Anda di halaman 1dari 3

Tok..Tok..Tok....

Kedengaran bunyi ketukan di pintu ditambah pula dengan suara


nyaring mak yang nyaring seperti Jaclyn Victor itu mengejutkan aku daripada
lenaku. Arghh..... habis semua mimpi indahku terbang bertaburan.
“Linda!!!!!!!!!! Bangun...cepat laaa linda mak dah sediakan sarapan kau kat meja
tu...mak nak hantar adik kau pegi ‘nursery’ ni...cepat sikit..nanti bas sekolah
kamu tinggalkan kamu” terdengar suara nyaring emak yang kadangkalanya membuat tahi
telingaku terkeluar tanpa perlu dikorek.
“ Ya mak,” balasku.
Aku lantas mengambil tualaku sambil menuju masuk ke dalam kamar mandi. Hmm bermula
lagi satu hari baru yang amat membosankan. Pastinya aku menjadi bahan lawak di
sekolahku lagi pada hari ini...sama seperti kelmarin..sama seperti minggu
lalu..sama seperti bulan lalu..dan sama seperti tahun lalu..telingaku seolah lali
sudah mendengar ejekan rakan-rakanku di sekolah. Kadangkala terdetik di dalam
hatiku bahawa apa salahku sehinggakan aku dihina sebegitu rupa. Seingatku , aku
tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan terhadap mereka.
Alamak, dah pukul berapa ni...aku lantas keluar daripada bilik air... Oh My
God!!!! Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi bas sekolahku akan datang
mengambil aku.. Dan aku belum lagi memakai baju sekolah.. Aku memakai baju dalam
keadaan tergesa-gesa. Aku pantas mengambil sikat dan pin rambut...sedang aku
tergesa-gesa mengemaskan rambutku, aku terdengar bunyi hon basku...alamak....aku
berlari-lari anak menuruni tangga. Tetapi malangnya..tubuhku yang sememangnya
besar tergelincir..
‘POK’ aduh sakit sekali ni punggung aku......aku terduduk sambil mengerang
kesakitan. Terdengar bunyi enjin bas sekolahku perlahan-lahan meninggalkan kwasan
rumahku.. Alamak lambat lagi ke sekolah. Akhirnya aku terpaksa bersenam di awal
pagi ini menaiki basikal ke sekolah... Habis turun berat badanku sebanyak 5 kilo..
sepanjang perjalanan aku sempat membeli sebungkus coklat..
Hai camne laa nak turun berat badan kalau tak habis-habis membeli coklat..
Rungutku di dalam hati.. aku mengayuh basikal dengan berhati-hati. Sebaik sahaja
tiba di hadapan bangunan sekolah, ku lihat Fairuz seolah-olah menunggu ketibaanku
ke sekolah. Aku tersenyum teringatkan mimpiku semalam. Ku lihat seolah-olah Fairuz
berlari menuju kearahku sambil berteriak memanggil namaku. Aku turut berlari ke
arahnya sambil menjeritkan namanya... Namun semua itu hanya mimpi...
“WOI GORILLA, cepat laa sikit.. dah laa lambat pergi sekolah” Jerit Fairuz. Erm
malunya aku..berangan lak aku di depan mamat ni.. aku lihat Jasmin tergedik-gedik
menuju kearah Fairuz.
“Huh,” dengusku di dalam hati. Sakit hatiku melihat Jasmin yang sememangnya selalu
mengenakan aku. Kalau bukan kerana mulutnya yang seperti joyah itu pastinya warga
sekolah ini tidak akan menggelar diriku sebagai GORILLA.
Semuaya bermula ketika aku meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadpnya... Jasmin
memang suka menggelar orang lain dengan nama yang memalukan atau menyakitkan hati.
Aku ingat lagi pada hari tu, Jasmin memanggil Sharifah sebagai “badak” kerana
Sharifah tidak mendengar panggilannya. Aku yang pada masa itu berada disana
berusaha untuk menjadi pembela kepada Sharifah yang sememangnya amat rapat
denganku..( actually tak rapat sangat pun). Aku yang sememangnya bercita-cita
untuk menegakkan keadilan seperti spiderman, batman, kluangman, cicakman,
ultraman..erksss kembali kepada cerita asal, aku ni memang peminat cerita-cerita
camtu.ok kita berbalik kepada dunia nyata,
“Hoi Jasmin, ko ingat ko tu perfect sangat ker nak panggil orang badak hah??!! Ko
tu dah laa bibir tebal macam negro, mulut muncung cam itik.. ko tau tak yang
sebenarnya muka ko tu sama sahaja dengan itik di belakang rumah aku.. yang setiap
hari berak kat depan pintu rumah aku” aku berteriak sekuat hatiku... Namun semua
itu hanya ku ungkapkan di dalam hati.. Untuk mengatakan hal sebegitu amatlah
mustahil bagi diriku,.
“Linda, kenapa kau tercegat macam pokok balak kat depan pintu tandas ni?? Ko tak
puas hati sama aku ker??’
“erm tak Jasmin, kesian kat Sharifah,jangan laa ko panggil dia badak lagi ek..”
“ko peduli apa aa gemuk?? Kenapa kau ni suka sangat masuk campur dalam hal orang
lain ha?? Kau nak tau, sebenarnya kau dengan Sharifah sama saja. Kalo Sharifah tu
badak.. kau ni binatang ‘GORILLA’.sapa suruh badan kau gemuk sangat sampai tak ada
orang nak dengan kau” jerit jasmine dihadapan mukaku.
Yuck terasa air liurnya bersemburan di mukaku.
“Lagi satu ek gorilla aku ingatkan kau, sedar laa diri tu sikit.. kalau kau tak
sedar diri lagi, mari biar aku sedarkan kau,kau tu GEMUK!!! GEMUK!! Faham tak..
Kau ingat aku tak tau yang kau ni minat kat Boyfriend aku tu. Tolong sikit, Fairuz
tu tak ingin dengan perempuan gemuk cam kau ni.”
Aku terpana sebentar. Alamak!!!!!!!!!!! Macam mana minah ni boleh tahu yang aku ni
minat dekat balak dia. Aku tau laa balak dia tu hensem sangat, dah tu top student.
Tak tahu la apa yang Fairuz Nampak kat Jasmin ni, nak kata lawa tak la jugak, otak
pun hamper sama saja dengan semut.
“Ergh, apa yang kau kata ni Jasmin?? Mana ada aku minat dekat Fairuz, aku tau aku
tak layak dengan dia. Lagipun aku tak nak laa dengan orang yang macam tu, bukan
‘taste’ aku. Siapa yang bagitau kau cerita yang mengarut ni??” Bidasku cuba
menafikan kebenaran..
“Betul ke ni?? Kau jangan tipu aku ek??? Ok aku percaya dekat kau.. tapi kalau aku
dengar cerita-cerita camni lagi, aku takkan lepaskan kau,”
“HOI, sampai bila kau nak tercegat kat luar tu??? Masuk laa kejap lagi dah nak
tutup pintu ‘gate ni, Nanti aku tulis nama kau kang,”
Habis bertaburan ‘flashback’ku sebaik sahaja disergah oleh mamat pujaan hatiku
yang juga merupakan teman lelaki kepada manusia itik yang paling ku benci di
semuruh alam semesta ni..
“Kejap,”
“Lari cepat, kalau tak aku tulis nama kau,” jerit Jasmin lagi.
‘Ish sejak bila pula budak tu naik pangkat jadi warga sekolah yang memakai baju
‘kaler’ biru ni..setahu aku Fairuz saja yang berpakaian biru, gedik!!!!! Mentang-
mentang ‘boypren’ dia tu pakai baju biru,dia ingat dia boleh laaa arahkan orang
sesuka hati. Itik!!!!!!!!!!!!!!!,’ rungutku sambil berlari.
Aku berlari sepenuh hati, YESSSS!!!!!!!!!! Akhirnya aku berjaya mendapatkan pingat
emas di dalam sukan KOMANWEL dalam acara 400m perempuan. Erkss apa yang aku
mengarut ni.....???@#*!??

‘Erm bila laaa ada putera macam dalam cerita dongeng muncul dalam hidup aku ni,
hei aku nak jugak jadi sleeping beauty yang dibangunkan oleh seorang putera, aku
nak jugak jadi seperti snow white yang dihidupkan semula oleh ciuman sang putera,
aku nak jugak jadi seperti Cinderella yang diselamatkan oleh seorang putera
raja...erm tapi aku tak nak jadi seperti puteri raja yang diselamatkan oleh
SHREK!!!!!!
“ARGHHHHHHHHHH,,, aku tak nak” jeritku sekuat hati.
“LINDA!!!!!!!!!!!!!! Kenapa kamu terjerit macam orang ternampak hantu??!!!”
Aku membuka mataku, terlihat wajah Cikgu Maimunah yang sememangnya sentiasa
menakutkan aku..Ku pandang sekeliling,semua pelajar di kelas melihatku dengan
pandangan mata yang menunjukkan rasa kehairanan, Sharifah, Fairuz, Fiqah,
Jasmin................. arghhhhh malunya daku..
“Kamu terangkan kembali kepada seluruh kelas mengenai tajuk yang kita bincangkan
tadi,” arah Cikgu Maimunah....erksss habis laa kau ni, dah la subjek kimia ni
subjek yang paling aku benci..arghhhhhhh someone please help me......
“er.......bi..laa oksigen....erm.....” aku cuba menerangkan semula pembelajaran
kami tadi tetapi otakku tekah menjadi beku..(sebenarnya langsung tak tahu apa2).
Aku melihat sekeliling mengharapkan bantuan daripada rakan-rakanku. Tetapi semua
hanya memandang diriku dengan penuh persoalan......
“LINDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AWAK KELUAR SEKARANG DARIPADA KELAS SAYA,”
jerit Cikgu Maimunah..
“Ya Allah Terkejutnya aku, terasa seolah- olah jantungku telah terjatuh akibat
jerkahan Cikgu Maimunah sebentar tadi. Aku berdiri sebentar mengembalikan semangat
diriku yang telah terbang disebabkan Cikgu Maimunah..
“Ya cikgu,” balasku dengan perlahan, Aku berasa amat sedih, kulihat Jasmin
tersenyum seolah-olah mengejekku. Aku keluar perlahan-lahan, hanya ada satu tempat
yang menjadi sasaranku...TANDAS... Aku menghayunkan langkah kakiku menuju kearah
tandas sambil mulutku tidak habis-habis mengutuk Cikgu Maimunah.
“Patut la tak ada orang hendak dekat cikgu, dah laa garang, muka pun masam saja 24
jam...”
aku mengomel mengenai Cikgu Maimunah ( jangan tiru aksi ini, kita mesti hormat
guru kita). Aku mempercepatkan lagi langkah kakiku menuju ke tandas. Sebaik sahaja
tiba di tandas aku dengan pantas mencuci mukaku. Kulihat wajahku di cermin,
wajahku seolah-olah udang dibakar kerana adegan memalukan yang berlaku di kelas
tadi, ditambah pula dengan insiden yang memalukan sebentar tadi.

“Linda!!!! Ooooooooo Linda,” cepat laa sikit Linda.. tadikan aku dah pesan lepas
balik sekolah terus ready, yang kau pergi membuta lagi apahal??????”
Aku mempekakkan telinga mendengar ceramah tak berbayar daripada Hidayah yang
merupakan rakan baikku.
“Erm kata nak kurus,nak ngorat lelaki hensem tapi kalo kau ni tido jer camna nak
cari boyfren yang hensem..ko jugak kata nak cari boyfren macam Tom Cruise, Brad
Pitt, erm sapa lagi ntah...banyak tul...’ Mulut Hidayah terus begitu membebel..
“Ok laaa mak cik Dayah, aku rasa lebih baik aku panggi ko mak joyah ek, lagi sedap
nama tu dan sesuai untuk kau..... Mulut kau tu macam murai tercabut ekor, bising
saja dari tadi..” Aku mempermainkan Hidayah yang sememangnya tidak gemarkan nama
joyah.
“Hei suka hati jer kau panggil aku Joyah ek..Kau pun nak jadi macam Jasmine ek,
sedih aku kau panggil aku Joyah, aku tak pernah pun panggil kau ngan nama
Gorilla..,” Kata Hidayah dengan nada sayu. Aku merasa amat bersalah terhadap
Hidayah.
“ Ala jgn la ko marah ek Hidz..aku gurau jer, tak terniat pun dalam hati aku ni
nak panggil ko Joyah....Ko kan kawan baik aku..,’ kataku sambil memeluk
dirinya....
“Dah laaa jom kita pergi library..jom.. tadi ko kata nak cari info tentang pejuang
Filipina tu kan..Jose Rizal.....Jom,pasni aku blanja ko minum ABC kat warung Pak
Seman tu...” Pujukku lagi.
Akhirnya Hidayah tersenyum jugak lantas kami berjalan beriringan menuju ke
perhentian bas.

Anda mungkin juga menyukai