Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

PENDIDIKAN MORAL SPM

Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:


(i) Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
- 1 nilai diberi 1 markah
Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii) Huraikan/terangkan/jelaskan nilai


- Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang
diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

Contoh 1: Terangkan 2 nilai(6markah)


1N+1P+1H
1N+1P+1H

P = penerangan yang mengandungi kata kunci


H = penerangan kepada contoh amalan nilai
Contoh 2: Jelaskan 1 nilai.(3markah)
1N+ 1P+1H

Contoh 3: Terangkan 3 nilai.(6markah)


1N+ 1P
1N+ 1P
1N+ 1P

Contoh 4: Huraikan 2 nilai.(4markah)


1N+ 1P
1N+ 1P

(iii) soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.


Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv) contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.


Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-
faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

Berikan hanya tuliskan kesan/akibat sahaja


Jelaskan/terangkan tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan

(B) Peringatan

(i) Nilai mesti ditulis dengan tepat


(ii) Ejaan mesti betul
(iii) Penambahan dan pengguran inmuhan tidak dibenarkan
(iv) Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v) Jangan menggunakan perkataan tidak di hadapan nilai
(vi) Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii) Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut..maka
jawapan mesti berbunyi, dua nilai yang harus/mesti/patut...
(viii) Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix) Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang
ditanya.

Soalan Esei

Peringatan

(i) jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja


(ii) jangan senaraikan nilai
(iii) jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian
sahaja.
(iv) Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v) Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi) Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii) Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan
yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama tidak akan disemak

N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah

Disediakan oleh: Pn.Victoria Arulupan

Anda mungkin juga menyukai