Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

Penghargaan 1

Abstrak 2

1.0 - Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 3

2.0 – Isu Keprihatinan / Fokus Kajian 4

3.0 - Objektif Kajian 5

4.0 - Kumpulan Sasaran/ Lokasi 6

5.0 – Perlaksanaan Kajian 6

6.0 – Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 11

Bibliografi 11

Lampiran 12
Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t

kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah saya menjalankan dan

menyempurnakan kajian tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kali ini banyak mematangkan diri dan

pemikiran dalam membina keyakinan diri untuk membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran penulisan karangan umum.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua SMK Bukit Kuching

Tengah, guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru rakan seperjuangan yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan

ini.

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka

dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik, demi

membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian yang kurang memuaskan

dalam penulisan karangan khususnya.

Wassalam.

1
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH SALIN DAN JALIN

Ummi Salamah bt Samadi, Azalina bt Main, Siti Nor Asyikin bt Idris


SMK Bukit Kuching Tengah, 45800 Jeram, Selangor
ummisalamahsamadi@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan prestasi dalam

menguasai kemahiran menulis karangan yang merupakan satu komponen dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Sampel kajian melibatkan seramai 36 orang pelajar

dari kelas 1 Al-Khawarizmi iaitu kelas keempat daripada tujuh buah kelas tingkatan

1. Kami memfokuskan kepada penulisan karangan (Bahagian D). Tinjauan awal

telah dibuat melalui ujian pra (Peperiksaan Pertengahan Tahun) yang menunjukkan

murid lemah dalam penulisan karangan. Data yang diperoleh daripada ujian pra

ialah sebanyak 3% mendapat peringkat kepujian, 31% peringkat baik, 61% peringkat

memuaskan, dan 5% penguasaan minimum. Melalui tinjauan awal didapati murid

menghadapi masalah tidak memahami kehendak soalan, lemah dalam penghuraian

isi, lemah dalam pembinaan ayat, dan tidak boleh menulis melebihi 180 patah

perkataan. Oleh itu, kaedah salin dan jalin diperkenalkan untuk mengatasi masalah

pembelajaran yang dihadapi murid terutama dalam penulisan karangan. Kami

menjangkakan murid akan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis

karangan secara tidak langsung akan meningkatkan markah Bahasa Melayu dalam

Peperiksaan Akhir Tahun.

2
1.0 REFLEKSI PDP LALU

Masalah yang berlaku :

1. Murid tidak memahami kehendak soalan. Segelintir murid menjawab soalan

karangan mengikut pemahaman masing-masing tetapi bukan fokus kepada

kehendak soalan tersebut.

2. Murid lemah dalam penghuraian isi atau mengembangkan isi berserta contoh.

Sebahagian murid dapat mengemukakan isi karangan tetapi tidak dapat

menghuraikan isi tersebut dengan baik. Selain itu, murid juga tidak

menyatakan contoh bagi setiap isi yang dikemukakan.

3. Murid lemah dalam membina ayat yang gramatis. Kebanyakan murid

melakukan kesalahan tatabahasa, ejaan, imbuhan dan istilah dalam

penulisan karangan.

4. Murid tidak dapat menulis melebihi 180 patah perkataan.

Analisis daripada ujian pra (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016)

Markah Peringkat Bil. Murid

25-30 Cemerlang -

19-24 Kepujian 1

13-18 Baik 11

7-12 Memuaskan 22

1-6 Penguasaan minimum 2

Jadual 1 : Data diambil daripada markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

3
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Berdasarkan ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, didapati sebanyak

59% peratus murid mendapat gred E dan F dalam kertas Bahasa Melayu. Salah

satu faktor yang menyumbang kepada kekurangan markah murid adalah murid tidak

memperoleh markah yang baik dalam Bahagian D iaitu bahagian penulisan

karangan umum. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana murid-

murid ini akan menghadapi PT3 pada tahun 2018. Sekiranya masalah ini tidak

dibendung dari awal, murid-murid ini berkemungkinan besar tidak akan mendapat

gred yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat PT3 kelak.

Menurut Hashim Othman (2005), penekanan pengajaran kemahiran menulis

amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga

bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid

sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-

dua fungsi berkenaan

Oleh itu, kajian tindakan ini merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis karangan dengan baik. Justeru, bagi meningkatkan

kemahiran menulis karangan, kaedah salin dan jalin dilaksanakan dan diserapkan

dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas.

4
Antara hasil pembelajaran yang perlu dicapai adalah seperti berikut :

2.0.1 Menulis karangan yang dapat memenuhi kehendak soalan.

2.0.2 Menghurai setiap idea atau isi utama berserta contoh.

2.0.3 Membina ayat yang gramatis serta meminimumkan kesalahan

tatabahasa, ejaan, imbuhan dan istilah dalam penulisan karangan.

2.0.4 Menulis karangan melebihi 180 patah perkataan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:

 Meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan baik menggunakan

kaedah salin dan jalin.

Objektif Khusus:

1. Murid dikehendaki menyalin semula contoh karangan yang baik dalam

tempoh yang ditetapkan (40 minit).

2. Murid dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 180 patah

perkataan berdasarkan rangka karangan yang telah disediakan dengan

menghuraikan isi dan menggunakan ayat yang gramatis.

5
4.0 KUMPULAN SASARAN/LOKASI

Bilangan murid : 36 orang

Tingkatan : 1 Al-Khawarizmi

Kategori murid : Sederhana

Lokasi : SMK Bukit Kuching Tengah, Jeram

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpul, beberapa strategi dirangka

bagi membantu mengatasi kelemahan murid dan seterusnya membantu mereka

meningkatkan pencapaian dalam latihan, ujian dan peperiksaan.

Perlaksanaan kajian ini mengambil masa selama 8 minggu. Antara strategi

yang dirancang bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut :

i. Aktiviti Menyalin Karangan

Murid dikehendaki menyalin semula contoh karangan yang baik dalam tempoh

masa yang ditetapkan. Aktiviti ini dilaksanakan selama 3 minggu dan dijalankan

dalam tempoh masa 40 minit semasa PdP. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan

murid dengan olahan karangan yang baik.

Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan

bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk

6
tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin

dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).

ii. Aktiviti Menjalin Karangan

Murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan rangka karangan yang telah

disediakan. Rangka karangan bertujuan memastikan murid sentiasa berada di

landasan yang betul semasa menulis karangan. Aktiviti ini melatih murid untuk

menulis karangan mengikut kehendak soalan. Aktiviti ini dijalankan selama 2

minggu.

iii. Aktiviti Menulis Karangan

Murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan rangka karangan ringkas yang

disediakan. Aktiviti ini bertujuan membiasakan murid untuk menulis karangan yang

lengkap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan selama 3

minggu.

Bil Tarikh Aktiviti Langkah Hasil Refleksi

1 1/8 – Aktiviti i. Guru menegaskan keperluan i.Semasa aktiviti, mereka

19/8 Menyalin menulis karangan sekurang- berasa seronok kerana

(3 Karangan kurangnya 180 patah hanya perlu membaca dan

mingg perkataan. menyalin semula karangan

u) ii.Murid-murid diberikan contoh lengkap.

karangan ii.Aktiviti ini tidak memberi

7
yang baik untuk dibaca dan tekanan kepada murid,

dinilai dari segi penggunaan bagaimanapun kebanyakan

perkataan. murid menyedari bahawa

iii.Guru menekankan kata karangan yang mereka salin

kunci yang terdapat dalam itu lebih`panjang` daripada

soalan supaya karangan murid karangan

tidak terpesong. yang biasa mereka hasilkan.

iv.Murid-murid dikehendaki iii.Dalam pada itu masih ada

menggariskan isi-isi penting juga murid yang cenderung

dalam karangan yang diberi. untuk lalai daripada

v.Murid-murid diminta membuat tugasan.

menyalin semula karangan iv.Guru memantau kumpulan

tersebut dalam masa 40 minit. murid ini agar tidak

ketinggalan dan membuat

tugasan mengikut arahan

yang ditetapkan.

2 22/8 – Aktiviti i.Murid-murid dikehendaki i.Murid mula lebih serius

2/9 (2 Menjalin menulis karangan secara semasa menjalankan aktiviti

mingg Isi berpandu dan terancang. ini memandangkan mereka

u) Karangan ii.Mereka diberikan tajuk dan perlu menghasilkan

rangka karangan yang karangan yang lengkap

lengkap, bermula dengan berdasarkan rangka

pendahuluan, isi-isi penting karangan yang diberi.

sehinggalah penutup. ii.Murid lebih bersedia

iii.Guru mengambil sedikit menulis karangan kerana

8
masa untuk menerangkan telah terlebih dahulu

kehendak soalan dan diberikan penjelasan

menghuraikan isi. merujuk kepada rangka

iv.Murid menulis karangan karangan yang diberi.

dalam masa yang telah iii.Murid memaklumkan

ditetapkan dengan bimbingan sedikit tertekan kerana

guru yang minimum. mereka tahu mereka perlu

menghasilkan karangan

yang baik dalam masa 40

minit sahaja.

iv.Murid juga menunjukkan

kesungguhan untuk menulis

karangan yang baik.

Bagaimanapun, sebahagian

murid masih tidak memberi

reaksi yang diharapkan

apabila mereka hanya

menyalin isi-isi yang diberi

tanpa mahu membuat

penambahan huraian.

v.Alasan mereka ialah isi

yang diberi guru sudah

memadai dan mereka tidak

ada idea baru.

iv.Murid-murid kelihatan

9
gembira dan bangga dengan

pencapaian tersebut tetapi

guru tetap mengingatkan

murid-muird bahawa

karangan mereka masih

perlu dibaiki.

3 5/9- Aktiviti i.Murid menulis karangan i.Aktiviti terakhir lebih

23/9 Menulis lengkap dalam masa yang mencabar murid kerana

(3 Karangan ditetapkan. mereka perlu mencari idea

mingg ii.Murid masih diberi rangka sendiri dalam menghurai isi-

u) karangan tetapi kali ini lebih isi karangan memandangkan

ringkas. guru cuma memberi rangka

*10/9 – iii.Rangka karangan ini diberi karangan ringkas sahaja

18/9 selepas mengambil kira berbanding aktiviti yang

Cuti pengetahuan murid terhadap kedua.

perten tajuk karangan yang diberi.

ahan

pengg

al II

10
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang dilaksanakan kali ini diharapkan dapat memberikan sedikit

inspirasi kepada guru-guru yang berhadapan dengan situasi yang sama. Usaha

yang dilakukan meskipun sedikit masih boleh memberikan kesan yang besar.

Cadangan untuk kajian seterusnya ialah memfokuskan teknik atau kaedah dalam

menghuraikan isi karangan.

Bibliografi

Hashim Othman.2005.Penilaian Tahap Penguasaan Kemairan Menulis


Dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan Kebolehpercayaan
Instrumen. Dimuat turun pada 20 Oktober 2016 daripada
http://eprints.usm.my/4884/1/Penilaian_Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Men
ulis_Dalam_Bahasa_Melayu_Murid_Sekolah_Kebangsaan_Kebolehpercayaa
n_Instrumen.pdf

Noor Aainah Ag. Jaafar.Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang


Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan
Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Dimuat turun pada 20 Oktober 2016
daripada
https://jabatanbahasastar.files.wordpress.com/2011/08/meningkatkan-
keupayaan-menulis-karangan-salin-dan-jalin.pdf

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran


Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

11
LAMPIRAN

12
MATA
KELAS JENIS UJIAN
PELAJARAN
T1 BAHASA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN / SUMATIF
AL_KHAWARIZMI MELAYU 2

MARKA GRE
BIL NOKP NAMA
H D
1 30705100309 AHMAD FIQKRY BIN RAHIM 58 D
2 31007100410 AINUR HAMIZAH HUDA BINTI AHMAD ZAWAWI 54 D
3 30913101357 HAMIM YAZID BIN AHAMAD RASOL 38 F
4 30307100901 KHAIRUL AIMAN BIN RAFIE 32 F
5 30814100359 MOHAMAD FAZRUL AIZAN BIN MOHD FAUZI 29 F
6 30727100983 MOHAMAD SYAIFFUDDIN BIN ROSLAN 27 F
7 30928100955 MOHAMMAD SHSHRUL NIZAM BIN SABIDIN 48 E
8 30527101551 MUHAMAD RADZWAN IQMAL BIN ZAINUDIN 56 D
9 30108100087 MUHAMAD SHAFIE HAIKAL BIN MOHD GOUS 40 E
10 30504101735 MUHAMMAD FARIZUL IDHAM BIN JAMALIHUDIN 40 E
11 30209100529 MUHAMMAD HAFIZUL ARIF B ABDUL RANI 45 E
12 30301101313 MUHAMMAD SHAFIQ AIMAN BIN SURANI 47 E
NOR AINIL NAJIHAH BINTI MOHD SHAMSUL
13 31125100542 KAMAL 58 D
14 31129100128 NOR SYAHIDATUL NAJWA BINTI ZUBARI 59 D
15 30209100406 NORSAZLINA AMIRA BINTI SAZAKI 32 F
16 30922101180 NORZEKA BINTI MOHD ZOHANI 42 E
17 31224100476 NUR AKILAH BATTRISA BINTI MOHAMMAD RUSLI 44 E
18 30323101672 NUR ASIKIN BINTI ABD AZIZ 53 D
19 30527101316 NUR FARAHANIS BINTI ZOL-L-MI 48 E
20 31019100792 NUR FARIHA BINTI MOHD YUSOF 42 E
21 30506020234 NUR FATIHAH BINTI MAHARAM 57 D
22 30929102186 NUR PUTRI SAADAH BINTI SHAHRUM 55 D
23 31218101026 NUR SAIYIDAH BINTI AHMAD KAMAL 47 E
24 30605100600 NUR SHAHIRA BINTI MD ESA 47 E
25 30302100988 NURNADZIRAH BINTI NOR ARIFIN 37 F
26 31017101476 NURUL HAZALIYANA BINTI HALIMI 43 E
27 30814140406 NURUL IZZAH KHALIDAH BINTI NORDIN 56 D
PUTRI ARISSA EMIRIANNA BINTI MUHAMMAD
28 30412101236 ZULKHAFLI 56 D
29 31005100118 SITI AINA SYAHIRA BINTI AHMAD RIDUAN 61 C
30 30225100908 SITI KHADIJAH BINTI MUHAMMAD 51 D
31 30723100476 SITI NOR AMIRA BINTI NOR AZMAN 41 E
32 31019100522 SITI SAZWANI BINTI ISMAIL 60 C
33 30716100048 UMI HANISAH BINTI ZAINAL 53 D
34 30113101527 ZULHISHAM BIN BUGIRAN 46 E
35 AIDIEL 54 D
36 DANIEL IQKHWAN 43 E

13
14
15
16
17

Anda mungkin juga menyukai