Anda di halaman 1dari 34

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL KOD KERTAS : 1225/1 MASA : 2 JAM 30 MINIT Bentuk Penyoalan 80 markah = 8 x 10 markah (8 soalan

struktur - wajib jawab semua soalan) 20 markah = 2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan) Pengurusan masa (150 minit) Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit soalan esei : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan = 40 minit Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar Bentuk Penyoalan Bahagian A: Soalan Struktur Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah: o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi) Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai. Contoh penyoalan: o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll . o Berikan maksud nilai . o Berikan definisi nilai .. o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll. o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll Bahagian B: Soalan Esei Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan: y y y y y y isu situasi ilustrasi petikan akhbar puisi dsb

Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah: Hafal semua nilai dan definisinya Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.

Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5 Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.

Jawab soalan 'Fikir dan jawab' Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM

Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5 Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.

Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5 Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228

Menguasai teknik menjawab Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima. Mengikuti perkembangan isu semasa Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit. Contohnya:

1. 2. 3. 4.

Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh

Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir: y y y kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan hafal definisi nilai atau kata kunci kaitkan definisi dengan situasi soalan Contoh soalan Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai) 1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah) 2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah) 3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah) 4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah) Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah) 1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah) 2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah) 3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah) 4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah) Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah) Jawab dalam 2 ayat sahaja. (Ka+N. Gn+kk+T/I.) 2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah) Jawab dalam 3 ayat. (Ka+N. Gn+kk+T/I. contoh/how.) 3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah) Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (Ka+N1. Gn+kk+T/I. Ka+N2. Gn+kk+T/I.) 2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut: y y y y y y Akta Dasar Nama-nama pertubuhan Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah Contoh soalan Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll

1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah) 2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah) 3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah) 4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah) 5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah) Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ...... 1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah) 2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah) 3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah) 4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah) Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ ..... 1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah) Cara. How/why. 2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah) Kesan 1. How/why. Kesan 2. Cara/why. 3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah) Kepentingan. How/why. 4. Terangkan dua punca pencenaran amal. (4 markah) Punca 1. How/why. Punca 2. How/why. JAUHI KESILAPAN DI BAWAH Penulisan Nilai y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y kemampanan alam sekitar hemat tinggi telaransi teloransi kesederhaan tanggungjawab menghargai dan menyayangi alam sekitar cintai akan negara cinta kepada negara mematuhi undang-undang dan peraturan kasih sayang kepada keluarga hormat dan taat kepada keluarga menghormati hak golongan kurang upaya sikap terbuka berhemah tinggi percaya kepada tuhan melibatkan diri dalam pembangunan negara mematuhi peraturan & undang2 b/jawab peka terhdp isu2 a.sekitar

keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas Latihan menjawab soalan struktur Sebelum menjawab:

1. 2. 3. 4.

Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti karektor (KA) dan tindakan (T). Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan tindakan. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)

Formula Menjawab soalan nilai: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T. 3 markah = KA + N. Gn + kk + T. How. Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T. Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang. Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

KA: Nicole Gn: dia T: menyelamatkan anak kucing Nilai: kasih sayang kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas Ayat 1: Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Ayat 2: Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing. Penulisan jawapan: Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing.

Contoh 2: 3 markah Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah) KA: Rakyat Malaysia Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami) T: berusaha menaikkan nama negara N: Cinta akan negara

kk: perasaan sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Ayat 2: Kami sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara Ayat 3: Contohnya menyertai & memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan: Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Kami berperasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara. Contohnya menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawab Ka + N1. Gn + def (N1)+ t. How/contoh. Why. Seterusnya Ka + N2. Gn + def(N2) + t. How/contoh. Why. Akhir sekali Ka + N3. Gn + def(N3) + t. How/contoh. Why. Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai. Formula Ayat 1 (1 markah): Ka + N. Ayat 2 (2 markah): Gn + def + t.

Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian)

Contoh Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka. Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): Ka + N. Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): Gn + definisi + t. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian) Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.

Cara menulis jawapan: Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.

Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai dengan situasi, menjelas dan

menghuraikan nilai. Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri. PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB

1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan 2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai 3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan, Lautan luas telah kau redah, Membawa semangat jiwa merdeka, Semarak jaya kami warganya a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah) Jalur Gemilang b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah) i. Negaraku ii. Tanggal 31 c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah) i. Menanam semangat cinta akan negara ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah) Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa. e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah) Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia 2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah) i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu. ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.

b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. (2 markah) i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju

c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah) i. tidak mematuhi lampu isyarat ii. mabuk ketika memandu

d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah) i. gantung lesen memandu ii. saman

SIMBOL-SIMBOL PENANDAAN SKRIP

N1 Na1 Nb1 P1 nilai nilai pertama kedua (bahagian (bahagian

nilai esei) esei) penerangan

Pa1 penerangan pertama untuk nilai yang pertama (bahagian esei) ~~~ ( UN1 nilai ) nilai yang tepat penerangan yang (garisan seperti yang ombak) tepat diulang

Max N nilai yang telah ditanda lebih awal /nilai maksimum bagi soalan Max TB P untuk penerangan yang tidak maksimum bagi sesuatu nilai

berkaitan

J1 jawapan bukan nilai. Contoh: kesan, langkah, sebab, ramalan dll

SENARAI NILAI MORAL BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI 1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.2 AMANAH Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

1.4 BERTANGGUNGJAWAB Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGI Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 1.6 TOLERANSI Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

1.7 BERDIKARI Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 1.8 KERAJINAN Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara 1.9 KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas 1.10 KEADILAN Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah 1.11 RASIONAL Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

1.12 KESEDERHANAAN Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

BIDANG 2 - KEKELUARGAAN 2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga 2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni 2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga 2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

BIDANG 3 - ALAM SEKITAR 3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem 3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara 3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

BIDANG 4 - PATRIOTISME 4.1 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara 4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara BIDANG 5 - HAK ASASI 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

5.2 MENGHORMATI HAK WANITA Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi BIDANG 6 - DEMOKRASI 6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

6.2 KEBEBASAN BERSUARA Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman 6.3 KEBEBASAN BERAGAMA Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia 6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

6.5 SIKAP KETERBUKAAN Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya 7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat

7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

Kata kunci 1kk ini adalah untuk menjawab soalan esei 4 ayat
Ka+N. Gn+kk+I/T. How/contoh. Why. 1. Ka+N. 2. Gn+kk+I/T. 3. How/contoh. 4. Why.

I: isu N: nilai T: tindakan Ka: karektor Gn: ganti nama How: bagaimana melaksanakan kk Why: mengapa melaksanakan kk

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI 1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Keyakinan wujudnya Tuhan dan mematuhi segala suruhanNya 1.2 AMANAH Sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan 1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan kemampuan untuk memulia dan menjaga maruah diri 1.4 BERTANGGUNGJAWAB Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan 1.5 HEMAH TINGGI Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia 1.6 TOLERANSI Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan pertelingkahan

1.7 BERDIKARI Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 1.8 KERAJINAN Usaha berterusan dengan kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju 1.9 KASIH SAYANG Perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati 10 KEADILAN Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah 1.11 RASIONAL Boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar 1.12 KESEDERHANAAN Tidak keterlaluan dalam pemikiran dan tindakan, tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain BIDANG 2 - KEKELUARGAAN 2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan 2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA Memuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk melahirkan keluarga harmoni 2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN Menerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun 2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA Melaksanakan kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga BIDANG 3 - ALAM SEKITAR 3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR Memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem 3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR Saling memerlukan hubungan harmonis untuk menjamin kualiti kehidupan 3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup 3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR Prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri 4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara 4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA Rela menyerahkan nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara BIDANG 5 - HAK ASASI 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna 5.2 MENGHORMATI HAK WANITA Melindungi dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja 5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA Memberi layanan bersopan supaya mereka tidak berasa tersisih sebagai insan ciptaan Tuhan 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA Membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi BIDANG 6 - DEMOKRASI 6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan 6.2 KEBEBASAN BERSUARA Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan bagi menjaga keselamatan 6.3 KEBEBASAN BERAGAMA Kebebasan untuk menganuti dan mengamalkan agama mengikut Perlembagaan Malaysia 6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Kebebasan melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undangundang dan Perlembagaan 6.5 SIKAP KETERBUKAAN Bersedia memberi dan menerima pandangan, mengikut norma masyarakat BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN Hidup berbaik-baik dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian tanpa mengira agama, bangsa dan budaya 7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara 7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara

Kata kunci 2kk ini adalah untuk menjawab soalan esei 5 ayat
Ka+N. Gn+kk1+I/T. How/contoh. Gn+kk2+I/T. Why. 1. Ka+N. 2. Gn+kk1+I/T. 3. How/contoh. 4. Gn+kk2+I/T. 5. Why.

I: isu N: nilai T: tindakan Ka: karektor Gn: ganti nama How: bagaimana melaksanakan kk Why: mengapa melaksanakan kk

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN kk1: yakin wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam kk2: mematuhi suruhanNya.............. 1.2 AMANAH kk1: sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan ......... kk2: sikap bertanggungjawab yang menimbulkan keyakinan ........... 1.3 HARGA DIRI kk1: keupayaan diri memulia dan menjaga maruah diri kk2: keyakinan diri memulia dan menjaga maruah diri

1.4 BERTANGGUNGJAWAB kk1: sanggup memikul tugas sebagai ....... kk2: sanggup melaksanakan kewajipan sebagai ....... 1.5 HEMAH TINGGI kk1: beradap sopan dalam pergaulan kk2: berbudi pekerti mulia dalam pergaulan 1.6 TOLERANSI kk1: sanggup bertolak sansur dan sabar untuk elakkan pertelingkahan kk2: mengawal diri untuk elakkan perselisihan faham 1.7 BERDIKARI kk1: boleh (melakukan) ............ tanpa bergantung kepada............ kk2: sanggup (melakukan) ............ tanpa bergantung................ l1.8 KERAJINAN kk1: usaha yang berterusan kk2: penuh dengan semangat tekun, cekal, gigih, dedikasi, berdaya maju 1.9 KASIH SAYANG kk1: kepekaan mendalam dari hati yang ikhlas kk2: perasaan cinta yang berkekalan dari hati yang ikhlas 10 KEADILAN kk1: tindakan yang saksama kk2: keputusan yang tidak berat sebelah 1.11 RASIONAL kk1: boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti kk2: mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan wajar 1.12 KESEDERHANAAN kk1: tidak keterlaluan dalam pertimbangan dan tindakan/pemikiran/pertuturan/perlakuan kk2: tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain BIDANG 2 - KEKELUARGAAN 2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA kk1: perasaan cinta yang mendalam terhadap ............(keluarga) kk2: perasaan kasih/sayang yang berkekalan terhadap .......(kelurga) 2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA kk1: memuliakan anggota keluarga kk2: berinteraksi dan layanan yang sopan untuk melahirkan keluarga harmoni 2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN kk1: menerima, menghormati kebiasaan, adat kepercayaan yang diwarisi keluarga kk2: mengamalkan kebiasaan adat, kepercayaan yang diwarisi keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA kk1: kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia kk2: kewajipan untuk meningkatkan imej keluarga/menjaga maruah keluarga BIDANG 3 - ALAM SEKITAR 3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR kk1: kesedaran memelihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem kk2: kesedaran memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem 3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR kk1: saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling kk2: berusaha menjamin kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara 3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR kk1: berusaha mengekalkan keseimbangan alam sekeliling kk2: menjaga alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama 3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR kk1: prihatin terhadap persoalan berkaitan alam sekeliling kk2: berusaha menyelesaikan masalah alam sekeliling BIDANG 4 - PATRIOTISME 4.1 CINTA AKAN NEGARA kk1: perasaan sayang dan bangga terhadap negara kk2: meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri 4.2 TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA kk1: kekal patuh kepada raja dan Negara kk2: kekal setia kepada Raja dan Negara 4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA kk1: rela melakukan .........../ menyerahkan nyawa demi negara kk2: menunjukkan tanda kebaktian kepada negara BIDANG 5 - HAK ASASI 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK kk1: membela dan memberi naungan kepada kanak-kanak kk2: memelihara hak kanak-kanak 5.2 MENGHORMATI HAK WANITA kk1: melindungi wanita (sebagai penyumbang pembangunan keluarga/masyarakat/negara) kk2: mengiktiraf wanita (sebagai penyumbang pembangunan keluarga/masyarakat/negara) 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA kk1: menghormati dan menghargai pekerja

kk2: mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan pekerja dalam pembangunan Negara 5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA kk1: memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih kk2: mengiktiraf golongan ini sebagai insan ciptaan Tuhan 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA kk1: membela hak untuk menjadi pengguna berilmu/tidak mudah dieksploitasi kk2: memelihara hak pengguna untuk mendapat perkhidmatan/barangan yang berkualiti BIDANG 6 - DEMOKRASI 6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG kk1: menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kk2: mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan 6.2 KEBEBASAN BERSUARA kk1: bebas berucap dengan batasan demi keselamatan kk2: mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan 6.3 KEBEBASAN BERAGAMA kk1: bebas menganut agama seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia kk2: bebas mengamalkan agama seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia 6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA kk1: bebas libatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara kk2: pastikan aktiviti mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia 6.5 SIKAP KETERBUKAAN kk1: sedia memberi pandangan, pembaharuan dan kritikan kk2: sedia menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN 7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN kk1: hidup berbaik-baik antara satu sama lain kk2: utamakan kedamaian dan keharmonian hidup 7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA kk1: usaha baik dilakukan bersama (pada peringkat individu/komuniti/negara) kk2: usaha yang membina dilakukan bersama (pada peringkat individu/komuniti/negara) 7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA kk1: menghargai hubungan antara negara kk2: memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan

HATI-HATI. PELAJAR PERLU FAHAMKAN KEMAHUAN SOALAN SEBELUM MEMILIH NILAI. SOALAN BERLAINAN MUNGKIN MEMERLUKAN NILAI YANG BERLAINAN

AKTA (TINGKATAN 4) 1. AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK Cadangan Nilai Amanah Bertanggungjawab Kasih sayang Kasih sayang terhadap keluarga Tamggungjawab terjadap keluarga Melindungi hak kanak-kanak Mematuhi peraturan dan undang-undang 2. AKTA PENCEGAHAN RASUAH Cadangan Nilai Amanah Harga Diri Bertanggungjawab Keadilan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 3. AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA, MALAYSIA, 1999 Cadangan Nilai Bertanggungjawab Keadilan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 4. AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (PINDAAN 1993) Cadangan Nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Mematuhi peraturan dan undang-undang Bertanggungjawab Rasional 5. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (PINDAAN 1985, 1996) Cadangan Nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Mematuhi peraturan dan undang-undang Bertanggungjawab

Rasional 6. AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984 Cadangan Nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Mematuhi peraturan dan undang-undang Bertanggungjawab Rasional 7. AKTA PERUSAHAAN 1967 Cadangan Nilai Melindungi hak pekerja Bertanggungjawab Keadilan Rasional Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 8. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (ISA) Cadangan Nilai Amanah Harga diri Bertanggungjawab Keadilan Rasional Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 9. AKTA DADAH BERBAHAYA (1952) Cadangan nilai Amanah Harga diri Bertanggungjawab Keadilan Rasional Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 10. AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1984 Cadangan Nilai Amanah Harga diri Bertanggungjawab Keadilan Rasional Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 11. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HARTA) 1988

Cadangan Nilai Amanah Harga diri Bertanggungjawab Keadilan Rasional Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 12. AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 Cadangan nilai Harga diri Hemah tinggi Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

13. AKTA CUKAI PENDAPATAN Cadangan nilai Bertanggungjawab Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

14. AKTA HASUTAN 1948 (PINDAAN 1970) Cadangan nilai Harga diri Hemah tinggi Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

TINGKATAN 5

1. AKTA RAHSIA RASMI 1972 Cadangan nilai Harga diri Hemah tinggi Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan

Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 2. AKTA KERJA 1955 Cadangan nilai Harga diri Hemah tinggi Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 3. AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 Cadangan nilai Harga diri Hemah tinggi Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Melindungi hak pengguna 4. AKTA KAWALAN HARGA 1946 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 5. AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 6. AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional

Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 7. AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 8. AKTA SEWA BELI 1967 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 9. AKTA HAKCIPTA 1987 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 10. AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 11. AKTA PENCEGAHAN PENYELUDUPAN Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 12. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 13. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 14. AKTA TELEPERUBATAN 1997 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 15. AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 16. AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 Cadangan nilai Amanah Bertanggungjawab Keadilan Rasional Kesederhanaan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

DASAR (TINGKATAN 4) 1. BERSIH CEKAP DAN AMANAH (BAC) 2. DASAR HUTAN KEBANGSAAN 3. DASAR WANITA NEGARA (DWN)

4. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 5. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 6. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 7. DASAR BAHASA KEBANGSAAN 8. WAWASAN 2020 9. DASAR BERKECUALI

TINGKATAN 5 1. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 1991 2. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 3. DASAR EKONOMI BARU 4. DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) 2002

PENGENALAN Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu: - Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) - Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua elemen iaitu: Elemen Sahsiah Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara. Elemen Iltizam Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggungjawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal.

MAKLUMAT AM Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah dimaklumkan kepada calon. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.

ARAHAN KEPADA CALON Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajib melaksanakan kerja kursus. Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5. Tugasan Harian Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira Merancang 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Tugasan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral. Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4. Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.

Kerja Amal Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu Bidang Perkembangan Diri sebanyak 1 aktiviti, Bidang Kekeluargaan sebanyak 1 aktiviti dan Bidang Alam Sekitar sebanyak 2 aktiviti

Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan. Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah: Bergotong-royong membersihkan kawasan. Mengindahkan atau mencantikkan kawasan. Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan. Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat. Membaikpulih perabot sekolah. Membersihkan taman rekreasi. Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan. Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim. Membantu ibu bapa. Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL

A: Bilangan aktiviti Calon mesti menjalankan 4 aktiviti 2 aktiviti berkaitan Bidang Alam Sekitar 1 aktiviti berkaitan Bidang kekeluargaan 1 aktiviti berkaitan Perkembangan Diri B: Penyediaan dan Penyusunan Folio Kulit luar folio
y y y y y y y y

y y y

Nama dan alamat sekolah Kod sekolah Nama mata pelajaran Tajuk folio Nama penuh Nombor kad pengenalan Angka giliran Nama guru pentaksir Bahagian dalam folio

y y y

y y y y

Isi kandungan Kulit Tugasan Harian (menyatakan kelapan-lapan tajuk laporan tugasan harian) Laporan tugasan harian 1 hingga 8 (disusun mengikut urutan seperti di kulit tugasan harian) Kerja amal 1 Kerja amal 2 Kerja amal 3 Kerja amal 4 Perkara-perkara yang perlu diambil kira

y y y y y y y y y

Tajuk tugasan Tajuk aktiviti susunan folio lampiran bukti kekemasan mematuhi ketepatan masa kebersihan folio kekemasan tulisan kekemasan

penyusunan

folio

C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan aktiviti menyumbang tenaga menyumbang idea meluangkan masa bertanggungjawab rajin kerjasama kepimpinan toleransi prihatin mengawal keadaan (calon perlu nyatakan peranan dan ciri-ciri di atas di dalam laporan aktiviti) D: Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan) Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenarnya selepas menjalankan kerja amal) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang. Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri

y y y y y y y y y y

sendiri) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak. Iktibar (pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti) Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga. E: Penyediaan Bahan Bukti Sekurang-kurangnya 1 keping gambar bagi setiap aktiviti 1 sijil penghargaan atau surat akuan bagi setiap aktiviti

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL

A: Bilangan aktiviti Calon mesti menjalankan 4 aktiviti 2 aktiviti berkaitan Bidang Alam Sekitar 1 aktiviti berkaitan Bidang kekeluargaan 1 aktiviti berkaitan Perkembangan Diri

y y y

B: Penyediaan dan Penyusunan Folio Kulit luar folio


y y y y y y y y

Nama dan alamat sekolah Kod sekolah Nama mata pelajaran Tajuk folio Nama penuh Nombor kad pengenalan Angka giliran Nama guru pentaksir Bahagian dalam folio

y y y

y y y y

Isi kandungan Kulit Tugasan Harian (menyatakan kelapan-lapan tajuk laporan tugasan harian) Laporan tugasan harian 1 hingga 8 (disusun mengikut urutan seperti di kulit tugasan harian) Kerja amal 1 Kerja amal 2 Kerja amal 3 Kerja amal 4 Perkara-perkara yang perlu diambil kira Tajuk tugasan Tajuk aktiviti susunan folio lampiran bukti kekemasan mematuhi ketepatan masa kebersihan folio kekemasan tulisan kekemasan

y y y y y y y y y

penyusunan

folio

C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan aktiviti menyumbang tenaga menyumbang idea meluangkan masa bertanggungjawab rajin kerjasama kepimpinan toleransi prihatin mengawal keadaan (calon perlu nyatakan peranan dan ciri-ciri di atas di dalam laporan aktiviti) D: Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan) Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenarnya selepas menjalankan kerja amal) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang. Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak. Iktibar (pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana

y y y y y y y y y y

masih mempunyai ibu dan bapa Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti) Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga. E: Penyediaan Bahan Bukti Sekurang-kurangnya 1 keping gambar bagi setiap aktiviti 1 sijil penghargaan atau surat akuan bagi setiap aktiviti

Anda mungkin juga menyukai