Anda di halaman 1dari 12

23 perkara jangan dilakukan ketika memandu

1. Tidur dengan nyenyak.


2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.
posted by aman @ 8:15 AM     Comment (0)

F R I D A Y , N O V E M B E R 2 6 , 2 0 0 4 Perfume Special
Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah
bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu
menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills,
RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke
tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu
lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar
dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas
aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji
jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek
yang mula termuntah dalam lif.

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 9:09 AM     Comment (0)

TUESDAY, NOVEMBER 23, 2004

Kelas Ekonomi
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di
kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang
pramugari menghampirinya, lalu menyapa

"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana"
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak
layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis
seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya


"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk
penumpang lain" pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!"
katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian


membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian,
gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu
mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak
mendarat di Labuan" Jawab kapten
posted by aman @ 8:51 AM     Comment (0)

MONDAY, NOVEMBER 22, 2004

Tertidur dalam kereta


Saodah tertidur seketika ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh
kekasihnya lalu bermimpi.

Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang
Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Saodah mengetahui yg suaminya
itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...

Saodah : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.


Suami dia : Ala, jgn la marah Dah.

Tiba2 Saodah Mengigau lalu menjerit


"HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"

Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata


"Ye la, kan tiap-tiap hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi
kalau bukan rumah mak bapak awak?"
posted by aman @ 8:08 AM     Comment (0)

WEDNESDAY, NOVEMBER 10, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri


DI KESEMPATAN INI SAYA, AMAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG GELIHATI.BLOGSPOT.COM.

JIKA ADA TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA, JARI DISUSUN MAAF DIPINTA.

JIKA ADA YANG PULANG KE KAMPUNG BERHATI-HATILAH MEMANDU. SAYA


DOAKAN ANDA SEMUA SELAMAT DALAM PERJALANAN, INSYAALLAH.

- Sudi-sudilah sampaikan ucapan hari raya di ruangan 'comment' di bawah.


posted by aman @ 8:13 AM     Comment (0)

TUESDAY, NOVEMBER 09, 2004


Telur ayam siapa?
Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya.
Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok
limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman
sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit
Azhar.

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas
Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar.
"Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan
beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia
menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman
bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus
memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya


jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil
masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk
menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi
meninggalkan Herman.

---- sumbangan: Samad


posted by aman @ 8:09 AM     Comment (0)

MONDAY, NOVEMBER 08, 2004

Tipah tertipu!
Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la
ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan
perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop
berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,
Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak
slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak
Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah
tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus
jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang
sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak
tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa
dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler?
peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh
rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat?
Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han??
Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye,
ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer
drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow
aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!


posted by aman @ 8:35 AM     Comment (0)
FRIDAY, NOVEMBER 05, 2004

Puteri Ayu Batu Selonggok


Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu
Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan
mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa.

Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada
tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa
iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa
saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga
sekalipun.

Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh
untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan
tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat
untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk
anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang
dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak
cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.

Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua


untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang
sahaja yang belum mencuba.

Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu
mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu,
besi itu pun cairlah.

Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah
pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun
cairlah.

Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang
mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata.
Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh
tuan puteri.

Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang


tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai
ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri
kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket
seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan
muka yang merah menahan malu.

Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh
oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan
adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair
Tuanku".

Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di
bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri.

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang
tidak cair tu...
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...".
posted by aman @ 8:27 AM     Comment (0)

WEDNESDAY, NOVEMBER 03, 2004

Cik Cinderella
Al-kisah....

Pada satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn
emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia.
Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia.
Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!"

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"


"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab
Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan
isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri
temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So
diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih
untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker
pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie.
Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah
habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat
ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja
rumahnyer.

"Ok Emak, sumer suah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?"
katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia
tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang
cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah
siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu
by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis.
Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab
Cinderella.
"Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat"

"Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat
lagik... jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas
Cinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother.
"Camner?" tanyer Cinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat
hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di
campakkannyer kepader Cinderella.

"Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"

SEKIAN

Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener usaha
siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta".
posted by aman @ 8:40 AM     Comment (0)

TUESDAY, NOVEMBER 02, 2004

Pelancong yang Sombong


Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk
melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr
John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia
berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu
teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja.
Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk
menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John
inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua
bulan untuk menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan
pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa
dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus
meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-
apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa


diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi
sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi


kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC.
La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak
bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu
teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.
posted by aman @ 8:25 AM     Comment (0)

MONDAY, NOVEMBER 01, 2004

Surat Cinta
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta
lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul
hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan
kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing
salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala
itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan
Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang
mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang
perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di
Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan
rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan
tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya
tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam
percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku
menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani
stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah
bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak
itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya
aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk
mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang
rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk
mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain
badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak
berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik
serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah
kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan
dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang
kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan
mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku
hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap
oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan
kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh!
terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa
yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau
Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-
idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di
tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin
sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh
mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah
pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap
menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks
membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi
kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari
terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang
elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku
poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

---- sumbangan: puteri_khalifah

Anda mungkin juga menyukai