Anda di halaman 1dari 30

Bahagian A: - 10%

Baca artikel bertajuk Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran


Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah Rendah oleh Yahya
Othman.

Berdasarkan artikel di atas:


a) Bincangkan isu dalam artikel ini
b) Perancangan dan pelaksanaan tindakan yang dilakukan
c) Hasil dapatan dalam artikel ini

_____________________________________________________________________
_______
Definisi kemahiran menulis
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan juga
merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang
tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan
mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan
atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud
memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks
yang

dapat

dibaca

dan

seterusnya

difahami

oleh

orang

lain.

Konsep kemahiran menulis


Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya,
terdapat beberapa konsep menulis iaitu:

menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.

menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan
1

dalam bentuk huruf dan alphabet.

menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau
perkataan sesuatu bahasa.

menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan


sesuatu makna.

menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat.

ISU DALAM ARTIKEL


Pembelajaran berasaskan Projek
Menurut Beckett (2002), pembelajaran berasaskan projek merupakan pelaksanaan
program atau aktitviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran memerlukan murid
bekerjasama,

misalnya

dalam

menyediakan

soalan

berkaitan

projek

dan

mengimplementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data


dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau bertulis. Dengan ini, muridmurid didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugas yang
diberikan.Maka murid-murid perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan
menyeronokkan seperti kaedah projek. Kaedah ini dapat diterapkan ke dalam salah
satu asas kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran menulis.
Kajian ini dijalankan kerana didapati terdapat masalah-masalah yang sering
dikaitkan dalam pengajaran karangan. Pada masa kini, guru masih lagi mengekalkan
kaedah konvensional semasa mengajar di sekolah. Pengajaran yang berpusatkan guru
didapati guru lebih banyak bercakap tentang isi karangan yang perlu ditulis dan
memberikan idea-idea kepada murid-murid dengan menyediakan rangka karangan
yang hanya memerlukan murid menuliskan semula tajuk karangan yang diajarkan.
Kaedah pengajaran karangan yang mementingkan huraian daripada guru tidak banyak
2

membantu kemahiran murid menulis. Murid bersifat pasif dan suasana pembelajaran
kurang menyeronokkan juga disebabkan pengajaran yang bercorak konvensional dan
berpusatkan guru.

Selain itu, terdapat juga guru yang kurang yakin terhadap kebolehan murid
untuk memperoleh isi karangan dengan cara meneroka pengetahuan secara sendiri.
Jadi, guru terpaksa menyediakan kebanyakkan isi karangan untuk murid-murid.
Dengan ini, guru bukan lagi berperanan sebagai seorang fasilitator manakala guru
lebih berperanan sebagai pemberi maklumat. Murid-murid tidak perlu berusaha untuk
berfikir atau mencari isi-isi karangan lagi.
Murid-murid sentiasa bergantung kepada guru dalam kebanyakan proses pembelajaran
kerana murid-murid sudah terbiasa dengan pengajaran guru yang berfungsi sebagai
pemberi maklumat.
Jadi, murid-murid kurang mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan atau maklumat
dengan usaha sendiri. Akibatnya, murid-murid tidak didedahkan kepada aktiviti
berfikir yang sepatutnya dilalui semasa proses penulisan karangan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru kurang mempelbagaikan
pendekatan, kaedah dan teknik semasa mengajar di dalam kelas. Ini juga merupakan
punca yang menyebabkan murid-murid kurang mahir menulis karangan. Guru hanya
memfokuskan hasil karangan berbanding proses mengarang dalam P&P. Murid-murid
kurang mampu untuk menjana kemahiran berfikir dan mengembangkan idea mereka
dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik kerana murid-murid telah biasa
dengan pengajaran guru yang menggunakan kaedah dan teknik yang hanya
mementingkan hasil karangan.
Sebenarnya, isu yang sering dihadapi oleh guru ialah faktor masa terutamanya
dalam pelaksanaan penulisan berasaskan projek. Kaedah projek hendak dilaksanakan
di dalam bilik darjah memang memerlukan masa yang lebih panjang. Jadi, kebanyakan
guru menghadapi masalah kekangan masa dalam melaksanakan pembelajaran yang
berkaitan dengan kaedah projek. Selain itu, guru harus menghabiskan semua sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan menyebabkan guru kekurangan masa yang cukup bagi
3

murid-murid menjalankan projek tugasan di dalam bilik darjah. Kebanyakan murid


menyiapkan tugasan projek di rumah, manakala guru hanya berbincang, memberi
pendapat, menerang kehendak projek dengan murid-murid di bilik darjah sahaja.

Murid-murid tidak melaksanakan projek di dalam bilik darjah menyebabkan guru


sukar untuk memastikan sama ada ibu bapa atau murid sendiri yang menghasilkan
projek atau tugasan yang diberikan.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Oleh itu, mekanisme penilaian tugasan projek perlu disediakan bagi memastikan
wujudnya kesahan dalam penilaian. Proses yang dijalankan dalam menghasilkan
tugasan melalui PBP perlu dinilai sewajarnya oleh guru. Oleh yang demikian, PBP
adalah sesuai didedahkan kepada murid-murid untuk memberikan peluang kepada
mereka agar dapat belajar mendalami isi kandungan pengetahuan dalam proses P&P
yang dijalankan.
Terdapat pelbagai perancangan dan pelaksanaan tindakan telah dilakukan
dalam kajian ini. Kajian ini telah menggunakan teori konstruktivisme, persoalan
kajian, metodologi kajian, sebagai kerangka asas kajian. Istilah konstruktivisme ini
merujuk kepada idea bahawa murid membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri.
Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif
dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu.
4

Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu
merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang

individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan
bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini. Dalam konteks
menyediakan projek penulisan risalah, murid perlu membuat pencarian maklumat,
bahan rujukan yang berkaitan tajuk yang diajarkan. Murid-murid membuat
perbincangan secara berkumpulan bagi menyusun maklumat-maklumat yang dikumpul
untuk dijadikan sebuah penulisan berinformasi mengikut format yang betul.
Kemudian, murid diarahkan untuk memberikan maklum balas atau refleksi terhadap
tugasan yang mereka hasilkan itu.

Dalam persoalan kajian, beberapa soalan kajian telah menjadi asas kepada
kajian ini iaitu:
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian PBP melalui
penulisan
berbentuk risalah dalam ujian pra dan pasca?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian penulisan
berbentuk risalah dari segi aspek penguasaan struktur organisasi isi dalam ujian pra
dan pasca?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian penulisan


berbentuk risalah dari segi aspek tatabahasa dalam ujian pra dan pasca?

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi


melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi
melaksanakan suatu karya sains. Dalam metodologi kajian pula, terdapat kajian-kajian
5

yang perlu dilaksanakan iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian,
kesahan dan kebolehpercayaan dan penganalisisan data.

Dalam reka bentuk kajian, kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan
pendekatan kuantitatif. Kajian menggunakan kaedah eksperimental kuasi dengan reka
bentuk pra dan pasca ujian satu kumpulan. Pengkaji ingin mengkaji keupayaan sampel
kajian menguasai kemahiran menulis melalui PBM dalam penulisan berbentuk risalah.
Sampel kajian ini terdiri daripada 39 orang murid Tahun 5 tahap sederhana. Kaedah
pemilihan sampel dibuat dengan memilih murid yang mempunyai ciri-ciri heterogenus
dari segi kebolehan dan pencapaian mereka. Pemilihan sampel kajian dipilih secara
rawak berdasarkan keputusan penilaian kendalian sekolah kedua yang mereka peroleh
pada penggal kedua persekolahan iaitu murid yang mencapai keputusan markah antara
50% hingga 70% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam instrumen kajian pula, persediaan mengajar, set ujian bertulis, soal
selidik dan rubrik penilaian projek risalah merupakan instrumen yang telah digunakan
dalam kajian ini. Sebelum ujian pasca dilakukan, 4 set persediaan mengajar telah
digunakan untuk rawatan. Setiap sesi rawatan murid disuruh menghasilkan sebuah
risalah mengikut nama Negara ASEAN yang telah dipilih. Untuk memastikan kesahan
rancangan mengajar ini, pengkaji telah merujuk guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga
penyelia latihan penyelidikan ini. Ujian bertulis adalah berbentuk subjektif dengan
sampel kajian perlu menghasilkan sebuah karangan berbentuk risalah perjalanan
ringkas tentang Negara Brunei Darussalam. Sebanyak dua kali ujian bertulis
dijalankan, iaitu sebagai ujian pra dan pasca. Tujuan ujian ini adalah untuk menguji
kefahaman murid semasa mencari maklumat yang disediakan dan mengorganisasikan
maklumat tersebut. Dalam rubrik penilaian penulisan risalah, jumlah markah adalah
100. Rubrik pemarkahan yang disediakan diadaptasi daripada beberapa sumber
Internet, iaitu Rubi Star dan sesawang Buck Institute Organization untuk disesuaikan
dengan tahap sampel kajian yang diberikan rawatan dalam kajian ini. Nilai skor
markah dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu struktur organisasi isi, tatabahasa dan
kreativiti mengikut peringkat pencapaian, iaitu cemerlang, sangat baik, baik dan
6

memerlukan pembaikan.

Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, dua orang guru
Bahasa Melayu Tahun 5 dan seorang penyelia penyelidikan telah membuat semakan
terhadap instrumen persediaan mengajar dan ujian bertulis dalam kajian dari segi isi
kandungan, persediaan mengajar dan ujian bertulis, struktur ayat dan penggunaan laras
bahasa dengan peringkat murid yang terlibat. Selain itu, penyemakan ini juga untuk
memastikan agar tajuk bacaan dan penulisan yang diberikan dan isi kandungan
pengajaran adalah sesuai dan bertepatan mengikut sukatan dalam kurikulum Bahasa
Melayu Tahun 5.
Arahan dalam soalan ujian pra dan pasca juga disemak supaya bahasa yang
digunakan jelas dan mudah difahami oleh murid-murid yang mengikuti kajian. Tujuan
mengadakan penyemakan adalah untuk menyesuaikan pemberian markah ujian
penulisan berbentuk risalah yang diberikan kepada murid dan mendapatkan nilai yang
boleh diterima bagi sistem pemarkahan sebuah penulisan. Jadi, sebelum sesi menilai
kertas jawapan murid-murid dijalankan, skim pemarkahan dan skim jawapan yang
disediakan oleh pengkaji akan diberikan kepada kedua-dua orang guru yang terlibat
dalam penyemakan tersebut. Penerangan ini adalah untuk memastikan bahawa guruguru yang menilai dapat memahami cara pemarkahan yang sesuai dan tepat
berpandukan rubrik yang disediakan.Dalam penganalisisan data, pengkaji menganalisis
data dan maklumat yang telah diperoleh dan dikumpul. Penggunaan statistik inferensi
dan deskriptif melalui ujian dalam bentuk min skor, sisihan piawai dan peratus
digunakan dalam kajian ini. SPSS versi 20 telah digunakan untuk menganalisis data.

HASIL DAPATAN
Hasil dapatan dalam artikel ini ialah keberkesanan PBP melalui penulisan
berbentuk risalah telah dapat meningkatkan pencapaian murid menguasai kemahiran
7

menulis. Oleh itu, strategi pengajaran guru harus membuat perubahan dengan
melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif menggunakan kaedah projek,
meningkatkan teknik berkomunikasi dan pendekatan hands-on. Dengan ini, murid

tidak lagi menghafal isi kandungan pengajaran apabila menghadapi peperiksaan, tetapi
lebih kepada seorang murid yang berwibawa, berfikiran terbuka dan dapat
berkomunikasi dengan efektif. Selain itu, sikap dan kemahiran interpersonal, misalnya
sikap bekerjasama, rajin, berfikir secara kreatif dan kemahiran berinteraksi telah
dipupuk melalui persembahan hasil projek dengan menjalankan aktiviti berkumpulan.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sampel bukan sahaja dapat


meningkatkan keupayaan menguasai kemahiran menulis bahkan telah menguasai
kemahiran berbahasa dan kemahiran nilai tambah yang lain. Ini disebabkan sampel
didedahkan kepada pengetahuan dan pengalaman baharu dan dapat diguna pakai untuk
penulisan yang lebih formal melalui proses PBP dan penulisan risalah yang dijalankan.
Dalam kajian didapati PBP melalui penulisan berbentuk risalah memerlukan suasana
P&P yang aktif.
Bahan pengajaran yang sesuai dan menarik memberi impak terhadap
pencapaian sampel. Sampel juga berminat dan memberikan respons yang positif
mengikuti pengajaran guru. Jika bahan pengajaran yang digunakan hanya terhad untuk
penulisan berbentuk risalah perjalanan dan pencarian maklumat, jadi guru perlu ada
inisiatif untuk mempelbagaikan jenis penulisan risalah dengan melibatkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan ini, sampel lebih mudah mencari
maklumat dan dapat menghasilkan penulisan dan produk yang lebih menarik.

KESIMPULAN
8

Kesimpulannya, PBP dapat dijadikan ukuran untuk tujuan penambahbaikan


bagi perancang kurikulum mengemaskinikan modul pengajaran bahasa, terutama

dalam kemahiran menulis dan pendidikan bahasa. Idea dan maklumat dapat diberikan
kepada pihak yang terlibat dengan melalui proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian dalam kajian ini. Keputusan kajian dapat memberikan idea dan maklumat
supaya membantu perancang kurikulum untuk merancang dan mengemaskinikan
panduan pemberian projek yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah dengan lebih
teratur dan berkesan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran
menulis yang berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

Bahagian B: - 10%
Tulis satu esei bertajuk Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan
9

Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya

_____________________________________________________________________
______
Definisi Menulis
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau
sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan.
Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata
dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping
itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan
yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul Jennings pula
dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di
dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada
nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan
simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk
perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang
bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan
fikiran dan perasaan.
Konsep Menulis
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan
bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan
kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan
suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran
terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Dalam proses pengajaran dan
10sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi
pembelajaran, peranan tulisan

menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan
berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan

akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Di
sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah
sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada
dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak
telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu
mereka menulis mereka juga membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek
pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling
rendah lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran
menulis merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan
tulisan mentalis. Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru
mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran kemahiran
menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran
kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya. Sebagai seorang guru
sekolah rendah, saya dapati

saya mempunyai beberapa kelemahan dalam

melaksanakan pengajaran menulis dalam Bahasa Melayu. Cabaran pertama saya ialah
dari segi pedagogi. Walaupun saya telah 10 tahun mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya
dapati bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang membantu. Sampai sekarang saya
masih tidak dapat melaksanakan pengajaran menulis dengan baik. Perkara ini berlaku
kerana semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan untuk mengajar
kemahiran menulis terutamanya KSSR pada masa kini. Saya tidak dapat menguasai
kaedah mengajar kemahiran menulis bagi soalan yang berkaitan dengan KBAT.
11

Kedua, walaupun sekolah mempunyai kemudahan komputer dalam kelas, tetapi


saya masih kekurangan kemahiran ICT. Dalam era modani ini, kepantasan penyebaran

informasi melalui media elektronik memang sangat membantu. Tetapi, saya kurang
mahir untuk mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini.
Bukan itu sahaja, komputer di sekolah saya telah lama digunakan, jadi kadang-kadang
terdapat masalah semasa saya hendak gunakan komputer untuk mengajar. Jika
pengajaran kemahiran menulis melalui ICT, penjelasan guru akan lebih menarik dan
berkesan.
Ketiga, kekangan masa untuk malaksanakan pengajaran menulis di bilik darjah.
Pembelajaran Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja,
tetapi merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran
membaca. Maka, peruntukan masa yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif
supaya murid dapat menguasai semua kemahiran yang dinyatakan seoptimum
mungkin.
Keempat, sekolah saya adalah SJKT, ramai murid cina tidak dapat menguasai
kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Walaupun saya telah cuba dengan pelbagai
kaedah mengajar, tetapi masih tiada kemajuan dalam penulisan mereka. Saya dapati
masalah ini berlaku disebabkan murid-murid lemah dalam tatabahasa, struktur ayat
dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, penguasaan kosa kata murid-murid agar lemah,
mereka tidak faham maksud bagi perkataan sehingga mereka tidak berminat terhadap
penulisan Bahasa Melayu. Dengan ini, masa untuk melaksanakan pengajaran menulis
dalam Bahasa Melayu adalah panjang kerana pembelajaran murid adalah lambat.
Selain itu, kemahiran asas dan latar belakang murid juga menimbulkan
masalah. Kemahiran asas murid tidak kukuh menyebabkan mereka mengahadapi
masalah semasa menulis walaupun hanya menulis ayat yang pendek sahaja. Saya juga
dapati bahawa murid yang mempunyai latar belakang yang baik atau ibu bapa yang
mahir dalam Bahasa Melayu, murid-murid tersebut adalah lebih mahir menulis dalam
12

Bahasa Melayu. Ini kerana ibu bapa murid-murid tersebut mengajar mereka semasa di
rumah. Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai kedua-dua orang ibu bapa yang sibuk
bekerja tiada masa untuk memberi perhatian terhadap pelajaran anak mereka. Ini

menyebabkan sikap murid-murid untuk belajar menjadi teruk dan tidak berminat atau
memberi perhatian samasa belajar di dalam bilik darjah. Ada sesetengah murid,
walaupun saya telah memberi isi-isi penting kepada mereka, mereka masih tidak dapat
menggunakan isi-isi tersebut untuk membina ayat yang betul.
Untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan pengajaran kemahiran menulis
dalam Bahasa Melayu, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalahmasalah tersebut. Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Kita harus sedar,
sebagai manusia, murid kita pasti mempunyai ciri perbezaan individu antara satu sama
lain. Ada antara murid yang cergas pemikirannya dan ada juga yang sebaliknya. Maka,
perbezaan ini perlu dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pengajaran
dijalankan. Guru perlu bijak menggunakan teknik dan strategi mengikut tahap murid
yang sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang tepat dapat membantu meningkatkan
tahap fokus murid di samping menyuburkan minat mereka untuk belajar kemahiran
menulis. Contohnya seperti konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak yang
masih tiada kesediaan untuk ke sekolah (school readiness).
Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid
menguasai kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi
kerjasama kepada pihak guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu
muridnya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu
cara tradisi guru di Malaysia ialah dengan memberi murid kerja rumah. Kerja rumah
sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan atau pemantapan penguasaan murid
terhadap sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di sini ialah memantau anak
jagaan mereka membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran menulis
terutamanya peringkat asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang
menggalakkan ibu bapa atau penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana
wujud situasi salah teknik menulis huruf yang salah dikalangan murid yang sudah
13

belajar menulis huruf di rumah. Perkara ini memang nampak remeh tetapi memberi
impak yang agak besar dari teknik menulis murid hingga ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti
sekolah yang tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran
kemahiran menulis. Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan
VCD bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau
tahun 1. Seandainya guru terpaksa menggunakan komputer riba sebagai skrin tayangan
untuk murid berkapasiti lebih 10 orang pastinya sesi pengajaran tersebut menjadi tidak
kondusif. Selain itu, timbul juga isu bahan kurang menarik atau tidak sesuai dengan
standard murid.
Misalnya, bekalan buku asas menulis yang mengandungi tulisan berangkai bagi murid
prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan kerana murid prasekolah majoritinya
masih belum berkembang dari segi motor halusnya untuk menulis tulisan berangkai.
Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah
sangat banyak mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting
sebenarnya ialah semua pihak perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi
setiap cabaran semasa mengajar kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif
perlu dielakkan kerana impaknya lebih banyak negatif dari positif. Sebaliknya,
ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu sama lain bagi menghadapi apa
jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih efektif dan memberi manfaat untuk
setiap pihak yang terlibat .

14

Bahagian C: Pilih satu tajuk karangan dan berikan kepada murid anda. Pilih 5
karangan daripada murid cemerlang, 5 daripada murid sederhana dan 5
daripada murid lemah. Keseluruhan jumlah adalah 15 karangan. Kaji kesalahankesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari aspek morfologi, tatabahasa dan
penggunaan penanda wacana.
Berdasarkan data karangan tersebut, bandingkan kesalahan yang dilakukan oleh
3 kategori pelajar tersebut dari aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana.
Analisis perkara-perkara berikut:
A) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan
bagi kesalahan tersebut.
B)Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi
kesalahan tersebut.
C) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi
kesalahan tersebut.

_____________________________________________________________________
_______
Pengenalan

15

Apa itu karangan ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:677), karangan
atau penulisan boleh didefinasikan dengan pelbagai makna dan maksud, antaranya
ialah ciptaan, gubahan, karya dan banyak lagi. Sementara itu menurut Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam (1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran
secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan
yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru.Dalam konteks pendidikan
formal, menulis karangan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada
pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen mereka tentang sesuatu
tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru secara teratur dan betul penggunaan
bahasanya dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan
pengenalan, isi dan di akhiri dengan kesimpulan.

Sementara itu mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005:1372), mendefinisikan


kesalahan sebagai perihal salah (perbuatan salah, kesilapan), Oleh yang demikian,
kesalahan tatabahasa boleh ditakrifkan sebagai kesalahan atau kesilapan yang
dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan yang tidak mengikut peraturan. Ibrahim
Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada
manamana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah
mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka.
Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti
peringkat ejaan dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata;
peringkat sintaksis, iaitu kesalahan pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu
tentang makna. Tambah beliau lagi, langkah mengenal pasti punca kesalahan ini adalah
langkah pertama ke arah menyusun rancangan pemulihan. Daripada pengenalpastian
punca kesalahan yang dilakukan, seseorang guru dapat menarik perhatian pelajar
terhadap sebab musabab terjadinya kesalahan yang mereka lakukan. Kesalahankesalahan bahasa dalam penulisan
Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan
16
sahaja dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah

menengah juga. Banyak kajian telah dilakukan tentang kesalahan bahasa ini
terutamanya dalam aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana.
Sehubungan itu, analisis kesalahan bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk
mengesan dan mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada
pelajar-pelajar dalam penulisan supaya masalah-masalah ini dapat diatasi dengan
segera. Menurut Mohd. Daud wujud kerana bin Mohd. Yusof (1990: 76) kesalahankesalahan tatabahasa dapat mengetahui rumusrumus tatabahasa yang pelajar-pelajar
belum dipelajarinya itu. Sementara Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan
bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa
tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya
melalui hasil tulisan mereka.
Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti
peringkat ejaan dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata;
peringkat sintaksis, iaitu kesalahan pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu
tentang makna. Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman
(1981) juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada
penggunaanya yang baku dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu
digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.

Pada tugasan kali ini, saya telah membandingkan kesalahan yang dilakukan oleh 3
kategori pelajar tersebut dari aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana.
Analisis perkara-perkara berikut:
Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan
pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan


17
pembetulan bagi kesalahan
tersebut.

Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan


pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Analisa kesalahan-kesalahan pelajar dari aspek tatabahasa dan penguasaan


penanda wacana ini dilakukan ke atas lima belas respondan (satu tajuk dan lima belas
karangan) iaitu lima belas orang pelajar Sekolah Perbadanan Kedah merupakan sebuah
sekolah bandar yang yang terletak di Daerah Kuala Muda Yan,Sungai Petani dan
mempunyai jumlah pelajar sebanyak 514 orang.*Jenis-jenis kesalahan daripada aspek
morfologi dan cadangan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Definisi Morfologi
Morfologi mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (2005) ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuklah
infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Menurut Nik Safiah Karim (1996),
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji dari segi struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran
atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Sementara bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata
pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
fungsinya. Dalam bidang morfologi, aspek kesalahan pelajar akan meliputi perkaraperkara yang berikut: dinilai dan diperbincangkan
i.Jenis-jenis kata a) Kata tunggal / kata akar b) Kata terbitan c) Kata majmuk d) Kata
ganda e) Akronim
ii.Pembentukan kata a) Imbuhan b) Pemajmukan c) Gandaan d) Gabungan e) Ejaan
iii.Penggolongan kata a) Kata nama b) Kata kerja c) Kata adjektif d) Kata Tugas
3.1 Kesalahan daripada aspek morfologi dan pembetulannya
18

Dalam aspek morfologi, jenis-jenis kesalahan yang kepada kesalahan dan kod seperti
berikut: 1. Kesalahan imbuhan - (K1) 2. Kesalahan kata ganti diri - (K2) 3. Kesalahan

ejaan - (K3) 4. Kesalahan kata ganda - (K4) 5. Kesalahan Penggunaan kata sendi nama
- (K5) 6. Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks
ayat) (K6) akan dianalisa dibataskan hanya
Jadual 1 : Kekerapan kesalahan daripada aspek morfologi
Nota : K = Kesalahan P = Pelajar
3.1.1 Kesalahan Ejaan (K4)
Berdasarkan analisa yang dibuat, kesalahan ejaan merupakan kesalahan aspek
morfologi yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar. Kesalahan yang dilakukan ini
berjumlah 9 kesalahan yang mewakili 30 peratus keseluruhan kesalahan morfologi.
Antara contoh kesalahan ejaan yang dilakukan ialah : i. ii. iii. iv. v. mengakat
sepatutnya

mengangkat

makam-makanan

sepatutnya

makan-makanan

mejerit

sepatutnya menjerit tampa sepatutnya tanpa embulans sepatutnya ambulans.


3.1.2 Kesalahan penggunaan imbuhan (K1)
Kesalahan penggunaan imbuhan menduduki tempat kedua teratas daripada
keseluruhan kesalahan yang dilakukan pelajar iaitu 8 kesalahan yang mewakili 26.67
peratus. Antara kesalahan tersebut ialah :
(a) Pengabaian imbuhan pada kata kerja aktif transitif. Lihat contoh kesalahan ayat di
bawah: i. ii. Kami pun pergi dekati kawan kami. Kita mestilah amalkan nilai yang baik
dalam kehidupan.
Struktur ayat ( i) dan (ii) ternyata struktur ayat aktif dengan kata kerja rumus yang
sepatutnya kata kerja transitif dekati dan meN-. Justeru itu yang yang
gramatis i. ii.transitif. Mengikut amalkan perlulah di berikan awalan sebenarnya
ialah :Kami pun pergi mendekati kawan kami. Kita hendaklah mengamalkan nilai yang
baik dalam kehidupan.
19

(b) Tidak dapat membezakan akhiran -kan dan i Contoh ayat yang salah
ialah seperti berikut: i. ii. ......... menjumpakan duitnya yang hilang. ......... membaikki
basikalnya yang rosak.
Dalam ayat (i), pelajar keliru tentang penggunaan akhiran -kan dan i.
sepatutnya digunakan dalam ayat di atas ialah i, dengan demikian ayat yang
gramatis ialah : i. ....... menjumpai duitnya yang hilang.
Sementara dalam ayat (ii) pula, adalah salah menggunakan akhiran -ki. dalam
bahasa Melayu akhiran -ki tidak pernah wujud. Ayat gramatis yang sepatutnya
ialah : ii. ....... membaiki basikalnya yang rosak.
3.1.3 Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks
ayat) -K6 Kesalahan penggunaan sesuatu kata ( makna tidak tepat mengikut konteks
ayat) K6 ialah kesalahan morfologi ke-3 terbanyak yang dilakukan oleh pelajar.
Kesalahan ini mewakili 20 peratus kesalahan semua dalam aspek morfologi atau
pembentukan kata ini. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kosa
kata yang maknanya tidak menepati konteks wacana.
Pemilihan kata yang adalah penting kerana ketidaktepatan penggunaannya akan
menimbulkan pelbagai tafsiran kepada pembaca karangan. Kepentingan pemilihan
kosa kata yang tepat sangat ditekankan oleh pakar-pakar bahasa seperti kata Awang
Sariyan : Pemilihan kata yang tepat merupakan salah satu syarat untuk melahirkan
fikiran yang jelas. Pemilihan kata atau diksi tidak hanya penting dalam karya karangan
deskriptif juga . kreatif, malah dalam

Antara jenis kesalahan dalam kategori ini ialah kesalahan-kesalahan berikut :


a) Kesalahan frasa yang membawa konotasi yang tidak tepat. Contohnya seperti
berikut : i. ii. Kami berlawak dengannya. ........ suka menolong tak kira bangsa.
20

Ayat di atas akan menjadi lebih gramatis sekiranya ditulis seperti di bawah : i. ii. Kami
bergurau dengannya. ....... suka menolong tanpa mengira bangsa.

b) Kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisan Penggunaan kata yang dipengaruhi bahasa
lisan amat susah untuk dipisahkan daripada penulisan para pelajar. Walaupun
demikian, hal ini tidak seharusnya terjadi kerana penulisan dalam karangan seharusnya
menggunakan bahasa tulisan yang rasmi dan baku. Berikut disenaraikan beberapa
contoh kesalahan i. ii. penggunaan kosa kata lisan dalam penulisan karangan
pelajar: .......tak payah la makcik. ...... bersikap suka menolong tak kira bangsa. Ayatayat di atas akan lebih gramatis sekiranya ditulis seperti berikut: i. ii. .....tidak payahlah
makcik. .....bersikap suka menolong tidak kira bangsa.
3.1.4 Kesalahan penggunaan kata ganti diri K2
Setelah dianalisis kesalahan bagi penggunaan kata ganti diri ialah sebanyak 3
kesalahan iaitu mewakili 10 peratus dari keseluruhan kesalahan dalam aspek
morfologi. Kesalahankesalahan yang dilakukan pelajar ialah seperti berikut: i. ii. Kami
menelefon ibu dan ayahnya....... Salah satu tindakan kami ialah menelefon ambulans.
Ayat-ayat di atas akan menjadi gramatis sekiranya kata ganti diri yang betul digunakan.
Ayatayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut. i. ii. Saya menelefon ibu dan
ayahnya ....... Salah satu tindakan saya ialah menelefon ambulans.
3.1.5 Kesalahan Penggunaan Kata Ganda K4
Terdapat juga kesalahan penggunaan kata dalam karangan pelajar yang dianalisis.
Kekerapan kesalahan itu sebanyak 2 kesalahan yang mewakili 6.67 peratus yang
merupakan kesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar. Berikut antara
kesalahan pelajar tersebut seperti: i. ii. Banyak faedah-faedah membawa bekal ke
sekolah ialah....... Semua kawan-kawan menziarahinya di hospital.
Dalam ayat-ayat di atas kita dapati kata yang sudah bermaksud jamak telah
digandakan. Kata banyak dan semua sudah bermaksud jamak, jadi tidak perlu
digandakan lagi. Sekiranya kata ganda tersebut hendak ditulis semula, maka kata
banyak dan semua
hendaklah digugurkan. Ayat-ayat yang gramatis
21
perlu ditulis seperti berikut : i. ii. Banyak faedah atau Faedah-faedah membawa bekal
ke sekolah ialah ....... Semua kawan atau Kawan-kawan menziarahinya di hospital.

3.1.6 Kesalahan penggunaan kata sendi nama di dan ke K5


Kesalahan penggunaan kata sendi nama di dan ke dalam penulisan
pelajar yang dikaji sebanyak dua kesalahan mewakili 6.67 peratus Menurut Hakimi
Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi nama di dan
ke adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama di bermaksud
berada atau sudah sampai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama ke
bermaksud arah yang hendak dituju atau belum sampai ke tempat yang dituju.
Kesalahan yang dapat dikesan dalam karangan pelajar ialah: i. ii. Ambulans pun tiba
untuk membawa rakan yang cedera di hospital. Kami bermain bola sepak ke padang.
Dalam ayat (i) di atas, penggunaan kata sendi nama di adalah salah mengikut
konteks ayat kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju dan belum
sampai ke sekolah baru berkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesuai digunakan adalah
kata sendi nama ke. Ayat tersebut sepatutnya ditulis: i. Ambulans pun tibaa
untuk membawa rakan yang cedera ke hospital.
Manakala dalam ayat (ii) di atas pula, penggunaan kata sendi nama ke
sepatutnya digantikan dengan penggunaan kata sendi namadi kerana dalam
konteks ayat tersebut menunjukkan bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah
berkenaan yang diterangkan. Ayat yang gramatis sepatutnya ditulis: ii. Kami bermain
bola sepak di padang.
*Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi
kesalahan tersebut.

22

Definisi Sintaksis

Sintaksis menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2005:339), ditakrifkan sebagai


bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Dalam kata lain, bidang sintaksis juga merupakan sebagai kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang
sintaksis perkara-perkara berikut akan diperbincangkan.
Struktur ayat ianya meliputi Subjek , Predikat , Pola ayat dasar , Ayat pasif dan Ayat
aktif.Pembentukan ayat pula adalah Ayat selapis dan Ayat majmuk Jenis ayat adaah
Ayat penyata , Ayat tanya dan Ayat seru Frasa melibatkan Hukum DM , pembentukan
frasa dan konstituen terdekat dan tanda baca.
Aspek kesalahan Sintaksis.
Dalam aspek sintaksis pula, jenis-jenis kesalahan yang akan dianalisa dibataskan
kepada kesalahan dan kod seperti berikut: i. ii. iii. iv. Kesalahan strukur ayat tunggal
(aktif) (A1) Kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) (A2) Kesalahan struktur
ayat-ayat lain (A3) Kesalahan penggunaan tanda baca (A4) Jadual 1 :
Kekerapan kesalahan daripada aspek sintaksis

4.1.1 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (aktif) A1


Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashin Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood,(1986:84), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja
iaitu satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Sementara ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tidak transitif. Dalam analisis karangan
murid ini saya mengenalpasti ada lima kesalahan yang yang mewakili 17.86 peratus
berkaitan dengan kesalahan struktur ayat yang terdapat dalam karangan pelajar.

23

Kesalahan itu antaranya ialah :

a) Susunan konstituen ayat yang tidak betul.


b) Tidak mempunyai subjek atau subjek tidak lengkap.
c) Ayat tergantung

a) Susunan Konstituen ayat yang tidak betul Satu daripada kesalahan struktur ayat
tunggal yang dilakukan pelajar ialah susunan konstituen ayat tidak betul. Contoh
kesalahan yang dilakukan adalah i. Ini akan memberi pelajar faedah. Kesalahan ini
terletak pada kedudukan kata faedah yang sepatutnya berfungsi objeklangsung
bagi ayat kerja aktif transitif memberi. Ayat tersebut akan ditulis seperti
berikut: i. .
b) Ayat Tidak Mempunyai Subjek atau Subjek Tidak Lengkap i. Di samping itu dapat
menjimatkan wang. Sepatutnya ayat yang gramatis ditulis seperti berikut: i. Di
samping itu bekalan dibawa dapat menjimatkan wang. Ini akan memberi faedah
kepada pelajar. c)Kesalahan Ayat Tergantung Ayat tergantung ialah satu frasa atau
klausa yang tidak dapat ditentukan sama ada subjek atau predikat ayat.
Contoh ayat tergantung yang ditemui dalam karang pelajar ialah :
1)Memberi faedah kepada saya.
2)Seterusnya ibu dan bapanya
Ayat di atas (i) dan (ii) ialah ayat tergantung yang terbentuk daripada satu frasa. Frasa
tersebut akan menjadi ayat tunggal yang betul strukturnya jika ditulis seperti berikut :
i. ii. Dengan membawa bekalan dapat memberi faedah kepada saya. Seterusnya ibu
dan bapanya tiba ke hospital itu.

4.1.2 Kesalahan Struktur Ayat


24 Tunggal (pasif) A2
Kesalahan struktur ayat tunggal yang dianalisis ialah sebanyak lima yang mewakili
17.86 peratus dari jumlah kesalahan aspek sintaksis . Ayat tunggal pasif merupakan

ayang diterbitkan daripada ayat aktif trasitif yang menggunakan imbuhan awalan
transitif me- itu dengan awalanawalan atau imbuhan pasif di-, ter-.
ber-, ke-an dan perkataan kenasebelum kata kerja pasif
itu dalam ayat (Arbak Othman, !984:246) Contohcontoh kesalahan struktur
ayat tunggal (pasif) yang didapati daripada karangan murid adalah seperti berikut: i. ii.
Akhirnya terpaksa pulang ke rumah. Dengan sebab itu kesakitan semakin menjadi-jadi.
Dalam ayat di atas (i), menjadi tidak gramatis kerana tidak mempunyai bahagian
subjek ayat. Dalam ayat (ii) pula, subjek ayat hendaklah diganti kata nama am
penyakit dan bukannya kesakitan. Ayat-ayat tersebut akan menjadi
gramatis jika ditulis seperti berikut: i. ii. Akhirnya terpaksalah mereka pulang ke
rumah. Dengan itu penyakit semakin menjadi-jadi.

4.1.3 Kesalahan Struktur Ayat Lain A3


Jenis-jenis kesalahan dalan kategori ayat ini ialah seperti ayat-ayat terlalu panjang dan
kabur maksudnya, ayat-ayat yang boleh dipecahkan kepada ayat-ayat yang lebih
ringkas, padat serta tepat. Dalam kesalahan (A3) ini didapati sebanyak tujuh kesalahan
yang mewakili 25 peratus dan merupakan kesalahan kedua tertinggi dalam aspek
kesalahan sintaksis. Berikut diberikan satu contoh ayat yang terlalu panjang dipetik
daripada karangan pelajar yang dianalisis.
i.Selain itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans,
semasa dalam ambulans saya ternampak dia kesakitan, beberapa minit kemudian saya
dan rakan saya sampai ke hospital.
Ayat di atas (i), ialah ayat yang panjang dan sukat menentukan jenis-jenis ayatnya
sama ada ayat tersebut ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau
campuran. Ayat-ayat jenis ini boleh dibetulkan supaya gramatis dengan cara
membetulkan strukturnya. Hal
25 ini boleh dilakukan dengan cara memecahkan ayat
tersebut kepada ayat-ayat yang lebih pendek, tepat dan gramatis. Misalnya salah
memperbaiki ayat tersebut adalah seperti berikut: satu cara untuk

i.Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans.
Semasa dalam ambulans, saya ternampak dia kesakitan. Beberapa minit kemudian saya
dan rakan-rakan sampai ke hospital.

4.1.4 Kesalahan Tanda Baca (A4)


Kesalahan ini merupakan kesalahan pelajar yang tertinggi iaitu sebanyak sebelas
kesalahan atau 39.28 peratus dari kesalahan aspek sintaksis. Boleh dikatakan setiap
pelajar yang dianalisa melakukan kesalahan ini. Antara kesalahan tanda baca yang
dilakukan oleh pelajar dalam karangan mereka ialah seperti berikut:
i.Memulakan ayat dengan tidak menggunakan huruf besar. Contoh : semasa kami
bermain..... seharusnya, Semasa kami bermain.....
ii.Tidak menggunakan tanda pengikat kata bagi cakap ajuk. Contohnya, Ahmad pulang
ke rumah dan berkata assalamualaikum makcik. Sepatutnya, Ahmad pulang ke rumah
dan berkata, Assalamualaikum makcik .
iii.Tidak meletakkan tanda soal (?) untuk ayat tanya. Contohnya, Mengapa kamu
menjerit. sepatutnya, Mengapa kamu menjerit? *Analisis penggunaan penanda wacana
dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Definisi Penggunaan Penanda Wacana


Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun
berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana
yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara keseluruhannya daripada
26
hasil analisis saya terhadap sepuluh
hasil penulisan pelajar saya dapati sememangnya

mereka menggunakan penanda wacana dalam penulisan mereka. Lebih-lebih lagi


penggunaan penanda wacana ini memang dititiberatkan oleh guru Bahasa Melayu

mereka dalam menulis karangan. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa


kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan penanda wacana
dalam penulisan mereka. Kesalahan-kesalahan penggunaan penanda wacana dalam
kalangan para pelajar adalah seperti berikut:

i. Penggunaan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Sebahagian pelajar tidak
meletakan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Walau bagaimanapun kesalahan ini
hanya mewakili peratusan yang sangat kecil kerana pelajar-pelajar tersebut telah
diingatkan berkali-kali dalam hal tersebut.
ii.Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi,
Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, sebagai penanda wacana.
Sementara ..manakala, malah. ditulis untuk menghubungkan dua ayat
dan bukannya dijadikan sebagai penanda wacana.
iii.Penggulangan dan kekerapan menggunakan penanda wacana yang sama. Dalam
hubungan ini, biasanya penggulangan ini dilakukan oleh pelajar yang agak lemah
dalam penulisan. Ini akan menjadikan karangan mereka seolah-oleh tidak ada
kesinambungan di antara perenggan dengan perenggan yang lain.
iv.Justeru itu, digunakan sebagai penanda wacana.justeru itu ialah kata
hubung yang membawa maksud malahan atau bahkan.Oleh sebab itu,
penggunaan penanda wacana pada permulaan perenggan tidak sesuai dan
menyebabkan ayat tidak gramatis. Penggunaan penanda wacana tersebut akan
menjadikan ayat gramatis sekiranya itu digugurkan menjadi Justeru,
v.Penggunaan Ini kerana... sebagai penanda wacana. Ini kerana ..
sepatutnya digantikan dengan Hal ini demikian kerana...maka, ayat akan
menjadi gramatis. Ini kerana merupakan kata sendi yang tidak boleh berada di
permulaan ayat

27

vi.Penggunaan penanda wacana yang salah yang tidak menunjukan pertautan dari segi
kronologi. Contoh kesalahan penggunaan penanda wacana pelajar yang tidak mengikut

kronologi atau memberi pengertian kepada persoalan waktu yang berkaitan : Sebagai
kesimpulan, dan akhirnya digunakan sebagai penanda wacana di pertengahan
perenggan. Sepatutnya penanda wacana yang disebutkan tadi digunakan pada
perenggan yang akhir sekali dalan sesuatu karangan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap sepuluh
karangan pelajar jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek
morfologi, sintaksis dan penggunaan wacana adalah di tahap lemah dan memerlukan
pembaikan. Malah kesalahan yang sering didapati dalam penulisan karangan yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kesalahan morfologi, iaitu kesalahan penggunaan
kata dan pembentukan kata. Dalam aspek sintaksis, kesalahan pelajar lebih menjurus
dalam pembentukan ayat dan penggunaan tanda baca. Sementara itu bagi penggunaan
penanda wacana pula lebih kepada penggunaannya yang kurang tepat yanag akan akan
menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan
berpautan dengan lengkap. Kesemua kesalahan ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar
di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah menengah juga masih banyak yang
melakukan kesalahan berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disebabkan oleh
kejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau tidak mengetahui akan rumus-rumus
yang sebenar mengikut pandangan ahli-ahli bahasa.

28

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan.(1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur :


Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan.(2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.
Pahang:PST Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammed Sallehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains. Fakulti
Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pg Mahmud Pg Damit. (1992). Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan PelajarPelajar Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei Muara dan
Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Universiti Pertanian Malaysia
Raminah Hj Sabran.(1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran.(1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu
Di Kalangan Guru Pelatih. Tesis M.Ed. Universiti Malaya
Zulkifley Hamid. (2004). 29Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu
Mahasiswa, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

LAMPIRAN

30

Anda mungkin juga menyukai