Anda di halaman 1dari 4

Ekspositori

Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks
pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran
secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan
mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid
mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi
pentingnya dalam buku nota mereka.

Rajah: Model Ekspositori


Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti
berikut:
menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku

teks.
menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk

-bentuk geometri.
menerangkan langkah-langkah

-kemahiran yang telah dipelajari.


menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

Share this:

penyelesaian

masalah

berdasarkan

kemahiran

Strategi Pembelajaran Jigsaw ialah salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif. Strategi ini
mula diperkenalkan pada tahun 1978 oleh Aronson. Strategi pembelajaran ini memberi
penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam proses P&P, meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran dan bekerjasama untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna.
Strategi atau kaedah ini hampir menyamai Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan akan
menyumbangkan sekeping puzzle yang berupa maklumat untuk dikongsi bersama murid yang
lain
Setiap murid yang berada dalam kumpulan Jigsaw memiliki kepakaran masing-masing. Murid
akan berbincang dan memahami topik yang diberi dalam kumpulan kepakaran masing-masing.
Kumpulan kepakaran ini diwujudkan untuk mendorong murid agar dapat menguasai sesuatu
konsep yang dipertanggungjawabkan di samping menggalakkan mereka berfikir tentang strategi
untuk mengajar sesuatu konsep yang dibincangkan tersebut kepada murid lain dalam kumpulan
Jigsaw mereka. Setelah mereka berbincang dalam kumpulan kepakaran masing-masing, mereka
akan kembali kepada kumpulan Jigsaw masing-masing untuk berkongsi maklumat atau mengajar
ahli yang lain.

Pada tahap 1 : Think (Berfikir)


Guru mengajukan pertanyaan atau sesuatu isu yang berkaitan tentang topik karangan. Pelajar
pada tahap ini akan memikirkan jawapan secara individu untuk beberapa waktu. Dalam tahap ini
guru akan memberikan masa selama tiga minit kepada pelajar untuk berfikir. Sambil memikirkan
jawapan terhadap isu yang dikemukakan pelajar akan menulis hasil pemikiran mereka dalam
catatan-catatan kecil.

Pada tahap 2 : Pair (Berpasangan)


Guru mengarahkan pelajar untuk berpasangan dengan pelajar yang lain untuk sama-sama
membincangkan isi-isi yang diperolehi pada tahap pertama. Pada tahap ini juga guru
mengarahkan setiap pasangan untuk berkongsi lagi dengan pasangan yang lain (menjadi 4 ahli
dalam satu kumpulan) untuk memperolehi isi-isi karangan yang mencukupi dan relevan dengan
tajuk. Dalam tahap inilah pelajar diberikan peluang berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar
akan diberikan masa lebih kurang 4-5 minit untuk berinteraksi dan menyetujui setiap isi-isi yang
difikirkan bersama. Dalam tahap ini juga pelajar akan diberikan peranan masing-masing, iaitu
sebagai ketua kumpulan, pencatat dan pembentang atau pelapor.

Pada tahap 3 : Sharing (Berkongsi)


Pada tahap terakhir ini, guru mengarahkan setiap ahli dalam kumpulan akan berkongsi maklumat
dengan membentangakan atau melaporkan hasil isi-isi dan maklumat yang diperolehi dan
dikumpulkan kepada seluruh kelas tentang apa yang telah mereka bincangkan sebelumnya. Pada
tahap ini guru mengorganisasi, menganalisis dan menilai hasil daripada apa yang telah mereka
bincangkan.

1. Salam sejahtera. Pedagogy concept knowledge (PCK) adalah komponen pertama tujuan
pengajaran isi kandungan mata pelajaran. Komponen ini termasuklah pengetahuan dan
kepercayaan guru tentang tujuan dan matlamat mata pelajaran tersebut. Contohnya tujuan
pengajaran sejarah adalah untuk menanamkan perasaan cintakan tanah air dan memupuk
semangat patriotisme.
2. Komponen kedua fokus kepada pengetahuan tentang kefahaman murid. Ini termasuklah
konsepsi awal atau sedia ada murid. Jika murid membawa bersamanya konsep yang
salah, maka adalah tugas guru untuk mencari strategi untuk membetul konsep murid tadi.
3. komponen ketiga ialah pengetahuan kurikulum. Ini termasuklah pengetahuan tentang
bahan-bahan kurikulum (seperti buku) untuk mengajar subjek tersebut termasuklah
bagaimana subjek itu diajar merentasi tahap rendah hingga tinggi mahupun merentas
pelajaran lain bagi satu-satu tahap.
4. Komponen keempat ialah pengetahuan tentang strategi pengajaran. bagi guru
berpengalaman mungkin dapat gunakan pelbagai kaedah, pendekatan, aktiviti atau
penerangan yang berkesan untuk mengajar sesuatu topik. Dengan mempunyai PCK
seseorang

guru

itu

menurut

Shulman

(1986)

dapat

mempersembahkan

dan

menyampaikan pengajaran/subjectnya secara mudah difahami oleh pelajarnya.Inilah yang


membezakan seorang guru dengan orang lain.Angapan semua orang boleh menjadi guru
adalah tidak benar. Jika hanya mempunyai subject matter knowledge ianya belum
melayakkan seseorang itu untuk menjadi guru, kerana seseorang guru mesti mempunyai
general pedagogical knowledge dan knowledge of contexts yang jika dirangkumkan
ianya dinamakan pedagogical content knowledge.

Anda mungkin juga menyukai