Anda di halaman 1dari 23

CONTOH 2

RANGKA:
Pendahuluan:
Tema:Kegiatan Lumba Haram (Rempit)
Kumpulan Sasaran: para remaja dan semua pihak
Tugasan:punca-punca berlakunya gejala mat rempit

Isi-Isi Jawapan:
1. Sikap remaja yang tidak mempunyai jati diri yang kental.
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Pengaruh media massa

Penutup:
AP: Tuntasnya terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan mat rempit dalam kelangan
muda-mudi di negara kita.
AC: Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah komited untuk menjauhi kagiatan yang
tidak sihat ini kerana merugikan masa depan mereka di hari muka nanti.
AH: Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran
kelas pertama menjelang tahun 2020 nanti akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

PENDAHULUAN:
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN

AYAT TEMA
(tema)

Belakangan ini,.
Akhir-akhir ini,.
Dasawarsa ini,
Marcapada ini,

isu kegiatan mat rempit semakin heboh
diperkatakan dalam media cetak dan media
elektronik di seluruh negara.
AYAT
KUMPULAN
SASARAN

Sehubungan dengan
itu,
semua pihak mestilah menunjukkan keiltizaman
untuk menangani peningkatan gejala ini dalam
kalangan remaja.

AYAT
TUGASAN



Persoalannya.

apakah punca-punca berlakunya gejala mat rempit
di negara kita sekarang?


ISI 1: Sikap remaja yang tidak mempunyai jatidiri

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Antara

punca berlakunya kegiatan mat rempit ialah sikap
remaja yang suka mencuba dan melakukan
perbuatan yang berbahaya.

AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Saya berpendapat
demikian kerana.
remaja zaman sekarang sudah hilang jatidiri
sehingga mudah terpengaruh dengan gejala mat
rempit itu.

AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Sehubungan dengan
itu,.
mereka sanggup menjadikan jalan raya sebagai
litar perlumbaan pada waktu malam khususnya
malam minggu.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Bukan itu sahaja,.. mat rempit telah menjadikan pelumbaan itu
sebagai satu pertarungan dengan ganjaran yang
lumayan seperti wang dan perempuan.

AYAT SIMPUL/
TEGAS
Oleh itu, sikap negatif remaja seakarang merupakan
pendorong utama berlakunya kegiatan ini.

ISI 2: Pengaruh Rakan Sebaya
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Selain itu,.. rakan sebaya juga turut mempengaruhi remaja
terlibat dalam gejala mat rempit di seluruh negara.

AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Dalam zaman yang
serba canggih ini,.
anak-anak muda lebih mudah dipengaruhi dan
dibentuk oleh rakan-rakan mereka berbanding ibu
bapa dan guru di sekolah.

AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Dengan adanya,. sikap sebegini telah menyebabkan gejala ini
semakin serius kerana remaja akan mengikut
sama dalam perlumbaan yang disertai rakan
mereka.

AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Natijahnya.. amat sukar untuk dikawa pihak berkuasa
mengawal dan menghapuskan gejala merempit di
negara ini.

AYAT SIMPUL/
TEGAS
Justeru,.. pujukan rakan sebaya turut meningkatkan lagi
kegiatan mat rempit di seluruh negara.


ISI 3: Peranan Media Massa
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Di samping itu,.. media massa juga amat berpengaruh dalam
penyebaran maklumat kepada masyarakat
teutama budaya merempit.

AYAT HURAIAN

Dalam konteks ini, penyiaran filem-filem yang berunsurkan gejala
sosial seperti Mat Rempit telah menyuburkan
keinginan para remaja menirunya.

AYAT CONTOH

Misalnya, Filem KL menjerit dan KL Drift yang ditayangkan di
kaca televisyen setiap kali musim perayaan telah
mendorong para remaja merempit di jalan raya.

BAHASA INDAH Persis peribahasa, orang mengantuk disoongkan bantal boleh
dikaitkan dengan pengaruh filem terhadap
menularnya gejala ini di Malaysia.

AYAT SIMPUL/
TEGAS
Jelaslah, pihak media massa bertanggungjawab
mempengaruhi minat remaja untuk merempit
walaupun aktiviti itu sangat berbahaya.

KESIMPULAN:

JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT
PANDANGAN


Intihanya,......
Konklusinya,.....
Tuntasnya,....
Kesimpulannya,..
Akhirulkalam,....

terdapat pelbagai faktor yang telah mendorong
para remaja kita terlibat dalam gejala yang kurang
sihat ini.
AYAT
CADANGAN

Sehubungan
dengan itu,
para remaja mestilah komited untuk mengelakkan
diri masing-masing daripada terus melibatkan diri
menjadi mat rempit.

BAHASA
INDAH

Orang-orang tua
ada berpesan,
alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke
pangkal lengan perlu dihayati secara serius oleh
para remaja semua.

AYAT HARAPAN Dengan itu, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi
muda berakhlak mulia akan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020 nanti.





PENDAHULUAN:

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)

Belakangan ini,.
Akhir-akhir ini,.
Dasawarsa ini,
Marcapada ini,
isu penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar sekolah kian heboh diperkatakan di media
cetak dan media elektronik.
AYAT
HURAIAN
Buktikan?
Hal ini demikian
kerana..
menurut laporan berita harian pada bulan januari
yang lalu kira-kira 60 peratus pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah.

AYAT
SIMPUL
(Tugasan)
Persolannya. Apakah implikasi penggunaan telefon bimbit
kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

ISI 1: MENGGUNAKAN WANG SIMPANAN
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Antara

impak penggunaan telefon bimbit ialah pelajar
akan menggunakan wang simpanan mereka untuk
membeli telefon.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Saya berpendapat
demikian kerana.
membawa telefon bimbit ke sekolah telah menjadi
satu trend baru dalam kalangan para pelajar.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Sehubungan dengan
itu,.
mereka sanggup menggunakan wang simpanan
untuk membeli telefon bimbit yang berjenama
semata-mata untuk bergaya ke sekolah.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Bukan itu sahaja,.. wang itu juga telah dihabiskan untuk membeli kad
prabayar untuk berbual-bual dan menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan-
rakan.
AYAT PETIKAN
/ UCAPAN
Dalam hal ini, berita harian pada bulan Januari telah
mendedahkan hampir 70 peratus pelajar sekolah
di seluruh negara membawa telefon bimbit ke
sekolah.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Oleh itu, budaya menabung dalam kalangan pelajar untuk
masa depan mereka akan terhakis kerana asyik
dengan telefon bimbit.

ISI 2: MENDORONG KEGIATAN TIDAK SIHAT

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Selain itu,.. para pelajar akan terdorong untuk terjebak dengan
degiatan yang tidak sihat akibat menggunakan
telefon bimbit.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Dalam zaman yang
serba canggih ini,.
telefon bimbit telah direka dengan pelbagai fungsi
seperti grafik berwarna, kamera digital, dan boleh
melayari internet.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Dengan adanya,. kemudahan tersebut para pelajar akan
menyalahgunakannya seperti merakam aksi-aksi
lucah dan memuat turun cerita-cerita seks untuk
ditontoni bersama rakan.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Natijahnya.. mereka akan mudah terjebak dengan gejala sosial
seperti pergaulan bebas dan gangsterisme di
sekolah.
AYAT PETIKAN
/ UCAPAN
Malah,.. fitnah dalam kalangan pelajar juga mudah
disebarkan apabila gambar-gambar yang
dirakamkan tersiar di You Tube.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Justeru,.. penggunaan telefon bimbit akan meningkatkan
pengibatan pelajar dalam aktiviti yang tidak
bermoral.

ISI 3: LEKA

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Di samping itu,.. pelajar akan leka dengan telefon bimbit yang
dibawanya ke sekolah.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Ini secara tidak
langsung akan..
menjejaskan tumpuan mereka semasa mengikuti
pengajaran guru di dalam kelas masing-masing.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Keadaan ini
tentunya,.
akan menyebabkan para pelajar banyak
membuang masa di dalam untuk melayan sms
daripada rakan-rakan.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Malah, ada juga pelajar yang menggunakan telefon bimbit
untuk bermain games semasa guru sedang
mengajar.
AYAT PETIKAN
/ UCAPAN
Bak kata pepatah. masa itu emas tiadak akan digunakan sebaik-
baiknya oleh para pelajar sewaktu berada di
sekolah.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Jelaslah, kemajuan dalam penggunaan telefon bimbit ini
akan melahirkan generasi yang leka dan malas
belajar.


KESIMPULAN:

JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT
SARANAN
(tema)

Intihanya,......
Konklusinya,.....
Tuntasnya,....
Kesimpulannya,..
Akhirulkalam,....

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
sekolah banyak mendatangkan implikasi buruk
kepada mereka sendiri.
AYAT
HARAPAN
Buktikan?
Dengan itu, para pelajar perlu menyedari akan keburukan
penggunaan telefon bimbit kepada mereka.
AYAT
CADANGAN
(Tugasan)

Justeru .. semua pihak mestilah berusaha menangani
masalah ini dengan bijak sebelum nasi menjadi
bubur.




RANGKA JAWAPAN:

ELEMEN

KETERANGAN


PENDAHULUAN

TEMA: Menjalani kehidupan yang sihat
KUMPULAN SASARAN: semua pihak / anggota masyarakat
BAHASA INDAH: sediakan payung sebelum hujan
TUGASAN: Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat



ISI-ISI JAWAPAN
(Rujuk Tugasan)

Menjalani pemeriksaan kesihatan
Bersenam dan bersukan
Mengamalkan pemakanan seimbang
Tidur dan rehat yang cukup.





PENUTUP

AP: Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah menjalani
kehidupan sihat oleh masyarakat kita di Malaysia.

AC: Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited
untuk menjalani kehidupan yang sihat sepanjang masa.

BI: Orang-orang tua ada berpesan, mencegah lebih baik
daripada merawat perlu dihayati oleh masyarakat kita
untuk menjalani kehidupan yang sihat.

AH: Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk menggalakkan
rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sihat akan
dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.



PENDAHULUAN
AYAT HURAIAN

AT
(TEMA)

Belakangan ini, isu menjalani kehidupan yang sihatsemakin hebat
diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok
negara.


KS
(KUMPULAN
SASARAN)

Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan keiltizaman yang
tinggi untuk menjalani kehidupan yang sihat.


BI
(BAHASA
INDAH)

Persis kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujanamat perlu dihayati
dengan lebih bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat murni ini.


TG
(TUGASAN)

Persoalannya, apakah cara menjalani kehidupan yang sihat oleh semua pihak di
negara ini.


Isi 1: Menjalani pemeriksaan kesihatan
AYAT HURAIAN

AT
(TOPIK)

Pada pandangan saya, antara cara paling utama menjalani kehidupan
sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan.

AH
(HURAIAN)

Sebagai contoh, menjalani pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh semua
pihak di hospital untuk mengetahui kesihatan masing-masing.

AS
(SIMPUL)

Tegasnya, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di hospital adalah cara terbaik
untuk menjalani kehidupan sihat.

Isi 2: Bersenam dan bersukan
AYAT HURAIAN

AT
(TOPIK)

Selain itu, bersenam dan bersukan juga merupakan salah satu langkah
untuk menjalani kehidupan yang sihat.

AH
(HURAIAN)

Misalnya, aktiviti mengayuh basikal perlu dilakukan oleh ibu bapa dan anak-
anak pada setiap waktu lapang.

AS
(SIMPUL)

Tegasnya, aktiviti bersenam dan bersukan yang dijalankan itu ialah langkah
tidak kurang pentingnya untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Isi 3: Mengamalkan pemakanan seimbang
AYAT HURAIAN

AT
(TOPIK)

Di samping itu, langkah lain untuk menjalani kehidupan yang sihat ialah
mengamalkan pemakanan seimbang.

AH
(HURAIAN)

Tamsilnya, mengamalkan pemakanan seimbang perlu dilakukan oleh semua
pihak untuk menjalani kehidupan yang sihat sepanjang masa.

AS
(SIMPUL)

Tegasnya, pemakanan seimbang diamalkan oleh masyarakat dalam setiap
hidangan adalah usaha sokongan untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Isi 4: Tidur dan rehat yang cukup
AYAT HURAIAN

AT
(TOPIK)

Seterusnya, cara untuk menjalani kehidupan yang sihatialah tidur dan rehat
yang cukup.

AH
(HURAIAN)

Contohnya, setiap orang perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup sebanyak
lapan jam sehari.

AS
(SIMPUL)

Saya optimis, semua orang perlu rehat dan tidur yang cukup setiap hari
untuk menjalani kehidupan yang sihat.

PENUTUP
AYAT HURAIAN

AP
(PANDANGAN)
Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah menjalani kehidupan sihat oleh
masyarakat kita di Malaysia.


AC
(CADANGAN)
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk menjalan
kehidupan yang sihat sepanjang masa.


BI
(BAHASA
INDAH)
Orang-orang tua ada berpesan, mencegah lebih baik
daripada merawat perlu dihayati oleh masyarakat kita untukmenjalani
kehidupan yang sihat.


AH
(HARAPAN)
Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk menggalakkan rakyat
Malaysia menjalani kehidupan yang sihat akan dapat direalisasikan menjelang
tahun 2020 nanti.



TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS LANGKAH/ CARA/ USAHA/ STRATEGI

1. SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN


1

Kerajaan

1. Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang ramai atau
masyarakat tentang sesuatu isu yang sedang berlaku dalam
masyarakat sama ada baik atau buruk.
2. Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di seluruh negara.
3. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun padang untuk
mendekati masyarakat / kumpulan sasaran.
4. Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk ceramah motivasi,
pameran, pengedaran risalah dan penampalan postar di tempat-
tempat awam.
5. Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan meningkatkan ilmu
pengetahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu isu.


2

Masyarakat

1. Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif dengan gejala yang
sedang berlaku di negara ini / di kawasan mereka.
2. Setiap anggota masyarakat tidak boleh mengamalkan sikap lepas
tangan apabila berlaku sesuatu musibah yang melibatkan
penduduk setempat.
3. Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk membanteras gejala
negatif yang sedang berlaku tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit.
4. Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah diamalkan untuk
menggalakkan perkongsian maklumat tetapi jangan mengumpat.
5. Masyarakat madani dan berwawasan perlu diwujudkan segera
untuk membangunkan negara tercinta ini.
6. Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotong-royong perlu
dihidupankan semula.


3

Ibu bapa dan
keluarga

1. Ibu bapa merupakan teras pembentukan sebuah keluarga yang
bahagia dan utuh.
2. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak menjadi manusia yang
beriman, berjaya dan berakhlak mulia.
3. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak kecil lagi.
4. Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan hawa nafsu.
5. Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
walaupun sibuk dengan kerjaya yang semakin mencabar.
6. Meluangkan masa untuk bersama anak-anak seperti melancong,
makan di restoran dan lain-lain.
7. Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak dengan kemewahan
yang melalaikan.
8. Memantau / mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak agar
tidak mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat.
9. Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan keperluan anak-
anak.



4

Rakan sebaya

1. Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah yang lebih baik.
2. Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan gejala yang negatif
sehingga merosakkan moral dan mencemarkan maruah keluarga.
3. Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar, bersukan dan
membaca.
4. Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak berkuasa supaya
dapat dibanteras secepat mungkin.
5. Berfikiran positif dan inovatif.


5

Media Massa

1. Membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan masyarakat
madani di negara ini.
2. Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati diri masyarakat /
semangat patriotisme
3. Rancangan keagamaan, motivasi dan forum perlu diperbanyakkan
untuk menggalakkan orang ramai melakukan kebaikan.
Contohnya TV3 menyiarkan Al-Kuliyyah, TV9 dengan rancangan
Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademik Al-Quran dan Forum Perdana
di TV1.
4. Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh merosakkan
akhlak golongan muda.
5. Mengharamkan pengedaran majalah-majalah separa lucah seperti
mangga, URTV dan lain-lain yang memaparkan gambar-gambar
artis lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek sahaja.
6. Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan berita-berita yang
mengajar remaja melakukan hubungan seks seperti akhbar Metro.


6

Diri / Individu

1. Perubahan sikap individu menjadi penentu kejayaan kepada
usaha-usaha yang dirancangkan.
2. Setiap individu perlu bertanggungjawab melaksanakan peranan
masing-masing.
3. Kita perlu berubah sekiranya tergelincir daripada landasan yang
sebenarnya. Bak kata pepatah sesat di hujung jalan, kembali
kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang jernih.
4. Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk sesuatu perkara itu
sebelum dilakukan.
5. Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri
sendiri.
6. Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan ajakan rakan.
7. Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan hidup yang kental
untuk mengharugi cabaran dunia moden yang penuh pancaroba
ini.
8. Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi modal insan untuk
membangunkan negara menjelang tahun 2020 bukan menjadi
beban kepada negara.
9. Mencipta nama untuk mengharumkan nama negara di persada
dunia seperti Datuk Sheikh Muzafar angkasawan negara, Datuk
Nicol David ratu skuasy negara dan lain-lain.

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA
1. PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN


1

Melahirkan dan
membesarkkan

1. Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan
zuriat yang baik.
2. Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan
penuh kesukaran dan debaran.
3. Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih
sayang tanpa mengira penat dan lelah.
4. Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan segala
kepayahan dan kepenatan.

2 Mencurahkan kasih sayang 1. Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada
anak-anak mereka.
2. Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja
daripada seorang ibu.
3. Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan
mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata.
4. Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari kasih
daripada rakan atau kekasih di luar sana.
5. Tidak bermakna ibu bapa perlu manjakan anak-anak mereka.
6. Sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain akan
mewujudkan keluarga bahagia.


3

Mendidik anak-anak
dengan ilmu agama

1. Ilmu agama merupakan tapak yang kukuh untuk menjadi benteng
kepada anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan tidak sihat.
2. Ibu bapa hendaklah memberi didikan ilmu agama kepada anak-
anak sejak kecil lagi.
3. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
4. Anak-anak perlu diajar membaca al-quran, ilmu tauhid, ilmu fekah
dan sirah nabi Muhammad s.a.w
5. Panduan untuk menyuluh mereka daripada kegelapan, tipu daya
syaitan dan orang-orang yang berakhlak buruk.
6. Bapa perlu membawa anak mereka solat berjemaah di masjid dan
mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para alim ulama
7. Anak soleh akan dilahirkan untuk menjadi pewaris generasi
sekarang pada masa akan datang.



4

Menghantar anak-anak ke
sekolah

1. Ibu bapa bertanggungjawab menyekolahkan anak-anak mereka
agar tidak tercicir dalam arus globalisasi kini.
2. Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk
masa depan anak-anak.
3. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di
sekolah atau institusi pendidikan akan membolehkan anak-anak
menceburi pelbagai bidang yang diminati.
4. Menjana pendapatan sebagai sumber kewangan untuk menyara
keluarga setelah ibu bapa tidak berdaya untuk bekerja lagi.
5. Dapat menghindari anak-anak daripada terlibat gelaja yang tidak
sihat seperti Vandalisme, lepak, pergaulan bebas dan
penyalahgunaan dadah.
6. Sumber manusia / modal insan untuk membangunkan negara
pada masa akan datang.




5

Mencari nafkah yang halal

1. Ibu bapa perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal
untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
2. Sumber rezeki menjadi punca pembentukan akhlak dan budi
pekerti anak-anak.
3. Wang pendapat itu akan dibelanjakan untuk keperluan harian
dan membiayai persekolahan anak-anak.
4. Kemiskinan akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai
dan tidak sempurna.
5. Ibu bapa hendaklah bekerja keras membanting tulang empat
kerat untuk mejaga anak-anak mereka.





6 Mengisi masa lapang 1. Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mereka membuang
masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
2. Memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak dengan
menyediakan bahan bacaan yang bermutu seperti buku cerita,
majalah akademik dan majalah keagamaan.
3. Membawa anak-anak ke pesta jualan buku untuk memilih bahan
bacaan yang diminati.
4. Membina bilik khas atau perpustakaan mini di rumah untuk anak
mereka membaca.
5. Mengajak anak-anak untuk beriadah dan bersukan seperti
berjoging, bermain badminton dan sebagainya.
6. Makan angin di pantai, tempat peranginan dan lain-lain pada hari-
hari cuti umum seperti melancong ke Pulau Langkawi atau Bukit
Fraser.

7 Menegur dan memantau
pergaulan
1. Ibu bapa hendaklah sentiasa menegur kesilapan atau kesalahan
yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
2. Sekarang ramai ibu bapa takut untuk menegur anak-anak kerana
bimbang mereka akan memberontak.
3. Teguran ini dapat menyedarkan anak-anak agar tidak mengulangi
lagi kesalahan itu.
4. Melahirkan jiwa remaja yang tawadhuk atau merendah diri dan
tidak sombong.
5. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka.
6. Dapat menghalang anak-anak berkawan dengan rakan yang tidak
baik seperti penagih dadah, mat rempit atau bohsia.


8

Melatih anak-anak hidup
bermasyarakat

1. Anak-anak perlu diajar hidup bermasyarakat.
2. Mengajak anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang
diadakan di kawasan setempat.
3. Membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga untuk merapatkan
hubungan silaturahim.
4. Menghormati orang yang lebih tua.
5. Menjadi sukarelawan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan ketika dilanda bencana seperti banjir, gempa bumi atau
kemalangan jalan raya.



Sampel Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentanglangkah-langkah
menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini
berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem
pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera.
Perbuatan membuli bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih
suka teman-teman persekitaran mengikut kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung.
Sehubungan dengan itu,Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di
sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu
ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak
sekolah juga harus melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.

Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak
langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis
ini disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi,
iaitu melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama tertentu,
dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu pengaruh rakan sebaya dan saiz
tubuh yang besar dan tegap. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana
berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada
perkara yang tidak diingini.

Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah buli
di sekolah ini menjadi penting. Ibu bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka
bertukar sikap, menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua
pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu
menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru,
terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai
dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh itu,sekolah juga disarankan supaya
mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan murid yang membolehkan pihak sekolah mengenakan
tindakan terhadap murid yang terlibat dengan tingkah laku buli.

Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru kerana
bimbang akan dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan dnegan itu, pihak
sekolah boleh menyediakan Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh
mangsa buli. Penekanan kepada program antibuli juga perlu diterapkan di dalam kelas yang
merupakan tempat yang paling banyak berlakunya kes buli. Program individu perlu diwujudkan
dengan carakaunselor memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara
berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Pada masa ini, terdapat satu laman web yang
boleh dilayari oleh pelajar dan guru bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman tentang
buli, iaitu www.bullying.org. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan petugas khas dalam kalangan
murid untuk memberi laporan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan tentang
kejadian buli di dalam kelas atau di kawasan sekolah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Haji Samat b.Buang, Majalah Dewan Siswa, 2005)

Sampel Jawapan
Petikan membincangkan usaha-usaha menangani masalah buli di sekolah.
Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ialah Kementerian Pelajaran hendaklah mewujudkan
dasar antibuli di sekolah-sekolah manakala pihak sekolah haruslah melaksanakan sendiri tinjauan
terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing dan ibu bapa perlulah berbincang dengan guru
sekiranya anak-anak mereka berubah sikap. Selain itu, sekolah perlu menggalakkan murid yang
menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru. Sekolah juga disarankan supaya
mewujudkan satu bentuk perjanjian bagi membolehkan mereka mengenakan tindakan terhadap
murid yang terlibat. Kotak Aduan" juga boleh disediakan di sekolah bagi membolehkan kes buli
dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli.
Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah mereka mengalami trauma dalam jangka
panjang dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.
Kesimpulannya, masalah buli perlu diatasi agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak
mulia.
(126patah perkataan)


Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
menjaga kesihatan dalam kelangan masyarakat. Penjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.


PENDAHULUAN
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)

Belakangan ini,.
Akhir-akhir ini,.
Dasawarsa ini,
Marcapada ini,

isu menjaga kesihatan dalam kalangan
masyarakat sering menjadi topic perdebatan para
ilmuan di media cetak dan media elektronik.
AYAT
HURAIAN
Buktikan?
Hal ini demikian
kerana..
kesihatan merupakan satu perkara yang sangat
penting dalam usaha melahirkan sebuah
masyarakat yang sihat dan berkualiti seperti di
negara maju.

AYAT
SIMPUL
(Tugasan)

Persolannya. persoalannya apakah cara-cara untuk menjaga
kesihatan dalam kalangan masyarakat di negara
kita?




ISI 1: mengamalkan cara hidup sihat dengan menghindari tabiat merokok.
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Pada pandangan
saya,

antara cara menjaga kesihatan masyarakat ialah
dengan mengamalkan cara hidup sihat setiap
masa.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Hal ini demikian
kerana,
cara hidup sihat wajib menjadi amalan masyarakat
ke arah hidup yang lebih positif dan baik.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Sehubungan dengan
itu,.
kita perlu menghindari plbagai tabiat buruk yang
akan menjejaskan kesihatan seperti merokok,
makan makanan segera dan minuman keras.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Bukan itu sahaja,.. masyarakat juga perlu menjadikan aktiviti
bersenam dan beriadah sebagai amalan harian
atau mingguan untuk mengeluarkan peluh.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Oleh itu, amalan cara hidup sihat akan menjadi teras
kepada usaha menjaga kesihatan diri, keluarga
dan masyarakat kita.

ISI 2:PEMERIKSAAN KESIHATAN
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Selain itu,.. pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sebagai
langkah berikutnya untuk menjaga kesihatan kita
semua.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Dalam zaman yang
serba canggih ini,.
masyarakat disarankan melakukan pemerikasaan
kesihatan dengan lebih kerap sama ada di hospital
kerajaan atau hospital swasta.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Dengan adanya,. sikap prihatin ini sudah pasti dapat mencegah
daripada sesuatu penyakit itu merosakkan
kesihatan kita.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Natijahnya.. Merawat lebih baik daripada ,mengubat sangat
sesuai dalam usaha ini untuk memantau tahap
kesihatan masyarakat kita dari masa ke masa.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Justeru,.. pemerikasaan kesihatan yang dilakukan pada
peringkat awal dapat menjamin tahap kesihatan
kita semua.



ISI 3:PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Di samping itu,.. kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang
sebagai strategi menjamin kesihatan sepanjang
hayat.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Ini secara tidak
langsung akan..
membantu kita menyediakan hidangan makanan
yang mengandungi zat makanan yang seimbang
untuk dimakan oleh setaip ahli kelurga.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Keadaan ini
tentunya,.
dapat menyelamatkan tubuh badan kita daripada
dijangkiti penyakit hasil daripada makanan seperti
diabetis, jantung dan obesiti.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Malah, makanan seimbang juga mampu menyihatkan
badan kita supaya dapat berfungsi secara normal
dalam melaksanakan kerja-kerja harian seperti di
pejabat, berkebun dan beriadah.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Jelaslah, pengambilan makanan seimbang setiap hari
mampu mengekalkan tahap kesihatan masyarakat
kita.

KESIMPULAN:
JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT
PANDANGAN
(tema)

Intihanya,......
Konklusinya,.....
Tuntasnya,....
Kesimpulannya,..
Akhirulkalam,....
terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan
oleh masyarakat kita untuk menjaga kesihatan
mereka.
AYAT
CADANGAN
Buktikan?
Dengan itu, semua pihak mestilah memperkukuhkan
keiltizaman untuk merelaisasikan cita-cita
melahirkan masyarakat sihat di negara ini.
AYAT
HARAPAN
(Tugasan)

Justeru .. usaha untuk melahirkan masyarakat yang
mementingkan aspek kesihatan dapat menjamain
kemajuan dan pembangunan negara kita.
Malaysia Boleh.

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR

1. SOALAN BERKAITAN PUNCA / FAKTOR / SEBAB

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

1
Individu / diri sendiri
(remaja, pelajar, belia)

1. Sikap ingin mencuba
2. Kelemahan jati diri / pegangan hidup
3. Suka kepada perkara negatif berbanding positif
4. Sukar mengakui kesalahan diri sendiri
5. Cetek ilmu agama
6. Contohnya, seorang remaja yang tidak berilmu mudah terlibat
dengan kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah.

2
Ibu bapa / keluarga

1. Sibuk dengan kerjaya / kerja
2. Tiada masa bersama-sama anak-anak
3. Kurang perhatian dan kasih sayang
4. Tidak petingkan didikan agama
5. Suka memberi kemewahan kepada anak-anak / sogokan
kebendaan
6. Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada pengasuh dan
pihak sekolah
7. Sukar menerima teguran orang lain terhadap anak-anak.
8. Keruntuhan institusi kekeluargaan.

3
Pengaruh rakan
sebaya

1. Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi pemikiran dan
tindakan
2. Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu bapa atau
guru.
3. Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang dilakukan oleh
rakan tanpa menilai baik atau buruk.
4. Dipaksa dan terpaksa melakukan apa saja dikehendaki rakan
kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulan.
5. Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan akhlak dan
masa depan seseorang remaja itu.

4 Pengaruh media
massa
1. Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media cetak atau
media elektronik
2. Seperti surat khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio, astro,
internet dan facebook.
3. Mempengaruhi pemikiran dan kelakuan para penonton.
4. Penyiaran filem / rancangan yang tidak elok telah mendorong
orang ramai meniru aksi / lakonan tersebut.
5. Penilaian terhadap baik atau buruk telah menjadi kabur
6. Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan sesuatu yang tidak
pernah terlintas di fikiran mereka.
7. Contohnya, penayangan filem Jangan Pandang Belakang telah
mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap kuasa hantu /
tahayul



5

Masyarakat tidak
prihatin

1. Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri /
individualistik.
2. Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang
3. Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja yang sedang
berlaku di depan mata mereka.
4. Semangat kejiranan semakin terhakis.
5. Saling berbalah antara satu sama lain.
6. Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak perkara.


6

Kelemahan
penguatkuasaan
undang-undang

1. Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksanakan amanah secara
konsisten.
2. Penguatkuasaan undang-undang adalah bermusim iaitu ketika
isu hangat diperkatakan oleh orang ramai.
3. Penguatkuasa undang-undang mudah disoggok dengan
kebendaan seperti wang, harta dan seks.
4. Penjenayah / orang yang bersalah dibebaskan dengan mudah
melalui penguam bela mereka.
5. Bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi.
6. Kekangan hak asasi manusia.


BEBERAPA RANGKAI KATA MENARIK UNTUK KERTAS 1 & KERTAS 2 (SOALAN 3A)
PENYALUR ILMU
Maksudnya : Pemberi atau sesuatu yang banyak memberikan pengetahuan.
Guru dianggap penyalur ilmu yang baik kerana telah mcnerima latihan pendidikan yang secukupnya.
ALAF BAHARU
Maksudnya : Masa terkini, zaman ini
Remaja alaf baharu harus memiliki kemahiran yang luas terutama dalam aspek teknologi moden yang
sering berubah.
MUTAKHIR INI
Maksudnya : Pada masa kini, ketika ini
Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah yang melibatkan remaja berlaku terutama di bandar-bandar
besar.
SEANTERO DUNIA
Maksudnya : Seluruh dunia
Sudah seantero dunia mengetahui keindahan batik negara ini yang mengutamakan bentuk-bentuk
kesenian alam sekitar.
MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN
Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dan pendapat dengan sebaik mungkin.
Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya dalam
jalan cerita novel.

MENUKILKAN KATA-KATA
Maksudnya : Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera.
Saya menukilkan kata -kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang
bakal menghadapi peperiksaan.
MEMBERIKAN IMPAK
Maksudnya : Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku.
Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.
RENTETAN SENARIO
Maksudnya : Selepas sesuatu fenomena itu berlaku.
Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.
JIKA DITELUSURI
Maksudnya : J ika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.
Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal kehadiran pendatang
asing.
MENDABIK DADA
Maksudnya : Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan.
Kita janganlah mendabik dada semata-mata kerana mahukan pengiktirafan.
KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL
Maksudnya : Keseimbangan rohani dan jasmani
Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa
kejayaan.
MEKANISME KAWALAN
Maksudnya : Alat / aspek yang mengawal sesuatu
Mekanisme kawalan yang Iebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah kenaikan harga
barangan runcit.
PANDANGAN SARWA
Maksudnya : Pemikiran biasa / umum
Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu meyebabkan polemik itu sukar diselesaikan.
ANJAKAN PARADIGMA
Maksudnya : Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
Anjakan paradigma penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.
RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN
Maksudnya : Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman.
LANDASAN BERFIKIR
Maksudnya : Cara berfikir
Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.
MASYARAKAT KONVENSIONAL
Maksudnya : Masyarakat umum / biasa
Masyarakat konvensional pada hari ini memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.
MENGAIBKAN DIRI
Maksudnya : Memalukan diri
Tindakan Ielaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.
ALMA MATER
Maksudnya : Sekolah /universiti / tempat belajar
Dia telah kembali ke alma maternya untuk memberi sumbangan kewangan.
KEMAPANAN FIKIRAN
Maksudnya : Keteguhan cara berfikir
Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.
MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN
Maksudnya : Meluaskan pandangan / pemikiran
Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba
moden ini.
MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN
Maksudnya : Menggunakan pelbagai aspek
Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menjadi punca kegagalan projek tersebut.
MERANGSANG EKONOMI
Maksudnya : Mengaktifkan proses ekonomi
Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang perkembangan
ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai