Anda di halaman 1dari 13

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2018

Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 markah dibahagi kepada:


Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah

Isi​ (20 markah)

Nota:
Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
nama khas
perkataan berulang/ kata ganda
penggunaan kata sendi di dan ke
tarikh
angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
gelaran
Kira dan ​tandakan​ jawapan calon setakat ​120 patah perkataan​ sahaja sebelum
diperiksa.
Periksa setakat ​120 patah perkataan​ sahaja. Yang selebihnya ​tidak perlu
diperiksa​.
Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Jumlah isi Markah


Pendahuluan 2
Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
Penutup 2
Jumlah markah 20

(b) ​Bahasa​ [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:
Peringkat Markah Markah Bahasa Huraian
Isi
Baik 18-20 9-10 -kesinambungan isi baik
15-17 7-8 -struktur ayat/ tatabahasa baik
-kosa kata luas
-tanda baca /ejaan betul
Sederhana 12-14 6-7 -kesinambungan isi masih baik
8-11 4-6 -struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
-kosa kata masih memuaskan
-tanda baca/ ejaan juga memuaskan

BM2 Percubaan 2018


Lemah 1-7 1-4 -pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/
tidak memuaskan
Nota:

Jika bahasanya agak baik, ​tambah 1 markah​ lagi.


Jika bahasanya kurang memuaskan, ​tolak 1 markah​.
Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan ​kurang daripada 120 patah perkataan​, berikan 0 markah.
Jika rumusan ​kurang daripada 120 patah perkataan​, markah tidak dipotong.

Pendahuluan:

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan kepada pelajar. (2
markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kejayaan yang harus dicapai oleh seseorang pelajar selain pelajaran.
(2 markah)

Rumusan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. (2 markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan. (1
markah)

Isi Tersurat​ - ​Faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan​:

Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh
dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. (2 markah)

Masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah. (2 markah)

Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. (2 markah)

4. Pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap
kasih sayang dalam keluarga. (2
markah)
5. Pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan
otak yang cerdas. (2
markah)

Para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk
membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. (2
markah)

BM2 Percubaan 2018


Masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan
fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun. (2
markah)

Para pelajar boleh membuat kerja kebajikan. (2 markah)

9. Mereka juga boleh mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan
wang.
(2
markah)

Isi Tersirat ​- ​Kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar​:

Pelajar tidak mematuhi jadual waktu belajar yang disediakan. (2 markah)

Pelajar lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
(2
markah)
Pelajar lebih berminat menghabiskan masa dengan aktiviti yang menghiburkan
berbanding membaca buku/ mengulang kaji pelajaran. (2
markah)

4. Pelajar terpaksa melakukan kerja rumah yang disuruh oleh ibu bapa. (2
markah)

Penutup - Kesimpulannya, semua pelajar haruslah bijak menguruskan masa agar


dapat menjadi masyarakat yang berdaya saing/ cemerlang/ maju.

Soalan 2 : Pemahaman

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

Jawapan hendaklah menggunakan ​ayat sendiri​.


Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.
Jika ​disalin bulat-bulat​ daripada teks dan jawapan itu ​betul​, ​berikan separuh(50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
Jawapan tidak tepat/ salah 0

Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

BM2 Percubaan 2018


Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2
Isi kurang lengkap/ kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

i. Maksud rangkai kata ​melahirkan modal insan ​ialah menghasilkan sumber manusia.
​[2
markah]

ii. Dua kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain pelajaran ialah:
- kejayaan dalam bidang sukan
- aktiviti kokurikulum
- agama
- aktiviti kemasyarakatan.
[2 isi cukup]
[Maksimum :3
markah]

iii. Pada pendapat saya, penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan
seseorang pelajar dengan cara:
- membantu pelajar mengulang kaji pelajaran
- pelajar dapat membahagikan masa untuk belajar dan beriadah
- aktiviti akademik dan kokurikulum dapat diseimbangkan
- mengelakkan pelajar daripada membuang masa dan terlibat dalam gejala tidak sihat.
​[3 isi cukup]
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 2(b) Cerpen

i. Gambaran keadaan wanita tua yang menjual makanan burung di Egyptian Market
ialah:
- pakaiannya hanya kain kapas yang nipis
- tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan
- kakinya berstoking lusuh
- kasutnya koyak
[Isi cukup : 2]

BM2 Percubaan 2018


[Maksimum :2 markah ]

ii. Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membela kehidupan golongan tua yang
terbiar dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling ialah:
- memberikan bantuan dari segi material seperti bantuan berupa makanan, pakaian,
dan ubat-ubatan
- membina dan menyediakan rumah kebajikan untuk golongan tua yang malang dan
tidak terbela
- menyediakan rawatan percuma di hospital kerajaan
- memberikan tambang separuh harga untuk penggunaan pengangkutan awam

[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga
diterima)

iii. ​Satu persoalan dalam petikan cerpen​:


- Persoalan kemiskinan dan kesengsaraan hidup warga tua
Contoh: Aku berasa sayu melihat seorang wanita tua yang menjual makanan burung
kerana kesejukan. Hal ini disebabkan pakaiannya nipis dan lusuh dan hujung kasutnya
koyak.
(1+1)

- Persoalan sikap pemurah dalam diri


Contoh: Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberi wanita tua itu LT5
walaupun harga satu piring cuma LT1. (1+1)

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen​:


- Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya dijadikan bahan komersial. (1+1)

- Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara
Contoh: ‘Aku’ melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu. (1+1)

- Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan


atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya.
(1+1)

- Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki

BM2 Percubaan 2018


Contoh: Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan
jualan.
(1+1)
- Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan
Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan
dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
(1+1)

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

i. Maksud rangkai kata ​terlalu gemuruh bahananya​:

- bunyi sangat bising serta tidak keruan, riuh-rendah [Maksimum:2 markah


]

ii. Perancangan awal yang dilakukan oleh Laksamana:


- memakai pakaian penjurit
- berjalan dalam hujan rintik-rintik pada waktu malam
- masuk ke dalam kota
- tidur di tengah pasar
- sedia menghunus keris semasa berbaring
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

iii. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan di tempat tinggal saya:


- mewujudkan rukun tetangga
- mengadakan rondaan
- menggajikan pengawal keselamatan
- membina pondok kawalan
- memasang kamera litar tertutup
- membina pagar/tembok
- memasang sistem penggera
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

Soalan 2(d) Sajak

i. Maksud rangkap pertama:


- penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.
- bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan
keadaan itu akan berterusan
[Isi cukup :
2]
[Maksimum :2 markah ]

ii. Cara-cara saya dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapa:

BM2 Percubaan 2018


- sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak melakukan perkara yang melukakan
hati mereka
- menghadiahkan kejayaan dalam pelajaran kepada mereka
- membawa mereka menunaikan umrah / fardu haji ke Mekah / melancong ke
tempat-tempat yang menarik
- menjaga kebajikan mereka dari segi keperluan harian, perubatan dan kewangan
- mendoakan kesejahteraan buat diri mereka
- menjaga nama baik dan maruah keluarga
[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga
diterima)

iii. Dua pengajaran dalam sajak:


- Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa

- Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa yang telah banyak berjasa
kepada kita

- Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar
mendapat keredaan Tuhan.

- Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan


mendapat berkat.

- Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara.

[Isi cukup:
2]
[Maksimum: 4
markah]

Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Markah penuh iaitu ​30 ​markah dibahagikan kepada :


Soalan 3 (a) : ​6​ markah
Soalan 3 (b) : ​6​ markah
Soalan 3 (c) : ​6 ​markah
Soalan 3 (d) : ​6​ markah
Soalan 3 (e) : ​6​ markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)

Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul


Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan
soalan
Kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
Kata yang digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah

BM2 Percubaan 2018


Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat
Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat
Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya
Ayat tidak jelas, tolak ½ markah
Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan) berikan 0 markah

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 ​markah​ ]
Jawab ​semua ​soalan.

(a) Tulis ​satu ayat bagi setiap perkataan ​di bawah.

(i) lauk-pauk - Ibu telah menyediakan ​lauk-pauk​ yang istimewa untuk kami
sekeluarga sempena hari ulang tahun ayah.

(ii) mandi-manda - Puteri Hang Li Po sedang ​mandi-manda​ di kolam belakang


istana ketika Laksamana Hang Tuah mencarinya.

(iii) desas-desus - ​Desas-desus​ mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan


meletakkan jawatannya dalam syarikat.

(iv) lintang-pukang - Budak nakal itu lari ​lintang-pukang​ apabila dikejar oleh
seekor anjing garang.

(v) gilang-gemilang - Majlis perkahwinan bintang popular itu berlangsung dalam


suasana ​gilang-gemilang​ dengan kehadiran ribuan peminat.

(vi) turun-temurun - Alat muzik tradisional yang merupakan warisan ​turun-


temurun​ masyarakat Melayu akan dipamerkan di Muzium Kesenian itu.

(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada ​enam​ ayat tunggal.

Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.
Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan.
Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala
kemahiran.
Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
(vi)Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.
(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.
Bil Kesalahan Pembetulan
(i) unifom uniform
perlengkapan kelengkapan
(ii) kerinting keriting

BM2 Percubaan 2018


berpakai memakai
(iii) merialisasikan merealisasikan
mengila menggila

(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.


Bil Kesalahan Pembetulan
(i) Lukisan-lukisan yang Lukisan-lukisan yang cantik /
cantik-cantik Lukisan yang cantik-cantik
dijulang dijilat
(ii) Dari masa ke semasa Dari masa ke masa / Dari semasa
ke semasa
disangsi disyaki
(iii) dari daripada
tinggi cemerlang

(e) Nyatakan peribahasa

(i) sudah jatuh ditimpa tangga

(ii) seperti kacang lupakan kulit

(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

BM2 Percubaan 2018


Soalan 4 : Novel

(15 markah)

Panduan pemarkahan:

Soalan 4(a)
1. Jawapan berdasarkan ​sebuah​ novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap​ latar tempat ​yang betul.
4. Beri 1 markah bagi ​huraian / contoh ​yang lengkap dan jelas.
5. Markah isi maksimum 4 markah.
6. Markah bahasa maksimum 3 markah.
7. Markah bahasa diberikan secara ​impression
Baik -3m
Sederhana -2m
Lemah -1m
8. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(a) Dua latar tempat

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan 1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola
keluarganya jaring bersama dengan rakannya, Siti
2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Wangi.
Lumpur ke kampung datuk dan 2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia
neneknya di Dungun, Terengganu 3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari
3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, kampung halaman, tempat Azhari dan
Terengganu- Lili berhenti sebelum ke Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia
Kampung Sentosa,tempat tinggal Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan
datuk dan nenek Lili Lima
4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - 4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim-
Tempat tinggal Geetha Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
5. Surau- tempat orang kampung berkumpul tingkatan enam. Dia tinggal di asrama
6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu sekolah ini.
neneknya yang bekerja di sawah padi 5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan
7. Hutan- tempat datuk mencari Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu
tumbuhan-tumbuhan herba dan akar Hisyam mendapat tahu masalah
kayu Dahlia daripada Kavita.
8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan 6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas
Danel menyaksikan matahari terbit lima ekar tempat Saleha menoreh
getah
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal
Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga

BM2 Percubaan 2018


adik-adiknya, Melati, Kiambang,
Mawar, dan Anggerik setelah
emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat
Saleha dibawa untuk mendapatkan
rawatan pada peringkat awal.
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia
dirawat di hospital ini setelah dipatuk
ular.
10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat
emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di
sini juga Azhari bekerja sementara
setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah
Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan
Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir-
Kira-kira dua kilometer dari rumah
Dahlia di sinilah Embong memotong
kelapa sawit setelah pulang dari
rumah Aton. Di kebun kelapa sawit
inilah ular sawa telah membelit
Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan
Melati bersekolah di sini
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari
rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh
Aton kerana dikatakan Dahlialah
yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais-
Beberapa orang penduduk bergotong
– royong semasa majlis sambutan
Maulidur Rasul. Selain itu, di sini
juga menjadi tempat pemindahan
mangsa banjir yang berlaku di
kampung Dahlia.

Soalan 4(b)

1) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari di tingkatan empat dan di
tingkatan lima.
2) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3) Beri 1 markah bagi setiap ​pernyataan tentang kepincangan masyarakat​.
4) Beri 2 markah bagi setiap ​huraian peristiwa​ yang betul untuk setiap pernyataan.
5) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap isi).
6) Markah bahasa maksimum 2.

BM2 Percubaan 2018


7) Markah bahasa diberi secara ​impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
8) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
9) Calon tidak menjawab 0 markah.

Peristiwa bagi setiap novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam 1. Kepincangan masyarakat yang
gejala sosial berprasangka buruk terhadap orang
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka lain
mencuri harta benda orang kampung. Selain Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah
itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan berprasangka buruk terhadap keluarga
dadah. Dahlia. Nek Kiah suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan
Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam kemiskinan mereka. Aton suka
masalah perjudian menabur fitnah tehadap Dahlia
Sebagai contohnya, Seman,suami Che Jah dengan mengatakan bahawa Dahlia
seorang kaki judi sehingga sanggup sudah ditebuk tupai kerana lelaki
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang datang ke rumahnya silih berganti.
ketua keluarga.
Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam
Kepincangan masyarakat yang bercanggah gejala sosial
pendapat Sebagai contohnya,Abu Bakar suka
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang berfoya-foya dengan rakan-rakannya
mengalami percanggahan pendapat mengenai sehingga sanggup mencuri kambing milik
perletakan kubah di surau ataupun membina bapanya sendiri.
masjid yang baru.
Kepincangan masyarakat yang suka
menghina
Kepincangan masyarakat yang tidak Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka
bertanggungjawab menghina Dahlia dan keluarganya
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton
Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia
sering berjudi sehingga melupakan dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. ditebuk tupai kerana lelaki datang ke
rumahnya silih berganti.
5. ​Kepincangan masyarakat yang suka
memandang serong terhadap kekurangan Kepincangan masyarakat yang mempunyai
orang lain hasad dengki
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar,
menjadi hinaan dan kutukan masyarakat Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan
kampung secara berterusan kerana suka telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum
mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua
Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang batang paku yang dijumpai mereka dibawah
memerlukan bantuan untuk berubah.

BM2 Percubaan 2018


rumah. Bungkusan itu ditanam oleh
seseorang yang dengki akan mereka.
5.​Kepincangan masyarakat yang memandang
serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka
akan menantunya Embong dan cucu-cucunya
kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan
anak-anaknya yang lain berjaya dalam
kehidupan.

6. ​Kepincangan masyarakat yang tidak mahu


menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh
Dahlia yang menyebabkan anaknya,
Said mati lemas walaupun Dahlia
sanggup berkorban nyawa dengan
terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said.
**Jawapan lain yang sesuai diterima.
-PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT-

BM2 Percubaan 2018

Anda mungkin juga menyukai