Anda di halaman 1dari 12

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Bahagian A: Soalan Struktur Peringatamn umum 1.

Nilai mesti tepat dan penuh 2. Baca soalan dengan teliti 3. Jika nilai salah tiada markah untuk penerangan dan contoh 4. Jawapan mesti lengkap 5. Watak hendaklah tepat 6. Hanya MENGAMALKAN boleh digunakan 7. Ayat nilai, ayat penerangan dan ayat contoh hendaklah berasingan 8. Ayat kata kunci bukan berikan definisi. 9. Contoh hendaklah berkaitan dengan kata kunci dan perbuatan yang dapat dilihat/nyata 10. kenal pasti jumlah markah yang diperuntukkan iaitu 1 ayat untuk 1 markah JENIS SOALAN 1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:

kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan hafal definisi nilai atau kata kunci kaitkan definisi dengan situasi soalan

Contoh soalan Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai) 1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah) 2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah) 3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah) 4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah) Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah) 1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah) 2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah) 3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah) 4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah) Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah)

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah) Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.) 2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah) Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.) 3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah) Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).) 2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5 Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:

Akta Dasar Nama-nama pertubuhan Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll 1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah) 2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah) 3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah) 4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah) 5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah) Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ...... 1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah) 2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah) 3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah) 4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah) Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ ..... 1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah) Cadangan. Contoh. 2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah) Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh. 3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah) Kepentingan. Contoh. 4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah) Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.

JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar hemat tinggi telaransi teloransi kesederhaan tanggungjawab menghargai dan menyayangi alam sekitar cintai akan negara cinta kepada negara mematuhi undang-undang dan peraturan kasih sayang kepada keluarga hormat dan taat kepada keluarga menghormati hak golongan kurang upaya sikap terbuka berhemah tinggi percaya kepada tuhan melibatkan diri dalam pembangunan negara mematuhi peraturan & undang2 b/jawab peka terhdp isu2 a.sekitar keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar

Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas Latihan menjawab soalan struktur Sebelum menjawab: 1. 2. 3. 4. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I). Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)

Formula Menjawab soalan nilai: 2 markah = N. W + kk. 3 markah = N. W + kk. Contoh. Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T. Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang. Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah) W: Nicole Gn: dia T: menyelamatkan anak kucing Nilai: kasih sayang

kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas Ayat 1: Nilai kasih sayang. Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas. Penulisan jawapan: Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas. Contoh 2: 3 markah Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah) KA: Rakyat Malaysia Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami) T: berusaha menaikkan nama negara N: Cinta akan negara kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri Ayat 1: Nilai cinta akan negara. Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Penulisan jawapan: Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Bahagian B: Soalan Esei Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut. Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat. Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan. Cara menjawab N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh. Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai. Formula

Ayat 1 (1 markah): N. Ayat 2 (2 markah): W+ def. Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi ) Contoh Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka. Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak. Ayat 1 (1 markah): N. Nilai melindungi hak kanak-kanak. Ayat 2 (2 markah): W+ definisi. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi ) Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental Cara menulis jawapan: Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanakkanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental

CONTOH BENTUK SOALAN TINGKATKAN INTEGRITI HAPUSKAN RASUAH [soalan minta nilai] (a) Jelaskan SATU nilai yang (patut / telah) diamalkan oleh penjawat awam berdasarkan slogan di atas. [1 markah] ayat nilai (i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah. [2 markah] ayat nilai + ayat penerangan

(i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah. Penjawat awam harus mempunyai sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang awam terhadap kualiti kerja mereka. [3 markah] ayat nilai + ayat penerangan + ayat contoh (i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah. Penjawat awam harus mempunyai sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang awam terhadap kualiti kerja mereka. Contohnya, penjawat awam harus menolak untuk menerima sogokan wang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. [soalan minta definisi] (b) Berikan definisi bagi nilai yang anda nyatakan di soalan 1ai. (i) Nilai amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. (#kalau ada 2 nilai maka anda hanya perlu pilih satu nilai saja) [soalan meminta pendapat] (jika watak soalan adalah ANDA maka wataknya adalah SAYA ) (c) Jika anda sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab cuba disogok oleh seseorang pemaju, nyatakan tindakan yang akan anda ambil. (i) SAYA akan menlaporkan kepada pihak berkuasa. (jika watak soalan MENGIKUT SOALAN maka wataknya hendaklah mengikut soalan ) (c) Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab cuba disogok oleh seseorang pemaju, nyatakan tindakan yang harus ambil. (i) Penjawat awam harus menlaporkan kepada pihak berkuasa.

(jawapan yang bukan berbentuk tingkah laku) (d) Nyatakan kesan jika penjawat awam tidak menjalankan tugas dengan adil kepada negara (i) Penjawat awam akan menyebabkan imej negara akan terjejas.

(jawapan yang berbentuk tingkah laku)

(e) Nyatakan tingkah laku jika seorang penjawat awam yang menjalankan tugas dengan adil (i) Penjawat awam tidak akan menerima rasuah LATIHAN ,MENJAWAB SOALAN ESEI BENTUK LAMA Ada dua cara menjawab soalan esei, iaitu menggunakan empat ayat atau pun lima ayat. Sebenarnya Dua-dua cara ini sama sahaja, cuma untuk empat ayat, kita guna 1kk dan untuk lima ayat, kita guna 2kk. Formula: 4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why. 5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why. Kunci formula: I: Isu T: Tindakan N: Nilai Ka: Karektor/Watak Gn: Gantinama kk: Kata kunci how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci Latihan menjawab 1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.

Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja. Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita. Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan

Berdasarkan etika kewartawanan yang digariskan di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang wartawan. Jawapan Formula 4 ayat Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan

sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya. Jawapan Formula 5 ayat. Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya SOALAN HOTS-TERBARU AKAN DIBINCANG DALAM KELAS

AKTIVITI PENGAYAAN MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

a) i - Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan mengelakkan penganiayaan. Ini kerana kanak-kanak berhak untuk membesar dengan selamat. ii- Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati serta mengelakkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak. Contohnya mereka memberi kasih sayang kepada kanak-kanak

b) i - Kanak-kanak merupakan pemimpin masa hadapan ii - Kanak-kanak adalah insan yang lemah dan tidak tahu melindungi diri sendiri c) Saya akan menghantar kanak-kanak itu ke rumah kebajikan. Ini kerana di sana kanak-kanak itu akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang maksima.

a) Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka. Contohnya makanan dalam tin yang dibeli tidak luput tarikh. b) i - Persatuan pengguna Melaka ii - Tribunal tuntutan pengguna iii - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna c) i - harga barangan dinaikkan dengan sewenangnya ii - peniaga menjual barangan yang tidak bermutu sesuka hati d) Saya akan mengadakan bengkel kepenggunaan di sekolah. Ini supaya rakan-rakan saya sedar dan tahu akan hak mereka sebagai pengguna.

a) i - kebebasan beragama ii - hidup bersama secara aman iii - mengekalkan tradisi kekeluargaan b) i - Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia ii - Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya c) Saya akan memakai cheong sam merah pada hari tahun baru cina. Ini supaya tradisi keluarga saya akan diteruskan hingga generasi seterusnya. d) i - kaum cina ii - kaum Melayu iii - kaum India

Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undangundang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.

Anda mungkin juga menyukai