Anda di halaman 1dari 9

“ Secara tiba-tiba aku mengingatimu

dikamar sepi dimalam syahdu


Inikah katanya rindu sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu
Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yg terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam..
Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Menggoda saat mimpiku diperjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yg lama
Menghentam diriku dalam memori..
Malam kian memaksa
Lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah..”

Ah! Dia matikan radio kereta tatkala lagu “Memori Duka” nyanyian Sons of Adam masih kedengaran.
Pedal minyak ditekan kuat.Mahu sampai kerumah cepat-cepat.Mahu tidur, mahu kisah itu hilang terus
dari ingatan.Namun, tatkala kakinya melangkah masuk ke ruangan kamar... aah! .. dia kalah lagi dengan
perasaan.Dia sekali lagi dilanda kesah... ‘Mengapa kau hadir lagi tatkala aku telah berani
melupakanmu?’ bisik jiwanya.

Sekian kalinya Handphone nya berbunyi.Sekadar menjeling, dia malas mahu mengangkatnya.Namun
kepala yang berdenyut semakin pening bila rington hp melalak nyaring.

“Ya Faz,”

“I nak ingatkan U malam ni kita ada dinner dengan staff Indra Holding.Jam 8.30 di The Lagend Hotel.
Tan Sri kata dinner ni penting.Encik kena datang.Tan Sri sendiri yang suruh saya call Encik comfirmkan
balik dinner ni sebab tadi Tan Sri kata encik balik awal,dia takut encik lupa pulak,”

Dia menghela nafas. “Insyaallah saya datang...”hanya itu yang mampu ku janjikan.

“Kenapa Encik?Tak sihat ke?”Faz setiausahanya masih ditalian.


“Takla..saya ok.Just....”kata-katanya mati.

“It’s ok Encik.Saya faham..”Dia sekali lagi menghela nafas. ‘Aduhh! Kalau diikutkan hati..memang aku
takkan pergi tapi..’ Dia mengerling ke jam dinding. Sudah lewat jam 6.00petang.. sebentar lagi
maghrib.Dia bangkit mahu mandi..

^^

“Naim..! come! Site here...”laung Tan Sri Yusoof sambil melambai-lambai tangannya. Tan Sri Yusoof
segera menarik kerusi supaya pegawai kesayangannya itu duduk disisinya.
“Zaman, ni I kenalkan Encik ZarulNaim CEO syarikat I,”Naim diperkenalkan oleh Tan Sri kepada tuan
punya Indra Holding sdn.bhd.

Syarikat milik Tan Sri Yusoof dan Indra Holding adalah rakan kerjasama baru dalam bisnes perkapalan.
Naim tidak banyak bunyi hanya mengangguk-angguk mengiakan apa sahaja yang dikatakan Tan Sri.
‘Nothing to say,aku memang tak ada mood!’bisik hati Naim.

“Muda CEO you.Dah kahwin?”tanya Dato’ Zaman.

Naim hanya tersenyum.Tiada jawapan keluar dari bibirnya.Dato’ Zaman berkerut kening sebelum gelak
meletus dari mulutnya.Entah apalah yang difikirkan Dato’ Zaman tentang dirinya.

“Dato’ Zaman,”sapa seseorang.Mereka menoleh serentak.Wanita! Raik wajah Naim berubah.

“Oh! Dah sampai pun.. ni, i kenalkan Cik Elinna akauntan di syarikat I.” Dato’ Zaman memperkenalkan
pegawainya pada tetamu.Semua yang duduk dimeja VIP berjabat tangan dengan Cik Ellina kecuali Naim.

“Berkenan?”usik Tan Sri Yusoof.

“Eh! Tidaklah Tan Sri..”airmuka Naim berubah.Pandangan matanya dijatuhkan ke lantai hotel.Tak tahu
ada mata yang memandangnya.

“Dia teman istimewa anak saya.”bisik Tan Sri Yusoof sambil matanya terarah ke wajah Ellina yang tidak
jauh dari tempat duduk mereka.Naim tergamam. Dahi berkerut.Lama... Jadi,Kamal anak Tan Sri?desis
hatinya.

“Awak kenal anak saya?”tanya tan Sri Yusoof.

“Eh! Tidak..saya tak kenal,”Dia memalingkan mukanya lalu mengucap panjang. ALLAH! Mengapa hari ini
hatiku terasa sakit?Desis hati Naim.

“Ellina tu boleh tahan kan?”bisik Dato’ Zaman sambil ketawa.Lelaki itu duduk disisi kanannya setelah
Tan sri Yusoof bangkit berbual dengan rakan-rakan niaganya.

Kening Naim berkerut.Wajah gatal lelaki pertengahan 50’an itu dipandang tepat.Mata Dato’Zaman tidak
lepas memandang Ellina yang anggun berbaju dress tanda lengan berwarna violet.Tubuh Ellina yang
putih gebu barangkali membuatkan Dato’Zaman tidak dapat membendung nafsu serakahnya.

Naim berdehem beberapakali.Sengaja menarik perhatian Ellina yang duduk selang 2 kerusi diantara dia
dan Dato’Zaman. Ellina menoleh,mata Naim memberi isyarat supaya Ellina mengikutnya.

“Tak ada baju lain yang boleh tutup badan tu sikit ke?”

Kening Ellina berkerut. “You kalau nak cari gaduh dengan I pun, janganlah dekat sini,”bisik Ellina.

“Bila I nak cari gaduh dengan you? You tahu tak yang bos you tu pandang tubuh you macam nak
terkeluar biji mata?”tegur Naim.Nadanya marah.
Ellina menoleh memandang kearah bosnya.“Dia pandang badan I?”
“Ya!Tulah, lain kali jaga sikit pakaian tu.”

Ellina tersenyum. “You jealous?”bisiknya.


“Tak jealous tapi...”ayatnya mati.

Bibir Ellina sekali lagi mengukir senyum. “Come on..cakaplah you cemburu,”usik Ellina.

“Dahla..I nak pergi sana,”Naim cuba mengelak.

“Hey, Naim... janganlah nak lari.Bagitaulah I yang you cemburu.Sekali saja..cakaplah,”Ellina semakin
nakal. Tangannya sesekali cuba melingkari lengan Naim.

“Ellina! Tolong jaga perangai.”tegas Naim.


Ellina mencebik. “Im...”jari-jemari Naim digenggam.

“Ellina!”Nama Ellina dilaung seseorang.Serentak Naim dan Ellina menoleh.Ada juga beberapa mata yang
memandang.Mungkin terkejut mendengar jeritan Kamal.

“Siapa dia ni?”tubuh Naim ditolak menjauhi Ellina.

“Hmm..dia...”Ellina tergagap-gagap. Wajahnya berubah pucat.

“ZarulNaim.CEO syarikat Daddy.Naim, nilah Kamal.Anak tunggal saya,”tiba-tiba kedengaran suara Tan
Sri Yusoof memperkenalkan Naim pada Kamal.

Naim tersenyum lalu menghulur tangan ingin berjabat.Kening Kamal berkerut. Huluran salam dari Naim
langsung tidak dipandang.Wajah bengisnya tergambar jelas.Dia mencekak pinggang sambil berpusing-
pusing mengelilingi Naim.

“Oh! CEO muda yang Daddy cakapkan tu rupanya.Berani kau pegang-pegang girlfriend aku?”marah
Kamal.Tubuh Naim ditolak kasar.

“Amal please..dia tak..”

“You jangan masuk campur!”marah Kamal pada Ellina.Kening Naim berkerut melihat sikap kasar Kamal
pada Ellina.

“Amal,apa ni..Apa salah Naim dengan kamu?Jangan nak berkelahi pulak disini.Malu Daddy!”tegur Tan
Sri Yusoof.

“ Daddy tanyalah CEO Daddy ni. Tanya apa yang dia buat tadi!”Kamal sudah mula menyinsing lengan
kemejanya.

“Naim tak buat apa-apa Tan Sri.Amal, you ni kenapa?”tegur Ellina.


Matanya memandang kiri kanan.Sudah banyak mata yang memandang babak pergaduhan mereka.Ada
yang berdiri dan ada juga yang dah panjang urat leher memerhatikan mereka.

“Tak buat apa-apa you kata?Ingat I buta ke?I nampak dia pegang you!Memang kurang ajar betul kau!”
Kamal memang berang. Naim sedikit berundur kebelakang.Matanya masih merenung tepat wajah panas
baran Kamal yang hanya tunggu masa melepaskan penumbuknya.

“Amal, sudah!”Tan Sri Yusoof menegur lagi.

“No Daddy! Dia sentuh Ellina.Maknanya dia dah cari pasal dengan Mal!”bentak Kamal.

“Saya minta maaf Tan Sri.Saya rasa lebih baik saya beredar dulu sebelum keadaan semakin buruk,”Naim
meminta izin untuk pulang.Namun Kamal bertindak menolak bahu Naim hingga lelaki itu hampir jatuh
kerana terlanggar kerusi.

“Encik Kamal, jangan kerana salah faham kita bergaduh.Malu orang pandang,”Naim cuba berlembut.Dia
tidak mahu memalukan sesiapa dan tidak juga mahu mengeruhkan keadaan.

Kamal tersengeh.Matanya memandang kiri kanan.Namun tanpa diduga sebuah tumbuk mengenai pipi
Naim.“Naim!”Ellina meluru mendapatkan Naim.

Hati bengis Kamal semakin dirasuk syaitan. Dia semakin hati jiwa melihat babak dimana Ellina
mengusap-ngusap pipi Naim yang ditumbuknya tadi.

“Jangan Mal,jangan...please!”tubuh Kamal ditolak supaya menjauhi Naim.

“Ketepi! Jangan masuk campur! Tepi!!”tanpa sedar dia menampar muka Ellina hingga wanita itu hampir
tersungkur dikaki Naim.

“Dasar perempuan murahan! Semua lelaki kau sapu rupanya!”tempelak Kamal.

“Mulut kau jaga!!”Naim bangkit melepaskan menumbuk padu diperut Kamal.Kamal terbatuk-
batuk.Senak!

“Hey bangsat! Kau pukul aku?Hah?!!”tengking Akmal.

“Itu baru sikit.Aku boleh bagi lebih dari tu kalau kau nak,”balas Naim. Mata Naim dan Kamal masih
bertentangan.Tajam menikam wajah masing-masing.

“Sudahlah tu Naim, Amal..jangan gaduh lagi.Pleasee..!”Ellina sudah mula mahu menangis.

“Siapa lelaki ni dengan kau Ellina?Kau pernah tidur dengan ya?Jawab?!”jerit Kamal tanpa memikirkan
orang sekitar.

BUKK! Sekali lagi tumbukkan padu mengenai perut Kamal.Kamal yang tidak bersedia sekali lagi
terlentang.Naim termengah-mengah.Penat menghayun dua penumbuk buat Kamal.

“Naim..Sudah!Jangan pukul anak I lagi!”marah Tan Sri Yusoof.Segera dia merangkul tubuh anaknya.
“Saya dah lama bersabar Tan Sri.Biar hari ni saya luahkan segala-galanya.”suara Naim tidak tinggi namun
kedengaran keras.Kening Tan Sri Yusoof berkerut.

“Naim please...”bisik Ellina.Tidak mahu Naim dan Kamal terus bergaduh.Naim mendengus.Ellina beralih
kepada Kamal.

“Amal,I yang salah..janganlah bergaduh lagi...”

“Ahh! Sudahlah kau!Dasar perempuan murahan!”jerkah Kamal sambil menghayun penampar.

“Tamparlah,tampar!! You tahu tak, Naim tak pernah sekalipun sakitkan I.Siapa you yang berani tampar I
hah?!! ”jerit Ellina.Tangan Kamal terhenti.

“Jadi betullah kau pernah tidur dengan jantan ni ya?Jawab Ellina jawab!Kurang ajar kau betina!!” cemuh
Kamal tanpa mahu mengetahui perkara sebenar.Sekali lagi tangannya dihayun namun sebelum sempat
lima jari tangan kanan Kamal singgah ke muka Ellina Naim sempat menahannya.

“Kamal! Aku tak pernah sekalipun naik tangan pada Ellina.Tak pernah!jadi, aku peringatkan pada kau,
jangan sesekali berani menyakiti dia!”kolar baju Kamal dicengkam erat.Kening Kamal berkerut.

“Siapa kau dengan Ellina?”

Naim tersenyum sinis.“Siapa aku? Hey!Come on, takkan tak kenal aku sedangkan kau yang selalu ugut
aku.Tak ingat Kamal? Setiap hari kau call aku minta aku lepaskan Ellina untuk kau hinggakan kami tak
boleh duduk sebumbung akibat pertelingkahan yang disebabkan kau... takkan kau dah lupa?!”

Kamal terdiam. “Kau, kau...suami Ellina?” tergagap-gagap suara Kamal bertanya.

Sekilas fikirannya teringatkan perbuatannya.Sememangnya sudah lama dia menyukai Ellina.Namun,


hatinya kecewa bila mengetahui gadis pujaannya telah dimiliki.Sejak itu tanpa henti dia mengganggu
kehidupan suami Ellina.Setiap hari kata-kata ugutan berserta cacian dilemparkan.Dan,akhirnya
perbuatannya membuahkan hasil bila mendapat tahu mahligai yang dibina selama 5bulan antara Ellina
dan suami goyah. Tanpa berlengah Kamal masuk jarum.Sedaya upaya dia cuba untuk memiliki Ellina.

“Kenapa kau tak cari aku kalau kau tahu siapa aku?”tanya Kamal.

“Buat apa?”

“Kau, kau boleh marah aku..belasah aku atau..atau,” Sekali lagi Naim tersenyum sinis.

“Aku tak macam kau.”Naim melibas-libas tangannya menepuk habuk kotor yang mengenai baju kemeja
dan seluarnya.Setelah itu, dia mula melangkah mahu meninggalkan majlis.

“Nak kemana Naim?”tanya Tan Sri Yusoof.Mukanya serba-salah.

“Saya nak balik,”hanya dua tiga tapak Naim melangkah dia berhenti.Dia menoleh.Wajah Kamal
dipandang.
“Kalau betul kau sayangkan Ellina, aku mohon..jangan sakiti dia.”Kamal mengetap bibir.Sedar akan
keterlanjuran tadi.Sememangnya dia sukar mengawal perasaan marahnya.Barannya senang benar
datang.Pantang salah sikit habis dimaki.

Sekilas matanya memandang Ellina yang terduduk sekitar tiga depa darinya. Dia mengeluh melihat
Ellina yang beberapakali mengelap airmata yang jatuh ke pipinya. Sebenarnya dia tahu, pernikahan yang
dilaksanakan antara Ellina dan suami bukan keinginan wanita itu sepenuhnya.Keluarga telah merancang
dari awal dan ini memudahkan kerja Kamal untuk menggoda Ellina supaya meninggalkan Naim.

“Naim, kau tak cintakan Ellina?”langkah Naim terhenti lagi.Dia menoleh.

“Kenapa?”

“Kalau kau cinta kenapa kau sanggup lepaskan Ellina?Bukankah kalau kita cinta seseorang itu kita tak
akan lepaskan dia dan sanggup buat apa saja untuk memilikinya?”tanya Kamal.

Naim tersenyum tawa. “Itu fatwa kau. Bagi aku,cinta tak semestinya memiliki.Kalau Ellina bahagia
bersama kau aku sedia berkorban.Itu baru dinamakan cinta Kamal.Tolong,jaga dia untuk aku,”suara
Naim perlahan namun jelas kedengaran.

Kamal terdiam.Mengeluh lalu tertunduk.Sungguh! Tadi hatinya panas sekali melihat Ellina dan Naim
berpegangan tangan.Dia tidak mahu Ellina jatuh ke tangan orang lain lagi.Namun, tiba-tiba dia diresapi
rasa bersalah yang teramat bila mendengar apa yang dikatakan Naim tadi.

“Amal, I nak ikut Naim.” suara Ellina yang tergetar-getar seakan menahan tangisan kedengaran.

Kamal menoleh kewajah Ellina.Walaupun jauh dihatinya dia risau kalau-kalau hati Ellina lembut mahu
berbaik dengan Naim namun...ah! Aku bersalah pada Naim. Matanya masih memerhati Ellina yang
berlari anak mengejar Naim yang sudah hilang dari pandangan.Biarlah malam ini Ellina mencari siapa
cintanya, desis hati Kamal.

“Eh?”Naim terkejut melihat Ellina yang tiba-tiba masuk dan duduk disebelahnya didalam perut kereta.

“Apa tunggu lagi?Jalanlah!”suruh Ellina.

Kening Naim berkerut. “Kemana?”

“I nak balik rumah kita.Ada benda tertinggal,”tanpa banyak bicara Perdana V6 milik Naim mula menjalar
membelah jalanraya.

“Masuklah..”ajak Naim tatkala kunci grill banglo dibuka.

“Apa benda yang tinggal?”tanya Naim.Punggungnya dihempas ke sofa sambil menyentap tali leher.
Suaranya kendur.Sama seperti orang malas bercakap.mahu tak mahu saja.
Ellina tidak menjawab malah terus naik ke tingkat atas banglo.Selang beberapa minit Ellina turun.
Matanya memandang wajah keletihan Naim.Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.Matanya tertutup
rapat.

“Naim,”panggil Ellina.

Kelopak mata Naim terbuka luas. “Dah jumpa barangnya?”soal Naim.

“Tak,”jawab Ellina.

Kening Naim berkerut. “Takkan hilang?Simpan dimana?”

“Simpan disini,”Naim tersentak bila bibir Ellina menyentuh bibirnya.Walaupun tidak lama namun
getarannya menjalar keseluruh tubuh.

“Ellina...”kening Naim berkerut.

“Ya?”jawab Ellina.

“Barang apa yang tertinggal sebenarnya?”soalan Naim lagi.

“Bukan barang.Tapi,cinta..cinta I tertinggal disini,”bisik Ellina.Naim tersenyum.

“Cinta disini?”jari telunjuk menyentuh bibirnya. Ellina ketawa.Tubuh Naim dipeluk erat.

“Abah tak salah pilih suami untuk I,”bisik Ellina lagi.Naim hilang kata-kata.Diam dan hanya membiarkan
Ellina memeluknya.

“I minta ampun.I minta maaf...I tahu, I tak layak untuk you.I banyak salah pada you.”suara Ellina sudah
bertukar menjadi tangisan.

“No sayang.Jangan cakap macam tu.You isteri sempurna buat I,”Naim memujuk.Dahi Ellina dikucup.
Sesungguhnya walaupun pernikahan yang dibina bukan atas dasar cinta namun dia tahu,dihatinya hanya
ada Ellina.

“Sayang,lepas ni jangan pakai baju macam ni lagi.I tak suka,”tegur Naim.

“Kenapa?You jealous?”usik Ellina.

“Ofcouse I jealous! You wife I kan?”

Ellina ketawa. “Tadi kenapa taknak jawab macam ni?”

“Well, I...Hmm,sebenarnya I...”Naim terdiam.Sekali lagi hilang kata-kata.Ellina tersenyum. Kelakar


melihat Naim yang selalu hilang ayat.

“En.ZarulNaim...I love u so much!”bisik Ellina sambil memeluk tubuh Naim.Naim ketawa.


“Jawablah balik!”rajuk Ellina.

“Hmm..i love u too,”

“Alaa..macam terpaksa aje.Tak romantik langsung.Susah ke nak cakap I love u atau saya cintakan awak
En.ZarulNaim?Selama kita nikah I belum pernah dengar you cakap macam tu dengan I,”

Naim mengeluh. “Cinta I lebih sekadar ucapan Ellina.Cinta I dah dilafazkan pada saat kita
dihijabkabulkan dulu lagi.Walaupun bibir ini tidak sering menutur kata cinta namun I nak you tahu, cinta
I hanya milik you...”tanpa dapat ditahan Ellina menangis teresak-esak.Tapak tangan Naim dikucup.
Dalam diam hatinya memanjat kesyukuran memiliki lelaki itu sebagai suami.

“Lepasni taknaklah dengar I you lagi.Tak best lah!Panggil abang kan lebih romantik?”Ellina ketawa kecil
sambil menyekat airmata.

“Abang, masa Lina keluar dari rumah haritu,Lina tidur rumah Mak Ngah,”cerita Ellina.

“Abang tau,”

Kening Ellina berkerut. “Macammana abang tau?”

“Abang selalu ikut sayang.So, abang taulah mana sayang pergi, apa sayang buat.”jawab Naim jujur.

“Lagi satu,Lina dengan Amal tak pernah ada apa-apa hubungan.Dia yang memandai-mandai kata yang
kami ni ada hubungan istimewa.Sungguh bang!”lima jari tangan kanannya diangkat seakan-akan sedang
membuat aku janji.

Naim tidak menjawab.Malah masih lekat senyuman dibibirnya. “Abang dengar tak?”tegur Ellina.

“Dahlah..jangan diungkit.”bisik Naim.

“No! Abang kena tahu semua ni.Memang Lina rapat dengan Amal tapi kami tak pernah ada hubungan.
Lina sendiri terkejut bila dia kata yang Lina girlfriend dia tadi,”

Naim masih diam.Langsung tidak bersuara.Ellina kehairanan.Kalaulah Kamal,barangkali sudah biru


lebam tubuhnya dilanyak lelaki baran itu.Tapi Naim...

“You! Dengar tak I cakap?Apa pasal asyik senyum aje? I ...” Ellina terdiam bila tiba-tiba bibir Naim
menyentuh bibirnya.

“Apa tu?”kening Ellina.

Naim tersenyum. “Cinta,”bisik Naim.Ellina ketawa.Bahagia semakin menjalar dan berkembang diseluruh
rongga nafasnya. Mungkin 5bulan usia pernikahan belum cukup untuk dirinya mengenali siapa
ZarulNaim namun sejujur-jujurnya, dihatinya saat dan ketika ini hanya dia yang bertakhta dihati. Naim
miliknya dan hatinya hanya buat Naim seorang.

Anda mungkin juga menyukai