Anda di halaman 1dari 16

Skema Pemarkahan Pengajian Am 2

900/2 PERCUBAAN 2017


JPN PAHANG
Bahagian A

Soalan Struktur :Markah penuh : 15 markah

Bahagian ini mengandungi empat soalan.Calon dikehendaki menjawab semua soalan.Markah


bagi setiap soalan antara 3 hingga 4 markah.

Kriteria Markah Catatan


Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras
Rendah (LOTS)
Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras
+ Tinggi (HOTS)
Huraian betul 1

Nota:
1. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung
‘dan’ atau perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan), maka jawapan
calon yang pertama sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul
2. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan,
maka jawapan yang selebihnya itu tidak akan diperiksa.
3. Terminologi seperti nama organisasi, jika ditulis dalam bentuk singkatan boleh
diterima sebagai jawapan. Contoh, ASEAN,APEC dan sebagainya.
4. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti K-ekonomi atau e-dagang, tidak
perlu diberikan maksudnya dalam jawapan calon.
2

Bahagian B

Soalan Alih Bentuk Komunikasi

Markah penuh : 20 markah

Bahagian ini mengandungi dua soalan.Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Markah
bagi satu soalan ialah 20 markah

A. Tujuan Ujian
Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk linear
kepada bentuk bukan linear

Kemahiran terlibat - kefahaman


- penggunaan
- analisis
- Sintesis
B Ciri jawapan
1. Pengkelasan angkubah/pembolehubah (PA)
2. Kesesuaian teknik (KT)
3. Ketepatan isi (KI)
4. Kejelasan (KJ)

C Pemarkahan
1. Tiap-tiap ciri jawapan yang lengkap diberi 5 markah
2. Perincian markah:
Pengkelasan angkubah : 5 markah
Kesesuaian teknik : 5 markah
Ketepatan isi : 5 markah
Kejelasan : 5 markah
20 markah

D Perincian Pemarkahan Bahagian B

2
3

A. MEDIA PA KT KI KJ JUMLAH
1 Media tepat: 5 5 5 5 20
2 Salah media (rujuk jadual) - - - - 1/20
B. MAKLUMAT SALAH
1 Tiada tajuk/ salah tajuk/ tiada tahun pada
2 2 2 2 08
tajuk/tiada tempat
2 Tiada petunjuk/ petunjuk pada muka surat lain 2 2 2 2 08
3 Tiada peratus/ salah nilai atau unit pada paksi y/
2 2 2 2 08
jumlah besar/tiada label
4 Tidak tulis label paksi Y1 dan Y2 2 2 2 2 08
5 Tidak tulis unit paksi Y1 dan Y2 2 2 2 2 08
6 Sumber tidak lengkap 5 5 4½ 3½ 18
7 Tiada sumber 5 5 4 3 17
8 Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 5 5 4½ 3½ 18
9 Tiada / salah nisbah jejari 5 5 4½ 3½ 18
C Perbezaan sektor:
5 5 5 5 20
Jika menggunakan warna sepenuhnya
Jika berlorek penuh 5 3 5 3 16
Jika menggunakan gabungan warna dan lorekan 5 3 5 3 16
Jika menggunakan abjad atau angka 5 1 5 1 12
1 Jika jawapan hanya jadual sahaja
Butiran = 2
3 - - - 03
Tajuk = ½
Sumber = ½
2 Jadual tanpa tajuk/unit yang lengkap tidak
- - - - 0
diterima
3 Ada tajuk tetapi salah - - - - 2½

Tajuk tidak menghidupkan label yang tiada atau salah.

PERINGATAN:
Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan dalam Bahagian B. Sekiranya calon
menjawab kedua-dua soalan, hanya soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja yang perlu
disemak oleh pemeriksa.

Bahagian C

3
4

Soalan Karangan :
Markah penuh : 25 markah
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Calon dikehendaki menjawab satu soalan.Markah bagi
satu soalan ialah 25 markah.
A Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Isi atau Idea (I) : [5] markah
2. Hujah (H) : [15] markah
3. Kemahiran Kebahasaan (B) : [4] markah
4. Format (F)* : [1] markah
25 markah

Catatan :
(i) Pembahagian markah untuk Isi atau Idea (I) :

Baik : 4 – 5 markah
Sederhana : 3 markah
Lemah : 1 – 2 markah

(ii) Pembahagian markah untuk Huraian atau Hujah (H) :

Baik : 12 – 15 markah
Sederhana : 7 – 11 markah
Lemah : 1 – 6 markah

(iii) Pembahagian markah untuk Kebahasaan (B) :

Baik : 4 markah
Sederhana : 2 – 3 markah
Lemah : 1 markah

(iv) Pembahagian markah untuk Format (F) :

Memenuhi format penulisan : 1 markah


(Pengenalan,Isi,dan Penutup)
Tidak memenuhi format penulisan : 0 markah

B Cara pemberian markah

1 Pemarkahan Bahasa [4]

4
5

1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4
kesalahan struktur ayat,
potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang
terdapat di dalamnya tidak diambilkira

1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga
ejaan yang
sejenis.

Contoh ejaan yang sejenis :


Batuk,patuk - ini dikira sejenis
Suluh,buluh - ini dikira sejenis

1.3 1 markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga baji jawapan
yang terdiri daripada satu ayat bagi setiap perenggan.

1.4 Kepanjangan karangan


1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan
yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
1.4.2 Markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan
karangan adalah seperti berikut:

Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah


151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah
101 hingga 150 patah perkataan : 2 markah
Kurang daripada 100 patah perkataan : 1 markah

1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah.

1.5.1 Catat kesalahan bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap satu
kesalahan dicatat dengan angka 1
1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara:( ) – tandakan
S di ruang kiri skrip
1.5.2 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca
ditandai dengan cara
Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara
1.5.3 Tidak relevan (TR), tidak jelas (TJ)

2 Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk beri markah 1 (1/25)

3 Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang diulang-ulang.

4 Ada kalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butir-
butir yang jitu. Oleh sebab itu, anda hendaklah membaca seluruh karangan itu
walapun separuh daripadanya menyeleweng, supaya kita dapat berlaku adil
5
6

terhadap calon. Anda juga akan bertemu dengan karangan yang pada mulanya
menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya menyeleweng daripada tajuk. Dalam
hal ini, berilah markah kepada yang jitu sahaja.

5 Calon layak diberi markah format (1 markah) jika jawapannya sempurna dari segi
format penulisan karangan iaitu ada bahagian pengenalan,isi dan penutup.

6 Mencatat pemberian markah karangan

6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip (sebelah atas). Jumlah markah akhir
setiap jawapan perlu diletakkan dalam bulatan.

6.2 Tandakan I – Idea , H – Huraian , B – Bahasa , F – Format

6.3 Tuliskan perkataan “Menyeleweng” di bahagian akhir karangan sekiranya


karangan itu menyeleweng.

PERINGATAN :

Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan dalam Bahagian C.


Sekiranya calon menjawab kedua-dua soalan, hanya soalan yang mula-mula
dijawab oleh calon sahaja yang perlu disemak oleh pemeriksa.

SKEMA JAWAPAN :
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan


1. Huraikan dua tonggak utama transformasi negara bagi merealisasikan Wawasan 2020
[4]

(a) ...............................................................................................................................................

.
(b)................................................................................................................................................

6
7

Skema Jawapan
Bil Idea/Isi Huraian
1. Konsep 1 Malaysia  slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
digunakan untuk memelihara perpaduan
2. Program Transformasi  agar penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih
Kerajaan. berkesan
3. Program Transformasi  Fokus kepada 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik
Ekonomi. (IPS) /Model Ekonomi Baru
4. Rancangan Malaysia Ke-  berteraskan pendapatan tinggi /keterangkuman dan
10 kemampanan
5. Rancangan Malaysia Ke-  pertumbuhan berpaksikan rakyat
11.

2. Jelaskan dua cabaran Malaysia untuk mencapai status negara maju [4]

(a)...............................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

.
(b)................................................................................................................................................
.

…………………………………………………………………………………………………………

Skema Jawapan
Bil Idea/Isi Huraian
1. Pembentukan satu negara  rakyat tidak diidentifikasikan melalui kaum/
Bangsa Malaysia keturunan /mempunyai satu pemikiran.
2. Negara perindustrian  Mengubah corak ekonomi daripada pertanian
kepada perindustrian/ melahirkan masyarkat
mencipta
3. Keadilan ekonomi dan sosial  memastikan setiap golongan masyarakat
menerima bantuan/tidak tercicir
4. Moral dan etika  menekankan nilai-nilai moral dan etika untuk
menjamin kesejahteraan / keharmonian.
5. Pembangunan masyarakat  Kekuatan dan kemajuan bermula dalam
berasaskan kekeluargaan institusi keluarga dan masyarakat

Mana-mana 2 idea/isi (Idea – 1 markah) dan (Huraian – 1 markah)

7
8

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengariskan enam ciri
yang perlu dimiliki oleh setiap murid agar mampu bersaing di peringkat global. Nyatakan tiga
daripada enam ciri tersebut. [3]

(a) .........................................................................................................................................

.
(b) .........................................................................................................................................

.
(c) ..........................................................................................................................................

Skema Jawapan
Bil Isi / Idea
1 Berpengetahuan / mempunyai pengetahuan
2 Berkemahiran berfikir / mempunyai kemahiran berfikir
3 Berkemahiran memimpin / mempunyai kemahiran memimpin
4 Berkemahiran dwibahasa / mempunyai kemahiran dwibahasa
5 Beretika dan beragama / mempunyai etika dan agama
6 Beridentiti kebangsaan / nasional / mempunyai identiti kebangsaan / nasional
Mana-mana 3 idea/isi

4. Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara kepada rakyat di negara ini[4]

(a) ...............................................................................................................................................
.
(b) …………………………………………………………………………………………………………
(c) …………………………………………………………………………………………………………
(d) …………………………………………………………………………………………………………

Skema Jawapan
Bil Idea / Isi
1. Peningkatan tahap kesihatan / kualiti kesihatan
2. Hidup lebih tenang / bebas stres
3. Pengisian masa senggang dengan aktiviti yang sihat
4. Peluang kerjaya / ahli sukan profesional / tenaga kerja dalam industri berkaitan
sukan
5. Peluang perniagaan berasaskan produk sukan
6 Peningkatan imej diri / status diri
7 Mengeratkan hubungan antara kaum / memupuk perpadan kaum
8
9

Jawapan :
Mana-mana 4 idea/isi (Idea – 1 markah)

Skema Bahagian B [ 20 markah]

MALAYSIA : NILAI PERTUKARAN RINGGIT MALAYSIA BAGI SEUNIT

MATA WANG ASING TERPILIH DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2016
Nilai pertukaran mata wang asing (RM
seunit)
2013 2014 2015 2016
Dolar Amerika Syarikat 3.15 3.27 3.9 4.08
Paun Sterling 4.93 5.39 5.97 5.70
Dolar Australia 3.04 2.95 2.93 3.03
Dolar Singapura 2.51 2.58 2.83 2.98
Euro 4.18 4.35 4.33 4.56
Sumber : Buku Maklumat Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia 2016. hal 95

MALAYSIA : NILAI PERTUKARAN RINGGIT MALAYSIA BAGI SEUNIT MATA


WANG ASING TERPILIH DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2016

nilai pertukaran mata wang asing (RM seunit)

9
10

Tahun

Sumber : Buku Maklumat Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia 2016. hal 95

Nota.
1. Jawapan diterima garis kompaun, jawapan lain salah media.
2. Perlu ada RM seunit, jika tidak markah 08

Soalan 6
MALAYSIA : BILANGAN AHLI PROFESIONAL BERDAFTAR
TERPILIH DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

10
11

Bilangan ahli profesional (orang)


Jenis
pekerjaan 2012 2013 2014
Arkitek 3637 3866 3688
Akauntan 28550 29534 30538
Jurutera 82080 83378 84344
Doktor 27211 30050 45562
Peguam 16898 17630 18018

Sumber : Buku Maklumat Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia 2016.


hal. 17

MALAYSIA : BILANGAN AHLI PROFESIONAL BERDAFTAR TERPILIH


BAGI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014
Bilangan ahli profesional
(orang)

11

Tahun
12

Sumber :Buku Maklumat Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia 2016.

1. Jawapan yang diterima graf bar kompaun.


2. Jika dilukis graf garis kompaun terima PA=5, KT=1, KI=5, KJ=1, Jumlah = 12

Bahagian C
Soalan 7

Prinsip Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk
menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara. Jelaskan

Skema Jawapan
Pendahuluan

12
13

Rukun Negara mengandungi prinsip hidup bermasyarakat, nilai kenegaraan dan norma
sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan yang
menjadi pegangan serta panduan warganegara Malaysia. Prinsip ini perlu dihayati dan diamalkan
oleh setiap lapisan masyarakat demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara.

Bil Idea Huraian


Sebab perlu dihayati dan
diamalkan
1 Mewujudkan perpaduan  Mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan
masyarakat berbilang kaum bertolak ansur
 Mengelakkan huru- hara, rusuhan dan permusuhan
antara kaum dengan mengawal diri daripada
membangkitkan isu-isu sensitif
2. Melahirkan masyarakat yang  mendidik masyarakat agar mempunyai semangat
berjiwa patriotik(cinta akan kesetiaan yang tinggi terhadap raja dan negara
negara)  sanggup mempertahankan maruah bangsa dan negara
dengan memelihara keamanan dan kemakmuran
 sanggup meletakkan kepentingan negara mengatasi
kepentingan lain
3 Memantapkan jati diri  masyarakat lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan
berkebolehan menghadapi pelbagai cabaran.
 mempunyai daya saing yang sihat
4 Melahirkan masyarakat yang  prinsip kepercayaan kepada tuhan mampu
bermoral dan beretika menerapkan kepercayaan beragama, kerohanian
yang utuh dan budi pekerti yang luhur
 pengamalan nilai kesopanan dan kesusilaan dapat
membentuk masyarakat yang bertatasusila,
berdisiplin dan bermoral tinggi

5 Melahirkan masyarakat yang  membentuk masyarakat yang bergerak maju selari


progresif dan saintifik dengan kemajuan sains dan teknologi bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
 mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan
menggunakan sains serta teknologi moden untuk
pembangunan negara
6 Membentuk sebuah masyarakat  masyarakat Malaysia adalah sama taraf di sisi
yang adil undang-undang negara
 semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang
sama untuk menikmati kekayaan negara dan bebas
daripada penindasan oleh mana- mana pihak
7 Membentuk sebuah masyarakat  masyarakat bebas untuk mengamalkan agama, adat
yang liberal resam dan dan kebudayaan masing-masing.
 kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia
menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara
Malaysia
13
14

8 Memelihara cara hidup  rakyat menentukan kerajaan menerusi pilihanraya


demokratik yang bebas
 perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi
masyarakat Malaysia selagi tidak melanggar
undang-undang negara
9 Menerapkan amalan  masyarakat bertanggungjawab memastikan
menghormati perlembagaan perlembagaan negara sentiasa didaulatkan dan tidak
negara dicabar oleh mana-mana pihak
 masyarakat mempunyai keyakinan dan kepercayaan
yang tinggi kepada sistem pemerintahan serta
undang-undang yang dilaksanakan dalam negara

Kesimpulan

Menghayati semangat dan hasrat di sebalik pembentukan Rukun Negara boleh mewujudkan
persefahaman dan saling menerima perbezaan dan persamaan antara kaum.

Jawapan:
Mana-mana 5 idea

Soalan 8

Sektor pertanian memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dilakukan supaya sektor ini menjadi lebih moden,dinamik dan berdaya
saing. Bincangkan.

Skema Jawapan
Pendahuluan

14
15

Bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan perlu mentransformasikan sektor
pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing. Oleh yang demikian,
pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.

Bil Isi /idea Huraian


1 Menggunakan teknologi moden  Peralatan moden pada semua peringkat bermula
dari menanam, membaja, meracun, menuai
 Penggunaan jentera dalam pemprosesan,
pembungkusan dan pemasaran
 Kuantiti dan kualiti dapat ditingkatkan
2. Meningkatkan penyelidikan dan  Penghasilan benih baru, baka, klon baru yang
pembangunan (PnP) lebih cepat membesar dan mengeluarkan hasil
yang banyak
 Penghasilan baja dan racun lebih berkualiti dan
mesra alam.
3. Mewujudkan integrasi sektor  Gabungan dua sektor yang penting akan
pertanian dengan sektor mengembangkan sektor ini.
pelancongan  Saling membantu akan mempercepat dan
(agrotourisme/pelancongan tani) memodenkan kedua-dua sektor ini.
4 Menghasilkan produk pertanian  Mengeluarkan produk pertanian yang mendapat
berasaskan keperluan atau permintaan tinggi daripada pengguna
kehendak pengguna.  Penanaman jenis tanaman dan pemeliharaan
haiwan ternakan yang mendapat permintaan
tinggi
5. Memberi nilai komersial kepada  Pertanian sebagai satu perniagaan
produk pertanian  Menjenamakan produk pertanian seperti “
Malaysia Best”
 Petani yang berpengetahuan dalam amalan-
amalan pertanian.
 Hasil pertanian dikomersialkan secara
perladangan
6 Membangunkan kegiatan  Herba ditanam secara komersial
pertanian dan perhutanan secara  Penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman
bersama (perhutani) industri
 Mewujudkan ruang yang lebih luas kepada
pelbagai gabungan perusahaan perhutanan dan
pertanian
 Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama
tanah
7 Melaksanakan dasar-dasar  Kerajaan telah memperkenalkan Dasar
kerajaan Pertanian Pertama,Kedua dan Ketiga
 Dasar-dasar ini memberi penekanan kepada
peningkatan produktiviti,kecekapan dan
persaingan dalam bidang pertanian.
8 Memberi bantuan modal/khidmat  Kerajaan memberi bantuan modal kepada sektor

15
16

kepakaran pertanian yang berpotensi


 Memberi khidmat nasihat dalam bidang-bidang
tertentu untuk memajukan sektor pertanian

9 Menyediakan logistik  Menyediakan 16logistik seperti tempat


penyimpanan,pengangkutan dan kemudahan jeti
untuk nelayan.
 Memudahkan nelayan/petani memajukan
industri yang diceburi

Kesimpulan

Sektor pertanian amat perlu ditransformasi supaya menjadi lebih moden,dinamik dan kompetitif
kerana sektor ini memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

Jawapan:
Mana-mana 5 idea

16

Anda mungkin juga menyukai