Anda di halaman 1dari 52

SAMA..

TAPI TAKKAN SAMA


"Ada bungkusan untuk Akmal.." pekerja dari syarikat courier menyapa cik penyambut
tetamu.
"Akmal mana satu? Encik Akmal ke Cik Akmal?" tanya cik penyambut tetamu.
Penghantar bungkusan sedikit keliru. Pulak?
"Yang mana satu encik? Saya nak call orang yang berkenaan ni.." gesanya lagi.
"Kat sini cuma tulis Akmal aje. Takde pulak Encik Akmal atau Cik Akmal.."
Penyambut tetamu terdiam seketika. Sudah.. Kalau salah orang nanti, maunya roboh
bangunan sepuluh tingkat ni.
"Erm, kalau gitu, saya akan sign bagi pihak 'AKMAL' ye."
Setel!
****************
ENCIK AKMAL vs CIK AKMAL~~

Mr. Purple vs Ms. Orange


Mr. PJK 5006 vs Ms. PJK 6005

Angin tak pernah ngam~~.


Bukak pintu asyik bertekak aje~~.
Entah dari mana salah silap~~.
Entah dari mana asal kisah~~.
Entah kat mana nak habis cerita~~.
Entah perkataan apa penghubung kata~~.

Ada sape-sape nak ambik kesah?~~


Ada sape-sape nak jadi orang tengah?~~

Ada sape-sape nak tolong ubah?~~


Ada orang kata, buat apa nak susah-susah~~
Jumpa tok kadi, bagi SAH sudaaahh~~!!

Ada sape-sape nak bantah?


Ada sape-sape nak tukar kisah?
Ada sape-sape nak ..................
(sampai bila nak abehh daaaaahhh??~~)

Sama..tapi takkan sama~1


Teringat kisah P.Ramlee bersama dua orang lagi temannya dalam Pendekar Bujang Lapok.
Ramlee, Ajis dan Sudin mengejar Pendekar Mustar yang kelihatan hebat bertarung di
penambang. Dalam usaha pencarian, mereka ditakdirkan berjumpa dengan Ros, seorang
cikgu yang baru sahaja habis mengajar. Sedar diekori, Ros berlari pulang ke rumah dan
memberitahu bapaknya yang ketika itu sedang berada di laman. Walau bagaimanapun,
ketiga-tiga pemuda baik hati yang disangka pencuri oleh Ros tadi mendapat layanan baik
daripada Pendekar Mustar. Lalu mereka dijemput naik. Ros masuk ke bilik dengan nada
memberontak. Mengejutkan emaknya yang sedang menjahit. Setelah menerangkan hal
sebenar, emaknya ke ruang tamu melihat gerangan pemuda yang dikatakan pencuri oleh si
anaknya tadi. Setelah dinilai dan diteliti, rupa-rupanya baik-baik aje dong pemuda itu
sekaliannya.
Alah, mak dengan bapak sama sahaja.
Eh eh.. Kalau dah mak sama dengan bapak, yang mana jantan, yang mana betinanya?
Dialog lebih kurang yang telah diolah =)
Dari situ, maka datangnya
Dua dua sama aje. Keras kepala. Asyik nak menang. Yang peningnya, aku ni la. Hish
Makin cepat tua aku dibuatnya. Farah membebel sendirian di mejanya. Mengadap monitor
menaip sesuatu.
Hai, Farah.. membebel sorang-sorang nampak? satu suara menegur Farah dari belakang.
Mana taknya Mus. Saya baru lepas keluar bilik MD. Diskus pasal projek kat Langkawi tu.
Dalam tu, dua-dua Akmal ada. Awak faham-faham saja la diorang tu..
Mus menarik kerusi di hadapan Farah. Menelek buah hatinya yang baru sahaja diikat dengan
ikatan pertunangan. Farah menongkat dagu.

Sabar saja la. Dah memang kerja awak kan? S.u untuk diorang tu..
Tau la saya s.u diorang. Tapi, sorang nak macam ni. Sorang nak macam tu. Habis tu, saya
tersepit tengah-tengah.
Dah tu, Datuk cakap apa?
Datuk awal-awal lagi dah bagi diorang uruskan projek. Datuk dengar aje idea dua-dua
orang. Pastu Datuk cakap, korang duduk berbincang. Saya cuma nak projek tu sukses. Itu aje
lah. Huhhh.. Farah mengeluh lagi di hadapan tunangnya.
Mus hanya diam. Nak ditolong, gimana sih caranya? Tak ditolong, gimana pulak Farah
ceweknya? Akhirnya, Mus dan Farah sama-sama diam.
Tidak lama selepas itu, kedengaran dua pintu dibuka hampir serentak.
Farah! jerit yang ini. Farah!! jerit yang sana pula.
Saya Encik.. Saya Cik.
Mana fail yang saya mintak tadi? kedua-duanya bersuara serentak kali ini.
Akmal~e dan Akmal~c saling berpandangan. Tiga saat kemudian, kedua-duanya menutup
pintu serentak.
Awak tengok la tu, Mus.. Pening saya. Takpela. Saya cari fail diorang sekejap.
Farah berlalu ke cabinet belakang. Dicapai fail-fail yang berkenaan.
Farah lantas mengetuk pintu En.Akmal.
Terima kasih. Buat saya kopi, please Farah.. Akmal~e bersuara tanpa mengangkat muka.
Baik encik. Nanti saya buatkan. Dengan senyuman, Farah meminta diri.
Keluar dari bilik En.Akmal, Farah lantas mengetuk pintu bilik Cik Akmal.
Masuk..
Cik, failnya.
Thanks Farah..
Farah hanya mengangguk lalu meminta diri untuk keluar. Tangan kanan dah sedia
memulas tombol pintu
Farah, buat saya kopi ye, Macam biasa..
Erm..baik cik..

Farah keluar. Mus masih bertenggek di meja Farah. Melihatkan Farah tidak menuju ke meja
sebaliknya ke pantry, Mus lantas mengangkat tangan memberi isyarat Ill call u. Sudahnya,
Mus bergerak ke cubenya di bahagian kejuruteraan.
Farah meletakkan kopi di atas meja Akmal~c. Setelah berpamitan, dia masuk pula ke bilik
Akmal~e. Habis tugasnya, dia cepat-cepat keluar. Entah kenapa tiba-tiba aje idea jahatnya
menjelma..
Maaf cik.. Maaf encik. Farah sengih di dalam hati. Dengan menutup pintu En. Akmal
dengan pantas, Farah terus menuju ke ladies.
Farah!! dari satu bilik. Farah!!! dari satu bilik lagi.
Ladies yang tak jauh dari situ sedang menampung gelak ketawa jahat dari seorang wanita
yang telah berjaya mengenakan kedua-dua bosnya.
Akmal~c berjalan ke arah Akmal~e.
Ni kau punya. Bak aku punya!
Masing-masing menukar cawan.
Hampeh Farah ni. Entah sengaja entah tak. Hati Akmal~c mengumpat baik punya.
Farah ni memang nak kena. Tak balik kau malam ni. Nada balas dendam dari Akmal~e
keluar dari mulutnya dengan sangat perlahan.

Sorang kopi lebih gula. Sorang kopi takdek gula. Farah sengaja tukar biar diorang saling
'kenal hati budi'. Hehehe..
Tapi kan
Akmal~e: Cantiknya mata dia..
Akmal~c: Merahnya bibir dia..
Erk? Dialog apa tu?

Sama..tapi takkan sama~2


Seminggu selepas kejadian tertukar kopi, hatinya Akmal~c semakin tak keruan. Setiap kali
kena jumpa masa meeting, jantung kat dalam bagai dipam-pam. Dah tak ikut rentak ritma asli
lagi dah. Apatah lagi, mereka kan satu team untuk projek di Langkawi tu...
Apa nak dikata? Hati ni macam dah terkena virus yang satu tu.
Tapi, janjinya?

Akmal~e tekun menatap proposal di atas meja. Anak matanya bergerak ke kiri kanan. Amboi,
pandai betul berlakon noo! Padahal, pandangannya jauh menembusi dada kertas, tembus ke
bawah meja. Sebab? Peristiwa minggu lepas jugak la..
Kenapa tak pernah perasan yang dia tu cantikk jugak? Cantik jugak ye.. macam nak compare
dengan sesiapa aje! Maklum la kan. Anak hartawan bangsawan. Hensem bergaya pulak tu.
Ofkos la banyak teman [tapi mesra] wanitanya.
Tapi, janjinya?
Cerita ni banyak misterinya!

Sama..tapi takkan sama~3


Aku nak balik kampong malam ni.
Ayat itu ditulis kemas ke atas stick note, lalu dilekatkan pada empunya laptop di depannya
yang kebetulan ke gents tadi. Akmal~c mengemas laptop dan barang-barang yang lain.
Setelah projek di Langkawi boleh dikatakan dah setel, dia sudah boleh menarik nafas panjang
sebab dah tak payah tengok mukanya lagi! Hahaha, hatiku merdeka..
Akmal~c yang masih tersenyum-senyum, tanpa sedar kelakuannya diperhatikan seseorang di
muka pintu.
Ehem..ehem.. Happy nampak!
Tangan Akmal~c yang sedang nak masukkan pencil ke dalam pencil case, terhenti seketika.
Namun, tanpa jawapan, terus sahaja dia memasukkan stationary yang lain ke dalam pencil
case. Peduli apa aku! Yang penting, balik kampong..hati girang! Kan?
Akmal~e yang kini dah tiba di meja meeting, mengambil turn mengemas barang-barangnya
pulak. Matanya segera menangkap stick note yang dilekatkan di situ.
Balik kampong?
Kau balik sorang ke?
Iye la cik abang. Takkan aku ajak kau kutt! Perli selagi boleh..
Dalam hatinya Akmal~e..apa salahnya, kan? Ehem..ehem.. tak malu! Dah lupa janji??
Nak aku anta ke?
Baik pulak tetiba ni? Tengah gerhana ke? Akmal~c meninjau ke luar tingkap. Berlakon!
Perli lagi..
Akmal~e dah terdiam. Asyik aku aje yang kena!

Yela, hati-hati balik nanti. Jumpa lipas kawan baik kau tu, kim salam banyak-banyak ye,
sayang!! Terus Akmal~e melangkah keluar.
Akmal~c terkedu seketika. Apa dia?? Ulang tayang sikit..
Sayang?? Mulut takde insurans! Seb baik aku ni jenis tak makan dek puji
Yeke Cik Akmal Shuhada? Bukan dah rasa nak rebah ke?
Shut up, hati!

Akmal~e berhenti sejenak di muka pintu. Menoleh ke arah Akmal yang lagi satu. Dua saat
selepas itu, kakinya terus melangkah.
Are you alright, En. Akmal Shahadat?
Lu memang nak kena la Nenek Hati! Dari tadi Atuk Jantung dub dab dub dab, lu nak nak
tambah keparahan luka duka lagi? Dah la dia nak balik kampong tu!
Cit..
Penuh misteri.
Persoalan pertama: Kenapa Akmal Shuhada meninggalkan stick note pada Akmal Shahadat?
Macam nak minta izin..tapi dalam ayat penyata, kan? Hermmm..
Persoalan kedua: kenapa Akmal Shahadat bermurah hati mengoffer nak hantar Akmal
Shuhada balik? Bukan diorang tu pantang jumpa ke sebelum ni? Tapi macam ada nada
tanggungjawab, kan? Tul tak? Tul tak? Tanggungjawab tang apa tu?
Persoalan ketiga: Macam mana Akmal Shahadat boleh tahu yang lipas tu kawan baik Akmal
Shuhada? Kawan baik yang songsang la tu maknanya! Akmal Shuhada takut lipas tak?
Tapi..macam mana boleh tahu? Diorang ni serumah ke? Hah??
Persoalan keempat, yang last dah ni.. dah penat nak tanya pembaca: Akmal Shuhada dan
Akmal Shahadat.. tak ke dekat namanya? Adik beradik ke? Takkan lah! Ke kebetulan yang
memberi hint yang depa ni tut..tut..tut? Alah.. macam penulis ni sendiri.. Siti Zuraimi dengan
Saiful Zakry.. dekat kan?

Apa-apa pun.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Sama..tapi takkan sama~4


Kampung Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Bunyi derapan tapak kaki berselipar jepun kedengaran jelas di telinganya. Segera dia
menghala ke pintu depan. Memang tak salah orang pun..

Eh Mal! Suara yang menyapa dibalas dengan senyuman. Dapat diagak tujuan kedatangan
kawannya yang sorang ni kalau dah dengan bakul di tangan. Ada la tu yang nak dipetik.
Hai Sari.. Kau dari mana? Daun pintu dibuka seluas-luasnya.
Aku dari kedai. Ayah aku minta buat nasi paprik tengahari ni. Tu ingat nak cari sikit daun
limau purut kat belakang rumah kau. Kau bila sampai?
Pagi tadi.
Kau drive?
Dengan bas.
Sorang?
Kau ingat?
Mana la tau perkataan berdua tersekat di kerongkong. Difilter dengan band stop.
Sari bertenggek di tangga bawah. Walaupun sudah dipelawa Akmal naik ke atas, dia lebih
suka bertenggek di situ. Bukannya lama nak singgah. Lepas ambil daun limau purut, terus dia
nak balik. Terperanjat juga dia melihat Akmal tiba-tiba aje terjegul di depan muka pintu.
Mal, macam mana hidup kau? Beg duit dicampak ke dalam bakul dan diletakkan bakul di
atas tangga. Ekor tudung yang melurut jatuh diperelokkan. Kisah Akmal kawan baiknya, satu
pun tak ada yang tak diketahuinya.
Alhamdulillah Sari. Sehat walafiat. Nak disambung lagi, tapi cukupla. Dah banyak sangat
dia bebankan telinga kawan baiknya. Kali ni cukup la. Lagipun, keadaan macam dah beransur
jernih. Hope soo..
Luaran memang la. Dalaman?
Kenapa kau tanya macam tu?
Mal..kita ni kawan sejak baby lagi tau. Mak kau dengan mak aku duk sebelah katil aje dulu.
Mak kau dukung aku, mak aku dukung kau..
Dah tu, apa kena-mengenanya?
Kau mana boleh tipu aku, Mal. Aku tahu kau menderita tu.
Akmal menarik nafas panjang. Kata-kata Sari dibiarkan dibawa angin. Betul bagai dikata.
Luarannya dia sihat. Sangat sihat. Tapi, dalamnya? Mentalnya?
Macam mana aku nak buat Sari?
Mal, aku tau kau boleh fikir mana yang terbaik untuk kau. Lupakan aje kisah lalu, ye.

Aku memang nak try ni, Sari. Tapi aku takut. Kalau dia tak terima aku, macam mana?
Well, best woman win! Kau kan hebat..
Akmal menarik senyum. Tawar. Pandangan mata Sari dibalas dalam.
Inikah masanya?
*****
Banglo Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tekak yang haus harus segera diberi penawar. Perlahan pintu bilik ditutup lalu melangkah
menuruni anak tangga.
Hai, Mal. Lesu aje Mak Yah tengok? Ada apa-apa ke? Tak sihat? Pembantu rumah separuh
abad berpaling ke arah peti sebaik mendengar pintunya dibuka. Dia kembali meneruskan
kerja apabila melihat Akmal mencari sesuatu. Tanpa jawapan, Akmal menarik kerusi lalu
menuang jus ke dalam gelas.
Entah la Mak Yah. Macam ada benda yang kurang aje. Jus yang mengambil tempat di
dalam gelas diperhatikan sebelum disua ke mulut.
Lebar bibir Mak Yah mengukir senyum. Dalam maknanya kekurangan yang disebut tadi.
Tak telefon? duga Mak Yah.
Tak ada pun. Takkan la Mal yang kena?
Terlepas tawa Mak Yah. Akmal yang ingin meneguk jus tiba-tiba terhenti setengah jalan.
Alamak, kantoi ke? Oloh.. Menyelamatkan diri, dia berdehem-dehem membetulkan anak
tekak lagaknya.
Kenapa Mak Yah gelak?
Mak Yah tak Tanya pun sapa yang tak telefon. Yang tadi tu Mal jawab bagi pihak sape?
Err.. hmm, Mal pergi depan dulu la Mak Yah. Gelas jus ditinggalkan terus di atas meja.
Haiyyaa.. Malunya. Macam mana boleh tak sedar yang Hish, Mak Yah ni memang nak
kena la! Akmal mencapai handsetnya di atas meja. Memandang kosong ke skrin. Ni yang
hangin ni. Tak reti-reti nak tepon bagitau dah sampai ke tak.
Gila! Sejak bila ni...

Sama..tapi takkan sama~5


Bukan baru ia berlaku. Dah hampir setahun. Dipendamkan sahaja apa jua rasa di dasar hati.
Benci mengatasi segala-galanya. Dah tu, bagaimana kasih sayang nak dipupuk? Sedangkan
hanya dia yang memberi, orang tu tak nak menerima. Langsung!

Sewaktu mengetahui berita itu, dia hanya diam mematung. Mahu dibantah, siapalah dia.
Sekadar menumpang kasih sayang. Tidak dibantah.. ini soal masa hadapan! Boleh jadi soal
hidup dan mati.
Dia akan dinikahkan! Dengan orang yang sangat-sangat tak disangka.
Untuk tidak dikata sebagai tak sedar diuntung, dia merelakan sahaja. Mengabdikan diri pada
suami yang diharapkan dapat memimpin. Dapat menjadi peneman suka duka. Sebagai
pengubat luka lara. Harapannya menggunung tinggi mengalah Everest sekali pun.
Mengharapkan si dia akan menerima dirinya. Seadanya dia.
Namun..
Takkan dia, pa? Tak ada yang lagi cantik ke?
Rapuh hatinya tatkala mendengar ayat sebegitu. Macam la kau hensem sangat!
Ini jodoh Mal..
Tapi bukan dia yang Mal nak!
Retak lagi hatinya. Macam la aku nak sangat dekat kau!
Dia akan jadi isteri Mal yang taat. Percaya lah cakap papa..
I hope soo.. Nada mengejeknya begitu ketara. Tapi, kalau apa-apa jadi kat kami, Mal
harap papa tak salahkan Mal. Mal dah tolak dari awal. Papa yang berkeras.
Hatinya dah tak boleh dipanggil hati. Berbara panas. Macam la aku ni terhegeh sangat!
Perbualan antara dua beranak yang berada di ruang bilik mesyuarat memang meresahkan.
Sudah sah memang dia bukan pilihan hati anak teruna Dato Rosli.
Dia yang berdiri di sebalik pintu masuk bilik mesyuarat mengetuk pintu sebelum masuk.
Langkahnya diatur kemas menuju ke arah dua beranak tersebut.
Mal, kenalkan. Ini Shuhada.
Mata si teruna langsung tak memandang. Tanpa menunggu lama, dia bangun dari kerusi dan
melangkah keluar dari bilik mesyuarat yang dirasakan amat menyempitkan.
Shu.. let him be. Dia akan kenal Shu tak lama lagi.
Hanya anggukan yang menjawab. Entah kenapa di depan lelaki ini, cepat sahaja hatinya
sejuk. Rasa gundah hilang.
Dia sebenarnya sayangkan dia. Walau pun bermula dengan tanggungjawab, dengan nama
untuk taat pada suami, tapi hakikatnya, dia sangat sayangkan dia. Tapi itu dulu. Setahun yang
lalu. Sekarang, dia akan tentukan masa depannya. Yang dia tahu, masa depannya bukanlah
sebagai isteri Akmal bin Rosli.
Pasti!

******************
Ko amacam Dat? Bangku di sebelahnya diisi seseorang.
Macam baik, Long.. Kehadiran abangnya ke banglo petang itu menjadikan dia lupa
seketika kepada orang jauh. Orang jauh yang dikenang-kenang.
Long tengok ko ni menung semacam aje? Shu mana? Kepala dipanjangkan ke dalam
rumah dari halaman. Walau pun dah tahu takkan nampak, mata masih lagi mencari adik ipar
paksanya itu. Dia sangat senang dengan perempuan yang seorang tu. Alangkah beruntungnya
Akmal yang entah bila nak sedar keberuntungannya.
Kampung dia.
Dia jenguk siapa? Dia kan sorang-sorang aje kat dunia ni?
Kata-kata Long diproses lambat dalam kepala. Eh, salah la Long!
Apa pulak sorang? Dat ni sape? Tak isytiharkan sedara ke?
Long dilihatnya sengih lebar. Ko ni kan.. abang cakap ko sayang dia, ko tak setuju. Abang
cakap dia sorang-sorang, ko marah pulak. Habis tu, apa namanya tu?
Dulu memang la tak sayang. Dulu tak perhati betul-betul. Tak pernah terjadinya kejadian
pelik-pelik yang perlu membuatkan dia memandang insan bernama Akmal berlawanan
jantina dengannya. Melainkan selepas kejadian tersalah kopi yang disengajakan oleh s.u
mereka dulu. [Farah mengaku jugak akhirnya! Padan muka]. Bilik asing-asing. Sorang kat
atas, sorang kat bawah. Memang tak pernah jadi pertembungan atau kemalangan. Semuanya
cukup teratur.
Yang nak buat dia terpandang pun sebab.. hari tu dia lain laa. Muka sedikit cantik dengan
solekan nipisnya. Lain dari hari-hari biasa yang pucat aje. Agaknya dia kena present
paperwork pasal projek di Langkawi dulu kut. So, penampilan yang baik sedikit sebanyak
pun mempengaruhi jugak.
Lepas pada tu, memang hari-hari rasa nak tengok aje. Sementelah, hari-hari dia makin cantik
aje. Nak aje dia cakap, ko mekap la, tapi untuk aku tengok aje.. Tapi dia tahu. Takkan ada
orang tu nak dengar cakap dia.
Hello Datt! Jauhnya menung. Ko ni
Sakit la Long. Ingat orang ni anak kucing ke? Hidung yang dijentik tadi digosok-gosok.
Kalau anak kucing, Long bukan setakat picit hidung aje la..
Malas nak layan Long ni la. Kakak tak datang?
Mira tak sihat. Dia kat rumah. Umi kena jaga.

Ooo. Si bapaknya merayau sampai ke sini. Baiknya teladan!


Long tersengih. Sebab Long dah janji dengan Mak Yah nak hantar kain baju tu ke sini hari
ni. Lagipun kakak yang suruh Long datang. Long ni suami yang baik la. Bukan macam ko..
Baik ko sedar diri cepat-cepat sebelum terlambat. Shu budak baik tau. Cantik, comel, kiut
miut.. Ramai orang tunggu kat luar.
Hish Long ni Jangan la cakap macam tu. Dia comel ke, kiut ke hape ke, dia tetap isteri
orang tau! Siapa yang berani nak tunggu isteri orang tu, sengaja tempah maut la tu!
Eee, takutnya. Kiranya dah sayang la ni kan? Bagus la.. Wishing you good luck! Dah la,
Long nak jumpa Mak Yah sat. Pastu terus balik.
Long mengangkat punggung lalu memanjangkan langkah ke bahagian dapur. Akmal di laman
ditinggalkan dengan sedikit cabaran. Biar dia buka mata luas-luas, buka hati terang-terang.
Kan ke jodoh tu ketentuan Allah. Allah tahu mana yang baik bagi hamba-NYA. Sekalipun
kita tertunggu-tunggu yang lebih baik, tetapi yang ada sekarang tu pun dah lebih dari baik.
Akmal mengusung mugnya ke dalam. Akal merencanakan sesuatu. Yang dia pasti, dia sudah
bersedia.

Sama..tapi takkan sama~6


Bilik itu masih gelap tak bercahaya menandakan si penghuni belum lagi tiba. Akmal menoleh
ke arah Farah. Keningnya sedikit terangkat. Bertanya.
Cik Akmal belum sampai lagi En. Akmal. Dia call tadi dia akan masuk lambat sikit. Jujur
Farah memberitahu pesanan dari Cik Akmalnya.
Akmal mengangguk seraya menyambung langkah yang terhenti beberapa saat lalu. Setiba di
biliknya, pc dion. Diari di sudut kanan meja dibelek melihat agenda untuk hari ini. Tercatat
di situ, 2.30 petang kena ke Kulim Hightech. Hermm..
Seketika, gagang telefon diangkat. Farah, Cik Akmal sampai nanti, suruh dia masuk bilik
saya.
Erkk? Farah kehairanan. Menyedari dia tak patut masuk campur, segera dia menyambung,
Hermm, baik En. Akmal. Saya akan bagitau nanti.
Farah sekadar memandang pintu bilik Cik Akmalnya. Bersimpati. Huhuhu..
Setengah jam kemudian, Akmal tiba. Dia berhenti sejenak di hadapan meja Farah sebelum ke
biliknya. Ada sape-sape cari saya tak? Beg laptop di bahu kiri dilurut ke bawah. Kelam
kabut dibuatnya hari tu dek myVi meragam di rumah tadi.
So far tak ada sape-sape. Tapi En. Akmal nak jumpa cik Menurun nadanya tatkala
menyampaikan pesanan En. Akmal. Berkerut kening Akmal saat mendengar nama Akmal
disebut Farah. En. Akmal

Kenapa? Dia ada bagitau kenapa? Akmal semakin merapatkan diri ke meja Farah. Apahal
mendadak aje. Dah buat salah? Takkan lambat 15 minit kena penalty kut? Erk, 30 minit,
actually. Tapi, tak pernah dia nak ambik tahu pun sebelum ni.
Saya tak tau la Cik Akmal. Dia cuma pesan gitu aje. Farah menjeling ke bilik En. Akmal.
Mengagak perang yang akan berlaku.
Tak pe la. Nanti saya masuk. Ada apa-apa lagi?
Sebaik Farah menggelengkan kepala, Akmal melangkah ke biliknya. Pc di atas meja
dihidupkan. Dia bersandar ke kerusi memikirkan kemungkinan orang sebelah yang nak cari
gaduh tu. Puas juga diingat-ingat balik, kut-kut la ada kerja yang tak siap ke apa ke. Tapi
rasanya tak ada.
Gagang telefon tetap jua diangkat. Menekan extension number En.Akmal.
Hello. Tenang sahaja suara di bilik sebelah menjawab.
Akmal sini. Kau ada cari aku ke?
Eh..bukan ke aku pesan kat Farah suruh kau datang bilik aku? Kan?
Dah cukup baik aku call kau. Kenapa? Ada kerja yang tak setel ke?
Belum pun sempat soalannya dijawab, talian telah putus. Akmal meletakkan gagang dengan
kening yang terangkat. Mental betul la dia ni..
Habis saja ayat kutuk keluar dari bibir comelnya, tiba-tiba aje muncul seseorang di sebalik
pintu. Hampir tak bernafas melihat gerangan putera Akmal di situ. Apa kes ni?
Apsal kau kat sini pulak? Peliknya perangai dia hari ni! Bukan bilik aku ni tanah haram
bagi dia ke?
Dah orang tu tak sudi datang bilik aku. Aku datang la bilik kau.
Tersepit jarinya saat dia ingin menutup laci. Gara-gara keganjilan yang berlaku. Sudii?? Lain
macam la. Berdiri bulu tengkuk teman!
Ada apa hal sebenarnya nih?
Petang ni kau ikut ke Kulim tau. 2.30.
La, apahal pulak?
Ikut aje.
Dia terus berlalu dengan senyuman. Akmal terkulat-kulat dengan pertanyaan. Apa nak jadi
pada hari ni?
*******
Mereka tiba di rumah pada jam 8 malam. Keletihan yang amat sangat terus membawa the
lady ke bilik.
Lambat korang balik? Nak makan dulu? Mak Yah tiba dari dapur lalu menyapa the man di
ruang tamu.

Dat dah kenyang Mak Yah. Tanya la Shu kut-kut dia lapar..
Dah selamat atas katil dah pun yang sorang tu.
Ye ke? Ehh, dia tak Isyak lagi tu Mak Yah. Nanti tolong kejutkan dia. Tak apa la. Dat naik
atas dulu.
Akmal memanjat anak tangga menuju ke kamar. Penatnya! Tapi, bila diintai-intai, bibirnya
mekar dengan senyuman. Ada apa-apa jadi ke? Suspennya!
Dah mandi. Dah Isyak. Mengadap kerja lebih kurang Jam 10 malam, Dat keluar dari bilik.
Berhajat membancuh Nescafe di dapur buat peneman menghabiskan kerja yang masih
berbaki. Dah setel membancuh, dia menatang mug di tangan kanan. Saat melalui bilik
isterinya yang masih terang benderang, dia berhenti sesaat. Masuk la jenguk!
Tak perlu tunggu lama, tangan kirinya dah memulas tombol pintu kemudiannya daun pintu
ditolak sedikit. Penghuni bilik dilihatnya terbaring di katil tanpa menukar pakaian. Tudung
pun masih terlilit kemas.
Ish dia ni.. tak bangun Isyak lagi ke? Akmal memberanikan diri menuju ke katil. Mug di
tangan diletakkan terlebih dahulu di atas meja lampu. Berhati-hati punggung dia berlabuh kat
atas katil. Memandang wajah bersih isteri sebelum tangannya yang gataii tu di bawa ke pipi.
Senyum.
Dulu dia ingat lagi penolakan terhadap Akmal yang dicalonkan sebagai isterinya. Cantik tu
tak pernah menjadi ukuran pun. Lagi pun.. siapala dia yang jual mahal sangat nak cari orang
cantik-cantik aje untuk dibuat bini.. Cuma masa tu, ya lah kan.. Zaman moden. Dah tak
percaya jodoh mak bapak yang pilih. Tu yang berkeras sangat. Bila diingat balik, macammacam dia buat pada Akmal..err..Shu.. Entah apa motifnya. Bukan salah Shu pun. Banyak
kali Shu terangkan yang dia pun tak nak kahwin dengan suaminya sekarang. Tapi kan, tak
tercapai dek akal untuk meramal Dato Rosli punya pemikiran. Akmal + Akmal. Formula tu
menarik langsung!
Akmal..err..Shu dalam tak sedar memalingkan muka. Amboi, macam tau-tau saja orang yang
dibenci ada kat situ. Orang yang jaga menggeleng kepala. Dahsyat dia ni!
Perlahan-lahan dia menanggalkan tudung. Dimasukkan terus ke dalam bakul baju. Dia
berjalan pula ke almari untuk mencari pakaian tidur Shu.
Ouchh! Takkan blackout lagi.. Sorry. Tamat di sini untuk bab ni ~~~

STTS~7
Dia terlewat lagi. Bersiap ala kadar dengan blouse lengan panjang dan berskirt labuh,
dipadankan dengan tudung dari koleksi Arianni, Akmal segera mencapai beg laptop di sisi
katil. Terburu-buru membuka pintu bilik sebelum orang atas meninggalkannya.

Mak Yah. Shu dah lambat! Akmal dah pergi belum? Langkahnya menghala ke dapur
terlebih dahulu. Menyua segelas air masak ke tekak. Mak Yah memandang ke arah gadis itu
sebelum membuka mulut.Dia tengah sarapan. Pergilah makan dengan dia.
Akmal menarik nafas kelegaan. Nasib baik. Kalau tak, macam mana nak pergi kerja?
Semalam balik dengan kereta Akmal (cik abang) terus dari Kulim. Keretanya ditinggalkan.
Tak tau la pulak dia kat sana tu, rupanya-rupanya.. huh. Menyakitkan hati.
Oit, cepat makan. Kang lambat aku tinggal. Akmal menghirup kopi.
Orang yang dipanggil segera duduk di kerusi lalu menjamah sedikit makanan. Mak Yah juga
ke depan. Ingin menuang air. Akmal terus membuka mulut.
Semalam Mak Yah ada masuk bilik Shu? Akmal bertanya sambil memandang Mak Yah.
Suaranya agak perlahan. Namun, tetap juga sampai ke telinga Akmal yang satu lagi. Kopi
yang dihirup bagai dipause sebelum masuk ke kerongkong.
Tak ada. Kenapa? Mak Yah menjawab jujur tanpa mengetahui apa-apa.
Ooo yeke.. Akmal memandang Mak Yah lagi. Biar betul. Takkan la aku mengigau bangun
tukar baju sendiri?
Sungguh dia terkejut. Dah la bangun lambat. Kemudian, diserang dengan pertanyaan pulak!
Bila masa tukar baju ni? Semalam, on the way balik dari Kulim sebelum sampai rumah,
Akmal~e masuk ke Petronas untuk mengisi minyak. Alang-alang, Akmal~c memanjangkan
ke langkah ke surau. Opss, ke toilet dulu. Keluar aja dari toilet, dia tidak ke surau sebab
sebab [sebab tu la..] Dengan mengandaikan Akmal~e ke surau, jadi dia masuk ke kedai
Mesra mencari air mineral. Lebih kurang 10 minit, barulah Akmal~e sampai ke kereta dan
terus memandu pulang. Sampai kat rumah, dia terus masuk bilik. Tak tau tiba-tiba aja dah
terlelap. Baju tu
Dah ke? Dah lambat ni.. suara Akmal di hadapannya mematikan lamunan. Teh dicawan
dihirup kemudian mengangguk memberi isyarat.
Aku dah. Kami pergi dulu Mak Yah..
****
Akmal parking di sebelah myVi yang ditinggalkan semalaman. Sempat dia menjuihkan bibir
memberi isyarat kepada penumpang sebelah supaya menjenguk anaknya dahulu. Akmal
yang sorang lagi mencebik.
Nak aku tunggu ke?
Kau naik dulu la.. Aku nak kena panaskan enjin ni kejap. Kalau tak kang.. merajuk lagi dia.
Akmal terus melangkah dengan senyuman lebar. Teringat pertanyaan yang diajukan pada
Mak Yah tadi. Shh.. tolong simpan rahsia ye!
Setibanya Akmal di pejabat, dia disapa oleh Farah. Memberitahu Dato Rosli sedang
menunggu di dalam bilik.
Bila dia sampai? Angin takde, ribut takde.. tau-tau aje sampai!

Lebih kurang 15 minit. Dia nak jumpa Cik Akmal sekali. Tapi Cik Akmal pun belum
sampai..
Akmal ada kat bawah. Tapi minta tolong call dia. Suruh dia cepat sikit.
Melihat anggukan Farah, Akmal melangkah menuju ke biliknya. Pintu yang sedia terbuka
ditolak luas. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang membelakangkannya.
Sedang bercekak pinggang meninjau pemandangan melalui tingkap.
Assalamualaikum, pa. Lama dah sampai? Apsal tak bagitau nak datang? Mengejut aje..
Waalaikummussalam. Baru sampai?
Herm.. Haa pa. Tadi lambat sikit. Shu..
Assalamualaikum. Maaf saya terlambat. Dato nak jumpa saya? Akmal menyampuk dari
muka pintu. Memahami isyarat Dato Rosli, dia menutup daun pintu sebelum melangkah
mendekati bapa mertuanya.
Ketiga-tiga duduk di sofa.
Hows life, Shu?
Akmal yang dipanggil Shu mengangkat muka yang ditunduk tadi. Cuba mengukir senyum.
So far, sejak dua menjak ni, hubungannya dengan Akmal.. ok aje kut. Dah takdek banjirkilat-ribut. Alhamdulillah. Ok aje..
Mal macamaman pulak? Dato Rosli memandang anak terunanya pula.
Alhamdulillah pa. Bahagia..
Dato Rosli menguntum senyum. Sorang OK. Sorang bahagia. Ok la tu kut. Lega dia. Lapang
hatinya. Mudah-mudahan persengketaan mereka dah tamat. Betul-betul titik. Tak payah la dia
tahu apa sebabnya. Yang penting, berdamai!
Berat amanah yang dipikul. Ini semua permintaan arwah isterinya. Permintaan supaya
menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan kawannya. Panjang ceritanya...

STTS ~ 8
Hari-hari yang berlalu penuh kaler-kaler. Akmal yang ini seakan-akan dah lupa tentang
tekadnya. Akmal yang itu pulak bertambah-tambah bahagia. Mereka sama.. tapi tak sama pun
ya jugak.
Pada satu pagi Khamis. Cuaca cerah. Angin baik sahaja. Akmal menolak daun pintu dengan
bahunya kerana kedua-dua tangan sibuk menampung sebuah kotak printer sederhana besar.
Kotak tersebut diletakkan ke atas meja dengan berhati-hati. Punggung dihenyak ke kerusi
melepas lelah seketika. Printer baru dilupakan. Pantas pula dia mencapai planner di sudut
kanan meja. Pc yang bersemayam di sudut kiri meja dan dah on tiba-tiba mengeluarkan bunyi
beep, menandakan emel baru masuk. Akmal mengangkat muka ke skrin computer lalu
membuka inbox.
From: Akmal Rosli
To: Akmal Abdullah

Subject: [no subject]


2.30 ikut aku ke Kulim Hi-tech lagi tau.
Arghh, tak penting! Terus ikon pangkah diklik. Setel! Tapi dia tak tahu yang
Farah, tolong panggil Cik Akmal awak tu. Bagitau saya tunggu dekat kereta. Usai sahaja
menyampaikan arahan serba ringkas, Akmal berlenggang dengan kunci kereta di tangan
kanan menuju pintu utama ofis. Farah segera bangun dari kerusi. Langkahnya dipanjangkan
ke bilik Akmal.
Cik Akmal, En. Akmal tunggu cik kat bawah. Tanpa melengahkan masa, Farah terus
bersuara setelah dibenarkan masuk.
Akmal mengangkat muka. Tunggu saya? Ada apa-apa ke? Bukan petang ni kata-kata
Akmal terhenti di situ.
Kulim Hi-tech!! Betul ke dia ni?
Kulim? Sepatah perkataan berupa soalan dijawab dengan sekali anggukan oleh Farah.
Akmal berdiri tegak serta-merta. Eeeeeeeeeeee!!!! Jeritan bergema seluruh bilik.
Anyway, thanks Farah. Dan Farah cepat-cepat menutup pintu.
****
Buat apa nak ke sana lagi?
Saja. Jalan-jalan.
Aku banyak kerja la..
Dah janji, kan?
Kenapa tak bagitau awal-awal?
Pagi tadi.. consider awal la tu
Teringat tentang emel yang dah didelete. Ohh, yang tu ke? Yang dikata tak penting
Hari ni kita jumpa Mira kat rumah dia la.. Akmal berpaling sekilas ke kiri. Tersenyum bila
mengenangkan fobianya si isteriii dengan perkataan HITECH itu.
Akmal the lady hanya mencebik. Layan tak layan, kena pergi jugak kan? Lantak dia. Kerja
aku tak siap, kau tanggung!
Akmal lagi seorang hanya menggeleng. Seakan terdengar-dengar aje jauh di dasar hati dia
dikutuk. Tak kisahlah..janji bahagia, senang hati. Korang jugak yang untung! Cerita baik-baik

aje.. Akmal meneruskan perjalanan.


Long la ni punya pasal. Nak jumpa pun, agak-agakla.. orang busy ke hape ke.. Ni tak, boleh
aje dia cakap, Company bapak punya, kan? Hari ni aje.. Please.. Ajak Shu sekali.
Disebabkan itu lah, dia bersabung nyawa mengerah tenaga memberanikan diri untuk
mengemel Akmal di sebalik dinding. Selamat sikit

STTS ~ 9
Hujung minggu datang lagi. Seperti biasa, Akmal menyibukkan diri di dapur bersama Mak
Yah, satu-satunya kawan yang dia ada di banglo besar itu. Berlainan dengan Akmal yang lagi
satu tu, dia lebih suka menghabiskan weekendnya di rumah Long. Sedikit sebanyak kepada
Akmal yang ni, katanya kurang stress..
"Bila aku sudah tiada..
Simpan semua lagu ku..
Jangan ditangis selalu
Mungkin ini sementara
Bila jumpa pengganti ku
Jangan dilupakan aku.."
Lirik lagu dari kumpulan Hujan dinyanyikan perlahan sambil mengelap pinggan. Setakat
yang dia tahu. Lepas tu, dengar hmm hmm aje.. Lupa lirik la tu. Entah kenapa ya, dia cukup
suka dengan lirik tersebut. Bagai terkena batang hidung sendiri. Bila jumpa penggantiku,
jangan dilupakan aku..
Orang kata, anak dara tak elok nyanyi kat dapur.. kata Mak Yah tiba-tiba.
Akmal sengih. Terjungkit bahunya. Siapalah agaknya yang mula menggunakan pepatah tu?
Mak Yah menyambung lagi, kawen dengan orang tua nanti.. Uh, entahkan betul entahkan
tak!
Semakin lebar sengihan Akmal. Tangannya berhenti mengelap. Dia berfikir sejenak.
Mak Yah cakap anak dara, kan? Shu dah kawen.. Semasa dia menyebut perkataan kahwin
tu, penuh irama dia menuturkan. Nak bagitau Mak Yah salah orang.
Dah sorang kat tingkat atas, sorang kat tingkat bawah, apa maknanya tu? Memang la dah
kawen. Tapi, tut..tut.. kata-kata Mak Yah mengundang ketawa Akmal. Kuat. Dia
menggeleng kepala. Iya, Mak Yah memang tahu kisah mereka.
Tapi kan Shu.. Mak Yah nampak korang dah jarang gaduh. Tak macam dulu-dulu.. Duludulu? Malas orang tua tu nak mengulas lanjut. Akmal mesti faham.
Akmal kaku sebentar. Mak Yah di meja bulat dipandang sesaat. Ye ke? Sama aje..
Herm, Mak Yah jangan tak tau. Kat rumah mungkin la.. Tapi kat ofis, dia tu suka buli Shu..
Teringat kisah yang kali pertama ke Kulim tu. Menyampah. Ingatkan ada apa la. Rupanya

pergi melawat Long dengan Mira yang kebetulan ada kat sana. Membazir masa. Jumpa Mira,
OK. Budak cute tu memang baik. Manja. Dia memang sukakan Mira. Tapi yang jadi meluat
tu.. Uih, tak nak ingat la. Tapi nak bagitau korang punya pasal.. Masa duk bermesra-mesraan
dengan Mira, Long pergi toilet. Tinggallah kami bertiga bergurau senda. Ditakdirkan Allah
SWT, seekor kucing mengiau di kaki Auntie Shu. Terperanjat bukan main dibuatnya dek
kucing tu. Apalagi.. menjerit...nyaring! Terperanjat beb! Kucing tu pun bukan reti bagi salam.
Yang jadi mangsa, Akmal yang hensem di sebelah. Tanpa niat, kerusi diengsot ke arah uncle
Mira. Siap pegang lengan. Kemas tak nak lepas.
Uncle Mira mulanya terkejut jugak la dengan aksi ekstrem macam tu. Dua tiga saat
kemudian, dia gelak. Apatah lagi, selepas Mira yang lima tahun tu turun dari kerusi lalu
mendapatkan kucing yang mengiau tadi.
Auntie takut kucing ye? Mira bertanya. Comel. Ayatnya sopan. Berbanding dengan
unclenya yang tak reti berlembut tuu.. Hek eleh.. Macam budak-budak la. Tu pun takut ke?
Batal air semayang tau..
Adui, sakitnya hati!
Mak Yah dan Akmal kembali menyambung kerja. Cerita tadi dalam hati aje. Biarlah Mak
Yah tak tau. Konpem kalau Mak Yah tahu, dia pun bakal digelakkan.
~~~
Akmal memarkir kereta di bawah garaj. Dia membimbit sedikit buah yang dipau dari rumah
abangnya. Bukan.. sebenarnya diberi percuma dengan ikhlas. Sebenar-benarnya cara halus
Long untuk menghalau Akmal ni balik. Weekend ni, sepatutnya bersama isteri. Bukan la niat
Long menghalau dari rumahnya. Tapi memandangkan adiknya asyik termenung merenung
siling tu..apa maknanya!
Akmal terus melangkah ke dapur. Selangkah lagi memasuki zon dapur, dia terdengar
perbualan Akmal dan pembantu rumah.
Pukul 3. Nanti kita keluar lepas Zuhur ya..
Ait, nak pergi mana ni?
Shu tak kisah ke keluar dengan Mak Yah? Dah tua bangka ni pergi tengok wayang..
Uhh, tengok wayang. Sanggup dia ajak Mak Yah daripada aku ni?
Shu dah booked tiket dah. Sayang pulak..
Tanpa mendengar balasan dari Mak Yah, Akmal terus melangkah. Mak Yah menyapanya
terlebih dahulu. Kemudian, barulah Akmal..ops, Shu pula yang memandang.
Dengar tadi nak tengok wayang ye?
Akmal tak menujukan soalan itu kepada Akmal atau Mak yah secara spesifik. Akibatnya,
Mak Yah menunggu Shu menjawab, dan Shu pulak menunggu Mak Yah menjawab bagi

pihaknya.
Shu, aku tanya ni..
Shuhada memalingkan muka dari singki. Tanya aku ke? Haa. Nak tengok dengan Mak Yah
nanti.
Pelik! Tak pernah ditanya aktivitiku sebelum ni. Sejak bila jadi penyibuk?
Mak Yah dah habis kerja ke nak keluar? Akmal menarik kerusi di depan Mak Yah. Orang
tua itu mengangkat muka. Hari ni Shu bagi Mak Yah cuti.
Akmal memandang belakang isterinya. Berkerut-kerut kening ingin menawarkan diri. Tapi
takkan la. Dunia Shu lebih aman tanpa dia.
Ahha! Akmal menarik kerusi merapati Mak yah. Di sebelah telinga pembantu rumah itu, dia
mengeluarkan kata-kata yang.. Hermm.. kalau Mak Yah tak keluar hari ni, mulai esok saya
bagi Mak Yah cuti seminggu. Dengan syarat, pujuk Shu keluar dengan saya. Tengok wayang
dengan saya.. kalau Shu dengar, belanga di tangan Shu pada waktu itu akan didakwa
sebagai senjata bunuh!

STTS ~ 10
Teksi berlalu pergi. Akmal~e menunggu sehingga kelibat teksi menghilangkan diri. Barulah
dia melangkah masuk ke rumah. Ekor kening kirinya diangkat-angkat. Macam ada misi jahat
yang sudah direncana.
Akmal~c di dapur kehairanan. Kenapa sunyi aje? Selalu waktu-waktu macam ni Mak Yah
dah bising di dapur. Puas dicari kelibat orang tua tersebut. Namun masih tak ketemu. Usaha
terakhir yang memungkinkan dia mendapatkan jawapan adalah..
Mana Mak Yah? Tak nampak pun.. Dia bertanya kepada tuan punya banglo yang sedang
ralit membaca surat khabar di ruang tamu.
Akmal~e menjawab lambat-lambat, Mak Yah cuti. Dua minggu..
2 minggu?! Membesar mata Akmal~c. Demam ke apa mamat ni? Siapa yang nak buat kerja
rumah? Dua minggu lama tu! Dua hari tu boleh la dimaafkan.. ni sampai 2 minggu. Aiseh..
kena tangkap khalwat ni kalau tinggal berdua aje.
Kepala yang bertudung digaru-garu. Hatinya masih tak henti-henti berfikir. Baru aje teringat
nak minta Mak Yah masak sesuatu untuknya. Habis tu, siapa nak masak ni?
Kau ni kenapa? Dari tadi duk garu-garu kepala tu? Gatal? Akmal~e meletakkan surat
khabar. Matanya beralih ke Akmal~c.
Tak adala. Aku tengah fikir.. Mak Yah cuti dua minggu?
Haa. Dia ada hal kat kampong. Kena balik. Kenapa? Ada masalah?

Eh, takde. Takde masalah pun. Cumanya, apasal kau bagi dua minggu? Tak dua bulan ke,
dua tahun ke? Sambil berkata, dia terus melangkah. Argh..masak aku macam ni. Bagai dah
tahu apa akan jadi selama Mak Yah takde ni. Mesti penderaan bakal berlaku. Huhu..
Mak Yah ni pun satu! Kenapa cuti mengejut macam ni? Dah tak sayang aku agaknya. Dah la
semalam plan tak jadi. Asalnya, nak bawak Mak Yah jalan-jalan. Tengok wayang. Sambilsambil tu, boleh la nak bercerita pasal orang perempuan. Ni tak. Lepas aje makan dan solat
Zuhur, Mak Yah mengadu sakit perut pulak. Akmal si bos tu cakap, Mak Yah senggugut. Eh,
pulak? Mak Yah kan dah menopous? Senggugut datang dari mana pulak ni? Setelah dipujuk
rayu oleh Mak Yah, kena la kuar berdating dengan mamat sombong tu! Ee, tak sukalah!
Cerita Hiccup dengan Toothless berjaya melupakan kesengsaraan aku menonton di sebelah
orang yang aku.. (huh..payahnya nak describe tentang dia). Tapi sekejap aje lah. Di
penghujung cerita tu, ada satu part yang suspen. Samada Hiccup hidup atau tak. Masa tu,
dirasakan bahu kanan aku ni berat semacam aje. Ahh, dia buat dah! Apa pulak ni, landinglanding kepala kat sini? Ingat free ke? Tapi, sebab malas nak gaduh, dibiarkan sahaja. Takpe,
berani buat berani tanggung ek. Esok, pancitkan tayar keta dia.. Uih.
Malas nak layan. Buat la apa sahaja, asalkan kau bahagia.
Kan lepas tu dapat tahu, Hiccup masih hidup. Toothless yang selamatkan dia di dalam
lingkaran sayapnya yang besar tu. Over excitednya mamat ni. Pipi aku pulak jadi mangsa. Ee,
tak suka la. Bau sardin! (Mesti sebelum keluar dia habiskan sardin roll yang pagi tu punya).
Macam-macam jadi dalam satu hari keluar dengan dia. Ni, apatah lagi kami ditinggalkan
berdua selama 2 minggu. Uuu.. tak dapat den bayangkan.
Akmal~c mengunci pintu bilik. Fikir..fikir. macam mana nak buat supaya tak ditinggalkan
berdua. Dia menjenguk ke jendela. Ingin saja dia lari balik kampong Mak Yah. Tapi kat
mana? Sudah.. Akmal~c mundar-mandir pula di dalam bilik. Macam mana ni..
Selang beberapa jam setelah terperap di dalam bilik, ada ketukan di muka pintu beserta satu
suara kecil. Dia membuka pintu. Mira sedang tersengih di situ dengan teddy bearnya.
Hey, Mira buat apa kat sini?
Mira datang nak jumpa auntie.
Datang dengan siapa, sayang?
Umi dengan ayah..
Akmal mendukung Mira. Uih, berat! Budak ni la..
Di ruang tamu, Long dan Kakak sedang berbual dengan Akmal~e. Nampak serius aje. Ketika
Akmal~e mendekati, perbualan mereka terputus. Akmal~c menurunkan Mira lalu bersalam
dengan Kakak. Mereka saling berbalas pandang.
Shu, sihat ke? Long memulakan bicara.

Alhamdulillah. . sihat. Mengejut aje Long datang?


Iye. Long minta maaf sangat sebab terpaksa susahkan Shu laki bini. Long ingatkan nak
tinggalkan Mira kat sini dalam seminggu dua. Kami berdua kena pergi Singapore. Urgent.
Tapi Mal cakap, Mak Yah tak ade. Dia cuti pulak. So, kena fikir lain la ni..
Akmal~e diam membisu. Bukan dia tak nak tolong. Tapi Mak Yah tadi macam happy sangat
bila diberi cuti. Takkan nak panggil balik. Lagipun, dah lama orang tua tu tak bercuti. Aduh,
serba salah pulak. Lagi pun
Long dengan Kakak pergi lama ke? Akmal~c mencelah di sebalik kebisuan yang melanda.
Kalau ikutkan program, selama seminggu. Tapi kalau ikut pengalaman tahun lalu, biasanya
takkan cukup seminggu. Maybe akan berlanjutan dua tiga hari. Pasal kerja ni tak boleh nak
jangka. Tapi tu la.. macam mana sekarang ni, umi?
Masalahnya yah, Mira takdek passport ni.. Kakak mula bimbang mengenai puterinya.
Takpela. Shu jaga.." Dengan ikhlas dia menawarkan diri. Kepalanya berpusing ke arah
Akmal~e di sebelah. "Kau opss.. nak meminta ni kena lembut-lembut sikit. Hermm,
abang tak kisahkan Mira kat sini? Shu akan jaga dia. Samada Shu cuti tanpa gaji, atau pun
benarkan Shu buat kerja dari rumah. Kesian dekat Long..
Uuuu.. Tanpa sedar, Akmal~e hanya mengangguk.
Akmal~c senyum. Dia mengucup pipi Mira berulang kali.
Kan settle?
Dan tanpa Shu sedar juga, ada pandangan cemburu dan iri memanah Mira.

STTS ~ 11
Sama-sama kita ikuti perbualan telefon antara Akmal dan Akmal.
Akmal: Buat apa?
Akmal: Tak ada apa-apa..
Akmal: Mira?
Akmal: Tengah mengaler.
Akmal: Erm.. Malam nanti aku tak balik. Kena stay..
Akmal: Pulak? Kan dah janji nak bawak Mira keluar.
Akmal: Yelah. Tapi kau kan ada. Boleh la dia bawak dia keluar. Kereta ada, kan? Takkan la

tak boleh drive pulak?


Akmal: Memang lah. Tapi kan kita dah janji nak bawak dia keluar sama-sama.
Akmal: Sorry sangat! Malam ni aku memang kena stay.
Akmal: Uhh, Ok la macam tu. Aku bagitau Mira yang kita tak jadi keluar.
Akmal: Alah, bawak aje la diakeluar. Tak susah pun, kan?
Akmal: Memang tak susah. Tapi suka hati aku la kan nak bawak dia keluar ke tak. Dah la.
Mira dah panggil tu..
Akmal: Hermm.. yelah.
Masing-masing memutuskan talian telefon. Akmal membuka fail. Satu persatu muka surat
diselak. Masa nak happy-happy macam ni lah kerja banyak! Huh, tak menyempat-nyempat.
Dia meneliti dengan tekun setiap perkataan yang tertera di dalam laporan yang dihadapnya.
Batang pen di tangan dipusing-pusing perlahan.
Ketukan di muka pintu mengalihkan pandangannya dari dada kertas ke satu wajah yang
terpacul di situ.
Hey, Mira buat apa kat sini? Bukan tadi dekat rumah? Akmal mendapatkan anak
saudaranya. Pelik dengan kehadiran Mira tanpa penjaganya saat itu.
Datang dengan siapa ni? Pertanyaan sebegitu disertakan ciuman ke pipi.
Sorang. Sorang?
Iye..
Mana... Nadanya turun sedikit. Tangan dah menggagau handphone untuk menghubungi
pihak yang bertanggungjawab.
Aku kat sini laa..
Mata Akmal kini bertembung dengan Akmal di muka pintu. Akmal mengukir sengih. Dan
Akmal yang sedang meriba Mira menghembus nafas kelegaan.
Rindu beb...
Mira asyik tanya pasal kau. Aku bawakla ke sini..
Kata tak nak keluar!
5 minit yang lalu, yes. Tapi 5 minit lepas tu, rasa nak keluar pulak...
Rindu jugak!

Siapa babysitter Mira sebenarnya?

STTS ~ 12
Akmal mengetuk keyboard satu persatu. Bunyinya..mak aihh, takut! Lagak macam
menghantuk kepala ke dinding. Sekejap-sekejap, dia menggeleng kepala. Sekejap-sekejap
meraup muka. Sekejap-sekejap menjeling keluar. Macam ada yang tak kena. Apa dah jadi ni?
Pintu ofis yang terbuka memudahkan anak mata Farah menangkap kelibat bosnya. Berkerut
dahi memikirkan kemungkinan (-kemungkinan) yang berjaya membuatkan bosnya sebegitu
rupa. Seingatnya lah kan.. biasanya lah kan.. jarang sangat En. Akmal tu nak angau-tak-angau
macam tu. Keluh kesah semacam aje. Sekali pernah la jadi macam tu. Masa dulu-dulu. Tapi
tu pun Farah tak tau apa sebabnya.
Iye! Farah memang tak tau. Akmal pernah berkeadaan begitu sewaktu kena paksa kahwin
dengan Cik Akmal dulu. Tapi status perkahwinan mereka, siapa yang tahu? Hanya Akmal,
Akmal lagi dan juga Dato Rosli sendiri. Tambah lagi Long sekeluarga, Mak Yah.. dan
adalah sepupu sepapat yang rapat. Dah tuan punya badan tak kasi heboh-heboh. Pernah
mengugut, Kang jadi headline Kosmo kang.. haa!
Ermm.. Dan disebabkan itu jugak.. yang takdek siapa-siapa tahu mengenai status mereka tu..
telah menyebabkan Akmal bagaikan cacing kepanasan di ofisnya. Sengaja dibuka pintu ofis
untuk mengintai samada penghuni bilik sebelah dah balik ke belum. Dan secara tak langsung,
membuatkan Farah tertanya-tanya jugak.
Sepuluh minit berlalu. Akmal mengemas meja. Laptop dishut down. Kot di kerusi
disangkut ke bahu. Dia berjalan pantas. Tiba di meja Farah, sempat dia berpesan.
Appointment hari ni cancel ek. Tolong reschedule balik. Saya ada hal.
Farah mengangguk. Batang tubuh Akmal sudah dipusingkan untuk melangkah. Tapi, By the
way, kalau cik dalam bilik ni dah sampai ofis, suruh dia call saya. Jari telunjuk diarah ke
bilik berkenaan.
Farah mengangguk lagi.
Baru dua tapak melangkah, figura yang ditunggu muncul. Akmal memandang tajam. Terasa
dingin seluruh badan. Kalau tak kerana tempat yang kurang sesuai ni, mahu saja disembur
buah pinang daun sirih. Namun, yang terluah hanya di tapak tangan. Ye, buat pertama kali
dia mengepal tapak tangan. Tahan! Tahan!
Tanpa pamitan sindiran seperti selalu, Akmal terus melangkah.
Cik Akmal.. Farah memecah hening.
Uu, kenapa tu? Datang bulan? Akmal bersuara dengan mata memandang kelibat yang
berlalu tadi. Apahal pulak mamat ni? Bukan part gaduh-gaduh ni dah habis ke? Dua minggu
masa jaga Mira dulu, dah macam nampak bunga-bunga cinta. Eih, pelik! Bertepuk sebelah

tangan ke aku ni? Ermm..


Lepas lunch hour tadi, saya nampak En.Akmal macam tak betul aje.
Akmal memalingkan muka. Merenung Farah. Tak betul? Sedapnya dia mengata sua ops..
Apa maksudnya tu? Tak betul kenapa?
Erm, bukanlah tak betul macam mana Cik. Sorry..sorry. maksud saya, dia tak macam selalu.
Tak pernah la saya nampak dia macam tu. Tapi hari ni, sungguh! Dia memang pelik sikit.
Akmal mengerutkan kening. Apakehalnya pulak dia ni?
Hmm, biarlah. Nanti baik la tu. Ada apa-apa pesanan tak? Farah menggeleng kepala
sebelum bersuara, kecuali En. Akmal pesan supaya Cik call dia.
Akmal hanya mengangguk. Lagi pelik. Sebelum ni, kalau nak terjah, dia aje yang call. Hari ni
siap berpesan pulak. Kenapa ni?
Akmal duduk di kerusi. Handphone dalam handbag terus dikeluarkan.
Hello, Assalamualaikum.. Salam yang dihulur dibiarkan tak berjawab. Lama tau! Dah tu
yang dengar, Kemas barang. Balik sekarang!
Uh, gugur jantung. Arahan bos ke, arahan suami?
Tanpa fikir panjang, dia terus bangun. Nak kemas apa, tak sempat selerakkan apa-apa!
Apasal ni?
Dan tak tau kenapa tiba-tiba, dalam minda bagai terdengar-dengar satu perkataan

STTS ~ 13
Masing-masing diam. Akmal yang ini menunduk. Tak ada apa yang mampu dilakukan. Nak
buka mulut pun tak boleh. Uh, dah.syatnya mamat ni kalau marah. Tapi yang dimarahnya tu,
apa? Tak faham langsung. Dah tu, free ajelah aku kena marah ni? Nak minta penjelasan sikit
aje, tapi tak mampu nak minta.
Akmal yang itu pulak masih menahan debaran. Dia tahu yang dia merapu terlebih.
Sebenarnya, hanya satu perkataan aje yang perlu dia cakap untuk menerangkan kenapa pada
saat itu mereka berdua dalam keadaan macam tu. Ya, hanya satu perkataan! Tapi, kenapa?
Kenapa tak boleh cakap satu perkataan tu? Ni lagi satu masalah.. Macam mana nak setel ni?
Mak Yah dari tadi memasang telinga. Cuba mentafsir, perang apa sebenarnya yang sedang
melanda? Kenapa anak majikannya merepek pasal pejabat di rumah pula? Tak pernah dibuat
pun! Kalau nak marah hal pejabat, kat pejabat la. Kemudian, meleret pula kepada bendabenda yang langsung takdek kaitan. Membebel aje lebih mengalahkan mak nenek. Mak Yah
juga sudah mengesan perubahan air muka si menantu.

Diam lagi.
Sebenarnya, apa masalahnya ni? Dengan beraninya Akmal bersuara. Entah, langsung dia
tak faham. Encik Suaminya ni nak apa? Cakap laju aje.. macam tikus jumpa cheese. Tapi
sepatah haram tak paham.
Ya, Puan Isteri dah tanya! Jawab. Susah ke nak cakap, Cemburu! Jealous! Uhuk, macam
mana boleh terzahir pula ni? Dan tanpa menunggu lama, dia terus angkat kaki.
Mak Yah di dapur menahan ketawa. Punyalah panjang cerita.
Meeting.
Outstation.
Dokumen.
Drawing.
Kereta comot.
Servis.
Minyak.
Bla. Bla. Bla.
Rupa-rupanya?
Akmal melangkah ke dapur dengan muka blur control cute.
Mak Yah dengar? Peti ais dibuka. Telinga yang mendengar leteran, tekak pulak yang rasa
kering. Agaknya macam ni kut, dari telinga jatuh ke tekak!
Terdengar.
Yelah tu!
Mak Yah senyum.
Cemburu? Apa? Akmal memandang Mak Yah mencari jawapan.
Shu ada keluar dengan siapa-siapa ke hari ni?
Kami ada meeting dekat Perai. Balik tu terus keluar lunch. Kebetulan, dalam meeting tu,
Shu jumpa kawan lama. Dia ajak makan. Shu OK ajelah. Dah lama tak jumpa, kan? Tapi,
pelikla. Sebelum pergi tu, OK aje angin anak manja tu. Balik tu la start pelik.
Shu makan berdua aje ke dengan kawan tu?
Haa. Shu ajak dia sekali. Tapi dia cakap ada hal sikit lagi. Dia suruh Shu pergi dulu. Tapi
tulah, sampai ke sudah, dia tak datang. Entah..
Kawan Shu tu lelaki ke pompuan?
Lelaki..

Haa.. Pasai tu la kut. Akmal tu, tahap cemburunya mengalahkan pompuan. Shu belum kenal
lagi dia tu.
Alah.. Shu pun selalu jugak nampak dia makan dia client pompuan. Tak jeles pun!
Shu lain. Dia lain. Entah-entah, dia nampak Shu dengan kawan tu mesra semacam tak?
Akmal berfikir. Si Kay tu memang la gila-gila sikit. Kawan satu universiti. Budak separa auw
tu. Apa pulak yang pelik? Akmal berfikir lagi.. teeettttt!
Opss Dia membawa jari-jarinya ke bibir. Mak Yah!

STTS~14
Perasaan apakah ini?
Yang dia tak pernah alami pun selama ni. Tak pernah dia rasa macam yang dia rasa semalam
tu. Mata tak berkelip memandang. Minda cuba menidakkan.
Tapi dia rasa sangat pelik. Bukannya baru dia jumpa-kenal si Akmal tu. Dah setahun lebih.
Dua bulan awal sebelum menjadi isterinya. Tapi, dia tak pernah kisah. Tak pernah pandang
pun. Yelah kan, bidang kerja pun lain-lain. Pernah sekali-sekala sahaja tengok muka kalau
ada meeting dengan semua boss kat company tu. Tapi tu pun, dalam kategori tak lalu nak
tengok. Uhh..
Kemudian, ayahnya pulak buat gempak dengan berita dia bakal mendapat isteri. Haa,
diulang. ISTERI. Bukannya calon isteri. Diulang. CALON. Kan besar bezanya. Dia tak
pernah bercinta. Selama ni, dia study sungguh-sungguh. Tak pernah fikir nak ada marka
waktu belajar walaupun zaman final year dah ramai kengkawan sibuk menayang girlfren
boyfriend. Tapi dia?
Dek aje.
Lantak la kome.
Ada teman kisah?
Kut la nak stabil dulu. Nak ada rumah sendiri. Harta sendiri. Tak nak la bergantung harap
pada harta bapaknya. Tulaa.. dia hanya mampu merancang. ALLAH jua yang menentukan.
Maka, dalam rela tak rela, dia tetap menerima Cik Akmal Abdullah (pada masa tu, cik la
lagi..) setelah memikirkan yang dia tu anak kepada seorang ayah yang telah
membesarkannya. Dia tidaklah meletakkan harapan pada hubungan mereka walaupun telah
sah sebagai suami isteri. Sebab? Sebab dia juga ingin seperti orang lain. Mencari cintanya
sendiri. Dia ingin merasa jatuh cinta. Dengan perempuan yang dicintainya. Hermm..
Tapi, tengok la apa yang dah jadi sekarang? Semalam.. sewaktu dia nak join Akmal dan Kay,
kawannya si Akmal, dia telah dihidangkan dengan satu adegan yang.. ermm, sebenarnya,
tidak la teruk sangat. Pernah aje la dia tengok antara kawan-kawan dulu bergurau-senda,
bergelak-ketawa macam tu. Banyak betul cerita yang diorang bualkan. Sampai la satu ketika,
si Kay memegang tangan Akmal lalu dibawa ke mulut lau..apa lagi? Huh, langkahnya

terhenti di situ. Scenario apa tu? Kawan apa macam tu? Tak habis macam tu saja. Kay
menarik pulak hidung Akmal yang cute. Kemuncak segala-gala! Lantas langkah dihala
menjauhi tempat mereka dan terus keluar dari tempat tu.
Dia dah pandai cemburu!
Dah sayang dia ye?
Dah jatuh cinta dekat dia ye?
Dah lama pun perasaan ni bertunas. Masa dia balik kampong dulu, uihh..sunyinya dunia!
Sebab tak ada orang nak ajak gaduh. Tak ada orang nak dibuat buli. Tapi sebenarnya dia dah
rasa menghargai seorang Akmal. Kutt?
Rasanya, dah sampai masa untuk berterus terang. Tentang apa yang dia rasa. Tak kisah apa
Akmal ditingkat bawah nak kata.
~~~~~

Akmal mencapai sikat. Disisir rambutnya separas bahu. Lurus. Arwah abah pernah cakap dia
banyak ikut muka arwah umi. Rambut lurus pun ikut arwah umi. Dia dah jadi kabur bila
mengenang arwah umi. Sepanjang hidupnya, dia tak pernah ada kenangan dengan umi.
Dengan abah setakat umur sepuluh tahun. Ya, dia membesar menumpang kasih sayang Mak
Su yang begitu sabar membesarkannya. Sehinggalah Mak Su pula dijemput Ilahi ketika dia
berada di tahun akhir di universiti. Sehingga dipertemukan dengan Dato Rosli ketika
menjalani latihan industry. Terus dilamar bekerja di situ. Sehinggalah dia dinikahkan dengan
Akmal.
Akmal sendiri pelik. Bila ditanya kenapa, Dato Rosli hanya memberitahu ianya adalah
wasiat. Wasiat siapa? Dan bila masa pulak dia punya sejarah dengan Dato Rosli. Setahunya,
arwah abah hanya dua beradik dengan arwah Mak Su. Arwah umi pula anak tunggal. Jadi,
kaitan dengan Dato Rosli ni, dia tak tahu daripada siapa. Mengingatkan jasa baik Dato Rosli
dan juga wasiat yang entah dari siapa tu, dia memperjudikan nasib di tangan anak teruna
Dato Rosli. Memang makan hati aje!
Tapi, sejak dua menjak ni dia sendiri merasakan ada sedikit perubahan pada si dia, di tingkat
atas. Kata-kata dah kurang menyakitkan hati. Muka pun tidak la kelat seperti dulu. So far,
layanannya dah bertaambah baik. Tak tahu la samada dia mempunyai muslihat tertentu atau
pun tak. Yang pasti, boleh dibuat kawan. Akmal tidaklah meletakkan harapan untuk menjadi
isterinya seumur hidup walaupun hati dah mula berangan ke arah itu. Well, kena terima
hakikat la kan. Kita ni siapa la.. Dulu, orang tu tak sudi pandang pun. Jadi, patut la diletakkan
batu tanda sebelum perasaan tu bercambah-cambah.
Dulu, sebaik sahaja akad dilafazkan, masing-masing diam membisu. Kau cara kau. Aku cara
aku. Tapi sejak peristiwa semalam tu, dia rasa lain. Susah nak explain! Kata tak suka..tapi
yang cemburu tu? Err.. hish, tak paham.
Dan selepas masak sebagai denda, kena teman makan sebagai denda tambahan, pada malam
semalam

Akmal memandang muka pintu selepas terdengar ketukan di situ. Laa, Mak Yah ni.. mesti tak
boleh tidur. Kesian dia..
Akmal menarik daun pintu.
Hai.. boleh cakap sikit?

STTS ~ 15
Masing-masing diam membisu. Mulut bagai terkunci untuk meluah kata. Akmal menarik
nafas perlahan. Ada sesuatu yang dia tak faham tentang si dia yang berada di hadapannya
sekarang. Tadi ada benda nak cakap. Nak cakap apa? Anak matanya dialihkan ke sebelah
kanan. Jam di situ menunjukkan ke angka 11. Laaa, dah setengah jam? Biar betul..
Hai.. boleh cakap sikit? Soalan itu bagaikan memaku dia di situ. Lambat bereaksi.
Seterusnya, orang di depan bilik mengajaknya ke dapur. Boleh pekena hot chocolate
sekali.. Dia hanya menurut.
Dua mug chocolate dibancuh. Dia menghulur salah satu kepada Akmal dari tingkat atas. Dia
menarik kerusi di hadapan lawannya.
Masing-masing mencicip minuman tanpa satu patah perkataan yang keluar. Sudahnya, dah
setengah jam berlalu. Kata tadi nak cakap, nak cakap apa? Mata dah nak pejam ni..
Ehemm.. Akmal berdehem untuk memecahkan sepi. Terpaksa. Kata tadi ada benda nak
cakap? Apa dia? Tahu tak dah setengah jam berlalu ni..
Akmal di depan mengangkat muka. Dia sengih sedikit. Setengah jam ek.. Aku pun dah lupa
nak cakap apa laaa..
Lor? Pulak? Perabih beras aje la mamat ni! Akmal mengutuk. Kau ni memang la.. Akmal
bingkas bangun. Dia dah bergerak ke singki. Mencapai span basuh pinggan lalu membasuh
mug yang digunakan. Pada saat tu la, Akmal menghampirinya dan meletakkan mugnya sekali
ke dalam singki. Tolong Dan dia berlalu..
Akmal yang ditinggalkan hanya menggeleng. Malang sungguh la siapa yang bercinta
Jom bercinta? kedengaran suara dari belakang. Dan ayat Akmal yang tergantung tadi
dengan dia!
Akmal menegakkan badan. Halusinasi ke? Dia memandang belakang. Ternyata jasad itu
masih di situ. Bersandar ke dinding dengan memeluk tubuh.
Sorry?
Aku tau kau dengar.. Kira jadi la ye? Habis saja berkata begitu, dia pantas meninggalkan
ruang dapur.
Eee, menyakitkan hati betul!
Akmal menyudahkan kerjanya. Dia meletakkan mug yang kedua ke atas rak. Tuala kecil

yang tergantung dicapai. Dia mengelap tangannya yang basah.


Dan dia tersenyum

STTS~16
Jemput tau, Cik Akmal.. Farah menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada
Akmal. Akmal menarik kad di dalam sampul. Dia membuka dan senyumannya terukir.
InsyaAllah.. lagi dua minggu kan?
Farah mengiakan. Pada ketika itu jugalah, En. Akmal melangkah masuk. Farah memalingkan
muka ke belakang setelah mendengar sapaan suara garau yang menyebut namanya. Farah
senyum lalu menyapa.
Saya jemput Cik Akmal ke kenduri saya. Ni, ada untuk En. Akmal sekali. Farah turut
menghulurkan satu kad kepada big bossnya. Akmal menyambut dan seperti isterinya, dia
turut membuka dan menarik kad itu keluar dari sampul. Dua minggu lagi? Erm.. Farah, you
aturkan jadual saya minggu tu ya.. Akmal menyimpan kad ke dalam sampulnya semula.
Farah pantas mengiakan. Uhh, boss baik hati ni! Dia tersenyum manis. Cik Akmal yang
duduk di kerusi juga turut mengukir senyum. Erm, Farah.. you boleh keluar sekejap. Saya
ada hal nak bincang Cik Akmal awak ni.. Senyuman Farah mati. Dia memandang En.
Akmal sesaat. Opss..sorry. Saya keluar dulu ya. Dia memusingkan badan lalu melangkah
untuk keluar.
Akmal turut melangkah ke pintu apabila Farah tidak menutup pintu. Dia bukanlah nak tutup
rapat, cuma ingin mengurangkan radius keterbukaan.
Kenapa pulak tu?
Nak rapatkan sikit aje la. Nak cakap benda peribadi sikit..
Akmal hanya menggeleng. Setelah kejadian malam tu, malam yang mana Akmal lagi satu
mengajaknya bercinta, layanan yang diterima dari lelaki itu sedikit berlainan. Sekurangkurangnya, dia ada kawan kalau nak rujuk hal-hal yang didominasi oleh kaum lelaki. Macam
pasal kereta? Ermm.. lagi.. Sekurang-kurangnya Mak Yah dah tak pening layan macammacam karenah si Akmal-Akmal ni.. Sejak mereka declare, barulah Akmal tahu yang ruparupanya Akmal, si boyfriendnya ituuhh..
Hai, boss pun takut ke? Meluncur usikan dari bibirnya. Akmal menarik kerusi di hadapan
girlfriendnya yang sedang tersenyum.
Belum tiba masanya lagi.. Lagi-lagi nak bakal pengantin tu tau.. AKmal merujuk kepada
Farah. Mana taknya, sebelum ni, Farah lah insan yang paling banyak bersabar dan pening
dalam melayan perangai Encik dan Cik Akmal-nya. Kalau la dia tahu mereka ni bercinta,
macam mana? Setakat tu, mungkin takpe lagi.. Kalau la Farah tahu yang mereka tu
sebenarnya ~~ suami isteri?
Ada apa?
Hari ni balik awal eh?
Kenapa?

Kita pergi rumah Long. Tadi Mira call, nak jumpa kita..
Jumpa kat rumah dulu atau terus gerak dari sini?
Kita jumpa kat rumah..
Akmal hanya mengangguk.
~~~
2 minggu kemudian...
Bawak slow dah la.. Pening dah ni.. Akmal memegang kepalanya. Memang dia alah pada
jalan yang pusing-pusing macam tu. Lagi-lagi bila pemandunya kurang berhemah macam
orang kat sebelah.
100 aje laa. Mana laju pun? Dia membela diri. Senyum.
Uih..nanti berhenti kejap laa.. Pening sangat ni.. Tak tahan.. nak muntah!
Mereka baru melepasi Baling. Dalam perjalanan ke rumah Farah di Jeli untuk kenduri
kahwin. Kenduri akan diadakan pada hari Sabtu, esoknya. Sengaja si Akmal-Akmal ni
bertolak awal, Jumaat petang lepas habis ofis hour. Orang yang nak termuntah ni nak
menderma di Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh. Boleh aje pun nak gerak Sabtu pagi.
Tapi, sambil-sambil tu, ambil peluang untuk dating jugak la. Mereka kan dah jadi pasangan
bercinta ~~
Lebih kurang dua jam perjalanan dari Kepala Batas, Ha, tu.. ada hentian. Kita berhenti jap..
Akmal membelok Wishnya ke kiri memasuki Hentian Perah. Dia memarkir kereta dan
mematikan enjin. Jomla.. Nampak teruk aje. Dia menggeleng kepala. Kronik dah ni. Balm
dah banyak dia calit di pelipis.
Akmal membuka pintu kereta. Kepalanya masih pening. Berpusing-pusing. Dahsyatnya jalan
ni.. Macam mana la Farah berulang-alik sebulan dua kali untuk persiapan kahwinnya? Aduh..
Ok ke tak ni? Akmal mencapai lengan Akmal yang kepeningan. Teruk ke? Menyesal tak
naik flight ke? Dia mengusik. Beria-ia Akmal yang tengah pening tu taknak ambil flight
sebab nak memborong banyak barang. Last-last?
Jangan banyak cakap, boleh? Orang tinggal karang, padan muka!
Eleh.. macam la dia drive kereta dia.. Wish tu takkan bergerak tanpa orang tau?
Tau la.. Dah kunci dekat dia.. Akmal dan Akmal masing-masing gelak.
Kita makan juga la ye. Dah pukul 9 ni.. Perut dah lapar. Lepas ni kita jamak Maghrib-Isyak
kat surau sana..
Hai..bahagianya bila tengah bercinta ni. Berorang-orang pulak. Sekurang-kurangnya sakit
pening ada orang nak ambik berat. Akmal senyum dalam hati.
Sungguhla. Pada malam si Akmal mengajaknya bercinta, macam tak percaya aje. Dah
setahun lebih kahwin, baru nak merasa bercinta dan berkasih sayang. Setelah dirisik-risik,
Akmal tu rupanya, Ni first love orang tau. Kira dia bertuah dapat cinta jejaka Malaya ni..
Pada masa tu, dia hanya mencebik.

Haha. Perkara paling kelakar masa mula-mula bercinta, ialah Takkan nak panggil kau aku
aje.. Tak romantic langsung.. Si empunya Wish menyuarakan rasa tak puas hati. Masa tu,
mereka menjalankan aktiviti pertama setelah declare (<-- boleh pakai tak perkataan ni?),
iaitu, basuh kereta!
Dah tu, nak panggil apa? Skema-skema sangat tak nak la.. Akmal membancuh air sabun
untuk memandikan myVi orennya.
Kita tak yah fikir la. Nanti, mesti dia datang sendiri.. Ketawa Akmal yang sorang lagi
mendengar ayat tu. Mesti orang tak sangka yang bercakap tu, Senior Engineer merangkap bos
segala bagai company Dato' Rosli cawangan Penang ni.
Gelak la gelak. Orang siram sekali kang.. Bermula sejak itu la... Orang pun orang laa..
Akmal pemilik myVi menyahut. Dan tersenyum lebar.
Lebih kurang 9.45 malam, mereka meneruskan perjalanan. Akmal meletakkan beg telekung
di seat belakang. Ketika itu, telefon bimbit Akmal pula berbunyi. Dia memandang skrin
telefon.
Papa.. tolong angkat. Orang dah masuk gear ni..
Akmal mengambil alih tugas menjawab panggilan tersebut.
Hello, Assalamualaikum, paa..
Suara di sebelah sana terdiam seketika. Tidak lama kemudian, barulah bersuara.
Shu?
Iye, papa. Papa sihat?
Sorry. Papa nak dail nombor anak papa.. Anyway, papa sihat, thanks.
Papa tak salah nombor pun. Anak papa tengah drive. Jap, Shu buat loud speaker.
Hello pa! Mal tengah drive..
Nak ke mana?
Kelantan. Kenduri Farah.
Ouhh.. Dengan Shu?
Iye lah.. Dengan dia.. Kenapa pa?
Hermm kalau gitu, tak apa lah. Nanti papa call lagi ye.
Ok..
Lantas talian dimatikan. Kenapa pulak papa ni?
Mereka saling berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu.
Entah!
Entah

STTS ~ 17
Dah lama?
Sebulan.

Dia masih berdiri di situ. Bersandar di sebelah peti. Matanya seakan memerhati gerakan Mak
Yah membuat kerja di dapur sedangkan fikirannya jauh melayang. Melayang ketika
menelefon Akmal semalam. Terperanjat jugak bila menantunya yang menjawab. Hai, bila
pula Shu boleh pegang handphone anaknya? Mati-mati dia ingat salah mendail. Tapi, ruparupanya ada kisah..
Sedikit sebanyak hati tuanya lega ketika mendengar Mak Yah menceritakan perihal anak
menantunya sebentar tadi. Hilang beban yang selama ni ditanggung. Budak bertuah betul!
Dulu, ribut nak larikan diri masa kena kawen paksa. Tengok sekarang
Asyik berkepit je Dato.. Naik juling mata akak ni. Tapi tu la
Ada tapi lagi ke Kak Yah?
Mak Yah memandang ke arah Dato Rosli yang kini melangkah ke meja makan. Berat juga
hati nak bagitau. Mereka laki bini yang diumpat tu memang la dah baik. Dan kerjanya asyik
berkepit aje. Tapi, ada satu hal yang, kalau tak banyak, sedikit memusykilkan. Tak tahu la
samada perlu disampaikan kepada ayahanda mereka atau pun tak.
Apa yang Kak Yah nak bagitau tadi tu? Ada lagi masalah diorang?
Tapi minta maaf la Dato. Akak takde niat la nak menyibuk hal diorang tu. Cuma, musykil
la sikit..
Apanya Kak Yah?! Dato Rosli meninggikan sedikit suara. Tak sabar. Orang tua ni,
menguji betul kesabaran aku yang tinggal sikit ni. Apa benda la yang memusykilkan sangat
tu? Hai, heart attack aku dibuatnya..
Mak Yah sengih. Jari telunjuk dan hantu tangan kanan diangkat lalu membuat peace. Maaf
Dato.. Mak Yah gelak seketika. Tapi, betul lah dia sebenarnya masih ragu-ragu samada
perlu diberitahu atau didiamkan sahaja. Lagi pun, Akmal-Akmal bertuah tu kan baru aje
berbaik. Memikirkan Dato Rosli yang dah menunggu kata-katanya dari tadi, bukak aje la
ceritanya.. Mana tahu kan, kot-kot lepas ni budak berdua tu dapat nasihat percuma..
Kak Yah rasa, diorang berbaik aje. Macam kawan.
Maksud Kak Yah?
Keadaan masih macam dulu, Dato. Sorang kat atas, sorang kat bawah. Itu yang Kak Yah
musykil tu..
Fahamlah Dato Rosli kini. Dia berfikir sejenak. Akmal si menantu tu, yang dipanggil Shu,
adalah anak kawan baik arwah isterinya. Dia dah berjanji dengan arwah isterinya yang dah
berjanji dengan kawan baiknya tu.. Uh, kusut otak kalau nak cerita sekarang. Bagilah mereka
masa dulu. Mungkin betul kata Mak Yah tu. Akmal dan Akmal berbaik macam kawan. At
least, dah tak gaduh-gaduh macam dulu. Mungkin anaknya mahu merasa bercinta agaknya.
Erm.. takpe, kita tengok aje lah.
Kak Yah, tolong la tengok-tengokkan anak menantu saya tu. Mereka tu sebenarnya dah

berjodoh. Cuma Si Mal tu aje yang bodoh sombong. Tak nak terima jodoh dia dulu. Sampai
lukakan hati Shu tu.
Mana pulak Dato tahu diorang berjodoh?
Tengok la sekarang. Mereka dah berbaik kan? Saya rasa Mal tu dah jatuh hati kat Shu tu..
Long pernah cerita. Mira pun ada bagitau. Tapi, kita tengok la dulu mereka tu..
Mak Yah menganguk-anggukkan kepalanya. Betul tu.. Berkat kesabaran Shu juga selama ni
yang duk layan aje karenah Akmal tu.
Kak Yah, saya keluar dulu la. Nak pergi tengok cucu pulak..
Iye la. Nanti kirim salam pada Long sekeluarga.
Dato Rosli keluar dari rumah. Pemandunya yang setia sedang menunggu. Mak Yah di muka
pintu terus menunggu sehingga kereta Dato Rosli keluar dari kawasan rumah. Hilang dari
pandangan mata, Mak yah ingin melangkah ke dapur. Sejenak matanya mati pada MyVi oren
tersadai di garaj.
Dia angkat kening. Entahkan selamat, entahkan tak mereka sampai ke Kelantan... Mak Yah
cukup risau kalau-kalau... salah seorang kena campak dari tingkap kereta.
Mak Yah mengekek ketawa. Budak-budak bertuah tu laa...

STTS~18
Serius dia menghadap skrin computer. Tangannya lincah menekan huruf-huruf di keyboard.
Sesekali dijeling fail di sebelah kiri. Sekejap-sekejap dia membelek dokumen di atas tray.
Sibuknya dia. Bukan main lagi Jom ikuti kisah di sebalik kesibukan dia ni ~~
~~~
Mak Yah masak nasi goreng dengan scrambled egg sebagai sarapan pada pagi ni. Akmal
menutup pintu bilik lalu terus menapak ke dapur. Dia menjenguk-jenguk mencari kelibat
Mak Yah. Sayang seribu kali sayang, kelibat yang dicari tak jumpa. Worst part, kelibat yang
tak nak dijumpai, telah memunculkan diri.
Tidur ok? Walaupun muka menunduk, dia sempat menangkap herotan bibir pada orang
yang bertanya. Perli..perli lagi!
Dia tidak menjawab. Ya atau tidak, tidak.. angguk atau geleng pun tidak. Yang kedengaran
sebagai jawapan, hanyalah tarikan kerusi. Akmal~c duduk membalikkan pinggan lalu
menyenduk nasi.
Pihak lawan juga melakukan aksi yang sama, menarik kerusi dan menuang minuman sendiri.
Dalam hati, dia sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Yah yang baik hati. Haa, baik
hati meninggalkan rumah pada pagi hari selepas menyiapkan sarapan. Ada perkara yang
perlu dibincangkan dengan pihak lawan tanpa gangguan. Justeru, dia telah mencadangkan
malam semalam, Mak Yah ni dah obes ni pagi esok pergi jogging ye. Ni dah beli kain

sutera, cantik buat kebaya. Kalau Mak Yah kurusss sikit mesti cantik.. Hasilnya pagi ni,
memang Mak Yah jogging. Bravo, Mak Yah!
~~~~~~ Homestay @ Jeli ~~~~~~~~~~~~~
Mereka tiba di sebuah homestay di Jeli lebih kurang 11.30 malam. Puan Ramlah, empunya
homestay sudah menunggu di laman.
En. Akmal, ada 3 bilik kat sini. Akak dah reservekan bilik master kat atas. Dalam tu dah ada
bilik mandi. As per request, kan?
Terima kasih akak ye. So, saya parking kat luar aje la. Kat laman ni macam tak de ruang dah
ni.
Puan Ramlah mengiyakan sambil menyerahkan kunci bilik kepada Akmal. Cik Akmal masih
menunggu di dalam kereta. Dia tak tau lagi, ada sesuatu menunggu dia Uu la laaa...
Akmal mengambil beg baju. Setelah mengunci kereta dia menapak masuk ke dalam rumah
teres dua tingkat yang telah diubahsuai dan berjalan ke tingkat atas. Akmal lagi seorang setia
mengekornya dari belakang.
Erm, excuse me En. Akmal.. Akmal berhenti menapak. Ok oww, dia sudah dapat agak,ah?
Iye, Puan Akmal? Wohoho, impress! Puan yeee
Dua bilik asing, kan? Hot question! En. Akmal dah berdebar nak menjawab. Erm
Dont tell me. Cik Akmal belum sempat menyempurnakan satu pertanyaan, tetapi sudah
dijawab dengan dengan satu jari telunjuk dari En. Akmal.
~~~~~
Sebab tu lah yang Akmal~c ni muka menunduk aje. Kalau boleh, dia tak nak ingat langsung
pasal yang jadi kat Jeli dulu tu. Rasa macam nak patah balik aje. Apa dah jadi? Biarlah
rahsia.
Sementelah dia tak menjawab soalan boyfriendnya, hanya menelan nasi sahaja, En. Akmal
tidak berpuas hati. Tetap bertanya. Tetap mengungkit. Tetap juga nak sakitkan hati si
girlfriendnya.
Jumpa kat ofis! Akmal~c menyudahkan secawan teh. Telinganya tak boleh tahan dah. Dia
menggalas beg laptop ke bahu. Menolak kerusi dan memulakan langkah.
Standby..standby..
Malam ni, pindah bilik. Tangan menguis nasi.
Excuse me? Langkahnya terhenti.
Naik atas. Mencedok scrambled egg.

Sorry? Kepalanya berpusing.


New life.. Nasi di hujung jari.
Again? Badannya turut berpusing.
Baby, kan??? Sesuap nasi selamat ke mulut.. Selamat! Tak perlu cakap apa-apa lagi.
Ustazah pesan, tak elok bercakap masa mulut tengah penuh, kan?
~~~
Thats why dia busy hari ni.. Uuuu, sekarang dah tahu, kan?

STTS~19
Dia termenung lagi. Sejak dua tiga menjak ni, dalam kiraan jam, kalau diperhatikan betulbetul, nampak sangat karakternya dah tune sikit. Kalau dulu jalan lurus, sekarang ni macam
zigzag pulak. Dapat pulak Farah si pengantin baru sebagai orang pertama yang menegur.
Tapi dia hanya mampu menggeleng. Belum tiba masanya lagi untuk bercerita kepada sesiapa.
Cerita tentang perkara yang membuatkan hidupnya sebegitu rupa.
Tadek sesape yang tahu gelora di dasar hati.
Entah nak dikatakan dia yang terlebih sudu, kuahnya tu maintain aje.
Entah nak dikata dia buat jualan murah, tak pernah pun si dia nak memborong.
Jadi, di manakah titik noktahnya? Takkanlaa selama-lamanya sebagai baseline. Straight aje
macam pembaris. Dah sudah
Semuanya bermula ketika di negeri cik siti wan kembang. Mereka mendapat berita yang Mira
si anak buah tu, bakal mendapat adik. Memang patutla kan, budak tu pun dah besar panjang.
Dah nak masuk 5 tahun. Main masak-masak dah khatam pun! Elok benar la sekiranya dia
dapat adik.
Tak tahu la pulak bahawa berita tu bakal mengubah hidup mereka berdua ~~~
jeng.jeng.jeng
Family Long dah bertambah.. Tanpa sedar, terkeluar ayat sebegitu dari mulutnya.
Alhamdulillah. Cucu papa pun bertambah la.. Tanpa ada syak wasangka, dia membalas.
Tak teringin nak ada anak?
Dia membuka mata yang hampir terkatup. Memalingkan muka ke arah si dia yang masih
bersandar di kepala katil. Salah dengar ke? Hish, ngigau ni. Mamai sungguh. Pelik betul.
Dah ada dah.. selamba dia menjawab sambil kembali menutup mata. Ngantuk ni. Memang
la dia tak drive. Dan sepanjang perjalanan tadi pun, dia membuta aje. Sengaja mahu tidur
awal untuk elak bala disebabkan menginap sebilik. Gila??
Dah ada??? Terkejut. Aku kahwin dengan bini orang ke?

Hmm, anak tekak, anak mata Suara semakin layu.


Orang di sebelah mengurut dada. Minah ni laaa. Buat sakit jantung aje. Ooo, main-main ye
masa tengah serius ni.. Dia masih ingin bersuara tetapi tak mampu untuk teruskan. Nanti laa..
Akmal ingin menyatakan betapa seriusnya dia sekarang untuk mengembangkan keluarga.
Tapi, sejarah mereka tak seindah suria. Itu penghalang utama. Nak tak ndak, dia perlu
memperbaiki keadaan supaya masa hadapan yang bakal ditinggalkan kepada anak cucu
mereka manis-manis belaka.
Agaknya..
Sungguh bagai dikata. Bila pagi kelmarin si suami menyuarakan hasrat untuk sebilik, dia
bagai dipause tanpa timer. Kena guna EEG untuk switch kepada diri yang asal. Hebat gila tu..
Tapi tidakla dia memandang serius perkara tersebut walau kadang-kala terpikir juga akan ia.
Seterusnya, semalam! Peristiwa semalam tu lagi la tak tersangka-sangka. Dengan Skype,
mereka ber-video conferencing walaupun bilik sebelah-menyebelah aje. Buang karen! Antara
intipati video conference mereka adalah:
L: Serius.
P: Ok.
L: Awak fikirla yang terbaik.
P: Tapi kenapa sekarang?
L: Maksud awak, saya dah terlambat ke?? Awak nak tanya, kenapa tak dari dulu lagi?
P: Tak lahh.. Maksud saya, kenapa tak tunggu tahun depan ke, 10 tahun akan datang ke?
L: Ooo.. Kerek ehhh.. Nak saya gi sebelah ke?
Akmal dah mengangkat punggung.
Masa ni, Akmal aka Shu buru-buru bangun menghala ke pintu lalu dikunci pintunya. Uih,
bahaya jugak mamat ni. Nak loyar buruk sikit pun tak boleh? Dulu bukan main sombong dia
ya..
P: Ehem..ehem [sakit tekak sungguh ni..]
L: So?
P: Em, boleh laa..
L: Boleh laa? Apa maksudnya tu?
P: Boleh. Malaysia boleh! [Dengan tangan-tangan sekali beraksi]

L: Adui!! Migrain la aku macam ni.. Ya Allah, betul ke dia ni isteri aku?
Shu menahan gelak.
P: Ok.. InsyaAllah boleh. Tapi ada beberapa syarat [jari telunjuk digoyanggoyangkan].
L: Syarat?
P: Sesuai kalau saya cakap permintaan.
L: Permintaan? Apa dia? [menarik pen dan diari, bersedia untuk mencatat ]
P: Pertama
Dan hari ni, hatinya rasa sungguh-sungguh hampa. Kecewa. Sedih. Dipermainkan.
Diperolok-olokkan. Di-segala-kan yang tak baik-baik belaka. Tipah sungguh-sungguh ditipu.
Siapa perempuan tu? Siapa??
Kali ni perasaannya tak sama dengan perasaan setiap kali dia tahu bahawa Akmal~e keluar
bersama client, bersama supplier, bersama sape-sape la. Yang penting perempuan. Sebabnya,
dia sangat pasti akan batas-batas had sempadan mereka. Tapi tak kali ni. Aura perempuan ni
lain macam. Macam terminum air batu di tengah-tengah malam. Ngilu semacam!
Dia inginkan secebis penjelasan. Permintaan-permintaan semalam bagai dipandang tak
bermata sahaja oleh si dia. Ingat senang ke ciplak frasa-frasa permintaan tu dari Sari dan
tunangnya? Ingat senang?? Kena matikan setem, turun naik mahkamah. Buat akuan sumpah.
Ish, Sabrina Mayangsari ni.. gitu la dia.
Pokok pangkalnya, boleh ke dia percaya lagi akan kata-kata si dia
Saya nak awak sedia jadi isteri saya. Yang sebenar-benarnya.. Tempoh percubaan dah
tamat. Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak. Saya tak pernah bercinta. Awak adalah
cinta pertama saya. Cinta terakhir saya..
Bila ditanya, Kenapa saya?
Sebab awak adalah isteri saya. Dan saya sayangkan isteri saya..
Akmal memandang skrin laptopnya yang kelam. Sekelam hatinya.
Sayang? Sayang taik kucing!

STTS ~ 20 ~ END
Apasal ni? Moody aje.. Datang bulan?
Dia menjeling. Kenapa ye, asal perempuan moody aje dikatakan datang bulan? Tak ada

benda lain? Namun, pertanyaan itu dibiarkan tanpa jawapan. Tangan terus-menerus
membelek majalah hiburan tanpa tujuan.
Farah cakap awak keluar awal hari ni? Ada apa-apa yang tak kena ke? Dia masih lagi
bertanya.
Saya penat. Dua patah, dia membilang.
Kenapa tak pindah lagi? Belum habis fikir?
Majalah dikembalikan ke tempat asal. Kedua-dua tangan diletakkan ke atas peha lagak susah
nak bangun. Lambat-lambat punggungnya diangkat. Dengan berat hati, dia bersuara, saya
rasa awak tak bersedia Dengan pantas dia melangkah.
Di sudut bilik, dia menongkat dagu. Apa kena pulak dengan aku ni? Orang dah baik-baik,
buat jual mahal pulak. Bukannya apa. Pertanyaan hati mengenai siapa perempuan yang
bersamanya tadi tu belum terjawab. Dia nak semuanya jelas. Semuanya terang. Semuanya
hitam putih supaya tak terguris lagi hatinya. Uuu, hebat ni. Tapi kenapa tak tertanya pulak
tadi? Dia tepuk dahi, olossss!
Ketukan di muka pintu mematikan resah gelisah di hati. Dengan rela hati dia menjemput
tetamunya supaya masuk aje. Tak kunci pun..
Awak tak ok ke? Akmal sudah membuka sila di sebelah. Ni kenapa melepak tepi pasu
bunga ni? Betul-betul di penjuru bilik. Teruk betul taste bila dia merajuk!
Takde tempat lain.. spontan pula dia menjawab. Bagai membawa maksud yang dia takde
tempat kat rumah tu melainkan bilik sederhana besar di bahagian dapur tu ajeee.
Akmal cuba sembunyi senyum. Lawak sungguh laa. Alasan pun takde taste juga!
Bagitau la. Kenapa?
Takde apa-apa. Dia memintal hujung rambut.
Bagitau la, kenapa takde apa-apa?
Takde apa-apalaahh.
Bagitau la, kenapa takde apa-apalaahh..
Hish, dia ni. Selagi muka tak lekap kat dinding, selagi tu laa nak tanya. Nak ke?
Akmal ketawa. Sempat lagi meloyar buruk. Dia mengubah tempat duduk. Mengengsot ke
sebelah Akmal yang memuncung. Tangan kirinya memeluk bahu orang sebelah lalu menarik
rapat ke badan sendiri.
Puan Akmal ni laa Ok lah kalau tak nak bagitau. Tapi saya ada benda nak bagitau.
Tengahari tadi adik Kakak datang. Dari Singapore. Akmal mencium rambut si isteri. Dia
nak sangat jumpa awak. Adik Kakak tu sebenarnya sebaya saya. Masa saya study dulu, dia

tinggal dengan Long sekeluarga. Buat praktikal. Boleh buat kawan. Tapi satu aje masalah dia
tu. Manjanya, MasyaAllah. Dah kena warning banyak kali dengan Kakak. Tapi tu lah, dah
memang dia macam tu..
Akmal..erm, Shu la pulak (confuse2..) menegakkan badan. Perempuan tu adik Kakak ke?
Tapi dia tetap membisu tak nak menyampuk. Bagi cerita tamat dulu.
Dia datang tadi kebetulan ada branch company dia kat sini. Tu yang dia contact. Terus ajak
lunch.. Dia jemput ke wedding dia. Akmal panggung dagu ke bahu Shu. Tamat sudah
ceritera. Mata sudah ngantuk. Terbalik kot bila si pencerita yang mengantuk. Shu pulak segar
bugar!
Alamak.. salah naik keretapi laa! Buang masa aje hari ni termenung sana-sini. Ish..ish..
Cerita habis dah? Shu cuba memalingkan mukanya ke arah Akmal. Lorr, serius tertidur ke
ni?
Tangan kanan Shu meraba kepala Akmal. Diusap perlahan. Penuh rasa bersalah. Erk,
hampehgeh laa. Dah satu hal nak usung dia ke bilik atas.
~~~
Mak Yah tersenyum-senyum di depan Akmal dan Shu. Dulu, keadaan tu rasa macam tunggu
kucing bertanduk, rasa macam tunggu sideburn encik suami penulis tumbuh. Nak kata,
betapa mustahilnya! Tapi sekarang tak lagi.. Hehehe, hatinya gembira berbunga ceria. Amboi
Mak Yah!
Kenapa Mak Yah asyik senyum aje dari tadi? Tak penat ke? Nak minta cuti ke apa ni?
Akmal menarik sekeping roti.
Haa, Shu pun nak tanya. Ke Mak Yah nak dapat baby lagi nii? Tengok perut tu bulat
semacam aje!
Dengan pantas belakang Shu dihinggap tamparan lembut. Apa cakap macam tu kat Mak
Yah? Akmal menegur. Isterinya ni, kalau dibiarkan boleh menangis Mak Yah. Dah pandai
menyakat. Dulu baik kemain ye dia!
Alamak, minta ampun Mak Yah. Shu tak sengaja la..
Tak apa la.. dimaafkan. Bukannya apa, sekarang bukan main turun sarapan sama-sama, pegi
keja sama-sama. Dulu?? Jangan harap. Tapi bagusla tu. Senang hati Dato nanti..
Akmal dan Shu saling berpandangan mengukir senyum. Siapa tahu kan? Dulu bagai nyamuk
dengan ridsect. Sekarang ni bagai Breeze dengan Downy. Kira baik laa sikit.
Diorang ni nama aje sama. Tapi karakter lain-lain. Esok kalau ada anak..
Cikgu: siapa nama ayah?
Anak: Akmal, cikgu..

Cikgu: siapa nama mak?


Anak: Akmal, cikgu..
Cikgu: Eh, sama ke?
Anak: Iye cikgu. Papa kata senang nak ingat.
Cikgu: Iye? Mama pulak kata apa?
Anak: Mama kata kami tak serupa..
Cikgu: Betullah tu.. kalau serupa, kamu pun tak ada..
Anak: Iye cikgu.. Nek Yah pun cakap macam tu!

Catatan:
rasanya dah tamat kut? erm..
memang nak menulis lagi, tapi takut takleh bagi komitmen pulak.
apa2 pun, kalau masa terjengah blog ni ada entry, kira nasib baik la tu ye..
sorry ye, sebelum ni tesis diberi keutamaan. so far dah submit, harap takde apa2 yang sangkut
laa.. lepas ni boleh la pakai jubah kali ke2..
jumpa nanti en.kapten!

Cinta Pokok Jambu


Buah jambu yang biasa dijumpai di negara kita adalah seperti buah jambu air, jambu batu,
jambu merah.. dan sebagainya (bila penulis tulis dan sebagainya, tu maknanya pembaca kena
bayangkan yang lain2...)
Korang tau tak asal usul seorang budak lelaki yang nakal suka sangat makan buah jambu air?
Suka sangat mengendeng-ngendeng dekat mamanya dengan dua tiga patah perkataan, "Nak
jambu, maa.." Ayat itu akan diulang-ulang sehingga di telapak tangannya diletakkan
beberapa biji buah jambu tersebut. Macam mana mamanya mendapatkan buah jambu
tersebut?
a) kat gerai buah-buahan?
b) kat pasaraya giant, jusco atau econsave?
c) dari pokok jambu itu sendiri?
SMS kan pilihan anda ^_^
to be continued~~~
Sepuluh tahun berlalu...
"Nak jugak..." Peha mama dipicit perlahan. Ambik hati!
"Cari la sendiri." Buku masakan di tangan dibelek lagi...
"Mama... please." Picitan makin bertenaga..
"Abah.. anak awak ni.. Tegur sikit, bah.." Tak makan saman langsung...
"Ala ma.. abah takkan bagi." Urutan dah turun ke betis.
"So, mama confirm bagi?" Pemuda yang berpura-pura rajin dipandang sekilas.
"Ma, kasi can la.. Sekali sekala aje anak mama ni balik, tau." Pujuk..pujuk..pujuk.
"Cari sendiri.." Satu...
"Maa..." Lembut.
"Usaha tangga kejayaan!" Dua...
"Maaaa..." Lembut lagi..
"Malas nak layan la.." Tiga...
"Maaaaaa..........." Dah habis lembut...
"Abah, jom tengok dragon ball!" tiba-tiba mama melaung.

Tu la kejanya mama ni.. Nengok dragon ball tak habis-habis.. Kan ke dah tau dragon ball
ada tujuh bijik sumenya? Habis tu, aku yang mengidam ni macam mana?

CPJ 1 ~~
Dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Rumah lama tempat dia belajar
mengaji Quran zaman belia remaja dulu. Menyinggah jugak rumah Mak Teh gara-gara
mengidam buah...
Salam yang diberi dengan suara sederhana dibalas perlahan. Anak matanya melilau mencari
tuan punya suara.
"Cari apa?"
Badannya dipusing ke belakang. "Tumpang tanya..." Kunci kereta yang dipusing-pusing di
jari tiba-tiba terjatuh.
Ooohh my..

L:
Ke sungai belat memancing udang,
Air mengalir ke Kampung Sentosa;
Pertama kali daku memandang,
Hati terpaut bercambah rasa..
Serasa waktu berhenti. Sesaat mereka berpandangan. Bertatapan.
Soalan tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.
P:
Tinggi-tinggi pokok kelapa,
Micky mendaki tak pernah kalah;
kalau nak tanya, nak tanya apa..
Cepat la sebelum aku blah..

L:
Padi sawah padi huma,
Di hujung bendang merumpun tebu;
Niat di hati nak tanya nama
Kat mulut keluar nak beli jambu..
Spoil!!!!
Nanti mintak mama kau bayar kat mak aku. Tangannya ligat memasukkan buah jambu ke
dalam plastik.

Eh.. kenal ke?


Takkan tak kenal? Matanya tepat memandang ke muka si teruna. Senyum. Perli sikit. Baru
sambung, Kau ni kalau nak mengayat tak pernah betul.. Kau kan Zahari, anak Makcik Dijah.
Abang Nuyu, kan?
100 markah! Tapi kenapa aku tak kenal dia?
Awak ni. Puas ditelek-telek anak dara orang. Tapi, macam tak pernah jumpa la!
Hish, sewel. Berawak-awak pulak. Berdiri bulu roma aku. Aku Timah la! Timah Bulat..
Plastic berisi buah jambu dihulur ke pihak teruna. Lambat-lambat Zahari menyambut. Timah
Bulat? Tak bulat pun.. Apa dah jadi ni?
Cepat la. Aku ada keja lagi ni..
Erk.. erm.. terima kasih. Nanti aku minta mama aku bayar kat mak kau.
Si dara hanya mengangguk. Dia meminta diri lalu berjalan ke arah pangkin di bawah pokok
jambu. Novel yang sedang dibaca sebelum kedatangan Zahari dicapai semula.
Tak habis-habis dengan jambu. Dari kecik ke tua, tak pernah berubah..

Kereta Zahari berlalu dari halaman rumahnya. Timah memandang sekilas. Miss u la, Har..

CPJ 2 ~~
Sape tadi tu? Mak Teh menyapa anaknya yang sedang ralit dalam dunia fantasi buku cerita.
Di tangannya ada beberapa biji limau nipis. Nak dibuat mandi. Amalan turun temurun untuk
mewangikan badan..
Timah mengangkat muka. Memandang muka maknya yang dah berkedut dimamah usia.
Sape lagi mak. Anak murid mak yang paling obsess dengan buah jambu tu la..
Ooo yeke? Si Har tu? Bila pulak dia balik?
Entahla mak. Timah tak sempat nak tanya.. Bukan tak sempat nak tanya, tapi tak tertanya!
Dah terpegun dengan wajahnya yang makin matang, makin kacak.
Hish, gila aku ni.. Sedar diri sikit, please. Dia tu Mr.Mercedez. Kita ni Kancil 660 aje!
Huhu.. betapa sadisnya perumpaan itu (seorang kawan yang terbitkan, belum dipatenkan
lagi..).
Rahsia di hati masih tersimpan kemas. InsyaAllah, sampai mati.
La pulak? Apasal tak tanya? Dia kan kawan kau jugak dulu tu.. Mak Teh memang hairan

sangat dengan perangai Timah yang satu ni. Kalau dengan orang lain, mulutnya tu macam
bertih jagung. Bercakap tak berenti. Tapi dengan si Zahari tu, boleh pulak terdiam membisu.
Macam ada apa-apa.. Ke memang ada apa-apa diorang ni?

Timah diam. Kawan ke? Kawan gitu-gitu aje mak. Sebab kena jadi orang tengah. Pastu
patah hati sorang-sorang. Hish, barang yang lalu jangan dikenang Timah! Life must go on..
go on..
Makcik Dijah tak datang ke petang ni? Nanti mak tanya la dia ye. Timah meneruskan
pembacaan.

Cukup mak..cukup! Hati anak mak ni dah berlibang libu, berlubang seribu.. Jangan diungkitungkit lagi pasal Zahari Usman tu.. Hati Timah membuka mulut, perlahan.

CPJ 3 ~~
Kat rumah si dara....
~~Tahun 1999
Buah-buahan kegemaran: Segala jambu yang ada kat Malaysia.
Huh. Tergelak Timah melihat sepotong ayat itu dalam buku autograf Ain. Biodata Zahari.
Poyo...
Kau tau tak kenapa dia suka makan jambu?
Mana la aku tau..
Eh, dia kan sekampung dengan kau..
Memang la. Tapi aku bukannya sedara dia yang tahu serba-serbi pasal dia.

Ingatan Timah kembali ke zaman remaja. Ketika dia berada di Tingkatan 3. Dia terbelek
buku autograf Ain. Si Ain yang terlalu menyimpan perasaan suka pada Zahari. Aduh, masa
tu, parah! Dia la yang kena meng'pas' surat cintun mereka berdua. Dia tak pasti perasaan
Zahari yang senior dua tahun tu pada Ain. Tapi hubungan mereka sangat mesra. Agak-agak
dalam kategori teman tapi mesra la kut.
Tapi sejak satu peristiwa tu... dia tak nampak lagi Ain berjumpa Zahari di kantin ke, di manamana tempat yang selalu menjadi pertemuan mereka. Ain tak lagi minta Timah jadi posmen.
Kenapa abang Nuyu suka sangat buah jambu ni ek? Dah lama sangat soalan ini tersimpan.
Kalau tak boleh tanya pada tuan punya mulut yang suka jambu tu, dapat waris dia pun jadi
la.. Kebetulan Nuyu datang bertandang untuk meminjam novel daripadanya.

Haha. Kalau akak tau cerita dia start suka jambu, mesti akak tak caya punya la..
Nuyu dah tergelak-gelak mengingatkan cerita yang padanya memang langsung tak masuk
akal. Tapi, dari takdek cerita, baik ada.. kan?
Cerita la.. Timah memujuk. Dan dengan ringan mulut, Nuyu membuka hikayat "Abang
Saya dan Buah Kegemarannya.."

Masa darjah 6, Zahari ada join satu camping anjuran sekolahnya. Khas untuk murid darjah
6 yang baru aje habis UPSR. Camping tu menggabungkan beberapa buah sekolah lain dalam
daerah yang sama.
Alkisah.. satu petang tu, time riadah, tengah Zahari berjoging di trek jogging, dia ternampak
seorang budak sedang makan buah jambu dengan penuh perasaan bersama familinya.
Seronoknya mengalahkan sedang berparti.
Sedap sangat ke?
Masa dia lalu di hadapan keluarga tersebut, tak semena-mena dia dipelawa untuk menikmati
buah itu sekali. Langkah kanan. Pepatah cakap, rezeki jangan ditolak. Budak tu pun cun..cit!
Zahari mencapai sebiji. Terus dimakan.
Cicah dengan ni, baru best.
Rojak buah tersebut dicecah. Auw sedapnya. Pakcik yang menghulur rojak tadi hanya
tersenyum melihat gelagat Zahari.

Tapi kalau akak nak tau, abang suka jambu sebab budak yang dia nampak tu sukakan jambu
jugak. Budak perempuan tu cun tau kak. Abang la cakap. Nuyu tak tau. kalau dia tipu Nuyu,
Nuyu pun tertipu akak la. Hermm... Kononnya nak tawar-menawar beli jiwa la tu. Mula-mula
biasa aje la dia makan jambu tu. Entah bila dia jadi gila dengan jambu, Nuyu pun kurang
pasti sebenarnya, kak.. Nuyu menghabiskan ceritanya dengan gelak yang masih bersisa.

Timah diam. Aku pun suka jambu jugak.. Tapi kenapa la dia tak nak beli jiwa aku? Uhhh,
tolong laa Cik Husnul Khatimah.. Tolong jangan perasan, boleh?!

Kat rumah si teruna...


Zahari menjilat jarinya. Buah jambu yang terakhir selamat masuk ke dalam perut. Erk..
Sendawa yang tiba-tiba berbunyi disambut dengan ucapan Alhamdulillah. Dia bersandar
seketika di kerusi.

Syukran ya Allah. Sedapnya la buah ni..


Zahari menggeleng kepala. Dia tau sangat kegilaannya pada buah ni menimbulkan rasa pelik
orang lain. Mama, abah, kawan-kawan. At least Nuyu tau separuh cerita. Lagi separuh tu, dia
nak tunggu orang yang berkenaan yang bertanya. Tapi sekarang, keadaan macam dah
berubah la. Nak tunggu dia ke tak ek? Dah la makin slim. Makin lawa. Makin cantik. Aduhai,
makin terpaut!

Astaghfirullah. Maksiat. Maksiat. Kena bagitau mama ni.. Umur pun dah lanjut. Dah tiba
masanya..
Hai abang.. Sengih aje ni. Orang bagi salam banyak kali pun dia buat dek je..
Eh.. Bila balik? Tak perasan. Sory..
Sempat la tengok abang menjilat-jilat jari tu. Dah habis ke buahnya?
Selamat dah dik. Berkubur tanpa nisan dalam perut abang ni. Dari mana?
Rumah Kak Timah. Pinjam novel. Boring pas SPM ni takdek keja.

Timah?
Eh dik. Bila masa dia jadi macam tu ek?
Macam tu? Maksud abang?
Yelah.. Dulu dia kan bulat..
Sekarang slim? Entah..dengar-dengar masa kat u dulu, dia ada suka orang. Tapi orang tu tak
layan. So, dia nak improve yang dia pun boleh cantik. Then, jadilah kak Timah adik yang cun
macam tu. Sekian, cerita tamat!

Amboi, kak Timah adik.. Belum pape lagi dah cakap kakak dia.. Tunggu la jadi pape dulu.
Baru la cakap kakak dia.. Kakak dia tu maknanya bini abang dia.. hihihihihihi......

Zahari menampar pipi. Meroyan!

CPJ 4 ~~
Petang itu, indah seperti biasa..

Macam mana, Har?


Zahari meraup muka. Rasanya tak buta mata memandang, tak pekak telinga mendengar. Tapi
macam dalam mimpi pulak. Baru semalam hatinya terdetik. Hari ni mama dah
Eh, mama tanya ni.. Ke Har dah ada? tanpa memandang Zahari, mamanya bertanya lagi.
Mana ada la, ma.. Cepat-cepat dia menyangkal pertanyaan berupa tekaan mamanya tadi.
Memang la dia tak ada sesape. Yang dia ada pun, baru nak masuk pencalonan. Tapi calon tu..
Ma, orang ikut aje la. Kalau tak, jadi anak derhaka pulak. Zahari bangun dari kerusi terus
melangkah meninggalkan dapur. Lebih tepat, meninggalkan buah jambunya yang baru
dibawa balik oleh mama tadi... Sedih.. Eleh,mengadanya.. purak-purak sedih konon, padahal
hati melonjak tak terkira!
Alaa mama ni.. masa ni la dia nak tanya soklan yang dah lama ditunggu..
"Eleh..anak derhaka konon! Shy-shy cat la tu.. Macam la kita tak tau.." Mama yang
membasuh pinggan mangkuk di singki sempat mengomel.

***
Siapa mak? Nak tahu jugakkk...
Anak kawan mak..
Kawan mak yang mana satu? Kawan dia punya la banyak. Mak Chah, Mak Yah, Mak Ann,
Mak Zon, Mak Ina, Mak Yan.. yang mana satu?
Nanti la dia datang. Kau setuju kan? Jangan la dia buat kisah kata tak jadi pulak.
Memang la Timah ikut aje pilihan mak. Anak mak ni bukannya lawa mana pun. Kan dah
pernah bagitau ma dulu. Tapi.. sekurang-kurangnya Timah nak tau la siapa..
Ish..mak ni nak buat suspen tak bagi salam la. Sedang duk menghiris bawang, tiba-tiba aje
berita dirinya dirisik orang disampaikan. Nasib baik tak terhiris jari ni. Kalau tak, dah kurang
seribu dua. Hish, mana boleh..
Tapi, siapaaaaa???
Seperti yang dijanjikan, detik itu pun tiba. Lepas solat Isyak, orang yang boleh dikategorikan
sebagai bakal suaminya datang bertandang.
Sekali tengok macam kenal. Dua kali tengok, tak percaya!
Kau ke Har?
Kenapa? Kau tunggu orang lain ke?

Tak ada la. Dulu bukan kau suka dekat Ain ke?
Ain kawan kau tu? Aku tak pernah rasa apa-apa la kat dia. Tapi aku rasa apa-apa dekat kau.
Aku suka kau dah lama, tau.. Aku suka Timah Bulat. Tapi kenapa dia dah slim ye sekarang?
Yang tu, biarla rahsia Malas la nak bukak cerita lama.
Zahari membuntangkan mata. Amboi, jawapan standard budak-budak sekarang ni memang
membakar hati betul. Tanya betul-betul, dia jawab main-main pulak ye.
Timah, kau pernah suka aku kan?? Dengan tak malu dia bertanya.
Timah menunduk malu. Dalam hati aje dia mengiyakan.
Kenapa kau tak bagitau aku?
Gila ke? Aku tak nak dikata perigi cari timba.
Kenapa kau suka aku?
Sebab aku nampak kau makan buah jambu aku
Ehh..apasal kau diam aje ni?
Sebab kau bising! Berfungsi lagi rupanya lidah ni..
Hahaha.. Boleh cakap pun. Tapi untuk hari ni aje kau boleh cakap macam tu, tau. Lepas ni
kau tak boleh tinggi suara kat aku lagi. Aku dah dapat mandat besar ni. Jadi laki kau..
Eleh.. pegang tangan tok imam pun belum lagi. Mandat konon.. Timah bersuara sangat
perlahan sambil menunduk. Dah jadi pemalu la pulak sekarang!
Apa kau cakap? sergahan Zahari betul-betul buat dia terperanjat..
Aku cakap kau belum pegang tangan tok imam..
Maa!! Timah dah tak sabar ni. Dia nak nikah malam ni!! Zahari meninggikan suara
memanggil mamanya di dapur bersama Mak Teh.
Di dapur, mama Zahari yang baru nak tolong Mak Teh potong kain dah tersalah potong.
Tak sengaja Kak Teh. Marah si Har tu. Terperanjat aku. Dah salah potong. Budak bertuah!
Tak ada la baju tunang kau esok-esok. Padan muka.

CPJ 5 ~~
Hayatilah puisi-puisi di bawah yang tak berapa puisi untuk mencari kebenaran dan jawapan
kepada cerita mereka, kisah hidup mereka, sejarah mereka.. sikit-sikit.

Tersebutlah alkisah Taiyyib

Husnul Khatimah asalnya nama


Timah Bulat nama gelarannya
Dulu aje bulat, sekarang slimnya dia
Terkenangkan seseorang yang jauh di mata
Zahari Usman anak Mak Dija
Dulu dah nakal, sekarang nakal lagi
Walaupun nakal, manisnya ada
Memilih pasangan dengan mata hati
Ain Nora kawannya si Timah
Sukakan Zahari menggunung tinggi
Macam-macam strategi nak tambat hati
Apakan daya, Kita jadi teman tapi mesra, udah la ye.. katanya Zahari
Zahari suka Timah
Timah suka Zahari
Penulis cakap Timah yang dulu suka Zahari
Buah jambu penyebabnya jadi
Pokok jambu yang Timah tanam
Ketika dia darjah enam...
Ayah berseloroh dalam kata-kata
Untungla mana-mana lelaki pertama yang merasa
Itu la bakal menantunya
Menjadi teman pendamping anaknya
Entah apa ilmu arwah ayahnya
Kata-kata menjadi kenyataan
Zahari la orang pertama yang merasa
Maka, Zahari la bakal menjadi teman
Semasa sekolah menengah punya zaman
Zahari Nampak Timah dan Ain, sekawan
Menyelamatkan seekor kucing tak berapa menawan
Mengiau dari dalam longkang mintak diselamatkan
Ain mencanang dia la heroin
Yang bersusah payah masuk longkang
Padahal Timah la yang paling berusaha terjun ke dalam
Walaupun badannya bulat, banyak kengkang.
Sanggup menggadaikan nyawa demi anak kucing, menambat hati Zahari
Sejak itu la perasaannya mula bercambah
Tapi dipendam saja di dalam hati
Menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk persembah

Paras rupa takdek masalah


Bentuk badan langsung dia tak kisah
Yang penting hati budi jadi risalah
Kasihkan sesame makhluk di muka bumi Allah
****************
Ooo, jadi kau balik ni memang nak nikah la ye? Timah bersuara setelah panjang lebar
mendengar cerita Zahari. Rupa-rupanya Zahari memang dah plan nak nikah. Cuma tak tau
siapa nak disunting. Dia takde mana-mana teman istimewa. Dah tu, terjumpa pulak Timah
yang pernah menyinggah di ruang hati. Apa lagi.... kenangan yang lama
menjelma~~sweetchild! Kalau dia tak jumpa Timah, mungkin dia mintak mamanya pinang
aje sape-sape. Dia tak kisah. Asalkan OK pada mamanya, dia ikut sahaja.
Ha'a. Duk sana bahaya tau. Banyak dugaannya kalau sorang-sorang.
"La..jangan la duk sorang-sorang. Cari la housemate ke.. Ada pet pun OK jugak.."
"Dari cari housemate, baik aku cari roomate.. Betul tak?" Zahari mengerling sekilas bakal
roomate sambil mengangkat-angkat kening.
Confirm aje aku nak terima kau. Kalau aku tak terima? Mencabar.
Eleh, kau terima punya la.. Aku tau rahsia kau.. Deal!
Rahsia apa?
Ada lah..
Timah menggeleng. Sekarang bukan masanya nak melayan Zahari yang memang terkenal
dengan perihal mengusik orang. Daripda sepuluh patah katanya, satu pun belum tentu betul!
Jadi, buat-buat tak dengar aje la.
Mereka menjinjit beg-beg plastic berisi barang-barang pertunangan menuju ke kereta yang di
parking di belakang bangunan Cowboy. Cuti Zahari selama dua minggu memang
dimanfaatkan sepenuhnya. Merisik~bertunang~nikah.. Kenduri aje dibuat dua bulan lagi.
Kalau buat jugak, bidan terjun pun kalah! Mak Dija la yang cakap..
Sebelum balik, mereka singgah di satu kedai mamak untuk membasahkan tekak.
Apasal kau punya barang macam banyak sangat tu? Timah memandang barang-barang
kepunyaan Zahari.
Mana ada.. sikit aje ni. Kau punya lagi banyak. Mana boleh bagitau, nanti pecah rahsia!
Timah mengangkat kening. Memang keluar sama-sama. Tapi masa cari barang mereka
berpecah. Katanya Zahari, kalau beli sama-sama, takdek surprisenya. Untuk praktis jadi isteri

yang baik, dia pun mengikut aje la tanpa sebarang bantahan dan syak wasangka.
Tapi, Zahari Usman ni banyak helahnya!

CPJ end ~~~


Ini la surprise yang dia nak buat sangat tu. Nak pengsan dibuatnya Timah dengan barangbarang hantaran dari pihak lelaki. Dalam banyak-banyak tujuh dulang, semuanya
bertemakan..
Gila jambu la dia ni.. tanpa sedar Timah menuturkan ayat itu.
Nuyu yang masih menempek di dalam bilik Timah hanya senyum. Dah agak dah kak
Timahnya akan berkata begitu.
Sape suruh akak suka buah jambu?
Akak suka makan aje. Tak ada la sampai nak dibuat tema hantaran.. Mana dia pergi tempah
semua ni Nuyu?
Ala kak. Hendak seribu daya. Abang tu memang macam tu perangainya..
Nuyu hanya mampu senyum. Nak dikata lebih-lebih, abang kandung dia jugak. Seibu sebapa.
Tapi Zahari tu memang la. Tak tercapai dek akal kita apa yang dia nak.
Mata Timah masih lagi menatap susunan barang-barang tersebut di laman kamarnya:
1. Cincin~ dalam bekas bentuk jambu air.
Aku tak pernah nampak pun bekas ni kat mana-mana.. Mana laa si Har mencari ni..
2. Handbag~ tali handbag dililit dengan buah jambu plastic yang kecik-kecik..
Aduh, migrain anak mak..
3. Kasut~ tiga biji jambu batu di bahagian depan kasut?
Uwaaa.. rasa nak meraung daku dibuatnya!

4. Telekung dan sejadah~ elok aje dalam kotak. Tapi ada hiasan jambu air kat atasnya
menggunakan buah yang plastic tu..
Huhuhuhu...adoi, adoi..
5. kain pasang~ walaupun tak nampak bentuk jambu, tapi ada la bentuk daun sehelai dua..sah
gubahan asal adalah buah jambu. Agaknya penggubah tak tau nak bentuk kut, tu yang jadi
buah tembikai..
Uh..uh..uh..
6.Kek~ perisa jambu dia guna? Dan ada beberapa hirisan buah jambu kat atas tu..

Gila ka.. sape yang nak makan?


7. buah-buahan~ segala buah jambu ada; jambu batu, jambu air, jambu madu..
Paling tak tahan! Perli ke hape ni??
Timah memegang kepala. Betapa seksanya orang-orang yang kena menggubahnya. Kesian..
Aku yang menengok ni pun dah rasa boleh buta sebelah mata. Mana la asal usulnya Zahari
Usman ni..
Tapi, bukan sebab buah jambu ke aku suka dia?
Timah akhirnya tersenyum. Bahagia sikit.. Majlis akad nikah dah lepas. Tunggu lagi dua
bulan untuk kenduri. Lepas ni tak tau la macam mana gayanya hidup sebagai isteri En. Har
tu.
Petua orang tua, kalau nak pikat suami, melalui masakan... Aku? Bagi jambu, sudaaahhh...

p/s: mana yang tak baik dalam cerita saya, jangan sesekali diikut. langsung takdek
pekdahnya.. adik melur, cerita akak tamat di sini. ada masa, akak buat lagi =)

Anda mungkin juga menyukai