Anda di halaman 1dari 32

BIDADARI LEBARAN

HUJAN yang turun lebat lewat tengah hari tadi kini beransur reda. Di
luar, kedengaran bunyi mesin kelapa mengaum-ngaum tanda emak
dan kak Ngah sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Aku
celik mata melihat jam dinding. Ahh.. baru pukul 5.30 petang..masih
awal lagi…badan terasa lesu semacam , lantaran terlalu lama berada di
Lab. Com tadi menyiapkan report untuk Persatuan Bola Sepak SMD.
“Keon!! Keon!!” Suara yang amat sinonim di telingaku kedengaran dari
luar. Seraya itu juga langsir pintu berwarna biru tersingkap luas dan
secepat kilat kurasa katilku bergegar.
“Keon!!! Bangunlah!! Aku ada bawak berita baik punya!!” Aku celik
mata sedikit. Wajah bersih Arie terpampang di depan mata. Topinya
yang senget benget menambahkan lagi ketensionan aku kerana
tidurku terganggu.
“Woiii!! Kau dengar tak ni? Bangunlah!!” Desak Arie lagi sambil
menarik bantal yang menutupi mukaku.
“Aku penatlah Arie..” ujarku sambil menarik semula bantal dari
tangannya.
“Tadi aku nampak Fatihah and the gang,” What? Secepat kilat aku
bangun dari pembaringan. Bantal tadi terpelanting ke ceruk dinding.
Hilang segala rasa mengantuk dan lesu tadi sebaik saja nama itu terbit
dari mulut Arie.
“Kat mana kau nampak dia?” soalku tak sabar.
“Depan rumah cikgu Tipah...dia sedang dalam perjalanan balik ke
rumahnya..” macam karangan budak sekolah Arie menerangkan
kepadaku. Tak tunggu lama aku bingkas bangun. T shirt hitam di
hujung katil kusambar. Sikat di atas almari ku capai dan sikat lebih
kurang. Arie cuma menggeleng kepala.
“Jom cepat! Nanti tak sempat pulak,” aku sengih sambil mengenyit
mata. Kunci motor di atas peti ais kucapai segera.
“Ha..nak kemana pulak tu?” Kak Ngah yang memang tak pernah
senang hati dengan aku menjeling tajam. Tangannya masih lincah
mengacau kuah lemak sotong di dalam periuk.
“Dengki la tu,” aku mengejek.
“Orang bukan dengki..kan tadi ayah pesan suruh ambil ikan kat
kebun…jangan nak merayau ye..”
“Eleh, mak tak cakap apa pun..susah-susah..kak ngah aje la yang pegi
ambik,”
“Aku nak pergi dengan apa? Jalan kaki?” kak ngah menjeling geram.
“Ayah dah suruh tu pergi ajelah…nanti bising pulak dia…” mak tiba-
tiba menyampuk.
“Hemm…ye la..nanti Keon pergi,” Kataku mengalah. Dengan pantas
aku melangkah keluar.
“Keon! Suruh ayah ambil daun kesum dengan bunga kantan
sekali..mak nak masak tempoyak ni..cepat sikit balik!!” teriak emak
dari dalam.
“Okey…sebelum subuh keon sampai!” usikku membuatkan Arie
tertawa kecil.

******

KEHENINGAN petang ke 8 ramadhan di Kampung Pamah Kulat


tercemar dengan deruman motor TZR merahku. Nun di hadapan sana
kelihatan enam dara pingitan sedang terlenggang-lengguk pulang dari
tuisyen, tak ubah seperti itik serati nenek aku dulu. Dengan kelajuan
100 kmj aku memecut ala-ala Grand Prix. Seraya itu juga air lopak
yang bertakung di tengah jalan berombak hebat.
“Oiiiii!!!! Setan! Celaka!!” Aku dan Arie cuma bersorak puas sambil
tertawa. Aku lihat keenam-enamnya sudah seperti sekawan kerbau
yang baru balik dari berkubang. Ada yang basah satu badan..ada yang
kena kat tudung…dan dari jauh aku dapat melihat reaksi gadis yang
selama ini mengganggu ketenangan jiwaku sejak satu ramadhan
dahulu. Gerai Burger Rapie kuhampiri. Kelihatan Rapie sedang sibuk
menggoreng murtabak. Bulan-bulan puasa begini business pun
macam-macam. Rata-rata penduduk di sini mencuba rezeki dengan
berniaga di musim-musim begini. Ikutkan, emak juga teringin
membuka gerai di depan rumah, tapi ayah tak mengizinkan. Lebih
baik kumpul pahala daripada kumpul harta, katanya.
“Ada orang kena hujan tengah jalan nampak?” Rapie mengusik tatkala
enam dara malang itu melewati gerainya. Aku cuma tersengih sambil
menjeling ke arah Arie yang asyik melihat gelagat Anny.
“Ish..ish…ish…kesian anny..habis basah satu badan!” usikan Arie itu
membuatkan kami tertawa kelucuan.
“Hei setan! Korang ni tak ada kerja lain ke? Hah? Perangai macam
pelesit kampung…ada pulak yang kena gulai ngan aku ni karang..”
Huiiye…marah benar nampaknya cik laser kita..
“Entah! Hantu pun reti bahasa sekarang ni bulan puasa…dah lah
perangai ala-ala jin afrid..kalau muka tu handsome ke…tak pe la
jugak.. ini muka macam kambing kena panggang!”
Phew..phew..agaknya kalau boleh nampak api kemarahan Pojiemah
dah sah gerai Burger Rapie dengan kami semua sekali rentung!
Kembang kempis hidungnya menahan marah!
“Wei..releks ma…korang nak marah sangat ni apa hal?” soalku.
“Lagi mau tanya! Engkau ingat engkau sorang je ke ada motor hah?
Pelesit!…lain nak marahnya aku!” Linda, si tinggi galah mengalahkan
bini Popeye bersuara. Separuh kain kurung kuning cairnya sudah
bercampur lumpur likat.
“Wah..berani kau kata aku pelesit ye?”
“Memang kau tu pelesit! Pelesit tak bertuan…kau dengan kawan-
kawan kau ni sekali..bodoh!!” Miss, si ratu laser sudah hilang sabar.
“Apa laser? Bodoh?”
“Memang kau tu bodoh! Dah tahu ada lopak air kat situ yang kau pergi
langgar sapa suruh?” si Maya, awek yang terkenal dengan identiti
penyanyi nasyid pula bersuara. Tak sangka..selembut-lembut
perempuan itu pun dah mula memuntahkan marah. Wah..nampaknya
semua dah marah!
“Yang korang jalan ketepi ke tengah macam itik mabuk tu sapa suruh?
Takkan aku nak angkat lopak air tu ketepi..gitu??” soalku balik.
Bengang jugak bila diseranah begitu sekali. Jatuhlah maruah aku
sebagai lelaki paling hensem di kampung ini…
“Sudahlah! Jom kita balik! Lagi lama kat sini rasa macam duduk
dengan ahli neraka!” Pojiemah bersuara dan menonong ke depan. Miss
menjeling tajam dan mengekori Pojiemah. Si minah becok ni kalau tak
menjatuhkan air muka aku tak sah! Dari kecil sampai sekarang kami
tak pernah aman kalau bersua.
“Eleh…ahli neraka konon..macamlah dia confirm masuk syurga…
piiirah!!”
“Blah la! Bodoh..kacang hantu!!” Aku cuma tersengih apabila keenam-
enam itik serati itu menghadiahi jelingan maut untukku. Eleh, mereka
pasti menyesal kerana telah mencetuskan permusuhan dengan jejaka
idaman malaya ini.
Aku tahu selama ini aku yang rajin cari pasal. Tapi semua itu bukan
untuk Linda, Anny atau Maya, jauh sekali si specky dan si ratu laser
tu. Tapi semuanya kerana si Fatihah! Ya..Fatihah Nur Ieman Idzuddin!
Kalau diikutkan aku sebenarnya tak ingin nak mengganggu orang,
apatah lagi menghuru harakan hidup budak-budak itu. Lebih baik aku
buat kerja sendiri. Tetapi, siapa sangka gadis putih kuning itu begitu
berani menjatuhkan air muka aku, lelaki macho dan handsome
semalaya ini! He he he…tak adalah, cuma dia patut sedar aku adalah
pelajar yang berpengaruh dan disegani di sekolah. Selama ini belum
pernah lagi aku dimalukan, apatah lagi oleh seorang pelajar baru yang
belum pun tahu selok belok sekolah, jauh sekali kalau ditanya di mana
letaknya makmal 3 nun di hujung blok J. Tetapi siapa sangka si
Fatihah yang telah mencetus sejarah paling hitam dalam kamus hidup
aku!
Semuanya berlaku tanpa kuduga. Startingnya cukup romantik, kalau
dalam novel pasti sudah melahirkan ikatan cinta antara hero dan
heroinnya. Kalau dikenangkan memang tak tidur malam. Hari yang
bersejarah itu siapa sangka aku telah menyelamatkan seorang pelajar
perempuan daripada tergelincir dari tangga tingkat 4 yang curam?
Terasa dadaku berdegup kencang tatkala tanganku memeluk erat
pinggang Fatihah. Semua yang menyaksikan kejadian itu bersorak
kagum, membuatkan aku terasa macam hero Leftenan Adnan. Tapi
saat indah itu cuma sementara bila tiba-tiba saja aku terasa pipi kiriku
perit. Saat itu aku lihat Fatihah merenungku dengan muka yang
merah padam.
“Kenapa awak ni kurang ajar sangat? Macam ni ke student sekolah
ni?” kata-kata yang lahir dari mulut kecil Fatihah itu kurasa macam
belati menghiris jantung. Sorakan kagum tadi terhenti tiba-tiba
membuatkan kesabaranku sebagai lelaki tercabar.
“Kalau saya tak bantu awak tadi, tentu awak dah terjatuh kat bawah
sana,” aku menerangkan niatku yang sebenar.
“Kalau jatuh pun saya, bukan awak! Cakap sajalah awak tu nak ambil
kesempatan!” Wah…..aku merenung wajah Fatihah lama. Ini dah kira
satu tuduhan yang tak berasas! Dahlah kita tolong tak ucap terima
kasih!
“Awak belum kenal siapa saya kan?” soalku tenang. Wajah ayu Fatihah
kurenung tepat.
“Kenapa? Awak anak raja kayangan mana sampai saya patut
kenal?”sindir Fatihah cukup membuatkan hatiku terbakar. Tanpa
memperdulikanku dia terus mengutip buku-bukunya yang bertaburan.
“Kalau awak nak tahu, sayalah Keon, selamat berkenalan!” dengan
pantas buku-buku di tangan Fatihah kurampas dan kulemparkan ke
bawah.
“NO!!” Fatihah merenungku tidak percaya.
“Be careful my dear..see where the legs come from maa..jangan ingat
awak cantik saya tak boleh ajar awak cara terbaik menghormati orang
lain…faham??” Fatihah merenungku lama. Jangan ingat baru dua tiga
hari di sekolah ini boleh berbuat sesuka hati. Mulut mau jaga apa….
“Dah puas hati awak Iddin?” Alamak…aku menoleh ke belakang. Cikgu
Zulia sedang berpeluk tubuh sambil merenung wajahku yang cute ini.
Ok oww…dan hari itu, pertama kali dalam sejarah, aku menyambut
satu ramadhan dengan birat di punggung kerana membuli si Fatihah.
Semuanya kerana gadis itu!!
“Keon, woi! Berangan apa..” Rapie menepuk bahuku, menyedarkan
aku dari lamunan. Aku cuma tersengih dan meninjau kelibat itik-itik
pulang petang itu yang semakin menjauh. Mataku asyik memerhatikan
cara Rapie membuat murtabak. Ramai orang memuji kesedapan
murtabak Rapie. Malah aku pun mengakui murtabaknya memang
sedap, sekali makan rasa nak selalu! Tapi, bagi aku juadah paling
membuka selera tak lain tak bukan, lepat pisang. Kalau tidak tentu
terasa kurang berselera bila berbuka nanti.
“Pie! Kasi murtabak satu,” Alamak..rasa macam pernah dengar saja
suara ni…Rapie, Arie dan Aizam sudah tersengih-sengih. Dah sah!
“Hai Keon!” Erina menyengih panjang memaksa aku mengukir
senyuman paksa untuknya.
“Beli murtabak ke?” sapaku, sekadar berbahasa.
“Emmm..hari tu Erina dengar murtabak Rafie ni sedap..ni nak cuba
ni..” balas Erina manja.
“Dari tadi lagi Keon sebut-sebut..ingatkan Erina tak sudi datang ke
kampung kami ni..” saat itu mahu saja aku sembelih leher
Arie..sengaja nak buat dajal…memperasankan si Erina tu.
“Iye ke?” Erina merenung wajahku meminta kepastian. Terasa macam
dipanah laser aje mukaku ini bila direnung begitu.
“Tak adalah….dia orang ni memang tak sayang mulut…” balasku
tersengih. Malu jugak beb..
“Keon…nanti Erina nak jumpa Keon la..nak discuss pasal latihan Fizik
tu..Erina blank la..” terasa suara Erina mendayu-dayu menusuk ke
telinga.
“Keon pun bukan tau sangat…” aku sengaja memberi alasan. Bukan
apa..aku kurang berkenan sikit dengan si Erina ni. Selalu sangat nak
jumpa aku, macamlah aku sorang saja yang boleh tolong selesaikan
problem Fizik dia.
“tapi tadi Marlina beritahu Keon yang tunjukkan jawapan,” aku
terperangkap dengan alasan Erina. Memang di sekolah tadi aku dah
ajarkan budak ‘sihat dan kuat’ tu.
“So, tanyalah Marlina!”
“Erina nak Keon ajar dari awal sampai akhir…Nanti Erina senang
faham..”pintanya. Aku kematian idea. Apa aku nak buat?
“emmm..okey la..bila?” soalku akhirnya.
“Esok, kat Taman Bourgenivilla depan tadika KEMAS tu…pukul 3.00,”
“Agak-agak lama tak?”
“Kenapa? Tak boleh lama-lama ke?”
“Bukan…Keon nak main takraw dengan bebudak ni..” aku mengenyit
mata ke arah Arie dan Aizam. Mereka cuma tersengih. Erina
tersenyum.
“Okey la..berapa Pie?” Erina mengambil bungkusan murtabaknya.
“RM1.20,” tanpa banyak soal Erina menghulurkan not RM2.00.
“Keep the change,” Erina tersenyum dan belalu ke mercedez biru
gelap di tepi jalan.
“Keon…Arie pun nak study Fizik gak esok..boleh kita jumpa?” Arie
mengejekku sambil melentok-lentok ke bahuku.
“Hisshh..cam gay la kau ni!” aku melompat bangun membuatkan Arie,
Rapie dan Aizam ketawa kelucuan.
“Kau ni jual mahallah Keon…” komen Aizam sambil membalikkan
murtabak yang digorengnya. Beberapa orang budak kecil sedang
menanti giliran di situ.
“jual mahal apa lak?” soalku hairan.
“Apasal kau tak ambil saja Erina tu jadi awek? Kan dia dah lama syok
kat kau?” soal Rapie.
“Entah! Dahlah anak orang kaya, anak tunggal..cantik..untung kau
kalau dapat Erina tu…kaya raya hidup kau…” Sampuk Arie. Aku cuma
tersengih. Tidak tahu apa jawapan yang harus kuberikan. Memang aku
menyedari tentang perasaan Erina terhadapku selama ini. Malah aku
sering menerima kad berbau harum dan kuntuman bunga di hari
Valentine…hadiah pelbagai jenama dan harga setiap kali hari jadi
menjelang dan kunjungan mengejut ke rumah tatkala aku kurang
sihat hinggakan mak dan ayah menjeling hairan melihat sifat concern
Erina yang berlebih-lebih…Semua itu cukup untuk aku menyelami hati
dan perasaan Erina. Tapi, aku menganggapnya tak lebih daripada
seorang kawan dan perasaan Erina itu kubiarkan begitu sahaja. Atau
pun mungkin kerana aku sudah jatuh hati pada seseorang? Aku
senyum sendiri. Jatuh hati? Biar betul…selama ini nak minat kat orang
pun payah inikan pula jatuh hati? Setakat mengacau tu biasalah!
Tapi…kalau betul aku jatuh hati, dengan siapa? Dengan si Laser? Hish!
Selisih malaikat 44! Gilo apo dapat girlfriend laser nak mampus
macam tu! Bagaimana dengan si amoi tu? Tu lagi tak boleh…
Pojiemah? Hem..ustazah specky tu…tak rela aku…Bagaimana kalau
dengan Fatihah? Aku senyum lagi..bertambah-tambah sweet muka
aku yang memang sweet ni..
“Dah..senyum sorang-sorang pulak…” Rapie tak habis-habis mengusik.
Aku cuma tersenyum. Gitar di atas meja kucapai. Dengan bersahaja
aku memainkan lagu kesukaanku ‘Moment of Glory’.
“Wah..macam ayah aku je tu…dari mana lak berlumpur-lumpur tu?”
tegur Arie melihat ayahnya menghampiri gerai Burger Rapie.
“Arie…kau pegi rumah Pak Ngah Debab tu kejap..ambik buah kundang
sikit..”
“mana dapat kundang ayah?” soal Arie sambil menuju ke motornya.
“Ni kebun Keon ni…tadi ayah ambil ikan keli sekali..hantar ayah Keon
ke rumah dulu..” cerita orang tua itu sambil tersengih. Ikan keli? Aku
mengerut kening. Macam ada sesuatu yang berkaitan aje…Alamak!!
“Pak lang, ayah saya dah balik?” soalku gabra. Matilah kena leter
dengan ayah kejap lagi..
“Dah lama pak lang hantar tadi..”
“Err…Pie..aku blah dululah!” Tak tunggu lama aku meletakkan gitar di
atas meja. Motor kupecut laju menghala ke rumah. Di muka pintu
kelihatan Kak Ngah sedang menanti dengan muka dengkinya.
“Mana ikannya?” soalnya, walaupun dia sudah tahu jawapannya. Aku
cuma tersengih dan menuju ke dapur. Kelihatan emak sedang
menceduk gulai tempoyak dari belanga periuk tanah.
“Ingatkan dah tak balik dah..” perli emak sambil menutup periuk.
“Sorry la mak..Keon lupa..ayah yang bawak balik ikan ni ye?” soalku
sambil membawa mangkuk gulai itu ke meja hidangan.
“Taklah..ikan tu berjalan sendiri tadi, berlari-lari masuk ke rumah ni,”
sindir emak. Aku cuma tersengih, bisa juga telinga disindir emak. Di
atas meja pelbagai jenis lauk pauk tersedia. Tapi, ada satu yang
kurang!
“Mana lepat pisang mak? Tak buat ke?” soalku.
“Tadi kalau kau balik cepat, boleh mak suruh kau ambil pisang kat
rumah pak tih sana…pisang dah habis,” jawab mak sambil meletakkan
kuih keria di depanku. Aku menarik muncung.
“Ayah mana?”
“Cari kuih puteri mandi kat pekan nu..mak segala kuih kau orang anak
beranak tak sempat buat..” aku cuma tersengih. Ayah kalau tanpa
puteri mandi di bulan puasa begini tak sah. Mana tak tumpah kepada
anak lelaki tunggalnya ini?
“Pergilah cari kat gerai mana-mana..sempat lagi ni,” mak
menghulurkan not RM2.00 kepadaku. Tak tunggu lama aku segera
melarikan TZR ke rumah bercat kuning di hujung padang bola. Gerai
Mak Uda Siti yang sudah beransur lengang itu kuhampiri.
“Hai…dah dekat nak berbuka ni Keon..cari apa?” sapa orang tua itu
ramah.
“Lepat pisang ada tak Mak Uda?” soalku sambil memaniskan muka.
Begitu innocent sekali, kalau Fatihah tengok kesantunan aku dengan
orang-orang tua mesti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya, aku
sememangnya pemuda hensem berbudi pekerti lagi..he..he..he…
“La..Mak uda tak jual lepat pisang hari ni..tapi tadi Fatihah ada buat
sikit..biar mak Uda tengok sekejap ye..” Orang tua itu cepat-cepat
menuju ke rumahnya yang cuma 3 meter saja dari gerai. Aku menanti
sambil melihat-lihat bekas kuih yang sudah kosong. Kuih-muih Mak
Uda Siti jarang tak habis, boleh dikatakan dia ni memang expert
dalam bidang kuih-muih ni!
“Ehem!!!” Aku angkat muka. Fatihah sudah tercegat di hadapan
dengan seplastik bungkusan lepat pisang. Tiba-tiba aku terasa
jantungku berdegup macam keretapi. Tiba-tiba aku terasa mulutku
kelu untuk berkata-kata. Fatihah tunjuk muka kelat apabila direnung
begitu. Entahlah, sebelum ini bukan tak pernah membeli kuih di gerai
neneknya. Malah saban hari kalau mak tak sempat buat kuih puteri
mandi untuk ayah. Ah..jejaka hansem macam aku tak boleh tunjuk
kelemahan depan gadisnya!
“Berapa?” soalku sambil menyeluk poket seluar. Fatihah keras tak
bersuara.
“Nak jual ke tidak ni? Karang orang curik kang…” usikku
membuatkannya menjeling marah. Eleh..mesti kau menyesal kerana
menyombong dengan jejaka rebutan ini. Aku tenung matanya yang
bersinar-sinar macam bintang kejora.
“Dah kelu ke mulut? Ada emas ke..atau tergamam tengok saya yang
cute, macho, bergaya dan hansome ni?” usikku sambil meletakkan
tangan ke dagu, ala-ala posse maut model gitu. Fatihah mencebik dan
pantas masuk ke dalam tanpa rasa menyesal meninggalkan jejaka
idaman malaya ini keseorangan di sini.
“Tak payah bayarlah Keon..” mak Uda Siti muncul semula setelah
Fatihah menyelinap masuk ke dalam.
“Tak apalah, saya niat nak beli,” ujarku sambil menghulurkan not
RM2.00 kepadanya.
“Fatihah kata sedekah aje..ala..ni buat untuk makan bukannya
jual..ambiklah!” Aku mengerling ke arah tingkap dapur. Kelihatan
Fatihah sedang mengintai di balik langsir.
“Terima kasih mak Uda, kirim salam pada Fatihah,” Dengan segera
enjin motor kuhidupkan. Dan sepanjang perjalanan pulang sinar mata
Fatihah mengiringiku hingga ke halaman rumah…..

******

SOLAT terawih dan witir 11 rakaat selesai dan para jemaah mulai
beransur pulang. Aku menghampiri Rapie, Arie, Aiezam dan Herman
yang sedang melepak di bawah pokok jati. Nun di serambi masjid
kelihatan ayah sedang berbual-bual dengan Tuk Imam, datuk Fatihah
diperhatikan oleh Abang Latip, jiran depan rumah. Tentu sebentar lagi
ayah akan pulang ke rumah.
“Eh Keon, kau sure ke yang Miss pegi terawih malam ni?” soal Rapie
kerisauan.
“Mesti pegi ..last week aku rasa dia tak datang seminggu, malam ni
mesti ada,” penuh yakin aku berkata. Bukan apa, saja nak jaga hati
kawan. Yang sebenarnya peduli apa aku dengan si ratu laser tu? Tapi
memikirkan Rapie yang sudah bertahun-tahun menaruh hati pada Miss
aku tak kisah untuk menyibukkan diri menyelidik tepi kain Miss.
Kadang-kadang aku pelik juga dengan taste si Rapie ni. Bukan tak ada
gadis lain yang lebih sopan mulutnya daripada budak laser tu tapi si
laser tu jugalah yang digila-gilakannya. Bukannya dia tak tahu
perangai Miss tu, lebih-lebih lagi kami memang musuh tradisi sejak
kecil. Tapi bagi Rapie…cintanya terhadap Miss setia betul walaupun
Miss tak pernah melayan. Just imagined, sejak dari form two lagi
Rapie menjadi peminat Miss sampailah sekarang ni, cintanya semakin
kukuh untuk Miss. Aku? Selama 17 tahun aku hidup di muka bumi
Allah ini, belum pernah lagi aku tersangkut hati pada mana-mana
gadis. Bukan apa, bagiku cinta ini terlalu abstrak untuk ditafsirkan dan
aku tak mahu menjadi objek dalam sandiwara cinta. Cewahh…
berfalsafah lagi aku..Tapi, entah kenapa sejak Fatihah hadir di
kampung Pamah Kulat ini, terasa ada sesuatu yang mula mengganggu
gugat hidup aku. Dalam hati geram memang ada, tapi bila tak
menatap wajah Fatihah barang sehari aku terasa macam kekurangan
sesuatu. Tak lengkap rasanya tanpa Fatihah. Kuat sangat ke penangan
si Fatihah tu?
“Aku rasa dia dah blah la dengan member-member dia,” Arie mula
bersuara.
“Aku pun rasa macam tu,” Balasku apabila melihat masjid sudah mulai
lengang.
“Kau ni dah tahu minat kat minah tu kasilah surat, tak pun dah nak
raya ni, kasilah kad raya!” cadangku sambil menepuk bahunya.
“Entah! Aku ingat aku pun nak kasi kat Anny,” Arie tersengih sambil
membetulkan cermin mata berbingkai hitamnya.
“Aku ingat aku pun nak kasi kat bini popeye tu…” Aizam pula
mencelah.
“Kau Herman, kau nak kasi kat siapa?” soalku kepada Herman yang
tak banyak cakap.
“Aku ingat nak kasi kat Mayalah!” ucapnya malu-malu.
“Oh..selama ni kau minat kat Maya…” herman tersipu-sipu sambil
tunduk tak berani angkat muka. Mamat ni memang pemalu orangnya.
“Jom, blah! Lepak kat gerai Asyid lagi baik, makan bihun sup dia best
gak..” Arie sudah menyorong basikalnya. Malam-malam begini kami
lebih selesa berbasikal ke masjid. Nak jaga alam sekitar! Lagipun
malam-malam begini orang nak berehat. Kenalah consider sikit.
Bukankah aku ni anak ketua kampung yang berwibawa? Kena jaga
imej demi nama baik ayah! He..he..he..tapi tidak dengan Fatihah dan
rakan-rakannya!
Rapie mengayuh basikal perlahan-lahan. Angin malam berpuput sepoi-
sepoi bahasa, mendamaikan hati sesiapa. Cahaya bulan berserak
penuh mewarnai kegelapan malam. Di kiri dan kanan kami kelihatan
beberapa orang mak cik sedang berjalan kaki pulang dari masjid.
Tanpa rasa terpaksa kami menegur ramah makcik-makcik tersebut,
memenuhi tuntutan budaya menghormati orang tua. Tiba-tiba aku
terasa mataku terpandang sesuatu. Gadis-gadis yang sedang melalui
jambatan tak jauh di hadapan kuperhati lama. Eh, macam kenal!
“Pie, kau tengok budak-budak atas jambatan tu, bukan Miss ke?”
“Mana??” Rapie yang seakan baru tersedar dari lamunan meninggikan
leher.
“Tu…sana tu!” Kayuhan ala-ala kura-kura tadi kini bertukar menjadi
pecutan burung unta. Mungkin terlalu excited sangat nak tatap wajah
cik laser kot...eh..tak kuasa aku!
“Hai Miss!!” Basikal kami sudahpun menyekat perjalanan gadis-gadis
itu.
“Hii..benci betul aku! Ke mana aku pergi ada je setan-setan datang
mengacau!” Miss menarik muka masam macam cuka. Aku cuma
tersengih sambil mengintai mencari wajah Fatihah.
“Miss, kau marah aku ke?” soal Rapie bodoh. Apa la punya bodoh..dah
tau si Miss tu melaser lagi mau tanya?
“Tak baik marah selalu Miss, nanti kena jual!” Arie tak habis-habis
dengan dialog P.Ramleenya.
“Eh sibuk la kau! Lain nak marahnya aku dengan si Rabun ni..” jawab
Anny geram.
“Korang ni kan…cuba cakap elok-elok sikit..kami ni nak mengeratkan
silaturrahim…” ujar Aiezam tenang.
“Silaturrahim kepala hotak kau…sapa nak bersahabat dengan jin afrid
macam korang?” Wahh…cabul sungguh mulut si Pojiemah..
“Entah..jin tali rapia ada..jin rabun ada..jin lurus bendul ada…jin tinggi
macam pokok petai ada…” mereka tergelak kecil apabila Maya berkata
begitu. Wah..wah…aku, Arie,Aiezam, Herman dan Rapie saling
berpandangan.
“Hah kau bapak segala jin..apasal diam??” sergah Miss garang.
“Miss…” aku bersuara perlahan..buat pulak muka si katak Faizal dalam
majalah Ujang.
“Hah..apa dia??” soalnya lagi.
“Mulut kau busuk!!” seraya itu kami ketawa berdekah-dekah.
“Celaka!!” teriak Miss marah. Aku lihat Fatihah, Linda, Amoi jual
terung, Pojiemah dan Maya kembang kempis mengontrol hidung
menahan ketawa. Ye la kan..kang ketawa sama kecik pulak hati si
laser tu..
“Korang semua ni memang celaka! Bodoh!” Miss dan sahabat-
sahabatnya mula angkat kaki. Oh..kata aku dan kawan-kawan aku
bodoh? Nanti korang..Segera aku mengeluarkan ular getah plastik dari
poket baju melayu dan dengan pantas aku membaling ke arah
mereka.
“Ular!!!” ular getah itu jatuh tepat-tepat atas kepala Linda si bini
popeye yang paling tinggi. Linda terjerit kuat dan terlompat-lompat
melarikan diri. Aku ketawa kelucuan bila melihat Miss dan rakan-
rakannya lari tak tentu arah. Tetapi tiba-tiba…BEDDEBURRR!!
Alamak..tawaku mati di situ. Aku segera menghampiri Miss, Pojiemah,
Anny, Maya dan Linda yang sedang berkumpul di tepi jambatan.
Kelihatan dalam samar cahaya bulan Fatihah terkapai-kapai di
permukaan sungai mencari arah.
“Fatihah! Cepat woi..cepat tolong dia!!” pinta Miss panik.
“Hei Beruang! Cepat terjun selamatkan Fatihah!” Desak Miss lagi
sambil menarik baju melayu hijauku. Tolong? Hemm..nanti kata aku ni
nak ambil kesempatan lagi. Aku buat muka selamba.
“Keon..aku rayu pada kau…tolonglah selamatkan Fatihah..dia tak
pandai berenang!” Miss seakan merayu. Aku merenung Fatihah yang
sudah kelemasan di dalam sungai. Tanpa berfikir panjang aku terjun
pantas ke dalam sungai. Keadaan di jambatan semakin gawat apabila
makcik-makcik tadi datang melihat apa yang berlaku. Aku segera
menarik tangan Fatihah yang sudah kepucatan. Dan untuk pertama
kalinya aku melihat wajah Fatihah yang sebenar, wajah tanpa tudung
yang sudah terlucut. Ya tuhan..jelitanya Fatihah! Tanpa membuang
masa aku mengapungkan tubuh Fatihah agar mudah mengheretnya ke
tepi. Pautan tangannya di bahu terasa begitu erat sekali.
“Fatihah!!” Belum sempat aku mengangkat tubuh Fatihah Miss dan
kawan-kawannya sudah meluru kearah kami. Tubuh Fatihah yang
lembik itu dipapah naik ke atas. Tinggallah aku keseorangan dalam
sungai, masih terpana dengan kejelitaan Fatihah. Beberapa orang mak
cik mengarahkan agar Fatihah dibawa pulang setelah dia tersedar.
Dan aku cuma dapat memandang mereka meninggalkan sungai itu
tanpa memikirkan aku yang masih belum naik ke tebing.
“Woi Keon! Kau nak bertapa apa?” Arie sudahpun menghulurkan
tangan untuk membantu. Huluran itu kusambut pantas dan aku
melompat naik ke tebing. Tanpa lengah aku duduk di belakang basikal
Rapie dan kami bergerak pulang.
“Nasib baik tak mati cucu pak imam,” ujar Rapie agak gerun. Maunya
meninggal si Fatihah tu, separuh abadlah kami dalam penjara.
“Hai..kan ke ada hero..?” Arie menguntum senyum. Aku cuma
tersengih sambil menahan kesejukan.
“Aku rasa Keon pun patut tulis surat…” Rapie tiba-tiba bersuara.
“Merepeklah kau!” aku menggeleng kepala. Dalam hati berdebarnya
tuhan saja yang tahu…Fatihah..oh Fatihah..

******
KELAS kembali bising setelah cikgu Zatur Rawihah keluar dari kelas 5
Ikhlas. Arie menghilang ke kelas sebelah. Entah apa yang ingin
dibuatnya. Aku cuma menongkat dagu sambil memikirkan betapa
bosannya duduk di kelas ini untuk 2 jam subjek Geografi hari ini.
Cikgu Zulia kabarnya MC. Sejak bulan puasa ni selalu saja MC.
“Keon,” Alamak…Erina sudahpun melabuhkan punggungnya di sisiku.
Aku angkat muka perlahan-lahan. Wajah Erina yang putih gebu itu
kutatap.
“Mengantuk?” soalnya sambil tersenyum manis. Aku cuma tersengih.
Agaknya kalau aku berterus terang yang sebenarnya aku ingini
mengisi kekosongan masa ini dengan tidur tentu dia kecil hati. Aduh…
“Malam tadi Erina telefon Keon, tapi Keon tak balik dari terawih
lagi..ingat Keon telefon Erina balik,” Erina menguis-kuis sampul
mejaku yang sudah terkoyak.
“Kenapa telefon?” soalku.
“ingat nak ajak Keon berbuka di rumah malam ni,” Erina mengukir
senyum yang paling manis. Aku terpaku. Ajak aku berbuka
pulak..sambil menggaru kepala yang tidak gatal aku merenung Erina.
“Erina nak ucapkan terima kasih…latihan Fizik hari tu Erina dapat 98%
tau..” ujarnya bangga. Aku sengih lagi. Iye tak ye..aku punya berapa
agaknya ye..
“Boleh tak Keon?” pinta Erina lagi. Aku tidak menjawab. Leceh nak
berbuka di rumah orang ni. Nanti mesti parents dia ingat aku ni ada
apa-apa dengan Erina. Lepas tu nak jawab soalan-soalan cepu emas
dari emak lagi..kena perli dengan kakak aku yang bernama Asmawati
tu lagi…lepas tu kalau Fatihah tahu gerenti dia merajuk gila..iye la
kan…mesti dia jealous aku berbuka di rumah Erina…he he he…saja
buat cerita bohong..nanti si Minah tu mesti meluat habis…bukan
apa..biar dia sakit hati bila tahu rekaan aku ni…
"Apasal senyum sorang-sorang ni?” soal Erina hairan.
“Ha? Tak ada apa-apa…” aku tersengih malu. Buku teks Geografi
kuletakkan di atas meja. Kalau aku tahu cikgu Zulia tak datang tak
payah aku susah-susah menapak ke blok C meminjam buku Kassim
Bantut. Menyusahkan student aje…rungutku sendiri. Rungutan student
tak tahu diuntung!
“Keonn!!” Alamak…Erina separuh menjerit apabila aku angkat
punggung. Aku tersengih bersalah, dan kembali menghampirinya.
“Keon tak tahu lagilah..nantilah…petang ni confirm,” Aku memberi
jawapan dan yang pasti aku malas nak pergi. Dia tu anak orang kaya,
siapalah kalau nak dibandingkan dengan aku yang cuma anak ketua
kampung sahaja. Cuma hansem je boleh harap! He..he..he..Langkah
kuatur pantas menuju ke blok C. Tiba di hadapan 4 Ikhlas aku
memperlahankan langkah. Kesempatan ini kuambil untuk mengintai
Fatihah. Peristiwa malam tadi membuatkan aku rasa bersalah. Pelik,
selama ini aku tidak pernah dilanda perasaan begini kalau
mengenakan orang. Seronok lagi ada! Tapi dengan Fatihah, aku tak
tahu kenapa, angin cinta kot?
“Apa kau buat kat sini?!” Opocott!!! Aku pantas berpaling ke belakang.
Si Laser, Pojiemah, Maya, si amoi Anny dan Bini Popeye sedang
merenungku tajam, membuatkan aku rasa nak bunuh semuanya
kerana mengterkejutkan aku sampai terperanjat beruk. Kesian si
Fatihah…niat aku nak ajar si Laser tu..tapi dia pulak jadi mangsa. Tapi
nak buat macammana kan? Sapa suruh terkejut?
“Kau cari siapa? Fatihah?” Anny tersenyum menyindir, sebijik macam
amoi jual terung kat Pekan Rabu.
“Kalau kau nak tahu Fatihah tak datang hari ni..” Linda pula
menyampuk.
“Kenapa dia tak datang?” pantas aku bertanya.
“Lagi mau tanya! Sendiri mau ingatlah! Hei lelaki beruk…dah lupa apa
kau buat semalam?” Pojiemah menjerkah garang. Cermin mata
separuh bingkainya yang jatuh ke hujung hidung ditolak ke atas.
“Yang mana satu yek? Masa aku pegang tangan dia ke..masa aku
peluk dia?”
“Jangan nak menggatal! Hei, dengar sini..sebab kaulah Fatihah
demam terkejut….tau!”
“Kau tau tak Mak uda siti dah tau segala-galanya…” Alamak..ugutan
Pojiemah itu membuatkan aku terasa seram.
“Alah..korang tu dengki sebenarnya…tak apa…malam ni aku tolong
selamatkan korang pulak..Tunggu kat jambatan tau…nanti aku
datang..maklum la aku ni kan hero ala-ala Leonardo de Caprio…
kan..korang nak aku CPRkan korang pun boleh!” aku tersenyum
selamba. Padan muka korang!
Eh bodoh! Kurang ajar betul la kau ni..ingat kita orang ni apa? Dah,
Blah!! Semak kelas aku kau ada kat sini…” Kelima-lima mulut api itu
berlalu ke kelas. Eleh, bukan bapak kau orang punya sekolah ni!
Tanpa memperdulikan mereka aku meneruskan destinasiku. Kelihatan
Kassim Bantut sedang sibuk menyimpan bukunya. Kassim ni memang
terkenal dengan kerajinan dan kegeniussannya. Baik pun baik, oleh
kerana itulah aku lebih senang study group dengannya bila ada
kelapangan. Tapi, kenapa Erina tidak pergi kepadanya? Kasim pun
genius macam aku jugak!
“sim!” Kassim mengangkat muka. Senyumannya menyapa bila aku
menghulurkan buku teks Geografinya. Tanpa dipelawa aku
melabuhkan punggung di sisinya. Kelasnya juga tiada guru yang
mengajar. Musim-musim puasa begini tidak ramai guru yang masuk
ke kelas. Tambahan pula selepas Hari Raya Puasa nanti kami pelajar
form 5 diwajibkan menyertai kursus motivasi dan persediaan SPM di
Port Dickson. Jadi, pelbagai mesyuarat diadakan sempena kursus
tersebut. Dengar khabar kursus ini ditaja sepenuhnya oleh Dato’
Fahmi, bapa Erina selaku Pengerusi PIBG. Hemm..jutawan, bolehlah
nak sponsor ringgit ribu-ribu punya…Aku menarik kertas latihan Add
Maths Kassim yang terletak di atas meja. Masih ada dua soalan yang
belum berjawab.
“Eh Keon, betulkan kau selamatkan budak baru tu semalam? Siapa?
Fatihah?” soal Kassim tiba-tiba.
“Wah…mana kau dapat cerita ni?” soalku.
“Ala…kau tu..macam aku tak tau kes dia tempeleng kau ari tu…lagipun
dia kan cantik..mesti aku kenal…” kassim tertawa kecil. Terasa lucu
pula mengenangkan peristiwa haru malam tadi. Peristiwa yang
mungkin tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kejelitaan Fatihah,
genggaman eratnya, renungannya….
“Excuse me…” aku tersedar dari lamunan. Seorang pelajar lelaki
sedang berdiri di sisiku. Muka boleh tahan..ada la macam hero
hindustan.
“Apasal ni?” soalku. Rasanya tak pernah jumpa budak ni. Berani pulak
tu dia excuse ngan aku…
“Err…Keon, lupa aku nak beritahu kau…ini Hafiz, baru masuk tadi,”
Oo…aku mengangguk faham lantas tersenyum padanya.
“Keon,” aku menghulur tangan tanda salam perkenalan. Hafiz
tersenyum menyambut.
“Tengku Hafiz,” ler…kerabat rupanya…patutlah lain je gayanya…
“Keon ni budak kelas 5 Ikhlas, nu kat blok B sana,” Kasim
memberitahu. Hafiz cuma tersenyum.
“Tak silap macam pernah jumpa sebelum ni…pernah ke SUKMA ke?”
soalnya.
“Err..tahun lepas,” aku memberitahu.
“Kalau kau nak tahu Keon, dia ni wakil Perak tahun lepas…takkan
korang tak terjumpa kot..” aku senyum. Orang ramailah bongok!
Lagipun tak ada masa aku nak kenal sesiapa kat sana..
“Team you all ke yang lawan dengan Kelantan menang 3-1?” soalnya
lagi. Aku pandang Kassim semacam.
“Hemm..yelah..” jawabku berat.
“But, bila lawan dengan Perak you all kalah teruk kan?” aik…aku
pandang Kassim di sebelah. Kasim cuma angkat bahu.
“You la yang terseliuh minit pertama tu kan?” Hafiz tersenyum..aku
tak pasti adakah senyumannya itu ikhlas atau tidak.
“Dah ditakdirkan team awak nak menang…kami tak rasa apa-apa
pun…” jawabku tenang. RINGG!!!!! Loceng berbunyi nyaring tanda
waktu persekolahan sudah tamat.
“Okey la Sim, Hafiz, aku chow dulu,”
“Okey..jangan lupa petang ni Keon…aku datang lepak kat gerai
Rapie..”

*******

“KEON!!!! Bangun!” laungan emak kurasa sayup-sayup kedengaran.


Jam di dinding kujeling. Sudah pukul 6.35, tertidur rupanya
aku..Tanpa lengah aku segera mengemas meja study. Gambar rajah
katak yang cikgu Rozalina arahkan supaya dilukis sudah kusiapkan.
Begitu juga karangan Bahasa Melayu yang dipinta oleh Cikgu Suriana
dua hari lepas, sudah kulangsaikan. Tanpa menanti emak memanggil
buat kali keduanya aku segera melangkah ke dapur. Kelihatan Kak
Ngah sedang sibuk menyiapkan meja untuk berbuka puasa nanti.
“Pergi beli puteri mandi lepat pisang sekali, mak tak sempat nak buat
hari ni,” emak memberi arahan sambil menghulurkan not RM5.00.
“Beli popia goreng sekali, kak long kau pesan tadi, dia nak balik
berbuka sama,”
“Kuih puding roti Mak Uda Siti sekali Keon, abang Hadi suka kuih tu!”
Sampuk kak Ngah. Aku cuma mengangguk dan menghidupkan enjin
motor. Macam-macam selera orang mengandung ni..nak itu, nak
ini..kalau wife aku esok demand lebih-lebih cari sendiri! Tak kuasa aku
nak layan…cewahh..kononnya tu! Dulu sewaktu mengandungkan si
Habil dan Hadzil tengah-tengah malam dikerahnya aku pergi beli mee
rebus Pak Mail di pekan Dong sana. Sudahlah waktu tu cuma ada
motor cabuk aje..terpaksa jugalah aku merempuh malam mencari
kehendak hati kak long. Tiba di gerai mak Uda Siti aku
memperlahankan kelajuan. Kelihatan gerai itu telahpun lengang tanpa
pengunjung. Dan, aku terasa benar-benar bahagia apabila melihat
cuma Fatihah yang ada di situ sedang mengemas apa-apa yang
patut..Peluang baik!
“Hai..” sapaku mesra. Fatihah cuma menjeling sekejap, kemudian
kembali meneruskan kerjanya. Eleh, sombong!
“tolong bungkuskan kuih puteri mandi ni..lepat pisang, puding
roti..and popia..semua seringgit,” Fatihah bangun dan menyediakan
apa yang kupinta. Ketika itu sempat juga aku menjeling ke arahnya,
menyapu bersih wajah jelitanya yang sudah dua tiga malam hadir
dalam mimpiku. Tapi, seguris senyuman pun tidak terbit di bibir
Fatihah, marah benar ke…
“Eh, mana lepat pisang?” soalku apabila huluran plastik itu kusambut.
“Dah habis!” jawabnya tegas. Langsung tidak menunjukkan respon
yang dia suka kat aku.
“Habis itu ada lagi..” aku menunding ke arah empat bungkus lepat
pisang dalam bekas plastik biru.
“Itu orang punya,” jawabnya lagi.
“Habis tu takkan kambing punya kut..” Fatihah mencebik bila aku
berkata begitu. He..he..he..
“Saya nak beli juga, tak kira..saya tau awak tinggalkan itu untuk saya
kan?” Ceh, aku memperasankan diri. Fatihah mendengus geram.
“Pergi beli kat tempat lainlah!” Dia segera mencapai bekas plastik
berisi lepat pisang itu. Amboi…sombong!
“Okeylah..tak nak jual tak apa..hai..apa nasib badan …orang nak beli
dihalau pulak…” aku pura-pura kecil hati tetapi Fatihah langsung tak
angkat muka. Eleh, Sombong! Tak hingin aku nak makan lepat kau!
Macam best! Tanpa menanti aku segera menghidupkan enjin motor.
Namun tiba-tiba aku lihat sebuah Virago menghampiri gerai Fatihah.
Eh, macam kenal je mamat tu…Dan kala itu sempat aku melihat
Fatihah menghulurkan lepat pisang tadi kepada pemuda itu sambil
tersenyum manis.

******

HABIL dan Hadzil leka menyusun jigsaw puzzle yang dibelikan oleh
ayah mereka. Aku segera menutup suis komputer dan mendapatkan
anak-anak buahku itu dan menyertai mereka. Sudah hampir sebulan
kak long tidak pulang ke kampung, rindu juga pada anak buahku yang
comel itu.
“acu, acu kata nak ajar lukis love kat komputer tu..” Habil yang manja
menuntut janji.
“Ala..acu lupalah…nanti Habil nak buat love nak kasi kat siapa?” soalku
sambil mengatur bebarapa kepingan kertas itu ke petaknya.
“kat mamalah!” jawabnya.
“Ada pulak kasi kat mama..kasilah kat awek..” jawabku sambil
tertawa.
“Ha..iyelah tu..kecik-kecik dah ajar awek-awek..” sampuk emak yang
sedang menonton tv.
“Hai mak ni, takkan tak tahu orang tu sekarang ni tengah miang
mencari girlfriend!” eh, aku menjeling kak ngah yang suka mengapi-
api.
“Anak ayah..mesti kena ada mak we sekarang ni..kalau tak buat apa
jadi lelaki!” Yes! Aku tersengih kemenangan bila ayah berkata begitu.
“Lagipun, kan anak ayah ni hero…suka tolong orang…cucu pak imam
pulak tu yang ditolongnya..”Alamak..aku tersengih sendiri.
Macammana ayah boleh tahu ni?
“Tolong orang boleh..jangan nak lebih-lebih pulak…jaga nama baik
mak dan ayah keon..ingat tu!”
“Betul kata mak tu Keon..kau tu lelaki..teruna harapan dalam rumah
ni…buruk baik mak dan ayah jugak yang kena nanti..” Ala..aku ikhlas
apa… aku pun tahu nak jaga hati mak dan ayah…
“Tapi kan..yang peliknya kenapa kau tak cerita pun pada mak?”
alamak…lapan pasang mata itu terfokus tepat ke mukaku. Aku telan
air liur bertubi-tubi.
“Entah! Selalunya kalau bab jadi hero kaulah manusia paling bongkak
di alam maya ni, apa? Jejaka Idaman Malaya?” hiee..kalau ikutkan hati
mahu saja aku cilikan mulut kak ngah yang lancang tu. Aku keras tak
menjawab.
“Ayah tak marah kalau Keon nak bermak we..tapi, kena tahu batas-
batas pergaulan..jangan buat benda tak senonoh..” ayah memandang
wajah emak yang putih bersih itu.
“Mana ada Keon buat tak senonoh ayah, usik-usik tu adalah!” aku
membela diri. Memang selama ini aku tak pernah sentuh perempuan.
Setakat menyakat tu biasalah, kan ke aku ni nakal sikit…
“Ayah dengar kau selalu kacau budak-budak tu..” Alamak..dadaku
berdegup kencang. Ayah syak ke aku ada hati dengan Fatihah?
“Ma..mana ada ayah!”
“Eleh..jangan nak tipu..macam kami tak tahu..” kak ngah dah
tersenyum-senyum kambing. Kak long yang sedang mengunyah
kacang turut tersengih.
“Entah, kami tahu kau ada hati kat…” dada ku macam nak meletup.
Muka aku yang putih kemerah-merahan bertukar macam muka mayat.
Ayah dan emak cuma berpandangan.
“Apa?” suaraku pecah di kerongkong.
“Kami tahu kau ada hati kat…”
“Kat sapa kalau tahu sangat?” soalku tak sabar. Mampus! Aku rasa tak
dapat bernafas kali ini.
“Ala..dekat Misliza anak Pak Amad Apam balik tu!”
“Wargh!!Kah!!Kah!!” terhambur tawaku bila kak ngah berkata dengan
penuh confident. Ada ke aku ada hati dengan budak tak cukup budi
bahasa tu..buang karan!
“Silap besar beb! Not my taste!” Aku segera masuk ke bilik. Sebelum
mereka membuat pelbagai spekulasi bodoh baik aku cabut. Tiba di
kamar aku merebahkan badan di atas katil. Kad raya yang kubeli di
pekan tadi ku belek lama. Hai, tak pernah-pernah beli kad raya tahun
ini aku pecah rekod beli kad raya. Kad raya yang peminat-peminat aku
bagi pun aku tak balas. Kali terkhir aku beli kad raya masa darjah dua
dulu. Itu pun cuma dua keping. Satu untuk girlfriend aku. Jasmin
Delilah Fazri namanya. Anak campuran cina-melayu yang paling aku
minat waktu itu. Matanya tidak sesepet mata si Janariah, tapi matanya
coklat warna hazel. Suka bertocang dua dan memakai beg sekolah
jenama KIKILALA. Tapi tak sampai setahun Jasmin berpindah ke
Seattle kerana bapanya mendapat tawaran belajar ke sana. Tinggallah
aku keseorangan di kampung ini. Hingga kini aku masih
mengingatinya. First girlfriend beb! Kad raya yang satu lagi untuk
cikgu Bahasa Inggeris aku. Cikgu Zulia Jais namanya. Cikgu ni
memang baik dengan aku. Jangan tak tahu kerana sayangkan cikgu ni
aku selalu belajar bersungguh-sungguh dan aku selalu score 100
dalam peperiksaan. English excellent lagi…Tetapi, sewaktu aku berada
di darjah lima, cikgu Zulia berpindah sekolah. Saat ini, sewaktu aku di
tingkatan lima, aku bertemu juga dengan cikgu yang bernama Zulia.
Tapi dia tidak sebaik cikgu Zulia waktu aku darjah dua dulu. Cikgu
yang sorang ini garang nak mampos!
Berbalik pada kad raya tadi, aku sengih sendiri. Berani ke aku nak
poskan untuk Fatihah ni? Tadi puas aku pujuk si Wati anak kak Shiela
tolong belikan setem. Budak tu memang liat sikit, tapi dah aku upah
dengan ais krim baru nak tolong. Nak ais krim pulak yang mahal-
mahal saja. Lain kali tak ingin aku nak mintak tolong lagi. Aku capai
pen dan mula ke meja tulis. Apa aku nak tulis ni ye..manalah tau
kalau-kalau si Fatihah tu tak sudi kat aku..iyelah..aku ni walaupun
handsome…tapi bukan anak orang kaya…perempuan sekarang ni
manalah tahu… Kalau dipadan-padankan..okey jugak aku dengan si
Fatihah tu. Setahu aku dia aktif dalam kesenian. Johan tilawah al
Quran masa di sekolah…wakil pantun..Eleh..aku pun tau jugak
berpantun setakat pantun dua tiga kucing berlari tu..kalau dia johan
tilawah..ni dia johan azan peringkat daerah….wahhh…tak cukup
dengan tu aku pernah jugak wakil sekolah dalam bola
sepak..takraw..so apa lagi yang kurang? Cakap! Cakap! Kalau dia nak
bandingkan rupa..tengok muka mak dan ayah dah boleh bayangkan
wajah aku ni macammana. Ramai orang kata rupa aku ni cute, mata
aku yang coklat hazel ala-ala mata Jasmine membuatkan ramai yang
tertawan. Arwah nenek aku dulu selalu kata muka aku ni orang mudah
sayang, hati yang panas boleh jadi sejuk bila tatap muka aku…muka
baik kut..Whateverlah! Yang penting aku akan luahkan isi hati aku
yang suci murni ni. Lelaki sejati mesti berani terima risiko. Dulu ayah
selalu kata anak lelaki kena berani. So inilah anak ayah! Aku senyum
dan mula mencoret. “Salam cinta abadi buat Fatihah yang Iddin
sayangi…”

******

“KEON!!! Sini la!” Aku tidak jadi berpatah balik ke library, tertingal
nota Kimia yang baru ku photostat tadi. Erina tersenyum panjang dan
berlari mendapatkan aku. Erina senyum semakin lebar bila
senyumannya kubalas.
“Dari mana ni?” soalku.
“Dari computer lab..Mrs. Azue minta Erina tolong buatkan analisis
untuk subject LK,” dia seolah mengadu. Aku cuma tersenyum. Aku
peduli apa?
“Sebenarnya Erina nak mintak tolong Keon ni,” Erina mula
mengeluarkan kertas dari failnya. Alamak…
“Ini latihan Add Maths yang cikgu Asfaliza bagi…tapi biasalah , bila
Erina tak dapat buat Keon la tempat Erina minta tolong,” Aku dah
agak dah!
“Err..”
“Pleasee…” Erina merengek manja. Alamak..leceh! Aku cuma tersengih
sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Apa a ku nak buat ni?
“Err..Keon sebenarnya nak pegi library ni…ada kerja sikit..” Jawapan
yang kuberi membuatkan muka Erina mencuka. Takkan marah kut!
“Sorry la ye..” aku terus melangkah ke library. Bukan apa, aku sudah
berazam untuk tidak menjalinkan hubungan dengan orang lain lagi.
Dalam erti kata lain aku tak mahu terikat dengan apa-apa gossip
selepas ini. Aku amat pasti kad raya untuk Fatihah yang kusuruh si
Wati poskan sudah dalam perjalanan ke destinasinya. Tiba di depan
library aku segera menuntut notaku yang tertinggal tadi. Tetapi tiba-
tiba…Fatihah tertawa kecil sambil menghulurkan beg kepada Hafiz.
Serta merta terasa darahku tersirap ke muka. Amboi…mesranya…
mengalahkan hero dan heroin filem hindustan! Siap tolong ambilkan
beg si Hafiz tu lagi….. Cis! Berani si hafiz tu potong line aku! Aku cuba
menahan gelora saat mereka melawatiku. Jangan tunjuk sangat
kebakaran yang melanda jiwa..lelaki sejati kena cool man..
“Hi Keon!” Fatihah menyapaku disulami senyuman Hafiz di sisinya.
Aku tidak menjawab. Bangga la tu! Tak pernah-pernah sudi menegur
aku hari ni pulak sengaja nak menduga hati aku la tu! Tak tunggu
lama aku segera meninggalkan library. Kedua merpati gatal itu kulihat
membelok ke Lab Com. Hemm..masuk lab pulak…aku segera
mengekori mereka. Kelihatan Erina sedang tekun merenung skrin
komputer. Si uda dan dara miang tu pulak duduk selang sebuah
komputer dari Erina. Sengaja nak menunjuk la tu! Nanti kau Fatihah!
Aku melangkah mara menuju ke arah Erina.
“Hi Erina!” Erina tersintak. Aku tersenyum sambil melabuhkan
punggung, rapat di sisinya.
“Keon..kata tadi-“
“Kata tadi tak tau macammana nak buat dalam Excel..mari Keon
ajarkan..okey sayang?” Erina hairan namun masih mampu tersenyum
bangga. Sementara itu aku dapat menangkap jelingan tajam Fatihah…

******

ALUNAN lagu If You Only Knew nyanyian Gill menusuk ke dalam


lubang telinga. Ah…benci betul mengenangkan peristiwa tadi. Tak
kusangka Fatihah begitu mudah jatuh ke tangan Hafiz. Apa kurangnya
aku ni? Kalau aku tahu mati hidup balik aku tak kasi surat tu. Inilah
yang dikatakan perasan! Sayangnya, sebaik saja balik dari sekolah
tadi aku terus mendapatkan Wati. Tapi katanya kad itu sudah
diposkan dua hari lepas. Mati aku! Tentu si Fatihah sudah tahu
perasaanku padanya lalu sengaja menunjukkan kemesraan dengan
Hafiz di sekolah tadi. Iyalah..aku mana setanding dengan boyfriend
dia..aku cuma anak kampung. Si Hafiz tu pula anak kerabat..mewah
segala-galanya..mana nak lawan dek non ooii!
“Ha Keon..kenapa tak dimakan lepat pisang tu…selalunya kalau tak
ada masam!” sapa emak bila melihat lepat pisang di dalam piring
masih belum luak. Aku cuma memandang lepat itu tak bernafsu.
“Penat je kak Ngah pegi beli kat Mak Uda Siti tadi..” hemm..lagi la tak
berselera aku bila tahu dari mana datangnya lepat pisang itu.
“Kau ni sakit apa tak boleh bercakap ni?” soal emak bosan bila aku
cuma membisu seribu bahasa.
“Ha ah kan, mak? Tadi berbuka pun nasi tak habis..ni, lepat pisang ni
yang paling confuse..tak lalu makan mak!” Kak Ngah berceloteh
macam murai tercabut ekor. Aku menjelingnya..bising je! Tau la orang
nak makan ke tidak!
“Keon..kenapa ni? Demam ke?” soal emak bimbang. Aku cuma
menggeleng kepala. Kunci motor atas meja kucapai. Satu hari ini aku
mogok tak keluar rumah. Puas si Arie telefon ajak lepak di gerai
burger Rapie tapi macam-macam alasan aku bagi. Kalaulah dia orang
tahu aku frust dengan Fatihah mesti dia orang gelakkan aku. Lebih
maut kalau dia orang tahu selama ini aku meminati Fatihah dalam
diam!
Angin malam bertiup lembut menyegarkan tubuh. Aku menunggang
seperlahan yang mungkin. Malam ini pertama kali aku ponteng
terawih. Aku tahu kalau aku pergi mesti Fatihah ada sama. Tentu
rahsia aku akan terbongkar kerana aku amat pasti dia telah menerima
kad raya aku. Menyesal pulak rasanya taruk nama penuh. Nama
penuh? Aku tersenyum sendiri. Tentu Fatihah terkejut dengan
kehadiran kad raya itu. Yang penting mesti dia tercari-cari siapa jejaka
idaman malaya bernama ‘Fahmi Zikrul Iddin bin Hanafi’ yang
meminatinya dalam diam..memang tak ramai yang tahu nama penuh
aku ni kerana aku lebih dikenali sebagai Keon. Aku pun tak sangka
gelaran semasa kecil itu kekal hingga ke hari ini. Dulu ayah kata aku
suka sangat mendengar bunyi burung kuang. Jangan tak tahu semasa
aku berusia 1 tahun ayah pernah bawa aku masuk hutan! Entah
kenapa aku tertarik sangat bunyi burung itu. Setiap kali burung itu
berbunyi aku akan mengajuknya dalam versi terbalik. Bila burung itu
berbunyi ‘kuang!!’ aku akan ajuk ‘keong’, maka akan kedengaranlah
bunyi ‘kuang! Keong! Kuang! Keong!’……Dan sejak hari itu aku digelar
Keon.
“Keon!!” aku hampir-hampir tidak dapat mengawal motor bila disergah
begitu. Tak perasan rupanya aku dah terlajak ke depan.
“kau ni berangan ke?” Arie menggeleng kepala. Aku cuma tersenyum
dan parking motor di sisi motor Arie. Rapie, mahat, Asyid, Herman,
Aiezam dan Azman Jan cuma tersengih memandang. Sup ekor milik
Arie kusambar pantas.
“Kau ni suka sangat semangkuk, sesudu dengan aku..apa kau nak
sehidup semati dengan aku ke?” soal Arie sambil meminta Asyid
menyediakan semangkuk sup lagi. Aku cuma tertawa kecil.
“Eh, macam Fatihah and the gang!” What? Kalau aku sperman
sekarang juga aku cabut lari, tak sanggup rasanya berdepan dengan si
Fatihah! Tapi, kerana aku lelaki sejati dan kerana aku tahu mukaku
tetap cute walaupun akan dimalukan, aku buat selamba. Fatihah
semakin menghampiri dan berhenti di sisi meja tempat aku dan
kawan-kawanku duduk.
“Hai Miss…nak makan sup ke?” Rapie menegur ramah walaupun bukan
dia tuan punya gerai. Aku semakin tunduk menghirup sup ekor Asyid.
“Kau yang gatal-gatal bagi kad raya kat aku ye?” soal si laser garang.
Rapie tersengih malu.
“Takkan marah kut..orang kasi kad nak mintak maaf..raya dah dekat
ni..” balas Rapie selamba.
“Ni si rabun ni…pun sama gatal dengan tali rapia ni..sapa suruh kau
kasi kad ‘Istimewa Buat Kekasihku” hah?? Kalau bapak aku tahu apa
aku nak jawab? Aku bukan girlfriend kau, reti!” Si amoi pulak mencari
sasaran.
“Anny marah? Nanti kena jual…” Arie menyakat. Kami tergelak kecil.
“Korang ni memang mengada-ngada…Eh Asyid, kalau setakat muka
hansem..tapi berkawan dengan jin afrid-jin afrid ni..sorry!” Pojiemah
merenung Asyid yang cuma tersengih tak terkata. Masing-masing
cuma berpandangan sambil tertawa kecil bila di’ambush’ oleh ratu-ratu
celupar ini.
“Kau ni kasi kad raya kat sapa pulak, jin?!” jerkahan daripada si laser
membuatkan aku hampir-hampir tertelan ketulan daging yang masih
panas. Kurang asam betul si laser ni..
“Eh, apa kelless kasi kat kau dan kengkawan kau ni…Lainlah kalau
Erina…baru ngam!” jawapanku itu membuatkan Fatihah merenungku
sebelum tunduk membisu. Eh..apasal lak?
“Bukan boleh percaya kau tu..dah la! Benci aku duduk kat sini! Jom
kita balik!” si laser mula melangkah pergi. Seorang demi seorang
temannya mengekori, tetapi Fatihah masih terpaku tidak bergerak.
“Fatihah!! Cepatlah!” Miss melaung, dan sebelum berlalu Fatihah
sempat menoleh kearahku. Cukup membuatkan kawan-kawanku
tertanya-tanya. Alahai..muka kesianlah tu!
“Kenapa si Fatihah tu Keon? Dia pandang kau semacam je..” soal Arie
pelik.
“Manalah aku tau..cuba kau tanya dia..” jawabku selamba. Aku
kembali menghirup sup yang lazat itu. Namun sinar mata Fatihah
masih melekat di hatiku..Adakah itu tandanya…..??

*****

HARI ke 25 ramadhan cukup melesukan. Aku cuma menghabiskan


masa dengan melepak di kelas 5 Rajin. Untuk ke kelas Kassim Bantut
pun aku tak ingin. Meluat tengok si boipren Fatihah yang dah pandai
berlagak sekarang. Sejak datang ke sini seorang demi seorang
dibelinya dengan wang ringgit untuk menguatkan
pengaruh..termasuklah Fatihah! Tak sangka aku si Fatihah
materialistik rupanya..Ah, tak guna aku berebut perempuan..lebih baik
aku concentrate pada exam tak lama lagi. Sekurang-kurangnya,
walaupun aku tak sekaya Hafiz, tapi aku lebih bijak, genius, teror,
macho, hansem, cute, dan sewaktu dengannya daripada Hafiz. Lebih-
lebih lagi tak lama lagi MSSM..aku mesti berusaha agar terus kekal
dalam team Pahang untuk merebut kejuaraan. Tak dapat Fatihah pun
bukan mati. Tapi luka tetap ada apa…..
Hari terakhir persekolahan ini memang seronok. Cikgu pun tak ada
yang masuk. Kesempatan ini kuhabiskan dengan merayau-rayau di
sekitar sekolah. Puas melepak di kelas 5 Rajin aku berhijrah pula ke
kelas 5 Cergas, kelas Rapie, Asyid dan Herman yang sentiasa macam
pasar borong.
“Hoi Keon!!” Perbualan kami terhenti. Segera aku berpaling untuk
melihat siapa yang memanggilku dengan cara yang paling kurang ajar
itu. Hafiz sedang berdiri di muka pintu kelas 5 Cergas dengan
sombongnya.
“Keluar kau, aku ada hal sikit,” Aku cuma mengangkat bahu.
“Fine, apa dia?”
“Aku panggil kau ke sini!” Wah…ini sudah lebih..
“Aku nak jumpa kau ke …kau nak jumpa aku?” soalku balik. Belum
sampai sebulan di sini dah pandai nak tunjuk belang. Dia ingat aku ni
apa? Ni dia Naib Presiden Silat Gayung SMD!
“Kalau takut tu cakap ajelah!” sindirnya sambil tersengih. Aku rasa
darahku sudah menyirap kemuka..tapi sabar..sabar…
“Aku tak ganggu kau okey? Sebelum aku patahkan gigi kau, baik kau
blah,” ujarku tenang.
“Eh, kau siapa nak halau aku ni? Aku kalau setakat kau dengan
kawan-kawan kau tu..macam ni tahu?” Hafiz memetik jari, kemudian
menunding ke arah kasutnya.
“Eh, kalau kau rasa kau bagus, tunjuklah kehebatan kau tu!” cabarku
geram. Pelajar-pelajar lain mula memberi tumpuan kepada kami.
“Hafiz! Kenapa ni?” tiba-tiba Fatihah muncul di situ, tambah
membuatkan hatiku membara.
“Tak ada apa-apa Fatihah, cuma kita bila orang menghulur, baik kita
menerima daripada jadi bacul!” Hafiz menjawab, seolah-olah aku yang
memulakan segalanya.
“Eh, kau jangan nak cabar aku tahu…aku puasa ni..” Arie menepuk
bahuku agar bersabar.
“Keon, awak ni kenapa? Awak kalau setakat jahat kat kampung
sudahlah..jangan nak tunjuk belang awak kat sini pulak…awak tak
malu ke? Takkan dengan Hafiz pun awak nak bergaduh?” kata-kata
yang terlontar dari mulut Fatihah kurasakan bilahan pedang menghiris
jantung. Tambah sakit hati bila Hafiz tersenyum kemenangan.
“Eh Fatihah, kau jangan masuk campur okey? aku tak pernah cari
gaduh dengan kekasih hati kau ni…kau jagalah kekasih kau ni baik-
baik..kira nasib baik aku tak bedal dia hari ni..sebab aku tak suka
mencari kesalahan orang lain..” aku menahan sabar dan berpaling
untuk pergi. Sakitnya hati aku tuhan saja yang tahu.
“Jantan apa kau nie berani dengan perempuan aje?..” Langkahku mati
bila Hafiz berkata begitu.
“Kau ni nak sangat ke?” Tanpa menunggu aku menerpa ke arah Hafiz.
Pergelutan terjadi dan aku menumbuk Hafiz bertubi-tubi. Keadaan
semakin parah dan kami dikerumuni. Peduli apa, pantang betul bila
orang usik aku, nak pulak bila Fatihah gatal-gatal masuk campur.
“Keon! Hafiz! Sudahlah tu!” suara Fatihah tenggelam timbul di
telingaku. Ah..ini semua pasal kau!
“Iddin!! Iddin stop it!!” suara lantang itu membuatkan aku terhenti.
Leher baju Hafiz kulepaskan. Darah yang meleleh di bibir kukesat
kasar.
“Apa nak jadi dengan awak ni?? Nak jadi samseng?” cikgu Zulia
berteriak garang. Aku cuma tunduk membisu. Biarlah orang tua ni nak
membebel, aku peduli apa janji hati aku puas.
“Dua-dua ikut saya!” Arahan tegas cikgu Zulia membuatkan Fatihah
tersintak. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah. Aku tak
peduli lagi, yang aku tahu selepas ini pasti hukuman daripada
pengetua menanti.

******

HATIKU pedih, sakit dan perit seperit birat rotan di punggungku ini.
Hadiah hari raya daripada badan disiplin dan pengetua. Ah..semuanya
kerana Fatihah!!! Tidak pernah aku jadi begini, lebih-lebih lagi
menerima hukuman disaksikan oleh seluruh warga SMD hanya kerana
perempuan! Ah nasib..nasib..Di luar kelihatan ayah sedang sibuk
menyiapkan pelita panjutnya. Memang menjadi kemestian setiap kali
lebaran menjelma ayah tak pernah lupa membuatkan pelita panjut
keliling rumah dan sering menjadi mangsa leteran emak. Macam
budak-budak kata emak. Aku tersenyum lucu mengingatkan gelagat
mak dan ayah tapi adoiii…bibir yang pecah masih terasa sakit. Aku
ingat lagi betapa bisingnya mulut emak bila aku pulang dengan lebam-
lebam di muka. Ah, usah dikenang benda dah jadi! Yang pastinya, aku
akan mnyambut lebaran dengan muka yang dah remuk ni! Kalau
difikirkan menyesal rasanya bertumbuk dengan bedebah tu..dah tak
hensem aku ni..
“Keon!!!” suara emak melaung nyaring mematikan hayalan.
Alahai..malasnya nak bangun..aku menjeling ke arah jam dinding…dah
pukul 7.00 petang..beberapa minit je lagi nak berbuka puasa.
“Keon mari sini kejap!” laung emak lagi. Aku bergegas bangun dan
keluar menuju ke dapur.
“Ada apa mak?” soalku boring.
“Pergi hantarkan bubur kacang ni ke rumah Mak Uda Siti kau..”
Errkkk!! Aku rasa ada sesuatu lekat di kerongkong. Tak mungkin…
“Ala..malas la mak..Keon penat ni..lagipun tak lama lagi nak berbuka…
apa kata suruh kak ngah?” Kak Ngah menjelir lidah. Hemm..dasar
pemalas betul!
“Pergilah..tak lama lagi nak berbuka ni..kesian mak uda siti kempunan
bubur kacang mak ni..” pujuk mak. Aku mengeluh lemah..bukan apa,
aku dah tak mahu menatap wajah Fatihah lagi..mencium baunya pun
aku tak mahu..nanti makin pedih hati aku ni..
“Pergi cepat!” gesa emak sambil menghulurkan tupperware biru
kepadaku. Aku tak ada pilihan lain dan mengangkat punggung..

******

RUMAH Pak imam yang bercat kuning itu kelihatan cukup meriah.
Kereta berderet-deret di halaman rumah. Maklumlah, Pak Imam ni
ramai anak. Kata emak Mak Uda Siti ni isteri kedua selepas isteri
pertama Pak Imam meninggal ketika bersalin anak keempat. Sewaktu
berkahwin dengan Mak Uda Siti anak-anak isteri pertama semua
sudah bersekolah menengah, sebab itulah aku tidak tahu yang pak
imam ada cucu bernama Fatihah!
“Keon! La…kenapa terpacak kat situ? Mari masuk!” Pelawa Mak Uda
Siti di muka pintu dapur. Nampaknya dia tidak berniaga hari
ini..almaklum ler..esok nak raya..
“Tak apalah Mak Uda..ini bubur kacang mak kasi,” Tupperware biru itu
kuhulurkan kepadanya.
“Terima kasih banyak la..eh, alang-alang nak berbuka mari berbuka
kat sini Keon,” pelawa mak Uda Siti ikhlas.
“Terima kasih banyaklah mak uda..” aku menolak sopan. Tak mahu
aku berdepan dengan Fatihah! Enjin motor segera kuhidupkan.
“Keon!” suara pak imam jelas kedengaran. Aku tak jadi menekan gear.
Pak imam menghampiriku sambil tersenyum.
“Dah tak sudi ke nak berbuka dengan tok guru?” soalnya sambil
menepuk bahuku.
“Bukan macam tu pak imam..err..err..” aku tergagap-gagap mencari
alasan.
“Dah, nak masuk waktu dah ni..mari kita masuk,” mak uda siti
menggesa. Aku benar-benar terjerat. Saat itu azan magrib telahpun
bergema dan tanpa sedar lenganku sudah diheret masuk…..

******

AKU rasa kedatanganku ke rumah pak imam satu kesilapan besar


yang pernah aku buat. Dugaan yang maha hebat! Sewaktu berbuka
tadi aku dipinta membaca doa berbuka. Memang selama ini aku
tukang baca doa kat rumah, tapi tak pernah di rumah orang lain.
Selepas itu bila aku nak balik dihalang, disuruh berjemaah sama. Kira
okey la tu. Tapi, macam nak terkentut bila pak imam menyuruh aku
jadi imam. Tuhan aje yang tahu betapa gabranya aku saat itu.
Tambahan pula aku mengimami seluruh ahli keluarga itu! Anak-anak
pak imam dengan isteri pertama tu bukan aku kenal sangat! Tapi
syukurlah! Segala ajaran pak imam semasa kecil dulu kupraktikkan
sebaik mungkin. Mungkin inilah buah tanganku untuk guru agamaku
yang baik itu, yang banyak memberi didikan akhirat yang tak kulupa
hingga kini.
Tapi aku rasa tak selesa bila bapa Fatihah asyik bertanyakan latar
belakang aku. Apa, macamlah aku ni boyfriend anak dia! Aku ni siapa,
tak setanding dengan Fatihah. Dan hari ini aku dapat merasakan
jurang antara aku dan Fatihah makin jelas. Bapanya ADUN di Perak
beb! Lagi aku rasa macam langit dengan bumi, macam benua artatika
dan antartika jauhnya. Macam mercuri dengan zink bezanya…Tapi…
Fatihah bijak kerana memilih Hafiz..semoga kau bahagia Fatihah!
“Wah…berbuka dengan bakal mertua nampak….” Aku cuma tersengih
bila emak mengusik begitu. Tebiat apa..aku segera masuk ke dalam
dan bersiap-siap dengan baju melayu hijauku. Hari ini hari terakhir
puasa dan aku tak mahu kerana Fatihah aku akan terlepas bertakbir
malam ini. Biarlah..aku sedar siapa diri aku..siapalah aku….cewah…
nyanyi lagu Amy Mastura pulak! Aku senyum walaupun bibir masih
sakit…

******

BUNYI mercun dan meriam buluh buatan sendiri kedengaran di sana


sini. Dia orang ni nak kena agaknya! Tangkap dek polis baru
tahu..Tapi aku pun join jugak, he he he…Tadi Arie beriya-iya ajak main
lepas sembahyang di masjid. Kalau kena sergah dek polis ni..Ah..aku
nak main puas-puas…kita lepas tension malam ini!! Sebaik saja selesai
bertakbir aku, Arie, Rapie, Asyid, Herman dan Aizam segera
meninggalkan masjid, sasaran kami ke arah sungai tempat kubu
meriam buluh kami. Ha..ha..ha…
Arie segera membakar sabut untuk menghalau nyamuk sementara aku
pula menyalin minyak tanah yang kubeli tadi ke dalam botol. Beberapa
paket karbait turut kubeli. Tak sabar rasanya nak memulakan adegan
pertempuran dengan geng kampung sebelah.
“Keon!” rasa macam suara laser. Aku menoleh. Memang betul! Apa
pulak budak ni buat kat sini?
“Apasal kau datang sini ni?” soalku.
“Eh, sukalah!” laser mejawab. Eleh..sombong..aku mercunkan kau
nanti baru tahu.
“Habis tu nak cari pasal datang ke sini? Nak kena tangkap basah?”
“Hei beruang! Tolong sikit!” Teriak Miss geram membuatkan aku
tertawa. Arie, Aizam, Rapie dan Herman sibuk membetulkan
kedudukan meriam buluh kami di tepi tebing, yang bakal
menggempaqkan kampung malam ini.
“Eh, kau ni, pegi la balik..sibuk je datang sini..kau tau tak setan dah
lepas malam ni…kau tu perempuan..aku ni lelaki…” aku menyakat
Miss.
“Beranilah kau..aku cakap kat ayah aku..” jawabnya. Aku menggeleng
kepala.
“tolong pegang torch light ni,” pintaku. Miss tanpa banyak soal
menyambut huluranku. Hemm..baik pulak budak sekor ni..kalau tak
jangan haraplah..
“Kalau aku cakap sikit boleh?” soalnya.
“Hemm..kau tu..bukan reti cakap sikit..ngape? kau nak cakap kau
jatuh cinta kat aku ke?” usikku lagi.
“Hei bodoh! Tak kuasa aku..”
“Apa? Aku pantang betul orang panggil aku bodoh..”
“Ah, kau tu yang bodoh! Tak ada kerja aku nak jatuh cinta dengan
kau!” balasnya. Eh budak ni! Dalam samar cahaya lampu aku sempat
menjeling ke wajah Miss yang bulat sihat itu. Parut di atas kening
kirinya kelihatan agak jelas. Aku masih ingat lagi bagaimana parut itu
boleh terukir indah di atas kening Miss. Waktu tu kami sama-sama
belajar mengaji di surau dengan pak Imam. Kebiasaannya budak
perempuan mengaji dulu baru budak lelaki. Sebaik saja habis mengaji
apa lagi..berdoyon-doyon budak-budak perempuan menuju ke arah
pokok jambu air yang sentiasa berbuah lebat. Aku memang tak pernah
senang hati bila tengok Miss, entahlah..kami memang tak pernah baik
sejak dari kecil lagi. Bila melihat Miss sudah berada tinggi di atas
pokok waktu itulah aku melontar bangkai ular hijau yang kubunuh ke
atas pokok. Apa lagi, menjerit-jeritlah si Miss dan yang paling sadis dia
jatuh tergolek di atas tanah kerana kainnya tersangkut pada ranting
pokok. Aku dan kawan-kawan tertawa gelihati melihat Miss meraung
kuat dengan dua batang gigi yang terbang serta luka di dahi. Tapi,
saat manis itu cuma seketika bila petang itu pula aku bermain kejar-
kejar dengan emak keliling rumah bila si Pojiemah mengadu pada mak
tentang peristiwa itu. Tapi itu bukan salah aku si Miss jatuh. Sapa
suruh dia terkejut?
“Eh, yang kau tersengih-sengih ni apasal ha?” soal Miss bila perasan
aku sedang merenungnya.
“Kau ni Miss..kau tau tak..malam-malam macam ni tak elok tau kau
bersama-sama lelaki macho macam aku ni..karang kalau jadi apa-apa
kang jangan salahkan aku…setan dah sebulan kena rantai tau!” aku
mengusiknya lagi.
“Kau..aku ketuk kepala kau dengan lampu ni kang…buatlah lagi…”
ugutnya.
“Itulah, orang suruh balik..tak nak balik...sebelum aku ngap kau yang
sihat dan kuat tu…”usikku lagi.
“Apa kau ni? Bodoh!” Kelepukkk! Adoiii!!! Aku meraba kepalaku yang
terasa sakit.
“Padan muka! Nak lagi?” soalnya selamba. Kurang asam betul laser
ni..Sungutku sambil menggosok tempat yang kena ketuk tadi.
“Sebenarnya..Fatihah nak jumpa kau,” bisik Miss perlahan, bimbang
didengari oleh sahabat-sahabatku.
“Buat apa dia nak jumpa aku? Aku tak ada kena mengena dengan
dia!” jawabku geram. Tak kuasa aku nak tatap wajah Fatihah lagi. Apa
hal lagi dia nak jumpa aku? Adillah bagi dia kerana cuma aku yang
kena rotan hari tu..si Hafiz tu tak kena langsung sebab Fatihah beri
keterangan kononnya aku yang serang Hafiz dulu.
“Cuba la kau dengar apa dia nak cakap dulu keon..” pujuk Miss.
“Aku ni mana layak nak cakap dengan dia..dah la..aku tak nak dengar
apa-apa lagi pasal dia ke..pasal mak dia ke..”
“Tak ada ke peluang untuk Fatihah bercakap dengan Keon?” satu
suara halus menyapa. Sekujur tubuh lampai berdiri di depanku. Aku
terdiam sambil memandang Miss. Miss cuma tersenyum dan menepuk
bahuku sebelum beredar.
“Boleh Fatihah duduk di sini?” soalnya lembut, ala-ala PMT la tu
konon!! Bodoh ke apa..tak nampak ke pasir tu basah?
“Duduklah kalau tak malu!” jawabku selamba sambil mengemaskan
plastik-plastik yang bertaburan tadi.
“Keon, Fatihah tahu Keon marah..tapi dengarlah dulu penjelasan
Fatihah ni..” Fatihah menatap wajahku lama.
“Fatihah tahu Fatihah tersilap..Fatihah tak sangka Hafiz sanggup buat
macam tu…Fatihah rasa bersalah sangat pada Keon. Fatihah tak
sangka yang Keon selama ini mempunyai perasaan terhadap Fatihah..”

“Sudahlah!” Aku memintas. Fatihah merenungku terkejut.


“Saya tak mengharapkan apa-apa lagi dari awak Fatihah. Apa yang
terjadi tu lupakanlah…entahlah..saya tak tahu pulak yang saya ni
terlalu jahat bagi awak..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..”
“Tapi Keon, antara Fatihah dan Hafiz-“
“Sudahlah Fatihah…sejahat-jahat saya..saya tak akan merampas hak
orang. Hafiz terlebih dahulu hadir sebelum saya…”
“Tapi Hafiz tak macam Keon! Memang mulanya Fatihah benci
Keon..tapi bila Keon datang ke rumah..berbuka..berjemaah
bersama..Fatihah baru faham kenapa ramai orang suka pada
Keon..Keon lelaki baik sedangkan Hafiz-“
“Fatihah, dulu memang saya tergila-gilakan awak, tapi saya memilih
masa yang sesuai untuk melafazkannya. Saya menyukai awak melalui
mata saya sendiri, bukan daripada pandangan orang lain. Tapi
sekarang, baru saya tahu, saya bernilai pada awak setelah awak
melihat saya dengan mata orang lain..sudahlah
Fatihah..baliklah..lupakanlah saya..”
“Maksud Keon?” Fatihah merenungku dengan mata yang berkaca.
Wajah ayunya kelihatan muram di sebalik tudung krimnya.
“Kita bina haluan kita sendiri. Antara kita masih tidak terjalin apa-
apa..Tak manis awak di sini bersama saya…nanti apa kata orang…saya
tak perlu maafkan awak kerana awak tak pernah bersalah pada
saya…” aku tersenyum pahit.
“Tapi Keon..” Wajah Fatihah sudah basah dengan air mata.
“Berbahagialah dengan Hafiz…andai dia terkurang awak perbetulkan,
bukan meninggalkan dia dan pergi kepada yang lebih baik dari
dia..sebaliknya awak bimbinglah dia agar dia memenuhi ciri-ciri lelaki
idaman awak…andai saya ini selalu menyakitkan hati awak..saya minta
maaf..” Aku segera meninggalkannya. Bukan apa, aku tak tahan
tengok dia menangis.
“Keon, kenapa tu?” soal Arie pelik melihat kehadiran Fatihah.
“Tak ada apalah..dia nak pinjam nota..ala..cepatlah start! Apa lagi?”
gesaku. Arie segera mengisi karbait dalam lubang. Tak sabar rasanya
mendengar letupan meriam kami yang berprestij ini. Dalam pada itu
sempat aku menjeling melihat Fatihah meninggalkan tempat itu
dengan sedu di matanya…maafkan aku Fatihah!

******

“KEONN!! Telefon!” suara nyaring kak ngah kedengaran. Aku segera


meninggalkan pinggan nasi. Hai, sapa pulak telefon aku malam-malam
ni. Aku sempat menjeling jam dinding sebelum mengangkat gagang.
Wah..sudah pukul 2.05 pagi..
“Kalau tak menyusahkan orang tak boleh agaknya..” sungut kak ngah.
Tensionlah tu kuih raya tak siap-siap lagi.. Aku tersengih.
“Dah handsome kan nak buat macammana.. peminat ramai..” sengaja
aku mengusiknya.
“Eii.. tak kuasa!!” Kak Ngah berlalu pantas setelah gagang telefon
bertukar tangan.
“Hello,”
“Hello Keon..tengah buat apa?” ai..salam tidak apa tidak terus tanya
buat apa?
“Tak ada apa..baru balik ni..siapa ni?” soalku. Heran jugak awek mana
yang telefon aku ni. Suara slang-slang jawa lak tu..kekekeke..
“Ala..takkan tak kenal suara I yang glamor ni..” Alahai…sapa pulak ber
‘I’-‘I’ dengan aku ni..
“Siapa ni? Maaflah ye…saya tak kenallah..” sungguh sopan aku
berbahasa. Manalah tahu cikgu Zulia ke telefon nak minta maaf di pagi
raya ni..maklumlah dia kan banyak dosa dengan aku…he..he..he..
“Takkan tak kenal?” suara yang halus macam suara kucing
kedengaran lagi.
“Oh…cik langsuir! Apa kabar cik Langsuir? Malam ni tak gi bertenggek
ke?”
“Woiii! Kau ni mulut macam apa!” aku tertawa kecil. Padan muka,
orang tanya sapa tak nak cakap…
“Kau nak apa ni laser? Aku tengah makan nasi ni…” soalku dengan
tawa yang masih bersisa.
“Tak boleh ke telefon kau malam-malam ni?” soalnya balik.
“Kenapa? Kau rindukan aku ke?”
“Kau ni kan..kalau tak main-main tak sah ke?” soalnya geram
membuatkan aku tertawa.
“Kenapa telefon? Nak mintak maaf..yelah…abang maafkan kesilapan
Miss dari hujung lidah sampai ke anak tekak..sebab Miss banyak
mengata abang kan?”
“Ya Allahh…tak kuasa aku! Betul-betullah keon!” aku ketawa gelihati.
“kau cakap apa dengan Fatihah tadi?” mak aaii..suara laser ke
selembut sutera ni? First time dia cakap elok-elok dengan aku.
“Cakap bahasa melayulah..takkan cakap jerman kot..”
“Keon..cuba serius sikit..kau tau tak Fatihah menangis teruk tadi..aku
nak tahulah apa kau cakap dengan dia..”
“Ala..itu pun nak nangis…kenapa? Dia nak report kat Hafiz..reportlah!”
jawabku bengang.
“Eh, apa kena mengena pulak dengan Hafiz tu?” soal Miss hairan.
“Kan ke Hafiz tu buah hati kesayangan dia?” soalku balik.
“buah hati? Bila pulak dia orang bercinta? Kau ni pandai aje..”
“Ah sudahlah..kalau kau nak cakap pasal dia baik jangan telefon!”
“Hai, kau ni macam jealous je..ke..kau ni..”
“Hoi laser..kau jangan nak buat spekulasi okey…” Miss tertawa kecil.
“Aku dah tahu perkara sebenarnya keon…” What!! Aku rasa mukaku
pucat tak berdarah. Habislah! Radio malaya dah dapat cerita!! Sah
habis satu Asia dihebahkannya nanti!
“Sebenarnya Fatihah pun sukakan kau…cuma dia keliru hubungan kau
dengan Erina. Lebih teruk lagi bila Erina pernah warning dia jangan
rampas kau dari dia..so bila Fatihah dapat kad raya tu, dia ingat kau
main-mainkan dia..sebab tu la dia sengaja melayan Hafiz tu depan
kau..kira nak balas balik la..Tapi tak sangka pulak kau jealous sampai
tibai Hafiz tu gila-gila..hebat jugak kau ni ye…” Miss tergelak kecil. Cis!

“Eh, tolong sikit..aku bedal dia sebab dia kurang ajar dengan aku..”
jawabku pantas.
“Ala Keon..aku kenal kau sejak kecil lagi tau….panau kurap kau pun
aku tahu kat mana..”
“Woii..tolong sikit..aku tak pernah ada panau kurap tau..” Miss
tergelak lagi. Aneh ye…boleh pulak kami berdamai kali ini.
“Aku tahu kau sebenarnya ikhlas kat Fatihah..walaupun kau tu nakal
macam setan…tapi aku tahu dalam perkara ni kau ikhlas dengan dia…”
wah..si Missliza..kan main lagi kau ye..?
“Kalau kau nak tahu sebenarnya Arie, Rapie, dan semua kawan-kawan
kau tu tahu tentang perasaan kau terhadap Fatihah, tapi mereka saja
buat tak tahu. Ala..kami faham sangat kau tu..pantang heboh sebelum
dapat kan?” Apa..aduii..malunya aku…cammana boleh kantoi ni.
“Okey la Keon..aku rasa tanggungjawab aku sebagai kawan dah
selesai, lepas ni terpulanglah pada kau..sama ada nak atau tidak
memiliki Fatihah..Err..esok datang la rumah aku..” pelawanya.
“Okey..sebelum subuh aku datang..” aku masih sempat bergurau. Miss
cuma tergelak.
“Okey la..aku nak pasang langsir ni..pegila sambung makan..”
“Err..Miss..”
“Apa?” soal Miss.
“Thanks! Nanti aku belanja lemang 10 batang kat rumah kau!”
“Pandailah kau..okey, bye..selamat hari raya..”
“Okey selamat hari raya..” Talian terputus. Aku sengih sendiri tanpa
terpaksa. Perut yang berkeroncong tadi terasa kenyang sekenyang-
kenyangnya. Benarkah Fatihah berperasaan yang sama? Ahh..
takkanlah.. tapi mustahil Si Laser berbohong. Bersungguh-sungguh
benar tadi dia menerangkan apa yang sebenarnya. Kalau face to face
sah basah muka aku kena tempias air liur dia yang bersembur-sembur
tu. Tapi..
“Keon!! Apa kata tolong Kak Ngah kejap..” Allah.. perempuan lembik
nie ada jer.. Dengan malas dia melangkah menuju ke dapur.
“Tolonglah kak Ngah tabur choclate rice atas kuih nie..” pintanya.
“Apa?” Aku terbeliak. Dia ingat aku nie suka tenyeh-tenyeh kuih raya
malam-malam buta nie ke?
“Ala kau nie kalau orang minta tolong banyak songeh! Tolonglah
cepat!” “Kak Ngah ni untung tau dapat adik cam Keon nie..” Aku
menarik kerusi
dan mencapai coklat urai dan menabur ke atas kuih-kuih yang sedia
dicetak.
“Apasal pulak untung..?”
“Iyelah..cuba kak ngah tengok.. Keon nie baik, handsome pulak tu..
ramai peminat.. kak Ngah kan selalu jadi posmen peminat-peminat
Keon..” Kak Ngah menjeling tajam.
“Ha ah.. betul.. memang untung aku dapat adik macam kau.. “ perli
Kak Ngah. Aku Cuma tertawa.
“Kak Ngah nie cuba la rasional sikit.. itu la orang suruh sekolah
malas… dah dapat SPM pangkat 2 je.. tak lama lagi sah kena kawin
tu..”
“Mulut tu jaga sikit…” Kak Ngah memberi amaran. Aku tergelak besar
melihat muka kelat Kak Ngah.
“Kau tu perangai lagi tak senonoh… mana la si Fatihah tu tak suka kat
kau..” Erkkk!!! Tawaku mati.
“Hah.. apasal berhenti ketawa? Ketawalah lagi macam hantu raya!”
sindir kak Ngah.
“Kak Ngah cakap baik sikit sebut-sebut anak dara orang tu..” mampus
aku kali nie..
“Kak Ngah tak kisah kalau si Fatihah tu jadi girlfriend kau.. tapi kau tu
kena la betul-betul sikit..” kak Ngah menjeling.
“Apa pulak?? Malas tolong buat nie kang..” ugutku. Tiba-tiba saja
degup jantungku seakan nak tercabut berdenyut.
“Kau tak payah soroklah… Kak Ngah tahu ni pun dari mulut Fatihah
sendiri, “ Apa? Kak Ngah senyum melihat aku termangu-mangu.
“Kak Ngah rasa dia tak main-main?” soalku bodoh membuatkan kak
ngah tertawa kecil.
“Tak percaya kau pergilah telefon dia..” Aku pandang kak ngah,
mencari kepastian. Kak Ngah senyum, yang sangat ikhlas kukira.
Tanpa lengah nombor telefon rumah pak imam kudail.
“Hello..”
“Hello, Fatihah ada?” soalku berdebar-debar.
“Fatihah di sini,”
“Hai Fatihah, Keon ni..”
“Keon?” soalnya terkejut.
“Janganlah terkejut sangat..saya tahulah saya ni jejaka idaman
malaya.. Tak tidur lagi?”
“Ha? Tak..tengah bakar ketupat, Ehh! Rebus ketupat…” aku
menggeleng kepala. Takkan gabra sampai tersasul kot..
“Errr..Fatihah..tentang tadi tu..Keon..Keon minta maaf kerana tak
mendengar penjelasan Fatihah,” Fatihah cuma membisu.
“Miss dah ceritakan segalanya…” sambungku lagi.
“It’s okey..tak pa..” perlahan saja Fatihah menjawab.
“Fatihah…maafkan Keon okey?”
“Fatihah pun..Fatihah tahu Fatihah silap..”
“Okeylah..kita bina hidup baru okey?” pintaku.
“Maksud Keon?”
“Kita mulakan apa yang patut kita mulakan,” Fatihah diam seribu
bahasa.
“Hello… dah pengsan ke kat sana tu?” usikku. Fatihah cuma tertawa
kecil.
“Fatihah..boleh saya tanya sesuatu?” soalku
“Apa dia?”
“Awak sayang saya tak?”
“Errr..Fatihah nak tengok ketupatlah Keon…bye!” klik! Gagang
diletakkan. Aku tersenyum simpul. Hatiku terasa berbunga-bunga. Tak
sia-sia aku bertumbuk dengan si Hafiz tu. Fatihah akhirnya menjadi
milikku. Aku tersenyum lagi sambil melangkah ke bilik. Warna-warna
aidilfitri kutatap indah. Betapa nyamannya kurasakan. Malam syawal
kali ini amat bermakna buatku. Malam ini aku ingin bermimpi indah
seindah-indahnya…ditemani serakan cahaya bulan dan bintang. Malam
ini bidadari lebaranku akan hadir membawa cahaya cinta untuk
mewarnai hidup jejaka idaman malaya ini. Aku cinta padamu Fatihah!!
Yess!! Anak ayah memang macho!

Anda mungkin juga menyukai