Iqbal tu, baru balik men bola ker? Dia ckp ye la, knapa x turun men skali. Aku
pon tersengeh saja.Dalam kepala aku still pikir, sapa tu... sapa tu... Untuk pengetahuan korang, setiap
kali aku cerita benda neh kt kw2, confirm naik bulu2 roma...

Sekian saja pengalaman aku time skolah dlu.


MISTERI ORANG MINYAK
KOTA BHARU, KELANTAN: BENARKAH orang minyak wujud? Terdapat segelintir di kalangan
orang ramai yang beranggapan, orang minyak muncul hanya di zaman lampau tetapi tidak di zaman
moden ini. Persepsi tentang orang minyak memang ditakuti oleh kaum Hawa kerana makhluk ini tidak
menunjukkan belas kasihan terutamanya terhadap gadis-gadis remaja malah wanita suami orang pun
pasti menjadi mangsa sebagai pra-syarat untuk memenuhi tuntuntan 'ilmu ghaib' pengamalnya iaitu
dengan merogol sehingga 41 orang tanpa memilih mangsa sama ada gadis-gadis yang masih dara,
janda sekalipun wanita yang telah bersalin.
Wujudnya orang minyak bukan sekadar cerita yang dipaparkan di dalam filem Melayu lama berjodol
'Sumpah Orang Minyak' arahan Tan Sri P.Ramlee semata-mata. Namun, berita yang pernah
menggemparkan penduduk di beberapa buah kampung di Kuala Ibai dan Marang, Kuala Terengganu
sedikit masa lalu menunjukkan orang minyak memang wujud berdasarkan kepada kehendak tuannya
supaya ilmu yang dituntut itu menjadi sempurna untuk tujuan mendapat kekayaan secara mudah sama
ada dengan merompak, mencuri dan agar tidak dapat dilihat atau dijejaki oleh pihak polis apabila
mereka diburu kelak.
Namun, siapa sangka di Kelantan juga wujud orang minyak sebagaimana yang ditakuti gadis-gadis dan
wanita apabila Penulis dapat menjejak dan membongkar kemunculannya di Kampung Serian dekat sini.
Ketika ditemui Penulis, Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu, 40, berkata, di
kampung terbabit memang telah muncul orang minyak sejak tahun 1998 lagi, keadaan ini berdasarkan
pengalaman beberapa orang penduduk tentang gangguan makhluk berkenaan. Tetapi berita berkenaan
tidak didedahkan kepada pihak media kerana ia hanya diketahui, kemudian heboh dan lenyap setakat
penduduk di kampung itu sahaja.
Katanya, orang-orang kampung berkenaan tidak lagi perlu bimbang tentang keselamatan anak-anak
gadis mereka kerana orang minyak yang muncul di kampung itu telahpun ditangkap dan dipasung
olehnya dengan ilmu batin peringkat tinggi di sebuah busut berhampiran rumah di kampung mertuanya
itu.
"Sebenarnya orang minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam. Tuannya menuntut ilmu ghaib untuk
tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih
sempurna", katanya ketika ditanya tentang fenomena orang minyak di kampung berkenaan di mana
mangsanya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Menurut Darus lagi, beliau mengetahui kemunculan orang minyak melalui isterinya kerana isterinya
berasal dari kampung terbabit. Makhluk aneh seperti 'bigfoot' yang dikatakan 'ilmu hitam' oleh
pengamal ilmu ghaib itu diketahui oleh beliau yang muncul dari sebuah busut yang terletak
berhampiran dengan rumah mertuanya. Tetapi demi untuk mengelakkan ditakuti oleh golongan hawa di
kampung itu, beliau bersedia menangkapnya.
Namun begitu, pada peringkat awalnya makhluk berkenaan seolah-olah ingin menguji dan mencabar
kehebatan ilmu batinnya dengan memasuki badannya. Setelah makhluk berkenaan berada di dalam
badannya, berlakulah pertentangan di antara tenaga makhluk itu dengan ilmu yang dimiliki Darus.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Darus untuk melihat dengan lebih mendalam perihal dan
sifat makhluk tersebut dari mata batinnya.
Dari pandangan mata batinnya secara pertembungan di antara matanya dengan mata makhluk itu,
beliau dapat melihat dengan jelas lembaga tersebut memang berminyak, berwarna hitam malah kadangkadang berbulu. Ketinggiannya mencecah sehingga dua meter dan lebar badannya kira-kira satu meter.
Beliau pada awalnya tidak mengetahui nama lembaga tersebut kerana belum pernah melihatnya
sebelum ini. Tetapi dari tafsiran isterinya dapat diandaikan bahawa lembaga tersebut digelarkan orang
sebagai orang minyak berikutan badannya berwarna hitam, licin dan berminyak.
"Saya tangkap orang minyak itu kerana ia berbuat jahat. Kalau tidak ditangkap ia akan mengacau orang
lain", ujarnya.
Sementara itu menurut isteri Darus Mootalu, Che Rohana Mat Junus, 40, yang merupakan penduduk
jati kampung tersebut berkata, beliau memang mengenali pengamal ilmu hitam itu yang juga penduduk
asal kampungnya. Pengamal ilmu songsang itu sebelum ini adalah seorang yang baik malah
mempunyai bengkel membaikpulih kenderaan sendiri. Tetapi sikapnya tiba-tiba berubah apabila
perniagaannya jatuh merudum dan muflis.
Kata Che Rohana lagi, setakat ini sudah tujuh mangsa rogol yang dilakukan oleh pengamal ilmu sesat
itu yang bertopengkan orang minyak. Tiga orang gadis termasuk ibunya yang baru bersalin telah
menjadi mangsa rogol dalam sebuah rumah. Sedangkan suami wanita tersebut ada di rumah ketika itu
tetapi tidak menyedari kehadiran orang minyak berkenaan yang masuk ke rumahnya. Jelasnya, di
kawasan Dewan Beta Hulu dan Lubuk Jambu di Mulong misalnya memang suatu tempat yang sering
dijadikan kawasan operasi orang minyak bagi melengkapkan ilmu sesatnya itu.
"Sekarang ini sudah tujuh mangsa rogol, tiga gadis yang masih dara diikuti ibunya yang baru lepas
bersalin. Mangsa lain adalah pelajar sekolah termasuk sepupu orang minyak itu sendiri", katanya.
Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam itu ialah rompak dan rogol. Ini menurutnya,
setiap kali pengamal ilmu hitam itu akan melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu
yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak. Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah
apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa
menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang
secara tiba-tiba. Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya.
Tambah Che Rohana, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena
hujan dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut. Hal seumpama ini telahpun
berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan
makhluk berkenaan telah dapat dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas.
Tambahnya, ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang
minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapatnya segelintir masyarakat yang berniat serong
untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam
sesebuah kampung tersebut.
Orang yang ingin menangkap dan memasung orang minyak mestilah ilmunya dapat menandingi
kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu. Jika tidak, orang minyak sukar

ditangkap kerana orang minyak memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Kini pengamal ilmu hitam itu tidak lagi berada di kampung ini. Dikatakan dia telah mealrikan diri dari
buruan polis sehingga ke Kuantan, Pahang", katanya.
Walau bagaimanapun, pengamal ilmu tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana ilmu yang sering
mengekori ke mana beliau pergi telah dipasung di sebuah busut di kampung itu. Dari dialog suaminya
dengan ilmu yang dipasung itu telah berkali-kali ingin pulang kepada pengamalnya. Jika dihantar
kepada tuannya, pasti tuannya menemui ajal dengan ilmu yang diciptakannya sendiri. Kerana itu, lebih
baik dipasung di situ sebagai suatu pengajaran kepada pengamalnya yang menyebabkan orang lain
dalam ketakutan akibat gangguannya.
Kejadian ni berlaku pada malam arwah mama saya meninggal dunia( tahun 2002 )...di hospital besar
tuttttt.Oleh di sebabkan arwah mama meninggal akibat sakit bukan tuk di buat post mortem.. Jadi
proses tuk membawa jenazah pulang tu cpt.
Malam tu hujan renyai..saya ni plak demam.. Keadaan emosi dan fizikal agak tidak stabil. Berita
permergian mama memang saya tak percaya mmg sedih sgt.Kemudian,dlm keadaan sedih,sy turun beli
minuman di mesin air kerana rasa mcm nak muntah..(sementara tunggu abg ipar uruskan jenazah nk d
bwa pulang) Untk info,mesin air ni dkt dgn wad perempuan berdekatan dgn bilik mayat.. Semasa
melintasi bilik mayat,sy di sapa seorg nurse kata dia jenazah mama dah siap..sy kata ok.
Saya tunggu yg lain dtg.. Dlm masa tunggu tu sy pelik kenapa jenazah mama di tolak ke sini.
Kemudian nurse tu dtg lagi dgn muka yg xsnyum ajak sy melihat wajah mama tuk kali terakhir seblum
kain kafan di tutup.. Masa tu fikiran sy x fikir apa apa..mungkin trlalu sedih. Sy nmpak nurse tu masok
tanpa buka pintu. Sy sprti di pukau cuba ikot dan tolak pintu bilik mayat..tapi mcm berkunci..masa tu
sy dh panik bru sy perasan yg sy btl2 berada di hadapan bilik bertulis '' MAYAT REPUT DAN BKN
ISLAM''
....Masa tu hanya allah saja yg maha mengetahui.. Sy keliru. Siapa nurse tu..
Sy terus naik ke wad ats
Pakcik ckp,jenazh dh di bawa turun nk masok ke van.. Sy ikot naik van jenazah,dlm perjalanan ke
perliss.. Sy hanya diam. Kecelaruan minda dan emosi yg x stabil bole membuatkn kita kurang rasional.
Seminggu slepas arwah mama pergi,kami adk bradk kumpul. Sy tanya pd abg ipar utk kepastian
kenapa jenazah mama di tolak ke bilik mayat.. Masa tu smua pelik dan kakak sy kata
' selepas docter announce mama dh tade,sgala tiup di buang..dan urusan pendaftaran kelua di buat..
Segala mandi,kapan kn kita nak urus kat kmpung..bile plak pihak hospitl yg urus ke bilik mayat??' then
sy diam x share pon pasal gangguan tu..sbb kakak sy ni xpcaya pasal paranormal ni
Selepas beberapa bulan,member sy sakit. Sy pergi melawat beliau, masa sy lalu kt area lobi tu ada mcm
gambar2 lama hospitl..sy amati satu2,bru sy perasan mlm nurse yg tegur sy tu pakai sbijik mcm yg dlm
gmbr tu tp tu zaman 80an punya gambar...
Tambahan * pakaian nurse tu berbeza dgn nurse2 yg merawat mama sy...
Assalamualaikum semua... Saya ada pengalaman untuk dikongsi... Saya masih tertanya2 sampai
sekarang...
Pada tahun 2003, saya menduduki peperiksaan UPSR... Pada sebelah petang dan malam, semua pelajar
darjah 6 perlu menghadiri kelas tambahan... Ceritanya bermula, saya dan kawan saya sedang dalam

perjalanan balik selepas menghadiri kelas tambahan pada sebelah petang iaitu selepas waktu asar...
Saya menaiki basikal dan melalui pasar... Ketika saya melalui kawasan pasar itu, saya tengok adik saya
sedang bermain bersama kawan2nya... Jadi saya tak menghiraukannya kerana selalu dia bermain di situ
walaupown jarak rumah kami dengan pasar lebih kurang 1km... Nak dijadikan cerita, pada malam
tersebut adik saya tidak balik ke rumah.. Puas kami sekeluarga mencarinya seluruh pelosok kampung...
Laporan polis juga sudah dibuat.. Mak abah saya risau sangat... Malam tue jugak ada beberapa orang
kampung datang memberitahu parents saya yang mereka ada berjumpa dengan adik saya...
1) Sorang cakap dia menghadiri majlis hari jadi... Panggil dia masuk tapi dia tak nak masuk... Dia
duduk di luar rumah saja dan tak bercakap banyak...
2) sorang cakap adik saya mandi laut petang tue dan tinggalkan basikalnya di rumah kawannya...
3) sorang lagi cakap yang adik saya naik damm kerana dalam kawasan tempat tinggal kami berdekatan
dengan empangan saja...
Malam tue juga, mak saya minta tolong seorang yang pandai berubat tolong tengokkan kat mana adik
saya kerana ada banyak kemungkinan dia lemas atau sebagainya... Pakcik tue cakap yang insyaAllah
esok sebelum senja dia akan balik rumah... Keesokkan harinya, adik saya balik ke rumah dalam pukul
2lebih macam tue... Bila di tanya balik ke mana dia pergi, dia ujawab dia stay kat rumah cousin kawan
dia di balik pulau... Mereka bertolak pada pukul 2petang... Jadi saya tertanya2 diri sendiri... Siapa yang
saya jumpa petang sebelum tue? Dan siapa yang orang kampung jumpa jugak petang sbelum tue?
Maaf kalau tak seram... Saya cuma tertanya2 siapakah yang menjelmakan diri menjadi adik saya itu?
Kalau saya free lagi saya share cerita n pengalaman yang lain pula yer...
Assalam geng.
Ak nak cte ni.suka hati la nak caye ke x.bende ni jadi 2 hari lepas.ak ni baru berhenti kerja so malam2
aku berjaga siang aku tido.aku ni pulak x boleh nak duduk rumah area pkl 12 ke atas.astro faham2 je la
main cite pon budak darjah 2 x excited.ak msj la geng2 ak ajak keluar.sorg pn x balas msj ak.ak decide
la jalan2 naik kereta pergi port2 selalu kitorang lepak malam2.2 3 tempat ak pegi langsung xde.
ak pn dah malas nna bazir minyak ak park la kejap kereta dekat taman permainan kt dalam taman aku
sendiri.aku bakar rokok sambil call kawan2 aku.mase tengah call tu ade orang datang jalan kaki dari
arah belakang.die berhenti tanye aku jalan nak ke rumah aku.aku tanye la nak buat ape.die cakap kalau
kau xnak duduk kt rumah kau bia aku duduk kt rumah ko.ak ni lak jantan,darah muda lak.ak nak keluar
la dari kereta nak g belasah die la kononnye.die plak bercakap dengan aku dari sebelah penumpang.ak
keluar je kereta tengok xde orang pon kt situ.mase tu ak jadi keras.nak bergerak sikit pon xboleh.dalam
15 minit jugak la ak kaku kt situ.last2 ak dpt jugak masuk dalam kereta.
rapi sies ckp ak nk start enjin kereta pon jadi takut.nk buat ap jd takut.ak dah start enjin kereta pon ak
blah dari situ dan sampai je kt simpang rumah aku ak terdengar macam suara die cakap 'balik' dengan
nada yang tinggi.dan dah 2 hari ak x kelua rumah dari haritu sebab demam
Prolog: Kelibat di bilik stor.
Ok,citer saya berlaku dekat rumah abah kat kampung.Abah tinggal ngan mak je..Kat tingkat atas ade
satu bilik..bilik ni memang gelap.Xde sapa pun tido situ..just letak2 barang je.Mak slalu ngadu mlm2
mcm ade org jln2 kat rumah atas tu..sampai ke bilik gelap.Mak tak brani nak tgok..Abah memang tak
sihat,tak bleh bjln.Pintu tgh rumah pun mak tutup.Satu malam tu..kiteorg balik ramai2 buat baca
yassin.Angin takde ribut takde..elok start baca yassin je..hujan turun dgn selebat2nya.Kami baca
lagi.Depan saya ank buah lelaki saya yg duduk.Kebetulan dia duduk mngadap pintu atas yg slalu Mak

tutup.Ntah mcmana..dia tertengok pintu atas tu.


Trus terdiam...saya pun heran jugak.Dia cakap kat semua...time kite baca yassin tu..ade org mengintai
celah pintu atas tu.
Masalahnye..sape???
Lepas kejadian tu..esoknye,saya try masuk bilik gelap tu sambil baca ayat Kursi..serius tak tipu,tetiba
bulu roma meremang,rasa diperhatikan dr blakang.Saya terus baca sampai habis and sambung baca
fatihah dan 4 Qul.Slow2 rasa seram tu hilang..trus saya cakap,brani2 takut tolong lah kluar dari rumah
ni,Abah saya sakit..jgn ganggu dia.Kami tak kacau kamu,kamu jgn kacau kami.
Lepas2 tu kiteorg cari Ustaz dan berubat mana yg patut.
Sampai skrang,bilik tu masih misteri..
Mak pun masih lg tak naik rumah atas..
Assalamualaikum sy nk berkongsi lg 1 cerita. Berlaku pada tahun 2010 (nama tempat terpaksa
dirahsiakn bagi menjaga sensitiviti). Waktu tu sy kursus selama beberapa bulan. Tinggal dlm 1 asrama.
1 bilik ada 5 atau 8 org. Semasa hari pertama masuk ke dlm asrama kami semua diarah menukar cadar
tilam masing2 pada waktu petang (cadar warna putih). Oleh kerana kami agak nakal masa tu, selepas
sesi suai kenal, kami seramai 8 org dlm bilik bermain dgn cadar tersebut dgn berpura2 mengkafankn
rakan dgn cadar tu. Kemudian kami berpura2 baca yassin seolah2 baca kepada mayat dan gelak2.
Kisahnya bermula pada mlm tu.. Dalam asrama kami, ada 1 bilik betul2 bersebelahan dgn bilik kami
yg mana bilik itu sengaja dikosongkn. Dgr drpd kisahnya asrama tu pernah digunakan oleh peserta
wanita beberapa tahun dulu. Kami juga dgr cerita drpd tenaga pengajar d situ peserta wanita tu telah
menggantung diri di bilik tu sehingga mati. Sejak dari tu banyak kisah seram yg berlaku d sana. Pintu
bilik itu juga sengaja ditutup bagi mengelakkan org masuk ke dalamnya. Setiap kali lalu d hadapan
bilik tu pasti rasa seram dan bulu roma naik.
Pada mlm pertama itu jugalah.. Semasa nk tidur lebih kurang 12 mlm. Semua lampu bilik telah
dipadamkn. Cuma ada sedikit cahaya drpd luar. Sebelum tidur kami sempat lg bersembang2 dan
berkenalan antara satu sama lain. Lebih kurang 12.30 tgh malam. Kami masing2 senyap, ada yg dah
tidur. Dlm keadaan separuh sedar, tiba2 saya seolah2 terdengar 1 bunyi. Bunyi tu dtgnya dari arah bilik
kosong d sebelah bilik kami. Pada mulanya saya buat endah x endah. Tapi makin lama, saya buka mata
dan fokus pada bunyi tu.. Ya.. Mmg saya pasti bhwa bunyi tu adalah suara seorang perempuan yg
sedang menangis (menangis secara perlahan). Bulu roma masa tu semua berdiri tegak. Sy cuma mampu
dgr je suara menangis tu yg makin lama makin jelas di cuping telinga saya. Lebih kurang 10 minit.
Suara tu hilang sendiri. Dlm keadaan seram sy tepaksa tidur jg krna terlalu penat dan aktiviti bermula
pada awal pagi.
Pada keesokan harinya, selepas habis aktiviti waktu tengah hari. Kami berkumpul di dalam bilik
asrama. Kemudian sy bertanya kpda rakan lain mengenai hal semalam.. Rupa2nya bukan saya seorg yg
dgr. Ada beberapa rakan lain juga mndgr suara tangisan perempuan itu. Keesokan harinya beberapa org
termasuk saya terus kena demam panas membawa ke 2minggu. Apabila kami bersihkan bilik, saya
terjumpa beberapa helai rambut yg pjg. Sy jadi pelik dan berfikir, asrama kami tiada peserta atau
tenaga pengajar wanita. Lagipun sebelum kami menetap di sana, asrama tu dibersihkan setiap hari.
Org kata klau kita trdgr atau ternampak kelibat kemudian demam. Maka betul lah bnda tu adalah
gangguan syaitan. Semasa berkursus d tempat tu pn bermacam2 lg cerita seram yg diceritakan oleh
pekerja yg telah lama di situ. Antaranya yg terlihat kelibat kanak2 berlari dalam asrama, kelibat
makhluk berbaju putih bertenggek d atas motosikal dan mcm2 lagi. Sy nk cerita dan naik bulu roma.
Saya cuma beranggapan "benda" tu marah krna kami mempermainkn dia. Mujurlah hanya demam dan

tidak berlaku perkara2 yg ekstreme.


Pengajaran drpd pengalaman sy. Bila kita masuk satu2 tempat. Kenalah mnghormati tempat tersebut.
Berilah salam, baca ayat Qursi. Jaga kebersihan terutamanya di tandas krna makhluk2 halus seperti
syaitan dan jin suka kpda bnda yg kotor. Semoga bermanfaat utk semua.
ku nak crita pengalaman aku waktu ikut program jati diri..tahun aku tak ingat tahun bila..
Program tu kami buat dekat penjara pudu selama 2 hari satu malam..
Kami tidak diberitahu program ni wat kat sini sebelum tu kami cume dberitahu lokasi kat melaka
macam da kene prank plak..
Sampai je kat penjara pudu pegawai membacakn doa..kami dilayan betul2 macam banduan sapa penah
masuk penjara tau la macam mane seksa aku tobat tak nak buat jahat takut kene masuk penjara.. huhu
Pendekkan cerita malam lepas abis solat isyak kami seramai 30 orang ditempatkan dlm sel ade yang 2
orang ade 3orang tapi aku bertuah sikit la dapat 4orang termasuk aku..mase nk tido aku tido kat tengah
so belakang aku ade sorang budak aku xkenal..nak melayari mimpi je budak ni cuit kaki aku,aku pon
biar je la nak ubah posisi kot..lpastu sambung balik nak mimpi je budak ni cuit lagi kaki aku dah la
sejuk aku pon toleh la nak tengok kemain lagi syok dia tidur posisi masih lagi tido blakangkan
aku..pastu aku pon ubah posisi ngadap dia plak..ok kali ni rambut aku plak kene tarik dari blakang..aku
pon bangun duduk memang tak fikir ape tengok tingkap ok dah nak subuh la tu..
Nasib baik ade pegawai lalu tanye apesal aku tak tido orang lain da tido aku geleng je aku tanye pukul
brape sekarang.. pegawai tu bagitahu pukul 3 ok lambat rupenya.. sampai subuh tak tido tapi da tak
kacau da member aku pon tak begerak nak usik aku..
Esok tu macam2 cerita aku dengar.. persoalanye sape cuit2 aku???
ak ad la beberape kisah psal entiti2 ni..time ak asrama f0rm1&2 mmg slalu ternampk bayang 0rg
melintas la ap la..pstu bile f0rm3 ak pndah pstu ak xnmpk sgt jelmaan2 ni..ms0k je ak blaja k0lej(slah
satu k0lej kt klntn) ak kne d0k asrama,ak dpt s0rg membe yg pale gile2,yg gile smpai mse kcik nk hijab
dy tebukak,ad dy cter kt ak dy jmpe yg jenis nges0t kt lntai la,yg jilat lantai la,ak gelak je bile dy
cter..pstu da bp bln d0k asrama tu bru la cm2 ak nmpk,ad ari tu mse kit0rg b0rak2 sbl0m td0(lampu
pdam jd gelap la,lmpu luar jd tebukak),ak tepndang kt katil k0s0ng membe ak time tu dy g camping,ak
nmpk cm ad muke budak mati lemas je kt celah tiang katil,mule2 ak ngt ak ngigau,t0leh lg ad lg,ak
perhati t0l2 muke ny pucat gile,mate separuh tetutup,yg ak nmpk tu je pstu ak tarik selimut trus td0..ad
lg 1,time tu tgh rmai2 yela 1 bilik 12 0rg,yg s0rg ni sb0k g bkak vide0 hantu 7eleven tu kami pakat2
d0k tgk sme2 la..pstu membe ak yg bkak hijab mse kecik tu jerit '0i g td0 la!',ak pn pelik la,ak g kt dy
tnye 'phal?' dy jwb 'k0 tgk bwh meje tu'..meje dy kate meje makan kit0rg kt bwh tngge t0leh je nmpk
ad bdk d0k mencangk0g kt bwh tu,ap lg ak ngn membe ak g lepak katil trus senyap,yg len da pelik da
msing2 ik0t kit0rg,s0k msing2 tnye phal mlm td?kit0rg jwb ad ahli bilik bru haha kecut masing2.yg last
ni jd kt ak,mse tu cuti raye haji,jd msing2 blek,ak,membe ak yg bkak hijab mse kcik tu d0k bilik,pstu
ad la membe seni0r ajak lepak pcb td0 sne,kit0rg 0n je la,smpai sne lepak2 sedar2 smpai mlm da,mlm
kit0rg bbq,abs bbq kul 12 lebih,pstu ad yg s0rg ni ajak g men sn0oker,cmpur ak ad 3 0rg jd 0rg xramai
ngat nk pnggl membe kt d0rm ik0t skali..membe ak yg bwk kete ni jenis men tekan je minyak kete laju
sedap la 120 ke atas..smpai block c (asrama ad 3 block)..ak g kt gate,kt gate tu ad pokokk besar ak dga
ad penghuni..ak smpai je kt gate utk pnl membe yg sorng ni,ak nmpk kt pokok tu ad bnde putih
tergantung,langkah ak brenti,ak tgk lg,ehh bnde ni ad rmbut lg,ap lg langkah ak laju je msok bilik,ak pk
blek ap ak nmpk td,lepas pngl membe ak,ak kuar blekk,alamak lalu depan tu lg..ak tgk blek da hilang
bnde td,ak lari g kete pstu senyap je,mls nk bkak mulut t x caye dak2 ni..time drive tu membe ak
complain,np berat kate ak ni,ad kete lalu pstu high beam,ak dlm otk pikir,xkn bnde ni ikot ak
kot..smpai tmpat snooker start la game,mlm tu smue x dpt msok bola.walau pn yg men mmg terer2,yg
best ny kwn ak yg sorng ni bole ckp,wei ak x nmpk bayang ko kt phone ak la..peh ak ap lg mmg sah
bnde tdi ikot ak,ak bce ap yg ptot pstu kitorng blah..mulut ak tekumat kamit lg smpai kt pcb..lepak sne

smpai pg pstu bru ak cite kt kwn ak,dak2 tu leh ckp peh bwk sake ptot la xkne smue bnde..sekian
Kejadian nie berlaku sekitar tahun 2006 masa sy masih bersekolah..
Kebiasaannya.. sy memang jarang tidur di dlm bilik.. sy lebih suka tidur di ruang tamu sbb tabiat sy dr
dulu memang suka tngk tv smpai ke pagi... pada satu malam... kira2 jam 3 pagi.. sy tersedar sbb nk
pegi buang air.. memang sy slalu tersedar dlm jam 2-3pagi utk ke tandas.. tp mlm 2.. mlm yg sy xkn
bole lupa smpai bila2.. dlm keadaan mamai2, sy nmpk mcm arwah abah sy sedang duduk di atas sofa
sambil hisap rokok.. (masa 2.. arwah abah masih hidup) dalam hati sy... mungkin abah xbole tidur.. jadi
sy xrasa ganjil.. cuma.. sy terpandang mata arwah abah betol2 merah menyala.. tp sy dlm keadaan
mamai2, tanpa fikir panjang terus ke tandas tok melepaskan hajat..
Balik dari tandas.. sy nmpak arwag abah dah xda dekat sofa td.. dlm hati mungkin abah dah bole tidur...
jadi.. sy terus baring dekat tilam yg sy letak betol2 berhadapan kabinet tv... sedang sy cuba lelapkn
mata.. sy nmpk kelibat seakan2 akak sy turun dr tangga perlahan2.. dalam hati.. mungkin dia nk ke
dapur.. tapi.. bila sy pandang kearah 'makhluk' akak... sy nmpak akak sy sedang berdiri betol2
berhadapan tingkap.. berdiri tegak!!! Sy mula pelik... xlama lepas 2.... yg betol2 buat sy rasa nk pitam...
sy nmpk makhluk 2... sedang cuba memanjat tingkap!! Sy terus segarkn mata.. bila sy tenung betol2..
makhluk yg sy sangkakn akak sy td.. memusingkn kepalanyaaa... memandang betol2 kearah sy...
sambil tersenyum!!!!! Dan hilang serta merta!!! Ya Allah.. tuhan je yg tau perasaan sy masa 2... sy
tekadkn diri.. bangun perlahan2 ... terus masok kedalam bilik.. sampai kepagi sy xdpt tidur..
alhamdulillah.. xda apa2 yg pelik berlaku pada keluarga sy..
Sejak hari 2.. sy serik nk tidur luar lg.. heheee...
Nak share cite ni pasal arwah kakak nenek sy..
Kitorg panggil kakak nenek sy atok busuk (sbb kazen sy ckp dia bau semacam).. Arwah ni dlu ada
saka.. Anak da lame meninggal, suami pun sama.. Tinggal la dia sorg n nenek yg jaga smpai dia
meninggal.. Sepanjang hidup dia, asyik marah nenek sy sbb nenek sy dah suruh ustaz (yg kami kenal
thru org terdekat) tarik saka dia.. So bila saka tu da hilang, arwah atok busuk tu pun marah.. Harihari
ketuk rumah kami (masa tu umah kayu).. Bising sgt.. Then satu hari dia jatuh sakit.. Memang dah tak
buley bgun daa.. Kami ni tak tawu plak yg dia tak boley bgun.. Tgk tingkap umah dia tak tutup.. Aku
ckp dekat nenek aku yg tingkap rumah atok tak ditutup..
Nenek pegi check.. Tgk atok aku ni dduk kat kerusi malas dia..
Dia ckp, "aku dah tak boley bgun ni" nenek pun just ckp "kalau dah tak boley jalan, jgn keluar bilik..
Bahaya.. Naty jatuh ke apa.." (Sbb dia memang suka jd suster ngesot) seram la jugak kalo tgk muka
dia..
Then satu hari dia dah tenat.. Buang air besaq pun kat tempat tdoq tu jugak.. Tak lama tu.. Dia
meninggal.. Nak meninggal tu memang susah la.. Kne bukak zink kat bilik dia.. (Biasala kalau org ada
'membela' ni).. Bila dia da meninggal, ibu sy nak dtg tgk jenazah dia.. Bila tgk, menantu dia (ank dia
dlu da kawen n ada anak bape org ntah) suruh ibu sy tgk dari kaki.. Tekejut ibu sy bila kaki arwah mcm
bergerak.. Ibu trus ase pitam n balik umah.. Memang dia da taknak tgk lg..
So, end of the story..
Malam lepas dia meninggal, lampu rumah dia (pakai mentol bulat) auto terbukak! Pdhal takde org pun
yg bukak.. So sy ckp kat nenek, "kenapa biarkan lampu tu terbukak.. Siang td kan sume dah tutup"..
Nenek pun punya la cuak.. 3malam nenek sy kne kacau.. Bunyi rumah diketuk, bunyi zink dibukak,

lampu rumah arwah asyik tebukak kalau malam.. Tp siang elok je tertutup.. Mcm masa arwah ada lg..
Skrg ni, rumah tu dah takde da dirobohkan sbb asyik 'mengacau' jee.. Makcik sy penah ternampak
'gulagula' kat bwh rumah arwah atok sy tu.. Memang seramm!
So skrg tinggal tanah n semak samun je sebelah umah nenek sy ni..
Saya ada cerita yang ingin di kongsikan bersama. Cerita berlaku mengikut rentetan waktu dari masa ke
semasa. Semuanya berlaku di hulu langat yakni tempat saya menetap sekarang. Buat pengetahuan WP,
rumah saya terletak di dalam hutan di kawasan Dusun Tua Hulu Langat.. Tanah yang seluas 11 ekar ini
di warisi dari moyang saya dan turun temurun di jaga sehingga ke hari ini.. Kini, Tanah ini milik ibu
saya. Ceritanya begini.. Tanah ini terbahagi kepada dua bahagian yang berumah, dua ekar yang terakhir
di mana terdapat rumah kayu dan rumah batu. Pada mulanya kami tinggal di rumah kayu yang berada
di bahagian atas, dan di situlah paranormal yang berlaku bagaikan tiada batasan. Namun yang ingin
saya kongsikan di sini bukanlah kejadian seperti hantu pocong, langsuir atau hantu raya. Cerita saya ini
adalah lebih kepada kaum dan kerajaan Bunian di sini. Mengikut orang orang bijak pandai yg kami
undang, tanah ini merupakan sebahagian tanah istana Raja bunian yang bernama iskandar, di mana di
utuskan panglimanya yang bernama bo-Ali untuk di kawal selia. Pada mulanya kami bagaikan tidak
percaya, maklum la.. Sy di besarkan di Bandar dan ibu dan ayah membuat keputusan untuk membuat
rumah di sini. Namun setelah hampir saban hari kami melihat kanak kanak bermain, nenek kebayan
yang selalu mundar mandir turun naik ke bukit, serta dua tuan puteri yang bernama siti khadijah dan
siti zulaikha yang kerap berkunjung dan memberi salam di iringi bau yg amat wangi membuatkan kami
saban hari tergamam dan keliru. Keliru kerana perkara ini adalah sama sekali tidak pernah berlaku di
dalam hidup kami. Pada mulanya kami merasakan ini adalah perkara biasa, tetapi apabila ibu saya yang
kerap di dampingi dan saya yang kerap melihat, merasakan ini perkara yang tidak boleh di buat main.
Perkara mula menjadi semakin serius apabila sampai ke pengetahuan kami bunian ini terbahagi kepada
dua golongan, yakni jin kafir dan bunian. Seperti kita, mereka juga berperang.. Dan apa bila mereka
berperang kita di tengah tengah. Dari masa ke semasa, apabila yang kafir ini masuk ke kawasan tanah
kami, maka di situlah bermula episod yang mencemaskan di dalam hidup kami sekeluarga. Ada yang
berwajah pucat mata yang merah dan rambut yang mencecah ke lantai. Ada yang besar hitam dan
sebesar rumah mengoncang dan mencakar dinding rumah. Ada yang tidak berkepala dan berbau busuk
seperti bau kumbahan dan bangkai. Namun, itu semua adalah mainan seharian kami selama tinggal di
sini. Kehidupan di luar kotak pemikiran ini mula mencapai klimaksnya apabila arwah atok saya
berkunjung dan membuat keputusan menetap bersama kami. Arakian ceriteranya, atok saya merupakan
seorang bekas renjer hutan di dalam pasukan PDRM sekitar tahun 50an. Oleh kerana lasak sewaktu
mudanya, dia membuat keputusan untuk hanya tinggal di hujung tanah ini di dalam pondok yang tiada
dinding. Kalau bak kata orang, seperti "gazebo". Puas di pujuk, namun katanya di dalam loghat utara..
Takpa la, depa tak kacau kita.. Biaq pi la kat depa. Apa yang menyeronokkan di sini, pada ketika itu
arwah atok yang berumur 97 tahun terkedu akan kejadian di sekelilingnya. Terkedu kerana, yang maha
kuasa telah membuka hijabnya untuk melihat apa yang di sekeliling. Bermula seharian hidupnya di
datangi mereka mereka yang berkomunikasi dengannya. Ada yang berjubah berserban, ada yang
mengutip telor di bawah reban. Ada yang berkereta kuda.. Semua ini berlaku sekitar 3 pagi membawa
ke siang. Ada masanya atok bertanya kepada saya, siapa depa ni? Sy yg tidak nampak dan bertanya
"depa apa wan?" Kami mulalah bertambah takut apabila saban malam menemani beliau. Melihatnya
berkomunikasi dan ketawa, meremang bulu roma kami. Dan kejadian yang paling menyeramkan bagi
kami pabila di suatu malam, atok tiba tiba duduk dan terus menunding ke hadapan kawasan tanah yang
terbuka luas dan bertanya... "Hang sapa?!" Saya dan abg pada ketika itu yang duduk menemani
menjadi cemas dan meremang bulu roma dan bertanya.. Awat ni wan? Bila kami menoleh, "Ya Allah,
pada ketika itulah dan pada saat itulah kali pertama saya dan abang melihat buat pertama kalinya muka
seekor jin yakni yang org melayu panggil hantu!. Wajahnya yang bujur bertaring dengan darah
mengalir.. Matanya yang seakan sepet menaik ke atas, hidungnya yang rompong bermata merah

berambut panjang keras seakan dawai menyeringai memandang kami tiga beranak. Tiada apa yg
terlintas hanyalah di dalam hati menyebut Allah, namun mulut dan tubuh terkunci bagaikan di paku.
Dalam samar samar malam itu saya dan abang mendengar bacaan bismillah tujuh dan bacaan salam ke
atas nabi sulaiman oleh arwah atok.. Kami pengsan.. Pada siang harinya apabila jaga dari tidur, arwah
wan hanya tersenyum dan berkata.. Tak pa, kita lagi mulia.. Kami terdiam seribu bahasa.. Kerana,
janganlah di idamkan untuk melihat mereka...pesan guru saya, jika tidak kuat iman, jika di nampakkan
wajah sebenar mereka, alamatnya boleh menjadi gila.. Wallahu'alam.
_____________________________________________________________________________
Assalam,,
saya nk brkongsi cerita yg sya sndiri alaminya
ini kisah benar dan trserah kpda anda mau prcaya atau tidak
critanya brlaku ktika sya brkerja di sbuah skolah rendah di Ampang. sya pon dh lupa nama skolah 2 sbb
masa 2 saya tgh bkrja smbilan sbgai pekerja kntin smbil mnggu result SPM..
saya brasal dri klntan ttpi di ajak oleh member bkrja di ampang..
smmgnya sya tiada penempatan dsitu, so kami smua di suruh oleh tauke kami untuk tdur di blik stor
kantin yg agk mnyeramkn jga dgn siling kapur nya yg pecah & boleh dilihat tgki air yg trletak di atas..
kami brlima trpksa la akur untk tggal di blik stor..
mggu prtama kami tggal di situ mmg tiada apa2 mslah gngguan dan kami mmg brani untuk mrayau2 di
kawasan skolah. tp stelah hmpir sbulan kami disitu, kami mrsakan ada ssuatu yg xkna dngn blik yg kmi
duduk.. kjdian prtama, sya kbiasaannya tdur di tpi pntu blik , pda mlm trsbut sya trjaga kira2 pkul 3
pagi kbtulan saya mengadap pintu dan trkejut sbb pintu blik itu seolah2 ada org yg brmain buka dan
tutup.. pintu trus trbuka dan trtutup lbih kurang 30 mnit.. mmg saya msa tu kaku dn xbrgerak, brnafas
pon snyap2 je sbb tkut diprhatikan.. nk kata member yg main pintu, dia org smua ada dlm blik.. nk kta
angin mmg mlm 2 angin xkuat pon.. esoknya sya crita kt mmber yg tdur dsbelah sya tp dia jga trsedar
swktu pntu tu brgerak..
mlm brikutnya kwan saya nmpak jelmaan kawan yg sorg lagi sdg merenung di luar kantin.. 10 mnit
lpas 2 rupa2nya kawan yg sorg lagi ni tgh buang air kt blik air.. tp siapa yg dia nmpak td??
Wallahua'alam..
yg ni pling mnyramkn kami, pada mlm yg brikutnya, saya dan member sya tdur awal sbb trlalu tkut, tp
ada lgi mmber dua org sdg brborak pnjg di luar blik stor, lpas 2 mreka kejutkn kami dan mnyuruh kami
lihat di hjung meja makan pelajr.. mmg trkejut dn mnyeramkan, dgn mata kpla sya sndiri saya lihat
seorg budak skolah lgkap brpkaian sdg mnggu dia mja trsbut.. cuba byangkan pkul 2.45 pagi ada
pelajar tlah smpai.. xmasuk akal kalau mak bapak biarkan anknya ke skolah pkul 2 pagi.. lpas 2
member sya yg membranikan diri untuk mndekati bdak td tp kmi mmrhati dri jauh.. dia tnya bdak tu
"knpa awl sgt adik dtg??",, budak 2 diam je.. lpas 2 dia tnya lgi "rumah adik kat mana".. mmber sya
trkjut sbb bdak 2 tnjuk rumahnya kt ats bukit yg glap glita.. mmbr sya ni trus lari la tggalkan bdak 2
sorg2,..
tp smmgu lpas 2 kami bru dbritahu knapa bnyk kjdian brlaku.. istri tauke kami bgtau yg tauke kami tlah
disntau oleh adik kndungnya sndiri akbat dgki untuk mrbut tender kantin.. wallahua'lam..
title : Kelibat Amende Ntah...
suatu ktka dhlu,kt umh flat yg prnh aku ngn fmly tgl bbrp tahun dlu..*lupe daa tahun brp..
time tuh ade 2org sppu tmpang brmalam umh aku..sorg pmpuan,sorg lelaki...yg pmpuan aku

tmpangkan die tdo kt blik aku,pintu blik mmg x ttup mse die tdo tu..yg llki plk tdo ngn aku kt bhgian
ruang tamu.blik yg sppu pmpuan aku tuh tdo plk x jauh dr ruang tmu yg aku tdo...
DH TAKDIR DR DIA...nk kmi saksikan mkhluk Dia dr alam ghaib time mlm tu....
*brmula laa kisah...
lbih krg jam 3am..aku ngn sppu aku yg duk bring kt dpn tv duk tgk tv,x tdo ag time tuh.tp lampu dh off
sume dah..cme cahaya dr tv aje laa...then tbe2 keluar dr blik aku tuh satu kelibat mcm sorg pmpuan
menuju ke dapur,spt brjubah srba putih,rmbut pnjang,x jauh dr ktorg baring..lbih krg x smpai 7kaki
jarak..btol2 tepi ktorg die lalu..time tuh aku ngn sppu aku mmg pndang kt bnde tuh mse die mlintas x
jauh dr ktorg.msing2 trdiam..
time tu ktorg mmg trase plik,meremang blu roma ktorg..tp,ktorg bt2 rilex,sb sgkakan yg lalu td mgkn
sppu pmpuan kuar dr blik utk ke blik air ke ape ke..tp...lpas hmpir stgh jam ktorg tgu,bnde tuh mmg x
kmbali.mmg ktorg dh trase btol2 tkot..pstu...sppu aku tuh ckp kt aku..
`ko npk x ape yg aku npk td??..cbe ko tgk dlm blik,akak ade x dlm blik..xkn die g tndas,x blik2 dr
td..dhlaa g dapur x bkak lmpu.ape kes...`*tndas umh aku mmg kt bhgian dapur,umh flat ktekan..
pstu ngn slamber aku g intai dr pntu blik,pliknyer die mmg tgh tdo.mknyenyer....yg kuar td `orang` lain
laaa...
time tuh,pnyer laa tkot...ktorg trus off tv,msing2 duk trlgkup dlm slimut smpai trtdo,brpeluh2 duk dlm
tuh sb ktakutan..
KEESOKAN PGI..
aku bt2 mcm xad pape p tnye sppu pmpuan tuh..
`akak...smlm akak ade kluar g blik air ke,mnum ke kt dpur..ade x??`.
tnpa ragu2 die jwb `tak..akak dr mle tdo smpai pg mmg x bgn,ni bru je bgn slt sbuh.`
well..mlm tu la kli ptme ktorg npk bnde tuh,hrap ptme dan trakhir la..
smpai skrg,kes tu jd prbualan antra aku ngn sppu aku tuh.ktorg msih igt ngn jelas kelibat tu.mmg x dpt
nk lpekan.sb die lntas trlalu dekat.nsib baik die x toleh ke arah kteorg..ntah cmne la rupa..
sekian..
Hi admin!
Sy pun nk share story jg..~
Benda ni berlaku time nak amik SPM.. For info, sy ni stay kt asrama sejak dr form 3.. Boleh dikatakan,
spanjang masa stay d asrama, bnyak benda yg sy dengar pengalaman dr junior or senior. tp ada satu
kejadian yg mmg sy xble lupa sb benda ni berlaku pada diri sendiri.
Ada student namanya Ellyn (bkn nama sebenar), sy panggil dia 'kakak' sb dh anggap dia cm kakak sy
sendiri. kira kakak angkat la kan..( hehe) brbalik pd certa asal, kak Ellyn ni anak tunggal, xpernah
tinggal jauh dr parents dia.. Dia actually pelajar ulangan. (Dah amik SPM dlu) Oleh sb keputusan xbaik
mana, dia sanggup masuk form 5 balik sb nk buat parents dia bangga.So, dia amik keputusan nak stay
asrama even parents dia berat hati..Dia masuk asrama dlm pertengahan tahun. Kelas kitaorang xsama,
dorm pun xsama. Dia stay dkt dorm 2 and sy stay dkt dorm 3.
Boleh dikatakan, kakak ni dgn sy xleh pisah. kat skolah kitaorang lunch sma2, kt asrama pun sama.
Study kt skolah xsama2 tp dkt asrama mmg duduk semeja. Buku nota n peralatan tulis semua share.Dia

baik dgn smua org especially sy. Problem smua pun kitaorg share. Buat pengetahuan smua, kakak
angkat sy ni ada asma so dia xpernah g dorm sy. katanya penat nak turun naik tangga. so,anything sy yg
g jumpa dia.
One day (lg 2bln nk SPM), dia pengsan time kitaorg tngh study. sblm tu akak Ellyn g toilet. balik je dr
toilet dia duduk sblh sy and ckp 'dik, akak cm nk pitam la'.. so, sy suh dia rehat. blm smpai 5 min, akak
tu jatuh sma2 kerusi yg dia duduk. warden hantar dia g hospital. Parents dia punyalah risau. Lepas tu
dia ok blik,, Doktor ckp dia kna amik ubat secara teratur. Kak Ellyn buat cm dia xada apa2
berlaku..Kitaorng tengk pun dia ceria, sihat & xbanyak merungut pasal asma dia.
2weeks before SPM..
Kitaorang dah start ulangkaji mana2 yg patut.. Stay smpai overnight gara2 nk study. Akak Ellyn pun
sma. Dewan belajar kitaorng d aras 1. Kadang2 kitorang tidur ramai2 kt sna.
Satu mlm tu, sy study ngan 5 org pelajar lain,(kak Ellyn xda masa tu.. dia dh g tdo kut) tngah study
tiba2 rasa mcm org g ketuk kepala. 1x sy biarkn, kedua kali sy biarkn, ketiga kali sy toleh blakang ..
So, sy ckp kat student (student tu dok kat blakang sy), spya xgnggu sy study. Student tu diam. pstu dia
ckp dia nk g tdur. tinggal la sy and 4 org lg.. (dorg dok kt depan sy).. sedar xsedar dah jam 2am, so sy
bt kptusan nk g tdo.. time naik tangga g aras 3, sy tjumpa kak Ellyn dok kt tangga aras 2,(lampu samar2
sb separuh lampu dh kna off. tangga tu gelap skit) so sy tnya apasal xtdo? dia ckp xdpt tdo.. dia minta
sy stay kt tangga tu and borak ngan dia.
Time tu rasa mengantuk sangat, so sy tolak prmintaan dia n suh dia g tdo, kak Ellyn bngun n jln g dorm
dia. Tp sy msih duduk d tangga time dia pegi. xlama pastu, ada 1 student (yg g tdo tm study td) lalu d
belakang sy. (Dia dr toilet mybe) and tnya sy bckp ngan sapa? Sy ckp ngan Ellyn.
Student tu diam & trgesa2 balik g bilik dia. Boleh d katakan tiap ari selama seminggu sy melalui
keadaan yg sama. bertembung dgn kak Ellyn d tangga. Muka dia xla seram cmna pun, cuma nampak
pucat sikit. Masa pun dlm jam 2am-3am so dlm fikiran myb dia kesejukan..Tp tiap kali tu dia ajak
borak tp sy tolak sb penat study.
Tp xpenah skalipun terlintas d fikiran nak tanya dia, mgapa dia duduk d tangga & mcm menunggu
sy..D sekolah pun dh jarang nampak dia, dlm telahan sy, mngkin dia pun busy study mcm sy. .So sy
xamik kisah sangat..Kat asrama pun jarang bjumpa dia kecuali d dewan blajar tu pun smpai jam
9.30pm sj. Dlm fikiran, smua psl study, pressure yg tinggi sb dh nk SPM.
Seminggu sblm SPM..
Kak Ellyn tiba2 muncul d dorm sy (aras 3)..Wlupun trtanya2 sb dia xpernah g dorm sy, tp sy smbut dgn
baik. dlm bilik tu hanya 4 org yg stay, student lain dh blik kg sb cuti semester. (Sapa2 yg prnh stay
asrama tu mesti tau cmna kdaan d asrama time nk SPM.. Sunyi sangat.. Xramai org! Banyak dorm yg
kosong.) kitaorg borak kosong.. Gelak2 n bcerita pngalaman dia tm amik SPM dulu.. Then tetiba dia
ckp,' kakak nk tdur kt sni mlm ni boleh?'..Walaupun hairan sy biarkn..
Kitaorg tdo dlm jm 12.30am cmtu..dia tdur dkt katil sebelah lgpun tpt tu kosong. dlm jam 2am gtu dia
kejutkn sy dr tdur. Dia ckp ' kakak xdpt tdur, teman kakak borak boleh?'.. sy yg tngh mamai2 mnjawab.
'kak, tdur la.. bsok kna bngun awal, kta sama2 ulangkaji d dewan ok?' .. kak Ellyn diam.. sblm sy
trtidur balik, kak Ellyn ckp ' kakak blik d dorm dulu.' Then xlama tu pintu dorm berbunyi. (tertutup
kot)..
Sy xamik kisah sngat sb mengantuk sngt. Next day, kitaorang study dlm jam 9am gtu.. Xramai student
SPM d dewan. Tetiba dtg ambulans kt asrama, smua org cemas.. Warden berlarian pergi aras 2.
Rupa2nya kak Ellyn pengsan. Dngr cerita dri student lain,slh satu warden jumpa Ellyn pengsan d
tempat tdur. Mcm2 perasaan sy masa tu.
Rasa bersalah sb xteman dia borak. Xpergi jenguk dia dkt bilik.. mcm2.. Dlm jam 11am gtu, warden

blik kt asrama n bwa berita buruk. Kak Ellyn xdpt diselamatkan. Doktor ckp ubat asma yg kak Ellyn
sedut xbrfungsi.. Dia dah lama pengsan dkt bilik or myb lama tahan sakit sblm pengsan sb susah nk
bnafas.. Hanya Dia yg tahu rasa bersalah yg sy tanggung masa tu.
Pendekkn crta, selepas urusan pgebumian selesai, kitaorg blik ke asrama(Student SPM yg g tngk
pngebumian). Hati xrasa tenang. Tetiba satu student tu duduk sblh sy, dia ckp dh la, xpyh fikir dh.. ko
g la rehat dlu.. kang xpasal2 dia xlepaskn ko.. binggung jg benda apa yg dia mengarut smpai ckp cmtu.
Malam tu kitorng study cm biasa tp 1 apa pun xdpt fikir.
So, sy blik g dorm. Time nk tdur dlm jam 10.30 cmtu (roommate yg lain msih d dewan, sy sorang kt
bilik, nk ckp takut, xla jg tp seram sejuk tetap ada so lampu sy biarkn bpasang) Pasang earphone n
tdur..
dlm jam 2am (jam lonceng)sy trkejut dr tidur sb terasa ada benda sejuk dkt kaki.. Earphone xtau dh g
mana, tp bilik kitaorg gelap dlm telahan sy mngkin roommate yg tutup lampu tu. Dlm samar2 cm ada
benda tdur dkt katil sblh. Malas nk fikir, selimut sy tarik n tutup d seluruh bdn trmasuk kepala.
Tetiba dngar org brbisik dik xnak borak dah? .. langkah seribu sy tinggalkn dorm and g dewan belajar
masa tu jg. Seram xpyh ckp.. mcm nk pingsan pun ada.. habis kecoh satu dewan. Malam tu kitorang
xdpt tdur.. siap bwak warden teman dkt dewan.Nk g toilet pun konvoi.
Esoknya,sy tanya roommate apasal g padam lampu bilik. Menurut mereka, dorg xda balik g bilik. Pastu
tetiba student satu tu g mnyampuk (student yg g ketuk kepala sy tm study mlm), ari tu d tangga ko ckp
ngan sapa? Sy jwb ngan arwah Ellyn. Then student tu ckp, dia xnampak sesiapa pun d sna..
Cuma sy sorang. Thats why dia cpt2 blik g dorm.lgpun dr toilet g bilik dia, lurus sj and mustahil dia
xnampak arwah Ellyn. Tambahnya lg, dia xda g buat dajal p ketuk kepala sy tm study. Dia ckp, before
sy kena ketuk kepala, kepala dia sd kena ketuk dlu, Cuma dia xnak hebohkn benda tu dkt dewan.
Petang tu jg, sy call parents suh g amik d asrama.
Actually masih ada pngalaman lain psl arwah kakak angkat sy terutama selepas 7hari dia pergi tp
certa lain masa la ya admin. Hihi
Syukur sy masih boleh jwb smua krtas soalan SPM dngan baik, walaupun meja d hadapan sy kosong
(Meja yg sepatutnya diduduki Ellyn)- Nama sy dgn Ellyn mngikut huruf, (berturutan). Rasa terkilan sb
xborak dgn dia.. Cuma msih trtanya2, adakah Ellyn yg menunggu d tangga itu mahu memberitahu yg
dia akan pergi selamanya?Sb smpai sekarang sy masih xdpt jawab..
Tengkiu sb sudi baca~ sorry pnjang sket. Dh try bg pendek dh certa nit p xmampu..
______________________________________________________________________
As Salam Admin & Warga Wujud (Paranormal Team).Saya nak berkongsi cerita yang agak seram yang
telah terjadi pada saya tahun lepas.Saya ada seorang rakan OKU,namanya MAMAT.Mamat paling suka
kalau saya ajak dia melepak kat CC hingga larut malam.
Ceritanya bermula,pada satu malam saya ajak dia online.Dia asyik melayan POKER dan saya layan
FB.Ada seorang rakan FB saya tiba-tiba share video seingat saya tajuknya ' Gendang Kuntilanak '.Saya
pun termainkan video tu,memang lagu mantra dalam bahasa JAWA kot.Bila saya stopkan video tu,terus
saya perasan Mamat kat sebelah saya pun nengok sekali,pastu dia terus buka porno,saya tanya kenapa
Mat? Dia jawab nak cuci fikiran dia,sebab dia pun seram nengok video tu.
Dah lah tu,kami pun berangkat balik bila rasa dah agak ngantuk,waktu tu jam dalam kol 2 pagi.Saya

pun memandu hantar Mamat pulang,sampai depan rumah dia,dia buka pintu terus jer dia jalan
( selalunya kami akan bersalaman dan dia akan ucap terima kasih sebab layan dia gi CC ).Pagi tu saya
rasa macam pelik sebab Mamat macam tergesa-gesa nak balik lepas dia tutup pintu kereta saya.Tak
kisah lah,saya pun terus buat U-Turn untuk pulang ke rumah.
Lepas Mamat tutup pintu kereta saya,saya perasan yang belah belakang kereta saya macam ada
penumpang naik ( sebab saya rasa absorber belakang macam jatuh sikit ).Saya pun buat U-Turn
memang pastu saya rasa yang enjin keta saya macam tak boleh pergi walau RPM dah tinggi.Saya pun
teruskan lah juga perjalanan.
Bila rasa tak selesa ngan keadaan ni,saya pun jadi marah.Saya berhenti kat tepi jalan kebetulan ada
warung Tom Yam yang masih buka dan keadaan di situ agak cerah.Saya turunkan cermin depan keduadua belah,dan saya cakap,dah lah aku tumpangkan sampai sini jer,aku nak balik..Kau keluar lah. ( tanpa
menoleh ke belakang )
Lepas 5 minit,saya naikkan tingkap dan buka aircond,enjin keta saya pun saya juga,memang rasa
berat.Saya pun terus memandu pulang,bila nak sampai depan laman rumah,saya pun turun nak buka
pintu pagar.Bila saya buka pintu kereta,serentak saya rasakan ada macam angin lalu sebelah telinga
saya dan bau wangi tiba-tiba muncul sekejap jer ( macam bau bunga-bungaan ).Dah tu saya pun masuk
ke rumah macam biasa.
Bila tiba hari bertugas,saya pun tak jumpa Mamat.Tapi bila satu pagi,pulang dari kerja shift
malam,saya terus lepak warung bersarapan ngan kawan-kawan.Ada sorang member saya kata yang Si
Mamat bercerita kat dia,malam lepas dia turun dari kereta saya,dia perasan kat belakang tempat duduk
saya ada seorang wanita sedang menunduk,rambut panjang dan bertaring,tapi hanya menunduk jer.Tu
yang buat si Mamat cabut cepat-cepat.Saya pun ceritakan kat kawan saya apa yang telah terjadi.
Alhamdulillah,dapat juga pengalaman menumpangkan benda tu..Huhuhu
salam admin...
nak kongsi cerita jugaklah....
tak seram mana, tapi cukup untuk naikkan bulu roma saya malam tu...
kejadian ni berlaku masa saya outstation kat Nigeria, negara awang itam tu...
masa tu bulan mac 2012...
saya di tempat kan di quarters kat sebuah pulau bernama Snake Island...
situ memang banyak quarters untuk pekerja dia untuk mudah kan diaorg pegi keje...
ramai filipino n europian tinggal situ...
orang malaysia ada 4 orang jer, saya, membe keje 2 org, n sorang lagi memang permanent keje situ,
budak kajang, lupa nama dia tapi dia tinggal quarters lain...
quarters dia macam berek polis lama, ada lah dapur, ruang tamu, ruang makan, 6 bilik tidur, 3 bilik air..
dalam quarters yg saya tinggal tu ada 4 orang jer, saya ngan 2 membe keje, ngan Nigerian sorang nie,
membe keje jugak lah...
masa tinggal situ takde lah nampak seram mana, tapi sampai satu malam ni lepas 2-3 ari tinggal situ,
dalam pukul 2-3 pagi, ada orang ketuk pintu bilik saya...
bukan main kuat mcm nak pecah dibuatnya...
saya pun bangun lah nak bukak, ingat membe nak pow rokok ke apa...
dah tu bukak takde orang...

masa tu mamai, tak fikir apa ah, tido balik kat katil...
selang brapa minit lepas tu bunyi ketuk kat tingkap lah plak...
pun masa tu saya fikir maybe dahan pokok kot, sebab masa tu tgh hujan lebat campur ribut...
saya sambung jer lah tido mcm biasa, mmg tak terpikir apa2 pasal seram pun masa tu...
besok pagi, saya tanya ah member, dia ada ketuk pintu bilik tak semalam...dia kata takde lah plak...
saya bersangka baik lagi, mungkin mimpi kot ataupun sebab hujan lebat, ingat ada org ketuk pintu...
tapi member cakap dia dengar ada jugak orang ketuk pintu mcm nak roboh....
haaaaa, masa tu ada lah rasa semacam sikit...
tapi biarkan jer...
sampai selang 1-2 malam lepas tu, saya lepak kat dining hall buat, siapkan report keje kat laptop...
masa tu dalam pukul 11 malam kot...
saya sorang jer kat luar masa tu...
membe lain dah dalam bilik layan tv...
awang itam sorg tu lepas makan terus membuta...
tengah layan keje, tiba2 kerusi yg saya duduk tu kene tarik ke belakang...
jauh jugak dari meja...
toleh blakang ingatkan membe tarik tapi takde orang...
automatik, bulu roma kat tengkuk terus naik...
rasa macam ada orang kat situ tengah tengok jer....
ah sudah, berlari terus kat bilik membe terdekat, ketuk pintu dia kuat2....
Saya: "Saidi, mu ada tarik kerusi aku tak tadi? aku tengah buat keje tiba2 kerusi kene tarik"
Saidi: "mana ada aku tarik, aku dalam bilik ni kan, cuba tanya ompong"
menuju ke bilik ompong, ketuk bilik dia, dia pun kuar...
saya: "ompong, ada kuar bilik tak tadi?"
ompong: "mana ada, kita dalam bilik dari tadi haaaa, kenapa?"
saya: "aku tengah buat kije tadi, tiba2 kerusi kene tarik, bulu roma ni haa, tegak terus"
ompong: "cuba tanya oscar tu"
saya: "takde nya pak itam tu nak kluar bilik lepas dah makan"
suasana dah tegang, masing2 terdiam...
saidi ngan ompong cuba tenangkan perasaan, kata mungkin khayalan kot, sebab penat keje...
si nigerian sorang tu, oscar, memang dalam bilik dia jer, dia jenis balik keje, makan, terus melepak
dalam bilik...
nak taknak ajak 2 membe tu teman tutup laptop kat depan...
pastu dia ajak lepak luar isap rokok kat patio..(tak boleh merokok dalam quarters)
masa lepak tu mmg takde bende berlaku, cuba saya sorang jer ah rasa seram tak abis lagi...
dua orang tu dok gelak2...
dah habis melepak, masing2 masuk bilik....
saya pun sama, tapi sebelum tido, saya baca yassin dulu...
malam besoknya.....
si saidi ngan ompong tengah melepak kat patio lepas makan, merokok...masa tu dalam waktu
maghrib...saya kat kantin masa tu tgh makan...tiba2 diaorang berdua dengar ada orang ketuk pintu bilik

kuat macam nak roboh...diaorg pegi masuk dalam rumah, tgk takde orang...haaaa, dah kene kat diaorg
plak...diaorg cerita masa saya balik dari kantin....tapi hebat, diaorg berdua steady lagi..
berani2 takut ah...
keeseokan pagi nya....
Oscar :"Ghaffur, did u knocked on my window last nite?"
Ghaffur: "why shud i do that?nope.."
oscar :"seriously?"
pak itam pun dah kene kacau daaaaa....lepas dia tanya tu dia terus lepak kat depan ruang tamu, baca
bible dia...hahaha...penakut gak org tua tu...lepas tu aku pun cerita lah ngan dia yg aku kene tarik
kerusi, muka dia terus berubah...start lepas aku cerita tu dan ntuk hari seterusnya, dia tak pernah masuk
bilik lepas makan malam...
dia lepak tgk tv kat luar...agak2 dah mengantuk baru dia masuk bilik...konon2 dia tak kene kacau lah
kalau tidur mati...
ok, malam tu si ompong ngan saidi plak kene kacau serentak...
si saidi masa tidur, katil dia beralih, jauh dari tempat asal...
si ompong plak selimut dia kene tarik....
besok pagi diaorg cerita...masing2 kali ni mengaku memang ada bende dalam rumah tu saja nak kacau
gitu..
alhamdulillah sepanjang kitaorg tinggal dalam rumah tu, bende tu tak tunjukkan muka dia..cuma dia
suka ketuk pintu ngan tingkap waktu pagi2 buta untuk hari2 seterusnya masa kitaorg tinggal situ...
itu lah pengalaman saya di kacau hantu Nigeria...
hantu awang itam...
Cerita Hantu tak seram.
Aku bersama 6 lagi kawan nak cuba jadi ghostbuster.masa tu zaman kegelapan.baru habis SPM.kami
tak ada kerja nak buat jadi salah seorang dari group aku cadangkan supaya kami terjah rumah banglo
buruk yang ditinggalkan belakang tokong cina.
dalam pukul 1 pagi kami prepare barang dan bertolak naik motor masing2 pergi rumah buruk tu.kami
cuma ada bekalan rokok,dan jugak 2 bijik lampu suluh yang aku rembat dari rumah.
sampai aje kami parking motor jauh sikit dari rumah tu dan dari 2 lampu yang ada, satu lampu untuk 3
orang,satu lampu untuk 4 orang sharing.kami berpecah kononnya untuk semakin ekstrem.satu group
naik tingkat satu,satu lagi stay bawah.
aku berempat naik ke tingkat satu.bilik pertama,master bedroom tak ada apa2.cuma hanya ada bekas
puntung rokok dan lilin.mungkin port mat addict lepas gian kat sini.
tapi yang aku perasan, ada kotak rokok masih penuh dalam kotak tu bila aku ambik.dunhill 14.tapi dah
berhabuk.apahal mat addict ni tinggal macam tu je kotak rokok ni.membazir betul.
lima minit asyik suluh kesana kesini,member aku dah start bosan dan nak masuk bilik lain.ada lagi 2
bilik yang aku tak masuk.keluar je dari master bedroom tu terus aku dengar group bertiga kat bawah
sedang berborak sakan.kami berempat abaikan aje.

masuk ke bilik kedua,ada unsur2 misteri sikit dalam bilik ni.suram sikit dari master bedroom tadi.kami
berempat cuma menjenguk dari luar pintu.tak ada sorang pun yang berani jejak masuk dalam bilik
tu.macam ada perasaan yang halang dan kaki macam berat nak melangkah masuk.
aku pandang budak2 lain.masing2 pun macam terlekat aje dari luar pintu bilik tu.tak ape lah.aku terus
undur dan ke bilik ketiga di hujung.aku bagi lampu kepada sorang lagi dan biarkan dia lead jalan.aku
ikut belakang sekali
pintu bilik ketiga tertutup.tak macam bilik2 sebelum ni.member aku yang pegang lampu tu perlahan
bukak pintu bilik tu.
'krikkkk...' - bunyi pintu, sebijik macam cerita hantu yang pernah aku tonton sebelum ni.aku rasa
berdebar.mungkin sebab sound effect dari pintu tu sendiri buat aku berdebar.
aku ambik rokok aku,aku cucuh.sedut untuk hilangkan sedikit rasa tak sedap hati aku.bila je pintu
terbuka penuh.member aku yang pegang lampu tu terketar2 dan diam.aku pelik.aku tengok bilik tu
kosong je.macam bilik2 lain.
aku tepuk belakang dia.sebaik dia pandang aku,dari biasan cahaya aku perasan muka dia pucat.ape dia
tengok?aku tak nampak ape2 pun.aku tanya budak lain pun tak nampak apa2.aku dah rasa makin tak
sedap hati.aku ajak turun.
baru je pusing belakang nak turun,budak bertiga dari bawah tu dah naik.tersengeh2 macam orang gila
sambil geleng kepala.diorang bertanyakan pasal yang muka pucat tu nampak ape.dia hanya diam.
aku dah malas nak layan.hati aku makin kuat berdebar.ntah apasal aku rasa lain macam.aku berjalan
turun kebawah berdua dengan ahli group aku di depan sekali.lagi 5 orang bersama 2 lampu sibuk
berborak sambil suluh kedepan.
turun aje tangga,aku perasan suluhan lampu hanya tinggal satu.bukan dua seperti yang sepatutnya
sebab dua2 lampu ada di belakang bersama mereka berlima.aku tak peduli dan terus turun.mungkin
diorang tengah intai bilik kedua kot.
sampai je pintu depan rumah.aku terdengar enjin motor tengah start.cilaka.ada orang nak curi motor
group aku.laju aku berlari takut hilang motor bapak aku.dalam kepala otak aku dah bayangkan
bagaimana aku akan terajang sambil terbang tepat kedahi beliau si pencuri.
sampai aje aku dekat kami parking motor tu,tengok group bertiga yang survey bahagian bawah rumah
tu tengah tersengeh2 dan nampak terkejut tengok aku lari.salah sorang tanye.
"woi..ade hantu kejar ke?" - sambil tergelak.aku yang habis nafas sebab berlari laju tadi makin berdebar
tengok muka tiga orang tu.
mana taknya.tadi tiga orang tu kat belakang aku bersama2 naik tingkat satu.yang tiga orang ni dari
mana pulak datangnya.aku dah naik seram.aku diam.malas nak cakap ape2 kat diorang.
aku capai kunci motor,aku start.tengok budak2 group aku tadi baru sampai.diorang bertiga.jadi

sah!,yang naik ke tingkat satu tadi bukan budak tiga ekor yang ada depan aku ni.
jadi siapa budak bertiga tadi bersama lampu suluh yang naik ke tingkat satu tadi?aku diamkan diri.kami
semua start motor dan terus ke tempat biasa lepak.
aku perasan budak group aku yang bertiga tadi tak cakap banyak bila dah sampai port lepak kami
semua.semua tunduk macam ada benda tak kena.
aku rasa diorang ni ada cerita yang nak share.aku try tanye diorang apasal.ape yang korang nampak?
bila aku tanya macam tu barulah member aku yang aku serahkan lampu tadi bukak mulut.dia cakap aku
bercakap sorang2 kat depan masa nak turun.tak tunggu diorang pun.lepas aku turun,then diorang
nampak aku berlari laju ke tempat motor.
aku makin keliru.aku cakap sorang2?.aku turun sorang?
aku tanya balik samada diorang ada perasan tak ada 3 orang naik ke tingkat atas sebelum ni.diorang
geleng kepala.aku makin berdebar.
aku tanya lagi kenapa yang pegang lampu tu terketar2 tangan masa masuk bilik ketiga?dia cakap dia
takut aje.bukan ada ape2 pun.
aku sorang je kena main malam tu.jadi aku nampak siapa?aku borak dengan siapa?jadi aku buat
kesimpulan dalam kepala.aku ni hanya bermimpi.aku pun bukak mata dan tersedar.tengok jam dah
pukul 10 pagi.
jadi aku pun bangun dari katil.garu2 bontot.then aku makan nasi lemak sedap yang adik aku beli dari
kedai awek comel depan kampung aku.lepas makan aku pun tido balik.mungkin lepas tu aku termimpi
berlakon bersama erra fazira yang mana masa tu tengah tiptop.
biasala...zaman kegelapan kan..habis.
Misteri Kehilangan Helikopter Di Bario
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan
Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat
lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab
" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"
AnNaml: 38-39
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu

misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir
2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan
bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yangberusaha takut dan cinta Allah dengan sebenarbenarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum
helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama
mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya
berlaku?
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak,
Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten
Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa
12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek
empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menarakawalan dan terus hilang.
Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas
kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di
mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari
terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk
kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkapdengan sistem pengesan haba infra-red yang
mampu mengesan perubahansuhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam
hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga
syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapisatu jentolak/jentera pengangkut
balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari
badan Perhutanan Serawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan
Korea Selatan
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpundidapati oleh penaung Skylab
[ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab
adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor
specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private
practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes


ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak
buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran
Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan
Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari
bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapislapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang
bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama
anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia
bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak
masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa
kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia
membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke
daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan
asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan
memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih
seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter
tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di
Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang,
Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan
bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama
pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan
adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli
tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma
di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua
dimulakan. Pada 11.45 pagimereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya
sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus
berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik
iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang bolehdiajak berunding dengan

baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil
perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakansebaik-baik jin itu sejahatjahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti
yang disyaratkan, tolonglah beripetunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"
Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning
System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok
pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat
2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain
iaitualam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum pribumi Sarawak- telah bergerak
ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan
dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba
ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa
dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25
Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali ituberpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga.
Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan
terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli
itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja
sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada
perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya
helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat
sangat nak buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu
perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga
hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli
itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis
semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar
orang, kerana pasukan yangada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu

Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang
terputus, balik ke Miri ada tujuan yangtelah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli
menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan
berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih
menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi
sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksanaik juga hingga beberapa kali,
tetap anjing-anjing itu
memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah
kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi
hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah,
merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggotaSkylab dan doa ahli
Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas
ditempatnya.
Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa
sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk,
berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong
keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan
DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah
hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis
besar di tempat terjerumusnya heliitu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn
untukmendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bilamereka pandang ke arah
Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terusASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si
Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu
marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, AyatQursi dan selawat pada RSAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada
sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando
diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan
badanheli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonimdisebarkan dengan apa yang
sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dansejuk begitu, tanah di situ
pula agak curam dan bercerun, tiada tanahrata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli

itu ghaibsemula waktu itu!!


Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib- tabib semalaman agar
dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang
itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat
sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari
tempat heli malang ditemui keranatanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan,
anggotapenyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui
" Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius,
tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika
terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.Pintu heli terbuka lebar dan dua
orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayatmayatlain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yangteruk, mayat Kapten Shamsudin
mudah dikenali, walaupun reput, baukapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat
yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda
kehadiran jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan
kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu
diletakkan di situ..dan jin-jin yangbekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal
batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak
menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalamoperasi mencari heli hilang
itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui denganpertolongan
bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam
perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalusekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat.
Mana-mana yangberlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb pendespatch e-mail]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz
didampingi jin?"
Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu
menundukkan jin.Sejahat-jahat manusia itusama dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yangbernama Kalamung. Dia
hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh

manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil,
kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti
yangbanyak berlaku sebelum-sebelum ini.
_______________________________________________________________________________
Slm... Pengalaman seram saya bermula sejak saya tinggal di sebuah rumah di Nilai N.Sembilan. Pada
mulanya hanya sekadar gangguan bunyi2an di tgh malam spt bunyi org bermain dgn mainan anak saya,
bunyi org menaip laptop & bunyi kibod muzik dimainkan. Waktu aktif sekitar jam 3am-5am. Ianya
terlalu kerap sehingga menjadi satu kebiasaan buat kami sekeluarga sehingga lah baru2 ini ada
pengalaman baru yg amat memeranjatkn. Stlh beberapa kali kami berkongsi cerita bsama ibubapa &
rakan2, kami diminta utk merujuk dgn ustaz2 pakar perubatan islam serta merakam jika ada bunyi2an.
Oleh itu kami telah merujuk & kata ustaz rmh kami ini mgkin laluan/portal kerana mengikut cerita
gangguannya berbeza2, bkn lah jin yg mengikut dari hutan dsbgnya & kami dinasihatkn utk sentiasa
membaca Al-Quran serta melaungkn azan utk menghalau gangguan2 tersebut. Baru2 ini ketika saya
bekerja di luar, isteri saya seorang diri di rumah terdengar seolah2 bunyi kerusi meja mkn dicakar2.
Isteri saya segera menuju ke arah bunyi itu. Oleh kerana tidak biasa dgn aplikasi di dlm telefonnya, di
dlm suasana gelap itu dia menggunakan perakam video utk merakam tepat pd bunyi tersebut. Keesokan
paginya, isteri saya cuba memainkan semula rakaman itu tetapi yg peliknya bunyi tersebut tidak
kedengaran walaupun ditekap dkt pd lubang telinga walhal mlm kejadian bunyi itu amat kuat & jelas...
Oleh kerana video diambil dlm suasana gelap & sekadar merakam bunyi, dia tidak pula terfikir utk
menontonnya sehingga pd ptg harinya anak saya yg berusia 6thn bermain dgn telefon bimbit isteri saya
& memainkan video itu... Sedang anak saya menontonnya dia berkata "Eyh mommy, ada LITTLE
GIRL...". Alangkah terperanjatnya isteri saya apabila terlihat di dlm video itu kelibat seorang kanak2
perempuan di bawah meja mkn kami! Kelihatan spt bdk itu sedang memandang tepat pd isteri saya yg
sedang merakam bunyi itu. Saat dirakamkan ada bunyi, saat dimainkan tiada bunyi tetapi ada kelibat...
Saya pulang dr outstation pd mlmnya, isteri menunjukkan video tersebut, anda bayangkanlah saya tak
boleh tidur... Anak ppuan siapakah di bwh meja mkn saya pd pkl 3 pg??? Yg psti bkn anak saya kerana
anak saya kedua2nya lelaki berusia 6 & 1 thn. Sekian...
Once upon a time, kejadian ni berlaku 3 tahun yg lepas.saya maseh digelar pelajar rendah.saya masa tu
drjah 5.saya ni maseh bersikap kebudak2 kan dan seorang yang sgt nakal dan licik.saya sgt kuat
bermain dan hobi saya pulak ialah "menggali" taik hidung dan lekat kat dinding bilik saya termasok lah
dinding kat kelas saya.hehe
now lets get straight to the point.pada suatu mlm, saya kat dlm bilik tengah syok bermain ps2.masa tu,
takde srg pun kat rumah kecuali saya dan atok saya.family saya pulak keluar berjalan2 tanpa
pengetahuan saya sbab takut saya ni nakal dan buat hal kalau ikut diorang (biasa la kan.budak kecik
mmg gitu) so,saya sambung la main game ultraman dgn khusyuknya.
time tengah best2 berlawan dgn raksasa, tiba2 kedengaran bunyi ketukan di dinding.bunyi ketukan tu
betul2 dekat sbelah saya.ketukan tu perlahan dan bunyi nya agak slow tapi maseh kedengaran.saya
fikirkan atok saya yg ketukkan dinding tu sbab atok saya suka takut2 kan saya.so saya biar je la atok
saya ketuk sepuas hati.
3-4 minit kemudian, bunyi tu maseh kedengaran tanpa henti.tapi kali ni bunyi dia makin kuat dan
laju.aik.saya pun hairan.tak kan la atok saya ni addicted sgt main ketuk2.kuat pulak tutak sangka pulak
atok saya yg agak tua tu boleh ketuk dgn kuat dan laju skali.saya pun musykil.tapi saya biarkan je.lepas
tu saya buat la "hobi" feveret saya tu.saya gali punya gali, dpt satu emas, terus saya lekat kat dinding
tu.banyak jugak yg saya gali.ada la dlm 5-6 bijik.tengah2 khusyuk menggali, tiba2 bunyi ketukan tu

menjadi lebih kuat bagaikan menumbuk belacan kat lesung batu.abis jatuh semua emas saya kat
dinding tu.saya pun terperanjat beruk.fuh.gila kuat atok saya ni ketok.mungkin guna lesung batu
kot.saya pun teruk bukak pintu dan menjenguk keluar.aik.kenapa takde org.lepas tu saya tengok kat
dinding tu.terperanjat saya bila tengok ada kesan darah kat dinding tu.mata dh terbeliak.saya terpaku
diam.pas tu saya pun berlari kat dlm bilik dan mengunci pintu.saya terus terjah kat atas katil dan
berselubung kat dlm selimut sambil bergegar ketakutan.baru saya ingat yg atok saya pergi ke surau
untuk menunaikan solat Isyak.makin la terbeliak mata saya dgn hati yg sgt takut.saya menjenguk kat
jam dinding.jam menunjuakkan pukul 10.tapi yg peliknya, atok saya slalunya balik pukul 8
lebih.mungkin atok saya ada mesyuarat kot sbab atok saya imam tetap dan juga ahli jwatan kuasa kat
surau.dlm hati, saya berharap sgt2 yg atok saya balit secepat mungkin.saya dh tak tahan takut.dh nak
terkencing pulak ni.
tiba2, lampu bilik saya terpadam sendiri.nasib baik bilik saya terang sedikit sbab lampu rumah jiran
punye lah terang dan power sampai boleh masok ke dlm bilik saya sbab cermin tingkap saya menuju ke
arah rumah jiran saya.mungkin jiran saya penggemar lampu kot.pintu bilik saya terbuka dgn kuat dan
terkena dinding dan membuat bunyi yg sangat kuat bagaikan nak gempa bumi.nasib baik rumah saya ni
rumah konkrit.kalau tak, confirm bergegar satu rumah.yg buat saya takut sgt, masalah nya saya dh
kunci bilik tu.fuh.saya punyalah takut.saya pun menangis sbab dh takut sgt.tiba2,kedengaran bunyi
tapak kaki seperti sdg menuju ke katil saya.saya terus menutup selimut dgn erat sgt2.tibe2, selimut saya
ditarik dgn kuat.saya tergoleng2 dan terjatuh dari katil.alangkat terkejut beruk nya bila saya tengok
selimut saya terapung2 kat atas.saya takut sgt2,saya terus berlari keluar sambil terkencing2.
tiba2, kaki saya seolah2 ditahan.saya tak dpt berlari dan berdiri di tengah2 ruang tamu.saya dh takut
mcm org kena rasuk.saya menjerit2 seperti org gila kena sawan.saya tengok kat kaki saya dan nampak
ada budak kecik tnapa kaki yg menahan kaki saya.tibe2, boleh pulak kak ponti muncul kat depan saya
sambil membawa muka yg teramat la burok dan mulut nya berdarah.lidah nya panjang bagaikan belalai
gajah.mata nya kemerahan.dia senyum melihat saya.dan mendekatkan diri kat saya dan berkata "dik,
jom ikut kakak" sambil ketawa menggilai."tak mahu!!! aku tak nak ikut kau!!tinggalkan aku!!! ya
Allah tlg la aku!!!" si kak ponti cuma ketawa aje tak pandai nak berhenti.saya dh mula letih, dan terus
pengsan bila tengok ada seekor lagi antu kat sbelah saya.antu penanggal pulak tu.ya Allah.kalau korang
ada time tu, mesti korang fhm mcm mana rasa takut nya.saya pengsan je la sambil membawa air
kencing ku.hehe
esok pagi, aku bangun dan tengok sekeliling.saya dh berada dlm bilik saya sendiri.saya beristighfar
panjang2 dan keluar.saya tengok semua fam saya sdg layan tngok crita hindustan.saya pun join la
iorang skali.pas tu diorang tengok aku semacam je.lepas tu mak saya tnya "Shah (bukan nama sbenar
saya)okay ke? knape mlm semalam mak tgok Shah terlentang kat ruang tamu? pengsan ke? dh la
terkencing dlm seluar pulak tu".lepas tu saya crita semua nya sampai habis.diorang dgr tanpa
mengeluarkan sepatah ayat.mlm tu, kami membuat bacaan selamat dan memasang pagar.apa yg terjadi
kat saya smalam ada lah jin yg telah mengekori saya lepas saya bermain bola ptg tu.Wallahualam
anda nak percaya ke, tak ke, itu semua nya anda yg menghakimi .apa yg saya tahu, saya sendiri yg
mengalami nya.
Kisah ni berlaku pada aku mase muda2 dulu...(kisah benar ) nak dijadikan cerita ktowg ni memang
minat sangat dengan benda2 mistik ni... bile ktowg dengar jew cite2 pelik mesti ktowg siasat sama ada
cite tu betol atau tak...
so satu hari ini ktowg terdengar la cite tentang orang seru roh gune duit syiling... ape lagi...ktowg

search la kat internet untuk belajar cara die.... search punye search...ktowg pon jumpe... so,ktowg
tengok tol2 cane dyowg main... (kalau belajar kt sekolah macam ni kan bguish....kui3....) hahahaha....
citenye bermula bile ktowg dah khatam care nk mainkannye... ape lagi...weekend membe aku 2 bagi la
cadangan tuk main kat rumah die... biasa la parents die jarang ada kat rumah...aku pon setuju jela... nak
la.jugak cube benda pelik2 ni walaupon hati ni dah kecut.....saje nak tunjuk berani kat.membe aku 2....
akhirnya hari yang dijanjikan dah sampai...so aku dengan langkah longlai datang la ke rumah membe
aku 2.... biasela kan kalau takot...so peratus nak main tu 50-50 jew.... tapi membe aku yang semangat
sangat ,so aku support je la... lupe pulak... ktowg ada ajak membe ktowg sorang lagi ni... tapi die
perempuan la... tunggu punye tunggu tak sampai2 lagi... tak pela... ktowg sabar je sambil2 tu ktowg
siapkan "BOARD DIE"... pada board tu ktowg tulis huruf A-Z , 0-9, HOME , YES , NO... pastu ktowg
nyalakan lilin dan letakkn pada hujung penjuru meja tempat ktowg bermain.... tepat pada masanye
membe ktowg ni sampai... die mintak maaf sebab lambat...."jalan jem katanye...." darah ktowg
menyirap jugak waktu tu... marah la katekan... tapi tak pela..ktowg tetap senyum sebab die pakai cantik
sangat hari tu.... hahahahhaha....
k ni baru klimaks die.... (jeng.....10x) ktowg gune DUIT SYILING LAMA yang membe perempuan
aku tu bawa... ntah mane die jumpe aku pon tak tau... pastu duit lame tu ktowg letak kat home dan jari
telunjuk ktowg bertiga letak atas duit syiling tu...ktowg pon start seru roh... "spirit2 of the coin,dari
kegelapan kau ku seru...." 15 mnit ktowg seru roh datang2 lagi.. fed up jugak la... yela 1st time kan...
ntah jadi atau tak... baru jew kitowg nak angkat jari... tetibe angin kuat datang menyerpa muka ktowg...
bukan main terkejut lagi ktowg..... kipas tak buka suis...pintu berkunci.... "dari mane datang angin
tu....."tetibe mulut aku bersuara... membe aku yang dua orang lagi habis kecut dah muke dyowg...cam
darah dah kena hisap lak... PUCATTTT.... then... tibe2 syiling 2 bergerak dengan sendirinye.... baru
kitowg tau yang roh tu dah sampai... pe lagi... kitowang happy la... tak sangka lak benda ni tol2 jadi...
tanye punye tanye.... rupenye roh tu perempuan baru je mati... bunuh diri kerana putus cinta... ktowg
dah cuak sangat2 dah mase tu... cane kalau roh tu ikot ktowg lak... macam2 la ktowg tanye roh tu....
dan macam2 gak la ktowg tau sal "die"... last soalan kami.."sape yang kau paling suke antara
kami...???? " die pon ejala name kawan perempuan kami tu... waktu tu baru ktowg perasan yang muka
kawan ktowg tu dah jadi menyeramkan... senyum sindir pada ktowg... ape lagi... aku dan membe laki
aku 2 pon teros seru roh tu supaya balik ke tempat asalnye.... tapi "DIE" X NK... waktu tu tak yah
cakap la... lutut kami dah habis mengigil... tibe2 kawan perempuan aku pulak ketawa... mengilai
macam kena rasuk... pastu tenung mata kami.... kawan aku tu dah terkucil dalam seluar... kami cube
jugak suruh roh tu pulang kat tempat asal die... ktowg tak boleh agkat jari selagi duit syiling tu tak
pergi kt HOME... .2 syarat die... lau tak.... .(ntahla..tak yah la aku cite..nanti kowg tak tido malam
lak...)
5 minit pastu tetibe pintu rumah kena ketuk... bertambah la lagi ketakutan kami... dah la lampu lilin dah
nak padam... adoyaiiiiii.... and then... kawan perempuan kami tu kate... "jmpe ag ye... sy ske kte dpt
bermain sama2 hari ni"... akhirnye duit syiling tu kembali pada home dan ami teros angkat jari
kami....aku dan membe laki aku 2 terus berlari ke pintu untuk tengok sape datang dan tinggalkan
membe perempuan aku tu sorang2.... nak tau tak pe yang ktowg nampak waktu buka pintu tuh.... pnye
la terkejot ktowg bila ternampak kawan perempuan ktowg baru sampai.... then ktowg terus masuk
tempat ktowg bermain tadi... dan "kwn pmpn" yang ktowg.tinggalkan tadi dah tiada... baru ktowg tau
yang ktowg main dengan roh menyamar sebagai kawan perempuan kami... dan pastu ktowg tak jadi
main dah.... nak dikatakan seminggu ktowg demam sebab ketakutan... tobat tak nak main lagi.
___________________________________________________________________
Slm..kisah ini berlaku lbih kurang 21 thn yg lalu..alkisahnya acu aku ni berkahwin dgn kawan abah
aku..sebelum kawin tu kami semua xpenah tgk pon bkl suami acu aku tu..

1 mlm tu abah aku blk keje..mlm time tu..kebetulan mlm tu mk lang n the fmly dtg umh...abh pegi keja
naik moto n dia akn bwk msuk moto ikut pintu belakang..
Tiba2 ja mak lang aku tegur tu knapa x ajak kawan masuk tu..mklang aku kata kwn abh ada kat luar
pintu depan..aku mcm pelik la..sbb pintu rumah tu terttp..n sapa pulak yg mk lang aku npk..then mak
pon plik n ckp kt mklang sapa dia yg ada..pntu ttp tu hg nmpk kt mn..mk lang kata mmg dia btol2 npk
td..org nya gelap..rmbut kerinting dia ingat bkl suami acu aku..
Rumah yg kmi dduk tu mmg keras sikit..2, 3 hr sblm tu pkok pelam blkg umh kn pnh petir..nth2 mkluk
yg mk lang aku npk tu yg kna pnh ngn petir tu..
Aku sndri pnh npk..time tu dkm kul 2pg cmtu rsnya..jmban kami kt luar..umh kampung..so tiba2 rs nk
tkucil..mk pon bwk aku n kakak sbb time tu kami kecik lg..aku dlm umo 5taun cmtu..time turun tu
tiba2 aku npk dkt umh jiran 1 pompuan pki jubah putih rmbut pjg membelakangkan kmi..aku n kakak
npk..so ckp kt mk..makk..hantu la..mk aku punya la kelam kabut suruh kmi naik umh sbb dia
xnpk..mmg real npk..tp nsb dia berdiri membelakangkan kami..kalo x aduhai. .xcukup kaki kmi
lri..naik ats intai celah dinding duk ada lg..maby si penunggu pokok kekabu sbb umh jiran aku tu dkt
ngn pokok kekabu yg besar giler n seram lak tu..kakak aku pon pnh nmpk kain putih terbang ats pokok
kekabu tu..apa pon umh tu mmg seram..mmg byk sgt kejadian paranormal dlm umh tu..sekian..
_________________________________________________________________
Pengalaman seram di Highland Tower.
Kejadian berlaku pada malam Jumaat, saya dan beberapa rakan ke lokasi Highland Tower kerana
tertarik dengan apa yang dijumpai kawan-kawan saya iaitu Niezam Zaidi & Shima Anuar kat sana
(masa shoot doku Highland Tower)
Sampai je kat sana, ambil gambar action figure Hot Toys saya depan pintu masuk dulu. Guna shutter
speed dan dapat result gambar warna yang agak menyeramkan (warna merah jingga, orang kata kalau
langit warna gini maksudnya makhluk halus tengah aktif).
Lepas selesai bergambar tu, tinggal la 2 member melepak kat luar sebelum join. Saya dan beberapa
rakan yang lain terus menghala ke pintu masuk Highland Tower yang dahpun ditutup (Maaf Pak Guard,
kami masuk diam-diam) tapi sebelum nak sampai ke sana, kena melalui satu kawasan yang mana
terjadinya perkara yang menyeramkan...
Apa yang jadi?
Jalan menuju ke pintu masuk Highland Tower tu ada sebuah banglo tinggal, yang mana banglo tu
pernah digunakan sebagai tempat mengumpulkan mayat-mayat mangsa tragedi Highland Tower.
Sekarang memang tak berpenghuni lepas terjadi pelbagai peristiwa menyeramkan dan jugak ikut
rasionalnya kalau dah sebelah kawasan yang tak selamat, sememangnya owner akan berpindah, kan?
Berbalik kepada kisah saya, sampai je betul-betul depan banglo tu, tiba-tiba ada suara garau dan besar
menjerit memanggil nama saya
"Azhar!!"
Saya mencari-cari empunya suara tu dan terpandang la banglo kat situ. Saya dapat lihat dengan jelas
sosok seorang lelaki berbadan gempal, berwajah hitam macam berbulu sedang bercekak pinggang dan
tangan kiri melambai ke arah saya.
Fikiran suci saya bertanya "Siapa yang kenal aku malam-malam nie?" dan terus mengamati wajah
makhluk tersebut. Mungkin kenal ke atau apa, tak tahu la nak cakap, kan? Namun tak beberapa lama
kemudian saya ditolak rakan saya yang terus berkata "Jalan! Jalan!!" dan kami meneruskan perjalanan
kami ke bangunan Highland Tower.
Apa yang jadi kat dalam tu nanti saya ceritakan, tapi balik je dari Highland Tower, kami melepak di
restoran mamak dekat simpang tiga sebelah Ampang Park, dan saya bertanya kepada rakan-rakan saya,
"Siapa yang pegi kat banglo tadi? Korang ada panggil saya ke?"
Then sorang dari member balas "Siapa yang pegi? Masa Azhar masuk tu baru abang dengan Epy pegi

ke sana buang air kecik,"


Lepas tu, baru la member saya yang follow ke dalam Highland Tower cerita, benda tu sebenarnya ialah
penunggu kat sana, memang ada beberapa kes orang jumpa makhluk tu dan ada yang lagi best, toleh
belakang dia tengah memandang betul-betul sebelah mangsa.
Saya terus terdiam dan mandi lepas balik malam tu...
Begini admin kejadian ni berlaku pukul 8mlm tdi kakak ipar saya ni tinggal kat flat atas tingkat 4
sementara kami pulak tingkat 3 begini admin tadi tengah syok2 layan lagu di bilik saya dan sementara
family saya tengah layan berita tv..tiba-tiba ada suara panggilan dari luar pintu beri salam..dan
memanggil nama mak saya, bila keluar tengok lah kakak ipar saya rupanya, bila ditanya oleh bapa saya
apa hal ni sarina? Dia tak boleh ckp seketika dan bila ditanya lagi baru dia ckp tolong buka pintu gate
dahulu dan mukanya kelihatan pucat dan rasanya dia kelihatan agak ketakutan mengigil satu badan..
Then dia mula beritahu dgn kami yg dia nampak susuk tubuh lelaki berpakaian putih memandangnya
ketika dia keluar dari tandas selepas membuang air kecil sewaktu dia nak menuju ke biliknya, dan
sewaktu berada dlm bilik dan mula membaca ayat kursi benda tu masih ada malah susuk tubuh lelaki tu
menampakkan dirinya melalui ruang udara dinding biliknya dan memandang ke arahnya dengan
pandangan yg tajam yg kesiannya ketiga-tiga anak2nya sedang nyenyak tidur dan jiran2 penyewa di
bilik yg lain semua kerja malam then dia belari ke tingkat bawah flat kami tingkat 3 minta tolong..
Then aku dgn bapa aku segera ke tingkat atas untuk memeriksa keadaan mana la tau kot-kot pencuri
bila kami periksa kami dapati tiada siapa disitu hanya anaknya yg sedang nyenyak tidur sahaja kakak
ipar saya ni sempat beritahu kami sebelum dia nak ke tandas dia tercium bau wangian bunga cempaka
sebelum kejadian berlaku.
Pelbagai tanda tanya bermain di fikiran kami apakah lembaga itu, bukan apa 7hari lepas bekas tuan
rumah ni telah meninggal dan tuan rumah tersebut pun seorang lelaki. sekian itu sahaja cerita saya
admin mohon maaf sekiranya ayat dalam ni ada tersalah.
Salam..saya nak kongsi satu cerita berkenaan saya dan abang saya.Mungkinkan cerita saya dgn abang
saya ada hubung kaitnya?tolong beri pendapat terhadap cerita ini.cerita ini mungkin tidak seram seperti
cerita dari fan-fan page ini semua tetapi perkara ini masih berlaku kepada saya dgn abang saya. Minggu
lepas Universiti abg saya mengadakan kem di gunung jerai selama satu malam sahaja. Setelah mereka
sampai di puncak gunung tersebut peserta kem tersebut diarahkan utk mendirikan khemah dan mencari
kayu api, kebetulan itu abg saya kena mencari kayu api dgn kwn dia. Saat abg saya mencari kayu api
abg saya melalui satu kawasan yang mempunyai himpunan kayu api yg banyak, tanpa memikir panjang
abg saya mengutiplah kayu api itu tanpa merasa pelik kerana kayu api ini terhimpun di bawah satu
pokok, lalu abg saya pulang ke pengkalan dgn rakannya tadi. Khemah telah pun didirikan dan unggul
api pun sedang dinyalakan. Suasana telah menjadi senja olh itu abg saya serta rakan-rakannya telah
bersiap sedia utk solat magrib secara berjemaah setelah selesai makan dan mandi di ank sungai yg
berada beberapa meter dari pengkalan mereka. Setelah selesai solat semua mereka berkumpul di unggul
api tersebut untuk berborak kosong sementara mereka semua hendak masuk tidur kerana esok masih
banyak aktiviti. Setelah mereka semua hendak masuk tidur, abg saya ke ank sungai dulu untuk
mengambil wuduk sebelum dia tidur, semasa dia mengambil wuduk dia terdengar bunyi percikkan air
seolah-olah seseorang sedang membaling batu kedlm air tetapi abg sy tidak menoleh ke kiri mahupun
ke kanan utk melihat bunyi itu berasal dari mna. Setelah selesai berwuduk abg saya mahu ke
khemahnya secara tiba-tibanya abg saya jatuh ke tanah seolah-olah seorang menarik kaki kanan nya
sambil ditertawakan olh rakannya yg sedang melihatnya dari khemah. Selepas itu abg saya terus ke dlm
khemah utk lena bersama rakannya. Dalam sedap lena abg saya terdengar bunyi satu bisikan di tepi
telinganya lalu dia tangkas bangun dia nampak satu bayangan dari luar khemahnya dan dia tgk jam
tepat pukul 4 pg, Lalu dia membaca doa dan terus tidur dia dikejutkan olh kwnnya utk solat subuh,

tetapi abg sy tidak menceritakan perkara yg berlaku kepada dirinya dekat kwn-kwnnya. Setelah selesai
semua aktiviti di gunung tersebut mereka semua balik ke universiti mereka. Setelah pulang ke asrama,
abg saya merasa sakit di pergelangan kaki kanannya kerana jatuh tersebut. Abg sy ingat sakit ini akn
beransur kurang tetapi sakit itu semakin menyucuk sakitnya.lalu dia membuat keputusan utk pulang ke
rumah, setelah pulang kerumah abg sy mengadu kepada ibubapa kami yg sakitnya semakin sakit, lalu
abah saya menghantar abg saya ke klinik utk mendapat rawatan dan doctor memberi MC sebanyak 4
hari kerana abg sy didapati mengalami kecederaan otot. Semenjak dia balik ke rumah tepat pukul 4 pg
mesti abg saya akan terjaga kerana sakit di kwasan pergelangan kakiny dan abg sy akan memanggil
mama kami(kita sebagai ank klu sakit kita mesti perlukan ibu melebihi doktor..SETUJU) serta dalam
masa yg sama jgk sy akan terjaga pukul 4 pg jgk kerana bermimpi seekor ular mematuk di pergelangan
kaki kanan sy, adakah ini secara kebetulan. Apabila masuk hari ke 3 abg saya masih merasa sakit yg
teramat pada pukul 4 pg dan saya pun akan terjaga kerana bermimpi perkara yg sama. Lalu abah saya
dipertemukan dgn seorang pak cik ini melalui kwn abah saya. Malam hari ke 4 abg serta ibubapa saya
ke pak cik ini utk tgk apa yg berlaku kerana sudah melebihi 4 hari tetapi sakitnya masih tidak kurang
malah lebih sakit. Lalu pak cik itu menyentuh kaki abg sy yg sakit tersebut dan dia menanya kepada
abg saya pernah tidak pergi ke gunung jerai lalu abg sy kata ya, dan pak cik itu tanya lg pernah tidak
mengambil kayu dekat satu pokok dan abg saya kata ya, dan pak cik itu bertanya semasa abg sy
mengambil wuduk utk tidur ada tidak bunyi percikan air lalu abg sy jawab ya, serta pak cik itu berkata
adakah abg sy menoleh pandanganny ke mana2 sewaktu dia mengambil wuduk tersebut. Sekiranya abg
sy menoleh ke kanan nya maka dia akan nampak apa yg menganggunya ,olh itu benda itu mengusik
dgn menarik kaki abg sy serta benda itu menumpang abg sy balik sewaktu abg saya jatuh kata pak cik
itu. Abg sy terkejut kerana pak cik itu tahu semua benda yg berlaku tanpa diceritakan. Tambah pak cik
itu lagi benda itu bernama tok harun yg menetap di pokok itu sekian lama serta segala ubat yg abg sy
makan tidak akan berkesan kerana benda itu menghalang. Pada malam abg sy menghantar balik benda
itu, sy balik lewat malam dan setelah balik ke rumah sy terus mengambil wuduk utk solat ishak di
dalam bilik sendiri sahaja ( selaluny solat di ruang solat yg tersedia di rumah kami) setelah selesai solat
saya gantungkan sejadah di pintu sahaja kerana sejadah tadi sy akn letak balik di bilik solat esk pg
sahaja utk solat subuh subuh secara berjemaah. Kebiasaannya saya akan membuka air cond tetapi mlm
itu sy hanya membuka tingkap dan kipas sahaja.
Seperti biasa sebelum tidur,saya akan mengibas katil sy dgn tuala sambil menyebut Allahuakbar
sebanyak tiga kali ( mengikut cara nabi) setelah itu baru saya tidur. Dalam nyenyak lena sy terdengar
bunyi satu bisikan seperti abg saya sewaktu dia di gunung jerai lalu sy terjaga dari tidur dan dah terus
cari bunyi itu datang dari mna, alangkah terkejutnya saya nampak susuk badan org lelaki tua tanpa baju
di tingkap yg saya buka tadi, lelaki itu senyum dan dgn mata yg merah lalu sy teringat satu perkara yg
ustaz sy ajar sewaktu sy di asrama dlu iaitu selawat dan meludah ke arah kiri (jgn ludah dgn kahak
sekali tetapi syarat je ) setelah itu sy tgk sudah tiada lagi benda itu. Lalu saya bangun terus tutup
tingkap dan keluar turun ke bawah utk tenangkan diri dalam pukul 2.30 pg saya masuk balik tidur.
Seperti biasa sy mengambil wuduk dan sy mengibas atas katil saya sebanyak tiga kali jgk. Kibasan
pertama dan kedua tiada apa tetapi kibasan ketiga terdengar bunyi seolah2 org jatuh dari katil lalu sy
buka lampu tetapi tiada apa pun di lantai, setelah itu terus sy lena dlm lena seterusnya sy terdengar
bunyi geseran antara sejadah dgn bingkai pintu bilik saya. Seolah2 seseorang menarik dgn kuat sekali
sejadah yg sy gantung di pintu tersebut dgn berdebar2 sy membuka lampu dan sy dapati sejadah
tersebut jatuh dgn ada kesan tanah di sejadah tersebut...setelah itu saya terus keluar duduk di ruang
tamu.perkara ini berlaku pukul 4 pg tadi dan sy terus capai tab sy dan mengarang cerita ini. Apa
sebabnya perkara yg berlaku kepada saya dan apa hubungan gangguan benda ini dgn abg sy dan mimpi
serta gangguan yg sy alami..perkara ini tidak sy ceritakan kpd ibubapa sy kerana takut mereka risau,
sudahlah risau mereka kepada abg sy cukup sy tidak mahu mereka terbeban dgn sy pula..apakah

gangguan yg akn berlaku utk mlm ini pulak????


Aku nak ceritakan kejadian kejadian aneh yang pernah berlaku kepada aku, pengalaman pertama
aku , masa tu tahun 1998 baru darjah 4, ingat lagi masa tu cuti pertengahan sekolah baru saja bermula ,
macam biasa mak nakan ( mak saudara ) aku akan datang ambil aku dan mak aku pergi ke kuala
lumpur ker rumah sepupu , masa dalam perjalanan dari perlis ke kolompo tu xda apa berlaku sangat,
tapi selapas ja terowong tu , masa tu hujan renyai renyai , jam menunjukkan 1.30 pg , pak teh aku
bawak kereta dalam 60km/j saja, tiba tiba mak teh ngan pak teh saya yang tengah rancak sembang tu
terdiam, aku yang asyik dok dengar depa sembang pon hairan, pak teh pon buka lampu high , perghhhh
terselah 3 orang perempuan berambut panjang dalam pakaian putih dok terapung di tepi jalan muka
depa x berapa nak nampak, aku pon nampak dengan jelas ,masa tu pak teh kata dok diam diam
jangan Tanya apa , fuhh! Cering jugak la bulu roma aku masa tu. Pastu lepas ja kereta kami lintas 3
orang tu. pak teh pon tgk ikot side mirror, tengok tengok mereka tu dah tak ada, Alhamdulillah,
pastu pak teh pon baca la apa yg patut , aku pon tetido.
Sampai umah sepupu aku, kat mana aku x ingatlah, tp rumah tu rumah kerajaan , memang besar
rumahtu, kawasan rumah pon agak bersar , bersemak dekat dengan hutan, aku ingat lagi n masih jelas,
hari tu hari sabtu , malam ahad, so semua sepupu sepapat aku ada, kami berkumpul ramai ramai tgk
video ka dvd aku x ingat, kami tenok cerita hantu plak tu , tajuk dia : nenek keroncong . Mula mula tu
nak tengok cerita tu jam 8 malam, tapi sepupu aku kata, apa barang tgk awal awal so kami kuaq
makan dulu la, jam 11 macam tu kami balik n semua melimpang depan t.v sepupu aku pon on la cerita
tadi, ok nak mula dah, dalam setengah jam pertama tgh asyik dok tengok ceta tu, tiba tiba lampu umah
tepadam tp tv x terpadam, aku ingat syoit ka apa ka, xpa la, mak teh aku bangkit buka balik lampu, dok
x dok plak tv plak pommm tertutup.. Mak teh aku ni muka lain macam ja, pastu mak teh aku kata
macam ni haishhh, hampa jangan la dok kacau kami nak tengok cerita ni, buka balik tv tu, pastu
pommmm terbuka sendiri tv tu, aku ni kecik perut dah , dal la tengok ceta antoo lepas tu xdak apa
dah yang pelik berlaku. Esok pagi tu mak teh cerita kat aku n mak aku , dia kata rumah tu memang,
sebab ada orang jaga , dia saja la tu kacau dah tgk ada org baru mai
Sebenarnya banyak lagi yang berlaku kat umah tu , rumah tu sebenarnya ada 7 puteri bunian jaga, pastu
sepupu aku , nama zalia , ada seorang bunian yang kawan ngan dia , pastu ada orang nak santau ,anak
mak teh aku, tapi semua tu di tolong puteri bunian tu.Malas aku nak ceita sebab aku x alami semua tu
sepupu aku alami, Malas aku nak ceta. Aku skip saja la.
Tahun 2006 , aku tingkatan 6 , aku selalu saja kena tindih hampir tiap tiap malam, walaupon aku dah
basuh kaki , baca apa yang patut tp aku tetap kena tindih, selalunya aku nak kena tindih aku akan
bermimpi dulu, kejadian hamper tiap tiap malam yang berlaku kat aku ni terjadi selepas , jiran
sebelah rumah aku ni meninggal, tapi dia memang ada bela, ok sekarang aku nak cerita kisah mimpi
aku sebelum kena tindih , yang ni aku masih ingat ngan jelas, aku mimpi aku ikot uncle seeker pergi
cari hantu, kami pergi kat kawasan perumah lama yang memang xda orang yang tinggal kat situ, kami
pergi seramai 6 orang , aku tukang rakm , (aku pon pelik macam mana leh mimpi macam tu ) , lepas tu
uncle seeker suruh aku pergi dulu , jalan dihadapan rakam apa saja yang terlintas kat depan kau, kata
uncle seeker kat aku, tapi hampa malam tu x ada kejadian aneh berlaku.
Tiba-tibakan mimpi aku bertukar aku dalam permainan counter strike main perang perang ngan hantu
, pastu aku kena tembak ngan hantu aku pengsan,(haaa mcm pelaqkan) pastu uncle seeker tampar
tampar muka aku,aku pon sedar , aku Tanya dia sebab apa jadi macam ni, dia kata aku terkejut sebab
ada hantu lintas depan aku, (mimpi dalam mimpi rupanya) dalam aku dok sembang dengan uncle
seeker tu tetiba hantu tadi panggggggggggg muncul depan aku , muka hodoh xtau nak kata,
rambut panjang , baju putih, mata xda, aku terus tersedar dari mimpi , tau tau aku dah kena tindih aku
xleh nak cakap, xleh nak jerit nxleh nak gerakkan badan , masa tu hanya Alah yang tau perasaan aku,

aku baca macam mcam pastu , termasuklah ayat kursi , dalam 5-7 minit juga benda tu baru hilang,
aku terus bangun nagn berpeluh peluh n menucap panjang.. Lepas 5-10 kali aku dok kena tindih aku
bagi tau mak aku, dia ajak aku baca yasin dalam bilik aku , kami pon baca lepas tu alhamdulillah aku
pond ah x kena tindih dah. Tapi sejak hari tu sampai sekarang ni aku akan tido buka lampu. Trauma
beb.
Tahun 2009, kejadian berlaku di IPTA aku blajaq, masa tu aku sem 2 baru , aku ada kenal la dengan
seseorang ni dia sama batch ngan aku tapi dia dari matriks so umur dia muda la setahun dari aku, aku
kenal dia pon sebab classmate aku ni satu bilik ngan dia . Nama dia fika (bukan nama sebenar) , kawan
aku tu nama hana n ikin (bknnama sebenar jg), so dah 3-4 bulan aku kawan ngan fika ni dia pon jadi
adik angkat aku la ,haha tp x terangkat pon k, pastu dia dok cerita kat aku dia ni lemah semangat selalu
kena rasuk, tambah tambah lagi kolej diaduduk tu memang selalu ja ada orang hysteria .
Malam tu. Aku ada pogram kat fakulti , so aku ajak la fiqa tu join aku tgk pogram yang aku watt, ,
biasalahkan agak sibuk sikit x dan nak layan dia sangat so aku suruh tunggu aku jap nak g makan
sama-sama masa tu ikin n hana pon ada ,dalam jam 11.30mlm mcm tu aku pon nak balik ,tapi lec aku
plak panggil, so aku suruh la depa p dulu tunggu kat caf, depa pon p la dulu ,aku pon p jumpa lec aku,
dia pok..pek..pok..pekk kat aku pasal event dekat stgh jam, pukui 11.50 aku baru boleh balik, aku pon
trun la dari bilik lec aku, aku tgk xdak orang dah kat fakulti aku, xpikir banyak aku terus menuju ke
caf ,caf dari fakulti aku x lah jauh dalam 400m macam tu, so aku pon ikot jalan pusat pengajian
bahasa , masa aku jalan laju kat kawan tu, aku ternampak tiga orang perempuan ,yang sorang teruduk
yang 2 orang lagi dok tarik perempuan yang duduk tu, bila aku dah dekat depa baru aku perasan , yang
3 orang tu fiqa , hana n ikin, aku pon rasa pelik dah ni tanya la pasai pa , pastu ikin tu mai kataku dia
bisik kat aku mcm ni izat (bukan nama sebenar) fiqa kena rasuk kotmasni cering xsangga dah bulu
roma aku, pastu dia suruh aku baca apa yang patut, haishh cuak juga aku masa tu , aku p kat fiqa aku
pon pegang dia , aku tengok muka dia memang pucat habis, dia diam x kata apa, bila aku nak tarik dia
bangun, MasyaAllah beratnya, mcam ada sesuatu yang dok hinggap kat kaki dia , dua tiga kali aku
tarik tapi x juga dia bangun, last last aku baca ayat kursi kuat kuat aku pon suruh dia baca dalam
hati , lepas ja habis baca terus dia boleh bangun, aku suruh hana n ikin papah dia lepas ja kami turun
tangga , aku terasa macam ada sesuatu yang lintas belakang kami, tapi aku wat x tau ja terus kami balik
ke kolej masing masing x jadi makan, terbantut malam tu nak makan, keesokkan harunya tu aku jumpa
fiqa, aku pon tanyalah pasal hal semalam dia kata ada benda tarik kaki dia, rambut panjang muka
huduh badan besar berbulu bulu , dok pegang kaki dia ,sebab tu dia kata masa aku tarik dia aku rasa
berat. Tp fiqa ja yang Nampak makhluk tu, aku , ikin n hana x Nampak pon. Tp kami memang dapat
merasainya.
Sebenarnya banyak lagi kisah aku nak share masa aku kat U. Masa aku sakit kat hospital, n masa aku p
mengail, tapi nanti nanti lah aku cerita lain, seram sejuk plak aku rasa dok taip cerita cerita ni.
Prolog: 2 buah lagu yang menghantui pengadu.
Sy dan rakan bertige bekerja di plaza alam sental s.alam.rutin biase kami pergi kerja sama balik
sama.rumah sewa kat jln haruan seksyen brape x ingat dah..
Pd satu mlm ketika kami ber3 pulang kerumah, smbil santai melayan penat kwn sy sorang ni namenye
epul org utara dok sebok selongkar beg baju nye.yg dicarinya sebuah kaset pemberian kwn nya dr
trenganu..katenye dlm kaset tu ade rakaman lagu ULEK MAYANG lengkap.kate die, kwn nye pernah
pesan jike ade pape jd, kwn nye xnk jamin ape2.trus epul ajak kitorang try dgr lagu tu konon nye nk
pastikan la ape hal yg jadi klu dgr lgu tu..first play lgu berkumandang sayup tapi jelas dgn liok lentok
suare gadis dlm kaset uh, smpai rangkap 'PUTRI 3' tapp!! Player kaset stop sendiri. Pk kan rosak kaset
tu..epul pon tgk, tp ok xde masalah, radio pon bru 2 hari beli xkan dah problem? Pastu try pasang

semula kaset tu and play....smpai rangkap 'putri 4' tapp!! Kaset uh padam sendiri! Mcm biase tgk balek,
pasni last la bukak.klu same gak, cancel lah dgr. X buang mase play, pastu sampai rangkap 'PUTRI 6,
tappp!!! Radio meletop, api black out, pintu bilek tutup sendiri mcm kene tolak kuat dr seseorang,
cermin sandar kitorang pon joint tumbang!! Pecah bederai kace kat bilek kitorang uh! Kwn sy sorang lg
si iwan ni dr dok rilek baring layan blues trus melompat bngun terkejut! Si epul diam tercungap
berketar2 pandang keliling bilek.dek takot nye si epul ngan iwan di cengkam nye lengan sy smpai
terguris kulit! Sy sound epul, ' tu la ko! Brani sgt nk dgr kan??' Last sy bangun pegi ke meter api bwh
tolak suis tendang semula, lampu pon nyale cam biase.sy masok bilek lek, tgk epul dah tesepit jer kat
celah bucu dinding bilek uh.iwan pon same je.
Sy anggap itu amaran dr 'putri2' itu..dan sy tenang kan diorang cam biase.bile dah reda skit, dlm satu
jam mlupakan kisah tu, epul n iwan bersiap nk mandi..turn epul masok dulu bilek air coz die nk basuh
baju..dlm pade tu epul masih lg goyang tapi dia cuba tenang kan diri nye smbil menyanyi, lalu ambil
bakul baju nk di basuh trus ke bilek air dgn muke tampak rilek mcm xde pape.smbil tu mulut x habis lg
menyanyi.konon nye nk sure kan kat sy dan iwan boleh dgr suare dia....
Cerita x habis smpai situ..kisah keduanya smbungan dr epul pegi basuh baju tu, ntah mcm mane die
boleh menyanyi lagu 'CINDAI' ?? start dia nyanyi rangkap pertama, "cindai lah mana" sepintas tu ade
suare yg mmbalas lgu epul uh!! Jwb nye, " cindai disini" dgn sayup ngeri suare misteri uhh!! Kami kat
lua pon boleh dgr?? Epul tersentak skejap pndang keliling bilek air uh, ngan kitowang kat lua pon
riaksi yg sama standby n cube kesan mane dtg suare tu! Boleh pulak si epul ni g try sambung semula
lagu cindai tu, "CINDAI LAH MANA" suare yg same mnjawab lgu epul uh!! Dlm cemas gelabah nye
epul keluar dr bilek air tnggal kan bakul masok bilek trus pakai seluar, amek kunci moto trus cabot
rumah kwn nye yg lain!! Yg sy ngan iwan dok tgk je.tp agak cuak gal lah saye...iwan langsung x
bercakap...kesan dr kisah tu, keesokan harinye iwan demam, epul letak jwatan balik kmpong halaman,
smpai skarang x jumpe lg...tnggal sy dgn iwan kat rumah tu tp x lame..kami pon pulang ke seremban...
Adaptasi dr kisah ni, bkan silap rumah itu ade 'penumpang' tapi dari lagu..kbetulan satu malam, 2 lagu
mistik didendang kan jd pengalaman..kaset and radio baru brand AIWA dibuang begitu sahaja..sekian
dr saye..
' cite ni bunyi x seram, tapi yg mengalami pasti tahu keseraman tu..'
Salam admin & smua..sy nak kongsi kisah seram sy lalui bbrpa thn dlu.kjdian ni dlm thn 2006 ketika
sy dan femli suami dalam perjalanan pulang ke kota kinabalu.
Nak dijadikan cerita masa tu kami balik kg atas sebab kecemasan iaitu mak suami masuk hospital tapi
kami balik ke kota pada malam tu juga sebab masa kerja dan tdk dapat cuti.lepas dari hospital lebih
kurang jam 10mlm kami pun bergegas pulang ke kota kinabalu.
Dalam perjalanan pulang sy,kakak ipar & isteri kpd abg suami ddk kat belakang.masa tu biras sy
sedang mengandung ank ke2 dan sy plk dlm haid.suami sy yg drive & abgnya ddk d sblahnya.
Utk pengtahuan korang prjlnan dr kg ke kota kinabalu memakan msa 2jam stgh.dlm prjlnan trsbt kmi
smua rancak berbual2.suami dgn abgnya.kmi team2prmpuan pun msg2dgn cerita msg2.
Malam tu bulan mengambamg jadi keadaan mlm tu sgt terang.tiba2abg ipar sy brasa nak buang air
kecil.suami sy ckp nti la tunggu stesen minyak seterusnya.kira2 4km lg.abg ipar mendesak utk brhenti
krna xdpt tahan lalu suami sy pn brhnti di tepi jln.
Bila abg ipar sy msk smula dlm kreta suasana dlm kreta sgt berbau busuk tp masa tu kami xsyak
apa.suami sy yg mulanya byk crita tiba2diam 1000bhsa.abg ipar sy blk tegur bau apakah yg begitu
busuk skali & tnya jika kmi jg turut trhidu.kmi pun mengaku trhidu bau yg sma kcuali suami sy yg trs
membisu.utk menyedapkn hti smua org sy pun jwp mgkn bau tu dtg dari lori getah kot d hdpn kreta

kmi.lalu smua pn senyap biarpn bau busuk masih trcium.


Sampai d telipok,lbh krg 20km lg utk smpi kota kinabalu suami sy tiba2brhnti di tepi jln&yg dr tadinya
diam tiba2dia brtnya apa dlm plastik tapau kat dashboard kreta.sy pun segera mnjwp tu mee goreng yg
mak sy bg sb mlm tu mlm jumaat.mama sy ada hntr mkan ke masjid.jd dia bekalkn sdikt kpd sy utk
kmi bw blk ke rmh d kota kinabalu.suami sy segera ambil tapau trsebut.sy tambah hairan.kalau iyapun
nak mkn tggu la smpi rmh.dia xmemaknnya tapi membawanya keluar dan membuangnya di tepi jalan
trsebut.sy tambah hairan sb kami lnsung xsyak apa2msa tu.
Bila dia msk smula ke dlm kreta&memulakan prjlnan dia menceritakn smuanya smbil marah dia brkata
kmu tau tak betapa celuparnya mulut kmu smua.mau tgur2 bau.ckp lori getah la.kmi smua mulai
panik.dia meneruskn.kamu tau tak kmu 3org d belakang tu sy nmpk 4org(melalui cermin pdg
blkng).1org tinggi&xda muka.kami team2pempuan kat blakang kreta ni pun trs bepeluakn ant 1sm lain
sb trkejut.
Menurut suami sy mulai dari abgnya buang air&msk semula ke dlm kereta 'benda'tu tlh
mengiktnya.suami sy trasa kereta trlalu berat&kakinya hmpir2xdpt tkn minyak,cluch dan brek.itulah
dia mengambil mknan sy dan mbuangnya di tepi jln smbil suami sy ckp kat makhluk tu jgnlah lg
gnggu&ikt kmi.
Slepas brbuat demikian bru lah kmi xdikuti olh mkhluk trsbut&slamat smpai ke rmh msg...
Moral of the story jgnlah korg buang air kat tepi jln.klu masih boleh thn tggu kat stesen myk tp klu
xdpt thn apa blh bt cuma cubalah ckp minta izin dgn 'dorg'.mgkn 'dorg'xakn gnggu klu ckp
cmtu..huhuhu..ok la sekian sja..hrp korg trhibur..wsslm..
Salam..aku ade story jugak nak kongsi dengan pembaca semua..kisah nye memang tak seram tapi nilah
pengalaman yg aku lalui sepanjang menjadi student (skrg pon student lg..huhu) di UiTM kampus
Dungun,Terengganu..
pengalaman pertama aku mase aku part 3..sy ni student dip..mse tu aku baru diterima msuk ke
kolej(asrama) uitm..member2 yg laen dpat kolej lebih awal pada aku sbb dorang apply awal,so aku
sensorang la masuk lewat ari tu..masa tu kat kolej perempuan(kolej Gemia) Cuma ada 2 block shaja
iaitu Gemia 1 n Gemia 2..
gemia 1 dipenuhi dgn student diploma manakala gemia 2 kebanyakkannya sume budak
degree..disebabkan block 1 tu da penuh,aku terpaksalah duduk sebilik dengan senior2
degree..kebetulan mase tu plak dorang tengah final exam..tinggal beberapa hari je lagi dorang nak balik
cuti..mase tu aku dapat level yang paling bawah skali..block tu ade 3 level jea..
so bermulalah hari2 dgn bdak degree..semuanye berjalan dengan lancar sehinggalah dorang balik cuti
semester..tinggallah aku sorang2 kat level bwah tu..memule tu ok lagilah duduk sensorang kt
situ..sampai lah ade 1 ari tu aku tido petang lam bilik tu..aku punye mimpi giler kecut perot..dlm mimpi
tu aku nampak ade benda duk tenung aku tengah tido..aku x pasti bnda tu menatang ape..
aku cube bangun sbb nak bukak pintu n kluar dr bilik tu..tp tibe2 tubuh aku jd berat sgt..xdapat
gerak..aku pon cubelah bace ayat2 suci or sebut ape2 je yg terlintas dlm hati aku mase tu..last2 aku dpt
gerakkan tubuh n trus bangun cube bukak pintu bilik..lepas tu barulah aku bangun dari tido n tersedar
aku mimpi je..lega sikit rase mse tu sbb cume mimpi..tp yg aku herannye aku mmpi sampai peluh2 ..nk
kate panas kipas mcm angin pantai berdesup dpan muke aku ..
mase tu da dekat magrib da..lame giler aku tido..lpas tu aku rase laen mcm je perasaan aku mase
tu..malam tu aku x tido kat bilik..aku tumpang kat bilik kawan aku..keesokan tu aku pegi pejabat mitak
tkar bilik sbb duduk sensorang kt level tu..staff kat pejabat tu pon terkejut bile aku bagitau yang aku

tggal sorang2 kt level tu n marah aku sbb tak informkan kt die awal2 mase tu..
Pengalaman kedue aku mase aku part 4..aku still kt kolej block 2 tu.tp stay dengan member2 aku
la..dlam bilik tu ade 4 orang..kebetulan mase tu kitorang berempat datang bulan serentak..so..semuanye
bendera merah la mase tu..mlm tu kitorang tido cam biasela sbb esok kelas..aku xpasti mase tu pukul
berapa ..(area kul 1 or 2 pg camtula)..kt lam bilik tu katil double deker..aku tido kat bahagian atas..mase
aku tengah syok nak layan mimpi mase tu..tibe2 aku rase katil aku mcm kena goyang2..aku fikir mase
tu maybe kawan aku tu tido buas sangat kot..so aku x hiraukan la..
xlame lpas tu aku rase mcm ade benda sejuk merayap kat tengkuk aku..rasa dye mase tu mcm kaki
labah2 besar tgah bejalan kt tengkuk aku..sejuk n lembut..terus aku bukak mata n automatik segar mata
aku mase tu..terus xleh tido mase tu..aku tengok bilik da gelap n kawan2 aku sume da lena ngan
mimpi2 dorang,,siap berdengkur lagi..aku pon selawat la byak2 sampai la aku tertido..
keesokan paginye kecoh kitorang 1 bilik bile tengok helmet member aku yang terletak cantik atas
almari tu dah tergolek ke dalam mangkuk kace atas lantai bilik tu..pecah berderai mgkuk tu..yg
menghairankan kitorang..jarak mangkuk dgn almari tu cukup jauh n boleh dikatakan mustahil bg
helmet tu nk jatuh straight ke dlm mangkuk tanpe bergolek dulu..lagipon helmet yang ade kt tas almari
tu memg terletak elok cantik jea..
kitorang pon buat2 x tau jea n malas nak fikir negatif pasal tu..ape2pon lepas pada 2 3 ari tu kitorang
buat solat hajat n bace yasin dalam bilik tu..
Sebenarnye kat kolej Gemia tu dulunye pernah berlaku 1 peristiwe yang menyayat hati kt sane..kt
belakang kolej tu ade 1 kawasan yg dipanggil sebagai Kem Gemia...dulu kem tu uitm selalu guna buat
aktiviti2 utk pelajar(skrg pon gune lg)..
dgr cter dulu ade sepasang student ni kapel ikot kem yg dianjurkan oleh uitm..mase tu dorang kene
merentas 1 laluan or mcm sungai yang cetek kat belakang gemia tu mase nak balik ke kem..mase
dorang melintas tu..si lelaki tu dah seberang sungai..pastu bile tibe giliran si perempuan tu..si
perempuan tu maen2 kat tgah2 laluan tu sambil ckp kalau dye lemas si lelaki tu dtg x selamatkan
dye..dah ditakdirkan..
tibe2 arus deras mase tu..perempuan tu tergelincir n lemas..si lelaki pegi la cube selamatkan perempuan
tu..tibe2 lak air jd pasang..so dua2 kene hanyut air tu..n smpai sekarang org x jumpe mayat
dorang..wallahualam...
Salaam guys, kt cni aku ada satu cerita misteri. Tp xtahu nk diklasifikasikan sebagai cerita mengenai
makhluk ghaib ataupun makhluk alam nyata. Aku serahkan pd korang utk decide..
Kira2 4 thn lepas, aku dan kwn2 kolej aku sewa satu rumah dkat salah sebuah daerah dlm Pahang.
Kawasan taman perumahan kami tu belakangnye ada hutan simpan tau dan kt hutan simpan tu ada
sebuah kolam air terjun buatan. Ptg2 lepas kelas, aku dgn mmbe aku selalu mandi kt kolam tu utk
release tension.
Nk dipendekkan cerita, kt blkg kolam ni, ada satu pagar tau. Kt dlm dia ada track hiking utk masuk ke
dalam lg kawasan hutan simpan tu. Satu ptg tu, lepas mandi, lebih kurang kol 6 gitu, aku ngan sorang
lg mmbe aku tryla nk explore hutan tu, jiran kitorang kata ada air terjun lg best kt dlm tu. Kitorng pn
teruskan niat utk explore

Lebih kurang 20 min hiking dlm hutan tu, aku tiba2 stop. Aku tergamam dan terkaku dgn apa yg aku
lihat dkt dpn mata aku. Benda yg aku x pernah tgk dlm seumur hidup aku. Aku tgk mcm ada something
seolah2 spt ekor ataupn spt seekor ular sedang menjalar ke atas dan ke bawah melintasi dpn aku....tp kt
atas udara! Saiz dia besar dan berwarna kelabu. Mule2 aku ingatkn imaginasi aku je tp lpas benda tu dh
berlalu, aku toleh belakang pandang mmber aku, muka dia sngt pucat dan dia bg signal kt aku suruh
patah blk. Sepanjang perjalanan blk tu aku ngan dia senyap je. Mlm tu kt rumah baru dia cite benda yg
dia nmpak. Apa yg dia describe sama mcm apa yg aku nampak. Sampai sekarang aku xtau apa yg aku
nampak ptg tu.
Menurut seorang pakcik tua yg jual durian kt area rumah aku, hutan simpan kt blkg aku ni didiami oleh
mawas, bigfoot/yeti versi melayu x salah aku. Dia kata makhluk ni bunuh manusia, sbb prnah ada kes.
Aku pn x sure. Tp tulah kali terakhir kitorng masuk hutan tu.
Oh ye, antara cerita lain lg yg aku pernah diceritakan oleh seorng ranger berkenaan hutan tu
1) Ada sekumpulan hikers pnah masuk jauh ke dalam hutan tu, kebetulan ada seorang peserta tu dtg bln
semasa program hiking tu. Blk2 dia kena histeria oleh suatu 'benda' yg claimed diri dia puteri selaku
penjaga hutan tu.
2) Ada dua org budak pernah buat 'projek' dkt kwsn kolam tu pd waktu mlm (aku yg dtg ptg2 pn dh
seram sejuk dgn tempat tu, cmne la diorng lh dtg mlm, nafsu punye pasai kot)
Nk dipendekkan cerita, semasa aktiviti maksiat diorng tu berjalan, diorng ternampak ada segorombolan
lembu yg xde kepala tiba2 muncul berlegar2 dkt kwsn tu. Depa pn apa lg, lari mmg tak pijak langit la.
Haha. Perkara ni diceritakan sndiri oleh si pelaku kpd ranger berkenaan.
Oh ya...aku dpt tau juga, kolam yg aku selalu mandi tu dahulunye kubu bg tentera jepun. Sejak aku tau
tu mmg bye2 la. Smpai skrang x jejak lg ke tmpt tu.
Saya Nasri atau boleh dipanggil Nas secara kebetulan tertegok rancangan MJ12 didalam saluran
Youtube dan terus meminatinya,sayaberasal dan tinggal Kuala Lumpur dan berkerja di sebuah Syarikat
Singapura yg mempunyai cawangan di Kuala Lumpur.
Ceritanya saya selalu ke Singapura semenjak tahun 2010 dan boleh dikatakan dalam sebulan saya akan
ke Singapura untuk beberapa hari untuk urusan tugas,HQ Syarikat saya ini bertapak di sekitar
Tempines dan apabila ke Singapura saya akan meginap di staff house diBedok North,Cerita seram yang
pertama kali berlaku dalam hidup saya bermula apabila pada awal March 2013 HQ saya berkerja telah
berpindah ke TradeHub 21,Boon Lay Way.Saya sebagai wakil dari Malaysia diminta untuk menghadiri
launching baru syarikat saya untuk selama 4 hari.Saya difahamkan saya akan tinggal di peginapan baru
di Sherwood Tower,bersebelahan Bukit Timah Plaza,dan tidak akan tinggal lagi di Bedok North kerana
diberitahu dari Bedok North hendak ke TradeHub21 jaraknya agak jauh sekitar 30KM untuk berulang
menaiki public transport,kerana apabila ke sana saya selalu mengunakan public transport
(Bus,Taxi,Mrt) atau berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana.
Dijadikan cerita pada hari Ahad 16 March 2013 saya pun terbanglah ke Singapura dari KLIA kerana
untuk menghadiri launching pada keesokan harinya,saya amek flight jam 8.00 malam dari KLIA kerana
saya perlu untuk selesaikan beberapa urusan keluarga dulu ,yela nak tinggal 4 hari,so pastikan segala
kelengkapan keluarga mencukupi masa ketiadaan saya,kebetulan isteri pun ada tugasan luar masa tu,so
saya pun pergi ambil adik dan mak saya untuk menemani anak saya yg dua orang tu di rumah.
Saya sampai di Changi jam 9.15 malam,sementara tunggu beg,ambil taxi semua saya sampai di

Sherwood Tower kira-kira jam 10.30 malam so apabila sampai,sorang rakan tugas saya tunggu di Bukit
Timah Plaza dan memberikan saya semua keperluan seperti access door key,pass Mrt/Bus dan kad
sim,so selepas dapat kunci saya naik berdasarkan alamat yang dibagi, Saya meginap di tingkat 7 rumah
no apa saya tak berapa nak igat tapi 2 pintu kekiri lif,saya difahamkan oleh rakan tugas buat masa ni
saya akan tinggal seorang diri di rumah tersebut kerana mereka sibuk megemas barang untuk bepindah
dari Bedok ke Sherwood,Masuk rumah tu memang besar dengan fully furnish,dah macam service
apartment nya konsep.
Apa yang nak saya ceritakan bukan kejadian yang berlaku di Sherwood Tower atau di dalam rumah
saya meginap tapi..
Setelah sampai atas saya pun keluarkan barang dari beg mandi bersihkan diri,perut pun terasa lapar
,rokok pun dah habis,nak keluar saya tak familliar dengan jalan-jalan sekitar,kalau sebelah
Bedok/Tempines/EastCoast boleh saya tahu mana nak cari kedai makan,7-11 dan sebagainya,so saya
pun call rakan setugas tanya mana nak cari makan so dia suggest boleh makan di Bukit Timah Food
Centre tapi dia tak pasti sama ada situ ada Halal food or not,so dia cakap kalau tak da yg Halal dia
suruh makan di sekitar Beauty World Plaza katanya situ ada banyak Kedai makan India Muslim (Kedai
Mamaklah kot dalam hati saya cakap),so dia pun bagilah instruction by phone macamana hendak ke
sana,dia kata just walking distance not more then 1km walking.
So dalam jam 11.45 malam saya pun turun dari lif,dan lalu shortcut seperti arahan kawan tu,kalau KC
perasan shortcut dari tower saya akan lalu bawah Anak Bukit dan PIE punya fly over,dan lalu dalam
taman dan akan keluar betul-betul di hadapan Shell Upper Bukit Timah Rd,dalam hati saya cakap sunyi
nya jalan ni dan terasa seram sejuk,saya pun endahkan je,sampai Shell saya beli rokok dan jalan terus
hingga ke Beauty World Plaza,akhirnya saya jumpa restoran mamak dan saya makan dan duduk
merehatkan diri.
Sekali saya tengok jam eh dah pukul 2.00 pagi esok nak bagun pagi kerana jam 8.30 pagi saya kena
berada di HQ untuk launching,saya pun bergegas bayar bil dan berjalan megikut jalan saya datang
tadi,so masa nak jalan balik masa saya jalan melintasi taman tu saya trperasan ada seorang perempuan
jalan sorang pkai baju putih di laluan jalan kaki di taman tu,saya pun kata berani perempuan ni jalan
sorang,saya pun ikut belakang dia,dan yg saya pelik bila saya keluarkan rokok dan saya nak fokus
bakar rokok tak sampai sepuluh saat saya terkejut kerana perempuan tu dah hilang depan saya,jarak tak
sampai 20 meter pun,saya pun eh takkan dia leh hilang cam tu je,saya mula tak sedap hati dan saya kata
mungkin dia berjalan laju kot dan bila saya jalan bawah fly over saya dengar seperti org jalan kat
belakang,dalam hati saya dah tak sedap macam mana boleh ada orang kat belakang,masa sampai bawah
ni aku sorang je yg lalu, so saya jalan cepat sampai ke sercurity di tower,Pak Guard tu cakap "resident
without key please register name at check book",saya pusing belakang tak da orang so saya cakap kat
Pak Guard saya ada kunci dengan sapa Pak Guard tu cakap dia kata dia bercakap dengan saya,igat saya
nak bawa visiter naik, just now a "lady is beside you tough you know her",saya pun cakap ngan
Sercurity tu jangan cakap megarut malam-malam ni,tapi dalam hati KC Ya Allah masa tu takut yang
sangat-sangat,saya dah tak tau nak buat apa,nak nak kena naik rumah nak tidur mata pun dah megantuk
badan pun dah letih,so masuk rumah saya terus masuk bilik kunci pintu dan mula nak tidur,masa mula
nak tidur saya dengar door bell ditekan berulang kali,kerusi ditarik,dan saya pun taw dalam rumah tu
saya seorang diri dan ada benda yg megikut saya balik,saya takut sampai tertidur,dalam keadaan saya
tertidur tu saya terasa seperi ada orang tarik kaki dan kejutkan saya,saya pun pusing badan dan buka
mata sekali saya megucap panjang KC saya nampak perempuan yg berjalan di taman tadi berada betulbetul di hujung katil saya dan merenung tajam ke saya,saya pun beristifar dan membaca ayat-ayat suci

sambil tutup muka dengan bantal,takut punya pasal,saya sempat lihat jam dinding lebih kurang 4.30
pagi masa kejadian,muka makhluk tu saya tak nampak dengan jelas tapi tubuh badan dia saya lihat
jelas berbaju putih kusam dan rambut panjang,setelah tu saya pun sangat takut dan tertidur,besok pagi
saya call sorang kenalan dan cerita kejadian tersebut dia pun seorang pakar perubatan dari Kampung
saya di Utara Malaysia dia kata rumah kau duduk tu tak ada benda cuma masa kau jalan malam tu
maybe kau ada terlangkah or langgar tempat dia,so ambil air baca Selawat dan Ruqyah dan renjis
dalam rumah,Alhamdullilah KC selepas buat apa yg diajar kenalan saya tu malam seterusnya tiada lagi
ganguan tapi saya dah tak berani nak keluar malam untuk supper or beli rokok,balik dari tugasan terus
bungkus makanan dan rokok siap-siap,itulah kisah seram pertama saya dalam hidup,maaf jika cerita ni
agak panjang.
Cerita ni dah lama berlaku. Tetapi aku masih teringat lagi kisah tersebut. Pada waktu itu, aku baru
berusia 14 tahun. Aku terpaksa menemani ibuku menghantar abangku balik ke kampusnya di segamat.
Ayahku berada di luar negeri atas urusan pekerjaan. Pada mulanya ibuku meminta pertolongan
daripada kawannya, tapi malangnya dia juga ada urusan. Jadi kami terpaksa pergi bertiga. Kami
bertolak dari rumah pada pukul 12 pagi. Kami bertolak selewat itu kerana kami fikir adik ibuku iaitu
pakcikku tahu akan kehadiran kami dan kami ingin tumpang bermalam di rumahnya.
Silap kami juga kerana kami tidak memberitahu keluarga pakcikku tentang kehadiran kami. Pada
ketika itu hujan yang lebat amat. Ibu dan abangku berusaha memanggilnya tetapi mereka tidak sedar
daripada tidur. Apakan daya, kami terpaksa pergi ke hostel abgku yg tidak jauh daripada rumah
pakcikku.
Dalam perjalanan ke sana, abgku mengelakkan drpd terlanggar seekor anjing. Tetapi aku dan ibuku
tidak nampak akan anjing itu. Kami terus terdiam. Kira-ll jam 4 pagi barulah kami tiba. Aku dan ibuku
tumpang di hostel abgku sekejap kerana hujan masih belum reda.
Disebabkan aku ada kelas esok, ibu dan aku berangkat drpd hostel abgku. Dalam perjalanan kami
menuju ke bandar, tiba-ll kami dikejutkan dgn bunyi hon kenderaan. Aku pandang belakang. Tetapi
tidak ada satu kereta pun. Aku pun terus mengelabah.
Aku tidak tahu apa yang harus lakukan. Aku segera mencapai telefon bimbit ibuku dan terus mencari
ayat-ll suci Al-Quran. Alhamdulillah bunyi hon kenderaan tersebut lenyap. Selang beberapa minit,
bunyi hon tersebut muncul kembali. Aku ingin mencabar bunyi tersebut dengan menekan hon kereta
ibuku. Rupa-ll hon kereta ibuku rosak.
Apabila sudah tiba di bandar, kami cuba menahan kereta untuk meminta bantuan. Ada seorang hamba
Allah yang sudi memberhentikan keretanya. Dia pun membantu kami.
Setelah beberapa bulan selepas kejadian itu, kami sekeluarga menjemput abgku di kampusnya. Aku
amat kenal tempat semasa kejadian tersebut berlaku, ia betul-ll di selekoh tajam. Apabila aku toleh
kelilingnya, terdapat pusara di tepi jalan tersebut. Aku mengucap panjang. Semenjak kejadian itu, aku
dan ibuku tidak berani ke tempat itu pada waktu tengah malam. Wallahualam.
Aslmkum.. Nie sye nk kongsi crita ayah sye mse ayah sye dlm tentera dulu..tahun 1980..sye blum lahir
lagi.. Ayah sye punye crita..mse diaorg bwat kem kat hutan..diaorg kem 7 hri.. Tiap2 kne ganggu
pontianak..
Mlm pertama kami kem..sye xbjage dn sye xrasa pun ape yg kwn2 sye rase..sye xfkir pun ape2 akn
jd..Sbb sye mmg xpercaya bnde2 nie smua,kwn2 sye asyik borak ade dgr bunyi mngilai la bunyi

pmpuan ramai2 la.. sye mseh jgak xnk hiraukan.. Mlm ke 2 pun sye xbjage..kwn sye demam smpai hri
ke 7..lpas bjage mlm tu,mlm ke 3 dan mlm ke 4 xde gangguan..mlm ke 5 sampai mlm ke 7..kami di
ganggu habis_habisan..
Tiap2 mlm kami tukar2 bjage,mlm ke 5 tu sye bjga.. Mse smua dh lelap tdur sye ambik air sungai
bhmpiran utk masak.. Tetiba haus tgh2 mlm tu sbb siang xsmpat nk minum.. Smntara tggu air
masak,sye pegi la stiap khemah nk pastikan kwn2 smua tdur..tetiba dgr bunyi burung hantu..tersentap
kejap trus mngucap..jantung bdegup pulak,air masak sye pun mnum sambil bwat laporan harian
disitu...tgh asyik mnulis dgn bebekalkan lampu suluh..
Tetiba sye la dgr suara "san (bkn nama sbnar ayah sye),kau teman aku blakang jap nk kencing"..sye
toleh kjap,trus jwb "ok,jap2".. Dlm gelap xnampak jelas la muka kwn sye tu..lebih kurang je tubuh
badan kami.. sye puwn teman.. Ikut jer blang kwn sye tu..mnyuluh semak dgn lmpu sluh..sampai kat 1
pokok besar..sye puwn ckap "jgn lame sngat mat (bkn nama sbnar),kau demam tu.." Mat pun g blakang
pkok tu..
Tggu punya tggu..smbil suluh skeliling.. Sye pun mnyapa "mat..kau dh ke blm?lamenye kau
kncing??"..sye puwn mnghampiri blkang pokok tu.. Suluh2.. Xde..tertnye2 mne mat.. Sye pun begegas
ke tmpat khemah,check khemah mat.. Ade mat dlm tu.. Tgh nyenyak tdur.. Bulu roma sye pun
mnegak..terpaku sketika..
Tetiba dgr bunyi pmpuan mengilai..btul2 kuat sblah tlinga kiri..sye pun mngelabah suluh atas2
pokok..jam xtau pkul brape.. Sye pun kemas2kan bku laporan..buat mcm keadaan tenang..sye tarik
nafaz pnjng2.. Sabarkan dri dr ketakutan.. Bace surah2 3qul.. Alhamdulillah suara mngilai tu makin
hilang.. Sye pun sambung bjaga..
Esok hrinya sye bcrita dgn kwn2,sye digelakkan.. Sbb diaorg tau yg sye brani tp takut.. Mlm ke 6.. Yg
berjaga sye dan 2 lagi kwn.. Iman dan idris (bkn nma sbnar.. Lepas yg lain tdur, kmi brtiga..
Bejaga,borak2 depan unggun api.. Sambil borak2 kosong... Tersentak tetiba unggun api
paham..sedangkan bnde tu lambat nk pdm..kcuali kne simbah air..xde hujan puwn tetiba pdm..kmi
bertiga mngelabah..
Kwn sye iman trus usaha bwat unggun ape lagi..lega dn kami terdiam sorang melihat sorang.. Esoknye
kami bercerita smbil gelak dgn kelakuan kami.. Mlm ke 7.. Sye berjage keseorangan lagi.. Sye siapkan
laporan..menahan rse ngantok.. Mata sye pun keletihan..sye mnggosok2 mate smbil mnguap..dlm
samar2 mate sye ternampak pocong..trus mnjelikkan mata.. Lembaga tu lenyap.. Bulu roma
mnegak..pocong adalah lembaga yg paling bahaya bgi sye..jantung degup kncang..
Sye trus kejutkan iman utk temankan sye berjaga..iman bsuh muka dan temankan sye..sye teruskan
buat laporan.. Iman tiba2 mnyapa sye dgn mngejut.. "San!! Pocong!! Pocong!!.." Sambil tunjuk
diantara pokok yg batangnya berbentuk Y.. Pocong berdiri di celah pokok itu.. Iman begegas masuk ke
khemah.. Sdangkan sye.. Sempat lagi melihat pocong itu dgn jelas..walau xbrapa jelas..begetar seluruh
badan still tunjuk dri brani..cepat2 masok khemah..
Baru je duduk dlm khemas.. Khemah bergoncang..sehinggakan aku mnjerit "Allahuakhbar!!" 3ke 4
kali.. Khemah berhenti bgncang.. Aku mngambil nafaz dalam.. Dgn masih memakai Kasut,aku tertidur
keletihan.. Siang esoknya.. Aku tersedar..aku meniarap diluar khemah..hujung kaki ku pokok yg ade
pocong mlm td.. Aku cepat2 bangun.. Melihat smua rakan bergelimpangan di luar khemah.. Pintu

khemah smua terbuka luas..


Assalamualaikum...sy nak ke tengahkan cerita seram sy...bru terjadi selepas raya tahun nie..waktu tu sy
on the way ke tempat kerja saya dengan motosikal melalui lebuhraya plus.
perjalanan sy bermula dari tol sungai dua (butterworth,penang) ke tol sungai petani selatan..sepanjang
perjalanan saya selama saya bekerja di sungai petani Alhamdulillah tiada apa2 yg buruk berlaku..
tapi pada pagi kejadian trsebut dlm sekitar 5 pagi sy dah memulakan perjalanan..seperti biasa sy
menggunakan highway plus..sebaik sy menyusuri highway tersebut pagi tu sy dah rasa x sedap hati
namun saya buat xtahu tentang perasaan itu..tapi sebaik sahaja sy melepasi kawasan rehat rawat tikam
batu berhampiran dengan pantai kamlom,saya di kejutkan dengan kelibat wanita melintas jalan dengan
secara tiba2..
sy hampir saja trbabas namun berbekalkan semangat sy kawal kenderaan sy dgn tenang dan teruskan
perjalanan sy namun sy tingkatkan kelajuan motosikal sy..apa yg sy perasan perempuan trsebut
memakai baju merah,jenis kebaya dan tiada wajah..cara dia melintas bukan dgn berlari tetapi seakan
terapung n terbang..
sampai sahaja di tempat kerja sy seakan hilang fokus trhadap kerja sy disebabkan kejadian trsebut..sy
cuba bertanya kpd org2 yg mngetahui tentang kejadian nie dan kebanyakanya mengakui pernah
mngalami ganguan yg sama..mereka mengelarkan wanita tersebut sebagai 'wanita berkebaya merah'..
ada yg bernasib baik sperti sy namun ada yg menemui ajal akibat kemalangan..selepas kejadian
tersebut sy lebih berhati2 dan sentiasa beringat akan Allah dan berdoa supaya sy sentiasa jauh dari
gangguan jin dan syaitan..
P/S : xdak la sampai demam2..cuma kuatkan semangat bila kita dlm situasi tersebut agar kita selamat..
ni kawan saya critakan sndri kpada sy. kawan saya mengandung 2 bulan,risau familynya tau dya pun
berjumpa dgn bf nya dan suruh bertanggung jawab...
bila bgtau kat bfnya yg dya mengandung bfnya suruh gugurkan kandungan tu,malam tu drg bergaduh
sakan kmudian berbaik dan fkirkan cara bagaimana sehingga tertido,
tiba2 bfnya bangun nak p tandas tp mata terpaku krn ternampak ada benda berdiri disebelah gfnya
seperti nak menerkam perut gfnya..tp setiap kali bnda 2 nak pegang perut gfnya x dpt,tersedar trus
bangunkan gfnya..
gfnya tnya mengapa,bfnya cakap nak kawankan p tandas,jd mereka pun ketandas..masa nak masuk
bilik drg terdengar suara perempuan mengilai kmudian drg pun ketakutan dan melompat
kekatil...bertambah kuat hilai ketawa ppuan 2,
gfnya ni teringat yg ada buku yassin di almari dan cuba utk mengambilnya,dgn memberanikan diri
kawan saya ni pun p la almari,tgh2 membungkar x jmp tiba2 bfnya panggil cepat,rupa2nya bfnya
nampak ada bnda melimpas dibalik tingkap bilik..
entah mcm mana kawan saya ni ter pandang tingkap trus terpaku kerana nampak bayangan perempuan
melimpas tingkap apa lg keras x bergerak,dgn cepat bfnya tarik kawan saya ni dan tutup dgn selimut

tubuh mereka berdua...sampai tertido...esoknya mereka amik keputusan untuk bernikah.


p/s: Pandai2 la korang fikir MORAL of the story nya.
JALAN SUBANG AIRPORT
aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin
dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada
game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak
pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam
entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil
laptop dan balik... bodoh punya perancangan.
Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih,
mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan
kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan
Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku
jawap " Ok..." jer...,
Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan
kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket
kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga
kejayaan beb...
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih
kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen
minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam
dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan
aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah....
Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak
kompom ada something kat kerusi
belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau
pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi
naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho....
Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan
hilang rasa panik, mental dalam
keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni,
rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam
keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya...
sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model
Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...
Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini
makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi,

dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap...
macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana,
darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara
dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya...
Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa
jarak jauhnya, nasib baik
sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah
bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi
seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan
beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...
Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan
macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi
dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram...
barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa
jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah
mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul....
Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan
kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling
cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak
berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku
berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke
arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah
takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah
blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...
Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat
dia suruh dia takecare and
becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan
semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu
mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan
terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan...
macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau
tu... janji aku selamat.
Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah
dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam
setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki,
ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih
terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta
laluan... minta...laluan... idak ler...teman...
Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh...
mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah...
sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.
Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini

membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya
bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak
lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga
nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam
dunia mistik pun banyak membantu juga.
Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat
kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang
nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang
berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini...
Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu,
cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata...
rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan
dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun...
Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... semuanya dalam kekuasaanNYA.

Anda mungkin juga menyukai