Anda di halaman 1dari 35

Kawan-kawan panggil aku Yayang. Aku gadis bersaiz XXL. Aku tak faham..kenapa orang suka ejek aku?

Hodoh sangat ke perempuan bersaiz XXL ni? susah sangat ke masyarakat nak terima orang yang macam aku ni? Ape?! Ingat korang yang slim je ada hati & perasaan? Kami yang XXL ni takde? Atau korang yang saiz S,M je ke yang lawa? Oh! Sorrylah!!! Tapi, mahu tak mahu..inilah lumrah kehidupan. Bercinta? Jauh sekali.. siapa yang nak dengan gadis bersaiz XXL macam aku ni. Tak seksi katanya. Mengelebeh sana sini. Muka bulat macam donat. Badan kembung macam pelampung. Kalau bawak naik kereta takut pancit tengah jalan sebab terlebih muatan. Ahh! Sakitnya hati! Sepanjang aku melalui liku-liku kehidupan sebagai remaja.Terlalu banyak dugaan & cacian yang ku terima. Mungkin gadis yang sama saiz denganku saja yang mengerti apa yang kami lalui. Kecil hati, mudah tersinggung, rendah diri Namun syukur, Allah jadikan aku sebagai HambaNya yang kuat. Kuat menahan dugaan & hinaan dari masyarakat yang tidak mengerti apa yang ada dihati orang yang bersaiz XXL.

Dan inilah kisah AKU si gadis XXL

Dari jauh aku hanya melihat beberapa orang kanak-kanak sedang leka bermain tali getah. Aku pun teringin nak main sama.Tapi masalahnya mereka tak mahu berkawan denganku. Kenapa? Entah.. aku sendiri pun tak tahu kenapa mereka tidak sudi berkawan denganku.Mungkin kerana aku gemuk.Atau..entahlah! Perlahan-lahan aku menapak mendekati mereka yang riang bermain sesama mereka.

Doni.. aku nak main boleh?tanyaku.

Doni menjeling. Mukanya masam kelat. Lima orang sahabatnya yang lain juga turut mempamerkan wajah tidak senang dengan kehadiranku.

Group aku dah penuh. Group Jiha je kurang 2 orang.Tanyalah Jiha, Doni menjawab acuh tak acuh.

Eh! Apahal pulak??Takde-takde! Aku taknak satu kumpulan dengan budak gemuk ni.Karang tak pasal-pasal group aku kalah! jawab Jiha sambil mencebik bibir memandangku atas bawah.

Alaa..Doni,Jiha..aku nak main jugak.Tolonglahaku merayu.

Sorryla Yang, kami taknak main dengan kau.Lebih baik kau balik kurangkan sikit lemak kau tu baru datang sini main dengan kita orang, Doni mengejek.

Apa lagi tunggu?! Syuhh..syuhhh..!! halau Jiha. Betapa hina ku rasakan. Terasa seakan-akan diriku ini hanyalah kucing kurap dihadapan mereka. Aku menangis lalu berlari pulang.

Weh tengok tu! Yang lari macam gempa bumi.Bergegar semua lemaklemak! jerit Doni.Lalu aku mendengar mereka ketawa terbahak-bahak.

Ah! Sedihnya hatiku Aku berlari ke sawah Abah. Di tepi sawah itu aku duduk menangis.Apa salahku? Berdosakan kalau aku bersaiz besar?

Yayang kenapa ni? tegur seseorang.Aku menoleh.

Kenapa ni? Siapa yang sakat adik abang ni?

Aku senyum.. Itulah dia Abang Azzim. Teman di waktu sedih dan gembiraku. Tanpa banyak bicara dia membuatkan aku senyum.Tanpa banyak cerita dia membuat aku bahagia sekali. .

Tadikan bang, Doni dengan Jiha ejek Yang lagi,aduku.

Abang Azzim senyum.Walaupun jarak usia antara aku dan Abang Azzim 4 tahun tapi aku merasakan bahawa dia lebih memahamiku daripada sahabat yang seusia.

Yang pergi sana buat apa? Tak payah nak kawan dengan dia orang tu lagi. Jiha tu..bukan betul sangat pun.Minah senget! Kawan dengan abang lagi bagus, pujuk Abang Azzim.

Abang ni tak baik tau.Ada pulak cakap Jiha macam tu.

Eh! Betul apa..mana ada orang pakai baju warna biru lepastu pakai kain warna oren.Tak betullah maknanya tu.Aku ketawa.Iya tak ya kan? Baru aku perasan! Aku senyum lagi. Abang Azzim memang pandai memujuk.

Terima kasih Abang sebab sudi jadi kawan Yang,

Kasihmu ku terima..balas Abang Azzim.Aku dan dia ketawa.

Kemudiannya, Abang Azzim mengajakku bermain layan-layang. Seronok! Layang-layang yang dibuat sendiri oleh Abang Azzim tertulis besar namaku. Kata Abang Azzim biar sesiapa yang melihatnya akan rasa cemburu.

Cemburu melihat namaku melayang tinggi dari mereka. Aku riang sekali. Padaku hanya Abang Azzimlah sahabat sejatiku.

Itu kisah ketika aku berusia 10tahun.

Aku pulang berjalan kaki dari sekolah. Sejak aku naik ke sekolah menengah Abah sudah jarang menjemputku. Bukan apa, kadang-kadang disekolah ada aktiviti kokurikulumlah,persatuanlah jadinya aku lebih senang naik turun bas daripada menyusahkan Abah yang terpaksa menungguku berjam-jam di bus stop.

Hai mak bidan..baru balik dari nolong orang beranak ke?usik Doni dari atas motor.

Aku buat tak tau. Menyampah! Mentang-mentang petang itu aku memakai uniform PBSM dia orang panggil aku mak bidan? Sungguh kurang sopan!

Eh! Tak ada responlah Jat,usik Doni lagi.

Kesian dia Don..dahlah gemuk lepastu pekak badak pulak tu! cerca Ijat. Lalu mereka ketawa terbahak-bahak.

Aku ketap gigi. Kau orang kenapa? Suka sangat mengejek aku ni apahal?!

Wo...Jat, ikan paus sudah mula marah nampaknya.Doni bercakap seakanakan berbisik namun suaranya yang keras kedengaran jelas.

Hai-hati Don, nanti kalau ditelannya kau susah aku..apa aku nak cakap dengan mak kau,Doni dan Ijat ketawa besar.Berdekah-dekah hingga menyakitkan telingaku.

Sudah!!jeritku.

Weh! Saedon..

Haha..Saedon.Hahatiba-tiba Ijat ketawa sambil menepuk-nepuk sit motor.

Weh Hantu jerangkung,kau diam!!marahku.Ijat serta merta terdiam.

Saedon! kau kalau sekali lagi kacau aku tahulah nasib kau macam mana! Aku bagitahu mak kau yang kau curi ayam Pak Leman malam tadi!

Mana kau tahu aku curi ayam Pak Leman?Muka Doni tiba-tiba berubah.

Aku tahulah sebab aku nampak kau dengan hantu jerangkung ni kat reban ayam Pak Leman malam tadi,

Macam-mana kau boleh nampak pulak?tanya Doni lagi.

La Kan ke rumah dia sebelah dengan rumah Pak Leman.Mestilah dia boleh nampak,

Woi Jat! Diam ah! Doni menempeleng kepala Ijat.

Jadi, betullah korang yang curi ayam Pak Leman kan? serkapku. Doni dan Ijat berpandangan. Baru tahu cuak!

Kalau mak aku tahu hal ni, siap kau! Doni mengugut.

Ugut aku pulak? Hmm..tak apa, kalau kau apa-apakan aku, aku bukan saja bagitahu mak kau.Tapi aku akan bagitahu Pak Leman,Tok Ketua, Pakcik Mail polis, Tok Imam dan,

Ah! Sudah! Sekali lagi aku nak ingatkan kau. Kalau mak aku tahu hal ni.. siap kau! Aku rodok-rodok lemak kau biar pecah!

Weh! Apasal pulak kau nak rodok lemak dia?Rodok mata dia la baru best sikit,Ijat buat lawak.

Ha..ha..ha..kelakarnya! perliku.Ijat menjeling.

Kau kurang ajar kan? Suka-suka hati kau je nak panggil aku hantu jerangkung kan?

Apasal? Marah? Habis kau panggil aku ikan paus tu kau ingat aku tak marah?! jeritku. Ijat mengetap gigi.

Dah! Jom blah Don. Blah..blahh! suruh Ijat. Doni segera menghidupkan enjen motor Hondanya.

Tau takut! Ingat aku senang kena buli ke hah?!jeritku bila melihat motor Doni memecut laju.Berkepul-kepul asap yang keluar dari ekzos motornya.

Fuhh! Lega rasanya bila dapat kenakan balik Doni & Ijat tadi.Baru padan muka mereka! Ingat aku ni lemah sangat ke? Aku pun berani jugak tau!

Namun tak sampai beberapa minit tiba-tiba melintas sebuah motorsikal lalu si pembonceng menendangku dari atas motornya. Aku terjatuh kedalam semak ditepi jalan. Tanganku tercucuk duri sembilu. Dahiku terhantuk dibatu. Bajuku kotor.Aku melihat Ijat dan Doni ketawa terbahak-bahak. Sampai hati mereka buat aku macam ni...

Aku pulang dengan tangisan. Walaupun tiada suara tapi sendu masih kedengaran. Abang Azzim yang kebetulan selisih denganku dijalan segera berlari mendekatiku.

Yang!Kenapa ni? Ya Allah..darah,kata Abang Azzim sambil melihat darah yang masih mengalir di dahiku dan tanganku.

Doni ke yang buat ni?tanya Abang Azzim sambil mengesat airmataku dengan sapu tangannya.Aku angguk perlahan-lahan.

Nak kena ajar si Doni ni! marah Abang Azzim.

Tak payahlah bang.Yang tak apa-apa. Lepas mandi nanti berhentilah darah ni,suaraku serak-serak. Abang Azzim menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin kasihan melihat aku.

Sabarlah Dik.Satu hari Allah pasti balas balik apa yang dia buat pada kamu hari ni, kata-kata Abang Azzim membawa ketenangan dalam hatiku.

Ya! Aku juga yakin bahawa Allah pasti membalas baik buruk perbuatan orang pada kita suatu hari nanti!

Aku jealous tengok Jiha yang semakin pandai berdandan. Aku jealous dengan Jiha sebab dia ramai peminat lelaki. Aku jealous bila ramai yang memuji kecantikan serta kelansingan tubuh Jiha.Ah! Aku jealousss!!

Kadangkala aku malu mahu melihat diriku sendiri di cermin.Tidak ada yang menarik pada tubuh juga wajahku. Namun, kata Abang Azzim semua itu tidak penting melainkan hati yang ikhlas dan bersih. Hmm..itu Abang Azzim, orang lain?

Oi! Termenung jauh nampak? pinggangku dicuit Mira.Aku tersenyum. Selain Abang Azzim, Mira juga adalah sahabat paling akrabku.

Menung apa Yang?Berangan nak jadi apa bila habis SPM ke berangan bila nak berlaki?usik Mira lagi.

Eh kau nih! PMR pun belum lepas, dah nak berangan berlaki pulak! kataku. Mira ketawa.

Mira, kau tengok Jiha tulawakan?

Mata kami terarah pada Jiha yang sedang didekati oleh seorang lelaki. Nampak macam budak form 4.Boleh tahan handsome! Hmm..bertuahnya badan.

Lawa pun tak guna Yang kalau tak ada budi bahasa,kata Mira. Aku menoleh ke wajahnya.

Zaman sekarang orang lagi tengok luaran dari dalaman,Mira.kataku. Syamira mengangguk-ngangguk.Setuju dengan kata-kataku.

Mata kami masih terfokus pada Jiha dan senior itu. Uh! Adegan cinta berlangsung dihadapan mata kami.aku dan Mira mencebik melihat lelaki itu yang buat flying kiss dekat Jiha sebelum berlalu masuk ke kelasnya. BRUEKK!! Loya tekak aku!

Hoi! Apa pandang-pandang?jerit Najihah.

Aku dan Mira berpandangan. Siapa pandang kau?jerit Mira balik.

Habis, yang kau orang duduk sini buat apa? Perhatikan akulah tu kan? Jiha mendekati kami sambil menyilang tangan ke dada.

Suka hati kamilah nak duduk mana, yang kau perasan sangat ni apahal? Aku pula menjawab.

Jiha bersenyum sinis. Kau jealous dengan aku kan Yang?bisiknya.

Apa pasal pulak aku nak cemburukan kau,Jiha ketawa sinis.

Kau jealous sebab aku ni cantik,slim, ramai peminat, ada boyfriend handsome. Kan?

Mana ada

Sudahlah Yang..tak payah nak menipu.Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau tu. Kau teringin nak ada pakwe ke?

Kenapa pulak kau tanya macam tu?

Tak adalah..aku cuma nak ingatkan kau.Dengan saiz XXL dan muka ala-ala Ugly Betty kau ni, siapalah yang sudi nak jadi boyfriend kau.ejek Jiha.

Aku terdiam.Hatiku sakit.Dadaku sempit.Mahu menangis menjerit.Tapi..Ah! Sabar Yang,sabarbisikku dalam hati.

Sudahlah Yang,jangan dilayan perempuan gila meroyan ni.Jom masuk kelas, tanganku ditarik Mira.

Mira! Kau panggil aku apa tadi?Gila meroyan?marah Jiha.

Eh!Salah ke?Ops! Bukan gila meroyanlah tapi minah senget.Kan Yang kan? usik Mira.

Mana kau tau dia ni minah senget?

Bukan ke kau yang cerita dekat aku yang dia ni dulu minah senget pakai baju warna biru kain warna oren?

Haah la.. aku lupa!jawabku sambil menjeling ke muka Jiha.

Najihah mengetap bibir. Itu masa kecik-kecik dululah! Yang, kau jaga.. nanti aku belasah kau! hujung jari telunjuknya dituding kearahku seakan-akan memberi amaran. Aku dan Mira ketawa melihat gelagat Jiha yang muncung panjang sedepa.

Aku pulang macam biasa dengan menaiki bas. Selepas bersiap membersihkan badan aku menunaikan fardhu Zuhur.Lama aku berteleku diatas sejadah. Perlahan-lahan nafasku hembus. Rongga hidung terasa berangin.

Sebenarnya, dalam usia remaja ini memang jauh disudut hatiku menginginkan seseorang yang ku panggil kekasih. Tapi, siapakah yang sudi?

Mungkin betul kata Jiha.Siapa yang sudi dengan gadis bersaiz XXL macam aku ni.Rupa tiada, badan jangan cakaplah.Dah bermacam-macam gelaran yang aku dapat.Ada yang panggil aku ikan paus, badak sumatra, gajah, tong drum, hmm..apa pasal pulak tak panggil aku kapal titanic? Kan ke kapal titanic tu pun besar gedabak!

Dalam kesedihan itu aku masih merasa amat bersyukur.Syukur kerana Allah jadikan aku insan yang cukup sifat.Syukur Allah lahirkan aku dalam keluarga yang Sakinah,Syukur Allah berikan aku nikmat kasih sayang yang berlimpah ruah.Sungguh! aku teramat syukur! Aku yakin dengan setiap firmanMu.. bahawasanya Kau tidak sesekali memandang pada paras rupa dan saiz fizikal .Hanya amalan yang membezakan siapa kami disisiMu..

Aku terlena sebentar dan terjaga tatkala jam hampir menunjukkan waktu masuk solat Asar. Aku berlari mendekati tingkap diruang tamu rumah. Aku tahu.Kebiasaannya waktu begini Abang Azzim akan lalu dihadapan rumahku menuju ke surau. Tanpa dia sedar aku selalu memerhatikannya dari balik langsir nipis rumahku.

Aku tahu bagaimana cara Abang Azzim berjalan.Aku tersenyum bila melihat dia membetulkan kedudukan songkok dikepalanya. Aku melambai-lambai kearahnya walaupun dia tidak sedar akan perbuatanku itu. Kadang-kadang, aku sengaja berbisik-bisik memanggil-manggil namanya seolah-olah dia dapat mendengar panggilanku.Tapi,itu semua hanya dibelakang langsir. Depan-depan? Sumpah aku takkan mahu!

Ya Tuhan..Inikah namanya cinta? Ah! Takkan aku jatuh cinta dengan Abang Azzim? Tapi,itulah perasaan yang aku rasakan.Jatuh cinta.Ya! Fallin love..

Dari jauh ku bisikkan pada Rabb.. Ya Allah peliharalah dia.Kasihilah dia. Sesungguhnya hambaMu ini sangat sayang pada dirinya,

Petang ahad yang mendamaikan Seperti selalu kalau tidak ke bendang Abah aku pasti ke sungai duduk berehat sambil melunjur kaki dibawah pokok sambil membaca novel-novel yang ku pinjam dari Mira.

Sedang asyik aku duduk sambil membaca Jiha dan 2 sahabatnya Doni dan Ijat mendekatiku. Nak apa diorang ni?Ganggu betullah!

Oo..sini rupanya port rehat badak sumatra ni ya?dari jauh kedengaran suara Ijat memerliku.Jiha dan Doni ketawa sambil memandang sinis ke mukaku.

Aiseh mantengok Jiha, kemainlah banyak stok coklat diaDoni mengambil coklat-coklatku yang berada dalam plastik.

See the body lah Don seketika sekitar itu seakan-akan bergema dengan hilai tawa mereka bertiga.Aku bangkit.Mahu pulang saja!

Eh! Nak kemana? Kejaplah..langkahku dihalang Jiha.

Kau nak apa ni?Jangan kacau aku boleh tak?

Jangan kacau aku boleh tak?ijat mengejek.Jiha dan Doni ketawa lagi.

Apa tunggu lagi Jiha.Cepatlah jalankan projek kau tu,suruh Doni.

Aku melihat mereka bertiga saling memberi isyarat antara satu sama lain.Seperti ada sesuatu yang telah dirancang.Aku ingin lari namun jauh mana kuatnya langkahku. Jiha menyurut Ijat dan Doni menyeretku ke tepi sungai. Aku tidak mampu melawan hanya merayu berkali-kali minta dilepaskan.

Hari ni adalah hari pembalasan.Siaplah kau Yang!Jerit Jiha.

Jat,Donapa lagi?arah Jiha.

Aku terus merayu pada mereka bertiga namun mereka yang tak berhati perut terus membenamkan mukaku ke dalam sungai. Ah!Tekak dan hidungku perit kerana banyak tertelan air sungai.Dalam hati aku hanya mampu bertasbih pada Rabb semoga saja ada pertolongan buatku.

Hoi! Kurang ajar punya budak!! sergah seseorang.

Kerana terkejut Ijat dan Doni automatik melepaskan pegangannya. Jiha pula sedaya upaya berlari meninggalkan Ijat dan Doni hingga tercabut selipar jepunnya.

Dalam kesamaran mata yang ditutupi rambut yang basah aku melihat Mira berlari mendekatiku sementara Abang Azzim berlari mengejar Ijat dan Doni yang sudah menyusup ke dalam semak.

Ya ALLAH! Yang Mira menangis disisiku. Rambutku yang basah lencun di urut perlahan-lahan.

Bedebah punya budak.Nak bunuh anak orang ke apa?!suara Abang Azzim kedengaran.Mataku memandang wajahnya sayu. Syukur..Allah mengirimkan mereka berdua sebagai pertolongan buatku.

Yang, jom kita report polis,ajak Abang Azzim.Mira juga mengangguk laju setuju dengan saranan Abang Azzim.

Tak payahlahjawabku lemah.

Tapi diorang tu mesti diajar!mira bersuara.

Biarlah Allah yang ajar mereka. Yang tak mahu cari pasal lagi dengan diorang, bisikku.Airmata tiba-tiba jatuh.Setitik..setitik..lama-lama mencurah deras.

Terima kasih Mira kau datang selamatkan aku,ucapku lemah.Mira mengangguk-ngangguk.

Terima kasih Abang, tolong Yayang tadi,mataku memandang wajah Abang Azzim.

Kasihmu ku terima Yang..bisiknya.Aku tersenyum layu.Ah Abang Azzim! Selalu saja dengan ayat itu.

Hari ini rumah aku ke rumah Abang Azzim.Ada kenduri doa selamat. Aku duduk disisi Mak Leha ibu Abang Azzim setelah selesai kenduri. Abah dan Mak juga ada duduk dihadapan kami.

Mataku sesekali melirik ke arah Abang Azzim yang leka berbual dengan Abah.Memang aku tak nafikan, Abang Azzim sudah dianggap seperti anak sendiri oleh Abah.Ayah Abang Azim Pakcik Daud adalah sahabat Abah tetapi dia sudahpun meninggaldunia ketika Abang Azzim berusia 11 tahun.

Kenduri malam ini sebenarnya adalah sempena kesyukuran Abang Azzim mendapat tawaran melanjutkan pengajiannya ke Jepun. Aku cukup bangga mendengar berita itu. Aku juga turut tumpang bertuah kerana sahabatku sejak kecil kini sedang meniti gerbang kejayaannya.Namun, aku turut rasa sedih kerana terpaksa jauh darinya.

Aku bangkit menuju ke pangkin bawah rumah Mak Leha. Saja mahu ambil angin malam.Semoga saja angin malam yang singgah dipipi dan tubuhku bisa mengurangkan kesedihan yang semakin merebak dihatiku.

Yang, kenapa duduk sorang-sorang dekat sini?suara itu menegurku. Tanpa menoleh pun aku tahu siapa pemilik suara itu.

Abang Azzim duduk disisiku. Dia segak sekali dengan baju melayu merah maroon dan kain pelekat berjalur hitam putih.

Abang ambil jurusan apa dekat sana nanti?tanyaku.

Abang ambil jurusan kejuruteraan. Insyaallahkejuruteraan mechanical, cerita Abang Azzim.Nampak ketara kegembiraan diwajahnya.

Kenapa nak belajar di Jepun? Di Malaysia kan ada juga jurusan tu,Abang Azzim tersenyum.Sepertinya dia tahu apa yang ada dihatiku.

Jom naik..kat dapur ada kek coklat tau, ajak Abang Azzim.

Kek coklat? Wahh! Nak nakk!! Boleh bawak balik sikit tak?

Abang Azzim menganggukkan lalu melemparkan senyuman yang bagiku itulah senyuman termanis yang pernah kulihat sepanjang hidupku.

Didapur kami berbual panjang.Bermacam-macam kisah kami kongsikan.Dari kelengkapan yang mahu dibawa Abang Azzim ke Jepun minggu depan hinggalah kisah sekolah yang tidak kering dengan peristiwa-peristiwa yang mencuit hati.

Yang tahu tak kenapa Abang suka kawan dengan Yang?soalan itu mematikan suapan kek coklat ke mulutku.

Kenapa?tanyaku ringkas.

Sebab Yang comel.Aku senyum.

Alaa..tu memang tak boleh dinafikan.Yang memang comel pun tapi takkan sebab tu je?tanyaku.

Abang Azzim ketawa. Memanglah bukan sebab tu je. Abang suka Yang sebab Yang lain. Lain dari orang lain,

Lain dari orang lain?Apa yang lain? Saiz badan ke?

Abang Azzim ketawa lagi. Tu diantara alasannya juga.seketika aku menjelingnya.Gelaknya makin menjadi-jadi pula.

Abang tak malu ke sayang pada budak yang gemuk lagi buruk macam Yang ni? sengaja aku bertanya setelah lama ku pendamkan soalan itu.

Aku melihat ada senyuma meniti dibibir Abang Azzim. Yang, kecantikan paras rupa kan hanya pinjaman.Hanya hati yg baik & amal ibadah tu je yg akan kekal sampai bila-bila. Betul tak? aku angguk mengiakan katanya.

Yang, Abang percayaanak yang sangat kasihkan ibubapanya itu adalah anak yang soleh. Itu yang abang nampak pada diri YangLagi 1, walaupun Yang selalu kena buli dengan 3 ekor budak setan tu,tapi Yang tak pernah nak benci atau marahkan mereka. Dan disebabkan keikhlasan itulah membuatkan abang bertambah sayang pada Yang..bisiknya.

Aku tersipu malu.Dia sayang pada akulah! Bahagianya.!!!

Betul ke Abang sayangkan Yang?Yang ni tak cantik, gemok,lepastu

Yang.. semua tu bukan tiket untuk hidup bahagia. Biarlah kita hodoh dibumi asalkan nama kita disebut-sebut dilangit. Allah jadikan makhluknya dengan penuh dengan keindahan dan keistimewaan.So, jangan cakap macam tu lagi ok?Aku angguk. Nasihat itu akan ku pegang sampai bila-bila.

Dan malam itu menjadi detik indah buatku. Itulah antara peristiwa yang sering ku kenang. Abang Azzim sudahpun terbang ke Jepun demi memenuhi tuntutan cita-citanya.

Dan aku masih mengumpul semangat untuk berjuang juga demi mencapai apa yang ingin ku hajati.

Kini, saat indah itu terlah berlaku 10 tahun yang lalu

Sudah 3 minggu aku tidak pulang kekampung. Kerja yang semakin berlambak membuatkan aku sudah tidak punya cuti untuk pulang. Kalau dirumah sabtu ahad pun, aku tetap terpaksa menyelesaikan tugasanku.

Hi cik lawyer..bizi sungguh nampaknya?Aku menoleh.Mira menghulur sebiji mug berisi Nescaffe padaku.

Terima kasih cikgu,ucapku dengan meniru nada kartun Upin & Ipin. Mira ketawa.

So, kes apa pulak sekarang ni?tanya Mira.

Ni, aku tengah kusut dengan kes rasuah VIP ni.Bukti tak kuat kalau aku nak kata dia yang bersalah. Uh! Pening kepala aku Mira,

Aku yakin kau boleh buat.sebelum ni semua kes kau boleh handletapi, kau taknak balik kampung minggu depan apa kes pulak?

Aku terdiam. Jari-jemari kubawa jauh dari laptop. Mira sengaja mengusik perasaanku. 2 minggu lalu aku mendapat panggilan dari mak. Katanya minggu depan Mak Leha ajak kerumahnya.Ada kenduri.Kenduri majlis pertunangan Abang Azzim.

Oh! Benarkah itu? Setelah Abang Azzim pergi ke Jepun.Aku dan dia putus hubungan terus.Dalam tempoh 4 tahun dia di Jepun tak salah aku ada 2 kali

dia balik ke kampung tapi aku tak berpeluang berjumpa kerana selepas keputusan PMR keluar aku mendapat tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh di bandar.Dan selepas SPM aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang undang-undang.

Kini, sudah 10 tahun berlalu. Aku baru setahun pulang dari UK. Rindu dihati ditahan-tahan kerana sudah bertahun-tahun tidak pernah lagi menatap wajah bersihnya. Setelah tamat belajar di Jepun, Mak Leha mengikut Abang Azzim pindah ke Sabah. Dan sejak itu rumah kampungnya tinggal.Hanya sesekali bila ada kenduri keluarga aku nampak juga Mak Leha datang tapi Abang Azzim

Menung la pulakk!!sergah Mira.

Oi mak kau jatuh tergolek!

Mira ketawa. Mak kau jatuh tergolek? Apa barang kau ni lain kali wish la.. Oi ayam golek 1 pinggan.barulah best!

Wish hok mu.. melatah dengan wish pun dah tak tau bezakan ke?Aku dan Mira sama-sama ketawa.Geli hati dengan telatah masing-masing. Walaupun usia kami kini menjangkau 25 tahun tapi sikap keanak-anakkan masih berbaki dalam diri kami.

Mir, betul ke Abang Azzim nak bertunang? Syamira memandang ke mukaku. Iya cik Yang, Abang Azzim yang nak bertunang. Takkan Mak Leha pulak kot!

Sekali lagi rumah kami riuh dengan ketawa.Rumah teres 2 tingkat ini dihuni kami berdua saja tapi riuhnya macam 20 orang ada tinggal dalam rumah ni.

Tapi, kan dia orang dah lama tinggal dekat Sabah.Kenapa pulak kenduri bertunang Abang Azzim dibuat kat kampung kita?

La..kan famili & adik-beradik Mak Leha tinggal kat kampung kita. Dia tinggal di Sabah tu pun sebab Abang Azzim bertugas disana.kata Mira. Aku mengangguk. Tapi

Mir aku sayang dia. Kalau boleh, aku taknak dia dengan orang lain aku meluahkan isi hati.Mira mengeluh.Hanya dia yang tahu isi hatiku selama ini. Dan hanya dia tempat aku meluahkan rasa rinduku.

Yang..kau perasan tak badan kau susut lagi?tanya Mira.

Entah..susut ke naik ke aku tak peduli.Abang Azzimmm.panggilku.

Sabarlah Yang Hah! Kau wish la bakal tunang Abang Azzim tu tiba-tiba taknak bertunang ke, tiba-tiba kena denggi ke,malaria ke..so, majlis pertunangan mestilah terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.Bijak tak aku?

Aku menjeling ke muka Mira. Macam-mana la kau boleh lepas ujian MEDSI dulu ye? Otak biol macam ni pun boleh jadi cikgu?Ajar Sains pulak tu!

Mira ketawa. Kau kata aku biol? Kau lagi biol sebab kawan dengan orang biol! Aku pula ketawa.

Macam nilah.. lebih baik kau balik dulu.Soal betul ke tidak Abang Azzim bertunang tu belakang kira.Sekarang ni kau balik dulu. Kalau betul dia nak bertunang ikhlas kan ajelah.Mungkin dia bukan jodoh dari Tuhan untuk kau, nasihat Mira.

Kalau kau sanggupkau buatlah wish macam apa yang aku cakapkan tadi, sempat Mira mengusik.Aku ketawa lagi.

Walaupun aku tak sanggup melihat dia menjadi milik orang lain namun, untuk mendoakan sesuatu seperti itu tidak akan mungkin. Rabbi,Tuhan yang Khaliq ku mohon, peliharalah dia dalam kebahagian.

Mataku memandang sekitar majlis.Meriah! sesekali kedengaran riuh rendah dengan usikan jemaah kampung yang mesra antara satu sama lain. Aku terus ke dapur. Manalah tahu kalau ada kerja yang boleh aku bantu.

Seketika melintas dihadapanku kurung hijau pucuk pisangnya.

Mak Leha yang berseri-seri dengan baju

Mak Lehapanggilku.Dia menoleh. Keningnya berkerut.

Siapa ya?Mak Leha ni dah lama tak balik sini jadi dah tak berapa cam lagi anak-anak orang kampung ni,

Aku tersenyum. Baru 10 tahun tak jumpa, Mak Leha dah tak kenal Yang lagi. Sampai hati

Ya ALLAH! Yayang ke?Tubuhku tenggelam dalam pelukannya. Pipi dan dahiku dicium bertalu-talu.Rindu katanya.

Mak Leha sihat?tanyaku.

Alhamdulillah.sihat.Yang bila balik dari UK?

Tahun lepas Mak Leha.Yang dah kerja dekat KL. Satu rumah dengan Mira sekarang,ceritaku.

Oo..yeke?Mira ada di depan tu.Tengah sarapan.Yayang dah sarapan? Pergilah naik.Ada mee goreng.Mak Leha nak ke bawah kejap ya,kata Mak Leha.

Makcik, mehlah makan..sedap tau kalau tak rasa mee goreng Mak Leha ni, tiba-tiba suara Mira kedengaran.

Aku menoleh. Mira! Bila kau datang?Tak ajak aku pun kan nak datang sini?

Dah kau kata tak tahu lagi nak datang ke tidak.So aku malaslah nak ajakajak.jawab Mira sambil menyuap mee goreng ke mulutnya.

Mir, kau nampak Abang Azzim tak?tanyaku sambil berbisik.

Tak nampak pun.Aku mengeluh.Hmm..mana dia ni?

Eh tapi kan.. kau nampak tak barang hantaran Abang Azzim?tanyaku lagi.

Tak ada pun.Eh? Kau ni..apasal tiba-tiba lagi psiko ni? Mehla makan..sudahsudahlah soal siasat kau tu,Mira membebel.Aku mengeluh.Hatiku gelisah.

Ninajangan main dekat tangga tu. Jatuh nanti!laung seorang wanita dari balik pintu tengah antara ruang depan dan dapur.

Aku dan Mira memandang anak kecil yang ku kira berusia 4 tahun sedang leka bermain anak patung di tangga rumah Mak Leha. Entah macam mana kaki anak itu tergelincir lalu terjatuh. Nasib baik tangga tak tinggi. Aku dan Mira berlari mendapatkan anak yang sudah menangis tu.

Ninaaa!! Tulah, kan mak dah cakap jangan main dekat sini.Degil betullah!! si emak membebel lagi. Bukannya di pujuk anak yang menangis malah dicubit-cubitnya lagi betis si anak itu.

Kak..sudahlah tu.Kesian dia,kataku.

Budak ni degil! Kalau nak ajar budak degil macam nilah caranya,bebel si emak lagi.Keningku kali ini berkerut.Baru perasan yang suara itu cukup familiar denganku.

Jiha?tegurku. Dia menoleh.Keningnya pula berkerut.

Siapa ya?

Jiha..akulah! Yayang

Kening Jiha berkerut lalu memandangku atas bawah. Yang?Yang ke ni? Ya ALLAH!!kami berpelukan.

Anak kau ke ni Jiha?Jiha angguk. Lalu mengarahkan anaknya bersalaman denganku dan Mira.

Yang, Mira aku minta maaf ya atas perangai aku dulu terutama pada kau Yang. Aku banyak dosa dengan kau,

Aku tersenyum. Tak apalah Jiha..aku dah lama maafkan kau.

Najihah tersenyum.Dia nampak berbeza sekali dari Najihah yang aku kenal dahulu.Tubuhnya agak gempal. Tidak ada lagi hiasan make up di wajahnya.Tidak ada juga lagi bau-bauan yang mengiurkan sesiapa yang menghidunya.

Kau kahwin dengan abang form4 tu ke?tanya Mira.

Taklah..aku kawin dengan orang lain.Abang form4 tu dulu dah lama putus. Dia curang dengan aku.cerita Jiha.

Habis kau kahwin dengan siapa?tanya Mira.

Dengan Doni,terbelalak mataku demi mendengarkan jawapan Jiha. Biar betul!

Ijat?tanyaku.

Eh?Kau tak tahu ke? Ijat dah meninggaldunia 3 tahun lepas.Kemalangan motorsikal,Aku mengucap panjang. Ijat dah tak ada rupanya..

Aku tak cam kau tadi Yang. Kau makin cantik..Kalah aku masa muda-muda dulu,Jiha memuji-mujiku.

Ah kau ni Jiha..ada-ada je..Aku macam dulu jugak tak ada yang berubah,

Aku serius la Yang.Kau makin cantik.Untung siapa dapat kau.Dahlah cantik berpelajaran tinggi pulak tu.Tak macam aku ni..Laki aku Doni tu noreh getah je.Aku pulak tak bekerja..Jiha merendah diri.

Aku peluk bahu Jiha. Jiha, tak elok cakap macam tubiarlah menoreh getah asalkan halal.Jiha tersenyum.Sekali lagi kami berpelukan.Mira hanya memandang.

Setelah Jiha berlalu ke dapur aku memandang Mira. Mir, apasal kau tak cerita dekat aku pasal gosip-gosip & kes-kes yang berlaku kat kampung kita ni?

Kes Jiha kahwin dengan Doni?Sebenarnya memang aku pernah dengar tapi aku pun tak berapa tahu sangat sebab diorang bukan nikah kat kampung kita.Kata orang diorang kawin lari. Entah! Aku pun tak taulah..! Kes Ijat pulak.. macam-mana aku nak cakap, dah kau tak tanya,aku merenung muka Mira.Macam-macam alasan!

Tanganku lenguh menyiapkan bungkusan nasi berkat untuk para tetamu. Sesekali aku memandang Mira yang terkial-kial memotong nenas di dapur. Kadang-kadang aku ketawa bila kedengaran makcik-makcik mengomel itu salah ini salah dengan Mira.Alih-alih dia angkat kaki duduk disisiku.

Tension aku! Potong nenas pun ade stail..susah,susah!bebel Mira. Aku ketawa lalu menyerahkan plastik untuknya membungkus nasi berkat.

Yangaku menoleh bila kedengaran suara Abah memanggilku.

Ya Bah

Naik kejap nak.suruh Abah.

Naik?Kenapa Bah?tanyaku. Setahu aku diatas orang sedang berbincang majlis pertunangan Abang Azzim.Jadi, buat apa aku naik?

Tak payahlah Bah.Yang kat sini je,

Eh kau nih! Abah kau suruh naik tu, naik ajelah!bisik Mira.

Buat apa aku naik? Buat sakit hati aku?bisik aku pada Mira pula.

Yang, naik la kejap nak.Ada benda yang Mak Leha nak minta tolong ni, Mak Leha berdiri disebelah Abah sambil melambai tangan menyuruhku naik.

Mira ikut naik boleh Mak Leha?

BolehCepat!suruh Mak Leha.Mira menarik tanganku.

Sebaik sahaja kaki menjejak lantai rumah atas Mak Leha semua mata yang sedang duduk berbual terus terdiam seakan-akan memberi penghormatan padaku yang berjalan masuk ke dalam kelompok mereka.

Ada apa ni mak?tanya aku sebaik sahaja aku duduk disisi mak.

Mak tidak menjawab sebaliknya hujung jari telunjuknya dirapatkan ke bibir tanda menyuruhku senyap.

Apa pasal semua pandang aku,Mira?tanyaku pada Mira.

Giliran Mira pula meletakkan hujung hari telunjuknya dibibir.Aku berdecit. Mira pun sama! Apa pasal ni?

Nampaknya, empunya badan dah ada depan mata.Jadi, eloklah saya bertanya terus.Boleh Encik Hasan?Pak Ali bertanya kepada Abah.

Abah mengangguk. Silalah.. biar dia sendiri yang bagi jawapan.Kalau saya yang jawap tak aci pulak ye tak?

Keningku berkerut. YangPak Ali nak minang kau ke?bisik Mira.

Hishh!! Simpang malaikat 44! bisikku keras.Mira menekup mulut menahan tawa. Apa sebenarnya yang sedang dirancang ini? Aku semakin pelik bila melihat telatah mereka yang berbisik sesama mereka.

Baiklah..saya mulakanlah ya?Semua hadirin diam memberi ruang di wakil berbicara.

Yayang.. Pak Ali ni sebenarnya wakil dari keluarga Mak Leha.Pak Ali nak tanya Yayang..Yang setuju tak kalau kami nak nikahkah Yang dengan Azzim hujung tahun ni?

HAAHH?? itu saja yang mampu terkeluar dari mulutku.

Setuju ke tidak.Bukannya.. HAAHH?? Aku memandang ke muka Mira. Sengal betul! Ni aksi terkejutlah!

Yayang,Pak Ali tanya sekali lagi ni.Terima ke tidak pinangan si Azzim ni? soal Pak Ali lagi.Aku pandang mak.

Mak, Yayang rasa nak pengsan ni..betul ke semua ni mak?Janganlah nak bergurau dengan Yangbisikku.

Betullah..siapa pulak nak bergurau hal nikah kahwin ni?jawab mak.

Yayang?sekali lagi namaku dilaung. Aku angkat muka.Memandang Abah. Lalu Abah mengangguk mengizinkan.Begitu juga dengan Mak, Mak Leha dan Mira.

Saya terima.. Serentak itu Mira memelukku. Entah apa yang telah direncana Tuhan padaku.Namun, jauh disuatu sudut hatiku paling dalam ku lantunkan terima kasih buatMu Sang Maha Pengasih.

Dalam kekeliruan, kesyukuran dan kebahagiaan itu matanya cuba mencari si dia yang telah melamarku. Namun, mataku hampa. Bayang tubuhnya tidak langsung kelihatan.Abang Azzimdimanakah kau?

Oktober hampir berakhir.Bermakna hanya tinggal 2 bulan untukku dan Abang Azzim dihijabkabulkan. Sebulan aku bergelar tunangan Abang Azzim namun kami belum diberi kesempatan untuk bertemu.Hanya sesekali Abang Azzim menghubungiku. Cara bercakapnya sudah jauh berbeza.Mungkin disebabkan faktor usia atau kami kini sudah berubah status membuatkan bahan bualan lebih teratur & terjaga.

Aku memujuk Abang Azzim mengirimkan fotonya padaku lewat MMS. Alasannya cuma 1. Aku begitu rindu mahu melihat wajahnya. Namun nampaknya dia keberatan sekali.Tapi setelah berkali-kali ku pujuk akhirnya dikirimkan juga gambarnya yang terbaru.

So macam mana rupa Abang Azzim sekarang?soal Mira.

Aku memberikan HP aku kepada Mira. Terbeliak mata Mira bila memandang wajah didalam handphone ku itu. Biar betul Yang! Ya Allah, Besauunyeee! Kalah Kuman!

Aku hanya diam.Ah! Mengapa tiba-tiba hatiku berbelah bahagi dengan pertunangan ini? Tidak sanggupkah aku menerima dia yang sudah berubah saiz & rupa?

Setelah itu tiap kali panggilan telefon Abang Azzim tidak ku jawab semesra dulu. Dan kadangkala sengaja tidak ku jawab.SMSnya juga sudah malas ku layani.Ah! Aku merasakan hatiku kini sudah berubah.

Kenapa sekarang ni Abang rasa Yang dah lain?Macam cuba menjauhkan diri dari Abang.Kenapa?suatu hari kami berbual di telefon & dia bertanyakan soalan itu.Aku terdiam.Lama

Bu..buuu kan macam tu..Yang cuma..

Cuma tak sudi nak terima Abang?Maklumlah..sekarang Abang kan dah tak macam Abang Azzim yg kamu kenal dulu.

Aku menarik nafas dalam-dalam.Benarkah itu alasannya? Aku bertanya kembali pada diriku.

Abang..bagi Yang masa boleh? Yang sebenarnya. Belumpun sempat aku menghabiskan ayatku kedengaran talian sudah diputuskan. Abang Azzim marahkah kau padaku?

Malam itu aku bangkit Ishtiqarah. Dan aku menemui jawapannya. Kalau dahulu aku yang digelar XXL sanggup kau terima tanpa sebarang syarat mengapa kini aku tidak boleh menerimamu dalam keadaan yang sama sepertiku dulu. Kalau dahulu kau selalu memberi apa saja yang kau ada padaku tanpa sebarang paksaan mengapa kini aku tidak boleh memberi hanya sebuah cinta buatmu. Kalau dahulu kaulah yang aku idamkan mengapa kini senang benar hatiku berubah hanya kerana bezanya saiz fizikal. Oh Allah! Sombongnya aku kini..Sombongnya aku! Aku menangis..

Aku bangkit dari sejadah lalu berdiri tegak dihadapan cermin. Yang, cantik sangat ke kau ni sampai nak berlagak sangat? Kau tak ingat ke pada kebaikan Abang Azzim? Kau tak ingat ke yang selama ni dialah yang kau tunggu-tunggu.Kau tak ingat ke siapa kawan yang setia menunggu dan menemani kau waktu kau gembira dan sedih? Tak ingat ke?!marahku pada diri sendiri.

Dengan jiwa yang masih kacau aku mendail nombor hp Abang Azzim. Dari hujung talian kedengaran suaranya memberi salam. Hatiku bergetar.

Kenapa Yang?

Aku masih diam. Yang nak putuskan pertunangan kita?tanya dia.

Tak..takkjawabku.Aku berhenti berbicara.Airmataku gugur selaju-lajunya.

Ayang?Kenapa ni? Kenapa nangis?kedengaran suara cemas Abang Azzim.

Airmataku bertambah lebat. Dia tidak berubah.Sama seperti Abang Azzim yang 10 tahun dahulu. Hanya aku yang berubah.Hanya aku yang sombong! Aku menangis lagi.

Yang jangan nangis ya.Tak eloklah anak dara nangis.Nanti tak cantik! suaranya berbisik memujukku.Aku tersenyum dalam tangisan.Dia memang pandai memujuk.

Yang, Abang faham kalau Yang tak mahu terima Abang. Abang faham.. tapi..

Kita cepatkan tarikh nikah kita boleh?aku mencelah.

What?! Yang, are u serious?soal Abang Azzim.

Ya..Yang serius,percayalah Abang Azzim.Apa yang sedang Yang katakan ini lahir dari hati yang sejak dahulu ingin memilikimu.Namun maafkan aku Abang Azzim.. seketika aku lupa sejarah hidupku dulu.Seketika aku terlalu sombong dengan diriku kini .

Jangan paksakan diri kalau Yang tak sanggup terima Abang,suaranya yang perlahan membuatkan gudang airmataku ingin tumpah lagi.

Tak ada yang dipaksa atau terpaksa.Ini keputusan Yang. Tapi itu semua kalau tak ada halangan pada pihak Abang.Pada pihak Yang, Insyaallah.. Yang boleh aturkan,jelasku. Abang Azzim terdiam. Dan akhirnya muncul perkataan setuju dari mulutnya.

Pada Mira aku ceritakan segalanya.Mujur dia faham.Begitu juga dengan kedua ibubapaku.Tiada halangan dipihak mereka. Aku dibantu Mira menyediakan kelengkapan pernikahan ku yang hanya 3 minggu dari sekarang. Tarikh pernikahan dipercepatkan sebulan.

Dan hari yang dinantikan tiba..

Jantung berdebar bila Mira memberi khabar Abang Azzim & rombongannya sudahpun sampai.Akad nikah akan segera dijalankan. Aku mohon pada mak, biar aku dibilik saja tidak mahu duduk diruang tamu.Malu! Ah.. serius aku malu!

Airmataku gugur tatkala kata-kata keramat dilafazkan dari bibir Abang Azzim.Kini aku sah bergelar isteri kepadanya.Aku merapatkan kelopak mata.Cuba untuk tenang.

Assalamualaikum isteriku Sayang Syahirah bt Hj.Hassanada suara yang menyeru namaku.Abang Azzim! Ah..!Aku enggan buka mata.Malu!

Bukalah mata Sayang..taknak tengok Abang ke?suaranya perlahan seakan-akan berbisik.Aku geleng tanda tidak mahu buka mata.

Yang, Abang Azzim nak sarung cincin tu,Mira mencuit siku ku. Aku tetap geleng tak mahu buka mata.

Yang tak sudi pandang Abang ke?tanya Abang Azzim.Suasana bilik jadi kecoh ketika itu.Mau tidaknya pengantin perempuan taknak bukak mata. Ada yang marah ada juga yang ketawa.EH! Suka hati akulah!

Yang.. tak sudi langsung ke pandang Abang ni?Abang Azzim bertanya lagi. Aku tetap geleng.Bukan maksud tak sudi tapi taknak bukak mata.taknak! taknakkk!!! Maluuu!!Yelah, aku sebenarnya ah! Malulah!

Kalau Yang tak sudi, Abang Azzim sarungkan jelah cincin tu kat jari Mira. Mira on je jari isteri kedua Abang,suara Mira kedengaran tergedik-gedik. Sepantas kilas aku membuka mata.

Mira! Suka hati kau je kan?aku mencubit lengannya.Mira yang duduk disebelah kiriku mengaduh lalu ketawa.

Hah! Bukak pun mata tu..Apa tunggu lagi Bang, sarungkanlah cincin tu, suruh Mira.Mataku terarah kepada lelaki yang berdiri disisi kananku. Keningku berkerut.Siapa dia?

Eh! Kejap..kejap! Awak ni siapa?tanganku menampar-nampar tangannya yang cuba menyentuh jari-jemariku.

Ya Allah..Yang! Laki sendiri tak kenal ke?kedengaran suara mak disisi Mak Leha & Abah.

Aku memandang tepat ke wajah lelaki yang sudah duduk melutut dihadapanku. Laki sendiri? Abang Azzim?Keningku berkerut lagi. Mata kami bertembung lalu Abang Azzim memberiku sebuah senyuman.Seakan-akan dia tahu apa yang ada difikiranku.

Nanti Abang jelaskan ok? Sekarang ni kita sarung cincin dulu ye,bisik Abang Azzim.

Semua hadirin ada yang ketawa & ada yang menggeleng-geleng kepala melihat telatahku.Lantaklah diorangapa yang penting hanya aku yang tahu apa sebenarnya perasaanku ketika itu.Selesai upacara membatalkan air sembahyang kami dijamu dimeja pengatin & majlis persandingan kami tidaklah semeriah mana.Padaku ini sudah jauh cukup.

Aku memerhati dia yang tenggelam dalam kekusyukan solat. Alangkah damainya hati ini melihat wajah bersih itu kembali hadir memenuhi ruang hidupku. Kedengaran suaranya melantunkan bacaan dari Surah-Surah Lazim. Tenang & cukup mengasyikan.Aku jadi hampir terlena diulik alunan Kitabullah yang dibaca Abang Azzim.Usai salam & doa dia bangkit.

Aku pura-pura sibuk menyikat rambut.Ah! Kalaulah boleh dirakam saat itu pasti aku akan ketawa sendiri mengenangkan sikapku yang salahtingkah. Kerusi meja solek ditarik supaya menghadapnya. Aku tertunduk. Malu lagi!

Yang..kenapa ni?Dari tadi 1 perkataan pun Abang tak dengar dari mulut Yang.Yang ni betul-betul ke terima Abang sebagai suami Yang?

Aku angkat muka memandangnya. Wajahnya memang ada perubahan. Lebih kelihatan tenang.Lebih lembut & ada janggut halus tumbuh didagunya. Hp ku sua padanya.

Ni siapa?Abang Azzim ketawa bila aku tunjukkan gambar yang dia MMS kan padaku.

Gambar Abang juga.Tapi selepas di tambah effect superimpose.Jangan marah ye darling

Keningku berkerut. Apa tujuannya Abang buat macam tu?

Dia menarik nafas.Bibirnya masih dengan senyuman. Dulu, hati Abang boleh terima apa adanya Yang.Bukan pada kecantikan dan bukan juga kerana harta kekayaan. Tapi lepas mak bawa balik gambar Yang yg terbaru hati Abang mula terdetik.. masih samakah Yang yg Abang kenal dulu @ dah berubah

Jadi Abang kirimkan gambar ni untuk uji menjawab.Hanya kepalanya yang mengangguk.

Yang?soalku.Dia

tak

Abang cuma nak tahu. Yang yg dulu orangnya pemaaf.Hatinya lembut. Buatlah macam mana pun,Yang akan nangis lepastu Yang akan maafkan diorang tanpa sebarang alasan.Tapi, Sayang Syahirah yang sekarang kan dah lain.Dah berjawatan tinggi, dah cantik macam model terkenal.Sebab tu Abang tertanya-tanya masih samakah Yang yg dulu dengan Yang yg sekarang

Alur mataku sudah digenangi air jernih seakan-akan manik putih. Aku hampir menangis. Terima kasih kerana sudi jatuh cinta pada Yangbisikku lalu mencium tangannya.

Abang Azzim menyentuh ubun-ubun kepalaku. Kasihmu ku terima bisik Abang Azzim pula.Aku senyum lalu jatuh airmataku. Ayat itulah yang selalu aku dengar masa aku kecil dahulu.

Terima Kasih padaMu Rabbi.. Terima Kasih atas limpah kurnia dan kasih sayangMu pada kami. Jagailah kami Ya Rabbi..jagailah hati kami, jagailah aib kami & jagai cinta kami agar senantiasa subur mewangi

"Love is like war: Easy to begin but hard to end."

Anda mungkin juga menyukai