Anda di halaman 1dari 8

FORMAT KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL


KOD KERTAS : 1225/1
MASA
: 2 JAM 30 MINIT

Bentuk Penyoalan
80 markah = 8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah = 2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)
Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit
soalan esei
: Gunakan 20 minit untuk setiap soalan
= 40 minit
Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab
soalan-soalan yang agak sukar
Bentuk Penyoalan
Bahagian A: Soalan Struktur
Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai
o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep
o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)
Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai,
dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll .
o Berikan maksud nilai .
o Berikan definisi nilai ..
o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll.
o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll
o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll
Bahagian B: Soalan Esei
Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:

isu

situasi

ilustrasi

petikan akhbar

puisi

dsb

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM


Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan
pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki
peperiksaan.
Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:

kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan

hafal definisi nilai atau kata kunci

kaitkan definisi dengan situasi soalan

Contoh soalan
Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)
1.
2.
3.
4.

Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)


Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)


1.
2.
3.
4.

Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)


Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah)


1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)

3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)


Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)
2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting
daripada buku teks seperti berikut:

Akta

Dasar

Nama-nama pertubuhan

Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah

Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah

Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan
Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3
markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit
kerajaan. (1 markah)
Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)
Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.

JAUHI KESILAPAN DI BAWAH


Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar

hemat tinggi

telaransi

teloransi

kesederhaan

tanggungjawab

menghargai dan menyayangi alam sekitar

cintai akan negara

cinta kepada negara

mematuhi undang-undang dan peraturan

kasih sayang kepada keluarga

hormat dan taat kepada keluarga

menghormati hak golongan kurang upaya

sikap terbuka

berhemah tinggi

percaya kepada tuhan

melibatkan diri dalam pembangunan negara

mematuhi peraturan & undang2

b/jawab

peka terhdp isu2 a.sekitar

keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar

Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas


Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:

1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.
Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

W: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang
ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir
dari hati yang ikhlas.
Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
yang lahir dari yang ikhlas.

Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama
negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3
markah)
KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara

N: Cinta akan negara


kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Nilai cinta akan negara.


Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat
antarabangsa.

Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga
kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat
antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei


Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan
sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar
digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2
markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat.
Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up'
jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa
akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh.
Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.

Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.


Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )

Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanakkanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak
juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan
formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa
daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi
menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.
Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanakkanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di
sekolah.
Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada
secara fizikal atau mental

Cara menulis jawapan:


Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi
naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang
sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan
formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak
daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental

Anda mungkin juga menyukai