Anda di halaman 1dari 11

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

STPM 2024
PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SKEMA PEMARKAHAN
DAN
SKEMA JAWAPAN

PENGAJIAN AM 1 (900/1)
SEMESTER 1

Skema ini terdiri daripada 11halaman bercetak


2

Bahagian B

Soalan Struktur

Bahagian ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
Markah bagi setiap soalan antara 3 hingga 4 markah.
Markah penuh: 15 markah.

Kriteria Markah Catatan


Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir
Aras Rendah (KBAR)

Isi betul 1
Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir
+
Aras Tinggi (KBAT)
Huraian betul 1

Nota:

1. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung ‘dan’
atau perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan), maka jawapan calon yang
pertama sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul.
2. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan, maka
jawapan yang selebihnya itu tidak akan diperiksa.
3. Terminologi seperti nama organisasi, jika ditulis dalam bentuk singkatan boleh diterima
sebagai jawapan. Contoh, ASEAN, APEC dan sebagainya.
4. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti k-ekonomi atau e-dagang, tidak
perlu diberikan maksudnya dalam jawapan calon.
3

Bahagian C

Karangan

Bahagian ini mengandungi tiga soalan. Calon dikehendaki menjawab dua soalan sahaja.
Markah bagi satu soalan ialah 25 markah.

Markah penuh: 25 markah.

A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Isi atau Idea (I) : 10 markah

2. Huraian (H) : 10 markah

3. Bahasa (B) : 4 markah

4. Format (F) : 1 markah

25 markah

Catatan:

(i) Pembahagian markah untuk Isi dan Idea (I)

Baik : 8−10 markah


Sederhana : 6 markah
Lemah : 2−4 markah

(ii). Pembahagian markah untuk Huraian (H)

Baik : 7−10 markah


Sederhana : 5 − 6 markah
Lemah : 1− 4 markah

(iii) Pembahagian markah untuk Bahasa (B)

Baik : 4 markah
Sederhana : 2 − 3 markah
Lemah : 1 markah

(iv) PembahagianmarkahuntukFormat(F)

Memenuhi format penulisan : 1 markah


(Pengenalan, Isi, dan Penutup)
Tidak memenuhi format penulisan : 0 markah
4

B. Cara pemberian markah

1. Pemarkahan Bahasa [4]

1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur
ayat, potong 1 markah dengan mengambil ingatan bahawa apa-apa kesalahan yang
terdapat di dalamnya tidak diambil kira.

1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga ejaan yang
sejenis.

1.3 1 markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri
daripada satu ayat bagi setiap perenggan.

1.4 Kepanjangan karangan

1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

1.4.2 Markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan


adalah seperti berikut:

Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah


151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah
101 hingga 150 patah perkataan : 2 markah
Kurang daripada 100 patah perkataan : 1 markah

1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah

1.5.1 Catat kesalahan bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap satu kesalahan
dicatat dengan angka 1.

1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara:


( ) – tandakan S di ruang kiri skrip

1.5.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai
dengan cara:

Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara:

1.5.4 Tidak relevan (TR)

2. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk beri markah 1 (1/25)

3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang diulang-ulang.


5

4. Ada kalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butir-butir yang
jitu. Oleh sebab itu, anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh
daripadanya menyeleweng, supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Sebagai
panduan pemeriksaan, kaedah pemberian markah adalah seperti dalam jadual di bawah:

Bil. Idea Markah Huraian Markah


Idea Huraian
1 Idea tepat dan 2 Jitu 2
relevan mengikut
Kurang jitu 1
skema jawapan
Menyeleweng 0
2 Idea kurang tepat 1 Masih membincangkan 1
tetapi masih idea
relevan Menyeleweng 0
3 Idea dan huraian tidak relevan 0

5. Calon layak diberi markah format (1 markah) jika jawapannya sempurna dari segi
format penulisan karangan, iaitu ada bahagian pengenalan, isi, dan penutup.

6. Mencatat pemberian markah karangan

6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip (sebelas atas). Jumlah markah akhir
setiap jawapan perlu diletakkan dalam bulatan.

6.2 Tandakan: I – Idea, H – Huraian, B – Bahasa, F – Format.

6.3 Tuliskan perkataan ‘Menyeleweng’ di bahagian akhir karangan sekiranya


karangan itu menyeleweng.

PERINGATAN KEPADA PEMERIKSA:

1. Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan dalam Bahagian C. Sekiranya calon
menjawab kedua-dua soalan, hanya soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja
yang perlu disemak oleh pemeriksa.
2. Hanya lima idea terawal sahaja yang disemak oleh pemeriksa. Kesimpulan karangan
hendaklah diambil kira untuk markah format sekiranya karangan calon masih berada
dalam lingkungan 400 patah perkataan.
3. Catatkan jumlah markah akhir di sebelah atas kanan kertas penutup skrip jawapan.
Bulatkan jumlah markah tersebut.
6

Bahagian A [15 markah]

SKEMA BAHAGIAN A (ANEKA PILIHAN).

1 B 6 A 11 D
2 A 7 D 12 C
3 B 8 C 13 D
4 B 9 C 14 D
5 B 10 A 15 B

Bahagian B [15 markah]

Cadangan Jawapan

16. Nyatakan empat faktor penyertaan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Malaysia pada
tahun 1963. [4]

Skema Jawapan
Bil Isi/Idea
1 Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak
2 Mempercepatkan proses kemerdekaan
3 Kerjasama ekonomi/Kemajuan ekonomi bersama
4 Keselamatan/Ancaman komunis
5 Kedudukan istimewa Bumiputera
6 Mengimbangi penduduk mengikut kaum

17. Nyatakan tiga sebab pindaan perlembagaan perlu dilakukan. [3]

Skema Jawapan
Bil Isi/Idea
1 Melindungi kepentingan rakyat/hak asasi rakyat
2 Menjaga keselamatan/keamanan/keharmonian negara
3 Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran negara
4 Memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan/kegunaan semasa
5 Memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi
6 Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan
7 Menambah atau memansuhkan sesuatu dasar mengikut keperluan semasa
8 Mengukuhkan perpaduan/integrasi
7

18. Huraikan dua bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. [4]

Skema Jawapan
Bil Isi/Idea Huraian
1 Persempadanan Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-
bahagian pilihan raya bahagian pilihan raya parlimen dan negeri dalam tempoh 8
hingga 10 tahun
2 Pendaftaran dan Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan
semakan daftar pemilih.
3 Proses pilihan raya Menjalankan Pilihan Raya Umum bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri, dan Pilihan Raya Kecil sekiranya
berlaku kekosongan luar jangka.

19. Nyatakan empat kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam sektor perkhidmatan
awam. [4]

Skema Jawapan
Bil Isi/Idea
1 Mengelakkan amalan rasuah
2 Meningkatkan integriti penjawat awam
3 Meningkatkan kecekapan operasi/pengurusan/pentadbiran sektor awam
4 Meningkatkan produktiviti
5 Mengatasi kelemahan pengurusan dan pentadbiran
6 Memenuhi kepuasan/ekspektasi/tanggapan/persepsi/rakyat terhadap kerajaan/sektor
awam
7 Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan/sektor awam
8

BAHAGIAN C [50 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan
yang dihasilkan.

20. Kerajaan memainkan peranan dalam memastikan kecekapan tata kelola yang baik (good
governance). Bincangkan.

Skema jawapan :

Pengenalan
Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai fungsi pentadbiran
bagi sesebuah negara. Peranan dan tanggungjawab tersebut hendaklah dilaksanakn secara cekap
bagi memastikan wujudnya keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara serta penduduk.

Bil Isi/idea Huraian

1 Meningkatkan kecekapan • Memastikan keamanan dan kesejahteraan setiap


tadbir urus negara warganegaranya.
• Menguruskan pentadbiran yang berdaya saing.
• Melaksanakan tadbir urus baik (good governance)
2 Meningkatkan ekonomi • Mempelbagaikan sektor ekonomi
negara • Menarik kemasukan pelaburan asing
• Memastikan persekitaran yang kondusif bagi
menggalakkan kegiatan ekonomi
3 Menjaga ketenteraman • Melaksana semua dasar bagi memelihara kesejahteraan
awam/ keamanan negara dan keselamatan negara
• Memastikan situasi negara terkawal dan stabil
4 Menyediakan • Mempercepatkan pembangunan kemudahan asas kepada
infrastruktur/infostruktur rakyat
• Kemudahan jaringan komunikasi yang meluas
5 Meningkatkan daya saing • Memastikan wujud persaingan yang sihat
• Memperkukuhan sektor swasta
• Penggunaan teknologi moden
6 Meningkatkan • Merancang dan melaksanakan pembagunan
pembangunan negara • Memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan
• Merancang dan menyediakan kemudahan pembangunan
sosial
7 Mengekalkan kedaulatan • Melindungi negara daripada pelbagai anasir yang boleh
negara menjejaskan kedaulatan negara
• Melaksanakan pelbagai program bagi mempertahankan
kedaulatan dan keselamatan negara
Penutup :
Kerajaan sentiasa berusaha untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara serta rakyat
terpelihara.

Jawapan : Mana-mana 5 idea


9

21. Pelbagai ancaman telah menggugat kestabilan politik negara. Oleh itu, kerajaan perlu
memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. Jelaskan.

Skema jawapan:

Pengenalan
Kedaulatan sesebuah negara amat penting untuk dipelihara bagi memastikan keamanan negara
dapat dikekalkan. Jika kedaulatan negara terjamin, rakyat dapat menjalani kehidupan mereka
tanpa diganggu, bebas memilih cara hidup, hak individu dihormati dan tidak dizalimi.

Bil Idea Huraian

A. Ancaman:
• Membawa masuk budaya asing yang negatif
1 Kebanjiran pendatang asing • Meningkatkan kegiatan jenayah
tanpa izin (PATI) • Meningkatkan penyakit berjangkit

2 Pengaruh/campur tangan • Pengintipan oleh kuasa asing


kuasa asing • Mempergunakan media massa untuk
menyampaikan mesej berunsur anti keamanan

3 Wujud golongan pelampau / • Wujud golongan yang berfikiran sempit/ ekstrim


ekstrimis • Tuntutan melampau untuk kaum
• Terdapat gerakan pelampau/pengganas

4 Jenayah siber • Peningkatan jenayah siber.


• Penggodaman maklumat kerajaan/peribadi
• Sistem pertahanan negara terancam.
5
Bencana alam • Kemusnahan harta benda/nyawa.
• Mengancam keselamatan penduduk.
6
Jenayah rentas sempadan • Kawalan sempadan longgar
• Sindiket antarabangsa
• Menggugat hubungan antara negara

7 Kegiatan pelanunan • Pencerobohan perairan negara


• Mengancam keselamatan
• Menjejaskan hubungan antara negara

8 Kemerosotan Ekonomi • Sektor ekonomi terjejas


• Pengangguran meningkat
• Taraf hidup rakyat terjejas
• Rusuhan/demonstrasi berlaku

9 Wabak penyakit • Penularan wabak penyakit/pendemik


• Kesihatan rakyat terjejas
10

B. Langkah Kerajaan
memastikan
keamanan dan
keselamatan negara:

Meningkatkan • Kecekapan antara pemimpin parti politik negara


10 kesepakatan pemimpin • Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
negara • Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
• Kesetiaan kepada raja dan negara

• Mengukuhkan integrasi dan perpaduan kaum


11 Mengekalkan perpaduan • Melaksanakan program-program perpaduan.
negara • Menghormati agama serta budaya pelbagai kaum.
• Memupuk kerjasama antara kaum

12 Memperkukuh semangat • Memupuk semangat cinta akan negara


patriotik • Pengiktirafan tokoh perjuangan pelbagai kaum
• Mengutamakan kepentingan negara

13 Mengukuhkan pertahanan • Melindungi keselamatan negara


negara • Mengukuhkan pasukan pertahanan negara
• Sanggup berkorban demi mempertahankan
keselamatan dan keamanan negara.

14 Meningkatkan kerjasama • Mengekal kedaulatan dan keselamatan negara.


antarabangsa • Penglibatan aktif dalam organisasi antarabangsa
• Mewujudkan diplomasi budaya dan menaikkan imej
negara di peringkat global

Penutup :
Keselamatan dan keamanan negara memerlukan usaha yang komprehensif dan terancang.
Kerajaan dan rakyat seharusnya saling bekerjasama demi memastikan kestabilan dan
kemakmuran negara.

Jawapan : pilih mana-mana idea 2/3 atau 3/2


11

22. Peningkatan kos sara hidup disebabkan oleh pelbagai faktor. Bincangkan.

Skema jawapan:

Pengenalan
Isu kenaikan kos sara hidup merupakan satu isu global yang dihadapi oleh banyak negara sedang
membangun. Isu kos sara hidup yang tinggi telah mewujudkan jurang ketidak seimbangan ekonomi yang
tinggi di dalam masyarakat diantara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.

Bil Idea (Faktor-faktor) Huraian

1 Peningkatan harga • Harga barang meningkat


barangan/perkhidmatan • Permintaan tinggi
• Kuasa beli terhad.
2 Kelemahan pengurusan • Berbelanja melebihi pendapatan.
kewangan • Perbelanjaan di luar kawalan
• Kegagalan merancang kewangan dengan bijak
3 Gaya hidup mewah • Perubahan citarasa dan perubahan taraf hidup.
• Perbelanjaan terhadap barangan kehendak melebihi barangan
keperluan
4 Kenaikan harga bahan • Kos pengeluaran barangan meningkat
api • Kos perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran.
5 Sikap negatif peniaga • Mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan
• Peniaga yang tamak menyorok stok barangan
6 Penghapusan subsidi • Perbelanjaan kerajaan menurun.
• Meningkatkan harga barangan keperluan
• Kos sara hidup meningkat.
7 Bencana alam • Sumber bahan mentah musnah
• Pengeluaran terjejas
• Barangan keperluan terhad

Penutup :
Kenaikan kos sara hidup akan membebankan rakyat terutama golongan miskin. Peranan
kerajaan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup dan rakyat dapat menjalani kehidupan
dengan lebih selesa

Jawapan : mana-mana 5 idea

Anda mungkin juga menyukai