Anda di halaman 1dari 8

02 PT2 2018

PENTAKSIRAN TINGKATAN 2
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
2018
BAHASA MELAYU

UJIAN BERTULIS 2 JAM


ARAHAN
1. Buka buku soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan
dalam buku soalan ini.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan
pada akhir peperiksaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja


Nama Guru :
Bahagian Markah Penuh Markah diperoleh
1 8
2 3
3 10
4 4
5 10
6 10
7 10
8 15
9 30
Jumlah 100

NAMA PELAJAR : ............................................................................

TINGKATAN : .......................................................................
Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
Bahagian D
BAHAGIAN A
[ 25 markah ]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tuliskan jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita cekap berbahasa asing.

_________fasih_______

(ii) Kami sekeluarga sudah berangkat ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan.

_______akan_________

(iii) Kereta buatan Malaysia pernah menjadi jualan paling terlaris di negara kita
suatu ketika dahulu.

____paling laris/terlaris___________

(iv) Putera raja itu sedang mandi di sungai sambil ditemani oleh pengawal-
pengawal istana.

_______bersiram_________

[8 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pak Mail telah mencari rezeki dengan menjual satay di pasar malam sejak
sepuluh tahun yang lalu.
________sate__________

(ii) Kempen anti-dadah yang telah dilancarkan oleh kerajaan telah mendapat
sambutan hangat daripada masyarakat luar bandar.
_________antidadah_________

(iii) Para penonton bertepok tangan sebaik-baik sahaja pelakon yang terkenal itu
mengakhiri ucapannya.
______bertepuk_________

[ 3 markah]
3. Cerakin ayat majmuk berikut kepada dua ayat tunggal.

(i) Haziq sangat rajin membuat kerja sekolah tetapi adiknya suka bermain.

_ Haziq sangat rajin membuat kerja sekolah.

_ Adiknya suka bermain.

(ii) Guru tadika itu tekun dan berdedikasi.

__ Guru tadika itu tekun.

__ Guru tadika itu berdedikasi.

(iii) Abang tidak dapat mengangkat kotak yang berisi buku itu.
_ Abang tidak dapat mengangkat kotak itu.

_ Kotak itu berisi buku.

(iv) Mereka melompat-lompat kegembiraan sambil menjerit dengan kuat.


_ Mereka melompat-lompat kegembiraan.

_ Mereka menjerit dengan kuat.

(v) Budak jalanan itu menangis kerana lapar.


_ Budak jalanan itu menangis.

_ Budak jalanan itu lapar.

[10 markah]

4. Lengkapkan peribahasa berikut.

(i) Sudah terhantuk baru tengadah

(ii) Genggam bara api biar sampai jadi arang

(iii) Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

(iv) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

[ 4 markah ]
BAHAGIAN B
[30 markah]

5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Apa istimewanya budak ini?” Binjah bersuara, mewakili kekaguman mereka.


Melihatkan Dodo dan Misa tidak menjawab, lelaki itu menarik Talia dari rangkulan
ibunya. Anak kecil itu ditelitinya.
“Benda ungu apa ini?” soalnya.“Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut …..”Talia
merentap tangannya daripada pegangan Binjah.
“Tanah. Talia main tanah tadi,” sambut Dodo, bingung.“Ooo!” Binjah mengumam
senang. “ Tanah berwarna ungu … rupan-rupanya, katak-katak raksasa itu alah dengan
tanah ungu!”
Binjah membuat rumusan mudah, mengaitkan tanah ungu di tangan dan rambut
Talia dengan pengunduran makhluk itu tadi. Seperti ramai yang lain, Binjah terlalu
jahil akan perihal hubungan Talia dengan Qadqad yang telah bersemadi di sempadan
huma beberapa bulan yang lalu. Fikiran serong Binjah mula merancang-rancang
sesuatu. Talia dan keluarganya dibenarkan menaiki kereta api beberapa minit
kemudian. Di Bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital bersama-
sama dengan pekerja lombong yang cedera. Bahkan dia menanti sehingga Jini
dimasukkan ke dalam wad.
Tanpa menduga Sidek datang mencari mereka di hospital tiga hari kemudian.
Kebetulan pula Jini sudah dibenarkan pulang. Pemandu kereta api itu menemukan
mereka sekeluarga di farmasi, menunggu giliran untuk mengambil ubat.
“Tuan Binjah mahu melombong di Bukit Ungu,” kata Sidek.“Melombong apa?”
Misa mencelah bingung. “Kami ada padi saja.”
“Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di seluruh
negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!”
Antologi Baik Budi Indah Bahasa Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua perkara yang tidak diketahui oleh penduduk di situ tentang Qadqad.
- dua perkara yang tidak diketahui oleh penduduk di situ tentang Qadqad ialah Qadqad
merupakan kawan Talia. Selain itu, Qadqad juga tidak alah akan tanah ungu.

[ 3 markah]
(ii) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua perwatakan Binjah.
- Dua perwatakan Binjah ialah Binjah bersikap tamak apabila mahu mendapatkan
hasil bumi di Bukit Ungu. Binjah juga bersikap mementingkan kekayaan tanpa
memikirkan kepentingan alam semula jadi.

[3markah]
(iv) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar?
- Membuang dan mengolah sampah dengan sebaik-baiknya.
- Mengurangkan aktiviti pembangunan yang merosakkan alam sekitar.
- Tidak melakukan aktiviti pembalakan secara berleluasa.
- Menjaga kebersihan.

[4markah]
6 Baca sajak di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri .

Dalam Persekitaran Kata-kata

1 “Dia mencipta manusia, 4 Kata-kata yang berselerakan


Mengajarnya pandi berbicara.” angit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon
2 Engkau beri kami kata adalah persekitaran.
dan akal untuk mengucapkannya Seperti kami memetik buah-buahan
kami pindahkan makna, kami sunting istilah iman
dari zaman ke zaman. daripada kitab-kitab silam
mentakrif tanda alam
3 Engkau jadikan kami bangsa dan menjernihkan tafsiran.
berkulit sawo matang.
belayar di samudera jauh 5 Kata-kata mengembangkan pengalaman
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh terbentang di semesta alam,
di pantai-pantai semenanjung memaknakan kewujudan.

Baha Zain
Antologi Baik Budi, Indah Bahasa

(i) Berdasarkan rangkap 3, apakah pandangan penyajak terhadap bahasa?


[ 3 markah ]
Pandangan penyajak terhadap bahasa dalam rangkap 3 ialah
- Bahasa menjadikan sesuatu bangsa lebih matang.
- Melalui bahasa sesuatu bangsa mampu menghadapi pelbagai cabaran.

(ii) Nyatakan dua persoalan daripada sajak tersebut. [3 markah]


- Persoalan pandangan alam dan kekayaan bahasa
- Persoalan bahasa menghubungkan manusia dengan pencipta
(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat?
[4 markah]
- Bahasa sebagai alat komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat.
- Bahasa mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara kaum.
- Bahasa dapat memajukan pemikiran manusia.

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

(i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi


(ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon
(iii) Meniti Impian karya Osman Ayob
(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani

Latar masyarakat merupakan keadaan masyarakat yang digambarkan oleh penulis dalam
sesebuah novel melalui pelbagai peristiwa.

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut serta berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

[10 markah]
BAHAGIAN C
[15 markah]

8) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut,tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

CARA-CARA MENANGANI TEKANAN

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

BAHAGIAN D

[30 Markah]

9) Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

i) Rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut
sesuatu hari perayaan.
Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka seorang pemimpin
negara.
Gambarkan suasana rumah terbuka tersebut.

ii) Kejadian buli di sekolah semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

iii) Rakan pena anda yang berada di luar Negara ingin mengetahui tempat-tempat
bersejarah yang boleh dilawati di Negara ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan beberapa buah tempat-
tempat bersejarah yang popular dalam kalangan pelancong.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai