Anda di halaman 1dari 11

aishiteru...

Aku membahasakan CINTA itu sebagai pelengkap bagi sebuah kesempurnaan. Tanpa CINTA apa sahaja persoalan tidak dapat ditafsirkan dengan indah. Aku hanya ingin CINTA dari dia yang benar-benar CINTA padaku.Aku hanya ingin CINTA dari sebuah kehidupan yang aku jalani. Dan.. aku hanya ingin CINTA dari Illahi Rabbi, kerna hanya DIA Sang Pemilik setiap helaan nafasku ini

Aku melihat jam ditangan.Sudah jam 2.40petang.Hmm..patutlah perutku dah berkeroncong. Laparnya..! Kelas baru saja tamat. Huh! Hari yang memenatkan! Bayangkan kelas mula jam 10.00 pagi dan sepatutnya berakhir 2jam kemudian.Tapi disebabkan Lecturer nak cepat habiskan chapter jadi kami terpaksa bertahan hingga 4jam. Dahlah belajar subjek Ekonomi.Berasap kepala aku! Habis je kelas aku terus turun ke tempat parkir.Heh! Bukan parkir kereta tapi hanya sebuah basikal yang ku beli sendiri dengan harga RM400. Memanglah tak ada class naik basikal zaman sekarang.Tapi bagi aku berbasikal itu sesuatu perkara yang menyeronokkan.Dapat kurangkan pencemaran lepastu dapat exercise sambil cuci- cuci mata.Tapi hari ni.
Arghh!!

Aku menjerit.Geramm..!!Sekali lagi aku kena!

Awat hang?Imran berlari mendekatiku. Tengoklah! Sekali lagi site basikal aku kena toreh!Kurang ajar betul!marahku. Hmmmsekali lagi? Siapa la yang dok gila toreh hang punya basikal ni?Pelik sungguh aku lah,omel Imran sambil matanya melilau memerhati sekitar.Manalah tahu ada suspek yang kelihatan mencurigakan.

Kalau aku dapat! Memang nahas aku kerjakan.Aku nak tanya pada dia, apa pasallah dia dengki sangat dekat aku?Apa aku dah buat pada dia?!

Geram betul hati aku. Masuk ni dah 6 kali benda ni jadi.Siapalah gerangan si penjenayah yang kurang asam menoreh-noreh site basikalku ini?? Tak ada benda lain ke dia nak toreh.Kalau teringin sangat nak menoreh pergilah toreh pokok getah ada jugak hasilnya! Lagi satu, basikal orang lain kan ada tapi kenapalah basikal aku juga yang jadi mangsanya?? Aku salah apa pada dia? Dahlah..sabaq.Kita pi kedai basikal buat site baru na,pujuk Imran sambil menarik lenganku.Ah! Site baru, site baru! Habis duit aku! Dahlah perut lapar.Basikal pulak kena rosak lagi! Adooii..! Entah-entah tokey kedai basikal tu yang toreh site basikal hang tak?!jerit Imran. Apsal pulak dia nak buat macam tu?aku jeling muka Imran. Yalahdia rosakkan site lepastu hang datang kedai dia.So dia dapat duitlah! Haha lawaknya!Kau nak kena sepak ke nak kena penampar? Heh! Tak..tak..aku gurau ja tadi..Sorry!Imran tersengeh-sengeh.

Aku mendengus.Masih marah.Tengoklah nanti, aku akan cari & intai sampai dapat siapa yang buat benda ni pada aku.Memang aku akan kejar dia.Kalau boleh aku nak toreh-toreh balik muka dia lepastu minta ganti rugi. Hah! Siaplah kau si penjenayah pengrobek site basikalku! 3 hari berikutnya aku duduk di taman tak jauh dari kampus.Saja tenangkan fikiran.Minggu depan ada midterm.Ya ALLAH! Peningnya kepala aku memikirkan subjek Law ni. Hafal-hafal tak jugak masuk kepala.Aduh! Nak kata banyak sangat makan semut tak perasan pula aku.Hmmm..pening! Hoi! Sini rupanya hang?laung Imran sambil terkedek-kedek berlari mendekatiku. Alaah! Satu hari tak tengok muka kau tak boleh ke?Rimas akulah!

Imran mencebik.Beg yang digalas dihempas dihadapan mukaku.Cermin mata old schoolnya yang sudah jatuh ke tengah batang hidungnya ditolak dengan jari telunjuk. Yalah..yalah..! Siapalah aku ni dimata hang.dia duduk dibelakangku seakan-akan merajuk.Giliran aku mencemit.Ngada-ngada! Hang dok sini dari pagi tadi ka?Aku tidak menjawab hanya mengangguk beberapakali.Mata lebih tertumpu pada buku Business Law ditanganku. Basikal hang mana? Sana,jawabku ringkas.Kening Imran berkerut. Sana mana?soal Imran lagi. Aku berdecit lalu memandang ke muka Imran. Sana tulah! Kau takayatku mati. Mataku membulat bila anak mata terfokus kepada sesuatu. Aku menoleh memandang Imran. Imrankejarrrr diaa cepaattt!!!aku melaung kepada Imran sambil membuka langkah seribu mengejar si penoreh site basikal aku.

Hari ini akan ku belasah habis-habisan budak tu! Selama ini kau toreh site aku tanpa simpati dan hari ini, akan ku toreh pula muka kau biar rabak! Budak yang sedang asyik menyariknyarik site basikalku mengelabah bila melihat kami berlari ke arahnya.Serta-merta dia juga membuka langkah menyelamatkan diri. Tangkap dia Imran.Tangkap!! Jangan kasi lepas!teriakku lagi. Dengan begitu susah payah kami kejar budak tu dan akhirnyadia terjatuh tergelincir licin dek kerna rumput yang basah. Aku menerpa kearahnya.Tangannya kupulas

kebelakang.Dadaku turun naik mengah. Siapa kau hah? Kenapa kau toreh site aku.Cakap..cakappp!!aku menengkingnya.

Buku lima sudah ku angkat tinggi.Tunggu masa untuk dilepaskan saja.Dia masih berusaha untuk bolos namun gagal bila aku memperkemaskan lagi pegangan. Eh! Melawan pulak dia.Kang ku tampaq baru hang tau!bebel Imran sambil menyentap topinya dan. Perempuan?!serentak aku dan Imran menjerit bila melihat rambutnya yang ikal dan panjang ditiup-tiup angin. Kening kami berkerut-kerut lagi. Kenapa?Tak pernah tengok perempuan ke hah?! jerkah budak tu. Wey budak ni! Sekali aku..Eee..!!aku menggenggam penumbuk.Marah!Tapi tak pula sampai hati untuk melepaskannya ke muka gadis itu. Lepaskan akulah!dia meronta-ronta. Lepaskan kau?Banyak cantik! Kenapa kau toreh site aku?Apa salah aku pada kau hah?! Jawablahh!marahku.

Dia duduk membetulkan ikatan rambutnya setelah aku melepaskan pegangan. Sejenak menjeling ke wajahku dan wajah Imran.Mukanya kelat. Sebelum aku jawab soalan kau aku nk tanya kau sesuatu dulu, Keningku berkerut.Aik! Hah!Tanyalah, Apa kau dah buat pada kawan aku? Keningku berkerut. Kawan kau?Siapa? Ahh! Pura-pura tak kenal! Kau ni memang jenis jantan tak guna!tengkingnya. Aku tergamam. Apahal pulak ni? Eh! Sah mereng! Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah!

Dia ketawa sinis.Matanya merenung tajam ke mukaku. Tak faham konon! Hey, kau ingat Nina tu barang ke? Lepas kau dapat apa yang kau nak, kau tinggalkan dia macam tu aje kan?

Keningku semakin berlapis-lapis. Nina?Siapa Nina?? Aku menggaru-garu kepala beberapa kali.Sekilas memandang ke muka Imran.Muka dia pun nampak blur.Muka aku?? Lagilah! Serius aku tak faham! Memang dasar lelaki durjana!tengkingnya lagi. Weh! Ni dah lebih! Suka hati kau nak tuduh-tuduh aku.Karang tak pasal-pasal kena penampar perempuan nih!aku jadi hilang sabar.Rasa nak terkam aje dia ni.Lanyak-lanyak biar lumat lepastu buang dalam sungai.Huh!Kalau ikutkan hati yang jahatlah..tapi, aku tak sampai hati, cantik derr.. Cuba hang cerita betul-betul.Habaq apa sebenarnya yang berlaku pada kami ni. Janganla dok caci maki macam ni.Tak elok..nasihat Imran.

Dia mengembus-ngembus.Seketika menjeling lagi kewajahku.Nampak sangat muka tak puas hati dia. Aku buat semua ni sebab nak balas dendam!Kawan kau ni, dah buat benda tak senonoh dengan kawan aku.Lepas dia buat benda tak senonoh tu, dia main tinggalkan je kawan aku tu.Kau tahu tak, sekarang ni kawan aku tu dah pregnant?Jantan nilah punya kerja! Wehhh!!! Ini fitnah! Bila masa pulak aku buat benda tak senonoh dengan kawan kau?Kenal pun tidak!marahku. Kau bohong!jerkahnya. Bohong apa pulak!Betullah!

Sudah..sudah! Saya ghasa cik ni salah orang kot?Sebab saya kenal kawan saya ni. Dia tak jahat lagu tu. Dia ni boleh tahan warak orangnya,bela Imran.Aku pandang ke muka Imran. Warak ke aku? Kelakar pulak bunyinya. Lagipun cik, ghupa macam dia ni..mana ada orang nak.Lagi satu, dia ni ada penyakit cik! Kalau perempuan mai dekat dengan dia, muka dia jadi pink! penyakit ketughunan katanyamataku membulat.Pinggangnya ku siku.Kurang ajar kau Imran!

"Tapi, Nina kata dia budak Eco.Hmm..nama dia Hassan.Kau pun budak Eco dan nama kau pun Hassan kan?Jadi aku tak salah orang.Betullah kau orangnya! Cik kak ooii..! Kau ingat orang yang nama Hassan tu aku sorang je ke?Ramai lagilah orang nama Hassan dekat fakulti tu! Macam-mana kau boleh kata aku pulak? Keningnya berkerut. Sebab aku pernah nampak kau borak dengan Nina.Jadi, saya ingat kau lah orangnya, Aku sekali lagi menggaru kepala. Pernah borak dengan Nina? Masalahnya, Nina tu siapa?aku rasa tak pernah pulak ada kawan nama Nina selama ni. Salina bt Omar.Takkan tak kenal? Laaa.. Cakapla Salina.Ni tidak, Nina.. Nina! Kalau Salina tu memanglah aku kenal.Dia tu junior aku. Tu je Mana ada lebih-lebih.Engkau ni salah oranglah! Junior kau?Maksudnya kau bukan sama semester dengan Nina?soalnya. Aku tahun 3 semester 7.Salina tahun 2 semester 5 kan? Hari tu kami berborak pun sebab dia nak pinjam buku-buku semester lepas aku. Jadi,dia bukan Hassan tu?suaranya antara kedengaran dan tidak. Hmm..kalau macam tu,aku nak minta maaflah dekat kau.Sorry ya..

Hey! Tak da maaf-maaf dekat sini ya! Site basikal aku yang dah kau toreh tu..apa cerita? Ganti balik!!marahku. Dia menekup kedua-dua belah telinganya. Tak payahlah jerit-jerit! Ingat orang pekak ke hah?Yelah..yelah..! Nanti saya gantilah..Tapi sekarang, orang nak minta maaf dulu,dia menghulur tangan.

Aku mencebik. Hati aku masih geram! Senang-senang dia minta maaf padahal dah berapa kali site aku dijahanamkannya.Lagi satu yang paling menyakitkan hati bila dia tuduh aku pregnantkan kawan dia! Fitnah terbesar yang penah aku terima tu.Aduyai! Ayie..hang jangan dok ngada-ngada!Imran menepuk bahuku. Lambat-lambat salam maafnya ku sambut. Rara, Keningku berkerut. Apa Rara? Nama saya Rara!jeritnya. Nama kau Rara?Pelik je? Dia menjeling tajam. Full name Nurul Aira.Panggil je Rara..faham?!teriaknya lagi.Kali ini aku pula menutup cuping telingaku.Gila perempuan ni.Suara macam speaker radio! Kau? Hassan Khairi. Panggil tangannya. Bibirnya muncung. Cik Rara, nama saya Imran,tiba-tiba Imran bersuara.Tersengeh-sengeh macam kerang busuk @ lebih busuk dari kerang.Huh! What everlah! Jadi, dia bukanlah Hassan bin Rahman,bisiknya. je Riri,sengaja aku mengusik. Dia menyentap kembali

Apa?tanyaku. Eh! Tak-tak! Memang saya salah orang selama ni..kesian awak.Tak pasal-pasal jadi mangsa. Aku tersengeh.Bahasa kini sudah bertukar.Lebih indah dan lebih lembut.Dah tak ada aku engkau malah digantikan dengan saya awak. Well, once again..Im so sorry, Tak apalah..saya tak marah pun.Tapi,yang penting site diganti baru sudah!dia ketawa kecil lalu memperlihatkan deretan giginya yang tersusun indah.Senyuman manisnya entah mengapa senang benar menembusi ruang hatiku.Weh! Tiba-tiba jiwang, apa pasal pulak nih! Cik Rara, kalau ya pun nak bela nasib kawan kenapa pulak pergi torek site basikal? tanyaku.Aira tersenyum malu. Dah itu je saya mampu.Saya pernah call nak berbincang baik-baik dengan Hassan ni tapi dia mengelak.Dah tu, saya buatlah macam ni.Biar dia tahu rasa, Tapi rupa-rupanya awak salah Hassan ya?kataku.Dia tertunduk tanda bersalah. Lain kali Cik Rara, kalau nak balas dendam jangan koyakkan site lagi ya? Bagi makan racun tikus je senang.Sekali jalan je kerja! Mata Aira membulat. Nasib baik saya saya tak buat macam tu. Kalau tak, awaklah yang selamat dikebumikan dulu,

Keningku berkerut.Aikk! Aku kena balik? Matanya menjeling ke muka Imran yang sedang ketawa mengekek. Suka kau kan Imran!

Hanya kerana kisah itu, aku dan dia akhirnya menjadi sahabat.Kadang-kadang dia sudi menjadi pembonceng basikalku.Kadang-kadang aku dan dia lebih selesa berjalan sambil mengusung basikal. Kisah Salina sudahpun selesai.Syukur mereka sudah disatukan.Itu

semua berkat siasatan dari Imran.Peh! dia bab siasat menyiasat ni bagi la dekat dia. Dengan kamera yang 24jam ditangan dah macam Detective Conan aku tengok. Rara..boleh saya cakap sikit? Riri nak cakap apa?jawab Aira.Aku ketawa.Rara Riri, Rara Riri dah macam nama anak kucinglah pulok! Ra, awak tak nak mencari cinta ke? Mukaku dipandang sekilas dengan wajah malu-malunya. Nak,tapi tak tahu nak cari dekat mana, jawabnya dengan suara sangat slow. Hmm..dekat sini taknak cuba?tangannya kutarik lalu ku dekatkan ke dadaku.Dia tersenyum malu lalu menarik semula tangannya. Boleh ke jumpa cinta dekat situ?usik Aira. Entahla.. awak cubalah masuk dulu.jawabku. Aira ketawa manja. Tak ada orang marah ke nanti? soal Aira lagi.Aku menggeleng tanda tak akan ada yang bakal marah. Sebab? Sebab cinta dalam hati saya belum dipunyai oleh sesiapa pun.Kecuali orang yang dah saya pelawa untuk singgah.aku menjawab dengan tegas.Aku mahu Aira tahu, hatiku hanya kepunyaannya seorang. Awak boleh tahan jiwang!usik Aira. Keningku berkerut. Jiwang? Yeke?Tak adalah..saya berkias-kias.Taknaklah automatik bagitahu hasrat hati.Nanti kalau ditolak, saya yang malu.Lebih baik berkias-kias dulu,

Jadi tadi ayat kiasan la ya? Kalau ayat penyata pulak macam mana Encik Riri? Aira masih mahu mengusik. Kalau ayat penyata macam ni. Nurul Aira, aku cinta padamu! jeritku. Ri, Please.janganlah menjerit.Malulah! mulutku ditekup.Matanya memandang sekitar takut-takut ada mata yang memandang.Dan akhirnya kami ketawa. Bahagia Amboooiii.seghonok bukan main lagi hangpa na! Bukan main romantik sambil berasmaradana di taman ini ya?Aishiteru..aishiteru sampai tak ingat oghang lain naa..?? suara Imran kedengaran dari balik pokok berdekatan kami.

Keningku dan Aira berkerut. Imran keluar dari rimbunan pokok-pokok bunga yang disekeliling kerusi duduk kami. Bila masa pulak dia dekat situ?Haiii.. Imran..Imran! Aishiteru dekat Ayie ja ka?Habis aku ni lagu mana?loghat kedah Imran yang pekat membuatkan kami ketawa terhibur. Hang pi la cari mata air Aishiteru hang sendiri.Yang nak goda Rara aku ni apa hal? usikku. Hoh! Aku nak goda Aira? Chek, ni.. aku nak habaq. Sebenarnya, aku dah ada mata air yang menunggu di kampung tu.Tapi saja tak mau habaq sesiapa. Lagi cun dari Aira hang ni tau!perli Emran Oo..iya ka? Hmm..cun cun tu made in Malaysia ke made in Kemboja?usikku lagi. Kemboja?tanya Aira. Haah..kalau awak nak tau, Imran ni sekarang tengah skandal dengan pembantu rumah jiran kami. Warga Kemboja..!

Kurang ajar hang Ayie! Meh sini hang, aku nak cabai-cabai mulut hang tu! Baru hang tau ghasa! Ayie jangan lari..jangan lariii!!!jerit Imran sambil mengejarku yang sudah jauh meninggalkannya dibelakang. Aira hanya ketawa dari jauh melihat gelagat kami.

p/s to Miss Nurul Aira: Thanks sebab sudi singgah dalam hatiku. Ku harap, kau akan temui cinta yang ku maksudkan didalamnya. Ku harap juga, kaulah insan yang Allah telah janjikan sebagai teman hidupku didunia dan sekaligus pendampingku menuju ke Jannah. Jangan lepas lagi pegangan cinta ini, aku mohondakaplah dan jagailah ia selalu selagi nafas dan jantung kita masih bernadi.

Anda mungkin juga menyukai