Anda di halaman 1dari 14

★★

MODUL PINTAS TINGKATAN 4

Peperiksaan Akhir Tahun 2018

Skema Jawapan Bahasa Melayu

Kertas 2 1103/2
1103/2
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN EMPAT
BAHASA MELAYU KERTAS 2

SOALAN 1 : RUMUSAN

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

Isi - 20 markah
Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12


16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20
Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual
berikut:

Markah
Peringkat Markah Isi Huraian
Bahasa
- Kesinambungan isi baik
18-20 9-10 - Struktur ayat/ tatabahasa baik
Baik
15-17 7-9 - Kosa kata luas
- Tanda baca/ ejaan betul
- Kesinambungan isi masih baik
12-14 6-7 - Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
Sederhana
8-11 4-6 - Kosa kata masih memuaskan
- Tanda baca/ ejaan juga memuaskan

- Pada keseluruhannya dalam serba


Lemah 1-7 1-4
kekurangan/ tidak memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iii) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

Pendahuluan Markah

P1 Petikan membincangkan usaha-usaha/ langkah-langkah/ kaedah-kaedah/


pendekatan/ strategi memupuk perpaduan masyarakat di sekolah pada masa ini/ 2
di negara kita.

P2 Petikan membincangkan usaha-usaha/ langkah-langkah/ kaedah-kaedah/


pendekatan/ strategi memupuk perpaduan masyarakat di sekolah dan implikasi 2
terhadap murid.

P3 Rumusan membincangkan usaha-usaha/ langkah-langkah/ kaedah-kaedah/


pendekatan/ strategi memupuk perpaduan masyarakat di sekolah dan kesan- 2
kesannya dalam kalangan murid

P4 Petikan / rumusan membincangkan usaha-usaha/ langkah-langkah/ kaedah-


kaedah/ pendekatan/ strategi memupuk perpaduan masyarakat di sekolah 1

P5 Petikan/ Rumusan membincangkan cara-cara memupuk perpaduan masyarakat di 0


sekolah dan kesan-kesannya dalam kalangan murid.
Isi-isi Tersurat (cara-cara memupuk perpaduan masyarakat di sekolah) Markah

S1 berlaku di bilik darjah yang menempatkan murid daripada pelbagai kaum 2

S2 Murid-murid berbincang dengan memberikan pendapat 2

S3 Murid menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru 2

S4 Sukatan pelajaran di sekolah dapat menerapkan unsur perpaduan dan muhibah 2

S5 Mata pelajaran PSV menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi panduan 2


kepada murid untuk menjadi seorang warganegara yang berakhlak mulia

S6 aktiviti sukan juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk 2


perpaduan masyarakat di sekolah

S7 penglibatan murid dalam aktiviti kelab permainan dan badan unit beruniform 2
sekolah dapat menyemai semangat perpaduan

S8 Amalan bergotong-royong yang selalu dilaksanakan oleh pihak sekolah juga 2


dapat membentuk peribadi yang mulia dan semangat perpaduan

S9 aktiviti koakademik yang dijalankan secara berpasukan secara jelas dapat 2


melahirkan semangat kerjasama dan perpaduan

S10 Semua pihak harus berganding bahu dalam usaha memberikan didikan dan 2
teguran yang membina kepada generasi muda dengan penuh dedikasi.

Isi tersirat (kesan-kesannya dalam kalangan murid) Markah

T1 Murid dapat belajar dalam suasana aman, sejahtera dan harmoni. 2

T2 Murid saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam pelajaran 2

T3 Murid tidak berprasangka buruk terhadap rakan 2

T4 Murid sedia bertoleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain 2

T5 Melahirkan generasi muda yang mampu mentadbir negara dengan telus. 2

Penutup ( Cadangan dan Harapan ) Markah

Kesimpulannya, semua pihak/kita perlu berganding bahu/ bekerjasama memupuk 2


perpaduan masyarakat di sekolah agar/supaya kemakmuran dan keamanan negara
terus dikecapi
Kesimpulannya/tuntasnya/konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu/ 1
bekerjasama memupuk perpaduan masyarakat di sekolah agar/supaya murid sihat
sejahtera
Kesimpulannya/tuntasnya/konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu/ 1
bekerjasama memupuk perpaduan masyarakat di sekolah
SOALAN 2 : PEMAHAMAN

• Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :


Soalan 2(a) : Pemahaman petikan umum - 9 markah
Soalan 2(b) : Pemahaman prosa moden (cerpen atau drama) - 9 markah
Soalan 2(c) : Pemahaman prosa tradisional - 8 markah
Soalan 2(d) : Pemahaman puisi - 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50 %) daripada
markah
yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah: 2 isi diperlukan


Soalan 2a(i) – maksud rangkai kata
Soalan 2b(i) - maksud rangkai kata / situasi dalam petikan
Soalan 2c(i) - maksud rangkai kata / situasi dalam petikan
Soalan 2d(i) - maksud rangkai kata / situasi dalam petikan

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah: 2 isi diperlukan


Soalan 2a(ii) – jawapan dari dalam petikan
Soalan 2b(ii) – soalan KBKK
Soalan 2c(ii) - situasi dalam petikan
Soalan 2c(iii) – soalan KBKK
Soalan 2d(ii) - soalan KBK

DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
-Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
-Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
-Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat 0
gramatis

3. Soalan 4 markah : 3 isi diperlukan


Soalan 2a(iii) - soalan KBKK
Soalan 2b(iii) - soalan analisis KOMSAS
Soalan 2d(iii) - soalan analisis KOMSAS
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
gramatis
-Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
-Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
-Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
-Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat 0
gramatis

Soalan 2 (a) – Petikan Umum Markah

(i) Perspektif yang lain

P1 pandangan / pendapat / tanggapan yang berbeza 2

P2 pandangan / pendapat / tanggapan yang lain 1

P3 perspektif yang berbeza 1

(ii) Kepentingan-kepentingan perpaduan kaum dalam kehidupan masyarakat di negara kita:


P1 perpaduan mampu menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama 1
dengan harmoni
P2 Perpaduan dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara yang menjadi teras 1
keamanan negara
P3 kemajuan ekonomi negara sangat berkait rapat dengan perpaduan dalam kalangan 1
masyarakat
[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

(iii) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat di negara kita.
markah
P1 Mengadakan kempen perpaduan kaum 1
P2 Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum 1
P3 Menggunakan satu bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar yang sama 1
P4 mengadakan majlis rumah terbuka setiap perayaan peringkat kebangsaan 1
P5 Penganjuran Hari Sukan Negara yang disertai oleh semua rakyat Malaysia 1

*Langkah-langkah lain boleh diterima sekiranya sesuai


[Maksimum : 4 markah]
[isi cukup : 3 isi]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum Drama Berkhidmat Untuk Negara

(i) Alasan-alasan alasan yang menyebabkan Aiman tidak mahu menyertai PLKN selepas selesai
SPM ialah:
Markah
P1 Saya(Aiman) tak mahu pergi 1
P2 Saya (Aiman) nak minta daddy tolong dapatkan pengecualian untuknya 1
P3 Saya(Aiman) tak suka dengan program itu 1
[Maksimum : 2 markah]
[isi cukup:2 isi]

(ii) Tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk membantu anak anda itu.
Markah
P1 Mengajak anak berbincang/ mendampingi anak/ bersembang/ berbual- 1
bual
P2 Mendengar masalah anak / meminta anak menceritakan masalah/ 1
bertanya anak tentang masalah
P3 Menasihati / memberi harapan / dorongan / motivasi / semangat 1
P4 Mengajak anak bersiar-siar / menyertai aktiviti kemasyarakatan /
keagamaan 1
P5 Meminta kerjasama rakan/ kawan anak yang lain untuk memberikan
sokongan moral 1

[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah:


Isi Markah
P1 Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar [1+1]
kerajaan.
Contohnya:
Datuk Khir Ghazali menasihati Aiman menyertai PLKN sebagai
menyokong setiap dasar kerajaan.
P2 Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. [1+1]
Contohnya:
Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau
memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk
sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan
yang berguna kepada nusa dan bangsa.

Persoalan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan ialah:
Isi Markah
K1 Kesedaran remaja tentang kepentingan menyertai program kerajaan. [1+1]
Contohnya:
Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap
pelaksanaan PLKN. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut
seruan berkhidmat untuk negara tercint
K2 PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi [1+1]
muda.
Contohnya:
Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam
hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya PLKN.
K3 Persoalan sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai [1+1]
PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Contohnya:
Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi
muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.
K4 Persoalan kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan [1+1]
hubungan kekeluargaan
Contoh:
Aiman sentiasa berasa sunyi kerana ayahnya sibuk bekerja manakala
ibunya, Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya
Dapnia, pula sibuk dengan tugasannya di universiti.
K5 Persoalan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak [1+1]
Contoh:
Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri
daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada
seseorang yang berpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi
motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
K6 Persoalan peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan [1+1]
mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan murid
Contoh:
Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-
muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN

[Maksimum : 4 markah]
[isi cukup : 2 isi (P+K)]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

i. Maksud rangkai kata endah apatah pekerjaan. (2m) markah


P1 peduli / cakna terhadap tugas / peranan / urusan / kewajiban 2
P2 endah terhadap tugas / peranan / urusan / kewajiban 1
P3 peduli / cakna apatah tugas / peranan / urusan / kewajiban 1
[Maksimum: 2 markah]
[isi cukup : 2 isi]

ii Syarat yang diberikan oleh Seri Betara agar Kertala Sari dapat menjadi penggawa agung (2 isi)
markah
P1 segera pergi ke Melaka 1
P2 Kertala Sari dapat membunuh Ratu Melaka 1
P3 Kertala Sari dapat membunuh Laksamana 1
[Maksimum: 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

i. Sekiranya anda sebagai Sultan Melaka, langkah yang boleh anda ambil untuk mempertahankan
negeri Melaka daripada serangan musuh (2 isi diperlukan) markah
P1 Memperkuat kawalan keselamatan di sempadan negeri 1
P2 Mengambil lebih ramai rekrut tentera 1
P3 Menyediakan senjata dan peralatan perang yang canggih 1
P4 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran 1
P5 Memperketat undang-undang negara terhadap perbuatan derhaka 1
P6 Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah / pelaku jenayah 1
[Maksimum: 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

Soalan 2 (d) – Puisi moden : Sajak Sang Gembala Kuda

i. maksud menentang semua kebobrokan. markah


P1 melawan/ memerangi/ menyanggah segala kerosakan/ kebinasaan/ kehancuran 2
P2 menentang menyanggah segala kerosakan/ kebinasaan/ kehancuran 1
P3 melawan/ memerangi/ menyanggah semua kerosakan/ kebinasaan/ kehancuran 1
P4 melawan/ memerangi/ menyanggah segala kebobrokan 1

[Maksimum: 2 markah]
[isi cukup : 2 isi]

iii ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin yang dihormati oleh rakyatnya.
markah
P1 menghormati orang lain 1
P2 adil dan tidak diskriminasi 1
P3 jujur, amanah dan boleh dipercayai 1
P4 berakhlak dan berbudi pekerti mulia 1
P5 mampu berkomunikasi dengan berkesan 1
P6 bertanggungjawab terhadap tugas dan rakyat 1
P7 dapat menangani dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat dengan baik 1
[Maksimum : 3markah]
[isi cukup : 2 isi]

2. Dua nilai yang terdapat dalam sajak markah


- Nilai keberanian 1+1
*Contohnya, pemimpin yang berani mengawal rakyat jelata dengan keangkuhan dan
kekejaman (rangkap 1)
- Nilai bertanggungjawab 1+1
*Contohnya, pemimpin bertanggungjawab menyediakan segala keperluan rakyat jelata
(rangkap 2)
- Nilai kesetiaan 1+1
*Contohnya, kesetiaan rakyat jelata terhadap pemimpin walaupun sering ditindas
(rangkap 4)
[maksimum : 4markah]
[isi cukup : 2 isi+huraian]

Soalan 3: - Pengetahuan dan kemahiran bahasa

(a) Panduan pemberian markah:


1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan markah
bagi soalan 3(a)..
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika calon memberikan makna perkataan dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Ayat tidak jelas - tolak ½ markah setiap ayat.
10. Ayat tidak membawa maksud calon memahami kata yang diberi, berikan 0 markah.
11. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

Bil Perkataan Maksud kata


(i) menyapu 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat
atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas
sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru
(ii) bersapu 1 sudah dibersihkan dgn sapu: Halaman rumahnya tidak pernah ~. 2
sudah dilumas (dgn): Ibunya menyediakan secawan kopi serta dua
keping roti ~ mentega.
(iii) mengagak mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim-
bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa;
orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. memaksudkan,
meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena;
(iv) beragak beragak-agak 1 bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia
~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2
berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu)
(v) menggantung 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali
yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis
itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd
sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu
hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau
bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat
sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang
drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang
kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn
memuaskan
(vi) bergantung 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi,
lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang
utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu;
mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia
masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg
diberikan.

b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.

Bil Jawapan Cadangan


PREDIKAT SUBJEK
(i) sungguh cantik Gelang tangan yang bertatahkan
berlian itu
(ii) sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh. Ibu Datin Rohaida
(iii) (a) bermain galah panjang di halaman Kanak-kanak perempuan itu
rumah
(b) di halaman rumah bermain galah Kanak-kanak perempuan itu
panjang
(iv) (a) tidak pernah pulang ke kampung Shahriza
halamanannya sejak sepuluh tahun
yang lalu
(b) sejak sepuluh tahun yang lalu tidak Shahriza
pernah pulang ke kampung
halamannya
(v) tidak menyedari anak mereka terperangkap Ibu bapa kanak-kanak itu
hampir sejam di dalam kenderaan mereka.
(vi) melaporkan keadaan gempa bumi yang Juruhebah Stesen Radio yang
melanda negeri Sabah. terkenal itu

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata dan istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa orang kakitangan universiti itu sedang memeroses permohonan kemasukan
pelajar bagi sessi pembelajaran yang bermula pada bulan Januari ini.

(ii) Puan Dahlia meminta kebenaran majikannya untuk membawa anak lelakinya ke kelinik
gigi untuk didapatkan rawatan.

(iii) Karbon dioksida merupakan satu daripada gas rumah hijau yang bertanggung jawab
menyebabkan berubah cuaca.
[6 markah]

Bil Kesalahan ejaan Pembetulan Kesalahan Pembetulan


Imbuhan
(i) sessi sesi memeroses memproses
(ii) kelinik klinik didapatkan mendapatkan
(iii) Bertanggung jawab bertanggungjawab berubah perubahan

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selera Kampung Restoran sering dikunjungi ramai pelanggan kerana kenikmatan
masakan tradisionalnya.
(ii) Akhbar juga berperanan sebagai perantara atau alat penghubung di antara pemerintah
dengan rakyat bagi mengkhabarkan sesuatu perkara dan tindakan yang diambil untuk
kemakmuran dan keharmonian negara.

(iii) “Kami akan uruskan hal-hal disiplin ini dengan baik agar kedua-dua pihak berluah hati
dengan tindakan pihak sekolah” kata pengetua kepada ibu bapa murid itu.
[6 markah]

Bil Kesalahan kata Pembetulan Kesalahan Pembetulan


atau istilah tatabahasa
(i) kenikmatan keenakan, kesedapan, Selera Kampung Restoran
kelazatan Restoran Selera
Kampung
(ii) mengkhabarkan menjelaskan, di antara antara
menerangkan,menghuraikan
(iii) berluah berpuas kami akan akan kami

(e) Berikan maksud peribahasa yang berikut.

Sambil berdiang, nasi masak Melakukan dua kerja dalam satu masa.
(i)
(ii) Kalau tiada rotan, akar pun berguna. Sementara menantikan yang baik, yang
kurang baik pun memadai.
(iii) Bagai menatang minyak yang penuh Menjaga seseorang dengan penuh
perhatian, kasih dan sayang.

Soalan 4 : Novel

(a) Pembacaan sesebuah novel memberikan banyak impak kepada khalayak pembaca.

Daripada novel yang anda kaji, nyatakan dan huraikan dua pengajaran yang telah anda peroleh.

[7 markah]

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang di pelajari.


ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
i. Beri 1 markah bagi setiap pengajaran yang betul, 2 pegajarann diperlukan.
ii. Beri 1 markah bagi setiap contoh peristiwa yang betul bersesuaian dengan setiap
pengajaran yang diberi.
iii. Pengajaran dan huraian/contoh peristiwa mestilah betul kedua-duanya. Jika pengajaran
sahaja yang betul, beri 1 markah. Jika pengajaran salah tetapi huraian/contoh peristiwa
betul 0 markah.
vi. Markah isi maksimum 4 (2 markah bagi pengajaran dan 2 markah bagi huraian/contoh
yang betul)
vii. Markah bahasa maksimum 3 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
x. Calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 7 markah]

Skema jawapan Soalan 4a

(a) Pengajaran. [7 markah]


Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

1. Kita hendaklah gigih untuk mencapai cita-cita.


Contoh : Adnan gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya menjadi tentera sehingga sanggup
menumpang lori sayur ke Port Dickson bagi menghadiri temu duga pengambilan Tentera Melayu
Diraja.

2. Kita hendaklah teguh dengan pendirian kita.


Contoh : Pak Saidi tetap teguh dengan keputusannya menghantar anak-anaknya bersekolah di
Sekolah Inggeris Sungai Ramal meskipun dicemuh oleh orang-orang kampung.

3. Kita perlulah berani berkorban untuk mempertahankan tanah air.


Contoh : Leftenan Adnan sanggup mengorbankan nyawanya demi mempertahankan Bukit Candu
daripad ditawan oleh tentera Jepun.

4. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan dalam hidup kita.


Contoh : Sofia tabah menerima berita kematian suaminya dan meneruskan kehidupan
membesarkan anak-anaknya dengan mengambil upah mengerjakan bendang dan menoreh getah.

* Pengajaran dan contoh peristiwa lain yang ada dalam novel boleh diterima

(b) Binaan plot memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah novel itu mempunyai jalan
cerita yang menarik.

Ceritakan peristiwa yang merupakan permulaan, kemuncak dan peleraian cerita dalan novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang di pelajari.


ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
i. Berikan 2 markah untuk plot permulaan, 2 markah bagi plot kemuncak, dan 2 markah lagi bagi
peleraian yang betul.
ii. Markah isi maksimum 6 markah (2 markah bagi permulaan, 2 markah bagi kemuncak dan 2
markah bagi peleraian dengan cerita yang betul)
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
x. Calon tidak menjawab 0 markah

Skema jawapan Soalan 4b

(a) Binaan Plot


1. Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama dan watak-watak penting dalam novel. Pengarang
memperkenalkan Adnan sebagai seorang budak yang gemar akan cerita kepahlwanan Melayu dan
suka akan ilmu persilatan. Keluarga Adnan tinggal di sebuah perkampungan iaitu Kampung Sungai
Ramal Dalam.

2. Kemuncak cerita
Leftenan Adnan dan pasukan tenteranya berjuang berjuang bermati-matian mempertahankan Bukit
Candu daripada serangan askar Jepun selama tiga hari tiga malam sehingga mereka kehabisan
peluru. Namun pasukan Adnan tidak mahu menyerah kalah dan melawan askar Jepun dengan
hanya menggunakan bayonet. Akhirnya mereka kalah dan Adnan telah diseksa dengan kejam
sehingga mengorbankan nyawanya.

3. Peleraian
Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua setelah pihak Amerika melancarkan peluru
berpandu ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Sofia menerima berita kematian suaminya Adnan
dengan tabah dan meneruskan kehidupannya membesarkan anak-anaknya degan mengambil upah
mengerjakan bendang dan menoreh getah. Akhirnya Sofia meninggal dunia kerana penyakit
kanser.

Anda mungkin juga menyukai